You are on page 1of 2

SEJARAH PENUBUHAN

Berdasarkan seksyen 68 Akta Polis 1967 , Ketua Polis Negara dengan persetujuan
Menteri Dalam Negeri boleh menubuhkan Pasukan Kadet Polis di seluruh Negara.
Sehubungan itu , setakat ini lebih 600 platun Kadet Polis telah ditubuhkan yang
terdiri daripada hampir 21,000 orang ahli Kadet Polis dan 600 orang pegawai kanan
Pasukan Kadet Polis di seluruh Negara. Tujuan penubuhan Kadet Polis adalah untuk
member pendedahan kepada sebilangan pelajar dalam aspek peranan dan fungsi
kepolisan dalam menangani masalah jenayah , dadah , moral dan gengsterisme di
kalangan pelajar yang bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan.

LATARBELAKANG SEJARAH PENUBUHAN

Atas arahan MAGERAN , Akta Polis 1967 telah dipinda bagi membolehkan
penubuhan Pasukan Kadet Polis ( PKP ) di bawah Seksyen 68. Akta tersebut.
Berikutan itu sebanyak 56 platun Kadet Polis telah ditubuhkan pada 2 Mac 1970.
Penubuhan PKP merupakan salah satu kegiatan kokurikulum sekolah menengah
sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pelajaran 1961 mengikut Ordinan No. 2 (
Kuasa-Kuasa Perlu ) Darurat 1969,P.K.(A)487 bertarikh 20 November 1969 yang
diselaraskan oleh PDRM.
Memandangkan keberkesanannya , maka PKP telah diperbesarkan kepada 204
platun pada tahun 1992 , 579 platun pada tahun 1996 dan melebihi 600 platun
pada tahun 2010 hingga kini di seluruh Negara. Ini bertepatan dengan keperluan
Kementerian Pelajaran yang berkehendakkan semua pelajar sekolah menjadi ahli
badan beruniform.

OBJEKTIF
 Meningkatkan disiplin diri dengan mematuhi peraturan dan undang-undang.
 Melahirkan insan yang bertanggungjawab kepada agama , bangsa dan negara
dalam hal-hal keselamatan dan ketenteraman awam.
 Melahirkan insan yang mantap dalam aspek jasmani , emosi , rohani dan
intelek.
 Membentuk masyarakat yang mempunyai hubungan erat antara PDRM
dengan orang ramai yang saling memerlukan.

MATLAMAT

Matlamat utama penubuhan Pasukan Kadet Polis ( PKP ) atau kini lebih dikenali
sebagai Kor Kadet Polis ( KKP ) adalah untuk :
 Membentuk masyarakat khususnya remaja semangat Patriotik terhadap
negaranya.
 Meningkatkan disiplin diri dan menjadi model kepada pelajar lain.
 Menanamkan semangat kerjasama secara berpasukan.
 Menjalinkan hubungan yang erat dari berbagai bangsa , agama dengan
 semangat 1 Malaysia.
 Menjadi telinga dan mata kepada pihak sekolah dan PDRM dalam
membendung salahlaku jenayah dikalangan remaja sekolah.
 Memberikan pendedahan dan kefahaman mengenai tugas-tugas kepolisan
dan penguatkuasaan undang-undangnya adalah untuk kepentingan masyarakat.

You might also like