You are on page 1of 90

CADANGAN-CADANGAN

Daripada

Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong),


Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah China
Malaysia (Dong Zong),
Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong)
dan

Jawatankuasa Koordinasi Tujuh Klan Utama Cina

Terhadap

RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH


(2011-2015)

8 Mac 2010

CADANGAN-CADANGAN
daripada
Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong),
Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah China
Malaysia (Dong Zong),
Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong)
dan
Jawatankuasa Koordinasi Tujuh Klan Utama Cina
terhadap
Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015)

Matlamat dan Strategi


Kerajaan sedang merangka Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) (2011-2015).
Rancangan lima tahun ini merupakan penentu yang penting bagi negara kita mencapai
pendapatan yang tinggi serta matlamat Wawasan 2020.
Kami menyambut baik jemputan kerajaan supaya semua pihak dapat bersama-sama
menyumbangkan pandangan terhadap RMK-10. Kami berpendapat jemputan kerajaan itu
menunjukkan sikap positifnya untuk menjadikan RMK-10 itu benar-benar mencerminkan
aspirasi dan hasrat rakyat.
Negara kita adalah sebuah negara yang berbilang kaum, budaya, bahasa dan agama,
Tanggungjawab kerajaan adalah membangunkan setiap lapisan rakyat tanpa mengira bangsa,
agama dan latar belakang mereka. Maka kami memohon agar tidak ada mana-mana pihak
atau golongan rakyat yang tertinggal atau terbiar dalam RMK-10.
Memandangkan RMK-10 akan mendatangkan kesan yang besar kepada pembangunan negara,
kami telah mengumpulkan pandangan dan maklumbalas daripada persatuan-persatuan Cina
utama di masyarakat Cina. Kami memohon agar pandangan daripada pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) di masyarakat Cina itu akan diserap dalam RMK-10.
Pandangan kami terhadap RMK-10 tertumpu kepada bidang politik, sosial, pendidikan,
budaya dan ekonomi, dengan hasrat untuk mencapai matlamat-matlamat berikut:
1

(1)
(2)
(3)
(4)

kestabilan politik;
menggalakkan perpaduan rakyat berbilang kaum;
melahirkan warga yang berilmu tinggi, rajin dan berbudi;
membangunkan ekonomi negara dan mempertingkatkan daya saingan negara di arena
antarabangsa;
(5) menggalakkan perkembangan kebudayaan pelbagai kaum.

Dari segi politik, kami menegaskan kepentingan kestabilan politik bagi memupuk nilai-nilai
kesamarataan dan kebebasan di bidang politik, sosial dan ekonomi.
Dari segi sosial, kami mementingkan perpaduan di antara semua kaum, dan memohon agar
keutamaan ditumpukan kepada membasmikan kemiskinan, mempercepatkan pembangunan di
kampung baru Cina, meningkatkan pembangunan belia, mempertahankan hak-hak wanita,
membantu golongan kurang upaya dan mencegah jenayah.
Di bidang pendidikan, kami memohon agar semua aliran sekolah diberikan peruntukan dan
peluang pembangunan yang sama di samping mempertingkatkan mutu pendidikan bagi
semua kaum.
Kepentingan pendidikan bukan saja dari segi penyediaan warga yang berilmu, ia juga akan
menyediakan tenaga kerja mahir dan pakar dalam bidang tertentu yang diperlukan untuk
pembangunan negara.
Di samping itu, bidang pendidikan akan memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi
negara apabila negara kita menjadi pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini.
Pandangan kami terhadap bidang budaya adalah disasarkan kepada pembangunan budaya
pelbagai kaum.
Kelebihan dan keistimewaan negara kita dalam bidang budaya ialah budaya pelbagai kaum
yang unik lagi beraneka ragam. Setiap kelompok komuniti mempunyai budaya masingmasing, dan setiap budaya itu merupakan aset yang bernilai kepada negara dan juga daya
penarik yang kuat untuk pelancong dari luar negera.
Untuk memperkayakan aset itu serta membina sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan
liberal, kami mengesyorkan agar RMK-10 memberi bantuan dan galakan kepada
perkembangan budaya pelbagai kaum.
Pada bidang ekonomi, peningkatan kecekapan pihak swasta dan kerajaan serta daya saingan
negara hendaklah diutamakan.
2

Dalam pada itu, kami menegaskan bahawa pembangunan sektor perkilangan serta industri
kecil dan sederhana yang selama ini telah memberi sumbangan yang besar kepada
pertumbuhan ekonomi negara.
Kami berkeyakinan dengan usaha semua pihak termasuk parti politik, pertubuhan bukan
kerajaan, akademik, pakar ekonomi dan sektor swasta, RMK-10 itu akan memenuhi
kehendak pembangunan negara dan hasrat setiap lapisan masyarakat.
Maka, kami persatuan-persatuan Cina Malaysia utama yang menandatangai di bawah
mengemukakan cadangan kami terhadap RMK-10:

Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia


(Hua Zong)

Persekutuan Persatuan-Persatuan
Lembaga Pengurus Sekolah China
Malaysia (Dong Zong)

---------------------------------------------Dr. Chua Yee Yen


Setiausaha Agung Kehormat

---------------------------------------------Dr. Yap Sin Tian


Pengerusi

Gabungan Persatuan Guru-Guru


Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong)

Jawatankuasa Koordinasi Tujuh Klan


Utama Cina

---------------------------------------------Ong Chiow Chuen


Pengerusi

---------------------------------------------Dato Koong Heng Sze


Pengerusi

POLITIK

1. Memupuk nilai kesamarataan dan kebebasan di bidang politik, social dan ekonomi
Jika kita hendak merealisasikan gagasan 1Malaysia yang berasaskan berbilang kaum,
berbagai agama, berbagai budaya dan berbagai bahasa, kita patut menggalakkan prinsip
kesamarataan dan kebebasan bagi mengeratkan konsep perpaduan. Tidak harus ada seorang
rakyat Malaysia didiskriminasikan kerana berlainan kaum, agama, kawasan, budaya, bahasa,
jantina, cara kehidupan atau latarbelakang politik . Demi membina satu masyarakat
demokratik yang progresif dan matang, pastilah kerajaan berpegang teguh kepada prinsip
kesamarataan bagi membolehkan komuniti dan individu mempunyai hak-hak pilihan dan
kebebasan dalam proses pencapaian impian mereka.

Cadangan-cadangan:
(1) Memastikan semua rakyat dilayani dengan adil dan saksama tanpa mengira kaum,
bahasa, budaya dan agama serta tiada rakyat akan diabaikan bagi memupuk
keharmonian sosial dan merealisasikan konsep 1Malaysia;
(2) Harus merangka Akta Hubugan Kaum yang berdasarkan kepada Akta Memupuk
Kesamarataan di UK bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 untuk menghukum
diskriminasi, perkataan berbaur musuhan dan kesalahan yang melampau di luar
struktur perlembagaan;
(3) Harus membangunkan pendidikan awam bagi rakyat Malaysia menghargai warisan
pelbagai budaya kita. Kita patut mengutamakan kebebasan, kewajipan dan saling
hormat-menghormati di antara satu kaum dengan lain. Kita patut juga mengambil
intipati dari berbagai budaya bagi meyebarkan nilai-nilai bersama supaya hubungan di
antara kaum boleh dipupukkan berasaskan nilai bersama ini;
(4) Perkataan bumiputra dan bukan bumiputra tidak sesuai lagi digunakan untuk
mengasingkan rakyat Malaysia bagi merealisasikan gagasan 1Malaysia.

2. Menubuhkan perkhimatan awam, pasukan polis dan pasukan tentera yang lebih
bertoleransi
Di dalam masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum, jika berlakunya satu kaum
sahaja atau majoritinya satu kaum yang menguasai sesuatu institusi adalah satu fenomena
4

yang tidak sihat. Institusi-institusi ini mungkin akan mengabaikan kaum yang tidak
mempunyai perwakilan yang mencukupi. Demi memberi perkhidmatan yang lebih baik,
institusi penting seperti perkhidmatan awam, pasukan polis dan pasukan tentera, ahlinya
mesti memaparkan ciri berbilang kaum, berbagai agama dan berbagai budaya.

Cadangan-cadangan:
(1) Sumber pembiayaan perkhidmatan awam datang dari tiap-tiap kaum, maka nisbah
kakitangan perkhidmatan awam mestilah memaparkan struktur rakyat Malaysia;
(2) Dengan tidak mengorbankan prestasi perkhidmatan awam, polisi pelantikan ahli
perkhidmatan awam negara harus memaparkan ciri kepelbagaian kaum, ia patut
cukup meliputi wakil dari tiap-tiap jantina, kaum dan kawasan yang berlainan;
(3) Memastikan kakitangan perkhidmatan awam yang terdiri dari berbilang kaum
mempunyai peluang yang sama dalam kenaikan pangkat;
(4) Demi membetulkan kekurangan dalam perkhidmatan awam pada masa lalu dan
sekarang, lebih ramai kakitangan bukan bumiputra yang layak harus dilantik bagi
memegang jawatan tinggi. Pada masa yang sama, usaha mesti dilipat-gandakan untuk
menarik lebih ramai bukan bumiputra menceburi bidang perkhidmatan awam;
(5) Kerajaan harus menggunakan berbagai strategi termasuk strategi menarik dan
strategik menggalak untuk menarik lebih ramai bukan bumiputra menceburi bidang
perkhidmatan awam. Kerajaan mesti menerangkan kepada bukan bumiputra
berkenaan faedah-faedah menjadi kakitangan perkhidmatan awam seperti kestabilan
kerja, masa depan yang terjamin, wang bantuan pelajaran, wang pinjaman pelajaran,
kebajikan perubatan, wang persaraan dan sebagainya. Di samping itu, kerajaan boleh
menganjurkan ceramah-ceramah di seluruh negara untuk menggalakkan orang Cina
menceburi bidang perkhidmatan awam dengan lebih aktif;
(6) Kerajaan harus melantik lebih ramai pegawai Cina memegang jawatan seperti ketua
pengarah dan ketua setiausaha kementerian kerajaan;
(7) Lebih ramai bukan bumiputra harus dilantik menganggotai setiap jawatankuasa
perkhidmatan awam bagi menubuhkan satu perkhidmatan awam yang lebih
representatif yang terdiri dari berbilang kaum. Ini merupakan sebahagian dari kaedahkaedah merombak sistem perkhidmatan awam kita.

3. Pelantikan dan kenaikan pangkat kakitangan kerajaan berdasarkan prestasi


5

Kakitangan kerajaan mesti dilantik berdasarkan prestasi mereka. Mengikut Perkara 153
dalam Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu dan bumiputra di Malaysia Timur
mempunyai kedudukan istimewa berkenaan pelantikan mereka di bidang perkhidmatan awam,
tetapi perlembagaan tidak menyatakan kuotanya. Interpretasi perlembagaan harus
dilonggarkan dan dilaksanakan dengan adil dan telus bagi memastikan negara kita
mempunyai perkhidmatan awam yang berdaya saingan dan berdasarkan kepada prestasi.

Cadangan-cadangan:
(1) Pada tahun 2011, sebanyak 30% dari jawatan perkhidmatan awam hendaklah
dijadikan kuota saingan yang bebas. Jawatan ini termasuk jawatan tertinggi di
perkhidmatan awam. Pelantikan dan kenaikan pangkat kakitangan kerajaan akan
berdasarkan terutamanya kepada prestasi mereka. Kuota saingan ini akan ditambah
mengikut masa dan dinaikkan ke 50% pada tahun 2021;
(2) Memastikan kuota bagi orang Melayu dan bumiputra di Malaysia Timur dikekalkan
berdasarkan semangat Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam hal ini,
prestasi mesti menjadi pertimbagan utama bagi pelantikan dan kenaikan pangkat
kakitangan perkhidmatan awam di kalangan Bumiputra. Bagaimananpun, wakil dari
kawasan berlainan mesti ditimbangkan juga;
(3) Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam bagi pelajar untuk melanjutkan pelajaran di
luar negera harus diberi kepada pelajar yang terbaik dari segi akademik. Pada tahun
2011, satu pertiga dari semua biasiswa harus diberi berdasarkan kepada prestasi dan
keinginan untuk balik ke Malaysia.

4. Menguatkan kuasa orang ramai menyemak semula dan mengawasi kelakuan


kakitangan perkhidmatan awam
Orang ramai mempunyai pandangan negatif terhadap prestasi dan soal perwakilan kakitangan
kerajaan, mereka berharap situasi ini dapat diperbaiki. Kami berpendapat kakitangan
perkhidmatan awam perlu di bawah pengawalan awam yang lebih pantas dan efektif. Pada
masa lampau, pengawalan awam telah diabaikan, bahkan semua mekanisme pengawalan
awam seperti Dewan Rakyat, Kehakiman, masyarakat sivil serta media massa dan sebagainya
juga diabaikan atau dirosakkan. Selain dari memberi kuasa kepada institusi-institusi tersebut,
kita harus menubuhkan mekanisme yang baru untuk memastikan dan menguatkan tahap
kebertanggungjawaban awam.

Cadangan-cadangan:
(1) Jabatan Aduan Awam dari persekutuan atau negeri harus ditingkatkan menjadi
Jabatan Ombudsman Aduan Awam atau Public Complaints Ombudsman Offices,
ia hanya bertanggungjawab kepada Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri;
(2) Ombudsman harus dicalonkan oleh Jawatankuasa Aduan Awam Tetap di Dewan
Rakyat atau Dewan Undangan Negeri, kemudian diluluskan oleh Dewan Rakyat atau
Dewan Undangan Negeri, akhirnya dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atau Sultan;
(3) Jabatan Perkhimatan Awam harus memberi latihan berkenaan kebertanggungjawaban
awam kepada kakitangan kerajaan dan menjadikannya sebagai misi dan matlamat
setiap kementerian kerajaan. Ia mesti selalu melalui media massa menyebarkan
maklumat kepada orang ramai mengenai kepentingan pendirian independen sektor
perkhidmatan awam. Ia patut menekankan respons orang ramai bagi memperbaiki
kepentingan kebertanggungjawaban awam.

5. Memastikan pasukan polis mendapat pengawalan dan pemantauan yang efektif


Pasukan polis mesti dirombak dengan segera dan menyeluruh, ini adalah satu fakta yang
diketahui umum. Selama ini, pasukan polis dikritik dengan hebatnya oleh orang ramai
mengenai isu-isu menggunakan cara zalim untuk mendapatkan maklumat dari yang tertuduh,
penyalahgunaan kuasa dan korupsi, kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan serta
kefahaman politik yang serong dan sebagainya. Kes-kes seumpama ini selalu berlaku. Pada
masa yang sama, tanda-tanda menunjukkan bahawa kes jenayah dan kes kekejaman seperti
pembunuhan dengan sengaja, perompakan dengan senjata dan perogolan semakin bertambah
setiap hari. Ini menyebabkan orang ramai merasa hampa dan risau terhadap kecekapan
pasukan polis dan merasa sangsi mengenai kesanggupan kerajaan mengubah pasukan polis.

Cadangan-cadangan:
(1) IPCMC yang dicadangkan oleh Jawantankuasa Penyisatan Di Raja harus
dilaksanakan dengan segera dan tidak boleh dilengah lagi;
(2) Pelantikan Ketua Polis Negara harus dicadangkan oleh satu Jawatankuasa Pemilihan
yang terdiri dari wakil Kementerian Dalam Negeri, hakim bersara, pegawai polis
tinggi bersara, ahli Suhakam, Majilis Peguam dan wakil-wakil dari persatuan
masyarakat sivil;
(3) Pegawai polis yang memegang jawatan tinggi seperti OCPD ke atas harus
7

melaporkan harta mereka ke Jawatankuasa Hal Ehwal Dalam Parlimen Tetap di


Dewan Rakyat;
(4) Gaji polis harus ditambah sesuai dengan risiko dan tanggungjawab mereka;
(5) Memperbaiki kebajikan pasukan polis terutamanya kebajikan polis bawahan mesti
dijaga dengan baik dan dititikberatkan, ini akan mengurangkan amalan rasuah.

SOSIAL

A. Pendahuluan
Dalam usaha untuk meningkatkan penyatupaduan dan keharmonian kaum serta membentuk
perasaan kepunyaan (sense of belonging) rakyat Malaysia, negara kita memang menghadapi
cabaran yang besar. Untuk mengeratkan perpaduan di antara semua kaum, menjaga
kestabilan masyarakat, mempercepatkan pembangunan ekonomi negara dan meningkatkan
daya saingan negara kita di arena antarabangsa, kami menyeru kerajaan meneliti cadangan
mengenai sosial yang dikemukakan Hua Zong dan organisasi-organisasi bukan kerajaan yang
mewakili masyarakat Cina sebelum merangka RM Ke-10. Cadangan ini meliputi 19 bidang
seperti berikut:

(1) Membasmikan kemiskinan;


(2) Mengeratkan perpaduan di antara semua kaum;
(3) Meningkatkan kampung baru Cina;
(4) Melayan pekerja dengan adil;
(5) Membina rumah kos rendah;
(6) Meningkatkan perkhidmatan perawatan, memperkasakan sektor kesihatan awam
bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan perawatan yang murah dan efektif;
(7) Meningkatkan pembangunan belia;
(8) Mempertahankan hak-hak wanita;
(9) Membantu golongan cacat;
(10) Menangani cabaran masalah mengenai pertambahan orang tua dan meningkatkan
kemudahan kebajikan bagi golongan tua;
(11) Mempercepatkan proses permohonan kerakyatan Malaysia;
(12) Mengkaji semula dasar pengambilan pekerja asing tanpa izin;
(13) Menyiarkan lebih banyak program TV Cina dan India;
(14) Mengurangkan pencemaran alam sekitar;
(15) Meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam;
9

(16) Membantu kubur kebajikan Cina;


(17) Melonggarkan syarat membaharui lesen pencetakan surat-khabar;
(18) Membasmikan jenayah;
(19) Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sektor penternakan babi/kenzir.

B. Cadangan-cadangan

1. Membasmikan kemiskinan
Kami menyokong dasar dan pelan kerajaan untuk membasmikan kemiskinan dan
ketinggalan di kalangan golongan termiskin tanpa mengira kaum.
Mengikut Kajian Semula Pertengahan Rancangan Malaysia Kelapan, pada tahun 2002,
kadar kemiskinan di kalangan Bumiputera adalah 7.3%, orang Cina adalah 1.5%,
manakala bagi orang India ialah 1.9%.
Kami mengemukakan cadangan bahawa sebarang usaha kerajaan untuk membasmikan
kemiskinan tidak seharusnya terhad kepada kampung Bumiputera, kampung baru Cina,
estet India dan tempat terpencil yang didiami oleh semua kaum di Malaysia Timur. Usaha
ini sepatutnya juga meliputi bandar yang diduduki oleh semua kaum. Mengikut Kajian
Semula Pertengahan Rancangan Malaysia Kelapan, kadar kemiskinan di bandar tetap
berada pada kadar 2% pada tahun 2002.
Oleh yang demikian, kami mencadangkan supaya kerajaan memperuntukkan sejumlah
RM600 juta dalam RMK-10 kepada Amanah Ikhtiar Malaysia untuk melaksanakan pelan
membasmikan kemiskinan.
Kami juga mencadangkan supaya kerajaan menggunakan piawai pendapatan yang
berlainan untuk menentukan kemiskinan di kawasan bandar dan luar bandar.

2. Mengeratkan perpaduan di antara semua kaum


Kami mengemukakan cadangan bahawa strategi-strategi berikut boleh digunakan bagi
mengeratkan perpaduan dan memupuk perasaan muhibah di antara semua kaum supaya
mereka boleh tinggal bersama dengan aman dan damai.

10

Cadangan-cadangan:
(1) Mempertahankan

hak-hak

setiap

kaum

berdasarkan

kepada

perlembagaan,

menghapuskan sebarang fahaman sempit dan diskriminasi terhadap mana-mana


kaum;
(2) Mengeratkan hubungan dan komunikasi di antara semua kaum, menggalakkan
kerjasama di antara pertubuhan-pertubuhan setiap kaum;
(3) Mengeratkan perasaan muhibah dan kerjasama di antara polis dan rakyat;
(4) Memupuk dan meningkatkan semangat kerakyatan dan kewajiban sosial;
(5) Menggalakkan semangat kesederhanaan, saling memahami dan amalan tolak-ansur;
(6) Menghapuskan fahaman perkauman dan menggalakkan fahaman multilateralisme
bagi mengeratkan hubungan di antara semua kaum;
(7) Mengkaji semula amalan membeza-bezakan rakyat kepada Bumiputera dan
Bukan Bumiputera;
(8) Menguatkan struktur, kuasa dan aktiviti-aktiviti Jabatan Perpaduan Negara; dan
(9) Melaksanakan dasar meritokrasi bagi meningkatkan daya saigan negara di arena
antarabangsa.
Kami berpendapat bahawa perpaduan di antara semua kaum merupakan satu perkara yang
kritikal bagi pembangunan berterusan ekonomi negara. Sesuatu negara di mana rakyatnya
tidak bersatu, maka masyarakatnya akan tidak stabil, pelaburan asingnya akan berhenti
dan pembangunan ekonomi negaranya pula akan terganggu.
Oleh yang demikian, kami mencadangkan supaya kerajaan memperuntukkan lebih
banyak peruntukan dalam RMK-10 kepada Jabatan Perpaduan Negara untuk
melaksanakan aktitivi-aktiviti mengeratkan perpaduan dan memupuk perasaan muhibah
di antara semua kaum.

3. Meningkatkan kampung baru Cina


Kampung baru Cina menghadapi banyak masalah seperti berikut:
(1) Kekurangan kemudahan asas;
(2) Kekurangan tanah dan masalah mengenai lesen tanah;
(3) Pengangguran; dan
11

(4) Tahap pendidikan yang rendah (berbanding dengan bandar).


Sejak tahun 2001 hingga tahun 2005 (Rancangan Malaysia Kelapan), Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memperuntukkan kepada 450 kampungkampung baru Cina sebanyak RM268.16 juta, tiap-tiap kampung baru Cina mendapat
RM595.911 ribu puratanya. Peruntukan ini merupakan 3.1% dari seluruh peruntukan
yang berjumlah RM8.677 billion dalam Rancangan Malaysia Kelapan.
Oleh yang demikian, kami mencadangkan supaya kerajaan memperuntukkan RM900.0
juta dalam RMK-10 kepada 450 kampung-kampung baru Cina supaya pembangunannya
boleh dipercepatkan terutamanya untuk kampung-kampung baru Cina Kelas C.
Di samping itu, kami pula mengemukakan cadangan bahawa strategi-strategi berikut
boleh digunakan untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh kampung baru
Cina.

Cadangan-cadangan:
(1) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan harus menambahkan peruntukan
bagi meningkatkan kemudahan asas kampung baru Cina seperti membina jalan,
longkang, pasar, dewan masyarakat, mencantikkan dan menjaga kesihatan kampung
baru Cina;
(2) Kerajaan negeri harus memperuntukkan tanah untuk menyelesaikan masalah
kekurangan tanah di kampung baru Cina;
(3) Kerajaan negeri harus melanjutkan tempoh lesen tanah sampai 99 tahun atau
memberi hak milik bebas kepada semua kampung baru Cina; dan
(4) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan harus menggalakkan tiap-tiap
kampung baru Cina membangunkan industri yang sesuai dengan keunikannya untuk
menyelesaikan pengangguran yang serius itu.

4. Melayan pekerja dengan adil


Untuk memastikan pekerja mendapat layanan yang sewajarnya dan adil, kami
mengemukakan cadangan-cadangan berikut.

Cadangan-cadangan:
12

(1) Memastikan semua pekerja mendapat gaji yang sama dengan kerja yang sama tidak
mengira jantina dan kaum;
(2) Menentukan gaji rendah yang sewajarnya bagi setiap bidang pekerjaan;
(3) Memastikan rancangan-rancangan keselamatan dan kesihatan dipatuhi di semua
kilang dan tempat pekerjaan lain;
(4) Melaksanakan sistem kebajikan sosial bagi menjaga penganggur, orang yang tidak
berupaya bekerja, orang tua dan orang lain yang malang; dan
(5) Memastikan piawaian pekerja antarabangsa dipatuhi di semua bidang ekonomi,
termasuk pertubuhan-pertubuhan kerajaan.
Pada era k-economy, kami berpendapat bahawa pekerja mesti mendapat pendidikan dan
latihan semula secara berterusan bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka.
Pekerja-pekerja yang berilmu dan berkemahiran boleh meningkatkan daya saing ekonomi
negara di arena antarabangsa.
Oleh yang demikian, kami mencadangkan supaya kerajaan memperuntukkan lebih
banyak peruntukan dalam RMK-10 kepada Kementerian Sumber Manusia bagi
memberikan pendidikan dan latihan semula kepada semua pekerja tanpa mengira kaum.

5. Membina rumah kos rendah


Kerajaan harus membina rumah kos rendah dengan perancangan yang baik di tempat
yang sesuai untuk semua kaum bagi mencapai matlamatnya bahawa Semua Orang
Berumah. Pada masa yang sama, kerajaan harus mengawal pasaran perumahan untuk
mengawal harga dan mengelakkan aktiviti-aktiviti spekulasi.
Oleh yang demikian, kami mencadangkan supaya kerajaan memperuntukkan sejumlah
RM4.0 billion dalam RMK-10 bagi membina lebih banyak rumah kos rendah untuk
golongan miskin tanpa mengira kaum

6. Meningkatkan perkhidmatan perawatan, memperkasakan sektor kesihatan awam


bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan perawatan yang murah dan
efektif
Seperti pengetahuan umum, perkhidmatan rawatan perubatan awam masih tidak
memuaskan dan kos perkhidmatan perawatan swasta semakin meningkat. Kerajaan perlu
mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menyelesaikan masalah-masalah tersebut.
13

Kerajaan harus menubuhkan satu Sistem Perkhidmatan Perawatan Nasional untuk


memastikan golongan berpendapatan rendah mendapat perkhidmatan perawatan yang
sewajarnya.
Oleh yang demikian, kami mencadangkan supaya kerajaan memperuntukkan sejumlah
RM10 billion dalam RMK-10 bagi memberikan perkhidmatan perawatan yang lebih
sempurna kepada semua kaum.

