You are on page 1of 6

TAKLIMAT PENTAKSIRAN STANDARD SETARA 2021.

Oleh Timbalan PPD [ Pembelajaran ]


Selasa : 16.11.2021
Masa : 9.00 pagi
Pautan : Google meet.

Terima kasih pemimpin majlis Dr. Norlly Binti Mohd Isa Ketua Unit Sisc+ Sains
dan Matematik PPD Johor Bahru.

Yang berusaha Encik Mohd Suhaimi Bin Mohd Sanusi selaku Pengerusi MPSM
Johor Bahru.

Yang dihormati En. Sukri Bin Sultani Pengawai Meja PDB


Pengerusi Majlis Guru Besar Sekolah-sekolah daerah Johor Bahru.

Yang dihormati barisan [ Pengetua sekolah menengah / Guru Besar sekolah


rendah ] daerah Johor Bahru

Yang dihormati barisan rakan SISC+ PPD Johor Bahru.

Assalamualaikum warahmatullah hi wa barakatu dan Salam sejahtera.


Pertama-tamanya marilah kita panjatkan rasa kesyukuran kita kehadrat Allah
SAW kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita diberi kesempatan ruang masa dan
kesihatan yang baik dalam menghadapi cabaran pendemik Covid-19 yang
melanda negara. Merujuk kepada data Covid-19 yang menunjukkan trend
penurunan, Alhamdulilah kita telah dapat menjalankan PDPC secara bersemuka
walaupun sebahagian dijalankan secara pengiliran. Kita mengharapkan situasi
ini akan membawa kepada keadaan normal seperti dahulu.
Dapatan daripada Dialog Prestasi Nasional di Terangganu yang
dihadiri oleh semua KPPPD seluruh Malaysia : -
- YB menteri mengarahkan diadakan Pentaksiran Standard Setara melibatkan SR
[ tahap 1 : Drj 1 – 3 ] [ Tahap 2 : Drj 4,5,6 ] dan SM [ Ting 1 – 4 ]

- Matlamat untuk melihat kekurangan PDPR.

- Pentaksiran berdasarkan KAK [ Kandungan Asas Kurikulum ]

- KAK sehingga bulan 11 mesti telah mencapai 100 %.

- Melihat learning lost. [ paling kita takuti kerana pelajar x dapat apa yang sepatutnya
mereka perolehi dalam KAK ]

- Melihat learing gap. [ melihat jurang pembelajaran yang berlaku antara sek / jantina ]

- Dapatan daripada pentaksiran ini sekolah perlu membuat tindak ikut atau Catch –
Up Plan [ CUP ] [ intervensi / pengukuhan / pengayaan ] bergantung kepada
kumpulan pelajar dan diadakan pada bulan 1 – 2 tahun 2022 . Tujuannya untuk
menutup kekurangan yang berlaku daripada PDPR dan menambah baik apa yang
perlu yang akan kita jalankan.

FOKUS :

- Pentaksiran ini untuk melihat penguasaan pelajar dalam PDPR sama ada telah
mencapai tahap yang baik, sederhana atau lemah mengikut kandungan KAK 100 %.

- JSI akan diberi oleh JPNJ. Untuk MP yang kurang diajar di sekolah JSI dibuat oleh
sekolah masing-masing . Contoh MP Asas Kelastarian, Sains Komputer dan
sebagainya.

- JSI mata pelajaran TVET di buat oleh JPN.

- Pihak JPN sedang membuat JSI jadi kita tunggu JSI tersebut, selewat-lewatnya 17
@ 18.11.2021. Kita dapati sekolah mempunyai 1 minggu untuk menyiapkan soalan
dan mencetaknya kerana akan digunakan pada 28.11.2021.
- JSI [ 5,3,2 ] – Aras rendah, sederhana , tinggi.

- Bagi JSI yang sekolah buat sendiri untuk MP yang kurang diambil oleh sekolah-
sekolah lain boleh buat JSI segera , begitu juga soalannya kerana JSI tidak
dibekalkan oleh JPN.

- Pentaksiran dijalankan menggunakan soalan tertutup atau 2 set soalan, bergantung


kepada keupayaan sekolah.

- Masa pentaksiran selama 1 jam @ 1.30 jam

- Jadual pentaksiran diurus sepenuhnya oleh pihak sekolah disesuaikan dgn jadual
waktu persekolahan.

- Persekolahan secara pengiliran…jadi pentaksiran ini juga secara pengiliran.

- Pelajar Drj 1 – 6 / Ting 1 – 4 belajar dahulu sampai 25.11.2021.

- Sek. Rendah : Tahap 1 – [ Drj. 1 – 3 ] Tahap 2 : [ Drj. 4,5,6 ]

- Sek.Menengah : Menengah Rendah [ Ting 1 – 3 ] Men. Atas : [ Ting. 4 ]

- Tidak melibatkan pelajar Ting. 5.

- Pentaksiran bermula dari 28.11.2021 – 2.12.2021. – untuk kumpulan A atau B yang


bersekolah pada minggu itu.

- Dari tarikh 5.12.2021 – 9.12.2021 – untuk kumpulan A atau B yang bersekolah pada
minggu itu.

