You are on page 1of 445

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/329011002

Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran


Kontemporari

Book · September 2018

CITATIONS READS

2 10,303

2 authors:

Hairunnizam Wahid mohd ali mohd noor


Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia
140 PUBLICATIONS   672 CITATIONS    47 PUBLICATIONS   228 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Pembangunan Tanah Wakaf Secara Penswastaan : Kajian Terhadap Projek Menara Imarah Wakaf oleh Majlis Agama
Islam Wilayah Persekutuan View project

Sumber Pengetahuan Zakat View project

All content following this page was uploaded by Hairunnizam Wahid on 17 November 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PENGURUSAN ZAKAT
DI MALAYSIA
ISU DAN CABARAN KONTEMPORARI

Penyunting:
Hairunnizam Wahid
Mohd Ali Mohd Noor
PENGURUSAN ZAKAT
DI MALAYSIA
ISU DAN CABARAN KONTEMPORARI
1

PENGURUSAN ZAKAT
DI MALAYSIA
ISU DAN CABARAN KONTEMPORARI

Penyunting:
Hairunnizam Wahid
Mohd Ali Mohd Noor

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


BANGI • 2018
http://www.ukm.my/fep
2

Cetakan Pertama, 2018

Hak cipta Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM)


Universiti Kebangsaan Malaysia, 2018

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan
sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan
sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.

Diterbitkan di Malaysia oleh


Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM),
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
http://www.ukm.my/ekonis
e-mel:ekonis@ukm.edu.my

Dengan Kerjasama

Unit Zakat UKM


Pejabat Unit Zakat UKM
Jabatan Bendahari, Aras 1, Masjid UKM
43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA
e-mel: infozakat@ukm.edu.my

Dicetak di Malaysia oleh


UKM CETAK
UKM Holdings Sdn. Bhd.
Aras Bawah, Bangunan Penerbit UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Perpustakan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Hairunnizam Wahid
Pengurusan Zakat Di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari / Hairunnizam
Wahid, Mohd Ali Mohd Noor,
1. Zakat. 2. Islam—Charities. 3. Islamic Giving. I. Mohd Ali Mohd Nor, II.
Judul

ISBN: 978-983-3198-99-3
3

Kandungan

Kandungan …3
Sekapur Sirih…6
Prakata …7
Senarai Penulis…8

BAHAGIAN SATU
Haddul Kifayah & Kualiti Hidup Asnaf

Bab 1 Pola Perbelanjaan dan Cadangan Penentuan Nilai Had Kifayah


Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi: Kajian Terhadap Asnaf Miskin Di
Universiti Kebangsaan Malaysia
Nur Alisha Madiha Mohamad Ismail & Hairunnizam Wahid...11

Bab 2 Pola Perbelanjaan dan Cadangan Penentuan Haddul Kifayah Mahasiswa


Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di Kuala Terengganu, Terengganu
Che Wan Maisarah Che Wan Ismail, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd
Noor …29

Bab 3 Pola Perbelanjaan dan Cadangan Had Kifayah Mahasiswa Institusi


Pengajian Tinggi: Kajian Pelajar Prasiswazah di Kampus Cheras, Universiti
Kebangsaan Malaysia
Muhammad Nur Hassan & Hairunnizam Wahid ... 51

Bab 4 Pengaruh Kualiti Hidup Terhadap Pendapatan Fakir dan Miskin: Kajian
kes Di Raub Pahang
Nur Shahida Samsudin, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam Wahid …73

Bab 5 Pembiayaan Rawatan Pesakit Dialisis Melalui Dana Zakat: Kajian


Terhadap Asnaf Al-Gharimin Perubatan Tajaan Lembaga Zakat Selangor
Siti Nuriatul Husna Mohd Nashruddin & Hairunnizam Wahid …87

Bab 6 Kemudahan Asas Peralatan Rumah dalam Kalangan Isirumah Fakir dan
Miskin: Kajian di Selangor
Siti Nasibah Md Nor & Hairunnizam Wahid …107

BAHAGIAN DUA
Persepsi Pembayar dan Penerima Zakat

Bab 7 Persepsi dan Tahap Pengetahuan Peserta dan Agen Takaful Terhadap
Pelaksanaan Zakat Takaful:Kajian di Shah Alam, Selangor
Nur Amirah Jaafar, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Noor ... 125
4

Bab 8 Persepsi Golongan Miskin Terhadap Kemiskinan dan Implikasinya


dalam Merealisasi Pembangunan Nilai Islam: Kajian Terhadap Penduduk
Miskin Bandar Kota Bharu, Kelantan
Nor Ayuni Mohamad Zulkifli, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd
Noor …133

Bab 9 Persepsi Pesakit terhadap Peranan Dana Zakat Membiayai Kos Rawatan
Perubatan Asnaf: Kajian di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
(PPUKM)
Nur Farahana Saripudin, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Noor…167

Bab 10 Persepsi Asnaf Orang Asli Terhadap Agihan Bantuan Zakat oleh
Lembaga Zakat Selangor (LZS): Kajian di Perkampungan Orang Asli Daerah
Sepang, Selangor
Norhapizah Ismail, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Noor ...183

BAHAGIAN TIGA
Gelagat Pembayar Zakat

Bab 11 Pembayaran Zakat Melebihi Kadar Kewajipan Zakat: Kajian dalam


Kalangan Kakitangan Kerajaan di Jabatan Agama Islam Melaka, Melaka
Siti Zulaikha Nasir, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Noor …203

Bab 12 Isu Pemilikan dalam Amalan Pembayaran Zakat Perniagaan: Kajian


Terhadap Institusi Koperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Nasrul Shafiq Ashraf Jaafar, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd
Noor …231

Bab 13 Jangkaan Kepatuhan Membayar Zakat Perniagaan dalam Kalangan


Usahawan di Selangor : Cadangan Menggunakan Peranti Bizzakat
Ahmad Syakir Rurol Mukhan, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam
Wahid ... 247

Bab 14 Kefahaman dan Kesedaran Membayar Zakat Perniagaan: Kajian


terhadap Peniaga Kecil di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
Nur Najihah Zilani, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Noor …245

Bab 15 Peranan Institusi Masjid dan Pondok dalam Memberikan Kefahaman


Tentang Fatwa Zakat Pendapatan: Satu Kajian Terhadap Masyarakat di Mukim
Kenering dan Gerik, Perak
Muhammad Mustaqim Mohd Tarmizi & Hairunnizam Wahid …281

Bab 16 Kesan Kefahaman Fatwa Zakat Pendapatan Terhadap Gelagat


Membayar Zakat Pendapatan: Kajian di Politeknik Ungku Omar Ipoh, Perak
Mohamed Hanif Mohamed Nor & Hairunnizam Wahid …297
5

BAHAGIAN KEEMPAT
Isu Kontemporari Pengurusan Zakat

Bab 17 Fintech (Blockchain) dan Pengurusan Zakat di Malaysia


Siti Nabihah Esrati, Shifa Mohd Nor & Mariani Abdul Majid …317
Bab 18 Potensi Aplikasi Teknologi Blockchain dalam Pengurusan Zakat di
Negeri Sembilan
Nur Syahirah Mohd Noh, Mohd Ali Mohd Noor & Mohd Shahid Mohd
Noh …335

Bab 19 Perakaunan untuk Aset Wakaf, Zakat dan Baitulmal oleh Majlis
Agama Islam Negeri di Malaysia: Satu Cadangan Kerangka Kerja Syariah
Hairunnizam Wahid, Mohd Fairus Mohd Salleh, Azlina Ahmad, Norida
Basnan, Azizah Mohd Harun & Ainol Basirah Abdul Wahab …349

Bab 20 Persepsi Asnaf Terhadap Tadbir Urus Zakat serta Peranan Masjid:
Kajian Terhadap Lembaga Zakat Selangor (LZS) Cyberjaya
Nur Farahanis Abas, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Noor …375

Bab 21 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Projek Taman Desa


Asnaf Fakir dan Miskin di Perlis
Nor Jannatul Farhana Mohd Zambri, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam
Wahid …395

Bab 22 Peranan Pelaksana Pembantu Tadbir Kewangan dalam Peningkatan


Kutipan Zakat Pendapatan Melalui Mekanisme Potongan Gaji
Kamarul Azlan Mustaffa, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Noor ...413
6

Sekapur Sirih

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah. Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT atas limpahan nikmat dan
rahmat-Nya.

Unit Zakat UKM sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memperkukuhkan


dan memperkasakan pendidikan mahasiswa UKM. Antara saranan Unit Zakat
UKM adalah dengan menggalakkan para mahasiswa UKM untuk menyertai
pelbagai konvensyen akademik yang dianjurkan di peringkat universiti, yang
berpotensi untuk memangkin kecemerlangan akademik dan inovasi dalam
pembelajaran. Sejarah Islam jelas membuktikan bahawa zakat telah memberi
sumbangan besar dalam dunia pendidikan dan telah melahirkan jutaan
cendikiawan.

Usaha memperkasakan ilmu dalam kalangan mahasiswa sangat


diambil berat oleh pihak kami walupun berdepan dengan pelbagai cabaran.
Usaha ini menuntut kepada tindakan dan kerjasama yang serius daripada
semua pihak agar benar-benar mencapai matlamat dalam memberikan
kebajikan khususnya kepada para mahasiswa. Dengan cabaran ketirisan ilmu
dalam kalangan mahasiswa, inisiatif Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM
dalam mengadakan Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-13 2018
(PERKEM 2018) adalah satu langkah yang tepat pada masanya dan wajar
disertai oleh setiap mahasiswa. Unit Zakat UKM sentiasa mengalu-alukan
program seperti ini supaya dapat membudayakan keilmuan dalam kalangan
mahasiswa dan seterusnya menjana keintelektualan untuk melahirkan graduan
beraspirasi kebangsaan, berkompeten, berdaya saing dan inovatif.

Akhir kata, Unit Zakat UKM ingin merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan dan tahniah kepada penerbitan buku ini bersempena Persidangan
Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-13 2018 (PERKEM 2018) sebagai salah
satu usaha memperkasakan kecemerlangan mahasiswa. Koloberasi ini amat
baik dan bertepatan dengan maqasid zakat yang telah dianjurkan dalam Islam.
Semoga PERKEM 2018 menghasilkan impak yang tinggi dalam
merealisasikan seruan kerajaan untuk memperkasakan pendidikan tinggi di
Malaysia.

Salam Hormat

MUHAMMAD TAJUDDIN ABDUL RAHIM


Unit Zakat UKM
7

Prakata

Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan
salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Perubahan ekonomi dan perkembangan pesat teknologi pada masa kini telah
memberikan satu impak yang besar kepada pengurusan zakat di Malaysia. Cabaran
pengurusan zakat dewasa ini tidak lagi berlegar kepada masalah kutipan dan agihan
semata-mata bahkan bagaimana teknologi diaplikasi bagi memenuhi keperluan semasa
dalam suasana ekonomi yang tidak menentu. Institusi zakat perlu berdiri kukuh bagi
meyakinkan pembayar zakat dan asnaf terhadap kredibiliti institusi menguruskan dana
zakat. Walau pun suasana ekonomi tidak menjanjikan ia baik sepanjang masa, namun
pengurusan zakat yang baik, effisien dan telus mampu mengekalkan keyakinan
masyarakat terhadap amanah yang dipikul oleh institusi zakat dalam menguruskan dana
zakat. Alhamdulillah, pengurusan institusi zakat di Malaysia merupakan antara yang
terbaik di rantau ini dan telah menjadi institusi contoh kepada negara lain.

Persidangan PERKEM ke-12, 2017 yang lalu telah berjaya menghasilkan


sebuah buku berkaitan topik zakat yang bertajuk ‘Pengurusan Zakat di Malaysia: satu
pendekatan analisis gelagat’. Pada kali ini, sebagai kesinambungan persidangan yang
lepas, sebuah buku yang bertajuk ‘Pengurusan Zakat di Malaysia: isu dan cabaran
kotemporari’ merupakan buku kedua berkaitan topik zakat yang telah berjaya
diterbitkan melalui persidangan PERKEM ke-13, 2018. Pelajar daripada Program
Sarjana Ekonomi Islam merupakan penyumbang utama buku ini yang rata-rata
memfokuskan kepada beberapa isu dan cabaran pengurusan zakat termasuklah isu
penentuan haddul kifayah, zakat perubatan, persepsi dan gelagat pembayar dan
penerima zakat, aspek perakaunan terhadap aset yang dibiayai oleh dana zakat serta
peranan dan kepentingan teknologi dalam pengurusan zakat.

Sekalung tahniah dan terima kasih kami kepada semua penyumbang sehingga
buku ini berjaya diterbitkan khusus kepada penyumbang utama dana bagi penerbitan
buku ini iaitu Unit Zakat UKM. Penghargaan juga kepada beberapa pihak di institusi
zakat negeri yang telah membantu para pelajar mengumpulkan data, memberi khidmat
nasihat dan menyantuni dengan mesra pelajar yang membuat penyelidikan. Bantuan dan
sokongan ini, mudah-mudahan akan dapat menjadikan pelajar tersebut lebih proaktif,
inovatif dan berdaya maju di masa hadapan. Penghargaan juga ditujukan kepada pihak
yang telah menyumbang geran kepada penyelidikan dalam buku ini seperti Dana
Inisiatif Penerbitan FEP iaitu EP-2018-001 dan dana daripada Jabatan Akauntan Negara
Malaysia iaitu EP-2017-027.

Akhir kata, besar harapan kami agar buku ini dapat memberi manfaat kepada
semua pihak yang berkepentingan sama ada kepada institusi zakat, pembuat dasar,
kumpulan pelaksana, NGO, universiti dan masyarakat. Kami menyusun sepuluh jari
memohon maaf di atas sebarang kekurangan dan kelemahan dalam buku ini.

Sekian, terima kasih.

Sidang Penyunting
8

Senarai Penulis

Ahmad Syakir Rurol Mukhan, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti


Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Ainol Basirah Abdul Wahab. Pensyarah, Pusat Pembangunan Inklusif &
Lestari, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan
Malaysia
Azizah Mohd Harun, Pensyarah Kanan, Pusat Pembangunan Inklusif &
Lestari, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan
Malaysia
Azlina Ahmad, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pembangunan Inklusif & Lestari,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Che Wan Maisarah Che Wan Ismail, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Hairunnizam Wahid, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pembangunan Inklusif &
Lestari, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan
Malaysia
Kamarul Azlan Mustaffa, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mariani Abdul Majid, PhD. Profesor Madya, Pusat Pembangunan Inklusif &
Lestari, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan
Malaysia
Mohamed Hanif Mohamed Nor, Pelajar Sarjana Ekonomi, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Ali Mohd Noor, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pembangunan Inklusif &
Lestari, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan
Malaysia
Mohd Fairuz Mohd Salleh, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pembangunan
Inklusif & Lestari, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti
Kebangsaan Malaysia
Mohd Shahid Mohd Noh, PhD. Pensyarah Kanan, Jabatan Syariah & Ekonomi,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Muhammad Mustaqim Mohd Tarmizi, Pelajar Sarjana Ekonomi, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Nur Hassan, Pelajar Sarjanamuda Ekonomi, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Nasrul Shafiq Ashraf Jaafar, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi
& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Nor Ayuni Mohamad Zulkifli, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Nor Jannatul Farhana Mohd Zambri, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Norhapizah Ismail, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
9

Norida Basnan, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pembangunan Inklusif &


Lestari, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan
Malaysia
Nur Alisha Madiha Mohamad Ismail, Pelajar Sarjanamuda Ekonomi, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nur Amirah Jaafar, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Nur Farahana Saripudin, Pelajar Sarjana Ekonomi, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Nur Farahanis Abas, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Nur Najihah Zilani, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Nur Shahida Samsudin, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Nur Syahirah Mohd Noh, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Shifa Mohd Nor, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Keutuhan Tadbir Urus &
Akauntabiliti, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan
Malaysia
Siti Nabihah Esrati, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Siti Nasibah Md Nor, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Siti Nuriatul Husna Mohd Nashruddin, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Siti Zulaikha Nasir, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
BAHAGIAN SATU

Haddul Kifayah dan Kualiti Hidup Asnaf


11/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Bab 1

Pola Perbelanjaan dan Cadangan Penentuan Nilai Had Kifayah


Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi: Kajian Terhadap Asnaf
Miskin Di Universiti Kebangsaan Malaysia
Nur Alisha Madiha Mohamad Ismail
Hairunnizam Wahid

Pengenalan

Perkataan zakat adalah berasal daripada istilah Arab ‘Zakaa’ yang membawa
maksud suci dan subur, termasuklah bersih, berkat, berkembang dan baik
kepada harta zakat, pembayar zakat dan penerima zakat. Daripada segi syarak
bermaksud suatu hak yang wajib pada harta-harta tertentu mengikut cara-cara
yang tertentu untuk diberikan kepada pihak-pihak tertentu. Ini telah dijelaskan
didalam al-Quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang fakir, orang


miskin, pengurus-pengurus (amil) zakat, para muallaf yang dipujuk
hatinya, untuk hamba-hamba sahaya yang hendak memerdekakan
dirinya, orang yang berhutang untuk jalan Allah dan orang yang
sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang
diwajibkan Allah. Dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana”.
(Surah al-Taubah: 60)

Zakat merupakan satu kewajipan yang wajib dilaksanakan oleh setiap individu
Islam. Ayat diatas juga menjelaskan bahawa zakat bukannya satu bentuk derma
pilihan, sebaliknya satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan (Ibrahim,
2008). Seseorang muslim yang mengingkari kefardhuan zakat boleh
mengakibatkan murtad. Manakala individu Muslim yang meninggalkan zakat
dan mengingkari kewajipannya adalah berdosa besar. Menurut Hairunnizam
et.al. (2009), zakat berperanan sebagai mekanisme kewangan yang berfungsi
sebagai satu bentuk jaminan keselamatan sosial bagi mereka yang miskin dan
memerlukan, membangunkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang melalui
agihan semula kekayaan dalam masyarakat, dan juga sebagai satu bentuk
penyucian dan pembangunan spiritual.
12/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Zakat adalah berkait rapat dengan had al-kifayah yang membawa


maksud tahap keperluan (kecukupan) asasi untuk kehidupan seseorang tanpa
lebihan. Penggunaan had kifayah bertujuan untuk memudahkan proses
penentuan golongan asnaf iaitu miskin tegar (fakir) atau miskin dari golongan
tidak miskin (miskin). Qardawi (2000) dan Parid (2001) mengesyorkan bahawa
pengagihan zakat perlu sekurang-kurangnya mencukupi tahap kos sara hidup
minimum dan keselesaan untuk penerima dan tanggungannya. Jumlah zakat
yang diagihkan perlu dipastikan kesinambungan kehidupan yang berkualiti di
mana kesan pengagihan zakat adalah untuk mencapai atau mencukupi taraf
hidup keperluan asas (Daruriyat) dan keselesaan (Hajiyat) (Qardhawi, 2000).

Kajian Lepas

Kemiskinan bermaksud tidak memperoleh pendapatan yang dapat memenuhi


keperluan asas yang utama atau tidak mendapat makanan yang mempunyai zat
yang diperlukan oleh kesihatan badan serta tidak dapat memenuhi dan
mengekalkan kecekapan fizikal (Ungku Aziz, 1964). Manakala, Chamhuri
(1988) menjelaskan bahawa konsep kemiskinan mempunyai pelbagai dimensi.
Beberapa dimensi kemiskinan antaranya dikaitkan dengan pemakanan, proses
politik, dan daya pengeluaran dengan fenomena kemiskinan dan ketaksamaan.
Dimensi kemiskinan yang pelbagai ini menyebabkan pengukuran kemiskinan
menjadi subjektif. Manakala, had al-kifayah ialah satu garisan kecukupan bagi
keperluan asasi seseorang individu dan bagi sebuah keluarga (Emie Sylviana,
2010). JAWHAR (2007) juga telah mendefinisikan haddul kifayah sebagai
kadar asas keperluan minimum diri dan tangunggan dalam menentukan tahap
kelayakan penerima zakat untuk asnaf fakir dan miskin dengan mengambil kira
perbezaan tempat, masa, keperluan dan keadaan sosioekonomi. Had kifayah
memainkan peranan bagi menentukan tahap keperluan yang diperlukan oleh isi
rumah untuk menampung keperluan harian, dimana, ianya dikira berdasarkan
pelbagai pembolehubah seperti bilangan ahli dalam isi rumah, kumpulan umur
dan lain-lain (Fahme, 2014). Menurut JAWHAR (2007), telah menggariskan
beberapa komponen utama dalam menentukan keperluan had kifayah seperti
tempat tinggal, makanan, pakaian, kesihatan, pendidikan dan pengangkutan
berdasarkan Maqasid al Syariah atau objektif syariah.
Kajian lepas yang telah membincangkan mengenai penentuan haddul
kifayah zakat pelajar asnaf serta pola perbelanjaan golongan miskin antaranya
ialah pola perbelanjaan makanan asasi golongan miskin, kajian di negeri
Selangor (Nor Haslina; Hairunnizam, 2016). Athirah (2015), juga telah
membuat kajian mengenai pola perbelanjaan dan penentuan haddul kifayah
zakat bagi pelajar sarjana muda di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian
beliau bertujuan mengkaji corak perbelanjaan pelajar dengan mendapatkan
purata perbelanjaan sebulan bagi mencadangkan nilai haddul kifayah khusus
kepada pelajar, disamping melihat perbezaan perbelanjaan antara pelajar aliran
sains sosial dan sains tulen Walau bagaimanapun, kajian yang dilakukan bagi
mendapatkan nilai haddul kifayah yang relevan dalam kalangan masyarakat
dan populasi mahasiswa juga masih belum dapat dicapai dengan jayanya serta
Pola Perbelanjaan dan Cadangan Penentuan Nilai Had Kifayah Mahasiswa Institusi
Pengajian Tinggi: Kajian Terhadap Asnaf Miskin Di Universiti Kebangsaan Malaysia/13

ianya masih lagi tidak mampu digunakan dalam institusi pungutan zakat di
Malaysia.

Metodologi

Reka Bentuk Kajian: Kajian yang menggunakan kaedah kajian secara


kuantitatif yang melibatkan pengumpulan data primer melalui temubual secara
soal selidik. Merupakan sampel daripada populasi pelajar asnaf miskin yang
menerima bantuan zakat di Unit Zakat UKM.

Instrumen Kajian: Borang soal selidik yang disediakan terbahagi mengikut dua
kategori iaitu kategori Bahagian A: Latar Belakang Pelajar dan Bahagian B:
Perbelanjaan Pelajar. Kajian ini melibatkan 10 orang sampel pelajar program
ijazah Sarjana Muda yang menerima zakat dari Unit Zakat UKM yang
mewakili pelajar asnaf miskin daripada 8 buah fakulti yang berbeza di kampus
induk UKM.

Analisis Data: Analisa kajian latar belakang responden adalah dilakukan secara
deskriptif. Pola perbelanjaan responden adalah dibanci mengikut beberapa
kategori iaitu perbelanjaan barang makanan siap, keperluan harian bukan
makanan, perubatan kesihatan, pakaian, perbelanjaan Institusi Pengajian
Tinggi (IPT), pengangkutan, dan perlindungan bagi mendapatkan perbelanjaan
pelajar secara puratanya dalam sebulan.

Hasil Kajian

Kajian ini menggunakan 100 peratus persampelan daripada populasi pelajar


asnaf miskin iaitu pelajar ijazah sarjana muda di kampus induk UKM Bangi.
Sampel ini juga dipilih daripada setiap fakulti yang terdapat di kampus induk
UKM Bangi, dimana setiap responden mewakili setiap fakulti yang berbeza.
Antara responden yang terlibat ialah 5 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar
perempuan yang digunakan sebagai sampel dalam kajian ini.
Hasil kajian adalah di tunjukkan pada Jadual 1. Dapatan kajian
menunjukkan kesemua sampel iaitu 100 peratus asnaf adalah tinggal di kolej
dan merupakan pelajar sepenuh masa. Manakala, lingkungan umur pelajar
adalah berumur 20 hingga 30 tahun. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa
pendapatan keluarga responden adalah kurang daripada RM 1,000, RM1,001
hingga RM2,000 dan RM2,001 hingga RM3,000 sebulan. Terdapat 20 peratus
pelajar yang bekerja bagi menampung sara diri sepanjang pengajian dan
perolehan pendapatan bekerja sambilan adalah RM200 hingga RM400 sebulan.
Hasil kajian juga memperolehi satu wakil responden yang mempunyai
tanggungan berkahwin dan yang lain adalah berstatus bujang. Dalam bahagian
B pula adalah untuk mengkaji corak perbelanjaan responden. Tujuannya adalah
untuk melihat purata perbelanjaan pelajar sebulan bagi memperoleh nilai
haddul kifayah yang releven.
14/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 1 Profil Responden


Perkara Bil Responden Peratusan (%)
Jantina
 Lelaki 5 50
 Perempuan 5 50
Kategori Asnaf
 Miskin 10 100
Umur
 20 – 30 tahun 10 100
Status Perkahwinan
 Bujang 9 90
 Berkahwin 1 10
Fakulti
 FEP 2 20
 FST 1 10
 FSSK 2 20
 FPI 1 10
 FTSM 1 10
 FKAB 1 10
 FPEND 1 10
 FUU 1 10
Status Pelajar
 Sepenuh Masa 10 100
Pekerjaan
 Tidak Bekerja 8 80
 Bekerja (Part Time) 2 20
Tempat Tinggal
 Kolej 10 100
Pendapatan Keluarga/Sendiri Sebulan
 Kurang daripada RM 1,000 2 20
 RM 1,001 – 2,000 6 60
 RM 2,001 – 3,000 2 20
Sumber Kewangan Sebulan
 Pinjaman: RM 500 5 50
 Ibu Bapa: RM 100 – RM 400 10 100
 Gaji : RM 200 – RM 400 2 20
Tanggungan
 Tiada 9 90
 Ada 1 10
Nota :
i. Responden 1 : FUU – Perempuan ix. Responden 9 : FEP - Perempuan
ii. Responden 2 : FPEND – Lelaki x. Responden 10: FEP - Perempuan
iii. Responden 3 : FKAB - Lelaki
iv. Responden 4 : FST - Lelaki
v. Responden 5 : FTSM - Perempuan
vi. Responden 6 : FPI - Lelaki
vii. Responden 7 : FSSK - Lelaki
viii. Responden 8 : FSSK - Perempuan
Pola Perbelanjaan dan Cadangan Penentuan Nilai Had Kifayah Mahasiswa Institusi
Pengajian Tinggi: Kajian Terhadap Asnaf Miskin Di Universiti Kebangsaan Malaysia/15

Jadual 2 menunjukkan perbelanjaan keseluruhan makanan sebulan Secara


puratanya, pelajar membuat perbelanjaan bagi makanan sebulan adalah
sebanyak RM276.24. Responden ke 10 mencatatkan perbelanjaan makanan
tertinggi sebulan iaitu sebanyak RM336.40. Jenis perbelanjaan makanan yang
mencatatkan perbelanjaan tertinggi adalah perbelanjaan makanan lauk
bercampur sebanyak RM32 dan diikuti oleh makanan panas bergoreng,
makanan tambahan dan minuman yang telah mencatatkan perbelanjaan
terendah iaitu sebanyak RM7.91. Seterusnya melihat kepada Jadual 3
perbelanjaan keperluan harian bukan makanan, secara puratanya, responden
membelanjakan sebanyak RM94.99 sebulan bagi keperluan bukan makanan.
Barangan keperluan bukan makanan yang utama, semestinya dimiliki oleh
setiap individu adalah berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, syampu dan juga
deodorant. Jadual 4 pula menunjukkan secara puratanya responden
membelanjakan sebanyak RM12.90 sahaja sebulan bagi perbelanjaan
perubatan kesihatan dan perubatan utama yang menjadi sasaran pelajar adalah
minyak angin dan juga panadol.
Manakala Jadual 5 pula menunjukkan perbelanjaan IPT. Yuran
pengajian mencatatkan perbelanjaan tertinggi untuk tempoh sebulan iaitu
sebanyak RM852.00 dan perbelanjaan alat tulis mencatatkan perbelanjaan
terendah sebulan iaitu sebanyak RM43.13. Perbelanjaan pengajian berbeza
kerana kos bagi jurusan tersebut juga adalah berbeza. Manakala Jadual 6
menunjukkan jadual perbelanjaan pakaian sebulan. Secara puratanya,
responden membuat perbelanjaan pakaian adalah sebanyak RM42.57. Secara
ringkasnya, jenis pakaian yang menjadi keutamaan dan keperluan pelajar yang
utama ialah kasut, dimana kasut juga telah mencatatkan perbelanjaan yang
tertinggi bagi item perbelanjaan pakaian iaitu sebanyak RM102.13 berbanding
item – item yang lain.
Seterusnya Jadual 7 merupakan perbelanjaan bagi pengangkutan.
Hasil kajian menunjukkan sebanyak 50 peratus daripada responden memiliki
motosikal. Perbelanjaan yang mencatatkan perbelanjaan tertinggi adalah
perbelanjaan pulang ke kampung halaman. Ianya adalah dipengaruhi oleh
harga tiket dan tambang yang anggaran perbelanjaan adalah RM20 hingga
RM100, harga tiket atau tambang pengangkutan adalah bergantung kepada
faktor destinasi dan juga jenis pengangkutan yang digunakan seperti bas, kapal
terbang atau kereta api. Selain itu, perbelanjaan perlindungan pada Jadual 8
yang merangkumi yuran kolej dan juga bil jaringan eletrik menunjukkan
perbelanjaan sebulan secara puratanya adalah sebanyak RM126.80.
16/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 2: Jadual Perbelanjaan Keseluruhan Makanan (Mingguan Dan Bulanan / RM)


Responden / 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Purata Perbelanjaan
Jenis Makanan
Lauk Campur 31.50 37.50 30.00 37.00 20.50 29.00 37.50 32.50 34.50 30.00 32.00
Panas / Bergoreng 33.50 20.50 18.50 20.00 42.00 18.00 5.00 14.50 8.50 29.00 20.95
Minuman 7.00 19.60 10.80 5.00 3.00 6.80 8.60 7.50 7.20 3.60 7.91
Makanan Tambahan 0.00 4.00 0.00 16.50 11.00 4.00 1.00 9.00 15.00 21.50 8.20
Jumlah Mingguan 72.00 81.60 59.30 78.50 76.50 57.80 52.10 63.50 65.20 84.10 69.06
Jumlah Bulanan (X4) 288.00 326.40 237.20 314.00 306.00 231.20 208.40 254.00 260.80 336.40 276.24
Sumber: Soal Selidik 2017

Jadual 3: Keperluan Harian Bukan Makanan (Bulanan / RM)


Perkara / 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Purata Perbelanjaan
Responden
Berus Gigi 3.00 2.00 5.00 3.40 6.80 3.00 5.00 3.00 9.00 3.00 4.32
Ubat Gigi 3.00 3.00 5.00 4.60 9.00 5.50 12.00 5.00 8.00 5.70 6.08
Sabun Mandi 4.00 10.00 4.00 3.40 17.00 10.00 10.00 8.00 6.00 6.90 7.93
Syampu 5.00 8.00 6.00 5.80 18.00 6.00 11.70 9.00 12.00 8.90 9.04
Krim Rambut 7.00 3.80 15.00 8.60
Perapi Rambut 7.00 7.00
Bedak 4.00 3.00 12.00 3.00 15.00 10.00 7.83
Losyen 8.90 10.00 9.45
Barang Kosmetik 20.00 10.00 25.00 18.33
Pola Perbelanjaan dan Cadangan Penentuan Nilai Had Kifayah Mahasiswa Institusi
Pengajian Tinggi: Kajian Terhadap Asnaf Miskin Di Universiti Kebangsaan Malaysia/17

Pencuci Muka 10.00 10.00 6.00 27.80 7.00 19. 00 10.90 12.96
Deodorant 7.00 4.00 10.00 6.00 10.00 7.00 13.00 6.00 14.00 14.90 9.19
Sabun Basuh Pakaian 10.00 6.70 8.50 13.00 4.00 7.00 10.00 23.00 4.50 9.63
Pelembut Pakaian 15.00 11.00 10.00 12.00
Minyak Wangi 15.00 12.00 35.00 62.00
Pisau Cukur 3.00 3.80 35.00 10.00 8.00 15.00 4.00 11.26
Tuala Wanita 5.00 23.00 9.00 17.00 10.90 12.98
Pencuci Pinggan 2.00 5.30 4.20 3.83
Jumlah Bulanan 64.90 49.00 80.70 45.30 195.90 38.50 105.70 78.00 173.00 118.90 94.99
Sumber: Soal Selidik 2017

Jadual 4: Perubatan Kesihatan (Bulanan / RM)


Perkara / Responden 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Purata Perbelanjaan
Minyak Gamat 5.00 4.00 4.50
Minyak Angin 8.00 4.00 2.90 7.00 10.00 5.00 6.15
Salonpas (koyok) 1.00 9.00 5.00
Plaster Luka 3.20 3.00 3.10
Ubat Sakit Perut 1.20 1.20
Panadol 1.00 5.00 2.00 2.00 5.00 12.00 4.50
Jumlah Bulanan 15.00 9.00 6.00 7.30 9.00 27.00 17.00 12.90
Sumber: Soal Selidik 2017
18/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 5: Perbelanjaan IPT (Bulanan Dan Satu Semester / RM)


Perkara / 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Purata
Responden Perbelanjaan
Yuran Pengajian 890.00 720.00 1000.00 920.00 1000.00 1200.00 650.00 700.00 720.00 720.00 852.00
Buku-buku 300.00 200.00 360.00 150.00 100.00 100.00 201.67
Alat Tulis 50.00 80.00 50.00 30.00 50.00 15.00 50.00 20.00 43.13
Alatan Tambahan 50.00 100.00 60.00 10.00 55.00
Pengkuhususan
Jumlah Per 1290.00 800.00 1350.00 1370.00 1000.00 1210.00 700.00 865.00 870.00 840.00 1029.50
Semester
Jumlah 258.00 160.00 270.00 274.00 200.00 242.00 140.00 173.00 174.00 168.00 205.90
Bulanan (÷5)
Sumber: Soal Selidik 2017
Jadual 6: Pakaian (Bulanan Dan Tahunan / RM)
Perkara / 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Purata
Responden Perbelanjaan
Kemeja 150.00 100.00 60.00 30.00 30.00 120.00 75.00 30.00 74.38
T-Shirt 95.00 30.00 180.00 30.00 25.00 150.00 95.00 30.00 79.38
Baju Kurung 150.00 120.00 100.00 60.00 53.75
Jubah 100.00 60.00 50.00 50.00 50.00 38.75
Blaus / T-Shirt 98.00 40.00 17.25
Muslimah
Tudung 50.00 30.00 50.00 50.00 40.00 27.50
Skirt Labuh / 30.00 3.75
Kain
Stokin (kaki) 3.00 5.00 20.00 15.00 15.00 7.25
Stokin (tangan) 3.00 0.38
Pola Perbelanjaan dan Cadangan Penentuan Nilai Had Kifayah Mahasiswa Institusi
Pengajian Tinggi: Kajian Terhadap Asnaf Miskin Di Universiti Kebangsaan Malaysia/19

Telekung 40.00 80.00 40.00 30.00 23.75


Skarf (anak 15.00 6.00 30.00 6.38
tudung)
Tali Pinggang 2.00 10.00 15.00 5.00 15.00 10.00 7.13
Seluar Slack 38.00 80.00 60.00 30.00 30.00 25.00 60.00 40.38
Seluar Jeans 38.00 60.00 30.00 90.00 90.00 30.00 30.00 46.00
Seluar Track 19.00 20.00 60.00 40.00 15.00 30.00 16.00 25.00
Kain Pelikat 15.00 1.88
Baju Melayu 80.00 10.00
Kasut 117.00 100.00 40.00 200.00 60.00 70.00 100.00 50.00 80.00 102.13
Selipar / Sandal 19.00 20.00 10.00 10.00 10.00 12.00 20.00 12.00 60.00 21.63
Kasut Sukan 150.00 60.00 80.00 30.00 35.00 60.00 69.17
Jumlah Tahunan 1019.00 340.00 710.00 255.00 418.00 215.00 382.00 661.00 537.00 571.00 510.80
Jumlah 84.92 28.33 59.17 21.25 34.83 17.92 31.83 55.08 44.75 47.58 42.57
Bulanan (÷12)
Sumber: Soal Selidik 2017
20/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 7: Pengangkutan (Bulanan / RM)


Perkara / 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Purata
Responden Perbelanjaan
Motosikal 30.00 50.00 50.00 50.00 50.00 46.00
Bas 4.00 2.00 2.00 2.67
Teksi 18.00 30.00 24.00
Perbelanjaan pulang ke kampung 70.00 20.00 44.50 100.00 65.00 80.00 70.00 64.21
halaman (Tiket/Tambang)
Pengangkutan sistem transit aliran 6.00 20.00 7.20 50.00 44.00 20.00 10.00 22.46
ringan (LRT)/komuter
Jumlah Bulanan 76.00 30.00 70.00 86.50 9.20 150.00 165.00 44.00 150.00 112.00 89.27
Sumber: Soal Selidik 2017

Jadual 8: Perlindungan (Bulanan / RM)


Perkara / Responden 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Purata Perbelanjaan
Yuran Kolej 550.00 550.00 550.00 580.00 550.00 780.00 550.00 780.00 550.00 780.00 622.00
Bil jaringan internet 30.00 30.00 30.00 30.00 30.00
Jumlah Per Semester 550.00 580.00 550.00 610.00 550.00 780.00 550.00 780.00 580.00 810.00 634.00
Jumlah Bulanan (÷5) 110.00 116.00 110.00 122.00 110.00 156.00 110.00 156.00 116.00 162.00 126.80
Sumber: Soal Selidik 2017
Pola Perbelanjaan dan Cadangan Penentuan Nilai Had Kifayah Mahasiswa Institusi
Pengajian Tinggi: Kajian Terhadap Asnaf Miskin Di Universiti Kebangsaan Malaysia/21

Jadual 9: Jumlah Perbelanjaan Keseluruhan Asnaf (RM)


Perkara / 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Purata
Responden Perbelanjaan
Makanan 288.00 326.40 237.20 314.00 306.00 231.20 208.40 254.00 260.80 336.40 276.24
Keperluan 64.90 49.00 80.70 45.30 195.90 38.50 105.70 78.00 173.00 118.90 94.99
Harian Bukan
Makanan
Perubatan 15.00 9.00 6.00 7.30 9.00 27.00 17.00 12.90
Kesihatan
Pakaian 84.92 28.33 59.17 21.25 34.83 17.92 31.83 55.08 44.75 47.58 42.57
Perbelanjaan 258.00 160.00 270.00 274.00 200.00 242.00 140.00 173.00 174.00 168.00 205.90
IPT
Pengangkutan 76.00 30.00 70.00 86.50 9.20 150.00 165.00 44.00 150.00 112.00 89.27
Perlindungan 110.00 116.00 110.00 122.00 110.00 156.00 110.00 156.00 116.00 162.00 126.80
Jumlah 896.82 718.73 833.07 870.35 864.93 835.62 760.93 787.08 935.55 944.88 844.80
Keseluruhan
Sumber: Soal Selidik 2017
22/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi oleh kesepuluh responden dapat


memberikan gambaran keseluruhan mengenai perbelanjaan asnaf miskin
sepanjang pengajian. Perbelanjaan keseluruhan tersebut ditunjukkan pada
Jadual 9. Secara puratanya, perbelanjaan keseluruhan pelajar adalah sebanyak
RM 844.80 sebulan. Item perbelanjaan yang mencatatkan perbelanjaan
tertinggi sebulan adalah perbelanjaan makanan iaitu sebanyak RM276.24 dan
diikuti oleh perbelanjaan IPT sebanyak RM205.90. Manakala perbelanjaan
terendah ialah perbelanjaan perubatan kesihatan iaitu sebanyak RM12.90
sahaja sebulan. Responden yang mencatatkan perbelanjaan keseluruhan
tertinggi ialah responden yang ke 10 iaitu dengan perbelanjaan sebanyak
RM944.88 sebulan. Dan sebaliknya, responden ke 2 mencatatkan perbelanjaan
yang terendah sebanyak RM718.73 sebulan berbanding dengan responden
yang lain.
Jadual 10 menunjukkan bahawa purata perbelanjaan bagi makanan
memerlukan perbelanjaan yang tinggi iaitu sebanyak 33 peratus dengan kos
sebanyak RM 276.24 daripada keseluruhan perbelanjaan sebulan kerana ianya
merupakan keperluan asasi yang harus dipenuhi untuk meneruskan kehidupan
dan diikuti oleh perbelanjaan IPT yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi
iaitu sebanyak 24 peratus kerana ianya merupakan perbelanjaan wajib yang
mesti dilunaskan bagi meneruskan pengajian. Seterusnya perbelanjaan
perlindungan iaitu 15 peratus, keperluan harian bukan makanan dan
pengangkutan iaitu 11 peratus serta perbelanjaan pakaian iaitu 5 peratus, ini
menunjukkan bahawa responden kurang berbelanja untuk pakaian dan
kebanyakkan daripada mereka menggunakan pakaian yang sedia ada sahaja.
Manakala perbelanjaan perubatan kesihatan adalah perbelanjaan paling kurang
iaitu sebanyak 2 peratus sahaja. Perbelanjaan ini adalah belanja yang kecil
kerana di UKM telah terdapat pusat kesihatan yang disediakan kepada pelajar.
Perbelanjaan perubatan kesihatan telah telah ditanggung oleh pihak UKM.

Jadual 10 Peratus Perbelanjaan Pelajar


Perkara / Responden Purata Perbelanjaan Peratus Perbelanjaan
(RM) (%)
Makanan 276.24 33
Perbelanjaan IPT 205.90 24
Perlindungan 126.80 15
Keperluan Harian Bukan 94.99 11
Makanan
Pengangkutan 89.27 11
Pakaian 42.57 5
Perubatan Kesihatan 12.90 2
Jumlah Keseluruhan 844.80 100
Nota :
i. Purata Perbelanjaan ini diambil pada Jadual 9 (kolum terakhir)
ii. Purata Perbelanjaan dan Peratus Perbelanjaan pelajar ini disusun mengikut jumlah
yang tertinggi ke jumlah yang terendah.
Pola Perbelanjaan dan Cadangan Penentuan Nilai Had Kifayah Mahasiswa Institusi
Pengajian Tinggi: Kajian Terhadap Asnaf Miskin Di Universiti Kebangsaan Malaysia/23

Setiap responden atau asnaf miskin mempunyai pelbagai sumber kewangan


yang berbeza antaranya pinjaman, kewangan daripada ibu bapa, gaji iaitu
daripada kerja sambilan, zakat dan juga sumber kewangan lain-lain. Sumber
kewangan lain-lain yang diperolehi responden ke 4 adalah merujuk ke sumber
kewangan dari Unit Zakat UKM iaitu sebanyak RM1,000 setahun bagi
sepanjang tempoh pengajian. Sumber kewangan dalam Jadual 11 merupakan
pendapatan responden bagi tempoh sebulan. Selain itu, sumber kewangan zakat
yang diperolehi responden adalah berbeza mengikut pendapatan keluarga.
Responden memperolehi dana zakat sebanyak RM300 hingga RM1,700 setiap
semester iaitu bersamaan dengan 5 bulan. Sumber kewangan responden akan
dijumlahkan secara keseluruhan bagi memperolehi pendapatan sebulan dan
ianya dibandingkan mengikut perbelanjaan setiap responden.

Perbincangan dan Implikasi Dasar

Nilai haddul kifayah pelajar ini adalah diambil daripada pola perbelanjaan
pelajar sepanjang pengajian di UKM. Kategori perbelanjaan juga dilihat
daripada segi perbelanjaan keperluan daruriyat dan tahsiniyat pelajar. Jadual 12
merupakan jadual cadangan penentuan haddul kifayah zakat asnaf berbanding
nilai haddul kifayah LZS bagi tempoh sebulan. Berdasarkan Jadual 12
menunjukkan bahawa nilai haddul kifayah LZS adalah sebanyak RM235
berbanding dengan nilai haddul kifayah cadangan daripada kajian ini
berdasarkan kajian yang telah dijalankan iaitu sebanyak RM538.00. Ini
menunjukkan perbezaan yang agak ketara iaitu sebanyak RM303 sebulan.
Nilai yang disediakan oleh LZS adalah tidak releven pada masa kini. Ini kerana
telah kita sedia maklum bahawa kos pengajian dan sara hidup adalah semakin
meningkat. Selain itu, LZS juga tidak menitikberatkan kepada perbelanjaan
keperluan bukan makanan dan juga perlindungan, walaupun ianya bukan
merupakan perbelanjaan daruriyat tetapi ianya adalah keperluan yang mesti
dipenuhi pada masa kini. Oleh itu, kajian ini telah berperanan mencadangkan
nilai haddul kifayah yang lebih releven dengan keadaan ekonomi pada masa
kini dan secara tidak langsungnya dapat memberikan kecukupan kepada pelajar
asnaf.
Jadual 13 menunjukkan pengiraan pendapatan asnaf bagi tempoh
sebulan. Berdasarkan jadual tersebut, maklumat yang diperolehi, dimana LZS
menyediakan dana zakat sebanyak RM235 sebulan bagi perbelanjaan Anak
Belajar IPT. Sekiranya dijumlahkan dengan pinjaman iaitu sebanyak RM500
hingga RM600 sebulan, jumlah pendapatan asnaf adalah sebanyak RM735
hingga RM835 sebulan dan ditolakkan dengan jumlah perbelanjaan daruriyat
yang diambil daripada perbelanjaan paling minimum oleh responden ke 2 iaitu
sebanyak RM719 sebulan, jumlah lebihan perbelanjaan daruriyat adalah RM16
hingga RM116 sebulan. Seterusnya, sekiranya pendapatan yang diperolehi
daripada ibu bapa iaitu RM100 hingga RM400 sebulan, maka jumlah
pendapatan asnaf adalah sebanyak RM335 hingga RM635 sebulan. Maka,
24/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 11: Belanja Asnaf Mengikut Pendapatan Sebulan (RM)


A B C D E F G H
Responden Sumber Pendapatan Pendapatan Sebulan (B+C+D+E+F) Perbelanjaan Sebulan Responden
Pinjaman Ibu Bapa Gaji Zakat Lain-Lain
1 500 200 100 800 896.82
2 400 60 460 718.73
3 500 100 100 700 833.07
4 150 400 100 83 733 870.35
5 400 200 100 700 864.93
6 400 340 740 835.62
7 350 340 690 760.93
8 500 200 80 780 787.08
9 500 400 100 1000 935.55
10 600 150 100 850 944.88
Nota :
i. Pinjaman merupakan dana daripada PTPTN
ii. Sumber pendapatan lain – lain adalah sumber daripada LZS
iii. Jumlah Perbelanjaan Sebulan Responden ini diambil daripada Jadual 9 (baris terakhir)
iv. Dana Zakat untuk satu semester adalah berbeza mengikut pendapatan keluarga. Agihan zakat adalah antara RM300 hingga RM1,700
Sumber: Maklumat soalselidik 2017
Pola Perbelanjaan dan Cadangan Penentuan Nilai Had Kifayah Mahasiswa Institusi
Pengajian Tinggi: Kajian Terhadap Asnaf Miskin Di Universiti Kebangsaan Malaysia/25

Jadual 12: Haddul Kifayah Bagi Kategori Anak Asnaf Belajar Di IPT
Kategori Keperluan asas LZS (RM) Cadangan (RM)
Anak belajar IPT Makanan 145 276
Pakaian 35 43
Perubatan 10 13
Pendidikan 45 206
JUMLAH 235 538
Sumber: www.zakatselangor.com.my
Nota :
i. Jumlah cadangan ini diambil daripada Jadual 9, tanpa mengambil kira jumlah Keperluan Harian Bukan Makanan, Pengangkutan dan Perlindungan.

Jadual 13: Pengiraan Pendapatan Asnaf Bagi Tempoh Sebulan (RM)


A B C D E
Punca pendapatan bulanan asnaf LZS Jumlah pendapatan asnaf di Jumlah perbelanjaan Lebihan / Kurangan
campur dana LZS daruriyat perbelanjaan daruriyat asnaf.
(A+B=C) (C-D=E)
Pinjaman: RM500 – RM600 235 735 – 835 719 16 – 116
Ibu Bapa: RM100 – RM400 235 335 – 635 719 (84 – 384)
Gaji : RM200 – RM400 235 435 – 635 719 (84 – 284)
Nota :
i. Pinjaman merupakan dana daripada PTPTN
ii. Dana dari LZS diambil daripada Jadual 12
iii. Pendapatan gaji merupakan pendapatan dari kerja sambilan pelajar sendiri
iv. Jumlah perbelanjaan daruriyat ini diambil daripada responden ke 2, Jadual 9 (kolum kelima)
26/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

jumlah perbelanjaan daruriyat adalah mengalami defisit atau kurangan


sebanyak (RM84 hingga RM384) sebulan. Akhir sekali, jika dilihat kepada
pendapatan berdasarkan gaji iaitu RM200 hingga RM400, jumlah pendapatan
asnaf adalah sebanyak RM435 hingga RM635 sebulan. Maka, jumlah
perbelanjaan juga mengalami defisit sebanyak (RM84 hingga RM284) sebulan.
Oleh itu, kajian ini telah berusaha menjalankan peranannya dengan membuat
kajian terus kepada pelajar dan memberikan nilai haddul kifayah yang releven.
LZS tidak seharusnya memandang enteng terhadap perbelanjaan daruriyat bagi
perbelanjaan asnaf tersebut dan berusaha memastikan bahawa kebajikan asnaf
adalah terjamin.

Kesimpulan

Cadangan yang diberikan adalah untuk memastikan bahawa setiap pelajar


mendapatkan hak pemakanan yang sepatutnya. Pemakanan yang baik dapat
memberikan prestasi pembelajaran yang baik dan tahap kesihatan memuaskan.
Hal ini kerana, keperluan makanan adalah keperluan asasi atau daruriyat yang
semestinya dipenuhi bagi meneruskan kehidupan. Selain itu, ianya juga
merupakan rantaian kepada keperluan lain. Hasil kajian juga menunjukkan
bahawa pendapatan adalah memainkan peranan yang sangat penting dalam
memenuhi perbelanjaan sama ada perbelanjaan keperluan atau daruriyat.
Semakin banyak perolehan, semakin tinggi perbelanjaan yang dibuat oleh
responden. Oleh itu, pusat zakat boleh menfokuskan agihan dana zakat
mengikut perbelanjaan yang terpenting bagi pelajar dan berdasarkan haddul
kifayah perbelanjaan daruriyat pelajar asnaf miskin. Pengagihan dan
pengurusan zakat yang cekap secara tidak langsung dapat memberikan
kebaikan kepada kedua-dua pihak iaitu pusat zakat dan juga individu yang
menerima zakat.
Rujukan

Al-Quran. (n.d.).
Lembaga Zakat Selangor. Kadar Had Kifayah. www.zakatselangor.com.my
Nurul Afifah, Aisyah Abdul, Hairrunizam Wahid (2015). Penentuan Haddul Kifayah
Pelajar Institusi Tinggi: Kajian Pelajar Siswazah Di Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Mohd Azlan, Noraziah Ali (2011). Amalan Pemakanan dalam Kalangan Pelajar
Universiti dan ImplikasinyaTerhadap Pembelajaran.
Sarah Athirah, Aisyah Abdul, Hairunnizam Wahid (2015). Pola Perbelanjaan dan
Haddul Kifayah Zakat bagi Pelajar Sarjana Muda di UKM.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, Mohd Ali (2004). Kesan Bantuan Zakat Terhadap
Kualiti Hidup: Kajian Kes Asnaf Fakir Dan Miskin.
Hamizul Abdul (2017). Menangani Kemiskinan Melalui Pendidikan Asnaf :
Pengalaman Lembaga Zakat Selangor.
Fidlizan Muhammad, Salwa Amirah, Mohd Yahya (2017). Sorotan Perbezaan Had
Kifayah Perbelanjaan Keperluan Asasi dan Kesannya dalam Pengiraan Zakat
Pendapatan.
Pola Perbelanjaan dan Cadangan Penentuan Nilai Had Kifayah Mahasiswa Institusi
Pengajian Tinggi: Kajian Terhadap Asnaf Miskin Di Universiti Kebangsaan Malaysia/27

Eza Ellany, Mohd Rizal, Mohamat Sabri (2014). Prestasi KecekapanAgihan Kewangan
dan Bukan Kewangan dalam Kalangan Institusi Zakat di Malaysia.
Bayu Taufiq (2016). Had Kifayah and Adequacy of Incame Redristribution: A Proposal
Framework.
Dara Aisyah, Ibrahim Mamat (2015). Analisis Keperluan untuk Penentuan Bantuan
Program Pembangunan Keluarga Miskin dan Miskin Tegar: Kajian Kes di
Teluk Ketapang, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
Hairunnizam Wahid, Radiah Abdul Kader, Sanep Ahmad (2011). Localization of Zakat
Distribution and The Role of Mosque: Perceptions of Amil and Zakat Recipients
in Malaysia.
Pola Perbelanjaan dan Cadangan Penentuan Haddul Kifayah Mahasiswa
Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di Kuala Terengganu, Terengganu/29

Bab 2

Pola Perbelanjaan dan Cadangan Penentuan Haddul Kifayah


Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di Kuala
Terengganu, Terengganu
Che Wan Maisarah Che Wan Ismail
Hairunnizam Wahid
Mohd Ali Mohd Noor

Pengenalan

Ibadah zakat merupakan ibadah utama berbentuk maliyah yang mengfokuskan


perhubungan secara langsung sesama manusia (Shofian & Amir, 2002).
Interaksi berlaku apabila orang Islam yang memenuhi syarat wajib zakat telah
mengeluarkan zakat untuk disalurkan kepada golongan yang layak menerima
zakat. Pada Surah al-Taubah ayat 60, Allah SWT telah menggariskan
golongan-golongan yang berhak menerima bantuan zakat melalui firmanNya
yang bermaksud:

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk


orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang
mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya,
dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya,
dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada)
jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam
perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai
satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

Tafsiran ayat tersebut menjelaskan terdapat lapan asnaf yang layak


menerima bantuan wang zakat. Menurut Mujaini, 8 asnaf ini terbahagi kepada
tiga jenis golongan. Golongan pertama adalah golongan fakir dan miskin yang
merangkumi asnaf fakir (al-fuqara’), miskin (al-masakin), ibn sabil (musafir
sedang dalam perjalanan) dan gharimin (orang yang berhutang). Golongan
kedua adalah golongan yang mempunyai hubung kait dengan mendakwah dan
mempertahankan agama iaitu melibatkan asnaf muallaf, al-riqab (hamba) dan
fi-sabilillah (orang yang berjuang di jalan Allah). Manakala golongan terakhir
30/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

adalah pentadbir zakat iaitu amil (Hairunnizam et al, 2009). Di Terengganu,


agihan zakat untuk asnaf fi-sabilillah atau Sektor Pendidikan dan Institusi
Pengajian Tinggi (IPT)) merupakan agihan kedua tertinggi selepas asnaf fakir
dan miskin. Terdapat enam jenis bantuan yang disediakan di bawah kategori
IPT merangkumi dalam dan luar negara iaitu Bantuan Awal Pengajian
IPTA/IPTS, Dermasiswa atau Bantuan Am Pelajaran IPT, Program
Memartabatkan Institusi Ulama’, Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT,
Bantuan Persatuan Pelajar Terengganu di IPT dan Bantuan Program
Keagamaan di IPT Dalam Negeri. Pada tahun 2017, agihan zakat pendidikan
telah meningkat sebanyak 25.12 peratus iaitu kepada RM 50.8 juta berbanding
hanya RM 40.6 juta pada 2016. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM 38.2
juta (75.20%) telah disalurkan kepada pelajar IPT dan jumlah bantuan yang
paling banyak diagihkan adalah kepada Bantuan Dermasiswa1 dan Bantuan
Am Pelajaran IPT2 dalam negara iaitu sebanyak RM 22.1 juta dengan jumlah
seramai 23,108 pelajar. Menurut MAIDAM, bantuan ini adalah atas dasar
kemaslahatan ummah dan bukan bertujuan untuk memenuhi keperluan semata-
mata sebaliknya adalah untuk manfaat yang bakal diperolehi umat Islam hasil
daripada ilmu yang mereka belajar.
Pendidikan sangat penting kerana ia memainkan peranan yang sangat
besar kepada pembangunan sesebuah masyarakat dan negara (Zakaria et al,
2012). Tanpa ilmu pengetahuan, masyarakat akan hidup dalam keadaan
kemunduran dan kejahilan di samping akan menyebabkan keruntuhan moral
yang berleluasa. Namun, perkara yang sering kali menjadi masalah kepada
pelajar adalah perihal kewangan. Hal ini kerana, mahasiswa yang tidak
mempunyai pendapatan tetap terpaksa menghadapi kos perbelanjaan yang
semakin meningkat (Aisyah & Wajeeha, 2016). Sehingga November 2016,
harga bagi makanan telah menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 3.7
peratus (Yusof, 2017), dan perkara ini akan memberi tekanan kepada kos sara
hidup pelajar kerana makanan adalah keperluan utama mereka (Alecia &
Anuar, 2017) dan (Sarah et al, 2015). Tambahan lagi, pada 2017 telah
berlakunya penurunan bajet operasi universiti awam dengan kadar purata 19.23
peratus iaitu kepada RM 6.12 billion sebelum meningkat kepada RM 6.72
billion pada bajet 2018. Pengurangan ini adalah selaras dengan perancangan
kementerian di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025
(Pengajian Tinggi) yang bertujuan untuk mengurangkan kadar kebergantungan
yang sangat tinggi iaitu dalam lingkungan antara 80 peratus hingga 90 peratus
oleh institusi pengajian tinggi (IPT) kepada kerajaan. Kesannya, universiti
awam dikehendaki lebih berdikari dalam mencari sumber pendapatan
tambahan.
Malah, kesan yang lebih buruk lagi adalah kos tersebut dikenakan ke
atas pelajar seperti yuran pengajian dan kolej yang semakin meningkat dan
1
Dermasiswa diberikan kepada para pelajar yang tidak berjaya mendapat mana-mana tajaan dan
kadar bantuan adalah tinggi.
2
Bantuan Am Pelajaran IPT diberikan kepada para pelajar yang telah mendapat tajaan dan kadar
bantuan adalah rendah.
Pola Perbelanjaan dan Cadangan Penentuan Haddul Kifayah Mahasiswa
Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di Kuala Terengganu, Terengganu/31

wujudnya sistem berbayar untuk menikmati kemudahan tertentu yang


disediakan oleh pihak universiti. Kesan kenaikan harga barang-barang tertentu
ini telah memberi impak yang besar dan mengubah corak perbelanjaan pelajar
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sepenuhnya. Hal ini menyebabkan para pelajar
terpaksa memperuntukkan wang yang lebih banyak terhadap keperluan
tersebut dan perlu mencari sumber kewangan tambahan bagi memenuhi setiap
keperluan kehidupan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menguji
keberkesanan bantuan zakat pendidikan kepada pelajar IPT di Terengganu.
Objektif yang kedua adalah untuk mengenal pasti corak penggunaan wang
tersebut oleh pelajar berdasarkan maqasid syariah. Objektif seterusnya adalah
untuk mengenal pasti corak perbelanjaan pelajar berdasarkan tujuh (7) jenis
keperluan asas perbelanjaan dharuriyyat iaitu makanan, pendidikan,
perlindungan, perbelanjaan harian bukan makanan, pengangkutan, pakaian dan
kesihatan bagi menentukan haddul kifayah pelajar IPT di Terengganu.

Kajian Lepas

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mentafsirkan


fi-sabilillah sebagai mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam
suatu aktiviti untuk menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama
Islam serta kebajikannya. Manakala, menurut Prof. Dr. Mahmood Zuhdi Abdul
Majid, maksud fi-sabilillah terbahagi kepada dua iaitu umum dan khusus.
Pengertian umum adalah sebarang bentuk amal kebajikan yang bertujuan untuk
kepentingan agama. Manakala maksud khusus lebih menjurus kepada jihad
dalam peperangan (Nooh, 2009). Oleh itu, merujuk kepada pengertian umum,
para pelajar yang menuntut ilmu yang bermanfaat secara sukarela layak
menerima bantuan wang zakat tanpa mengambil kira faktor kaya atau miskin
(Wan Zulkifli, 2016). Perkara ini juga mendapat sokongan daripada pandangan
sesetengah ulama mazhab Hanafi yang menyatakan bahawa penuntut ilmu
tergolong dalam asnaf fi-sabilillah walaupun mereka kaya (Abdul Monir,
2001). Pemberian ini adalah kerana terdapat kepentingan umum atau
kemaslahatan serta munasabah yang boleh diaplikasikan mengikut masa kini
(Wan Zulkifli, 2016). Terdapat kajian yang menyatakan bahawa pelajar adalah
tergolong dalam golongan fakir dan miskin yang bertaraf penganggur.
Golongan ini merujuk kepada penuntut IPT secara sepenuh masa menyebabkan
mereka tidak berpeluang untuk bekerja atau terikat dengan mana-mana
peraturan yang tidak membenarkan pelajar bekerja. Beliau menyatakan bahawa
mereka layak menerima zakat sekiranya telah memenuhi syarat iaitu
merupakan pelajar sepenuh masa, baligh, tidak berkemampuan untuk menyara
diri dan bidang pengajian yang diambil adalah bermanfaat kepada umat.
Kebiasaanya, bantuan zakat diberikan kepada golongan yang
berpendapatan di bawah haddul kifayah manakala bagi mereka yang
berpendapatan melebihi haddul kifayah pula dikehendaki untuk membayar
zakat. Ringkasnya, had kifayah merupakan garisan pemisah antara mereka
yang layak mendapat zakat dan menerima zakat. Mansor et al (2013)
32/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

mendefinisikan haddul kifayah sebagai kadar (keupayaan ekonomi) yang


selayaknya untuk menjamin kelangsungan kehidupan seseorang individu dan
mereka yang berada di bawah tangungannya. Manakala, dalam konteks negeri
Terengganu pula, haddul kifayah merupakan suatu kadar keperluan asasi yang
paling minimum untuk sesebuah isi rumah (MAIDAM). Ia merupakan tahap
yang paling ideal untuk mencapai kehidupan yang sempurna dari sudut
ekonomi bagi seseorang individu atau keluarga tanpa berlebih-lebihan dalam
kehidupan (Mansor et al, 2013). Menurut Fahme et al (2014), haddul kifayah
memainkan peranan penting dalam penentuan tahap keperluan yang diperlukan
oleh isi rumah bagi menampung keperluan harian. Had ini juga tidak tetap dan
boleh berubah mengikut sesuatu tempat dan perubahan zaman (Mansor et al,
2013).
Menurut Ismail et. al. (2008), keperluan merupakan suatu perkara asas
yang mesti diperoleh, dimiliki dan digunakan dalam kehidupan seseorang. Dr
Wahbah Zuhayli menyatakan bahawa keperluan adalah kemudahan-
kemudahan yang diperlukan oleh manusia untuk kemudahan kehidupan
mereka dan menghindarkan daripada kepayahan hidup dan ketiadaannya akan
menyebabkan hidup mereka ditimpa kesusahan dan kesulitan (Mujaini, 2005).
Berpandukan kepada maqasid syariah, Jawatan Wakaf, Zakat dan Haji telah
menggariskan antara keperluan yang perlu diambil kira dalam penentuan
haddul kifayah adalah makanan dan minuman, perlindungan, pakaian,
perubatan, pendidikan dan pengangkutan (JAWHAR, 2007). Namun, kadar
haddul kifayah ini berbeza adalah kerana ia bergantung kepada bilangan isi
rumah dan kumpulan umur dalam isi rumah. Hal ini berikutan keperluan yang
diambil kira untuk memenuhi setiap kategori adalah berlainan. Contohnya, di
Selangor, bagi kategori anak belajar IPT, hanya empat (4) keperluan telah
diambil kira iaitu makanan, pakaian, pendidikan dan kesihatan dan penjagaan
diri (LZS). Walau bagaimanapun, menurut Qardhawi, jumlah zakat yang
diagihkan mestilah dapat dipastikan kesinambungan kehidupan yang berkualiti
yang mana kesan pengagihan zakat adalah untuk mencapai atau mencukupkan
taraf keperluan asas (dharuriyyat) dan keselesaan (hajiyyat) (Fahme et al,
2014) bagi mengembangkan kualiti kehidupan (Mansor et al, 2013).
Beberapa kajian telah dibuat mengenai pola perbelanjaan pelajar bagi
meneliti semula kadar haddul kifayah pelajar IPT berikutan kenaikan kos sara
hidup di Malaysia. Kajian Sarah et al (2015) menunjukkan bahawa purata
perbelanjaan pelajar sebulan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kampus
Bangi, Selangor adalah sebanyak RM 1,064.56 bagi aliran Sains Sosial dan
RM 1,055.55 bagi aliran Sains Tulen. Kajian yang sama turut dilakukan oleh
Muhammad Nur (2017) terhadap pelajar UKM Kampus Cheras, Kuala
Lumpur, dan hasil mendapati purata perbelanjaan adalah lebih rendah iaitu
sebanyak RM 1,015.05 sebulan. Kedua-dua kajian ini menggunakan komponen
yang sama bagi mendapatkan corak perbelanjaan pelajar sebulan, namun kajian
Muhammad Nur (2017) adalah lebih berfokus terhadap pelajar daripada
keluarga yang kurang berkemampuan berbanding kajian Sarah et al (2015)
yang bercampur antara pelajar daripada keluarga yang berkemampuan dan
kurang berkemampuan. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat banyak faktor
Pola Perbelanjaan dan Cadangan Penentuan Haddul Kifayah Mahasiswa
Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di Kuala Terengganu, Terengganu/33

yang boleh mempengaruhi dapatan kajian dalam menentukan corak


perbelanjaan pelajar seterusnya untuk menentukan kadar haddul kifayah
pelajar IPT. Oleh itu, kajian ini bermotivasi untuk membuat kajian dalam
bidang yang sama namun dengan skop yang lebih luas berbanding kajian-
kajian lepas. Objektif kajian yang pertama adalah untuk mengenal pasti
keberkesanan bantuan zakat pendidikan kepada pelajar IPT di Terengganu.
Kedua, untuk mengkaji corak penggunaan wang zakat oleh pelajar IPT
berdasarkan maqasid syariah dan yang terakhir adalah untuk mengetahui corak
perbelanjaan pelajar IPT di Terengganu berdasarkan tujuh (7) jenis keperluan
asas perbelanjaan dharuriyyat bagi mencadangkan kadar haddul kifayah
pelajar IPT3

Metodologi

Kaedah pensampelan: Sampel adalah sebahagian daripada populasi yang


dijadikan sebagai responden bagi melengkapkan kajian. Kaedah yang
digunakan dalam kajian ini adalah pensampelan bertujuan iaitu mahasiswa/i
yang mendapat bantuan zakat pendidikan jenis Bantuan Am Pelajaran IPT
daripada MAIDAM yang sedang mengikuti peringkat pengajian ijazah pertama
secara sepenuh masa di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dan
Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Kedua-dua universiti ini dipilih
berikutan kedudukan geografinya yang terletak di bandar Kuala Terengganu
yang berperanan sebagai ibu negeri Terengganu. Hanya seramai sembilan (9)
orang responden telah dipilih bagi menjayakan kajian ini, yang mana
mahasiswa ini dikategorikan sebagai asnaf fisabilillah. Hal ini kerana soalan
yang dikemukakan dalam soal selidik adalah komprehensif merujuk kepada
pendekatan Lembaga Zakat Selangor (LZS), dan analisis kajian juga dilakukan
secara teliti dan terperinci bagi mendapatkan corak perbelanjaan para pelajar
IPT dengan lebih jelas.

Instrumen Kajian: Instrumen kajian adalah alat yang digunakan untuk


mendapatkan data daripada sampel kajian. Terdapat dua (2) jenis kaedah yang
digunakan dalam kajian ini iaitu pengedaran soal selidik dan temu bual.
Borang soal selidik yang diagihkan kepada responden mengandungi empat (4)
bahagian. Bahagian A: Latar Belakang Responden, Bahagian B: Keberkesanan
Bantuan Zakat Pendidikan, Bahagian C: Corak Penggunaan Wang Zakat Oleh
Para Responden Berdasarkan Maqasid Shariah dan Bahagian D: Pola
Perbelanjaan Responden Sebulan. Temu bual pula dilakukan dengan salah
seorang seorang pegawai MAIDAM daripada bahagian Pendidikan dan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat
dan data mengenai zakat pendidikan di Terengganu.

3
Berbeza dengan konsep asal yang diambil kira oleh pihak MAIDAM iaitu tidak merujuk kepada
semua keperluan asas tersebut dalam menyalurkan bantuan kepada mana-mana pelajar IPT.
34/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Kaedah Analisis Data: Struktur soalan Bahagian B dan C adalah berbentuk


skala likert iaitu bermula daripada nilai 1 hingga 5 yang mana 1: Sangat Tidak
Setuju, 2: Tidak Setuju, 3: Tidak Pasti, 4: Setuju dan 5: Sangat Setuju. Kajian
ini dianalisis secara deskriptif bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan
min. Interpretasi min yang digunapakai dalam kajian ini diadaptasi daripada
kajian Bahril B. Balli dan Wahid Razzaly (2010) yang menunjukkan Skala
Tahap Persetujuan yakni < 2.4 adalah Rendah; 2.41 hingga 3.80 adalah
Sederhana dan akhir sekali >3.81 adalah Tinggi. Manakala, analisis Bahagian
D pula dibanci berdasarkan 7 jenis keperluan asas perbelanjaan dharuriyyat
iaitu makanan, keperluan harian bukan makanan, pakaian, pendidikan,
kesihatan, pengangkutan dan perlindungan.

