You are on page 1of 24

GAYA HIDUP SIHAT MELALUI PEMAKANAN:

KAJIAN TERHADAP PENULISAN ULAMA-ULAMA NUSANTARA


DALAM KITAB JAWI

INSTITUT PENGURUSAN PENYELIDIKAN


UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM, SELANGOR
MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH :
DR. MOHD ASMADI YAKOB
PROF. MADYA ZAKARIA MUSTAFFA
MOHD. TAKIYUDDIN HJ. ffiRAHIM

APRIL 2011

COPYRIGHT © UiTM
GAYA HIDUP SIHAT MELALUI PEMAKANAN:
KAJIAN TERHADAP PENULISAN ULAMA-ULAMA NUSANTARA
DALAM KITAB JAWI

DISEDIAKAN OLEH :

DR. MOHD ASMADI YAKOB


PROF. MADYA ZAKARIA MUSTAFFA
MOHD. TAKIYUDDIN HJ. IBRAHIM

APRIL 2011

COPYRIGHT © UiTM
Universiti Teknologi MARA
セHIUP Shah ,\1,1m, Sdangor, MALAYSIA
Tel: ('6Il3) 5544 2365/2650/2670
Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam
Faks: (-603)55442668
Centre/or Islamic Thought and Understanding (ClTU) E-nwl: IiItV:/lcilu.uitm.edu.my

セZ
Perdana Menteri

- Rセ Xセ
Tarikh : 18 April 2011
No. Fail Projek : 600-RMI/SSPDANA 5/3/Dsp (236/2009)

Penolong Naib Canselor (Penyelidikan)


Institut Pengurusan Penyelidikan
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam

Assalamualaikum w.r.t.,

Ybhg. Prof.

LAPORAN AKHIR PENYELIDIKAN "GAYA mDUP sJiiAT MELALUI


PEMAKANAN: KAJIAN TERHADAP PENULISAN ULAMA-ULAMA
NUSANTARA DALAM KITAB JAWI"

Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini disertakan 2 (dua) naskhah laporan
akhir penyelidikan dan sekeping CD bertajuk "Gaya Hidup Sihat Melalui Pemakanan:
Kajian Terhadap Penulisan Ulama-Ulama Nusantara Dalam Kitab Jawi" oleh
kumpulan penyelidik dari Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam untuk makluman
pihak Yg. Berbahagia Prof.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Yang benar.

ェセイ
DR. MOHD ASMADI YAKOB
Ketua
Projek Penyelidikan.

ISO 9001 : 2000 No. SijiJ KLR 0404084

COPYRIGHT © UiTM
Rujukan Kami 600-RMI/SSPDANA 5/3/Dsp (236/2009)
Qi セ
セ[ヲ セ セ
(vIARA
Tarikh 20 Januari 2010
PEMENANG{
Anugerah Kualit! \.
Perdana Menter.
En Moh Asmadi bin Yakob 20 08 -
Ketua Projek
イM M NM セ M
En Mohd Takiyuddin bin Hj Ibrahiim
Ahli Projek . I

En Zakaria Mustaffa
Ahli Projek
': j. . " - , , .. . •

Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU)


UiTM KAMPUS PUNCAK ALAM

Tuan

KELULUSAN PERMOHONAN DANA KECEMERLANGAN FASA 03/2009


TAJUK PROJEK : GA YA HIDUP SIHAT MELALUI PEMAKANAN: KAJIAN
TERHADAP PENUUSAN ULAMA-ULAMA NUSANT ARA DALAM KITAS JAWI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dengan sukacitanya, Institut Pengurusan Penyelidikan (RMI) mengucapkan tahniah


kepada tuan kerana telah berjaya ditawarkan Geran Dana Kecemerlangan bagi projek
penyelidikan tersebut tertakluk kepada syarat-syarat dalam lampiran.

Tempoh projek penyelidikan ini ialah satu (1) tahun, iaitu bermula 01 Januari 2010
hingga 31 Disember 2010. Peruntukan yang diluluskan ialah sebanyak RM5,OOO.OO
sahaja bagi Kategori C. Tuan diminta mengemukakan kertas cadangan penyelidikan
beserta bajet yang baru seperti yang dicadangkan dan bersesuaian dengan jumlah
kelulusan yang telah diluluskan.

Sekian , harap maklum dan terima kasih.