Cadangan-cadangan:
(1) Peruntukkan bagi perkhidmatan perawatan awam harus ditambahkan dalam RMK-10;
(2) Susulan daripada kenaikan peruntukan bagi perkhidmatan perawatan awam, ia mesti
mempunyai satu mekanisme pengawalan yang efektif untuk memastikan sumber
digunakan dengan sesuai, telus dan bertanggungjawab;
(3) Harus menubuhkan jawatankuasa penyiasatan tinggi bagi mengkaji perkara berikut:
memberi cadangan mengenai pelantikan, kenaikan pangkat serta pembangunan
kerjaya/karier pekerja, pendidikan professional berterusan, peningkatan kemahiran,
pengurusan pekerja dan sebagainya;
(4) Harus melarang perancangan untuk menswastakan perkhidmatan perawatan awam;
dan
(5) Semua hospital awam, sama ada memberi perkhidmatan umum atau perkhidmatan
khusus, operasinya mesti telus and bertanggungjawab. Untuk mengelakkan ahli
politik dari menyalah-gunakan kuasa di hospital awam, kegiatan mereka mesti di
bawah pengawasan organisasi bukan kerajaan yang sesuai.

7. Meningkatkan pembangunan belia


Pada masa kini, ramai belia dipengaruhi oleh budaya lucah dan penyalahgunaan dadah,
factor pokoknya adalah disebabkan kekurangan aktiviti-aktiviti yang sihat bagi belia.
Kerajaan, terutamanya Kementerian Belia dan Sukan harus menyediakan lebih banyak
peluang dan menggalakkan belia yang terdiri dari semua kaum mengambil bahagian
dalam aktiviti-aktiviti sosial, budaya dan kerajaan.
Sebarang akta yang menyekat aktiviti-aktiviti belia dan penuntut seperti Akta Universiti
dan Kolej Universiti harus dikaji semula. Sistem pendidikan kami pula harus

14

mengeluarkan penuntut dan belia yang mampu membuat analisa, berpandangan inovatif,
berfahaman demokratik dan prihatin terhadap orang lain dan negara.
Pada masa yang sama, kami mencadangkan supaya kerajaan meminda Akta
Pembangunan Belia bagi membolehkan persatuan belia yang terletak di bawah
persatuan/pertubuhan induk boleh dimasukkan dalam Senerai Persatuan Belia supaya ia
boleh mendapat peruntukan dan bantuan dari Kementerian Belia dan Sukan.
Mengikut Rancangan Malaysia Kesembilan, ia menunjukkan bahawa pada tahun 2005
negara kita mempunyai 4.98 juta belia (15 tahun hingga 24 tahun) dan golongan ini
menangdungi lebih kurang 20% dari jumlah penduduk Malaysia (setakat tahun 2004,
jumlah penduduk Malaysia adalah 25.581 juta orang), ini ialah satu kadar yang agak
tinggi.
Oleh yang demikian, kami mencadangkan supaya kerajaan memperuntukkan lebih
banyak peruntukan dalam RMK-10 kepada Kementerian Belia dan Sukan bagi
menjalankan progarm-program berikut untuk melatih belia-belia yang terdiri dari
berbilang kaum menjadi orang yang berguna kepada masyarakat dan negara:
(1) Latihan kepimpinan yang berkualiti;
(2) Latihan kemahiran;
(3) Latihan keusahawanan;
(4) Latihan kehidupan yang sihat;
(5) Mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sukan;
(6) Mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti budaya; dan
(7) Mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti lain yang baik dari segi rohani dan
jasmani.
Peruntukan tersebut harus diagihkan kepada pertubuhan belia dari semua kaum dengan
adil dan saksama untuk menyempurnakan aktiviti-aktiviti tersebut.

8. Mempertahankan hak-hak wanita


Kami mencadangkan supaya kerajaan memberi lebih banyak peruntukan dalam RMK-10
kepada Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Sosial bagi melaksanakan
program-program untuk menjaga kebajikan ibu tunggal dari semua kaum.

15

Program-program ini termasuk memberi latihan kepada ibu tunggal dari semua kaum
untuk menangani cabaran kehidupan, memberi bantuan kepada ibu tunggal bagi
mengatasi masalahnya, dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ibu tunggal.
Kami mengemukakan cadangan-cadangan berikut:

Cadangan-cadangan:
(1) Melaksanakan dasar adil dan saksama terhadap semua lelaki dan wanita dalam segala
bidang seperti politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan sosial;
(2) Mendidik orang umum dari pelbagai aspek supaya mereka mengetahui dan
menghormati hak-hak, kedudukan dan kehormatan wanita;
(3) Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan yang tegas terhadap sebarang buku dan
media massa yang terlalu menonjolkan unsur-unsur seks;
(4) Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan yang tegas terhadap sebarang gangguan
seks kepada kaum wanita di tempat pekerjaan dan di luar tempat pekerjaan;
(5) Menjatuhkan hukuman yang berat terhadap perogol dan pelaku seks kasar terhadap
kaum wanita;
(6) Menggubal akta bagi menjaga wanita yang diseksa oleh suaminya;
(7) Menghalang tindakan media massa yang menjatuhkan imej kaum wanita;
(8) Mengurangkan kemiskinan di kalangan kaum wanita dan perangkaan rasmi mengenai
bilangan wanita miskin hendaklah dinyatakan dengan jelas;
(9) Menubuhkan pusat-pusat awam asuhan anak dan menyediakan kemudahannya
supaya kaum wanita dapat peluang yang sama untuk mengambil bahagian dalam
aktiviti pelbagai sektor;
(10) Melatih lebih ramai kaum wanita dan kaum lelaki di sektor awam dan juga sektor
swasta untuk melaksanakan polisi memperkasakan gender;
(11) Memastikan kaum wanita memainkan peranan yang penting di sektor awam, melatih
lebih ramai kaum wanita memasuki bidang politik bagi mempengaruhi polisi dan
urusan pentadbiran kerajaaan. Ini akan meningkatkan keupayaan kaum wanita;
(12) Membiarkan kaum wanita mendapat peluang pekerjaan yang sewajarnya dan
menggalakkan sektor perniagaan melantik lebih ramai kaum wanita menyandang
jawatan pengarah dan ketua eksekutif;
16

(13) Menguarangkan impak ras, agama dan politik terhadap kaum wanita; melarang anak
memeluki agama lain tanpa persetujuan daripada kedua-dua ibu-bapa; dan
(14) Melaksanakan pendidikan seks tanpa nilai kritikal secara menyeluruh.

9. Membantu golongan cacat


Demi menubuh sebuah masyarakat yang prihatin, kami mencadangkan supaya kerajaan
mengagihkan lebih banyak peruntukan dalam RMK-10 bagi membantu golongan cacat.

Cadangan-cadangan:
(1) Menjaga orang-orang cacat, menyediakan perkhidmatan rawatan pemulihan yang
sewajarnya, membantu dan menolong mereka berdikari, membangunkan potensi
mereka agar diterima oleh masyarakat, mengambil bahagian dalam seluruh hal dan
aktiviti masyarakat, dan dapat mengecapi peluang yang sama seperti rakyat lain;
(2) Melalui media massa, melaporkan dan memberi penghormatan kepada perkara
cabaran yang telah dilakukan oleh orang cacat;
(3) Memberi peruntukan spesifik bagi membantu orang-orang asli untuk meningkatkan
tahap pendidikan dan taraf hidup mereka; dan
(4) Membantu orang-orang yang kehilangan pergantungan kewangan dengan memberi
segala pertolongan dan kemudahan yang sesuai bagi mereka.

10. Menangani cabaran masalah mengenai lebih ramai orang tua dan meningkatkan
kemudahan kebajikan bagi golongan tua
Data kependudukan menunjukkan purata umur hidup rakyat Malaysia sedang meningkat.
Populasi dijangka bertambah setiap tahun, ini bermakna purata orang yang berumur
panjang terutamanya purata umur golongan wanita akan bertambah pula. Apabila
pertumbuhan ekonomi kita menjadi perlahan, golongan ini akan menghadapi masalah
terpencil, maka jaring kesalamatan mesti diperkuatkan.
Kami mengemukakan cadangan-cadangan berikut:

Cadangan-cadangan:

17

(1) Kerajaan perlu menlanjutkan umur bersara ke 60 tahun dan atas bagi mengurangkan
nisbah di antara rakyat yang bekerja dan yang tidak bekerja;
(2) Kerajaan mesti bersedia merangka langkah mengenai kebajikan serta keselamatan
sosial, pendapatan, pekerjaan, perubatan dan sebagainya bagi golongan tua supaya
mereka dapat hidup dengan selesa;
(3) Memperkasakan fungsi EPF bagi menyediakan pendapatan bagi golongan bersara
untuk memastikan dana EPF pekerja yang bersara tidak akan dihabiskan dalam masa
beberapa tahun sahaja;
(4) Kerajaan harus menyediakan insentif bagi menggalakkan keluarga dan komuniti
menyokong golongan tua dan golongan lain yang tidak bernasib baik;
(5) Kerajaan dan sektor swasta harus menyediakan lebih banyak sumber mengenai
penyediaan kemudahan kebajikan, pengajaran dan pelatihan pekerja sukarela bagi
menjaga golongan tua dan gologan malang lain dengan lebih baik; dan
(6) Membina lebih banyak tempat rehat, atau taman dan tempat sosial, atau pusat sosial
untuk golongan tua mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang berfaedah dari
segi rohani dan jasmani. Menyediakan berbagai kemudahan perubatan dan perawatan
serta wang simpati dan wang pengebumian bagi menjaga kebajikan golongan tua.

11. Mempercepatkan proses permohonan kerakyatan Malaysia


Terdapat beribu-ribu pemaustautin tetap yang masih belum dianugerahkan taraf
kerakyatan. Kami mengemukakan cadangan-cadangan berikut:

Cadangan-cadangan:
(1) Tahap dan prosedur permohonan bagi kerakyatan harus diringkaskan;
(2) Kerajaan harus mengendalikan permohonan-permohonan dengan lebih cepat;
(3) Kerajaan harus membantu penduduk-penduduk yang tiada kerakyatan negara
dan kedudukan mereka harus dikaji semula. Demi pendirian peri kemanusiaan,
kerajaan harus menghulurkan pertolongan kepada mereka; dan
(4) Asalkan salah seorang ibubapanya adalah rakyat Malaysia, samada dia dilahirkan
di dalam atau luar Malaysia, dia harus diiktiraf sebagai warga Malaysia secara
automatik.
18

Oleh yang demikian, kami mengemukakan cadangan bahawa kerajaan mengagihkan lebih
banyak peruntukan dalam RMK-10 bagi menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk
menyelesaikan permohonan-permohonan yang banyak itu.

12. Menyingkirkan Mengkaji semula dasar pengambilan pekerja asing


Pada masa kini, kami memerlukan satu dasar pengambilan pekerja asing yang tepat dan
telus sebagai garis panduan. Keperluan bagi pekerja asing mesti dianggap satu fenomena
struktur, ia perlu dimasukkan dalam pelan sosial dan ekonomi negara kita. Debat umum
tidak harus cuma tertumpu kepada masalah mengenai terlalu ramai pekerja asing di
pasaran, apa lagi tertumpu kepada pekerja asing tanpa izin atau pendatang tanpa
dokumen.
Kami berpendapat untuk mengurangkan bilangan pekerja asing, kerajaan mesti
mengambil langkah-langkah yang berkesan, seperti menggalakkan sektor berkenaan
mengamalkan perkhidmatan sendiri atau automatik atau mekanikal dan sebagainya.
Selain itu, melatih rakyat tempatan mengambilalih tempat pekerja asing dan
menggalakkan orang bersara terus bekerja merupakan kaedah yang baik.
Pengambilan pekerja asing yang sesuai melalui pengawalan yang ketat dapat
mengelakkan negara kita terlalu bergantung kepada pekerja asing dan pada masa yang
sama, ia akan melengahkan keinginan sektor pembinaan dan sektor pertainan untuk
mengotomatik operasi mereka. Akhirnya, ia akan menjejaskan daya saingan kita di arena
antarabangsa. Maka kami bercadang supaya kerajaan menyemak semula dasar pekerja
asing dan merangka satu dasar yang menyeluruh bagi meningkatkan daya saing negara
kita.

Selain daripada itu, kerajaan harus menubuhkan sebuah jawatankuasa khas dengan cepat
bagi mengkaji semula secara menyeluruh pendatang-pendatang haram dari Indonesia,
Filipina dan negara-negara lain supaya mereka tidak merampaskan peluang pekerjaan
rakyat kita dan tidak pula mengganggu keselamatan dan ketenteraman sosial kita.
Oleh yang demikian, kami mencadangkan supaya kerajaan memberi lebih banyak
peruntukan dalam Racangan Malaysia Kesepuluh kepada Kementerian Dalam Negeri
bagi menyingkirkan pendatang-pendatang haram dengan lebih berkesan. Malaysia
mempunyai lebih 1.5 juta pendatang-pendatang haram, pembelanjaan yang besar
diperlukan untuk menyingkirkan kesemua golongan ini.

19

13. Menyiarkan lebih banyak program TV Cina dan India


Media massa rasmi kerajaan jarang melaporkan atau mengenepikan aktiviti-aktiviti sosial
dan kebudayaan dari masyarakat bukan bumiputera. Kami berpendapat bahawa media
massa rasmi kerajaan adalah dimiliki oleh semua rakyat, ia harus memberi layanan yang
adil dan saksama kepada semua kaum dengan memberi perhatian yang sewajarnya dan
melaporkan lebih banyak aktiviti-aktiviti sosial dan kebudayaan dari masyarakat bukan
bumiputera.
Oleh yang demikian, kami mencadangkan supaya kerajaan mengagihkan lebih banyak
peruntukan dalam RMK-10 kepada Kementerian Penerangan Komunikasi dan
Kebudayaan bagi mengeluarkan lebih banyak program tempatan untuk masyarakat Cina
dan India.

14. Mengurangkan pencemaran alam sekitar


Untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dengan berkesan, kerajaan perlu
mengadakan strategi penjagaan alam sekitar yang berpandangan jauh, dan menubuhkan
sebuah jawatankuasa bertanggungjawab bagi memantau dan memeriksa pencemaran alam
sekitar kita dan pada masa yang sama, mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang
mencemarkan alam sekitar kita supaya kebersihannya selalu dijamin. Di samping itu,
pihak kerajaan perlu meningkatkan kesedaran rakyat terhadap penjagaan alam sekitar
melalui pendidikan.
Oleh yang demikian, kami mencadangkan supaya kerajaan memperuntukkan lebih
banyak peruntukan dalam RMK-10 bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar kita.
Selain itu, negara kita mesti menyemak semula undang-undang dan dasar mengenai alam
sekitar.

Cadangan-cadangan:
(1) Harus menetapkan objektik dan jadual waktu bagi menyiapkan kerja berkenaan
sumber warisan dan mengambil langkah yang berkesan untuk memeliharanya;
(2) Mesti merealisasikan peraturan yang tetap dan melaksanakan langkah yang berkesan
bagi mengurangkan kebaziran, terutamanya mengenai sumber tenaga, pengangkutan,
industri serta operasi perniagaan, bangunan dan rumah kediaman. Bahagian Bahan
Sisa Pepejal Negara dan Jawantankuasa Tenaga baru ditubuhkan mempunyai
tanggungjawab untuk merealisasikan peraturan itu;
20

(3) Skop undang-undang mesti diluaskan ke Sabah dan Sarawak. Pada masa kini, Akta
Perhutanan Negara dan Akta Taman Negara, undang menjaga tanah, Akta Bahan Sisa
Pepejal dan Akta Kerajaan Tempatan hanya meliputi Semenanjung Malaysia sahaja;
(4) Demi mematuhi Perjanjian Antarabangsa, semua undang-undang berkenaan dengan
alam sekitar mesti disemak semula dan digubal bagi meninkatkan imej Malaysia
mengenai undang alam sekitar di arena antarabangsa; dan
(5) Mempunyai objektik jelas mengenai alam sekitar di masa 5 tahun akan datang, ia
harus meliputi kegiatan membersihkan semua sungai utama di negara kita dan
memulihkan keadaan semula-jadinya. Semua kontrak pembelian sektor awam mesti
mematuhi peraturan alam sekitar dan mempunyai label alam sekitar yang sesuai dan
boleh dipercayai.

15. Meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam


Kemudahan pengangkutan awam negara kita terutamanya di bandar besar memang tidak
memuaskan. Kerajaan perlu meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam dan
menyediakan satu sistem pengangkutan awam yang murah dan berkesan.
Oleh yang demikian, kami mencadangkan supaya kerajaan menaikkan peruntukan dalam
RMK-10 bagi meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam di bandar besar.
Kerajaan harus merangka semula dasar pengangkutan, kerana dasar sekarang tidak
sempurna. Malaysia memerlukan satu dasar yang menyeluruh, mementingkan
pembangunan perkhidmatan pengangkutan awam bagi menyelesaikan masalah kesesakan
jalanraya di bandar.

Cadangan-cadangan:
(1) Sebelum pengankutan awam yang meliputi keretapi dan bus dibangunkan dengan
sempurna, kerajaan harus memperhentikan cadangan menswastakan pengangkutan
awam;
(2) Kerajaan harus mengumumkan semua peraturan, syarat dan laporan tinjauan
kebolehlaksanaan mengenai kemudahan pengangkutan asas dan menggalakkan orang
ramai mengemukakan cadangan yang membina kepada kerajaan;
(3) Semua kuasa operasi jalanraya tol harus dikaji/dirunding semula lagi supaya untung
syarikat berkenaan boleh disemak semula bagi menjaga kepentingan orang ramai;
21

(4) Kerajaan harus melancarkan langkah-langkah bagi menggalakkan orang ramai tidak
menggunakan kereta sendiri dan menggunakan pengangkutan awam sebagai gentian.
Kerajaan boleh merangka peraturan untuk tidak menggalakkan kereta sendiri
memandu masuk bandar yang sesak. Jika kereta sendiri masuk tempat ini, ia perlu
bayar wang; menghadkan tempat letak kereta di bandar; mengizinkan kereta yang
membawa lebih ramai penumpang menggunakan jalan istimewa dan sebagainya; dan
(5) Kerana kereta-api mempunyai kos yang lebih rendah berbanding dengan kereta dan ia
mengeluarkan karbon dioside yang lebih rendah, maka kerajaan harus membangunkan
landasan kereta-api yang cepat dan bukan membangunkan pengangkutan udara jalak
dekat. Kesesakan jalanraya di Semenanjung Malaysia adalah lebih teruk, ia mesti
terlebih dahulu diselesaikan.

16. Membantu kubur kebajikan Cina


Sejak 100 tahun dahulu, kubur kebajikan Cina selalu menghadapi pelbagai masalah
seperti kekurangan tempat perkuburan, kesusahan untuk mendapat tempat perkuburan
yang baru, kekurangan wang bagi mencantikkan dan menjaga tempat perkuburan.
Oleh yang demikian, kami mencadangkan supaya kerajaan memperuntukkan RM500.0
juta sampai RM1.0 billion dalam RMK-10 bagi membiayai kos-kos berikut:
(1) Menyediakan tanah perkuburan percuma kepada pengurusan kubur kebajikan Cina
di kawasan/wilayah yang didapati kekurangannya;
(2) Memberi peruntukan secara berterusan kepada lebih 500 buah kubur-kubur kebajikan
Cina di seluruhan Malaysia bagi membina kemudahan-kemudahan asas seperti jalan,
longkang dan mencantikkan tempat perkuburan.
(3) Menyediakan tanah dan peruntukan bagi mana-mana pengurusan tanah perkuburan
supaya ia boleh membina tempat pembakaran mayat dan pagoda penyimpanan abu
tulang. Cara ini akan mengurangkan saiz tempat perkuburan yang diperlukan.

17. Melongarkan syarat membaharui lesen pencetakan surat-khabar


Menurut akta terkini, pemilik surat-khabar kena memohon kepada kerajaan untuk
membaharui lesen pencetakannya setiap tahun. Kerajaan mempunyai kuasa mutlak bagi
meluluskan atau menghalang sebarang pertubuhan atau individu mengeluarkan suratkhabar. Di bawah keadaan ini, pengeluaran surat-khabar dan laporannya memang tersekat.
Justeru, kami menyeru pihak berkuasa melonggarkan syarat membaharui lesen
22

pencetakan surat-khabar dan menghapuskan sebarang sekatan pencetakan surat-khabar


bagi menggalakkan kebebasan suara.

18. Membasmikan jenayah


Untuk membasmikan jenayah ragut dan kes rogol serta pembunuhan dengan berkesan,
kerajaan perlu meminda dan menguatkuasakan Akta Keseksaan bagi meninggikan
hukuman ke atas penjenayah supaya orang ramai takut melakukan apa-apa bentuk
jenayah. Cara ini dapat melindung keselamatan rakyat tempatan dan pelancong asing.
Kami berpendapat kerajaan harus meminda Seksyen 326, Akta Keseksaan bagi
menambah hukuman penjara sehingga 20 tahun jika disabitkan kesalahan mencederakan
orang lain dengan menggunakan senjata bahaya. Pada masa yang sama, hukuman denda
dan rotan perlu ditambah pula. Dicadangkan kerajaan meminda Seksyen 379, Akta
Keseksaan bagi menambah hukuman penjara sampai 10 tahun, sementara hukuman denda
dan rotan perlu ditambah pula.
Di samping itu, kami berpendapat kerajaan harus menggubal dan menguatkuasakan
undang-undang untuk menhapuskan kegiatan penyeludupan manusia melintasi sempadan
dan kegiatan along yang serius. Pada masa yang sama, kami berpendapat Kementerian
Pelajaran harus mengambil berat dan menyelesaikan masalah keganasan di sekolah yang
serius.

19. Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sektor penternakan babi (khinzir)
Kami mencadangkan kerajaan secepat mungkin melaksanakan konsep kawasan eksklusif
penternakan babi dalam RMK-10 bagi menyelesaikan berbagai masalah yang dihadapi
oleh penternak babi. Pada masa yang sama, kerajaan harus menyelaraskan perselisihan di
antara penternak babi dan peniaga daging babi. Kerajaan harus menjaga juga
kepentingan sektor penternak babi dan pengguna sebagai keutamaan dengan
menubuhkan mekanisme penentuan harga babi.

23

PENDIDIKAN

A. Pendahuluan
Negara kita merupakan sebuah negara yang dibina dan dibangunkan bersama oleh rakyat
berbilang kaum. Sehubungan itu, kewujudan dan kemakmuran bersama pelbagai bahasa dan
budaya serta saling memahami, menghormati, menghargai dan mempelajari antara satu sama
lain bukan sahaja sesuai diamalkan, malah menepati realiti masyarakat negara kita yang
berbilang bangsa, dan seterusnya merealisasikan maklamat perpaduan rakyat, keharmonian
masyarakat dan kemajuan negara. Pada hakikatnya, sekolah pelbagai aliran bahasa yang
wujud di negara kita sekian lama ini bukan sahaja memperkayakan ciri-ciri kepelbagaian
budaya dan masyarakat berbilang kaum negara kita, malah merupakan aset negara yang
penting dan menjadi kelebihan daya saing negara.
Dalam menghadapi cabaran dan tekanan besar akibat daripada globalisasi ekonomi serta
perluasan informasi, Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah untuk menjalankan
transformasi pendidikan negara demi meletakbetulkan (reposition) sistem pendidikan negara
selaras dengan trend perbaharuan pendidikan sedunia. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2006-2010 mengemukakan konsep pendidikan untuk semua dan pendidikan holistik
yang menegaskan bahawa warga merupakan aset yang paling berharga bagi sesebuah negara,
maka pembangunan modal insan adalah satu faktor penentu bagi meningkatkan daya saing
dan produktiviti negara. Kami berpendapat bahawa kepelbagaian aliran pendidikan dan
kandungan pendidikan yang pelbagai dapat melahirkan modal insan yang membolehkan
negara kita memiliki kelebihan dalam menghadapi persaingan sedunia.
Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia menghadapi cabaran dan tekanan besar dalam
mendepani persaingan antarabangsa, maka pembangunan modal insan adalah amat penting
untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing negara. Padahalnya, kejayaan agenda
pembangunan modal insan bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara, terutamanya
dari segi peningkatan kualiti pendidikan asas rakyat. Selaras dengan itu, dalam mendepani era
baru globalisasi, ekonomi berasaskan pengetahuan serta kepelbagaian dan keterbukaan, kami
menyeru kerajaan menetapkan akta dan dasar pendidikan yang adil dan terbuka, termasuk
memperkasakan semua aliran sekolah supaya memberi layanan samarata kepada
pembangunan pendidikan ibunda semua kaum di negara kita. Selain itu, kerajaan juga harus
mendorong rakyat menguasai pelbagai bahasa dan menerapi kebudayaan dan nilai unggul
setiap kaum bagi memupuk semangat kekitaan dan perpaduan, serta melahirkan warga yang
berpandangan luas, progresif dan mampu bersaing. Ini dapat mamantapkan kelebihan dan
memperkukuhkan lagi kedudukan negara kita dalam persaingan antarabangsa.