Hasil Kajian

Berdasarkan Jadual 1, analisis menunjukkan responden daripada keluarga yang


berpendapatan kurang daripada RM 1,000 membuat perbelanjaan terhadap
makanan kurang daripada RM 300 sebulan atau antara RM 7 hingga RM 10
sehari. Mereka terpaksa mengehadkan perbelanjaan makanan bagi memenuhi
keperluan-keperluan lain. Hasil menunjukkan bahawa perbelanjaan mereka
untuk pendidikan melebihi perbelanjaan makanan. Perkara ini terkecuali untuk
responden ketujuh kerana tinggal di rumah dan hanya membeli makanan di
universiti ketika hari kelas berlangsung. Berbeza dengan responden yang
berlatar belakang keluarga yang berpendapatan melebihi RM 1,000,
perbelanjaan mereka untuk makanan melebihi RM 300 sebulan atau antara RM
11 hingga RM 15 sehari. Berdasarkan pemerhatian kepada responden keenam,
perbelanjaan makanan bulanan hanya sebanyak RM 200.80 atau sebanyak RM
7.17 sehari tetapi perbelanjaanya untuk keperluan harian bukan makanan dan
pakaian agak tinggi. Hal ini kerana responden ini terpaksa berdikari
sepenuhnya dan menggunakan duit sendiri untuk membeli keperluan tersebut
berikutan ibu bapa yang tidak bekerja. Seterusnya, bagi perbelanjaan terhadap
keperluan harian bukan makanan, majoriti perempuan berbelanja melebihi RM
100 berbanding lelaki. Hal ini berkemungkinan kerana perempuan lebih
menjaga keterampilan diri dan penggunaan barangan penjagaan diri yang lebih
banyak berbanding lelaki. Walau bagaimanapun, dapatan menunjukan bahawa
perbelanjaan utama bagi pelajar IPT di Terengganu adalah makanan iaitu
dengan jumlah purata sebanyak RM 291.51 (30.67%) diikuti perbelanjaan
untuk pendidikan dan perlindungan yang mana masing-masing sebanyak RM
282.44 (29.71%) dan RM 141.22 (14.88%).
Jadual 1: Maklumat Responden dan Pola Perbelanjaan
Perkara / Responden Resp 1 Resp 2 Resp 3 Resp 4 Resp 5 Resp 6 Resp 7 Resp 8 Resp 9 Purata
Jantina Lelaki Lelaki Lelaki Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan
Universiti UNISZA UNISZA UMT UNISZA UNISZA UNISZA UMT UMT UMT
Aliran Agama Sains Tulen Sastera Sains Tulen Sastera Agama Sains Tulen Sastera Sastera
Pendapatan keluarga <1000 <1000 1001-2000 1001-2000 1001-2000 <1000 2001-3000 < 1000 2001-3000
Tempat tinggal Kolej Kolej Kolej Kolej Kolej Kolej Rumah Sendiri Rumah Sewa Kolej
PENDAPATAN
PTPTN 600.00 250.00 500.00 500.00 300.00 600.00 600.00
TPYSD 1100.00
Sendiri 300.00
Ibu Bapa 200.00 150.00 300.00
MAIDAM 200.00 200.00 200.00 200.00 200.00 200.00 200.00 200.00 200.00
Jumlah Pendapatan 800.00 650.00 850.00 1300.00 800.00 700.00 500.00 800.00 800.00
PERBELANJAAN
Makanan 207.20 243.20 394.80 366.40 356.00 200.80 240.00 288.40 326.80 291.51
Pendidikan 279.00 350.00 298.00 407.40 184.00 275.60 268.00 236.00 244.00 282.44
Perlindungan 148.00 180.00 170.00 126.40 170.00 136.40 30.00 153.00 159.00 141.42
Keperluan harian 75.00 73.50 81.50 57.00 118.00 127.00 170.00 109.20 246.90 117.57
Pengangkutan 40.00 125.00 140.00 20.00 20.00 0.00 80.00 0.00 40.00 51.67
Pakaian 25.00 41.25 57.13 8.42 34.17 145.42 30.83 8.00 94.58 49.42
Perubatan 0.00 0.00 91.90 8.00 18.00 20.00 0.00 3.00 8.00 16.54
Jumlah perbelanjaan 774.20 1012.95 1233.33 993.62 900.17 905.22 818.83 797.60 1119.28 950.58
Defisit / Lebihan 25.80 -362.95 -383.33 306.38 -100.17 -205.22 -318.83 2.40 -319.28
Sumber: Soal selidik 2018
Nota:1 Semua responden berumur antara 20 hingga 30 tahun, berstatus bujang, tidak mempunyai tanggungan dan majoriti responden tidak bekerja.
2 3
Kedua-dua ibu bapa Resp. 6 tidak bekerja. Resp. 5 mempunyai perniagaan sendiri iaitu menyewa motosikal kepada para pelajar UNISZA.
4
Resp. 1 dan Resp. 7 membelanjakan wang antara RM 2,000 hingga RM 3,000 untuk membeli kedua-dua barang telefon bimbit dan laptop manakala responden kelima membeli laptop
berharga RM 1,500 dan responden kelapan membeli telefon bimbit berharga RM 500.
5
Tahun Pengajian: Tahun 1: Resp. 1 dan Resp. 6; Tahun 2: Resp. 5 dan Resp. 7; Tahun 3: Resp. 2, Resp 3, Resp 4, Resp 8 dan Resp 9.
6
PNGK: 3.67 – 4.00: Resp 1 dan Resp 4; 3.00 – 3.32: Resp 2, Resp 3, Resp 6, Resp 7, Resp 8, Resp 9; 2.50 – 2.99: Resp 5.
7
Purata (%): Makanan (30.67), Pendidikan (29.71), Perlindungan (14.88), Keperluan Harian Bukan Makanan (12.37), Pengangkutan (5.44), Pakaian (5.20),
Perubatan (1.74).
36/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 2: Perbelanjaan Terhadap Keperluan Makanan (Bulanan / RM)


Makanan/ Responden Resp 1 Resp 2 Resp 3 Resp 4 Resp 5 Resp 6 Resp 7 Resp 8 Resp 9 Purata Perbelanjaan
Lauk Campur 0 31.50 34.00 35.00 36.00 31.50 45.00 25.00 18.00 28.44
Panas / Bergoreng 35.00 11.50 35.50 30.00 24.00 13.50 3.00 33.50 31.00 24.11
Minuman 12.60 7.80 13.20 6.60 9.00 1.20 9.00 3.60 13.20 8.47
Makanan Tambahan 4.20 10.00 16.00 20.00 20.00 4.00 3.00 10.00 19.50 11.86
Jumlah Mingguan 51.80 60.80 98.70 91.60 89.00 50.20 60.00 72.10 81.70 72.88
Jumlah Bulanan (X4) 207.20 243.20 394.80 366.40 356.00 200.80 240.00 288.40 326.80 291.51
Sumber: Soal selidik 2018

Jadual 3: Perbelanjaan Terhadap Keperluan Pendidikan (Bulanan / RM)


Perkara / Responden Resp 1 Resp 2 Resp 3 Resp 4 Resp 5 Resp 6 Resp 7 Resp 8 Resp 9 Purata Perbelanjaan

Yuran Pengajian 1045.00 1400.00 940.00 1437.00 700.00 1168.00 940.00 870.00 870.00 1041.11

Buku-buku 100.00 200.00 300.00 400.00 200.00 150.00 250.00 300.00 300.00 244.44

Alat Tulis 50.00 50.00 50.00 100.00 20.00 60.00 150.00 10.00 50.00 60.00

Alatan Tambahan 200.00 100.00 200.00 100.00 66.67

Jumlah Bulanan (÷5) 279.00 350.00 298.00 407.40 184.00 275.60 268.00 236.00 244.00 282.44
Sumber: Soal selidik 2018
Pola Perbelanjaan dan Cadangan Penentuan Haddul Kifayah Mahasiswa
Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di Kuala Terengganu, Terengganu/37

Secara keseluruhan, dapat dilihat bahawa majoriti responden yang mendapat


bantuan pinjaman, mempunyai jumlah pendapatan kurang daripada RM 1,000
menyebabkan mereka menghadapi masalah kewangan iaitu defisit
perbelanjaan. Seramai 2/3 responden mengalami defisit antara RM 100 hingga
RM 300 yang disebabkan oleh jumlah perbelanjaan melebihi jumlah
pendapatan. Hanya tiga responden yang mempunyai lebihan pendapatan iaitu
responden pertama, keempat dan kelapan. Responden pertama dan kelapan
masing-masing mempunyai lebihan sebanyak RM 25.80 dan RM 2.40, yang
mana pendapatan sebulan adalah sebanyak RM 800. Sumber pendapatan
mereka adalah daripada pinjaman PTPTN dan bantuan MAIDAM. Faktor
lebihan bagi responden pertama ini berkemungkinan didorong oleh
perbelanjaan yang rendah terhadap makanan yang mana purata sehari adalah
sebanyak RM 7.40 dan tidak mempunyai sebarang perbelanjaan bagi keperluan
kesihatan. Bagi responden kelapan, perbelanjaan bulanannya adalah pada tahap
yang rendah pada tiga (3) jenis keperluan iaitu hanya RM 3 untuk perubatan,
RM 8 untuk pakaian dan tiada sebarang perbelanjaan untuk pengangkutan yang
mendorong berlaku lebihan dalam pendapatan. Responden keempat
mempunyai lebihan sebanyak RM 306.38. Hal ini kerana, pelajar ini telah
mendapat bantuan biasiswa sebanyak RM 1,100 sebulan dan ditambah bantuan
zakat pendidikan menjadikan pendapatan bulanannya sebanyak RM 1,300
seterusnya mampu untuk menampung keseluruhan perbelanjaannya.
Jadual 2 hingga Jadual 9 adalah data mengenai perbelanjaan
responden secara terperinci berdasarkan 7 kategori keperluan asas perbelanjaan
dharuriyyat iaitu makanan, pendidikan, perlindungan, keperluan harian bukan
makanan, pengangkutan, pakaian dan kesihatan. Jadual 2 adalah dapatan
mengenai perbelanjaan responden terhadap keperluan makanan. Purata
perbelanjaan keseluruhan responden bagi keperluan ini adalah sebanyak RM
291.51 sebulan. Responden keenam paling sedikit berbelanja untuk memenuhi
keperluan ini iaitu hanya sebanyak RM 200.80 sebulan atau RM 7.17 sehari.
Manakala, responden ketiga berbelanja paling banyak dengan jumlah sebanyak
RM 394.80 atau sebanyak RM 14.01 sehari. Seterusnya, Jadual 3 memaparkan
perbelanjaan responden terhadap keperluan pendidikan. Purata perbelanjaan
sebulan bagi kategori ini adalah sebanyak RM 282.44. Jumlah paling tertinggi
yang dibelanjakan adalah sebanyak RM 407.40 iaitu oleh responden keempat.
Perkara ini didorong oleh yuran pengajian yang tinggi iaitu melebihi RM 1,400
untuk satu semester berbanding responden-responden yang lain. Manakala,
jumlah perbelanjaan terendah adalah sebanyak RM 184 sebulan iaitu oleh
responden kelima yang mana dapat dilihat bahawa yuran pengajiannya adalah
separuh lebih murah berbanding responden kedua dan keempat.
38/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 4: Perbelanjaan Terhadap Keperluan Perlindungan (Bulanan / RM)


Perkara / Responden Resp 1 Resp 2 Resp 3 Resp 4 Resp 5 Resp 6 Resp 7 Resp 8 Resp 9 Purata Perbelanjaan
a)Tempat Tinggal
Kolej 133.00 140.00 120.00 106.40 120.00 106.40 119.00 93.87
Rumah Sewa 103.00 11.44
b) Bil Bulanan
Bil Air & Elektrik 20.00 2.22
Bil Telefon 15.00 40.00 50.00 20.00 50.00 15.00 15.00 40.00 27.22
Bil Jaringan Internet 15.00 15.00 30.00 6.67
Jumlah Bulanan 148.00 180.00 170.00 126.40 170.00 136.40 30.00 153.00 159.00 141.42
Sumber: Soal selidik 2018
Pola Perbelanjaan dan Cadangan Penentuan Haddul Kifayah Mahasiswa
Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di Kuala Terengganu, Terengganu/39

Jadual 5: Perbelanjaan Terhadap Keperluan Harian Bukan Makanan (Bulanan / RM)


Perkara / Responden Resp 1 Resp 2 Resp 3 Resp 4 Resp 5 Resp 6 Resp 7 Resp 8 Resp 9 Purata Perbelanjaan
Berus Gigi 2.00 3.00 3.50 2.00 3.00 4.00 8.00 11.00 4.06
Ubat Gigi 7.00 8.00 7.50 4.00 3.00 5.00 11.90 11.90 6.48
Sabun Mandi 10.00 7.00 3.50 11.00 10.00 8.00 14.00 11.00 8.28
Syampu 10.00 8.00 3.50 7.00 5.00 7.00 9.00 15.00 7.17
Krim Rambut 6.00 10.00 1.78
Perapi Rambut 10.00 5.00 10.00 2.78
Bedak 2.00 10.00 18.00 20.00 10.00 6.67
Losyen 8.00 9.00 30.00 5.22
Barangan Kosmetik 15.00 100.00 70.00 20.56
Pencuci Muka 10.00 18.00 20.00 6.90 25.00 8.88
Deodorant 20.00 9.00 7.50 8.00 6.00 7.00 5.00 11.00 8.17
Sabun Basuh 5.00 5.50 4.00 5.00 4.00 26.00 15.00 7.17
Pelembut Pakaian 10.00 5.00 5.50 5.00 7.00 11.90 15.00 6.60
minyak wangi 10.00 24.00 10.00 5.00 15.00 20.00 12.00 15.00 12.33
Pisau cukur 2.50 10.00 2.00 3.00 5.00 10.00 3.61
Tuala wanita 10.00 10.00 15.00 12.00 5.22
Pencuci pinggan 2.00 5.00 2.00 5.00 5.00 2.11
lain-lain 4.50 0.50
Jumlah Bulanan 75.00 73.50 81.50 57.00 118.00 127.00 170.00 109.20 246.90 117.57
Sumber: Soal selidik 2018
40/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 4 pula adalah berkaitan perbelanjaan responden terhadap perlindungan


yang merangkumi tempat tinggal dan bil bulanan. Dapatan menunjukkan
purata perbelanjaan sebulan bagi kategori ini adalah sebanyak RM 141.42.
Perbelanjaan tertinggi dilakukan oleh responden kedua iaitu sebanyak RM 180.
Hal ini kerana, bayaran sewa bagi kolejnya adalah paling tinggi iaitu sebanyak
RM 140 berbanding responden-responden lain. Manakala, responden ketujuh
pula membelanjakan sedikit wang untuk keperluan ini iaitu hanya sebanyak
RM 30 merangkumi bil telefon dan bil internet berikutan tidak perlu membayar
sewa penempatan kerana tinggal bersama keluarga. Merujuk kepada Jadual 5,
purata perbelanjaan sebulan bagi keperluan harian bukan makanan adalah
sebanyak RM 117.57. Antara barang keperluan yang paling dikehendaki oleh
para responden adalah berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, syampu, deodorant
dan minyak wangi. Hal ini dapat dilihat apabila keseluruhan responden
memiliki barang-barang tersebut. Manakala, barang yang paling sedikit
dimiliki oleh para responden adalah perapi rambut. Dapatan menunjukkan
responden keempat paling sedikit berbelanja untuk keperluan ini iaitu hanya
sebanyak RM 57 sebulan, manakala responden kesembilan paling banyak
berbelanja dengan jumlah sebanyak RM 246.90.
Seperti yang ditunjukkan oleh Jadual 6, iaitu berkenaan perbelanjaan
reponden terhadap keperluan pengangkutan, seramai dua (2) orang responden
tidak membelanjakan wang mereka terhadap keperluan ini iaitu responden
keenam dan kelapan. Jumlah paling banyak yang dibelanjakan adalah sebanyak
RM 140 iaitu oleh responden ketiga. Hal ini kerana, responden ini terpaksa
membayar kos perjalanan pulang ke kampung halaman yang tinggi iaitu
sebanyak RM 100 sebulan. Manakala, perbelanjaan terendah pula dilakukan
oleh responden kelima iaitu hanya sebanyak RM 20. Secara puratanya,
perbelanjaan untuk bahagian ini adalah sebanyak RM 51.67 sebulan.
Berdasarkan Jadual 7, iaitu mengenai perbelanjaan responden terhadap
keperluan pakaian, hasil menunjukkan purata perbelanjaan sebulan bagi
kategori ini adalah sebanyak RM 49.42. Responden keempat paling sedikit
membelanjakan wangnya untuk keperluan pakaian iaitu hanya sebanyak RM
8.42 sebulan, manakala, perbelanjaan tertinggi dilakukan oleh responden
keenam dengan jumlah sebanyak RM 145.42 sebulan.
Jadual yang terakhir merangkap keperluan asas yang terakhir adalah
Jadual 8. Jadual ini menunjukkan maklumat perbelanjaan responden terhadap
keperluan kesihatan. Jumlah purata perbelanjaan sebulan bagi keperluan ini
adalah sebanyak RM 16.54. Walau bagaimanapun, dapatan menunjukkan
bahawa seramai tiga (3) orang responden tidak membelanjakan wang untuk
keperluan ini. Perkara ini berkemungkinan kerana perbelanjaan untuk
kesihatan telah termasuk dalam bayaran yuran universiti. Perbelanjaan tertinggi
bagi kategori ini dilakukan oleh responden ketiga iaitu berjumlah RM 91.90
yang berkemungkinan didorong oleh harga ubat minda yang tinggi iaitu
berharga RM 70.90. Manakala, perbelanjaan paling sedikit dilakukan oleh
responden kelapan iaitu dengan hanya membeli minyak gamat yang berharga
RM 3.
Pola Perbelanjaan dan Cadangan Penentuan Haddul Kifayah Mahasiswa
Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di Kuala Terengganu, Terengganu/41

Jadual 6: Perbelanjaan Terhadap Keperluan Pengangkutan (Bulanan / RM)


Purata
Perkara / Responden Resp 1 Resp 2 Resp 3 Resp 4 Resp 5 Resp 6 Resp 7 Resp 8 Resp 9
Perbelanjaan
Motosikal 50.00 40.00 20.00 50.00 17.78
Kereta 40.00 50.00 10.00
Bas 0.00
Teksi / Grab / Kereta sewa 0.00 30.00 3.33
Perbelanjaan pulang ke
0.00 25.00 100.00 20.00 40.00 20.56
kampung halaman
Jumlah Bulanan 40.00 125.00 140.00 20.00 20.00 0.00 80.00 0.00 40.00 51.67
Sumber: Soal selidik 2018

Jadual 7: Perbelanjaan Terhadap Keperluan Pakaian (Bulanan / RM)


Perkara/ Responden Resp 1 Resp 2 Resp 3 Resp 4 Resp 5 Resp 6 Resp 7 Resp 8 Resp 9 Purata Perbelanjaan
Kemeja 55.00 35.00 125.00 25.00 120.00 160.00 57.78
T-shirt 50.00 20.00 50.00 15.00 120.00 20.00 140.00 46.11
Baju Kurung 30.00 160.00 300.00 54.44
Jubah 40.00 240.00 31.11
Blaus / T-shirt Muslimah 39.00 50.00 180.00 29.89
Tudung 20.00 15.00 90.00 100.00 100.00 36.11
Skirt Labuh / Kain 20.00 45.00 140.00 22.78
Stokin (kaki) 10.00 10.00 15.00 10.00 50.00 36.00 30.00 17.89
42/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Stoking (Tangan) 10.00 40.00 5.56


Telekung 50.00 150.00 22.22
Skarf (Anak Tudung) 5.00 20.00 20.00 5.00
Tali Pinggang 25.00 10.00 5.00 4.44
Seluar Slack 100.00 40.00 100.00 30.00 20.00 80.00 80.00 50.00
Seluar Jeans 50.00 50.00 25.00 100.00 25.00
Seluar Track 70.00 35.00 28.80 12.00 20.00 60.00 135.00 40.09
Kain Pelikat 30.00 40.00 7.78
Baju Melayu 80.00 80.00 17.78
Songkok / Kopiah 15.00 10.00 25.00 5.56
Kasut 50.00 70.00 30.00 120.00 100.00 40.00 60.00 52.22
Selipar / Sandal 10.00 11.80 10.00 120.00 10.00 30.00 21.31
Kasut sukan 100.00 80.00 30.00 150.00 40.00
Jumlah setahun 300.00 495.00 685.60 101.00 410.00 1745.00 370.00 96.00 1135.00 593.07
Jumlah Bulanan 25.00 41.25 57.13 8.42 34.17 145.42 30.83 8.00 94.58 49.42
Sumber: Soal selidik 2018
Pola Perbelanjaan dan Cadangan Penentuan Haddul Kifayah Mahasiswa
Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di Kuala Terengganu, Terengganu/43

Jadual 8: Perbelanjaan Terhadap Kepeluan Kesihatan (Bulanan / RM)


Perkara / Responden Resp 1 Resp 2 Resp 3 Resp 4 Resp 5 Resp 6 Resp 7 Resp 8 Resp 9 Purata Perbelanjaan
Minyak Gamat 2.80 3.00 3.00 0.98
Minyak Angin 3.50 5.00 5.00 10.00 8.00 3.50
Salonpas 0.80 2.00 5.00 0.87
Plaster Luka 0.40 2.00 0.27
Ubat Supplement 10.00 1.11
Ubat Minda 70.90 7.88
Ubat Sakit Perut 3.50 2.00 3.00 0.94
Panadol 1.00 3.00 5.00 1.00
Jumlah Bulanan 0.00 0.00 91.90 8.00 18.00 20.00 0.00 3.00 8.00 16.54
Sumber: Soal selidik 2018
44/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 9: Keberkesanan Bantuan Zakat Pendidikan Dan Corak Penggunaan Wang Zakat
Bil. Perkara STS TS TP S SS Tahap4
Min
K K K K K
Keberkesanan Bantuan Zakat Pendidikan
1 Bantuan zakat dapat meringankan beban pelajar. 0 0 0 0 9 5.00 Tinggi
(0) (0) (0) (0) (100)
2 Tidak menghadapi ketidakcukupan wang setelah 1 0 1 4 3 3.89 Tinggi
menerima bantuan zakat. (11.1) (0) (11.1) (44.4) (33.3)
3 Bermotivasi meneruskan pengajian setelah 0 0 0 4 5 4.56 Tinggi
menerima wang bantuan zakat. (0) (0) (0) (44.4) (55.6)
4 Masalah kewangan telah berkurang setelah 1 0 1 4 3 3.89 Tinggi
menerima bantuan zakat. (11.1) (0) (11.1) (44.4) (33.3)
5 Bersemangat belajar dengan lebih baik setelah 0 0 0 4 5 4.56 Tinggi
menerima bantuan wang zakat. (0) (0) (0) (44.4) (55.6)
Jumlah Min keseluruhan 4.38 Tinggi
Corak Penggunaan Wang Zakat
1 Saya memperuntukkan lebih wang daripada 0 0 1 3 5 4.44 Tinggi
bantuan MAIDAM untuk perkara dharuriyat dan (0) (0) (11.1) (33.3) (55.6)
hajiyat berbanding tahsiniyat.
2 Menanggung kos pengajian (yuran, buku, alat 0 2 2 2 3 3.67 Sederhana
tulis, etc) dengan menggunakan wang bantuan (0 (22.2) (22.2) (22.2) (33.3)
zakat MAIDAM.
3 Memperuntukkan sebahagian besar wang 0 0 2 4 3 4.11 Tinggi
bantuan zakat MAIDAM bukan untuk hobi (0) (0) (22.2) (44.4) (33.3)
seperti membeli novel dan komik dan membeli
belah bagi menghilangkan stress.
4 Berbelanja lebih untuk makanan berbanding 0 1 3 3 2 3.67 Sederhana
keperluan lain dengan menggunakan wang (0) (11.1) (33.3) (33.3) (22.2)
bantuan zakat MAIDAM.
Pola Perbelanjaan dan Cadangan Penentuan Haddul Kifayah Mahasiswa
Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di Kuala Terengganu, Terengganu/45

5 Walaupun wang bantuan zakat diterima pada 0 2 2 2 3 3.67 Sederhana


pertengahan semester, masih tidak mampu (0) (22.2) (22.2) (22.2) (33.3)
membeli fast food (Domino, KFC, Pizza).
6 Masih tidak mampu untuk membeli pakaian dan 0 1 2 3 3 3.89 Tinggi
barang-barang yang cantik dan bergaya (0) (11.1) (22.2) (33.3) (33.3)
walaupun setelah menerima bantuan zakat.
7 Membayar kos penginapan (kolej / rumah sewa) 1 2 0 4 2 3.44 Sederhana
dengan menggunakan wang bantuan zakat (11.1) (22.2) (0) (44.4) (22.2)
MAIDAM.
8 Kurang membelanjakan wang bantuan zakat 1 3 0 1 4 3.44 Sederhana
untuk mengisi minyak dan menyelenggara (11.1) (33.33) (0) (11.1) (44.4)
kenderaan.
9 Memperuntukkan hanya sedikit wang bantuan 0 2 2 3 2 3.56 Sederhana
zakat untuk tujuan menambah nilai telefon
(0) (22.2) (22.2) (33.3) (22.2)
bimbit dan internet.
10 Memandangkan wang bantuan zakat diterima 0 1 2 4 2 3.78 Sederhana
pada pertengahan semester, mampu menyimpan (0) (11.1) (22.2) (44.4) (22.2)
sebahagiannya untuk kegunaan semester akan
datang.
Jumlah Min Keseluruhan 3.77 Sederhana
Nota:
*() merujuk kepada peratusan (%).
STS (Sangat Tidak Setuju), TS (Tidak Setuju), TP (Tidak Pasti), S (Setuju), SS (Sangat Setuju)
K (Kekerapan)
Skala Tahap Persetujuan: < 2.4, Rendah: 2.41-3.80; Sederhana dan >3.81: Tinggi (Bahril & Wahid, 2010)
Sumber: Maklumat soal selidik
46/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Berdasarkan Jadual 9, terdapat dua (2) jenis bahagian iaitu bahagian 1 dan
bahagian 2. Objektif untuk bahagian 1 adalah untuk mengukur keberkesanan
bantuan zakat pendidikan kepada pelajar IPT di Terengganu yang dinilai
berdasarkan 5 item. Nilai min keseluruhan bagi bahagian ini adalah 4.38 iaitu
berada pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa para responden
bersetuju dengan justifikasi yang terdapat dalam keseluruhan item. Item yang
ketiga dan kelima mencatat nilai min yang tertinggi iaitu bernilai 4.56. Kedua-
dua item ini membincangkan tentang kesan bantuan zakat pendidikan terhadap
aspek pembelajaran pelajar IPT. Nilai min yang terendah pula adalah pada item
kedua dan keempat iaitu bernilai 3.89. Item-item ini adalah berkenaan kesan
bantuan zakat pendidikan terhadap aspek kewangan pelajar IPT. Analisis ini
juga menunjukkan bahawa terdapat seorang pelajar yang mengaku bahawa
masih menghadapi masalah kewangan walaupun diberi bantuan sebanyak RM
1,000 setahun oleh pihak MAIDAM.
Objektif Bahagian 2 pula adalah untuk mengetahui corak penggunaan
wang zakat oleh para pelajar IPT di Terengganu berdasarkan maqasid syariah
iaitu dharuriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat. Nilai min keseluruhan bagi
bahagian ini adalah sebanyak 3.77 iaitu berada pada tahap sederhana. Analisis
menunjukkan bahawa para responden hanya sederhana setuju dengan
justifikasi yang terdapat dalam keseluruhan item pada bahagian ini. Nilai min
yang paling tinggi adalah bernilai 4.44 iaitu pada item pertama yang mana
separuh daripada responden ‘sangat setuju’ bahawa mereka menggunakan
wang zakat adalah untuk memenuhi keperluan dharuriyyat dan hajiyyat
berbanding tahsiniyyat. Nilai min yang terendah adalah pada item ketujuh dan
kelapan iaitu bernilai 3.44 yang mana masing-masing item adalah berkenaan
penggunaan wang zakat untuk pembayaran kos penginapan dan keperluan
pengangkutan.

Perbincangan dan Implikasi Dasar

Menurut Zarina et al (2012), agihan zakat mampu meningkatkan kuasa beli


penerima seterusnya meningkatkan taraf kehidupan mereka ke arah yang lebih
baik. Namun, pemberian ini menyebabkan mereka berada di zon selesa dan
tidak cermat dalam perbelanjaan. Hal ini kerana, semakin meningkat
pendapatan yang diperolehi pelajar, semakin meningkat perbelanjaan mereka
(Sarah et. al, 2015 & Alida & Fatimah, 2007). Terdapat segelintir daripada
responden mengaku bahawa mereka menggunakan duit zakat untuk membeli
pakaian dan barang-barang yang cantik dan bergaya. Ini menunjukkan bahawa
mereka tidak menggunakan wang tersebut secara berhemah serta mereka
mempunyai tabiat yang buruk dalam perbelanjaan dan tidak berupaya
mengurus kewangan dengan baik. kajian oleh Jariah et. al. (2004) juga
menunjukkan bahawa majoriti pelajar berbelanja untuk hiburan, membeli-
belah dan cenderung untuk membeli ketika jualan promosi berlangsung.
Menurut Hussin dan Amni (2012), mahasiswa tidak mampu berfikir secara
rasional dalam mengawal tabiat perbelanjaan. Mereka juga tidak dapat
membezakan antara barang keperluan dan kehendak dengan baik (Alecia &
Pola Perbelanjaan dan Cadangan Penentuan Haddul Kifayah Mahasiswa
Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di Kuala Terengganu, Terengganu/47

Anuar, 2017). Kesannya, mereka cenderung untuk berbelanja melebihi sumber


kewangan yang ada (Mustaffa & Fikri, 2011) dan akan menghadapi masalah
kewangan iaitu ketidakcukupan wang untuk berbelanja sehingga penghujung
semester. Tabiat perbelanjaan seperti ini menunjukkan bahawa mereka
berbelanja adalah untuk memenuhi kepuasan material dan mengabaikan
kepuasan rohani seperti yang diunjurkan oleh Islam.
Bagi pelajar yang lahir daripada keluarga yang miskin dan menerima
bantuan zakat bagi meneruskan kehidupan, di samping tidak mampu mengawal
corak perbelanjaan dengan baik, masalah akan menjadi lebih teruk apabila
tahap pencapaian mereka tidak memberangsangkan sama ada daripada segi
Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) ataupun kemahiran interpersonal.
Kesannya, mereka akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan
yang mana akan menyebabkan sama ada mereka terpaksa menganggur, tidak
mempunyai pekerjaan yang tetap atau bekerja tetapi gaji yang diterima tidak
mampu untuk menampung perbelajaan keperluan asas (Azman & Martiah,
2014). Hal ini kerana, mereka terpaksa bersaing dengan ribuan graduan lain
yang lebih berdaya saing dan berkemahiran terutama pelajar domestik yang
pernah belajar di luar negara4. Akhirnya, mereka akan terus bergantung dengan
bantuan daripada kerajaan serta bantuan zakat bagi memenuhi semua keperluan
harian menyebabkan mereka terus terperangkap dalam kitaran ganas
kemiskinan (Vicious Cycle of Poverty)5. Oleh itu, daripada kajian yang telah
dijalankan, kajian ini ingin mengemukakan beberapa cadangan iaitu:

1. Mengadakan program atau kempen pengurusan kewangan Islam


terutama berkenaan perbelanjaan yang dilakukan menggunakan wang
zakat melalui media massa seperti di laman wab dan facebook
MAIDAM. Hal ini bertujuan untuk melahirkan para pelajar yang lebih
menghargai duit terutama daripada duit zakat dan tidak
membelanjakan sewenang-wenangnya untuk perkara yang tidak
penting. Mereka perlu didedahkan pengurusan kewangan yang betul
supaya selepas keluar daripada alam universiti, mereka berupaya
untuk mengurus pendapatan sendiri dengan melaksanakan belanjawan
berimbang di samping turut bersedekah dan menyimpan untuk
kegunaan kecemasan serta tidak terjebak dengan kebankrupan
sewaktu muda.
2. Mengadakan perjumpaan dan sesi motivasi minimum sekali setahun
bersama-sama pelajar baru yang bakal melanjutkan pelajaran ke IPT
dan telah mendapat bantuan zakat daripada MAIDAM yang mana
intipati program adalah lebih berfokus terhadap aspek sahsiah dan
akademik. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyedarkan

4
Rashidah.M., & Nor Azlah. S. R. (2016). Studying abroad: Malay students attitude towards the
education system and personal adjustment. Proceeding of ICECRS 1. 479 – 492.
5
Keadaan kemiskinan atau perangkap kemiskinan; Merujuk kepada kemiskinan yang diwarisi dari
satu generasi ke generasi seterusnya yang menghasilkan kemiskinan yang berterusan tanpa ada
harapan untuk isi rumah yang miskin keluar daripada kelompok berkenaan.
48/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

mereka tentang akhlak dan nilai yang perlu diterapkan dalam diri serta
mempunyai motivasi untuk terus belajar dengan rajin bagi mencapai
keputusan yang cemerlang dalam pelajaran di samping mempunyai
soft skills yang mantap. Hal ini kerana, ilmu dan kemahiran yang
dipelajari di universiti akan menjadi bekalan dan persediaan kepada
mereka untuk melangkah ke dunia sebenar seterusnya berjaya
menempatkan diri dalam mana-mana sektor pekerjaan yang sesuai
dengan kelayakan. Program ini amat penting terutama bagi pelajar
daripada keluarga miskin kerana mereka akan menjadi tulang
belakang keluarga untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dan
berjaya menukar status daripada penerima zakat kepada pembayar
zakat.
3. Kajian mencadangkan jumlah perbelanjaan responden pertama iaitu
RM 774.20 sebagai perbelanjaan minimum sebulan atau perbelanjaan
dharuriyat. Pihak MAIDAM boleh menggunakan angka ini sebagai
rujukan bagi menentukan haddul kifayah mahasiswa di negeri
Terenganu sekiranya penilaian semula jumlah bantuan zakat
pendidikan dilakukan.
4. Cadangan yang terakhir kepada pihak MAIDAM adalah untuk
menukarkan jenis bantuan zakat daripada ‘Bantuan Am Pelajaran
IPT’ kepada ‘Bantuan Dermasiswa’ kepada pelajar IPT yang terdiri
daripada keluarga fakir dan miskin dan sumber pendapatan kewangan
sebulan pelajar adalah RM 600 ke bawah atau RM 3,000 satu
semester bagi membolehkan mereka berupaya untuk menyara
kehidupan ketika di universiti.
5. Kajian lanjut berkenaan corak perbelanjaan pelajar harus terus
dilakukan supaya dapat menyumbang kepada pembuatan dasar
contohnya dengan mengenalpasti keperluan-keperluan asas utama
pelajar IPT berdasarkan lokasi yang berbeza yang mana dapat
dijadikan asas bagi pengiraan haddul kifayah.

Kesimpulan

Bantuan am pelajaran IPT yang diberikan oleh MAIDAM kepada para pelajar
IPT adalah berbentuk lump sum iaitu sebanyak RM 1,000 setahun untuk
peringkat ijazah sarjana muda dan bantuan ini merupakan pendapatan
tambahan terhadap sumber kewangan utama mereka yang sedia ada. Hasil
kajian menunjukkan, majoriti responden bersetuju bahawa mereka
bersemangat untuk belajar dengan lebih baik di samping beban kewangan telah
berkurangan setelah menerima bantuan zakat pendidikan oleh MAIDAM.
Selain itu, penggunaan wang zakat oleh para pelajar IPT juga didapati adalah
lebih tertumpu untuk memenuhi keperluan dharuriyyat dan hajiyyat
berbanding tahsiniyyat. Di samping itu, dapatan menunjukkan terdapat
perbezaan terhadap perbelanjaan pelajar IPT berdasarkan faktor demografi.
Responden daripada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM 1,000
berbelanja antara RM 7 hingga RM 10 sehari atau kurang daripada RM 300
Pola Perbelanjaan dan Cadangan Penentuan Haddul Kifayah Mahasiswa
Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di Kuala Terengganu, Terengganu/49

sebulan berbanding pelajar daripada keluarga yang berpendapatan melebihi


RM 1,000 yang mana lebih cenderung untuk berbelanja melebihi RM 300
sebulan atau antara RM 11 hingga RM 15. Analisis juga menunjukkan bahawa
responden perempuan berbelanja melebihi lelaki untuk memenuhi keperluan
harian bukan makanan. Keperluan yang paling utama bagi para pelajar adalah
makanan apabila mencatat perbelanjaan yang tertinggi diikuti oleh pendidikan
dan perlindungan. Namun, secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan
bahawa majoriti responden telah mengalami defisit dalam perbelanjaan.

Rujukan

Abdul Monir. Y. (2001). Garis Panduan Agama Dalam Pengagihan Dana Zakat. Dlm.
Nik Musthapha Nik Hassan (pnyt). Kaedah Pengagihan Dana Zakat: Satu
Perspektif Dalam Islam, hlm. 1 -14. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam
Malaysia (IKIM).
Ahmad Fahme. M. A., Mohd Faisol. I., Muhammad Ridhwan. A. A., & Fuadah. J.
(2014). Konsep dan isu had kifayah, kemiskinan bandar dan jantina dalam
pengagihan zakat. Labuan E-Journal Of Muamalat And Society, 8, 14 – 26.
Alecia Puyu. A. S., & Anuar. A. (2017). Pola perbelanjaan dalam kalangan mahasiswa:
Satu kajian perbandingan antara IPTA dan IPTS. International Conference On
Global Education V: Global Education, Common Wealth, And Culture
Diversity. Universitas Ekasakti. Padang, 10 -11 April.
Aisyah. A. R., & Wajeeha. Z. (2016). Faktor penentu pengurusan kewangan: Kes
mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar 19(2)
85 – 94.
Azman. A. R., & Siti Martiah. A. (2014). Dana Zakat dalam pendidikan asnaf dan
sumbangannya terhadap ekonomi Malaysia. Prosiding PERKEM Ke-9 208 –
215.
Bahril. B. & Wahid. R. (2010). Kerangka Kaedah Penilaian untuk Pengiktirafan
Penilaian terdahulu (PPPT) dalam Konteks Pembelajaran Sepanjang Hayat:
Transformasi Pendidikan Politeknik di Malaysia. Persidangan Kebangsaan
Penyelididkan dan Inovasi dalam Pendidikan dan latihan Teknik dan
Vokasional CIE-TVT 2011, 16-17 November 2011, Pulau Pinang.
Hairunnizam. W., Sanep. A., & Radiah. A. K. (2009). Pengagihan zakat oleh institusi
zakat kepada lapan asnaf: Kajian di Malaysia. Kertas Kerja Dibentangkan Di
Seminar Kebangsaan Ekonomi Islam 2008/2009. APIUM. 10 – 11 Februari.
Hussin. S., & Nik Amni. N. L. (2012). Kompetensi pengurusan kewangan dalam
kalangan mahasiswa: Tinjauan terhadap pelajar sarjana muda sains serta
pendidikan (Sains Sukan), Utm, Skudai. Tesis Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Ismail A. W., Zarina. S., & Siti Zahrah. B. (2008). Budaya Keusahawanan Panduan
Memulakan Perniagaan. Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn Bhd.
Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji. (2007). Manual Pengurusan Agihan Zakat. Putrajaya:
Jabatan Perdana Menteri.
Jariah. M., Husniyah. A. R., Laily. p., & Britt. S. 2004. Financial behaviour and
problems among university students: Need for financial education. Journal of
Personel Finance, 3(1)83 – 96.
Kementerian Pendidikan Tinggi. (2016, Oktober 26). Peruntukan Bajet 2017 untuk
perbelanjaan pembangunan universiti awam meningkat.
50/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Laman Web Rasmi Lembaga Zakat Selangor (LZS)


Laman Web Rasmi Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)
Mansor. S., Hassan. A., Ahmad Irfan. I. H., Noradilah. M. N., & Saharudin. R. (2013).
Had kifayah di kalangan masyarakat Islam: Merungkai keperluan kaedah
penentuan garis miskin dan kaya berasaskan sunah di Malaysia. Kertas Kerja
Dibentangkan Dalam Seminar Antarabangsa Sunah Nabawiyah (Musnad 2):
Realiti Dan Cabaran. Anjuran Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya. 3
– 4 Julai.
Mohd Yusof. S. (2017). Kos Sara Hidup Dijangka Terus Meningkat Tahun 2017.
http://www.upm.edu.my/artikel/kos_sara_hidup_dijangka_terus_meningkat_t
ahun_2017-30199 [6 Jun 2018]
Muhammad Nur. H. (2017). Penentuan had kifayah pelajar institusi pengajian tinggi:
Kajian pelajar prasiswazah di kampus Cheras, Universiti Kebangsaan
Malaysia. Kertas ilmiah Sarjana Muda Ekonomi,Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Mujaini. T. (2005). Zakat Menuju Pengurusan Profesional. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Mustaffa, W.,& Fiktri, M. (2011). Kecekapan pengurusan kewangan di kalangan pelajar
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
Nooh. G. (2009). Konsep asnaf fisabilillah mengikut hukum syarak. Kertas Kerja
Dibentangkan Dalam Seminar Pengagihan Zakat Di Bawah Sinf Fisabilillah
Anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. 9 Jun.
Sarah Athirah. S., Aisyah. A. R., & Hairunnizam. W. (2015). Pola perbelanjaan dan
Haddul Kifayah zakat bagi pelajar sarjana muda di UKM. Jurnal Personalia
Pelajar 18 ( 2) 44 - 61.
Shofian. A., & Amir Husin. M. N. (2002). Zakat: Membangun Ummah. Kuala Lumpur:
Utusan Publications.
Siti Alida. J. A., & Fatimah. W. I. (2007). Memenuhi keperluan pelajar di universiti
awam Malaysia: Aspek pendapatan dan perbelanjaan. Journal of Ethics, Legal
and Governance, 3, 50-60.
Wan Zulkifli. W. H. (2016). Amalan mazhab syafii dalam fatwa zakat di Terengganu.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zakaria. S., Noranizah. Y., & Abdul Fatah. S. (2012). Pendidikan menurut al-Quran dan
sunah serta peranannya dalam memperkasakan tamadun ummah. Jurnal
Hadhari Special Edition. 7 – 22.
Zarina. K., Sanep. A., & Mohd Ali. M. N. (2012). Zakat sebagai pemangkin
pembangunan ekonomi: Ke arah negara berpendapatan tinggi. Prosiding
PERKEM 7 (2) 1263 – 1273.
Bab 3

Pola Perbelanjaan dan Cadangan Had Kifayah Mahasiswa


Institusi Pengajian Tinggi: Kajian Pelajar Prasiswazah di
Kampus Cheras, Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Nur Hassan
Hairunnizam Wahid

Pengenalan

Ibadah zakat sangat berbeza dengan ibadah yang lain kerana ia merupakan
satu-satunya ibadah yang menghubungkan secara langsung tiga komponen
penting iaitu manusia dengan pencipta (Allah), manusia dengan manusia serta
manusia dengan lahiriahnya sendiri. Sabda Rasullulah SAW melalui hadith
yang bermaksud:

“Islam diasaskan atas lima pekara: kesaksian bahawa tiada


tuhan selain daripada Allah dan Muhammad pesuruh Allah,
mendirikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan
mengeluarkan zakat dan menunaikan fardhu haji bagi yang
berkemampuan”.
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Dari hadith diatas, dapatlah disimpulkan bahawa zakat merupakan


fardhu ain yang wajib dipenuhi oleh seluruh umat Islam. Oleh itu, seorang
muslim yang mengingkari kefardhuan zakat boleh mengakibatkannya murtad.
Manakala individu Muslim yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari
kewajipannya adalah berdosa besar dan menjadi tanggungjawab pemerintah
untuk menguruskan kutipan dan agihan zakat Firman Allah s.w.t:

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah


(zakat) supaya dengannya Engkau memberihkan mereka (dari
dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)’.
(Surah at-Taubah: 103)

Zakat merupakan kata dasar dari kalimah al-zaka’ (‫ )ىكَز‬yang


bermaksud suci dan subur, bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta
zakat, pembayar zakat dan penerima zakat. Manakala zakat daripada
52/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

pengertian syarak ialah mengeluarkan sejumlah harta tertentu dengan kadar


tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan
tertentu (Lembaga Zakat Selangor). Ibadah zakat mngandungi pelbagai jenis
hikmah dan sering ditekankan dalam Al-Quran dan Hadis Rasullulah SAW.
Sebagaimana firman Allah SWT dalam kitab azizNya:

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk


orang-orang fakir, orang-orang miskin, ‘amil-‘amil yang
mengurusnya, mu’allaf-mu’allaf yang dijinakan hatinya, untuk
hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang-orang
yang berhutang, untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan
musafir-musafir dalam perjalanan. (Ketetapan yang demikian itu
ualah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) daripada Allah.
Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.
(Surah at-Taubah:60)

Zakat telah menjadi punca perhubungan dalam agihan semula


kekayaan antara orang kaya dengan orang miskin dan hal ini telah pun
diimplementasi dalam ekonomi Islam sejak zaman Rasullulah SAW. Pekara ini
wujud kerana Islam telah menggariskan bahawa setiap kekayaan adalah
amanah dan dalam harta orang kaya wujud hak golongan orang yang
memerlukan. Allah SWT melarang amalan pengagihan harta beredar dalam
kalangan orang kaya sahaja. Terbukti secara empiriknya, zakat dapat dijadikan
alat yang ampuh bagi menangani kerosakan ekonomi pada masa kini. Kajian
dibuat dan telah terbukti keberkesanan agihan zakat dalam menangani masalah
ketidaksamaan agihan pendapatan. Hal ini juga dapat dilihat melalui peratusan
insiden kemiskinan tegar di Malaysia dapat dikurangkan. Berdasarkan data
insiden kemiskinan tegar di Malaysia yang dikeluarkan oleh Unit Perancangan
Ekonomi, terdapat penurunan yang agak drastik khusus kepada etnik
bumiputera yang majoritinya beragama Islam daripada 1.1 peratus pada tahun
2009 berkurang kepada 0.3 peratus pada tahun 2012 (EPU 2012).
Pendidikan sangat penting kerana ia memainkan peranan yang sangat
besar kepada pembangunan sesebuah masyarakat dan negara (Zakaria et al,
2012). Tanpa ilmu pengetahuan, masyarakat akan hidup dalam keadaan
kemunduran dan kejahilan di samping akan menyebabkan keruntuhan moral
yang berleluasa. Namun, perkara yang sering kali menjadi masalah kepada
pelajar adalah perihal kewangan. Hal ini kerana, mahasiswa yang tidak
mempunyai pendapatan tetap terpaksa menghadapi kos perbelanjaan yang
semakin meningkat (Aisyah & Wajeeha, 2016). Sehingga November 2016,
harga bagi makanan telah menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 3.7
peratus (Yusof, 2017), dan perkara ini akan memberi tekanan kepada kos sara
hidup pelajar kerana makanan adalah keperluan utama mereka (Alecia &
Anuar, 2017) dan (Sarah et al, 2015). Tambahan lagi, pada 2017 telah
berlakunya penurunan bajet operasi universiti awam dengan kadar purata 19.23
peratus iaitu kepada RM 6.12 billion sebelum meningkat kepada RM 6.72
billion pada bajet 2018. Pengurangan ini adalah selaras dengan perancangan
Pola Perbelanjaan dan Cadangan Had Kifayah Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi:
Kajian Pelajar Prasiswazah di Kampus Cheras, Universiti Kebangsaan Malaysia /53

kementerian di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025


(Pengajian Tinggi) yang bertujuan untuk mengurangkan kadar kebergantungan
yang sangat tinggi iaitu dalam lingkungan antara 80 peratus hingga 90 peratus
oleh institusi pengajian tinggi (IPT) kepada kerajaan. Kesannya, universiti
awam dikehendaki lebih berdikari dalam mencari sumber pendapatan
tambahan.
Secara umumnya, objektif kajian ini ialah untuk mencadangkan kadar
haddul kifayah yang relevan kepada pelajar khususnya kepada golongan asnaf
fakir dan miskin yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi berdasarkan
dapatan pola perbelanjaan pelajar. Objektif yang seterusnya ialah untuk
mengetahui peratus perbelanjaan yang dikeluarkan oleh asnaf ini terhadap
keperluan asasi mereka, dengan itu kajian ini akan mendedahkan sumbangan
yang paling banyak di belanja oleh asnaf ini. Objektif yang terakhir ialah untuk
mengetahui faktor demografi yang mempengaruhi perbelanjaan asnaf.

Kajian Lepas

Berdasarkan kajian lepas yang ditulis oleh Ali et al. (2014), beliau menjelaskan
bagaimana institusi zakat memperolehi purata garis kemiskinan adalah dengan
menggunakan pendekatan kewangan sebagai penanda aras haddul kifayah bagi
sesuatu golongan asnaf. Secara umumnya di Malaysia, penentuan had kifayah
adalah berbeza mengikut institusi zakat negeri masing-masing (Ali & Aziz
2014; Zakaria 2014). JAWHAR (2007) mendefinisikan haddul kifayah sebagai
kadar asas keperluan minuman diri dan tanggungan dalam menentukan tahap
kelayakan penerima zakat untuk asnaf fakir dan miskin dengan mengambil kira
perbezaan tempat, masa, keperluan dan keadaan sosioekonomi. Tarimin (2005)
telah menukilkan kajian yang ditulis oleh Dr Wahbah al-Zuhayli bahawasanya
keperluan ialah kemudahan yang diperlukan oleh manusia untuk meneruskan
kehidupan serta menghindari daripada kesulitan hidup, ketiadaanya akan
menyebabkan manusia hidup dalam ketidak bertamadunan. Qardhawi (2009)
telah menghuraikan pemikiran Imam Nawawi yang mengatakan keperluan
minuman tersebut ialah dengan mengambil kira keperluan makanan, pakaian,
perlindungan, dan keperluan lain. Dalam konteks sekarang keperluan lain yang
dimaksudkan itu harus meliputi keperluan pendidikan, kesihatan dan keperluan
sosial lain yang sesuai mengikut peredaran semasa.
Tarimin (2005) telah mengambil pandangan daripada mazhab Imam
Malik, Imam Shafie dan Imam Ahmad ibn Hanbal yang mengatakan, fakir
ialah orang yang tidak memiliki harta dan sumber pekerjaan yang halal untuk
menampung keperluan asas diri dan tanggungannya seperti makan, minum,
tempat penginapan dan persalinan. Berdasarkan (Tarimin; Qardhawi 2009),
pelajar sepenuh masa layak dikategorikan sebagai golongan asnaf fakir miskin
yang bertaraf penganggur sementara. Tambahannya, oleh kerana golongan
pelajar yang menuntut di institusi pengajian tinggi yang menumpukan sepenuh
masa pengajian sehingga tidak berpeluang untuk bekerja atau wujud peraturan
yang menghalangnya bekerja. Mereka layak menerima agihan zakat sekiranya
54/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

terbukti pelajar sepenuh masa, telah mencapai umur baligh, tidak


berkemampuan menyara diri dan bidang pengajian yang diambil bermanfaat
kepada umat.
LZS (2014) menyatakan bahawa salah satu keperluan asasi dalam
haddul kifayah adalah pendidikan, ia diambil kira dalam pemberian zakat
kepada asnaf fakir dan miskin. Ibrahim (2008), antara usaha yang dapat
meningkatkan produktiviti golongan miskin ialah dengan memenuhi keperluan
asas mereka. Sebagai contoh, membiyai projek dengan menggunakan dana
zakat terhadap bidang pendidikan, kesihatan, kebajikan sosial dan sebagainya.
Wahid et al. (2004) pula mendapati bantuan zakat memberi kesan yang
signifikan kepada kualiti hidup golongan asnaf terutamanya dalam aspek
pendidikan dan penyertaan sosial. Pendidikan merupakan tiket penting dalam
mengubah kehidupan golongan asnaf fakir melalui proses pembelajaran yang
berterusan daripada peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat pengajian
tinggi yang akan membuka peluang pekerjaan yang lebih baik (Latiff & Sayin
2014). Konklusinya, bantuan pendidikan hasil daripada dana zakat amatlah
penting dalam meringankan bebanan pelajar untuk membiyai kos pendidikan
sekali gus akan meningkatkan semangat pelajar untuk meneruskan pengajian
sehingga ke peringkat tertinggi.
Kajian daripada Wahid et al. (2014) mendapati impak dari dana zakat
tidak begitu besar terhadap kualiti pendidikan pelajar di peringkat sekolah
rendah dan menengah kerana pihak kerajaan telah menyediakan bantuan
pendidikan seperti yuran, biasiswa dan juga makanan, namun bantuan
pendidikan di peringkat pengajian tinggi tidak diberi secara menyeluruh kerana
yuran yang sangat tinggi mengakibatkan jumlah penerima bantuan pendidikan
daripada kerajaan sangat terhad. Pada tahun 2006, jumlah perbelanjaan dari
kerajaan ke atas institusi pengajian tinggi awam (IPTA) telah menelan kos
sebanyak 6.6 bilion bagi mengurus perbelanjaan 20 buah IPTA. Hampir 88
peratus daripada perbelanjaan IPTA dibiyai oleh kerajaan sementara baki
sebanyak 12 peratus lagi dibiyai daripada sumber-sumber lain, Hassan (2007).
Pelajar IPT kebiasaannya akan membuat pinjaman pendidikan dan selepas
bergraduasi mereka akan dibebani dengan hutang pinjaman tersebut.
Hasil daripada kajian lepas yang dibincangkan, jelaslah bahawa zakat
merupakan salah satu induktif untuk meringankan beban pelajar terhadap kos
pendidikan di peringkat IPT, terutamanya pelajar dari golongan fakir dan
miskin. Kajian ini juga pernah dilakukan oleh Sarah Atirah Saruchi, pelajar
sarjana ekonomi Islam dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM, akan
tetapi kajian yang dijalankan oleh beliau adalah secara rawak kepada pelajar
sarjana muda UKM dan bukan kepada asnaf fakir dan miskin. Oleh yang
demikian, kadar had kifayah yang dikeluarkan oleh beliau menjadi terlampau
tinggi. Disebabkan itu, penyelidik mencadangkan bahawa kajian ini perlu
difokuskan khusus kepada corak perbelanjaan pelajar fakir dan miskin untuk
mendapatkan kadar had kifayah yang releven.
Pola Perbelanjaan dan Cadangan Had Kifayah Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi:
Kajian Pelajar Prasiswazah di Kampus Cheras, Universiti Kebangsaan Malaysia /55

Kaedah Kajian

Kaedah pensampelan: Sampel adalah sebahagian daripada populasi yang


dijadikan sebagai responden bagi melengkapkan kajian. Kaedah pensampelan
yang digunakan dalam kajian ini adalah daripada asnaf Fakulti Perubatan,
kampus Cheras, UKM. Senarai asnaf ini diperolehi daripada Pegawai Hal
Ehwal Islam Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Encik Muhammad
Tajuddin Abdul Rahim di Pusat Zakat UKM. Faktor yang menyokong
pensampelan ini ialah kos sara hidup bagi jurusan perubatan lebih tinggi
berbanding jurusan-jurusan lain yang terdapat di UKM. Selain itu, penempatan
asnaf di kawasan bandar juga telah menyebabkan pelajar cenderung untuk
berbelanja lebih kerana kos sara hidup di bandar lebih tinggi berbanding kos
sara hidup di kawasan pinggir bandar dan luar bandar.

Instrumen Kajian : Pendekatan yang diambil untuk melaksanakan kajian ini


ialah Kaedah Pungutan Data melalui borang soal selidik. Perisian Statistical
Package for Social Science (SPSS) digunakan untuk menganalisa data pada
bahagian A iaitu bahagian demografi. Manakala untuk bahagian B hanya
dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excel sahaja. Kajian ini
juga merupakan satu kajian yang berbentuk diskriptif. Kajian diskriptif adalah
penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan kaedah dalam
mendapatkan maklumat yang sedang berlaku. Setiap kajian memerlukan
percernaan formal untuk memperolehi satu gambaran yang menyeluruh dan
lebih mengenai sesuatu keadaan supaya perumusan persoalan benar-benar
meliputi semua aspek kajian. Semua data yang diperolehi melalui kajian
diskriptif boleh digunakan sebagai dasar untuk membuat keputusan.

Kaedah Analisis Data: Untuk mencapai objektif yang telah digariskan pada
bahagian pengenalan, perancangan yang teratur dan teliti telah dilaksanakan
dalam kajian ini. Borang soal selidik ini diagih kepada 8 asnaf yang terdiri
daripada 3 orang mahasiswa dan 5 orang mahasiswi mengikut kategori fakir
dan miskin. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai alat untuk
mendapatkan data dan maklumat yang diperlukan untuk mengkaji pola
perbelanjaan serta sebagai bantuan dalam menentukan had kifayah yang
releven bagi pelajar ini. Borang soal selidik terbahagi kepada dua iaitu
Bahagian A: Maklumat Responden dan Bahagian B: Perbelanjaan Responden.
Bahagian A ini bertujuan untuk mengumpul maklumat berkaitan latar belakang
responden. Terdapat sebelas soalan yang diajukan kepada responden yang
merangkumi kaum, jantina, umur, status perkhawinan, fakulti, status pelajar,
pekerjaan, tempat tinggal, pendapatan keluarga atau sendiri sebulan, sumber
kewangan bagi tempoh sebulan dan tanggungan. Bahagian B pula adalah
berkenaan pola perbelanjaan responden. Pola perbelanjaan responden ini
dibahagikan kepada beberapa kategori seperti perbelanjaan makanan,
keperluan harian bukan makanan, perubatan, pakaian, perbelanjaan Institusi
Pendidikan Tinggi, pengangkutan dan perlindungan. Kesemua perbelanjaan
56/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

responden ini dibanci untuk mendapatkan purata perbelanjaan mahasiswa dan


mahasiswi bagi tempoh sebulan.

Hasil Kajian

Jadual 1 menunjukkan profil demografi responden di mana 100 peratus


responden merupakan pelajar daripada kampus Cheras, UKM. Jumlah pelajar
lelaki adalah sebanyak 3 orang dan 5 orang responden yang lain terdiri
daripada pelajar perempuan. Pekara ini telah menunjukkan bahawa asnaf
daripada pelajar perempuan adalah 62.5 peratus lebih banyak berbanding asnaf

Jadual 1: Profil Responden


Perkara Jumlah Peratus (%)
Jantina
 Lelaki 3 37.5
 Perempuan 5 62.5
Kategori Asnaf
 Fakir 2 25
 Miskin 6 75
Umur
 20 – 30 tahun 8 100
Status Perkahwinan
 Bujang 8 100
Fakulti
 FPER 7 87.5
 FFAR 1 12.5
Status Pelajar
 Sepenuh Masa 8 100
Pekerjaan
 Tidak Bekerja 8 100
Tempat Tinggal
 Kolej 8 100
Pendapatan Keluarga/Sendiri sebulan
 Kurang daripada RM 1,000 4 50
 RM 1,001 – 2,000 4 50
Sumber Kewangan sebulan
 Biasiswa: RM 500 2 25
 Pinjaman: RM 500 2 25
 Ibu Bapa: RM 200 – RM 300 4 50
Tanggungan
 Tiada 8 100
Sumber: Soal selidik 2017

pelajar lelaki dengan 37.5 peratus. Hasil daripada perjumpaan bersama


Pegawai Hal Ehwal Islam UKM iaitu Encik Muhammad Tajuddin Abdul
Rahim, penyelidik telah dibekalkan dengan maklumat seperti status kategori
Pola Perbelanjaan dan Cadangan Had Kifayah Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi:
Kajian Pelajar Prasiswazah di Kampus Cheras, Universiti Kebangsaan Malaysia /57

asnaf yang memohon dana zakat di UKM. Responden daripada kampus Cheras
ini mempunyai 2 orang asnaf kategori fakir dan 4 orang asnaf kategori miskin.
Berdasarkan analisis yang dijalankan ke atas responden, didapati
kesemua asnaf ini berumur antara 20 hingga 30 tahun. Begitu juga dengan
status perkahwinan responden, dimana 100 peratus asnaf ini berstatus bujang.
Selain itu, majoriti pelajar yang memohon zakat daripada kampus Cheras
berasal daripada Fakulti Perubatan (FPER) dengan sejumlah 87.5 peratus dan
selebihnya iaitu 12.5 peratus berasal dari Fakulti Farmasi. Seterusnya, bagi
kategori status pelajar, pekerjaan dan tempat tinggal, kesemua responden ini
membuat undian yang sama. Di mana status pelajar asnaf ini ialah sepenuh
masa, mereka tidak bekerja dan mereka menginap di kolej yang disediakan
oleh UKM. Jumlah pendapatan responden dalam tempoh sebulan adalah
seimbang bagi kategori pendapatan keluarga/sendiri. Terdapat 4 orang
responden yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM1,000 manakala 4
orang responden yang lain mempunyai pendapatan dalam lingkungan RM1,001
hingga RM2,000. Akhir sekali ialah bancian sumber pendapatan asnaf bagi
tempoh sebulan. Jumlah zakat yang diterima oleh asnaf adalah sebanyak
RM500 dalam tempoh sebulan. Jika dana zakat ini ditambah dengan sumber
kewangan asnaf yang memiliki biasiswa dan pinjaman, responden itu akan
menerima wang sebanyak RM1,000 dalam tempoh sebulan. Manakala bagi
asnaf yang bergantung pada sumber kewangan ibu bapa mereka, wang yang
diperolehi adalah dalam lingkungan RM700 ke RM800 apabila dicampur
dengan dana zakat.
Merujuk kepada Jadual 2, didapati purata perbelanjaan bagi kelapan-
lapan responden diatas adalah sebanyak RM272.20 sebulan. Responden
kelapan telah membelanjakan sejumlah harga yang tertinggi berbanding
responden yang lain iaitu sebanyak RM371.20. Manakala responden yang
keempat mempunyai jumlah perbelanjaan makanan yang terendah iaitu
sebanyak RM162.60. Seterusnya Jadual 3 iaitu jadual Keperluan Harian Bukan
Makanan, daripada hasil yang diperolehi, barang yang paling dikehendaki oleh
responden-responden ini ialah berus gigi, ubat gigi dan juga sabun mandi. Hal
ini dapat dilihat apabila kesemua responden ini membeli atau memiliki ketiga-
tiga item tersebut. Bagi item yang kurang dimiliki oleh responden ialah losyen,
barang tersebut hanya digunakan oleh responden yang ketujuh sahaja. Purata
perbelanjaan bagi 8 orang responden ini ialah RM107.50 sebulan, perbelanjaan
tertinggi dibuat oleh responden ketujuh iaitu sebanyak RM173.00, manakala
perbelanjaan terendah adalah daripada reponden keempat sebanyak RM50.00.
58/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 2: Jadual Perbelanjaan Keseluruhan Makanan (Mingguan Dan Bulanan / RM)


Responden/ Purata
1 2 3 4 5 6 7 8
Jenis Makanan Perbelanjaan
Lauk Campur 30.00 27.00 32.00 24.50 23.50 35.00 28.50 33.50 29.25
Panas/Bergoreng 11.00 28.00 4.00 18.00 28.00 29.50 27.50 20.90
Minuman 4.20 4.20 4.20 7.80 11.4 7.80 4.20 11.80 6.95
Makanan
19.50 18.45 7.75 4.35 17.20 12.50 9.05 20.00 13.60
Tambahan
Jumlah
53.7 60.65 71.95 40.65 70.10 83.3 71.25 92.8 68.05
Mingguan
Jumlah Bulanan
214.80 242.60 287.80 162.60 280.40 333.20 285.00 371.20 272.20
(X4)
Sumber: Soal selidik 2017

Jadual 3: Keperluan Harian Bukan Makanan (Bulanan / RM)


Purata
Perkara/Responden 1 2 3 4 5 6 7 8
Perbelanjaan
Berus Gigi 2.00 3.00 5.00 7.00 4.00 4.00 2.00 5.00 4.00
Ubat Gigi 6.00 6.00 5.00 5.00 8.00 5.00 7.00 5.00 5.90
Sabun Mandi 10.00 5.00 10.00 3.00 10.00 7.00 20.00 15.00 10.00
Syampu 10.00 8.00 8.00 11.00 10.00 13.00 12.00 10.30
Krim Rambut 10.00 16.00 13.00
Bedak 20.00 40.00 6.00 10.00 19.00
Losyen 15.00 15.00
Barang Kosmetik 25.00 20.00 22.50
Pencuci Muka 20.00 30.00 19.00 14.00 10.00 10.00 17.20
Deodorant 7.00 10.00 7.00 15.00 12.00 13.00 10.00 10.60
Pola Perbelanjaan dan Cadangan Had Kifayah Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi:
Kajian Pelajar Prasiswazah di Kampus Cheras, Universiti Kebangsaan Malaysia /59

Sabun Basuh
10.00 8.00 10.00 15.00 15.00 20.00 20.00 14.00
Pakaian
Pelembut Pakainan 10.00 13.00 10.00 11.00
Minyak Wangi 20.00 20.00 10.00 20.00 17.50
Pisau Cukur 4.00 7.00 8.00 5.00 10.00 6.80
Tuala Wanita 6.00 4.00 12.00 7.00 15.00 8.80
Pencuci Pinggan 3.00 5.00 3.00 3.70
Jumlah Bulanan 125.00 113.00 102.00 50.00 90.00 111.00 173.00 96.00 107.50
Sumber: Soal selidik 2017

Jadual 4: Perubatan Kesihatan (Bulanan / RM)


Purata
Perkara/Responden 1 2 3 4 5 6 7 8
Perbelanjaan
Minyak Gamat 8.00 8.00 8.00
Minyak Angin 12.00 10.00 4.00 8.70
Ubat Sakit Perut 25.00 25.00
Panadol 5.00 5.00 5.00 2.00 4.25
Jumlah Bulanan 17.00 38.00 23.00 6.00
21.00
Sumber: Soal selidik 2017
60/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Berdasarkan Jadual 4 iaitu jadual perubatan kesihatan, didapati hanya


responden yang pertama, ketiga, kelima dan keenam sahaja yang
membelanjakan wang mereka untuk perubatan dan kesihatan. Bagi responden
kedua, keempat, ketujuh dan kelapan tidak langsung mengeluarkan wang
mereka ke atas perbelanjaan ini. Pekara ini menunjukkan bahawa hanya
separuh daripada asnaf ini mempunyai persediaan perubatan sebagai langkah
berjaga-jaga. Purata perbelanjaan ini ialah RM 21 sebulan dan perbelanjaan
tertinggi bagi kategori ini dibuat oleh responden ketiga sebanyak RM 38 diikuti
oleh responden yang kelima sebanyak RM 23, responden yang pertama
sebanyak RM 17 dan responden yang keenam sebanyak RM 6. Jadual 5 iaitu
perbelanjaan Institusi Pengajian Tinggi merupakan perbelanjaan yang paling
banyak dikeluarkan oleh responden-responden ini berbanding perbelanjaan-
perbelanjaan yang lain. Hal ini disebabkan oleh jumlah yuran pengajian yang
tinggi dan terpaksa ditanggung oleh responden-responden daripada kampus
Cheras, UKM. Jumlah purata perbelanjaan IPT ini ialah RM 393.25 sebulan,
perbelanjaan yang tertinggi ialah daripada responeden ketujuh sebanyak RM
490 sebulan sementara perbelanjaan yang terendah adalah daripada responden
keempat berjumlah RM 242 sebulan.
Berdasarkan Jadual 6 iaitu perbelanjaan pakaian, purata perbelanjaan
responden ini ialah RM46.60 sebulan. Responden yang keempat hanya
berbelanja sebanyak RM15 sahaja untuk pakaiannya sebulan, berbanding
responden yang kelima dan ketujuh, mereka telah mengeluarkan perbelanjaan
sebanyak RM62.50 dan RM62.40 untuk pakaian mereka sebulan. Seterusnya
Jadual 7, jadual ini memaparkan jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh
responden bagi kategori pengangkutan. Responden kedua dan keempat telah
mengeluarkan jumlah yang sama dalam perbelanjaan pengangkutan mereka
iaitu RM10 untuk tempoh sebulan. Manakala responden yang ketujuh ini
mengeluarkan perbelanjaan tertinggi berbanding responden yang lain kerana
beliau mempunyai kenderaan sendiri iaitu kereta dan penyelengaraan untuk
sebuah kereta secara asasnya adalah tinggi. Purata perbelanjaan pengangkutan
ini ialah RM41.
Merujuk Jadual 8 iaitu perbelanjaan perlindungan. Responden yang
membelanjakan jumlah yang terendah iaitu sebanyak RM100 ialah responden
pertama dan kedua. Manakala bagi responden keempat dan kelima masing-
masing membelanjakan sebanyak RM160 serta merupakan perbelanjaan yang
tertinggi berbanding responden-responden yang lain. Yuran kolej bagi
sesetengah responden adalah berbeza disebabkan kemudahan yang disediakan
oleh kolej itu sendiri, makin banyak kemudahan yang disediakan, semakin
tinggi jumlah yang perlu dibayar oleh sesorang pelajar. Purata perbelanjaan
perlindungan ialah RM133.50.
Pola Perbelanjaan dan Cadangan Had Kifayah Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi:
Kajian Pelajar Prasiswazah di Kampus Cheras, Universiti Kebangsaan Malaysia /61

Jadual 5: Perbelanjaan IPT (Bulanan Dan Satu Semester / RM)


Purata
Perkara/Responden 1 2 3 4 5 6 7 8
Perbelanjaan
Yuran Pengajian 2,000.00 2,000.00 2,100.00 1,200.00 1,200.00 1,200.00 2,000.00 1,900.00
1,700.00
Buku-buku 150.00 100.00 100.00 500.00 200.00 200.00
208.30
Alat Tulis 50.00 50.00 25.00 10.00 100.00 50.00 100.00 100.00
60.60
Alatan Tambahan 20.00 25.00 200.00 150.00 98.75
Jumlah Per 2220.00 2175.00 2225.00 1210.00 2000.00 1450.00 2450.00 2000.00
1,966.25
Semester
Jumlah Bulanan
444.00 435.00 445.00 242.00 400.00 290.00 490.00 400.00 393.25
(÷5)
Sumber: Soal selidik 2017
Jadual 6: Pakaian (Bulanan Dan Tahunan / RM)
Purata
Perkara/Responden 1 2 3 4 5 6 7 8
Perbelanjaan
Kemeja 150.00 80.00 140.00 123.30
T-Shirt 125.00 150.00 150.00 20.00 140.00 30.00 102.50
Baju Kurung 160.00 70.00 115.00
Jubah 80.00 60.00 160.00 100.00
Blaus / T-Shirt 200.00 25.00 60.00 60.00
86.25
Muslimah
Tudung 60.00 300.00 60.00 50.00 70.00 108.00
Skirt Labuh / Kain 60.00 20.00 40.00
Stokin (kaki) 15.00 20.00 30.00 30.00 60.00 30.00 14.00 21.00 27.50
Telekung 50.00 50.00 100.00 66.70
62/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Skarf (anak 4.00 15.00


9.50
tudung)
Tali Pinggang 30.00 10.00 20.00
Seluar Slack 60.00 20.00 50.00 80.00 50.00 50.00 51.70
Seluar Jeans 50.00 50.00 50.00
Seluar Track 20.00 60.00 20.00 20.00 30.00
Baju Melayu 160.00 160.00
Kasut 120.00 200.00 50.00 50.00 50.00 50.00 86.70
Selipar / Sandal 10.00 10.00 20.00 40.00 15.00 19.00
Kasut Sukan 100.00 100.00 40.00
80.00
Jumlah Tahunan 734.00 625.00 330.00 180.00 750.00 710.00 749.00 426.00
563.00
Jumlah Bulanan
61.20 52.10 25.00 15.00 62.50 59.20 62.40 35.50 46.60
(÷12)
Sumber: Soal selidik 2017
Pola Perbelanjaan dan Cadangan Had Kifayah Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi:
Kajian Pelajar Prasiswazah di Kampus Cheras, Universiti Kebangsaan Malaysia /63

Jadual 7: Pengangkutan (Bulanan / RM)


Purata
Perkara/Responden 1 2 3 4 5 6 7 8
Perbelanjaan
Kereta 50.00 50.00

Bas 44.00 44.00

Tiket / Tambang
pulang ke kampung
44.00 10.00 44.00 13.00 23.00 26.8
halaman

LRT / Komuter 20.00 10.00 20.00 20.00 17.5


Lain-lain 30.00 30.00

Jumlah Bulanan 20.00 10.00 64.00 10.00 88.00 100.00 13.00 23.00 41.00

Sumber: Soal selidik 2017

Jadual 8: Perlindungan (Bulanan / RM)


Purata
Perkara/Responden 1 2 3 4 5 6 7 8
Perbelanjaan
Kolej 500.00 500.00 650.00 800.00 690.00 800.00 700.00 700.00
667.5
Jumlah Bulanan (÷5) 100.00 100.00 130.00 160.00 138.00 160.00 140.00 140.00 133.50
Sumber: Soal selidik 2017
64/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 9: Jumlah Perbelanjaan Keseluruhan Asnaf (RM)


Perkara/Responden 1 2 3 4 5 6 7 8 Purata
Perbelanjaan

Makanan 214.80 242.60 287.80 162.60 280.40 333.20 285.00 371.20 272.20

Keperluan Harian 125.00 113.00 102.00 50.00 90.00 111.00 173.00 96.00 107.50
Bukan Makanan

Perubatan Kesihatan 17.00 38.00 23.00 6.00 21.00

Pakaian 61.20 52.10 25.00 15.00 62.50 59.20 62.40 35.50 46.60

Perbelanjaan IPT 444.00 435.00 445.00 242.00 400.00 290.00 490.00 400.00 393.25

Pengangkutan 20.00 10.00 64.00 10.00 88.00 100.00 13.00 23.00 41.00

Perlindungan 100.00 100.00 130.00 160.00 138.00 160.00 140.00 140.00 133.50

Jumlah Keseluruhan 982.00 952.70 1,091.80 639.60 1,081.90 1,059.40 1,163.40 1,065.70 1,015.05

Sumber: Soal selidik 2017


Pola Perbelanjaan dan Cadangan Had Kifayah Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi:
Kajian Pelajar Prasiswazah di Kampus Cheras, Universiti Kebangsaan Malaysia /65

Jadual 10: Peratus Perbelanjaan Pelajar


Perkara/Responden Purata Perbelanjaan (RM) Peratus Perbelanjaan (%)
Perbelanjaan IPT 393.25 39
Makanan 272.20 27
Perlindungan 133.50 13
Keperluan Harian Bukan Makanan 107.50 11
Pakaian 46.60 5
Pengangkutan 41.00 4
Perubatan Kesihatan 21.00 2

Jumlah Keseluruhan 1,015.05 100

Nota:
i. Purata Perbelanjaan ini diambil pada Jadual 9 (kolum terakhir)
Purata Perbelanjaan dan Peratus Perbelanjaan pelajar ini disusun mengikut jumlah yang tertinggi ke jumlah yang terendah

Sumber: Soal selidik 2017


66/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 11: Belanja Asnaf Mengikut Pendapatan Sebulan (RM)


A B C D E F
Responden Asnaf Sumber Pendapatan Dana Zakat Sebulan Pendapatan Sebulan Perbelanjaan Sebulan
(RM2,500 ÷ 5 = RM500) (C+D=E) Responden

1 Miskin Ibu Bapa : 300 500 800 982.00


2 Fakir Ibu Bapa : 300 500 800 952.70
3 Miskin Pinjaman : 500 500 1,000 1,091.80
4 Fakir Ibu Bapa : 200 500 700 639.60
5 Miskin Ibu Bapa : 300 500 800 1,081.90
6 Miskin Biasiswa : 500 500 1,000 1,059.40
7 Miskin Pinjaman : 500 500 1,000 1,163.40
8 Miskin Biasiswa : 500 500 1,000 1,065.70
Nota:
i. Pinjaman merupakan dana daripada PTPTN
ii. Biasiswa merupakan dana daripada JPA.
iii. Dana Zakat untuk satu semester RM 2,500. Pelajar mempunyai tempoh selama 5 bulan dalam satu semester, untuk dapatkan jumlah Zakat
bagi tempoh sebulan, dana Zakat untuk satu semester dibahagi dengan 5 bulan (RM2,500 ÷ 5 = RM500)
iv. Jumlah Perbelanjaan Sebulan Responden ini diambil daripada Jadual 9 (baris terakhir)

Sumber: Soal selidik 2017


Pola Perbelanjaan dan Cadangan Had Kifayah Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi:
Kajian Pelajar Prasiswazah di Kampus Cheras, Universiti Kebangsaan Malaysia /67

Akhir sekali ialah Jadual 9 iaitu jadual perbelanjaan keseluruhan asnaf. Jadual
ini mengandungi kesemua jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh
responden seperti perbelanjaan makanan, keperluan harian bukan makanan,
perubatan kesihatan, pakaian, perbelanjaan IPT, pengangkutan dan juga
perlindungan. Responden yang yang telah mengeluarkan wang yang sedikit
daripada kesemua perbelanjaan diatas jatuh kepada responden keempat yang
berjumlah RM639.60. Manakala perbelanjaan yang tertinggi direkod oleh
penyelidik adalah perbelanjaan daripada responden yang ketujuh yang telah
membelanjakan sejumlah RM1,163.40 untuk tempoh sebulan. Jumlah purata
bagi perbelanjaan keseluruhan asnaf ini ialah RM1,015.05.
Pada Jadual 10, kajian ini telah membanci jumlah perbelanjaan asnaf
kepada peratusan untuk memudahkan pembaca mengetahui jumlah yang
dikeluarkan oleh asnaf ini dalam tempoh sebulan. Sumbangan yang terbesar
daripada keseluruhan perbelanjaan asnaf ini adalah jumlah perbelanjaan IPT
iaitu sebanyak 39 peratus. Manakala jumlah kedua terbesar yang dikeluarkan
oleh asnaf adalah perbelanjaan terhadap pemakanan iaitu 27 peratus, diikuti
dengan jumlah perbelanjaan perlindungan iaitu sebanyak 13 peratus dan
perbelanjaan keempat terbesar jatuh kepada perbelanjaan keperluan harian
bukan makanan iaitu 11 peratus. Akhir sekali adalah perbelanjaan yang kurang
dikeluarkan oleh asnaf adalah perbelanjaan seperti pakaian, pengangkutan dan
perubatan kesihatan, pekara tersebut dibelanjakan kurang daripada 5 peratus.
Jumlah zakat yang diterima bagi asnaf jurusan perubatan dan farmasi
ialah RM2,500 untuk satu semester, dan jika dibahagi kepada bulanan setiap
asnaf akan menerima RM500 sebulan. Jadual 11 menunjukkan majoriti
daripada asnaf berbelanja melebihi jumlah pendapatan yang diperolehi sebulan.
Kecuali responden yang keempat, beliau hanya berbelanja sebanyak RM639.60
sedangkan jumlah pendapatannya sebulan adalah RM700. Walaupun
responden ini berbelanja kurang daripada pendapatan asalnya, tetapi beliau
masih boleh meneruskan kehidupan tanpa sebarang kesulitan. Oleh itu,
penyelidik berpendapat bahawa responden keempat ini telah membelanjakan
sejumlah harga yang logik iaitu RM639.60 atau RM640 sebagai angka
perbelanjaan daruriyat. Pola perbelanjaan asnaf keempat ini patut dicontohi
oleh asnaf-asnaf yang lain dan bukannya berbelanja mengikut jumlah
pendapatan yang diperolehi sebulan.
Berdasarkan Jadual 12, haddul kifayah yang dikeluarkan oleh LZS
bagi kategori asnaf yang belajar di IPT adalah sebanyak RM235.00. Jumlah ini
dilihat tidak begitu sesuai dengan senario ekonomi sekarang atau lebih
khususnya kepada sektor pendidikan di mana kos pengajian yang terpaksa
ditanggung oleh pelajar di peringkat IPT ini semakin meningkat. Keperluan
asas pula hanya mengambil kira makanan, pakaian, perubatan dan pendidikan.
Jika dibandingkan dengan jumlah yang dicadangkan oleh penyelidik
berdasarkan keperluan asas yang dikeluarkan LZS ialah sebanyak RM733.05
sebulan. Dimana angka ini lebih realistik jika ingin dikaitkan dengan ekonomi
semasa yang masih lagi belum kukuh.
68/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 12: Haddul Kifayah Bagi Kategori Anak Asnaf Belajar Di IPT
Kategori Keperluan asas LZS (RM) Cadangan (RM)

Anak belajar IPT Makanan 145.00 272.20


Pakaian 35.00 46.60
Perubatan 10.00 21.00
Pendidikan 45.00 393.25
JUMLAH 235.00 733.05

Nota:
i. Jumlah cadangan ini diambil daripada Jadual 4.9, tanpa mengambil kira jumlah Keperluan Harian Bukan Makanan, Pengangkutan dan
Perlindungan.
Sumber: www.zakatselangor.com.my

Jadual 13: Pengiraan Pendapatan Asnaf Bagi Tempoh Sebulan (RM)


A B C D E
Jumlah pendapatan asnaf di Lebihan / Kurangan perbelanjaan
Jumlah perbelanjaan
Punca pendapatan bulanan asnaf LZS campur dana LZS daruriyat asnaf.
daruriyat
(A+B=C) (C-D=E)
Biasiswa: 500 235 735 640 95
Pinjaman: 500 235 735 640 95
Ibu Bapa: 200 – 300 235 435 – 535 640 (105 – 205)
Nota:
i. Biasiswa merupakan dana daripada JPA.
ii. Pinjaman merupakan dana daripada PTPTN
iii. Dana dari LZS diambil daripada Jadual 4.12
iv. Jumlah perbelanjaan daruriyat ini diambil daripada responden ke 4, Jadual 9 (kolum kelima)

Sumber: Soal selidik 2017


Pola Perbelanjaan dan Cadangan Had Kifayah Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi:
Kajian Pelajar Prasiswazah di Kampus Cheras, Universiti Kebangsaan Malaysia /69

Jadual 13 menunjukkan dana yang disumbangkan oleh LZS kepada Anak


Belajar IPT bagi tempoh sebulan adalah sebanyak RM235. Jika dicampur
dengan sumber pendapatan daripada biasiswa atau pinjaman iaitu sebanyak
RM500, maka perbelanjaan asnaf akan berjumlah RM735 melebihi kecukupan
perbelanjaan daruriyat. Jika sumber pendapatan asnaf itu datang daripada ibu
bapa yang berjumlah RM200 hingga RM300, jumlah pendapatan asnaf adalah
sebanyak RM435 hingga RM535. Jumlah ini tidak dapat menampung
perbelanjaan daruriyat iaitu sebanyak RM640, asnaf kekurangan dana
sebanyak RM105 hingga RM205. Kekurangan tersebut perlu diambil
perhatian oleh LZS supaya dapat mencukupkan perbelanjaan daruriyat atau had
kifayah asnaf ini.
Natijahnya, melalui pengujian faktor demografi ini pihak institusi
zakat perlu mengambil kira faktor pendapatan yang diperolehi asnaf dalam
menentukan haddul kifayah bagi keperluan perbelanjaan asnaf di kampus
Cheras, UKM untuk tempoh sebulan. Hal ini kerana, faktor pendapatan asnaf
merupakan pengaruh yang besar terhadap perbelanjaan asnaf. Semakin banyak
dana yang diperolehi asnaf, semakin banyak wang yang dibelanjakan oleh
mereka. Kajian ini berpendapat faktor pendapatan ini antara faktor penentu
yang sesuai bagi memastikan kadar haddul kifayah yang terbaik dapat dibina.
Kajian yang telah dijalankan ke atas 8 orang responden ini, telah
membuahkan hasil, iaitu untuk mengambil jumlah perbelanjaan responden
yang ke 4 ini sebagai kadar haddul kifayah yang relevan Responden ini
berbelanja kurang daripada pendapatan asalnya, tetapi beliau masih boleh
meneruskan kehidupan tanpa sebarang kesulitan. Oleh itu, responden keempat
ini telah membelanjakan sejumlah harga yang logik iaitu RM639.60 atau
RM640 sebagai angka perbelanjaan daruriyat. Manakala sumbangan yang
terbesar daripada keseluruhan perbelanjaan asnaf ini adalah jumlah
perbelanjaan IPT iaitu sebanyak 39 peratus, diikuti dengan perbelanjaan
makanan iaitu 27 peratus, perbelanjaan perlindungan sebanyak 13 peratus dan
perbelanjaan keempat terbesar jatuh kepada perbelanjaan keperluan harian
bukan makanan iaitu 11 peratus. Akhir sekali, Faktor Pendapatan Asnaf
merupakan faktor penentu dalam perbelanjaan mereka. Semakin banyak dana
yang diperolehi asnaf, semakin banyak wang yang dibelanjakan oleh mereka.

Cadangan dan Kesimpulan

Menurut kajian yang dibuat oleh Sarah Atirah (2015), jumlah had kifayah bagi
pelajar sains sosial dan juga sains tulen di kampus Bangi UKM adalah seperti
berikut, Pelajar daripada sains sosial merupakan pelajar daripada Fakulti
Ekonomi dan Pengurusan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Fakulti
Pendidikan Islam, Fakulti Undang-Undang dan juga Fakulti Pendidikan.
Manakala bagi pelajar sains tulen pula terdiri daripada pelajar Fakulti Sains
dan Teknologi, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat serta Fakulti
Kejuruteraan dan Alam Bina. Menurut beliau, purata perbelanjaan pelajar
menunjukkan aliran sains sosial lebih tinggi berbanding pelajar jurusan sains
70/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

tulen dalam tempoh sebulan. Di mana purata perbelanjaan pelajar sains sosial
ini adalah sebanyak RM 1064.56 manakala pelajar sains tulen membelanjakan
sebanyak RM 1055.55, perbezaan perbelanjaan ini adalah sebanyak RM 9.01.
Keperluan asas tersebut tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan antara
kedua-dua aliran pengajian sains sosial dan sains tulen.
Jika dibandingkan dengan purata perbelanjaan yang dikaji oleh
penyelidik iaitu RM 1015.05, angka ini lebih rendah berbanding purata
perbelanjaan yang dikaji oleh Sarah Atirah sedangkan perbelanjaan di kampus
Bangi sepatutnya lebih rendah berbanding perbelanjaan di kampus Cheras
kerana kos belajar di bandar lebih tinggi berbanding kos belajar di pinggir
bandar. Hal ini berlaku disebabkan penyelidik ini telah membuat kajian ke atas
pelajar secara rawak di kampus Bangi, maka untuk mendapatkan sejumlah
perbelanjaan daruriyat di kawasan ini adalah mustahil kerana hasil kajian itu
telah bercampur dengan pelajar yang berkemampuan dan pelajar yang kurang
berkemampuan.
Perbelanjaan pelajar juga perlu dibezakan mengikut aliran pengajian
sains sosial dan sains tulen kerana perbelanjaan mereka adalah berbeza seperti
yang ditunjukkan dalam kajian beliau. Oleh itu penyelidik mencadangkan
kepada pengkaji yang akan datang untuk mengkaji corak perbelanjaan pelajar
fakir dan miskin mengikut aliran pengajian sains sosial dan sains tulen untuk
menentukan kadar had kifayah yang lebih relevan dan sesuai dapat diberi
kepada asnaf ini.
Konklusinya, kadar had kifayah khusus kepada pelajar perlu dinilai
dengan lebih teliti oleh pihak institusi zakat supaya sistem agihan zakat yang
lebih adil dan ihsan dapat dilaksanakan. Kajian lepas yang telah di bincang
menunjukkan bahawa zakat adalah salah satu induktif untuk meringankan
beban pelajar terhadap kos pendidikan di peringkat IPT, terutamanya pelajar
dari golongan fakir dan miskin. Kajian ini juga pernah dilakukan oleh Sarah
Atirah binti Saruchi, seorang pelajar sarjana ekonomi Islam dari Fakulti
Ekonomi dan Pengurusan, UKM, akan tetapi kajian yang dijalankan oleh Sarah
Atirah ini adalah secara rawak tehadap pelajar sarjana muda UKM. Oleh
demikian, kadar had kifayah yang dikeluarkan berdasarkan kepada corak
perbelanjaan pelajar ini menjadi terlampau tinggi. Disebabkan itu, penyelidik
mencadangkan bahawa kajian ini perlu difokuskan kepada corak perbelanjaan
pelajar fakir dan miskin untuk mendapatkan kadar had kifayah yang releven.
Kajian yang telah dijalankan ke atas 8 orang responden ini, telah
membuahkan hasil, iaitu untuk mengambil jumlah perbelanjaan responden
yang ke 4 ini sebagai kadar haddul kifayah yang relevan. Responden ini
berbelanja kurang daripada pendapatan asalnya, tetapi beliau masih boleh
meneruskan kehidupan tanpa sebarang kesulitan. Oleh itu, responden keempat
ini telah membelanjakan sejumlah harga yang logik iaitu RM639.60 atau
RM640 sebagai angka perbelanjaan daruriyat. Manakala sumbangan yang
terbesar daripada keseluruhan perbelanjaan asnaf ini adalah jumlah
perbelanjaan IPT iaitu sebanyak 39 peratus, diikuti dengan perbelanjaan
makanan iaitu 27 peratus, perbelanjaan perlindungan sebanyak 13 peratus dan
perbelanjaan keempat terbesar jatuh kepada perbelanjaan keperluan harian
Pola Perbelanjaan dan Cadangan Had Kifayah Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi:
Kajian Pelajar Prasiswazah di Kampus Cheras, Universiti Kebangsaan Malaysia /71

bukan makanan iaitu 11 peratus. Akhir sekali, Faktor Pendapatan Asnaf


merupakan faktor penentu dalam perbelanjaan mereka. Semakin banyak dana
yang diperolehi asnaf, semakin banyak wang yang dibelanjakan oleh mereka.

