You are on page 1of 12

SULIT 3756/1

NAMA:
TINGKATAN:

JAWATANKUASA PENILAIAN & PEPERIKSAAN

PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2021


PRINSIP PERAKAUNAN 3756/1
Kertas 1
NOV
1 ¼ Jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan,
pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang
disediakan.

4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baru.

5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogram.

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak

3756/1 [Lihat halaman sebelah


SULIT
1
SULIT 3756/1

1 Maklumat di bawah berkaitan dengan etika perakaunan.


Akauntan perlu mengekalkan standard yang tinggi semasa menjalankan
tugas.
Apakah etika tersebut?
A Keutuhan
B Kerahsiaan
C Profesionalisme
D Urus tadbir yang baik

2 Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu ciri kualitatif penyata kewangan.


Maklumat kewangan menjadi lebih relevan kepada pengguna apabila
maklumat tersebut disampaikan tepat pada masanya.
Apakah ciri tersebut?
A Pemasaan
B Kerelevanan
C Kebolehbandingan
D Kebolehfahaman

3 Rajah di bawah menunjukkan kompenan dalam Akaun Perdagangan.


Akaun Perdagangan

P Q

Apakah P dan Q?
P Q
A Kos Jualan Jualan Bersih
B Modal Aset
C Jualan Liabiliti
D Kos Jualan Untung bersih

4 Urus niaga manakah yang menambah aset dan liabiliti perniagaan?


A Beli lengkapan secara kredit
B Bayar Akaun Belum Bayar dengan cek
C Terima tunai daripada Akaun Belum Terima
D Ambilan inventori untuk kegunaan sendiri

5 Dokumen manakah yang berfungsi sebagai invois tambahan?


A Resit
B Memo
C Nota debit
D Makluman debit
6 Maklumat di bawah berkaitan dengan dokumen X.
2
SULIT 3756/1

Berfungsi meringkaskan segala urus niaga yang berlaku antara pelanggan dengan
pihak bank dalam tempoh sebulan.
Apakah dokumen X?
A Slip bank
B Penyata bank
C Penyata akaun
D Slip pindahan wang

7 Apakah tujuan penggunaan buku catatan pertama?


A Dapat memudahkan perekodan urus niaga
B Dapat merekodkan urus niaga dengan lengkap
C Dapat mengesan kesilapan catatan urus niaga
D Dapat meminimumkan ketinggalan catatan urus niaga

8 Padanan manakah yang betul


Jurnal Khas Fungsi
A Jurnal Jualan Merekodkan jualan barang niaga secara
kredit
B Jurnal Pulangan keluar Merekodkan pulangan barang niaga
daripada pembekal
C Jurnal Pulangan Masuk Merekodkan pulangan barang niaga
kepada pembeli
D Jurnal Penerimaan Tunai Merekodkan penerimaan belian barang
niaga secara tunai sahaja

9 Manakah yang bukan fungsi Buku Tunai?


A Merancang aliran wang tunai
B Merekodkan semua urus niaga tunai
C Mengetahui jenis sumber tunai dan penggunaan tunai
D Mengetahui jumlah penerimaan dan jumlah pembayaran tunai

10 Pemilik Perniagaan Yoon membayar sewa kediamannya dengan menggunakan wang


perniagaan. Apakah catatan lejar untuk urus niaga tersebut?
Debit Kredit
A Akaun Sewa Akaun Tunai
B Akaun Tunai Akaun Sewa
C Akaun Ambilan Akaun Tunai
D Akaun Sewa Akaun Modal

11 Maklumat di bawah menunjukkan catatan dalam Jurnal Am Kedai Jam Hong.


Tarikh Butir Debit Kredit
3
SULIT 3756/1

2021 RM RM
Ogos 20 Akaun Ambilan 900
Akaun Belian 900
(Mengambil sebuah jam tangan untuk kegunaan
sendiri)
Apakah catatan yang perlu direkodkan dalam lejar pada tarikh tersebut?
A Akaun Ambilan
RM
Ambilan 900

