You are on page 1of 9

PERSIDANGAN MEJA BULAT

UNDI 18 TAHUN & PENDIDIKAN DEMOKRASI :


CABARAN TERHADAP IKLIM POLITIK NEGARA

PENGENALAN
Majlis Belia Malaysia menurut Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007

Badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan


Seksyen 49
(1) Majlis Belia Malaysia ialah badan induk pertubuhan belia di peringkat
kebangsaan yang menggabungkan dan menyelaras semua pertubuhan belia yang
bergabung dengannya.
(2) Objektif badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan ialah—
(a) menggalakkan dan mendorong pertubuhan belia supaya memainkan peranan
yang positif dan berkesan kepada masyarakat dan negara;
(b) merangsang dan mewujudkan perhubungan, kerjasama, persefahaman dan
persahabatan antara pertubuhan belia dengan belia atau dengan pertubuhan belia
antarabangsa;
(c) menggalakkan kemajuan pertubuhan belia yang seimbang dalam pelbagai
bidang; dan
(d) memupuk sikap bertanggungjawab, semangat patriotisme dan kesukarelawanan
di kalangan pertubuhan belia.

Fungsi badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan


Seksyen 50
Fungsi badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan ialah—
(a) untuk menyalurkan suara belia kepada kerajaan;
(b) untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam menjalankan program dan aktiviti
yang berkaitan dengan pembangunan belia daripada aspek pendidikan,
penyelidikan dan pembangunan sumber manusia; dan
(c) untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain di bawah Akta ini.
KEAHLIAN
Badan Gabungan
1. ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA
2. BRIGED PUTERA MALAYSIA
3. BRIGED PUTERI MALAYSIA
4. GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG MALAYSIA
5. GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
6. GERAKAN BELIA BERSATU MALAYSIA
7. MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA
8. MAJLIS BELIA HINDU MALAYSIA
9. MAJLIS KELAB BELL BELIA TAMIL MALAYSIA
10. PERGERAKAN PEMUDA MALAYSIA
11. PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
12. PERSATUAN ASRAMA BELIA MALAYSIA
13. PERSATUAN BELIA BUDDHIST MALAYSIA
14. PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA
15. PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
16. PERSAUDARAAN BELIA METHODIST MALAYSIA
17. PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
18. PERTUBUHAN BELIA KEBANGSAAN BERSATU SARAWAK
19. ST. JOHN AMBULANS MALAYSIA
20. MAJLIS BELIA NEGERI PERLIS
21. MAJLIS BELIA NEGERI KEDAH
22. MAJLIS BELIA NEGERI PULAU PINANG
23. MAJLIS BELIA NEGERI PERAK
24. MAJLIS BELIA NEGERI SELANGOR
25. MAJLIS BELIA NEGERI NEGERI SEMBILAN
26. MAJIS GABUNGAN BELIA MELAKA
27. MAJLIS BELIA NEGERI JOHOR
28. MAJLIS BELIA NEGERI PAHANG
29. MAJLIS BELIA NEGERI TERENGGANU
30. MAJLIS BELIA NEGERI KELANTAN
31. MAJLIS BELIA WILAYAH PERSEKUTUAN
32. MAJLIS BELIA SABAH
33. PERSATUAN KELAB-KELAB BELIA MALAYSIA
34. PERGERAKAN BELIA INDIA MUSLIM MALAYSIA
35. MAJLIS BELIA INDIA MALAYSIA
36. JUNIOR CHAMBER INTERNATIONAL MALAYSIA
37. PERSATUAN BELIA XIANG LIAN MALAYSIA