Rujukan

Ali, A. F. M. & Aziz, M. R. A. (2014). Zakat Poverty Line Index and Gender Poverty in
Malaysia: Some Issues and Practices. International Journal of Business and
Social Science 5(10): 286-293.
Ali, A. F. M., Ibrahim, M. F., Aziz, M.R.A. & Johari, F. (2014). Konsep dan Isu Had
Kifayah, Kemiskinan Bandar dan Jantina Dalam Pengagihan Zakat. Labuan e-
Journal of Muamalat and Society 8: 14-26.
Berger, M.. C. & Kostal, T. (2002). Financial Resources, Regulation and Enrollment in
US Public Higher Education. Economics of Education Review 21(2): 101-
110.
EPU. (2012). Insiden Kemiskinan Tegar Mengikut Etnik, Strata dan Negeri, Malaysia,
1984-2012.
Hassan, D. D. Z. B. A. (2007). Isu dan Strategi ke Arah Pembangunan Modal Insan
Sektor Pengajian Tinggi Bertaraf Dunia. Jurnal Pengurusan Awam 23:23-44.
Ibrahim, P. (2008). Pembangunan Ekonomi Melalui Agihan Zakat: Tinjauan Empirikal.
Jurnal Syariah 16(2): 223-244.
Jariah, M., Husniyah, A., Laily, P. & Britt, S. (2004). Financial Behavior and Problems
among University Students: Need for Financial Education. Journal of Personal
Finance 3(1): 82-96.
JAWHAR. (2007). Manual Pengurusan Zakat. Putrajaya: Jabatan Perdana Menteri.
Lateff, E. E. A., Patil, M. R. & Hassan, M. S. (2014). Prestasi Kecekapan Agihan
Kewangan Dan Bukan Kewangan Di Kalangan Institusi Zakat Di Malaysia.
Jurnal Ekonomi Malaysia 48(2): 51-60.
LZS. (2014). Asas PertimbanganHad Kifayah. http://www.zakatselangor.com.my/info-
agihan/had-kifayah/
LZS. (2014). Kadar Had Kifayah. http://www.zakatselangor.com.my/info-agihan/had-
kifayah/kadar-had-kifayah
Mansor, S., Hasan, A., Irfan, A., Hisham, I., Noradilah, M. N. & Saharudin, R. (2013).
Had Al-Kifayah Di Kalangan Masyarakat Islam: Merungkai Keperluan
Kaedah Penentuan Garis Miskin Dan Kaya Berasaskan Sunnah Di Malaysia.
Qardhawi, Y. (2009). Fiqh Al Zakat, Translated by MD Kahf.
Tarimin, M. (2005). Zakat Menuju Pengurusan Profesional. Utusan Publications and
Distributors Sdn Bhd.
Wahid, H., Ahmad, S. & Noor, M.A. (2004). Kesan Bantuan Zakah Terhadap Kualiti
Hidup Asnaf Fakir Dan Miskin. Proceedings National Seminar in Islamic
Banking and Finance (iBAF), Kolej Universiti Islam Malaysia, March, hlm.
2-3.
Bab 4

Pengaruh Kualiti Hidup Terhadap Pendapatan Fakir dan


Miskin: Kajian kes Di Raub Pahang

Nur Shahida Samsudin


Mohd Ali Mohd Noor
Hairunnizam Wahid

Pengenalan

Pembangunan kehidupan manusia atau kehidupan orang Islam yang masih jauh
kebelakang yang tidak selaras dengan pembangunan ekonomi pada masa kini
boleh dipertingkatkan melalui salah satu sistem kehartaan dan ekonomi umat
Islam iaitu melalui sebuah sistem yang dikenali sebagai zakat.
Zakat jika dilihat melalui perlaksanaannya ialah apabila golongan
yang berkemampuan membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk
memenuhi keperluan harian mereka. Walaupun secara umumnya bantuan
bukanlah diberi secara langsung kepada golongan asnaf ini malahan diberi
melalui pusat zakat untuk membolehkan pembahagian bantuan menjadi lebih
adil dan terurus. Untuk merealisasikan kesejahteraan rakyat melalui agihan
zakat diperlukan kesedaran masyarakat untuk mengeluarkan zakatnya apabila
mencukupi syarat-syaratnya dan di samping pengelolaan agihan zakat oleh
badan-badan zakat juga amat diperlukan agar agihan zakat itu berkesan dan
right on target (Mohammad Sabri & Riki, 2016).
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang
berperanan untuk menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan zakat telah
melantik Amil-amil Zakat Fitrah (seramai 950 orang bagi tahun 2017) (Laman
Web Rasmi Pusat Kutipan Zakat Pahang) untuk mengutip zakat fitrah dan
Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) untuk mengutip zakat harta. Kutipan dan
agihan zakat yang benar dan efisien ini yang akan membasmi kemiskinan.
Pencapaian kutipan zakat yang semakin meningkat dari tahun ke tahun oleh
pusat zakat Pahang menunjukkan adanya sifat kesedaran dalam diri
masyarakat. Jumlah kutipan zakat secara keseluruhan negeri Pahang meningkat
daripada RM 82 juta pada 2011 kepada RM 115 juta pada tahun 2016
(Laporan Zakat 2018).
74/Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Walaupun kebanyakan daripada golongan ini berasa berpuas hati atau


menyatakan kesyukuran dengan apa yang mereka ada tetapi pada hakikatnya
dengan sumber pendapatan dan jumlah bantuan yang diterima tidaklah begitu
mencukupi untuk menjalani kehidupan harian dengan selesa. Selain daripada
bantuan zakat, terdapat bantuan lain juga yang telah diperuntukkan terhadap
golongan yang kurang berkemampuan ini seperti Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) yang juga ada menyediakan bantuan bulanan untuk
golongan yang kurang berkemampuan. Ini menunjukkan kerajaan Malaysia
memandang serius masalah yang berkaitan dengan rakyatnya. Kesejahteraan
rakyat merupakan tonggak penting dalam mencapai kecemerlangan sesebuah
Negara.
Persoalannya sejauhmana aspek-aspek yang mengukur kualiti
kehidupan mampu meningkatkan keupayaan pendapatan golongan fakir dan
miskin yang akhirnya berupaya mengubah status golongan asnaf fakir dan
miskin. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi menganalisis tahap kepuasan asnaf
fakir dan miskin terhadap komponen-komponen kualiti hidup. Seterusnya,
kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kualiti hidup dengan
pendapatan terhadap asnaf fakir dan miskin.

Kajian Lepas

Kajian lepas berkaitan dengan zakat banyak memberi fokus kepada kajian
dalam aspek gelagat pembayar zakat dan persepsi masyarakat terhadap sistem
kutipan dan agihan zakat. Bagi aspek gelagat pembayar zakat, kebanyakan
pengkaji membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi individu Muslim
membayar zakat, khasnya jenis zakat pendapatan dan cadangan kepada pusat
zakat negeri bagi meningkatkan jumlah kutipan zakat tahunan (Kamil &
Ahmad, 2002; Mohd Ali, Hairunnizam & Nor Ghani, 2004; Azura, Norazlina
& Fadzlin, 2005; Hairunnizam, Mohd Ali & Sanep, 2005; Hairunnizam, Sanep
& Mohd Ali, 2007; Eza & Rizal, 2011; Syazwani & Azura, 2015). Seterusnya,
kajian berkenaan persepsi masyarakat terhadap agihan zakat oleh institusi
formal ada dibincangkan oleh Sanep dan Hairunnizam (2005), Hairunnizam,
Sanep dan Radiah (2009) dan Hairunnizam, Sanep dan Radiah (2010).
Pengkaji lepas selanjutnya membuka disiplin kajian yang memberi
fokus kepada golongan penerima zakat yakni keberkesanan bantuan zakat
terhadap kehidupan penerima zakat dalam kalangan asnaf fakir dan miskin.
Sepertimana yang telah dibincangkan oleh Sabri dan Riki (2016) dalam
penulisannya berkaitan zakat dalam konteks kesejahteraan masyarakat Islam
telah merumuskan bahawa antara agihan zakat dan kesejahteraan rakyat
mempunyai hubungan yang erat di mana pengagihan yang dilaksanakan
berdasarkan kehendak Maqasid Syari’ah dapat meningkatkan kesejahteraan
rakyat. Namun begitu, kajian oleh Hairunnizam, Sanep dan Mohd Ali (2004) di
daerah Jerantut, Pahang, daerah Taiping, Perak dan daerah Sandakan, Sabah
mendapati bantuan zakat yang diterima tidak dapat meningkatkan kepuasan
golongan penerima bantuan zakat yang mana peningkatan bantuan zakat
Pengaruh Kualiti Hidup Terhadap Pendapatan Fakir dan Miskin:
Kajian kes Di Raub Pahang/75

sebanyak 100 peratus hanya akan meningkatkan kualiti hidup mereka sebanyak
98.9 peratus. Hal ini demikian kerana, nilai zakat yang diberi amatlah kecil
berbanding dengan keperluan kehidupan harian pada zaman kini dan bayaran
yang diterima dianggap sebagai bayaran yang tidak produktif. Justeru itu,
kajian mencadangkan agar bantuan lain selain dalam bentuk kewangan secara
bulanan patut diberikan kerana bantuan yang produktif sangat memainkan
peranan dalam membolehkan golongan asnaf ini meningkatkan taraf kehidupan
mereka sehingga mampu mengeluarkan mereka daripada kepompong
kemiskinan di samping menjadikan asnaf lebih produktif sehingga satu jangka
masa boleh mengubah status penerima zakat kepada pembayar zakat.
Sehubungan dengan itu, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu
Pahang (MUIP) telah melaksanakan dua bentuk agihan iaitu agihan secara
langsung dan agihan secara tidak langsung dimana agihan secara tidak
langsung ini adalah melalui pemberian bantuan melalui penyediaan asnaf
menyertai program yang akan memberi faedah dalam jangka masa yang
panjang dan akhirnya dapat meningkatkan taraf hidup golongan ini (Intan dan
Hairunnizam, 2014). Merujuk kepada Azahan Awang et al. (2006), dalam
menentukan kesejahteraan hidup golongan ini, aspek yang perlu diperhalusi
adalah melalui taraf kualiti hidup. Erti kualiti hidup didefinisi oleh pengalaman
penduduk mengikut apa yang terdapat di persekitarannnya. Adapun komponen
yang terdapat di dalam kualiti hidup masyarakat bandar adalah akses bandar,
kesediaan diri dan persekitaran bandar. Aspek akses bandar dilihat melalui
pengangkutan dan perhubungan, keselamatan awam dan penyertaan sosial
manakala aspek kesediaan diri dilihat melalui pendidikan,pendapatan dan
pengagihan, kesihatan dan kehidupan keluarga. Persekitaran bandar pula
dilihat melalui persekitaran pekerjaan, alam sekitar dan perumahan.
Konsep kualiti hidup melibatkan perubahan yang dianggap tidak
memuaskan kepada keadaan yang lebih baik di dalam kehidupan masyarakat
dan sistem sosialnya. Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM) telah dirangka
untuk mengukur perubahan di dalam kualiti hidup. Sepuluh komponen telah
digariskan sebagai pengukur kualiti hidup yang dilihat melalui tahun 1980
sehingga 1998 dan dilihat telah berlakunya peningkatan sebanyak 19.5 mata.
Secara amnya, peningkatan dapat diukur didalam komponen pendidikan,
kesihatan, pengangkutan dan komunikasi, persekitaran kerja, pendapatan dan
pengagihan, kehidupan keluarga dan penyertaan sosial (Kualiti Hidup Malaysia
1999).
Terdapat sekumpulan pengkaji lepas mengkaji elemen-elemen lain
selain bantuan zakat yang boleh mempengaruhi kualiti hidup golongan asnaf.
Hairunnizam, Sanep dan Radiah (2010) dalam kajiannya mengaitkan pengaruh
faktor keagamaan terhadap kualiti hidup asnaf fakir dan miskin. Hasil kajian
mendapati bahawa faktor keagamaan hanya berhubungan positif terhadap
kualiti pendidikan dimana kesan keagamaan secara tidak langsung
menghasilkan peningkatan terhadap tahap pendidikan anak-anak di masa
hadapan dan akhirnya memberi kepuasan terhadap kualiti pendidikan keluarga.
Selain itu, kajian yang dilakukan di Negeri Selangor mendapati sikap amil
76/Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

tempatan menjadi indikator penilaian peningkatan kepada kualiti hidup asnaf


bandar di negeri Selangor dimana amil mampu mengubah corak pemikiran
asnaf melalui pendekatan yang amil lakukan dengan meyantuni golongan ini
(Teh, Aza & Noraini, 2016). Bukan itu sahaja, Noraini, Azad dan Shahnaz
(2016) menemui satu dapatan yang berbeza yang merumuskan faktor prosedur
permohonan yang mudah, cepat dan telus mempengaruhi kualiti hidup asnaf
secara signifikan. Sehubungan dengan itu, kajian ini cuba menganalisis tahap
kepuasan asnaf fakir dan miskin terhadap komponen-komponen kualiti hidup.
Seterusnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kualiti hidup
dengan pendapatan terhadap asnaf fakir dan miskin.

Metodologi Kajian

Secara keseluruhannya, kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan


kaedah pengumpulan data primer melalui instrumen borang kaji selidik.
Populasi sasaran bagi kajian ini ialah golongan asnaf dalam kalangan fakir dan
miskin di Negeri Pahang dan sampel yang dipilih oleh pengkaji ialah asnaf
fakir dan miskin di daerah Raub, Pahang. Kaedah pensampelan yang
digunakan ialah pensampelan bertujuan kerana pengkaji telah sedia memiliki
kumpulan sasaran responden asnaf fakir dan miskin berdasarkan maklumat
latar belakang asnaf fakir dan miskin yang diperolehi dari Majlis Ugama Islam
Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).
Sebanyak 50 set borang soal selidik telah diedarkan kepada responden
berdasarkan maklumat yang telah diperolehi daripada MUIP dan 50 set borang
tersebut juga dapat dianalisis. Jumlah ini menjadikan sampel kajian ialah 34
peratus daripada populasi. Menurut Najib (1999), jumlah sebanyak 30 peratus
daripada populasi yang diambil untuk dijadikan sampel sudah mencukupi.
Instrumen borang soal selidik yang digunakan terdiri daripada 3
bahagian. Bahagian A berkenaan dengan latar belakang responden dan
bahagian B adalah berkaitan dengan maklumat sumber pendapatan lain dan
perbelanjaan bulanan. Seterusnya, bahagian C adalah berkenaan dengan kualiti
hidup yang terdiri daripada 6 komponen iaitu keperluan asas, kesihatan /
perubatan, pengangkutan, pendidikan, perumahan dan penyertaan sosial. Di
dalam bahagian C penggunaan skala likert telah digunakan yang diterangkan
melalui lima mata iaitu skala 1 mewakili “Sangat Tidak Setuju”, 2 “Tidak
Setuju”, 3 “Sederhana”, 4 “Setuju”, dan “Sangat Setuju” berkenaan tahap
kepuashatian responden terhadap maklumat kualiti hidup yang disenaraikan.
Data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif ke atas beberapa jenis
analisis. Pertama, analisis secara deskriptif ke atas peratus kepuasan responden
terhadap 6 komponen kualiti hidup. Kedua, ujian regresi logistik untuk
menguji keberangkalian kualiti hidup mempengaruhi pendapatan asnaf fakir
dan miskin di Raub, Pahang. Terdapat 2 Model akan dibentuk dengan
pemboleh ubah bersandar berbentuk binari iaitu (1) pendapatan asnaf miskin
dan bukan miskin; (2) pendapatan asnaf fakir dan bukan fakir. Model yang
dianggarkan secara umumnya adalah seperti berikut:
Pengaruh Kualiti Hidup Terhadap Pendapatan Fakir dan Miskin:
Kajian kes Di Raub Pahang/77

Pi = E (Y = 1 | X) = 1 / (1+e-Z) (1)

Yang mana Pi adalah keberangkalian Y=1 untuk responden (1) pendapatan


miskin; (2) pendapatan fakir dan Y=0 bagi responden (1) pendapatan bukan
miskin; (2) pendapatan bukan fakir. Berdasarkan persamaan (1), kajian ini
akan menguji beberapa pemboleh ubah yang dijangka mempengaruhi Pi seperti
berikut:

Zi = β0 + β1X1 + β2X2+ β3X3+ …+ βiXi (2)

Di mana Zi adalah satu fungsi f(X) dengan X adalah pembolehubah bebas yang
dijangka mempengaruhi pembolehubah bersandar iaitu kualiti keperluan asas,
kualiti perubatan/kesihatan, kualiti pengangkutan, kualiti pendidikan, kualiti
perumahan dan kualiti penyertaan sosial. Pemilihan indikator yang menentukan
garis pendapatan golongan asnaf fakir dan miskin adalah merujuk kepada
definisi miskin (pendapatan bulanan isi rumah dibawah RM 940 sebulan) dan
definisi miskin tegar bagi golongan fakir ( pendapatan bulanan iis rumah di
bawah RM 580 sebulan) oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan
dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Hasil Kajian

Berdasarkan Jadual 1, terdapat seramai 50 orang responden yang terdiri


daripada penduduk di daerah Raub, Pahang. Merujuk kepada Jadual 1, majoriti
responden terdiri daripada kalangan perempuan iaitu seramai 36 orang (72%),
manakala selebihnya iaitu 14 orang (28%) adalah lelaki. Dari segi umur,
kebanyakan responden berusia 46 hingga 60 tahun seramai 20 orang (40%),
diikuti dengan usia 61 tahun hingga 75 tahun seramai 17 orang (34%), usia 45
tahun dan ke bawah seramai 8 orang (16%) dan seramai 5 orang (10%) dalam
kalangan usia 76 tahun dan ke atas. Selanjutnya, majoriti responden adalah
berstatus duda atau janda iaitu seramai 26 orang (52%) dan seramai 18 orang
(36%) telah berkahwin, manakala selebihnya iaitu 6 orang (12%) belum
berkahwin. Kebanyakan responden, iaitu seramai 21 orang (42%) mempunyai
tanggungan antara 4 orang hingga 6 orang. Selebihnya, seramai 18 orang
(36%) menanggung antara seorang hingga 3 orang dan 9 orang (18%)
mempunyai tanggungan antara 7 orang hingga 9 orang dan hanya 2 orang (4%)
yang mempunyai tanggungan yang lebih ramai iaitu antara 10 hingga 12 orang.
78/Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 1: Latar Belakang Responden


Latar Belakang Kekerapan Peratus (%)
Jantina
Lelaki 14 28
Perempuan 36 72
Umur
45 tahun dan ke bawah 8 16
46 tahun hingga 60 tahun 20 40
61 tahun hingga 75 tahun 17 34
76 tahun dan ke atas 5 10
Taraf Perkahwinan
Belum berkahwin 6 12
Berkahwin 18 36
Duda / Janda 26 52
Pekerjaan Ketua Keluarga
Tidak Bekerja 29 58
Kerja Sendiri 9 18
Pesara 4 8
Pengasuh 3 6
Lain-lain 5 10
Anggaran Pendapatan Bulanan (isi rumah dan sumber pendapatan lain)
RM 940 dan ke bawah 17 34
RM 941 hingga RM 1,880 24 48
RM 1,881 hingga RM 2,820 7 14
RM 2,821 dan ke atas 2 4
Anggaran Perbelanjaan Bulanan
RM 600 dan ke bawah 14 28
RM 601 hingga RM 1,200 22 44
RM 1,201 hingga RM 1,800 10 20
RM 1,801 dan ke atas 4 8
Jumlah tanggungan
1 hingga 3 orang 18 36
4 hingga 6 orang 21 42
7 hingga 9 orang 9 18
10 hingga 12 orang 2 4
Sumber: Maklumat soal selidik

Daripada segi anggaran pendapatan bulanan bagi isi rumah, majoriti


responden mempunyai pendapatan RM 580 dan kebawah iaitu seramai 17
orang (34%), diikuti oleh seramai 24 orang (48%) responden berpendapatan
RM 581 hingga RM 1,160 dan seramai 3 orang (6%) berpendapatan RM 1,161
hingga RM 1,740 serta seramai seorang (2%) berpendapatan RM 1,741 dan ke
atas. Manakala anggaran perbelanjaan bulanan majoritinya adalah di antara
RM 601 hingga RM 1,200 iaitu seramai 22 orang (44%), diikuti oleh seramai
14 orang (28%) responden membuat perbelanjaan sebanyak RM 600 dan ke
bawah dan seramai 10 orang (20%) berbelanja sebanyak RM 1,201 hingga RM
Pengaruh Kualiti Hidup Terhadap Pendapatan Fakir dan Miskin:
Kajian kes Di Raub Pahang/79

1,800 serta seramai 4 orang (8%) berbelanja sebanyak RM 1,801 dan ke atas.
Seterusnya, daripada aspek latar belakang pekerjaan ketua keluarga, majoriti
responden tidak bekerja iaitu seramai 29 orang (58%), diikuti seramai 9 orang
(18%) bekerja sendiri, seramai 4 orang (8%) berstatus pesara seterusnya
seramai 3 orang (6%) sebagai pengasuh dan seramai 5 orang (10%) lain-lain
pekerjaan.

Jadual 2: Taburan Kualiti Hidup Golongan Asnaf Fakir dan Miskin


Kualiti Hidup Puas Hati (%) Tidak Puas Hati (%)
Keperluan Asas 62 38
Kesihatan / Perubatan 86 14
Pengangkutan 48 52
Pendidikan 44 55
Perumahan 68 32
Penyertaan Sosial 94 6
Keseluruhan 30 70
Sumber: Maklumat soal selidik

Dalam mengkaji tahap kepuasan responden asnaf fakir dan miskin


terhadap kualiti hidup, keputusan kajian ditunjukkan dalam Jadual 2.
Berdasarkan Jadual 2, secara keseluruhannya responden adalah tidak berpuas
hati dengan kualiti hidup mereka iaitu sebanyak 70 peratus berbanding 30
peratus yang berpuas hati dengan kualiti hidup mereka. Adapun beberapa
komponen kualiti hidup yang responden berpuas hati keatasnya iaitu beberapa
kualiti hidup iaitu kualti penyertaan sosial (62%), kualiti kesihatan / perubatan
(86%), kualiti perumahan (68%) dan kualiti penyertaan sosial (94%). Kajian
menunjukkan responden mempunyai tahap kepuasan yang tinggi terhadap
kualiti penyertaan sosial yang menghampiri 100 peratus dan diikuti oleh kualiti
kesihatan / perubatan. Walau bagaimanapun responden tidak berpuas hati
dengan dua komponen kualiti hidup iaitu kualiti pengangkutan dan kualiti
pendidikan yang masing-masing mencatatkan jumlah 52 peratus dan 55 peratus
lebih tinggi berbanding jumlah responden yang berpuas hati.

Jadual 3: Jumlah Responden Asnaf Kategori Fakir Dan Miskin

Miskin Fakir
Ya Tidak Ya Tidak
Kekerapan 17 33 7 43
(34) (66) (14) (86)
Nota: ( ) peratus responden (%)
80/Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 4: Pengelasan Regresi Logistik


Diramalkan
Pemerhatian Ya Tidak Peratusan
(1) Model I betul
Ya 5 12 29.4
Tidak 4 29 87.9
Keseluruhan 68.0
Pemerhatian Ya Tidak Peratusan
(2) Model II betul
Ya 2 5 28.6
Tidak 0 43 100
Keseluruhan 90.0
Nota: Nilai batasan = 0.5
Model Regresi I : Regresi binomial logistic. Pemboleh ubah bersandar :
Pendapatan asnaf miskin
Model Regresi II : Regresi binomial logistic. Pemboleh ubah bersandar :
Pendaptan asnaf fakir
Sumber : Maklumat Soalselidik

Seterusnya, Jadual 3 menunjukkan jumlah responden asnaf fakir dan


miskin. Berdasarkan Jadual 3 tersebut, jumlah responden asnaf yang tergolong
dalam kategori miskin ialah seramai 17 orang (14%) yang menggambarkan
bahawa kumpulan ini berada di dalam kelompok pendapatan RM 940 dan ke
bawah. Sebaliknya iaitu golongan yang bukan miskin mencatatkan sebanyak
33 orang (66%). Manakala responden asnaf yang tergolong dalam kategori
fakir ialah seramai 7 orang (14%) yang menggambarkan bahawa kumpulan ini
berada di dalam kelompok pendapatan RM 580 dan ke bawah dan sebaliknya
iaitu golongan yang bukan fakir sebanyak 43 orang (86%).
Selanjutnya, kajian ini mengkaji kebarangkalian komponen kualiti
hidup yang signifikan mempengaruhi pendapatan kelompok asnaf miskin dan
kelompok asnaf fakir. Komponen yang akan dimasukkan ke dalam model
regresi logistic sebagai pembolehubah bebas (independent variable) iaitu (1)
keperluan asas, (2) perubatan / kesihatan, (3) pengangkutan, (4) pendidikan, (5)
perumahan dan (6) penyertaan sosial. Analisis kajian adalah seperti berikut:

Ujian padanan model: Di Model I, pembolehubah bersandar ialah responden


yang mempunyai pendapatan yang menggolongkan mereka sebagai miskin dan
sebaliknya, menunjukkan peratusan betul keseluruhan ialah 68 peratus betul
menunjukkan model ini adalah aras kesahan benar yang tinggi melebihi 50
peratus (Jadual 4). Merujuk kepada Jadual 5, Model I ini juga mendapati
pembolehubah bersandar yang diterangkan oleh pembolehubah bebas sebanyak
14 peratus digambarkan oleh Cox & Snell (R2 = 0.14) dan 19 peratus
ditunjukkan oleh Nagelkerke (R2 = 0.19). Selanjutnya ujian padanan model
telah dilakukan menggunakan ujian chi-square Hosmer dan Lemeshow
menunjukkan nilai bersamaan 5.37 (df=8) dan tidak signifikan yang memberi
makna model mempunyai padanan model yang baik. Seterusnya di Model II,
pembolehubah bersandar ialah responden yang mempunyai pendapatan yang
Pengaruh Kualiti Hidup Terhadap Pendapatan Fakir dan Miskin:
Kajian kes Di Raub Pahang/81

menggolongkan mereka sebagai fakir dan sebaliknya, menunjukkan peratusan


betul keseluruhan ialah 90 peratus betul menunjukkan model ini adalah aras
kesahan benar yang tinggi melebihi 50 peratus (Jadual 4). Merujuk kepada
Jadual 5, Model I ini juga mendapati pembolehubah bersandar yang
diterangkan oleh pembolehubah bebas sebanyak 13 peratus digambarkan oleh
Cox & Snell (R2 = 0.13) dan 24 peratus ditunjukkan oleh Nagelkerke (R2 =
0.24). Selanjutnya ujian padanan model telah dilakukan menggunakan ujian
chi-square Hosmer dan Lemeshow menunjukkan nilai bersamaan 7.31 (df=8)
dan tidak signifikan yang memberi makna model mempunyai padanan model
yang baik.
Jadual 5: Hasil Regresi
Pemboleh ubah Nilai Koefisien Statistik Nilai Koefisien Statistik
(β) Wald (β) Wald
Model I Model II
Konstan -0.88 0.06
(5.15) (8.99)
Keperluan Asas -0.11 0.02 0.60 0.20
(0.88) (1.34)
Perubatan / -0.17 0.06 0.51 0.21
Kesihatan (0.72) (1.13)
Pengangkutan 1.57* 4.58 1.39 2.12
(0.73) (0.96)
Pendidikan 0.14 0.04 -1.04 0.87
(0.67) (1.11)
Perumahan -0.52 0.66 -0.73 0.63
(0.64) (0.92)
Penyertaan Sosial -0.65 0.37 -1.24 0.48
(1.08) (1.79)

Hosmer and 0.72ns 0.50ns


Lemeshow (ᵡ²)
Cox and snell R² 0.14 0.13
Negelkerke R² 0.19 0.24
Nota: * signifikan pada aras keertian 5%
ns
tidak signifikan
( ) ralat piawai
Model regresi I : Pembolehubah bersandar : Pendapatan asnaf miskin
Model regresi II : Pembolehubah bersandar : Pendapatan asnaf fakir

Nilai koefisien: Hasil regresi terhadap kedua-dua model mendapati Model I


terdapat satu pembolehubah yang signifikan pada aras keertian 5 peratus iaitu
pembolehubah pengangkutan. Nilai koefisien untuk model adalah 1.57 dan
bernilai positif. Hal ini menunjukkan wujud hubungan yang positif antara
kualiti hidup pengangkutan terhadap pembolehubah bersandar. Ini
menggambarkan kenaikan 1 unit keperluan asas akan meningkatkan
pendapatan golongan asnaf miskin sebanyak 1.56 unit. Walau bagaimanapun,
Model II menunjukkan kesemua pembolehubah tidak mempunyai hubungan
yang signifikan mempengaruhi pembolehubah bersandar.
82/Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Perbincangan dan Implikasi Dasar

Hasil daripada keseluruhan analisis yang dijalankan, beberapa kesimpulan


dapat dilakukan. Sebanyak 70 peratus asnaf fakir dan miskin di kawasan kajian
secara keseluruhannya tidak berpuas hati dengan taburan kualiti hidup yang
dinikmati oleh mereka. Peratusan majoriti yang tidak berpuas hati ini
menyokong kajian oleh Hairunnizam, Sanep dan Mohd Ali (2004) yang
majoritinya tidak berpuas hati dengan kualiti hidup mereka secara keseluruhan.
Dalam masa yang sama, dapatan kajian ini sekali lagi yang menyokong kajian
Hairunnizam, Sanep dan Mohd Ali (2004) apabila majoriti asnaf fakir dan
miskin tidak berpuas hati dengan kualiti pengangkutan digunakan hari-hari.
Tujuan utama kajian ini dalam mengkaji hubungan antara kualiti
hidup dengan pendapatan terhadap asnaf fakirdan miskin mendapati
pertamanya, hanya pembolehubah kualiti pengangkutan secara signifikan
mempengaruhi pendapatan asnaf miskin di mana setiap kenaikan dalam kualiti
pengangkutan akan memberikan kesan yang positif kepada pendapatan asnaf
miskin. Hal ini memberi makna bahawa pengangkutan merupakan komponen
penting yang boleh memberi perubahan kepada keupayaan pendapatan asnaf
miskin sama ada ke arah lebih baik iaitu meningkat sehingga keluar daripada
pendapatan garis kemiskinan atau sebaliknya. Namun begitu, pembolehubah
kualiti keperluan asas,perubatan / kesihatan, pendidikan,perumahan dan
penyertaan sosial tidak mempunyai hubungan yang signifikan terhadap
pendapatan asnaf miskin yang memberi makna perubahan dalam
pembolehubah-pembolehubah ini tidak memberikan sebarang kesan terhadap
pendapatan asnaf miskin. Sebagaimana golongan asnaf miskin memiliki jiwa
yang merasa cukup dan bersyukur dengan sebarang keperluan yang ada, maka
kualiti keperluan asas tidak signifikan mempengaruhi pendapatan mereka.
Adapun sebahagian besar golongan asnaf miskin mendapatkan
rawatan dan perubatan di hospital kerajaan yang hanya memerlukan sedikit
atau sifar perbelanjaan menjadikan kualiti perubatan atau kesihatan juga tidak
memberi kesan kepada pendapatan asnaf miskin. Seterusnya pembolehubah
pendidikan tidak signifikan adalah kerana umummengetahui tahap pendidikan
golongan miskin berada pada tahap yang rendah, oleh itu, perubahan dalam
kualiti pendidikan tidak memberi kesan kepada pendapatan mereka. Walaupun
terdapat bantuan kerajaan didalam bidang pendidikan tetapi ianya masih tidak
mencukupi untuk menampung perbelanjaan untuk menyambung pengajian ke
peringkat yang lebih tinggi, maka kebanyakan anak-anak golongan asnaf ini
hanya belajar hingga ke tahap sekolah menengah sahaja. Pembolehubah
perumahan tidak signifikan terhadap pendapatan adalah atas faktor asnaf
miskinyang tinggal dirumah biasa, sewa atau pusaka yang tidak memerlukan
mereka mengeluarkan perbelanjaan yang banyak sehingga mempengaruhi
pendapatan sedia ada mereka. Hasil ini kajian ini bertentangan dengan
penentuan had kifayah di kebanyakan negeri seperti negeri Selangor yanag
mana aspek perumahan dianggap penting untuk diambil kiradalam menentukan
had kifayah seseorang individu. Pembolehubah yang terakhir iaitu penyertaan
sosial tidak signifikan terhadap pendapatan adalah kerana memang menjadi
Pengaruh Kualiti Hidup Terhadap Pendapatan Fakir dan Miskin:
Kajian kes Di Raub Pahang/83

adat apabila tinggal di luar bandar atau kampung untuk hidup bermasyarakat.
Oleh itu perubahan dalam kualiti penyertaan sosial tidak memberikan kesan
terhadap pendapatan asnaf miskin.
Yang kedua, bagi kumpulan asnaf fakir pula menunjukkan bahawa
kesemua pembolehubah tidak signifikan mempengaruhi pendapatan asnaf
fakir. Hal ini jelasnya kerana pendapatan kumpulan ini sudah sedia berada
pada tahap yang sangat rendah sehingga sebarang perubahan dalam sebarang
komponen kualiti hidup tidak berupaya mempengaruhi pendapatan mereka.
Sehubungan dengan itu, peranan pihak kerajaan dan Majlis Ugama Islam Dan
Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dalam mengatasi masalah ini adalah
perluuntuk membantu golongan asnaf fakir miskin. Terdapat beberapa langkah
yang boleh dijalankan dalammenambah baik kualiti hidup golongan asnaf fakir
dan miskin.Selain itu, peranan agensi-agensi lain juga seperti badan kebajikan
juga perlu mengambil peranan yang lebih lagi bagi menjadikan kehidupan
asnaf lebih baik seperti menyantuni asnaf ini dengan lebih dekat lagi agar dapat
memberi bantuan daripada segi sokongan moral dan rasa lebih dihargai agar
golongan ini lebih menghargai kehidupan mereka sendiri. Beberapa inisiatif
pembaikan boleh dilakukan terhadap komponen pengangkutan yang
kebanyakan dari responden tidak berpuas hati terhadap komponen ini.
Penyediaan pengangkutan percuma, kadar bayaran yang jauh lebih murah dan
pengangkutan yang selesa akan mengurangkan beban golongan ini.
Perlaksanaanya boleh dilakukan dalam beberapa bentuk kaedah, pertama
penyediaan kad asnaf miskin untuk mendapatkan kadar bayaran yang lebih
murah dan kad asnaf fakir untuk golongan fakir untuk menaiki pengangkutan
awam secara percuma. Kedua, bagi golongan asnaf yang mempunyai
kenderaan bermotor seperti motorsikal atau kereta, bantuan yang boleh
disediakan ialah petrol bagi mengurangkan beban perbelanjaan terhadap petrol.
Ketiga, penyediaan pengangkutan khas bagi golongan asnaf yang sudah lanjut
usia atau mempunyai tahap kesihatan yang kurang baik untuk ke bandar bagi
mendapatkan keperluan harian mahupun rawatan di hospital kerajaan.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, kemiskinan yang terjadi terhadap golongan fakir miskin


ini bukanlah kemiskinan yang kekal ataupun kemiskinan yang tidak boleh
diubah. Ianya dapat diperbaiki apabila terdapatnya kaedah yang tepatdalam
menangani isu kemiskinan ini. Seperti bantuan boleh disediakan bukan sahaja
dalam bentuk kewangan malah bantuan juga dapat disediakan dalam bentuk
manfaat jangka masa panjang seperti bantuan menyediakan kelas kemahiran
diri untuk meningkatkan kemahiran diri yang ada pada individu asnaf ini bagi
membolehkan asnaf ini berusaha untuk memajukan diri sendiri. Daripada sudut
lain yang harus dilihat juga adalah dengan sikap atau jiwa individu asnaf ini
sendiri yang menentukan dirinya berada dalam kemiskinan atau tidak dan
bukan semata-mata hanya melihat kepada kebendaan sahaja. Apabila seseorang
individu asnaf ini berasa cukup dan bersyukur dengan apa yang mereka ada
84/Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

akan membuatkan golongan ini tidak hanya mengharapkan kepada bantuan


semata-mata malah akan membuatkan golongan ini ingin menjadi sebahagian
daripada penyumbang ekonomi negara.

Rujukan
Azahan Awang, Abdul Samad hadi, Jamaluddin Md. Jahi, Asmah Ahmad & Abdul
Hadi Harman Shah. (2006). Mendefinisi semula makna kualiti hidup
masyarakat bandar dalam konteks ilmu sosial. Malaysian Journal of
Environment Management. 7: 19-32.
Eza Ellany Abdul Lateff & Mohd Rizal Palil. (2011). Faktor-faktor yang mempengaruhi
pembayaran zakat pendapatan di Malaysia. Prosiding Persidangan Ekonomi
Kebangsaan Malaysia ke V1, pp. 148-159.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Noor. (2004). Kesan bantuan
zakat terhadap kualiti hidup asnaf fakir dan miskin. Journal of Muamalat and
Islamic Finance Research. 1(1): 151-165.
Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor & Sanep Ahmad. (2005). Kesedaran
membayar zakat: apakah penentunya. International Journal of Management
Science. 12(1): 171-189.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Noor. (2007). Kesedaran
membayar zakat pendapatan di Malaysia. The International Journal of Islamic
Studies. 29: 53-70.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. (2009). Pengagihan zakat
oleh institusi zakat di Malaysia: mengapa masyarakat Islam tidak berpuas hati.
Jurnal Syariah. 17(1): 89-112
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. (2010). Pengaruh Faktor
Keagamaan Terhadap Kualiti Hidup Individu: kajian kes asnaf fakir dan
miskin. Kertas dibentangkan di Seminar Kebangsaan MACFEA ke-14: Hala
Tuju Penyelidikan Kepenggunaan. 13-14 Julai.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. (2010). Pengagihan zakat
oleh institusi zakat kepada lapan asnaf : kajian di Malaysia. Jurnal
Pengurusan JAWHAR. 4(1): 141-170.
Intan Shahira & Hairunnizam Wahid. (2014). Analisis Prestasi Dan Aplikasi Agihan
Zakat: Kajian Di Negeri Pahang. Kertas Kerja Persidangan Perniagaan
Antarabangsa Borneo ke-8 (iBBBC). Anjuran Universiti Malaysia Sarawak
dan Universiti Malaysia Sabah, 21-22 Ogos.
Kamil Md. Idris & Ahmadmahdzan Ayob. (2002). Peranan sikap dalam gelagat
kepatuhan zakat pendapatan gaji. Analisis. 9(1&2): 171-191.
Kualiti Hidup Malaysia. (1999). Unit Perancangan Ekonomi, Malaysia.
Laporan Kutipan dan Agihan Zakat.www.zakatpahang.my.
Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid & Nor Ghani. (2004). Kesedaran membayar
zakat pendapatan kakitangan profesional: kajian di Universiti Kebangsaan
Malaysia. The International Journal of Islamic Studies. 26: 59-67.
Mohamad Sabri Haron & Riki Rahman. (2016). Pengagihan zakat dalam konteks
kesejahteraan masyarakat islam: satu tinjauan berasaskan maqasid al-syariah.
Labuan e-Journal of Muamalat and Society. 10: 129-140.
Noraini Shamsuddin, Aza Shahnaz Azman & The Suhaila Tajuddin. (2016). Kajian
kualiti hidup asnaf di Selangor: pengaruh faktor keberkesanan prosedur
permohonan dan penyerahan bantuan. Prosiding Persidangan Antarabangsa
Pengaruh Kualiti Hidup Terhadap Pendapatan Fakir dan Miskin:
Kajian kes Di Raub Pahang/85

Ekonomi dan Perbankan ke 2, pp. 373-380. Sanep Ahmad & Hairunnizan


Wahid. (2005). Persepsi agihan zakat dan kesannya terhadap pembayaran
zakat melalui institusi formal. Jurnal Ekonomi Malaysia. 39: 53-69.
Nur Azura Sanusi, Norazlina Abd. Wahab & Nor Fadzlin Mohammad Bahar. (2005).
Gelagat Kepatuhan Pembayaran Zakat Pendapatan: Kajian Di UUM. Dlm.
Pengukuhan Dan Transformasi Ekonomi & Kewangan Islam Prosiding
Seminar Ekonomi Dan Kewangan Islam 2005. Anjuran Jabatan Ekonomi &
Kewangan, Fakulti Ekonomi, Universiti Utara Malaysia. Sintok, 29- 30 Ogos.
Sanep Ahmad & Hairunnizan Wahid. (2005). Persepsi agihan zakat dan kesannya
terhadap pembayaran zakat melalui institusi formal. Jurnal Ekonomi
Malaysia. 39: 53-69.
Teh Suhaila Tahuddin, Aza Shahnaz Azman & Norani Shamsuddin. (2016). Impak
agihan zakat terhadap kualiti hidup asnaf di Selangor. Prosiding Persidangan
Antarabangsa Ekonomi dan Perbankan ke 2, pp. 226-237.
Bab 5

Pembiayaan Rawatan Pesakit Dialisis Melalui Dana Zakat:


Kajian Terhadap Asnaf Al-Gharimin Perubatan Tajaan
Lembaga Zakat Selangor

Siti Nuriatul Husna Mohd Nashruddin


Hairunnizam Wahid

Pengenalan

Kewajiban berzakat tidak dapat dipisahkan daripada umat Islam. Fungsi dan
peranan zakat demi menjamin kesejahteraan umat Islam telah jelas dan berkait
rapat dengan maqasid syari’ah dan juga menjadi elemen penyucian hati dan
jiwa umat Islam. Zakat juga memberi kesan kepada kestabilan sosio-ekonomi
yang membawa kepada dua kesan besar iaitu daripada aspek membenteras
kemiskinan dan pengagihan pendapatan. (Mohd Sabri & Rikki, 2016) Setiap
tahun, semua umat Islam akan membayar zakat sekurang-kurangnya sekali
iaitu melalui pembayaran zakat fitrah dan di Malaysia, umumnya umat Islam
akan menunaikan kewajiban berzakat ini melalui institusi zakat. Menurut
Azidah et. al. (2011), institusi zakat di Malaysia adalah di bawah kelolaan atau
kuasa negeri. Kesemua 14 buah negeri telah diberikan kuasa oleh
perlembagaan Malaysia untuk menguruskan hal-hal berkaitan agama Islam
menerusi Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan pengelolaan urusan zakat
turut diselia sendiri oleh MAIN di setiap negeri. Oleh itu, terdapat beberapa
negeri yang akan menguruskan zakat melalui majlis agama di negeri masing-
masing ataupun melantik sesebuah lembaga atau pusat zakat untuk
menguruskan zakat yang dikutip di negeri masing-masing. Tidak dapat
dinafikan bahawa setiap MAIN di setiap negeri telah berusaha melaksanakan
system kutipan zakat dengan baik kerana saban tahun berlaku peningkatan
kutipan zakat hampir di setiap negeri. Selain kutipan zakat yang berjaya,
kaedah pengagihan yang betul dan memenuhi sasaran asnaf yang berhak juga
adalah satu aspek di dalam pengurusan zakat yang penting untuk diuruskan
sebaiknya. (Hairunnizam, Sanep & Mohd Ali, 2004) Sebagaimana pembayaran
zakat oleh umat Islam mempunyai syarat-syarat wajib yang telah digariskan
oleh nas al-Quran begitu juga pengagihan wang zakat. Dana zakat yang telah
dikutip daripada pembayar zakat adalah wajib diagihkan hanya kepada lapan
88/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

golongan yang telah pun ditetapkan di dalam al-Quran, surah at-Taubah ayat
60 yang bermaksud:

“Sesungguhnya zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir,


orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf
yang telah dipujuk hatinya, bagi memerdekakan budak (hamba),
orang-orang yang berhutang, orang-orang yang berjuang di
jalan Allah dan orang-orang yang sedang di dalam perjalanan,
sebagai satu ketetapan yang diwajibkan Allah. Dan Allah lagi
maha mengetahui lagi maha bijaksana.”

Ayat ini jelas mengariskan golongan-golongan yang berhak menerima wang


zakat dan al-gharimin termasuk salah satu asnaf zakat. Di dalam pengagihan
wang zakat kepada asnaf, golongan asnaf al-gharimin merujuk kepada dua
kategori iaitu orang yang terpaksa berhutang demi memenuhi keperluan diri
dan juga yang berhutang demi membantu orang lain. (Nik Mohd Zaim, Ishak
& Munirah, 2012) Justeru golongan al-gharimin perubatan termasuk di dalam
golongan pertama iaitu berhutang demi keperluan diri kerana al-gharimin
perubatan adalah golongan asnaf yang khusus merujuk kepada golongan yang
berhutang untuk mendapatkan rawatan dan ubatan kerana masalah kesihatan.
Kos sara hidup yang semakin tinggi dari tahun ke tahun ditambah pula masalah
kemelesetan ekonomi Negara dan dunia, penerima manfaat zakat juga antara
pihak yang menerima kesan buruk sehingga berhadapan masalah untuk
menampung kos mendapatkan khidmatan perubatan dan ubatan (Nur Aliah,
Zulaikha & Hairunnizam, 2017).
Dewasa ini, kadar peratus pesakit yang menghidap penyakit kronik di
Malaysia adalah semakin membimbangkan. Pesakit yang mengalami masalah
kegagalan buah pingang pada tahap akhir yang memerlukan rawatan
hemodialisis atau dialisis antara yang menjadi perhatian beberapa tahun ini
kebelakangan ini. Dunia kesihatan hari ini juga telah memandang serius kes
kegagalan buah pingang kronik disebabkan antara masalah utama yang akan
timbul berkaitan penyakit ini adalah soal kos rawatannya yang sangat tinggi.
(Fina Ratih, Ali Ghufron & Riswaka, 2011) Berdasarkan Jadual 1, jelas
menunjukkan bahawa secara purata berlaku peningkatan jumlah pesakit yang
menjalani rawatan dialisis iaitu sebanyak 5 peratus hingga 12 peratus setiap
tahun bermula tahun 2006 sehingga tahun 2015. Jumlah pesakit pada tahun
2006 ialah seramai 15,087 ribu orang telah meningkat kepada 36,728 ribu
orang pada tahun 2015. Anggaran belanja rawatan yang terlibat untuk rawatan
dialisis bagi tempoh sepuluh tahun (2006-2015) telah menelan belanja hampir
RM4.5 billion.
Pembiayaan Rawatan Pesakit Dialisis Melalui Dana Zakat: Kajian Terhadap
Asnaf Al-Gharimin Perubatan Tajaan Lembaga Zakat Selangor /89

Jadual 1: Bilangan Pesakit dan Jumlah Kos Rawatan Dialisis di Malaysia


Tahun 2006-2015
Tahun Jumlah Pesakit2 Dialisis Anggaran Kos1
(orang) (RM Billion)
2006 15,087 0.659
2007 17,093 0.746
(13.30) (13.20)
2008 19,398 0.847
(13.49) (13.54)
2009 21,601 0.943
(11.36) (11.33)
2010 23,727 1.04
(9.84) (10.29)
2011 26,358 1.15
(11.09) (10.58)
2012 29,287 1.28
(11.11) (11.30)
2013 32,169 1.40
(9.84) (9.37)
2014 34,904 1.52
(8.50) (8.57)
2015 36,728 1.60
(5.23) (5.26)
Purata 25,635 1.0
(10.42) (10.38)
Nota: 1 Jumlah kos rawatan diambil kira mengikut harga rawatan dialisis dan suntikan EPO di
Pusat Dialisis AAA iaitu RM 3,640.00 sebulan atau RM 200.00 untuk rawatan
hemodialisis dan RM80.00 untuk suntikan EPO
2
Secara kasarnya seorang pesakit perlu menjalani rawatan dialisis dan menerima
suntikan EPO sebanyak 13 kali dalam sebulan
( ) merujuk kepada peratus perubahan tahunan
Sumber: Malaysian Dialysis and Transplant Registry (2015)

Tinjauan ke empat buah negeri iaitu di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala


Lumpur, Terengganu dan Pulau Pinang juga dilakukan untuk melihat kepada
jumlah pesakit buah pingang tahap akhir yang menjalani rawatan dialisis di
negeri masing-masing. Jadual 2 menunjukkan Kuala Lumpur mencatatkan
bilangan pesakit yang paling ramai berbanding pesakit di tiga negeri yang lain
iaitu seramai 3,631 orang pesakit bagi tahun 2015, diikuti dengan Pulau Pinang
seramai 2,952 orang pesakit, Selangor seramai 2,726 orang pesakit dan
Terengganu seramai 2,679 orang pesakit. Angka-angka yang ditunjukkan
mendatangkan kebimbangan dan meletakkan penyakit kegagalan fungsi buah
pingang yang memerlukan rawatan hemodialisis secara berterusan merupakan
penyakit yang memerlukan pemerhatian yang serius oleh banyak pihak
ditambah lagi ia melibatkan kos perubatan yang sangat tinggi dan untuk jangka
masa yang panjang.
90/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 2: Bilangan Pesakit dan Jumlah Kos Rawatan1 Dialisis di Empat Buah Negeri Dari Tahun 2010 Sehingga Tahun 2015
Negeri Tahun2
2010 RM 2011 RM 2012 RM 2013 RM 2014 RM 2015 RM
(orang) (Juta) (orang) (Juta) (orang) (Juta) (orang) (Juta) (orang) (Juta) (orang) (Juta)
Selangor 1,782 77.84 2,043 89.24 2,260 98.72 2,332 101.86 2,492 108.85 2,726 119.02
Kuala 2,685 117.28 2,497 109.07 2,785 121.65 3,217 140.52 3,478 151.92 3,631 158.60
Lumpur
Terengganu 1,663 72.64 1,639 71.59 2,099 91.68 2,609 113.96 2,590 113.13 2,590 113.13
Pulau Pinang 2,241 99.20 2,573 112.40 2,776 121.26 2,967 129.60 3,124 136.46 2,952 128.94
Jumlah 8,401 366.96 8,752 382.29 9,920 433.31 11,125 485.94 11,684 510.36 11,988 523.64
Nota: 1 Jumlah kos rawatan diambil kira mengikut harga rawatan dialisis dan suntikan EPO di Pusat Dialisis AAA iaitu RM 3,640 sebulan atau RM 200 untuk sekali
rawatan dialisis dan RM80 untuk satu suntikan EPO.
2
Tahun merujuk kepada bilangan pesakit dialisis yang menjalani rawatan dialisis di empat buah negeri masing-masing dari tahun 2010 sehingga tahun 2015
Sumber: Pusat Dialisis AAA
Pembiayaan Rawatan Pesakit Dialisis Melalui Dana Zakat: Kajian Terhadap
Asnaf Al-Gharimin Perubatan Tajaan Lembaga Zakat Selangor /91

Jadual 3: Maklumat Responden Yang Merupakan Pesakit Dialisis Tajaan LZS1 dan Terlibat Dalam Pemotongan Tajaan LZS
Responden Umur (tahun) Pekerjaan Anggaran Kos Diskaun oleh Tajaan LZS Tajaan LZS Kurangan
(Informan) Dialisis2 dan Pusat Dialisis Sebelum Jul Selepas Jul Selepas Jul
EPO sebulan3 AAA (RM) 20164 20165 2016 (RM)
(RM) (RM) (RM)
Informan 1 30 Pelajar/Pekerja 3,640.00 850 2,790.00 2,360.00 430.00
sambilan
Informan 2 64 Tidak bekerja 3,640.00 850 2,790.00 2,360.00 430.00
Informan 3 28 Berniaga sendiri 3,640.00 850 2,790.00 2,360.00 430.00
Informan 4 68 Tidak bekerja 3,640.00 850 2,790.00 2,360.00 430.00
Informan 5 58 Tidak bekerja 3,640.00 850 2,790.00 2,360.00 430.00
Nota: 1 kesemua pesakit ini terlibat dengan pemotongan tajaan oleh LZS
2
Anggaran kos Dialisis dan EPO adalah mengikut caj yang dikenakan oleh Pusat Dialisis AAA (RM200.00 X 13 rawatan & RM80.00 x 13 kali suntikan EPO)
3
13 kali rawatan dialisis dan 13 kali suntikan dalam sebulan adalah anggaran purata untuk sebulan bagi seorang pesakit. Jumlah ini mungkin berkurang atau
bertambah mengikut keperluan pesakit atas saranan doktor pakar
4
Had tajaan LZS sebelum julai 2016 ialah RM 150 X 13 kali rawatan dialisis & RM 70 X 12 suntikan EPO = RM2,790.00
5
Had tajaan LZS Selepas Julai 2016 ialah RM 150 X 12 kali rawatan dialisis & RM 70 X 8 suntikan EPO = RM 2,360.00
Sumber: Pusat Dialisis AAA
92/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Menurut Nur Aliah et. al. (2017) lagi, pemberian zakat untuk menampung kos
perubatan kepada asnaf melalui kategori asnaf al-gharimin atau secara
khususnya disebut al-gharimin perubatan sebenarnya telah dilakukan sekian
lama tetapi tiada maklumat secara komprehensif didedahkan. Kajian ini,
menumpukan kajian terhadap satu institusi zakat di Selangor iaitu Lembaga
Zakat Selangor (LZS) dalam mengagihkan wang zakat kepada asnaf al-
gharimin perubatan. LZS dipilih kerana LZS merupakan anatara institusi zakat
yang paling banyak mengagihakan zakat kepada asnaf al-gharmin perubatan.
Menurut Laporan Pengurusan Zakat 2016, pengagihan dana zakat kepada
golongan asnaf al-gharimin perubatan mencatat rekod pengagihan tertinggi
selepas pengagihan dalam bentuk bantuan makanan untuk tahun 2015 dan
2016 (Nur Aliah et. al, 2017). Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada pesakit
yang menjalankan rawatan hemodialisis yang menerima tajaan perubatan
daripada LZS di bawah kategori asnaf al-gharimin perubatan. LZS dipih
sebagai institusi zakat yang ingin dikaji kerana LZS merupakan antara institusi
zakat yang telah banyak memberikan tajaan kepada pesakit dialisis dia bawah
asnaf al-gharimin perubatan dan pesakit di Selangor juga dilihat menjadi di
antara negeri yang tertinggi mempunyai pesakit dialisis. Di Selangor sahaja
telah mencatatkan anggaran kos yang tinggi untuk tempoh enam tahun iaitu
sebanyak RM 596 juta melibatkan pembiayaan kepada seramai 13,635 ribu
pesakit dialisis, yang membawa kepada purata kos setiap tahun mencecah
hampir RM1 billion. Daripada jumlah ini juga termasuklah pembiayaan oleh
LZS kepada asnaf al-gharimin perubatan di Selangor (Rujuk Jadual 2). Angka-
angka ini merupakan satu angka yang besar dan nyata memerlukan dana yang
sangat besar daripada pelbagai pihak termasuklah dana zakat. Salah sebuah
pusat dialisis swasta yang telah beroperasi di empat buah negeri iaitu di
Selangor, Kuala Lumpur, Terengganu dan Pulau Pinang dan di Selangor sahaja
ia mempunyai tiga buah pusat dialisis. Pusat dialisis yang dimiliki oleh
bumiputera Muslim ini dijadikan penanda aras dalam pengumpulan data-data
pesakit dialisis yang telah mendapat pembiayaan daripada LZS.
Justeru, objektif utama daripada kajian ini adalah untuk menyelidiki
sejauh mana pihak LZS berperanan dalam membantu golongan asnaf al-
ghramin perubatan yang menjalankan rawatan dialisis di Pusat Dialisis AAA1
yang merangkumi kajian berkaitan anggaran jumlah tajaan melalui dana zakat
yang telah dikutip oleh LZS yang disalurkan kepada pesakit dialisis,
menyelidiki isu yang telah timbul daripada keputusan yang telah dibuat oleh
LZS; iaitu mengurangkan kadar tajaan kepada pesakit dialisis yang bermula
pada Julai 2016 dan juga mencari anggaran purata kos yang perlu dibiayai
melalui dana zakat LZS kepada pesakit dialisis yang memohon zakat di bawah
asnaf al-gharimin perubatan.

1
nama pusat rawatan dialisis ini dirahsiakan bagi tujuan kajian.
Pembiayaan Rawatan Pesakit Dialisis Melalui Dana Zakat: Kajian Terhadap
Asnaf Al-Gharimin Perubatan Tajaan Lembaga Zakat Selangor /93

Kajian Lepas

LZStelah menyusun beberapa program pembangunan untuk memantapkan lagi


sistem pengagihan zakat yang lebih efisien dan praktikal. Program-program
yang telah dilaksanakan telah memberi penekanan terhadap lima (5) perkara
penting iaitu pembangunan sosial, pembangunan pendidikan, pembangunan
ekonomi, pembangunan insan dan juga pembangunan institusi keagamaan.
Skop pembangunan sosial lebih menumpukan kepada sasaran untuk
meningkatkan kualiti hidup asnaf dengan cara menyediakan keperluan utama
untuk hidup seperti makanan, tempat tinggal, bantuan perubatan dan juga
bantuan kewangan. (Rusni & Nur I’ffah, 2016). Menurut Nur Aliah et. al.
(2017), bantuan pembiayaan perubatan oleh LZS jelas dapat membantu
meringankan bebanan asnaf yang berhadapan masaalah untuk menangung kos
perubatan yang tinggi untuk merawat penyakit yang dideritai. Secara tidak
langsung dengan cara ini juga dapat mengurangkan tekanan bebanan kewangan
dan juga menjaga kestabilan emosi asnaf serta asnaf dapat meningkatkan
kualiti kehidupannya ke arah yang lebih baik. Keadaan yang positif ini akan
menyumbang kepada kestabilan ekonomi Negara.
Pihak LZS juga telah memperuntukan sejumlah dana zakat yang besar
untuk membiayai kos perubatan untuk pesakit buah pingang tahap akhir yang
menjalani rawatan hemodialisis. Menurut laporan daripada pihak LZS, pihak
LZS telah membiayai hampir 1,000 orang pesakit yang menjalani rawatan
hemodialisis di selangor. Penyakit kegagalan buah pingang atau kerosakkan
buah pingang tahap akhir memerlukan rawatan hemodialisis demi
kelangsungan hidup. Pesakit yang menjalankan rawatan hemodialisis di
Malaysia semakin meningkat saban tahun dan penyakit kegagalan buah
pingang tahap akhir ini adalah di antara penyakit yang serius yang memerlukan
sokongan daripada pelbagai pihak. Berdasarkan kajian, pesakit yang menjalani
rawatan hemodialisis mempunyai masalah kualiti hidup yang kurang baik
disebabkan oleh beberapa faktor iaitu keterbatasan untuk menjalani gaya hidup
normal, aktiviti fizikal yang terhad, kerisauan terhadap ketidakpastian jangka
hayat dan ganguan emosi yang teruk (Norhayati, Asmawati & Norella, 2011)
Daripada kajian Organisasi kesihatan dunia (WHO) telah mendapati jumlah
penduduk dunia yang menghadapi masaalah kegagalan buah pingang telah
mencecah hampir 50 peratus dan hanya 25 peratus daripadanya yang menjalani
rawatan hemodialisis serta hanya 12.5 peratus daripadanya mendapat rawatan
dan ubatan yang baik (Emma Veronika, 2017).
Berdasarkan kajian-kajian lepas, tiada kajian spesifik yang telah
dibuat berkaitan LZS dan pembiayaan kepada pesakit yang menajalankan
rawatan hemodialisis. Kajian lepas banyak berkisar berkaitan kaedah
pengagihan kepada asnaf secara keseluruhan dan tiada kajian khusus kepada
asnaf al-gharimin perubatan lebih lagi kepada pesakit yang menerima bantuan
perubatan dialisis daripada LZS. Oleh itu, menyedari kepentingan untuk
membantu pesakit yang mengahadapi masaalah kegagalan buah pingang tahap
akhir ini maka kajian ini telah menumpukan kepada sejauh mana LZS telah
94/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

berperanan membiayai kos rawatan hemodialisis kepada asnaf dan isu yang
wujud menerusi tajaan oleh LZS.

Metodologi Kajian

Kaedah kuantitatif dan kualitatif telah digunakan di dalam kajian ini. Kajian
kuantitatif dalam kajian ini adalah melalui pengumpulan data-data yang telah
dijalankan di sebuah pusat dialisis swasta yang mempunyai tujuh (7) buah
cawangan di mana empat daripadanya terletak di kawasan Selangor. Data yang
diperolehi daripada pusat dialisis AAA ini mewakili lebih kurang 20 peratus
daripada jumlah keseluruhan pesakit dialisis yang di bawah tajaan LZS di
Selangor sehingga tahun 2017. Data kuantitatif yang diperolehi adalah jumlah
pesakit dialisis yang mendapat tajaan LZS dari tahun 2013 sehingga 2017,
maklumat tempoh rawatan yang telah dilakukan, kos rawatan bulanan pesakit
yang telah ditaja oleh LZS, umur pesakit serta jantina pesakit adalah elemen
dapatan data. Daripada kesemua data yang telah diperolehi, satu anggaran kos
tahunan kepada 20 peratus pesakit tajaan LZS yang telah dikeluarkan.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi juga satu anggaran kos keseluruhan
bagi seorang pesakit dialisis telah dibuat mengikut kategori umur pesakit.

Jadual 4: Maklumat Respoden Yang Ditemubual Berkenaan Tabiat Pemakanan


Setelah Menjalani Rawatan Dialisis
Responden1 Umur2 Jantina Pekerjaan Tempoh2
(Informan) (Tahun) Menjalani Rawatan
Dialisis (Tahun)
Informan 1 62 Lelaki Tidak bekerja 11
Informan 2 49 Perempuan Suri rumah 7
Informan 3 32 Perempuan Tidak bekerja 5
1
Nota: Pesakit yang ditemubual merupakan pesakit di bawah tajaan Lembaga Zakat Selangor
2
Umur dan tempoh menjalani rawatan dialisis di kira sehingga tahun 2017
Sumber: Pusat Dialisis AAA

Berikutan beberapa isu yang telah timbul bermula pertengahan 2016,


iaitu pihak LZS telah membuat pengurangan tajaan kepada pesakit dialisis
yang sedia ada, wujud beberapa persepsi negatif dan masalah kewangan
kepada pesakit. Sejauh mana kesan yang timbul dan alternatif yang ada untuk
menampung kesan ini kaedah kualitatif berdasarkan temu bual bersama pesakit
dan juga pihak yang secara langsung terlibat menguruskan pesakit dialisis di
klinik dialisis telah dijalankan. Seramai sembilan (9) orang responden telah
ditemu bual yang terdiri daripada lapan orang pesakit dan seorang kakitangan
di pusat dialisis AAA yang merupakan ketua jururawat yang berpengalaman
luas dalam mengendalikan pesakit dialisis. Pesakit-pesakit yang telah ditemu
bual merupakan pesakit yang menjalani rawatan dialisis di pusat dialisis yang
dikaji dan merupakan penerima bantuan zakat di bawah asnaf al-gharimin
perubatan daripada LZS. Seramai lima (5) orang responden yang telah ditemu
bual untuk mendapatkan reaksi tentang apakah kesan yang diterima selepas
LZS membuat keputusan memotong jumlah tajaan kepada pesakit dialisis serta
Pembiayaan Rawatan Pesakit Dialisis Melalui Dana Zakat: Kajian Terhadap
Asnaf Al-Gharimin Perubatan Tajaan Lembaga Zakat Selangor /95

kesanggupan pesakit untuk membiayai sendiri baki kos untuk menjalani


rawatan dialisis dengan lebih sempurna. Seramai lima (5) orang responden
yang dipilih adalah berdasarkan kategori umur yang berbeza, pesakit yang
tidak mempunyai pendapatan tetap atau tidak bekerja (Rujuk Jadual 3).
Melalui temu bual ini juga, kajian ini telah berusaha untuk mencari
alternatif dan cadangan yang boleh dilakukan oleh pihak LZS untuk
berhadapan dengan isu yang timbul berikutan pemotongan jumlah bantuan
zakat kepada pesakit dialisis sejak julai 2016 sehingga kini. Cadangan-
cadangan hasil daripada komen pesakit terhadap masaalah yang timbul akibat
pengurangan tajaan LZS dan juga temu bual bersama pesakit berkaitan amalan
pemakanan yang diamalkan sebelum dan selepas menghidapi penyakit
kegagalan buah pingang tahap akhir dan menerima rawatan dialisis. Seramai
tiga (3) orang pesakit telah dipilih untuk ditanyakan soalan berkaitan tabiat
pemakanan yang mereka amalkan sekarang iaitu dengan keadaan mereka
sebagai pesakit yang menjalankan rawatan dialisis sepanjang hayat. Kajian ini
jga mendapatkan pandangan daripada seorang pengurus klinikal yang juga
merupakan ketua jururawat berkaitan kesan pengurangan tajaan LZS kepada
pesakit dan juga sejauh mana tabiat pemakanan mempengaruhi tahap kesihatan
pesakit juga telah direkodkan.

Hasil Kajian

Kajian melalui penyelidikan kuantitatif terhadap kos rawatan dialisis yang


dijalankan di Pusat Dialisis AAA mendapati bahawa diantara kesemua empat
institusi zakat yang telah membiayai pesakit dialisis di pusat dialisis tersebut,
institusi LZS merupakan salah sebuah institusi zakat yang paling banyak dalam
mengeluarkan dana kepada pesakit dialisis di Pusat Dialisis AAA. Jadual 5
mencatatkan nilai tajaan kepada pesakit di Pusat Dialisis AAA mengikut
institusi zakat di empat buah negeri iaitu Lembaga Zakat Selangor (LZS),
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Agama Islam
Darul Iman (MAIDAM) dan Pusat Punggutan Zakat Pulau Pinang (PPZP).
Perbanding pembiayaan melalui dana zakat oleh MAIWP, MAIDAM dan
PPZP, LZS telah mencatatkan jumlah saluran dana zakat kepada pesakit
dialisis yang tertinggi bagi tempoh lima tahun (2013-2017). Hal ini disebabkan
oleh bilangan pesakit dialisis di Pusat Dialisis AAA adalah paling ramai
menerima bantuan zakat perubatan daripada LZS di Selangor berbanding
pesakit di tiga buah negeri yang lain.
96/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 5: Anggaran Jumlah Kos Rawatan Dialisis kepada Pesakit Di Pusat Rawatan AAA Yang Telah Menggunakan Dana Zakat Di
Empat Buah Negeri (Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Terengganu dan Pulau Pinang)
Tahun / Lembaga Zakat Selangor1 Majlis Agama Islam Wilayah Majlis Agama Islam Darul Pusat Punggutan Zakat Pulau
Sponsor (LZS) Persekutuan2 (MAIWP) Iman (MAIDAM) Pinang3(PPZP)
Bil. Pesakit Kos Bil. Pesakit Kos Bil. Pesakit Kos Bil. Pesakit Kos
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
2013 97 3.325 31 1.112 0 0 0 0
2014 95 3.181 34 1.220 0 0 3 0.0702
2015 105 3.515 34 1.220 0 0 5 0.117
20164 107 3.306 31 1.112 0 0 8 0.187
2017 93 2.634 47 1.686 0 0 10 0.234
Nota: 1 Kiraan Jumlah kos ditangung LZS untuk seorang pesakit setahun = RM 150 (rawatan hemodialisis) x 13 rawatan + RM70 (suntikan erythropeotein) X 12
suntikan (sebulan) x 12 bulan
2
Kiraan Jumlah kos ditangung MAIWP untuk seorang pesakit setahun = RM 150 (rawatan hemodialisis) x 13 rawatan + RM80 (suntikan erythropeotein) X 13
suntikan (sebulan) x 12 bulan
3
Kiraan Jumlah kos ditangung PPZP untuk seorang pesakit setahun = RM 150 (rawatan hemodialisis) dan Suntikan erythropeotein diberikan terus ole PPZP
kepada pesakit mengikut jumlah yang diperlukan
4
Bermula Julai 2016, LZS telah membuat potongan pembiayaan rawatan kepada pesakit dialisis = kiraan baru bagi tempoh setahun bermula Julai 2016 : RM
150 X 12 rawatan + RM70 X 8 (suntikan erythropeotein) x 12 bulan
# % keseluruhan PT (Pesakit) = peratusan bilangan pesakit di pusat dialisis AAA daripada
jumlah pesakit dialisis yang menjalani rawatan di setiap negeri (Selangor, Wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Terengganu dan Pulau pinang)

Sumber: Pusat Dialisis AAA


Pembiayaan Rawatan Pesakit Dialisis Melalui Dana Zakat: Kajian Terhadap
Asnaf Al-Gharimin Perubatan Tajaan Lembaga Zakat Selangor /97

Jadual 6: Purata Kos Pembiayaan Bagi Seorang Pesakit Dialisis oleh LZS Mengikut Kategori Umur
Kategori Umur Bilangan Pesakit Tempoh Rawatan1 Purata Tempoh Jumlah Kos3 (RM Purata Kos Rawatan /
(orang) (Bulan) Rawatan / Pesakit2 Juta) Pesakit4 (RM Juta)
25-35 Tahun 19 1029 54 2.832 0.149
36-45 Tahun 27 1296 48 3.479 0.129
46-55 Tahun 51 2409 47 6.475 0.127
56-65 Tahun 60 3492 58 9.399 0.157
66-75 Tahun 38 1616 43 4.332 0.114
76-85 Tahun 8 610 76 1.655 0.207
Nota: 1 Tempoh rawatan merujuk kepada jangka masa pesakit telah menerima rawatan dialisis dan dikira bermula dari tarikh mula rawatan di Pusat Rawatan Dialisis
AAA sehingga tahun 2017 atau tarikh akhir pesakit menjalani rawatan atau tarikh pesakit meninggal dunia.
2
Purata tempoh rawatan merujuk kepada anggaran seorang pesakit akan menjalani rawatan dialisis mengikut kategori umur dan dikira dalam tempoh bulan.
3
Jumlah kos ialah julah total kos untuk semua pesakit mengikut kategori umur. Contoh kiraan: Jumlah kos = Bilangan Pesakit (orang) x Tempoh rawatan
(bulan) x Anggaran kos sebulan (RM 2,790.00). e.g: RM 2.83 juta = 19 orang x 1,029 bulan x RM 2,790.00
4
Purata kos rawatan / Pesakit merujuk kepada angganran purata kos bagi seorang pesakit mengikut kategori umur yang telah dikira berdasarkan purata
tempoh rawatan seorang pesakit mengikut kategori umur. Contoh kiraan: Purata kos rawatan = Jumlah Kos / Bilangan pesakit. e.g: RM 149,000.00 = RM2.83
juta/19 orang pesakit

Sumber: Pusat Dialisis AAA


98/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Pada tahun 2013, LZS menyalurkan dana zakat untuk pesakit dialisis di Pusat
Dialisis AAA sebanyak RM 3.325 juta untuk membiayai seramai 97 orang
pesakit. Berlaku penurunan tajaan oleh LZS bermula tahun 2016 sehingga
2017 iaitu pembiayaan sebanyak RM 3.306 juta untuk 107 orang pesakit pada
tahun 2016 dan RM 2.634 juta untuk 93 orang pesakit. Pada tahun 2016
(bermula bulan Julai) sehingga 2017 berlaku penurunan jumlah pembiayaan
oleh LZS seperti yang telah ditunjukkan dalan Jadual 5. Ini disebabkan oleh
polisi baru LZS untuk tidak lagi memberikan pembiayaan penuh kepada asnaf,
iaitu pengurangan lebih kurang RM430 sebulan; daripada RM 2,790 kepada
RM 2,360 sebulan. Walaupun di dalam Jadual 3 menunjukkan jumlah dana
zakat yang telah dibiayai oleh LZS untuk tempoh 5 tahun adalah yang tertinggi.
Namun, MAIWP telah memperuntukan dana zakat yang lebih banyak kepada
setiap asnaf dimana seorang asnaf telah menerima pembiayaan sebanyak RM
2,990 dan masih kekal dengan jumlah pembiayaan yang sama diberikan kepada
asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Rujuk Jadual 5).
Berdasarkan data-data pesakit yang diterima daripada Pusat Dialisis
AAA, anggaran purata kos bagi pesakit dialisis yang akan ditangung oleh LZS
di bawah asnaf al-gharimin perubatan adalah seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 6. Anggaran kos purata yang dikira dibahagikan mengikut kategori
umur pesakit. Bagi kategori umur pesakit lebih muda iaitu diantara 25 tahun
hingga 35 tahun anggaran kos untuk seorang pesakit ialah sebanyak RM
149,000. Manakala, purata kos yang tertinggi ialah kategori umur 76 tahun
hingga 85 tahun iaitu sebanyak RM 207,000 seorang. Secara keseluruhannya
pihak LZS mengeluarkan dana zakat untuk membiayai kos rawatan bagi
seorang pesakit dialisis adalah sebanyak RM 114,000 hingga RM 207,000
untuk seorang asnaf al-gharimin perubatan.
Bermula bulan Julai 2016, pihak LZS membuat satu perubahan polisi
terhadap pembiayaan yang diberikan kepada pesakit dialisis di bawah asnaf al-
gharimin perubatan. Pengurangan sebanyak lebih kurang RM430 sebulan bagi
seorang pesakit di mana pengurangan ini adalah berdasarkan kiraan untuk
menaja RM 150 untuk setiap 12 sesi rawatan dialisis dan RM 70 untuk setiap 8
suntikan erypeothin (EPO) bagi seorang pesakit. Berbanding sebelum ini LZS
telah menaja RM 150 untuk setiap 13 atau 14 sesi rawatan dialisis dan RM70
untuk setiap suntikan EPO. Berdasarkan maklum balas yang telah diterima
daripada pesakit di bawah tajaan LZS terhadap pengurangan jumlah
pembiayaan rawatan dialisis seperti di dalam Jadual 7. Secara keseluruhannya
pesakit tidak mampu untuk menampung sendiri kos rawatan yang berbaki.
Purata kos rawatan yang perlu ditangung sebanyak RM430 sebulan tidak
mampu untuk ditangung oleh pesakit oleh kerana kos ini adalah berterusan
untuk setiap bulan. Untuk jangka masa yang panjang, pesakit yang pada
awalnya akan berusaha untuk membayar untuk membuat rawatan akan mula
merasa tidak lagi mampu untuk meneruskan pembayaran. Akibatnya ramai
pesakit yang lebih rela untuk tidak menghadiri sesi rawatan yang tidak
termasuk dalam tangungan pembiayaan LZS walaupun pesakit sememangnya
memerlukan rawatan yang penuh seperti biasa. memonteng rawatan dialisis
Pembiayaan Rawatan Pesakit Dialisis Melalui Dana Zakat: Kajian Terhadap
Asnaf Al-Gharimin Perubatan Tajaan Lembaga Zakat Selangor /99

adalah pilihan yang paling disenangi oleh pesakit disebabkan faktor kekangan
kewangan.

Jadual 7: Kesanggupan Pesakit Untuk Menampung sendiri Perbelanjaan


Rawatan Dialisis Selepas LZS Membuat Pengurangan Pembiayaan.
Informan Maklum Balas
Informan 1 ... Kalau nak ikutkan agak membebankan kadang kita terfikir
perkara ini masa kerja, bagaimana nak cari duit lebih nak tampung
rawatan. Ini pun dah lebih kurang 3 bulan tak buat bayaran kepada
pihak dialisis…
Informan 2 … Sebelum saya masih boleh usaha bayar untuk tampung rawatan,
tapi bermula bulan 12 ni isteri saya sudah tidak bekerja…kalau dah
tak ada duit terpaksa ponteng rawatan macam orang lain….
Informan 3 …Rasa beban sikit, kalau sudah tak mampu mak akan bayarkan
dulu untuk top up rawatan dan akan bayar balik pada mak…tapi
kalau dah tak mampu terpaksa skip rawatan.
Informan 4 …Memang saya tak mampu sebab suami saya dah meninggal, anak
saya yang berkerja seorang, bayar sewa rumah duit makan , mana
nak cukup…memang mak cik tak pernah top up bayaran rawatan
Ikut sahaja la mana yang zakat bagi…..
Informan 5 …Mak cik bayar ansur-ansur la…simpanan mak cik, kutip-kutip
daripada anak-anak…tapi tak pernah nak skip dialisis mak cik
usaha terus. Beban memang beban tapi terpaksa la……
Sumber: Maklumat soal selidik

Kebiasaan pesakit dialisis prlu menlani lebih kurang 13 kali rawatan


dialisis dan mendapatkan 12 atau 13 suntikan EPO dalam masa sebulan.
Namun pengurangan atau penambahan daripada jumlah ini adalah bergantung
kepada tahap kestabilan kesihatan pesakit yang akan dinilai daripada keputusan
ujian darah oleh doktor pakar nefrologi 2 . Sekiranya pesakit tidak menjalani
rawatan yang mencukupi seperti saranan dokor, ia akan menjejaskan lagi tahap
kesihatan pesakit. Walau bagaimanapun, faktor pemakanan juga boleh
mempengaruhi tahap kestabilan kesihatan pesakit dialisis. Pesakit yang
menjalani rawatan dialisis perlu mematuhi peraturan pemakanan yang ketat.
Disiplin, semangat serta kesedaran yang tinggi diperlukan oleh pesakit dialisis
untuk mendapatkan kesihatan yang lebih stabil dan lebih baik. Ujian darah
perlu dilakukan oleh pesakit setiap tiga (3) bulan sekali untuk mengenal pasti
tahap kesihatan pesakit. Selain mendapatkan rawatan dan ubatan yang
mencukupi, mengamalkan diet pemakanan untuk pesakit dialisis juga
membantu untuk mendapatkan keputusan ujian darah yang baik.
Daripada hasil temu bual bersama ketua jururawat merangkap
pengurus bahagian klinikal (Informan 1) di Pusat Dialisis AAA seperti dalam
Jadual 8, jelas menyatakan faktor pemakanan merupakan aspek yang penting

2
kajian tentang buah pinggang dan penyakit yg berkaitan dengannya (Kamus Dewan Edisi
Keempat)
100/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

yang seharusnya dititik beratkan oleh pesakit untuk menstabilkan lagi tahap
kesihatan mereka, selain mendapatkan rawatan hemodialisis yang mencukupi,
mengamalkan diet pemakanan yang telah disarankan untuk pesakit dialisis juga
dapat membantu pesakit untuk mendapatkan keputusan darah yang baik sekali
gus memastikan tahap kesihatan pesakit tidak akan lebih terjejas dan akan lebih
stabil. Sama ada pesakit sememangnya tidak mengambil berat akan tabiat
pemakanan mereka seharian atau kurang kesedaran dan pendedahan yang
diterima agar lebih berdisiplin mengamalkan diet pemakanan yang betul untuk
pesakit dialisis. Aspek ini menjadi persoalan dan penekanan yang harus dititik
beratkan kepada pesakit. Tidak sahaja menjaga kesihatan pesakit diasis melalui
rawatan dan ubatan sahaja.