24

Besarlah harapan kami agar kerajaan dapat menyelesaikan isu-isu pendidikan yang
dikemukakan oleh masyarakat Cina supaya sama-sama kita membina sebuah negara majmuk
yang maju dan makmur.

B. Isu Pendidikan Dan Cadangan

1. Melaksanakan Satu Sistem Perancangan Dan Pembinaan Sekolah Yang Munasabah


Bagi Semua Aliran Sekolah
Kebanyakan SJKC yang sedia ada pada hari ini telah wujud sebelum tahun 1957, setelah
setengah abad berlalu, populasi masyarakat Cina telah mengalami satu perubahan yang
besar, terutamanya berikutan dengan perluasan peluang pendidikan serta proses
perindustrian dan modenisasi negara, ramai penduduk luar bandar telah berpindah ke
bandar dan menyebabkan penduduk di kawasan bandar meningkat secara mendadak.
Bagaimanapun, kerajaan tidak membina SJKC baru yang mencukupi berdasarkan
pertambahan dan perubahan taburan populasi masyarakat Cina, ini menyebabkan kawasan
yang padat dengan penduduk Cina menghadapi masalah kekurangan SJKC. Di samping
itu, SJKC yang terletak di kawasan pedalaman dan luar bandar menghadapi masalah
kekurangan murid dan terpaksa ditutup atau berpindah ke lokasi lain.
Jadual (1) menunjukkan dari tahun 1970 hingga tahun 2009, sungguhpun bilangan murid
SJKC telah bertambah seramai 180 ribu orang, namun bilangan SJKC tidak bertambah,
sebaliknya telah berkurangan sebanyak 54 buah.
Jadual (1): Bilangan Sekolah Dan Murid Mengikut Setiap Aliran Sekolah Rendah
Di Seluruh Negara Bagi Tahun 1970, 1990 Dan 2009
SK

SJKC

SJKT

Tahun

Bilangan
Sekolah

1970

4,277

1,046,513

1,346

439,681

657

79,278

1990

4,994

1,770,004

1,290

581,082

544

96,120

2009

5,795

2,368,562

1,292

627,699

523

109,086

1970
2009

+1,518

+1,322,049

54

+188,018

134

+29,808

Bilangan
Murid

Bilangan
Sekolah

Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia

25

Bilangan
Murid

Bilangan
Sekolah

Bilangan
Murid

Mengikut kajian, daerah Petaling Jaya di Selangor dan Johor Bharu di Johor merupakan
dua kawasan yang menghadapi masalah kekurangan SJKC yang amat serius, sungguhpun
masyarakat Cina di kawasan tersebut telah banyak kali meminta kerajaan membina SJKC
baru, namun sehingga hari ini masih belum mendapat kelulusan daripada kerajaan, ini
menyebabkan SJKC yang sedia ada terpaksa menampung bilangan murid yang terlalu
ramai sehingga tidak memenuhi garis panduan perancangan sekolah yang ditetapkan oleh
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
iatu setiap sekolah rendah tidak harus melebihi 1050 orang dan maksimum purata bilangan
murid setiap kelas ialah 35 orang (Jadual 2).
Jadual (2): Bilangan SJKC, Murid, Kelas, Purata Bilangan Murid Setiap Sekolah dan Purata
Bilangan Murid Setiap Kelas Bagi SJKC Di Petaling Jaya Dan Johor Bharu Tahun 2009
Kawasan

Bilangan
SJKC

Bilangan
Murid

Bilangan
Kelas

Purata Bilangan Murid


Setiap Sekolah

Purata Bilangan
Murid Setiap Kelas

Petaling Jaya

20

43,683

1,068

2184.15

40.90

Johor Bharu

22

47,953

1,178

2179.68

40.71

Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia

Berdasarkan dapatan kajian Jawatankuasa Pembangunan Sekolah-Sekolah Rendah Cina


Daerah Petaling Jaya dan Johor Bahru, kedua-dua kawasan tersebut harus membina 10
buah SJKC supaya dapat mengatasi sepenuhnya masalah kekurangan SJKC di kawasan
berkenaan. ( Jadual 3).
Jadual (3): Cadangan Lokasi Membina SJKC Di Petaling Jaya Dan Johor Bharu
Kawasan

Lokasi Yang Memerlukan SJKC


Bilangan SJKC Yang Diperlukan : 8 buah

Petaling Jaya

Lokasi: Kota Damansara (1), Bukit Rahman Putra (1), Damansara Damai (1),
Kampung Subang (1), Puchong (3), Kampung Cempaka (1)
Bilangan SJKC Yang Diperlukan : 2 buah

Johor Bharu

Lokasi: Kawasan Timur-Laut Johor Bahru, sekitar Taman Daya, Permas Jaya atau
Johor Jaya.

Sumber: Jawatankuasa Pembangunan Sekolah-Sekolah Rendah Cina Daerah Petaling Jaya dan Johor
Bahru.

Cadangan-cadangan:

26

(1) Berdasarkan Seksyen 28 yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, iaitu
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh menubuhkan sekolah
kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan dan hendaklah menyenggarakan sekolahsekolah itu, kerajaan harus memperuntukan tapak dan kewangan untuk membina 10
buah SJKC di Petaling Jaya dan Johor Bahru. Selain itu, kerajaan juga harus membina
bilangan SJKC yang secukupnya di daerah Hulu Langat, Gombak dan Klang di
Selangor, sekitar kawasan Kuala Lumpur termasuk Cheras dan lain-lain tempat yang
padat dengan penduduk Cina supaya memenuhi keperluan masyarakat Cina terhadap
pendidikan ibunda. Perpindahkan SJKC yang menghadapi masalah kekurangan murid
ke kawasan yang padat dengan penduduk Cina tidak harus digunakan sebagai
pendekatan untuk menggantikan pembinaan SJKC baru. Kerajaan harus menyediakan
pendidikan bahasa ibunda kepada semua kaum dengan membina aliran sekolah
rendah yang diperlukan berdasarkan struktur penduduk dan permintaan masyarakat
setempat, antaranya termasuk mengadakan rancangan yang teratur untuk memastikan
kawasan perumahan yang padat dengan penduduk Cina diberi peruntukan kewangan
dan tapak baru untuk membina SJKC secara automatik, iaitu seperti dengan cara dan
prosedur membina SK;
(2) Antara tahun 1999 hingga 2008, kerajaan telah meluluskan pembinaan 16 buah SJKC
baru dan perpindahan 75 buah SJKC. Bagaimanapun, sehingga hari ini, masih
terdapat 8 buah SJKC baru dan 23 buah SJKC yang diluluskan untuk berpindah
menghadapi masalah kewangan atau tidak mempunyai tapak sekolah, ini
menyebabkan kerja pembinaan bangunan sekolah baru tersebut masih belum siap
dibina. Justeru, kerajaan harus mengambil langkah menyelesaikan masalah-masalah
yang dihadapi oleh sekolah-sekolah berkenaan, termasuk menyediakan tapak sekolah
dan menanggung kos pembinaan supaya bangunan baru sekolah berkenaan dapat siap
dibina dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-10;
(3) Demi memastikan proses perpindahan SJKC yang telah mendapat kelulusan
berpindah berjalan dengan lancar, kami meminta kerajaan memansuhkan syarat-syarat
berikut, iaitu Bagi sekolah-sekolah yang masih mempunyai murid, persetujuan
terhadap perpindahan secara bertulis perlu diperolehi daripada kesemua ibu bapa dan
dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran. Lembaga Pengurus (LPS) dan PIBG
sekolah berkenaan memperolehi tapak untuk perpindahan sekolah dan membina
sendiri bangunan sekolah di tapak tersebut. Tapak yang dicadangkan itu terletak di
kawasan yang terdapat keperluan yang tinggi bagi sebuah SJKC. Tapak yang
dicadangkan itu bukan tapak yang telah dirizabkan untuk sekolah kerajaan.
Maklumat berkaitam tapak tersebut dikemukakan kepada kementerian Pelajaran untuk
mendapat persetujuan dan kelulusan. Pihak sekolah mengemukakan kertas
27

cadangan pembinaan baru di tapak baru bagi mendapat kelulusan Kementerian


Pelajaran, dan Premis sekolah di tapak asal ditutup sepenuhnya berikutan
perpindahan ke tapak baru.

2. Memberi Peruntukan Kewangan Secara Adil Kepada Semua Aliran Sekolah


Selama ini, pemberian peruntukan kewangan kerajaan yang tidak seimbang kepada setiap
aliran sekolah telah menyebabkan SJKC terpaksa mengutip derma untuk pembinaan
bangunan sekolah atau memperbaiki bangunan sekolah dan menjalankan lain-lain kerja
pembaikan dan pembangunan fizikal sekolah. Berdasarkan jumlah bilangan murid, SJKC
seharusnya memperolehi peruntukan kewangan sebanyak RM 1.02 bilion (20.96%)
semasa tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-9, tetapi pada hakikatnya, SJKC
hanya diberi peruntukan sebanyak RM 174.34 juta, iaitu kurang sebanyak RM 850 juta
(Jadual 4).
Jadual (4): Peruntukan Pembangunan Bagi Setiap Aliran Sekolah
Di Bawah Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010)
Sekolah

SK

SJKC

SJKT

Jumlah

Peruntukan

4,598,120,000

174,340,000

64,840,000

4,837,300,000

(RM)

(95.06%)

(3.60%)

(1.34%)

(100%)

Bilangan Murid

2,298,808

636,124

100,142

3,035,074

(Tahun 2006)

(75.74%)

(20.96%)

(3.30%)

(100%)

Peruntukan Yang
Sepatut Diperolehi

3,663,771,020

1,013,898,080

159,630,900

4,837,300,000

Selain itu, SJKC juga menghadapi masalah bantuan per kapita (PCG) yang tidak
mencukupi untuk membayar bil air dan bil elektrik, terutamanya bagi SJKC yang bertaraf
sekolah bantuan modal, ini menyebabkan Lembaga Pengurus dan PIBG terpaksa
menanggung sendiri segala bil air dan elektrik yang tertunggak. Bagi SJKC yang
mempunyai masalah kewangan, bil elektrik akan tertunggak sehingga berlakunya ada di
antara sekolah menerima amaran daripada TNB bahawa bekalan elektrik akan diputuskan.

Cadangan-cadangan:

28

(1) Kami mencadangkan kerajaan memberi peruntukan pembangunan yang mencukupi


dan saksama kepada setiap aliran sekolah rendah berdasarkan jumlah bilangan murid
dan keperluan pembangunan asas setiap aliran sekolah rendah;
(2) Sungguhpun Akta Pendidikan 1996 tidak membahagikan sekolah kepada sekolah
bantuan penuh dan sekolah bantuan modal, tetapi Kementerian Pelajaran berdasarkan
hak milik tapak sekolah, iaitu sama ada dimiliki oleh kerajaan atau lembaga pengurus
sekolah sebagai panduan untuk memberi peruntukan kewangan kepada sekolah, ini
menyebabkan sekolah bantuan modal tidak diberi bantuan kewangan yang sewajarnya.
Misalnya di sesetengah negeri, Lembaga Pengurus atau PIBG bagi SJKC bertaraf
sekolah bantuan modal terpaksa menanggung sendiri segala bil air dan elektrik yang
tertunggak. Sehubungan itu, kerajaan harus memansuhkan klasifikasi sekolah
mengikut sekolah bantuan penuh dan sekolah bantuan modal supaya memberi
peruntukan pembangunan yang mencukupi dan saksama kepada setiap aliran sekolah
rendah;
(3) Kami tidak setuju dengan syarat kerajaan yang mengetatkan bahawa Lembaga
Pengurus SJKC harus memiliki 80% kos pembinaan sebelum memulakan projek
membina bangunan sekolah. Kami berpendapat bahawa masyarakat Cina secara
sukarela mengutip derma untuk membangunkan sekolah merupakan satu tindakan
yang membantu kerajaan dalam membangunkan pendidikan negara dan melahirkan
modal insan, maka ianya harus dihargai dan diberi galakan oleh kerajaan.

3. Menyelesaikan masalah kekurangan guru di SJKC


Mengikut statistik Kementerian Pelajaran, dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini,
SJKC memerlukan seramai 2000 hingga 3000 orang GSTT untuk mengisi kekosongan
guru di sekolah. Pada setiap tahun, terdapat kira-kira 600 hingga 800 orang guru di SJKC
bersara atau melanjutkan pelajaran. Selain itu, bermula tahun ini, Kementerian Pelajaran
juga telah menambah baik norma perjawatan daripada 1.5n kepada 1.7n di semua aliran
sekolah rendah secara berperingkat, ini telah menambah permintaan terhadap bilangan
guru di SJKC. Maka kerajaan seharus menambah bilangan calon program latihan
perguruan berdasarkan keperluan sebenar SJKC supaya masalah kekurangan guru dapat
diatasi dengan sepenuhnya.
Selama ini, ketika menyentuh isu kekurangan guru di SJKC, Kementerian Pelajaran
selalunya mengatakan masalah ini disebabkan pemuda-pemudi keturunan Cina tidak
berminat menjadi guru. Bagai manapun, pada setiap kali pengambilan calon bagi kursus

29

pengajian Bahasa Cina di IPG dilancarkan, ramai pemohon yang berkelayakan telah
ditolak.

Cadangan-cadangan:
(1) Kerajaan harus mengadakan program latihan perguruan berdasarkan keperluan
sebenar SJKC terhadap mata-mata pelajaran yang sedia ada. Kerajaan harus
mengadakan satu pelan latihan perguruan SJKC yang professional dan sistematik,
antaranya termasuk menambah bilangan calon Pengkhususan Bahasa Cina di IPG,
melatih guru dwibahasa yang menguasai bahasasa Cina dan bahasa Malaysia,
mengadakan KDC, serta membanteras sebarang penyelewengan dalam hal ehwal
perguruan SJKC supaya masalah kekurangan guru terlatih di SJKC dapat diatasi
dengan sepenuhnya;
(2) Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, SJKC sering dibelenggui oleh
masalah di mana Jabatan Pelajaran Negeri tidak mempunyai peruntukan yang
mencukupi untuk membenarkan SJKC mendapatkan perkhidmatan guru ganti, ini
telah menimbulkan masalah P&P dan pentadbiran sekolah tidak dapat dijalankan
dengan lancar. Justeru, kami mencadangkan kerajaan menyediakan peruntukan yang
mencukupi sepanjang tahun untuk membolehkan SJKC mendapatkan perkhidmatan
guru ganti mengikut keperluan;
(3) Pada masa kini, di antara 27 buah IPG, terdapat 15 buah IPG yang menawarkan
Kursus Pengajian Bahasa Cina. Kementerian Pelajaran harus prihatin terhadap
masalah kekurangan kira-kira 30 orang pensyarah kursus pengajian Bahasa Cina di
IPG, dan seterusnya mengambil tindakan yang wajar untuk menambah bilangan
pensyarah kursus pengajian Bahasa Cina supaya dapat mengurangkan beban tugas
pensyarah kursus pengajian Bahasa Cina yang sedia ada, serta memastikan kursus
pengajian Bahasa Cina dapat dijalankan secara lancer.

4. Memperluaskan pelaksanaan ICT dI SJKC


Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 menegaskan kepentingan ICT,
terutamanya dalam pendidikan supaya mempertingkatkan keberkesanan P&P. Langkah
memperluaskan pelaksanaan ICT dalam bidang pendidikan adalah tepat pada masanya
kerana ini merupakan suatu trend pembangunan pendidikan sedunia. Bagaimanapun, dasar
perluasan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan hanya tertumpu di SK, manakala
SJKC dan SJKT telah diabaikan. Ini menyebabkan SJKC terpaksa berusaha sendiri
melalui pelbagai cara dan saluran untuk memantapkan penggunaan ICT danlam P&P.
30

Cadangan-cadangan:
(1) Kami

meminta

kerajaan

mencegah

penyelewengan

yang

berlaku

semasa

memperluaskan pelaksanaan ICT dalam bidang pendidikan, sebaliknya kerajaan harus


secara adil memperkasakan pelaksanaan ICT dalam bidang pendidikan dengan
memastikan murid-murid semua aliran sekolah berpeluang menikmati penggunaan
ICT;

5. Memperluaskan

pendidikan

prasekolah

di

SJKC dan membuka

Sekolah

Pendidikan Khas aliran Bahasa Cina


Sejak tahun 2002, Kementerian Pelajaran telah secara berperingkat membuka kelas
prasekolah di semua aliran sekolah rendah memandangkan kepentingkan pendidikan awal
terhadap perkembangan kanak-kanak. Mengikut statistik Kementerian Pelajaran sehingga
31 Januari 2009 (Jadual 5), kurang daripada 25% SJKC dan SJKT mempunyai kelas
prasekolah, manakala terdapat 87% SK telah mempunyai kelas prasekolah, jurang yang
amat berbeza di antara kelas prasekolah di SK berbanding dengan SJKC dan SJKT harus
mendapat perhatian kerajaan.
Jadual (5): Bilangan Kelas Prasekolah di SK, SJKC Dan SJKT
(Stastitik Sehingga 31 Januari 2009)
Bilangan

Peratusan (%)

sekolah

Bilangan Sekolah Yang


Membuka Kelas Prasekolah

SK

5,795

5,052

87.18

SJKC

1,292

314

24.30

SJKT

523

109

20.84

Jumlah

7,610

5,475

71.94

Sekolah

Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia

Terdapat juga 28 buah sekolah rendah pendidikan khas yang menggunakan bahasa
Malaysia sebagai bahasa pengantar, tetapi langsung tidak ada sekolah rendah pendidikan
khas yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar. Selain itu, hanya
sebahagian kecil SJKC yang menyediakan kelas pendidikan khas.

Cadangan-cadangan:

31

(1) Kami mencadangkan kerajaan memberi peruntukan kewangan yang mencukupi untuk
SJKC mengadakan kelas prasekolah di bawah pelaksanaan Rancangan Malaysia ke10 supaya merealisasikan maklamat kerajaan untuk memperluas pendidikan
prasekolah di sekolah rendah. Selain itu, kami juga mencadangkan kerajaan
mengadakan sekolah rendah pendidikan khas yang menggunakan bahasa Cina sebagai
bahasa pengantar supaya murid-murid Cina yang berkeperluan khas berpeluang
mendapat pendidikan ibunda.

6. Menyelesaikan masalah kelas Bahasa Cina di sekolah menengah kebangsaan (SMK)


Pada setiap tahun, terdapat lebih kurang 85% murid-murid yang tamat pelajaran dari
SJKC melanjutkan pelajaran mereka ke SMK. Kelas Bahasa Cina merupakan saluran
penting bagi pelajar-pelajar SMK, khas pelajar-pelajar Cina mempelajari bahasa Cina.
Bagaimanapun, oleh kerana bahasa Cina di luar jadual waktu persekolahan, ini
menyebabkan SMK mengadakan kelas bahasa Cina dalam waktu persekolahan yang
berlainan.
Sungguhpun Kementerian Pelajaran telah melantik jawatan Penolong Pengarah Bahasa
Cina di setiap negeri sejak tahun 2000 untuk mengendalikan kelas bahasa Cina di SMK
dan ini telah membawa kepada perkembangan kelas bahasa Cina SMK, namun demikian,
kelas bahasa Cina masih tidak mendapat perhatian sepenuhnya daripada Kementerian
pelajaran, lebih-lebih lagi, penyelewengan yang berlaku telah menyebabkan kelas bahasa
Cina SMK menghadapi pelbagai masalah. Misalnya di sesetengah SMK, pelajar-pelajar
mempunyai keinginan mempelajari bahasa Cina, tetapi pihak sekolah tidak berhasrat
untuk mengadakan kelas bahasa Cina atau kelas bahasa Cina diadakan diluar waktu
persekolahan. Selain itu, kelas bahasa Cina SMK masih kekurangan kira-kira 450 orang
guru bahasa Cina. Sekiranya masalah-masalah ini tidak diselesaikan, tentunya akan
mendatangkan kesan negatif kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa Cina serta
jumlah pelajar yang mengambil mata pelajaran Bahasa Cina dalam peperiksaan awam
juga akan berkurangan, dan seterusnya menjejaskan profesionalisme guru-guru bahasa
Cina di SJKC dan SMK dari segi kualiti dan kuantiti.

Cadangan-cadangan:
(1) Kami mencadangkan supaya kelas bahasa Cina dijadualkan di dalam waktu
persekolahan, dan pada masa sama, mewajibkan murid-murid dari SJKC yang
melanjutkan pelajaran di SMK mempelajari dan menduduki mata pelajaran Bahasa
Cina dalam peperiksaan awam. Kami juga mencadangkan kerajaan memberi
32

kemudahan kepada guru bahasa Cina supaya memperbaiki keadaan pengajaran dan
pembelajaran kelas bahasa Cina dan memberi dorongan kepada penubuhan persatuan
bahasa Cina serta aktiviti yang dijalankan;
(2) Kami mencadangkan supaya kerajaan menetapkan dan mengadakan latihan perguruan
yang sempurna untuk menambah bilangan pelatih pengajian Bahasa Cina supaya
melatih tenaga pengajar yang mencukupi untuk kelas bahasa Cina di SMK.

7. Menyokong pembangunan sekolah menengah persendirian Cina


Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) adalah sekolah yang bukan berasaskan
kepada keuntungan (non-profit) manakala kutipan yuran daripada para pelajarnya tidak
cukup untuk menanggung kos operasi harian sekolah. Selama ini, SMPC memikul beban
ekonomi yang berat dan sentiasa mengutip derma daripada masyarakat untuk membiayai
kos pembangunan fizikal dan bukan fizikal sekolah.
SMPC mewajibkan semua pelajarnya mengambil dan menduduki peperiksaan mata
pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris. Selain daripada mengambil
peperiksaan Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificate, UEC) SekolahSekolah Menengah Persendirian Cina anjuran Dong Jiao Zong, pelajar-pelajar SMPC
juga boleh mengambil peperiksaan awam yang dianjurkan oleh kerajaan.
Pada masa sekarang, saiz pembangunan dan taraf akademik SPMC telah mencapai ke
satu tahap tertentu yang membanggakan. Setiap tahun, SMPC melahirkan 6 ribu hingga 7
ribu orang tamatan menengah tinggi. Para tamatan tersebut mempunyai jalan keluar yang
semakin banyak untuk melanjutkan pelajaran mereka. Sijil Peperiksaan Bersama SMPC
yang dikeluarkan oleh Dong Jiao Zong mendapat sambutan meluas daripada pelbagai
pihak. Sijil tersebut diterima oleh banyak institusi pengajian tinggi luar negara dan
institusi pengajian tinggi swasta dalam negara sebagai salah satu kelayakan bagi
permohonan kemasukan ke institusi-institusi pengajian tinggi tersebut. Walau
bagaimanapun, kerajaan negara kita masih tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama
SMPC.
Jumlah pelajar SMPC semakin bertambah sejak beberapa tahun ini. Pada tahun 2009,
kesemua 60 buah SMPC di negara kita mempunyai 60490 orang pelajar dan 3462 orang
guru. Dalam tempoh 35 tahun kebelakangan ini, SMPC telah melahirkan sebanyak 180
ribu orang tamatan menengah tinggi yang mempunyai asas penguasaan tiga bahasa iaitu
Bahasa Malaysia, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris. Para tamatan tersebut melanjutkan
pengajian tinggi dan memasuki bidang pekerjaan atau membina kerjaya sendiri di dalam

33

negara dan luar negara. Mereka berjasa kepada negara dalam bidang politik, ekonomi,
kebudayaan, pendidikan, masyarakat, sains, teknologi dan sebagainya.
Dalam Seminar Bahasa Kebangsaan dan Masyarakat Cinayang diadakan pada 8 Jun
2009, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Yang Amat Berhormat
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Kementerian Pelajaran melalui
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menganjurkan siri latihan pengukuhan bahasa
kebangsaan untuk guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolahsekolah menengah persendirian Cina. Beliau berkata, ini adalah satu penghargaan
kerajaan kepada peranan sekolah-sekolah menengah persendirian Cina dalam
membangunkan modal insan negara. Mulai November 2009, DBP telah mengadakan
program latihan secara berperingkat di beberapa kawasan untuk guru-guru Bahasa
Malaysia sekolah menengah persendirian Cina.
Pada Disember 2009, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Abdul
Razak dengan secara terbukanya telah memperakui sekolah-sekolah menengah
persendirian Cina sebagai satu aset negara dan memuji sumbangan sekolah-sekolah
tersebut dalam membangunkan modal insan negara. Y.A.B. Perdana Menteri juga
berharap sekolah-sekolah menengah persendirian Cina terus diusahakan secara
bersungguh-sungguh dan mengekalkan persekitaran persekolahan yang ceria untuk
melahirkan lebih ramai lagi modal insan negara yang berkualiti.
Kami mengalu-alukan kerajaan memperakui sumbangan sekolah-sekolah menengah
persendirian Cina kepada negara dan berharap kerajaan mengambil dasar dan tindakan
yang adil, munasabah dan terbuka untuk menyokong pembangunan sekolah-sekolah
tersebut. Kami menegaskan bahawa kerajaan bertanggungjawab memelihara hak dan
kepentingan kewarganegaraan pelajar-pelajar negara kita dan memberi layanan yang adil
kepada mereka tanpa mengira aliran pendidikan atau jenis sekolah yang mereka
mendapatkan pendidikan.
Oleh itu, kerajaan harus menyokong pembangunan pendidikan yang diusahakan oleh
masyarakat. Ini termasuk memberi bantuan kewangan mengikut faktor-faktor seperti
bilangan pelajar kepada sekolah-sekolah yang diusahakan secara bukan berasaskan kepada
keuntungan (non-profit) umpamanya sekolah-sekolah menengah persendirian Cina.