Badan Gabungan Bersekutu


38. PERSATUAN BELIA SIKH MALAYSIA
39. MAJLIS BELIA FELCRA MALAYSIA
40. MAJLIS BELIA ORANG ASLI MALASIA

Statistik Sebahagian Keahlian Badan Gabungan MBM


1. Gerakan Belia 4B Malaysia - 23,719 Ahli
2. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) - 64, 171 Ahli
3. Briged Puteri Malaysia - 9,745 Ahli
4. Persatuan Belia Buddhist Malaysia - 97,192 Ahli
5. Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM) - 261,723 Ahli
6. Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA) - 15,000 Ahli
7. Junior Chamber International Malaysia (JCIM) - 12,494 Ahli
8. Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) - 41,000 Ahli
9. Majlis Belia Negeri Kedah - 112,209 Ahli
10. Majlis Belia Kelantan - 12,600 Ahli
11. Majlis Belia Negeri Pahang - 35,000 Ahli
12. Majlis Belia Negeri Perak - 221,939 Ahli
13. Majlis Belia Negeri Pulau Pinang - 105,600 Ahli
14. Majlis Belia Negeri Negeri Sembilan - 472 500 Ahli
15. Majlis Belia India Malaysia (MIYC) - 2081 Ahli
16. Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA) - 11,500 Ahli
17. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia - 5,193 Ahli
18. Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia - 19,193 Ahli
PENGALAMAN PENURUNAN HAD UMUR BELIA DARI 40 KE 30 TAHUN

Rabu 03/07/2019 Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Akta


Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 (Akta 668).

Selain menurunkan had umur, pindaan lain membabitkan peruntukan tempoh


pemegang jawatan dalam sesuatu pertubuhan iaitu tidak kurang daripada 18 tahun
dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh pelantikannya.

Namun Kedah melalui siaran berita 09/07/2019, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan
Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Keusahawanan negeri,
Asmirul Anuar Aris berkata “Kita akan sahut apa yang diputuskan kerajaan
Persekutuan, tetapi di Kedah setakat ini masih kekal usia 40 tahun untuk belia
sebelum kita mungkin turunkan kepada 35 pada tahun depan dan 30 tahun pada
2021”.

Johor lebih unik. Pada 08/07/2019 Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal,
berkata kerajaan negeri menghormati pandangan dan keputusan Kerajaan
Persekutuan dalam membuat keputusan pelaksanaan Rang Undang-undang (RUU)
Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 (Akta 688). Katanya,
Johor bagaimanapun masih mentakrifkan definisi belia dari umur 15 hingga 40
tahun.

“Pada umur 40 tahun, mereka adalah kelompok yang strategik untuk membina
karakter kepimpinan dalam berjuang dan mengetengahkan isu semasa yang
berbangkit.

Namun pada 09/07/2019 seperti dilaporkan oleh MalaysiaKini, Kerajaan Johor


membuat pusingan U dengan menerima pindaan had umur belia daripada 40
kepada 30 tahun.
Exco Belia dan Sukan negeri Sheikh Umar Bagharib Ali berkata demikian dalam
kenyataan - sehari selepas Pejabat Menteri Besar Johor mengumumkan pengekalan
had umur 40 tahun semalam.

“Berhubung pindaan rang undang-undang Akta Pertubuhan Belia Dan


Pembangunan Belia 2007 Akta 668 yang telah diputuskan oleh jemaah menteri
kabinet kerajaan persekutuan dan konsensus bersama oleh Majlis Tertinggi Pakatan
Harapan, kerajaan negeri Johor menerima baik pindaan umur belia 15-30 tahun ini,
selaras dengan keputusan yang dibuat,” katanya.

Hanya selepas lapan jam menerima pindaan umur belia 15 hingga 30 tahun,
kerajaan Johor membuat kejutan apabila mengekalkan semula semula had umur
belia di negeri ini kepada 40 tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor,


Sheikh Umar Bagharib Ali, berkata pengekalan had umur belia negeri ini kepada 40
tahun dibuat selepas selepas perbincangan lanjut dan atas nasihat beberapa pihak.

Sepertimana laporan Metro pada 06/07/2019, Kerajaan Selangor menetapkan untuk


mengekalkan had umur golongan belia sehingga 40 tahun bagi setiap program
pembangunan di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan


Pembangunan Modal Insan Negeri, Mohd Khairuddin Othman berkata, ini
berikutan sebahagian golongan belia di Selangor yang berumur 30 tahun ke atas
masih aktif dalam aktiviti sukan dan program ‘outdoor’.

