You are on page 1of 5

INFO KADET

POLIS
PENUBUHAN PASUKAN KADET POLIS DIRAJA
MALAYSIA
1.PENDAHULUAN 

(a) Bahagian XI Akta Polis 1967 telah membolehkan penubuhan Pasukan


Kadet Polis di mana-mana sahaja di dalam 
             Malaysia seperti yang diperintahkan oleh YB Menteri Dalam Negeri; 
        (b) Pasukan Kadet Polis adalah:- 
              (i)    Pegawai Kanan PKP 
              (ii)   Pegawai Pangkat Rendah 
              (iii)  Kadet 
(b) Penubuhan Kadet Polis adalah di sekolah-sekolah Menengah yang
terbahagi kepada dua cawangan: 
              (i)    PKP Wanita 
              (ii)   PKP Lelaki 
(c) Ahli-ahli PKP (Kadet dan Pegawai Rendah Kadet) akan dipilih dari
murid-murid sekolah menengah yang telah dipilih untuk ditubuhkan PKP.
Pegawai-pegawai Kanan Kadet pula adalah guru-guru sekolah tersebut dan 
             Pegawai-pegawai Pelajaran Negeri. Peraturan ini adalah bagi kemudahan
pentadbiran. 
(d) Pasukan Kadet Polis adalah bergabung dengan Polis Diraja Malaysia
tetapi ahli-ahlinya bukan Pegawai Polis mengikut takrif yang terkandung
dalam Akta Polis 1967.
2.TUJUAN DITUBUHKAN 

       (a) Peranan Belia Di Dalam "Nation Building" 


            Generasi muda diperhitungkan sebagai harapan bangsa dan negara.
Merekalah yang akan membentuk tulang belakang 
            dalam pembangunan negara dalam semua aspek baik ekonomi, politik,
mahupun perbaharuan. Dasar Belia Negara 
            bertujuan melahirkan masyarakat belia yang berdisiplin, berpelajaran dan
bertanggungjawab. 
       (b) Sebagai Kegiatan Kokurikulum di Sekolah-sekolah 
             (i)    Membangunkan murid-murid sekolah dari segi sosial, emosi, moral,
mental dan fizikal; 
             (ii)   Mengetahui tanggungjawab, kualiti kepimpinan serta kebijaksanaan
murid-murid sekolah; dan 
             (iii)  Memperkayakan masa lapang murid-murid 
        (c) Sebagai satu strategi 'Perhubungan Polis-Masyarakat'

3.MATLAMAT 

             Berasaskan pespektif-pespektif tersebut, tujuan-tujuan PKP adalah


berikut:- 
     (a)    Memperkenalkan murid-murid sekolah kepada tugas-tugas Polis pada
amnya 
     (b)    Menanamkan disiplin diri di alam persekolahan dan di luar sekolah 
     (c)    Memupuk perasaan patuh kepada peraturan dan undang-undang 
     (d)    Memupuk perasaan tanggungjawab dan kesedaran kepada masyarakat dan
negara, khususnya dalam hal-hal 
              keselamatan 
     (e)    Mewujudkan semangat perpaduan serta menjalinkan hubungan erat di
antara Polis dengan orang awam 
     (f)     Menghindarkan anasir-anasir penyalahgunaan dadah, dan 
     (g)    Membentuk kekuatan fizikal dan kecerdasan mental.
Allahyarham Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Mahamad Salleh bin Ismail
telah mengatakan semasa   merasmikan PELANCARAN Pasukan Kadet Polis
pada 2hb Mac 1970. 

       "The overall objective is to make the cadet a responsible citizen of the


future. He must yield a strong and 

       healthy influence among his colleagues, friends and family so that in the
years ahead, there will he a new 

       breed, of enlightened good citizens contributing to nation building."

4.KEAHLIAN 

       Keahlian pertubuhan ini hanya dikhaskan kepada murid-murid sekolah


menengah, yang berumur antara 14 tahun hingga 
       21 tahun. Hanya mereka yang berbadan sihat dan cergas sahaja akan dipilih
untuk menjadi ahli pertubuhan ini. Mereka 
       yang terpilih akan dibekalkan dengan pakaian seragam yang dikhaskan untuk
PKP mengikut ukuran mereka. Selain 
       daripada itu mereka juga diberi latihan yang intensif selama tiga tahun.

5. SYARAT KEAHLIAN 

       (a)    Penuntut dari sebuah sekolah menengah berumur tidak kurang dari 14
tahun dan tidak lebih dari 21 tahun. 
       (b)    Guru yang berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak lebih dari50
tahun dan telah diluluskan oleh YB Ketua Polis 
               Negara dengan persetujuan YB Menteri. 
       (c)    Penuntut yang tidak menjadi ahli Pertubuhan-Pertubuhan lain yang
berpakaian seragam seperti Pengakap, SJAM, 
               BSMM dan lain-lain. 
       (d)   Semua ahli mestilah mempunyai tinggi sekurang-kurangnya 135cm (4'6")
bagi lelaki dan 128cm (4'3") bagi perempuan.
   
  
 

6.LATIHAN 

       Ketua Polis Daerah adalah dipertanggungjawabkan untuk memberi latihan dan


mengadakan perkara berikut:- 
       (a)   Kawad -- semua jenis 
       (b)   Kuliah -- undang-undang, tugas dan tanggungjawab Polis 
       (c)   Pertolongan Cemas 
       (d)   Syarahan-syarahan berkenaan ancaman anasir-anasir jahat kepada negara
dan cara mengelakan diri dari dipengaruh 
                olehnya 
       (e)   Khemah tahunan di mana ahli-ahli akan menjalankan latihan-latihan
amali 
       (f)    Menjalankan gerakan jiwa murni dan projek kemasyarakatan.

7.ORGANISASI 

       Rangka Pertubuhan Pasukan Kadet Polis adalah disusun sama seperti susunan
Polis biasa. 
       Pasukan Kadet Polis dibahagikan kepada Kompeni dan Pelatun. 
       Setiap pelatun itu mengandungi anggota-anggota yang datang dari sebuah
sekolah sahaja -- yang anggotanya semua lelaki 
       atau semua perempuan. 
       Satu Kompeni adalah mengandungi 4 Pelatun dan diketuai oleh seorang
Komander Kompeni berpangkat Penolong 
       Penguasa Polis. Jawatan ini dipegang oleh seorang Pegawai Pendidikan atau
Guru Kanan Sekolah. Komander Kompeni 
       adalah dibantu oleh seorang Ajutan berpangkat Inspektor, seorang Sub-
Inspektor dan dua Sarjan Mejar. 
       Ibu Pejabat Kompeni terletak di Ibu Pejabat Polis Daerah di mana Pasukan ini
berada. 
       Satu pelatun adalah terdiri daripada 35 ahli termasuk seorang pegawai kanan
kadet, seorang sarjan dan tiga orang kopral. 
       Pegawai Kanan Kadet berpangkat Inspektor adalah guru sekolah dan yang lain
penuntut sekolah. 
ETIKA PAKAIAN KADET POLIS.
  

Pakaian kadet lelaki. 

Pakaian kadet perempuan.

You might also like