Cadangan-cadangan:
(1) Kerajaan harus mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination
Certificate, UEC) Sekolah-Sekolah Menengah Persendirian Cina dan menerima sijil
tersebut sebagai salah satu kelayakan untuk permohonan kemasukan ke institusi
34

pengajian tinggi awam, institut pendidikan guru dan sektor perkhidmatan awam bagi
melahirkan modal insan yang menyumbang kepada pembangunan negara, memberi
perkhidmatan kepada orang ramai dan mengatasi masalah kekurangan guru Bahasa
Cina;
(2) Kerajaan harus mengambil kira bilangan pelajar dan keperluan pembangunan sekolah
dalam pemberian bantuan kewangan tanpa sebarang syarat kepada sekolah-sekolah
menengah persendirian Cina untuk menyokong pembangunan fizikal dan bukan
fizikal sekolah-sekolah itu termasuk memberi bantuan kewangan kepada aktivitiaktiviti pelajar dan sukan sekolah-sekolah tersebut agar mengurangkan beban
ekonomi yang dipikul oleh masyarakat Cina dan pihak sekolah dalam usaha
membangunkan pendidikan negara kita. Pemberian bantuan kewangan tersebut harus
dilaksanakan secara bersistematik melalui rancangan pembangunan negara lima tahun
(iaitu Rancangan Malaysia) dan belanjawan tahunan;
(3) Kerajaan harus menerima Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificate,
UEC) Sekolah-Sekolah Menengah Persendirian Cina sebagai salah satu kelayakan
untuk permohonan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN);
(4) Kerajaan telah memansuhkan yuran peperiksaan awam (UPSR, PMR, SPM, STPM)
mulai tahun 2007 bagi pelajar-pelajar sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
Kami berpendapat bahawa kerajaan juga harus memansuhkan yuran peperiksaan yang
dikenakan ke atas pelajar-pelajar sekolah swasta termasuk sekolah agama rakyat dan
sekolah menengah persendirian Cina yang mengambil peperiksaan awam agar
memberi layanan yang adil kepada semua warganegara;
(5) Kerajaan harus mengambil tindakan berkesan untuk menghargai modal insan yang
dilahirkan oleh sekolah-sekolah menengah persendirian Cina. Ini termasuk menjalin
hubungan kerjasama dengan tenaga kepakaran rakyat kita yang berada di luar negara
supaya dapat membawa balik pelbagai sumber pembangunan untuk kemajuan negara
kita. Selain itu, kerajaan harus mengambil tamatan sekolah-sekolah menengah
persendirian Cina untuk berkhidmat di dalam sektor perkhidmatan awam.

8. Meluluskan pembinaan
persendirian Cina

baru

dan

pembukaan

semula sekolah

menengah

Selama ini, masyarakat Cina negara kita berhasrat membina sekolah-sekolah menengah
persendirian Cina yang baru dan membuka semula sekolah-sekolah menengah
persendirian Cina di beberapa kawasan seperti Petaling Jaya dan Kuantan. Pada masa ini,
35

negara kita mepunyai 60 buah sekolah menengah persendirian Cina. Hanya negeri-negeri
Perlis, Terengganu dan Pahang masih tidak mempunyai sekolah menengah persendirian
Cina.
Pada tahun 1960-an, negeri Pahang mempunyai 8 buah sekolah menengah Cina (SMC).
Kuantan, Raub, Kuala Lipis, Triang, Mentakab dan Cameron Highlands masing-masing
mempunyai sebuah sekolah menengah Cina manakala Bentong mempunyai dua buah
sekolah menengah Cina. Selepas 8 buah sekolah menengah Cina tersebut ditukar menjadi
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK), masyarakat Cina tempatan menubuhkan 5
buah sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) pada tahun 1961 dan 1962 di Kuantan,
Raub, Kuala Lipis, Bentong dan Triang tetapi kelima-lima sekolah menengah
persendirian Cina tersebut telah berhenti operasi sejak tahun 1964 hingga 1968.

Jadual(6): Keadaan Sekolah Menengah Cina ditukar kepada Sekolah Menengah Jenis
Kebangsaan
di Negeri Pahang

Nama Asal Sekolah


Menengah Cina
(SMC)

Tahun
Ditukar
Menjadi
SMJK

Nama Sekolah Menengah


Jenis Kebangsaan (SMJK)

Penubuhan
Sekolah
Menengah
Persendirian
Cina
(SMPC)

Tahun
Penubuhan
Sekolah
Menengah
Persendirian
Cina

Tahun
Sekolah
Menengah
Persendirian
Cina Berhenti
Operasi

Ada

1961

1964

Ada

1962

1965

Sekolah Menengah
Chong Hwa, Kuantan

1961

SMJK Kuantan

Sekolah Menengah
Chung Ching, Raub

1961

SMJK
Raub

Sekolah Menengah
Chung Hwa, Kuala
Lipis

1962

SMJK Chung Hwa, Kuala


Lipis

Ada

1962

1965

Sekolah Menengah
Khai Mun, Bentong

1962

SMJK
Bentong

Ada

1962

1967

Sebuah sekolah
menengah Cina di
Triang

1962

SMJK Triang

Ada

1962

1968

Sekolah Menengah
Katholik, Bentong

1962

SMJK Katholik, Bentong

Tidak Ada

Sekolah Menengah
Hwa Lian, Mentakab

1961

SMJK
Hwa
Mentakab

Tidak Ada

Sebuah sekolah
menengah Cina di
Cameron Highlands

1962

SMJK Tengku Ahmad /


SMJK Sultan Ahmad
Shah, Cameron Highlands

Tidak Ada

Chung

Khai

Ching,

Mun,

Lian,

36

Sumber: Buku Ulang Tahun Ke-10 Gabungan Lembaga Pengurus Sekolah-Sekolah Cina Pahang yang
diterbitkan pada tahun 1999.

Nota: 1. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Kuantan kini dikenali sebagai Sekolah
Menengah Kebangsaan Tanah Putih, Kuantan.
2. Pada tahun 1962, sebuah sekolah menengah Cina di Cameron Highlands
digabungkan dengan sebuah sekolah menengah Inggeris dan ditukar menjadi
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tengku Ahmad yang kemudiannya dikenali
sebagai Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sultan Ahmad Shah mulai tahun 1976.

Pada tahun 1990-an, masyarakat Cina tempatan membincangkan isu penubuhan sekolah
menengah persendirian Cina di negeri Pahang. Gabungan Persatuan-Persatuan China
Pahang, Persekutuan Dewan-Dewan Perniagaan Dan Perindustrian China Pahang,
Gabungan Lembaga Pengurus Sekolah-Sekolah Cina Pahang dan Gabungan PersatuanPersatuan Tionghua Kuantan bersama-sama melalui Menteri Sumber Manusia ketika itu
Yang Berhormat Datuk Lim Ah Lek telah mengemukakan permohonan pembukaan
semula Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa, Kuantan kepada Menteri Pendidikan
ketika itu, Yang Amat Berhormat Dato Sri Najib Tun Abdul Razak pada 20 Oktober 1999.
Sehingga kini, masyarakat Cina masih berharap kerajaan meluluskan permohonan
pembukaan semula Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa, Kuantan. Pada
September 2009, Gabungan Lembaga Pengurus Sekolah-Sekolah Cina Pahang (GLPSCP)
telah mengedarkan kertas soal selidik kepada kesemua 11 buah Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina (SJKC) di Daerah Kuantan yang mempunyai 7500 orang murid. Soal selidik tersebut
bertujuan mendapatkan pandangan ibu bapa berkenaan sokongan terhadap pembukaan
semula Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa, Kuantan (SMPCH). Sebanyak 4768
kertas soal selidik yang mendapat respons telah dikembalikan kepada GLPSCP.
Analisis kajian tersebut mendapati 3404 orang (71.4%) ibu bapa atau responden
menyokong pembukaan semula SMPCH. Sebanyak 2456 orang (51.5%) responden
bersetuju menghantar anak-anak mereka ke SMPCH. Oleh kerana negeri Pahang tidak
mempunyai sekolah menengah persendirian Cina, maka terdapat hampir 1000 orang
pelajar dari negeri Pahang sedang belajar di sekolah-sekolah menengah persendirian Cina
negeri lain. Ini menunjukkan SMPCH mempunyai bilangan pelajar yang mencukupi
sekiranya sekolah tersebut berjaya dibuka semula.

Cadangan-cadangan:

37

(1) Kerajaan harus meluluskan secepat mungkin permohonan pembukaan semula


Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa, Kuantan bagi memenuhi hak dan
keperluan pelajar-pelajar negeri Pahang mendapatkan pendidikan bahasa ibunda di
sekolah menengah persendirian Cina dan mengurangkan beban ekonomi yang
dipikul oleh para ibu bapa;
(2) Selain

meluluskan

permohonan

pembukaan

semula

Sekolah

Menengah

Persendirian Chong Hwa, Kuantan, kerajaan juga harus meluluskan pembinaan


sekolah-sekolah menengah persendirian Cina yang baru dan pembukaan semula
sekolah-sekolah menengah persendirian Cina di kawasan-kawasan yang lain.

9. Mempertingkatkan kualiti dan daya saing pendidikan tinggi serta menyokong


pembangunan institusi pendidikan yang diusahakan oleh masyarakat
Dunia kini berada dalam era globalisasi dan masyarakat berasaskan pengetahuan.
Persaingan antara negara meliputi persaingan modal insan. Sekiranya masalah-masalah
kekurangan kualiti, daya saing dan persekitaran terbuka yang dihadapi oleh pendidikan
tinggi negara kita masih tidak diatasi, maka negara kita sukar menjadi sebuah pusat
pendidikan serantau.
Keunikan kepelbagaian masyarakat di negara kita bukan sahaja mempunyai ciri-ciri yang
terbentuk daripada Tamaddun Islam, China, India dan Barat, bahkan pembangunan
pendidikan pelbagai aliran juga telah sampai ke suatu tahap pencapaian yang cukup
membanggakan. Kesemua ini bermanfaat kepada negara kita untuk melahirkan modal
insan yang mempunyai asas penguasaan pelbagai bahasa dan budaya melalui sistem
pendidikan pelbagai aliran. Ini merupakan kelebihan daya saing masyarakat majmuk kita
untuk memperkukuhkan kekuatan negara supaya meletakkan negara kita pada kedudukan
yang lebih baik semasa menghadapi cabaran persaingan dunia

Cadangan-cadangan:
(1) Kerajaan harus melaksanakan dasar pendidikan yang terbuka bagi menyokong
pembangunan pelbagai aliran institusi pengajian tinggi, termasuk memberi bantuan
kewangan kepada Kolej New Era, Kolej Selatan dan Kolej Han Chiang serta
membenarkan mereka dinaik taraf ke tahap kolej universiti.
(2) Kerajaan harus mengiktiraf ijazah-ijazah yang dianugerah kepada warganegara kita
yang melanjutkan pelajaran di Universiti Nanyang, universiti-universiti di China,
Taiwan dan negara-negara lain berdasarkan taraf akademik. Pengiktirafan tersebut
38

bukan sahaja untuk memperakui dan menggalakkan sumbangan mereka kepada


negara, bahkan dapat mengelakkan kehilangan tenaga kepakaran ke luar negara (brain
drain).

10. Melaksanakan sistem merit dalam pengagihan biasiswa kerajaan dan pengambilan
pelajar institusi pengajian tinggi awam
Selama ini, asas-asas yang digunakan oleh kerajaan dalam pengagihan biasiswa kerajaan
dan pengambilan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan telah
menimbulkan pelbagai kontroversi dan perasaan tidak puas hati. Ini menyebabkan
permohonan biasiswa dan permohonan kemasukan oleh sebilangan pelajar cemerlang ke
IPTA telah ditolak sehingga mengakibatkan modal insan tersebut mengalir ke luar negara.
Masalah pengaliran modal insan ke luar negara itu amat merugikan negara sehingga
kerajaan sukar menarik mereka kembali berkhidmat di negara kita.

Jadual (7): Bilangan Biasiswa di bawah Program Ijazah Dalam Negara dan Program Ijazah
Luar Negara yang ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, Tahun 2000-2009
Tahun

Biasiswa Program Ijazah Dalam Negara


Bumiputra

2000
2001
2002
2003
2004
2005
2006
2007

3,444
(91.52%)
8,723
(90.00%)
6,643
(91.43%)
4,340
(91.43%)
3,994
(90.28%)
4,693
(88.78%)
4,727
(82.17%)
6,682
(88.21%)

Bukan
Bumiputra

319
(8.48%)
969
(10.00%)
623
(8.57%)
407
(8.57%)
430
(9.72%)
593
(11.22%)
1,026
(17.83%)
893
(11.79%)

Jumlah

3,763
9,692
7,266
4,747
4,424
5,286
5,753
7,575

2008

10,000

2009

8,000

Biasiswa Program Ijazah Luar Negara


Bumiputra

598
(79.95%)
609
(80.03%)
999
(79.98%)
1,314
(79.98%)
1,187
(79.99%)
1,040
(80.00%)
1,143
(76.20%)
1,170
(65.00%)
1,100
(55.00%)
1,176
(56.00%)

Bukan
Bumiputra

150
(20.05%)
152
(19.97%)
250
(20.02%)
329
(20.02%)
297
(20.01%)
260
(20.00%)
357
(23.80%)
630
(35.00%)
900
(45.00%)
924
(44.00%)

Sumber: Laporan akhbar bahasa Cina dan laporan tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam.
39

Jumlah

Jumlah
Besar

748

4,511

761

10,453

1,249

8,515

1,643

6,390

1,484

5,908

1,300

6,586

1,500

7,253

1,800

9,655

2,000

12,000

2,100

10,100

Cadangan-cadangan:
(1) Kerajaan harus melaksanakan sistem merit dalam pengagihan pelbagai jenis biasiswa
yang ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan syarikat-syarikat berkaitan
kerajaan (GLC). Penawaran dan pengagihan biasiswa tersebut hendaklah terbuka
kepada semua pelajar tanpa mengira kaum. Kerajaan harus mengumumkan kelayakan
permohonan, kriteria pemilihan dan maklumat perangkaan bagi menjamin mekanisme
dan proses penawaran dan pengagihan biasiswa yang telus, adil dan
bertanggungjawab. Selain itu, kerajaan juga harus memantau dan menambah baik
mekanisme dan proses penawaran dan pengagihan biasiswa tersebut;
(2) Kerajaan harus menerima Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificate,
UEC) Sekolah-Sekolah Menengah Persendirian Cina sebagai salah satu kelayakan
untuk permohonan pelbagai jenis biasiswa yang ditawarkan oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam dan syarikat-syarikat GLC;
(3) Kerajaan harus melaksanakan sistem merit yang berasaskan pencapaian akademik dan
bukannya berasaskan politik kaum dan agama sebagai pertimbangan utama dalam
melaksanakan dasar pengambilan pelajar institusi pengajian tinggi awam. Selain itu,
kerajaan harus menetapkan kriteria-kriteria pengambilan pelajar berasaskan keadaan
sosioekonomi, keluarga tunggal, wilayah dan kecacatan kesihatan dalam penggubalan
langkah-langkah untuk membantu golongan lemah agar mereka dapat mencapai tahap
yang setanding dengan pelajar-pelajar lain.

11. Melaksanakan sistem merit dalam pengambilan dan kenaikan pangkat ahli-ahli
akademik

Pengambilan dan kenaikan pangkat ahli-ahli akademik di institusi-institusi pengajian tinggi


awam (IPTA) tempatan hendaklah berasaskan kepada prestasi kerja dan kelayakan.
Penggunaan sistem kuota sama ada yang jelas atau tidak jelas kelihatan itu dalam
pengambilan dan kenaikan pangkat ahli-ahli akademik merupakan tindakan yang tidak
rasional dan ini menjejaskan peluang golongan muda negara kita mendapat pendidikan
berkualiti daripada pensyarah-pensyarah yang cemerlang.

Cadangan-cadangan:

40

(1) Sistem merit harus dijadikan pertimbangan utama dalam pengambilan tenaga pengajar
dan penyelidikan di IPTA negara kita;
(2) Kriteria-kriteria yang jelas untuk menilai prestasi seseorang ahli akademik IPTA
termasuk penilaian oleh pelajar hendaklah ditetapkan. Kriteria-kriteria ini dijadikan
asas bagi menamatkan perkhidmatan atau menaikkan pangkat seseorang ahli
akademik;
(3) Kementerian Pengajian Tinggi harus melantik naib canselor IPTA berketurunan Cina
dan India memandangkan IPTA negara kita masih tidak mempunyai seorang pun naib
canselor berketurunan Cina dan India;
(4) Pemilihan dan pelantikan orang-orang yang berkebolehan cemerlang ke jawatanjawatan naib canselor, timbalan naib canselor dan dekan pusat pengajian di sesebuah
IPTA hendaklah dijalankan tanpa mengira kaum dan kewarganegaraan.

12. Membangunkan pelbagai aliran endidikan teknik dan vokasional di peringkat


pengajian tinggi
Pembangunan pendidikan tinggi negara kita harus menambah baik tahap pencapaian
tamatan kolej pendidikan teknik dan vokasional, serta kebolehan mereka mendapatkan
pekerjaan. Negara kita perlu menambah baik pendidikan teknik dan vokasional di
peringkat pengajian tinggi supaya ia lebih berkesan dan menarik agar menghasilkan modal
insan yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing untuk menyokong pembangunan negara.

Cadangan-cadangan:
(1) Kerajaan harus menyediakan kurikulum pendidikan teknik dan vokasional yang
menggunakan pelbagai jenis bahasa pengantar termasuk bahasa Cina dan bahasa
Tamil. Selain itu, penyediaan persekitaran kampus yang menjaga cara hidup dan
budaya pelbagai kaum adalah penting untuk menarik pelajar-pelajar berketurunan
Cina dan India melanjutkan pelajaran di institusi-institusi pendidikan teknik dan
vokasional yang ditubuhkan oleh kerajaan;
(2) Kerajaan harus menubuhkan lebih banyak lagi institusi-institusi pendidikan teknik dan
vokasional bagi memperkembangkan pendidikan tinggi negara kita;
(3) Kerajaan harus membangunkan standard perindustrian mengikut kelayakan
pendidikan teknik dan vokasional yang berbeza supaya melahirkan tenaga mahir yang
berprestasi baik di peringkat antarabangsa dan serantau;
41

(4) Kerajaan harus mengadakan kurikulum pendidikan teknik dan vokasional yang
memenuhi keperluan pasaran dan membangunkannya ke tahap universiti bagi
memperkukuhkan daya saing negara kita;
(5) Kerajaan harus berusaha melahirkan lebih banyak tenaga mahir yang berkualiti
melalui pendidikan dan latihan untuk mempertingkatkan value chain industri negara
kita.

3. Penutup
Negara kita adalah sebuah negara yang berbilang kaum, bahasa, budaya dan agama. Oleh itu,
pembangunan pendidikan negara hendaklah mencerminkan semangat ciri-ciri kepelbagaian
tersebut. Pada hakikatnya, pendidikan bahasa ibunda yang berbilang aliran di negara kita
merupakan satu aset dan daya saing kepada negara. Kelebihan negara kita ini tidak dimiliki
oleh mana-mana negara lain.
Sekolah-sekolah pelbagai aliran di negara kita tidak harus diasing-asingkan kepada sekolahsekolah di dalam arus perdana dan di luar arus perdana sistem pendidikan. Tindakan
pengasingan itu menyebabkan sekolah-sekolah aliran pendidikan bahasa ibunda tertentu
dipinggirkan daripada arus pembangunan pendidikan negara.
Kami bersetuju dengan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Abdul Razak yang berkonsepkan pentadbiran negara
secara adil kepada semua kaum. Kami berharap kerajaan mengambil pendirian dan tindakan
yang tegas dalam pelaksanaannya. Ini termasuk penubuhan Jawatankuasa Bebas Mengkaji
Semula Dasar Pendidikan Negara yang bertujuan mengkaji semula dan memperbaiki aktaakta, dasar-dasar dan langkah-langkah pendidikan sedia ada supaya memberi layanan yang
sama rata kepada semua aliran pendidikan bahasa ibunda dalam sistem pendidikan negara
kita. Usaha ini membantu ke arah pembinaan sebuah negara maju yang mencerminkan
semangat ciri-ciri kepelbagaian masyarakat majmuk dan layanan yang sama rata kepada
semua rakyat. Ini merupakan harapan kami terhadap Rancangan Malaysia Ke-10 yang
digubal oleh kerajaan.

42

KEBUDAYAAN

A. Pendahuluan
Sebuah negara yang maju dan canggih seharusnya adalah sebuah negara yang berlatarkan
kebudayaan pelbagai corak dan berwarna-warni serta ditunjangi masyarakat yang murni dan
berhemah. Pengembangan kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia mempunyai akar sejarah
yang cukup panjang. Tradisi pengembangan kebudayaan pelbagai kaum secara bebas di
negara ini seharusnya dipupuk dan dibela dengan baik.
Gagasan masyarakat bebas dalam Prinsip Rukun Negara menyatakan bahawa Malaysia
adalah sebuah negara yang amat unik. Ia mempunyai tradisi dan amalan adat resam yang
cukup kaya dan pelbagai. Kita berharap kepelbagaian kebudayaan akhirnya menjadi aset dan
sumber kekuatan masyarakat kita.
Kebudayaan majmuk di negara kita adalah cerminan langsung realiti perbezaan anutan agama,
amalan hidup dan warisan budaya pelbagai kaum. Lantarannya memberikan pelbagai warna
dan corak kepada kebudayaan negara kita, dan nilai yang dikongsi bersama serta adat
lokal/setempat pula terpancar melalui kandungan dan intipati kebudayaan itu sendiri.
Kebudayaan pelbagai kaum bukan sahaja mewarisi khazanah budaya leluhur masing-masing,
malah saling memperkaya menerusi proses interaksi dan integrasi, lalu membentuk suatu
corak kebudayaan tempatan yang cukup unik. Kebudayaan pelbagai kaum adalah komponen
kebudayaan negara yang tidak boleh dipisahkan. Sebagaimana yang dimaklumkan, tradisi
dan khazanah kebudayaan yang kaya adalah kunci utama bagi pembangunan industri
pelancongan negara kita. Malaysia memanfaatkan slogan Malaysian Truly Asian untuk
menarik pelancong dari seluruh pelusuk dunia, rasionalnya tidak lain dan tidak bukan adalah
bertolak dari teras kebudayaan majmuk tadi. Sekiranya penampilan kebudayaan majmuk
itulah menjadi hasrat kita, kerajaan harus memelihara tradisi dan warisan kebudayaan
pelbagai kaum dan membiayai pembangunan budaya pelbagai kaum yang aktif dan boleh
diperkembangkan secara berterusan. Bahawa peningkatan kualiti seluruh warga dan
pembangunan kemanusiaan adalah langkah yang tidak harus diketepikan untuk mencapai
masyarakat yang berhemah dan berbudi pekerti.
Justeru, di bawah agenda pembangunan Rancangan Malaysia Ke-10, sumber kebudayaan
pelbagai kaum yang kaya dan unik harus digali/dikorek dan diperkembangkan
semaksimumnya, di samping merancakkan lagi industri pelancongan agar negara kita boleh
muncul sebagai pusat kebudayaan dan kesenian yang unggul di rantau ini.

43

Matlamat utama Rancangan Malaysia Ke-9 adalah memelihara kadar pertumbuhan ekonomi
dan daya saingan di peringkat antarabangsa sebagai langkah menghadapi arus globalisasi dan
terbuka. Kami bersetuju dan memuji matlamat besar yang termaktub dalam Rancangan
Malaysia Ke-9, terutamanya dengan usaha-usaha:
1. Mempertingkatkan kualiti seluruh warga dan pembangunan kemanusiaan;
2. Memperkembangkan sumber dan tenaga kerja serta mempelbagaikan produk sektor
pelancongan.
Di bawah Rancangan Malaysia Ke-10, selain melanjutkan matlamat dan aspirasi Rancangan
Malaysia Kesembilan, kami berharap kerajaan lebih prihatin terhadap keupayaan kebudayaan
dalam memajukan dan memperkembangkan aspek sosial dan ekonomi negara. Kami berharap
kerajaan memperuntukkan dana yang mencukupi untuk menggerakkan penyelidikan
kebudayaan pelbagai kaum serta aspek-aspek yang berkaitan, termasuk aktiviti pembudayaan,
pembangunan pusat kebudayaan, program interaksi budaya, pembangunan golongan cerdik
pandai dan berkeupayaan tinggi, pemeliharaan dan pemuliharaan lokasi/bangunan bersejarah,
pembangunan keagamaan, pembangunan perubatan tradisional dan sebagainya demi
memupuk persefahaman, integrasi dan perpaduan kaum. Di samping itu, sumber budaya
pelbagai kaum yang terpelihara baik wajar dikemukakan bersama kepada masyarakat
antarabangsa untuk meningkatkan daya tarikan kebudayaan kita demi pembangunan industri
pelancongan. Dengan demikian, negara kita bukan sahaja terus maju dari segi ekonomi,
malah turut meningkatkan daya saingan dari segi kebudayaan di peringkat antarabangsa.

