Professional Documents
Culture Documents
Tutorial Perkongsian
Tutorial Perkongsian
Tutorial 3 Perkongsian
TUTORIAL 3 : PERKONGSIAN
SOALAN 1
Nadirah, Ariff, Zainab dan Amjad adalah rakan kongsi dalam Perkongsian Bijak. Disebabkan
perselisihan faham, kesemua rakan kongsi bersetuju untuk membubarkan perkongsian ini.
Tarikh pembubaran ialah pada 30 September 2019 dan baki akaun pada tarikh tersebut adalah
seperti berikut:
Butiran RM
Modal:
Nadirah 120,000
Ariff 40,000
Zainab 120,000
Amjad 80,000
Hartanah 181,560
Loji dan mesin 73,560
Kenderaan 134,400
Inventori 49,320
Penghutang 154,200
Overdraf bank 74,160
Pemiutang 158,880
Bulan RM
Oktober:
Tunai dari realisasi aset:
1. Loji dan mesin 88,800
2. Sebahagian penghutang 109,800
3. Kenderaan 120,000
November:
Tunai dari realisasi aset:
1
EPPA 3113
Tutorial 3 Perkongsian
1. Inventori 50,400
2. Baki penghutang 43,200
Disember:
Tunai dari realisasi hartanah 139,200
1. Nadirah, Ariff, Zainab dan Amjad akan berkongsi keuntungan pada kadar 3:2:3:2.
Dikehendaki:
Sediakan:
a) Akaun Realisasi
b) Akaun Tunai
c) Jadual Pengagihan Tunai kepada rakan kongsi pada akhir setiap bulan
d) Akaun Modal Rakan Kongsi
SOALAN 2
Syarikat Jati Diri telah diperbadankan pada 1 Julai 2019 dengan modal dibenarkan berjumlah
RM10,000,000 bernilai par RM1 sesaham. Syarikat ini diwujudkan untuk mengambilalih
Perkongsian D’Great pada 1 April 2019. Rakan kongsi dalam Perkongsian D’Great terdiri
daripada En. Roslan dan Isterinya, Pn. Maisarah yang berkongsi untung dan rugi secara sama
rata.
a. Balasan belian adalah menerusi penerbitan saham biasa sebanyak 6,500,000 unit pada harga
RM1 seSyer, berbayar penuh pada 1/7/2019. Bakinya adalah menerusi pembayaran tunai
pada 31/1/2020.
2
EPPA 3113
Tutorial 3 Perkongsian
b. Nilai aset-aset yang diambilalih pada 1/4/2019 ialah:
c. Muhibah yang wujud dari pengambilalihan ini adalah bersamaan dengan 50% daripada
untung kasar yang diperolehi untuk setengah tahun kedua berakhir pada 31/12/2019.
d. Syarikat akan mengutip hutang bagi pihak perkongsian. Kutipan tersebut bersama-sama
dengan baki bank akan digunakan untuk menjelaskan pemiutang perkongsian.
e. En. Roslan dan Pn. Maisarah dilantik sebagai pengarah syarikat dan mereka dibayar ganjaran
sebanyak RM10,000 sebulan setiap seorang.
f. Hartanah akan diambilalih oleh En. Roslan dan Pn. Maisarah masing-masing pada nilai
RM5,000,000 dan RM4,550,000.
g. Kadar keuntungan, jualan, belian dan kesemua perbelanjaan adalah terakru secara sama rata
sepanjang tahun.
Syarikat beroperasi secara berterusan dalam tahun semasa dan tiada catatan dibuat mengenai
penubuhan dan pengambilalihan tersebut. Syarikat masih menggunakan buku-buku perakaunan
perkongsian di mana tarikh akhir ianya ditutup ialah pada 31 Disember 2019.
Sebelum 31/12/2019, kesemua pemiutang yang wujud pada 31/3/2019 telah dijelaskan dan
kesemua penghutang telah dikutip melainkan hutang yang berjumlah RM60,000 yang
dihapuskirakan.
BUTIRAN DT KT
(RM’000) (RM’000)
Akaun Modal (1/1/2019):
En. Roslan 7,600
Pn. Maisarah 7,600
Akaun Ambilan:
En. Roslan 1,000
Pn. Maisarah 600
Penghutang (baki pada 31/3/2019 ialah RM500) 2,100
Pemiutang (baki pada 31/3/2019 ialah RM700) 960
Belian 12,000
Jualan 18,600
Belanja gaji 1,500
Belanja pengiklanan 400
Belanja pelbagai 1,800
Peralatan pejabat pada 1/1/2019 2,000
3
EPPA 3113
Tutorial 3 Perkongsian
Inventori, 1/1/2019 3,450
Hartanah 9,550
Bank (baki pada 31/3/2019 ialah RM400 ) 360
Jumlah 34,760 34,760
Maklumat tambahan:
i) Susutnilai yang dikenakan untuk peralatan pejabat bermula pada 1/4/2019 ialah pada
kadar 10% setahun.
ii) Belanja yuran audit ialah sebanyak RM10,000.
iii) Nilai inventori akhir pada 31/12/2019 ialah RM4,050,000.
Dikehendaki:
Sediakan:
a) akaun modal rakan kongsi.
b) Penyata Pendapatan berlajur bagi fasa Perkongsian, Pra-perbadanan dan Syarikat Jati Diri
untuk tahun berakhir 31/12/2019.