You are on page 1of 3

RUMUSAN

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bahan 1: Petikan

Jerebu ialah keadaan kehadiran partikel terampai di atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk,
dan zarah di dalam keadaan udara kering. Pada amnya fenomena jerebu juga berpunca
daripada pencemaran udara. Masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia melalui
pembakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam sekitar
seperti yang dilakukan di Kalimantan dan Indonesia akhir-akhir ini telah menyebabkan masalah
jerebu di negara kita.

Selain itu, pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti
kawasan perindustrian yang menggunakan minyak dan arang batu sebagai bahan api. Selain itu
bahan-bahan pencemar juga dilepaskan daripada proses-proses yang terdapat di dalam industri
seperti industri petrokimia dan industri kuari. Selain itu, asap hasil dari pertambahan bilangan
kenderaan di jalan raya juga menyebabkan pertambahan asap-asap di kawasan sekitarnya.

Jerebu boleh menjejaskan kesihatan manusia serta binatang dan boleh membantutkan
tumbesaran tumbuhan. Kesan kesihatan manusia yang paling ketara ialah terhadap sistem
pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, nemonia dan penyakit-
penyakit yang berkaitan dengan jantung. Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan
jarak penglihatan yang membawa kepada risiko kemalangan seperti kapal terbang dan kapal
laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin besar.

Selain itu, jerebu juga memberikan kesan kepada sektor pertanian kerana menghalang
kemasukan cahaya matahari yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan proses
fotosíntesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan pendebungaan, dan penghasilan buah
berkurangan. 

Sumber: http://geografialamsekitar.blogspot.com/2010/07/jerebu.html
Bahan 2: Grafik
BORANG ANALISIS RUMUSAN

PENDAHULUAN
Rumusan membincangkan

BAHAN 1
FOKUS 1 FOKUS 2

BAHAN 2
FOKUS 1 FOKUS 2

KESIMPULAN
Kesimpulannya, (tema + cadangan + harapan)
Kesimpulannya, ……….

You might also like