B. Cadangan-cadangan
Justeru, kami mengesyorkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 agar kerajaan
memperuntukkan sekurang-kurangnya RM 355,000,000 (Tiga ratus lima puluh lima juta
ringgit) dan mendirikan beberapa yayasan bagi masyarakat Cina menggerakkan dan
mengembangkan program kebudayaan seperti yang tersenarai di bawah:

Bil

Nama
Yayasan/Peruntukan
Yayasan
Penyelidikan
Kebudayaan

Cadangan
Peruntukan

Tujuan

RM
RM25,000,000.00

44

(1)Membiayai ahli akademik dan


penyelidik pelbagai kaum mengkaji
teras kebudayaan dan pandangan
nilai kaum masing-masing untuk
mengenalpasti
keselarian
dan
kelainan di antara kaum. Ini dapat

mewujudkan
persefahaman dan
perhubungan yang lebih akrab di
antara kaum. Ia juga amat membantu
kerajaan dalam membentuk dasar
pembangunan kebudayaan pelbagai
kaum.
(2)Membiayai penerbitan kajian yang
berkaitan untuk kemudahan rujukan
dan pelaksanaan pihak pembuat dasar
negara.

Yayasan
Kebudayaan

Aktiviti

RM50,000,000.00

(1)Membiayai aktiviti budaya pelbagai


kaum, termasuk Pesta Kebudayaan
Cina Peringkat Kebangsaan dan
Peringkat Negeri yang dianjurkan
setiap tahun.
(2)Menyediakan lebih banyak peluang
kepada para seniman dan badan
kesenian
pelbagai kaum untuk
menggunakan dewan persembahan
kesenian sama ada di peringkat
negeri
maupun
di
peringkat
kebangsaan, di samping memberi
ruangan untuk publisiti dalam radio
dan televisyen secara percuma.
(3)Membiayai seniman dan badan
kesenian pelbagai kaum (termasuk
tarian naga dan tarian singa kaum
Cina) tatkala mereka mewakili
negara
ke
persembahan
atau
pertandingan di peringkat serantau
dan
antarabangsa.
Pembiayaan
seumpama ini nescaya boleh
mengharumkan nama negara di mata
dunia.

Pusat Kebudayaan

RM80,000,000.00

(1) Membiayai Pusat Adat Resam dan

Budaya ataupun badan bersepadu


seperti Pusat Anekarama Malaysia
untuk menampilkan kerencaman,
kemajmukan dan keunikan budaya
pelbagai etnik serta memperkenalkan
kejayaan proses integrasi kaum di
negara kita.
(2) Membiayai dan menyediakan sumber

45

tenaga untuk memelihara pusat


berkenaan agar ia sentiasa berfungsi
dengan baik dan lancar.

Yayasan
Budaya

Interaksi

RM25,000,000.00

(1)Membiayai usaha penterjemahan esei


dan karya sastera yang disiarkan
dalam akhbar dan terbitan tertentu
untuk memahami persepsi semua
kaum terhadap isu dan peristiwa
tertentu.
(2)Membiayai
program
pertukaran,
interaksi dan latihan pembangunan
budaya merentasi kaum. Umpamanya
memperkenalkan
dan
mengajar
kesenian (termasuk wushu, muzik,
lagu, tarian, puisi, permainan dan
sebagainya) dan adat pelbagai kaum
dengan pelbagai bahasa. Contohnya
persembahan lagu dan irama Melayu
dengan alat muzik tradisional Cina.
(3)Membiayai program interaksi budaya
antara remaja pelbagai kaum.
Contohnya kem budaya pelbagai
kaum, bengkel pemantapan budaya
tetangga, kem adat dan tatasusila
pelbagai kaum, sesi dialog bagi
membincangkan
nilai
bersama,
dialog agama dan tamadun, pameran,
kursus kebudayaan dan sebagainya.
(4)Membiayai guru pelbagai kaum
mengajar pelajar kesenian kaum
masing-masing. Misalnya menjemput
guru
pembimbing
tarian,
pembimbing pantun dan pembimbing
seni kaligrafi pelbagai kaum hadir di
sekolah untuk mengendalikan kelas
bimbingan di luar kurikulum. Ini
akan memberi kesempatan kepada
pelajar
untuk mengenali
dan
mempelajari
kebudayaan
dan
kesenian kaum lain.
(5)Menajakan penubuhan lebih banyak
media awam dan swasta, termasuk
mendirikan
stesen
penyiaran
Mandarin, dan menyiarkan pelbagai
rancangan yang dapat meningkatkan
kualiti dan pengetahuan budaya serta
interaksi antara budaya melalui

46

bahasa pelbagai kaum.


(6)Membiayai
Perpustakaan
Negara
maupun
Perpustakaan
Negeri
mengumpul
segala
terbitan
terjemahan dan sumber yang
memperkenalkan budaya pelbagai
kaum.

Yayasan
Penataran
Tunas Budaya dan Seni

RM25,000,000.00

(1)Membiayai anak muda pelbagai kaum


yang berbakat dalam budaya dan
seni, seperti bidang tarian, permainan
alat muzik, wushu, pertukangan
tangan, permainan dan lain-lain
sebagai sumber tenaga untuk
melaksanakan
aktiviti
interaksi
budaya.
Bakat
yang
terlatih
kemudian ditempatkan di sekolah
pelbagai aliran maupun pusat latihan
kegiatan remaja untuk tujuan latihan
dan pengembangan.
(2)Pembiayaan dan penganugerahan
remaja pelbagai kaum yang berbakat
dalam bidang kesenian (contohnya
seni lukis, muzik, tarian dan
sebagainya)
terus
melanjutkan
pengajian dan latihan dalam bidang
berkaitan, termasuk sekolah ternama
dan mepelajari daripada individu
yang terkenal di luar negera.

Peruntukan Kebudayaan
dan Warisan Tapak
/Lokasi Sejarah

RM80,000,000.00

(1)Membiayai projek mengenalpasti


warisan tapak, lokasi dan bangunan
bersejarah pelbagai kaum serta kerja
membaikpulih,
menjaga
dan
memulihara agar ia menjadi tapak
bagi mendidik anak-anak muda kita.
Warisan sejarah tersebut juga dapat
memupuk semangat patriotik di
kalangan anak-anak muda.
(2)Membiayai percetakan bahan dalam
bahasa
pelbagai
kaum untuk
mempromosi
kebudayaan
dan
warisan tapak dan lokasi bersejarah
untuk menarik para pelancong dan
merupakan satu usaha pembangunan
industri pelancongan.

47

Peruntukan
Keagamaan

Bidang

RM50,000,000.00

(1)Menerapkan gagasan pendidikan moral


agama masing-masing ke dalam
kurikulum sekolah masing-masing
untuk memjernihkan jiwa manusia
dan seterusnya membawa ke jalan
yang benar agar masalah sosial dapat
dikurangkan.
(2)Memberi peruntukan untuk mendirikan
pusat pembangunan pelbagai agama
agar melahirkan lebih ramai individu
yang
berkhidmat
untuk
pembangunan jiwa. Ini dapat
membantu mewujudkan masyarakat
yang lebih harmoni.
(3)Memberikan
peruntukan
untuk
pembinaan dan penyelenggaraan
rumah-rumah ibadat pelbagai agama
demi
pemeliharaan
hak
pengembangan pelbagai agama.
(4)Menyediakan
peruntukan
bagi
penulisan
makalah
yang
memperkenalkan
gagasan
dan
konsep asas pelbagai agama,
kemudian diterjemah dan diterbitkan
demi persefahaman dan saling
hormat-menghormati.
(5)Kerajaan harus meminda Perkara
121(1A)
dalam
Perlembagaan
Persekutuan bagi menyelesaikan
dengan
menyeluruh
masalah
berkenaan bidang kuasa di antara
Mahkamah Sivil dan Mahkamah
Syariah.
(6)Kerajaan harus meminda Perkara 12(4)
dalam Perlembangan Persekutuan
bagi
menyelesaikan
masalah
mengenai
keputusan
untuk
menentukan keagamaan anak yang di
bawah 18 tahun. Ia mesti ditentukan
bersama oleh kedua-dua ibubapa.
Sekarang, ia hanya ditentukan oleh
bapa sahaja.

Peruntukan
Tradisional

Perubatan

RM20,000,000.00

48

(1)Menyediakan
peruntukan
kepada
individu yang terlibat dalam program

latihan dan penyelidikan perubatan


tradisional pelbagai kaum.
(2)Menyediakan
peruntukan
untuk
mendirikan sistem penilaian dan
pemantauan perubatan tradisional
serta
perubatan
sampingan.
Pengakuan rasmi kepada pengamal
perubatan tradisional harus juga
diberikan.
(3)Menyediakan
peruntukan
untuk
mempromosi perubatan tradisional
serta kos pembikinannya.

Jumlah

RM355,000,000.00

Selain itu, mengenai isu budaya negara, kami mencadangkan bahawa:

1. Merangka Dasar Budaya Negara


Dasar Budaya Negara yang dirangka di Mesyurat Budaya Negara pada tahun 1971 dan
dilaksanakan setakat ini oleh kerajaan mempunyai kesan yang tidak baik kepada kebebasan
dan kesamarataan budaya. Kami berpendapat bahawa kerajaan mesti menyemak semula
Dasar ini:

Cadangan-cadangan:
(1) Dasar Budaya Negara 1971 mesti disemak semula dengan menyeluruh, ia mesti
diganti dengan dasar baru yang bersesuaian dengan keadaan pelbagai budaya yang
terbuka dan bebas di negara kita;
(2) Dasar budaya harus mematuhi dan sejajar dengan semangat Perlembagaan
Persekutuan dan Rukun Negara dan ia harus mematuhi piawai dunia pula, seperti
pengumuman yang dibuat oleh mesyurat dunia mengenai polisi budaya. Mesyurat ini
dianjurkan oleh Persekutuan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1982 dan ia dihadiri
oleh 126 buah Negara; dan
(3) Dasar budaya kita harus menjaga, memupuk dan memperkayakan matlamat konsep
pelbagai budaya dan warisan. Semua kebebasan dan maruah budaya mesti diiktiraf
dan dijaminkan oleh mekanisme kerajaan, seperti setiap kaum dan persatuan budaya
49

mempertahankan hak budaya sendiri. Maka polisi dan implementasi budaya Malaysia
harus meliputi prinsip-prinsip berikut:
a. kebebasan budaya;
b. kesamarataan budaya;
c. demokratik budaya; dan
d. kepelbagaian budaya.

2. Menggalakkan interaksi dan penyebaran budaya dan mengurangkan penyekatan


Budaya harus diizinkan berkembang

mengikut rentaknya sendiri. Dalam proses

perkembangan, budaya akan mengubah mengikut masa yang sesuai dengan keadaan pada
masa itu. Pengubahan ini harus dilakukan melalui penyebaran budaya, pengaruh, dan ciri dari
budaya lain harus deserapkan ke budaya kita. Melalui proses ini, budaya kita akan
diperkayakan.
Di Malaysia, terdapat unsur budaya misalnya makanan, yang menjadi lebih kaya melalui
proses pengacuan. Maka boleh kita namakannya sebagai budaya Malaysia. Ini menunjukkan
komuniti boleh, melalui proses penyerapan secara bebas, menerapkan intipati budaya dari
setiap kaum. Proses penyerapan ini boleh bebas dilakukan tanpa ganguan dari mana-mana
pihak.

3. Memupuk kesamarataan budaya


Kesamarataan budaya adalah prasyarat supaya sesuatu budaya dari setiap kaum boleh
dikembangkan dalam masyarakat majmuk. Demi menubuhkan satu masyarakat yang adil,
saksama dan bersatupadu, kerajaan harus memastikan semua budaya dilayan dengan adil.
Sebarang kaum tidak boleh, sama ada melalui penggubalan undang-undang kuasa
pentadbiran, memaksa kaum lain mengikut kehendak budaya kaum tertentu.

Cadangan-cadangan:
(1) Aktiviti persatuan budaya setiap kaum harus dilayan dengan saksama oleh kerajaan.
Dalam aktiviti budaya yang dianjurkan oleh kerajaan, setiap budaya dan pekerja
budaya dari semua kaum harus memiliki peluang dan bantuan sumber yang sama bagi
aktiviti-aktiviti seperti berlakon, mengadakan pameran, mengadakan anugerah seni,
berlakon di luar negara dan sebagainya;
50

(2) TV yang dimiliki oleh kerajaan dan swasta harus menyediakan masa yang cukup bagi
setiap kaum memaparkan budaya mereka, ini bukan hanya untuk menjaminkan
kepelbagaian budaya, tetapi boleh memupuk interaksi budaya pula;
(3) Mengiktiraf sumbangan setiap kaum dalam usaha penubuhan negara dengan adil;
(4) Sebarang nama bagi bangunan, tempat awam, jalan serta rekabentuk bangunan awam
harus menunjukkkan prinsip kesamarataan budaya; dan
(5) Dalam perancangan bandar dan desa, setiap kaum mesti mempunyai tanah dan ruang
yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti agama dan budaya masing-masing.

4. Menerima kepelbagaian budaya sebagai asas dasar negara


Oleh kerana lebih mengetahui kekurangan atau kegagalan mengenai penaklukan budaya oleh
satu kaum ke atas kaum lain, banyak negara yang mempunyai berbilang kaum telah memeluk
kepelbagaian budaya bagi menyatupadukan negara mereka. Di Malaysia, disebabkan oleh ciri
kepelbagaian kaumnya, kita patut menerima kepelbagaian budaya sebagai asas polisi negara,
sebab ia boleh menggalakkan semua rakyat mengiktiraf keadaan kepelbagaian masyarakat
kita dan boleh mengeratkan harmoni masyarakat juga.

Cadangan-cadangan:
(1) Kerajaan harus melayan semua budaya dengan adil terlebih dahulu. Aktiviti rasmi
harus mempersembahkan budaya setiap kaum;
(2) Kerajaan dan sektor perniagaan harus membantu setiap budaya dari berbilang kaum
dalam penyelidikan dan penjagaan dan menggalakkan penulis, ahli seni, pelakon dan
sebagainya memaparkan kepelbagaian budaya dalam karya mereka;
(3) Kepelbagaian budaya harus ditunjukkan di tempat awam seperti muzium, galeri, tugu,
jalan, pusat budaya dan sebagainya;
(4) Kerajaan harus mempelawa organisasi bukan kerajaan dan cerdikiawan serta pakar
bersama-sama melaksanakan kerja penjagaan warisan budaya. Kerja ini harus fokus
kepada sejarah, humaniti, nilai budaya dan bukan hanya tertumpu kepada perniagaan
dan pelancongan sahaja; dan
(5) Sektor perniagaan harus melantik pekerja dari berbilang kaum dan menggalakkan
mereka mempelajari budaya dan tradisi masing-masing.

51

5. Membuat kajian berkaitan dengan peranan agama dalam pembangunan Malaysia


Kepada ramai rakyat Malaysia, identiti agama dan kaum lebih penting dari identiti
kerakyatan dan negara. Untuk memastikan Malaysia tidak mengundur menjadi prejudis
terhadap kedegilan dalam amalan agama, kerajaan mesti mengambil langkah yang tegas lagi
pantas bagi menyelesaikan masalah ledakan yang mungkin terletus disebabkan oleh
pengasingan budaya sosial dan agama. Seperti apa yang diiktiraf dalam Perlembagaan
Persekutuan, di samping mengiktiraf agama Islam mempunyai tempat istimewa dan agama
lain mempunyai kebebasan asas pula, Malaysia mesti terus menjadi sebuah negara yang
bebas dan demokratik. Jika negara kita hendak menikmati kestabilan budaya, usaha untuk
mempertahankan prinsip yang seimbang adalah faktor yang penting.

Cadangan-cadangan:
(1) Melakukan penyelidikan ilmiah bersungguh-sungguh bagi membuat kajian mengenai
pembangunan sistem birokrasi agama, pengaruhnya terhadap masyarakat terutamanya
penyatupaduan dan perpaduan rakyat, dan pertaliannya dengan mekanisme kuasa
negara kita supaya rakyat betul-betul mengetahui proses Islamisation dan
perhubungan di antara politik agama dengan ekonomi politik;
(2) Perlu memberi peruntukan bagi membuat penyelidikan ilmiah yang berjangka
panjang supaya boleh mengetahui proses Islamisation yang dipandu oleh kerajaan
dari segi kebendaan dan mekanisme negara dan memupuk proses Islamisation yang
lebih bebas serta demokratik;
(3) Mereka yang mempercayai organisasi sivil perlu melaksanakan kerja pendidikan
politik, tidak hanya ditujukan kepada orang ramai, tetapi kepada pemimpin parti juga
supaya setiap rakyat boleh memahami risiko berkaitan dengan persaingan antara
agama; dan
(4) Perlu menyerap pengalaman berkaitan dengan cara negara lain menghadkan politik
berpuak-puak supaya kita boleh memakai amalan baik dari sedunia, serantau sebagai
rujukan kita.

6. Memupuk toleransi agama dan persefahaman di sekolah dan akar umbi


Toleransi agama dan persefahaman boleh dimulakan di sekolah dan akar umbi. Melalui
penonjolan persamaan antara kepercayaan agama yang berlainan, menghadapi cabaran
52

berkenaan dengan masalah sama secara realistik, rakyat Malaysia terutamanya golongan
muda akan menghargai wujudnya keadaan pelbagai agama di negara kita.

Cadangan-cadangan:
(1) Menubuhkan Jawatankuasa Pendidikan Kepelbagaian Kepercayaan, merangka kursus
akhlak dan moral yang sama, membiarkan kursus agama individu diajar dalam
pendidikan keluarga atau pendidikan swasta;
(2) Sekolah agama swasta hendaklah digalakkan melaksanakan cara pendidikan yang
menekankan toleransi dan hormat-menghormati, serta dilarang memakai cara
pendidikan agama fundamentalisme atau ajaran dogmatik untuk memupuk
pengiktirafan pengujudan pelbagai agama;
(3) Universiti harus menyediakan peluang pembelajaran kursus perbandingan agama
bagi mendalami pengetahuan agama yang berlainan;
(4) Persatuan agama harus menganjurkan aktiviti bersama supaya penyatupaduan
masyarakat boleh diperkasakan, mempertahankan keadilan masyarakat dan
mengendalikan masalah ekonomi masyarakat, seperti menghapuskan kemiskinan,
membantu keluarga yang kehilangan ibu atau bapa, reformasi sosial dan sebagainya.
Memupuk semangat kesamarataan dan kepelbagaian budaya di peringkat akar umbi.
Kerajaan harus menggalakkan amalan ini dengan memberi insentif cukai; dan
(5) Menggalakkan pemuda-pemudi yang beragama yang berbeza mengambil bahagian
dalam aktiviti budaya masyarakat dengan merentas kepercayaan, mengambil bahagian
dalam aktiviti anti-dadah, mengelakkan diri dari penyakit aids, mempertahankan hak
asasi dan golongan malang, penegakan keadilan masyarakat dan kerja-kerja lain bagi
mengetahui dengan lebih mendalam mengenai ciri kepelbagaian masyarakat Malaysia.

7. Merangka budaya negara secara terbuka


Interpretasi sempit mengenai budaya negara menghadkan pembangunan budaya dan seni kita.
Bahawa terlalu menekankan orang Melayu dan budaya Islam merupakan asas penting budaya
negara hanya akan menguatkan perbezaan kaum dan agama, serta menghadkan ruangan
aktiviti pekerja budaya dan ahli seni dari kaum minoriti.

Cadangan-cadangan:

53

(1) Budaya Melayu dan budaya Islam tidak harus menjadi alasan aktiviti budaya lain
dipinggirkan;
(2) Skop Budaya Negara harus ditetapkan oleh ahli bidang seni dengan perbincangan
secara terus-menerus dan terbuka;
(3) Menghapuskan hubungan sulit di antara pembangunan seni dan kuasa politik;
(4) Budaya Negara harus dibentuk melalui proses semulajadi dan secara beransur-ansur;
dan
(5) Pembangunan seni tidak harus terhad berkhidmat untuk pembangunan ekonomi dan
pelancongan sahaja.

54

EKONOMI

A. Pendahuluan
Pencapaian ekonomi Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan adalah stabil, jika
tidak berlakunya krisis ekonomi dunia dan masalah H1N1, pencapaian ekonomi kita akan
lebih baik. Mengenai bidang politik, walaupun negara kita sudah mengalami pertukaran
perdana menteri, tetapi dasar utama kerajaan tidak berubah, semuanya berjalan dengan lancar
dan stabil.
Walau bagaimanapun, kami berpendapat bahawa masih terdapat beberapa perkara mengenai
bidang ekonomi di mana kerajaan perlu memberi perhatiannya. Kami mencadangkan supaya
kerajaan mengambil cadangan-cadangan berikut di bawah RMK-10 untuk meningkatkan
pertumbuhan ekonomi kita.

B. Cadangan-cadangan

1. Meningkatkan daya saingan negara


Selepas ekonomi dunia memasuki era abad ke-21, terdapat banyak perubahan yang
drastik. Bagi Malaysia, ia bukan hanya perlu menyahut cabaran AFTA, pada masa yang
sama, ia pula perlu menghadapi cabaran WTO. Di samping itu, pada era yang baru,
banyak negara yang sedang bangkit seperti China, India dan Vietnam, menyebabkan
pembangunan ekonomi negara kita menghadapi cabaran yang tidak pernah dialami pada
masa dahulu.
Oleh yang demikian, untuk menghadapi keadaan dan cabaran yang baru itu, kami perlu
memakai strategi pembangunan ekonomi yang berbeza dari masa dahulu.
Selepas peristiwa 13, Mei, 1969, kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru, kemudian
diikuti oleh Dasar Pembangunan Negara. Kedua-dua dasar ini memang sudah mencapai
matlamat yang ditetapkan, iaitu membasmikan kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat kita.
Pada era yang baru, negara kita menghadapi cabaran yang lebih serius, maka perubahan
yang lebih drastik, termasuk perubahan minda adalah sangat penting. Cabaran masa kini
langsung tanpa mengira sempadan, warna dan agama dan ia adalah satu saingan yang adil
dan saksama. Cabaran ini datang dari pelbagai pihak dan ia adalah satu saingan yang
55

tiada apa-apa belas kasihan dan perlindungan. Di bawah keadaan ini, hanya yang terbaik
akan hidup.
Kami berpendapat bahawa dalam keadaan begini, negara kita perlu memastikan semua
pelan pembangunan mestilah adil dan saksama, setiap rakyat mesti diberi peluang yang
sama di bidang pendidikan untuk melatih generasi muda yang berfikiran sempurna. Setiap
rakyat mesti diberi peluang yang sama di bidang pekerjaan berdasarkan kepada amalan
meritokrasi. Pada masa yang sama, setiap rakyat mesti diberi kebajikan yang sama,
benar-benar berdasarkan kepada amalan tanpa mengira kaum dengan adil dan saksama
untuk mengujudkan sebuah negara yang bersatupadu.
Di samping itu, kami berpendapat bahawa kerajaan harus merangka model pembangunan
ekonomi baru bagi menggantikan dasar sediaada yang berdasarkan kepada petroleum dan
industri pembuatan sebagai lokomotif (kepala keretapi) untuk pembangunan ekonomi
negara. Kerajaan harus meningkatkan jumlah pelaburan dalam penyelidikan dan
pembangunan bagi meningkatkan kemampuan kreativiti negara kita di arena antarabangsa.
Pada masa yang sama, kami berpendapat bahawa kerajaan harus melonggarkan lagi syarat
bursa saham bagi menarik lebih banyak syarikat asing disenaraikan di bursa saham kita.
Kerajaan harus melonggarkan lagi syarat imigrasi untuk mengizinkan lebih ramai
profesional asing bekerja di negara kita supaya lebih banyak pelaburan asing akan ditarik
untuk berlabur di Malaysia. Dengan ini, kami baru boleh menghadapi cabaran yang akan
datang ini.

2. Membina semula sektor pembuatan


Sektor pembuatan memainkan peranan yang amat penting dalam struktur ekonomi negara
kita. Mengenai sumbangan kepada KDNK, sektor pembuatan berkadar 28% (2009), ia
merupakan sektor yang kedua terpenting selepas sektor perkhidmatan, ia dijangka
mencapai kadar 27% pada tahun 2010. Mengenai eksport, produk sektor pembuatan
berada dalam tempat yang terpenting sekali. Tetapi, sektor pembuatan kita sentiasa terlalu
bergantung kepada produk-produk elektronik dan elektrikal serta jentera-jentera, ketigatiga produk ini mengandungi 60% (2009) dari Produk Kasar Sektor Pembuatan dan pula
mengandungi lebih kurang 45% dari jumlah eksport kita.
Usaha ekonomi negara terlalu bergantung kepada dua atau tiga produk itu adalah tidak
sihat, ia harus diubah. Walaupun kerajaan cuba sedaya upaya untuk mempelbagaikan
produk pembuantan kita, tetapi keadaannya masih tidak banyak berubah.

