You are on page 1of 4

SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ)

MENGENAI PERGERAKAN DI DALAM KAWASAN PERINTAH KAWALAN


PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

SOALAN AM

1. Kenapa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diisytiharkan di


Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan
Putrajaya?

Atas nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta mengambil


kira peningkatan konsisten penularan kes yang berlaku, termasuk di kawasan
Lembah Klang iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah
Persekutuan Putrajaya.

2. Apakah implikasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kepada


orang ramai?

Mengikut Standard Operating Prosedur (SOP) di bawah PKPB, pergerakan


rentas negeri atau daerah di kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan. Walau
bagaimanapun, pengecualian dengan kebenaran PDRM diberi kepada
pergerakan rentas negeri atau daerah bagi tujuan perubatan, kecemasan,
kematian dan sebagainya.

3. Apakah maksud rentas negeri atau daerah?

Rentas negeri adalah melibatkan pergerakan dari satu negeri ke negeri lain,
manakala rentas daerah adalah pergerakan dari satu kawasan pentadbiran
daerah ke kawasan pentadbiran daerah lain.

4. Apakah maksud kawasan pentadbiran daerah?

4.1 Kawasan pentadbiran daerah Negeri Selangor merujuk kepada (9)


kawasan persempadanan pentadbiran Pejabat Daerah Dan Tanah iaitu:-

4.1.1 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam


4.1.2 Pejabat Daerah Dan Tanah Klang
4.1.3 Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Langat
4.1.4 Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat
4.1.5 Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Selangor
4.1.6 Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Selangor

1
4.1.7 Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak
4.1.8 Pejabat Daerah Dan Tanah Petaling
4.1.9 Pejabat Daerah Dan Tanah Sepang

4.2 Kawasan pentadbiran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merujuk kepada


kawasan persempadanan pentadbiran Pejabat Pengarah Tanah dan
Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

4.3 Kawasan pentadbiran Wilayah Persekutuan Putrajaya merujuk kepada


kawasan persempadanan pentadbiran Pejabat Pengarah Tanah dan
Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya.

5. Apakah pergerakan yang mendapat pengecualian dengan kebenaran


PDRM untuk pergerakan rentas negeri atau daerah di kawasan Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)?

5.1 Bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan / keperluan asas, perubatan


atau urusan kecemasan di dalam daerah yang sama, tiada keperluan untuk
mendapatkan kebenaran PDRM. Sekiranya pergerakan tersebut
melibatkan pergerakan rentas negeri atau daerah, hendaklah terlebih
dahulu mendapatkan kebenaran PDRM.

5.2 Bagi tujuan pergi dan balik dari tempat kerja, hanya perlu menunjukkan pas
pekerja atau surat pengesahan daripada majikan semasa pemeriksaan
PDRM.

5.3 Bagi tujuan pergerakan udara melalui KLIA / KLIA2 / Lapangan Terbang
Subang, hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran PDRM.

6. Berapakah kapasiti penumpang di dalam kenderaan yang dibenarkan di


dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)?

6.1 Hanya 2 orang sahaja dibenarkan dalam satu kenderaan untuk keluar bagi
tujuan mendapatkan bekalan makanan / keperluan asas, perubatan dan
lain-lain keperluan serta menjalankan aktiviti sosial.

6.2 Pergerakan bagi tujuan kecemasan, jumlah penumpang adalah


bergantung kepada situasi kecemasan.

6.3 Pergerakan kenderaan persendirian atau syarikat bagi tujuan pergi dan
balik dari tempat kerja adalah bergantung kepada kapasiti tempat duduk
kenderaan tersebut.

2
6.4 Perkhidmatan teksi / e-hailing, maksimum hanya 2 orang penumpang
sahaja dibenarkan.

6.5 Jumlah bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan bagi tujuan
membawa barang dan perkhidmatan perlu serta rantaian aktiviti ekonomi /
industri adalah bergantung kepada lesen pendaftaran perdagangan
kenderaan.

7. Apakah maksud urusan kecemasan?

Urusan kecemasan bermaksud urusan bagi tujuan rawatan, pengurusan jenazah


dan lain-lain urusan atas budi bicara Ketua Polis Balai.

8. Apakah langkah-langkah untuk mendapat kebenaran PDRM untuk


pergerakan rentas negeri atau daerah di kawasan Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB)?

8.1 Mengisi (2) salinan Borang Permit Pergerakan PKPB yang boleh diperolehi
di dalam Facebook Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Facebook Polis
Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police).

8.2 Hadir ke mana-mana Balai Polis yang berhampiran bersama-sama (2)


salinan Borang Permit Pergerakan PKPB yang telah diisi untuk
mendapatkan kebenaran daripada Ketua Polis Balai.

8.3 Menyimpan sesalinan Borang Permit Pergerakan PKPB yang telah


diluluskan untuk tujuan pemeriksaan PDRM sepanjang pergerakan.

Nota 1: -
Individu boleh membuat permohonan awal dari tarikh pergerakan.

Nota 2: -
Bagi individu yang tidak mempunyai akses internet atau kemudahan cetak, boleh
mendapatkan Borang Permit Pergerakan PKPB di mana-mana Balai Polis yang
berhampiran.

3
9. Apakah syarat-syarat bagi kenderaan yang perlu lintas lalu kawasan
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)?

9.1 Pergerakan kenderaan dari luar kawasan PKPB yang lintas lalu kawasan
PKPB, hendaklah mendapatkan kebenaran PDRM di mana-mana Balai
Polis berhampiran.

9.2 Bilangan penumpang adalah bergantung kepada kapasiti tempat duduk di


dalam kenderaan tersebut.

Contoh: -
Pergerakan dari Negeri Sembilan ke Perak yang perlu merentasi Kuala Lumpur
dan Selangor, individu hendaklah mendapatkan kebenaran PDRM dari mana-
mana Balai Polis di mana pergerakan tersebut akan dimulakan.

10. Adakah individu yang berada di luar kawasan PKPB dibenarkan untuk
pulang ke rumahnya yang berada di dalam kawasan PKPB?

Ya. Individu tersebut dibenarkan untuk pulang ke rumahnya dengan syarat


mendapatkan kebenaran PDRM dari mana-mana Balai Polis berhampiran di
mana pergerakan tersebut akan dimulakan.

11. Adakah Person Under Investigation (PUI) yang selesai / tamat tempoh
kuarantin di Pusat-Pusat Kuarantin perlu mendapatkan kebenaran PDRM
untuk balik ke rumah?

Tidak perlu. PUI hendaklah menunjukkan surat pelepasan kuarantin yang


dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) semasa
pemeriksaan PDRM.

15 OKTOBER 2020

You might also like