Jadual 8: Maklumbalas Jururawat berkenaan pesakit dialisis


Item Maklum Balas
1. kesan tidak …Buah pingang yang tidak berfungsi tidak dapat menapis
amalkan diet segala kotoran yang dihasilkan oleh badan…
pemakanan yang ….Setiap makanan yang dimakan oleh pesakit seperti daging,
betul… makanan yang mengandungi kadar fosfat, potassium iaitu
garam yang tinggi sangat memberi kesan yang tidak baik
kepada pesakit iaitu darah akan menjadi kotor dan
bertoksid….
…….Jika pesakit tidak mengamalkan pemakanan yang betul
ia akan memberi kesan kepada jantung dan tulang pesakit.
Kesihatan pesakit akan mula merosot sedikit demi sedikit….
…Jika pesakit mendengar nasihat daripada doktor dan
jurarawat yang bertugas, masaalah seperti kekurangan darah,
2. pesakit mematuhi fluids overload, masaalah jantung dan banyak lagi kompliksai
nasihat kesihatan oleh akan susah untuk berlaku kepada pesakit…
para doktor… …Pesakit akan lebih faham apa kepentingan ubat-ubatan
yang disarankan doktor mematuhi peraturan dan cara
pengambilan ubat yang betul serta mengamalkan cara
pemakanan yang betul…
…Melalui cara pemakanan dan pengambilan ubatan
mengikut cara yang disarankan oleh doktor dan jururawat
secara langsung dapat membantu pesakit yang tidak
mendapat suntikan erythropeotien (EPO) secukupnya kerana
ketidakmampuan untuk membayar suntikan ini seperti
pesakit yang di bawah tajaan LZS, untuk lebih sihat…
…Pesakit adalah sangat disarankan agar memenuhi keperluan
rawatan dialisis yang cukup iaitu tiga kali seminggu.
“memonteng” dialisis adalah sangat tidak digalakkan kerana
akan mengangu kestabilan kesihatan pesakit dan kesan buruk
kepada kesihatan akan dirasai pesakit dalam masa yang
cepat…

…Adalah sangat disarankan agar pegawai LZS datang ke


pusat dialisis yang merawat pesakit dialisis yang dibawah
tajaan LZS untuk memantau sendiri keadaan pesakit…
…Tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakkan pesakit kurang
3. cadangan pendedahan berkenaan cara dan kaedah pemakanan yang
Pembiayaan Rawatan Pesakit Dialisis Melalui Dana Zakat: Kajian Terhadap
Asnaf Al-Gharimin Perubatan Tajaan Lembaga Zakat Selangor /101

kakitangan LZS baik untuk pesakit dialisis…


memberikan nasihat …Nasihat pemakanan oleh kakitangan khas yang dilantik
agama & oleh LZS dapat membantu pesakit untuk mendapatkan
kesihatan… pendedahan berkaitan cara pemakanan yang betul sekaligus
menjadikan pesakit lebih berdisiplin untuk menjaga tabiat
pemakanan…
…Jika pihak LZS dapat memberikan nasihat keagamaan
kepada pesakit, inidapat menaikkan kembali semangat
pesakit untuk terus hidup…
…Pada saya, nasihat keagamaan sangat penting untuk pesakit
dialisis kerana masa empat jam sekali rawatan adalah tempoh
yang lama, sekurang-kurangnya masa dapat diisi oleh pesakit
dengan aktiviti yang bermanafaat…
…Sesetengah pesakit masih lagi tidak tahu cara yang betul
untuk solat ketika rawatan di atas kerusi dialisis, terdapat
ramai juga pesakit yang bertanya tentang cara solat sewaktu
rawatan dialisis…
Sumber: Maklumat soal selidik

Dapat disimpulkan bahawa mengamalkan tabiat pemakanan yang betul oleh


pesakit dialisis adalah sama pentingnya dengan menjalani rawatan dialisis dan
mendapatkan ubatan yang sepatutnya. Daripada temu bual bersama pesakit
dialisis seperti di dalam Jadual 9, kajian telah mendapati pesakit kurang
mendapat pendedahan berkaitan pemakanan yang baik dan diet yang betul
untuk pesakit dialisis. Pesakit lebih memilih untuk meneruskan tabiat
pemakanan seperti biasa atau seperti orang yang sihat tanpa menitik beratkan
makanan yang perlu dan tidak boleh diambil oleh pesakit dialisis. Kurangnya
pendedahan serius terhadap amalan pemakanan yang betul jelas menjejaskan
lagi tahap kesihatan pesakit. Amalan pemakanan yang betul mengikut diet
pesakit dialisis dapat menolong pesakit mendapatkan kesihatan yang lebih baik
biarpun sebagai pesakit dialisis. Pendidikan dan pemantauan berkaitan diet
pemakanan yang betul amatlah diperlukan oleh pesakit agar mereka lebih sedar
dan mengetahui bahawa melalui pemakanan yang baik dan betul juga mereka
akan dapat menikmati kestabilan kesihatan yang lebih baik.

Jadual 9: Tabiat Pemakanan Pesakit Dialisis


Informan Maklum Balas
Informan 1 …Pak cik tak ingat apa yang boleh makan apa yang tak, taka da
yang beritahu pak cik…iya saya tak tahkanu apa makanan yang elok
dimakan sebenarnya. Dulu sahaja ada di hospital beritahu sayur sawi
bole makan.
Informan 2 …Buah pun mak cik tak makan banyak, selalu tak habis sebab mak
cik kat rumah tak lalu nak makan sangat…mak cik tak tahu apa bole
makan apa tak boleh, mak cik bedal aje la. Makan je apa yang rasa
nak makan..
Informan 3 …Saya makan macam biasa je, memang tak ikut cara makan untuk
pesakit dialisis pun. Makan je la macam biasa…….
Sumber: Maklumat soal selidik
102/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Perbincangan dan Implikasi Dasar

Menerusi kajian ini, telah jelas bahawa LZS telah berusaha memainkan
peranan sebaik mungkin untuk turut sama membantu pesakit dialisis di
Malaysia khususnya di negeri Selangor. Menurut kajian oleh Hairunnizam,
Mohd Ali, Sanep dan Maryam (2017), hasil kutipan zakat daripada pembayar
zakat sangat dipengaruhi oleh cara pengurusan zakat oleh institusi zakat yang
lebih teratur, cekap dan telus kerana ia akan mewujudkan tahap kepercayaan
pembayar zakat yang tinggi kepada institusi zakat. Namun, LZS juga berdepan
dengan pelbagai cabaran untuk memastikan dana zakat dapat dikutip dan di
agihkan sebaik mungkin. Pelbagai faktor kekangan yang dihadapi oleh LZS
dalam usaha untuk memastikan pengurusan zakat dapat dilaksanakan dengan
betul. Cabaran-cabaran utama yang dihadapi oleh LZS boleh dilihat dalam dua
(2) konteks yang besar iaitu aspek dalaman LZS; pengurusan dan pentadbiran,
serta dari segi kutipan dan juga agihan zakat. (Ahmad Shahir & Adibah, 2010)
Sehubungan itu, keputusan-keputusan tertentu perlu dilakukan sekalipun
terpaksa melaksanakan polisi yang baru dalam pengagihan zakat termasuklah
pengurangan bantuan perubatan kepada pesakit dialisis asnaf al-gharimin
perubatan.
Adalah disarankan agar pihak LZS juga cuba untuk meneliti alternatif
yang bersesuaian yang boleh dilaksanakan agar permasalahan asnaf dapat
ditangani dan dijaga sebaiknya. Dalam kajian ini dapat dilihat bahawa
keputusan LZS untuk mengurangkan kadar bantuan zakat kepada pesakit
dialisis sedikit sebanyak telah menjejaskan tahap kualiti kesihatan asnaf
tersebut. Walau bagaimanapun skop penyelesaian yang lebih meluas perlu
diperlu dilihat untuk meminimakan kesan tersebut terhadap pesakit. Pesakit
kronik seperti pesakit yang perlu menjalani dialisis untuk kelangsungan hidup
perlu untuk menjalani rawatan yang sepatutnya dan lebih berdisiplin menjaga
kesihatan diri termasuklah yang terpenting menjaga tabiat pemakanan. Kajian
juga membuktikan terdapat pesakit yang menjalani rawatan dialisis masih lagi
tidak mengikuti tabiat pemakanan yang baik dan betul sepertimana yang
sepatutnya dilakukan oleh pesakit dialisis. Faktor kurang kesedaran dan
pengetahuan terhadap pentingnya menjaga pemakanan adalah masaalah
tunjang yang boleh ditangani sebagai salah satu langkah untuk menstabilkan
kesihatan dan memanjangkan jangka hayat buah pingang pesakit yang
menjalani rawatan dialisis.
Pihak LZS juga boleh memainkan peranan dalam memberi bimbingan
pemakanan yang betul kepada pesakit dialisis di samping membuat
pemantauan yang lebih kerap terhadap pesakit di bawah tajaan LZS. Menerusi
kerjasama diantara Pusat Dialisis yang memberikan khidmatan rawatan kepada
pesakit di bawah asnaf al-gharimin dengan LZS, pakar pemakanan atau
jururawat khas yang dilantik LZS akan memantau pesakit di pusat-pusat
dialisis secara berkala, adalah satu cadangan kearah usaha untuk memastikan
pesakit lebih berdisiplin menjaga kesihatan seterusnya dapat menangani
masaalah peningkatan kos rawatan dialisis. Dengan cara ini ia akan dapat
mengimbangi masalah ketidakstabilan kesihatan pesakit yang terpaksa
Pembiayaan Rawatan Pesakit Dialisis Melalui Dana Zakat: Kajian Terhadap
Asnaf Al-Gharimin Perubatan Tajaan Lembaga Zakat Selangor /103

mengurangkan rawatan dialisis dan suntikan EPO kerana kekurangan tajaan


kerana melalui disiplin pemakanan yang betul oleh pesakit dialisis adalah satu
saranan yang terbaik oleh doktor dan pakar pengurusan pesakit dialisis sendiri
kepada pesakit mereka. Selain itu, mengetatkan syarat permohonan semula
bantuan perubatan dialisis dengan mengambil kira keputusan darah dan tahap
kesihatan pesakit sebagai syarat kelulusan hendaklah dilakukan agar pesakit
akan lebih menjaga kesihatan sendiri dan sekaligus dapat meningkat tahap
kesihatan pesakit ke arah yang lebih stabil dan baik.
Dengan komitmen LZS untuk membiayai kos rawatan dialisis kepada
pesakit yang mencecah ratusan ribu ringgit untuk seorang pesakit, adalah
dicadangkan agar LZS meneroka satu kaedah baru untuk mengantikan kaedah
pembiayaan secara terus yang dilakukan kepada pembiayaan menerusi
kerjasama dengan agensi dan pihak lain untuk bersama membantu pesakit
dialisis asnaf al-gharimin perubatan. Sebagai contoh pihak LZS boleh
bekerjasama dengan pihak pengurusan wakaf dalam menyediakan ubatan,
fasiliti atau kepakaran kepada pesakit yang memerlukan rawatan dialisis.
Melalui usahasama mengembeleng tenaga dan dana daripada sumber zakat dan
wakaf sebuah pusat dialisis dapat dibangunkan untuk kegunaan asnaf
sepertimana kaedah waqaf kesihatan yang telah dibangunkan oleh Johor
Corporation menerusi waqaf An-Nur. Kaedah wakaf ini menggalakkan orang
ramai untuk bersedekah jariah menerusi skim wakaf tunai yang dijalankan
untuk pembangunan kesihatan. (Ainul Kauthar, Arieff Salleh & Azman, 2014).
Usaha sama antara zakat dan wakaf yang akan melibatkan pengabungan dua
sumber dana utama umat Islam dalam skop pembiayaan perubatan ini adalah
alternatif kreatif untuk kaedah wakaf yang biasa dijalankan. Kajian oleh Nurul
Asyikin dan Ruzian (2014) ada menyatakan bahawa transformasi kepada
pengendalian sistem wakaf adalah wajar dan perlu dikembangkan selari
tuntutan semasa agar potensinya kepada ekonomi umat Islam lebih
dimanfaatkan. Zakat dan sedekah merupakan antara aset umat Islam yang
disebut sebagai alat jaminan sosial kepada golongan asnaf. Jaminan sosial ini
adalah penghubung diantara umat dan menunjukkan konsep persaudaraan yang
sebenar dalam Islam dengan mekanisme yang kaya membantu yang
memerlukan (Syarifah & Radziah, 2015).

Kesimpulan

Jika di lihat daripada sudut individu, kesihatan pesakit merupakan masalah


individu dan keluarga itu sendiri. Tetapi dengan mengambil kira peratusan
pesakit yang kian bertambah ramai ia menjadi satu permasalahan yang perlu
dilihat sebagai satu masalah ummah dan negara secara makro. Daripada sudut
ekonomi, bertambahnya pesakit yang mengalami masalah kegagalan buah
pingang tahap akhir yang memerlukan rawatan dialisis yang kerap memberi
impak kepada pengurangan produktiviti kerja. Terdapat pesakit yang masih
boleh bekerja dan diterima bekerja dan tidak kurang juga yang tidak lagi
boleh bekerja kerana faktor kekurangan masa dan ketidakupayaan untuk
104/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

bekerja. Pesakit yang menjalani rawatan dialisis dan mengambil ubatan


secukupnya serta mengikuti tabiat pemakanan yang betul akan dapat
melakukan aktiviti harian dan bekerja dengan baik. Seterusnya dapat
menyumbang kepada kemakmuran ekonomi negara. Pesakit yang stabil
kesihatannya ini juga dapat menjana pendapatan sendiri dan tidak perlu
mengharapkan bantuan kewangan dari pihak lain. Merujuk kepada jumlah
pesakit yang memerlukan rawatan dialisis yang meningkat secara konsisten
saban tahun dan selari dengan itu kos-kos rawatan yang terus meningkat,
keadaan ini bukan sahaja mendatangkan kerisauan kepada individu pesakit
ataupun pihak pengurusan zakat sahaja malah semua pihak termasuk kerajaan
seharusnya sudah mula mengambil langkah-langkah pencegahan kepada
penyakit-penyakit kronik seperti kegagalan buah pingang tahap akhir.
Peningkatan kadar bilangan pesakit ini juga bukan sahaja melibatkan kos tetapi
membantutkan produktiviti negara dan mengancam kestabilan hidup rakyat.

Rujukan

Ahmad Shahir Makhtar & Adibah Abdul Wahab. (2010). Pengurusan Zakat Di Negeri
Selangor: Isu dan Cabaran. Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan &
Pengurusan Harta Dalam Islam.
Ainul Kauthar Karim, Arieff Salleh Rosman & Azman Ab Rahman. (2014). Konsep
Wakaf Perubatan Perkembangannya di Malaysia. Seminar Waqaf Iqlimi 2014.
Azidah Ahmad Zaki. (2011). Praktek Distribusi Harta Zakat Di Selangor (Suatu Kajian
Penerapan Enakmen Zakat). Konsentrasi Siyasah Syar’iyyah Program Studi
Jinayah Siyasah Fakultas Syar’iah Dan Hukum Universitas Islam Negeri Syarif
Hidayatullah Jakarta.
Emma Veronika Hutagol. (2017). Peningkatan Kualitas Hidup Pada Penderita Gagal
Ginjal Kronik Yang Menjalani Terapi Hemodialisa Melalui Physiological
Intervention Di Unit Hemodialisa RS Royal Prima Medan Tahun 2016. Jurnal
Jumantik 2 (1): 42-59
Fina Ratih Wira Putri Fitri Yani, Ali Ghufron Mukti & Riswaka Sudjaswadi. (2011).
Analisis Biaya Perawatan Gagal Ginjal Kronis Rawat Inap Sebagai
Pertimbangan Dalam Penetapan Pembiayaan Kesehatan Berdasar Ina-Drg Di
Rsud Dr Moewardi. Jurnal Manajemen dan Pelayanan Farmasi 1 (2): 63-69
Goh Bak Leong, Ghazali Ahmad, Lim Yam Ngo, Ong Loke Meng & Lee Day Guat.
(2015). Dialysis in Malaysia. Report of The Malaysian Dialysis and Transplant
Registry 2015 23 (2): 6-29
Hairunnizam, W. Sanep, A. & Mohd Ali, A.N. (2004). Kesan Bantuan Zakat Terhadap
Kualiti Hidup Asnaf Fakir dan Miskin. The Journal of Muamalat & Finance
Research 1 (1): 151-166
Hairunnizam, W. Sanep, A., Mohd Ali, A.N. & Maryam A.Rashid. (2017). Prestasi
Kecekapan dan Pengurusan Kewangan dan Agihan Zakat: Perbandingan
Antara Majlis Agama Islam Negeri Di Malaysia. Jurnal Ekonomi
Malaysia 51 (2): 33-46
Laporan Ringkas Prestasi Kutipan dan Agihan Lembaga Zakat Selangor, Disember
(2017)
Lembaga Zakat Selangor. (2018). Jenis-Jenis dialisis-selangor .html (20 Mei 2018)
Pembiayaan Rawatan Pesakit Dialisis Melalui Dana Zakat: Kajian Terhadap
Asnaf Al-Gharimin Perubatan Tajaan Lembaga Zakat Selangor /105

Lembaga Zakat Selangor. (2011). Zakat Bantu hampir 1000 Orang Pesakit Dialisis Di
Selangor. http://www.zakatselangor.com.my/terkini/zakat-bantu-hampir-
1000-pesakit-dialisis-
selangor.hml (20 Mei 2018)
Malaysian Dialysis and Transplant Registry (2015). Atas talian,
https://www.msn.org.my/msn/Doc/PublicDoc_PB/Publication/mdtr2015/Chapte
r%202.pdf
Mohamad Sabri H. & Riki Rahman. (2016). Pengagihan Zakat Dalam Konteks
Kesejahteraan Masyarakat Islam: Satu Tinjauan Berasaskan Maqasid Al-
Syariah. Labuan e-Journal of Muamalat and Society 10: 129-141
Nik Mohd Zaim Ab Rahim, Ishak Suliaman & Munirah Abd Razzak. (2012).
Kesempitan Hidup Penghutang: Analisis Ayat 280 Al Baqarah. Proceedings the
2nd Annual International Qur’anic Conference: 114-126
Norhayati Ibrahim, Asmawati Desa & Norella Kong Chiew Tong. (2011). Kesan
Pengantara Strategi Daya Tindak Agama Terhadap Hubungan di Antara
Kemurungan dan Kualiti Hidup Pesakit Buah Pingang Tahap Akhir. Jurnal
Psikologi Malaysia 29 (1): 52-62
Nur Aliah Mohd Sukeri, Zulaikha Mohd Hanafiah & Hairunnizam Wahid. (2017).
Persepsi Asnaf Zakat Al-gharimin (Perubatan) Terhadap Kaedah Agihan Zakat
Oleh Lembaga Zakat Selangor: Kajian Di Gombak, Selangor. Jurnal Muamalat
10: 146-168
Nurul Asyikin & Ruzian Markom. (2014). Transformasi dan Institusi Pelaksana Wakaf:
Kes Wakaf An-Nur Corporation. Jurnal Ddms.USIM.
Rusni Hassan, Nur Iffah Mohd Nasir. (2016). Prioritization of Zakat Distribution In
Selangor and Federal Teritory of Malaysia: Are They Following The Right
Distribution Principle According To Shariah? Intellectual Discourse (Special
Issues): 435-457
Syarifah Md Yusof, Radziah Md Tahir. (2015). Analisis Tafsiran Asnaf Al-Gharimin Di
Malaysia. Jurnal IJMSS (Special Issue): 81-100
Bab 6

Kemudahan Asas Peralatan Rumah dalam Kalangan Isirumah


Fakir dan Miskin: Kajian di Selangor

Siti Nasibah Md Nor


Hairunnizam Wahid

Pengenalan

Peralatan rumah sudah menjadi keperluan bagi masyarakat tidak mengira


miskin, sederhana mahupun kaya. Sebagai contoh, secara kebiasaannya (uruf)
di Malaysia dalam konteks penggunaan peralatan pada tahun 2010 sehingga
kini menunjukkan bahawa penggunaan telefon bimbit (dengan data per akses
internet) adalah melebihi 95 peratus dan dengan kadar penembusan akses
internet pada 2015 adalah sebanyak 67 peratus, maka secara uruf nya
menjadikan peralatan telefon bimbit boleh dikategorikan sebagai peralatan
keperluan utama individu pada masa kini (Hasan, 2015). Kepeluan asas
seseorang haruslah dipenuhi sebelum meneruskan kehidupan untuk keperluan
masa hadapan (Maslow, 1954). Jika seseorang individu atau sesebuah isi
rumah itu tidak dapat memenuhi keperluan asasnya, ia menunjukkan kualiti
hidupnya tidak tercapai. Namun jika keperluan asasnya telah dipenuhi, ia akan
beralih kepada keperluan yang lebih tinggi dan keperluan lain. Seseorang yang
mencapai keperluan yang lebih tinggi, ia boleh dikatakan telah mendapat
kualiti yang tertinggi dalam kehidupan. Menurut Maslow lagi, seseorang
individu akan cuba memenuhi keperluan dan cuba mendapatkan keperluan
tertinggi (kepuasan diri).
Kualiti hidup merupakan satu konsep yang dinamik, berubah
mengikut ruang dan masa. Kini, keperluan dan keinginan manusia semakin
kompleks serta berubah mengikut gaya hidup. Kualiti hidup yang dinikmati
hari ini tidak menjaminkan kelangsungan hidup yang berkualiti, selesa dan
penuh kegembiraan di masa hadapan. Peningkatan kos sara hidup setiap tahun,
kemelesetan ekonomi yang berlaku serta proses pembandaran disesebuah
kawasan bakal memberi tekanan yang tinggi kepada golongan isi rumah
miskin. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kualiti hidup isi rumah miskin
berdasarkarkan pemilikan peralatan rumah. Selain itu, kajian ini bertujuan
untuk mengenalpasti keperluan peralatan rumah mengikut tahap keutamaan
yang berbeza iaitu keperluan daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat pada masa
108/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

kini serta menganalisis tren pemilikan peralatan rumah oleh isi rumah miskin
setiap tahun.

Kajian Lepas
Kualiti Hidup

Perkataan serta konsep yang berkaitan dengan kualiti hidup dan kesejahteraan
hidup sering diguna secara bertukar ganti. Sesetengah pengkaji
membincangkan kualiti hidup dan kesejahteraan hidup sebagai satu konsep
yang sama berdasarkan pengukuran objektif dan subjektif. Konsep kualiti
hidup menurut Ventegolt meliputi dua bidang utama iaitu objektif dan
subjektif. Kualiti hidup objektif merupakan perkara yang berkaitan dengan
kehendak sosial dan budaya seperti kekayaan material, status sosial dan
kesihatan diri. Manakala kualiti hidup subjektif pula merujuk kepada keadaan
di mana individu merasa puas terhadap perkara yang bersangkutan dengan
kehidupannya (Norizan, 2000). Penyataan ini juga disokong oleh Aceleanu
(2012) yang menyatakan kualiti hidup merupakan kebajikan individu dari
aspek objektif seperti pendapatan pekerjaan dan persekitaran tempat kerja serta
meliputi aspek subjektif berkaitan dengan kepuasan kualiti hidup merangkumi
segala keperluan seseorang individu dari aspek kepuasan kebendaan, kesihatan,
pendidikan, keselamatan, keselesaan tempat tinggal, keseronokan dan bebas
dari permasalahan (Ezhwan et al, 2012).
Jabatan Perdana Menteri (1999) pula mentakrifkan kualiti hidup
dalam konteks yang lebih luas iaitu dengan mengambil kira sebarang aspek
aktiviti penduduk yang bertujuan meningkatkan taraf kesejahteraan sosial
selaras dengan aspirasi negara. Ia meliputi aspek kemajuan diri, cara hidup
yang sihat, akses dan kebebasan memperoleh pengetahuan dan taraf kehidupan
yang melebihi keperluan asas individu serta memenuhi keperluan psikologi.
Menurut Mohd Shamsuddin (1995), kualiti hidup didefinisikan sebagai
keadaan persekitaran (pemakanan, keadaan tempat tinggal, kemudahan
kesihatan, pembentungan dan sebagainya) yang mempengaruhi kehidupan
seseorang.
Kualiti hidup dan kesejahteraan hidup mempunyai perbezaan
berdasarkan cara pengukuran dan penilaian. Menurut Nurizan (1998), kualiti
hidup biasanya diukur secara objektif manakala kesejahteraan hidup pula
diukur secara subjektif. Menurutnya lagi, penggunaan pendekatan objektif dan
subjektif secara bersama menjadikan kualiti hidup lebih bermakna jika
pengukuran secara objektif dan subjektif dijalankan serentak. Menurut
Constanza et al.(2007) pula mengatakan kualiti hidup merujuk kepada
keperluan asas untuk hidup, keselamatan, kasih sayang yang bersifat objektif
dipenuhi. Sementara kesejahteraan hidup pula dinilai berdasarkan kebahagiaan,
kepuasan hidup, utiliti atau kebajikan individu yang berbentuk subjektif.
Giambona et al (2014) dalam kajiannya yang dijalankan mengenai
kesejahteraan hidup menggunakan empat dimensi utama dalam mengukur
tahap kesejahteraan hidup iaitu kewangan, pemilikan rumah, barangan dan
kesihatan serta persekitaran. Kesejahteraan hidup merupakan satu bentuk
Kemudahan Asas Peralatan Rumah dalam Kalangan Isirumah
Fakir dan Miskin: Kajian di Selangor /109

pengukuran kualiti hidup yang diukur secara psikologi atau dalaman yang
melibatkan beberapa dimensi kegembiraan, kepuasan hidup, harga diri,
kecekapan diri, kehidupan berkeluarga, pekerjaan, pendidikan dan kewangan
(Atchley, 2004; Billson,2005; Costanza et al, 2007; Mc Lead, 2008; Brestone
& Gonzales, 2011). Dalam kajian ini, istilah kualiti hidup digunakan untuk
menilai isi rumah miskin. Aspek yang diukur meliputi kesenangan dalam
bentuk material iaitu pemilikan dan penggunaan peralatan rumah berdasarkan
keadaan realiti kehidupan mereka.

Kualiti hidup dan pemilikan kelengkapan rumah

Kajian lepas menunjukkan peningkatan kualiti hidup, isi rumah dan


masyarakat berkait rapat dengan pemilikan peralatan rumah secara tidak
langsung. Walaupun jarang pengkaji mengkaji berkaitan pemilikan peralatan
atau kelengkapan mempengaruhi kualiti hidup individu secara mendalam,
hanya secara umum sahaja namun ia merupakan sebahagian daripada
keperluan asas bagi sesebuah isi rumah yang penting dalam meningkatkan
kualiti hidup.
Menurut Nurizan (1998) menyatakan kemudahan dalam unit rumah
seperti bekalan air, elektrik dan telefon, bahan bakar dan peralatan rumah
adalah penting dalam meningkatkan kualiti hidup. Ketiadaan kemudahan ini
menyebabkan aktiviti keluarga akan terjejas dan berlaku pembaziran masa dan
tenaga jika keluarga perlu mendapatkan altenatif lain. Tingkat kepuasan
seseorang akan semakin meningkat dengan mempunyai barang yang agak
banyak atau sumber yang boleh digunakan (Ahsan et al, 2013). Secara tidak
langsung dengan mempunyai peralatan rumah yang cukup, ia kan
mempengaruhi kehidupan isi rumah menjadi lebih mudah dan dapat menjalani
kehidupan dengan sempurna.
Di Belanda, Indeks Keadaan Kehidupan telah digunakan untuk
memantau tahap kehidupan rakyatnya dari aspek perumahan, kesihatan riadah
dan pemilikan barang. Kefahaman terhadap konsep dan pengertian kualiti
hidup pastinya berbeza berdasarkan indeks tertentu di sesebuah negara. Namun
secara asasnya kualiti hidup itu mengikut konteks perbincangan bagi kajian ini
merupakan pada tahap minimum yang sepatutnya dimiliki dan dinikmati oleh
penghuni sesebuah bandar (Haryati & Nurasyikin, 2011).

Kemiskinan

Peningkatan kos sara hidup sama ada luar bandar atau bandar sangat berkait
rapat dengan kemiskinan. Hal ini kerana kos untuk menampung perbelanjaan
harian dan keperluan lain semakin meningkat. Pengenalan isi rumah yang
miskin ini boleh dikenalpsti berdasarkan kekurangan pendapatan untuk
membeli keperluan asas, tingkat pendidikan yang rendah, tidak memiliki harta
benda, tidak sihat tubuh badan, kekurangan makanan dan pakaian, tiada tempat
tinggal yang selesa dan tiada pekerjaan yang boleh menjaminkan kelangsungan
110/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

hidup. Kesemua keadaan ini akan menyebabkan kemiskinan jika tiada bantuan
daripada dan sokongan daripada pihak yang bertangngungjawab (Norzita &
Siti Hadijah, 2014).
Dalam RMK-5, dua konsep kemiskinan yang biasa digunakan di
Malaysia iaitu kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif. Kemiskinan mutlak
merupakan keadaan di mana seseorang individu atau isi rumah yang tidak
mampu untuk memenuhi keperluan asas bagi menikmati kesejahteraan hidup
yang minimum dan muhasabah. Manakala kemiskinan relatif pula dikaitkan
dengan agihan pendapatan. Agihan pendapatan dapat menunjukkan tingkat
kebajikan seseorang individu, iaitu dengan membuat perbandingan tingkat
kebajkan individu tersebut dengan tingkat kebajikan orang lain. Semakin tinggi
ketidakseimbangan pendapatan semakin serius masalah kemiskinan relatif
walaupun kemiskinan mutlak telah dibasmi sepenuhnya.
Di Malaysia kemiskinan yang kerap berlaku adalah kemiskinan
mutlak kerana pendapatan isi rumah dibandingkan dengan Pendapatan Garis
Kemiskinan (PGK). Sekiranya pendapatan bulanan sesebuah isi rumah adalah
kurang daripada PGK, maka isi rumah tersebut dikategorikan miskin. Secara
ringkasnya konsep kemiskinan mutlak mempunyai hubungan dengan keperluan
asas manakala kemiskinan relatif merujuk kepada agihan pendapatan.
Kemiskinan relatif boleh menjelaskan keadaan ketidaksamaan ekonomi dan
sosial dalam sesebuah masyarakat berbanding kemiskinan mutlak.

Kemiskinan bandar dan luar bandar

Kemiskinan bandar dan luar bandar merupakan fenomena yang berbeza.


Kemiskinan bandar merupakan suatu fenomena yang sering dihadapi oleh
bandar-bandar di dunia termasuk di negara-negara maju seperti Amerika dan
Jepun. Menurut Laporan Bank Pembangunan Dunia, sejumlah 495 juta
golongan miskin bandar pada 2010 yang terdiri daripada golongan
berpendapatan rendah dan sederhana (Alam et al, 2011). Jika dilihat dari segi
peratusan kemiskinan di bandar mempunyai jumlah yang kurang berbanding di
luar bandar. Namun begitu, impak kemiskinan di bandar lebih terasa
berbanding dengan luar bandar. Seseorang yang tinggal di bandar mendiami
rumah batu, mempunyai kenderaan sama ada kereta atau motosikal,
berpendapatan melebihi PGK, namun mereka mempunyai bilangan tanggungan
yang ramai. Kos sara hidup yang tinggi terutama sewa rumah, pengangkutan
dan pelbagai perbelanjaan keperluan asas dan perkhidmatan (Ravallion &
Bidani, 1994).
Menurut Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung
Malaysia (2012), kemiskinan bandar sering dikaitkan dengan dengan
penghijrahan penduduk daripada luar bandar ke bandar terutama di Kuala
Lumpur bagi memperolehi peluang pekerjaan yang cerah. Ramai dikalangan
mereka berjaya merebut peluang yang ada di bandar dan tidak kurang juga
yang kurang berjaya. Justeru, persaingan bagi mendapat pekerjaan ini
mendorong peningkatan di dalam dalam pengangguran seterusnya akan
melahirkan istilah kemiskinan bandar yang mana peratus besar adalah terdiri
Kemudahan Asas Peralatan Rumah dalam Kalangan Isirumah
Fakir dan Miskin: Kajian di Selangor /111

daripada golongan yang berhijrah. Kajian Nor Aini dan Chamhuri (2003)
menjelaskan kemiskinan berlaku apabila sektor bandar tidak mampu
menyediakan peluang-peluang pekerjaan dan wujud persaingan untuk
mendapatkan pekerjaan yang bergaji lumayan, tempat tinggal yang dimampui
dan kemudahan-kemudahan asas yang diperlukan oleh golongan tertentu di
bandar yang dikategorikan golongan mskin dan lemah.

Metodologi Kajian

Kajian melibatkan pengumpulan daripada dua sumber iaitu data primer dan
data sekunder. Data primer melibatkan pengumpulan data melalui pengedaran
borang soal selidik kepada 44 orang isi rumah bagi setiap daerah di Selangor
dan sebanyak 400 borang telah dianalisis. Sampel kajian adalah terdiri daripada
asnaf fakir dan miskin di negeri Selangor pada tahun 2015. Borang soal selidik
terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A: Latar Belakang Responden
dan Bahagian B: Perbelanjaan Kelengkapan Rumah dan Status Pembayaran
Setiap Peralatan. Soalan ini dirujuk kepada soalan bancian Isirumah oleh
Jabatan Perangkaan Negara. Data yang diperoleh melalui soal selidik di
analisis untuk mendapatkan purata perbelanjaan kelengkapan rumah yang
dapat dijadikan rujukan bagi menentukan had kifayah yang sesuai kepada
golongan fakir dan miskin secara khususnya di Selangor. Perbelanjaan ini
kemudian dipecahkan kepada status pembayaran sama ada selesai pembayaran
atau sebaliknya. Data sekunder pula melibatkan pengadaptasian kaedah
pengumpulan data diperoleh daripada sumber-sumber rujukan seperti buku,
artikel jurnal, kertas persidangan, thesis dan carian internet sama ada dalam
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Hasil Kajian

Bentuk perbelanjaan kelengkapan rumah respoden dilihat dari 13 buah


kelengkapan rumah iaitu penghawa dingin, mesin basuh, peti sejuk, dapur
masak, dapur minyak tanah, telefon tetap, telefon bimbit, ketuhar gelombang
mikro, radio, televisyen, video atau DVD atau CD, komputer peribadi dan
penapis air. Item- item ini dipilih berdasarkan keperluan masyarakat masa kini.
Jadual 1 menunjukkan pemilikan peralatan rumah bagi isi rumah
miskin di Selangor secara purata bagi 13 item peralatan rumah. Hasil kajian
menunjukkan majoriti isi rumah miskin sudah mampu memiliki peralatan
rumah seperti mesin basuh, peti sejuk, dapur masak dan televisyen. Peralatan-
peralatan ini telah menjadi suatu keperluan asas bagi setiap rumah. Namun
purata keseluruhan bagi peralatan rumah seperti penghawa dingin masih lagi
rendah iaitu 0.06. Hanya segelintir sahaja di beberapa daerah Selangor yang
memiliki perlatan tersebut.
Jadual 1: Purata Pemilikan Peralatan Rumah Bagi Isi Rumah Miskin Di Selangor Mengikut Daerah

Gombak Hulu Hulu Klang Kuala Kuala Petaling Sabak Sepang Purata Daerah
Peralatan Langat Selangor Langat Selangor Bernam
Rumah
Penghawa Dingin 0 0.02 0.14 0 0 0.05 0.14 0.02 0.14 0.06
Mesin Basuh 0.91 0.93 0.91 0.93 0.91 0.93 0.89 0.95 0.91 0.92
Peti Sejuk 0.98 1 0.98 0.95 0.93 0.98 1.02 1 0.93 0.97
Dapur Masak 0.98 1 1 1.02 1 1 0.98 1 0.98 1.00
Dapur Minyak Tanah 0 0 0.07 0.02 0 0 0 0 0 0.01
Telefon Tetap 0.18 0.18 0.07 0.05 0 0.11 0.10 0.09 0.11 0.10
Telefon Bimbit 1.45 1.41 4.05 2.27 1.80 1.55 2.14 1.5 2.14 2.03
Ketuhar Gelombang Mikro 0.07 0.07 0.39 0.14 0.02 0.18 0.10 0 0.32 0.14
Radio 0.32 0.16 0.39 0.25 0.18 0.39 0.25 0.23 0.30 0.27
Televisyen 1 0.91 1 1 1 0.98 1 1.02 1 0.99
Video/ DVD / CD 0 0.02 0.30 0.32 0.07 0.22 0.14 0.11 0.27 0.16
Komputer Peribadi 0.09 0.27 0.77 0.25 0.14 0.22 0.59 0.05 0.73 0.35
Penapis Air 0.30 0.11 0.32 0.32 0.18 0.20 0.25 0.25 0.27 0.24
Sumber: Maklumat soal selidik
Kemudahan Asas Peralatan Rumah dalam Kalangan Isirumah
Fakir dan Miskin: Kajian di Selangor /113

Jadual 2: Peratusan Bilangan Unit Kelengkapan Rumah yang Digunakan di Selangor Mengikut Daerah. (%)
Gombak Hulu Langat Hulu Selangor Klang Kuala Kuala Selangor Daerah
Bilangan Langat
Peralatan Ada Tiada Ada Tiada Ada Tiada Ada Tiada Ada Tiada Ada Tiada
Rumah
Penghawa - 100.0 11.4 88.6 - 100.0 - 100.0 - 100.0 4.5 95.5
Dingin
Mesin Basuh 90.9 9.1 88.6 11.4 90.9 9.1 90.9 9.1 90.9 9.1 95.5 4.5
Peti Sejuk 95.5 4.5 100.0 - 93.2 6.8 93.2 6.8 93.2 6.8 97.7 2.3
Dapur Masak 97.77 2.3 97.77 2.3 100.0 - 100.0 - 100.0 - 100.0 -
Dapur Minyak - 100.0 - 100.0 6.8 93.2 2.3 97.7 - 100.0 - 100.0
Tanah
Telefon Tetap 13.6 86.4 9.1 90.9 - 100.0 - 100.0 - 100.0 6.8 93.2
Telefon Bimbit 90.9 9.1 100.0 - 97.7 2.3 97.7 2.3 97.7 2.3 97.7 2.3
Ketuhar 6.8 93.2 9.1 90.9 2.3 97.7 2.3 97.7 2.3 97.7 15.9 84.1
Gelombang
Mikro
Radio 31.8 68.2 25.0 75.0 18.2 81.8 18.2 81.8 18.2 81.8 34.1 65.9
Televisyen 100.0 - 97.8 2.3 100.0 - 100.0 - 100.0 - 93.2 6.8
Video/ DVD / - 100.0 11.4 88.6 6.8 93.2 6.8 93.2 6.8 93.2 22.7 77.3
CD
Komputer 9.1 90.9 40.9 59.1 11.4 88.6 11.4 88.6 11.4 88.6 20.5 79.5
Peribadi
Penapis Air 29.5 70.5 25.0 75.0 13.6 86.4 13.6 86.4 13.6 86.4 22.7 77.3
114/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Daerah Petaling Sabak Bernam Sepang Purata Keseluruhan


Ada Tiada Ada Tiada Ada Tiada Ada Tiada Daerah
Bilangan
Peralatan Rumah
Penghawa Dingin - 100.0 2.3 97.7 2.3 96.7 3.4 96.6
Mesin Basuh 90.9 9.1 93.2 6.8 93.2 6.8 91.9 8.1
Peti Sejuk 95.5 4.5 93.2 6.8 93.2 6.8 95.2 4.8
Dapur Masak 97.7 2.3 100.0 - 100.0 - 99.0 1.0
Dapur Minyak Tanah - 100.0 - 100.0 - 100.0 1.0 99.0
Telefon Tetap 13.6 86.4 9.1 90.9 9.1 90.9 8.1 91.9
Telefon Bimbit 90.9 9.1 100.0 - 100.0 - 97.2 2.8
Ketuhar Gelombang Mikro 6.8 93.2 - 100.0 - 100.0 10.4 89.6
Radio 31.8 68.2 22.7 77.3 22.7 77.3 27.8 72.2
Televisyen 100.0 - 100.0 - 100.0 - 99.0 1.0
Video/ DVD / CD - 100.0 11.4 88.6 11.4 88.6 13.6 86.4
Komputer Peribadi 9.1 90.9 4.5 95.5 4.5 95.5 19.5 80.5
Penapis Air 29.5 70.5 25.0 75.0 25.0 75.0 26.0 74.0
Sumber: Maklumat soal selidik
Kemudahan Asas Peralatan Rumah dalam Kalangan Isirumah
Fakir dan Miskin: Kajian di Selangor /115

Pemilikan peralatan seperti ketuhar gelombang mikro, komputer peribadi dan


penapis air juga masih rendah pemilikannya dengan purata keseluruhan
masing-masing pada 0.14, 0.35 dan 0.24.
Berdasarkan Jadual 2 menunjukkan peratus isi rumah miskin di
Selangor memiliki hampir kebanyakan peralatan rumah tangga yang asas.
Peratusan pemilikan penghawa dingin secara keseluruhan di Selangor adalah
sebanyak 3.4 peratus. Pemilikan peralatan penghawa dingin adalah paling
rendah selepas dapur minyak tanah. Pemilikan dapur minyak tanah semakin
ditelan arus perdana. Pemilikannya hanya 1 peratus secara keseluruhannya.
Pemilikan bagi penapis air pula mencatat sebanyak 26 peratus di Selangor.
Peratusan itu menunjukkan pemilikannya masih lagi berada di tahap rendah
dan terbatas bagi isi rumah miskin.

Jadual 3: Tren pemilikan peralatan rumah bagi isi rumah miskin di Selangor
pada 2012, 2014 dan 2015 (%)
Kelengkapan Rumah 2012 2014 2015

Penghawa Dingin 5.1 56.8 (51.7) 3.4 (-53.4)


Mesin Basuh 94.6 95.7 (1.1) 91.9 (-3.8)
Peti Sejuk 94.9 98.7 (3.8) 95.2 (-3.5)
Dapur Masak 100.0 98.5 (-1.5) 99.0 (0.5)
Dapur Minyak Tanah - - 1.0 (1.0)
Telefon Tetap 5.1 37.8 (32.7) 8.1 (-29.7)
Telefon Bimbit 94.6 98.5 (3.9) 97.2 (-1.3)
Ketuhar Gelombang Mikro 5.4 42.0 (36.6) 10.4 (-31.6)
Radio 31.5 92.7 (61.2) 27.8 (-64.9)
Televisyen 90.4 98.5 (8.1) 99.0 (0.5)
Video/ DVD / CD 15.9 58.3 (42.4) 13.6 (-44.7)
Komputer Peribadi 5.1 27.4 (22.3) 19.5 (-7.9)
Penapis Air - 53.3 (53.3) 26.0 (-29.3)
Nota: ( ) % perubahan tahunan
Sumber : Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2012 dan 2014

Jadual 3 menunjukkan beberapa peningkatan dan pembaharuan


terhadap peralatan rumah yang sebelum ini dianggap barangan tahsiniyyat
telah wujud di kebanyakan rumah yang dianggap sebagai barangan keperluan.
Misalnya, berdasarkan Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan
Kemudahan Asas 2012 dan 2014, hanya 5.1peratus sahaja isi rumah mampu
untuk memiliki komputer peribadi pada tahun 2012. Namun demikian,
peningkatan telah berlaku pada tahun 2014 apabila mencapai sehingga 27.4
peratus. pada tahun 2015, pemilikan komputer peribadi mempunyai perubahan
iaitu penurunan sehingga 19.5 peratus. Hal ini kerana kemungkinan
penggunaan komputer semakin berkurang dan bertukar arah kepada
penggunaan komputer riba yang lebih mudah dan senang untuk dibawa ke
mana sahaja berbanding komputer peribadi. Selain itu, komputer riba lebih
murah dan mampu dimiliki oleh golongan miskin berbanding komputer
peribadi.
Jadual 4: Peratusan Status Pembayaran Kelengkapan Rumah yang Digunakan di Selangor Mengikut Daerah (%)

Gombak Hulu Langat Hulu Selangor Kuala Langat Kuala Selangor


Ansuran Selesai Ansuran Selesai Ansuran Selesai Ansuran Selesai Ansuran Selesai
bayar bayar bayar bayar bayar
Penghawa Dingin - - - 11.4 - 9.1 - - - 4.5
Mesin Basuh 4.5 86.4 4.5 84.1 2.3 88.6 2.3 88.6 4.5 90.9
Peti Sejuk 4.5 90.9 - 100.0 - 93.2 - 93.2 4.5 93.2
Dapur Masak - 97.7 - 97.7 - 97.7 - 100.0 2.3 97.7
Dapur Minyak Tanah - - - - - 6.8 - - - -
Telefon Tetap 4.5 9.1 - 9.1 2.3 4.5 - - 97.7 4.5
Telefon Bimbit 2.3 88.6 2.3 97.7 - 97.7 - 97.7 - 97.7
Ketuhar Gelombang - 6.8 - 9.1 - 38.6 - 2.3 - 15.9
Mikro
Radio - 31.8 - 25.0 - 38.6 - 18.2 - 34.1
Televisyen - 100.0 2.3 95.5 2.3 97.7 - 100.0 9.1 84.1
Video/ DVD / CD - - - 11.4 - 27.3 - 6.8 - 22.7
Komputer Peribadi - 9.1 2.3 40.9 - 54.5 - 11.4 - 20.5
Penapis Air 2.3 27.3 6.8 18.2 4.5 27.3 - 13.6 2.3 20.5
Kemudahan Asas Peralatan Rumah dalam Kalangan Isirumah
Fakir dan Miskin: Kajian di Selangor /117

Klang Petaling Sabak Bernam Sepang Jumlah


Ansuran Selesai Ansuran Selesai Ansuran Selesai Ansuran Selesai Ansuran Selesai
bayar bayar bayar bayar bayar
Penghawa Dingin - - - - - 2.3 - 2.3 - 100.0
Mesin Basuh 13.6 79.5 6.8 84.1 - 93.2 - 93.2 4.3 87.6
Peti Sejuk 6.8 88.6 2.3 93.2 4.5 88.6 2.3 88.6 2.8 92.4
Dapur Masak 2.3 97.7 - 97.7 - 100.0 - 100.0 0.5 98.5
Dapur Minyak Tanah - 2.3 - - - - - - - 100.0
Telefon Tetap - 4.5 4.5 9.1 - 9.1 - 9.1 1.5 6.6
Telefon Bimbit - 100.0 2.3 88.6 2.3 97.7 2.3 97.7 1.3 96.0
Ketuhar Gelombang - 13.6 - 6.8 - - - - - 100.0
Mikro
Radio - 25.0 - 31.8 - 22.7 - 22.7 - 100.0
Televisyen 6.8 93.2 2.3 97.7 - 100.0 - 100.0 2.5 96.5
Video/ DVD / CD - 31.8 - - - 11.4 - 11.4 - 100.0
Komputer Peribadi - 20.5 - 6.8 - 4.5 - 4.5 0.3 19.2
Penapis Air 15.9 15.9 2.3 27.3 6.8 18.2 6.8 18.2 5.3 20.7
Sumber: Maklumat soal selidik
118/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 4 menunjukkan perbelanjaan kelengkapan rumah mempunyai status


pembayaran secara ansuran atau selesai pembayaran yang dibuat oleh
responden di Selangor. Hasil kajian menunjukkan kelengkapan seperti
penghawa dingin, dapur minyak tanah, ketuhar gelombang mikro, radio dan
video/DVD/CD berstatus selesai pembayaran. Hal ini kerana minoriti sahaja
yang memiliki peralatan tersebut dan tidak memerlukan pembayaran secara
ansuran. Peratusan pembayaran secara ansuran tertinggi ialah mesin basuh iaitu
4.3 peratus. Daerah yang menunjukkan peratusan tertinggi bagi kelengkapan
ini adalah daerah Klang (13.6%) diikuti Petaling (6.8%). Peratusan
pembayaran secara ansuran bagi peti sejuk adalah kedua tertinggi iaitu pada
2.8 peratus. Daerah Klang menunjukkan peratusan tertinggi yang membuat
pembayaran secara kredit iaitu 6.8 peratus. Manakala di Gombak, Kuala
Selangor dan sebanyak 4.5 peratus. Pembayaran secata hutang bagi televisyen
pula adalah ketiga iaitu 2.5 peratus, yang mana peratusan tertinggi di daerah
Kuala Selangor iaitu 9.1 peratus.
Kualiti hidup sesebuah isi rumah turut dipengaruhi oleh peralatan
rumah tangga yang terdapat di dalamnya. Isi rumah yang mempunyai status
sosioekonomi yang tinggi lazimnya juga cenderung memiliki lebih banyak
barangan kelengkapan rumah tangga (Katiman et al, 2010). Secara umumnya
isi rumah miskin di Selangor memiliki hampir kesemua item peralatan rumah
yang asas. Antara peralatan yang paling lumrah dimiliki oleh isi rumah dan
menjadi keperluan daruriyyat ialah televisyen, peti sejuk, telefon bimbit, mesin
basuh dan dapur masak. Manakala peralatan rumah seperti penghawa dingin,
komputer peribadi dan penapis air pula masih rendah. Hal ini kerana peralatan-
peralatan tersebut masih lagi asing bagi isi rumah miskin dan ianya
dikategorikan sebagai keperluan tahsiniyyat. Hanya minoriti yang memiliki
peralatan-peralatan tersebut secara keseluruhannya di Malaysia dan khususnya
di Selangor.
Purata keseluruhan dalam kajian ini membuktikan pemilikan telefon
bimbit bagi isi rumah sudah menjadi satu kepentingan bagi semua golongan
terutamanya golongan miskin. Alat perhubungan ini pada suatu ketika
dahulunya dianggap barangan tahsiniyyat, kini sudah menjadi mampu milik
oleh golongan masyarakat. Malahan ada ibu bapa yang mampu menyediakan
alat komunikasi ini kepada anak-anak mereka bagi memudahkan mereka
menghubungi anak-anak. Telefon bimbit dapat menyampaikan pesanan secara
pantas dan berkesan serta dapat menyimpan pelbagai maklumat. Oleh yang
demikian, tidak menjadi satu kehairanan dalam hasil kajian menunjukkan
purata pemilikan telefon bimbit melebihi satu unit bagi isi rumah setiap daerah
di Selangor. Pemilikan barangan ini sudah menjadi keperluan daruriyyat dan
mempengaruhi kualiti hidup seseorang.
Pemilikan penghawa dingin pula masih lagi barangan yang asing bagi
golongan miskin. Berdasarkan hasil kajian, hanya segelintir sahaja responden
yang memiliki peralatan ini di Selangor. Pemilikan barangan ini boleh
dikategorikan keperluan tahsiniyyat yang hanya tambahan menjadikan
kehidupan lebih selesa. Penggunaan penghawa dingin ini memerlukan kepada
Kemudahan Asas Peralatan Rumah dalam Kalangan Isirumah
Fakir dan Miskin: Kajian di Selangor /119

sistem bekalan elektrik yang tinggi menyebabkan masih ramai golongan


miskin tidak mampu untuk memilikinya. Oleh itu, sekiranya sesebuah isi
rumah memiliki peralatan ini, ia boleh dikategorikan sebagai golongan
berkemampuan dan tidak miskin.
Selain itu, hampir kesemua kelengkapan rumah responden
mempunyai status pembayaran secara ansuran. Kini, hutang sudah menjadi
lumrah dalam kehidupan baik golongan atasan mahupun bawahan sama ada
hutang rumah, kenderaan atau peralatan rumah bagi menjamin kesejahteraan
hidup. Golongan miskin khususnya terpaksa berhutang bagi membeli
keperluan asas kerana pendapatan mereka untuk menanggung kos sara hidup
yang tinggi. Tambahan lagi, kenaikan barang juga mennyumbang kepada
keinginan masyarakat untuk berhutang. Oleh disebabkan itu, ia menjadi
bebanan kepada golongan miskin dalam menjalani kehidupan harian dan akan
mempengaruhi kualiti hidup mereka.
Namun begitu, peratusan pembayaran secara ansuran di semua daerah
di Selangor tidak melebihi 10 peratus bagi setiap kelengkapan rumah. Ia
menunjukkan majoriti isi rumah berupaya memiliki kelengkapan rumah secara
tunai. Peningkatan kos sara hidup berbanding pendapatan isi rumah yang
rendah antara faktor yang memaksa isi rumah berhutang. Faktor yang
menyumbang kepada seseorang untuk berhutang adalah untuk membiayai
perbelanjaan penggunaan serta untuk membiayai pemerolehan aset atau harta
kekayaan (Jasni, 2014).
Secara umumnya isi rumah miskin di Selangor memiliki hampir
kesemua item-item peralatan rumah yang asas. Antara peralatan yang paling
lumrah dimiliki oleh isi rumah ialah televisyen, peti sejuk, telefon bimbit,
mesin basuh dan dapur masak. Manakala peralatan rumah seperti penghawa
dingin, komputer peribadi dan penapis air pula masih rendah. Hal ini kerana
peralatan-peralatan tersebut masih lagi asing bagi isi rumah miskin dan ianya
dikategorikan sebagai keperluan tahsiniyyat. Hanya minoriti yang memiliki
peralatan-peralatan tersebut secara keseluruhannya di Malaysia dan khususnya
di Selangor. Secara keseluruhannya dapat disimpulkan kemudahan peralatan
rumah adalah penting bagi sesebuah isi rumah, yang mana ia menjadikan kerja
rumah dapat dilakukan dengan lebih cekap sekaligus meningkatkan keselesaan
dan kesejahteraan hidup. Isi rumah dapat menikmati gaya hidup yang lebih
moden dan taraf hidup semaki meningkat.

Perbincangan dan Implikasi Dasar

Dalam Jadual 5 adalah peratusan peralatan rumah bagi isi rumah miskin secara
keseluruhannya di Malaysia dan lebih khusus di Selangor berdasarkan Laporan
Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2012. Jadual
menunjukkan semua item peralatan rumah sudah mampu dimiliki oleh isi
rumah di Malaysia namun di Selangor peralatan bagi penapis air masih lagi
tiada pemilikan. Pemilikan peralatan seperti mesin basuh, peti sejuk, dapur
masak dan telefon bimbit sudah menjadi menjadi keperluan hajiyyat bagi
120/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

sesebuah isi rumah dalam menjalani aktiviti harian. Keperluan hajiyyat


merupakan keperluan yang diperlukan oleh manusia dan tanpa keperluan ini, ia
akan mendatangkan kesulitan dan kesusahan.

Jadual 5: Peratusan pemilikan peralatan rumah bagi isi rumah miskin di


Selangor dan Malaysia pada 2012
Kelengkapan Rumah Selangor Malaysia

Penghawa Dingin 5.1 3.1


Mesin Basuh 94.6 62.4
Peti Sejuk 94.9 78.7
Dapur Masak 100.0 94.8
Dapur Minyak Tanah - 3.3
Telefon Tetap 5.1 5.7
Telefon Bimbit 94.6 90.0
Ketuhar Gelombang Mikro 5.4 4.3
Radio 31.5 47.7
Televisyen 90.4 94.6
Video/ DVD / CD 15.9 37.7
Komputer Peribadi 5.1 3.0
Penapis Air - 4.1
Sumber : Selangor berdasarkan Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah & Kemudahan Asas
2012

Selain itu, peralatan rumah seperti penghawa dingin, ketuhar


gelombang mikro, komputer peribadi dan penapis air masih lagi rendah
pemilikannya di Malaysia terutamanya di Selangor. Pemilikan peralatan-
peralatan ini boleh dikategorikan sebagai suatu keperluan tahsiniyyat bagi isi
rumah miskin. Tahsiniyyat adalah keperluan mewah atau suatu perkaran
pelengkap yang menjadi hiasan tambahan dalam kehidupan. Keperluan ini
masih lagi terbatas untuk isi rumah miskin memilikinya.
Peralatan rumah sudah menjadi sebahagian keperluan hidupnya bagi
masyarakat miskin, sederhana dan kaya di Malaysia dan boleh dikategorikan
sebagai keperluan kifayah. Berdasarkan hasil kajian yang diperoleh, cadangan
yang ingin diusulkan kepada pihak institusi zakat ialah dengan adanya
maklumat spesifik mengenai pemilikan peralatan rumah bagi isi rumah miskin
boleh dijadikan had kifayah dalam mengukur kemiskinan golongan asnaf. Hal
ini kerana keperluan dalam pemilikan peralatan rumah sudah menjadi
kepentingan bagi isi rumah dalam menjalani kehidupan dengan selesa dan
meningkatkan kesejahteraan hidup. Ia juga dapat mengukur tahap kemiskinan
isi rumah yang mana sekiranya sebuah isi rumah itu memiliki peralatan rumah
tahsiniyyat boleh dikira sebagai tidak layak mendapat zakat. Cadangan ini
bertujuan agar had kifayah bagi isi rumah miskin lebih relevan dan sesuai
berdasarkan keperluan semasa isi rumah yang semakin bertambah.
Kemudahan Asas Peralatan Rumah dalam Kalangan Isirumah
Fakir dan Miskin: Kajian di Selangor /121

Kesimpulan

Dalam usaha mewujudkan sebuah isi rumah dan tempat tinggal yang selesa dan
sejahteraan kepada masyarakat terutama golongan miskin demi meningkatkan
kualiti hidup mereka, banyak perkara yang perlu dikenalpasti agar golongan ini
tidak rasa terbeban dek kerana kos sara hidup yang semakin meningkat.
Keselesaan penghuni semasa berada di dalam rumah adalah penting dalam
mewujudkan masyarakat yang sejahtera. Pemilikan peralatan yang sempurna
menyumbangkan kepada peningkatan kualiti hidup isi rumah di bandar
mahupun di luar bandar. Justeru itu, keselesaan itu sendiri bukan sahaja
bertujuan untuk memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada isi rumah
malahan menyumbang kepada ketenangan dan kebahagiaan hidup. Ciri-ciri ini
merupakan faktor penting dalam meningkatkan kualiti hidup isi rumah masa
kini.
Namun begitu, menjengah masa depan ke arah Revolusi Perindustrian
Keempat dan Ekonomi Digital Menuju TN50, dunia akan berhadapan dengan
sistem fizikal siber melibatkan keupayaan baharu bagi manusia mesin dan
kaedah baharu teknologi. Revolusi ini telah menggugat model lama
perniagaan, terutama dalam kalangan masyarakat yang berurusan tanpa wang
dan tanpa kad. Penghijrahan ke teknologi perdagangan alam maya atau e-
commerce bakal membuka lebih banyak peluang ekonomi untuk rakyat
Malaysia. Kewujudan perniagaan baru ini membolehkan rakyat Malaysia
menjual dan membeli barangan melalui aplikasi tertentu dengan kos yang
murah berbanding di kedai. Contohnya di China, rakyat boleh menggunakan
telefon pintar untuk membeli apa sahaja dengan lebih mudah dan selesa secara
talian seperti Amazon.
Ledakan industri keempat ini akan memberi impak yang paling nyata
iaitu pelebaran jurang kekayaan dan pendapatan antara penduduk. Jurang pihak
atasan atau elit yang mahir dalam teknologi dan pihak yang tidak mahir
(golongan miskin dan bawahan) menjadi semakin luas dan sukar untuk
dirapatkan apabila kos dan kepesatan teknologi perkembangan begitu cepat
sekali. Jurang pendapatan akan semakin lebar merentasi benua, kelas, gender
dan bidang pekerjaan. Ia termasuk aspek materialisme selain terhakisnya nilai-
nilai kemanusiaan dan keadilan. Ekonomi akan dikuasai kaum kapitalis yang
dominan dan berkuasa dalam menentukan sistem ekonomi.

Rujukan

Alam, F., Siwar, C., Talib, B., & Islam, R. (2011). The Analysis of International
Migration towards Economic Growth. American Journal of Applied Sciences,
8(8): 782.
Aceleanu MI. (2012). Link between education, employment and quality of life, the case
of Romania. Management and Marketing Challenges for the Knowledge Society
7(4), 717-730.
Ahsan, A., Wiyono, N., & Fithria, I. (2013). Riset Standar Kebutuhan Hidup Layak
(Had Kifayah) di Indonesia, pp. 1-52.
122/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Atchley RC (2004). Social forces and aging: An introduction to social gerontology,


10thedition. United States: Thomson Learning
Bretones FD & Gonzales MJ.(2011). Subjective and accupational well-being in a
sample of Mexican workers. Social Indicator Research, 100, 273-285.
Billson JM. (2005). The complexities and defining female well-being. In: Billson JM,
Fluehr-Lobban C. Female well-being. London : Zed Books Ltd.
Costanza R, Fisher B, Ali A, Beer C, Bond L, Boumans R, Danigelis N, Dickson J,
Elliott C, Farley J,. (2007). Quality of life: An approach
integratingopportunities, human needs and subjective well-being. Ecological
Economics, 161, 267-276.
Ezhwan Nur Arshad, Firdaus Ismail, Wan Zahari Wan Yusuff, Azmi Khames. (2012).
Kualiti Penduduk Felda di Wilayah Iskandar Malaysia. International
Conference Innovation Technology for sustainable Built Environment. Office of
Research and Industrial,Community and Alumni Networking, Universiti
Teknologi Mara. Bandar Baru Seri Iskandar, 16 – 17 April.
Gayer DE, Glenn LM, Hudspeth T, Mahoney D, McCahill L, McIntosh B, Reed B,
Rizvi AAT, Risso, DM, Simpatico T, Snapp R (2007) Quality of life: An
approach integrating opportunities, human needs, and subjective well-being.
Ecological Economics, 61, 267- 276.
Giambona F, Porcu M, Sulis I (2014) Does education affect individual well-being?
Some Italian empirical evidences. Open Journal of Statistics 4, 319 – 329.
Doi:10.4236/ojs.2014.45032.
Hasan, (2015). Ḥadd al-Kifāya: Cabaran Konseptualisasi Patuh Syariah dan Alternatif
Panduan Garis Kemiskinan Negara, Ucaptama Persidangan Kebangsaan Zakat
dan Pembangunan Ekonomi Islam (NCOZ 2015).
Haryati Shafii, Nurasyikin Miskam (2011) Pembentukan penunjuk dan indeks kualiti
hidup bagi mengukur kesejahteraan hidup masyarakat di Pekan Parit Raja,
Johor. Kertas kerja Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar kali ke
3. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia.
(2012). Kemiskinan Bandar. Kuala Lumpur: Kementerian Perumahan Kerajaan
Tempatan
Jabatan Perdana Menteri. (1999). Kualiti Hidup Malaysia (1999). Kuala Lumpur:
Jabatan Perdana Menteri.
Jasni @ Abu Suffyan (2014) Analisis ARDL Penentu Hutang Isi Rumah di Malaysia.
(Tesis Master). Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia. Tidak diterbitkan.
Katiman Rostam, Er Ah Choy, Zaini Sakawi, Abdul Rahim Mohd Nor dan Aishah @
Esah Hj Muhammad. (2010). Pembandaran di Pinggir Wilayah Metropolitan
Lanjutan: Beberapa Impliaksi terhadap Corak dan Kualiti Kejiranan. Akademika
81 (3) 2011; 19-29
Maslow, A. H. (1954). Motivation and personality. New York: Harper & Row,
Publishers.
Maslow, A. (1962). Toward a Psychology of Being. New York: Van Nostrand
Malaysia. 1986. Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990. KualaLumpur: Jabatan
Percetakan Negara
McLead DM. (2008). Quality of life indicators. In: Lavrakas PJ (ed). Ecyclopedia of
survey research methods, 2, 651-652. Sage Publication Inc., Thousand Oaks,
CA.
Mohd.Shamsuddin, (1995). Asas Analisis Demografi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Kemudahan Asas Peralatan Rumah dalam Kalangan Isirumah
Fakir dan Miskin: Kajian di Selangor /123

Norizan Hj. Mohd Noor. (2000). Petunjuk Bandar sebagai Alat Penerapan Konsep
dalam Pengutusan dan pembangunan Bandar di Malaysia.Environment
Management Issues and Challenges In Malaysia. 25-26 July. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Nurizan Yahaya (1998) Kualiti perubahan dan kualiti hidup. Analisis 5 (1 & 2), 133 –
149.
Norzita Jamil & Siti Hadijah Che Mat. (2014). Realiti kemiskinan : satu Kajian Teorika.
Jurnal Ekonomi Malaysia. Universiti Utara Malaysia (UUM)
Nor Aini Haji Idris & Chamhuri Siwar (disunting) (2003). Kemiskinan Bandar dan
Sektor Tidak Formal di Malaysia.Penerbit UKM: Bangi.
Ravallion, M., & Bidani, B. 1994. How robust is a poverty profile?.The World Bank
Economic Review, 8(1), 75-102.
BAHAGIAN DUA

Persepsi Pembayar dan Penerima Zakat


Persepsi dan Tahap Pengetahuan Peserta dan Agen Takaful Terhadap
Pelaksanaan Zakat Takaful:Kajian di Shah Alam, Selangor /125

Bab 7

Persepsi dan Tahap Pengetahuan Peserta dan Agen Takaful


Terhadap Pelaksanaan Zakat Takaful:Kajian di Shah Alam,
Selangor
Nur Amirah Jaafar
Hairunnizam Wahid
Mohd Ali Mohd Noor

Pengenalan

Pada era globalisasi kini, pelbagai produk Islamik telah dibangunkan bagi
memenuhi perubahan keperluan manusia kini. Salah satu produk yang tidak
asing lagi dikalangan masyarakat kini adalah produk insurans yang pada
mulanya hanya terdiri daripada produk konvensional. Namun selaras dengan
pembangunan aspek Islamik dan keperluan Muslim yang mahukan produk
patuh shariah yakni alternatif kepada produk konvensional dan juga pelengkap
kepada pengurusan perbankan Islam, suatu produk insurans yang berkonsepkan
Tabarruq telah diperkenalkan iaitu produk Insurans Takaful. Akta Takaful
1984 merupakan akta pertama yang dirangka sebagai garis panduan bagi
menjalankan perniagaan Takaful dan lain-lain tujuan berkaitan Takaful
(Ahmad et. al, 2012). Persediaan menghadapi risiko perkara-perkara yang tidak
diingini seperti kematian dan hilang upaya kekal adalah antara faktor utama
mengapa industri insurans dan takaful dibangunkan.
Menurut Ahmad (1996) dalam kajian (Mohamed et. al, 2001),
mengatakan bahawa sebagai sebuah negara yang membangun, keperluan
peningkatan tabungan adalah salah satu pra-syarat untuk mempertingkat
pertumbuhan ekonomi yang lebih dinamik. Ahmad (2009), dalam kajiannya
mengatakan keperluan menyimpan dan mengumpul harta ini adalah wajar
sebagai persediaan bagi menghadapi kecemasan atau hari-hari malang. Beliau
mengambil contoh kisah Nabi Yusuf AS semasa baginda menjadi Menteri
kewangan Mesir seperti yang disebut dalam surah Yusuf, ayat 47 hingga 49
yang bermaksud;

Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-


sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu
126/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit


dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan” (47)
“Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau
yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu
sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan
(untuk dijadikan benih)” (48)

"Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya


orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat
memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)" (49)

Ayat tersebut memperlihatkan bahawa ketika zaman Nabi Yusuf AS lagi


keperluan menyimpan dalam membuat persiapan menghadapi kecemasan, hari
malang, bencana atau perkara yang tidak diingini telah dilaksanakan. Sehingga
kini amalan menyimpan masih dititikberatkan dan pelbagai bentuk
penyimpanan telah dibentuk bagi memenuhi keperluan masyarakat kini.
Antaranya adalah konsep yang disebut sebagai Takaful atau Insuran.
Sebilangan besar masyarakat kini rata-ratanya mempunyai perlindungan
takaful yakni sama ada mereka mengambilnya bersama syarikat mereka
bekerja atau perlindungan yang diambil atas inisiatif sendiri bagi memenuhi
keperluan persiapan menghadapi perkara yang tak diingini. Meskipun bilangan
pengguna Takaful bertambah dari tahun ke tahun, namun masih ramai
pengguna Takaful yang tidak mengetahui akan kewajipan zakat ke atas produk
Takaful yang mana ia membawa kepada pertanyaan mengapakah produk
Takaful dikira sebagai bentuk harta yang diwajibkan zakat ke atasnya. Oleh itu,
kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tingkat pengetahuan peserta dan agen
Takaful beragama Islam akan pelaksanaan Zakat Takaful yang diperkenalkan
oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS). Selain itu, kajian ini juga ingin melihat
penerimaan peserta dan persepsi serta kesediaan agen takaful dalam
memainkan peranan untuk menyebarkan maklumat tentang Zakat Takaful pada
pelanggan mereka

Kajian Lepas
1. Kewajipan Zakat

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah,


supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa)
dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan
doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu
menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha
Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” –
Surah At-Taubah (ayat 103)
Persepsi dan Tahap Pengetahuan Peserta dan Agen Takaful Terhadap
Pelaksanaan Zakat Takaful:Kajian di Shah Alam, Selangor/127

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah


zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”-
Surah An-Nur (ayat 56)

Dalam kajian Hairunnizam, Mohd Ali dan Sanep (2005), ia mengatakan


bahawa di awal pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin, kewajipan menunaikan
zakat telah dilaksanakan dengan tegas. Ini dilihat melalui kisah selepas
kewafatan nabi Muhammad SAW, iaitu pada zaman sahabat nabi, Khalifah
Abu Bakar al-Siddiq RA yang memerangi golongan yang enggan membayar
zakat sekaligus menunjukkan bahawa kewajipan zakat adalah bukan suatu
perkara yang boleh diambil ringan. Ia merupakan kewajipan yang telah
diwajibkan ke atas orang Islam dan mereka yang mengingkari atau meragui
kefarduannya, maka ianya terkeluar dari agama Islam. Memetik pengertian
zakat daripada Mila (2008), pengertian zakat daripada segi bahasa membawa
maksud suci, berkah (berkat), tumbuh, serta terpuji, dan kesemua pengertian
ini digunakan dalam menterjemahkan hadis dan Al-Quran. Daripada segi
istilah pula, zakat diertikan sebagai nama bagi sejumlah harta tertentu yang
telah memenuhi syarat-syarat tertentu yang telah diwajibkan oleh Allah SWT
untuk diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya. Daripada segi
bahasa dan istilah ia membawa maksud bahawa harta akan menjadi bersih,
suci, baik, berkat, tumbuh dan berkembang setelah dikeluarkan zakat ke atas
harta tersebut. Dalam erti kata lain, zakat dapat menyucikan harta orang yang
mengeluarkannya dan perbuatan ini mendapat pahala. Daripada segi ekonomi
pula, zakat adalah tindakan memindahkan kekayaan dari golongan yang kaya
kepada golongan yang miskin (Mila, 2008). Pungutan wang zakat bertujuan
untuk diagihkan kepada lapan golongan asnaf seperti yang telah dinyatakan di
dalam al-Quran iaitu fakir, miskin, amil, muallaf, riqab, gharimin, fisabilillah
dan ibnu al-sabil. Sistem zakat dinaungi di bawah enakmen negeri masing-
masing iaitu di bawah pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri
(Hairunnizam, Mohd Ali & Sanep, 2005).

2. Kewajipan Zakat Terhadap Produk Takaful


Rusni & Safinar (2017), mengatakan bahawa perniagaan takaful dimaksudkan
sebagai perniagaan yang berkait dengan pengurusan, pentadbiran dan operasi
kumpulan wang takaful bagi perserta takaful yang mungkin melibatkan elemen
simpanan dan pelaburan. Mohd dan Radiah (2012) pula, menyenaraikan
konsep Mudharabah iaitu suatu bentuk perkongsian untung dalam perniagaan
(pelaburan) sebagai salah satu prinsip Takaful. Ini menunjukkan bahawa di
dalam produk Takaful, terdapat elemen simpanan dan pelaburan yang
dijalankan dan bilamana ia merangkumi simpanan atau pelaburan, ia tertakhluk
kepada kewajipan dalam mengeluarkan zakat harta. Seperti yang dinyatakan
oleh Hairunnizam, Mohd Ali dan Sanep (2005), mengatakan bahawa zakat
harta dikenakan ke atas harta-harta yang berkembang seperti emas dan perak,
tanaman, galian dan juga wang termasuklah simpanan, pendapatan gaji, saham
dan sebagainya setelah cukup syaratnya. Kewajipan zakat simpanan dapat
128/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

dilihat melalui kajian Fuadi (2016) yang mengatakan bahawa zakat simpanan
adalah zakat ke atas wang atau harta kekayaan yang disimpan kerana tidak
digunakan. Zakat atas tabungan atau simpanan ini wajib dikeluarkan sebanyak
2.5 peratus setiap tahun apabila nilai simpanan tersebut bersamaan dengan
harga atau nilai 94 gram emas. Turut ditulis dalam kajian Farah, Rashidah dan
Normah (2012), mengatakan bahawa umat Islam diwajibkan untuk membayar
zakat kerana ia adalah salah satu daripada rukun Islam. Ia haruslah dikeluarkan
ke atas simpanan, pendapatan dan aset perniagaan, serta emas dan perak
dengan kadar zakat sebanyak 2.5 peratus.. Terkini, LZS di dalam portal
rasminya telah menyatakan bahawa produk takaful diklasifikasikan sebagai
salah satu bentuk simpanan atau pelaburan yang mempunyai unsur harta
zakawi dan tertakluk kepada kewajiban zakat jika ia telah memenuhi syarat-
syaratnya1. Memetik artikel dari Utusan Online bertarikh 17 Mei 2013
bertajuk “Zakat Insurans dan Takaful Anak” dalam slot bicara agama yang
ditulis oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, beliau mengatakan bahawa;

‘takaful adalah wang yang berbentuk simpanan kerana


seseorang penyimpan itu masih mempunyai hak milik sempurna
ke atas wang berkenaan2’

Dalam menjawab persoalan pengguna takaful tentang kewajipan membayar


zakat produk takaful, beliau menjelaskan bahawa dalam tempoh masa
perjanjian Takaful dijalankan atau dalam erti kata lain kontrak Takaful
berjalan, pencarum dibenarkan memohon pengeluaran tunai daripada pihak
Takaful yang dicarum tanpa perlu membatalkan polisi. Di dalam hal ini, beliau
menjelaskan bahawa status wang di dalam takaful adalah dianggap sebagai
wang simpanan dan ini bermaksud ia tertakluk kepada zakat simpanan jika
sudah memenuhi syarat-syaratnya seperti mana pencarum mengira zakat
simpanan yang lain. Ini termasuklah jika simpanan itu adalah bagi anak-anak
yang di bawah 18 tahun. Mereka masih dianggap sebagai di bawah tanggungan
ibu bapa atau penjaga dan ibu bapa atau penjaga adalah pihak yang
bertanggungjawab untuk mengeluarkan zakat. Ini juga apa yang dilaksanakan
oleh Syarikat Takaful di mana bagi anak-anak yang dibawah 18 tahun, ibu
bapa atau penjaga mempunyai hak ke atas wang simpanan tersebut. Berbalik
kepada bagaimana pengiraan bagi zakat simpanan takaful tadi, pencarum
dikehendaki mencampurkan jumlah simpanan anak-anak mereka di dalam
takaful yang telah menjadi milik sempurna (yakni mereka boleh mengeluarkan
wang tunai tersebut tanpa perlu membatalkan polisi) dengan simpanan-
simpanan lain anak-anak sama ada di insititusi kewangan atau di mana-mana
sahaja. Jika jumlah campuran adalah bersamaan atau melebihi paras nisab pada
tahun itu, maka harta tersebut tertakluk kepada zakat dengan kadar 2.5 peratus.

1
Lembaga Zakat Selangor, ‘zakat takaful,’ http://www.zakatselangor.com.my/jenis-jenis-
zakat/zakat-harta/zakat-takaful/, dicapai pada 7 November 2017
2
Bicara Agama, ‘zakat insurans dan takaful anak’
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130517/ba_05/Zakat-insurans-dan-takaful-
anak#ixzz529wb6QjD, dicapai pada17 Disember 2017.
Persepsi dan Tahap Pengetahuan Peserta dan Agen Takaful Terhadap
Pelaksanaan Zakat Takaful:Kajian di Shah Alam, Selangor/129

Jawapan yang sama turut dimuat naik di dalam Harakahdaily dengan ulasan
yang lebih panjang oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Eksekutif Komunikasi
Korporat, LZS-MAIS pada 3 Jun 2013 bagi soalan yang sama.
Merujuk kepada Harakahdaily3, bagi kes menerima wang pampasan
daripada pihak Takaful akibat kemalangan atau bencana, wang pampasan
tersebut dikira sebagai wang pendapatan sepenuhnya. Menurut artikel yang
sama, wang berkenaan perlu terlebih dahulu dikeluarkan zakat ke atasnya
dengan kadar yang sama iaitu 2.5 peratus semasa diterima. Sebagai contoh,
jika pampasan yang diterima bernilai RM150,000 zakat ke atasnya adalah 2.5
peratus yakni bersamaan (2.5% X RM150,000 = RM3,750). Meskipun pewaris
yang menerima pampasan berkenaan belum mencapai usia baligh, menurut
fuqaha termasuklah dari pandangan Imam Syafie, adalah tidak menjadi
penghalang bagi mereka untuk dikenakan zakat. Sebab atau illah dikenakan
zakat adalah kerana kekayaan yang dimiliki bukan ke atas individu semata.
Oleh itu, di bawah syarat wajib zakat, ia tidak mengambil kira sama ada
pemilik harta adalah mereka yang baligh, berakal atau tidak. Jika kekayaannya
adalah bersifat milik sempurna dan mereka mempunyai hak at-tasaruf yakni
hak menggunakan harta tanpa batasan, maka wajib zakat ke atasnya.
Disebabkan itu juga, bagi orang tua atau tidak waras, waris mereka wajib
mengeluarkan zakat ke atas harta-harta yang dimiliki oleh mereka. Begitu juga
jika statusnya sebagai pelajar yang mana mereka masih di bawah pembiayaan
ibu bapa, ini bermakna mereka tidak bergantung 100 peratus kepada wang
takaful yang diperoleh. Oleh itu, harta seorang pelajar yang sudah mencapai
syarat wajib zakat, diwajibkan zakat ke atas harta mereka. Ini bermakna, ibu
bapa atau penjaga anak-anak tersebut perlu menunaikan zakat simpanan ke atas
simpanan takaful anak-anak mereka jika belum ditunaikan.
Ternyata, kewajipan membayar zakat pada produk takaful telah
diperkenalkan dan dibincangkan sejak tahun 2013 lagi. Namun, rata-rata
pengguna takaful masih lagi tidak jelas dan tidak mengetahui akan kewajipan
ini. Menerusi laman web Lembaga Zakat Selangor, dinyatakan bahawa pada 4
November 2015, mesyuarat Jawatankuasa Syariah Lembaga Zakat Selangor
telah meluluskan Pengemaskinian Fatwa Pengurusan Kutipan Zakat. Terdapat
pindaan, perincian dan penambahan dalam perkara-perkara seperti Pelaksanaan
Kaedah Gabungan Nisab Emas (Harta/Pendapatan Berdasarkan Emas) dan
Taksiran Simpanan Polisi Takaful atau Insuran. Dengan perubahan fatwa
tersebut, terdapat perubahan dalam kaedah pengiraan zakat harta di Lembaga
Zakat Selangor antaranya kiraan zakat yakni semua jenis harta yang
mempunyai ‘illah yang sama dengan emas akan dicampurkan keseluruhannya
untuk tujuan kiraan zakat. Contohnya kiraan jumlah simpanan di Tabung Haji,
wang simpanan di semua bank dan jongkong emas akan digabungkan bagi
tujuan kiraan zakat. Terdapat dua (2) pembahagian untuk harta atau pendapatan

3
Ustaz Hamizul Abdul Hamid, ‘perlukah zakatkan wang insurans anak?’
http://arkib.harakahdaily.net/arkibharakah/index.php/arkib/berita/lama/2013/6/49731/perlukah-
zakatkan-wang-insurans-anak.html dicapai pada 17 Disember 2017.
130/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

iaitu tanpa syarat haul dan dengan syarat haul. Kedua-duanya akan
digabungkan nisab bagi tujuan kiraaan zakat. Format kiraan bagi zakat
pendapatan, simpanan, emas dan sebagainya akan menggabungkan nisab bagi
pengiraan zakat yang lebih tepat dari sudut syariah. Perubahan fatwa ini
berkuatkuasa di seluruh Negeri Selangor bermula 15 April 2016. Terbaharu,
LZS telah mengeluarkan ringkasan Perubahan Fatwa Kutipan Zakat Terkini
2017 (rujuk Lampiran) yang mana telah mula dilaksanakan pada 22 September
2017 yang lalu. Kadar nisab paling terbaru yang dinyatakan dalam laman web
LZS adalah sebanyak RM14,857. Berikut akan diterangkan secara ringkas akan
cara pengiraan atau kadar taksiran bagi kategori-kategori zakat di bawah Zakat
Takaful.