Mohd Khairuddin berkata ia juga selaras dengan inisiatif diwujudkan kerajaan


negeri kepada belia seperti Insentif Perkahwinan Belia yang ditawarkan kepada
mereka berumur sehingga 40 tahun.

“Kita turut bertemu beberapa orang belia di lapangan dan mereka berpandangan,
umur 30 tahun adalah terlalu cepat habis zaman belia.
UNDANG-UNDANG YANG TERLIBAT BERIKUTAN PENURUNAN HAD
UMUR MENGUNDI 18 TAHUN

Perlembagaan Persekutuan
Perkara 119. Kelayakan pemilih
(1) Tiap-tiap warganegara yang –
(a) telah mencapai umur dua puluh satu tahun pada tarikh kelayakan;
(b) bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya pada tarikh kelayakan yang
sedemikian atau, jika tidak bermastautin sedemikian, ialah seorang pengundi tidak hadir; dan
(c) didaftarkan, di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan
pilihan raya, dalam daftar pemilih sebagai pemilih dalam bahagian pilihan raya tempat dia
bermastautin pada tarikh kelayakan,
berhak mengundi di dalam bahagian pilihan raya itu dalam mana-mana pilihan raya ke
Dewan Rakyat atau Dewan Undangan melainkan jika dia hilang kelayakan di bawah Fasal
(3) atau di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan kesalahan yang
dilakukan berkaitan dengan pilihan raya; tetapi tiada seorang pun boleh mengundi dalam
pilihan raya yang sama di dalam lebih daripada satu bahagian pilihan raya.

Perlembagaan Persekutuan
Perkara 47. Kelayakan menjadi ahli Parlimen.
Tiap-tiap warganegara yang bermastautin di Persekutuan layak menjadi ahli –
(a) Dewan Negara, jika dia berumur tidak kurang daripada tiga puluh tahun;
(b) Dewan Rakyat, jika dia berumur tidak kurang daripada dua puluh satu tahun,
melainkan jika dia hilang kelayakan untuk menjadi ahli mengikut Perlembagaan ini atau
mengikut mana-mana undang-undang yang dibuat menurut Perkara 48.

Akta Umur Dewasa 1971


Seksyen 2. Umur dewasa
Tertakluk kepada seksyen 4, umur belum dewasa bagi semua lelaki dan perempuan
ialah dan adalah terhad kepada lapan belas tahun dan tiap-tiap lelaki dan
perempuan yang mencapai umur itu ialah berumur dewasa di Malaysia.

Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5)


Seksyen 13. Hilang kelayakan untuk dilantik sebagai ejen pilihan raya, dsb.
(1) Tertakluk kepada subseksyen 12(2), seseorang hilang kelayakan untuk dilantik sebagai
seorang ejen pilihan raya, ejen tempat mengundi atau ejen mengira jika –
(a) dia bukan seorang warganegara;
(b) dia berumur kurang daripada dua puluh satu tahun;

Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981


Seskyen 4. Kertas penamaan
(4) Pencadang dan penyokong mana-mana calon hendaklah merupakan pemilih berdaftar
bagi bahagian pilihan raya yang baginya calon itu hendak dipilih.

Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 di Dewan Rakyat,

PANDANGAN MAJLIS BELIA MALAYSIA UMUR MENGUNDI 18 TAHUN

Detik 16/07/2019 Speaker Dewan Rakyat mengumumkan seramai 211 menyokong


usul itu dan tiada ahli Parlimen yang menolaknya dalam undi belah bahagi yang
diadakan selepas perbahasan oleh wakil-wakil rakyat pemerintah dan
pembangkang.

Pada 25/07/2019, selepas 10 hari Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan


(Pindaan) 2019 diluluskan di Dewan Rakyat, ia diluluskan di Dewan Negara hari ini
dengan majoriti dua pertiga. Pindaan berkenaan memperoleh sokongan 47 daripada
68 ahli Dewan Negara iaitu melebihi dua pertiga undian majoriti yang diperlukan,
selepas 24 senator mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.

SelangorKini 01/07/2019 : Majlis Belia Malaysia (MBM) menyokong sepenuhnya


usaha kerajaan yang mahu meminda had usia pengundi daripada 21 kepada 18
tahun.

