You are on page 1of 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya

PRAKTIS PM 8
SP
SPM
Kertas 1 A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
1. Apakah tujuan pembentukan Jawatankusa
7. Apakah tujuan pilihan raya berikut diadakan?
BUKU
TEKS Pilihan Raya bagi Majlis Mesyuarat Perundangan? BUKU
m.s. 196 TEKS
A Menuntut kemerdekaan m.s. 203 Tahun Peristiwa
B Membentuk Kabinet pertama
1956 Pilihan raya diadakan bagi kawasan
C Meluluskan Ordinan Pilihan Raya
Kuching Municipal Council (KMC)
D Membuat cadangan tentang pilihan raya
umum A Menjadikan Kuching sebagai bandar raya
B Memenuhi desakan pemimpin tempatan
2. Pilihan raya terawal di negara kita diadakan di C Merupakan persediaan awal ke arah
BUKU
TEKS A Kuching C Johor Bahru berkerajaan sendiri
m.s. 197
B George Town D Kuala Lumpur D Melibatkan penduduk tempatan dalam
pentadbiran negeri
3. UMNO Bahagian Kuala Lumpur dan MCA Bahagian
BUKU
TEKS Selangor telah bergabung pada pilihan raya 8. Apakah perubahan pada Majlis Perundangan
m.s. 197
peringkat BUKU
TEKS Persekutuan (MPP) 1955 berbanding MPP 1948?
A Majlis Negeri m.s. 204
I 9 orang Residen mewakili negeri
B Majlis Daerah II 2 wakil dari Melaka dan Pulau Pinang
C Majlis Perbandaran III 52 ahli MPP dipilih melalui pilihan raya
D Majlis Perundangan Persekutuan IV Ahli MPP dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi
A I dan II C II dan III
4. Apakah kepentingan pilihan raya di negara kita?
B I dan IV D III dan IV
BUKU
TEKS A Menghalau penjajah British
m.s. 197
B Menggalakkan kerjasama politik 9. Apakah kesan penubuhan Majlis Perundangan
C Menyedarkan rakyat tentang demokrasi BUKU
TEKS Persekutuan (MPP) 1955?
D Membolehkan rundingan kemerdekaan m.s. 204
I Pemansuhan Sistem Ahli
II Pembentukan Kabinet Pertama
5. Gambar berikut menunjukkan pilihan Raja Umun
III Tunku Abul Rahman menjadi Perdana Menteri
BUKU
TEKS 1955.
m.s. 198 IV Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan
merdeka
8

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

10.
BAB

BUKU
TEKS
m.s. 207
Mengapakah pilihan raya tersebut diadakan?
A Mencontohi birokrasi Barat
B Merintas jalan ke arah kemerdekaan
C Membebaskan diri daripada penjajahan
D Memenuhi desakan pemimpin tempatan

6. Apakah syarat untuk menjadi seorang pengundi? Apakah jawatan V.T. Sambanthan dalam Kabinet
BUKU
I Lahir di Tanah Melayu Pertama Persekutuan Tanah Melayu?
TEKS
m.s. 200
II Berumur 21 tahun ke atas A Menteri Buruh
III Warganegara Persekutuan Tanah Melayu B Menteri Pelajaran
IV Berpengetahuan dalam bahasa Melayu dan C Menteri Kesihatan
bahasa Inggeris D Menteri Pengangkutan

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 114

08 M&M SEJ TG4 2P.indd 114 06/11/2020 3:38 PM


Process Black
Sejarah Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya

Kertas 2

Bahagian A

1. Pilihan raya diadakan di Persekutuan Tanah Melayu selaras dengan peruntukan dalam Perjanjian Persekutuan
BUKU TEKS
Tanah Melayu 1948. m.s. 197

(a) Jelaskan pilihan raya Majlis Perbandaran yang pertama.


Pilihan Raya Majlis Perbandaran yang pertama diadakan di George Town, Pulau Pinang untuk memilih
sembilan orang ahli Pesuruhjaya Perbadanan George Town yang sebelumnya dilantik oleh Gabenor NNS.
Hari pendaftaran pemilih diadakan selama enam minggu dari 17 Mei 1951 hingga 30 Jun 1951. Seramai
14,514 pengundi mendaftar untuk membuang undi.
[3 markah]
(b) Terangkan tentang gabungan Perikatan dalam pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur.
Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur diadakan untuk merebut 12 kerusi bagi kawasan Sentul,
Bangsar, Imbi dan Petaling Jaya. UMNO Bahagian Kuala Lumpur dan MCA Bahagian Selangor menjalin
kerjasama dan bergabung dengan nama Perikatan. Kerjasama tersebut mendapat kemenangan.
[3 markah]
(c) Huraikan kepentingan pilihan raya.
Pilihan raya menyedarkan rakyat tentang amalan demokrasi. Pilihan raya memberikan pengalaman
kepada rakyat mengendalikan pilihan raya pada peringkat Persekutuan. Pilihan raya merupakan
persediaan ke arah berkerajaan sendiri. Pilihan raya membuka peluang yang adil kepada rakyat untuk
mengambil bahagian dalam politik tempatan.
[4 markah]

BUKU TEKS
2. Gambar berikut menunjukkan peristiwa pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955. m.s. 200 – 202

8 BAB
(a) Nyatakan tiga syarat menjadi pengundi dalam pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
(i) Warganegara Persekutuan Tanah Melayu.