Akaun Belian
RM
Belian 900
B Akaun Ambilan
RM
Ambilan 900

Akaun Belian
RM
Belian 900

C Akaun Ambilan
RM
Belian 900

Akaun Belian
RM
Ambilan 900

D Akaun Ambilan
RM
Belian 900

Akaun Belian
RM
Ambilan 900

12 Butiran manakah yang terdapat dalam Akaun Kawalan Belum Terima dan Kawalan
Belum Bayar?
4
SULIT 3756/1

A Diskaun diterima
B Diskaun diberi
C Hutang lapuk
D Kontra

13 Antara yang berikut, pernyataan manakah yang benar tentang Imbangan Duga?
I Menguji ketepatan Imbangan Duga
II Membetulkan kesilapan melalui Jurnal Am
III Mempamerkan jumlah aset, liabiliti dan ekuiti pemilik
IV Mengandungi senarai baki yang diambil daripada lejar

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

14 Kerani akaun Perniagaan Megah menyediakan Akaun Perdagangan.

Apakah tujuan dia berbuat demikian?


A Untuk menghitung untung kasar
B Untuk menghitung untung bersih
C Untuk menghitung belanja operasi
D Untuk menghitung jumlah aset dan liabiliti

15 Pemilik Pernigaan Kim telah membeli insurans untuk kedainya pada 1 Jun 2021 dengan
premium berjumlah RM1 680. Tempoh perakaunannya berakhir pada 31 Disember 2021.

Apakah pelarasan yang perlu diambil kira pada 31 Disember 2021.


A Insurans prabayar RM700
B Insurans prabayar RM840
C Insurans belum bayar RM700
D Insurans belum bayar RM840

16 Apakah yang dimaksudkan dengan hutang lapuk terpulih?


A Hutang lapuk akan dikutip
B Hutang lapuk dihapuskan
C Hutang yang dianggarkan tidak dapat dikutip
D Hutang yang dikutip semula setelah dihapuskan

17 Pada 1 Januari 2019, Ridz Berhad telah membeli sebuah mesin pencetak bernilai
RM3 500. Nilai buku mesin pencetak tersebut pada 31 Disember 2018 ialah RM2 100.
5
SULIT 3756/1

Mesin pencetak tersebut disusut nilai menggunakan kaedah garis lurus.

Hitung susut nilai bagi tahun 2021.


A RM350
B RM700
C RM1 050
D RM1 400

18 Maklumat yang berikut dipetik daripada Perniagaan Anggerik mengenai mesin yang
dimilikinya.
RM
Mesin (kos) 124 000
Susut nilai terkumpul 37 200
Berapakah harga pelupusan mesin tersebut jika pemilik perniagaan mengalami rugi atas
pelupusan berjumlah RM39 200?
A RM43 000
B RM47 600
C RM63 400
D RM72 600

19 Perniagaan Johari ingin melupuskan aset yang berikut.


Harga Jualan Perabot Nilai Buku Perabot
(RM) (RM)
76 000 70 000
Apakah kesan urus niaga ke atas untung bersih dan aset bukan semasa?
Untung Bersih Aset Bukan Semasa
A Meningkat Berkurang
B Berkurang Meningkat
C Meningkat Meningkat
D Berkurang Berkurang

20 Belanja membaiki kenderaan sebanyak RM2 000 telah dicatat ke dalam Akaun
Kenderaan.

Apakah jenis kesilapan ini?


A Kesilapan terbalik
B Kesilapan prinsip
C Kesilapan komisen
D Kesilapan keseimbangan

21 Encik Kimi memaklumkan firmanya akan memperoleh untung kasar sebanyak 35 sen bagi
setiap RM1 kos jualan.
6
SULIT 3756/1

Apakah analisis nisbah yang digunakan?


A Margin untung kasar
B Tokokan
C Nisbah kecairan
D Pulangan atas modal

22 Nisbah semasa bagi Syarikat Queen ialah 3 : 1.

Apakah tafsiran yang tepat mengenai nisbah tersebut?


