You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

SJK (C) SIEW CHING BIL. 1/2022

Tempat : Pejabat Pentadbir SJK (C) Siew Ching, Lahad Datu

Tarikh : 31 Mac 2022 (Khamis)

Masa : 10.30 pagi – 11.00 pagi

Pengerusi : En. Moh Ilham Sadik

Kehadiran :

1. En. Moh Ilham Bin Sadik (Ketua Panitia)

2. En. Faiz Nur Luqman Bin Shukeri

3. Cik Noramidah Binti Mohd Raziz


Agenda

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 En. Moh Ilham mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru Pendidikan Islam.

1.2 En.Moh Ilham juga mengucapkan terima kasih kepada En. Lim Ken Ting selaku pihak
pentadbir dalam mesyuarat panitia bil.1/2022.

(Tindakan : Makluman)

2.0 Persediaan Sumber Awal Tahun Untuk Persekolahan.

2.1 En. Moh Ilham memaklumkan bahawa guru PI telah mengikuti kursus penataran DSKP
KSSR Pendidikan Islam tahun 6 (semakan baharu) pada bulan Januari 2022 melalui
medium Google Classroom. En. Moh Ilham turut memaklumkan bahawa DSKP
Pendidikan Islam tahun 6 (semakan baharu) telah dibekalkan kepada GPI semasa
mengikuti kursus tersebut.

(Tindakan: Makluman)

2.2 Pn Hasliza memaklumkan bahawa Dokumen Standard Kurikulum Pengajaran (DSKP) dan
Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) tahun 1-6 telah dibekalkan.

(Tindakan: Makluman)

3.0 Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa semua murid telah menerima buku teks meliputi dari
tahun 1 hingga tahun 6.

(Tindakan :Makluman)

3.2 Pengerusi memaklumkan bahawa naskah guru masih kurang mencukupi 1 buah. Oleh
itu, pengerusi menyarankan agar guru Pendidikan Islam yang terlibat menggunakan buku
teks digital yang telah disediakan.

(Tindakan: Guru Pendidikan Islam)

4.0 Bilik-Bilik Khas (Surau)

4.1 En Moh Ilham memaklumkan bahawa akan mewujudkan satu surau di salah satu bilik
Pendidikan Islam. Ini bertujuan bagi mencapai tahap 3 Persis dalam KPI pengarah.

(Tindakan: Makluman)

4.2 En Faiz Nur Luqman dan Cik Noramidah turut bersetuju dengan cadangan yang di
utarakan.
(Tindakan: Makluman)
4.3 En Lim Ken Ting juga bersetuju bagi usaha mewujudkan satu surau di salah sebuah bilik
Pendidikan Islam. Hal ini bertujuan bagi memudahkan guru-guru atau pelawat-pelawat
dari luar yang beragama Islam untuk menunaikan solat jika sekolah menjadi tuan rumah
untuk sebarang aktiviti pertandingan.

(Tindakan: Guru Pendidikan


Islam)

5.0 Bilik-Bilik Khas (Bilik Pendidikan Islam)

5.1 En Moh Ilham memaklumkan bahawa guru kelas Pendidikan Islam perlu menceriakan
bilik Pendidikan Islam untuk menyambut kedatangan murid.
(Tindakan: Makluman)

5.2 En Faiz Nur Luqman dan Cik Noramidah bersetuju dengan cadangan yang di utarakan.

(Tindakan: Makluman)

6.0 Fail Rancangan Mengajar Guru.

6.1 En Moh Ilham memaklumkan guru Pendidikan Islam perlu menyediakan rancangan
mengajar mengikut keperluan sekolah iaitu melalui E RPH.

(Tindakan: Guru Pendidikan Islam)

7.0 Format Rancangan Mengajar Harian

7.1 En Moh Ilham memaklumkan guru Pendidikan Islam mengikut cara yang betul dalam
pembinaan objektif pembelajaran. Pembinaan objektif mengikut (ABCDS). ABCD adalah
wajib manakala S adalah pilihan. Aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti PAK-21.

(Tindakan: Guru Pendidikan Islam)

8.0 Pentaksiran

8.1 En Moh Ilham memaklumkan bahawa pentaksiran sumatif Pendidikan Islam tahap 2 akan
diadakan 2 kali setahun

(Tindakan: Makluman)

8.2 Pembahagian penggubal soalan adalah seperti berikut:

Sumatif 1: 25/7-29/7

Tahun 4 = Ustaz Ilham


Tahun 5 = Ustaz Faiz

Tahun 6 = Ustazah Noramidah

Sumatif 2: 7/11-11/11

Tahun 4 = Ustaz Faiz

Tahun 5 = Ustazah Noramidah

Tahun 6 = Ustaz Ilham

(Tindakan: Guru Pendidikan Islam)

9.0 Agihan Tugas Panitia

9.1 En Moh Ilham telah memaklumkan pembahagian tugas panitia adalah seperti berikut:

1. Ustaz Ilham :

E-Pelaporan – Bulan Jun dan Oktober

Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA)

2. Ustaz Faiz :

Setiausaha

Kem Bestari Solat (KBS)

3. Ustazah Noramidah :

Penyelaras Surau

Kem Cemerlang Jawi

(Tindakan: Ustaz Ilham, Ustaz Faiz dan Ustazah Noramidah )

9.2 Jurulatih Majlis Tilawah Al-Quran pula adalah seperti berikut:

1 Ustaz Ilham = Hafazan

2 Ustaz Faiz = Tilawah

3 Ustazah Noramidah = Daie Cilik

(Tindakan: Ustaz Ilham, Ustaz Faiz dan Ustazah Noramidah )


10.0 Peruntukan Panitia (Kewangan)

10.1 En Moh Ilham memaklumkan bahawa baki kewangan pada tahun 2021 adalah sebanyak
Rm 95.14.

(Tindakan: Makluman)

10.2 En Moh Ilham memaklumkan bahawa peruntukan bagi tahun 2022 adalah sebanyak Rm
347.76. Anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM 407.47 bertujuan untuk melaksanakan
program dan aktiviti panitia.
(Tindakan: Makluman)

10.3 En Moh Ilham turut memaklumkan peruntukan BBTP adalah sebanyak RM 2569.89.
Peruntukan dibahagikan dengan Panitia Pendidikan Moral. Jumlah yang diperoleh digunakan
untuk membeli barang-barang berkaitan Pendidikan Islam.

(Tindakan: Makluman)

11.0 Takwim Panitia Pendidikan Islam

11.1 Takwim 2022/2023 adalah berdasarkan lampiran 1

12.0 Penutup

12.1 En Moh Ilham mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama yang
diberikan sepanjang mesyuarat berlangsung. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00
pagi.

(Tindakan : Makluman)

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………………… ……………………………………………

(En. Faiz Nur Luqman Bin Shukeri) (En. Moh Ilham Bin Sadik)

Setiausaha Panitia PI Ketua Panitia PI

SJK ( C ) Siew Ching SJK( C ) Siew Ching

You might also like