"SELAMAT MENJALANKAN PENYEUDIKAN DENGAN JAYANY A"

s.k. 1: pセi Zャq。イィ L Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) ,


UiTM SHAH ALAM
2. Puan Rosnani Abdul Razak, Penolong Bendahari
Unit Kewangan Zon 17 (Penyelidikan)

Penolong Na ib Canselor IPenyelidikan) : 6 0 3-5 5 4 4 2 09412 095 1 Bahagian Penerbltan : 6 0 3 -5 544 1425 / 5544274 7 I' ' Penolong Pentadblran : 603 -5 544205
BahagiAn PenyeUdlkan : 603 -5 544 2097/2091 /2098/5 5 21 1462 Bahagian Sokongan ICT : 6 0 3-55 44 3097 / 21 04 1552 1 14 61 Fax : 6 0 3 -5 544 205
Bahagian Perundingan : 603-5 544 210012753/2092 . Bahaglan Sains : 6 0 3-5 544 209 8/5 52 1 1463 Unit Kewangan Zan 17 : 6 0 3 -5 5 4 4 341
Bahagian Inovasl : 60 3-5 54 42 75 0/2 747 Pejabat Am : 6 0 3 · 5 544 209 31110 1/ 20 57 /2 5 59 : 603 ·552 1 131

"
'1
Lセ セ R e sea rc h M an a g e m e n t In st itut e ( RM I) U n l 'l e r sltl T e kno logi M A RA , 40450 Sh ah A l a rn . M ala y s i a セ
. ".' Lセ セ 11 r t p / / w W セ GO , m I u , t m . e du m y セ
t セ - - 0::;:..'" 1'>0 .. 1 I: J セ • セGャ 1

COPYRIGHT © UiTM
Ruj. Kami 600-RMI/SSP/DANA 5/3/Dsp (236/2009)
Tarikh Hセ Januari 2011 PEMENANG
Anugerah Kualiti
Perdana Menteri

Dr Mohd Asmadi Yakob


2': :::8
Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam

Tuan

KELULUSAN PERMOHONAN PELANJUTAN TEMPOH PENYELIDIKAN KALI PERTAMA


Gaya Hidup Sihat Melalui Pemakanan : Kajian Terhadap Penul isan
Tajuk Projek Ulama-ulama Nusantara Dalam Kitab Jawi
Kod Projek 600-RMI/SSPIDANA 5/3/Dsp (236/2009)
Ketua Projek Dr Mohd Asmadi Yakob

Dengan segala hormatnya , perkara di atas adalah dirujuk.

2. Institut Pengurusan Penyelidikan (RMI) telah menerima dan meluluskan permohonan


pelanjutan tempoh penyelidikan kali pertama daripada tuan mula i 01 Januari 2CH 1 sehingga
31 Mac 2011 selama tiga (3) bulan sahaja. Pihak tuan juga perlu menyiapkan dan menamatkan
projek penyelidikan di da lam tempoh terse but

'1 Sehubungan itu. RMI berharap dengan pelanjutan tempoh penye lidikan in; dapat membantu
tua n dalam menghas ilkan projek penyelidikan yang lebih baik dan lancar mengikut garis panduan
yang telah ditetapkan dalam surat kelulusan RMI sebelum ini.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

" SELAMAT MENJALANKAN PENYELIDIKAN DENGAN JAYANYA"

s.k.:

1. Pengarah, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Shah Alam

2. Pn Rosnani Abdul Razak, Penolong Bendahari Kanan,


Unit Kewangan Zon 17, UiTM Shah Alam

IRS..

Penolong Na ib Ca nse lo r IPenyelldlkan) : '>03 . 55.14 2094 12095 1' Bahaglan Pene rb lt an : 603 ·5 5 44 14 25127 8 5
Bahaglan Penyelldlkan : 60 3-55 44 209 7/ 2 0 9 1/ 21 0 1 / 55 2 1 146 2 Bahaglan Sokongan ICT : 6 0 3· 5544 309 712 10 4 / 5 52 1 14 6 1
I Pe no lo ng Pentadbl r an : 603 -5 54 4 2090
Fax : 6 0 3-554 4 209 61276 7
Bahaglan Perundlngan : 603· 5 544 2 10 0/278 7 1209 2 120 9 3 Bahaglan Salns : 6 0 3 -5 54 4 20 9 8 15 521 14 6 3 Un it Kewangan Zon 17 : 6 0 3 -5 5 4 4 3404
Bahaglan Inova s l : 6 0 3 ·5 544 275 0 12747 12748 ·Pejabat Am : 6 0 3-5 5 4 4 25 59 120 57 155 2 1 16 3 6 : 6 0 3-5 5 2 1 13 86


セ r セウ・ jイ」G " ) 0 GセNッョ エ I n s t i tu te i r セ Gi
LJ OlJe 'S! t , Te k n ol o gl MARA . 4 04 5 0 S h a h Al a m, S e la n q o r M dl ay Sia セセ
セ h r : p " ' 171 I U I t rl e dum I Gィ セZ B .' .., セN セ
COPYRIGHT © UiTM
DEKLARASI
AHLI -KUMPULAN PROJEK

Adalah diperakui dengan ini bahawa tiada sebarang bahagian daripada laporan ini pemah
diserahkan sebagai laporan penyelidikan kepada mana-mana agensi.