A Jumlah liabiliti melebihi 3 kali ganda aset
B ¾ darpada jumlah aset adalah aset semasa
C Setiap RM3 nilai aset semasa dapat menjelaskan RM1 nilai liabili semasa
D Jika RM3 yang dilaburkan, syarikat memperoleh pulangan sebanyak RM1

23 Situasai rekod tak lengkap manakah yang boleh berlaku dalam sesebuah perniagaan?
A Imbangan Duga yang tidak seimbang
B Tiada kawalan tunai dalam perniagaan
C Peniaga tidak merancang perbelanjaan
D Rekod-rekod akaun telah tercicir atau musnah

24 Butir-butir yang berikut diambil daripada buku seorang peniaga.


RM
Modal awal 12 500
Modal akhir 14 900
Untung bersih 2 400
Maklumat tambahan :
Pemilik perniagaan terlupa merekodkan ambilan inventori bernilai RM600.

Apakah kesan perkara tersebut terhadap untung bersih?


A Untung bersih berkurang RM600
B Untung bersih bertambah RM600
C Untung bersih berkurang RM1 200
D Untung bersih bertambah RM1 200

25 Maklumat yang berikut diperoleh daripada Perniagaan Kekwa yang mengamalkan sistem
7
SULIT 3756/1

catatan tunggal. Tempoh perakaunan berakhir pada 31 Julai 2021.


1 Ogos 2020 31 Julai 2021
RM RM
Kadar bayaran belum bayar 5 400 14 400
Pada 31 Julai 2021, kadar bayaran berjumlah RM25 200 dan dibayar dengan cek.

Berapakah jumlah kadar bayaran bagi tahun kewangan tersebut?


A RM19 200
B RM28 200
C RM37 200
D RM48 000

26 Apakah tujuan peniaga mengawal tunai perniagaan?


I Memajukan perniagaan
II Memastikan tunai mencukupi
III Mengelakkan kecurian berlaku
IV Menambahkan keuntungan perniagaan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

27 Pada 31 Mac 2021, buku tunai Perniagaan Seroja menunjukkan baki kredit RM2 460.
Baki ini berbeza dengan di penyata bank pada tarikh yang sama disebabkan oleh perkara-
perkara yang berikut.
RM
Cek belum dikemukakan 1 125
Deposit belum dikreditkan 565
Hitung baki penyata bank pada 31 Mac 2021.
A RM770
B RM1 895
C RM1 900
D RM3 020

28 Urus niaga manakah yang diambil kira dalam penyediaan penyata belanjawan tunai?
A Susut nilai kenderaan
B Ansuran bulanan kenderaan
C Kenderaan dibeli secara kredit
D Membawa masuk kenderaan sebagai modal

29 Bagaimanakah untung atau rugi pekongsi dihitung berdasarkan Akta Perkongsian 1961?

8
SULIT 3756/1

A Dibahagikan secara sama rata


B Dibahagikan mengikut nisbah 2 : 3
C Dibahagikan mengikut nisbah 3 : 1
D Dibahagikan mengikut nisbah modal

30 Tempoh perakaunan Perkongsian Rashid dan Rusaidy berakhir pada 31 Disember 2021.
Sepanjang tempoh perakaunan tersebut, Rashid dan Rusaidy telah membuat ambilan
seperti yang berikut.
Rashid Rusaidy
- Ambilan RM7 680 pada bulan April - Ambilan RM2 880 pada bulan April
2021. 2021
- Ambilan RM3 840 pada bulan
Oktober 2021
Hitung faedah atas ambilan setiap pekongsi jika faedah atas ambilan ialah 10% setahun.
Rashid Rusaidy
A RM768 RM1 248
B RM768 RM312
C RM576 RM1 248
D RM576 RM312

31 Mengapakah sesebuah perniagaan perkongsian dibubarkan?


I Salah seorang pekongsi meninggal dunia
II Perniagaan perkongsian mendapat kerugian
III Seorang pekongsi lewat menjelaskan pinjaman peribadinya
IV Perniagaan perkongsian ditukarkan kepada syarikat berhad

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

32 Perkongsian SAS mempunyai sebuah premis bernilai RM152 000 dan mempunyai akaun
belum bayar sebanyak RM16 800. Sewaktu proses pembubaran, semua aset direalis
sebanyak RM128 000. Belanja realisasi berjumlah RM2 000.

