You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NAPAI,

06100 KODIANG,
KEDAH DARUL AMAN TEL : 04-9243770

Kepada,

__________________________________

Tuan/Puan,

PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH BAGI SESI 2022

Sukacita perkara di atas adalah dirujuk bahawa anak di bawah jagaan tuan/puan iaitu
………………………………………….. dari kelas ……………………. telah dilantik menjadi pengawas
…………………. bagi sesi 2022

2. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Pengawas sekolah ingin Memohon kebenaran tuan atas
pelantikan tersebut

3. Walau bagaimanapun, tuan diingatkan bahawa pelantikan ini adalah berdasarkan kepada beberapa
syarat iaitu:

a. Murid ini dapat menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya dengan baik.
b. Murid ini tidak mengabaikan pelajarannya.
c. Sekiranya murid ini melakukan sebarang salah laku dan tidak menjalankan tugas seperti
yang diharapkan, maka pihak Jawatankuasa Pengawas Sekolah berhak menarik balik
pelantikan jawatan tersebut (melucutkan jawatan) dengan serta merta. Perletakan jawatan
tanpa sebab yang munazabah adalah tidak dibenarkan.
d. Bersedia untuk membeli pakaian/uniform dan semua kelengkapan seperti yang diarahkan
oleh pihak Jawatankuasa Pengawas Sekolah..
e. Dengan pelantikan sebagai pengawas, pihak sekolah berharap akan dapat melatih dan
melahirkan ramai bakal pemimpin pada masa yang akan datang.
3. Bersama-sama ini turut dilampirkan syarat-syarat pemakaian yang perlu dipatuhi oleh anak jagaan
tuan/puan sebagai pengawas sekolah bagi sesi 2022

4. Segala sokongan dan keprihatinan daripada pihak tuan amat kami hargai demi kebaikan bersama.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………..
( ALIAS BIN BAHADON )
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Guar Napai
LAMPIRAN

PERATURAN PEMAKAIAN BAGI PENGAWAS SEKOLAH

a) Pengawas Lelaki

- Kemeja lengan panjang warna “biru muda”


- Vest pengawas “ biru tua”
- Seluar panjang warna biru gelap
- Tali pinggang warna biru
- Tali leher pengawas
- Kasut hitam kanvas atau PVC
- Stokin warna hitam (panjang dan tidak berjalur)

b) Pengawas Perempuan

- Baju kurung warna “biru muda”


- Vest pengawas “ biru tua”
- kain berwarna biru gelap
- Tudung warna “biru muda”
- Anak tudung putih sahaja
- Kasut hitam kanvas atau PVC
- Stokin warna hitam (panjang dan tidak berjalur)
PERATURAN PEMAKAIAN BAGI PENGAWAS PUSAT SUMBER

c) Pengawas Lelaki

- Kemeja lengan panjang warna “coklat muda”


- Vest pengawas “ coklat tua”
- Seluar panjang warna coklat tua
- Tali pinggang coklat tua
- Tali leher pengawas
- Kasut hitam kanvas atau PVC
- Stokin warna hitam (panjang dan tidak berjalur)

d) Pengawas Perempuan

- Baju kurung warna “coklat muda”


- Vest pengawas “ coklat tua”
- kain berwarna coklat tua
- Tudung warna “coklat muda”
- Anak tudung putih sahaja
- Kasut hitam kanvas atau PVC
- Stokin warna hitam (panjang dan tidak berjalur)

You might also like