セ セ .

DR. MOHD ASMADI YAKOB


Ketua Penyelidik
Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam
UiTM Shah Alam

PROF. MADYA ZAKARIA MUSTAFFA


Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam
UiTM Shah Alam

........ エ⦅セZᄋMG ; ..

MOHD. TAKIYUDDIN HJ. IBRAHIM


Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam
UiTM Shah Alam

COPYRIGHT © UiTM
PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan


kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
bagi membolehkan penyelidikan ini disiapkan dengan sempuma.

Diantaranya :

Prof. Madya Dr. Muhamad Rahimi Osman


(Pengarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU))

Prof. Madya Baharuddin Sayin


(Koordinator Penyelidikan Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU))

Syahadatul Hafizah binti Abddullah


(Calon Sarjana Universiti Malaya)
dan

Semua pihak yang terlibat memberikan kerj asama dan sokongan di dalam
menjayakan penyelidikan ini

II

COPYRIGHT © UiTM
INDEKS KANDUNGAN

INDEKS HALAMAN

DEKLARASI
PENGHARGAAN II

INDEKS KANDUNGAN III

DAFTAR LAMPlRAN- VI

ABSTRAK VII

BAR SATU : LATAR BELAKANG KAJIAN


1.1 Pendahuluan
1.2 Pengertian tajuk 2
1.3 Skop kajian 3
1.4 Objektif kajian 4
1.5 Sorotan kajian lepas 4
1.6 Kepentingan kajian 6

1.7 Metodologi kajian 7


1.8 Kesimpulan 7

BAB DUA: KONSEP GAYA HIDUP SIHAT MENURUT ISLAM


2.1 Pendahuluan 8
2.2 Pengertian 'Konsep Gaya Hidup Sihat' 8
2.3 Pembahagian Gaya Hidup Sihat 9

2.3.1 Amalan Spiritual 9


2.3.2 Melalui Aktiviti Fizikal 11
2.3.3 Melalui Pemakanan 12
2.3.4 Melalui Amalan Sosial 14
2.3.5 Amalan dalam kehidupan seharian 15
2.4 Kesimpulan 16

III

COPYRIGHT © UiTM
BAB TIGA: KONSEP GAYA mmn- SIHAT MELALUI PEMAKANAN MENURUT
PERSPEKTIF ISLAM
3.1 Pendahuluan ]7
3.2 Konsep Gaya Hidup Sihat Melalui Pemakanan Menurut Islam ]7
3.3 Makanan dan kesannya kepada manusia ]9
3.3.] Memberikan ketenteramanjiwa. ]9
3.3.2 Membina sikap dan semangat juang tinggi 20
3.3.3 Dapat membersihkan hati dan menjaga lidah 20
3.3.4 Doanya dimakbulkan 20
3.4 Islam dan amalan pemakanan sihat 22
3.4.1 Halal dan haram dalam pemakanan 23
3.4.2 Pengharaman Arak 24
3.4.3 Pengharaman Bangkai 26
3.4.4 Pengharaman Darah 27
3.4.5 Pengharaman Khinzir 28
3.4.6 Makanan Baik dan Seimbang 29
3.4.7 Kepentingan Air kepada kesihatan 30
3.4.8 Pengambilan makanan tambahan 31
3.4.9 Makanan Syubhah 37
3.4.10 Cara makan menurut Sunnah 38
3.4-.11 Puasa 39
3.5 Kesimpulan 41

BAD EMPAT: DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS KITAB-KITAB JAWI


4.1 Pendahuluan 43
4.2 Kitab Sabil al-Muhtadin 43
4.2.1 Biodata Pengarang 43
4.2.2 Pengenalan Kitab 44
4.2.3 Analisis Kitab 46

IV

COPYRIGHT © UiTM
4.3 Kitab Bidayah al-Mubtadi' 57
4.3.1 Biodata Pengarang 57
4.3.2 Pengenalan Kitab 58
4.3.3 Analisis Kitab 58