Presidennya, Jufitri Joha berkata, perkara itu selari dan konsisten dengan sokongan
dinyatakan sebelum ini oleh mantan Presiden MBM, Muammar Ghaddafi Jamal
Jamaluddin ketika Ucapan Dasar Presiden MBM di Majlis Perhimpunan Agung
Tahunan MBM kali ke-67 pada 5 Oktober tahun lalu.

Katanya, pihaknya berpendapat bahawa sudah sampai masanya anak muda di


Malaysia diberi hak yang sama seperti warganegara lain. “Hak untuk mengundi
adalah salah satu hak asasi terpenting bagi setiap warganegara di dalam sesebuah
negara dan itu yang membezakan seseorang warganegara dan bukan warganegara.

Astro Awani 14/07/2019 : Umur mengundi pada pilihan raya yang diturunkan dari
21 tahun ke 18 tahun akan memberi peluang kepada generasi muda untuk sama-
sama menentukan masa hadapan negara.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Jufitri Joha berkata, selain itu ia juga selari
dengan amalan demokrasi di negara lain yang menetapkan umur pemilih pada 18
tahun.

"Hak untuk mengundi wajar diberi kepada mereka yang sudah berumur 18 tahun
dan ia mengiktiraf peranan mereka untuk negara.

"Sebagai badan induk pertubuhan belia di Malaysia, MBM menyokong sepenuhnya


usaha kerajaan meminda had umur pemilih dari 21 tahun kepada 18 tahun kerana
sudah sampai masanya anak muda di negara ini diberi hak serupa seperti
warganegara Malaysia yang lain," katanya kepada Bernama.

Sehingga sebelum Malaysia membuat pindaan ini, negara kita tergolong di kalangan
LAPAN (8) NEGARA DEMOKRASI yang masih mengekalkan umur mengundi 21
tahun. Baki tujuh lagi negara tersebut Kuwait, Lebanon, Oman, Singapore, Samoa
Island, Tonga dan UAE.

Pindaan ini bertepatan dengan amalan demokrasi untuk kita mencapai apa yang
dikatakan sebagai ‘international best practice’, Bahkan menurut garis panduan United
Nation Convention of Right of Child, umur 18 tahun ini diiktiraf sebagai cukup
dewasa dan boleh membuat keputusan.

PERSEDIAAN MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sekolah Politik IPDM-MBM


Sekolah Politik adalah hasil keprihatinan Institut Pemikiran Tun Mahathir (IPDM),
Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) berkenaan
pendidikan berkaitan politik dan kenegaraan di kalangan belia Malaysia. Ianya
diletakkan di bawah Jawatankuasa Pendidikan MBM.

Kajian menunjukkan peratusan kesedaran belia di dalam politi amat rendah dan
dibuktikan melalui dapatan dari Indeks Belia Malaysia yang menyatakan domain
partisipasi serta kesedaran belia di dalam politik adalah yang terendah berbanding
domain-domain kejian yang lain. Maka MBM mengambil inisiatifbersama IPDM
untuk menganjurkan Sekolah Politik dengan tujuan memberi pendidikan dan
pendedahan berkenaan politik dan kenegaraan. Ianya adalah program terbuka
kepada semua rakyat Malaysia.

Syarahan Khas Jemputan Sekolah Politik: Demokrasi & Populisme : “Institusi


Pembangkang di Era Malaysia Baharu : YB Khairy Jamaluddin Ahli Parlimen
Rembau;

Sekolah Politik: Apa Beza Komunis, Sosialis dengan Marxist?

Sekolah Politik : Kuasa dan Ideologi Politik

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

MBM berharap agar pihak kerajaan mahu pun badan-badan bukan kerajaan terus
membantu MBM dalam memperluaskan konsep Sekolah Politik ini.

Kerjasama dan usaha sama perlu dibuat secara berterusan bagi maksud ini.

“Dalam politik tiada apa yang berlaku secara kemalangan. Sekiranya berlaku, ia
adalah kerana ia dirancang sebegitu rupa” - Roosevelt

You might also like