56

Oleh yang demikian, kami mencadangkan supaya kerajaan di bawah RMK-10 harus giat
menggalakkan pembangunan industri berasaskan sumber strategik kita, seperti industri
berasaskan getah, industri berasaskan kayu, industri berasaskan minyak kelapa sawit,
industri berasaskan cocoa, industri makanan berasaskan tanaman pertanian, industri
berasaskan petroleum serta kimia dan sebagainya.
Di samping itu, kerajaan perlu mengetahui pertalian saling bantu-membantu di antara
sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan. Pada hakikatnya pembangunan pesat dalam
sektor perkhidmatan akan mempertingkatkan daya saingan sektor pembuatan. Kerajaan
perlu mengambil tindakan yang sesuai untuk menguatkan lagi pertalian itu, terutamanya
harus menggunakan perkhidmatan berasaskan pengetahuan (seperti teknologi infomasi
dan komunikasi) di dalam sektor pembuatan.
Kerajaan harus menggalakkan sektor pembuatan kita memperolehi pengetahuan teknologi
yang diperlukan dari pasaran antarabangsa, untuk meningkatkan sektor pembuatan kita.
Amalan ini bukan sahaja boleh membantu asas pengetahuan teknologi kita yang agak
ketinggalan masa, tetapi pula boleh menyesuaikan pengetahuan teknologi dan pasaran
antarabangsa yang sering berubah itu. Pada masa yang sama, ia boleh mempercepatkan
pembangunan sektor pembuatan dan daya inovasinya, sesuai dengan permintaan pasaran.
Kerajaan harus giat menarik industri teknologi tinggi ke Malaysia, dan melalui saluran
menarik pelabur asing, terutamanya bekerjasama dengan syarikat antarabangsa yang kaya
dengan modal dan kemampuan teknologi, memperkembangkan teknologi sendiri dan
industri berasaskan intensif modal (capital intensive) kita. Pada era di mana
pembangunan teknologi berkembang dengan pesat, terutamanya di bidang seperti
telekomunikasi, komputer, produk biotek, alat canggih, Malaysia perlu bekerjasama
dengan syarikat antarabangsa yang mempunyai kapital serta teknologi, menjadikan
Malaysia sebagai tempat pembuatan luar negera mereka dan menjadi suatu komponen
dalam seluruh proses pembuatan antarabangsa syarikat antarabangsa tersebut di samping
menjadi sebahagian dari seluruh pasaran antarabangsa. Melalui cara ini apabila faedah
ekonomi mereka bersangkutan dengan faedah syarikat kerjasama Malaysia, maka mereka
baru mempunyai obligasi membekal teknologi baru dan pengurusan moden yang
berterusan kepada kita. Kemudian industri berasaskan teknologi moden Malaysia barulah
boleh menandingi teknologi canggih dunia. Melalui proses ini, Malaysia boleh
membangunkan teknologi dan pengurusan profesional kita sendiri serta menubuhkan dan
mengembangkan industri berasaskan teknologi kita.
Akhir sekali, kerajaan harus menggalakkan sektor pembuatan Malaysia mencari rakan
kerjasama di seluruh dunia, menubuhkan satu kelompok antarabangsa untuk

57

menggunakan teknologi, teknik dan pengetahuan yang mempunyai kelebihan di tempat


asalnya.
Konsep kelompok antarabangsa ini mesti melepasi perhubungan ekuiti, termasuk
perjanjian kontrak dan tidak semestinya bekerjasama melalui syer ekuiti sahaja.

3. Membina semula sektor pertanian


Setiap tahun, negara kita mengimport makanan dari luar negara yang berjumlah lebih
RM100 juta. Selepas krisis kewangan pada tahun 1997, kerajaan mula giat
membangunkan bidang pertanian dengan memberi pelbagai insentif dan keistimewaan,
tetapi kesannya tidak berapa ketara. Sebab utama adalah kerana negara kita tidak
mempunyai sesuatu sistem penjualan produk pertanian yang sempurna. Oleh yang
demikian, harga produk pertanian selalu berada dalam keadaan yang tidak stabil. Sebab
kedua adalah kerana negara kita tidak mempunyai kemudahan bantuan asas yang
sempurna, termasuk masalah sistem pengangkutan, sistem pasaran dan pertubuhan
promosi dan kesukaran untuk mendapat tenaga kerja.
Pada masa kini, produk pertanian segar negara kita mencapai kadar 70% (berbanding
dengan Negeri Thai, kadarnya adalah 30%) yang langsung tidak diproses semasa sampai
ke pasaran pengguna, perkara ini tidak hanya menyebabkan kerosakan produk pertanian
segar hingga sebanyak 30% semasa pengangkutan, ia pula mengakibatkan kos
pengangkutannya tinggi, kualitinya tidak boleh dijamin dan lebih penting lagi adalah
tidak boleh meningkatkan nilai tambahan kepada golongan petani, ini menyebabkan
golongan petani sentiasa mendapat keuntungan yang rendah..
Pertubuhan perniagaan dan industri Cina selalu menyeru kerajaan mengubah polisi tanah
pertanian supaya golongan petani mendapat tanah yang diperlukan oleh mereka, tetapi
sampai masa sekarang, golongan petani masih menghadapi masalah kekurangan tanah
dan lebih teruk lagi, ada tanah yang sedang ditanam pula menghadapi risiko tanah itu
akan diambil balik oleh kerajaan.
Mengikut laporan Persatuan Petani-Petani Sayur Semenanjung Malaysia pada tahun 2000,
petani-petani yang memiliki tanah kepunyaan sendiri hanya berkadar 11.86%, petanipetani yang memiliki tanah berlesen sementara hanya berkadar 18.64%, petani-petani
yang menyewa tanah adalah berkadar 31.75% dan petani-petani yang memiliki tanah
yang haram adalah berkadar 31.75%. Perangkaan menunjukkan bahawa jumlah petani
seluruh negara tidak sampai 10% dari jumlah penduduk Malaysia, 65% dari jumlah petani
yang memiliki tanah yang luasnya kurang dari satu hektar. Angka-angka tersebut
menunjukkan golongan petani menghadapi masalah kekurangan tanah yang amat serius.
58

Kami berpendapat bahawa jika kerajaan ingin membangunkan sektor pertanian, petani
mesti mempunyai tanah, kemudahan bantuan asas yang sempurna, sistem pasaran dan
sumber manusia. Diharapkan pihak kerajaan dapat menyelesaikan masalah tersebut di
bawah RMK-10.
Di samping itu, kami mencadangkan supaya kerajaan membangunkan bidang biotek
dengan sesungguh-sungguhnya, sebab negara kita mempunyai banyak sumber asli dan
tanaman. Mengikut laporan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, negara kita
mempunyai 16 ribu jenis tanaman dan 150.5 ratus ribu jenis binatang. Jika kerajaan boleh
menggunakan sumber pertanian itu dengan baik dan merealisasikan semua potensinya,
maka usaha kerajaan untuk membina semula bidang pertanian kita pasti berjaya dan pada
masa yang sama, bidang pertanian akan menjadi jentera pertumbuhan negara kita selepas
bidang perkhidmatan dan bidang pembuatan.

Cadangan-cadangan:
(1) Kerajaan negeri harus membuka tanah pertanian kepada semua kaum supaya
petani sebenarnya diberikan tanah bercucuk tanam;
(2) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani harus mengikut cara pengurusan
tanah yang dipraktikkan oleh FELDA, di bawah pimpinan kerajaan pusat dan
dikelola oleh kerajaan negeri, mengagihkan tanah tanam kepada semua kaum
dengan adil dan munasabah;
(3) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani harus menyelaras dengan MITI
dan membantu petani memohon peruntukan untuk menyertai expo antarabangsa
dan rombongan lawatan luar negara dan sebagainya;
(4) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani harus mengambil alih penyelidikan
teknologi pertanian dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi kerana
Kementerian Pertaniuan dan Industri Asas Tani lebih faham tentang keperluan
pasaran pertanian dan boleh memenuhi keperluan petani;
(5) Kerajaan harus merangka satu pelan yang berjangka panjang bagi meningkatkan
prestasi minyak kelapa sawit dan getah, kuat seperti sediakala;
(6) Melaksanakan pembangunan polisi pertanian yang baru dan berterusan, model
pembangunan pertanian baru harus menimbangkan perubahan iklim yang
sediaada, penurunan kualiti alam sekitar, penerokaan sumber terutamanya tanah
59

dan sumber air serta faktor keselamatan makanan, faktor keselamatan sedunia dan
sebagainya;
(7) Membantu petani bersedia menghadapi teknologi moden dan keperluan yang
lebih tinggi bagi kualiti produk samada dalam atau luar negara. Petani dan
pedagang harus memperolehi pengetahuan mengenai cara operasi pembangunan
pertanian yang berterusan;
(8) Menyediakan pengetahuan, teknologi dan kemahiran pengusaha kepada petani
dan membolehkan mereka menggunakan teknologi bagi meningkatkan
produktiviti dan pembangunan yang berterusan;
(9) Meningkatkan cara penjualan pasaran, memudahkan prosedur dan meningkatkan
kemudahan asas bagi menambahbaik sistem pengangkutan;
(10) FAMA mesti melaksanakan program reformasi untuk meningkatkan efisensi dan
menyediakan perkhidmatan baik kepada petani;
(11) Mengurangkan

risiko

industri

pertanian,

membantu

petani

menguasai

pengetahuan dan strategi untuk menangani cabaran iklim dan risiko pasaran; dan
(12) Menggalakkan petani membeli ansuran produk pertanian, menjalankan
kepelbagaian cucuk tanam untuk mengurangkan risiko kerugian yang disebabkan
oleh malapetaka dan menjaga mereka dari impak turun atau naik pasaran.

4. Membina semula sektor perkhidmatan


Sektor perkhidmatan merupakan bidang yang terpenting sekali dalam struktur ekonomi
negara kita, ia mengandungi 58% (2009) dari jumlah KDNK. Memandangkan kadar
sektor perkhidmatan bagi negara kaya mencapai 70%, sektor perkhidmatan kita masih
mempunyai banyak ruang untuk pembangunan.
Kami berpendapat bahawa bidang di bawah sektor perkhidmatan yang harus dibangunkan
adalah berkenaan dengan bidang teknologi informasi dan komunikasi serta bidang
pelancongan.
Untuk menghadapi saingan yang akan datang, negara kita telah membangunkan
multimedia super corridor pada masa dulu. Rancangan ini telah membawa banyak
faedah kepada negara kita, terutamanya di dalam bidang pengkajian dan pembangunan,
pencapaiannya memang di luar dugaan. Pembangunan bidang teknologi informasi dan
komunikasi adalah luas tiada had, kami berharap pihak kerajaan meneruskan
pembangunan bidang itu dengan lebih giat lagi.
60

Di samping itu, bidang pelancongan merupakan bidang yang penting dalam sektor
perkhidmatan, bidang ini telah banyak menguntungkan Malaysia dan ia merupakan satu
saluran pendapatan yang penting di negara kita.
Untuk membangunkan bidang pelancongan, selain dari menarik pelancong-pelancong
dari sumber asalnya, ia pula perlu membangunkan pasarannya di China dan India, keduadua negara yang sedang bangkit itu mempunyai pertalian yang kuat dengan kita. Negara
mereka pula mempunyai ramai penduduk, potensi mereka memang tidak boleh diukur. Di
samping itu, negara-negara Asia Barat pula boleh merupakan satu sumber pelancong kita
yang penting. Oleh yang demikian, kerajaan perlu membangunkan pasaran pelancongan
negara tersebut.
Di samping membangunkan pasaran antarabangsa, kerajaan perlu memberi perhatiannya
kepada pembangunan tempat pelancongan dalam negeri. Pada masa kini, kerajaan sudah
menubuhkan satu Yayasan Infrastruktur Pelancongan untuk membantu sektor
pelancongan, di bawah Yayasan ini, kerajaan telah memperuntukkan RM400 juta sebagai
Yayasan Pelancongan Khas bagi membantu sektor pelancongan membiayai kos
pembinaan kemudahan pelancongan kecil. Tetapi, Yayasan ini menetapkan bahawa ekuiti
syarikat pelancongan mesti mempunyai 60% syer bumiputra. Kami mencadangkan
kerajaan memansuhkan syarat ini supaya semua syarikat pelancongan boleh memohon
kepada Yayasan ini untuk mempercepatkan pembangunan sektor pelancongan.

Cadangan-cadangan:
(1) Kementerian Pelangcongan harus merangka pelan pembangunan pelancongan
berjangka panjang bagi meliputi usaha penerokaan, pembukaan, penelenggaraan,
penambahan, penjualan tempat pelancongan dan sebagainya untuk menjadikan
Malaysia tempat pelancongan kelas pertama di peringkat antarabangsa;
(2) Kerajaan harus menggunakan, secara bersungguh-sungguh, sumber asli yang kaya,
kepelbagaian budaya serta adat resam yang kaya dalam negara kita untuk menarik
lebih ramai pelancong asing melawati Malaysia;
(3) Kerajaan harus menubuhkan radio pelancongan bagi menarik lebih ramai pelancong
asing melawati negara kita; dan
(4) Kerajaan harus merangka satu pelan berjangka panjang dan membolehkan kabinet
menubuhkan satu jawatankuasa merangkumi Kementerian Pelancongan, Kementerian
Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta Kementerian Pengangkutan untuk
61

merangka pelan pembangunan industri pelancongan, memperkasakan perkhidmatan


bantuan untuk menjayakan industri pelancongan budaya.

Di samping itu, kami berpendapat bahawa pelancongan perawatan adalah satu lagi bidang
perkhidmatan yang penting dan perlu di beri perhatian yang sewajarnya.
Oleh yang demikian, kami mencadangkan supaya kerajaan memakai strategi-strategi
berikut bagi meningkatkan bidang pelancongan perawatan negara kita:
(1) Membekal perkhidmatan perawatan yang berkualiti tinggi;
(2) Meningkatkan kuantiti dan kualiti professional dalam sektor perkhidmatan
perawatan;
(3) Mengadakan aktiviti-aktiviti pasaran yang diselaraskan dan bersepadu di luar
negera bagi mempromosikan sektor perkhidmatan perawatan kita;
(4) Memberi bantuan cukai bagi membangunkan sektor perkhidmatan perawatan kita;
dan
(5) Sektor perkhidmatan perawatan mesti diliberasasikan dan segala aktiviti iklan
mesti diselaraskan, sebab maklumat yang cukup akan memudahkan usaha
mempromosikan sektor perkhidmatan perawatan kita.
Untuk membina semula sektor perkhidmatan, kami mencadangkan di bawah RMK-10,
polisi dan strategi yang dipakai oleh kerajaan mesti memberi perhatiannya kepada
perkara-perkara berikut:
(1) Menguatkan kapasiti dan kemampuan sektor perkhidmatan dalam negeri dan
meningkatkan sektor perkhidmatan niche yang mempunyai kelebihan saingan;
(2) Melabur dalam sektor perkhidmatan yang berpotensi pertumbuhan, mengambil
bahagian dalam aktiviti yang mempunyai nilai tambahan dan membangunkan
ekonomi yang berasaskan pengetahuan;
(3) Mengambil peluang dengan sepenuhnya disediakan oleh WTO yang mewajibkan
setiap ahlinya meliberasikan pasaran mereka, bergiat dalam sektor perkhidmatan
yang telah terpilih diliberasasikan di negara kita dan luar negara; dan
(4) Sementara menggalakkan sektor swasta giat mengambil bahagian dalam sektor
perkhidmatan yang berpotensi pertumbuhan, meningkatkan produktivitinya dan
keberkesannya. Pelabur asing akan terus digalakkan melabur dalam sektor yang
berpengtahuan tinggi dan berteknologi tinggi.
62

5. Membantu syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME)


Dalam proses pembangunan ekonomi kita, syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME)
memainkan peranan yang amat penting, mereka adalah penyokong kuat syarikat besar
dari segi membekal pelbagai komponen, alat ganti dan perkhidmatan.
Di antara syarikat-syarikat yang berdaftar di Malaysia, terdapat sejumlah lebih 600 ratus
ribu buah SME. Syarikat-syarikat ini bukan hanya mempunyai tempat yang penting di
dalam ekonomi kita, tetapi juga menyediakan banyak peluang pekerjaan dan
kesluruhannya merupakan salah satu majikan-majikan yang terbesar sekali. Sumbangan
SME ke atas KDNK telah meningkat ke 32%. Sumbangan eksport dari SME pula
meningkat ke 19%. Sumbangan SME dalam sektor pembuatan ke atas KDNK telah
meningkat dari 6% pada tahun 2001 ke 8.4% pada tahun 2005.
Walaupun kerajaan giat menggalakkan pembangunan SME serta memberi pelbagai
keistimewaan dan bantuan cukai, namun syarikat-syarikat ini masih menghadapi banyak
masalah, masalah terbesar sekali adalah mengenai kewangan.
Kami mencadangkan supaya kerajaan mengamalkan strategi-strategi berikut di bawah
RMK-10 untuk membantu SME:
(1) Kerajaan harus giat memimpin, merancang dan menyeleraskan pembangunan SME.
Kerajaan harus membantu SME untuk meningkatkan keberkesanan dan daya saingan
mereka supaya mereka boleh mengeluarkan produk-produk yang berkualiti dan
memberi perkhidmatan yang bermutu;
(2) Kerajaan harus giat menyediakan lebih banyak bantuan teknikal dan kewangan
kepada SME untuk meningkatkan daya saingan mereka di pasaran dunia;
(3) Kerajaan harus merangka rancangan latihan pekerja yang sempurna bagi membantu
SME meningkatkan pengetahuan dan teknik pekerja mereka. Kerajaan harus
menyediakan kursus pengurusan moden dan latihan teknikal kepada pengurus SME
bagi meningkatkan pengetahuan dan teknik mereka;
(4) Kerajaan harus menyediakan bantuan teknikal dalam menjayakan tinjauan pasaran,
teknik pembangunan produk dan bantuan teknikal projek kebolehlaksanaan bagi
meningkatkan daya saingan kelebihan SME;
(5) Kerajaan harus giat membantu dan menggalakkan SME menubuhkan jenama sendiri
supaya mereka tidak akan disingkirkan oleh arus globalisasi ekonomi;
(6) Kerajaan harus menggalakkan dan membantu SME menjadi syarikat berasaskan
63

pengetahuan. Membantu SME mendaftarkan hak intelektual mereka. Sementara itu,


kerajaan harus menetapkan matlamatnya meningkatkan kadar pendaftaran hak
inteletual dari 3.0% pada tahun 2003 ke kadar 5% pada tahun 2015 dan seterusnya ke
7.0% pada tahun 2020.
(7) Kerajaan harus menyediakan bantuan promosi produk antarabangsa, rekabentuk dan
bantuan teknikal pembungkusan supaya SME boleh memasuki pasaran antarabangsa;
(8) Kerajaan harus membantu SME menggunakan perniagaan elektronik (e-business)
bagi meningkatkan perniagaan mereka. SME harus menggunapakai automasi separuh
prosedur operasi perniagaan, mereka harus meningkatkan kadarnya dari 75% pada
tahun 2003 ke 80% pada tahun 2015 dan seterusnya ke 85% pada tahun 2020.
(9) Kerajaan harus membantu SME yang tidak berupaya bersaing supaya mereka boleh
mengeluarkan produk lain yang mempunyai daya saingan atau membekal
perkhidmatan lain yang mempertunjukkan daya saingan berkelebihan itu;
(10) Kerajaan harus menggalakkan SME menubuhkan kilang mereka berdekatan dengan
kawasan strategik, seperti berdekatan dengan tempat asal sumber dan tempat yang
boleh dapat ramai pekerja;
(11) Kerajaan harus menggalakkan syarikat yang tidak mempunyai daya saingan
bercantum untuk mencapai faedah skala ekonomi;
(12) Kerajaan harus menggalakkan dan membantu SME bekerjasama dengan syarikat
antarabangsa dan kolej teknikal serta menubuhkan perhubungan rakan strategik bagi
menguatkan SME menjadi pembekal dunia yang berkemampuan;
(13) Kerajaan harus melonggarkan lagi syarat mengenai pelaburan asing bagi menarik
lebih banyak pelabur asing ke Malaysia untuk membantu pertumbuhan SME;
(14) Bank-bank harus melancarkan pakej kewangan istimewa untuk membantu syarikat
kecil yang kekurangan cagaran dan dokumen lengkap bagi memohon kewangan; dan
(15) SME info Portal adalah ditubukan bagi menyediakan informasi one-stop secara
online untuk faedah SME. Skop perkhidmatannya harus diluaskan dan
dipelbagaikan demi faedah SME.

6. Meningkatkan kualiti perkhidmatan perbankan


Meskipun pada era baru, liberalisasi dan saingan adil diutamakan, tetapi masih terdapat
suatu sektor yang unik di mana operasinya mesti dikawal dengan ketat. Industri
64

perbankan merupakan satu contoh yang umum. Kami meminta Bank Negara memantau
pembangunan semua bank kita dengan teliti supaya memberi perkhidmatan yang
berkualiti kepada pelanggannya.
Mengikut hasil tinjauan rambang yang dikendalikan bersama oleh Gabungan Pertubuhan
Cina Malaysia, Nanyang Siang Pau dan China Press pada tahun 2004, kebanyakan
responden menyuarakan ketidakpuasan terhadap kualiti perkhidmatan perbankan kita,
terutamanya berkenaan pelbagai yuran perkhidmatan yang dikenakan kepada pelanggan.
Tinjauan berkenaan juga menunjukkan kebanyakan responden tidak puas hati dengan
tingkah laku dan pengetahuan pekerja bank.
Untuk menyahut cabaran masa kini, kualiti perkhidmatan perbankan mesti
dipertingkatkan lagi. Kami mencadangkan supaya semua yuran perkhidmatan yang
dikenakan ke atas pelanggan mestilah berpatutan dan bertelusan. Industri perbankan harus
memberi latihan yang bermutu kepada semua kakitangannya untuk meningkatkan kualiti
perkhidmatan mereka.
Kerajaan perlu memastikan setelah industri perbankan dicantumkan, ia tidak akan
mengakibatkan berlakunya masalah monopoli. Industri perbankan sepatutnya memberi
perkhidmatan yang lebih cemerlang, mengenakan yuran perkhidmatan yang lebih
munasabah disempurnakan dengan sistem pentadbiran yang lebih cekap. Kerajaan harus
mengenakan had yuran perkhidmatan bank.
Di samping itu, institusi kewangan yang giat mempromosikan kad kredit mengakibatan
ramai belia yang tidak tahu mengendalikan kewangan mereka dengan baik, terjerumus
dalam krisis kewangan. Kami berpendapat kerajaan harus mengawal institusi kewangan
dari mengeluarkan kad kredit dengan sewenang-wenangnya, syarat pengeluaran kad
kredit harus diketatkan.

7. Memperluaskan eksport seimbang ke lebih banyak negara


Mengikut angka eksport negara kita pada tahun 2009, Singapura merupakan negara yang
paling besar bagi eksport kita, China pula merupakan negara kedua terbesar. Demikian
juga, Asia Timur Utara (kecuali negeri Jepun) merupakan wilayah yang terbesar bagi
eksport kita. Asia Timur Utara meliputi negara-negara seperti China, Hong Kong, Korea
Selatan dan Taiwan. Kesatuan Europah pula merupakan wilayah yang kedua besar bagi
eksport kita.
Oleh yang demikian, kami mencadangkn bahawa dalam RMK-10, kerajaan meningkatkan
aktiviti ekonomi dengan negara ASEAN bagi mengurangkan kebergantungan kita kepada
65

Amerika Syarikat dan Kesatuan Europah. Pada masa yang sama, kerajaan perlu
mengeratkan aktiviti ekonomi dengan negara di wilayah Asia Timur Utara, terutamanya
China dan Korea Selatan. Kerajaan boleh menjalin hubungan ekonomi lebih erat dengan
China melalui Kumpulan ASEAN Tambah Satu (10+1).
Di samping itu, negara kita perlu menguatkan pertalian ekonomi dengan Australia, New
Zealand, India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka dan negara yang terdiri dari Asia Barat.
Pada masa yang sama, kerajaan pula perlu mencari pasaran baru seperti negara dari
Amerika Selatan, Afrika dan sebagainya.

8. Meningkatkan keberkesanan perkhidmatan awam


Oleh kerana daya saingan negara kita di arena antarabangsa semakin merosot dan pada
masa yang sama, negara kita kian mengalami kesusahan untuk menarik pelabur asing ke
Malaysia, maka negara kita perlu menubuhkan sebuah pentadbiran yang bersih lagi
berkesan untuk meningkatkan daya saingan negara kita. Kerajaan harus menjadikan
perkhidmatan awam lebih telus. Selain dari pengambilan kakitangan yang cekap dan
efisien, semua projek kerajaan harus dilaksanakan melalui sistem bida terbuka.
Di samping itu, kerajaan perlu mengambil tindakan yang tegas terhadap sesiapa sahaja
tanpa mengira kedudukannya bagi mengurangkan birokrasi dan amalan rasuah. Kerajaan
harus menambahbaik sistem urusniaga (hantaran dan bayaran) dan mengurangkan kos
perniagaan bagi meningkatkan daya saingan negara kita di peringkat antarabangsa.

9. Menyemak semula rancangan penswastaan


Negara kita telah banyak mengalami kegagalan rancangan penswastaan kebelakangan ini.
Kegagalan projek penswastaan telah mengakibatkan banyak kerugian dan kesusahan
kepada rakyat jelata dan merosakkan nama baik negara kita. Kami menyeru kerajaan
menubuhkan sebuah jawatankuasa pemantauan khas untuk memantau dan menilaikan
segala operasi syarikat penswataan itu, memastikan operasinya lebih berkesan dan benarbenar merealisasikan objektif kerajaan mengenai pelaksanaan dasar penswataan.
Di samping itu, kerajaan perlu memastikan syarikat penswataan tidak boleh menaikkan
harganya dengan sewenang-wenangnya, mengakibatkan kenaikan kos operasi dan
membebankan rakyat dan seterusnya mengurangkan daya saingan peniaga kita di arena
antarabangsa. Kami berpendapat sudah tiba masanya bagi kerajaan menyemak semula
dasar dan pelan penswastaan infrastruktur negara. Kami bercadang bahawa kerajaan patut

66

menyemak semula pelan penswastaan bagi membasmikan rasuah dan kebaziran wang.
Kerajaan hendaklah memastikan operasinya lebih telus dan tidak membebankan rakyat.
Cadangan-cadangan:
(1) Kerajaaan harus mengkaji semula dasar penswastaan infrastruktur dengan berasaskan
prinsip bahawa pada akhirnya pelan penswastaan akan diberhentikan.
(2) Semasa menunggu pelan integrasi dilaksanakan, semua cadangan mengenai
penswastaan harus diberhentikan;
(3) Semua kondisi, syarat dan maklumat yang berkaitan dengan sebarang projek
penswastaan harus diumumkan kepada orang ramai;
(4) Mereformasikan perkhidmatan awam bagi menguatkan kemampuan perancangan dan
penyeliaan kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Di antaranya termasuk melaksanakan
pelan prestasi yang berdasarkan kepada piawai pelantikan bagi membangunkan
pengurusan terbaik dan kemahiran professional di sektor awam; dan
(5) Harus menimbangkan mewujudkan mekanisme pembiayaian gantian supaya kerajaan
berhak membuat keputusan mengenai pelaburan untuk projek infrastruktur.