Hitung rugi realisasi.


A RM22 000
B RM26 00
C RM40 800
D RM42 800

33 Apakah akaun yang didebitkan untuk merekodkan wang yang diterima daripada terbitan

9
SULIT 3756/1

syer?
A Akaun Bank
B Akaun Modal Syer
C Akaun Permohonan Syer Biasa
D Akaun Permohonan Syer Keutamaan

34 Pada 1 Julai 2020, Farah telah membeli 3 000 unit 8% syer keutamaan RM2 sesyer
daripada Syarikat Unggul Berhad. Lembaga Pengarah Syarikat telah memutuskan perkara
yang berikut.
i. Membayar dividen interim 2% pada 1 Oktober 2020
ii. Mengisytiharkan dividen akhir pada 30 Jun 2021

Hitung jumlah dividen akhir yang akan diterima oleh Farah.


A RM80
B RM120
C RM240
D RM360

35 Manakah yang bukan sumber kewangan kelab?


A Derma
B Yuran masuk
C Honorarium
D Faedah atas pelaburan

36 Kelab Badmintaon Taman Murni mempunyai 100 orang ahli. Pada 1 Januari 2021, baki-
baki yang berikut telah diperoleh daripada buku kelab tersebut.
RM
Yuran belum terima 2 040
Yuran belum terperoleh 1 000
Bagi tahun berakhir 31 Disember 2021, kelab ini menerima yuran sebanyak RM21 000.
Jumlah ini termasuk RM600 yang telah diterima bagi tahun 2022.

Berapakha jumlah yuran yang sepatutnya diterima pada tahun 2021?


A RM19 360
B RM19 960
C RM21 440
D RM22 400

37 Maklumat yang berikut diperoleh daripada buku Kelab Memanah Taman Cahaya.
10
SULIT 3756/1

RM
Inventori kedai minuman pada 1 Januari 2021 4 260
Inventori kedai minuman pada 31 Disember 2021 10 500
Jualan 21 024
Belian 9 744
Upah pembantu kedai minuman 3 000
Berapakah untung kedai minimum?
A RM17 520
B RM14 520
C RM13 320
D RM11 280

38 Maklumat di bawah diperoleh daripada Akaun Pengeluaran Sejati.


RM
Bahan langsung 8 500
Buruh langsung 3 500
Overhed 5 500
Kerja dalam proses awal 4 000
Kerja dalam proses akhir 1 000
Berapakah kos pengeluaran yang tercatat dalam Akaun Pengeluaran tersebut?
A RM25 000
B RM9 500
C RM20 500
D RM14 500

39 Maklumat di bawah berkaitan dengan produk jus manggis yang dikeluarkan poeh Kilang
Jus.

Berapakah kos tetap kilang ini jika titik pulang modal bagi pengeluaran jus manggis ialah
10 000 unit?
A RM100 000
B RM200 000
C RM400 000
D RM800 000

40 Kilang Pakaian Permaisuri mengeluarkan blaus dewasa yang dijual di pasaran pada harga
11
SULIT 3756/1

RM48 sehelai. Kos tetap bagi pengeluaran blaus tersebut ialah sebanyak RM100 000
manakala kos berubah pula RM31 sehelai.

Berapakah jumlah blaus yang perlu dijual oleh kilang tersebut untuk mencapai untung
sasaran RM14 000?
A 6 000 helai
B 10 000 helai
C 15 000 helai
D 30 000 helai

KERTAS SOALAN TAMAT

12

You might also like