4.4 Kitab Siyar al-Salikin 61


4.4.1 Biodata Pengarang 61
4.4.2 Pengenalan Kitab- 62
4.4.3 Analisis Kitab 64

4.5 Kitab Hidayah al-Salikin 67


4.5.1 Biodata Penulis 67
4.5.2 Pengenalan Kitab 67
4.5.3 Analisis Kitab 68

4.6 Kitab Bahr al-Madhi 69


4.6.1 Biodata Pengarang 69
4.6.2 Pengenalan Kitab 71
4.6.3 Analisis Kitab 72
4.7 Kesimpulan 76

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN


5.1 Pendahuluan 77
5.2 Rumusan 77
5.3 Cadangan 79

BIBLIOGRAFI 80
LAMPlRAN

COPYRIGHT © UiTM
DAFTAR LAMPIRAN

INDEKS MAKLUMAT

LAMPIRAN A Sampel Kitab Sabil al-Muhtadi


LAMPIRAN B Sampel Kitab Bidayah al Mubtadi'
LAMPIRANC Sampel Kitab Siyar al-Salikin
LAMPIRAND Sarnpel Kitab Hidayah al-Salikin
LAMPIRANE Sampel Kitab Bahr al-Madhi

vi

COPYRIGHT © UiTM
ABSTRAK

Gaya hidup sihat merupakan satu tuntutan kepada semua manusia. Gaya hidup manusia secara
sihat bukan sahaja memberikan kebaikan kepada dirinya sendiri bahkan ianya memberikan kesan
yang besar kepada kecemerlangan tamadun itu sendiri. Menyedari hakikat ini, Islam amat
menekankan kepentingan gaya hidup secara sihat agar umatnya terhindar daripada penyakit bagi
melestarikan pembangunan tamadun.

Jesteru itu kajian ini akan membincangkan konsep gaya hidup sihat menurut pandangan Islam
dengan memberi penumpuan kepada amalan pemakanan. Di samping itu, kajian ini juga
memfokuskan kepada penulisan kitab-kitab jawi. Penyelidikan ini tidak merangkumi semua
kitab jawi, sebaliknya hanya lima kitab sahaja yang dipilih sebagai sampel kajian. Kitab-kitan
tersebut ialah Sabil al-Muhtadin, Bidayah al-Mubtadi', Siyar al-Salikin, Hidayah al-Salikin dan
Bahr al-Madhi.

Beberapa penemuan yang signikan berdasarkan kajian ini, antaranya penyelidik belum menemui
sebuah kitab khusus tentang gaya hidup sihat atau amalan pemakanan sihat. Namun begitu
penulisan tentang pemakanan biasanya ada dalam kitab-kitab jawi terutamnya kitab fekah,
tasawwuf dan kitab hadith.

Perbahasan tentang pemakanan dalam kitab-kitab jawi kebanyakannya hanya tersebut berlegar-
legar tentang beberapa aspek dan persoalan yang agak sarna. Antaranya adalah soal hukum
sesuatu makanan, adab makan dan minum termasuklah celaan kepada mereka yang tidak
menjaga perut. Perbahasan tersebut juga kebanyakannya disandarkan kepada Rasulullah SAW
sebagai the best role model.

VII

COPYRIGHT © UiTM
BABSATU
LATAR BELAKANG
KAJIAN

COPYRIGHT © UiTM
BABSATU
LATAR BELAKANG KAJIAN

1.1 Pendahuluan
Kesihatan merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Insan yang sihat
pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan
negara. Justeru, kesihatan yang normal.haruslah dianggap sebagai satu aset yang paling
berharga yang perlu kita miliki dan seterusnya kita nikrnati. Untuk mengabaikan walau
hanya sebahagian kecil daripada aspek kesihatan kita yang normal, sarna ada dari
sekecil-kecil satu sel, akan mengakibatkan segala sistemnya terjejas bahkan mungkin
tergendala. Ini kerana, semua organ-organ dalam badan kita saling bergantung dan
berfungsi secara kolektif. 1 Justeru, kita dikatakan sihat bila semua bahagian badan kita ini
berfungsi dengan baik.

Terdapat ban yak sekali tips, kajian, petua mahupun perbahasan tentang soal gaya
hidup sihat ini. Melihat kepada kepentingan dan signifikannya, ia telah pun dibincangkan
sejak dan dahulu lagi. Menyorot pula ke hari ini, ia semakin hangat dibincangkan.
Kajian-kajian barn ini malah turut dilengkapi dengan fakta kes, analisis, pembuktian,
perkaitan dan sebagainya. Malah, penemuan-penemuan barn berkaitan bidang ini juga
masih banyak dilakukan.

Kesihatan merupakan satu daripada anugerah Allah s.w.t yang tidak ternilai
kepada manusia. Kesihatan yang baik adalah berpunca daripada pelbagai faktor dan salah
satu faktor yang terpenting ialah faktor pemakanan. Dalam Islam, aspek pemakanan amat
dititikberatkan kerana daripadanya tubuh badan manusia itu terbina. Islam mengarahkan
umatnya agar makan makanan yang baik dan halal sahaja dan mengharamkan beberapa
jenis makanan tertentu seperti daging babi, arak, bangkai dan sebagainya.