3. Kaedah Taksiran Zakat Takaful


Di bawah Zakat Takaful terdapat beberapa kategori dan kaedah taksirannya
sendiri. Kategori yang pertama adalah kategori zakat wang simpanan/pelaburan
Takaful. Bagi kategori ini, pemegang atau pencarum takaful keluarga
hendaklah membayar zakat pada setiap tahun ke atas nilai simpanan/pelaburan
yang boleh dikeluarkan (cash value) sahaja dan bukan jumlah wang yang akan
diperolehi jika membatalkan polisi (surrender value). Ini adalah kerana, hukum
zakat bagi simpanan/pelaburan dalam polisi takaful adalah sama seperti hukum
zakat bagi simpanan wang di institusi kewangan. Dalam Takaful, nilai tunai
(cash value) boleh dikeluarkan tanpa perlu menunggu tempoh tamat kontrak
atau membatalkan polisi dengan pihak takaful. Bagi kategori zakat ke atas
polisi Takaful yang matang pula, selepas sijil takaful sudah matang, maka
adalah wajib zakat simpanan ke atas pemegang polisi yang mendapat pulangan
tunai secara penuh atau keseluruhannya iaitu mendapat pulangan wang tunai
daripada Dana Risiko Peserta serta keuntungan pelaburan yang diperoleh dari
Dana Pelaburan Peserta. Kaedah taksiran bagi kedua-dua kategori iaitu zakat
ke atas simpanan atau pelaburan yang boleh dikeluarkan dan zakat ke atas
polisi Takaful yang matang adalah seperti yang dijelaskan di Jadual 1.

Jadual 1: Kaedah taksiran zakat takaful


Pengiraan zakat ke atas simpanan/pelaburan yang boleh dikeluarkan:
[ Jumlah simpanan /pelaburan – nilai simpanan /pelaburan minimum perlu perlu ada
dalam polisi ] = Cash value polisi takaful
Formula Asas:
Zakat = Cash value polisi takaful x 2.5%
Kaedah Taksiran Zakat Gabungan Nisab Emas :
Zakat = [Cash value polisi takaful + wang / simpanan di institusi kewangan +
wang diluar institusi kewangan] x 2.5%

Pengiraan zakat ke atas polisi Takaful yang matang:


Zakat = Maturity value (nilai matang) polisi takaful x 2.5%
Kaedah Taksiran Zakat Gabungan Nisab Emas;
Zakat = [Maturity value (nilai matang) polisi takaful + wang / simpanan di
institusi kewangan + wang diluar institusi kewangan] x 2.5%
Sumber: Laman web Lembaga Zakat Selangor http://www.zakatselangor.com.my/taksirzakat/
Persepsi dan Tahap Pengetahuan Peserta dan Agen Takaful Terhadap
Pelaksanaan Zakat Takaful:Kajian di Shah Alam, Selangor/131

Seterusnya adalah bagi kategori zakat ke atas pampasan takaful. Diwajibkan


Zakat Pendapatan ke atas waris si mati. Ianya adalah selepas ditolak untuk
penyelesaian hutang si mati (hutang zakat/hutang sesama manusia dan lain –
lain) dan upah haji sekiranya si mati belum mengerjakan fardhu haji. Selain itu,
Wang Pulangan Tunai Dana Tabarruk juga perlu dizakatkan. Wajib zakat
pendapatan ke atas pemegang polisi takaful sekiranya mereka memperolehi
wang pulangan tunai daripada Dana Tabarruk; contohnya pulangan tunai setiap
tahun jika tiada sebarang tuntutan tahunan (contohnya NCD yang diperolehi
kerana tiada tuntutan tahunan). Bagi Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
pula, wajib zakat pendapatan ke atas pemegang polisi yang menerima manfaat
keilatan kekal dan menyeluruh akibat kemalangan atau sebab penyakit tertentu.
Akhir sekali zakat atas Pampasan Polisi Insurans Konvensional. Pampasan
polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris tidak perlu
dizakatkan kerana ia dikira sebagai harta yang tidak patuh syariah. Hanya
bayaran pokok pembeli polisi insurans konvensional (semasa hayat
pembeli/pemegang polisi) sahaja yang dikenakan zakat. Namun sekiranya ahli
waris pembeli polisi tersebut merupakan golongan fakir miskin, mereka boleh
mengambil sebahagian wang pampasan polisi insurans tersebut dengan jumlah
sekadar keperluan sebagai fakir miskin yang ingin mencukupkan keperluan,
dan jika jumlah yang diambil melebihi nisab zakat, maka wajib zakat
pendapatan ke atas ahli waris. Jika pampasan polisi Insurans konvensional
tersebut diterima daripada caruman yang dibuat oleh majikan maka ahli waris
boleh menggunakan wang tersebut keseluruhannya dan diwajibkan zakat
pendapatan ke atasnya. Perkara ini telah dibincangkan di dalam Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 hingga 22 April 2011 telah
membincangkan Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas
Kematian Pembeli Polisi.
Berdasarkan penjelasan tersebut, jelaslah bahawa simpanan atau
pelaburan serta manfaat yang diterima melalui Takaful seperti pampasan dan
sebagainya perlulah dizakatkan jika ia sudah memenuhi syarat-syaratnya
kerana ia merupakan sebahagian daripada harta individu itu sendiri. Namun,
dianggarkan masih ramai yang tidak tahu secara jelas akan kewajipan ini yang
mana ia mungkin disebabkan faktor-faktor dalaman ataupun luaran seperti
penyebaran maklumat yang kurang efektif, kekurangan ilmu akan hukum atau
fatwa baru yang dikeluarkan dan sebagainya. Keadaan ini secara tidak
langsung mampu menyumbang kepada kekurangan kutipan zakat harta yang
diperoleh badan pelaksana. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi melihat sejauh
mana pengetahuan para pengguna Takaful akan kewajipan zakat terhadap
produk takaful ini dan sejauh mana penerimaan mereka akan pelaksanaan
Zakat Takaful ini. Turut menjadi persoalan kajian adalah pengetahuan dan
kerelaan agen Takaful dalam memain peranan menyebarkan maklumat Zakat
Takaful kepada pelanggannya.
132/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Metodologi Kajian

Kaedah pensampelan: Terdapat dua kaedah digunapakai bagi menjalankan


kajian ini. Bagi mendapatkan data, pengedaran soal selidik dan temubual telah
dijalankan. Persampelan secara rawak berkelomopok dilakukan dengan
mengedarkan soal selidik kepada 200 orang individu yang terdiri daripada
pelbagai peringkat umur yang merupakan pengguna Takaful yang menetap
atau bekerja di sekitar pusat Shah Alam (Shah Alam Tengah). Umumnya Shah
Alam dibahagikan kepada utara, tengah, selatan dan sebahagian Sungai Buloh.
Shah Alam Tengah adalah bahagian 'utama' di Shah Alam di mana ia
merangkumi Seksyen 1 sehingga Seksyen 24 yang dilihat dalam peta sebagai
warna kuning. Dalam kawasan inilah di mana semua bangunan pentadbiran
dan agensi terletak terutamanya di Seksyen 14 (Pusat Bandar Shah Alam) dan
Seksyen 5 (Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri). Turut sama berada di bahagian
utama ini adalah Ibu pejabat Lembaga Zakat Selangor (seksyen 13) bangunan
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (seksyen 5), dan Majlis Bandaraya Shah
Alam (seksyen 14). Mengikut angka yang diambil dari laman web rasmi Majlis
Bandaraya Shah Alam, populasi penduduk Shah Alam terkini yang dicatatkan
adalah seramai 650,000 orang. Faktor-faktor ekonomi seperti lokasi dan
bilangan penduduk secara tidak langsung memberi gambaran kasar akan
potensi pengguna Takaful yang menetap atau bekerja di bandaraya Shah Alam
sebagai pembayar zakat di Selangor. Ini merupakan sebab utama kajian ini
memilih kelompok responden ini sebagai responden kajian. Daripada 200 soal
selidik yang dikeluarkan, 150 maklumbalas sahaja yang diterima dan hanya
maklumbalas dari 120 orang responden sahaja yang digunapakai bagi analisis
kajian ini kerana selebihnya tidak menjawab soalan dengan lengkap.
Soalan soal selidik kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
Bahagian A: Latar Belakang Responden, Bahagian B: Penilaian Responden
Terhadap Pengetahuan Zakat Takaful dan Bahagian C: Penilaian Responden
terhadap Penerimaan Zakat Takaful. Kaedah kedua yang dijalankan adalah
temubual. Seramai 5 orang agen dari berlainan Syarikat Takaful dan tempoh
pengalaman di industri Takaful telah ditemubual sekitar awal Disember 2017
bagi mendapatkan hasil kajian ini. Terdahulu, temubual bersama Eksekutif
Dakwah Lembaga Zakat Selangor iaitu Puan Syaharina Abdullah telah
dijalankan pada 9 November 2017 bertujuan mendapatkan maklumat dan
penjelasan yang lebih jelas akan pelaksanaan Zakat Takaful oleh pihak
pelaksana.

Kaedah Analisis Data: Kajian ini menggunakan analisis secara diskriptif yakni
menggunakan nilai min bagi setiap soalan dan konstruk. Kesemua konstruk
adalah berbentuk skala likert bernilai 1 iaitu sangat tidak setuju hingga 5 iaitu
sangat setuju. Menerusi analisis ini, Jadual 2 menunjukkan pembahagian tahap
dan markah bagi pengetahuan dan penerimaan pelaksanaan Zakat Takaful
manakala Jadual 4 menunjukkan tingkat pengetahuan dan penerimaan
pengguna Takaful akan pelaksanaan Zakat Takaful. Pembahagian tahap dan
markah ini diperoleh menerusi kaedah statistik pengedaran frekuensi
Persepsi dan Tahap Pengetahuan Peserta dan Agen Takaful Terhadap
Pelaksanaan Zakat Takaful:Kajian di Shah Alam, Selangor/133

berkumpulan (grouped frequency distribution) bagi mengira markah yang


diperoleh responden soal selidik. Pengedaran frekuensi berkumpulan adalah
salah satu bentuk data yang diringkaskan. Ia mewakili data yang dikumpulkan
ke dalam kelas yang berlainan. Kekerapan bagi setiap kelas mewakili bilangan
kes atau pemerhatian untuk kelas tertentu.Terdapat 10 soalan soal selidik yang
berkait dengan pengetahuan pengguna (Bahagian B) dan 4 soalan berkaitan
dengan penerimaan pengguna akan zakat Takaful (Bahagian C). Skor terendah
bagi setiap soalan adalah 1 dan skor tertinggi adalah 5. Analisis skor
berasaskan markah minimum satu item ialah 1 dan markah maksimum ialah 5
(Mohamad, 1999). Tingkat pemarkahan dibahagi kepada tiga iaitu rendah,
sederhana dan tinggi. Bagi tiap-tiap tahap, kajian ini mengasingkan setiap
pemarkahan mengikut selang kelas (class interval) yang diperoleh menerusi
kaedah pengedaran frekuensi berkumpulan dan dijelaskan seperti berikut:

Pengiraan bagi jumlah skor/markah terendah (Lowest value, LV):


S=Nx1 (1)
Pengiraan bagi jumlah skor/markah tertinggi (Highest value, HV):
S=Nx5 (2)
Dimana:
S = Jumlah Skor/markah
N = Jumlah soalan
1 = Skor terendah
5 = Skor tertinggi

Manakala pengiraan selang kelas (Class Interval) adalah seperti berikut:


CI = Highest value (HV) – Lowest value (LV) (3)
k
dimana;
k = 3 (jumlah tahap/kelas iaitu rendah, sederhana dan tinggi)

Jadual 2: Pembahagian Tahap dan Markah bagi Pengetahuan dan Penerimaan


Zakat Takaful
Bil Tahap Markah Tahap Markah
Pengetahuan Keseluruhan Penerimaan Keseluruhan
1 Rendah 10-22 Rendah 4-8
2 Sederhana 23-35 Sederhana 9 - 13
3 Tinggi 36 ke atas Tinggi 14 ke atas

Hasil pembahagian tahap dan markah bagi pengetahuan dan penerimaan Zakat
Takaful menerusi kaedah pengedaran frekuensi berkumpulan dapat dilihat di
dalam Jadual 2. Interpretasi min yang digunapakai oleh kajian ini (Jadual 9 dan
Jadual 10) pula diadaptasi daripada kajian Bahril & Wahid (2010) yang
menunjukkan Skala Tahap Persetujuan yakni < 2.4 adalah ‘Rendah’; 2.41
134/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

hingga 3.80 adalah ‘Sederhana’ dan akhir sekali >3.81 adalah ‘Tinggi’ (rujuk
Jadual 8).
Hasil Kajian

Jadual 3 menunjukkan latar belakang responden seramai 120 orang. Responden


yang terlibat majoritinya adalah berjantina perempuan yakni sebanyak 55
peratus daripada jumlah responden. 82 orang daripada responden sudah
berkahwin dan selebihnya masih bujang. Rata-rata responden yang menjawab
kajian ini adalah mereka yang bertaraf pendidikan ijazah sarjana muda dan ke
atas iaitu sebanyak 70 peratus dari jumlah responden dan sebahagian besar
daripada responden adalah kakitangan awam iaitu seramai 99 daripada 120
orang responden. Ini kerana Bandaraya Shah Alam merupakan pusat
pentadbiran negeri Selangor tertumpu seperti bangunan Setiausaha Kerajaan
Negeri Selangor (SUK), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan badan-
badan kerajaan yang lain. Seramai dua orang responden bekerja sendiri, dua
orang tidak bekerja dan seorang adalah pelajar. Responden yang tidak bekerja
adalah mereka yang menganggur selepas berhenti kerja namun masih
mempunyai komitmen mencarum Takaful setiap bulan. Responden yang
berstatus pelajar pula merupakan pengguna Takaful kerana dicarum oleh
penjaganya. Dapat dilihat juga lingkungan pendapatan para responden yang
mana 55.8 peratus daripada jumlah responden merupakan golongan B40 yakni
dibawah pendapatan RM3,900 sebulan dan selebihnya mereka yang
berpendapatan sederhana dan tinggi.
Jadual 3 juga menunjukkan keputusan bahawa hampir kesemua
responden tidak pernah membayar Zakat Takaful yakni sebanyak 97.5 peratus
daripada jumlah responden. Berdasarkan Jadual 4 iaitu analisis tingkat
pengetahuan dan penerimaan pengguna Takaful akan pelaksanaan Zakat
Takaful, bagi tingkat pengetahuan rendah, markah yang diperoleh oleh
responden adalah dalam linkungan 10-22 markah. Berdasarkan skor yang
diperoleh oleh responden, 44.2 peratus daripada responden adalah pada tingkat
pengetahuan yang rendah. Bagi peringkat pengetahuan sederhana pula, markah
responden adalah dalam linkungan 23 markah hingga 35 markah. Berdasarkan
Jadual 3, dapat dilihat 51.7 peratus daripada responden berada pada tingkat
pengetahuan sederhana. Bagi pengetahuan tingkat tinggi pula adalah 36
markah ke atas iaitu hanya 4.2 peratus dari jumlah responden dicatatkan
mempunyai tingkat pengetahuan yang tinggi akan Zakat Takaful. Seterusnya
adalah soalan soal selidik yang berkait dengan penerimaan pengguna akan
pelaksanaan Zakat Takaful yang kesemuanya mempunyai 4 soalan. Bagi
tingkat penerimaan rendah, markah yang diperoleh adalah 4 markah hingga 8
markah. Tiada responden mencatatkan pada tingkat penerimaan ini. Bagi
tingkat penerimaan sederhana, markah responden adalah dalam linkungan 9
markah hingga 13 markah. Sebanyak 10 peratus daripada responden
mencatatkan tingkat penerimaan yang sederhana. Seterusnya, skor bagi tingkat
penerimaan tinggi adalah 14 markah ke atas.
Persepsi dan Tahap Pengetahuan Peserta dan Agen Takaful Terhadap
Pelaksanaan Zakat Takaful:Kajian di Shah Alam, Selangor/135

Jadual 3: Latarbelakang Responden


Item Bilangan Peratusan (%)
Jantina
Lelaki 54 45.0
Perempuan 66 55.0
Status
Bujang 38 31.7
Berkahwin 82 68.3
Taraf Pendidikan
SPM/STPM/STAM 16 13.3
Diploma 20 16.7
Ijazah Sarjana Muda dan ke atas 84 70.7
Sektor Pekerjaan
Kakitangan Awam 99 82.5
Kakitangan Swasta 16 13.3
Bekerja Sendiri 2 1.7
Tidak Bekerja 2 1.7
Pelajar 1 0.8
Pendapatan Isi Rumah
Bawah RM 3, 900 (Golongan B40) 67 55.8
RM 3, 900 ke atas 53 44.2
Pernahkah anda membayar Zakat
Takaful
Ya 3 2.5
Tidak 117 97.5
Sumber : Berdasarkan maklumat soal selidik

Jadual 4 pula menunjukkan 90 peratus daripada jumlah keseluruhan responden


mencatatkan tingkat penerimaan yang tinggi akan pelaksanaan Zakat Takaful
ini. Hasil yang dicatatkan di dalam Jadual 3 bagi pertanyaan pernah membayar
Zakat Takaful atau tidak dengan hasil yang dicatatkan di Jadual 4 adalah selari
di mana majoriti daripada responden tidak mengetahui dengan jelas akan Zakat
Takaful dan pelaksanaannya (Jadual 4) dan ini antara yang menyumbang
kepada penyebab mereka tidak pernah membayar Zakat Takaful.

Jadual 4: Analisis Tingkat Pengetahuan dan Penerimaan Pengguna Takaful


akan Pelaksanaan Zakat Takaful
Tahap Rendah Sederhana Tinggi Jumlah
Bil. responden Bil. responden Bil. responden
responden
Tingkat 53 62 5 120
Pengetahuan1 (44.2%) (51.7%) (4.2%) (100%)
Tingkat 0 12 108 120
Penerimaan2 (0%) (10.0%) (90.0%) (100%)
Nota: ( ) peratusan daripada keseluruhan responden
1
tahap rendah: julat nilai skor antara 10-22; tahap sederhana: 23-35; tinggi: 36 ke atas
2
tahap rendah: julat antara nilai skor 4-8; tahap sederhana: 9-13: tinggi: 14 ke atas
Sumber: Berdasarkan maklumat soal selidik 2017
136/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Dianggarkan dengan penjelasan yang menyeluruh kepada pengguna akan


kewajipan Zakat Takaful, kutipan zakat bakal menunjukkan peningkatan yang
positif merujuk kepada tingkat penerimaan yang baik oleh pengguna Takaful
akan pelaksanaan Zakat Takaful di negeri ini (Jadual 4).

Jadual 5: Maklumbalas Agen akan Pengetahuan tentang Zakat Takaful


Informan Maklumbalas
Informan 1 ‘…Pernah dengar cuma macam secara keseluruhannya
saya tak berapa clear lah sebenarnya. Saya tahu kalau
macam kita ada duit simpanan kan, takaful mmg ada
simpanan so the portion of simpanan tu kita kena
zakatkan. Which is kita kena tahu berapa nilaian yang ada
dalam akaun tu kita kena amik kira dengan harta-harta
kita yang lain lah. Agen tak ramai tahu. Saya tak tahu
banyak pun. Tahu sikit je. So far client tak ada tny and
bagus lah harini saya ada bg soalan pada group members
ada bincang sikit and dorg ckp oh baguslah topic ni which
is kita mmg kena explain pada client which is mgkin
client byk tak tahu kan sbb tu sebahagian dari harta dia
orang kan…’
Informan 2 ‘…Tak pernah. Apa tu eh?…’
Informan 3 ‘…Pernah. Masa saya di syarikat takaful X dulu 2006-
2007 telah diwar-warkan oleh pihak takaful X
mengatakan setiap yang mencarum mendapatkan polisi
takaful automatic telah tolak zakat 2.5 peratus.. Pihak hq
yang beritahu…’
Informan 4 ‘…Pernah tapi macam tu je. Kitaorang memang tak
belajar produk tu. Yang akak tahu, kalau kita tahu savings
kita banyak dan cukup haul cukup nisab bayar. Kalau
RM100-200 mungkin tak effect. Tapi kalau beribu kena
bayar. …’
Informan 5 ‘…Tak…’
Sumber: Maklumat temubual

Menjawab persoalan akan pengetahuan tentang Zakat Takaful,


responden temubual yang terdiri daripada agen-agen dari berlainan Syarikat
Takaful dan berbeza tempoh pengalaman di industri Takaful secara umum
memberikan jawapan yang hampir sama (Jadual 5). Sebahagian mengatakan
pernah mendengar Takaful namun kefahaman mereka tentang Zakat Takaful
tidak berapa jelas dan menyeluruh. Ada juga yang mengatakan tahu tentang
zakat Takaful namun kefahaman mereka agak tidak tepat yang mana ini
mampu mengelirukan pengguna. Sebahagian yang lain menjawab tidak pernah
dan tidak langsung mengambil tahu akan perkara ini termasuklah tidak pernah
membuka laman sesawang LZS. Ini sekaligus dapat dilihat tingkat
pengetahuan sedia ada agen-agen akan pelaksanaan Zakat Takaful adalah
hampir sama seperti pengguna-pengguna Takaful iaitu pada tahap yang rendah.
Berdasarkan temubual bersama lima orang agen Takaful ini juga, dapat dilihat
bahawa rata-rata agen relahati untuk menjelaskan Zakat Takaful kepada
Persepsi dan Tahap Pengetahuan Peserta dan Agen Takaful Terhadap
Pelaksanaan Zakat Takaful:Kajian di Shah Alam, Selangor/137

pelanggan mereka (Jadual 6). Ada yang berpendapat bahawa ini merupakan
sebahagian dari tanggungjawab mereka dalam menerangkan perkara yang
berkait dengan kerja mereka dan menerangkan apa yang tidak jelas pada
pengguna. Ada yang beranggapan penguna bukan hanya melihat kepada
produk akan tetapi servis yang diterima dari agen dan dengan penjelasan lanjut
atau maklumat tambahan kepada pengguna mampu menunjukkan imej agen
yang lebih baik. Ada juga yang berpendapat bahawa ini adalah sebahagian
daripada dakwah memandangkan Zakat merupakan perkara yang baik dalam
Islam. Dengan menjelaskan akan tanggungjawab individu mengeluarkan Zakat
bagi produk Takaful bukan hanya melibatkan tugas kerja semata akan tetapi
mengambil peluang merebut pahala menyebarkan dakwah. Namun begitu, ada
juga yang berpendapat bahawa penjelasan harus diberikan oleh pihak yang
lebih berpengetahuan dan arif akan perkara ini iaitu pihak pelaksana. Ini bagi
memudahkan pengguna untuk lebih memahami dan jelas akan pelaksanaan
Zakat Takaful melalui penjelasan pihak pelaksana sendiri.

Jadual 6: Maklumbalas Agen akan Kerelaan Menjelaskan tentang Zakat


Takaful kepada Pengguna
Informan Maklumbalas
Informan 1 ‘…Dengan relahati sebab kadang-kadang client ni dia
pilih lebih kepada service tau daripada produk atau agent.
Mungkin kalau kita cerita maklumat tambahan pada dia
orang, add on extra la for me, so saya relahati…’
Informan 2 ‘…Of course. Sebab macan saya bagi tahu tadi zakat is a
good thing in Islam. So maybe it is a part of dakwah?…’
Informan 3 ‘…Ya…’
Informan 4 ‘…Ya…’
Informan 5 ‘…Tak. Malas nak buat. Tapi kalau benda ni dah
imposed, we have to explain lah. Kalau tak biar LZS yang
explain. Lagi senang kalau public dah aware, baru lebih
senang untuk kita as agents explain...’
Sumber : Maklumat temubual

Jadual 7: Maklumbalas responden terhadap peranan agen takaful menerangkan


zakat takaful
Tidak Tidak Setuju Sangat Jumlah
Setuju Pasti Setuju Responden
Peranan agen 1 5 76 38 120
menerangkan (0.8%) (4.2%) (63.3%) (31.7%) (100%)
Zakat Takaful
Nota: ( ) peratusan daripada keseluruhan responden
Sumber : Maklumat temubual

Walau bagaimanapun, berdasarkan soal selidik bersama pengguna


Takaful, rata-rata responden ingin agen turut sama memain peranan dalam
menerangkan Zakat Takaful kepada mereka (Jadual 7). Ini berkemungkinan
138/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

kerana mereka berasa pihak Takaful sudah sedia maklum akan perkara ini dan
lebih mudah untuk bertanya kepada pihak Takaful secara terus tanpa perlu
berurusan dengan banyak pihak. Ini turut diakui oleh Eksekutif Dakwah LZS,
Puan Syaharina Abdullah, yang mengatakan pihak LZS turut menerima
panggilan dari pihak takaful bertanyakan akan soalan berkaitan zakat terhadap
produk takaful bagi menjawab persoalan pengguna/pelangan Takaful kepada
mereka. Menerusi soal selidik yang dijalankan, penyataan skor “1” sebagai
mewakili “sangat tidak setuju”, skor “2” mewakili “tidak setuju”, skor “3”
mewakili “tidak pasti”, skor “4” adalah “setuju” dan akhir sekali skor “5”
mewakili “sangat setuju”. Berdasarkan Jadual 9, dapat dilihat min terendah
yang dicatatkan adalah 2.03 yakni bagi soalan kejelasan responden akan
pengetahuan tentang Zakat Takaful. Min yang dicatatkan iaitu skor 2
menunjukkan rata-rata responden tidak setuju akan kenyataan bahawa “saya
mengetahui dengan jelas akan Zakat Takaful yang dilaksanakan oleh LZS” dan
“Saya mengetahui tentang adanya Zakat Takaful namun tidak secara jelas dan
menyeluruh”. Diikuti dengan beberapa soalan tentang pengetahuan Zakat
Takaful yang lain seperti pengetahuan tentang Zakat Takaful merangkumi
wang simpanan/pelaburan takaful, polisi takaful yang matang, pampasan
takaful, manfaat keilatan kekal dan menyeluruh, serta wang pulangan tunai
dana Tabarruq, turut mencatatkan min yang rendah iaitu 2.13. Secara purata,
pengetahuan responden akan Zakat Takaful ini adalah rendah dengan min
dicatatkan 2.32 (Jadual 9).

Jadual 8: Interpretasi skor min bagi melaporkan dapatan deskriptif statistik


Skor Min Interpretasi
1 hingga 2.40 Rendah
2.41 hingga 3.8 Sederhana
3.81 hingga 5 Tinggi
Sumber: Bahril B. Balli & Wahid Razzaly (2010)

Jadual 10 menunjukkan purata penerimaan responden terhadap


pelaksanaan Zakat Takaful. Min tertinggi adalah 4.16 yakni menunjukkan
purata kepada skor 4 hingga 5 iaitu setuju dan sangat setuju bagi penyataan
bahawa responden akan membayar Zakat Takaful kerana ia merupakan
kewajipan agama. Min terendah adalah 3.48 yakni menunjukkan purata kepada
skor 3 iaitu tidak pasti bagi penyataan responden membayar Zakat Takaful jika
ditetapkan oleh udang-undang atau pihak berkuasa sahaja. Bagi soalan
kesediaan responden untuk membayar Zakat Takaful, majoriti bersedia untuk
membayar Zakat Takaful dengan menunjukkan min yang tinggi iaitu 4.06.
Purata min bagi keseluruhan penerimaan mencatatkan 3.93 iaitu pada tahap
persetujuan yang tinggi. Secara keseluruhannya, ia menunjukkan penerimaan
yang baik daripada responden kajian.
Persepsi dan Tahap Pengetahuan Peserta dan Agen Takaful Terhadap
Pelaksanaan Zakat Takaful:Kajian di Shah Alam, Selangor /139

Jadual 9: Tahap Pengetahuan Pengguna terhadap Zakat Takaful


No Item Soalan Sangat Tidak Tidak Tidak Pasti Setuju Sangat Skor Min Tahap1
Setuju Setuju Setuju

1 Pernah mendengar Zakat Takaful 16 75 17 11 1 2.22 Rendah


(13.3) (62.5) (14.2) (9.2) (0.8)
2 Mengetahui Zakat Takaful dengan 20 79 18 3 0 2.03 Rendah
jelas (16.7) (65.8) (15) (2.5) (0.0)
3 Mengetahui tentang Zakat Takaful 19 76 11 11 3 2.19 Rendah
tapi tidak menyeluruh. (15.8) (63.3) (9.2) (9.2) (2.5)
4 Mengetahui jenis-jenis Zakat 19 76 15 10 0 2.13 Rendah
Takaful (15.8) (63.3) (12.5) (8.3) (0.0)
5 Mengetahui zakat takaful 14 37 63 6 0 2.51 Sederhana
sebahagian dari zakat harta (11.7) (30.8) (52.5) (5.0) (0.0)
6 Mengetahui nilai tunai 16 38 61 5 0 2.46 Sederhana
simpanan/pelaburan yang boleh (13.3) (31.7) (50.8) (4.2) (0.0)
dikeluarkan tanpa membatalkan
polisi takaful termasuk dalam
pengiraan wang simpanan yang
perlu dizakatkan
7 Mengetahui pampasan dan 14 37 61 8 0 2.53 Sederhana
manfaat/elaun yang diterima dari (11.7) (30.8) (50.8) (6.7) (0.0)
pihak takaful termasuk dalam
pengiraan pendapatan yang perlu
dizakatkan
8 Mengambil tahu jumlah nilai tunai 11 54 27 26 2 2.62 Sederhana
dalam akaun simpanan/pelaburan (9.2) (45.0) (22.5) (21.7) (1.7)
Takaful
9 Mengambil kira nilai tunai yang 16 73 19 12 0 2.23 Rendah
140/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

boleh dikeluarkan dalam akaun (13.3) (60.8) (15.8) (10.0) (0.0)


simpanan/ pelaburan takaful semasa
ingin membayar zakat harta
10 Mengambil kira (jika menerima) 15 75 17 11 2 2.25 Rendah
pampasan atau manfaat/elaun dari (12.5) (62.5) (14.2) (9.2) (1.7)
pihak takaful semasa ingin
membayar zakat harta
Purata Min 2.32 Rendah
Nota: ( ) peratusan daripada keseluruhan responden
1
Skala Tahap Persetujuan; < 2.4; Rendah; 2.41-3.80; Sederhana; >3.81 Tinggi
Sumber: Berdasarkan maklumat soal selidik 2017

Jadual 10: Tahap Penerimaan Pengguna terhadap Pelaksanaan Zakat Takaful


No Item Soalan Sangat Tidak Tidak Pasti Setuju Sangat Skor Min Tahap1
Tidak Setuju Bil. Bil. Setuju
Setuju
1 Bersetuju dengan pelaksanaan 0 0 16 84 20 4.03 Tinggi
Zakat Takaful (0.0) (0.0) (13.3) (70.0) (16.7)
2 Bersedia membayar Zakat 0 2 12 83 23 4.06 Tinggi
Takaful (0.0) (1.7) (10.0) (69.2) (19.2)
3 Bayar Zakat Takaful kerana ia 0 1 7 84 28 4.16 Tinggi
merupakan kewajipan agama (0.0) (0.8) (5.8) (70.0) (23.3)
4 Bayar Zakat Takaful jika 10 16 13 69 12 3.48 Sederhana
ditetapkan oleh undang-undang (8.3) (13.3) (10.8) (57.5) (10.0)
atau pihak berkuasa sahaja
Purata Min 3.93 Tinggi
Nota: ( ) peratusan daripada keseluruhan responden
1
Skala Tahap Persetujuan; < 2.4; Rendah; 2.41-3.80; Sederhana; >3.81 Tinggi
Sumber: Berdasarkan maklumat soal selidik 2017
Persepsi dan Tahap Pengetahuan Peserta dan Agen Takaful Terhadap
Pelaksanaan Zakat Takaful:Kajian di Shah Alam, Selangor /141

Perbincangan dan Implikasi Dasar

Berdasarkan hasil analisis Jadual 4, dapat dilihat bahawa rata-rata pengguna


masih tidak mempunyai pengetahuan yang jelas akan Zakat Takaful mahupun
pelaksanaannya. Ini kerana hanya 4.2 peratus daripada jumlah responden
menunjukkan tingkat pengetahuan yang tinggi. Selebihnya adalah pada tingkat
rendah dan sederhana. Bagi tingkat penerimaan pelaksanaan Zakat Takaful
pula, dapat dilihat menerusi jadual yang sama bahawa rata-rata pengguna
menerima pelaksanaan Zakat Takaful ini yakni sebanyak 90 peratus dari
jumlah responden. Gelagat ini dilihat mampu membentuk suatu hasil yang
positif. Ini berdasarkan kajian-kajian lepas dalam pelbagai bidang yang
menunjukkan dan mengesahkan kepentingan dan peranan sikap terhadap niat
gelagat seperti kajian Ajzen dan Driver (1992), Taylor dan Todd (1995),
Hanno dan Viollette (1996), Bobek dan Hartfield (2003) serta Tan dan Teo
(2000). Hubungan yang signifikan antara sikap dan kepatuhan zakat gaji pula
dapat dilihat dalam kajian Kamil & Ahmad Madzhan (2001), Zainol (2008)
dan Zainol & Kamil (2008). Tan dan Teo (2000) mengatakan bahawa jika
sikap individu dalam penerimaan sesuatu teknologi adalah positif, maka
individu berkenaan akan membentuk niat bagi melaksanakan perlakuan
tersebut. Peranan sikap yang membawa kepada pembentukan niat untuk
melaksanakan sesuatu perkara dapat dilihat di dalam kajian ini menerusi
penerimaan positif pengguna Takaful akan pelaksanaan Zakat Takaful yang
seterusnya membawa kepada kesediaan mereka untuk membayarnya.
Ajzen (2005) mengatakan norma subjektif adalah merujuk kepada
persepsi individu terhadap individu yang lain yang dianggap penting bagi
dirinya berkaitan dengan sesuatu gelagat. Pandangan atau pendapat orang lain
dikatakan mampu mendorong gelagat seseorang. Sekiranya persepsi atau
pandangan individu lain terhadap sesuatu gelagat adalah positif, ia akan
menjadi dorongan positif bagi seseorang untuk melakukan gelagat tersebut.
Begitu juga jika sebaliknya yang berlaku. Bobek dan Hartfield (2003)
mengatakan bahawa terdapat hubungan positif antara norma subjektif dan niat
membayar cukai. Kajian (Ram et. al, 2010) mengaitkan perkara ini dengan
gelagat kepatuhan zakat perniagaan di mana norma subjektif dijangka
mempunyai pengaruh akan niat gelagat peniaga untuk membayar zakat kerana
persepsi kumpulan sosial yang penting bagi seseorang seperti ibu bapa, rakan-
rakan, suami atau isteri akan memainkan peranan dalam mempengaruhi niat
mereka bagi membayar zakat. Persepsi yang positif akan lagi menguatkan niat
mereka melaksanakan perkara tersebut manakala persepsi negatif akan
menyebabkan perkara sebaliknya berlaku. Turut sama konsisten dengan
dapatan (Ram et al. 2010), adalah kajian Zainol (2008) berkaitan zakat gaji.
Ini dapat dikaitkan juga dengan kajian Zakat Takaful ini dimana persepsi
kumpulan sosial mampu mempengaruhi gelagat kepatuhan Zakat Takaful
kerana persepsi yang positif akan menguatkan lagi niat dan kesediaan mereka
untuk membayar Zakat Takaful. Namun begitu, Ajzen dan Driver (1992)
mengatakan bahawa kejayaan seseorang dalam melaksanakan sesuatu gelagat
142/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

tidak hanya bergantung kepada kehendak atau niat seseorang sahaja. Akan
tetapi turut dipengaruhi oleh faktor-faktor bukan motivasi yang lain seperti
kewujudan peluang dan sumber yakni seperti kewangan, pengetahuan dan
masa. Dalam konteks pengetahuan, (Ram et. al, 2010) mengatakan
pengetahuan berkaitan kaedah taksiran zakat perniagaan agak rumit untuk
ditentukan. Bagi peniaga yang mempunyai pengetahuan akan perkara ini akan
mempunyai persepsi yang memudahkannya untuk membayar zakat berbanding
dengan peniaga yang kurang pengetahuan mengenainya. Pengetahuan yang
rendah dikalangan pengguna Takaful akan Zakat Takaful dilihat mampu
menyumbang kepada persepsi yang menyukarkan mereka untuk melaksanakan
kewajipan membayar Zakat Takaful. Oleh itu, penerimaan haruslah seiring
dengan pengetahuan kerana kedua-duanyanya dilihat memainkan peranan yang
penting bagi mencapai keberkesanan pelaksanaan Zakat Takaful ini.
Berdasarkan Jadual 4, Jadual 5 dan Jadual 6, hasil yang hampir sama
dapat dilihat di antara pengetahuan pengguna dan agen Takaful. Tingkat
pengetahuan agen juga adalah pada tahap yang rendah yakni tidak mengetahui
akan pelaksanaan Zakat Takaful yang dilaksanakan oleh LZS dengan jelas.
Seperti yang dijelaskan di atas, penerimaan haruslah seiring dengan
pengetahuan. Selain peranan pihak pelaksana untuk menyampaikan
pengetahuan akan Zakat Takaful ini, pihak-pihak berkaitan sama ada secara
langsung atau tidak langsung dilihat juga memainkan peranan penting bagi
membantu pelaksanaan ini. Kajian Ujang (2014) mengatakan bahawa para
pemasar perlu memahami ragam atau perilaku konsumer seperti mengetahui
dan memahami mengapa dan bagaimana seseorang konsumer membuat
keputusan untuk mengguna sesuatu barang/perkhidmatan. Pemasar atau
penjual yang mengetahui akan perilaku konsumer dapat menjangkakan
kecenderungan konsumer respon akan informasi yang diterima sekaligus
memudahkan pemasar untuk menyusun strategi pemasaran yang sesuai.
Apabila pemasar sudah memahami perilaku konsumer, pemasar secara tidak
langsung dapat mempengaruhi perilaku konsumer tersbut sehingga sesuai
dengan apa yang pemasar inginkan. Mempengaruhi perilaku konsumer adalah
bermaksud mempengaruhi pilihan mereka agar mereka memilih produk
tertentu yang ditawarkan oleh pemasar. Dalam konteks Takaful, agen yang
mengetahui akan perilaku konsumer dapat mempengaruhi perilaku konsumer
tersebut untuk menerima apa yang mereka tawarkan yakni produk-produk
Takaful.
Selain itu, pengguna yang menggunakan sesuatu barang atau
perkhidmatan pastinya ingin memaksimakan kepuasannya. Menerusi kajian
Diana (2013), menjelaskan bahawa antara faktor yang mempengaruhi kepuasan
adalah keperluan dan keinginan yakni perkara-perkara yang dirasai oleh
pelanggan semasa mereka sedang melakukan transaksasi dengan penjual atau
perusahaan. Jika ketika itu pelanggan berkeinginan dan memerlukan sesuatu
produk, harapan pelanggan akan kualiti produk dan juga layanan penjual atau
perusahaan itu pastinya akan tinggi. Antara penentu layanan yang baik yang
dikatakan dalam kajian Diana (2013) adalah tingkah laku yang sopan, cara
penyampaian sesuatu perkara dengan apa yang seharusnya diketahui oleh
Persepsi dan Tahap Pengetahuan Peserta dan Agen Takaful Terhadap
Pelaksanaan Zakat Takaful:Kajian di Shah Alam, Selangor/143

orang yang berkait, waktu penyampaian yang tepat dan seterusnya adalah cara
layanan yang ramah atau mesra pelanggan. Ini dapat dikaitkan dengan
pengguna Takaful yang saat ini mungkin memerlukan penjelasan yang lebih
jelas akan perkara baru seperti kewajipan zakat terhadap produk takaful.
Pengguna akan cenderung mengetahui akan perkara ini melalui saluran yang
mereka rasakan berkait dan dapat memberi penjelasan yang mereka inginkan.
Melihat pada nama Zakat Takaful, pasti sekali pengguna akan cenderung
menanyakan perkara tersebut kepada institusi yang mereka rasakan berkaitan
iaitu pihak Takaful dan juga Lembaga Zakat. Ini selari dengan dapatan kajian
di mana lebih dari 90 peratus daripada jumlah responden kajian iaitu pengguna
Takaful mengkehendaki agen menjelaskan akan pelaksanaan Zakat Takaful ini
kepada mereka (rujuk Jadual 7). Rata-rata pengguna beranggapan Zakat
Takaful melibatkan dua badan berkaitan yakni institusi zakat dan juga
perusahaan Takaful. Oleh itu, agen Takaful dilihat sebagai salah satu pihak
berkaitan yang mampu menyampaikan informasi dan menjelaskannya secara
terus kepada pelanggan. Sebagai pemasar, sudah pastinya apa yang diinginkan
oleh pelanggan/pengguna harus diambil kira dan dititikberatkan. Sekiranya
agen mampu untuk memberi penjelasan (yakni dikira sebagai salah satu bentuk
layanan) yang baik pada pengguna, pastinya ia memberi kepuasan yang tinggi
pada pengguna seterusnya menampilkan imej agen yang baik. Strategi
pemasaran melalui mulut seperti pengalaman rakan-rakan pelanggan akan
kualiti produk dan layanan penjual, komunikasi melalui pemasaran dan iklan
atau persepsi yang wujud dari pengiklanan dan pemasaran yang dilakukan oleh
perusahaan juga mampu memberi impak akan kepuasan pelanggan. Kualiti
dikatakan memberi satu dorongan dalam perhubungan pelanggan dan
perusahaan. Ia sangat penting terutamanya bagi jangka masa panjang di mana
kesetiaan atau customer loyalty dapat dicapai apabila sesuatu perusahaan itu
memberikan kualiti yang memuaskan kepada pelanggannya. Melalui
kefahaman akan faktor-faktor yang mempengaruhi konsumer ini, pemasar
pastinya akan lebih berupaya untuk menyusun strategi yang berkesan dan
komunikasi pemasaran yang lebih baik. Kesediaan agen Takaful dalam
menyampai dan menghebahkan pengetahuan tentang Zakat Takaful ini dilihat
bukan sahaja dapat memuaskan hati pelanggan (pengguna Takaful) dan
membantu mencapai objektif pelaksanaan Zakat Takaful, akan tetapi juga
memberi kesan yang baik kepada pemasar (agen Takaful) itu sendiri dan
perusahaanya.
Menerusi hasil dapatan juga, dapat dilihat bahawa peratus persetujuan
oleh responden dalam kesediaan membayar Zakat Takaful jika ditetapkan oleh
undang-undang atau pihak berkuasa sahaja adalah tinggi. Dapatan ini
menunjukkan hasil yang sama seperti di dalam kajian Hairunnizam, Mohd Ali
dan Sanep (2005) dan turut sama menyokong kenyataan Aidit (1988) yang
menyenaraikan 7 kumpulan pembayar zakat mengikut tahap kesedaran dan
keimanan yang mana salah satunya merujuk kepada golongan yang membayar
zakat hanya sekiranya ada akta atau undang-undang yang mewajibkan. Ini
sekaligus menunjukkan kenyataan kajian 30 tahun yang lalu masih lagi relevan
144/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

dalam memperlihatkan gelagat yang sama dalam kalangan pembayar zakat


pada masa kini.

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan di atas, jelaslah bahawa rata-rata pengguna Takaful


yang menetap dan bekerja di Shah Alam masih tidak jelas akan kewajipan
zakat terhadap Takaful meskipun perbincangan akan kewajipan ini telah
dibincangkan sejak tahun 2016. Sebahagian besar daripada responden belum
mengetahui akan pelaksanaan Zakat Takaful mengikut fatwa terbaharu yang
mula dilaksanakan oleh LZS pada September 2017. Turut dilihat adalah
pengetahuan agen terhadap Zakat Takaful ini yang mana juga pada tahap yang
rendah akan tetapi ketersediaan mereka untuk memainkan peranan dalam
menyampaikan dan menghebahkannya kepada pengguna Takaful menunjukkan
respon yang baik. Sebagai pemasar produk, sewajarnya mereka mengambil
inisiatif selangkah ke hadapan dari pelanggan mereka. Mereka (agen Takaful)
haruslah lebih arif akan apa yang mereka pasarkan. Pengetahuan tentang
kewajipan zakat ke atas produk yang dipasarkan (Takaful) ini bukan sahaja
perlu diketahui untuk disampaikan kepada pelanggan mereka, akan tetapi turut
menjadi kewajipan kepada mereka (agen Takaful) untuk mengetahuinya kerana
mereka juga merupakan pengguna Takaful. Adalah wajar bagi mereka sebagai
pemasar menggunakan posisi mereka untuk menyebar maklumat secara
langsung kepada pelanggan kerana ia dianggap sebagai salah satu bentuk
penyampaian yang efektif dalam pemasaran. Secara tidak langsung, ia dapat
meningkatkan imej pemasar dan perusahaan yang dijalankannya. Melalui
kajian ini, dapat disimpulkan bahawa pengetahuan dan penerimaan kedua-
duanya sangat penting dalam mencapai objektif pelaksanaan Zakat Takaful ini.
Pengetahuan oleh pengguna Takaful yang turut sama dibantu oleh agen yang
memainkan peranan menyampaikan pengetahuan Zakat Takaful secara
langsung dilihat mampu memberi kesan yang lebih efektif di samping
gelagat/sikap yang membentuk niat pengguna Takaful untuk menerima dan
membayar Zakat Takaful. Usaha ini juga dilihat sebagai salah satu medium
penyebaran dakwah yang mampu memberi kesan positif yang besar dan
menyeluruh kepada ummah. Ini kerana, zakat bukanlah satu pilihan, akan
tetapi suatu kewajipan.

Rujukan

Al-Quran, Surah Yusuf 12, 47-49


Al-Quran, Surah At-Taubah 9, 103
Al-Quran, Surah An-Nur 24, 56
Abu, Y., Mohamad, D., & Ahmad, R. (2004). Tahap Pengetahuan Dan Sikap Belia
Terhadap Dadah. Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia.
Abu, B., & Lim, L.H. (2010). Tahap Pengetahuan Dan Penggunaan Komputer Dalam
Kalangan Guru-Guru Di Tiga Buah Sekolah Menengah Teknik Di Kuala
Lumpur.
Persepsi dan Tahap Pengetahuan Peserta dan Agen Takaful Terhadap
Pelaksanaan Zakat Takaful:Kajian di Shah Alam, Selangor/145

Ahmad, H.B. (2009). Pengurusan Harta Keluarga Mengikut Islam dan Realiti Semasa
di Malaysia. Jurnal Muamalat or Man-to-Man Relations, 2(1), (hlm. 1-16).
Ahmad, M.Z., Badrul, H.A.R., Nasser, Y. & Jamil, R. (2012). Basic Takaful Practices
Entry Level for Practitioners, (hlm. 89). IBFIM Kuala Lumpur.
Aidit, G. (1998). Zakat- satu tinjauan. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn Bhd.
Ajzen, I. & Driver, B. L. (1992). Application of the Theory of Planned Behavior to
Leisure Choice. Journal of Leisure Research 24: 207-224.
Ajzen, I. (2005). Attitudes, Personality and Behavior. 2nd edition. New York: Open
University Press.
Bahril B.B., dan Wahid, R. (2010). Kerangka Kaedah Penilaian untuk Pengiktirafan
Penilaian Terdahulu (PPPT) dalam Konteks Pembelajaran Sepanjang Hayat:
Transformasi Pendidikan Politeknik di Malaysia. Persidangan Kebangsaan
Penyelididkan dan Inovasi dalam Pendidikan dan latihan Teknik dan
Vokasional CIE-TVT 2011, 16-17 November 2011, Pulau Pinang.
Bobek, D. D. & Hartfield, R. C. (2003). An Investigation of the Theory of Planned
Behavior and The Role of Moral Obligation in Tax Compliance. Behavioral
Research in Accounting 15: 13-38
Diana, R. (2013). Analisis Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kepuasan
Mahasiswa. Jurnal Economia, 9(1), (hlm. 52-65).
Farah, A.A.N., Rashidah, A.R., & Normah, O. (2012). Zakat and Poverty Alleviation:
Roles of Zakat Institutions in Malaysia. International Journal of Arts and
Commerce,1(7), (hlm. 61-72).
Fuadi, S.H. (2016). Zakat dalam Sistem Hukum Pemerintahan Aceh. Deepublish.
Hairunnizam, W., Sanep, A., & Mohd, A.M.N. (2004). Kesan Bantuan Zakat Terhadap
Kualiti Hidup Asnaf Fakir dan Miskin. The Journal of Muamalat and Islamic
Finance Research, 1(1): (hlm. 151-166).
Hairunnizam, W., Mohd, A.M.N., dan Sanep, A. (2005). Kesedaran Membayar Zakat:
Apakah Faktor Penentunya?. International Journal of Management Studies
(IJMS), 12(2), (hlm. 171-189).
Hairunnizam, W., Sanep, A., & Radiah, A.K. (2009). Pengagihan Zakat oleh Institusi
Zakat di Malaysia: Mengapa Masyarakat Islam Tidak Berpuas Hati? Jurnal
Syariah, Jil. 17, Bil. 1, (hlm. 89-112).
Hairunnizam, W., Sanep, A., & Radiah, A.K. (2010). Pengagihan Zakat oleh Institusi
Zakat kepada Lapan Asnaf: Kajian di Malaysia. Jurnal Pengurusan JAWHAR,
4(1): (hlm. 141-170).
Handel, J.D. (1978). Introductory Statistics for Sociology. Englewood Cliffs, New
Jersey: Prentice Hall.
Hanno, D. M. & Violette, G. R. (1996). An Analysis of Moral and Social Influences on
Taxpayer Behavior. Behavorial Research in Accounting 8: 57-75.
Komala, D.S. (2017). Students’ Reading Strategies Related to Their Reading
Comprehension and English Achievement Score. English Empower: Journal of
Linguistics an Literature, 2(01), 1-9.
Mila, S. (2008). Pengaruh Pendayagunaan Zakat Produktif terhadap Pemberdayaan
Mustahiq pada LAZ Yayasan Solo Peduli Surakarta. La Riba Jurnal Ekonomi
Islam Vol. II, No. 1, Juli 2008.
Mohd, S.M., & Radiah, A.K (2012). Perkembangan Takaful di Malaysia: Satu Kajian
Undang-Undang Kewangan Islam. Kanun Jurnal Undang-Undang Malaysia 24
no, 2, (hlm. 252-259).
Mohamad, N.A.G (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbitan Universiti
Teknologi Malaysia
146/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Mohamed, S.A.R., Arifin, M.S., Ismadi, I., Nor, G.M.N., & Mahadzir, I. (2001). Kajian
Gelagat Tabungan Isi Rumah di negeri Melaka.
Ram, A.J.S., Zainol, B., Kamil, M.I., Md Hairi, M.H. (2010). Faktor-faktor yang
Mempengaruhi Gelagat Kepatuhan Zakat Perniagaan (Factors that Influenced
the Business Zakah Compliance Behaviour). Jurnal Pengurusan (UKM Journal
of Management), 30.
Rusni, H., & Safinar, S. (2017). Pematuhan Syariah Dalam Operasi Takaful Di Bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013. Jurnal Syariah, 25(2), (hlm.
247-266).
Tan, M. & Teo, T. S. H. (2000). Factors Influencing the Adoption of Internet Banking.
Journal of the Association for the Information Systems 1: 1-42.
Taylor, S. & Todd, P. A. (1995). Understanding Information Technology Usage: A Test
of Competing Models. Information Systems Research 6: 144-176.
Ujang, S. (2014). Model Keputusan Konsumen. EKMA5317/MODUL 1, Edisi 1.
Ustaz Hamizul Abdul Hamid. (2013). Perlukah Zakatkan Wang Insurans Anak.
Harakahdaily
http://arkib.harakahdaily.net/arkibharakah/index.php/arkib/berita/lama/2013/6/4
9731/perlukah-zakatkan-wang-insurans-anak.html (17 Disember 2017)
Ustaz Hamizul Abdul Hamid. (2013). Zakat Insurans dan Takaful Anak. Utusan
Online http://ww1.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130517/ba_05/Zak
at-insurans-dan-takaful- anak#ixzz529wb6QjD (17 Disember 2017)
Welkowitz, J. et al (1976). Introductory Statistics for the Behavioral Science. New
York: Academic Press.
Zainol Bidin. (2008). Faktor-Faktor Penentu Gelagat Kepatuhan Zakat Gaji. Tesis
Ph.D tidak diterbit, Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia.
Zainol Bidin & Kamil M. Idris. (2008). The Role of Attitude and Subjective Norm on
Intention to Comply Zakat on Employment Income. IkaZ International Journal of
Zakat 1: 113-134.
Zakat Selangor. Zakat Takaful. Retrieved from
http://www.zakatselangor.com.my/jenis-jenis-zakat/zakat-harta/zakat-takaful/ (7
November 2017)
Zakat Selangor. Taksir Zakat. Retrieved from
http://www.zakatselangor.com.my/taksirzakat/ (15 November 2017)
Zakat Selangor. Dalil Kewajipan Zakat. Retrieved from
http://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/ (12 Disember 2017)
Zakat Selangor. Zakat Wang Simpanan. Retrieved from
http://www.zakatselangor.com.my/jenis-jenis-zakat/zakat-harta/zakat-wang-simpanan/
(12 Disember 2017)
Laman Web Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam. About Shah Alam. Retrieved from
http://www.mbsa.gov.my/en-my/Pages/homepage.aspx (20 Disember 2017)
Bab 8

Persepsi Golongan Miskin Terhadap Kemiskinan dan


Implikasinya dalam Merealisasi Pembangunan Nilai Islam:
Kajian Terhadap Penduduk Miskin Bandar Kota Bharu,
Kelantan
Nor Ayuni Mohamad Zulkifli
Hairunnizam Wahid
Mohd Ali Mohd Noor

Pengenalan

Konsep kemiskinan menurut pandangan Islam mempunyai dua kategori


kemiskinan yang sebenar, pertama, seseorang yang mempunyai miskin jiwa
dan harta benda, kedua, walaupun kaya dengan kekayaan harta, tetapi miskin
dari sudut jiwa. Penumpuan keatas hujah-hujah yang berasaskan Al-Quran dan
Tuhan (Allah) menunjukkan keperluan untuk mendefinisi konsep kemiskinan
yang melampaui aspek-aspek tangibles dimana ia juga termasuk aspek rohani
(intangibles) (Muhammad Syukri, 2013). Menurut Mannan (1988) konsep ini
juga berdasarkan sebagaimana dalam hadis Rasulullah SAW:

"Dari Abu Hurairah RA meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW


bersabda: "Kekayaan itu tidak terletak pada banyaknya jumlah
harta dunia, tetapi kekayaan itu adalah terletak pada kekayaan
hati" (H.R. Muslim)

Manakala konsep kemiskinan yang bukan dari sudut pandangan Islam pula,
kemiskinan dilihat sebagai ketidakupayaan seseorang untuk memenuhi
keperluan asas, baik makanan mahupun harta benda yang diukur dari sudut
perbelanjaan ataupun pendapatan. Dalam erti kata lain, pengukuran kemiskinan
hanya melibatkan tangibles (keperluan asas dan kemudahan) sahaja. Berbeza
dengan pandangan Islam, menurut Muhammad Syukri (2013) pengukuran
kemiskinan bukan hanya melibatkan tangibles (keperluan asas dan
kemudahan) tetapi juga intangibles (iman dan taqwa). Tangibles pula diukur
melalui indikator-indikator yang ditakrifkan semula melalui dasar-dasar
epistemologi dan falsafah Islam, intangibles dapat diukur melalui tingkat iman
seperti iman taqlid, iman ilm, iman` ayan, iman haq, dan iman haqiqah (dari
148/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

yang paling rendah ke tertinggi) dan tahap keinginan (nafs) seperti ammarah,
lawwamah, mulhamah, mutma-innah, radhiyah, mardhiyyah, dan kamilah
(juga dari yang paling rendah sampai yang tertinggi). Kedua-dua tahap iman
dan keinginan datang dengan ciri-ciri tersendiri yang tidak dapat dipertanyakan
dan ianya saintifik. Implikasinya, kumpulan hak orang miskin boleh dikenal
pasti, peruntukan sumber yang betul dapat disalurkan kepada orang miskin
yang sebenarnya dan diagnosis, preskripsi serta pelaksanaan pengurangan
kemiskinan dapat dilakukan dengan benar dari perspektif holistik,
menggabungkan kedua-dua tangibles dan intangibles. Selain itu, adalah tidak
adil sekiranya institusi-institusi Islam seperti zakat dan waqaf masih lagi
menggunakan kaedah pelaksanaan menggunakan konsep idea dari barat.
Konsep pembangunan berteraskan Islam mencakupi dimensi yang
pelbagai dan ia merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Menurut
Muhammad Syukri (1990) terdapat tiga dimensi dari sudut kategori dimensi
perhubungan, pertama, dimensi perhubungan manusia sesama manusia dan
manusia dengan sumber alam; kedua, perhubungan manusia dengan Allah; dan
ketiga, perhubungan manusia dengan komponen dalaman (hati, nafsu dan akal)
dalam dirinya sendiri. Secara mudahnya, ia merangkumi dimensi jasmani dan
rohani. Pembangunan dimensi jasmani adalah sebagai pembangunan
“keperihalan” contohnya, ekonomi, kebudayaan, pentadbiran, politik dan
aktiviti-aktiviti manusia yang lain. Dan ianya juga dianggap sebagai satu
dimensi pembangunan yang tidak boleh diabaikan, malah harus selari dengan
pembangunan rohani yang bertolak dari kesatuan kehidupan dunia dan akhirat
serta mengutamakan pembangunan akhlak dan spiritual. Dari segi kaedah
pelaksanaanya pula, boleh dibahagikan kepada tiga bentuk. Pertama, bentuk
pengesyoran dan desakan kepada pihak-pihak berkuasa bagi membaiki sistem
yang ada. Kedua, bentuk cadangan kaedah secara teknik dan praktis untuk
peracangan dan pelaksanaan terutamanya memperkasakan bagi sistem fiskal
Islam seperti zakat dan penghapusan riba. Ketiga, penyeruan kepada individu
untuk membaiki dan menginsafi diri.
Zakat merupakan salah satu instrumen kewangan Islam yang mampu
menstabilkan ekonomi dalam mengatasi masalah kemiskinan. Di negeri
Kelantan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
merupakan institusi agama yang dipertanggungjawab untuk mengurus kutipan
dan agihan zakat. Zakat adalah salah satu cara umat Islam membersihkan harta
dan seterusnya dapat membersihkan jiwa. Tambahan pula, zakat bukanlah satu
pilihan, akan tetapi ia suatu kewajipan. Prestasi kutipan zakat MAIK telah
meningkat dari tahun ke tahun, membuktikan bahawa kesedaran masyarakat
Kelantan untuk membayar zakat telah meningkat malah telah wujud pelbagai
inovasi bagi kaedah pembayaran zakat untuk memudahkan urusan kepada
pembayar zakat.
Kajian ini dijalankan untuk menganalisis persepsi penduduk miskin
bandar dengan mengkaji persepsi golongan miskin terhadap kemiskinan. Selain
itu, turut ditinjau persepsi golongan miskin terhadap zakat yang diterima serta
kesannya dan terhadap golongan kaya setempat dimana persepsi-persepsi ini
dipercayai memberi implikasi terhadap pelaksanaan pembangunan berteraskan
Persepsi Golongan Miskin Terhadap Kemiskinan dan Implikasinya dalam Merealisasi
Pembangunan Nilai Islam: Kajian Terhadap Penduduk Miskin Bandar Kota Bharu, Kelantan /149

Islam selari dengan matlamat yang didokong oleh kerajaan negeri Kelantan
sehingga kini iaitu Membangun Bersama Islam. Ketiga-tiga persepsi yang
dijadikan bahan untuk dianalis dalam kajian ini adalah adaptasi dari kajian
terdahulu oleh Muhammad Syukri dan Osman1 (1997).

Kajian Lepas

Kajian mengenai persepsi terhadap kemiskinan menurut pandangan Islam agak


jarang sekali dijumpai, malah takrifan kemiskinan dari sudut pandangan Islam
juga turut jarang dibincangkan oleh kebanyakan para sarjana ekonomi Islam
sendiri. Menurut Muhammad Syukri dan Osman (1997) dalam kajiannya
mengenai persepsi golongan miskin terhadap kemiskinan, berdasarkan hasil
kajiannya yang telah dilakukan terhadap penduduk miskin luar bandar di
negeri Kelantan, didapati sekurang-kurangnya tiga masalah yang dihadapi oleh
kerajaan di Kelantan pada masa itu terutama dalam usaha kerajaan untuk
merealisasikan pembangunan berteraskan Islam. Masalah pertama adalah
kekeliruan mengenai makna kemiskinan dari sudut pandangan Islam. Kedua,
ketidakcekapan pengurusan zakat, dan peranan dari golongan kaya yang
kurang menghulurkan bantuan kepada golongan miskin. Sementara masalah
pertama adalah berkaitan dengan masalah falsafah dan doktrin, masalah kedua
berkaitan dengan ketidakcekapan institusi Islam, dan yang ketiga berkaitan
masalah hubungan sosial setempat. Setelah itu, kajian dari Muhammad Syukri
(2013), dimana kajiannnya sangat terperinci dalam membincangkan untuk
mendefinisi kemiskinan dari sudut pandangan Islam. Menurutnya, terdapat dua
kategori kemiskinan menurut Islam, pertama, seseorang yang mempunyai
miskin jiwa dan harta benda, kedua, walaupun kaya dengan kekayaan harta,
tetapi miskin dari sudut jiwa. Ironinya, konsep kemiskinan yang sekular telah
diterima pakai secara meluas walaupun dalam institusi Islam sendiri seperti
zakat dan waqaf sebagai instrumen dalam mengatasi masalah kemiskinan.
Khan dan Ullah (2015) menyatakan bahawa kemiskinan dalam Islam adalah
konsep ekonomi yang tulen dan sistem ekonomi Islam mempunyai keupayaan
yang lebih baik untuk menangani masalah kemiskinan daripada sistem
ekonomi kapitalis. Konsep kemiskinan Islam dan cara mengatasinya sangat
berbeza jika dibandingkan dengan konsep ekonomi sekular (Korayem &
Mashhour, 2014). Jika ekonomi sekular, golongan miskin adalah mereka yang
serba kekurangan dan dibezakan hanya miskin dan sangat miskin, tetapi dalam
ekonomi Islam kemiskinan dibahagikan kepada dua golongan iaitu orang
miskin dan fakir. Dalam Islam, terdapat lagi pembahagian golongan miskin
iaitu gharim (orang yang berhutang wang kerana kehilangan harta benda akibat
bencana alam, dan Ibn sabil (orang yang terputus bekalan (perbelanjaan)

1
Dr Muhammad Syukri Salleh adalah Profesor dari Perancangan dan Pengurusan Pembangunan
sertass Pengarah, Pusat Pengajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia.
150/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

semasa perjalanan dan orang yang hendak memulakan perjalanan yang


diharuskan oleh syarak).
Konsep kemiskinan yang sekular telah diterima pakai secara meluas
walaupun dalam institusi Islam sendiri seperti zakat dan waqaf dimana ia
merupakan instrumen kewangan Islam dalam mengatasi masalah kemiskinan.
Contohnya, dalam mengatasi masalah kemiskinan melalui waqaf, konsep
kemiskinan tidak lagi ditakrifkan menurut Islam. Jelasnya, pengukuran
kemiskinan menurut pandangan Islam bukan hanya melibatkan tangibles
(keperluan asas dan kemudahan) tetapi juga intangibles (iman dan taqwa)
(Muhammad Syukri, 2013). Konsep-konsep seperti kemiskinan dan kualiti
hidup yang diharapkan untuk diatasi dan dicapai oleh penggunaan zakat, telah
menggunakan takrifan dari pemikir etnosentris barat. Indikator-indikator
kemiskinan etno-sentris konventional barat contohnya tahap produktiviti,
pendapatan, kuasa beli dan penggunaan diterima dan diguna pakai tanpa
persoalan, malah mentakrifkannya semula. Jelasnya, penentu kejayaan
pengurangan kemiskinan adalah oleh penentu etno-sentris barat, walaupun alat
untuk mencapai pengentasan itu adalah institusi Islam iaitu zakat (Muhammad
Syukri, 2014). Begitu juga dalam kajian Sohaimi dan Mohd Gunawan (2011)
mengenai prestasi institusi zakat dimana 7S Mac Kinsey telah digunakan
sebagai alat untuk mengukur. Justeru, kesimpulannya pelaksanaan institusi
zakat adalah mengikut pengukuran barat. Abu Umar Faruq Ahmad, Kabir
Hassan dan Abul Kalam Muhammad Shahed (2006) berhujah kemampuan
zakat dalam mengurangkan kemiskinan secara tepat melalui logik ethno-sentris
barat. Menurutnya, dengan membiayai golongan miskin tegar dengan zakat,
tahap penggunaan mereka dapat ditingkatkan. Kemudian, akan membawa
kepada peningkatan penggunaan agregat, peluang pekerjaan, output, kualiti
hidup dan akhirnya ekonomi dengan tahap output yang tinggi. Ini adalah sama
dengan logik ethno-sentris barat dimana logik ini adalah berdasarkan
pemaksimuman output dalam mencapai matlamat utama ekonomi etno-sentris
barat, iaitu pemaksimuman penggunaan. Muhammad Syukri (2014)
beranggapan masyarakat yang dibangunkan melalui zakat tetapi dengan ukuran
dan indikator ethno-sentris barat tentunya akan menjadi masyarakat etnik-
sentris barat, bukannya masyarakat Islam. Begitu juga dengan zakat, bentuk
dan praktiknya sekarang sebenarnya belum dapat mengembangkan masyarakat
dan sistem Islam. Sebaliknya, ia memperkuat masyarakat dan sistem
berasaskan etno-sentris barat.
Terdapat beberapa kajian berkaitan pencapaian zakat dan keadaan
kemiskinan di negeri Kelantan. Hasil kajian Muhammad Syukri (1997),
menyatakan pandangan kebanyakan penerima zakat dimana 86.3 peratus
menyatakan pelaksanaan zakat di kawasannya tidak efektif dan zakat tidak
mampu meringankan beban hidup mereka. Sementara 99.6 peratus responden
bersetuju bahawa zakat tidak boleh melepaskan diri mereka dari kemiskinan.
Kajian ini dilakukan keatas penduduk miskin luar bandar negeri Kelantan.
Ahmad Fahme, Zakariah, Fuadah dan Muhammad Ridhwan (2015)
mengatakan pengagihan zakat telah membuktikan keberkesanannya dalam
meningkatkan pendapatan setiap bulanan dan harian bagi penerima zakat di
Persepsi Golongan Miskin Terhadap Kemiskinan dan Implikasinya dalam Merealisasi
Pembangunan Nilai Islam: Kajian Terhadap Penduduk Miskin Bandar Kota Bharu, Kelantan /151

Kelantan. Keberkesanan ini terbukti dengan peningkatan pendapatan bulanan


dan harian bagi semua ciri yang dipilih selepas pengedaran zakat tetapi masih
jauh dari mencapai standard World MYR 6.20 pendapatan setiap individu
setiap hari. Analisis kemiskinan dalam kajian ini menunjukkan hasil positif
terhadap insiden kemiskinan, tahap dan keterukan pendapatan yang disebabkan
oleh pengagihan zakat. Pengagihan zakat di Kelantan hanya memberi sedikit
peningkatan dalam pendapatan purata dan jurang kemiskinan fuqara dan
masakin. Ringkasnya, hasil kajian ini telah membuktikan sumbangan positif
zakat dalam mengurangkan kemiskinan. Ahmad Fahme, Mohd Faisol dan
Muhammad Ridhwan (2017) menganalisis kemiskinan dalam kalangan
penerima zakat di Kelantan, Malaysia berdasarkan perbelanjaan. Hasil kajian
menunjukkan bahawa kemiskinan boleh menjadi tinggi di kawasan insiden
kemiskinan yang rendah iaitu di kawasan bandar oleh kerana jurang
kemiskinan yang tinggi. Dengan kata lain, penduduk miskin di kawasan itu
mempunyai perbelanjaan yang lebih rendah.

Metodologi Kajian

Kaedah pensampelan: Dua kaedah digunapakai dalam kajian ini bagi


mendapatkan data iaitu melalui edaran soal selidik dan temubual. Pensampelan
secara rawak dilakukan kepada 33 orang responden yang terdiri daripada
pelbagai peringkat umur dan merupakan golongan fakir dan miskin yang
tinggal di mukim Tanjung Chat, mukim Telipot, mukim Baung Bayam dan
mukim Taman Uda dimana keempat-empat mukim ini adalah di kawasan
daerah Kota Bharu. Daripada 33 orang responden, 23 orang daripadanya
adalah penerima zakat daripada MAIK, manakala 10 orang responden
daripadanya adalah golongan miskin yang menerima zakat daripada individu
persendirian atau bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan individu
persendirian. Sampel kajian dipilih di kawasan ini kerana ianya terletak di
kawasan bandar yang mana ia merupakan kawasan insiden kemiskinan yang
rendah. Kemiskinan boleh menjadi tinggi di kawasan insiden kemiskinan yang
rendah oleh kerana jurang kemiskinannya yang tinggi. Ia bermaksud penduduk
miskin di kawasan itu mempunyai perbelanjaan yang lebih rendah (Ahmad
Fahme, Mohd Faisol & Muhammad Ridhwan, 2017). Agihan borong soal
selidik dilakukan dengan membuat tinjauan dari rumah ke rumah individu-
individu berkenaan.
Borang soal selidik kajian ini terbahagai kepada 7 bahagian. Bahagian
A: Latar Belakang Responden, Bahagian B: Latar Belakang Sumber, Bahagian
C: Nilai-nilai Keagamaan Responden, Bahagian D: Sikap Responden,
manakala Bahagian E, F dan G merangkumi soalan-soalan untuk kajian
persepsi responden terhadap kemiskinan, terhadap zakat serta kesannya dan
terhadap golongan kaya setempat. Kaedah pensampelan yang kedua adalah
kaedah temubual. Kaedah ini telah dijalankan keatas 2 orang pegawai MAIK, 4
orang imam masjid mukim dan 33 orang golongan miskin yang terdiri daripada
responden bagi kaedah soal selidik. Terdahulu, temubual bersama Pegawai
152/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Kutipan Zakat MAIK, Encik Ridhwan bin Abd Rahman dan Pegawai Agihan
Zakat MAIK, Encik Mohamad Azmi bin Zakaria pada 4 Disember 2017 bagi
mengetahui sedikit sebanyak latar belakang serta gelagat asnaf fakir dan
miskin, kaedah kutipan dan agihan zakat di negeri Kelantan, pencapaian zakat
MAIK yang terkini dan mendapatkan sedikit maklumat asnaf fakir dan miskin
bagi memudahkan proses agihan borang soal selidik. Kaedah temubual ini
diteruskan dengan menemubual seramai 4 orang imam masjid mukim untuk
mendapatkan sedikit sebanyak maklumat mengenai gelagat asnaf di mukim
tersebut, gelagat penduduk mukim dan aktiviti-aktiviti masjid yang berkaitan
dengan urusan zakat.

Kaedah Analisis Data: Kajian ini menggunakan analisis diskriptif, skor purata
dan Indeks Keagamaan (RI). Analisis skor purata dijalankan dengan
menganalisa tiga persepsi dominan bagi golongan miskin iaitu persepsi
terhadap kemiskinan, persepsi terhadap zakat serta kesannya dan persepsi
terhadap golongan kaya setempat. Ukuran skala Liker 3 mata digunakan bagi
mengukur persepsi-persepsi ini. Skala Likert 3 mata diukur menerusi soal
selidik yang telah dijalankan pada bahagian E, F dan G. Skala Liker 3 mata ini
mengandungi penyataan skor “1” bagi mewakili “tidak setuju”; skor “2”
mewakili “setuju” dan skor “3” mewakili “sangat setuju”. Data yang lengkap
kemudian dianalisa dengan menggunakan skor purata sepertinyang ditunjukkan
dalam Jadual 3, 4 dan 5. Interpretasi min yang digunapakai dalam kajian ini
(Jadual 3, 4 dan 5) diubahsuai dari kajian Bahril B. Balli dan Wahid Razzaly
(2010) yang menunjukkan Skala Skor Min; <1.44; Rendah; 1.45-2.28;
Sederhana; >2.29 Tinggi. Manakala Indeks Keagamaan (RI) diaplikasikan
merujuk kepada analisis oleh Naziruddin dan M.Shabri (2003) dimana ia
membahagikan faktor keagamaan kepada tiga komponen utama iaitu wajib
(fard), haram dan sunah (mandub). Setiap komponen mempunyai pemberat
(weightage) yang berbeza iaitu komponen wajib mempunyai pemberat yang
lebih tinggi berbanding komponen haram dan sunah. Menurut Hairunnizam &
Sanep (2010) pada awalnya terdapat banyak kajian sebelum ini yang cuba
menganggarkan tahap keagamaan dan keimanan seseorang individu namun
sejauh mana pengukuran ini boleh diterima secara ilmiah masih lagi
diperbincangkan. Oleh kerana ia melibatkan perkara peribadi antara individu
dan Allah s.w.t dan tiada siapa yang boleh mengukurnya dengan tepat
melainkan Allah s.w.t. Namun begitu, analisis faktor keagamaan ini cuba
dianggarkan berpandukan tindakan individu yang rasional mengikut ketetapan
syariah. Ini bererti sekiranya seseorang individu yang taat menjalankan
perintah Allah s.w.t secara konsisten dan mengharap akan redhaNya semata,
maka individu tersebut boleh dianggap lebih baik dan lebih keislamannya
berbanding mereka yang tidak menjalankan perintahNya (Siti Adilah,1999;
Naziruddin & Shabri, 2003;h.40; Hairunnizam & Sanep, 2010).
Persepsi Golongan Miskin Terhadap Kemiskinan dan Implikasinya dalam Merealisasi
Pembangunan Nilai Islam: Kajian Terhadap Penduduk Miskin Bandar Kota Bharu, Kelantan /153

Hasil Kajian

Jadual 1 menunjukkan maklumat latar belakang responden. Majoriti responden


adalah berjantina perempuan berumur 56 tahun keatas yang merangkumi 72.7
peratus dari keseluruhan responden. Dari segi taraf perkhahwinan pula, peratus
majoriti responden adalah berstatus janda ataupun duda sebanyak 63.6 peratus
berbanding berkahwin (30.3%) dan bujang (6.1%). Dari aspek tahap
pendidikan, 48.5 peratus responden tidak berpendidikan iaitu tidak bersekolah
berbanding 30.3 peratus mendapat pendidikan sehingga sekolah menengah dan
sekolah rendah (21.2 %).

Jadual 1:Profil Responden


Item Kekerapan Peratusan
Jantina
Lelaki 9 27.3
Perempuan 24 72.5
Umur
25-35 1 3.0
36-45 5 15.2
46-55 2 6.1
Lebih 56 25 75.8
Taraf perkahwinan
Bujang 2 6.1
Berkahwin 10 30.3
Janda/duda 21 63.6
Taraf pendidikan
Tidak bersekolah 16 48.5
Sekolah rendah 7 21.2
Sekolah menengah dan keatas 10 30.3
Jenis pekerjaan
Tidak bekerja 25 75.8
Bekerja sendiri 2 6.1
Makan gaji 5 15.2
Pesara 1 3.0
Jumlah pendapatan sebulan
Tiada pendapatan 25 75.8
RM 789 dan kebawah 3 9.1
RM 790 – RM 1578 5 15.2
Jumlah perbelanjaan sebulan
RM 789 dan kebawah 25 75.8
RM 790 dan keatas 8 24.2
Bilangan tanggungan
Tiada tanggungan 10 30.3
1-4 orang 20 60.6
5-8 orang 3 9.1
Jumlah Responden 33 100.0
Sumber: Maklumat Soal selidik 2018
154/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Dari aspek pekerjaan, majoriti responden tidak bekerja iaitu sebanyak 75.8
peratus berbanding 15.2 peratus responden bekerja makan gaji, 6.1 peratus
responden bekerja sendiri dan pesara (3.0%). Oleh itu, sebanyak 75.8 peratus
responden tidak mempunyai pendapatan manakala sebanyak 15.2 peratus
responden berpendapatan antara RM 790 hingga RM 1,578 sebulan dan 9.1
peratus berpendapatan RM 789 dan ke bawah. Dalam aspek perbelanjaan
sebulan pula, majoriti perbelanjaan dalam sebulan adalah kurang dari RM 789
iaitu sebanyak 75.8 peratus berbanding RM 790 dan ke atas (24.2%). Kajian ini
juga mendapati majoriti responden mempunyai tanggungan kurang daripada 4
orang berbanding menanggung melebihi 4 orang. Daripada 33 responden,
sebanyak 69.7 peratus responden adalah penerima zakat dari MAIK dan
selebihnya adalah golongan yang boleh dikategorikan sebagai miskin dimana
mereka adalah penerima sama ada bantuan zakat dari individu persendirian,
bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, institusi korporat, bantuan derma
daripada segi kewangan atau barangan melalui individu persendirian dan
bantuan zakat atau derma dari masjid mukim. Daripada aspek tempoh dan
jumlah zakat dari MAIK, majoritinya adalah penerima bantuan kewangan
bulanan (zakat) RM 400 iaitu sebanyak 57.6 peratus, manakala selebihnya
sebanyak 9.1 peratus adalah penerima zakat tahunan sebanyak RM 500 untuk
setahun dan 3.0 peratus menerima bantuan zakat bulanan sebanyak RM 300.
Manakala dari segi tempoh bantuan kewangan (zakat) dari MAIK, majoritinya
telah menerima bantuan dalam tempoh kurang dari 3 tahun (51.5%), tempoh
melebihi 8 tahun (12.5%) dan tempoh antara 3 tahun hingga 5 tahun (3.0%)
merujuk kepada Jadual 2.

