You are on page 1of 3

BAHAGIAN A :MUAMALAT DAN MUNAKAHAT

1. a) Jual beli ialah menukar harta atau benda yang mempunyai nilai mengikut cara-cara
tertentu yang diharuskan oleh syarak dengan lafaz ijab dan qabul.Terangkan maksud ayat
yang bergaris. (2m)

b) Sekiranya ada kecacatan pada barang yang dibeli pembeli diharuskan khiyar.Apakah nama
khiyar tersebut dan jelaskan syarat-syaratnya. (6m)

c) Huraikan hokum dan alasan bagi situasi yang berikut

I. A telah membeli seguni tahi ayam untuk dijadikan baja di dusun buahnya.
(3m)
II. B menjual buah mangga dari dusun jirannya yang terbiar. (3m)
III. C memulangkan semula baju kurung yang dibeli untuk isterinya kepada
penjual kerana isterinya tidak berkenan.(3m)
IV. D yang bersekolah di Tadika telah membeli sebungkus roti coklat di kantin
sekolah. (3m)

2. a) Terangkan maksud wasiat (2m)

b) Jelaskan tiga syarat bagi harta yang diwasiatkan. (6m)

c) jelaskan hokum dan alasan bagi kes berikut :

I. penerima wasiat meninggal dunia sebelum menerima harta yang


diwasiatkan kepadanya. (3m)
II. Pewasiat telah mewasiatkan harta kepada seekor kuda kesayangannya. (3m)
III. Bapa telah mewasiatkan sebuah rumah kepada anak perempuannya.(3m)
IV. Pewasiat telah mewasiatkan RM 50,000 daripada jumlah keseluruhan
hartanya RM 100,000 untuk didermakan kepada pertubuhan anak-anak
yatim.(3m)

3. a) Terangkan perbezaan antara iddah dan ihdad. (4m)

b) Jelaskan empat hikmah berihdad. (8m)

c) Jelaskan hokum dan alasan bagi situasi di bawah :

I. E telah memakai perhiasan dan wangi wangian semasa dalam ihdad


II. F telah keluar bekerja untuk menyara anak-anaknya seminggu selepas
kematian suaminya.
III. G telah mengikut sepupunya ke Kuala Lumpur kerana bosan tinggal
sendirian di rumah selepas 30 hari kematian suaminya.
IV. H pergi ke kubur suaminya selama tujuh hari berturut-turut selepas
kematian suaminya untuk membuktikan kesedihan dan kesetiaannya.

BAHGAIAN B : MIRATH DAN JENAYAH

4. a) Berikan pengertian berikut :


I. Asabah.
II. Ashabul Al-Furudh (4m)

b) Terangkan hokum dan alasan bagi masalah berikut sama ada layak atau tidak mendapat
pusaka.

I. Ahmad adalah anak angkat kepada arwah Pak Abu


II. Aminah telah kematian suaminya setengah jam selepas akad nikah
III. Ahmad bercerai talak 1 dengan isterinya.40 hari kemudian isterinya telah meninggal
dunia.
IV. Ali menceraikan isterinya dengan talak 3. Seminggu kemudian dia pun meninggal
dunia.

c) Selesaikan pembahagian harta pusaka untuk masalah berikut :

I. Seorang meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri, ibu, dan dua
saudara perempuan.
II. Seorang meninggal dunia dan meninggalkan 2 orang isteri, dua orang anak
perempuan dan 3 orang anak lelaki. (8m)

5. a) Huraikan maksud berikut :

I. Harta pusaka kecil


II. Harta tak alih beserta contoh (5m)

b) Huraikan bahgian penerimaan bagi waris-waris ashabul al-furudh berikut :

I. Suami
II. Isteri
III. Bapa (6m)

c) Selesaikan masalah berikut :

I. Seorang mati meninggalkan suami, ibu, bapa, seorang anak lelaki,seorang


anak perempuan,seorang saudara perempuan seibu sebapa. Harta yang
ditinggalkan ialah sebanyak RM 360,000. (9m)

6. a) Jelaskan maksud berikut :


II. Diyat beserta contoh jenayah yang membolehkan seseorang dikenakan
hukuman diyat.
III. Ta’zir beserta contoh jenayah yang boleh dikenakan hukuman ta’zir (6m)

b) Huraikan kesalahan jenayah di bawah dan jenis diyat bagi kes tersebut

“ J telah menumbuk K kerana mencuri jam tangannya.Tiba-tiba J rebah dan


meninggal dunia “ (6m)

c) Ulaskan system diyat menurut syarak dan denda dalam kanun keseksaan 1960 . ( 8m)

You might also like