10. Memerangsangkan sektor pembinaan


Seperti yang ditunjukkan dalam laporan Bank Negara, sektor pembinaan mengalami
pertumbuhan kemerosotan 3.3% pada tahun 2009. Walaupun sektor pembinaan hanya
berkadar lebih kurang 4.5% dari KDNK, tetapi sektor ini mempengaruhi lebih dari 140
industri secara langsung dan tidak langsung.
Oleh yang demikian, kami menyeru kerajaan memperuntukkan lebih banyak peruntukan
di bawah RMK-10 bagi memerangsangkan sektor pembinaan yang semakin merosot itu.

11. Membantu golongan bawahan dan golongan yang berpendapatan sederhana


Kebelakangan ini, ada satu tinjauan mengenai pengaruh dan impak krisis ekonomi terhadap
rakyat Malaysia, tinjauan ini mendapat balasan dari 400 orang. Keputusan tinjauan
menunjukkan kebanyakan rakyat Malaysia telah mengalami keseksaan hidup dari segi
pengurangan pendapatan (sebanyak 75.8%), hutang bertambah (sebanyak 55%), tidak mampu
membayar balik hutang sebanyak (50.9%) dan tidak mampu menemui keperluan makanan
(sebanyak 56.6%) serta tidak mampu menemui keperluan pendidikan (sebanyak 36.9%) dan
sebagainya.
67

Demi menolong golongan bawahan dan golongan yang berpendapatan sederhana, Bank
Negara Malaysia harus mengenakan riba yang lebih rendah ke atas golongan bawahan dan
golongan yang berpendapatan sederhana, sepertimana kerajaan hanya mengenakan riba 4%
sahaja kepada kakitangan awam. Kita harap Bank Negara Malaysia bertujuan membantu
rakyat dan bukan bermotif untuk memperolehi keuntungan sahaja. Bank Negara Malaysia
harus mengizinkan penghutang menunda pembayaran hutangnya atau membayar riba bagi
pihak penghutang hingga keadaan ekonomi penghutang ini bertambah baik. Cadangan ini
adalah demi memastikan penganggur atau orang yang mengalami kesusutan pendapatannya
tidak akan hilang rumahnya atau properti lain oleh kerana tidak mampu membayar hutangnya.
Sebab cukai belanja pasti dikenakan, kami berpendapat cukai yang patut dikenakan adalah
dibawah 3%, demi memastikan cukai belanja tidak menyebabkan inflasi, barang yang
dikenakan cukai patut tertumpu kepada barang mahal dan mengecualikan barangan asas
harian dari cukai ini.

12. Melonggarkan sekatan ke atas pemilikan saham


Di bawah Dasar Ekonomi Baru (1971 hingga 1990), penyertaan bumiputra dengan memiliki
30% hak saham dalam sektor perniagaan moden adalah satu matlamat utama. Pada masa
yang sama, ia merupakan matlamat juga bagi Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) dan
Dasar Wawasan Negara (2001-2010). Dasar ini merupakan batu buntu dan selalu dibidas
kerana ia menyekat pelaburan asing langsung dan pertumbuhan perniagaan tempatan.
Pada masa kini, sistem kuota kaum bukan hanya wujud dalam pemilikan saham dan
pemilikan syarikat, bahkan wujud dalam sektor ekonomi lain, seperti pinjaman wang dari
bank, lesen perniagaan, tanah dan infrastruktur, pekerjaan dan sebagainya. Selain dari
menyekat pertumbuhan ekonomi, sistem kuota kaum pula menyebabkan ekonomi tidak
efisien dan cacat, membazirkan, terlalu bergantung kepada kerajaan untuk mendapat subsidi
bagi memulakan perniagaan dan bergantung kepada sewa atau dividen untuk hidup.
Walaupun ramai orang mempunyai pandangan berlainan mengenai nisbah sebenarnya
pemilikan saham bumiputra dalam sektor ekonomi moden, tetapi ramai orang bersetuju
bahawa dasar ini memang disalahgunakan dan menyebabkan sebahagian daripada bumiputrabumiputra yang mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan menjadi kaya raya. Dasar ini
pula menyebabkan fenomena rasuah berlaku dengan berleluasa. Kuota dan matlamat yang
berasakan kepada kaum dan warna kulit adalah dasar pembangunan yang ketinggalan masa
dan ia akan menghalang ekonomi kita bertumbuh dengan lebih pantas dan aktif.

Cadangan-cadangan:
68

(1) Kerajaan tidak harus menggunakan alasan mengenai penyertaaan ekuiti bagi
menggangu sektor perniagaan menubuhkan syarikatnya. Kebelakangan ini, kerajaan
telah cuba membatalkan sekatan ke atas penyertaan bumiputra dalam pemilikan
saham syarikat asing dalam Bursa Saham. Langkah ini harus diluaskan kepada segala
sektor perniagaan;
(2) Kerajaan harus melonggarkan syarat perlu adanya 30% pemilikan saham bumiputra
dalam syarikat yang disenaraikan. Pengagihan 30% saham kepada bumiputra dan
sekatan ke atas sektor ekonomi lain harus dibatalkan bagi memerangsangkan
pertumbuhan ekonomi;
(3) Dalam sektor perniagaan yang memerlukan lesen, kerajaan boleh membantu
perniagaan bumiputra dengan melalui cara mengekalkan 30% daripada bilangan lesen
kepada bumiputra dan entiti yang dikuasai oleh bumiputra. Di samping itu, kerajaan
boleh melalui bank pembangunan bagi menyediakan pelan pinjaman wang kepada
bumiputra dan boleh bertimbang untuk melaksanakan subsidi cukai tertentu. Oleh
yang demikian, kerajaan boleh membantu bumiputra mencapai kejayaan dalam sektor
perniagaan dengan tidak mengenakan sekatan ketat ke atas bukan bumiputra
mengenai pemilikan saham bumiputra dalam sektor perniagaan; dan
(4) Membatalkan sekatan ke atas keperluan mempunyai hak saham tempatan dalam
syarikat asing. Ini akan menggalakkan syarikat asing menubuhkan syarikat serta
operasi mereka di Malaysia dan seterusnya meningkatkan taraf pelaburan asing
langsung di negara kita.
Kebelakangan ini, kerajaan melonggarkan keperluan pemilikan saham dalam sub-sektor
kewangan dan sub-sektor perkhidmatan, tindakan ini mendapat pujian ramai orang. Amalan
ini harus dicontohi dalam merangka dasar kemudian, yakni mengenepikan kuota dan
matlamat Dasar Ekonomi Baru yang berdasarkan kepada kaum dan warna kulit,

13. Mengenepikan struktur rintangan pelaburan


Dalam sepuluh tahun yang lalu, pelaburan asing langsung terus bertumbuh. Tetapi,
kebelakangan ini, pertambahannya telah merosot. Demi menarik lebih banyak pelaburan
asing langsung masuk ke Malaysia, kita mesti memansuhkan struktur rintangan pelaburan.
Berikutan PEMUDAH ditubuhkan, sudah nampak ada reformasi struktur, seperti
mengurangkan masa dengan memudahkan prosedur rumit, membawa lebih manfaat kepada
sektor perniagaan, membantu reformasi cukai, menubuhkan pusat one-stop bagi
mempercepatkan prosedur penubuhan syarikat. Usaha kerajaan ini patut dipuji, tetapi negara

69

kita perlu lebih banyak perubahan polisi supaya pelabur mempunyai lebih keyakinan
terhadap ekonomi Malaysia.

Cadangan-cadangan:
(1) Dalam usaha untuk melonggarkan ekonomi kita, seperti mengetepikan rintangan
mengenai perdagangan import, menandatangani perjanjian perdagangan dua hala dan
melonggarkan keperluan hakmilik syer penyertaan bumiputra, kerajaan patut
mereformasikan sekatan di sektor swasta. Reformasi ini termasuk prosedur
mengurangkan dan mempercepatkan prosedur kelulusan perniagaan yang ditetapkan
oleh setiap agensi kerajaan dan kementerian dari kerajaan persekutuan, kerajaaan
negeri dan kerajaan tempatan masing-masing;
(2) Perkhidmatan awam yang memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi
mesti menerima model fikiran baru. Model fikiran baru harus memastikan segala
pentindak ekonomi mesti bersaing dalam keadaan adil serta merangka peraturan dan
piawai bagi memastikan kakitangan kerajaan melaksanakan keputusan yang adil,
terbuka dan telus; dan
(3) Jawatankuasa Pelaburan Luar Negera telah menghadapi masalah struktur, ia mesti
direformasikan. Jawatankuasa ini mesti menumpu perhatian bagi menyelia projek
pelaburan luar negera yang berkepentingan negara, seperti aktiviti berkaitan dengan
pertahanan, pengurusan pelabuhan dan lapangan kapalterbang, penapisan dan
pengangkutan air dan sebagainya. Jawatankuasa ini tidak harus mengalihkan
perhatiannya bagi menyelia dengan ketat sektor lain.

14. Menyemak semula sistem kuota bagi sektor awam


Sistem kuota menyebabkan kekurangan dalam struktur kakitangan kerajaan. Walaupun
Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa orang Melayu dan
bumiputra dari Malaysia Timur mendapat kedudukan istimewa dalam pelantikan kakitangan
awam, tetapi perlembagaan tidak menyatakan saiz kuota simpanan. Kami berpendapat
sistem pelantikan kakitangan awam mesti berdasarkan kepada kemampuan mereka,
pelantikan dan promosi kakitangan awam mesti menurut prestasi mereka supaya prestasi
perkhidmatan dan urusan kerajaan tidak dijejaskan. Penakrifan perlembagaan mesti
dilonggarkan dan dasarnya dilaksanakan dengan adil serta telus agar memastikan negara
kita berdaya saingan dan mempunyai birokrat yang berdasarkan kepada kemampuan serta
tidak mendatangkan pengaruh yang buruk kepada rakyat Malaysia termasuk bumiputra.

70

Cadangan-cadangan:
(1) Memastikan satu kuota yang tidak perlu disaingi dikekalkan kepada orang Melayu
dan bumiputra dari Malaysia Timur. Namun selepas tahun 2020, ia masih dikekalkan
pada 50% bagi mematuhi semangat Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan.
Walau bagaimanapun, seperti kategori yang perlu disaingi, prestasi harus merupakan
piawai utama bagi pelantikan dan promosi kakitangan awam, pertimbangan harus
diberi kepada perwakilan dari kawasan berlainan.

15. Meningkatkan teknologi dengan intensif


Dalam keadaan saingan dunia yang semakin hebat, kita mesti berusaha dengan lebih gigih
bagi meningkatkan taraf teknologi kita. Demi meningkatkan produktiviti sektor perniagaan
yang boleh bertanding dengan peniaga yang terunggul di arena antarabangsa, kita mesti
bertungkus-lumus untuk mencipta barang yang baru. Kita mesti meningkatkan kemampuan
teknologi kita berdasarkan kepada piawai keunggulan antarabangsa dan menjadikannya
sebagai piawai kita.

Cadangan-cadangan:
(1) Kerajaaan harus menyediakan subsidi kepada sektor yang menggunakan teknologi
canggih bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan serta program pelatihan
kakitangan. Pada masa yang sama, kerajaan harus menyediakan syarat kewangan
yang berjangka lebih panjang bagi syarikat swasta yang berasaskan kepada
penyelidikan yang baik dan perlu mengambil risiko yang lebih tinggi. Kerajaan harus
menggalakkan semua syarikat tempatan yang mempunyai potensi pengeksportan
menggunakan insentif dan bantuan bagi meningkatkan teknologi. Dalam proses
penilaian tentang senarai nama syarikat-syarikat yang mendapat insentif dan bantuan,
kerajaan harus mengetepikan pertimbangan kaum dan lain-lain pertimbangan seperti
latarbelakang kaum usahawan itu; dan
(2) Selain dari cukai dan insentif, kerajaan harus menggalakkan syarikat tempatan
menjalankan penyelidikan dan pembangunan, kaedah ini termasuk melonggarkan
syarat pemberian permit kerja atau hak tinggal kekal bagi memudahkan proses
pengambilan penyelidik asing yang diperlukan.

71

16. Mereformasikan polisi pembelian kerajaan


Struktur pembelian kerajaan Malaysia mempunyai tiga bahagian utama, iaitu ejen, undangundang dan struktur pengendalian serta prosedur bida. Pada tahun 1999, sudah ada orang
mencadangkan bahawa perjanjian telus mengenai pembelian kerajaan harus dirangka, tetapi
kerajaan Malaysia mengemukakan bukti untuk menunjukkan bahawa dengan hanya
menyediakan maklumat yang terhad mengenai proses pembelian dan mengetepikan pembida
asing dapat menyokong agenda negara kita bagi melindungi pembekal tempatan. Lebih-lebih
lagi, pelan kerajaan untuk meningkatkan syer penguasaan bumiputra telah pun dilaksanakan
melalui polisi pembelian yang tidak telus. Kami bercadang bahawa dalam proses pembelian,
peraturan dan prosedur kerajaan mesti telus bagi meningkatkan daya saingan kita,
mengujudkan masyarakat yang berkualiti dan pembangunan ekonomi yang pesat. Pembelian
awam harus mencapai taraf transparensi, daya saingan, efisensi, keadilan dan
kebertanggungjawaban di segala aspek.

Cadangan-cadangan:
(1) Sistem pembelian awam harus mempunyai satu struktur polisi yang jelas, menyeluruh
dan transparen. Ini harus meliputi penyebaran meluas mengenai peluang bida,
menyimpan rekod berkenaan dengan prosedur pembelian, mengumumkan lebih awal
semua piawai mengenai perjanjian pembelian, memberi kontrak kepada pembida yang
menuntut kos paling rendah sekali dan mematuhi semua syarat, pembukaan bida
terbuka, pembida berhak menggunakan mekanisme penyemakan aduan,
mengumumkan keputusan prosedur pembelian serta cara operasi lain yang baik; dan
(2) Kerajaan harus memastikan pelan pembelian kerajaan, tidak mengira saiz skala pelan,
tetap telus. Halangan penyertaan atas sebab berlainan kaum dan kewarganegaraan
harus dibatalkan secara beransur-ansur. Membatalkan halangan ini adalah memenuhi
pertimbangan penting mengenai perjanjian perdagangan bebas dengan negara lain.
Dalam perjanjian perdagangan bebas ini, salah satu syarat adalah kerajaan mesti
dalam prosedur pembidaan merangka garis panduan yang jelas dan mengizinkan
negara asing dan syarikat tempatan membida projek kerajaan dengan secara langsung.
Di samping itu, perjanjian pembelian kerajaan mengenai WTO pula memerlukan
kerajaan melayan pembida asing dan tempatan dengan adil

72

17. Mengurangkan cukai import


Kebanyakan cukai import adalah rendah. Walaupun purata kadar cukai import yang sediaada
ialah 8.1%, tetapi cukai import bagi sebahagian dari sektor pembuatan adalah sangat tinggi.
Kereta import perlu bayar cukai import sebanyak 30%, tetapi cukai buatan negara adalah
sebanyak di antara 80% hingga 200%. Negara kita juga melaksanakan rintangan yang tidak
berkaitan dengan cukai import, seperti sebahagian dari produk-produk asing perlu mendapat
permit import. Kerajaan harus mengurangkan cukai import tinggi bagi perlindungan sektor
tempatan. Pada jangka panjang, kaedah mengurangkan perlindungan akan dapat
meningkatkan daya saingan Malaysia.

Cadangan-cadangan:
(1) Kerajaaan harus membatalkan cukai import tinggi dan rintangan yang tidak berkaitan
dengan cukai import. Walaupun jumlah kereta asing akan bertambah di pasaran kereta
Malaysia, tetapi industri kereta Malaysia akan meningkatkan daya saingannya juga;
dan
(2) Cukai import tenaga mesti berdaya saingan dan berkesamarataan dan memastikan
konsumer mendapat bekalan yang boleh dipercayai. Industri yang menggunakan gas
asli untuk menjana elektrik mesti mendapat kos bahan yang lebih rendah sebagai
bantuan bagi menggalakkan mereka menggunakannya dengan efektif dan melindungi
sumber tenaga. Kerajaan harus mengurangkan cukai import tenaga bagi
menggalakkan pelaburan dari sektor pembuatan. Di samping itu, kerajaan perlu
melaksanakan cukai industri tetap untuk menggalakkan efisiensi penggunaan tenaga.

18. Memperluaskan peluang perdagangan luar


Ketika keadaan ekonomi dunia merosot, oleh kerana jumlah perdagangan luar adalah dua
kali ganda lebih tinggi dari KDNK, masa depan ekonomi Malaysia amat dipengaruhi oleh
keadaan luar ini. Sehingga April, 2009, eksport kita merosot sebanyak 26.5% berbanding
dengan tahun lalu pada bulan yang sama dan importnya pula merosot sebanyak 22.4%.
Walaupun Malaysia masih mempunyai kelebihan keuntungan dalam perdagangan dengan
luar negera, tetapi kita patut berwaspada dan memperluaskan peluang perdagangan,
terutamanya sektor alat-alat elektrik, minyak kelapa sawit, kayu balak dan produk petroleum
harus meneroka peluang perdagangan baru.

Cadangan-cadangan:
73

(1) Kerajaan harus mempercepatkan perbicaraan perjanjian perdagangan bebas yang


sediaada, seperti perjanjian perdagangan bebas di antara Malaysia dengan Amerika
Syarikat;
(2) Selain dari menambah peruntukan kepada agensi, seperti MATRADE yang berusaha
giat untuk mempromosikan eksport kita, kerajaan harus memberi bantuan kepada
pertubuhan perdagangan nasional supaya mereka boleh menghantar rombongan
perniagaan dan perdagangan dan menyertai expo di luar Negara;
(3) Kerajaan harus memastikan produk import mematuhi piawai Malaysia, jika piawai
kita belum dirangka, kita harus pakai piawai antarabangsa; dan
(4) cukai import alat ganti bagi menghasilkan kemudahan mekanikal harus dikecualiakan.

19. Petronas patut mengendalikan sumbernya dengan lebih baik


Demi memastikan pendapatan Petronas digunakan bagi menyokong pembangunan negara
dan mengurangkan kemiskinan untuk faedah awam, Adalah amat penting kita menyelia
dengan telus dan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai industri cari-gali.

Cadangan-cadangan:
(1) Petronas harus mengumumkan segala akaunnya setiap tahun termasuk pengagihannya
berdasarkan sistem perangkaan pendapatan negara. Agensi penyeliaan mesti
memastikan Petronas berbuat demikian;
(2) Wajib memastikan Petronas mengumumkan jumlah bayarannya kepada kerajaan
Malaysia dan memberi butir-butir mengenai setiap bayaran, termasuk cukai, cukai
galian petrol dan sebagainya;
(3) Agensi kerajaan dan agensi penyeliaan harus memastikan proses pemberian kuasa
operasi awam, kontrak, lesen, permit dan hak lain adalah telus dan independen; dan
(4) Tetapkan sebahagian dari pendapatan bersih dari petroleum dan gas asli digunakan
untuk penubuhan satu dana sebagai langkah pencegahan, terutamanya bagi tujuan
penghasilan kelak apabila sumber alam itu kehabisan. Kebanyakan pendapatan ini
hendaklah digunakan dalam penubuhan modal insan, seperti pendidikan, latihan dan
perubatan serta pelan pertumbuhan bagi pembangunan sektor ekonomi lain.

74

20. Menyelesaikan kemiskinan bandar


Trend berterusan menunjukkan Malaysia sedang melalui proses perbandaran yang cepat,
nisbah populasi di bandar makin meninggi. Oleh yang demikian, kerajaan harus menangani
fenomena kemiskinan bandar. Polisi dan pelan terkini yang digunakan untuk mengurangkan
kemiskinan bandar mesti disemak semula bagi mengenalpasti impak dan kesannya, kerajaan
harus fokus kepada asal usul kemiskinan bandar dan mencari cara penyelesaiannya.

Cadangan-cadangan:
(1) Usaha membasmikan kemiskinan bandar mesti mendapat penyelarasan dari berbagai
pihak yang berkenaan dan berfikir bersama-sanma untuk mencari strategi
menyelesaikan masalah kemiskinan bandar;
(2) Sebelum mendapat persetujuan dari orang tempatan, kerajaan harus berhenti
merobohkan tempat tinggal orang miskin. Kerajaan harus membatalkan polisi untuk
merobohkan kawasan miskin yang haram dan memaksa pemindahan orang miskin ke
tempat tinggal yang sesak dan sempit. Polisi ini harus diganti oleh polisi baru yang
boleh meningkatkan kemudahan asas, kebajikan sosial dan kondisi kehidupan di
tempat tinggal asal; dan
(3) Kerajaan harus meningkatkan perkhidmatan sosial di kampong dan mencipta lebih
banyak peluang pekerjaan, mengekalkan orang tinggal di kampong supaya tidak
tergesa-geasa pindah ke bandar dan menyebabkan jumlah orang miskin di bandar
bertambah.

21. Merangka pelan yang boleh mencipta pendapatan

Kerajaan telah melaksanakan beberapa strategi dan pelan yang boleh mencipta pendapatan,
seperti pelan usahawan desa, institut latihan kemahiran, pembangunan pertanian dan
peladangan, pengagihan dana perusahaan dan pelan kepelbagaian yang lain. Kami bercadang
bahawa kerajaan menyemak semula pelan mencipta pendapatan yang sediaada dan
memastikan keberkesanan pelan ini. Pada masa yang sama, laksanakanlah kaedah yang
efektif bagi mengurangkan keadaan ketidakseimbangan pembangunan di antara kawasan dan
ketidaksamarataan pendapatan di antara rakyat Malaysia.

Cadangan-cadangan:
75

(1) Menyemak semula segala polisi pembangunan berdasarkan prinsip membantu orangorang miskin. Ketika menyemak semula polisi, kerajaan harus fokus kepada pelan
bahawa pendapatan tinggi yang boleh menghasilkan keberkesanan atau pelan yang
boleh mencipta peluang pekerjaaan;
(2) Kerajaan pusat dan kerajaan negeri harus melalui modal kecil yang disediakan oleh
kredit mikro (kecil) bagi menggalakkan projek penciptaan pendapatan, seperti krafttangan, pelancongan setempat, produk pertanian, penternakan binatang, tenunan dan
perniagaan kecil yang lain. Kerajaan tempatan harus bekerjasama dengan koperasi
komuniti dan menggunakan simpanan bersama koperasi dengan baik untuk tujuan
penghasilan; dan
(3) Kerajaan harus memberi bantuan teknikal dan latihan kemahiran bagi koperasi
komuniti atau perusahaan sosial bagi melaksanakan projek penciptaan pendapatan.
Jika diperlukan, ia harus menyediakan kemudahan pemasaran pula.

22. Menyediakan maklumat teknologi yang berkos rendah, berefisiensi tinggi dan
mudah serta campuradukkannya dengan komuniti desa

Malaysia melancarkan MSC pada tahun 1996 dan mendapat banyak pujian. Kita mesti
memastikan orang awam mampu tanggung kos penyimpanan dan perolehan industri
maklumat teknologi, kita patut pula menyediakan kelajuan yang efisien dan boleh bertanding
dengan bandar antarabangsa. Dalam proses mempercepatkan pemakaian WIFI di seluruh
negara, kita mesti berusaha menyediakan perkhidmatan internet kepada kawasan desa.
Menurut tinjauan antarabangsa, penggunaan maklumat teknologi dengan sewajarnya di
kawasan desa akan menyebabkan kawasan dan industrinya lebih makmur. Demi
mengurangkan jurang digital, kita harus mencampuradukkan maklumat teknologi ke dalam
kehidupan seharian komuniti desa. Di Malaysia, kerajaan harus mengambil langkah
mencampuradukkan maklumat teknologi ke dalam komuniti desa, seperti kampung nelayan,
komuniti pertanian tradisional, ladang swasta dan pelan tanah bantuan kerajaan. Jika
dilaksanakan dengan baik, maklumat teknologi boleh dipakai sebagai alat yang kuat untuk
mengurangkan kemiskinan.

Cadangan-cadangan:
(1) Demi membantu pembangunan ekonomi komuniti kampung setempat, kerajaan harus
menyediakan perkhidmatan maklumat teknologi yang mampu ditanggung bagi
76

kawasan kampung; dan


(2) Kerajaan harus membangunkan dan membuka kursus applikasi maklumat teknologi
yang sewajarnya kepada komuniti setempat untuk meningkatkan keadaan sosial dan
ekonomi mereka.