Jadual 2: Tempoh dan Nilai Bantuan Zakat


Item Kekerapan Peratusan
Sumber zakat
Majlis agama Islam 23 69.7
Lain-lain 10 30.3
Jumlah zakat yang diterima dari MAIK
RM 300 sebulan 1 3.0
RM 400 sebulan 19 57.6
RM 500 setahun 3 9.1
Tiada 10 30.3
Tempoh menerima bantuan zakat
kurang 3 tahun 17 51.5
3-5 tahun 1 3.0
Melebihi 8 tahun 5 15.2
Tiada 10 30.3
Sumber: Maklumat Soal selidik 2018

Jadual 3 menunjukkan hasil analisis skor purata bagi persepsi


responden terhadap kemiskinan. Hasil kajian menunjukkan nilai min tertinggi
dicatatkan adalah 2.82 (tahap tinggi) dimana ia merujuk kepada kenyataan
Persepsi Golongan Miskin Terhadap Kemiskinan dan Implikasinya dalam Merealisasi
Pembangunan Nilai Islam: Kajian Terhadap Penduduk Miskin Bandar Kota Bharu, Kelantan /155

Jadual 3: Analisis Skor Purata Persepsi Terhadap Kemiskinan


Item Skala1 Tahap2
1
1 2 3 Min
(1) Kemiskinan adalah fenomena semulajadi yang biasa 0 14 19 2.58 Tinggi
dalam kehidupan. (42.42) (57.58) [.087]
(2) kemiskinan ini mempunyai banyak makna 0 30 3 2.09 Sederhana
(90.91) (9.09) [.051]
(3) kemiskinan akan menghalang daripada sifat-sifat jahat 0 11 22 2.67 Tinggi
seperti ego,ujub,takabur dan sombong (33.33) (66.67) [.083]
(4) Kemiskinan bukan satu penghinaan 0 6 27 2.82 Tinggi
(18.18) (81.82) [.068]
(5) Kemiskinan bukan penyebab kepada masalah 0 24 9 2.27 Sederhana
(72.73) (27.27) [.079]
(6) Kemiskinan tidak terlalu sukar dan menyakitkan 0 21 12 2.36 Tinggi
(63.64) (36.36) [.085]
Purata 2.46 Tinggi
Nota :1Berasaskan skala seperti berikut :1 Tidak setuju; 2 Setuju; 3 Sangat setuju
2
Skala Skor Min; <1.44; Rendah; 1.45-2.28; Sederhana; >2.29 Tinggi (diubahsuai Bahril & Wahid, 2010)
( ) Nilai peratus jumlah responden
[ ] Nilai ralat piawai bagi nilai min
Sumber: Maklumat Soal selidik 2018
156/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 4 : Analisa Skor Purata Persepsi Terhadap Zakat dan Kesannya


Item Skala1 Tahap2
1
1 2 3 Min
(1) Zakat boleh meringankan bebanan hidup 1 29 3 2.06 Sederhana
(3.03) (87.88) (9.09) [.061]
(2) Zakat dapat membebaskan diri daripada kemiskinan 25 7 1 1.27 Rendah
(75.76) (21.21) (3.03) [.090]
Purata 1.67 Sederhana
Nota :1Berasaskan skala seperti berikut :1 Tidak setuju; 2 Setuju; 3 Sangat setuju
2
Skala Skor Min; <1.44; Rendah; 1.45-2.28; Sederhana; >2.29 Tinggi (diubahsuai Bahril & Wahid, 2010)
( ) Nilai peratus jumlah responden
[ ] Nilai ralat piawai bagi nilai min
Sumber: Maklumat Soal selidik 2018
Persepsi Golongan Miskin Terhadap Kemiskinan dan Implikasinya dalam Merealisasi
Pembangunan Nilai Islam: Kajian Terhadap Penduduk Miskin Bandar Kota Bharu, Kelantan /157

Jadual 5 : Analisa Skor Purata Persepsi Terhadap Golongan Setempat


Skala1 Tahap2
Item 1
1 2 3 Min
(1) Murah hati 3 26 4 2.03 Sederhana
(9.09) (78.79) (12.12) [.081]
(2) Tawadhuk (rendah hati) 4 27 2 1.94 Sederhana
(12.12) (81.82) (6.06) [.075]
(3) Tidak sombong, ego dan pentingkan diri 5 22 6 2.03 Sederhana
(15.15) (66.67) (18.18) [.102]
(4) Tidak bakhil 0 23 10 2.30 Tinggi
(69.70) (30.30) [.081]
Purata 2.08 Sederhana
Nota :1Berasaskan skala seperti berikut :1 Tidak setuju; 2 Setuju; 3 Sangat setuju
2
Skala Skor Min; <1.44; Rendah; 1.45-2.28; Sederhana; >2.29 Tinggi (diubahsuai Bahril & Wahid, 2010)
( ) Nilai peratus jumlah responden
[ ] Nilai ralat piawai bagi nilai min
Sumber: Maklumat Soal selidik 2018
158/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

“Kemiskinan bukan satu penghinaan”. Kemudian ia disusuli “Kemiskinan akan


menghalang daripada sifat-sifat jahat seperti ego, ujub, takabur dan sombong
(2.67; tahap tinggi), “Kemiskinan adalah fenomena semulajadi yang biasa
dalam kehidupan” (2.58; tahap tinggi) dan “Kemiskinan tidak terlalu sukar dan
menyakitkan” (2.36; tahap tinggi). Manakala nilai min pada tahap sederhana
didapati pada kenyataan “Kemiskinan bukan penyebab kepada masalah” (2.27)
dan “Kemiskinan ini mempunyai banyak makna” (2.09).

Jadual 6: Maklumbalas Responden bagi Persepsi terhadap kemiskinan


Informan Maklum balas
Informan 1(a) …iyolah, nok buat guano doh takdir ni Allah bui..Allah buat ado hok
kayo, ado hok miskin. Pok cik kijo selagi bulih…pok cik redho, pok
cik terima ketentuan Allah…
Informan 2 …betol, kemiskinan banyok makno, tak semestinyo miskin harto, dio
miskin jiwo, kalu ore miskin jiwo, tok leh gi mano jugok, tok bahagio,
hidup pun tok tene kalu banyok duit sekalipun…
Informan 3 …ho, memelah miskin ni, kito pun jadi ingat tuhe sokmo, duk mitok
doa sokmo hari-hari, kito pun jadi rendoh diri, tok wak jahat kokre…
Informan 4 ….nok kato raso terhino pun, dok jugok..takdokla raso terhino mano..
Informan 1(b) …ado jugok raso terhino, main denge adik - beradik tok caro…pahtu
ore duk ngato kut belake…tapi gak… tok beraso mano…baisolah tu,
ado ore hok molek, ado ore hok tok molek….tok semua ore hino…
Informan 5a …dok jugok, tapi gak kade-kade maso tak dok duit tu,
adolahmasalohnyo….tapi gak tok semua masalah mari tu sebab
puncanyo miskin…
Informan 6 …takdolah, biasolahtu..berasolah susoh, derito…tapi mok cik redho
jah …
Informan 5b …mok cik ni to cekak doh..tok leh gerok banyok..kalu cekak lagi, mok
cik kijo…zame-zame mudo dulu mok cik kijo, mok cik buat setakat
gapo buleh buat…
Informan 6 …nok kijo guano..tok cekak doh, mok cik tuo doh..tungguwak amal
(ibadat) jelah loni bekale sebelum mati…
Sumber: Maklumat Soal selidik 2018

Secara purata, persepsi responden terhadap kemiskinan ini adalah tinggi


dengan mencatatkan purata min sebanyak 2.46. Merujuk kepada pandangan
responden terhadap zakat dan kesannya dalam Jadual 4, didapati bahawa nilai
min tertinggi adalah 2.06 (tahap sederhana) merujuk kepada kenyataan “Zakat
boleh meringankan bebanan hidup”. Kemudian, diikuti “Zakat dapat
membebaskan diri daripada kemiskinan” (1.27; tahap rendah). Hasil analisis
skor secara puratanya mendapati persepsi responden terhadap zakat dan
keasannya adalah sederhana (1.67). Jadual 5 adalah merujuk kepada hasil
analisis skor purata bagi persepsi responden terhadap golongan kaya setempat.
Hasil kajian mendapati bahawa nilai min tertinggi yang dicatatkan adalah 2.30
(tahap tinggi) dimana ia merujuk kepada kenyataan “Tidak bakhil”. Kemudian
diikuti dengan tahap sederhana iaitu “Murah hati” (2.03) “Tidak sombong, ego
Persepsi Golongan Miskin Terhadap Kemiskinan dan Implikasinya dalam Merealisasi
Pembangunan Nilai Islam: Kajian Terhadap Penduduk Miskin Bandar Kota Bharu, Kelantan /159

dan pentingkan diri” (2.03) dan “Tawadhuk (rendah hati)”(1.94). Secara


purata, persepsi responden terhadap golongan kaya setempat ini adalah
sederhana dengan mencatatkan purata min sebanyak 2.08. Merujuk Jadual 13
dalam analisa Indeks Keagamaan (RI), boleh dikatakan keseluruhan responden
mempunyai RI melebihi 80 peratus. Keseluruhan responden mencapai nilai RI
keseluruhan antara nilai 91 hingga 100 iaitu merangkumi 97.0 peratus.
Manakala RI paling rendah rendah dicatatkan adalah antara 81 hingga 90
meliputi responden sebanyak 3.0 peratus.

Jadual 7: Maklumbalas Responden bagi Persepsi Terhadap Zakat


Informan Maklum balas
Informan 1 …memela, mano nok cukup…tapi alhamdulillah, mujur ado jugok
bantuan daripado takdok langsung…mok cik bersyukur sangat..
Informan 2 ….tok cukup, mok cik ni sakit, acap kali keno gi spital ambik
ubat..tambe keto nok keno bayar jugok…tapi bersyukurla dari
takdok lasung..bulih jugok walaupun sikit..
Informan 3 …banyok bendo nok keno bayar dik, tanggung anok lagi..tok cukup
nga duit zakat 4 ratus sebule…
Informan 4 ...mok cik langge Astro sebab nok suruh TV tu jadi molek, adola
bayar sikit untuk Astro setiap bule..
Informan 5 …. pase Astro buke gapo, sebab TV kabur, pase Astro ceroh sikit
TV…
Sumber: Maklumat Soal selidik 2018

Jadual 8: Maklumbalas Responden bagi Persepsi Terhadap Golongan Setempat


Informan Maklum balas
Informan 1 …rama jah ore kayo- kayo sini..ado jah hok mari bui bantuan jare-
jare..tok tahulah mok cik pun tok barapo kenal ore-ore kayo sini…
Informan 2 …adola sore duo hok mari bui zakat bule poso…
Informan 3 ...tok kenal sangat, takdok mari tanyo kaba pun. Nok kato sombong
pun dok keno jugok, mok cik bersangko baik jah..
Informan 4 …ado hok baik, ado jugok hok dok..adola ore hok muroh hati sore
duo mari tulong….
Sumber: Maklumat Soal selidik 2018

Jadual 10: Maklumbalas Responden bagi Nilai Keagamaan Responden


Informan Maklum balas
Imam masjid 1 …asnaf ni bulih oyaknyo adola hok jenis tok smaye, malas, tapi
duk mitok sokmo…
Imam masjid 2 …kawase ni sayo runsing sikit, budok-budok mok pok tok caro
mano, budok banyok hok sosial (liar). Kito pun ado buat
program-program masjid untuk budok-budok ni, tapi gak payoh
nok bulih ko mari, kito gi ambik dumoh wak mari sejid…
Sumber: Maklumat Soal selidik 2018
160/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 11: Kesedaran Responden untuk Berubah


Kekerapan Peratusan
Ingin menjadi pembayar zakat
Ya 31 93.9
Tidak 0 0.0
Tidak Pasti 2 6.1

Berminat Kerja sosial


Ya 16 48.5
Tidak 15 45.5
Tidak Pasti 2 6.1
Sumber: Maklumat Soal selidik 2018

Jadual 11 adalah merujuk kepada kesedaran responden untuk berubah


sama ada kesedaran untuk berubah daripada penerima zakat kepada pembayar
zakat ataupun berminat dengan kerja-kerja sosial. Majoriti responden yang
meliputi 93.9 peratus mempunyai kemahuan untuk berubah kepada pembayar
zakat namun 6.1 peratus responden merasa tidak pasti sama ada ingin berubah
ataupun tidak. Selain itu, sebanyak 48.5 peratus responden berminat dengan
kerja-kerja sosial manakala 45.5 peratus tidak berminat dan 6.1 peratus merasa
tidak pasti sama ada berminat atau tidak. Manakala Jadual 12 merujuk kepada
tiga faktor yang mendorong responden berminat dengan kerja-kerja sosial iaitu
faktor ingin menyumbang tenaga kepada masyarakat, mempunyai bakat
terpendam dan merasa bersalah menerima zakat tanpa melakukan apa-apa
kerja. Faktor-faktor ini diukur dengan skala Likert 3 mata yang merujuk
kepada “1 = Tidak setuju”; “2 = Setuju”; “3 = Sangat Setuju”. Faktor utama
adalah ingin menyumbang tenaga kepada masyarakat; dimana 9.1 peratus
responden sangat bersetuju dan 39.4 peratus bersetuju dengan faktor ini.
Kemudian diikuti faktor mempunyai bakat yang terpendam; dimana 6.1 peratus
responden sangat bersetuju dan 42.9 peratus responden bersetuju dengan faktor
ini. Manakala 6.1 peratus responden sangat bersetuju merasa bersalah
menerima zakat tanpa melakukan apa-apa, 39.4 peratus bersetuju dan 3.0
peratus tidak bersetuju dengan faktor ini.

Jadual 12: Faktor Ingin Menyertai Khidmat Sosial


No. Faktor-faktor Tidak Setuju Sangat Tidak
Setuju Setuju Pasti
1. Ingin menyumbang tenaga kepada - 13 3 17
masyarakat (39.4) (9.1) (51.5)
2. - 14 2 17
Ada kemahiran yang terpendam (42.9) (6.1) (51.5)
3. 1 13 2 17
Rasa bersalah kerana terima zakat (3.0) (39.4) (6.1) (51.5)
tanpa melakukan apa-apa
Sumber: Maklumat Soal selidik 2018
Persepsi Golongan Miskin Terhadap Kemiskinan dan Implikasinya dalam Merealisasi
Pembangunan Nilai Islam: Kajian Terhadap Penduduk Miskin Bandar Kota Bharu, Kelantan /161

Perbincangan dan Implikasi Dasar

Dalam kaedah pelaksanaan pembangunan berteraskan Islam, ianya terbahagi


kepada tiga bentuk yakni bentuk pertama adalah pengesyoran dan desakan
kepada pihak-pihak berkuasa bagi membaiki sistem yang ada. Kedua, bentuk
cadangan kaedah secara teknik dan praktis untuk peracangan dan pelaksanaan
terutamanya memperkasakan sistem fiskal Islam seperti zakat dan
penghapusan riba. Ketiga, penyeruan kepada individu untuk membaiki dan
menginsafi diri (Muhammad Syukri, 1990). Jadual 1 menunjukkan analisis
latar belakang responden dimana responden adalah terdiri daripada golongan
fakir dan miskin dan majoritinya adalah penerima bantuan zakat dari MAIK.
Majoriti daripada penerima bantuan zakat MAIK adalah berlatar belakang
warga emas, ibu tunggal, tidak mempunyai pendidikan, tidak bekerja serta
tidak mempunyai pendapatan disebabkan keuzuran diri. Apabila dilihat kepada
analisis persepsi terhadap kemiskinan (Jadual 3), didapati kedudukan
keputusannya berada di tahap yang tinggi dan tahap yang tinggi ini adalah
baik. Disini menunjukkan bahawa walaupun mereka dihimpit dengan
kesusahan hidup di dunia, tetapi kemiskinan itu tidak menghalang untuk
bersangka baik terhadap nasib yang dialami mereka. Ini berkemungkinan
disebabkan oleh faktor pegangan agama yang amat baik seperti yang telah
dibuktikan dalam Jadual 13. Pegangan agama yang baik menunjukkan
kekayaan dari sudut jiwa walaupun miskin dari sudut harta. Menurut Jadual 14,
golongan ini adalah dibawah kategori kumpulan kedua dimana golongan ini
tidak dikategorikan sebagai miskin menurut pandangan Islam kerana kekayaan
jiwa mereka akan menjadikan mereka kaya dalam kehidupan sebenar.
Golongan kedua ini dipercayai juga mampu hidup tanpa membebankan negeri
dan masyarakat. Pegangan agama yang baik oleh golongan ini juga
dijangkakan mempunyai kecenderungan untuk bersungguh dalam mengubah
nasib hidup. Ini tidak bermakna mereka tidak perlu dibantu malah bantuan
yang diterima dapat dimanfaat dengan baik untuk mengubah nasib hidup dan
dijangkakan kemungkinan golongan ini mampu beralih kepada kategori
kumpulan pertama (Jadual 142).

Jadual 13: Analisis Peratusan Indeks Keagamaan (RI)


Indeks1 N (%)

81-90 1 3.0
91-100 32 97.0
Jumlah 33 100.0
Nota: adaptasi metod kajian Naziruddin dan M. Shabri (2003
Sumber: Maklumat Soal selidik 2018

2
Jadual 14 dirujuk dari artikel Muhammad Syukri Salleh (2013) yang bertajuk Concepts in Islamic
Economics Revisited: The Case of Poverty. Menurut beliau, kupasan pada jadual tersebut adalah
berdasarkan kajian terhadap sirah Rasulullah SAW mengenai rawatan Rasulullah SAW terhadap
kemiskinan itu sendiri.
162/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Menurut kajian oleh Schieman et al (2003) nilai keagamaan dalam diri individu
mampu mengawal kehidupan seseorang dimana mereka akan cenderung
bersungguh dalam mencapai cita-cita tanpa menyalahkan nasib semata. Malah
ia juga disokong oleh ramai ahli psikologi yang mana mereka bersetuju nilai
keagamaan yang dianuti tidak akan mengikis kehidupan malah ia sebenarnya
mampu mengawal tekanan hidup yang akhirnya mampu meningkatkan
kepuasan hidup. Oleh itu, kajian ini amat bersetuju bahawa kepentingan aspek
keagamaan memberi kesan kepada aspek kesihatan mental individu yang
akhirnya akan memberi kepuasan hidup. Namun begitu, dapatan kajian ini
dicatatkan hanya 24.3 peratus responden adalah bukan dibawah kategori warga
emas dan majoritinya adalah terdiri daripada warga emas yang mana
kebanyakannya tiada upaya untuk mengubah nasib hidup dan hanya mampu
menumpukan kepada ibadat. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya
mereka mempunyai kesedaran agama ketika hidup dan ingin mengelakkan
pengakhiran kehidupan dalam kekufuran kerana kekayaan jiwa akan
menjadikan mereka kaya dalam kehidupan sebenar. Justeru, disarankan agak
pihak MAIK dapat mengagihkan bantuan zakat kepada golongan bukan
dibawah kategori warga emas lebih ramai berbanding warga emas supaya
bantuan yang diberi dapat dimanfaat dengan baik dan dijangkakan mampu
mengubah asnaf daripada penerima kepada pembayar zakat. Daripada sudut
analisis persepsi terhadap zakat dan kesannya, ia juga merujuk kepada
pandangan responden terhadap MAIK.
Hasil analisis skor secara puratanya mendapati persepsi ini berada
ditahap sederhana (Jadual 4) dan tahap sederhana ini adalah kurang baik.
Justeru, dapat disimpulkan bahawa responden hanya sekadar berpuas hati akan
bantuan yang diterima dan menjangkakan jumlah bantuan yang diterima itu
kurang mencukupi untuk menampung perbelanjaan mereka pada setiap bulan
(Jadual 7). Sekiranya kutipan zakat sentiasa meningkat, disarankan agar pihak
MAIK dapat menaikkan jumlah nilai bantuan zakat tersebut supaya agihan
zakat dapat memberi kesan yang lebih efektif kepada asnaf. Namun,
berdasarkan hasil temubual yang telah dilakukan oleh pengkaji, telah
menunjukkan bahawa terdapat segelintir asnaf berbelanja tidak mengikut
keperluan hidup sebagai contoh membuat langganan rancangan televisyen dari
Astro dimana ia memerlukan peruntukan pembayaran secara bulanan.
Lazimnya, perkara tersebut bukanlah suatu keperluan asas dalam kehidupan
seharian tetapi ia merupakan satu kepuasan. Analisis purata min bagi persepsi
terhadap golongan kaya setempat adalah sederhana dengan mencatatkan purata
min sebanyak 2.08 merujuk kepada Jadual 5. Tahap sederhana menunjukkan
keputusan yang kurang baik. Ini bermaksud bahawa walaupun kedua-dua
golongan kaya dan miskin ini dapat ditemui dalam persekitaran atau kawasan
yang sama, tetapi mereka bekerja dan hidup dengan cara yang tidak sama.
Justeru, ia juga menunjukkan bahawa nilai masyarakat setempat di mukim
tersebut adalah agak kurang sihat daripada segi sikap murah hati, rendah diri
dan lain-lain (rujuk Jadual 5). Nilai masyarakat yang kurang sihat ini dijangka
bersebabkan oleh kurangnya kesedaran golongan yang berkemampuan ini
terhadap kepentingan berzakat, bersedekah dan sebagainya. Justeru,
Persepsi Golongan Miskin Terhadap Kemiskinan dan Implikasinya dalam Merealisasi
Pembangunan Nilai Islam: Kajian Terhadap Penduduk Miskin Bandar Kota Bharu, Kelantan /163

dicadangkan agar institusi agama sama ada MAIK mahupun masjid


terutamanya mengambil inisiatif bagi meningkatkan lagi kekerapan ceramah
dalam menyentuh kepada intrumen kewangan Islam. Ini bertujuan memberi
kesedaran kepada penduduk setempat yang beragama Islam akan kepentingan
berzakat, memberi sedekah dan melakukan kerja-kerja amal bagi membantu
golongan fakir dan miskin seperti yang telah dituntut dalam agama Islam.
Tambahan pula, hubungan sosial yang harmoni antara kaya dengan miskin
dapat melancarkan lagi penubuhan sebuah masyarakat Islam, maka menjadi
kepentingan dalam merealisasikan pembangunan Islam di negeri Kelantan.
Menyentuh perihal nilai keagamaan responden, dapatan kajian
menunjukkan keseluruhan responden mencatatkan Index Keagamaan (RI)
melebihi 80 peratus. Menurut Naziruddin dan M. Shabri (2003; h.47), nilai
indeks tertinggi yang boleh dicapai ialah 100. Secara umumnya menunjukkan
responden mempunyai pegangan agama yang baik (Hairunnizam & Sanep,
2010). Justeru, pegangan agama yang amat baik melambangkan kekayaan jiwa.
Kekayaan jiwa dijangkakan akan cenderung kepada akhlak yang baik dan
mendorong kepada konsistensi untuk mengubah nasib hidup, sentiasa berdoa
dan bertawakkal kepada Allah agar dijauhi kehidupan dari dibelenggu
kemiskinan harta kerana kemiskinan harta juga boleh membawa kepada
kekufuran sekiranya berlaku kemiskinan jiwa. Ini jelas menunjukkan bahawa
responden dalam kajian ini sememangnya mengalami kemiskinan harta tetapi
kaya dari sudut jiwa dan golongan ini menurut pandangan Islam, tidak
dikategori sebagai miskin kerana kekayaan jiwa akan menjadikan mereka kaya
dalam kehidupan sebenar. Walau bagaimanapun berdasarkan hasil temubual
dari imam-imam masjid mukim (Jadual 10), tidak dinafikan ada sekelompok
asnaf mempunyai tahap nilai keagamaan yang rendah. Menurutnya, ini amat
merunsingkan dimana mereka boleh cenderung ke arah lebih negatif.

Jadual 14: Kategori Orang Miskin dan Kaya


Kategori Jiwa Harta Catatan
1 Kaya Kaya Kategori paling terpuji. Perlu dihasilkan orang
yang sedemikian sebanyak mungkin.
2 Kaya Miskin Dibenarkan untuk wujud berdasarkan
pilihannya sendiri, kerana dia mampu hidup
tanpa membebani negeri dan masyarakat.
3 Miskin Miskin Kategori yang paling negatif dan paling
memerlukan bantuan. Sebahagian besar
peruntukan negeri harus diperuntukkan untuk
mereka.
4 Miskin Kaya Kategori kedua yang paling negatif. Sebahagian
besar peruntukan negeri juga harus
diperuntukkan kepada mereka meskipun
mereka kaya, sehingga mereka dapat
meningkatkan kekayaan jiwa, supaya kekayaan
mereka dapat memberi manfaat kepada negeri
dan masyarakat secara keseluruhan.
Sumber : Muhammad Syukri (2013)
164/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Kesimpulan

Penambahbaikan secara berterusan oleh sesebuah institusi adalah wajar untuk


mencapai sesuatu matlamat. Sepanjang kajian dijalankan, tidak dinafikan
pengurusan zakat dari MAIK sentiasa berusaha bertindak secara adil dan
amanah terhadap kutipan zakat dari penduduk dan agihan zakat kepada
penduduk. Tambahan pula, MAIK sentiasa bekerjasama dengan pengurusan
masjid bagi memastikan pengurusan zakat lebih adil dan teratur. Berdasarkan
perbincangan pada bahagian perbincangan dan implikasi dasar diatas, dapat
dinyatakan bahawa sekiranya kemiskinan diukur dari sudut pandangan Islam,
dijangkakan bahawa negeri Kelantan adalah bukan diantara negeri yang
termiskin seperti yang telah diiktiraf kini. Salah anggapan konsep kemiskinan
boleh menjejaskan proses pembangunan di mana-mana negara sekalipun
terutamanya di negeri Kelantan dalam merealisasikan pembangunan
berteraskan Islam. Turut dilihat adalah persepsi terhadap zakat dan kesannya
yang mana pembahagian zakat masih lagi kurang efektif kepada asnaf. Selain
itu, nilai Islam seperti konsep At-taawun (tolong-menolong) yang diusahakan
oleh kerajaan negeri Kelantan terhadap masyarakat masih dilihat lemah dari
segi aplikasinya. Juga dapat disimpulkan bahawa usaha pentadbiran kerajaan
negeri Kelantan yang berteraskan Islam selama 28 tahun ini telah memberi
kesan yang positif kepada masyarakat Kelantan terutamanya dari sudut nilai
keagamaan.
Rujukan

Abu Umar Faruq Ahmad, M. Kabir Hassan & Abul Kalam Muhammad Shahed. (2006).
“Zakah and Re-distributive Justice in Islam”, The Journal of Muamalat and
Islamic Finance Research, Vol. 3, No. 1, p. 1-22.
Ahmad Fahme, Zakariah, A.R., Fuadah, J., & Muhammad Ridhwan. (2015). The
Effectiveness of Zakat in Reducing Poverty Incident: An Analysis in Kelantan,
Malaysia.Asian Social Science; Vol. 11, No. 21; 2015. ISSN 1911-2017 E-
ISSN 1911-2025.
Ahmad Fahme Mohd Ali, Mohd Faisol Ibrahim & Muhammad Ridhwan Ab. Aziz.
(2017). Measuring Poverty From Expenditure View: An Analysis of Zakat
Recipients Among Poor and Needy in Kelantan, Malaysia. Journal of Business
and Social Development Volume 5 Number 1, March 2017: 1-17.
Bahril B. Balli dan Wahid Razzaly. (2010). Kerangka Kaedah Penilaian untuk
Pengiktirafan Penilaian terdahulu (PPPT) dalamKonteks Pembelajaran
Sepanjang Hayat: Transformasi Pendidikan Politeknik di Malaysia.
Persidangan Kebangsaan Penyelididkan dan Inovasi dalam Pendidikan dan
latihan Teknik dan Vokasional CIE-TVT 2011, 16-17 November 2011, Pulau
Pinang.
Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad. (2010). Pengaruh Faktor Keagamaan Terhadap
Kualiti Hidup Individu:Kajian Kes Anaf Fakir dan Miskin. Seminar Kebangsaan
MACFEA ke-14: Hala tuju Penyelidikan Kepenggunaan.
Khan, Z & Ullah, K. (2015). Conceptualizing poverty in capitalism and Islam. Al-Idah,
(31), 26-36.
Persepsi Golongan Miskin Terhadap Kemiskinan dan Implikasinya dalam Merealisasi
Pembangunan Nilai Islam: Kajian Terhadap Penduduk Miskin Bandar Kota Bharu, Kelantan /165

Korayem, K & Mashhour, N. (2014). Poverty in secular and Islamic economics;


Conseptualization and povery alleviation policy, with refrence to Egypt. Topic
in Middle Eastern and African Economies, 16(1), 1-16.
M. A. Mannan. (1988). “The Economics of Poverty in Islam With Special Reference to
Muslim Countries”, in Munawar Iqbal, ed., Distributive Justice and Need
Fulfilment in an Islamic Economy, Islamabad, Pakistan: International Institute
of Islamic Economics and Leicester, UK: The Islamic Foundation. Revised
Edition.
Muhammad Syukri Salleh. (2014). Organizational and Definitional Reconfiguration of
Zakat Management. International Journal of Education and Research Vol. 2 No.
5 May 2014.
Muhammad Syukri Salleh. (2013). Concepts in Islamic Economics Revisited: The Case
of Poverty. Association of Science Culture Education (ILKE), Association of
Entrepreneurship and Business Ethics (IGIAD), and Scientific Studies
Association (ILEM), at Istanbul, Turkey, March 1-3, 2013. Humanomics 13 (3),
215-244.
Muhammad Syukri Salleh. (1990). Konsep dan Pelaksanaan Pembangunan
Berteraskan Islam. Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains
Malaysia.
Muhammad Syukri Salleh & Osman M Yusoff. (1997). The Poor People’s Perception
of Poverty and Its Implication on The Realization of Islamic Development In
Kelantan, Malaysia. Humanomics 13 (3), 215-244.
Naziruddin Abdullah & M.Shabri A.M. (2003). The influence of religiosity, income and
consumption on saving behavior: The case of IIUM. Iqtisad Journal of Islamic
economics.4(1): 37-55.
Schieman S, Nguyen K & Elliott. (2003). Religiosity, Socioeconomics Status and the
sense. of Mastery. Social Psychology Quarterly. 66 (3): 202-221
Siti ‘Adila Abu Bakar. (1999). Islam Attributes in Consumer Decision-making: An
Empirical Study in Singapore. Tidak diterbitkan.
Sohaimi Hj. Mohd Salleh & Mohd Gunawan Che Ab Aziz. (2011). “Manual
Pengurusan Agihan Zakat JAWHAR dan Cabaran Pelaksanaannya”, dlm.
Muhammad Syukri Salleh, Mohamad Salleh Abdullah & Zahri Hamat, sunt.,
Transformasi Zakat: Daripada Zakat Saradiri Kepada Zakat Produktif, Pulau
Pinang: Pusat Urus Zakat Pulau Pinang (PUZPP) & Pusat Kajian Pengurusan
Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia.
Bab 9

Persepsi Pesakit terhadap Peranan Dana Zakat Membiayai


Kos Rawatan Perubatan Asnaf: Kajian di Pusat Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)
Nur Farahana Saripudin
Hairunnizam Wahid
Mohd Ali Mohd Noor

Pengenalan

Zakat merupakan perintah Allah SWT yang wajib kita tunaikan setelah cukup
syarat-syaratnya. Kewajipan zakat ini banyak disebutkan di dalam Al-Quran
dan hadis yang jelas menunjukkan kepada kita bahawa ibadah zakat seiring
dengan kewajipan-kewajipan yang lain yang mesti diyakini oleh umat Islam.
Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 110 bermaksud:

‘..Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Dan apa saja


kebaikan yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan
mendapat pahalanya pada sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha
Melihat apa-apa yang kamu kerjakan’.

Terdapat pelbagai jenis bantuan zakat yang diberikan kepada pemohon


antaranya bantuan kewangan bulanan, modal perniagaan, modal penternakan,
pengurusan jenazah tanpa waris, bantuan kos perubatan dan sebagainya.
Namun kajian ini akan membincangkan mengenai bantuan zakat daripada
aspek perubatan. Zakat perubatan merupakan zakat yang diberikan kepada
pesakit yang tidak mampu membayar kos perbelanjaan rawatan. Objektif
utama pusat zakat ialah membantu meringankan beban golongan fakir dan
miskin yang tidak mampu bagi menampung pembiayaan kos perubatan samada
di pusat perubatan kerajaan ataupun swasta. Zakat perubatan boleh dimohon
secara terus di pusat zakat dan hospital. Zakat perubatan hanya terhad
diberikan kepada golongan asnaf al-gharimin sahaja.
Menurut institusi zakat Selangor, asnaf al-gharimin ialah orang Islam
yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau
keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan
masalah masyarakat dan memerlukan dengan syarat orang yang berhutang itu
tidak mampu menjelaskan hutangnya. Hutang itu hendaklah dalam perkara taat
168/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

yang diharuskan syarak. Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan


(“Lembaga Zakat Selangor,” 2013).
Peningkatan kos perubatan telah menyebabkan ramai asnaf telah
membuat pemohonan di pusat zakat. Keadaan ini telah menyukarkan pihak
zakat untuk menyaring pemohon yang benar-benar layak untuk menerima
bantuan. Oleh itu, inisiatif yang telah diambil ialah menyalurkan sebahagian
dana bantuan zakat kepada hospital di seluruh Malaysia. Peruntukan ini diberi
dengan kadar yang mencukupi sesuai dengan keadaan ekonomi, tempat dan
keperluan sebenar asnaf tersebut. Berdasarkan laporan tahunan zakat Selangor
2016 perbelanjaaan untuk menyelesaikan masalah perubatan pada tahun 2015
adalah sebanyak RM 52 juta dan meningkat pada tahun 2016 sebanyak RM 69
juta. Hal ini menujukan bidang perubatan merupakan salah satu aspek yang
amat dititikberatkan dalam institusi zakat untuk memudahkan fakir dan miskin
menerima rawatan.

Jadual 1: Jumlah Dana Zakat Lembaga Zakat Selangor dan Majlis Agama
Islam Wilayah Persekutuan Melalui Jabatan Kerja Sosial Perubatan di PPUKM
Tahun 2010 Hingga 2017
Tahun Institusi Zakat
LZS (RM) MAIWP (RM)
2010 60,000 250,000
2011 63,000 250,000
2012 100,000 250,000
2013 200,000 250,000
2014 100,000 300,000
2015 100,000 150,000
2016 100,000 150,000
2017 200,000 200,000
Jumlah 1,122,800 2,0000,800
Sumber: temubual bersama pegawai JKSP

Untuk PPUKM agihan dana zakat perubatan yang diterima berbeza


setiap tahun bergantung kepada peruntukan yang diberi oleh LZS dan MAWIP.
Berdasarkan Jadual 1 menunjukan jumlah dana zakat LZS dan MAWIP di
PPUKM pada tahun 2010 hingga 2017. Pada tahun 2016 menunjukan jumlah
dana zakat yang diterima dari LZS ialah RM 100,000 dan meningkat sebanyak
RM 100,000 menjadikan pada tahun 2017 sebanyak RM 200,000. Manakala
dana zakat yang diterima dari MAWIP pada tahun 2016 sebanyak RM 150,000
dan kenaikkan RM 50,000 menjadikan pada tahun 2017 RM 200,000. Dana
yang diberi akan diuruskan oleh pihak Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP).
JKSP bertanggungjawab memainkan peranan memberikan bantuan
kepada mereka yang memerlukan. Bantuan diberikan kepada pesakit-pesakit
asnaf yang menerima rawatan di PPUKM melalui kaedah rujukan daripada
Pegawai Perubatan, di klinik-klinik dan wad-wad, Jabatan Pemulihan
Perubatan, Unit Hasil dan Taksiran dan Jabatan Kewangan. Perkhidmatan yang
diberikan meliputi penilaian psikososial/sosioekonomi, perundingan
kemudahan komuniti, intervensi krisis, dan rujukan ke sumber komuniti bagi
Persepsi Pesakit terhadap Peranan Dana Zakat Membiayai Kos Rawatan Perubatan Asnaf:
Kajian di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)/169

bantuan praktikal. Jenis bantuan yang diberikan ialah bantuan untuk


pembiayaan kos rawatan, peralatan dan ubat- ubatan. JKSP bertanggungjawab
menguruskan pelbagai dana bantuan yang diterima seperti dana Tabung
bantuan perubatan Malaysia (TBP), Tabung kebajikan pesakit PPUKM,
institusi zakat MAWIP dan LZS, SAHABAT PPUKM, UEM Group Berhad,
Tabung Lion Group, Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM), Media
Prima, Buddist Tzu Chi, Majlis kanser Negara (Makna),dan tabung kebajikan
pesakit PPUKM (TKPPPUKM). Setiap dana yang diperolehi akan diagihkan
kepada asnaf mengikut jenis keperluan perubatan dengan nasihat pakar
perubatan. Bantuan kewangan yang diterima adalah berbentuk wang tunai, cek,
postal order, money order dan kiriman pos.

Rajah 1: prosedur permohonan bantuan dana zakat perubatan PPUKM


Sumber: temubual bersama pegawai JKSP

pegawai
pesakit
perubatan
membuat penilaian oleh kelulusan oleh
mengenal
permohonan JKSP JKSP
pasti pesakit
bantuan zakat
asnaf

Sumber: temubual bersama pegawai JKSP

Rajah 1 menunjukan prosedur yang perlu dilalui oleh pesakit di


PPUKM. Prosedur pertama ialah pesakit asnaf akan dikenal pasti oleh doktor.
Pesakit yang mengalami masalah kesihatan akan berjumpa doktor bagi
mendapatkan pengesahan penyakit yang dihadapi, jenis rawatan yang perlu
dilalui, tempoh rawatan, ubat-ubatan serta kos rawatan yang diperlukan.
Setelah pesakit dirawat, doktor akan menilai samada mereka mampu atau tidak
untuk menampung kos rawatan. Bagi pesakit yang memerlukan bantuan
kewangan, laporan kesihatan akan disediakan dan dirujuk oleh doktor kepada
JKSP secepat mungkin bagi mendapatkan bantuan kewangan kepada pesakit.
Prosedur kedua ialah pesakit membuat permohonan bantuan zakat. Pesakit
hanya perlu ke pejabat JKSP untuk mengisi borang permohonan dan
memberikan maklumat sosio ekonomi seperti status pekerjaan, pendapatan isi
rumah, tanggungan dan lain-lain kepada pegawai JKSP. Ketiga, penilaian
kelayakan. Maklumat sosio ekonomi yang diterima akan dinilai dan diteliti
untuk kelayakan asnaf samada menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan
LZS dan MAWIP. Di dalam proses penilaian ini JKSP bertanggungjawab
sepenuhya untuk membuat penilaian sosio ekonomi pesakit seperti status
pekerjaan, jumlah pendapatan, umur, had kifayah, tanggungan pesakit dan
sebagainya. Proses penilaian kelayakan ini akan dijalankan dengan teliti dan
berhemah disamping memastikan keadilan berlaku kepada pesakit dan juga
dana zakat kerana ia melibatkan duit zakat yang merupakan amanah daripada
pembayar zakat untuk diagihkan hanya kepada asnaf yang layak.
170/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Keempat proses kelulusan oleh JKSP. Kelulusan sesuatu permohonan


akan mengambil masa selama sehari hingga dua minggu. Bergantung kepada
maklumat permohonan yang lengkap. Setelah melalui proses penilaian, laporan
tersebut akan diserahkan kepada pegawai kanan JKSP untuk semakan semula.
Pegawai tersebut akan memastikan pesakit memberikan maklumat yang benar
serta layak menerima bantuan zakat perubatan. Akhirnya, borang permohonan
akan diserahkan kepada ketua JKSP bagi mendapatkan kelulusan bantuan.
Kuasa meluluskan permohonan hanya diperuntukkan kepada ketua JKSP.
Proses kelulusan yang cepat memudahkan pesakit menerima rawatan dengan
cepat, baik dan berkesan. Bantuan maksimum yang akan diberikan kepada
pesakit ialah RM15,000 setahun. Ada sebahagian pesakit akan berkongsi
pembayaran kos perubatan dengan jumlah peratusan yang kecil dan ada
sebahagian pesakit akan diberikan rawatan percuma bergantung kepada sosio
ekonomi dan rawatan yang akan dilalui pesakit.
Namun begitu, ketika soal selidik dilakukan ramai pesakit tidak
mengetahui akan kewujudan bantuan yang wujud di hospital. Tahap
pengetahuan pesakit mengenai bantuan hospital terutama dana zakat perubatan
ini masih rendah. Terdapat banyak berita di media sosial menunujukan pesakit
memohon bantuan sumbangan daripada masyarakat luar. Hal ini adalah kerana
mereka kurang pengetahuan mengenai bantuan yang ada di hospital. Malah
kajian mengenai tahap pengetahuan mengenai bantuan hospital, isu peranan,
proses dan keberkesanan agihan zakat perubatan kepada asnaf melalui tabung
dana zakat perubatan masih belum dibincangkan secara terperinici. Kajian ini
penting untuk menghebahkan kepada masyarakat luar mengenai zakat
perubatan yang telah wujud di hospital yang dapat membantu meringankan
bebanan asnaf.
Kajian lepas juga tidak banyak membincangkan secara meluas
berkaitan persepsi pesakit mengenai bantuan dana zakat perubatan
menyebabakan maklumat mengenai bantuan dana zakat perubatan tidak
diperluas. Justeru itu, tiga objektif utama kajian ini iaitu; (1) mengkaji tahap
pengetahuan pesakit terhadap tabung bantuan zakat perubatan dan respon
pesakit terhadap kewujudan tabung; (2) mengkaji maklumbalas pesakit
terhadap tabung perubatan di PPUKM dan (3) mengkaji maklumbalas pesakit
yang telah menerima bantuan zakat perubatan.
Kedudukan hospital bukan sahaja dilihat sebagai institusi untuk
memberi rawatan kepada pesakit malah sebagai institusi pembentukan dan
penyatuan umat Islam dengan pemberian zakat perubatan kepada pihak yang
memerlukan. Oleh itu, dapat dilihat zakat memainkan peranan yang penting
untuk mereka yang memerlukan bantuan bagi menampung pembiayaan kos
perubatan. Hasil kajian ini diharapkan akan dapat meningkatkan keyakinan
pembayar zakat untuk terus membayar zakat kepada institusi zakat secara
formal. Hal ini adalah kerana dapat meningkatkan kutipan zakat dan dapat
membantu lebih ramai pihak yang memerlukan.
Persepsi Pesakit terhadap Peranan Dana Zakat Membiayai Kos Rawatan Perubatan Asnaf:
Kajian di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)/171

Kajian Lepas

Kewajipan berzakat adalah fardhu ain ke atas setiap orang Islam yang
memenuhi syarat-syarat wajib. Oleh itu, seseorang muslim yang mengingkari
kefardhuan zakat boleh mengakibatkan murtad. Pengertian zakat menurut Mila
Sartika (2008) dari segi bahasa membawa maksud Merupakan kata terbitan
dari kalimah ( ‫ ) َزكَى‬bermaksud suci dan subur, termasuklah bersih, berkat,
berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima
zakat1. Manakala dari segi istillah Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu
dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada
golongan tertentu.2 Sebagaimana firman Allah mengenai Kewajipan zakat
dalam Surah An-Nur (ayat 56)

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah


zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”

Menurut Ahmad Hidayat (2000) telah menyatakan bahawa al-Quran dan al-
Hadith telah mentapkan bahawa asas pengurusan zakat adalah bersikap telus
dan adil dalam mengagihkan kepada mereka yang memerlukan. Disamping itu,
mereka harus berpengetahuan dan berkelayakan dalam menguruskan zakat
bagi menggalakkan masyarakat terus membayar zakat. lmtiazi (2000) juga
berpendapat bahawa pengurusan zakat perlu diuruskan oleh mereka yang
dipercayai, berkelayakan dan mempunyai kemahiran untuk mengurus dana
zakat.
Kesedaran masyarakat untuk membayar zakat secara formal
meningkat saban tahun. Hal ini dapat dibuktikan melalui laporan tahunan
pengurusan lembaga zakat Selangor 2017, jumlah kutipan pada tahun 2013
sebanyak RM 517 juta dan telah meningkat kepada RM 582 juta pada tahun
2014. Penigkatan jumlah kutipan zakat dapat dilihat pada 2015 dengan jumlah
sebanyak RM 627 juta dan pada tahun seterusnya RM 673 juta. Pada tahun
2017 pula menunjukan jumlah peningktan yang sangat drastik menjadikan
jumlah kutipan zakat sebanyak RM 757 juta dan untuk tahun seterusnya
peningktan jumlah kutipan zakat akan terus berlaku. Hal ini berkemungkinan
disebabkan faktor kaedah pembayaran yang lebih mudah iaitu pembayaran
secara atas talian (Mohamad Idham et.al, 2013). Di samping itu dengan
kewujudan kaunter van bergerak yang ada di kebanyakan kawasan amat
memudahkan masyarakat untuk membayar zakat. Peningkatan jumlah zakat ini
menunjukan pembayar zakat masih lagi membayar zakat secara formal.
Kenyataan ini disokong oleh kajian Sanep (2005) menyatakan bahawa
masyarakat masih lagi membayar zakat secara formal dan semakin berpuas hati
terhadap pengurusan pusat zakat.

1
Lembaga Zakat Selangor, ‘pengertian zakat’, http://www.zakatselangor.com.my/info-
zakat/pengertian-zakat/, dicapai pada 13 Julai 2018
2
Ibid.
172/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Peningkatan jumlah kutipan zakat akan memberi kelebihan kepada


asnaf dimana pelbagai bentuk bantuan zakat akan diberikan. Antara bentuk
bantuan yang diberikan ialah zakat perubatan yang memainkan peranan untuk
megurangkan kos pembiayaan rawatan pesakit. Mohamed (2007)
mencadangkan dana zakat digunakan sebagai sumber kewangan utama untuk
membiayai kos rawatan pesakit miskin. Sebagai tambahan Suhaib (2009)
mencadangkan agar dana zakat digunakan untuk menubuhkan farmasi di
pelbagai lokaliti berbeza dengan menyediakan rawatan kesihatan yang
percuma atau bayaran minimum. Perkhidmatan doktor sukarela atau doktor
yang mengenakan caj minimum juga perlu disediakan oleh institusi zakat dan
Baitul Mal untuk membantu pesakit yang memerlukan. Kini, hospital juga
turut mengagihkan zakat perubatan yang diterima daripada pusat zakat kepada
fakir, miskin, muallaf dan gharimin yang memerlukan bantuan perubatan.
Peningkatan kos perubatan telah menyebabkan ramai dalam kalangan
rakyat Malaysia telah membuat permohonan bantuan perubatan. Dana zakat di
Malaysia diuruskan oleh institusi-institusi zakat. Daripada kajian-kajian lepas,
tiada kajian yang mengkaji aspek zakat al-gahrimin perubatan secara khusus di
hospital dan pengetahuan masyarakat mengenai zakat perubatan. Kajian
Muhammad Hafiz et.al, (2017) menunjukan keberkesanan agihan zakat
perubatan oleh LZS dan MAWIP telah berjaya mengagihkan zakat secara
khusus kepada pesakit yang mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti
Kebangsaaan Malaysia (PPUKM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Pelaksanaan prosedur yang efisien dan mudah dapat membantu mengurangkan
karenah birokrasi dan pelaksaan model lokalisasi pengagihan zakat perubatan
dpat meningktkan tahap keyakinan kepda pembayar zakat untuk membayar
zakat secara formal. Menurut Hairunnizam, Sanep dan Radiah ( 2012) kaedah
lokalisasi perlu diperkasakan. Hal ini dapat memastikan pengurusan zakat
menjadi cekap dan efisen. Konsep lokalisasi atau penyetempatan pengagihan
zakat berlaku dimana kuasa kutipan dan agihan zakat yang diperuntukan
kepada pusat pengurusan zakat dijalankan dalam lokaliti atau kawasan yang
tertentu (Muhammad Syukri, 2006).
Kajian lain daripada Mohd Yusof et.al, (2016) menunjukan peranan
Bank Rakyat dalam mengagihkan zakat perubatan kepada asnaf zakat.
Kerjasama pengagihan zakat oleh institusi zakat dan bank rakyat telah
memberi kesan yang positif. Pelaksanaan kaedah lokalisasi iaitu adanya
penurunan kuasa atau desentralisasi kepada setiap daerah atau kampung yang
mana lebih dekat dengan masyarakat setempat dan lebih mengenali asnaf yang
layak mendapatkan bantuan zakat menjadikan pengagihan zakat kepada asnaf
menjadi lebih tertumpu, adil dan cekap.
Kajian Aliah et.al, (2017) mengkaji persepsi asnaf zakat al-gharimin
(perubatan) terhadap agihan zakat oleh lembaga zakat Selangor: kajian di
Gombak, Selangor. Hasil kajian mendapati pengagihan zakat kepada golongan
al-gharimin oleh LZS sangat efisien dan tahap kepuasan asnaf yang menerima
sangat baik. Namun begitu, kajian ini berbeza kerana mengakji secara khusus
persepsi pesakit terhadap pengetahuan zakat perubatan dan peranan dana zakat
dalam membiayai kos rawatan perubatan di PPUKM.
Persepsi Pesakit terhadap Peranan Dana Zakat Membiayai Kos Rawatan Perubatan Asnaf:
Kajian di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)/173

Metodologi Kajian

Kaedah pensampelan: Terdapat dua kaedah digunapakai bagi menjalankan


kajian ini. Bagi mendapatkan data, pengedaran soal selidik dan temubual telah
dijalankan. Pensampelan secara rawak berkelompok dilakukan dengan
mengedarkan soal selidik kepada 27 orang individu yang terdiri daripada
pelbagai peringkat umur. Responden merupakan pesakit kronik seperti
penyakit jantung koronari, systemic lupus erythematosus, limfoma, dan
sebagainya di PPUKM yang mendapatkan rawatan perubatan dua hingga lima
kali dalam tempoh sebulan. Borang soal selidik telah diedarkan selama
seminggu kepada pesakit yang berpotensi untuk menjawab soalan. Borang soal
selidik mempunyai lima (5) bahagian iaitu Bahagian A mengenai latar
belakang responden, Bahagian B mengenai pengetahuan mengenai zakat
perubatan, Bahagian C maklumat responden yang menerima dan tidak
menerima zakat perubatan. Akhir sekali Bahagian D cadangan
penambahbaikan, jenis bantuan dan dana yang diperlukan oleh pesakit.
Terdahulu, temu bual secara semi struktur dengan ketua pegawai jabatan kerja
sosial perubatan, Puan Suraiyah Harun pada 13 Mac 2018 bertujuan
mendapatkan maklumat dan penjelasan yang lebih jelas akan pelaksanaan
tabung Zakat perubatan di PPUKM.

Kaedah Analisis Data: Kajian ini menggunakan analisis secara diskriptif yakni
menggunakkan nilai min bagi setiap soalan. Kesemua soalan adalah berbentuk
skala likert bernilai 1 iaitu tidak setuju hingga 3 iaitu sangat setuju. Menerusi
analisis ini, Jadual 3 menunjukkan maklumbalas responden terhadap
pengetahuan mengenai zakat perubatan di PPUKM. Manakala Jadual 4
menunjukkan respon pesakit terhadap kewujudan tabung bantuan dana zakat
perubatan di PPUKM. Interpretasi min yang digunapakai oleh kajian ini pada
jadual 4 pula diadaptasi daripada kajian Bahril B. Balli dan Wahid Razzaly
(2010) dan telah diubah suai mengikut kesesuian dalam kajian ini yang
menggunakan tiga skala tahap persetujuan sahaja iaitu skala tahap persetujuan
yakni < 1.44 adalah rendah, 1.45 hinga 2.28 adalah sederhana dan akhir sekali
>2.29 adalah tinggi.

Hasil Kajian

Jadual 2 menunjukan latar belakang responden seramai 27 orang. Responden


yang terlibat majoritinya adalah berjantina perempuan yakni sebanyak 66.67
peratus dari jumlah responden. Seramai 17 orang daripada responden sudah
berkahwin dan selebihnya masih bujang. Rata-rata responden yang menjawab
soal selidik ini adalah mereka yang bertaraf pendidikan STPM/STAM/
Diploma iaitu sebanyak 37.04 peratus dari jumlah responden. Kajian ini juga
mendapati responden mempunyai pelbagai latar belakang dalam sektor
pekerjaan. Sebahagian besar daripada responden adalah kakitangan swasta iaitu
seramai lapan orang daripada 27 orang responden. Seramai tujuh (7) orang
174/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

responden yang bekerja di sektor kerajaan dan seorang responden bekerja


sendiri. Lima orang tidak bekerja dan enam adalah pelajar. Responden yang
tidak bekerja adalah mereka yang sudah tamat perkhidmatan, pelajar dan tidak
mampu untuk bekerja kerana penyakit kronik yang dihadapi. Dapat dilihat juga
lingkungan pendapatan para responden antara RM0 hingga RM 900 paling
ramai seramai 11 orang dengan 40.74 peratus daripada jumlah responden
terdiri dalam kalangan pelajar dan tidak bekerja . Manakala pendapatan RM
3,100 hingga RM 3,860 seramai tujuh orang dengan peratusan sebanyak 25.93.

Jadual 2: latar belakang responden


Peratusan
Item Bilangan
(%)
Jantina
Lelaki 9 32.14
Perempuan 19 67.86
Status
Bujang 10 35.71
Berkahwin 18 64.29
Taraf Pendidikan
SRP/PMR 4 14.29
SPM 4 14.29
STPM/STAM/ Diploma 11 39.28
Ijazah Sarjana Muda dan ke atas 9 32.14
Sektor Pekerjaan
Kakitangan Awam 7 25.00
Kakitangan Swasta 8 28.57
Bekerja Sendiri 1 3.57
Tidak Bekerja 6 21.43
Pelajar 6 21.43
Pendapatan Isi Rumah
RM 0-900 42.86
RM 1000-1800 12 7.14
RM 1900-2500 2 14.29
RM 2600-3000 4 10.71
RM 3100-3860 3 25.00
Sumber: Berdasarkan maklumat soal selidik

Tahap pengetahuan pesakit terhadap bantuan dana zakat perubatan:


Jadual 3 menunjukan maklumbalas responden terhadap pengetahuan mengenai
zakat perubatan di PPUKM. Seramai 26 orang responden tidak mengetahui
mengenai zakat perubatan dengan peratusan sebanyak 96.3 peratus. Manakala
seorang responden mengetahui dan menerima bantuan zakat perubatan.
Menerusi soal selidik yang dijalankan, penyataan skor 1 sebagai mewakili
tidak setuju, skor 2 mewakili setuju dan skor 3 mewakili sangat setuju . Jadual
4 menunjukan respon pesakit terhadap kewujudan tabung bantuan zakat
perubatan di PPUKM. Soalan yang dikemukan adalah bersifat am mengenai
bantuan zakat dan zakat perubatan di PPUKM. Antara persoalan yang
dikemukan ialah pernah menerima bantuan zakat perubatan, pesakit amat
memerlukan bantuan zakat, mengetahui akan kewujudan zakat perubatan,
Persepsi Pesakit terhadap Peranan Dana Zakat Membiayai Kos Rawatan Perubatan Asnaf:
Kajian di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)/175

menerima sumbangan dari agensi atau individu lain, memohon bantuan terus
dari pusat zakat dan perspektif positif mengenai agihan zakat.

Jadual 3: Maklum balas responden terhadap pengetahuan mengenai zakat


perubatan di PPUKM
Ya Tidak Jumlah
Responden
Pengetahuan mengenai zakat 1 27 28
perubatan di PPUKM (3.6%) (96.4%) (100%)

Nota: ( ) peratusan daripada keseluruhan responden


Sumber: Maklumat temubual

Jadual 4: Respon pesakit terhadap kewujudan tabung bantuan zakat perubtan di


PPUKM
No Item Soalan Tidak Setuju Sangat Skor Tahap1
setuju setuju Min
1 Pernah menerima bantuan 26 1 0 1.04 Rendah
zakat perubatan (96.3) (3.7) (0)
2 Pesakit amat memerlukan 1 14 12 2.41 Tinggi
bantuan dana zakat (3.7) (51.9) (44.4)
3 Mengetahui akan 26 1 0 1.04 Rendah
kewujudan zakat (96.3) (3.7) (0)
perubatan di PPUKM
4 Menerima sumbangan 24 3 0 1.11 Rendah
dari agensi atau individu (88.9) (11.1) (0)
lain
5 Memohon bantuan terus 26 1 0 1.04 Rendah
dari pusat zakat dan (96.3) (3.7) (0)
jabatan kebajikan
masyarakat
6 perspektif positif 1 9 17 1.41 Rendah
mengenai agihan zakat (3.7) (33.3) (63.0)
Purata Min 1.34 Rendah
Nota: ( ) peratusan daripada keseluruhan responden
Skala Tahap Persetujuan; < 1.44; Rendah; 1.45-2.28; Sederhana; >2.29 Tinggi
Sumber: Berdasarkan maklumat soal selidik 2018

Respon responden terhadap pesakit amat memerlukan bantuan dana


zakat di tahap tinggi dengan skor min 2.41, seramai 44.44 peratus sangat
setuju, 51.9 peratus setuju dan 3.7 peratus tidak setuju. Data ini menunjukan
pesakit memerlukan bantuan kewangan bagi menampung kos pembiayaan
rawatan di hospital. Manakala respon pesakit terhadap soalan mengenai pernah
menerima bantuan zakat perubatan, mengetahui akan kewujudan zakat
perubatan PPUKM dan memohon bantuan terus dari pusat zakat dan jabatan
kebajikan masyarakat masing-masing berkongsi skor min yang sama iaitu 1.04
dan di tahap rendah dimana seramai 26 orang responden tidak bersetuju dan
176/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

seorang bersetuju. Kebanyakan pesakit tidak mengetahui mengenai zakat


perubatan. Oleh itu, mereka tidak pernah membuat permohonan untuk
mendapatkan bantuan dana zakat perubatan. Respon mengenai menerima
sumbangan dari agensi individu lain juga berada di tahap rendah dengan skor
min sebanyak 1.11 dengan respon tidak setuju sebanyak 88.9 peratus dan 11.1
peratus setuju. Manakala, respon pesakit terhadap perspektif positif mengenai
agihan zakat berada di tahap rendah. Skor min yang diperoleh ialah 1.41.
Purata min yang diperoleh bagi respon pesakit terhadap kewujudan tabung
dana zakat perubatan ialah 1.40 dan berada di tahap rendah. Hal ini
menunjukan tahap pengetahuan pesakit masih rendah mengenai kewujudan
tabung zakat perubatan yang wujud di PPUKM.

Jadual 5: Pandangan pesakit PPUKM terhadap zakat perubatan PPUKM


Informan Maklum balas
Informan1 “...tak pernah tahu mengenai zakat perubatan. Macam mana zakat
perubatan tu...?”
Informan2 “...zakat perubatan pun ada ya? Saya ingatkan zakat fitrah dengan
perniagaan sahaja...”
Informan3 “...kalau ada kenapa saya tidak tahu. Saya pun orang kurang
berkemampuan. Bantuan ini patut dipanjangkan dan disebarkan
kepada orang diluar sana...”
Informan4 “...saya tak tahu mengenai zakat perubatan. Kalau ada zakat
perubatan mudah la lepas ni. Zakat hanya untuk orang Islam jadi
cepat sikit terima bantuan. Bantuan lain ramai pemohon selain
orang Islam... “
Informan5 “...tak pernah dengar pun zakat perubatan. Kos perubatan mahal.
Baguslah ada bantuan ni...”
Sumber: Berdasarkan maklumat soal selidik 2018

Maklum balas pesakit terhadap bantuan zakat perubatan di PPUKM:


Berdasarkan Jadual 5, hasil daripada soal selidik yang dijalankan banyak
maklumat yang diperolehi daripada responden mengenai bantuan yang
diperlukan dan pandangan pesakit terhadap zakat perubatan PPUKM. Kajian
ini dapat menunjukan tahap pengetahuan responden terhadap bantuan zakat
perubatan masih rendah. Kebanyakan responden tidak mengambil tahu
mengenai bantuan yang diperutukan untuk bidang perubatan. Pemahaman
mereka mengenai zakat ialah zakat hanya diberikan kepada mereka yang
memerlukan dari segi ketidakmampuan dalam perniagaan, pertanian, pelajaran
dan kehidupan seharian. Selain itu, maklumbalas juga mendapati para
responden hanya mengetahui permohonan untuk bantuan perubatan hanya
boleh dimohon di pusat kebajikan masyarakat sahaja. Responden juga,
memahami bahawa zakat hanya diberikan kepada umat Islam sahaja
berbanding bantuan lain terbuka kepada semua masyarakat tanpa mengira
agama dan kaum.
Hasil kajian juga menganalisa bentuk bantuan yang diperlukan
pesakit. Berdasarkan Jadual 6, kebanyakan pesakit menyatakan bahawa bentuk
bantuan yang diperlukan ialah bantuan pembayaran bil perubatan. Bil
Persepsi Pesakit terhadap Peranan Dana Zakat Membiayai Kos Rawatan Perubatan Asnaf:
Kajian di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)/177

perubatan yang sering berubah akibat rawatan yang diterima berbeza setiap
kali hadir ke hospital ketika menerima rawatan mengakibatkan bil rawatan
berbeza. Hal ini menyukarkan pesakit yang kurang berkemampuan. Bantuan
lain yang diperlukan ialah bantuan ubatan dan bantuan kewangan untuk
pembedahan. Responden ada menyatakan bantuan ubatan sangat diperlukan
kerana ada di antara mereka yang perlu mengambil ubatan yang khusus dan
pengambilan ubat sepanjang hayat dengan kos ubatan yang tinggi. Sebagai
tambahan, doktor juga menyarankan pesakit mengambil makanan tambahan
seperti vitamin, susu, buah-buahan dan makanan seimbang. Malah untuk
pesakit yang mempunyai penyakit tertentu seperti diabetis memerlukan beras
dan susu yang khusus berbeza dengan pesakit lain dengan harga yang mahal.

Jadual 6: Maklum balas pesakit terhadap bentuk agihan perubatan yang


diperlukan
Informan Maklum balas
Informan1 “...bantuan yang saya perlukan sangat ialah bantuan pembayaran
bil hospital...”
Informan2 “...bantuan ubatan yang sangat diperlukan. Ubat-ubat mahal...”
Informan3 “...pembayaran bil hospital. Minggu lepas saya datang bayar bil
harga lain minggu ni lain...”
Informan4 “... bantuan kewangan untuk pembedahan...”
Informan 5 “...bantuan ubatan. Kena beli makanan tambahan lain...”
Sumber: Berdasarkan maklumat soal selidik 2018

Jadual 7: Maklum balas mengenai bantuan zakat menjadi pilihan utama dalam
memohon bantuan.
Informan Maklumbalas
Informan1 “...ya. Bantuan hanya untuk umat Islam. Mungkin permohonan
akan dipercepatkan... tak campur dengan kaum lain...”
Informan2 “...ya. Nampak sistematik kerana ada organisasi zakat yang
membantu mengagihkan zakat...”
Informan3 “...tidak, saya memilih tabung kebajikan hospital kerana nama
pun kebajikan hospital mestilah khusus untuk kebajikan
pesakit...”
Informan 4 “...ya...”
Informan5 “ ...tidak. Tabung kebajikan hospital...”
Sumber: Berdasarkan maklumat soal selidik 2018

Berdasarkan Jadual 7, hasil maklum balas juga mendapati kebanyakan


responden bersetuju mengenai bantuan zakat merupakan pilihan utama dalam
membuat permohonan bantuan. Bantuan zakat telah dikhususkan kepada umat
Islam sahaja. Oleh itu, pemohon tidak perlu bersaing dengan pemohon yang
bukan beragama Islam. Kepercayaan responden terhadap pusat zakat amat
tinggi. Responden juga menyatakan bahawa institusi zakat merupakan badan
yang berorganisasi dan sistematik. Oleh itu, bantuan dapat disalurkan dengan
baik dan cekap. Pengurusan agihan zakat yang efisien oleh institusi zakat
178/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

sangat memberi kesan yang besar kepada perkembangan institusi zakat,


pembayar zakat, dan penerima zakat dalam pembangunan asnaf zakat.

Jadual 8: Temubual bersama pesakit yang menerima bantuan zakat perubatan


Item Maklumbalas
Bagaimana anda mengetahui mengenai zakat .....melalui doktor dan staff PPUKM....
perubatan PPUKM?
Berapa tahun menerima zakat perubatan? .....7 bulan (November- Mei).....
Apakah jenis bantuan yang diterima? .....alatan perubatan seperti katil, kerusi roda,
alat bantuan pernafasan dan ubatan.....
Berapakah nilai kos perubatan yang ......nilai sebenar tidak tahu. Bantuan yang
diterima? dapat ialah katil, kerusi roda, bantuan alat
pernafasan. Bil rawatan percuma. Saya
terima bantuan daripada JKM dan Baitulmal
juga. Setiap satu bantuan RM350 sebulan....
Adakah anda berpuas hati dengan bantuan .....sangat berpuas hati. Zakat perubatan
zakat yang diterima? dapat merigankan bebanan pesakit......
Adakah bantuan zakat yang diterima .......mencukupi....
mencukupi?
Adakah bantuan zakat perubatan sangat ....Ya. Sangat membantu dalam
berkesan membantu pesakit? meringankan bebanan kewangan. Saya dan
isteri tidak bekerja dengan bantuan yang
diterima meringankan bebanan kami.....
Apakah cadangan terhadap bantuan zakat .....mempercepatkan proses permohonan
perubatan? borang. Banyak dokumen yang diperlukan
dan mengambil masa untuk
menyediakannya......
Sumber: Berdasarkan maklumat soal selidik 2018

Maklum balas pesakit yang telah menerima bantuan zakat perubatan:


Hasil kajian juga memperoleh seorang responden, Azhar bin Manap berumur
66 tahun yang menerima bantuan zakat perubatan PPUKM. Keadaan pesakit
yang menghadapi lumpuh seluruh badan dan tidak bekerja membolehkan
pesakit menerima bantuan zakat perubatan. Pesakit menghadapi penyakit
kencing manis, darah tinggi dan jantung dan ditambah lagi pesakit kini lumpuh
seluruh badan. Ketika di PPUKM pesakit telah menerima rawatan sebanyak
lima kali sebulan mengikut hari yang telah ditetapkan. Bentuk bantuan yang
diberikan ialah alat bantuan perubatan seperti katil, kerusi roda, ubatan dan alat
bantuan pernafasan. Walaupun pesakit tidak menerima bantuan wang tunai,
namun bantuan alat perubatan yang diterima amat diperlukan dan bermanfaat
kepada pesakit. Tambahan pula, kos setiap alat perubatan amat tinggi dan sukar
untuk mendapatkannya di farmasi di luar. Oleh itu, bantuan ini amat
memudahkan pesakit. Pesakit telah menerima bantuan zakat perubatan selama
tujuh bulan bermula pada bulan November 2017 hingga Mei 2018. Bil dan kos
rawatan juga ditanggung sepenuhnya oleh pihak hospital. Pesakit juga sedang
melalui rawatan fisioterapi di Hospital Rehabilitasi Cheras dan kos rawatan
juga ditanggung sepenuhnya oleh dana zakat perubatan. Malah pesakit juga
berada dalam keadaan yang lebih baik daripada sebelum menjalani rawatan
Persepsi Pesakit terhadap Peranan Dana Zakat Membiayai Kos Rawatan Perubatan Asnaf:
Kajian di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)/179

kesihatan. Pesakit sangat berpuas hati dengan rawatan dan layanan yang
diterima daripada pihak JKSP dan PPUKM.

Perbincangan dan Implikasi Dasar

Kos perubatan yang sangat tinggi akan menyukarkan pesakit asnaf menerima
rawatan yang baik. Bantuan zakat perubatan merupakan satu inisiatif yang baik
dan berkesan kepada asnaf dan dapat meringankan bebanan pesakit asnaf.
Hasil kajian mendapati 96.3 peratus responden tidak mengetahui mengenai
bantuan dana zakat perubatan. Hal ini dapat disokong dengan respon pesakit
terhadap kewujudan tabung bantuan zakat perubatan di PPUKM di tahap
rendah dengan purata min sebanyak 1.40 seperti di Jadual 4.
Bersesuaian dengan desakan ekonomi yang semakin menigkat dan
keperluan semasa bantuan zakat perubatan memainkan peranan penting kerana
dapat meringankan beban kewangan. Kajian ini mencadangkan agar institusi
zakat dapat menambahkan peruntukan dana zakat bagi membolehkan ramai
lagi pesakit mendapatkan bantuan. Seterusnya, akan dapat meningkatkan
jumlah bantuan yang diterima pesakit terutama kepada pesakit kronik. Di
samping itu, kajian juga mencadangkan agar pihak LZS membenarkan bantuan
dana zakat diberi kepada asnaf yang bukan rakyat Selangor. LZS telah
menghadkan bantuan zakat hanya diberikan kepada rakyat negeri Selangor
berbeza dengan MAWIP yang membenarkan asnaf negeri lain menerima
bantuan dari dana zakat MAWIP.
Selain itu, kajian ini juga mencadangkan agar pihak PPUKM
menghebahkan maklumat kepada pesakit mengenai bantuan yang ada di
PPPUKM. Antara cadangan untuk memperkasakan zakat perubatan ialah
kempen kesedaran bantuan hospital. Kempen kesedaran ini bertujuan memberi
kesedaran kepada masyarakat mengenai dasar, perkhidmatan, program, dan
aktiviti bantuan yang telah dijalankan pihak hospital. Kempen ini boleh
dijalankan dengan pengagihan risalah kepada pesakit dan meletakkan poster
berkaitan bantuan perubatan yang disediakan di PPUKM di sekitar kawasan
hospital. Cadangan lain ialah penghebahan bantuan melalui media massa
seperti radio, televisyen dan media sosial seperti facebook, twitter dan
instagram. Melalui medium ini penularan maklumat akan lebih pantas dan
akan sampai kepada keseluruhan masyarakat. Hal ini dpat dibuktikan melalui
kajian yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia
Malaysia (MCMC) pada tahun 2016 mendapati 96.5 peratus daripada
responden memiliki akaun Facebook dan 89.3 peratus pengguna telefon pintar
untuk mengakses internet. Oleh itu, masyarakat akan mendapat maklumat
berkaitan bantuan yang ada di hospital dengan pantas dan tepat.
Di samping itu, melalui respon pesakit yang menerima bantuan zakat
perubatan mengenai pelbagai dokumen yang diperlukan dan mengambil masa
yang lama untuk proses pengesahan, kajian mencadangkan agar pihak JKSP
menambahbaik tahap pengurusan yang sedia ada agar dapat bergerak dengan
lebih cekap dan efisien pada masa akan datang. Walaupun terdapat beberapa
180/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

kelemahan dan kekurangan daripada pihak JKSP daripada aspek penilaian dan
pengesahan, kajian mendapati proses penilaian dan pengesahan sebenarnya
tidak mengambil tempoh masa yang lama jika pesakit memberi maklumat dan
dokumen yang lengkap kepada pihak JKSP. Masalah ini sering terjadi di pihak
JKSP dimana mereka terpaksa menunggu, membuat panggilan dan hadir ke
rumah pemohon untuk mendapatkan maklumat yang lengkap yang
menunjukkan pihak JKSP sangat perihatin dan ingin membantu para pesakit
yang layak untuk mendapatkan bantuan zakat tersebut. Justeru pesakit yang
membuat permohonan perlu cakna dan perihatin terhadap permohonan yang
dibuat supaya mereka mendapat pengesahan bantuan dengan cepat dan
meneruskan rawatan kesihatan dan ini akan memudahkan pihak JKSP
memproses dengan cepat permohonan mereka. Bagi pesakit yang tidak
mengetahui bantuan yang ada, disarankan agar pesakit atau ahli keluarga
pesakit lebih proaktif untuk mencari maklumat mengenai bantuan kewangan
yang telah disediakan oleh pihak kerajaan, institusi kebajikan seperti zakat
serta pelbagai tabung yang wujud di hospital. Di hospital sebenarnya telah
diwujudkan satu kaunter pertanyaan yang membolehkan para pesakit bertanya
mengenai pelbagai jenis bantuan yang disediakan dan mendapatkan nasihat
yang sebenar berkaitan pelbagai masalah yang dihadapi terutamanya berkaitan
aspek kewangan dan kos rawatan. Pihak hospital akan sentiasa membantu dan
memberi kerjasama yang baik kepada pesakit yang memerlukan bantuan
tersebut.
Kajian ini juga mendapati hubungan yang baik dan harmoni antara
institusi zakat dan hospital akan memberi kesan dan pulangan yang positif
kepada semua pihak terutamanya asnaf zakat. Kaedah lokalisasi iaitu proses
penurunan kuasa atau desentralisasi kuasa kepada setiap hospital akan
memudahkan institusi zakat mengagihkan zakat kepada sasaran asnaf zakat
secara cekap dan efisien. Kaedah lokalisasi yang diwujudkan mampu
memberikan bantuan dengan lebih tepat kepada golongan sasaran kerana
hospital lebih dekat dengan pesakit dan mengetahui dengan lebih mendalam
mengenai keadaan penyakit dan pesakit kerana berhubung terus dengan doktor
yang merawat. Kelebihan dalam kaedah lokalisasi ini dilihat dari aspek proses
dan pengagihan zakat perubatan dimana proses birokrasi dapat dikurangkan.
JKSP telah menjalankan pengagihan dengan rasa tanggungjawab, adil dan
amanah. Proses yang teliti dan teratur menyebabkan bantuan dapat diagihkan
kepada golongan sasaran dengan baik. Proses yang diambil untuk pengesahan
adalah sehari sehingga dua minggu. Proses pengesahan ini berlaku dengan
cepat kerana mempunyai dokumen yang lengkap dan seterusnya dapat
mempercepatkan proses pemulihan dan rawatan pesakit.
Bantuan zakat perubatan PPUKM juga dapat dilihat dapat
mengurangkan kerenah birokrasi masyarakat. Masalah yang sering berlaku
dalam kalangan masyarakat ialah mengenai proses permohonan bantuan dan
pengurusan yang lambat dan tidak teratur menyebabkan asnaf yang layak
terlepas bantuan yang dimohon. Di hospital pesakit akan diuruskan oleh
pegawai JKSP menjadikan proses penilaian dan penerimaan lebih cepat dan
cekap. Hasil kerjasama ini akan membantu pengagihan zakat lebih berkesan
Persepsi Pesakit terhadap Peranan Dana Zakat Membiayai Kos Rawatan Perubatan Asnaf:
Kajian di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)/181

dan diberi kepada golongan asnaf yang memerlukan. Hasil kerjasama ini juga
dapat meningkatkan imej institusi zakat dan hospital. Kedudukan hospital
bukan sahaja dilihat sebagai institusi untuk memberi rawatan dan pemulihan
kepada pesakit malah sebagai institusi pembentukan dan penyatuan umat Islam
dengan pemberian zakat perubatan kepada pihak yang memerlukan. Manakala
pusat zakat pula dilihat dapat mengagihkan zakat dengan lebih luas dan
berkesan kepada seluruh kawasan yang sukar dicapai dan dikesan. Hal ini juga
diharapkan dapat memulihkan imej institusi zakat di kaca mata masyarakat
yang akhirnya akan meningkatkan kepercayaan kepada pembayar zakat untuk
terus membayar zakat secara formal kepada institusi zakat.

Kesimpulan

Berdasarkan kajian yang dijalankan dapat dirumuskan bahawa bantuan zakat


perubatan di hospital banyak membantu pesakit asnaf. Dengan pelaksanaan
zakat perubatan ini dapat memberi peluang dan membantu asnaf yang
memerlukan pembiayaan kos perubatan dalam mendapatkan rawatan dan
ubatan yang berkualiti untuk merawat penyakit mereka. Kajian ini menunjukan
kesan positif kepada responden yang menerima bantuan zakat. Banyak bantuan
yang diterima dapat meringankan beban kewangan. Malah keseluruhan
rawatan ditanggung oleh dana zakat. Responden yang tidak mengetahui
kewujudan bantuan zakat kini, lebih cakna dengan bantuan-bantuan lain yang
ada di PPUKM dan sedia bekongsi pengetahuan mengenai bantuan zakat
kepada mereka yang memerlukan pada masa akan datang. Usaha-usaha semua
institusi zakat amat bermakna kepada mereka yang memerlukan. Atas semua
usaha murni ini akan dapat membantu menjaga imej institusi zakat malah dapat
megurangkan kritikan dan mengangkat imej institusi zakat. Selain itu, dapat
mengalakkan agar masyarakat mambayar zakat secara formal seterusnya dapat
membantu lebih ramai yang memerlukan.
Dalam masa yang sama zakat juga bertindak sebagai medium dakwah.
Hal ini merupakan kelebihan kepada umat Islam berbeza dengan agama lain.
Secara umumnya, masyarakat bukan Islam menolak Islam bukan kerana agama
itu sendiri tetapi disebabkan oleh sikap umat Islam menyebabkan mereka
bersangka buruk terhadap agama Islam. Namun, melalui dakwah bil mal iaitu
berdakwah melalui harta , mereka akan melihat dengan pandangan yang lebih
terbuka mengenai kesempurnaan Islam. Ianya merupakan usaha dakwah yang
dilakukan melalui gerak kerja berbentuk kebajikan dengan membantu pesakit
yang memerlukan bantuan dari pelabagai aspek.