I Sistem badan terbina dati atom, sel, tisu, organ, sistem organ dan akhimya organisma itu sendiri.
Semuanya mempunyai hubungkait dan pertalian yang rapat antara satu sarna lain.
http://www.scribdcom/doc/17063143/pengenalan-anatomi-dan-fisiologi

COPYRIGHT © UiTM
Di samping itu, Islam juga menganjurkan pelbagai amalan dan kaedah tertentu
dalam aspek pemakanan khususnya bagi penjagaan kesihatan. Perkara ini banyak
dijelaskan oleh para ulama dalam kitab-kitab mereka. Antara kitab yang menjelaskan
perkara tersebut ialah kitab a!-Tibb al-Nabawi oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah serta kitab-
kitab syarah hadith, fiqh dan juga kitab tasawwuf.

Penjelasan mengenai pemakanan juga turut disampaikan oleh ulama-ulama


Nusantara dalam kitab-kitab Jawi. Namun begitu, kita tidak mengetahui sejauh mana
penulisan tersebut dan adakah terdapat ban yak penulisan yang dilakukan berkenaan
persoalan ini. Justeru itu, kajian ini secara khususnya akan mengumpulkan penulisan-
penulisan tersebut dalam satu tempat serta membuat analisis terhadapnya.

1.2 Pengertian Tajuk


Tajuk kajian ini adalah 'Gaya Hidup Sihat Melalui Pemakanan: Kajian terhadap
Penulisan Ulama-ulama Nusantara da/am Kitab Jawi ', Oleh itu, beberapa istilah-istilah
yang perlu mendapat penjelasan adalah seperti berikut.
"Gaya bidup sibat":
Gaya mempunyai banyak maksud namun yang paling hampir dalam konteks ini
adalah 'eara membuat sesuatu, terutamanya yang menjadi eiri sesuatu zaman atau
seseorang'f, Sihat pula bermaksud tidak menghidap sebarang penyakit, dan dalam
keadaan yang baik'. Seeara ringkasnya, ia bermaksud amalan seharian manusia
yang boleh membawa kepada kesihatan. Huraian selanjutnya akan dikupas dalam
babdua.
"Pemakanan":
Pemakanan diertikan sebagai jenis-jenis makanan yang lazimnya dimakan atau
ditentukan untuk dimakan, dan juga dapat diertikan sebagai perbuatan makan 4 itu
sendiri. Perkara ini akan dihuraikan dalam Bab 2.

2 Kamus Dewan Edisi Keempat Cetakan Kedua (2007), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal.
440
3 Ibid, hal. 1490
4 Ibid, hal. 982

COPYRIGHT © UiTM
"Penulisan Ulama-ulama Nusantara":
5
Ulama bermaksud orang yang ahli (pakar) dalam pengetahuan agama Islam.
Penulisan Ulama Nusantara pula bermaksud hasil tulisan ulama-ulama di
Kepulauan Melayu meliputi Malaysia, Indonesia, Selatan Thailand, Brunei dan
Selatan Filipina. Persoalan ini akan dikaji dalam Bab 3 dan juga Bab 4.
"Kitab Jawi":
Kitab Jawi juga kadang-kadang disebut dengan nama kitab kuning kerana
kebiasaan kertasnya berwama kuning.. Ianya adalah teks klasik yang dikarang
dalam tulisan jawi oleh ulama-ulama Nusantara.

1.3 Skop Kajian


Skop kajian ini ialah:
I. Kajian ini dibataskan kepada pendekatan agama Islam terhadap aspek pemakanan
yang menjadi teras bagi menjamin kesihatan manusia.
II. Kajian ini dibataskan kepada kitab-kitab jawi tertentu yang membincangkan aspek
pemakanan. Kitab-kitab tersebut ialah:
a. Kitab Sabil al-Muhtadin li Tafakkur fi Amru al-Din oleh Syeikh Muhammad
Arsyad bin Abdullah al-Banjari.
b. Kitab Bidayah al Mubtadi' wa Umdah al-Aulad oleh Syeikh Muhammad
Arsyad bin Abdullah al-Banjari.
c. Kitab Siyar al-Salikin I/a lbadah Rabb al-Alamin oleh Syeikh Abdus Samad al-
Jawi al-Palembani.
d. Kitab Hidayah al-Salikin fi SuZuki Maslakil Muttaqin oleh Syeikh Abdus Samad
al-Jawi al-Palembani.
e. Kitab Bahr al-Madzi (Syarah Mukhtasar Sahih at-Tirmidzi) oleh Muhammad
Idris al-Marbawi.

5 Ibid, hal. 1759

COPYRIGHT © UiTM
1.4 Objektif Kajian
Sesuai dengan matlamat sesuatu kajian dilakukan, kajian ini juga mempunyai
beberapa objektif penting yang ingin dicapai iaitu:
I. Mengkaji pendekatan agama Islam dalam aspek pemakanan bagi membentuk gaya
hidup yang sihat.