23. Merangka kaedah dasar pelaburan dalam sektor perkhidmatan

Dalam RMK-10, kerajaan harus melaksanakan langkah bagi merangka kaedah dasar
pelaburan yang boleh membantu kemampuan pembangunan sektor perkhidmatan.

Cadangan-cadangan:
(1) Peruntukan asal yang berjumlah RM100 juta bagi Dana Kemampuan Pembangunan
Perkhidmatan harus ditambah ke 8 hingga 10 kali ganda dalam 10 tahun yang akan
datang. In adalah demi negara kita yang berkedudukan mengurangkan pengaruh
buruk berikutan dengan pembebasan sektor perkhidmatan sekunder dan mengubah
menjadi fokus kepada faedah susulan dari polisi pembebasan agresif;
(2) Belajawan setiap tahun mesti menyediakan kewangan dan insentif yang sewajarnya
bagi sektor perkhidmatan untuk menarik jumlah perniagaan yang lebih tinggi;
(3) Menggunakan polisi dan strategi yang berasas dan boleh menguatkan sistem
akauntabiliti bagi meningkatkan keyakinan pelabur dari luar dan dalam negeri; dan
(4) Berikutan dengan peluang perbicaraan mengenai perdagangan bagi meluaskan
pembebasan perdangan perkhidmatan, negara kita harus melaksanakan perbicaraan
profesional mengenai latihan untuk wakil perbicaraan dan penggantinya bagi
memastikan kita mempunyai kemahiran yang lengkap, terkini dan efektif supaya
mencapai faedah yang besar bagi negara kita.

24. Melonggarkan lagi sektor perkhidmatan sekunder


Pada tahun 2009, kerajaan mengumumkan kelonggaran sektor kewangan dan 27 sektor
perkhidmatan sekunder. Berdasarkan kepada butir-butir yang sediaada, kelonggaran awal ini
hanya meliputi sektor perkhidmatan sekunder yang tidak begitu penting dan ia merupakan
77

langkah yang pertama. Kerajaan harus menimbang kemungkinan membuka sektor


perkhidmatan lain.

Cadangan-cadangan:
(1) Kerajaan harus menimbang kemungkinan melonggarkan sektor perkhidmatan lain
yang ada potensi mendapat tukaran wang asing seperti perkhidmatan yang boleh
dieksportkan, misalannya perkhidmatan undang-undang, pengangkutan dan tenaga
elektrik; dan
(2) Harus membantu dan mempercepatkan proses kelonggaran sektor perbankan dan
mengizinkan bank asing bersaing bebas dalam keadaan adil dan saksama.

25. Menambah jumlah insentif dan subsidi bagi sektor pembuatan


Pada masa kini, Malaysia menyediakan banyak insentif dan subsidi kepada syarikat dari luar
dan dalam negara, tetapi banyak program itu tidak diawasi dengan baik bagi mencapai
matlamatnya. Kerajaan harus fokus membina kekuatan syarikat untuk memerangsangkan
kemampuan syarikat tempatan bagi mencapai pertumbuhan syarikat itu. Insentif dan subsidi
yang disediakan untuk sektor pembuatan harus menekankan kepada peningkatan
kemahirannya.

Cadangan:
(1) Semua insentif dan subsidi yang disediakan kepada sektor pembuatan harus
mengutamakan peningkatan teknologinya. Ini termasuk mencapai kadar penggunaan
tenaga dan sumber yang lebih tinggi dan menjaga perlindungan alam semesta yang
berterusan.

26. Menarik nilai pelaburan asing langsung yang lebih tinggi ke sektor pembuatan
Menurut laporan April, 2009, sektor pembuatan Malaysia masih mempunyai daya saingan
yang tinggi. Pelaburan 2008 bernilai lebih satu kali ganda dari anggaran Third Industrial
Master Plan (IMP3) yang menetapkan objektif pertumbuhan setiap tahun sebanyak RM27.5
billion, di mana pelaburan dari luar menduduki 73.4% dari jumlahnya. Tetapi kadar
pertumbuhan bagi sektor pembuatan menurun ke 4.8% dari 11.7% pada awal era 1990an.
Malaysia mesti menarik kemasukan nilai pelaburan asing langsung yang lebih tinggi supaya
keadaan kemampuan industrialisasi tidak dikurangkan.
78

Cadangan:
Dalam usaha untuk menarik pelaburan asing langsung, mungkin harus melindungi
industry tertentu. Tetapi masa perlindungan mestilah terhad (5 atau 10 tahun). Selepas itu,
kerajaan harus membiarkan induastri itu bebas bersaing.

27. Menukar Malaysia menjadi pusat pertanian asas di rantau ini


Oleh kerana Malaysia mempunyai pekerja mahir, kawasan yang strategik, sistem
pengangkutan yang sempurna, keadaan pelaburan yang wajar, bekalan bahan yang
mencukupi (termasuk kawasan tempatan dan di sekelilingnya) dan menjalinkan hubungan
yang erat dengan pasaran antarabangsa. Semua usaha ini akan membantu negara kita
dibangunkan sebagai pusat pertanian asas di rantau ini.

Cadangan-cadangan:
(1) Menubuhkan pusat pertanian asas atau pusat pemprosesan pertanian di merata tempat
di Malaysia di bawah pelan koridor ekonomi. Demi menarik kemasukan pelaburan
asing langsung dalam sektor pertanian asas, penyediaan kemudahan yang baik,
infrastruktur yang sempurna dan subsidi yang lengkap adalah amat diperlukan;
(2) Menguatkan usaha yang lebih agresif bagi penjualan dan pengeksportan produk
pertanian asas Malaysia. Ini termasuk pengiktirafan, klasifikasi dan penjenamaan
produk pertanian asas;
(3) Kos pelaburan dalam pertanian asas harus diminimumkan; dan
(4) Memberi perhatian berat kepada SME dan membantunya memasuki industri pertanian
asas. Ini termasuk menyediakan subsidi yang menarik dan kursus latihan kemahiran
yang sempurna kepada pengusaha pertanian asas yang kecil.

28. Menyemak semula polisi bagi pengambilan pekerja di sektor swasta


Kami bercadang bahawa kerajaan dalam RMK-10 menyemak semula polisi yang ditetapkan
dalam Rancangan Malaysia Kesembilan bahawa pengambilan pekerja di semua sektor dan
peringkat di sektor swasta mesti memaparkan struktur kaum di Malaysia. Kami berpendapat
kerajaan harus membiarkan sektor swasta mempunyai kuasa sewajarnya bagi pengambilan
79

pekerjanya. Piawai pengambilan pekerja di sektor sawsta mesti berdasarkan kepada prestasi
dan kemampuan pekerja. Dengan ini, bukan hanya boleh meningkatkan daya saingan di
sektor swasta, tetapi ia mematuhi konsep 1Malasia pula.

29. Membuka semua wilayah pembangunan ekonomi yang baru dirancangkan dan
ditubuhkan
Demi memperbetulkan keadaan pembangunan wilayah berlainan yang tidak seimbang,
kerajaan menubuhkan beberapa wilayah pembangunan ekonomi khas, seperti East Coast
Economic Region yang meliputi negeri Kelatan, Trengganu, Pahang dan Mersing, Johor
serta Sarawak Corridor of Renewable Energy dan sebagainya. Wilayah pembangunan
ekonomi ini menggunakan pengecualian cukai atau polisi subsidi yang istimewa dalam usaha
menarik pelaburan bagi melaksanakan pelan pembangunan untuk menambahkan pendapatan
orang tempatan supaya kadar kemiskinan dapat dikurangkan.
Kami bercadang bahawa kerajaan harus menggunakan strategi terbuka bagi menambahkan
pakar dari berbilang kaum dalam peringkat atasan. Di peringkat implementasi, melainkan
menarik usahawan dari luar negera, pada masa yang sama, menggalakkan usahawan pelbagai
kaum dari tempatan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana giat mengambil bahagian
dan membangunkan wilayah-wilayah itu bersama.

30. Lebih mudah mendapatkan angka pengagihan pendapatan


Di Malaysia, maklumat mengenai ketidaksaksamaan hampir didominasasikan oleh
perangkaan dan analisa kerajaan, angka dan analisa ini fokus kepada statistik berkaitan
dengan ketidaksaksamaan di antara kaum, bandar dan desa serta negeri.
Angka ini kini dilaporkan melalui cara kesepaduan perkara-perkara yang tinggi, banyak
perkara mengenai ketidaksaksamaan tidak mendapat tinjauan yang cukup atau tidak
ditunjukkan dalam angka kerajaan yang diiktiraf rasmi. Kami berpendapat kerajaan patut
meninjau dengan menyeluruh ketidaksamaan dalaman di kalangan setiap kaum, dari segi
jantina, pekerjaan, kelas sosial, sektor atau bidang pendidikan dan sebagainya. Impak unsureunsur ini dalam proses interaksinya dengan keadaan perubahan wilayah dan geografi harus
dikaji dengan teliti. Dengan ini, asal-usul jurang ketidaksamaan yang semakin membesar
dapat dikenalpastikan supaya dijadikan faktor penentu semasa menggubah dasar-dasar
tertentu.

Cadangan-cadangan:
80

(1) Penyelidik harus dapat memperolehi data pengagihan pendapatan, kemudian


menggunakan kaedah saintifik menganalisa pengagihan pendapatan. Kerajaan harus
menggunakan cara yang lebih terbuka membenarkan orang awam memperolehi data
berkenaaan;
(2) Data harus diklasifikasikan berdasarkan skop ketidaksaksamaan termasuk melintasi
kaum, bandar dan desa, negeri, antara kaum yang sama, pekerjaaan berlainan,
melintasi sektor serta jantina, taraf pendidikan dan sebagainya. Kerajaan mesti
mengumumkan kaedahnya dengan menyeluruh dan memudahkan orang awam
mendapatkan informasi ini; dan
(3) Kerajaan harus terus-menerus menyemak semula garis sempadan kemiskinan bagi
memastikan data statistik kemiskinan yang dianalisakan adalah berdasarkan kepada
kadar inflasi dan kos kehidupan terkini dan ia mesti memaparkan perbezaan di antara
rantau, bandar dan desa. Selain dari data mengenai pendapatan keluarga ketika ini, ia
mesti mengandungi data berkaitan dengan pendapatan individu pula.

81

Lampiran 1: Pesta Kebudayaan Cina Peringkat Kebangsaan

Sebagai usaha pewarisan dan pengembangan kebudayaan kaum Cina serta memupuk
interaksi budaya dan industri pelancongan, pertubuhan-pertubuhan Cina di bawah naungan
Dewan Perhimpunan Cina setiap negeri mula menganjurkan Pesta Kebudayaan Cina
peringkat kebangsaan secara bergilir-gilir. Tema tiap-tiap tahun mefokus pada pewarisan
budaya dan pemupukan interaksi budaya. Misalnya mengundang kaum lain
mempersembahkan acara tarian dan sebagainya. Pesta kebudayaan yang dianjurkan di
peringkat negeri turut mencerminkan ciri-ciri budaya dan tradisi sejarah negeri berkaitan.
Sesudah Hua Zong ditubuhkan pada tahun 1991, badan ini telah bertindak sebagai pendukung
dan pendorong pesta kebudayaan tahunan. Penganjurnya pula terletak pada bahu Dewan
Perhimpunan Cina peringkat negeri. Disebabkan Pesta Kebudayaan lazimnya diadakan
bersempena dengan Perayaan Zhong Qiu, dan pada masa yang sama menjemput pertubuhanpertubuhan Cina yang lain menganjurkan pelbagai aktiviti budaya, tidak lupa juga menjemput
kaum-kaum lain ikut serta, maka tidak hairan sambutan amatlah menggalakkan. Pesta
tersebut turut berjaya menarik para pelancong dan nyata sekali banyak menyumbang kepada
industri pelancongan negara.
Sehingga kini, Pesta Kebudayaan Cina peringkat kebangsaan telah dianjurkan bagi kali ke-26.
Senarai penganjur dan tempatnya seperti berikut:
Tahun

Penganjur

Tempat

1984 (I)

Dewan Perhimpunan Cina Selangor

Kuala Lumpur

1985 (II)

Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang

Pulau Pinang

1986 (III)

Dewan Perhimpunan Cina Perak

Ipoh

1987 (IV)

Dewan Perhimpunan Cina Kelantan

Kota Bahru

1988 (V)

Gabungan Pertubuhan Cina Johor

Johor Bahru

1989 (VI)

Dewan Perhimpunan Cina Melaka

Melaka

1990 (VII)

Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan Seremban

1991 (VIII)

Dewan Perhimpunan Cina Trengganu

Trengganu

1992 (IX)

Gabungan Pertubuhan Cina Pahang

Kuantan

1993 (X)

Dewan Perhimpunan Cina Kedah

Alor Setar

82

1994 (XI)

Dewan Perhimpunan Cina Selangor

Kuala Lumpur

1995 (XII)

Dewan Perhimpunan Cina Sabah

Kota Kinabalu

1996 (XIII)

Gabungan Pertubuhan Cina Sarawak

Miri

1997 (XIV)

Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang

Pulau Pinang

1998 (XV)

Dewan Perhimpunan Cina Perak

Ipoh

1999 (XVI)

Gabungan Pertubuhan Cina Pahang

Kuantan

2000 (XVII) Gabungan Pertubuhan Cina Johor

Johor Bahru

2001 (XVIII) Gabungan Pertubuhan Cina Sarawak

Sibu

2002 (XIX)

Dewan Perhimpunan Cina Melaka

Melaka

2003 (XX)

Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan Seremban

2004 (XXI)

Dewan Perhimpunan Cina Perlis

Kangar

2005(XXII)

Dewan Perhimpunan KL dan Selangor

Kuala Lumpur

2006(XXIII) Dewan Perhimpunan Trengganu

Trengganu

2007(XXIV) Dewan Perhimpunan Pulau Pinang

Pulau Pinang

2008(XXV)

Alor Setar

Dewan Perhimpunan Kedah

2009(XXVI) Dewan Perhimpunan Sarawak

Sibu

Hua Zong juga telah menjemput YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri
Malaysia ketika itu hadir merasmikan Pesta Kebudayaan kali ke-10 (1993) dan kali-12 (1995),
dan pihak kerajaan bersetuju memberi peruntukan kewangan sebagai tanda sokongan.
Mantan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi, ketika menyandang
jawatan Timbalan Perdana Menteri, hadir dan merasmikan pesta tersebut pada tahun 2001
dan 2003 masing-masing di Sibu dan Seremban. YAB Dato Seri Najib bin Tun Razak,
Perdana Menteri sekarang pula dijemput untuk merasmikan pesta tersebut pada tahun 2008
dan 2009 masing-masing di Alor Setar dan Sibu. Hua Zong juga memberi sumbangan bagi
memperkayakan kebudayaan Malaysia. Misalnya ia pernah dijemput mempersembahkan
drama tarian berjudul Puteri Han Li Po yang menggambarkan persahabatan dan hubungan
kebudayaan Malaysia-China sempena perayaan Hari Kebangsaan.

83

Lampiran 2: Pencapaian Cemerlang Pasukan Tarian Naga dan Tarian Singa Malaysia
Ke Pertandingan Peringkat Antarabangsa

Pasukan tarian naga dan tarian singa Malaysia telah berulang kali merangkul kedudukan
johan di pertandingan peringkat antarabangsa. Antaranya, pasukan dari Tokong Guan Sheng,
Muar telah mencatatkan rekod mendapat kedudukan johan sebanyak 15 kali.

Nama Pertandingan

Tempat

Pencapaian

1. Kejohanan Tarian Singa Sedunia 1992

Hong Kong

Ketiga

2. Kejohanan Tarian Singa Sedunia 1994

Genting Highland

Johan

3. Kejohanan Tarian Naga Sedunia 1995

Guangzhou, China

Johan

4. Kejohanan Tarian Naga Sedunia 1996

Shanghai, China

Johan dan Ketiga

5. Kejohanan Tarian Singa Sedunia 1996

Genting Highland

Johan

6. Kejohanan Tarian Singa Sedunia 1996

Singapura

Johan

7. Kejohanan Tarian Singa Sedunia 1998

Genting Highland

Johan

8. Kejohanan Tarian Singa Sedunia 1999

Macau, China

Johan

9. Kejohanan Tarian Singa Sedunia 1999

Pulau Pinang

Johan

10. Kejohanan Tarian Singa Sedunia 2000

Thailand

Johan

11. Kejohanan Tarian Singa Sedunia 2000

Genting Highland

Johan

12. Kejohanan Tarian Singa Sedunia 2002

Genting Highland

Johan

13. Kejohanan Tarian Singa Sedunia 2002

Kuala Lumpur

Johan

14. Kejohanan Tarian Singa Sedunia 2003

Indonesia

Johan

15. Kejohanan Tarian Singa Sedunia 2004

Genting Highland

Johan

Lain-lain pasukan pertubuhan Cina turut merangkul johan dalam pertandingan antarabangsa
tersebut, termasuk:

84

1. Pasukan Singa Xie Ming, Selangor mendapat johan dalam Kejohanan Tarian Singa
Sedunia 1990.
2. Pasukan Wushu Naga dan Singa Nan Hua, Johor mendapat johan dalam Kejohanan Tarian
Singa Sedunia 2003.
3. Pasukan Singa Wei Qun Le, Sungai Buluh, Selangor mendapat johan dalam Kejohanan
Tarian Singa Sedunia 2004 di Hawaii, Amerika Syarikat.

85

Lampiran 3: Permainan Alat Muzik Gendang 24 Ciptaan Asli Warga Malaysia

Gendang 24 ciptaan asli kaum Cina Malaysia adalah suatu bentuk seni persembahan
permainan gendang. Pasukan terdiri daripada 24 pemain, masing-masing dengan sebuah
gendang yang mewakili musim tertentu mengikut kalendar Cina.
Permainan gendang mempunyai asal-usul dan puncanya dalam seni tradisional orang-orang
Cina. Namun di Malaysia, seni permainan gendang adalah sama sekali ciptaan baru. Usaha
pembaharuan cara permainannya bukan sahaja mendapat inspirasi dari seni persembahan
tradisional, malah telah diberi nafas baru dalam penyusunan posisi pemain, gerak dan
lenggok anggota badan serta paduan kesan visualnya.
Gendang 24 bukan seni permainan gendang semata-mata. Ia turut menerapkan seni kaligrafi
dan falsafah pertukaran musim dalam perayaan tradisional kaum Cina. Pada badan setiap
gendang tertulis nama musim dengan bentuk kaligrafi yang cukup berseni. Persembahan
permainan Gendang 24 melambangkan keyakinan, keperkasaan dan semangat tradisi budaya
kaum Cina.
Ringkasnya, permainan Gendang 24 adalah suatu produk budaya baru yang menyepadukan
musim, gendang dan seni kaligrafi, justeru adalah bentuk persembahan yang istimewa dan
unik.
Sejak pasukan pertama ditubuhkan di Johor Bahru oleh Chen Huichong dan Chen Zaifan
pada 12 Jun 1988, kini terdapat sekurang-kurangnya 50 pasukan permainan Gendang 24 di
seluruh negara.
Kini unit pengembangan permainan Gendang 24 di bawah Hua Zong-Badan Penasihat
Kebudayaan Pertubuhan-Pertubuhan Cina Se-Malaysia adalah badan yang bertanggungjawab
mempromosi dan meningkatkan seni persembahan permainan tersebut.
Pada masa kini, permainan Gendang 24 bukan sahaja merupakan satu ikon yang penting
dalam kebudayaan Malaysia, ia juga telah tersebar ke luar negara, termasuk Thailand,
Indonesia, Swiss, Singapura, China, Hong Kong dan sebagainya. Permainan Gendang 24
telah menjadi perantaraan yang penting dalam proses interaksi budaya di dalam dan di luar
negara.

86

Lampiran

4:

Keunikan Kesusasteraan
Kesusasteraan Malaysia

Berbahasa

Cina

dalam

Kerangka

Kesusasteraan Berbahasa Cina (singkatannya Kesusasteraan Mahua) adalah karya sastera


yang dihasilkan oleh penulis Malaysia berketurunan Cina sebagai cerminan kehidupan dan
bentuk pewarisan budaya. Selama ini kesusasteraan Mahua menjadikan masyarakat dan
warga setempat sebagai sasaran khidmatnya, dan adalah satu komponen yang benar-benar
asli dalam kesusasteraan Malaysia.
Kesusasteraan Mahua lahir di negara kita sejak tahun 1911. Demi pertumbuhan dan
kesinambungan yang lebih baik, pertubuhan-pertubuhan Cina negara ini berperanan sebagai
penggiat yang gigih. Atas rasional tersebut, Perayaan Kesusasteraan Mahua mula dianjurkan
sejak tahun 1989. Pada peringkat permulaan, enam buah pertubuhan Cina telah terlibat
menggembleng tenaga untuk menjayakan perayaan tersebut. Perayaan berkenaan diadakan
dua tahun sekali secara berterusan hinggalah masa kini.
Sesudah Hua Zong ditubuhkan pada 1991, ia mulai bertindak sebagai badan pendukung
untuk menyelenggarakan jawatankuasa kerja Perayaan Kesusasteraan Mahua.
Tanggungjawab untuk mendapatkan perbelanjaan juga dipikul oleh Hua Zong.
Sehingga tahun 2004, Perayaan Kesusasteraan Mahua telah masuk ke penggal ke-8, badan
gabungan juga bertambah dari 6 ke 14 buah pada kali ke-8. 14 buah gabungan tersebut ialah:

Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong)

Persatuan Penulis-Penulis Aliran Cina Malaysia

Persatuan Perindustrian dan Perdagangan Tionghua Kuala Lumpur dan Selangor

Persatuan Alumni Universiti Nanyang, Malaya

Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan, Malaysia

Persatuan Alumni Jabatan Pengajian Tionghua Universiti Malaya

Kolej Selatan

Dewan Perhimpunan Cina Selangor

Persekutuan Persatuan Teochew Malaysia

Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia

Persatuan Hokkien Selangor


87

Persatuan Kah Ying Selangor dan Kuala Lumpur

Persatuan Hin Ann Selangor dan Kuala Lumpur

Pertubuhan Kebudayaan Cina Malaysia

Matlamat Perayaan Kesusasteraan Mahua


Penganjuran Perayaan Kesusasteraan Mahua menandakan kesamarataan dan kelestarian
kebudayaan majmuk di negara kita. Matlamatnya untuk memupuk dan mendorong penulis
dan sasterawan menghasilkan karya yang benar-benar mencerminkan kehidupan masyarakat
Malaysia demi memperkaya dan memantapkan lagi kandungan kesusasteraan kebangsaan
serta meninggikan imej sastera kita di peringkat antarabangsa supaya lebih ramai warga asing
mengenali pencapaian pembangunan kemanusiaan kita.
Di samping itu, matlamat Perayaan Kesusasteraan Mahua adalah untuk mendorong lebih
ramai orang terlibat dalam aktiviti persuratan, meningkatkan kualiti kemanusiaan masyarakat
Cina Malaysia demi pembentukan sebuah masyarakat canggih dan bernilai murni.

Anugerah dan Pelbagai Hadiah Sastera Sempena Perayaan Kesusasteraan Mahua


Aktiviti utama Perayaan Kesusasteraan Mahua ialah penyampaian hadiah sastera yang
diberikan oleh badan-badan gabungan, termasuk hadiah bagi kategori puisi, cerpen, esei lirik,
drama, cerpen kanak-kanak dan remaja, kritikan sastera dan sebagainya. Acara kemuncak
ialah Anugerah Tokoh Sastera Mahua yang dikendalikan oleh Persatuan Perindustrian dan
Perdagangan Tionghua Selangor dan Kuala Lumpur. Anugerah tersebut diberikan kepada
penulis-penulis veteran yang telah banyak menyumbangkan jasa kepada perkembangan dan
pemantapan kesusasteraan Mahua. Setakat ini, penganugerahan tersebut telah dilangsungkan
buat kali yang ke-8.
Di antara penerima anugerah tersebut, Wu An dan Nian Hong sudah dikenali oleh masyarakat
umum Malaysia. Misalnya ketokohan Wu An diketahui audiens sastera Melayu melalui
antologi puisi yang telah diterjemah ke bahasa Melayu, berjudul Gelombang. Puisi beliau
turut diterjemah ke bahasa Inggeris.
Bagi Nian Hong, di samping penulisan dalam bahasa Mandarin, beliau turut terlibat dalam
penulisan bahasa Melayu. Puisinya Burung Yang Terbang memenangi Hadiah Karya
Sastera 1971. Selain penciptaan asli, beliau juga berkecimpung dalam bidang terjemahan
karya Mahua-Melayu. Beberapa buah kumpulan yang telah dihasilkan ialah Layang-Layang
Putus Tali, Isyarat, Tabung Sudah Pecah dan sebagainya. Dalam aktiviti berpersatuan pula,
88

selain menjawat penting dalam beberapa persatuan penulis aliran Cina, beliau turut mewakili
Persatuan Penulis-Penulis Aliran Cina Malaysia sebagai ahli jawatankuasa Majlis Penulis
Pelbagai Kaum. Usaha-usaha beliau bukan sahaja menyumbang kepada persefahaman antara
kaum dan interaksi budaya Mahua-Melayu, malah melayakkan kesusasteraan Mahua
ditempatkan dalam kerangka kesusasteraan nasional/Sastera Negara.
Hua Zong juga menyediakan Anugerah Penulis Muda Malaysia. Dua daripada penerima
anugerah, Chong Yee Voon dan Chan Tah Wei telah banyak memenangi hadiah sastera
utama di Taiwan, Singapura, Hong Kong dan China, sekali gus mengharumkan nama negara
di persada kesusasteraan antarabangsa.

89

You might also like