Rujukan
Al-Quran
Ahmad Hidayat Buang. (2000). Pengurusan Zakat: Satu Analisis Dari Perspektif al-
Quran dan al-Sunnah. Jurnal Syariah 8 (2): 89-102.
Eza Ellany, A.L, Mohd Rizal, P. & Mohamad Sabri, H. (2014). Prestasi Kecekapan
Agihan Kewangan dan Bukan Kewangan dalam Kalangan Institusi Zakat di
Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia 48 (2): 51-60.
182/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Fatin Armila, R., Hairunnizam, W. & Sanep, A. (2015). Isu Kontemporari Agihan Zakat
di Malaysia. Cadangan Lokalisasi Tadbir Urus Pengurusan Zakat dan Peranan
Institusi Masjid: Kajian Terhadap Pelajar Tajaan Lembaga Zakat Selangor di
Institusi Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur: Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan.
Hairunnizam, W., Sanep, A. & Radiah, A.K. (2012). Cadangan Penyetempatan
Pengagihan Zakat di Malaysia: Adakah Amil Sudah Bersedia? Jurnal Ekonomi
Malaysia 46 (2): 17-27.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. (2010). Pengagihan Zakat
oleh Institusi Zakat kepada Lapan Asnaf: Kajian di Malaysia. Jurnal
Pengurusan JAWHAR, 4(1): (hlm. 141-170).
Hairunnizam, W. & Sanep, A. (2014). Faktor Mempengaruhi Tahap Keyakinan Agihan
Zakat: Kajian Terhadap Masyarakat Islam di Selangor. Jurnal Ekonomi
Malaysia 48 (2): 41-50.
Hairunnizam, W., Sanep, A. & Mohd Ali, M.N. (2004). Kesan bantuan zakat terhadap
kualiti hidup Asnaf fakir dan miskin. The Journal of Muamalat and Islamic
Finance Research 1(1): 151–
Hairunnizam, W., Sanep, A. & Radiah, A.K. (2009). Pengagihan Zakat oleh Institusi
Zakat di Malaysia: Mengapa Masyarakat Islam Tidak Berpuas Hati? Shariah
Journal 17(1): 89-112.
Lembaga Zakat Selangor, ‘pengertian zakat’, http://www.zakatselangor.com.my/info-
zakat/pengertian-zakat/, dicapai pada 13 Julai 2018
Laporan Ringkasan Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat Lembaga Zakat Selangor.
Disember, (2016).
Mila Sartika, (2008). Pengaruh Pendayagunaan Zakat Produktif terhadap
Pemberdayaan Mustahiq pada LAZ Yayasan Solo Peduli Surakarta. La Riba
Jurnal Ekonomi Islam Vol. II, No. 1, Juli 2008.
Mohd Yusof, I. Hairunnizam, W. & Sanep, A. (2016). Pengagihan Zakat Perubatan Di
Malaysia: Peranan Bank Rakyat.
Muhammad Hafiz, H. Hairunnizam, W. & Sanep, A. (2016). Keberkesanan Agihan
Zakat Perubatan Oleh Institusi Zakat: Kajian Lembaga Zakat Selangor (LZS)
Dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Dalam Salmy
Edawaty et. al. (penyt.) Prosiding Seminar Kebangsaan Emas dalam Institusi
Kewangan di Malaysia. Bangi: Jabatan Syariah UKM
Muhammad Syukri Salleh. (2006) Lokalisasi Pengagihan Zakat: Satu Cadangan
Teoritis. dalam Hailani & Abdul Ghafar (penyt). Zakat: Pensyariatan,
Perekonomian & Perundangan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Mohamed, G.K (2007) Financing health care in Sudan: Is it a time for the abolishing of
user charges? Sudanese Journal of Public Health, 2(1), 38-47
Nur Aliah, Zulaikha & Hairunnizam (2017) Persepsi asnaf zakat al-gharimin
(perubatan) terhadap kaedah agihan zakat oleh lembaga zakat Selangor:kajian di
Gombak, Jurnal Muamalat,10, 146-168.
Suhaib, A.Q (2009) Contribution of zakat in the social development of Pakistan.
Pakistan journal of social science, 29 (2), 313-334
Zurina, Fuadah, Nursilah, Nurazira, & Azlan. (2017) Factors Affecting Quality of Life
of Medical Assistance Recipients of Zakat Fund in Malaysia International
Journal of Economics, Management and Accounting ,25(1) ,125-140.
10 SEPTEMBER 2013. http://www.sinarharian.com.my.Kos perubatan negara
meningkat 10 peratus
Persepsi Asnaf Orang Asli Terhadap Agihan Bantuan Zakat oleh Lembaga Zakat
Selangor (LZS): Kajian di Perkampungan Orang Asli Daerah Sepang, Selangor /183

Bab 10

Persepsi Asnaf Orang Asli Terhadap Agihan Bantuan Zakat


oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS): Kajian di Perkampungan
Orang Asli Daerah Sepang, Selangor
Norhapizah Ismail
Hairunnizam Wahid
Mohd Ali Mohd Noor

Pengenalan

Masyarakat Orang Asli merupakan kaum minoriti yang membentuk sebahagian


daripada populasi masyarakat Malaysia dengan anggaran jumlah penduduknya
di antara 140,000 hingga 180,000 orang. Bancian yang telah dijalankan oleh
Banci Penduduk dan Perumahan 2000, menunjukkan seramai 132,873
masyarakat Orang Asli iaitu mewakili sejumlah 0.5 peratus daripada jumlah
penduduk Malaysia. Daripada jumlah tersebut, JAKIM (2007) telah
menganggarkan seramai 30,000 orang daripada masyarakat Orang Asli
menganut agama Islam. Antara lain, data yang dikeluarkan oleh Jabatan
Kemajuan Orang Asli (JAKOA) pada tahun 2012, jumlah Orang Asli sekitar
Selangor adalah berjumlah 17, 875 orang, yang mana lelaki adalah seramai
9,254 orang dan perempuan seramai 8,333 orang yang diwakili oleh 73 buah
kampung. Daripada jumlah tersebut seramai 746 orang adalah dibawah
kategori miskin. Seterusnya, data taburan Orang Asli mendapati terdapat tiga
kategori kaum Orang Asli di Selangor iaitu 5,073 orang kaum Senoi, 1,2511
orang Melayu Proto dan 3 orang Negrito.
Berdasarkan angka yang telah dinyatakan, jelas bahawa masyarakat
Orang Asli juga perlu diberi perhatian oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS)
dalam menyantuni golongan yang kurang berkemampuan. Hal ini bertepatan
dengan potongan ayat al quran dari surah at Taubah ayat 60 bermaksud:

“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang


fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para
muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak,
orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang
yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang
diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana”.
184/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Ayat ini memberi penjelasan secara terperinci kumpulan yang layak


menerima bantuan agihan zakat antaranya ialah fakir, miskin, amil, mualaf,
riqab (hamba), gharimin (berhutang), fisabilillah (orang yang berjuang
mempertahankan agama Allah) dan ibnu sabil (orang Islam yang kehabisan
belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang
mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum syarak). Keutamaan
pembahagian zakat mengikut asnaf bertujuan untuk memastikan kesemua asnaf
dilayan dengan sewajarnya.
Oleh itu, usaha penambahbaikan telah dilakukan oleh LZS agar
kesemua masyarakat Islam dilayan secara sama rata. Pada 1 April 2017, urusan
agihan dan bantuan zakat bagi asnaf mualaf telah dipindahkan daripada Majlis
Agama Islam Selangor (MAIS) kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS)
menerusi pewartaan terhadap pindaan Peraturan Pendaftaran, Penjagaan dan
Pengajaran Mualaf Tahun 2017 dalam warta Kerajaan Negeri Selangor, pada
16 Mac 2017. Tujuan pemindahan tersebut adalah untuk menyelaras dan
membuat penjajaran semula fungsi serta aktiviti asnaf mualaf bagi urusan
agihan, bantuan kebajikan dan pendidikan kepada kira-kira 12,000 asnaf
mualaf. Disamping itu, pemindahan ini adalah bagi mengatasi masalah
pertindihan tugas, menambah baik sistem perkhidmatan pelanggan yang sedia
ada dan mengelak kelewatan bantuan kepada asnaf mualaf. Sebelum ini,
urusan agihan dan bantuan kepada asnaf mualaf dikendalikan oleh pihak MAIS
di 10 pejabat Agama Islam Daerah di seluruh Selangor akan diselaraskan serta
diuruskan oleh LZS yang mempunyai 27 cawangan di seluruh negeri (Harian
Metro; Selangorkini, 2017).
Maklumat yang telah dikeluarkan di dalam Portal LZS mencatatkan
kenaikan jumlah kutipan dan agihan sepanjang tahun. Hal ini menunjukkan
semakin meningkatnya tahap kesedaran orang ramai akan kepentingan
menunaikan zakat dan mereka juga percaya kepada LZS. Pada tahun 2012
jumlah kutipan zakat adalah bernilai RM 451.3 juta, pada tahun 2013
meningkat kepada RM 517.3 juta dan pada tahun 2014, sebanyak RM 582.2
juta telah berjaya dikutip. Seterusnya pada tahun 2015 jumlah kutipan terus
meningkat sebanyak RM 627.2 juta dan pada tahun 2016, jumlah kutipan yang
diterima oleh LZS ialah sebanyak RM 673.7 juta. Kesemua jumlah kutipan ini
telah diagihkan kepada asnaf yang layak menerima zakat seperti fakir, miskin,
amil, mualaf, gharimin, fisabilillah, riqab dan juga ibn sabil. Pada tahun 2012,
jumlah agihan adalah RM 407.7 juta, tahun 2013 meningkat kepada RM 463.4
juta. Peningkatan agihan turut berlaku pada tahun 2015 iaitu kepada RM 595.7
juta. Pada tahun 2015 jumlah agihan meningkat kepada RM 676.0 juta dan
catatan pada akhir tahun 2016 menunjukkan agihan meningkat kepada RM
697.4 juta.
Pengagihan bantuan ini bukan hanya untuk memenuhi keperluan
jasmani semata-mata malah ia juga bertujuan untuk memenuhi keperluan
rohani individu. Mohammad Nidzam (2011) menyatakan bantuan awal ini
adalah untuk tujuan sokongan moral daripada saudara seagama. Rosbi Abd
Rahman (2011) dalam kajiannya mendapati bahawa bentuk bantuan yang
diberikan kepada asnaf fakir atau miskin adalah berbentuk produktif seperti
Persepsi Asnaf Orang Asli Terhadap Agihan Bantuan Zakat oleh Lembaga Zakat
Selangor (LZS): Kajian di Perkampungan Orang Asli Daerah Sepang, Selangor /185

bantuan kewangan bulanan, bantuan sara hidup, bantuan makanan, pendidikan,


kesihatan dan lain-lain dan bantuan tidak produktif seperti bantuan modal
perniagaan, kursus motivasi, ceramah agama dan banyak lagi. Mahyuddin dan
Abdullah (2011) dalam kajiannya menyatakan pengagihan zakat kepada
Mualaf dapat membantu menguatkan iman mereka dan mewujudkan rasa
kekitaan orang Islam untuk membantu mereka yang memerlukan seperti
kumpulan ini. Menurut Mohd. Faisol dan Musani (2010), pengagihan zakat
boleh menguatkan ekonomi dan menigkatkan sosial mereka (untuk
mempertahankan kepercayaan dan pemikiran mualaf) dengan mengurangkan
beban kemiskinan mereka dan pada masa yang sama membuat mereka merasa
diterima dalam kalangan masyarakat Islam. Disamping itu, kajian oleh Fuadah
et. al. (2013) mendapati bahawa terdapat sebanyak 31 jenis program yang telah
dilaksanakan oleh MAIN untuk memastikan mualaf bersedia menghadapi
pelbagai cabaran cabaran sebagai saudara baru.
Kajian ini dijalankan untuk melihat bentuk-bentuk bantuan zakat yang
diterima oleh asnaf Orang Asli di perkampungan Orang Asli daerah Sepang,
Selangor di bawah kategori asnaf mualaf dan asnaf fakir miskin dengan
mengenal pasti bentuk dan nilai bantuan yang diterima bagi membuktikan
wujudnya manfaat kepada mereka dan memberi keyakinan kepada pembayar
zakat bahawa setiap zakat yang dikeluarkan oleh mereka diagihkan dengan
sewajarnya dan bukanya hanya tertumpu kepada orang Melayu sahaja
sebaliknya mualaf dari kaum atau bangsa lain seperti Cina, India dan Asli juga
turut merupakan penerima bantuan tersebut. Kajian ini turut mengkaji persepsi
penerima bantuan zakat terhadapa layanan pegawai, kelas atau program agama
yang dianjurkan oleh LZS serta melihat tahap kepuashatian mereka terhadap
bantuan yang diterima.
Kepentingan kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana
pengetahuan masyarakat Orang Asli berkenaan dengan bentuk-bentuk bantuan
dan jumlah bantuan yang diagihkan oleh LZS serta untuk memberikan maklum
balas kepada pihak yang berwajib seperti LZS, JAKOA dan juga Organisasi
Bukan Kerajaan (NGO) dalam menangani isu ketidakpuashatian Orang Asli
terhadap bantuan yang diberikan sekiranya ada.

Kajian Lepas

Masyarakat asli merupakan masyarakat minoriti di Malaysia yang baru


mengenali Islam dan mereka memerlukan bantuan serta bimbingan daripada
masyarakat Islam lain untuk memahami ajaran Islam. (Mohamad Zulkifli et. al,
2014) memperlihatkan pendekatan dakwah kepada masyarakat Asli sewajarnya
berasaskan lima prinsip asas maqasid al-syariah iaitu memelihara agama,
memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara keturunan dan memelihara
harta sebagai asas pemahaman Islam kepada masyarakat ini. Kesedaran untuk
hidup beragama dalam kalangan masyarakat Orang Asli masih di tahap
sederhana. Padzal (1997) dalam kajiannya menyatakan sebilangan kecil Orang
Asli menganut agama seperti Agama Islam, Kristian, Bahai dan Buddha,
186/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

manakala sebahagian besarnya masih berpegang kepada ‘agama’ atau


kepercayaan tradisi mereka iaitu Animisme. Terdapat enam faktor penentu
masyarakat Orang Asli memasuki Islam iaitu disebabkan faktor perkahwinan,
bantuan kewangan, mendapat ilham daripada laungan azan, pengkajian,
pengaruh, minat terhadap Islam (Ahmad Fauzi et. al, 2017).
Oleh itu, reformasi dalam pengurusan zakat telah dilaksanakan oleh
institusi zakat setiap negeri di Malaysia ini untuk memastikan masyarakat
Orang Asli tidak tercicir dalam mendalami dan menghayati ajaran Islam.
Justeru itu, seramai 30 peserta dalam kalangan saudara baru Orang Asli telah
menjalani Kursus Pemantapan Akidah Mualaf selama tiga hari anjuran
Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Mualaf. Tujuan program ini
dijalankan adalah untuk mendedahkan kepada peserta kefahaman Islam dengan
lebih jelas dan juga memantapkan akidah di kalangan mualaf. Matlamat
program ini tercapai bila mana para peserta perlu mengambil Ujian Kefahaman
Islam dan Latihan Praktikal bagi mendalami Agama Islam dengan lebih
terperinci. Disamping itu, para peserta juga turut diberi pendedahan dengan
aktiviti seperti Ceramah, Slot Tazkirah, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan
Praktikal Solat (MAIS, 2015). (Utusan, 2016); melalui Asnaf Zakat Mualaf
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Orang Asli diberikan
pendidikan agama melalui kelas bimbingan fardu ain di 38 buah
perkampungan Orang Asli sebanyak lapan kali sebulan. Program latihan
mualaf turut dirancang mengikut keperluan semasa seperti kelas dakwah yang
diadakan di Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan dan di 18 buah masjid
seluruh daerah. Mualaf yang baharu memeluk Islam juga diwajibkan
menghadiri Kursus Asas Kefahaman Islam selama enam hari yang diadakan
setiap bulan. Usaha dakwah kepada Orang Asli terus dilaksanakan dengan
pelbagai cara antaranya mewujudkan Pelan Strategi Dakwah Negeri Sembilan,
Proses Perakayasaan bersama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Pengurusan Malaysia (MAMPU), Kumpulan Inovasi dan Kreatif peringkat
Negeri Sembilan serta Anugerah Inovasi Islam Kebangsaan 2016.
Seterusnya, agihan bantuan zakat juga disalurkan kepada asnaf Orang
Asli mualaf dan fakir atau miskin agar mereka tidak merasakan diri mereka
disisihkan. Pelbagai jenis atau bentuk bantuan telah diperkenalkan untuk asnaf
fakir atau miskin dan juga asnaf mualaf. Antaranya ialah bantuan pendidikan,
bantuan perubatan, elaun kewangan bulanan dan sebagai. Pihak MAINS telah
memberikan sumbangan bantuan makanan kepada 630 buah keluarga Orang
Asli Islam di 68 buah perkampungan Orang Asli seluruh Negeri Sembilan bagi
membantu meringankan beban mereka. Seterusnya, Orang Asli turut layak
memohon skim bantuan lain seperti bantuan hari raya, dermasiswa serta
bantuan am merangkumi sara hidup, perkahwinan, hutang, pembelian motor,
pelajaran, perubatan dan sebagainya (Utusan, 2016). Seterusnya, (Berita
Harian, 2017) telah melaporkan maklumat, LZS telah menyerahkan susu khas
dan lampin dewasa kepada seorang asnaf yang menghidapi sakit saraf muka
dan lemah otot di Jalan Gombak Batu 8, Selangor.
Objektif pemberian bantuan adalah untuk memenuhi keperluan harian
setiap Muslim yang berada di bawah kategori asnaf. Sedikit sebanyak dana
Persepsi Asnaf Orang Asli Terhadap Agihan Bantuan Zakat oleh Lembaga Zakat
Selangor (LZS): Kajian di Perkampungan Orang Asli Daerah Sepang, Selangor /187

zakat dapat memberi impak kepada masyarakat dan negara dalam aspek
pembasmian kemiskinan dan pembangunan ekonomi (Manan, 2003). Mohd
Parid (2001) pula mendapati pengagihan zakat perlu mencapai tahap
kecukupan dan keselesaan hidup penerima zakat dan keluarga yang dibawah
tanggunganyya. Selain itu, menurutnya agihan tersebut perlu mencapai kadar
tertentu yang menjamin kualiti hidup yang berterusan. Sekiranya jumlah
kutipan adalah banyak, maka jumlah agihan yang akan diterima oleh asnaf
zakat turut meningkat dan ini akhirnya akan memberi kesan positif kepada
asnaf zakat dalam aspek ekonomi seperti peningkatan jumlah bantuan dan jenis
bantuan zakat, peningkatan jenis dan jumlah bantuan modal kepada asnaf yang
memungkinkan mengeluarkan asnaf terutamanya asnaf fakir dan miskin
daripada masalah kemiskinan (Chapra, 1992) atau sekurang-kurangnya secara
relatif dapat meningkatkan kualiti hidup asnaf (Hairunnizam et. al, 2011).
Isu birokrasi menyebabkan asnaf merasakan sukar untuk menerima
bantuan daripada institusi zakat. Di mana proses kelulusan untuk setiap
permohonan bantuan zakat mengambil masa agak lama bergantung kepada
bentuk-bentuk bantuan yang dimohon. Swaibatul Aslamiah et. al. (2015) dalam
kajiannya menjelaskan bahawa prosedur kutipan dan agihan adalah tatacara
yang diwujudkan bagi memastikan jumlah pungutan dan agihan diurus dan
dikendalikan mengikut peraturan kewangan yang ditetapkan serta
diperakaunkan dengan sempurna Namun, masih terdapat segelintir masyarakat
memandang serong dengan institusi zakat kerana tempoh masa kelulusan
mengambil masa yang lama. Muhammad Syukri (2006) dalam kajiannya
mendapati wujudnya isu birokrasi yang menyukarkan asnaf untuk
mendapatkan bantuan disebabkan oleh asnaf perlu mengisi borang yang
seterusnya menimbulkan masalah dalam sistem pengurusan dan seterusnya
menyebabkan ramai asnaf yang berkelayakan tidak memperoleh bantuan
selayaknya dan amaun bantuan adalah tidak relevan. Ia disokong dengan kajian
yang dibuat oleh Hairunnizam et.al. (2009); mendapati majoriti responden
beralasan kaedah pengagihan zakat adalah tidak jelas iaitu sebanyak 36.7
peratus diikuti masalah maklumat pengagihan yang tidak menyeluruh (32%),
pengagihan tidak menyeluruh mengikut asnaf (19.7%), jumlah pengagihan
wang yang tidak mencukupi (6.4%) dan akhirnya masalah-masalah lain (5%).
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh institusi zakat bagi menangani
masalah kemiskinan di Malaysia dengan memastikan kesemua pihak dapat
dibantu berdasarkan kelayakan yang sewajarnya. Walau bagaimanpun, masih
wujud keadaan di mana masih terdapat asnaf yang tidak mendapat bantuan.
Keadaan ini berlaku kerana pihak pengurusan zakat tidak dapat mengenal pasti
asnaf secara tepat terutamanya golongan fakir dan miskin. Hal ini terjadi
kerana kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada sesuatu pusat
pengurusan zakat terlalu besar. Semakin luas kawasan dipertanggungjawabkan,
semakin besar jurang perhubungan antara pusat pengurusan zakat dengan
pembayar zakat (Muhammad Syukri, 2006). Oleh itu, dalam kajiannya beliau
telah mencadangkan kepada institusi zakat membuat kaedah penyetempatan
zakat dengan mengecilkan kawasan tanggungjawab dan mengendurkan
188/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

pemusatan yang sedia ada (Muhammad Syukri, 2006). Tambahan pula,


terdapat kajian yang membuktikan wujud hubungan yang signifikan antara
persepsi penyetempatan pengagihan zakat dan peranan masjid sebagai
cawangan institusi zakat (Hairunnizam et. al, 2012).
Masalah berbangkit seperti ini juga merupakan penyumbang kepada
kurang kepercayaan masyarakat terhadap institusi zakat yang akhirnya mereka
bertindak untuk menyerahkan zakat terus kepada asnaf. Abdullah (1999);
situasi ini bertambah buruk apabila orang ramai akan membayar zakat secara
terus kepada asnaf disebabkan oleh salah faham terhadap institusi yang
menguruskan dana zakat tersebut. Sanep et. al. (2006) mendapati lebih buruk
lagi jika orang ramai tidak mahu membayar zakat harta tetapi hanya membayar
zakat fitrah sahaja. Perbuatan seperti ini adalah salah di sisi agama kerana
setiap daerah atau penempatan telah dilantik amil untuk mengutip zakat. Mufti
Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria dalam ucapannya menetapkan hukum
menyerahkan terus kepada asnaf adalah haram kerana mengikut hukum syarak,
apabila wujud badan yang dilantik oleh kerajaan untuk mengumpul zakat fitrah
dan harta, setiap orang wajib mengeluarkan zakat kepada badan itu. Tujuanya
adalah kerana badan badan tersebut sudah ditugaskan untuk mencari dan
mengumpulkan asnaf yang ada serta menyampaikan secara adil hasil zakat
(Harian Metro, 2016).
Masalah ketidakcukupan dan ketidakpuashatian pembayar dan penerima
bantuan boleh di atasi sekiranya masyarakat di Malaysia ini tidak hanya
menyalahkan institusi zakat yang menguruskan dana zakat tanpa mengambil
tahu situasi sebenar yang berlaku dan penerima bantuan juga haruslah
bukannya mengharapkan bantuan daripada orang ramai semata-mata. Menurut
Mohd Ali et. al. (2004) dalam kajiannya berpendapat bahawa faktor keimanan
dan pengetahuan zakat juga mempengaruhi pembayaran zakat. Sekiranya
tahap keimanan dan tahap pengetahuan tentang zakat meningkat, maka
seseorang akan semakin cenderung untuk membayar zakat. Institusi zakat perlu
menitikberatkan nilai keagamaan dalam diri asnaf memandangkan ia amat
penting dalam mengubah sikap asnaf berubah diri ke arah yang lebih positif
(Hairunnizam et. al, 2010). Dalam kajiannya yang lain pula mendapati bahawa
asnaf telah menunjukan perubahan sikap yang positif dimana majoriti asnaf
yang berminat menyertai bidang keusahawanan turut ingin melibatkan diri
dalam aktiviti dan khidmat sosial (Hairunnizam et. al, 2011).

Metodologi

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif dengan menjalankan


temu bual dan soal selidik kepada penerima bantuan zakat di perkampungan
Orang Asli daerah Sepang, Selangor. Seramai 17 orang penerima zakat telah di
temubual dimana empat (4) daripadanya adalah penerima bantuan zakat di
bawah kategori mualaf Orang Asli dan selebihnya iaitu seramai 14 orang
adalah asnaf fakir atau miskin. Temubual ini dijalankan pada bulan November
2017 di kediaman Asnaf sendiri Kampung Orang Asli (KOA) Sungai Buah,
Persepsi Asnaf Orang Asli Terhadap Agihan Bantuan Zakat oleh Lembaga Zakat
Selangor (LZS): Kajian di Perkampungan Orang Asli Daerah Sepang, Selangor /189

Jenderam Hilir, Sungai Melut dan Surau Mansuriah, Sepang, Selangor.


Pertanyaan yang diajukan terdiri daripada tiga bahagian, Bahagian A adalah
berkenaan dengan latar belakang responden dan bentuk bantuan yang diperoleh
beserta jumlah, Bahagian B ialah pandangan asnaf terhadap agihan bantuan
zakat yang dilaksanakan oleh LZSdan akhir sekali Bahagian C ialah komen
serta cadangan penambahbaikan.
Kajian ini telah mengadaptasikan kajian yang dibuat oleh (Mokhtari, K., &
Sheorey, R, 2002); kajian measuring ESL students reading strategies untuk
membentuk tahap kepuashatian responden iaitu nilai min di bawah 2.4 adalah
tahap kepuashatian rendah, nilai antara 2.5 hingga 3.4 adalah sederhana dan
nilai min melebihi 3.5 adalah tahap kepuashatian yang tinggi. Penerima zakat
ini terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan jantina. Ketika menjalankan
temu bual, pengkaji mendapati sukar bagi pengkaji mendapatkan maklum balas
responden kerana kebanyakkan daripada mereka tidak tahu membaca dan ia
memakan masa yang lama untuk menyiapkan borang soal selidik tersebut.
Namun, tiada masalah dalam proses temu bual kerana kesemua responden juga
berkomunikasi menggunakan bahasa melayu.

Hasil Kajian

Profil responden: Penganalisaan data dibuat untuk mengenalpasti bentuk


bantuan yang diterima oleh Orang Asli sekitar daerah Sepang, Selangor.
Daripada kajian yang dilakukan menunjukkan taburan jantina adalah kurang
seimbang antara responden lelaki dan perempuan iaitu lelaki 11.76 peratus dan
wanita 88.24 peratus disebabkan oleh kaum lelaki pergi bekerja. Responden
tertinggi adalah berumur antara (21-30 tahun) dan (31-40 tahun) iaitu 35.29
peratus, responden berumur 41 tahun ke atas adalah sebanyak 23.53 peratus
dan responden berumur 20 ke bawah adalah yang paling sedikit iaitu hanya
5.88 peratus. Hasil daripada borang soal selidik yang diedarkan, terdapat
berbezaan suku kaum dalam masyarakat Orang Asli di sini iaitu suku Temuan
sebanyak 82.35 peratus, suku Mahmeri sebanyak 11.76 peratus, dan suku
Melayu Proto sebanyak 5.88 peratus. Dapatan kajian juga mendapati peratusan
Orang Asli yang telah lama memasuki Islam iaitu selama 6 tahun ke atas ialah
76.47 peratus, antara 4 tahun hingga 5 tahun sebanyak 17.65 peratus dan antara
setahun hingga 3 tahun hanya sebanyak 5.88 peratus (Lihat Jadual 1).
Soal selidik ini telah dijalankan kepada empat-empat buah tempat
iaitu KOA Jenderam Hilir, Sungai buah, KOA Sungai Melut dan Surau
Mansuriah. Bentuk-bentuk bantuan yang diberikan oleh LZS kepada Orang
Asli di daerah Sepang daripada LZS adalah seperti bantuan kewangan bulanan,
bantuan umum persekolahan, bantuan berkhatan, elaun kehadiran kelas agama,
kursus dan latihan, bantuan perkahwinan dan saguhati hari raya (Jadual 2) di
bawah kategori asnaf mualaf dan juga fakir atau miskin. Merujuk Jadual 2,
KOA Jenderam Hilir mewakili seramai lima (5) orang responden dimana
purata bantuan yang diterima adalah seperti elaun kehadiran kelas sebanyak
RM 206, elaun kursus dan latihan serta elaun kewangan hanya sorang sahaja
190/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

daripada lima orang responden yang memperoleh bantuan ini iaitu sebanyak
RM 120 dan RM 200. Seterusnya, agihan ini turut dinikmati oleh asnaf di
Surau Mansuriah dimana purata bantuan kewangan bulanan yang diterima
adalah sebanyak RM 350, elaun kelas agama RM 322.50 dan bantuan raya RM
483.33. Manakala, agihan purata yang diperoleh oleh masyarakat Orang Asli di
KOA Sg Buah bagi bantuan kewangan bulanan adalah sebanyak RM 400,
bantuan persekolahan RM 750, elaun perkahwinan pertama kali adalah
sebanyak RM 2,000, elaun kelas agama RM 372, dan purata sagu hati hari raya
sebanyak RM 400. Akhir sekali, KOA Sungai Melut hanya mewakili seramai
dua (2) orang responden sahaja. Purata bantuan kelas yang diterima adalah
sebanyak RM 400 dan bantuan raya adalah RM500 yang hanya diterima oleh
seorang responden.

Jadual 1: Demografi responden


Ciri-ciri responden Bilangan Peratusan (%)
Jantina
Lelaki 2 11.76
Perempuan 15 88.24
Umur (tahun)
20 dan ke bawah 1 5.88
21-30 6 35.29
31-40 6 35.29
41 dan ke atas 4 23.53
Tempoh memeluk Islam
1-3 tahun 1 5.88
4-5 tahun 3 17.65
6 tahun dan ke atas 13 76.47
Suku kaum
Temuan 14 82.35
Mahmeri 2 11.76
Melayu Proto 1 5.88
Status perkahwinan
Berkahwin 15 88.24
Janda/duda 2 11.76
Tahap Pendidikan
Tiada pendididkan 4 23.53
Peringkat rendah 10 58.82
Peringkat menengah 3 17.65
Sektor pekerjaan
Swasta 7 41.18
Tidak bekerja/ suri rumah 10 58.82
Sumber: borang soal selidik

Berdasarkan Jadual 3, jumlah bantuan adalah tidak tetap ia bergantung kepada


tanggungan sesebuah keluarga menurut informan (IF) 1, ada juga Orang Asli
ini mendapat elaun perkahwinan bagi perkahwinan yang pertama seperti IF 11
pada Jadual 3. Seterusnya, terdapat juga informan yang tidak mengetahui
jumlah bantuan sebaliknya hanya mengetahui selepas cek di bank seperti yang
Persepsi Asnaf Orang Asli Terhadap Agihan Bantuan Zakat oleh Lembaga Zakat
Selangor (LZS): Kajian di Perkampungan Orang Asli Daerah Sepang, Selangor /191

dikatakan oleh IF 12. Antara lain ada antara mereka menyatakan bahawa
jumlah bantuan yang diterima bukanlah dalam angka yang besar tetapi
mencukupi untuk menampung sedikit perbelanjaan harian seperti yang
dinyatakan oleh IF 2, IF 6 dan disokong oleh IF 15. Majoriti kesemua
responden mengatakan bahawa mereka hanya memperoleh bantuan kelas,
elaun makanan dan juga bantuan raya sahaja.

Jadual 3: pandangan berkenaan jumlah bantuan


Informan Maklumbalas
Informan 1 ‘…tidak tetap, begantung kepada jumlah tanggungan dan
pendapat keluarga…’
Informan 2 ‘…tak banyak, tapi cukup untuk tampung perbelanjaan…’
Informan 5 ‘…entahla, kalau orang bagi ambik je, kalau tak ada takyahla…’
Informan 6 ‘…bantuan bulanan ikut tanggungan (anak masih bersekolah). Akak
isi borang tiap-tiap bulan. Lepastu, hantar borang tu sendiri dekat
Salak Tinggi. Bantuan pelajaran hujung tahun LZS bagi contohnya
yuran dan buku. Bantuan pendidikan LZS tolong separuh kalau tak
anak-anak tak belajar, elaun kehadiran kelas ikut kehadiran. Ikutkan
tak cukup tapi Alhamdullilah cukupla sebab kos sekarang pon
mahal…’
Informan 9 ‘…Entahla akak pon tak pasti, elaun kelas ada la dapat itu pon kalau
datang mengaji, bantuan raya akak tak dapat sebab malas nak
mohon. hihi…’
Informan 11 ‘…bergantung pada tanggungan, saya mualaf jadinya saya mohon
jugak bantuan perkahwinan. Alhamdulillah dapat. Bantuan lain pon
dapat contohnya elaun kelas, bantuan raya, elaun makanan dan lain-
lain…’
Informan 12 ‘…saya pon tak tahu, kena tengok dekat bank sebab ada bantuan
yang di masukkan dalam bank ada yang bagi tunai tapi selalunya
saya dapat elaun kehadiran kelas dengan bantuan raya je…’
Informan 15 ‘… ikut tanggungan, cukupla untuk tampung anak-anak sekolah
dengan makan-minum keluarga…’
Sumber: Berdasarkan temubual dengan informan
Persepsi Asnaf Orang Asli Terhadap Agihan Bantuan Zakat oleh Lembaga Zakat
Selangor (LZS): Kajian di Perkampungan Orang Asli Daerah Sepang, Selangor /192

Jadual 2: Jenis/ bentuk bantuan yang diterima


Bantuan Bentuk bantuan Bantuan Bantuan Elan kehadiran Saguhati hari
Jenis/ bentuk kewangan umum pelajaran berkhatan perkahwinan kelas agama4 raya5
bantuan bulanan1
(RM) (RM)

Tempat (RM) (RM) (RM) (RM)


KOA Jenderam Hilir 200 Buku, yuran √ - 206 670
Surau Mansuriah6 350 - - - 322.5 483.33
KOA Sungai Buah 400 7502, yuran - 2,0003 372 400
KOA Sungai Melut - Baju sekolah - - 400 500
Purata keseluruhan 316.66 - - - 325 513
1
Nota: nilai purata bantuan untuk keseluruhan penduduk sesebuah kampung
2
bantuan awal tahun untuk kelengkapan sekolah
3
bantuan kepada sepasang pengantin untuk perkahwinan kali pertama sahaja
4
purata elaun kehadiran yang dihadiri oleh orang asli
5
nilai purata saguhati per responden yang ditemubual
6
Perkampungan sementara Orang Asli
Sumber: Maklumat soal selidik
Persepsi Asnaf Orang Asli Terhadap Agihan Bantuan Zakat oleh Lembaga Zakat
Selangor (LZS): Kajian di Perkampungan Orang Asli Daerah Sepang, Selangor /193

Pandangan informan-informan yang ditemubual berkenaan dengan prosedur


permohonan di Jadual 4, sesetengah mengatakan proses permohonan agak
susah dan rumit. Hal ini kerana, menurut IF 1 terdapat beberapa salinan kad
pengenalan yang diperlukan dan IF 5 dan IF 16 menyatakan proses ini
memakan masa yang lama untuk mengisi borang permohonan serta masa nak
mendapatkan cop pengesahan setiap salinan dokumen seperti kad pengenalan.
Tambahan pula terdapat juga informan yang mengalami masalah untuk
mengisi borang tersebut disebabkan oleh kekurangan pemahaman dan
membaca. Oleh itu, ustazah atau ustaz yang mengajar akan membantu mereka
untuk mengisi seperti yang dikatakan oleh IF 4. Ada juga antara mereka
menyatakan tempoh masa yang diambil oleh pihak LZS untuk meluluskan
agak lama tetapi pada pandangan IF 8 itu merupakan prosedur biasa sebelum
permohonan diluluskan. Seterusnya, disebabkan terdapat kekangan masa untuk
menyiapkan dan menghantar borang tersebut ke pejabat zakat, IF 9 merasakan
kesukaran untuk beliau memohon bantuan kerana akhirnya tiada jawapan yang
diterima daripada LZS dan ia juga dinyatakan oleh IF 12 yang juga tidak
memohon bantuan perkahwinan pertamanya disebabkan oleh proses yang lama
ini. Namun begitu, ada juga yang meyatakan proses permohanan mudah dan
merupakan prosedur biasa yang telah digunakan sejak dahulu lagi seperti yang
dinyatakan oleh IF 11 dan IF 8.

Jadual 4: proses permohonan bantuan


Informan Maklumbalas
Informan 3 ‘…susah jugak sebab kena ada salinan ic semua tu…’
Informan 4 ‘…mudah, kalau tak tau nak buat macam mana serahkan je
pada ustazah…’
Informan 5 ‘…susah sikit sebab banyak maklumat kena isi dengan kena sahkan
salinan dokumen semua tu…’
Informan 6 ‘…sangat susah sebab orang bukan mudah nak bagi tapi masa
dapatkan bantuan cepat, kalau mohon layak Alhamdulillah, kalau
tak layak terima jela…’
Informan 8 ‘…dah memamg tu prosedurnya, ok je la…’
Informan 9 ‘…rumit, akak bekerja jadinya tak de masa nak siapkan borang,
kadang-kadang dah minta tapi senyap je, tak dapat la tu agaknya, tu
malas nak minta dah…’
Informan 11 ‘…boleh la, senang je nak mohon dan dapatkan bantuan, Cuma kena
tunggu dulula dokumen kita untuk pegawai semak…’
Informan 12 ‘…rumit sebab tu saya tak mohon bantuan perkahwinan sebab
banyak prosedur…’
Informan 16 ‘…susah juga nak siapkan borang permohonan sebab kena cop
pengesahan, tempoh masa permohonan dalam 2-3 minggu jugak.
Bantuan sekolah dapat akhir tahun contoh baju sekolah, yuran…’
Sumber: Berdasarkan temubual dengan informan

Disamping itu, purata informan menyatakan maklumat ataupun


pengetahuan mereka tentang bantuan ini adalah dibantu oleh makluman
daripada ustazah atau ustaz yang mengajar semasa kelas dan juga diperoleh
194/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

daripada penggerak masyarakat (rujuk Jadual 5). Walau bagaimanapun,


terdapat juga ketirisan dalam menyampaikan maklumat bantuan ini seperti
yang dinyatakan oleh IF 16 dimana beliau hanya mengetahui elaun kelas
agama dan bantuan raya sahaja, bantuan-bantuan lain tidak diketahui. Ada
antaranya juga sudah malas untuk memohon kerana sering kali tidak mendapat
maklum balas daripada LZS, iaitu maklumbalas oleh IF 9.

Jadual 5: Pengetahuan berkaitan bantuan


Informan Maklumbalas
Informan 2 ‘…tahu sangat. Ustazah ada juga bagitahu, penggerak masyarakat
kadang- kadang pon ada bagitahu. Diorang datang rumah…’
Informan 6 ‘… susah baru nak mohon, nak kata tak tau tak la jugak. Tau masa
datang kelas. Masa akak tak kerja selalu mohon, sekarang dah kerja
jarang nak mohon…’
Informan 9 ‘…tak tahu sangat. Akak tiada tanggungan, jadinya malas nak ambil
tahu sebabnya kalau mohon tak dapat pon. Banyak kali akak mohon,
hantar borang tapi tak dapat jawapan. Tu yang malas dah. Ada dapat
pon untuk elaun kelas. Kena tanya ustaz kalau nak tahu apa-apa …’
Informan 16 ‘…tak tau juga, bantuan kelas dan bantuan raya tahu la…’
Sumber: Berdasarkan temubual dengan informan

Seterusnya, kajian ini juga melihat kepada kelas atau program agama
yang dianjurkan oleh LZS yang merupakan usaha LZS untuk membantu Orang
Asli di sekitar Sepang tidak ketandusan dalam ilmu agama. Kelas ini sedikit
sebanyak dapat membantu mereka lebih mememahami agama Islam dan
mendalami ajaran Islam serta di sini juga maklumat-maklumat bantuan dan
bantuan makanan dan separuh daripada elaun kelas agama diberikan. Rata-rata
daripada mereka menyatakan keseronokkan belajar di kelas yang diadakan di
surau kampung-kampung tersebut kerana di situ mereka dapat belajar mengaji
dan juga kelas fardhu ain contohnya seperti yang dikatakan oleh IF 2 dan IF 6.
IF 2 juga menyatakan keseronakkannya hadir ke kelas kerana disamping
belajar agama, bantuan juga dapat diterima olehnya. Disebalik itu, ada juga di
antara mereka mempunyai masalah kekangan masa ada juga yang tidak dapat
hadir ke kelas seperti IF 4 dan IF 15 kerana ada masalah kesihatan dan juga
perlu menjaga anak-anak di rumah. Masalah susah untuk mengingati ilmu yang
diajar oleh ustaz juga wujud pada IF 9 kerana faktor usia seperti yang
dikatannya. Seterusnya, IF 13 menyatakan beliau seronok hadir ke kelas
walaupun dia tidak memperoleh elaun kelas tersebut kerana informan tersebut
bukanya Orang Asli yang mendapatkan keistimewaan seperti itu. (Jadual 6)
Persepsi Asnaf Orang Asli Terhadap Agihan Bantuan Zakat oleh Lembaga Zakat
Selangor (LZS): Kajian di Perkampungan Orang Asli Daerah Sepang, Selangor /195

Jadual 6: Kelas/ program agama yang dianjurkan LZS


Informan Maklumbalas
Informan 2 ‘…seronok, kalau pergi kelas dapatla bantuan, kalau tak pergi tak
dapatla, kelas mengaji, fardu ain ikut hari-hari tertentu…’
Informan 4 ‘…ustazah tak paksa kalau tak pergi, kelasnya seronok tapi sekarang
acik sakit tu kadang-kadang je pergi, kalau buat dekat surau Batu 13
ni acik datangla, kalau yang jauh tak datang sebab tak ada
pengangkutan…’
Informan 6 ‘…kadang fardhu ain, kelas mengaji. Program dekat Masjid Dengkil
Akak pergi sendiri kalua ada kursus/ceramah…’
Informan 9 ‘…kelas seronok tak pernah lagi pergi yang tak seronok, tapi akak
dah berusia masa dalam kelas ingat la, habis je kelas lupa dah apa
yang belajar tadi. hahahaha…’
Informan 11 ‘…ustaz datang dekat surau, seronok kelas yang dibuat, kadang-
kadang ada sediakan makanan tu yang seronok…’
Informan 13 ‘…seronok, kalau akak datang tak dapat elaun pon sebab akak orang
melayu, suami jela dapat elaun kalau dating…’
Informan 15 ‘…seronok tapi akak jarang pergi sebab kekangan masa nak jaga
anak- anak
Sumber: Berdasarkan temubual dengan informan

Jadual 7, menunjukkan soalan mengenai (1) jumlah bantuan, (2) proses


bantuan, (3) maklumat bantuan dan (4) layanan pegawai dan kelas. Jika dilihat
secara purata keseluruhan, keputusan menunjukkan bahawa responden atau
informan di KOA Jenderam Hilir berpuas hati tahap tinggi dengan agihan zakat
untu Orang Asli oleh LZS, iaitu min 3.55 dan kampung yang lain iaitu surau
Mansuriah, KOA Sungai Buah dan KOA Sungai Melut nilai min adalah
masing-masing bernilai 3.36, 3.34 dan 2.88 yang mana ia mewakili tahap puas
hati sederhana. Berdasarkan soalan kategori (1) jumlah bantuan; tahap
kepuashatian responden atau informan bagi keempat-empat tempat adalah pada
tahap sederhana. KOA Jenderam Hilir menunujukkan nilai min adalah 3.11
iaitu nilai min yan tertinggi berbanding dengan kampong-kampung yang lain.
Min purata bagi Sungai Buah adalah 3.24 lebin tinggi berbanding min surau
Mansuriah iaitu 3.04. Manakala min bagi KOA Sungai Melut adalah paling
rendah iaitu bernilai 2.71. Bagi soalan (2) proses bantuan; setiap kampung juga
menyatakan tahap kepuashatian sederhana. KOA Jenderam Hilir memperoleh
nilai min sebanyak 3.3, surau Mansuriah (2.75), KOA Sungai Buah (2.92) dan
KOA Sungai Melut nilai purata min ialah 2.25. Nilai ini dipengaruhi oleh
masalah untuk mengisi borang permohonan zakat itu sendiri dimana majoriti
antara mereka tidak tahu membaca dan ia akan mengambil masa untuk
memohon dan menghantar borang ke pejabat zakat Salak Tinggi, Sepang.
Persepsi Asnaf Orang Asli Terhadap Agihan Bantuan Zakat oleh Lembaga Zakat
Selangor (LZS): Kajian di Perkampungan Orang Asli Daerah Sepang, Selangor /196

Jadual 7: Tahap Kepuasan asnaf terhadap bantuan


Responden
Item KOA Jenderam Surau KOA Sungai KOA Sungai Tahap puas
Hilir Mansuriah Buah Melut hati 1
(1) Jumlah bantuan
- Bantuan yang diterima mencukupi 4.20 3.00 3.17 3.00
-Bantuan pendidikan meringankan beban 2.80 3.50 3.67 3.00
-Tidak perlu bekerja lagi 1.80 1.50 2.33 1.50
-Bantuan kesihatan meningkatkan kualiti kesihatan 3.20 3.00 3.67 3.00
-Bantuan keusahawanan membantu mengembangkan perniagaan 2.80 3.00 3.00 3.00
- Mengurangkan beban seharaian 4.00 4.25 3.83 3.50
-Tidak kecewa jika jumlah bantuan dikurangkan 3.00 3.00 3.00 2.00
Purata keseluruhan 3.11 3.04 3.24 2.71 Sederhana
(2) Proses bantuan
- Proses permohonan mudah 3.40 2.00 3.00 2.50
-Tempoh masa bantuan diterima cepat 3.20 3.50 2.83 2.00
Purata keseluruhan 3.30 2.75 2.92 2.25 Sederhana
(3) Maklumat bantuan
- Mengetahui jenis atau bentuk bantuan 4.20 3.00 3.67 3.00
-Menerima bantuan selain daripada LZS 3.20 3.75 2.33 2.00
-Penerima bantuan kesihatan 2.40 3.00 2.67 3.00
-Membayar zakat fitrah 4.60 3.75 4.00 5.00
Purata keseluruhan 3.24 3.00 3.00 2.90 Sederhana
(4) Layanan pegawai dan kelas
-Berpuas hati dengan layanan pegawai 4.80 4.00 4.00 2.50
-Kelas agama membantu dalam mengenali Islam 4.40 5.00 4.33 4.00
-Berminat dengan program agama 4.40 5.00 4.33 4.50
Purata keseluruhan 4.53 4.67 4.22 3.67 Tinggi
Purata keseluruhan 3.55 3.36 3.34 2.88 Sederhana
Nota: 1 Skala tahap kepuashatian; < 2.4; Rendah; 2.5-3.4; Sederhana; >3.5 Tinggi Sumber: Maklumat soalselidik
Persepsi Asnaf Orang Asli Terhadap Agihan Bantuan Zakat oleh Lembaga Zakat
Selangor (LZS): Kajian di Perkampungan Orang Asli Daerah Sepang, Selangor /197

Bagi soalan (3) maklumat bantuan; KOA Jenderam Hilir memperoleh nilai min
sebanyak 3.24 iaitu nilai min tertinggi antara kampung yang lain. Faktor yang
mempengaruhi nilai min ini adalah kerana responden di kampung ini agak
mudah untuk mengakses maklumat daripada penggerak kampung yang aktif
dan juga ustazah yang sangat membantu. Manakala min bagi surau Mansuriah
dan KOA Sungai Buah masing-masing adalah bernilai 3.00 dan KOA Sungai
Melut bernilai 2.90. Soalan 3 ini turut merupakan tahap puas hati responden
adalah sederhana. Manakala soalan (4) layanan pegawai dan kelas; tahap puas
hati responden ialah pada tahap yang tinggi. Nilai min bagi KOA Jenderam
Hilir ialah 4.53, surau Mansuriah (4.67), KOA Sungai Buah (4.22), dan
Kampung Sungai Melut nilai minnya ialah 3.67. Maklum balas daripada
responden kebanyakkannya memuji pegawai yang menganjurkan program di
kampong tersebut dan kebolehan ustaz serta ustazah yang mengajar.
Rata-rata keputusan menunjukkan bahawa informan bersetuju bahawa
mereka berpuas hati pada tahap sederhana terhadap jumlah bantuan yang
diagihkan kepada Orang Asli. Selain itu, bagi soalan prosedur permohoanan
bantuan dan maklumat bantuan tahap puas hati berada pada tahap tinggi namun
ada juga yang berpuas hati tahap sederhana. Selanjutnya, daripada segi layanan
pegawai dan kelas agama yang dianjurkan menunjukkan tahap puas hati yang
tertinggi kepada kesemua responden. Berdasarkan temu bual yang dilakukan
ini, hasil menunjukkan bahawa terdapat ramai lagi masyarkat Orang Asli tidak
mendapatkan perhatian dari LZS daripada segi bentuk bantuan yang diperoleh
dimana mereka hanya di dedahkan untuk bantuan elaun kelas dan bantuan
raya. Namun begitu, daripada aspek kelas agama yang dianjurkan sedikit
sebanyak membantu Orang Asli di perkampungan ini lebih memahami dan
dapat mendalami agama Islam yang sebenar.

Perbincangan dan Implikasi Dasar

Penambahbaikkan secara berterusan ke atas bentuk-bentuk bantuan yang


diagihkan kepada Orang Asli sewajarnya dititikberatkan oleh LZS. Sepanjang
kajian dijalankan, hanya sedikit sahaja bantuan yang diterima oleh mereka iaitu
hanya tertumpu kepada elaun kelas agama, bantuan makanan dan sagu hati hari
raya. Terdapat beberapa bantuan yang lain tidak didedahkan kepada mereka.
Maklum balas daripada informan ada yang menyatakan bahawa tidak ada lagi
peruntukan untuk anak kurang upaya setelah beliau memasuki Islam lebih
daripada lima tahun. Masalah peruntukan bantuan ini harus diambil cakna oleh
LZS agar nasib masyarakat Orang Asli Islam turut diberi perhatian. Disamping
itu, terdapat juga informan yang mahukan penambahbaikkan bantuan dalam
aspek persekolahan anak-anak mereka.
Seterusnya, nilai bantuan yang diperuntukkan oleh LZS adalah
bersesuaian dengan jumlah tanggungan dan juga pendapatan mereka. Dimana
setiap ketua isi rumah diberikan suatu jumlah bantuan mengikut kelayakan
yang telah ditetapkan oleh pihak LZS setelah pegawai zakat menganalisa
maklumat yang diberikan oleh pemohon. Komen positif yang diterima
198/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

daripada responden di daerah Sepang ini adalah mereka sangat berpuas hati
dengan nilai bantuan yang diberikan oleh LZS kerana bantuan tersebut
walaupun sedikit nilainya namun sedikit sebanyak dapat membantu
mengurangkan bebanan perbelanjaan harian. Walaupun ada juga yang
mengatakan bantuan ini tidak mencukupi tetapi mereka juga sedar bahawa
jumlah asnaf di negeri Selangor ini kian bertambah dari tahun ke tahun.
Hasil kajian mendapati proses permohonan zakat berada pada tahap
puas hati yang sederhana. Ini disebabkan oleh majoriti informan adalah tidak
bersekolah dan hal ini agak menyukarkan mereka untuk memahami kandungan
yang terdapat di dalam borang permohonan tersebut. Oleh itu, mereka amat
memerlukan kepada bantuan pihak lain seperti anak-anak, jiran-jiran atau
ustazah atau ustaz yang mengajar untuk membantu mereka mengisi borang
tersebut. Sudah semestinya proses ini mengambil masa yang agak lama
disebabkan oleh masalah ini dan ada juga informan yang tidak menerima
maklum balas daripada pegawai zakat berkenaan dengan bantuan yang
dimohon. Hasil temu bual juga mendapati terdapat informan yang
berkelayakan untuk memohon bantuan sebaliknya mengambil tindakan untuk
tidak memohon kerana beliau merasakan proses permohonan mengambil masa
yang lama. Tempoh masa yang diambil untuk pegawai meluluskan borang
permohonan tersebut mengambil masa antara 2 minggu hingga 3 minggu
sebelum bantuan di berikan sama ada secara tunai atau di masukkan ke dalam
akaun pemohon. Walaupun terdapat masalah seperti ini, ada antara responden
yang memahami masalah kelewatan bantuan diterima kerana responden sedar
akan setiap maklumat yang diberikan oleh mereka perlu disemak dan diselidik
terlebih dahulu oleh pegawai zakat agar tiada penipuan maklumat diberikan
untuk tujuan nilai bantuan dinaikkan.
Daripada aspek maklumat bantuan pula, majoriti responden daripada
KOA Jenderam Hilir memberi maklum balas yang amat baik, mereka
bersepakat menyatakan maklumat bantuan adalah sangat diketahui oleh
mereka. Maklumat bantuan diperoleh daripada jawatankuasa kampung yang
sangat aktif memainkan peranan sebagai penggerak masyarakat dan juga
ustazah yang mengajar di surau Batu 13 tersebut juga sangat membantu untuk
memberitahu tarikh atau masa bantuan akan diberikan kepada mereka.
Sebaliknya bagi responden di Kampung Orang Asli Sungai Melut dan
Kampung Kampung Orang Asli Sungai Buah pula menyatakan mereka tidak
mengetahui secara menyeluruh berkenaan dengan jenis bantuan yang boleh
dimohon oleh mereka. LZS sewajarnya mempelbagaikan lagi kaedah
penyampaian maklumat bantuan zakat kepada Orang Asli menggunakan
medium yang lebih sesuai dengan budaya mereka.
Maklum balas yang positif juga diterima daripada responden
berkaitan dengan kelas atau program agama yang dianjurkan oleh LZS.
Majoriti responden agak seronok mengikuti kelas tersebut kerana ustazah atau
ustaz yang mengajar dengan baik. Kelas agama seperti kelas fardhu ain dan
kelas mengaji ini sangat membantu mereka dalam menambahkan ilmu
pengetahuan yang sedia ada dan juga mendalami agama Islam lagi. Usaha LZS
untuk terus menyampaikan dakwah kepada masyarakat kecil Orang Asli
Persepsi Asnaf Orang Asli Terhadap Agihan Bantuan Zakat oleh Lembaga Zakat
Selangor (LZS): Kajian di Perkampungan Orang Asli Daerah Sepang, Selangor /199

khususnya di Selangor harus dipuji kerana secara tidak langsung dapat


membantu mereka mengenali Islam dengan lebih baik. Penambahbaikan yang
dikehendaki oleh responden semasa temubual dijalankan ialah pihak LZS perlu
mewujudkan kembali kemudahan pengangkutan untuk ke program atau kelas
pengajian yang jauh daripada perkampungan mereka.

Kesimpulan

Perlaksanaan agihan bantuan zakat kepada Orang Asli ini telah memberi
peluang kepada asnaf-asnaf yang kurang bernasib baik memperbaiki dan juga
memenuhi keperluan hidup mereka. Berdasarkan kajian ini, bantuan yang
diberikan amat membantu ekonomi rumah tangga mereka dimana separuh
daripadanya bekerja sendiri untuk menampung keperluan hidup. Pelbagai jenis
bantuan yang telah disalurkan oleh LZS dan juga pihak JAKOA agar
masyarakat Orang Asli mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan
bangsa lain. Sumbangan seumpama ini akan memberikan kesan yang positif
kepada pembayar zakat kerana melalui perkembangan -perkembangan seperti
kajian ini, pembayar zakat dapat melihat usaha murni institusi zakat dalam
menyantuni golongan yang ketinggalan daripada aspek ekonomi dan sedikit
sebanyak pemberi zakat mengetahui dana zakat yang dikeluarkan oleh mereka
diuruskan dengan sebaik mungkin. Kesaannya, dapat meningkatkan keyakinan
pembayar zakat untuk terus terus berurusan dengan institusi zakat-zakat di
Malaysia tanpa ada persepsi yang negatif. Perkara seperti ini bukan sahaja
dapat membantu mewujudkan imej yang baik terhadap institusi zakat malah
dapat mengurangkan kritikan-kritikan yang tidak sewajarnya terhadap institusi
zakat. Disamping itu, laporan tahunan oleh institusi zakat yang dikeluarkan
mampu memberi pengetahuan dan maklumat kepada orang awam berkenaan
dengan jumlah kutipan, pengagihan, jenis agihan zakat setiap tahun dan lain-
lain. Zakat yang dikeluarkan dan diagihkan merupakan simbol penyatuan
ummah dan juaga dapat membantu Negara dalam meningkatkan ekonomi
sejagat. Diharapkan dengan wujudnya kecekapan dalam agihan zakat kepada
asnaf ini, mampu membasmi kemiskinan masyarakat Islam dan seterusnya
negara akan berada dibawah lindungan Allah SWT kerana telah menurut
perintah yang di suruh-Nya.

Rujukan
Al quran
Ahmad Fauzi Shahar, Muhammad Yusuf Marlon Abdullah, Mohd Hakim Arshad,
Ahmad A’toa’ Mokhtar, Zulkefli Aini. (2017). Faktor tarikan masyarakat orang
asli memeluk Islam di Selangor. Persidangan antarabangsa pengajian Islamiyyat
kali ke-3 (irsyad 2017) 3rd International Conference on Islamiyyat Studies.
Ayusliza Azizan. (2017, April 6). LZS urus bantuan, agihan untuk asnaf mualaf. Harian
metro. Diperoleh daripada https://www.hmetro.com.my/node/219329
Abdullah Ibrahim. (1999). Agihan Zakat Menurut Prinsip Siasah Shariyyah. Kertas
Kerja dibentangkan dalam Kolokium Keberkesanan Zakat Negeri Selangor.
Shah Alam.
200/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Chapra, M.U. (1992). Islam and the Economic Challenge. Leicester, U.K.: The Islamic
Foundation.
Fuadah Johari, Muhammad Ridhwan Ab. Aziz, Mohd Faisol Ibrahim & Ahmad Fahme
Mohd Ali. (2014). Zakat distribution and programme for sustaining Muallaf
Belief and Thought. Sains Humanika, 66(1), 35-43.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Nor. (2004). Kesan Bantuan
Zakat Terhadap Kualiti Hidup: Kajian Kes Aṣnāf Fakir dan Miskin. The Journal
of Muamalat and Islamic Finance Research, 1, 151-151-166.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. (2009). Pengagihan zakat
oleh institusi zakat di Malaysia: Mengapa masyarakat Islam tidak berpuas hati?
Jurnal Syariah, 17(1), 89-112
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. (2010). Pengagihan zakat
oleh institusi zakat kepada lapan asnaf: Kajian di Malaysia. Jurnal Pengurusan
JAWHAR, 4(1), 141-170.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, Radiah Abdul Kader. (2012). Melokalisasikan
Urus Tadbir Pengagihan Zakat: Peranan Institusi Masjid di Malaysia
(Localizing Governance of Zakat Management: The Role of Mosque in
Malaysia). Asian journal of Accounting and governance, 3, 71-83.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, Radiah Abdul Kader. (2011). Pengaruh faktor
keagamaan terhadap kualiti hidup individu: Kajian kes asnaf fakir dan miskin di
wilayah persekutuan kuala lumpur. Malaysian Journal of Consumer and Family
Economics, 14(1), 176-196.
Laporan zakat 2016.
Lizawati Madfa. (2017, April 6). Agihan dan bantuan asnaf mualaf kini bawah LZS.
Selangor Kini. Diperolehi daripada https://selangorkini.my
Mohd Fharkhan Abdul Ghapar. (2017, Ogos 19). Lembaga Zakat Selangor jejaki asnaf
Orang Asli. Berita Harian. Diperoleh daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/08/314472/lembaga-zakat-
selangor-jejaki-asnaf-orang-asli
Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, Johaibi Bin Johan, Abu Dardaa Mohamad & Anuar
Puteh. (2014). Dakwah saudara baru orang asli dari perspektif Maqasid Al-
syariah Seminar Antarabangsa Dakwah & Etnik 2014; Dakwah & Etnik:
Perspektif Multi-disiplin.1-15
Mohammad Nidzam Abd. Kadir. (2011). Fiqah Mualaf: Antara Tuntuan dan
Keutamaan. Kuala Lumpur: Telaga Biru
Mahyuddin Haji Abu Bakar & Abdullah Haji Abd.Ghani (2011). Towards achieving the
quality of life in the management of zakat distribution to the rightful recipients
(the poor and needy). International Journal of Business and Social Science, 2(4).
Mohd. Faisol Ibrahim, & Musani, S. (2010). op. cit., Chapter 5.
Muhammad Syukri Salleh (2006). Lokalisasi Pengagihan Zakat: satu Cadangan
Teoritis. dalam Hailani & Abdul Ghafar (penyt). Zakat: Pensyariatan,
Perekonomian & Perundangan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia
Mohd Ali Mohd Nor, and Hairunnizam Wahid, and Nor Ghani Md. Nor, (2004)
Kesedaran membayar zakat pendapatan di kalangan kakitangan professional
Universiti Kebangsaan Malaysia. Islamiyyat: Jurnal Antarabangsa Pengajian
Islam; International Journal of Islamic Studies, 26, 59-67.
Mohd Parid Syeikh Ahmad. (2001). Kaedah pengagihan dana zakat: satu perspektif
Islam. Dalam Nik Mustapha Nik Hassan (penyt). Kaedah Pengagihan Dana
Zakat; Satu Perspektif Islam. Kuala Lumpur: IKIM
Persepsi Asnaf Orang Asli Terhadap Agihan Bantuan Zakat oleh Lembaga Zakat
Selangor (LZS): Kajian di Perkampungan Orang Asli Daerah Sepang, Selangor /201

Mokhtari, K., & Sheorey, R. (2002). Measuring ESL students reading strategies.
Journal of Developmental Education, 25 (3), 2-10
Padzal Haji Mokhtar. (1997) Dakwah Di Kalangan Masyarakat Orang Asli Negeri
Terengganu. Bangi: Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rosbi Abd Rahman. (2011). Keberkesanan bantuan modal zakat ke arahpeningkatan
taraf sosio ekonomi golongan asnaf fakir dan miskin. Thesis PHD. Universiti
Kebangsaan Malaysia. Bangi. Selangor (tidak diterbitkan)
Swaibatul Aslamiah Hj. Husain, Noor Azura Ahmad, Ahmad Seli & Rosenani Ahmad
(2015). Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Dari Perspektif Jabatan Audit
Negara (Edisi Kedua). Putrajaya. Jabatan Audit Negara
Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid Adnan Mohamad (2006) Penswastaan institusi
zakat dan kesannya terhadap pembayaran secara formal di Malaysia.
International Journal of Management Studies, volume 13, No. 2, 175-19

Atas talian:

2016. Kebajikan mualaf Orang Asli dipelihara, Unit Ukhuwah Jabatan Hal Ehwal
Agama Negeri Sembilan istiqamah tunai amanah. Utusan Malaysia. Diperoleh
daripada http://m.utusan.com.my
(2016, Jun 14). Haram bayar terus zakat kepada asnaf: Mufti. Harian Metro. Diperoleh
daripada https://www.hmetro.com.my/node/147774
(2015, Oktober 28). Mualaf Orang Asli Jalani Kursus Pemantapan Akidah. Portal rasmi
Majlis Agama Islam Selangor. Berita Mais. Diperolehi daripada
http://www.mais.gov.my/info-mais/informasi/berita/267-mualaf-orang-asli-
jalani-kursus-pemantapan-akidah
BAHAGIAN TIGA

Gelagat Pembayar Zakat


203/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Bab 11

Pembayaran Zakat Melebihi Kadar Kewajipan Zakat: Kajian


dalam Kalangan Kakitangan Kerajaan di Jabatan Agama Islam
Melaka, Melaka
Siti Zulaikha Nasir
Hairunnizam Wahid
Mohd Ali Mohd Noor

Pengenalan

Zakat sebagai salah satu daripada lima rukun Islam adalah ibadah yang wajib
ditunaikan oleh semua individu Muslim setelah memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan oleh syarak sebagaimana memenuhi maksud zakat dari segi syarak
iaitu mengeluarkan harta tertentu untuk diberikan kepada asnaf-asnaf yang
berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh
syarak. Adapun zakat daripada segi bahasa membawa maksud bersih, suci,
subur, berkat dan berkembang. Firman Allah SWT, yang bermaksud ;

“Sesungguhnya, orang-orang yang beriman, melakukan


kebaikan, melaksanakan solat, dan menunaikan zakat,
mendapat pahala di sisi Tuhannya. Mereka tidak ada berasa
takut tidak bersedih hati.” (Surah Al-Baqarah : 277)

Hikmah peranan zakat adalah sangat luas merangkumi aspek rohani,


aspek ekonomi dan aspek sosial. Zakat dianjurkan untuk menyucikan dan
menyuburkan harta pembayar zakat bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT
dan keberkatan hidup, membersihkan hati pemberi zakat dari sifat tamak dan
mementingkan diri sendiri, mengurangkan perasaan iri hati dalam kalangan
yang kurang bernasib baik serta melahirkan sifat syukur terhadap nikmat yang
dikurniakan oleh Allah SWT (Eza & Rizal, 2011). Dalam masa yang sama,
zakat memainkan peranan yang penting sebagai komponen dalam sistem
ekonomi yang berupaya meningkatkan kuasa beli masyarakat sekaligus
meningkatkan produktiviti negara (Zainol & Kamil, 2009), mampu menjadi
program perdana dasar belanjawan negara bagi membasmi kemiskinan dalam
kalangan umat Islam dan mengurangkan kadar kemiskinan di negara Malaysia
di samping sistem cukai sedia ada (Azura, Nurazlina & Fadzlin, 2005)
sehingga akhirnya menjamin kestabilan ekonomi dan menyelesaikan masalah
204/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

pembangunan negara. Di samping itu, zakat bertindak sebagai mekanisme


sosial yang menghubungkan masyarakat dalam Islam apabila setiap individu
menyedari bahawa setiap bahagian individu berada dalam kebajikan orang lain
dan saling melengkapi (Afzal-Ur-Rahman, 1994). Firman Allah SWT, yang
bermaksud ;

“Ambillah zakat daripada harta mereka untuk membersihkan


dan menyucikan mereka, dan berdoalah untuk mereka.
Sesungguhnya doamu itu (menumbuhkan) ketenteraman jiwa
bagi mereka. Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”
(Surah Al-Maidah : 103)

Secara amnya, zakat terbahagi kepada zakat fitrah dan zakat harta. Jenis
zakat harta telah diperluaskan kepada bentuk harta terkini seiring dengan
perkembangan ekonomi semasa yang dikenakan ke atas harta-harta yang
berkembang iaitu terdiri daripada zakat pendapatan, zakat wang simpanan,
zakat emas dan perak, zakat pertanian, zakat ternakan, zakat saham dan zakat
galian dan rikaz.
Mujaini (2005) pada awalnya membezakan konsep zakat gaji dan zakat
pendapatan, namun begitu, kedua-dua bentuk zakat ini telah menggunapakai
istilah yang sama yakni al-Mal al-Mustafad iaitu apa-apa upahan, ganjaran,
habuan atau mana-mana sebutan yang semakna dengan pendapatan daripada
majikan awam atau swasta mahupun pelanggan secara tetap, kontrak, persaraan
atau kematian dengan syarat pendapatan itu terkeluar daripada transaksi
perniagaan, pelaburan atau pembiakan ternakan. Klasifikasi jenis hasil yang
hampir sama oleh Al-Qaradawi (1994) dan Husein Sahata (2003) yang
menambah sumber perkahwinan. Sehubungan dengan itu, pendapatan dan gaji
adalah tergolong dalam harta yang diikhtilaf wajib zakat (Hairunnizam et al.,
2005). Kewajipan zakat pendapatan juga disandarkan pada dalil Al-Quran
sebagaimana firman Allah SWT, yang bermaksud ;

“Wahai orang-orang yang beriman! Sedekahkanlah sebahagian


daripada hasil usahamu yang baik dan sebahagian daripada apa
yang telah Kami keluarkan daripada bumi untukmu”.
(Surah Al-Baqarah : 267)

Menurut Al-Qaradawi (2002), Mujaini (2005) dan para fuqaha, kalimah


‘ma kasabtum’ (daripada hasil usahamu) dalam ayat di atas memberi
pengertian yang lebih kurang sama yakni sebarang hasil pekerjaan yang
diperoleh secara halal pada bila-bila masa dan di mana sahaja melayakkan
individu tersebut atau wajib dikenakan zakat. Ia termasuklah kerja-kerja
perkhidmatan, kemahiran, kepakaran dan pendapatan ahli profesional yang
merangkumi gaji, upah, elaun bonus dan lain-lain.
Di Malaysia, zakat pendapatan mula diperkatakan pada akhir tahun
1970-an. Fatwa berkaitan kewajipan zakat ke atas pendapatan gaji bagi orang
yang layak mengeluarkan zakat telah diputuskan oleh Muzakarah Khas
Pembayaran Zakat Melebihi Kadar Kewajipan Zakat : Kajian dalam Kalangan
Kakitangan Kerajaan di Jabatan Agama Islam Melaka, Melaka/205

Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang
bersidang pada 22 Jun 1997 (Pusat Pungutan Zakat, MAIWP). Di kebanyakan
negeri juga telah mengeluarkan fatwa mengenai kewajipan zakat selepas itu
termasuk negeri Melaka. Mufti Kerajaan Negeri Melaka membuat dan
mengeluarkan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah setelah
diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut seksyen
33(6), Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak, fatwa yang berikut di bawah yang
dikuatkuasakan pada 25 Mei 2000 (Warta Kerajaan, 2000);

‘Zakat ke atas pendapatan bagi penggajian adalah wajib


dikeluarkan oleh setiap orang Islam yang layak bagi seluruh
Negeri Melaka’

Di Melaka, aktiviti kutipan dan agihan zakat diuruskan secara berbeza di


mana urusan kutipan zakat diletakkan di bawah tanggungjawab Pusat Zakat
Melaka (PZM), manakala pengagihan zakat diuruskan di bawah Baitulmal
Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Pengagihan fungsi ini bermula sejak
PZM dikorporatkan pada April 2001. Melihat kepada trend kutipan zakat
pendapatan di Melaka, angka kutipan zakat menurut laporan kutipan mengikut
jenis zakat, Pusat Zakat Melaka (PZM) menunjukkan trend angka kutipan
zakat pendapatan yang meningkat pada setiap tahun sehingga tahun 2017 dan
mula menyumbang lebih daripada 50 peratus daripada keseluruhan kutipan
zakat bermula pada tahun 2014 sehingga 2017.
Sehubungan dengan peningkatan kutipan zakat pendapatan sebagai
gambaran kepada peningkatan jumlah pembayar zakat atas faktor kesedaran
untuk berzakat, dalam masa yang sama, individu pembayar zakat turut
memiliki komitmen untuk melunaskan cukai pendapatan apabila menepati
syarat-syarat kenaan cukai. Justeru itu, kerajaan dalam keprihatinannya
terhadap dua bentuk bayaran yang dikenakan di samping bebanan kewangan
yang ditanggung oleh umat Islam, satu langkah yang harmoni telah
dilaksanakan melalui pengenalan Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).
Akta ini memberi kelonggaran kepada individu Muslim yang membuat
pembayaran zakat pendapatan untuk memperoleh rebat cukai pendapatan.
Perolehan rebat cukai memerlukan bukti resit pembayaran zakat di institusi
formal kerana rebat cukai hanya diberikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN) berdasarkan tarikh resit yang dibayar dalam tahun taksiran cukai
pendapatan.
Menurut Tuan Haji Azmi, Pengurus Besar Pusat Zakat Melaka (2015),
akta ini memberikan keistimewaan kepada orang-orang Islam. Namun begitu,
menurutnya lagi, ACP 1967 Seksyen 6A (3) tidak menyatakan amaun tertentu
atau batas amaun dalam rebat ke atas cukai, maka perolehan rebat cukai masih
boleh diperolehi selagi mana pembayaran zakat dibuat atas nama pembayaran
wajib di sisi agama. Hal ini menimbulkan satu keadaan di mana terdapat
individu Muslim yang melunaskan zakat dalam jumlah yang lebih besar
berbanding kadar kewajipan zakat yang sepatutnya iaitu 2.5 peratus. Bertitik
206/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

tolak daripada keadaan ini, peningkatan angka kutipan saban tahun di institusi
zakat negeri, khususnya di negeri Melaka boleh berpunca daripada tindakan
pembayar zakat yang melebihkan pembayaran zakat pendapatannya lebih
daripada kadar kewajipan selain daripada faktor-faktor lain. Oleh itu, persoalan
kajian ini menjurus kepada kewujudan keadaan pembayaran zakat yang
melebihi kadar kewajipan zakat di samping persoalan berapa jumlah purata
nisbah lebihan bayaran zakat pendapatan tersebut.
Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis tindakan penjawat awam
dalam pembayaran zakat melebihi kadar kewajipan yang sepatutnya sekaligus
mendorong kajian ini mengenalpasti purata nisbah lebihan pembayaran zakat
melebihi kadar kewajipan. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji
faktor-faktor yang boleh mempengaruhi masyarakat Islam membayar zakat
pendapatan dan melebihkan pembayaran melebihi kadar kewajipan. Akhir
sekali, kajian ini bertujuan untuk menganalisis persepsi masyarakat terhadap
maklumat dan sistem zakat dan cukai di Melaka.

Kajian Lepas

Kajian yang berkaitan dengan zakat telah banyak dijalankan meliputi pelbagai
isu dan perkara terutama sekali dalam bidang kajian gelagat masyarakat.
Namun, kajian ini melakukan tinjauan kajian lepas yang memberi fokus kepada
zakat pendapatan dan meneroka bidang yang tidak banyak dibincangkan iaitu
psikologi manusia.

Faktor Penentu Pembayaran Zakat Pendapatan di Malaysia: Kajian mengenai


faktor dorongan atau kepatuhan individu Muslim untuk membayar zakat
pendapatan telah banyak dijalankan melalui pelbagai kaedah kajian kuantitatif.
Antara kajian awal oleh Kamil dan Ahmad (2002) ke atas 353 kakitangan
awam persekutuan di Kedah dan tertakluk kepada potongan cukai berjadual
(PCB) mendapati tiga daripada lima komponen sikap yang diuji iaitu sikap
positif, sikap was-was dan sikap bersyarat terhadap zakat gaji memberi kesan
secara positif terhadap pematuhan pembayaran zakat pendapatan gaji. Kajian
mencadangkan supaya pihak berkuasa zakat menjalankan usaha yang
berterusan dan berulang kali bagi memberi penjelasan kepada mereka yang
berada dalam kelompok sikap was-was supaya berubah menjadi sikap positif.
Antara faktor lain yang mempengaruhi pembayaran zakat pendapatan
termasuklah faktor iman dan pengetahuan zakat pendapatan dalam kalangan
kakitangan profesional di mana kajian dilakukan berdasarkan tindakan
pembayaran zakat dalam kalangan golongan profesional Muslim yang dilihat
masih di tahap rendah (Mohd Ali, Hairunnizam & Nor Ghani, 2004). Azura,
Norazlina dan Fadzlin (2005) yang juga mendapati hanya kira-kira 28.57
peratus sahaja kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM) membayar zakat
melalui potongan gaji menjalankan kajian ke atasnya. Hasil kajian mencatatkan
64.4 peratus kakitangan membayar zakat pendapatan atas faktor mentaati
perintah agama, manakala 35.6 peratus yang tidak membayar zakat pendapatan
Pembayaran Zakat Melebihi Kadar Kewajipan Zakat : Kajian dalam Kalangan
Kakitangan Kerajaan di Jabatan Agama Islam Melaka, Melaka/207

adalah atas asbab kurang kesedaran tentang kepentingan membayar zakat dan
tidak mengetahui kewajipan membayar zakat pendapatan.
Kajian lain dalam konteks individu Muslim yang lebih ramai dari
pelbagai negeri mendapati faktor jantina, umur, taraf perkahwinan, tahap
pendidikan, pendapatan dan pembayaran zakat melalui potongan gaji adalah
signifikan mempengaruhi kesedaran membayar zakat pendapatan
(Hairunnizam, Sanep & Mohd Ali, 2007). Faktor demografi ini menyokong
kajian lepas oleh (Hairunnizam, Mohd Ali & Sanep, 2005) dan tambahan
faktor puas hati terhadap agihan zakat oleh institusi zakat dalam
mempengaruhi pembayaran zakat di Malaysia. Faktor rasa puas hati individu
terhadap pengurusan institusi formal juga dibuktikan oleh Sanep, Hairunnizam
dan Adnan (2006) dan Sanep dan Hairunnizam (2005). Selanjutnya, Eza dan
Rizal (2011) mengklasifikasikan faktor akhirat dan faktor duniawi yang boleh
mempengaruhi pembayaran zakat oleh orang awam yang bekerja di Kuala
Lumpur dan Selangor. Kajian menemukan faktor zakat kurang membebankan,
faktor kesedaran kepentingan membayar zakat dan faktor kefahaman agama
mempunyai sisihan piawai yang agak kecil.
Zainol dan Kamil (2009) mendapati faktor niat tidak banyak
dibincangkan oleh para pengkaji. Justeru itu, dalam mengutarakan niat sebagai
faktor penentu gelagat pembayar zakat, pengkaji terlebih dahulu mengkaji
faktor penentu kepada niat pembayar zakat. Hasil kajian yang menarik ialah
faktor pengaruh individu lain seperti ibu bapa, guru, majikan, rakan-rakan dan
pasangan suami isteri boleh mempengaruhi kepatuhan pendapatan gaji selain
faktor sikap dan kawalan gelagat ditanggap individu itu sendiri. Kajian lain ke
atas faktor yang lebih teknikal dijalankan oleh Kamil (2006) ke atas gelagat
pekerja Muslim terhadap undang-undang zakat dan penguatkuasaannya. Kajian
menekankan kepentingan persepsi yang positif terhadap undang-undang zakat
dan penguatkasaannya adalah lebih penting dalam mempengaruhi kepatuhan
pembayaran zakat sekaligus meningkatkan jumlah kutipan zakat daripada
hanya mewujudkan instrumen penguatkuasaan undang-undang zakat
semata-mata. Kejayaan keputusan kajian ini dapat dibuktikan dalam kajian
oleh Norlela dan Hairunnizam (2014) yang mendapati berlaku peningkatan
dalam trend kutipan dan pembayar zakat pendapatan selepas fatwa kewajipan
membayar zakat pendapatan dikeluarkan. Hal ini menunjukkan maklumbalas
yang positif masyarakat Islam terhadap fatwa memberi kesan kepada
kepatuhan pembayaran zakat. Satu kajian terbaru oleh Nurliana’ dan Mohd Ali
(2017) menemukan faktor yang mendukung kajian-kajian lepas iaitu tahap
pendidikan, peranan pihak institusi zakat, status pekerjaan, komitmen terhadap
zakat dan tahap pengetahuan mempengaruhi pembayaran zakat pendapatan
dalam kalangan kakitangan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah.

Pengetahuan dan Persepsi Terhadap Pengurusan Zakat: Terdapat kajian


mengenai pengetahuan pembayar zakat dalam pengiraan zakat pendapatan
yang betul mengikut kalkulator zakat negeri masing-masing. Fidlizan et al.
(2016a) menggunakan kaedah simulasi pengiraan zakat berbantukan kalkulator
208/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

zakat atas talian Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ) dan
Lembaga Zakat Selangor (LZS) menunjukkan bahawa penjumlahan
pendapatan berzakat yang sempurna meliputi semua jenis bayaran dan
kemudahan yang diterima memberi kesan kepada nilai zakat dibayar dan
kutipan zakat di institusi. Sehubungan dengan itu, Fidlizan et al. (2016b) dalam
kajian yang lain mendekati kumpulan profesional Universiti Pendidikan Sultan
Idris untuk mengenalpasti tahap kepatuhan zakat pendapatan dalam aspek
pengiraan jumlah pendapatan daripada setiap sumber penggajian yang
diperoleh. Hasilnya, individu kajian menunjukkan tahap pengetahuan yang
tinggi hanya terhadap elemen gaji dan elaun tetap bulanan yang perlu diambil
kira dalam pengiraan zakat pendapatan dan tahap pengetahuan yang sederhana
bagi sumber-sumber lain. Justeru itu, kedua-dua kajian ini mencadangkan
keperluan pihak berautoriti untuk memberikan lebih penerangan,
menambahbaik maklumat dalam laman web dan kalkulator zakat dan menilai
semula bentuk-bentuk penggajian yang perlu ditunaikan.
Melihat kepada persepsi masyarakat Muslim di Semenanjung Malaysia
terhadap pengurusan zakat, khususnya dalam aspek agihan zakat, majoriti tidak
berpuas hati iaitu 57.6 peratus lebih tinggi berbanding yang berpuas hati iaitu
42.4 peratus dan alasan kepada rasa tidak puas hati itu disebabkan oleh kaedah
agihan yang tidak jelas, maklumat agihan dan agihan zakat yang tidak
menyeluruh kepada lapan jenis asnaf zakat (Hairunnizam, Sanep & Radiah,
2010). Daripada 12 buah negeri, hanya 3 buah negeri iaitu Negeri Sembilan,
Pahang dan Terengganu yang berpuas hati dengan institusi zakat negeri
masing-masing. Dapatan kajian ini saling menyokong dapatan kajian oleh
pengkaji yang sama, yang memberi fokus kepada kumpulan yang tidak
membayar zakat pendapatan (Hairunnizam, Sanep & Ahmad, 2009). Dalam
masa yang sama, kajian mendapati penswastaan institusi zakat tidak memberi
kesan yang signifikan kepada pembayaran zakat dalam kalangan individu yang
tidak berpuas hati dengan pengagihan zakat. Sehubungan dengan itu, Hairi
(2009) membangunkan model pengurusan agihan zakat yang berkesan yang
merangkumi aspek kepimpinan, nilai agama dan teknologi maklumat dalam
institusi zakat. Persepsi yang positif terhadap pengurusan zakat memainkan
peranan penting bagi tindakan pembayaran zakat kepada institusi formal
(Sanep & Hairunnizam, 2005).

Kajian Psikologi Mempengaruhi Individu Memberi Lebih: Berdasarkan analisis


keseluruhan kajian terdahulu, terdapat kajian lain yang menarik perhatian
pengkaji berhubung kait dengan peningkatan jumlah kutipan zakat negeri boleh
disebabkan oleh tindakan pembayaran zakat yang melebihi kadar kewajipan
zakat yang sepatutnya. Ia berjaya dibuktikan oleh Abdullah dan Hairunnizam
(2017) yang mendapati kadar nisab zakat yang dibayar melebihi kadar
kewajipan zakat oleh individu pembayar zakat ialah pada kadar 1.3 kali ganda
dengan andaian ia menyumbang sebanyak 23 peratus kepada kutipan zakat
pendapatan di Wilayah Persekutuan. Namun begitu, kajian ini tidak didasari
oleh sebarang faktor yang menjadi dorongan kepada tindakan pembayar zakat
yang membayar zakat pendapatan melebihi kadar kewajipan zakat.
Pembayaran Zakat Melebihi Kadar Kewajipan Zakat : Kajian dalam Kalangan
Kakitangan Kerajaan di Jabatan Agama Islam Melaka, Melaka/209

Adapun sesuatu gelagat atau tindakan seseorang manusia itu pasti


didorong oleh sesuatu perkara, maka pengkaji menemui satu dapatan menarik
oleh Lalin et al. (2009) dalam bidang pengkajian psikologi manusia. Kajiannya
mendapati bahawa orang yang bahagia memberi lebih dan pemberian yang
lebih itu menyebabkan orang lebih bahagia di mana ia menggambarkan satu
hubungan keadaan yang berlaku dalam putaran yang sama. Kajian ini dilihat
mendasari kepada satu nilai universal iaitu altruisme di mana ia adalah tingkah
laku sosial yang dijalankan untuk mencapai hasil yang positif untuk orang lain,
dan bukannya untuk diri sendiri (J. Philippe, 1980). Oleh itu, mood yang baik
dapat meningkatkan altruisme sebagaimana Lalin et al. (2009) menyimpulkan
dapatan oleh pengkaji lain apabila Isen dan Levin (1972) dalam eksperimen
yang dijalankan ke atas pelajar kolej yang sedang belajar di dalam
perpustakaan mendapati pelajar yang menerima biskut lebih sukarela untuk
meluangkan masa dalam eksperimen yang dijalankan berbanding pelajar yang
tidak menerima biskut. Sehubungan dengan itu, kajian menunjukkan peserta
yang baru mengalami peristiwa positif akan lebih cenderung untuk
menghulurkan pertolongan. Isen, Horn dan Rosenhan (1973) juga mendapati
kanak-kanak yang berjaya dalam permainan merasai kesan positif dan
berupaya mendorong kanak-kanak untuk menderma duit dalam amaun yang
lebih banyak kepada kebajikan dalam kalangan kanak-kanak miskin
berbanding kanak-kanak yang gagal dalam permainan.
Dalam pada itu, kajian Aderman (1972) dalam Lalin et al. (2009) dalam
kajian yang memerlukan peserta membaca penyataan yang boleh mendorong
peserta kepada perasaan gembira atau tertekan mendapati peserta dalam mood
positif cenderung memenuhi permintaan pertolongan oleh penyelidik ketika
eksperimen, malah berjanji untuk membantu dengan menjadi peserta kajian
dalam eksperimen seterusnya. Satu dapatan kajian menarik oleh Wang dan
Graddy (2008) yang mendapati kebahagiaan memberi kesan kepada pemberian
agama, tetapi tidak kepada pemberian sekular. Oleh itu, kajian ini akan cuba
menganalisis keadaan berlakunya tindakan pembayaran zakat pendapatan
melebihi kadar kewajipan zakat di Melaka sekaligus mengenalpasti purata
nisbah lebihan tersebut yang menyumbang kepada kutipan zakat di Melaka.
Seterusnya, kajian ini cuba mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong
kepada tindakan pembayaran zakat melebihi kadar kewajipan zakat.