II. Mengkaji kitab-kitab jawi karangan ulama Nusantara yang berkaitan dengan
pemakanan yang sihat.

Ill. Membuat tahqiq, takrij dan analisis terhadap hadith, pendapat dan sebagainya.

IV. Mengkaji kemungkinan terdapat manuskrip tertentu yang pernah dihasilkan bagi
membincangkan aspek pemakanan sihat.

1.5 Sorotan Kajian Lepas


Berdasarkan carian perpustakaan, penyelidik mendapati sudah banyak kajian
tentang kitab jawi, tetapi penyelidikan tersebut belum memberi penumpuan terhadap
gaya hidup sihat melalui amalan pemakanan. Pengkaji-pengkaji terdahulu lebih
memfokuskan kajian dalam aspek agama semata. Antara kajian yang pernah dilakukan
ialah:
i. Fauzi Deraman, 1997, Kedudukan Hadith dalam Kitab Jawi : satu kajian terhadap
karya-karya Syeikh Dawud bin Abdullah AI-Fataniy, Thesis (ph.D.), Bahagian
Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

ii. Rabiah Alawiah Mukhtar,1997, Pengaruh AI-Jabariyyah di Malaysia: satu kajian


menurut beberapa buah kitab jawi, Academic exercise (B.A.), Fakulti Usuluddin,
Akademi Islam, Universiti Malaya.

iii. Faudzinaim Haji Badaruddin, 2002, Peranan kitab Jawi sebagai medium penyebar
pemikiran ulama-ulama timur tengah ke kepulauan Melayu Indonesia dari sudut
pandang kitab-kitab tasawwuf, Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu (Ke-2 :

COPYRIGHT © UiTM
8-15 Okt 2002 : Beijing, China) / penyusun, Abdullah Hassan (Kuala Lumpur
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002).

IV. Ismail Hamid, 1997, Kitab Jawi : intellectualizing literary tradition, Islamic
civilization in the Malay world, edited by Mohd. Taib Osman (Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka and the Research Centre for Islamic History, Art and
Culture, Istanbul.

v. Wan Mohd. Shaghir Abdullah, 1997, Tulisan Melayu/Jawi dalam manuskrip dan
kitab bercetak : Suatu analisis perbandingan, Tradisi penulisan manuskrip Melayu
(Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

vi. Abu Hassan Sham, 1998, Kitab jawi berunsur tasawuf dan pengajiannya di Temerloh,
Pengajian sastera dan sosiobudaya Melayu memasuki alaf baru, editor Hashim
Awang AR, Zahir Ahmad, Zainol Abidin Borhan. (Kuala Lumpur : Akademi
Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

vii. Hasbullah Mohamad, 2002, Hadith-hadith akidah di dalam kitab-kitab jawi: Tumpuan
kepada Kitab "Aqidah al-Najin, Dissertation (M.Usuluddin), Jabatan Akidah dan
Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

vm. Mohd Nor bin Ngah, 1983, Kitab Jawi: Islamic Thought of the Malay Muslim
Scholars, Nota Kajian dan Kertas Perbincangan, No. 33, Institut Kajian Asia
Tenggara (Institute of Southeast Asian Studies)

ix. Ismail Hamid, 1997, Kitab Jawi: Intellectualizing Literary Tradition, Islamic
Civilization in the Malay World (Edited by Mohd Taib Othman), Dewan Bahasa dan
Pustaka dan Pusat Kajian Sejarah, Seni dan Budaya Islam Istanbul

Berdasarkan kajian perpustakaan tersebut, penyelidik mendapati terdapat ruang yang luas
untuk penyelidik membuat penyelidikan terhadap tajuk ini.

COPYRIGHT © UiTM
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan iaitu;
Kepentingan kepada masyarakat
Aplikasi harian: Dari hasil kajian, maka anal isis dapat dilakukan. Seterusnya,
segal a pengetahuan dan ilmu yang terdapat dalam kitab-kitab jawi tersebut, dapat
disebarkan untuk gunaan dan aplikasi di kalangan masyarakat.