- Untuk pelajar yang tidak mahu ke sekolah akibat kebimbangan Covid -19 atau ibu
bapa / penjaga tidak benarkan perlu juga ambil pentaksiran ini. Soalan diambil di
sekolah secara kelompok [ semua mata pelajaran yang ditaksir ] pada 9.12.2021
pada jam 1.00 ptg dan buat di rumah dan dihantar ke sekolah pada 12.12.2021.
Keperluan ini, untuk elakan aduan ibu bapa / penjaga pelajar ini tidak ditaksir.

- Pentaksiran Standard Setara Sumatif diselesaikan sebelum cuti persekolahan


10.12.2021.
- Markah Pentaksiran Standard Setara Sumatif ini dimasukkan dalam SAPS bagi ujian
2. [ Dlm SAPS ada ujian 1 [ bln 3 ] , Pertengahan Tahun [ Bulan 5 ], Ujian 2 [ Bulan 8
] Peperiksaan Akhir Tahun [ Bulan 11 @ 12 ]

- Andaikata sekolah sedang menjalankan PAT sekolah boleh gunakan PAT ini
sebagai Pentaksiran Standard Setara Sumatif.

- Kita sedia maklum ada sekolah yang membuat perancangan awal akademiknya
kerana takut situasi Covid-19 berlaku lagi, sekolah yang menjalankan PAT
masukkan markah ini dalam Ujian 2 [ SAPS bulan 8 ] . Kita gunakan PAT ini untuk
menilai Pentaksiran ini. Kita tidak mahu membebankan sekolah. Ini juga telah
ditegaskan oleh Tn Hj Sailon dalam taklimat di JPNJ. Masa bulan 1 dan 2 itu kita
gunakan untuk menampung kelemahan-kelemahan yang ada.

- Sekali lagi saya tegaskan, Andaikata sekolah sedang menjalankan PAT sekolah
boleh gunakan PAT ini sebagai Pentaksiran Standard Setara Sumatif.

- Sekolah yang tidak menjalankan PAT, pada masa ini perlu masukkan markah
Pentaksiran Standard Setara Sumatif ini dalam bhgian ujian 2 SAPS [ ogos ] . dan
jika sekolah ini nanti membuat PAT, masukkan markah dalam bahagian PAT [ bulan
11 @ 12 ] SAPS.

- Jeladsnya , sekolah yang belum menjalankan PAT dan akan menjalankan PAT pada
bulan 1 atau 2 , 2022 perlu menjalankan Pentaksiran Standard Setara Sumatif.

HAL- HAL LAIN

1. Pentaksiran Bilik Darjah [ PBD ]

- Sangat penting kepada SR dan SM menengah Rendah.


- Kemungkinan boleh digunakan untuk kemasukkan SBP disamping ada ujian yang
lain.

- Oleh itu PBD perlu diurus dengan sebaik mungkin.

- PPD tidak mahu pemberian TP itu tidak menggambarkan kebolehupayaan pelajar


sebenar.

- PBD perlu dinilai sehingga secara berterusan sehingga bulan 12.

- Markah untuk TP dalam pentaksiran iru perlu direkodkan dan diselesaikan pada
bulan 12.

- JK PBD sekolah dipantau oleh Tuan Pengetua @ PK1 perlu membuat analisis PBD
mengikut subjek dan kelas untuk melihat kekuatan dan kelemahan bagi membuat
Catch –Up Plan untuk Intervensi / Pengukuhan / Pengayaan pada bulan 1 @ 2
2022.

- Sekolah perlu membuat DP untuk PBD khasnya di sekolah rendah dan sekolah
menengah [ Ting 1 – 3 ].

- Matlamatnya untuk melihat kelemahan penguasaan pelajar khasnya pada


TP 1 – 2 [ Penguasaan lemah ] pelajar ini perlu dibuat intervensi pemulihan untuk
menambah baik penguasaannya. Sekiranya selepas pemulihannya TP pelajar ini
layak diberi TP 3 berikan TP 3 dan sekiranya tidak layak kekalkan TP yang
diperolehinya. Intervensi ini sangat penting untuk membantu pencapaian pelajar.
Intervensi ini dijalankan pada bulan 1 dan 2 tahun 2022. Jika TP pelajar ini berubah
markah dalam system pelaporan juga perlu diubah kepada TP terbaharu.

- Kemungkinan kunjung bantu daripada Pegawai PPD akan dilakukan ke sekolah


tanpa memberitahu sekolah pada bulan 1 @ 2 tahun 2022 untuk melihat Skor PBD
tersebut diurus dengan baik. Untuk makluman tuan / puan PGB, sebenarnya PPD
telah membuat Penataraan PBD di SR kepada PKP dan SU PBD pada 17.10.21 dan
Penataraan PBD di SM kepada PKP dan SU PBD pada 18.10.2021. PKP dan SU
PBD sekolah wajib membuat penataraan di peringkat sekolah. Untuk sekolah mana-
mana sekolah yang masih kurang jelas boleh berhubung dengan Pegawai di Sektor
Pembelajaran Puan Mazlina Mahmood dan Puan Norasikin Ithnin.
Sekian Terima Kasih

You might also like