(ii) Berumur 21 tahun ke atas.

(iii) Individu yang tinggal di Persekutuan Tanah Melayu dalam tempoh enam bulan terdahulu (dari
tarikh 17 Oktober 1954 atau 28 Oktober 1954 bagi negeri Terengganu) layak untuk menjadi pengundi.
[3 markah]

115 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

08 M&M SEJ TG4 2P.indd 115 06/11/2020 3:38 PM


Process Black
Sejarah Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya

(b) Senaraikan tiga parti politik yang bertanding dalam pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
(i) Perikatan
(ii) Parti Negara
(iii) Parti Islam Se-Tanah Melayu
[3 markah]
(c) Pada pendapat anda, apakah ciri yang perlu ada pada calon pilihan raya?
(i) Berintegriti
(ii) Mempunyai jati diri
(iii) Berilmu pengetahuan
(iv) Tidak mementingkan diri
[4 markah]
Bahagian B
BUKU TEKS
1. Pilihan Raya Umum Pertama diadakan bagi merintis jalan ke arah kemerdekaan. m.s. 204

(a) Terangkan proses pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955. [6 markah]
(b) Bandingkan keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan 1955 dengan keanggotaan Majlis Perundangan
Persekutuan 1948. [8 markah]
(c) Huraikan kesan penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan 1955. [6 markah]
BUKU TEKS
2. Maklumat berikut merujuk kepada pengertian pilihan raya. m.s. 203, 206

Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai
bagi mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang
sesuai untuk memenuhi jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan
tempatan.
Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_raya

(a) Terangkan pilihan raya awal di negeri berikut:


(i) Sarawak [4 markah]
8

(ii) Sabah [4 markah]


(b) Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 1955.
Jelaskan peranan kabinet pertama tersebut. [6 markah]
BAB

(c) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berperanan memastikan proses pilihan raya bebas dan telus.
Beri penjelasan anda. [6 markah]

Pendidikan Sivik
Nilai Teras: Bertanggungjawab
Tajuk: Malaysia Bebas Rasuah
AkƟviƟ PAK-21: Perbincangan
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. SeƟap kumpulan akan membuat perbincangan tentang bentuk rasuah, agensi terlibat, kesan rasuah dan cara-cara
menghindari rasuah.
3. Hasil perbincangan dibuat dalam bentuk poster atau pengurusan grafik dengan gambar menarik.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 116

08 M&M SEJ TG4 2P.indd 116 06/11/2020 3:38 PM


Process Black
Sejarah Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya

Sudut KBAT
Gambar berikut berkaitan pilihan raya di Malaysia.

(a) Jelaskan maksud pilihan raya.


Proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan.

(b) Apakah kepentingan pilihan raya kepada rakyat?


Membuka peluang yang adil kepada rakyat untuk mengambil bahagian dalam politik tempatan dan mengamalkan
demokrasi di negara kita.

(c) Mengapakah pilihan aya diadakan?


Pilihan raya umum untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Pilihan raya kecil akan diadakan jika
berlaku kekosongan kerusi disebabkan kematian, perletakan atau perlucutan jawatan.

(d) Bagaimanakah menjadikan proses pilihan raya adil, bebas dan telus?
Penggunaan dakwat kekal. Pengundian awal bagi polis dan tentera. Penambahbaikan oleh SPR dalam menjamin
proses pilihan raya berjalan lancar dan bebas daripada tekanan mana-mana pihak.

8BAB
(e) Berikan cadangan anda untuk menarik minat generasi muda mendaftar sebagai pengundi.
– Menyebarkan tarikh, masa, dan tempat mendaftar di media massa dan media cetak.
– Membuka kaunter pendaftaran pemilih di kawasan tumpuan awam.
– Mengadakan kempen kesedaran kepentingan pilihan raya dan menjadi pengundi.
– Memudahkan cara pendaftaran seperti melalui online atau sms.
– Mengadakan cabutan bertuah kepada mereka yang mendaftar sebagai pengundi.

Kuiz 8

117 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

08 M&M SEJ TG4 2P.indd 117 06/11/2020 3:38 PM


Process Black

You might also like