Kepentingan Peogajian Keagamaan


a) Martabat Islam: Secara tidak langsung, kajian ini akan menonjolkan
kesyumulan Islam yang menyeluruh dalam segenap aspek kehidupan. Ini
bermaksud, Islam tidak hanya berlegar dalam ruang lingkup ibadah sahaja
bahkan ia menempati seluruh ruang kehidupan, seperti pemakanan dan
pelbagai lagi.

b) Martabat pengajian agama: Kebiasaannya, kajian agama dikatakan sebagai


bidang kajian yang mudah dan stereotaip. Ini menyebabkan ramai orang yang
bersikap pesimis dan memandang rendah kepada kajian keagamaan. Justeru,
melalui kajian ini, dapatlah membuka mata masyarakat dan juga pihak-pihak
tersebut tentang kajian keagamaan yang dapat dihubungkan dengan kajian
sains, psikologi dan sebagainya.

c) Kajian kitab jawi: Biasanya, kajian kitab jawi adalah berlegar-legar di sekitar
kajian martabat hadith, sosiobudaya, dan persoalan inti aqidah serta fiqh,
Jarang sekali yang ada menyentuh khusus tentang sesuatu topik yang telah
dikecilkan. Justeru, dengan kajian seumpama ini, akan lebih meluaskan
dimensi kajian kitab jawi yang sering dipandang sepi.

Kepentingan Literatur
a) Sumbangan tokoh Islam: Kehebatan ulama-ulama Nusantara dalam semua
bidang, termasuk juga dalam bidang pemakanan. Seterusnya, kajian
seumpama ini akan dapat memperbanyakkan lagi khazanah penyelidikan

COPYRIGHT © UiTM
berkaitan dengan sumbangan tokoh ilmuwan dalam dunia Islam khususnya
rantau Nusantara, .dalam bidang-bidang seperti fiqh, tasawwuf dan pelbagai
lagi spektrnm yang lebih luas.

1.7 Metodologi Kajian


Secara umumnya penyelidikan ini merupakan kajian perpustakaan (library
research). Walau bagaimanapun bagi melengkapkan kajian ini, penyelidik juga
melakukan kajian lapangan (field research). Ini bermakna kajian perpustakaan menjadi
asas kepada kajian penyelidik, manakala kajian lapangan pula merupakan pelengkap.

Dalam kajian perpustakaan, penyelidik mengumpul data-data dan maklumat-


maklumat yang dikehendaki melalui bahan-bahan bercetak seperti kitab-kitab iawi, buku-
buku ilmiah dan juga artikel-artikel di dalam majalah dan akhbar. Manakala dalam kajian
lapangan pula, penulis cuba mencari manuskrip-manuskrip yang bercetak atau tidak
bercetak di samping melakukan wawancara individu tertentu yang mempunyai kepakaran
dalam sejarah penulisan kitab jawi.

1.8 Kesimpulan
Kajian ini dikira sangat penting, kerana ia menerobos dimensi barn, sisi yang
sering dilepas pandang oleh kita para pengkaji agama. Ia membuka suatu rnang kajian
dan perbahasan yang menggabungkan elemen tradisional bernpa warisan dari kitab turath
yang takkan lekang dek zaman, juga dari sudut konvensional berupa teori dan kajian
sains moden.

COPYRIGHT © UiTM
BABDUA
KONSEP GAYA HIDUP
SIHAT MENURUT ISLAM

COPYRIGHT © UiTM
BAB DUA
KONSEP GAYA HIDUP SIHAT MENURUT ISLAM

2.1 Pendahuluan
Terdapat satu kata-kata yang terkenal iaitu 'Health is not simply the absence of
sickness.' la memberi maksud bahawa kesihatan itu tidaklah semata-mata hanya tertakluk
pada keadaan bila kita tidak terlibat dengan sebarang penyakit. Namun sebenamya, ia
lebih dari itu. Justeru itu, apakah yang dimaksudkan dengan kesihatan? Apakah dia gaya
hidup yang sihat? Apakah pembahagiannya. Kenapakah ia penting? Bagaimana pula ia
dapat dicapai? Dan apakah pula kesannya, khususnya terhadap fizikal, mental, spiritual,
emosi dan juga sosial?

2.2 Pengertian 'Konsep Gaya Hidup Sihat'


Menurut Kamus dewan 'Konsep' bermaksud pengertian am atau idea yang
mendasari sesuatu.? 'Gaya' mempunyai banyak maksud namun yang paling hampir
dalam konteks ini adalah 'cara membuat sesuatu, terutamanya yang menjadi ciri sesuatu
zaman atau seseorang.i'Sihat' pula bermaksud tidak menghidap sebarang penyakit, dan
dalam keadaan yang baik.8

Menurut WHO, kesihatan bermaksud 'suatu keadaan kesihatan yang sempurna


dari sudut fizikal, mental dan juga sosial, dan tidak hanya semata-mata ditandai dengan
tidak adanya penyakit atau kecacatan." Definisi sebenar kepada gaya hidup sihat adalah
Iangkah, tindakan dan strategi yang dilakukan oleh seseorang untuk mencapai suatu

6 Kamus Dewan, hal. 816


7 Ibid., hal. 440
8 Ibid; hal. 1490
9 Dipersetujui ketika Konferens Kesihatan Sedunia di New York pada 19-22 Jun 1946; ditandatangani pada
22 Julai 1946 oleh wakil-wakil dari 61 buah Negara. fa mula berkuatkuasa pada 7 April 1948, dan tidak
pernah diubah sejak taboo 1948. (Dipetik dari Rekod Rasmi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), No 2,
hal. 100.

