You are on page 1of 2

Pembelajaran Masteri merujuk kepada pendekatan pembelajaran yang memastikan

kesemua murid menguasai objektif pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran


yang lain. Oleh itu, esei ini akan memperincikan pelaksanaan Pembelajaran Masteri dalam
PdP BM.

Kaedah yang digunakan dalam pelaksanaan Pembelajaran Masteri boleh


dibahagikan kepada lima iaitu pertama ialah penentuan objektif pembelajaran. Hal ini
menuntut guru untuk menetapkan beberapa perkara yang perlu dikuasai oleh murid.
Sebagai contoh, guru menetapkan objektif pembelajaran untuk murid menguasai kemahiran
membina ayat berdasarkan bahan rangsangan. Objetktif ini perlu dinyatakan kepada murid-
murid agar mereka tahu jangkaan dan standard yang mereka perlu capai. Setelah
penetapan objektif ini, guru perlu merancang pembinaan bahan bantu mengajar (BBM) dan
intrumen penilaian kepada murid-murid. Contohnya, menyediakan BBM berbentuk gambar
bercetak dan instumen penialain iaitu soalan mudah membina ayat. Tegasnya, pada
peringkat pertama, guru perlu menetapkan objektif pembelajaran di samping merancang
BBM dan penilaian yang sesuai.

Kedua, guru perlu menintegrasikan kepelbagaian strategi, pendekatan dan teknik


dalam menyampaikan isi pelajaran. Hal ini bagi memastikan murid tertarik dan dapat
memahami isi pelajaran yang disampaikan. Sebagai contoh, guru menggunakan teknik
pembelajaran koperatif iaitu guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil dan meminta
murid menyelesaikan beberapa tugasan yang diberikan. Murid diminta membina ayat
berdasarkan gambar dan mempersembahkan ayat yang dibina secara main peranan
mengikut konteks serta situasi ayat. Kombinasi pendekatan pembelajaran koperatif dan
main peranan dapat memastikan PdP lebih optimum dan berkesan dengan kepelbagaian
kaedah dan teknik. Ringkasnya, peringkat kedua guru perlu menjalankan PdP Pembelajaran
Masteri dengan mengaplikasikan pelbagai strategi, kaedah dan teknik yang bersesuaian.

Ketiga, guru perlu menjalankan penilaian ke atas murid-murid yang mengikuti sesi
PdP Pembelajaran Masteri ini. Guru perlu menilai sama ada murid telah menguasai objektif
pembelajaran atau tidak. Sebagai contoh, memberikan murid latih tubi membina ayat
berdasarkan satu gambar bersiri. Guru akan menilai kemajuan murid serta kelemahan-
kelemahan mereka untuk tujuan bimbingan lanjut. Setelah itu, murid yang menguasai (80%
penguasaan dikira menguasai) akan dianggap kumpulan masteri dan murid yang tidak
menguasai akan dikategorikan satu kumpulan tidak masteri. Tegasnya, penilaian dilakukan
terhadap murid-murid untuk membahagikan murid kepada kumpulan masteri dan kumpulan
tidak masteri.
Keempat, kumpulan murid yang tidak menguasai akan diberikan pemulihan. Hal ini
bagi memastikan mereka dapat menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Hal ini
disokong oleh Bloom (1986) yang menyatakan semua murid yang normal boleh menguasai
objektif pembelajaran sekirannya keadaan sesuai, kaedah betul dan masa yang mencukupi.
Oleh itu, guru akan menjalankan sesi pemulihan kepada kumpulan tidak masteri ini dengan
mengajarkan semula kemahiran dengan kaedah yang berbeza. Sebagai contoh, murid diajar
semula bermula dari aras rendah iaitu menyusun perkataan agar menjadi ayat lengkap
berdasarkan gambar. Kesalahan-kesalahan juga perlu dibaiki guru seperti penggunaan
tanda baca, huruf besar, huruf kecil dan sebagainya. Bimbingan-bimbingan lanjut ini
dilakukan sehinggalah murid dapat menguasai semula isi pelajaran sekurang-kurangnya
75% mencapai masteri dengan ujian sumatif.

Kelima, kumpulan murid yang dianggap masteri akan diberikan pengayaan.


Pengayaan diberikan sebagai satu pengukuhan kemahiran agar terus melekat dalam minda
murid-murid. Murid yang sudah mahir membina ayat berdasarkan gambar tadi perlu
diberikan aktiviti yang lebih mencabar lagi. Sebagai contoh, murid perlu membina perenggan
pendek daripada ayat-ayat yang dibina tadi berdasarkan gambar. Oleh itu, kemahiran murid
telah ditingkatkan dan mereka mengaplikasikan kemahiran dalam situasi baru. Mereka
mengaplikasikan kemahiran membina ayat dengan membina satu perenggan pendek
berdasarkan gambar. Ringkasnya, aktiviti pengayaan diberikan kepada kumpulan masteri
untuk lebih mencabar dan mengembangkan kemahiran mereka.

Tuntasnya, demikianlah pelaksanaan Pembelajaran Masteri dalam PdP BM yang


boleh digunakan dalam bilik darjah. Adalah diharapkan guru-guru BM dapat
mengaplikasikan pendekatan ini untuk kemajuan pembelajaran murid.

You might also like