COPYRIGHT © UiTM
tahap optimum dalam kesihatan. Ia berkenaan mengambil tanggungjawab serta membuat
pilihan yang bijak berkenaan kesihatan untuk faedah hari ini danjuga masa hadapan"

Konsep Gaya hidup sihat juga, secara ringkasnya bila digabungkan pula
bermaksud 'Amalan tabiat yang meningkatkan tahap kualiti kesihatan dan meninggalkan
tabiat yang memudaratkan kesihatan'. II Seterusnya, pembahagian-pembahagian gaya
hidup sihat akan dihuraikan. Walaupun ia dibahagikan sedemikian rupa, namun penting
sekali untuk ditekankan bahawa ia bukanlah pembahagian secara total. Sebenamya,
pembahagian ini tidak akan pemah mampu dilakukan sarna sekali kerana temyata ia
mempunyai persamaan atau dikenali sebagai overlap antara satu sarna lain. Contohnya,
walaupun dikenali sebagai aktiviri gaya hidup sihat yang berbentuk spiritual, namun
e1emen fizikal juga sosial mungkin turut terdapat padanya.

2.3 Pembahagian Gaya Hidup Sibat


Gaya hidup sihat boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu melalui
amalan spritual, aktiviti fizikal, pemakanan, amalan sosial dan amalan dalam kehidupan
seharian.

2.3.1 Amalan Spiritual


Spiritual boleh diertikan sebagai sesuatu yang berkaitan dengan, atau bersifat
rohani atau j iwa (bukan bersifat fizikal).12

Tuntasnya, pembangunan spiritual yang ditekankan dalam Islam ialah


pembangunan yang memfokuskan terhadap usaha mendekatkan hubungan seseorang
dengan penciptanya iaitu Allah s.w.t. melalui amalan rohani (Ibadah Qalbiyyah) 13. Di
dalam Islam, terdapat banyak sekali amalan spiritual yang sangat ditekankan, malah ia

10 Definition of Healthy Living, diperolehi pada 30 Disember 2010 dari httpt/rwww.healthy-holistic-


living.com/Definition-of-Healthy Living. html
110thman Che Man (t.t), Pengenalan Pendidikan Kesihatan, diperolehi pada 30 Disember 2010, dari
http://www.scribdcom/doc/9640547/Topik-6-Gaya-Hidup-Sihat
12 Kamus Dewan, (2007), hal. 1521

13 Pengenalan Aktiviti Pembangunan Spiritual (Untuk Muslim), diperolehi 25 Disember 2010 dari
http://umplib.ump.edu.my/images/softskill/Pembinaan%20sahsiah%20insan%20menurut%20perspektif%2
oIslal.doc
9

COPYRIGHT © UiTM
dihukumkan wajib, kerana sifat Alim milik Allah (Yang Maha Mengetahui) akan perihal
baik buruk sesuatu perkara ke atas hamba yang telah diciptakanNya. Antara contohnya
adalah solat, membaca AI-Qur'an, zikir, puasa (dengan penggabungan beberapa elemen
seperti e1emen fizikal, spiritual, emosional dan lain-lain lagQ, muhasabah, bertafakkur,
berkhalwat di tempat sunyi (mengingati Allah), dan seumpama dengannya.

Contohnya berkenaan solat, dengan jelas dan indah sekali, ia telah dinukilkan
oleh Allah dalam al-Qur'an. Solat dianggap ibadah khusus paling penting membimbing
manusia menjalani gaya hidup sihat. 14

PMLBZセ[G c: [Zセ ェtセ ゥセ j tセ J;Jj Jip Tj セt J


セ /

Maksudnya:
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu AI-Kitab (AI
Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari
(perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat
Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang
lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan
Surah al-Ankabut (29): 45

Begitu juga dengan ungkapan zikir-zikir yang dilafazkan, .

Maksudnya:
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram
dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah
hati menjadi tenteram.
Surah al-Ra'd (13): 28

14 Ghafani Awang Teh, (2008), SoIat Pacu Manusia Bentuk Gaya Hidup Sihat, diperolehi pada 20
Disember 20I0, dari http://www.islam.gov.mylsolat-pacu-manusia-bentuk-gaya-hidup-sihat-oleh-ghafani-
awang-teh-kesuma-panel-penulis-jakim

10

COPYRIGHT © UiTM

You might also like