Metodologi Kajian

Secara keseluruhannya, kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan


kaedah pengumpulan data primer melalui instrumen borang kaji selidik.
Populasi sasaran bagi kajian ini ialah kakitangan kerajaan yang berkhidmat
secara khususnya di Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Pemilihan sampel
ini bersesuaian dengan keperluan kajian yang memberi fokus kepada agensi
agama yang mempunyai keterkaitan dalam pelaksanaan dasar yang dibuat oleh
Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sebagaimana JAIM berfungsi sebagai
pelaksana dasar-dasar berkaitan Hal Ehwal Islam yang ditentukan oleh MAIM
210/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

selaku Pihak Berkuasa Agama Negeri & Kerajaan Negeri Melaka. Walaupun
kedua-dua agensi agama ini saling bergantung antara satu sama lain, tetapi
ketidakkterlibatan kakitangan JAIM secara langsung mahupun secara tidak
langsung dalam bidang pengurusan kutipan dan agihan zakat di Melaka adalah
sesuai bagi mencapai objektif kajian kerana bebas dari unsur bias. Tambahan
lagi, kedudukan bangunan Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Melaka dan
bahagian-bahagian lain yang terletak di sekitar bangunan MAIM menunjukkan
jarak lokasi yang dekat antara satu sama lain adalah antara kriteria yang
penting bagi kajian ini.
Sebanyak 260 set borang soal selidik diedarkan kepada 9 bahagian di
bawah JAIM termasuklah Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Dakwah,
Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Bahagian Pengurusan Halal,
Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Penyelidikan, Bahagian Pendidikan,
Bahagian Pengurusan Masjid dan Pejabat Agama Daerah Melaka Tengah.
Borang soal selidik yang dikembalikan ialah sebanyak 146 set di mana 11 set
daripadanya dipulangkan kosong dan sembilan (9) set tidak dapat dianalisis
menjadikan jumlah borang soal selidik yang boleh dianalisis hanya 126 set.
Jumlah ini menjadikan sampel kajian ialah 36 peratus daripada populasi.
Menurut Mohamad Najib (1999), jumlah sebanyak 30 peratus daripada
populasi yang diambil untuk dijadikan sampel sudah mencukupi.
Instrumen borang soal selidik yang digunakan terdiri daripada lima (5)
bahagian. Tiga bahagian awal melibatkan soalan berkaitan iaitu Bahagian A
meliputi maklumat demografi, Bahagian B (I) mengkhusus kepada tindakan
pembayaran zakat pendapatan, Bahagian B (II) fokus kepada rebat cukai.
Bahagian C dan Bahagian D menggunakan ukuran skala likert lima mata iaitu
skala 1 mewakili “Sangat Tidak Setuju”, 2 “Tidak Setuju”, 3 “Sederhana”, 4
“Setuju” dan 5 “Sangat Setuju” berkenaan persepsi responden ke atas
maklumat agihan dan kutipan zakat dan cukai dan sistem zakat dan cukai.
Data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif ke atas beberapa jenis
analisis. Pertama, analisis skor min ke atas item skala likert bagi pengujian
tahap faktor-faktor yang mempengaruhi pembayaran zakat pendapatan. Nilai
yang digunakan bagi menentukan tahap faktor adalah diadaptasi dari Bahril
dan Wahid (2011) yang diubahsuai merujuk pada Wiersma (1995) seperti
berikut; Tinggi (3.81 hingga 5.00), Sederhana (2.41 hingga 3.80) dan Rendah
(1.00 hingga 2.40). Analisis menggunakan ujian Alpha Cronbach telah
dilakukan sebagai ujian kebolehpercayaan ketekalan dalaman. Ujian Alpha
Cronbach dijalankan ke atas item soalan skala likert di bahagian B (I). Dalam
Jadual 4 mendapati pekali bagi kedua-dua bahagian yang diuji mempunyai
nilai yang memuaskan (0.72 bagi bahagian faktor bayar zakat dan 0.6 bagi
bahagian faktor bayar zakat lebih) di mana menurut Ahmad (2008), nilai
koefisen alpha yang kurang dari 0.6 adalah tidak memuaskan.
Analisis ke atas item Bahagian C dan Bahagian D menggunakan analisis
perbezaan nilai GAP min antara zakat dan cukai melalui kaedah (nilai min
zakat - nilai min cukai). Jika nilai min (0 = tiada beza antara zakat dan cukai),
nilai min (positif = zakat lebih baik dari cukai) dan nilai min (negatif = cukai
lebih baik dari zakat).
Pembayaran Zakat Melebihi Kadar Kewajipan Zakat : Kajian dalam Kalangan
Kakitangan Kerajaan di Jabatan Agama Islam Melaka, Melaka/211

Hasil Kajian

Berdasarkan Jadual 1, terdapat seramai 126 orang responden yang terdiri


daripada kakitangan kerajaan di Jabatan Agama Islam Melaka.

Jadual 1 : Latar Belakang Responden


Latar Belakang Kekerapan Peratus (%)
Jantina
Lelaki 47 37.3
Perempuan 79 62.7
Umur
25 tahun dan ke bawah 14 11.1
26 tahun hingga 30 tahun 34 27
31 tahun hingga 40 tahun 56 44.4
41 tahun dan ke atas 22 17.5
Taraf Perkahwinan
Belum berkahwin 32 25.4
Berkahwin 90 71.4
Duda / Janda 4 3.2
Tahap Pendidikan Tertinggi
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 21 16.7
STPM / STAM 10 7.9
Sijil 3 2.4
Diploma 40 31.7
Ijazah Sarjana Muda 49 38.9
Ijazah Sarjana 3 2.4
Gred Jawatan
Gred 11 hingga Gred 19 66 52.4
Gred 22 hingga Gred 36 30 23.8
Gred 41 hingga Gred 48 12 9.5
Status Jawatan
Tetap 83 65.9
Kontrak 27 21.4
Pekerja sambilan harian 10 7.9
Lain-lain 6 4.8
Anggaran Pendapatan Bulanan (isi rumah)
RM 1,000 dan ke bawah 9 7.1
RM 1,001 hingga RM 3,859 75 59.5
RM 3,860 hingga RM 8,318 40 31.7
RM 8,319 dan ke atas 2 1.6
Jumlah tanggungan
1 hingga 3 orang 77 61.1
4 hingga 6 orang 24 19
7 hingga 9 orang 2 1.6
Tiada tanggungan 23 18.3
Sumber: Maklumat Soal selidik 2018

Merujuk kepada Jadual 1, majoriti responden terdiri daripada kalangan


perempuan iaitu seramai 79 orang (62.7%), manakala selebihnya iaitu 47 orang
212/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

(32.3%) adalah lelaki. Daripada segi umur, kebanyakan responden berusia 31


hingga 40 tahun seramai 56 orang (44.4%), diikuti dengan usia 26 tahun
hingga 30 tahun seramai 34 orang (27%), usia 41 tahun dan ke atas seramai 22
orang (17.5%) dan seramai 14 orang (11.1%) dalam kalangan usia 25 tahun
dan ke bawah. Selanjutnya, majoriti responden telah berkahwin iaitu seramai
90 orang (25.4%) dan seramai 32 orang (25.4%) masih bujang, manakala
selebihnya iaitu 4 orang (3.2%) berstatus duda atau janda. Kebanyakan
responden, iaitu seramai 77 orang (61.1%) mempunyai tanggungan antara 1
hingga 3 orang. Selebihnya, seramai 24 orang (19%) menanggung antara 4
hingga 6 orang dan 23 orang (18.3%) tidak mempunyai tanggungan dan hanya
2 orang (2%) yang mempunyai tanggungan yang lebih ramai iaitu antara 7
hingga 9 orang.
Daripada segi pendidikan, pemegang ijazah sarjana muda adalah yang
paling ramai seramai 49 orang (38.9%), diikuti diploma seramai 40 orang
(31.7%), SPM seramai 21 orang (16.7%), STPM seramai 10 orang (7.9%) dan
peringkat sijil serta ijazah sarjana masing-masing seramai 3 orang (2.4%).
Melihat kepada anggaran pendapatan bulanan bagi isi rumah, majoriti
responden mempunyai pendapatan RM 1,001 hingga RM 3,859 iaitu seramai
75 orang (59.5%), diikuti oleh seramai 40 orang (31.7%) responden
berpendapatan RM 3,860 hingga RM 8,318 dan seramai 9 orang (7.1%)
berpendapatan RM 1,000 dan ke bawah serta seramai 2 orang (1.6%)
berpendapatan RM 8,319 dan ke atas.
Seterusnya, daripada aspek latar belakang pekerjaan, seramai 66 orang
(52.4%) berjawatan gred 11 hingga gred 19, seramai 30 orang dalam jawatan
gred 22 hingga gred 36, seramai 12 orang berjawatan gred 41 hingga 48 dan
selebihnya tidak mencatat gred jawatan masing-masing. Majoriti responden
berstatus jawatan tetap iaitu seramai 83 orang (65.9%), diikuti seramai 27
orang (21.4%) dalam status jawatan kontrak, seramai 10 orang sebagai pekerja
sambilan harian dan seramai 6 orang (4.8%) berstatus jawatan lain-lain.
Jadual 2 menunjukkan pengetahuan responden yang berhubung kait
dengan fatwa zakat pendapatan yang dikeluarkan oleh Mufti Kerajaan Negeri
Melaka pada tahun 2000. Hasil kajian mendapati majoriti responden pernah
mendengar mengenai fatwa zakat pendapatan iaitu seramai 107 orang (84.9%)
dan seramai 99 orang (92.5%) daripadanya memahami fatwa tersebut,
manakala seramai 8 orang (7.5%) lagi tidak memahami fatwa tersebut. Antara
sumber pengetahuan responden terhadap fatwa zakat pendapatan termasuklah
Pusat Zakat Melaka (PZM), MAIM, media massa, ceramah, pengajian kuliah,
sekolah atau institusi pendidikan, individu lain seperti rakan-rakan atau
keluarga dan daripada agensi agama lain selain agensi agama di Melaka.
Terdapat hanya seramai 19 orang responden yang tidak pernah mendengar
berkenaan fatwa zakat pendapatan.
213/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 2 : Pengetahuan Responden Mengenai Fatwa Zakat Pendapatan


Tidak Pernah Dengar Pernah Dengar
Kekerapan 19 107
(15.1) (84.9)

Faham Fatwa Tidak Faham Fatwa


Kekerapan 99 8
(92.5) (7.5)
Nota : ( ) peratus responden (%)

Jadual 3 : Jumlah Responden Pembayar Cukai Pendapatan dan Zakat Pendapatan


Cukai Pendapatan Zakat Pendapatan
Tidak Ya Tidak Ya
Kekerapan 83 43 38 88
(65.9) (34.1) (30.2) (69.8)

Mengikut Had Biasa Melebihi Had Biasa


Kekerapan 65 23
(73.9) (26.1)
Nota : ( ) peratus responden (%)
214/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Selanjutnya, Jadual 3 menunjukkan maklumat responden yang membayar


cukai pendapatan dan zakat pendapatan. Dapatan kajian yang menarik apabila
responden yang membayar zakat pendapatan mencatatkan jumlah seramai 88
orang (69.8%) yang mana lebih tinggi berbanding seramai 43 orang (34.1%)
responden yang layak dan membayar cukai pendapatan. Hal ini
menggambarkan satu keadaan di mana responden mempunyai kesedaran untuk
membayar zakat pendapatan walaupun tidak layak membayar cukai
pendapatan. Hasil kajian juga mendapati tahap pematuhan yang tinggi dalam
kalangan responden terhadap saluran pembayaran zakat pendapatan yang betul
dan tepat iaitu membayar pada saluran formal di PZM atau cawangan UTC
atau kaunter bergerak PZM di mana ia mencatatkan seramai 85 orang (97%)
dan hanya 2 orang (2%) sahaja yang mengagihkan sendiri kepada asnaf.
Majoriti responden pembayar zakat pendapatan menggunakan medium
potongan gaji untuk membayar zakat iaitu seramai 79 orang (89.7%), manakala
6 orang (6.8%) lagi bayar secara langsung di kaunter pusat zakat dan seramai 3
orang (3.4%) menggunakan lain-lain medium.
Dalam masa yang sama, Jadual 3 juga menunjukkan tindakan responden
yang membuat pembayaran zakat pendapatan melebihi daripada kadar
kewajipan zakat yang sepatutnya. Hasil kajian mendapati terdapat seramai 23
orang (73.9%) responden pembayar zakat pendapatan yang membayar zakat
pendapatan melebihi daripada kadar kewajipan zakat.
Sehubungan dengan itu, analisis kajian seterusnya ialah mengenai
faktor-faktor yang mempengaruhi responden membayar zakat pendapatan dan
faktor-faktor yang berpotensi menjadi penyebab kepada tindakan membayar
zakat pendapatan melebihi kadar kewajipan. Berdasarkan Jadual 4, kajian
mendapati min keseluruhan item bagi faktor pembayaran zakat pendapatan
adalah pada tahap yang tinggi dengan nilai min 3.85 dan sisihan piawai 0.99.
Terdapat enam item yang memiliki nilai min yang mengklasifikasikannya
sebagai antara faktor yang kuat mempengaruhi responden membayar zakat
pendapatan pada (nilai min ≥ 3.81) iaitu faktor ingin menyempurnakan Rukun
Islam dan faktor faham dan yakin dengan hikmah keberkatan zakat
masing-masing (nilai min = 4.65), diikuti dengan faktor mengetahui zakat
pendapatan wajib dikenakan zakat (nilai min = 4.49), faktor kemudahan
kaedah pembayaran zakat melalui potongan gaji (nilai min = 4.44), faktor
kadar zakat yang tidak membebankan (nilai min = 4.34) dan faktor berpuas hati
dengan pengurusan zakat (nilai min = 4.10). Selanjutnya, bagi faktor insentif
rebat cukai (nilai min = 3.20) dan faktor mengelak pembayaran cukai
pendapatan (nilai min = 3.13), faktor ingin mematuhi arahan pemerintah
melalui pewartaan zakat pendapatan (nilai min = 2.97) dan faktor pengaruh
daripada ibu bapa atau kawan atau guru atau majikan (nilai min = 2.51) adalah
faktor yang berada pada tahap sederhana yang mempengaruhi pembayaran
zakat pendapatan.
215/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 4: Nilai Min dan Sisihan Piawai Faktor-Faktor Membayar Zakat Pendapatan Pada Kadar Biasa dan Pada Kadar Melebihi
Kadar Kewajipan
Nilai Tahap Faktor Sisihan α
Faktor-faktor Membayar Zakat Pendapatan
Min Piawai Cronbach
Saya ingin menyempurnakan Rukun Islam 4.65 Tinggi 0.5
Saya tahu bahawa zakat pendapatan adalah wajib dikenakan zakat 4.49 Tinggi 0.8 0.72
Saya faham dan yakin dengan hikmah keberkatan di sebalik tindakan pembayaran
4.65 Tinggi 0.5
zakat pendapatan
Saya berpuas hati dengan keadilan, ketelusan dan kecekapan pengurusan kutipan dan
4.10 Tinggi 0.76
agihan zakat pendapatan oleh institusi berkaitan
Saya membayar zakat pendapatan kerana kadar 2.5% yang dikenakan tidak
4.34 Tinggi 0.84
membebankan
Saya membayar zakat pendapatan untuk mengelak pembayaran cukai pendapatan 3.13 Sederhana 1.42
Saya ingin mendapatkan insentif rebat cukai pendapatan apabila membayar cukai
3.20 Sederhana 1.38
pendapatan
Kaedah pembayaran zakat melalui potongan gaji memudahkan pembayaran zakat
4.44 Tinggi 0.9
pendapatan
Saya membayar zakat kerana pengaruh daripada ibu bapa / pasangan suami isteri /
2.51 Sederhana 1.37
kawan / guru / majikan
Saya membayar zakat kerana ingin mematuhi arahan pemerintah melalui pewartaan
2.97 Sederhana 1.42
zakat pendapatan
Nilai Min Keseluruhan Faktor 3.85 Tinggi 0.99
216/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Nilai Sisihan
Faktor-faktor Membayar Zakat Pendapatan Melebihi Kewajipan Tahap Faktor α Cronbach
Min Piawai
Saya membayar zakat pada kadar yang lebih kerana didorong oleh perasaan positif dan
4.61 Tinggi 0.66
bahagia 0.6
Saya membayar zakat pada kadar yang lebih kerana saya yakin akan mendapat rezeki
4.70 Tinggi 0.56
yang lebih baik daripada Allah S.W.T
Amalan ibu bapa saya yang suka memberi pada kadar yang lebih kepada orang lain
3.87 Tinggi 1.25
mendorong saya membayar zakat pada kadar yang lebih
Saya membayar zakat pada kadar yang lebih kerana memahami perasaan asnaf yang
4.30 Tinggi 0.7
serba kekurangan
Nilai Min Keseluruhan Faktor 4.37 Tinggi 0.79
Nota: 1.Tinggi, nilai min 3.81 ke atas; Sederhana, nilai min antara 2.41 - 3.80; Rendah, nilai min 2.40 dan ke bawah
Sumber : Maklumat soal selidik
Pembayaran Zakat Melebihi Kadar Kewajipan Zakat : Kajian dalam Kalangan
Kakitangan Kerajaan di Jabatan Agama Islam Melaka, Melaka/217

Jadual 5: Anggaran Bayaran Lebihan Zakat (Bulanan)


Bil1 Gred Gaji Bulanan Tanggungan Zakat Perlu Zakat Lebihan4 Peratusan Nisbah
(RM) Dibayar2 Dibayar3 (RM) Lebihan5 (%) Lebihan6
(RM) (RM)
1 S41 3,860 - 8,318 7 - 9 orang 100 110 10 10 0.1
2 S22 3,860 - 8,318 4 - 6 orang 50 60 10 20 0.2
3 W19 1,001 - 3,859 4 - 6 orang 10 12.5 2.5 25 0.25
4 S29 3,860 - 8,318 1 - 3 orang 70 140 70 100 1
5 S29 3,860 - 8,318 4 - 6 orang 75 90 15 20 0.2
6 S19 1,001 - 3,859 1 - 3 orang 25 30 5 20 0.2
7 - 3,860 - 8,318 4 - 6 orang 70 90 20 29 0.29
8 W17 1,001 - 3,859 1 - 3 orang 65 90 25 38 0.38
9 N19 8,319 ke atas 1 - 3 orang 65 110 45 69 0.69
10 - 3,860 - 8,318 tiada 20 40 20 100 1.00
11 J36 3,860 - 8,318 4 - 6 orang 90 175 85 94 0.94
12 DG44 3,860 - 8,318 1 - 3 orang 50 100 50 100 1.00
13 S29 3,860 - 8,318 4 - 6 orang 110 134 24 22 0.22
14 S41 3,860 - 8,318 1 - 3 orang 90 100 10 11 0.11
15 S41 1,001 - 3,859 1 - 3 orang 65 70 5 8 0.08
Jumlah 955 1351.5 396.5 666.33 6.66
Purata 44.42* 0.44**
Nota: 1. Responden yang membayar zakat melebihi kadar kewajipan
2. Berdasarkan kiraan Pusat Zakat Melaka (PZM) mengikut jumlah sumber pendapatan dan perbelanjaan responden
3. Jumlah zakat yang dibayar kepada PZM
4. Lebihan = Zakat yang dibayar - zakat yang perlu dibayar
5. Peratusan Lebihan = (Lebihan / zakat yang perlu dibayar)*100
6. Nisbah Lebihan = Peratusan lebihan / 100
* Purata Peratus Lebihan = Jumlah peratuslebihan / jumlah responden yang bayar zakat melebihi kewajipan
** Purata Nisbah Lebihan = Jumlah nisbah lebihan / jumlah responden yang bayar zakat melebih kewajipan
Sumber : Maklumat soal selidik
218/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Merujuk kepada item faktor dalam kategori tahap yang tinggi, hanya tiga
item faktor yang mempunyai sisihan piawai yang kecil yakni tidak
menghampiri nilai 1 iaitu faktor ingin menyempurnakan rukun Islam (0.5),
faktor faham dan yakin dengan hikmah keberkatan zakat (0.5) dan faktor
berpuas hati dengan pengurusan zakat (0.76). Menurut Eza & Rizal (2011),
nilai sisihan piawai yang lebih besar iaitu menghampiri kepada 1 menunjukkan
serakan yang luas di sekeliling nilai min yang menggambarkan respon yang
diberikan oleh responden adalah jauh daripada nilai min.
Seterusnya, Jadual 4 menunjukkan hasil kajian terhadap faktor-faktor
yang mempengaruhi tindakan responden membayar zakat pendapatan melebihi
kadar kewajipan zakat. Kajian mendapati min keseluruhan item bagi faktor
pembayaran zakat pendapatan melebihi kadar kewajipan adalah berada pada
tahap yang tinggi dengan nilai min 4.37 dan sisihan piawai 0.79. Kesemua
empat item mempunyai nilai min pada tahap yang tinggi mempengaruhi
tindakan responden iaitu faktor yakin akan mendapat rezeki yang lebih baik
daripada Allah SWT (nilai min = 4.70), diikuti faktor didorong oleh perasaan
positif dan bahagia (nilai min = 4.61), faktor memahami perasaan asnaf atau
empati (nilai min 4.30) dan faktor didorong oleh amalan ibu bapa (nilai min =
3.87). Namun begitu, hanya terdapat tiga item yang mempunyai sisihan piawai
yang agak rendah iaitu faktor yakin akan mendapat rezeki yang lebih baik
daripada Allah SWT (0.56), faktor didorong oleh perasaan positif dan bahagia
(0.66) dan faktor memahami perasaan asnaf atau empati (0.7).
Kemudian, satu analisis purata dijalankan bagi memperolehi nilai nisbah
lebihan pembayaran zakat melebihi kadar kewajipan. Seramai 15 orang
responden daripada 23 orang responden yang memberikan maklumat mengenai
jumlah zakat pendapatan yang dibayar lebih kepada PZM. Hasil kajian
mendapati seramai lima orang membayar lebihan zakat sebanyak 100 peratus
atau satu kali ganda, manakala seramai dua orang membayar lebihan zakat
lebih daripada 50 peratus dan selebihnya membayar lebihan zakat pada kadar
kurang daripada 50 peratus daripada jumlah zakat yang sebenar dikenakan ke
atas responden. Sehubungan dengan itu, berdasarkan Jadual 5, kajian
mendapati purata nisbah lebihan bagi pembayaran zakat pendapatan adalah
sebanyak 0.4 peratus yang memberi makna bahawa kadar nisbah zakat yang
dibayar melebihi kadar kewajipan adalah pada kadar 0.4 lebih daripada
kewajipan zakat yang sepatutnya.
Selanjutnya, kajian menganalisis persepsi masyarakat dalam kalangan
responden terhadap maklumat agihan dan kutipan zakat dan cukai di Melaka
dan sistem zakat dan cukai Malaysia. Bagi analisis ini, kajian menggunakan
analisis perbezaan nilai GAP min ke atas tiga kelas persepsi iaitu pertama,
persepsi keseluruhan responden soal selidik, kedua, persepsi responden yang
membayar zakat pendapatan dan ketiga, persepsi responden yang membayar
zakat melebihi kadar kewajipan. Jadual 6 menunjukkan perbezaan nilai GAP
min bagi maklumat agihan dan kutipan zakat dan cukai. Responden dalam
kelas keseluruhan dan kelas membayar zakat pendapatan merasakan zakat
dikutip dengan lebih cekap dan efisien dan maklumat berkaitan kutipan zakat
mudah untuk diakses berbanding dengan cukai. Adapun bagi pengurusan
Pembayaran Zakat Melebihi Kadar Kewajipan Zakat : Kajian dalam Kalangan
Kakitangan Kerajaan di Jabatan Agama Islam Melaka, Melaka/219

agihan zakat juga, keseluruhan responden dan responden membayar zakat


pendapatan melihat kecekapan agihan zakat, keberkesanan program zakat,
proses agihan sampai kepada golongan sasaran dan akses kepada maklumat
berkaitan agihan zakat adalah lebih baik berbanding dengan cukai.
Bagi responden dalam kelas membayar zakat pendapatan melebihi kadar
kewajipan, nilai persepsi kelas ini terhadap kecekapan kutipan zakat,
kemudahan akses maklumat kutipan zakat, kecekapan agihan zakat dan proses
agihan zakat sampai kepada golongan sasaran adalah lebih tinggi berbanding
dua lagi kelas responden berbanding cukai. Hal ini bermakna, responden dalam
kelas ini mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap pengurusan kutipan dan
agihan zakat berbanding cukai. Walaupun nilai min yang ditunjukkan oleh
setiap kelas responden adalah berbeza, namun, secara keseluruhannya,
responden mempunyai persepsi yang lebih baik terhadap maklumat agihan dan
kutipan zakat berbanding maklumat agihan dan kutipan cukai.
Beralih kepada persepsi responden terhadap sistem zakat dan cukai secara
amnya di Malaysia, Jadual 7 menunjukkan responden dalam kelas keseluruhan
dan kelas membayar zakat pendapatan berpendapat bahawa sistem zakat di
Malaysia berfungsi dengan baik dan adil berbanding dengan sistem cukai.
Dalam masa yang sama, dua kelas responden tersebut juga berpendapat kadar
zakat adalah lebih munasabah berbanding cukai di samping merasakan lebih
banyak kemudahan untuk membayar zakat dan penyediaan maklumat
pengiraan zakat yang jelas berbanding sistem cukai serta mempunyai persepsi
yang lebih baik ke atas keberkesanan penguatkuasaan undang-undang zakat.
Bagi responden dalam kelas membayar zakat pendapatan yang lebih,
responden dilihat mempunyai tahap keyakinan yang lebih tinggi ke atas sistem
zakat yang berfungsi dengan baik dan adil seiring dengan kepuasan yang lebih
tinggi ke atas kewujudan kemudahan zakat yang banyak dan maklumat
pengiraan yang jelas berbanding persepsi dua kelas responden berbanding
sitem cukai. Yang lebih menarik ialah pada nilai persepsi yang sangat tinggi ke
atas kadar zakat yang munasabah berbanding cukai boleh menjadi antara asbab
kepada tindakan pembayaran zakat melebihi kadar kewajipan dengan sukarela.
Secara keseluruhannya, ketiga-tiga kelas responden berpendapat bahawa
sistem zakat di Malaysia adalah lebih baik daripada sistem cukai.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa responden menyatakan
keperluan penambahbaikan ke atas pengurusan zakat di Melaka. Dari aspek
pengurusan kutipan zakat oleh PZM, berdasarkan Jadual 8, responden
menyatakan keperluan untuk Pusat Zakat Melaka mengadakan kursus, seminar,
taklimat dan program di samping hebahan dan promosi berhubungkait dengan
kewajipan zakat dan fungsi PZM dengan mensasarkan kelompok kakitangan
kerajaan dan swasta dan seluruh masyarakat.
220/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 6: Perbezaan Nilai GAP Min Antara Kelas Responden (Kutipan dan Agihan Zakat dan Cukai)
Bil Item Nilai GAP Min
Keseluruhan1 Membayar Membayar
Zakat2 Zakat
Melebihi
Kewajipan3
1 Saya merasakan bahawa zakat/cukai dikutip dengan cekap dan efisien 0.26 0.26 0.3
2 Saya berpendapat bahawa maklumat berkaitan kutipan zakat/cukai mudah untuk 0.33 0.36 0.43
diakses.
3 Saya merasakan bahawa zakat/cukai diagih dengan cekap dan efisien 0.32 0.31 0.43
4 Saya merasakan bahawa program agihan zakat/cukai yang dilaksanakan adalah 0.28 0.23 0.22
berkesan
5 Saya merasakan proses agihan zakat/cukai sampai kepada golongan sasaran 0.26 0.28 0.35
6 Saya berpendapat bahawa maklumat berkaitan agihan zakat/cukai mudah untuk 0.28 0.27 0.22
diakses
Purata Keseluruhan 0.29 0.29 0.33
Nota: 1 Perbezaan Min keseluruhan responden (Min zakat - Min cukai)
2
Perbezaan Min responden yang membayar zakat pendapatan (Min zakat - Min cukai)
3
Perbezaan Min responden yang membayar zakat melebihi kadar kewajiapan (Min zakat - Min cukai)
Sumber: Maklumat Soal Selidik 2018
Pembayaran Zakat Melebihi Kadar Kewajipan Zakat : Kajian dalam Kalangan
Kakitangan Kerajaan di Jabatan Agama Islam Melaka, Melaka/221

Jadual 7: : Perbezaan Nilai GAP Min Antara Kelas Responden (Sistem Zakat dan Cukai)
Bil Item Nilai GAP Min
Keseluruhan1 Membayar Membayar
Zakat2 Zakat
Melebihi
Kewajipan3
1 Saya berpendapat bahawa sistem zakat/cukai di Malaysia berfungsi dengan baik 0.21 0.25 0.26
2 Saya merasakan bahawa kadar zakat/cukai di Malaysia adalah munasabah 0.82 0.88 1.13
3 Saya berpendapat bahawa sistem zakat/cukai di Malaysia adalah adil 0.45 0.51 0.61
Saya merasakan bahawa wujud banyak kemudahan untuk membayar
4 0.37 0.41 0.43
zakat/cukai
Saya berpendapat bahawa penguatkuasaan undang-undang zakat/cukai adalah
5 0.21 0.2 0.22
berkesan
Saya berpandangan bahawa maklumat mengenai pengiraan zakat/cukai adalah
6 0.43 0.4 0.43
jelas
Purata Keseluruhan 0.42 0.44 0.51
Nota: 1 Perbezaan Min keseluruhan responden (Min zakat - Min cukai)
2
Perbezaan Min responden yang membayar zakat pendapatan (Min zakat - Min cukai)
3
Perbezaan Min responden yang membayar zakat melebihi kadar kewajiapan (Min zakat - Min cukai)
Sumber: Maklumat Soal Selidik 2018
222/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Ada yang menyatakan cadangan supaya kisok kecil dibuka di jabatan


kerajaan dan swasta dan perkhidmatan kaunter bergerak setiap hari.
Kebanyakan responden menyatakan keperluan penambahbaikan dalam aspek
urus tadbir kutipan zakat dengan mengurangkan prosedur permohonan zakat
supaya tempoh masa permohonan zakat dapat disingkatkan dan seterusnya
proses permohonan dapat diuruskan dengan cepat dan cekap. Bersama-sama
ini penyataan cadangan supaya pegawai zakat memiliki integriti yang tinggi
bagi menarik keyakinan pembayar zakat dan bersikap mesra pelanggan.
Cadangan lain termasuklah lantikan ejen kutipan zakat yang berkhidmat di
masjid-masjid khususnya bagi kutipan zakat takaful.

Jadual 8: Maklumbalas Responden Terhadap Cadangan Penambahbaikan Pusat


Zakat Melaka
Responden Maklumbalas
Responden 1 Optimumkan kutipan zakat dan lantik ejen-ejen kutipan (syarikat
takaful atau insurans) dan letakkan di masjid dalam negeri
Responden 2 Adakan kursus dan seminar bagi semua kakitangan kerajaan dan
swasta mengenai sistem kutipan zakat oleh PZM
Responden 3 Mengurangkan prosedur permohonan zakat, permohonan zakat
dapat diselesaikan dalam masa singkat (1 hari) dan staf PZM lebih
giat menjejaki asnaf
Responden 4 Memperluas lagi hebahan mengenai zakat dan kewajipan
membayar zakat
Responden 5 Banyakkan program berkaitan fungsi PZM
Responden 6 Menawarkan fungsi dan kelebihan zakat kepada semua orang awam
Responden 7 Mempercepatkan proses permohonan dan cekap
Responden 8 Kaunter bergerak setiap hari
Responden 9 Program dan kursus berkenaan zakat
Responden 10 Buka kiosk kecil di jabatan-jabatan kerajaan mahupun swasta
Responden 11 Taklimat dan penerangan kepada golongan sasaran secara kerap
Responden 12 Perlu mesra pelanggan
Responden 13 Pegawai PZM perlu berintegriti tinggi untuk meningkatkan
keyakinan masyarakat membayar zakat
Responden 14 Perlu lebih hebahan tentang kewajipan zakat
Responden 15 Longgarkan SOP sedia ada
Responden 16 Adakan taklimat dan penerangan tentang zakat
Responden 17 Sistem kutipan sangat efisien dan berkesan
Responden 18 Membuat promosi atau kesedaran kepada masyarakat
Sumber : Maklumat Soal Selidik

Selanjutnya, Jadual 9 menunjukkan penyataan cadangan dari aspek


pengurusan agihan zakat oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Secara
keseluruhannya, penyataan cadangan responden merangkumi tiga perkara iaitu;
1. pertimbangan pemilihan asnaf; 2. kaedah agihan zakat; 3. urus tadbir agihan
zakat. Bagi aspek yang pertama, ada yang menyatakan bahawa pegawai zakat
perlu mendapatkan maklumat yang telus dari asnaf dan membuat siasatan
dengan teliti terlebih dahulu ke atas kesusahan yang dinyatakan sebelum
agihan dibuat kepada asnaf yang benar-benar layak dengan adil. Terdapat juga
penyataan yang memerlukan pegawai zakat turun padang secara berkala
Pembayaran Zakat Melebihi Kadar Kewajipan Zakat : Kajian dalam Kalangan
Kakitangan Kerajaan di Jabatan Agama Islam Melaka, Melaka/223

untuk mencari asnaf di samping mencari kaedah yang berkesan untuk


mencapai golongan sasaran dengan cepat dengan tidak hanya bergantung
kepada penggunaan teknologi kerana kedaifan golongan sasaran untuk
memiliki kemudahan teknologi. Bagi aspek yang kedua, ada yang menyatakan
perlunya kaedah agihan secara langsung terus kepada asnaf yang lemah dan
kelainan upaya yang tidak menuntut mereka untuk datang ke kaunter sendiri.
Selain itu, ada yang menyatakan tentang keperluan program diadakan
khususnya kepada golongan asnaf, anak yatim dan ibu tunggal. Nilai bantuan
zakat juga perlu dinilai semula supaya ia berupaya membawa asnaf keluar dari
garis kemiskinan dalam sesuatu tempoh. Ada penyataan khusus kepada
golongan pelajar yang memerlukan yang mana mengharapkan pinjaman
melalui Tabung Amanah Pendidikan Tinggi Melaka (TAPEM) ditukar kepada
biasiswa tidak kira kursus yang diambil di pengajian tinggi di samping bantuan
kepada anak-anak yang belajar di Mesir dan Jordan. Ada juga yang
menyatakan perlunya lebih banyak skim agihan zakat termasuk bantuan
perkahwinan dan kegunaan duit zakat untuk membina rumah bagi asnaf yang
tiada rumah. Penyataan lain ialah responden mengharapkan agihan zakat
dilakukan dengan telus, efektif dan sampai kepada golongan sasaran. Bagi
aspek yang ketiga, responden menyatakan cadangan supaya syarat penerimaan
zakat dilonggarkan dan menambah bilangan kaunter. Cadangan lain ialah
mengemaskini portal dan fungsi atas talian Majlis Agama Islam Melaka.
Sebahagian yang lain banyak menyentuh mengenai sikap pegawai zakat dalam
mengurus tadbir zakat iaitu perlunya tiada campur tangan politik, tidak bersifat
birokrasi, tidak salah guna wang zakat dan menukar bahagian pengurusan
manusia jika perlu untuk urusan pengagihan zakat yang baik dan telus.

Jadual 9: Maklumbalas Responden Terhadap Cadangan Penambahbaikan


Majlis Agama Islam Melaka
Responden Maklumbalas
Responden 1 Agihan perlu dibuat sebaiknya terutama kepada asnaf miskin dan
pelajar dan tidak wajar berlaku ketirisan wang zakat dan salah guna
zakat
Responden 2 Pihak MAIM turun padang secara berkala untuk mencari asnaf dan
memastikan asnaf menerima bantuan sewajarnya
Responden 3 Program bagi meraikan anak-anak yatim, ibu tunggal dan bagi
mereka yang memerlukan
Responden 4 Tiada campur tangan politik
Responden 5 Meneliti sedalamnya kesusahan sesebuah keluarga sebelum zakat
diagihkan atau dihentikan
Responden 6 Program bagi yang memerlukan
Responden 7 Mengemaskini portal dan meningkatkan fungsi atas talian
Responden 8 Melonggarkan syarat penerimaan zakat kepada golongan sasaran,
sistem dan teknik yang mudah bagi penyaluran zakat kepada
golongan sasaran dalam kadar segera, tidak hanya tertumpu kepada
penggunaan teknologi kerana golongan sasaran tidak mempunyai
kemudahan tersebut
Responden 9 Agihan lebih efektif dan sampai kepada golongan sasaran
224/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Responden 10 Sistem bayaran online melalui laman web MAIM


Responden 11 Mendapatkan maklumat yang telus dan jujur dari asnaf untuk
pengagihan zakat dan membuat siasatan sebelum agihkan zakat
Responden 12 Adil dan buat edaran
Responden 13 Beri pendedahan kepada masyarakat tentang zakat dan pengagihan
zakat
Responden 14 Agihan zakat diberi terus kepada asnaf oleh PZM sendiri, agihan
zakat (pelajar) melalui TAPEM, beri biasiswa, bukan pinjaman
kepada anak-anak orang Islam miskin yang belajar tidak kira
kursus, duit zakat dibuat rumah untuk orang Islam yang tiada
rumah, bantuan kepada anak orang Islam yang belajar di Mesir,
Jordan, pegawai zakat turun padang cari asnaf sendiri dan tidak
terlalu bersifat birokrasi
Responden 15 Lebih telus dalam membuat agihan
Responden 16 Pastikan penerimaan zakat diberikan kepada yang berhak
Responden 17 Menukar bahagian pengurusan manusia agar pengagihan dapat
dilaksanakan dengan baik
Responden 18 Kurangkan syarat yang ketat bagi asnaf yang memohon bantuan,
permudahkan tanpa mengira latar belakang politik, mahupun kroni
dan pantau agihan zakat
Responden 19 Perlu pastikan agihan zakat diberi kepada asnaf yang betul
layak-layak
Responden 20 Lebih telus dalam membuat agihan zakat, tiada campur tangan
politik dan bantuan secara terus (pettie cash) dan tidak banyak
birokrasi
Responden 21 Perbanyakkan skim agihan zakat kepada asnaf termasuk bantuan
perkahwinan
Responden 22 Jangan dikira barang yang ada di dalam rumah, mungkin ia
peninggalan arwah
Responden 23 Pertimbangan asnaf dengan seadil-adilnya
Responden 24 Melakukan kajian dan pencarian yang lebih berkesan supaya
golongan yang memerlukan dapat dicapai dengan cepat
Responden 25 Menambah kaunter agihan zakat
Responden 26 Agihan yang telus
Responden 27 Agihan pada kadar yang mampu keluarkan penerima daripada
tergolong sebagai asnaf dalam tempoh tertentu
Responden 28 Memudahkan urusan orang awam ketika menuntut zakat dan
permohonan dipercepatkan
Responden 29 Mengenalpasti jumlah asnaf secara menyeluruh dan agihan terus
kepada asnaf lemah dan OKU, bukan menuntut di kaunter zakat.
Sumber : Maklumat Soal Selidik

Perbincangan Dan Implikasi Dasar

Daripada keseluruhan analisis yang dijalankan, beberapa kesimpulan dapat


dilakukan. Sebanyak 70 peratus pembayar zakat pendapatan adalah
dipengaruhi dengan kuat oleh beberapa faktor yang boleh dikategorikan kepada
faktor akhirat dan faktor dunia. Pengujian yang dilakukan ke atas nilai skor
min membuktikan faktor keimanan yakni penyempurnaan rukun Islam dan
keyakinan terhadap hikmah keberkatan zakat antara pengaruh yang kuat
Pembayaran Zakat Melebihi Kadar Kewajipan Zakat : Kajian dalam Kalangan
Kakitangan Kerajaan di Jabatan Agama Islam Melaka, Melaka/225

mempengaruhi pembayaran zakat pendapatan. Tambahan daripada itu, faktor


pengetahuan tentang kewajipan zakat pendapatan dan faktor kadar zakat yang
tidak membebankan juga memainkan peranan penting sebagai daya yang boleh
mengajak individu Muslim membayar cukai pendapatan. Ia sekaligus
menyokong dapatan oleh Eza dan Rizal (2011) dan Mohd Ali, Hairunnizam &
Nor Ghani (2004) yang mendapati terdapat hubungan yang signifikan dan nilai
min yang tinggi terhadap faktor kefahaman agama, faktor keimanan, faktor
pengetahuan zakat dan faktor kadar zakat. Kajian ini turut mengukuhkan lagi
kajian oleh Sanep, Hairunnizam & Adnan (2006) dan Sanep dan Hairunnizam
(2005) berkaitan dengan faktor puas hati masyarakat terhadap institusi formal,
manakala masyarakat Muslim membayar zakat pendapatan kerana faktor
kemudahan pembayaran melalui potongan gaji seiring dengan pembuktian
kajian oleh Hairunnizam, Sanep & Mohd Ali (2007).
Tujuan utama kajian ini dalam mengenalpasti tindakan pembayaran zakat
melebihi kadar kewajipan mendapati purata nisbah zakat 0.4 kali ganda
daripada kadar kewajipan berupaya menyumbang kira-kira 21 peratus daripada
jumlah kutipan zakat pendapatan di Melaka berdasarkan hasil kutipan zakat
pada tahun 2017. Perkara yang menarik ialah tindakan ini juga dipengaruhi
oleh dua faktor yakni faktor iman dan faktor psikologi yang mendasari nilai
agama Islam. Sebagaimana, masyarakat Muslim yakin dengan janji Allah SWT
bahawa pemberian yang lebih pada masa kini akan mendapat balasan rezeki
yang lebih baik daripada Allah SWT pada masa depan. Di samping itu,
pembayar zakat yang membayar lebih menjadikan amalan tersebut sebagai
pemberian sedekah kepada lebih ramai asnaf yang memerlukan. Adapun kajian
ini berjaya membuktikan bahawa psikologi manusia juga berperanan penting
dalam menggerakkan amalan baik manusia yang mana kajian ini mendapati
nilai altruisme yang sedia ada wujud dalam diri sesetengah individu dapat
ditingkatkan apabila pembayar zakat pendapatan berada dalam keadaan
bahagia dan positif seperti kajian oleh Lalin et al. (2009), Wang dan Graddy
(2008), Aderman (1972) dan pengkaji lain. Sumber nilai altruisme iaitu
perasaan empati juga antara faktor yang mempengaruhi keinginan pembayar
zakat melebihkan bayaran zakat pendapatannya kepada institusi formal apabila
jiwa pembayar zakat ini dapat menyelami perasaan kekurangan masyarakat
asnaf. Amalan sedekah juga adalah sebagai satu psikologi untuk mencapai
kesedaran roh dan pembebasan daripada belenggu jasad dan nafsu atau dalam
erti kata lain ialah kebebasan dari ego.
Sehubungan dengan itu, dalam mengekalkan konsistensi responden yang
membayar zakat pendapatan lebih dan menggalakkan lagi masyarakat Muslim
membayar zakat pendapatan kepada institusi formal utamanya, kepercayaan
masyarakat terhadap institusi perlu diterapkan terlebih dahulu. Oleh itu, modus
operandi utama ialah reformasi nilai dalam kalangan individu-individu dalam
institusi zakat. Ia termasuklah meningkatkan integriti pihak pengurusan atasan
sehingga kepada staf pusat zakat negeri dan menyah sikap birokrasi dan
kepentingan politik dalam pengurusan zakat dan penerapan lain-lain nilai
akhlak Islam dan nilai murni dalam setiap bidang kerja pengurusan zakat.
226/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Selepas itu, pusat zakat perlu merangka strategi-strategi yang berkesan dalam
aspek menambah baik medium penyampaian dan penyebaran maklumat
mengenai kewajipan zakat pendapatan kepada masyarakat Muslim. Kaedah
penyampaian secara langsung boleh dilakukan dengan mengadakan seminar
atau kursus atau taklimat khasnya kepada semua kakitangan kerajaan dan
swasta. Pusat Zakat Melaka boleh bekerjasama dengan Bahagian Dakwah dan
Bahagian Pengurusan Masjid, JAIM untuk menyusun jadual ceramah
berkenaan zakat secara berkala di setiap masjid dan surau di seluruh Melaka.
Selain itu, bagi kumpulan fokus orang awam keseluruhannya, dalam era
teknologi ini, pihak institusi zakat perlu mengambil kesempatan dan peluang
dalam menyampaikan maklumat dan peringatan secara kerap tentang
kewajipan zakat pendapatan melalui media sosial secara aktif. Dalam masa
yang sama, platform media sosial juga adalah antara yang terbaik untuk
mendedahkan pelbagai aktiviti kutipan dan agihan zakat yang sedang atau telah
dijalankan supaya masyarakat dapat lihat dengan mata kasar dan lebih percaya
serta yakin dengan pelbagai program dan usaha yang dijalankan oleh pihak
institusi zakat dalam menguruskan harta zakat dengan telus dan cekap serta
sampai kepada golongan sasaran.

Kesimpulan

Jumlah kutipan zakat yang dicatatkan setiap tahun oleh pusat pungutan zakat
negeri disumbang oleh bahagian yang besar daripada zakat pendapatan. Zakat
berperanan besar bagi pembangunan diri, masyarakat, ekonomi, sosial dan
aspek-aspek lain yang mempengaruhi pembangunan negara. Hal ini demikian
kerana zakat sebagai alat dasar fiskal semulajadi yang dibekalkan oleh Allah
SWT yang berfungsi sebagai alat agihan pendapatan secara adil di samping
bertindak sebagai instrumen penggalak kepada kegiatan ekonomi negara.
Pengagihan zakat berupaya merangsang peningkatan permintaan agregat
kerana golongan asnaf yang menerima zakat akan mula menggunakan wang
zakat untuk berbelanja sehingga akhirnya merangsang kegiatan ekonomi
negara yang aktif dan ekonomi bertumbuh dengan baik melalui penggunaan
barang dengan kadar yang lebih tinggi oleh golongan asnaf. Tambahan lagi,
kualiti hidup asnaf akan meningkat lebih baik melalui zakat. Zakat juga
sebagai isntrumen penyelesaian masalah kepada ketidakseimbangan dalam
ekonomi pada peringkat makro melalui polisi fiskal budi bicara dan polisi
fiskal penstabil automatik bagi keadaan inflasi dan kemelesetan ekonomi
negara. Akhirnya, peranan zakat sebagai pemangkin pembangunan ekonomi
adalah pemacu kepada status negara menuju ke arah negara berpendapatan
tinggi. Sehubungan dengan itu, menjadi satu perkara yang penting untuk pihak
zakat negeri bertindak dalam usaha mewujudkan kesedaran dalam kalangan
masyarakat Muslim tentang kewajipan membayar zakat pendapatan sebagai
salah satu jenis harta yang juga perlu disucikan. Kesedaran merupakan satu
titik tolak kepada perubahan gelagat masyarakat Muslim untuk mula bertindak
membayar zakat pendapatan. Bermula dari sini, jumlah kutipan zakat
pendapatan akan bertambah dengan lebih banyak, ditambah lagi dengan
Pembayaran Zakat Melebihi Kadar Kewajipan Zakat : Kajian dalam Kalangan
Kakitangan Kerajaan di Jabatan Agama Islam Melaka, Melaka/227

tindakan pembayaran zakat melebihi kadar kewajipan, maka lebih besar angka
agihan zakat boleh diberikan kepada golongan asnaf secara langsung mahupun
melalui program-program bayaran tertentu sehingga akhirnya fungsi zakat
sebagai alat fiskal dapat direalisasikan dengan padu, khususnya bagi negara
yang majoritinya penganut agama Islam. Kajian akan datang boleh dilakukan
dengan menambahkan jumlah sampel responden dan mengembangkan kajian
kepada sektor swasta.

Rujukan
Abdullah Khairi & Hairunnizam Wahid. (2017). Pembayaran zakat pendapatan melebihi
kadar kewajipan zakat: kajian dalam kalangan kakitangan kerajaan di Wilayah
Persekutuan, Putrajaya. Prosiding Persidangan Ekonomi Malaysia ke 12, pp.
64-73.
Ahmad Mohd Yusof. (2008). Kaedah Penyelidikan. Bangi : Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Al-Quran.
Azmi Hussain. (2015, Mac 6). Lunas zakat, kurang cukai pendapatan. Melaka Hari Ini.
Diambil daripada www.maim.gov.my.
Bahril B. Balli & Wahid Razzaly. (2011). Instrumen Penilaian Bagi Pengiktirafan
Pengalaman Pembelajaran Terdahulu (PPPT) Dalam Konteks Pembelajaran
Sepanjang Hayat: Transformasi Pendidikan Politeknik Di Malaysia. Kertas
Kerja Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan
Teknik dan Vokasional (CIETVT 2011). Anjuran Politeknik Seberang Perai,
Pulau Pinang, 16-17 Nov.
C. Daniel Batson & Kathryn C. Oleson. (1991). Current status of the empathy-altruism
hypothesis. In Margaret S.Clark. (Ed.). (1991). Prosocial Behavior (pp.
34-85). United States: SAGE Publications.
Eza Ellany Abdul Lateff & Mohd Rizal Palil. (2011). Faktor-faktor yang mempengaruhi
pembayaran zakat pendapatan di Malaysia. Prosiding Persidangan Ekonomi
Kebangsaan Malaysia ke V1, pp. 148-159.
Fidlizan Muhammad, Mohd Yahya Mohd Hussin, Salwa Amirah Awang & Abdul Majid
Tahir Mohamed. (2016a). Islam di Malaysia : tertunaikah bayaran zakat
pendapatan?. Malaysian Journal of Society and Space. 12(8): 48-60.
Fidlizan Muhammad, Azila Abdul Razak, Fatimah Salwa Abdul Hadi & Nor Hamizah
Saidin. (2016b). Kepatuhan pengiraan zakat pendapatan kumpulan profesional
di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sains Humanika. 8(3): 1-7.
Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor & Sanep Ahmad. (2005). Kesedaran
membayar zakat: apakah penentunya. International Journal of Management
Science. 12(1): 171-189.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Noor. (2007). Kesedaran
membayar zakat pendapatan di Malaysia. The International Journal of Islamic
Studies. 29: 53-70.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. (2009). Pengagihan zakat
oleh institusi zakat di Malaysia: mengapa masyarakat Islam tidak berpuas hati.
Jurnal Syariah. 17(1): 89-112.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. (2010). Pengagihan zakat
oleh institusi zakat kepada lapan asnaf : kajian di Malaysia. Jurnal
Pengurusan JAWHAR. 4(1): 141-170.
228/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Husein Sahata. (2003). Kaedah agihan zakat harta: pengertian, sistem dan agihannya.
Hamid Fahmy Zarkasyi & Harun ar-Rasyid Hj. Tuskan. (Terj.). Kuala Lumpur:
Pustaka Al-Shafa.
J. Philippe Rushton. (1980). Altruism, socialization, and society. United States:
Prentice-Hall.
Joan E.Grusec. (1991). The socialization of altruism. In Margaret S.Clark. (Ed.). (1991).
Prosocial Behavior (pp. 9-33).United States: SAGE Publications.
Kamil Md. Idris. (2006). Kesan persepsi undang-undang dan penguatkuasaan zakat
terhadap gelagat kepatuhan zakat pendapatan gaji. Journal of ethics, legal and
governance. (2): 32-41.
Kamil Md. Idris & Ahmadmahdzan Ayob. (2002). Peranan sikap dalam gelagat
kepatuhan zakat pendapatan gaji. Analisis. 9(1&2): 171-191.
Lalin Anik, Lara B. Aknin, Michael I. Norton & Elizabeth W. Dunn. (2009). Feeling
good about giving the benefits (and costs) of self-interested charitable
behavior. Working Paper. Harvard Business School.
Melaka. (2000). Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Melaka 1991: Fatwa di
bawah Seksyen 30. Warta Kerajaan Negeri Melaka. 44(11).
Md Hairi. (2009). Keberkesanan sistem agihan zakat: Satu pandangan awal. Laporan
Kajian. Fakulti Perakaunan, Universiti Utara Malaysia.
Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid & Nor Ghani. (2004). Kesedaran membayar
zakat pendapatan kakitangan profesional: kajian di Universiti Kebangsaan
Malaysia. The International Journal of Islamic Studies. 26: 59-67.
Mohd Ikhlas Rosele, Luqman Haji Abdullah & Mohd Farhan Md Ariffin. (2016).
Pendangan Al-Qaradawi fiqh zakat: analisis isu zakat pendapatan. Dlm Razali
Md Jani, Muhsin Nor Paizin, Luqman Haji Abdullah & Mohd Ikhlas Rosele.
(Pynt.). (2016). Menelusuri Isu-Isu Kontemporari Zakat (pp. 59-72). Kuala
Lumpur : Penerbit Pusat Pungutan Zakat (PPZ).
Mohd Ikhlas Rosele, Luqman Abdullah, Mohd Farhan Md Ariffin & Mohamad Zaim
Isamail. (2017). Konflik hukum zakat pendapatan: satu penilaian. Labuan
e-Journal of Muamalat and Society. 11: 13-19.
Mohd Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan pendidikan. Johor : Universiti
Teknologi Malaysia.
Mujaini Tarimin. (2005). Zakat menuju pengurusan profesional. Sungai Besi: Utusan
Publications & Distributors SDN BHD.
Nancy Einsberg & Richard A.Fabes. (1991). Prosocial behavior and empathy: a
multimethod development perspective. In Margaret S.Clark. (Ed.). (1991).
Prosocial Behavior (pp. 34-61).United States: SAGE Publications.
Norlela & Hairunnizam Wahid. (2014). Pewartaan zakat pendapatan dan trend kutipan
zakat pendapatan: kajian di Malaysia. Prosiding Persidangan Kebangsaan
Ekonomi Malaysia ke-9, pp. 199-207.
Nur Azura Sanusi, Norazlina Abd. Wahab & Nor Fadzlin Mohammad Bahar. (2005).
Gelagat Kepatuhan Pembayaran Zakat Pendapatan: Kajian Di UUM. Dlm.
Pengukuhan Dan Transformasi Ekonomi & Kewangan Islam Prosiding
Seminar Ekonomi Dan Kewangan Islam 2005. Anjuran Jabatan Ekonomi &
Kewangan, Fakulti Ekonomi, Universiti Utara Malaysia. Sintok, 29- 30 Ogos.
Nur Liana’ Aqilah Derus & Hairunnizam Wahid. (2017). Penentuan had kifayah zakat:
satu cadangan dimensi penentuan yang baru. Prosiding Persidangan Ekonomi
Malaysia ke 12, pp. 55-63.
Peter Salovey, John D. Mayer & David L. Rosenhan. (1991). Mood and helping: mood
as a motivator of helping and helping as a regulator of mood. In Margaret
Pembayaran Zakat Melebihi Kadar Kewajipan Zakat : Kajian dalam Kalangan
Kakitangan Kerajaan di Jabatan Agama Islam Melaka, Melaka/229

S.Clark. (Ed.). (1991). Prosocial Behavior (pp. 176-237).United States: SAGE


Publications.
Portal Rasmi Pusat Pungutan Zakat MAIWP. http://www.zakat.com.my/.
Rif’at Abd. Al-Latif Masyhur. (2010). Zakat: sebagai penjana pembangunan ekonomi
Islam. Abu Mazaya. (Terj.). Selangor: Al-Hidayah Publicatons.
Sanep Ahmad & Hairunnizan Wahid. (2005). Persepsi agihan zakat dan kesannya
terhadap pembayaran zakat melalui institusi formal. Jurnal Ekonomi Malaysia.
39: 53-69.
Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid & Adnan Mohamad. (2006). Penswastaan institusi
zakat dan kesannya terhadap pembayaran secara formal di Malaysia.
International Journal of Management Science. 13(2): 175-196.
Yusof al-Qaradawi. (1926). Fiqh Al-Zakah; A comprehensive study of zakah regulations
and philosophy in the light of the quran And sunnah. Monzer Kahf. (Terj.).
Iqbal Siddiqui. (Ed.). Petaling Jaya: Islamic Book Trust.
Yusof Al-Qaradawi. (2002). Hukum zakat. Salman Harun, Didin Hafidhuddin &
Hasanuddin. (Terj.). Bogor, Indonesia: Pustaka Litera AntarNusa.
Zainol Bidin & Kamil Md. Idris. (2009). Sikap, norma subjektif dan kawalan gelagat
ditanggap terhadap niat gelagat kepatuhan zakat pendapatan gaji. The
International Journal of Islamic Studies. 16 (1): 31-55.
Bab 12

Isu Pemilikan dalam Amalan Pembayaran Zakat Perniagaan:


Kajian Terhadap Institusi Koperasi di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
Nasrul Shafiq Ashraf Jaafar
Hairunnizam Wahid
Mohd Ali Mohd Noor

Pengenalan

Koperasi adalah sesuatu pertubuhan berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi


Malaysia (SKM) di bawah Akta Koperasi 1993, yang bermatlamatkan untuk
meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-
prinsip koperasi. Koperasi adalah sebuah organisasi yang dimiliki oleh
anggota-anggotanya dimana ahli lembaga pengarah adalah dilantik daripada
anggota itu sendiri yang berteraskan prinsip asas kekeluargaan.Dalam kajian
ini, persoalan kajian yang timbul adalah sejauh mana wujudnya kesedaran
pihak koperasi dalam membayar zakat perniagaan. Kajian ini dijalankan ke
atas koperasi disebabkan koperasi mempunyai satu keunikan dimana entiti
pemilik adalah bergantung pada anggotanya sendiri. Setiap setahun akan
berlakunya proses pengundian untuk mengekalkan ahli lembaga koperasi
(ALK) yang lama ataupun memasukan ahli lembaga koperasi yang baru. Setiap
anggota koperasi mempunyai satu (1) undi bila berlakunya proses pengundian
terbabit. Setiap koperasi terdiri daripada sembilan (9) hingga dua belas (12)
orang ahli lembaga koperasi dan tiga daripadanya berjawatan pengerusi,
setiausaha dan bendahari dan bakinya adalah ahli lembaga koperasi biasa. Pada
kebiasaanya juga, koperasi juga akan melantik tiga (3) orang dari anggota
koperasi untuk menjadi juruaudit dalaman bagi memastikan tidak berlakunya
salah guna dana atau kuasa oleh ahli lembaga terbabit. Laporan juruaudit
dalaman akan disampaikan kepada setiap anggota koperasi sebelum berlakunya
Mesyuarat Agung Tahunan.
Zakat merupakan ibadah wajib termasuk dalam rukun ketiga bagi lima
rukun Islam dan wajib ditunaikan bagi seseorang yang beragama Islam. Zakat
daripada aspek bahasa bermaksud bersih, suci, subur dan berkembang yang
membawa pengertian zakat membersihkan harta dan membersihkan diri orang
kaya dari sifat kedekut dan bakhil. Manakala daripada aspek syarak pula, zakat
232/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

bermaksud mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf


yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang telah
ditetapkan oleh syarak. Sepertimana firman Allah SWT bermaksud:

“ Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat


itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka, dan berdoalah
untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu menjadi
ketenteraman jiwa buat mereka. Dan Allah Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui”

Zakat Perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta
perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan. Zakat
perniagaan juga adalah satu hasil usaha yang dikenakan zakat apabila telah
cukup syarat-syarat. Nisab dan pembayaran zakat adalah mengikut nilai emas
(85 gram) dan 2.5 peratus.

Jadual 1: Jenis-Jenis Perniagaan di Malaysia


Jenis Penerangan
Perniagaan Persendirian Dimiliki oleh seorang pemilik secara persendirian. Modal
(Tunggal) perniagaan adalah terdiri daripada wang simpanan sendiri
dan pinjaman. Sumber kewangan lain ialah sewa beli,
pajakan dan kredit perdagangan. Pemilik juga berkuasa
penuh ke atas perniagaannya.
Perniagaan Perkongsian Terdiri daripada lebih dari seorang yang bergabung untuk
menjalankan perniagaan dengan tujuan mendapatkan
keuntungan. Modal perniagaan diperolehi daripada
sumbangan rakan kongsi. Keuntungan diagihkan mengikut
peratusan jumlah modal yang disumbangkan masing-
masing.
Perniagaan Syarikat Adalah entiti yang berdaftar dibawah akta Syarikat 1965.
Ianya adalah entiti yang berasingan dengan pemilik. Syarikat
adalah terdiri daripada syarikat Sendirian Berhad dan
Syarikat Awam Berhad.
Koperasi merupakan satu bentuk organisasi perniagaan yang dibentuk
oleh sekumpulan orang dengan sukarela berasaskan hak-hak
yang sama demi kepentingan bersama daripada yuran dan
unit-unit saham yang dimiliki oleh anggotanya
Sumber: Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji Jabatan Perdana Menteri (2008)

Jadual 1 menunjukkan jenis-jenis perniagaan yang terdapat di Malaysia iaitu


perniagaan persendirian (Milikan Tunggal), perniagaan perkongsian,
perniagaan syarikat dan koperasi. Selain itu, zakat perniagaan merupakan
tanggungjawab yang wajib ditunaikan ke atas mereka yang telah memenuhi
syarat-syarat yang ditetapkan. Jadual 2 menunjukkan syarat wajib zakat
perniagaan terdapat lapan (8) iaitu Muslim, sempurna milik, cukup nisab,
cukup haul, niat berniaga, barang perniagaan dan perkhidmatan yang halal,
harta yang produktif (an-nama’) dan harta perniagaan tidak digunakan untuk
kegunaan sendiri (JAWHAR, 2008)
Isu Pemilikan dalam Amalan Pembayaran Zakat Perniagaan: Kajian
Terhadap Institusi Koperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur /233

Jadual 2: Syarat Wajib Zakat Perniagaaan


Syarat Penerangan
Muslim Perniagaan yang mempunyai pemilikan bercampur antara
Muslim dan bukan Muslim dimana hanya bahagian
pemilikan dan kepentingan orang Islam sahaja dikenakan
zakat.
Sempurna Milik Harta yang dikenakan zakat mestilah ada kesempurnaan dari
segi pemilikan (hak milik aset) dan keupayaan mengurus
(tasarruf) iaitu mempunyai kuasa penuh ke atas harta.
Cukup Nisab Paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak
sesuatu harta dikeluarkan zakat. Nisab adalah bersamaan
dengan nilai 85 gram emas semasa
Cukup Haul Genap setahun perniagaan. Penilaian harta perniagaan adalah
dengan mengambil kira keadaan perniagaan pada akhir haul.
Niat Berniaga Berniat untuk mendapatkan perolehan dan keuntungan.
Dibuktikan dengan amalan. Niat adalah untuk mendapatkan
keuntungan, manakala amalan ialah menjalankan
perniagaan.Kedua-kedua perkara ini hendaklah wujud
bersama.
Barang Perniagaan dan Perniagaan yang halal sahaja yang diwajibkan zakat. Semua
Perkhidmatan yang bentuk perniagaan yang haram, sama ada dari segi zatnya
Halal seperti arak dan khinzir ataupun perniagaan perjudian dan
riba adalah tidak diwajibkan zakat.
Harta yang Produktif Harta yang diwajibkan zakat terdiri daripada harta yang
(an-nama’) boleh berkembang atau berpotensi untuk bekembang iaitu
berupaya untuk menjanakan pendapatan dan keuntungan.
Merujuk kepada penyata kewangan, komponen harta yang
berkembang ialah tunai (ditangan atau dibank), saham, bon,
pegangan sekuriti, inventori barangan akhir (stok niaga), aset
tetap (harta alih dan tidak alih), penghutang bersih
perdagangan, dan aset bukan semasa (pelaburan jangka
panjang).
Harta Perniagaan tidak Menurut mazhab Syafi’I, Hanbali dan Maliki, apabila
digunakan untuk sesuatu harta perniagaan yang dimiliki untuk kegunaan
kegunaan sendiri sendiri, maka harta itu tidak tertakluk kepada zakat
perniagaan tetapi akan dibuat taksiran zakat atas pendapatan
individu.
Sumber: Jabatan Wakaf,Zakat dan Haji Jabatan Perdana Menteri (2008)

Jadual 3 menunjukkan jadual bilangan koperasi mengikut negeri di


Malaysia sehingga 31 Disember 2017. Tujuan kajian ini dilakukan di W.P
Kuala Lumpur disebabkan faktor bilangan anggota-anggota koperasi adalah
yang paling tinggi sekali berbanding negeri-negeri yang lain walaupun
bilangan koperasi adalah ke tujuh (7) tertinggi di Malaysia. Ini menunjukkan
bahawa bilangan anggota yang tinggi akan memberi lebih banyak modal dan
dana kepada pihak koperasi untuk melakukan pelaburan dalam pelbagai
bidang. Sekiranya koperasi menggunakan dana sebaik-baiknya melakukan
pelbagai bidang perniagaan dan seharusnya juga jumlah zakat perniagaan akan
turut meningkat seiring dengan perniagaan yang diceburi.
234/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 3: Jadual bilangan koperasi mengikut negeri di Malaysia sehingga 31


Disember 2017
Negeri Bilangan Koperasi Bilangan Anggota
Selangor 1,701 552,869
Perak 1,541 344,133
Sabah 1,452 304.619
Johor 1,370 465,519
Pahang 1,106 292,113
Sarawak 1,038 262,607
W.P Kuala Lumpur 1,007 2,863,353
Kedah 956 267,301
Kelantan 845 331,101
Negeri Sembilan 770 181,930
Pulau Pinang 716 233,591
Terengganu 709 234,534
Melaka 481 164,136
Perlis 207 55,791
Jumlah 13,899 6,553,597
Sumber: Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Jadual 4: Jumlah Kutipan Zakat Perniagaan di Wilayah Persekutuan Kuala


Lumpur dari tahun 2011 sehingga 2017
Tahun Jumlah Zakat Perniagaan Peratus Perubahan
(RM Juta)
2011 54.87 63%
2012 74.42 36%
2013 97.16 31%
2014 86.16 -11%
2015 94.12 9.2%
2016 106.30 13%
2017 122.14 15%
Sumber: Pusat Pungutan Zakat (PPZ), MAIWP

Jadual 4 menunjukkan jumlah kutipan zakat perniagaan sepanjang


tahun 2011 sehingga 2017 di Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MAIWP). Pada tahun 2011, jumlah
kutipan zakat perniagaan daripada pembayar zakat menunjukkan perningkatan
yang paling tinggi iaitu 63 peratus iaitu sebanyak RM 54.84 juta daripada
tahun sebelumnya dan jumlah pembayar zakat peniagaan adalah dari 1,429
buah syarikat kepada 1,571 buah pada tahun 2011. Pada tahun 2012, Jumlah
kutipan zakat perniagaan telah meningkat sebanyak 36 peratus iaitu kepada
RM 74.42 juta Jumlah pembayar zakat perniagaan turut meningkat kepada
1,844 buah syarikat. Pada tahun 2013, zakat perniagaan telah meningkat
kepada RM97.16 juta iaitu sebanya 31 peratus. Jumlah pembayar zakat
perniagaan adalah sebanyak 2,101 buah syarikat. Namun pada tahun 2014,
terdapat penurunan sebanyak 11 peratus iaitu RM86.16 juta daripada jumlah
kutipan dari tahun sebelumnya. Namun, jumlah pembayar zakat perniagaan
pada tahun tersebut mempunyai peningkatan yang positif iaitu 2,447 buah
syarikat. Mungkin jumlah penurunan adalah disebabkan jumlah keuntungan
Isu Pemilikan dalam Amalan Pembayaran Zakat Perniagaan: Kajian
Terhadap Institusi Koperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur /235

sesebuah syarikat dan koperasi pada tahun tersebut mempunyai kejatuhan


mahupun kerugian. Namun pada tahun 2015, jumlah kutipan zakat perniagaan
kembali positf apabila terdapat peningkatan sebanyak 9.2 peratus iaitu kepada
RM94.12 juta dan jumlah pembayar zakat tahun tersebut turut meningkat
kepada 2,454 buah syarikat. Pada tahun 2016, jumlah kutipan zakat perniagaan
telah meningkat sebanyak 13 peratus iaitu kepada RM106.30 juta. Jumlah
pembayar zakat tahun tersebut turut meningkat kepada 2,558 buah syarikat.
Akhir sekali pada tahun 2017, terdapat peningkatan sebanyak 15 peratus iaitu
kepada RM122.14 juta dan jumlah pembayar zakat perniagaan tahun tersebut
adalah 2,680 buah syarikat.
Memandangkan zakat merupakan salah satu (1) bentuk dalam
membangunkan ekonomi masyarakat terutamanya golongan asnaf, maka perlu
adanya kuasa dan peranan yang luas untuk MAIWP agar zakat dapat
direalisasikan melalui sistem aliran tunai yang baik melalui pembayar zakat.
Oleh yang demikian, objektif yang ingin dicapai daripada kajian ini dapat
dirumuskan sebagaimana seperti berikut, iaitu
i. Mengkaji hukum zakat ke atas koperasi.
ii. Mengkaji Konsep Pemilikan dalam Amalan Zakat Koperasi.
iii. Mengkaji amalan pembayaran zakat perniagaan oleh Koperasi di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kajian Lepas

Sesuatu barangan dikategorikan sebagai barang perniagaan sekiranya barangan


tersebut diperolehi melalui perniagaan dan diniatkan untuk tujuan perniagaan
semasa barangan itu diperoleh. Kajian oleh Zahri (2013) menyatakan sesuatu
barangan hanya dianggap bahan perniagaan apabila di masa membelinya
diniatkan untuk diperniagakan. Justeri itu wang yang dibelanjakan untuk
membeli barangan perniagaan dikenali sebagai modal. Namum jika sebaliknya,
wang tersebut dianggap sebagai wang simpanan jika ia hanya disimpan sahaja.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh syarikat adalah satu bentuk
perkembangan harta yang tergolong dalam prinsip al-nama. Al-Qaradawi
(2004), al-Nama’ (Subur) merupakan salah satu ciri atau syarat harta yang
wajib dikeluarkan zakat. Oleh itu, apabila dilihat secara keseluruhannya harta
syarikat merupakan harta yang layak dikeluarkan zakat kerana prinsipnya
sebagai harta yang subur. JAKIM (2009), berdasarkan keputusan Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam
Malaysia menyatakan syarikat perniagaan adalah diwajibkan membayar zakat.
Antaranya Keputusan fatwa tersebut ialah syarikat perniagaan diwajibkan
zakat apabila mencukupi syarat-syarat seperti perniagaan yang dimiliki oleh
seorang Islam, perniagaan yang dimiliki oleh seorang Islam yang merdeka,
sempurna milik, cukup nisab, cukup haul (genap setahun qamariah), kadar
zakat ke atas syarikat 2.5 peratus dan syarikat yang dimiliki bersama antara
orang Islam dan bukan Islam, maka wajib ke atas jumlah saham yang dimiliki
oleh orang Islam sahaja berdasarkan pendapatan bersih yang diperolehi. Fatwa
236/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

ini selaras dengan apa yang diputuskan dalam Keputusan dan Resolusi Nadwah
Kesepuluh dan Kesebelas. Bagi isu-isu zakat semasa, Baitil Zakat (2001)
menyatakan dikenakan zakat atas saham syarikat (al-musahamah) kerana
sifatnya sebagai entiti perundangan (syakhsiyyah al-i’tibariyyah) dengan
tertakluk kepada pemerintah mengeluarkan surat perintah (atau seumpamanya)
supaya zakat dikeluarkan oleh syarikat, undang-undang dan peraturan syarikat
hendaklah memasukkan kewajipan mengeluarkan zakat hasil aktiviti yang
dilakukan, syarikat hendaklah menyebut tentang zakat dalam undang-undang
tubuhnya dan para pemegang saham hendaklah rela dikeluarkan zakat bagi
pihak diri mereka.
Abdul Muhaimin (2009) menyatakan zakat dalam Islam merupakan
tanggungjawab wajib kepada mereka yang mampu bagi memastikan keadilan
dan kestabilan sosial terjamin dimana ianya mempunyai peranan yang besar
dalam aspek ekonomi dan masyarakat. Abdul Muhaimin (2009) juga
menyatakan zakat bukan sekadar satu kewajipan ibadah, malah suatu
kewajipan kewangan serta mempunyai hubungan antara insan dengan
penciptanya disamping merangkumi hubungan insan dengan insan serta
masyarakat.
Zakat hendaklah dikeluarkan dengan menyerahkan kepada pihak yang
berkuasa untuk diagihkan kepada mereka yang layak. Siti Mashitoh (2007)
menyatakan undang-undang negara jelas memperuntukkan bahawa zakat
hendaklah dibayar kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) masing-masing
ataupun kepada badan-badan yang dilantik sebagai amil bagi menerima
pembayaran zakat. Oleh itu, jika pembayaran zakat dibayar kepada pihak
selain dari yang dilantik adalah dianggap bertentangan dengan undang-undang
sedia ada, walaupun pada hakikatnya pembayaran zakat yang dilaksanakan
terus kepada asnaf tidaklah bertentangan dengan Hukum Syarak. Kewajipan
zakat syarikat adalah berasaskan hujah daripada nas-nas yang umum, prinsip
syakhsiyyah al-i’tibariyyah, al-nama’, prinsip zakat al-khultah dan
merangkumkan harta zakat.
Oleh itu, secara syarikat diwajibkan untuk mengeluarkan zakat. Abdul
Rahman (2015) menyatakan kutipan zakat di Selangor masih di tahap agak
rendah disebabkan oleh faktor-faktor seperti ahli lembaga koperasi masih tidak
mempunyai kesedaran dan pengetahuan agama mengenai kewajipan membayar
zakat perniagaan. Oleh itu, diharapkan pihak SKM, ANGKASA mahupun
MAIWP dapat memainkan peranan dalam meningkatkan lagi kesedaran di
koperasi-koperasi di sekitar W.P Kuala Lumpur.

Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan dua pendekatan yang berbeza untuk mengumpul data
iaitu melalui data primer dan data sekunder. Data primer diperoleh daripada
temuduga secara bersemuka dengan seorang pensyarah iaitu Dr Muhammad
Ikhlas bin Rosele, pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya.
Temubual ini dijalankan pada 6 April 2018, jam 3.00 petang di Bangunan Blok
C, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Kaedah temubual
Isu Pemilikan dalam Amalan Pembayaran Zakat Perniagaan: Kajian
Terhadap Institusi Koperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur /237

ini digunakan bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai penerangan


berkaitan hukum-hukum fiqh dan kewajipan dalam Zakat Perniagaan
terutamanya berkaitan dengan isu pemilikan dalam sesebuah organisasi.
Kaedah ini juga menghasilkan data primer yang tidak boleh diragui
kesahihannya kerana informan yang ditemubual merupakan seorang pensyarah
yang banyak hasil kajiannya dan artikel terbitan adalah berkaitan dengan
hukum, isu pemilikan berkaitan zakat terutamanya berkaitan zakat perniagaan.
Hasil temubual berdurasi 22 minit dianalisis bagi mendapatkan maklumat-
maklumat penting yang akan dijadikan sebagai dapatan kajian. Selain itu,
kaedah pengumpulan data juga disokong olelh kaedah-kaedah lain bagi
mendapatkan maklumat tambahan serta mengukuhkan lagi kajian ini. Selain
itu, dua (2) buah koperasi turut dijadikan sampel temubual untuk mendapatkan
maklumat. Koperasi AAA1 adalah sebuah koperasi yang membayar zakat dan
koperasi BBB1 adalah sebuah koperasi yang tidak membayar zakat. Koperasi
AAA telah membayar zakat kepada MAIWP dan koperasi terbabit juga
mengamalkan konsep wakalah dimana koperasi tersebut separuh dari zakat
kepada MAIWP dan separuh lagi digunakan sebagai dana untuk anggota
koperasi seperti khairat kematian anggota, hadiah anak cemerlang dalam
pelajaran dalam peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan STPM. Manakala Koperasi
BBB adalah sebuah koperasi yang tidak membayar zakat secara konsisten
dimana ada tahun tersebut koperasi membayar dan ada tahun tidak membayar.
Seterusnya data sekunder ialah data yang dikumpul daripada sumber tersedia.
Bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan, kaedah pengumpulan data dan
maklumat melalui dokumen bertulis seperti artikel jurnal, kerta kerja, kertas
prosiding, laporan tahunan dan sebagainya. Sumber-sumber ini digunakan
untuk menganalisi sorotan kajian lepas dan juga maklumat berkaitan institusi-
institusi berkenaan.

Hasil Kajian

Hasil kajian yang dilakukan ke atas dua (2) buah koperasi iaitu koperasi AAA
dan koperasi BBB mendapati terdapat tiga (3) perkara utama untuk
dibincangkan selaras dengan objektif kajian iaitu mengkaji hukum zakat ke
atas koperasi, mengkaji konsep pemilikan dalam amalan zakat koperasi dan
mengkaji amalan pembayaran zakat perniagaan oleh koperasi di Wilayah
Persekutuan (WP) Kuala Lumpur. Kajian berkaitan hukum dibincangkan
disebabkan oleh faktor-faktor seperti kurangkan pengetahuan berkaitan dengan
hukum-hukum berkaitan dengan kewajipan membayar zakat perniagaan oleh
sesetengah koperasi. Manakala mengkaji konsep pemilikan dalam amalan
zakat koperasi membincangkan mengenai isu pemilikan dalam zakat
syakhsiyyah al-i’tibariyyah dan isu pemilikan dalam hubungan koperasi
dengan pihak berkepentingan. Mengkaji amalan pembayaran zakat perniagaan
oleh koperasi di WP Kuala Lumpur adalah berkaitan dengan faktor-faktor yang

1
Nama koperasi dirahsiakan untuk tujuan kajian
238/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

menjadi kekangan dalam pihak koperasi melaksanakan tanggungjawab sebagai


pembayar zakat perniagaan.

1. Mengkaji Hukum Zakat ke atas Koperasi

Zakat merupakan rukun ketiga (3) dari lima (5) rukun Islam dan ia juga
merupakan salah satu diantara panji-panji Islam di mana Islam tidak boleh
ditegakkan tanpanya. Dalil-dalil dan ijmak bersepakat bahawa zakat adalah
wajib dikeluarkan. Pada 9 Disember 1992 di Kuala Lumpur, Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-3 telah
memutuskan iaitu syarikat perniagaan diwajibkan zakat apabila mencukupi
syarat-syarat seperti perniagaan yang dimiliki oleh orang Islam, perniagaan
yang dimiliki oleh orang Islam yang merdeka, sempurna milik, cukup nisab,
cukup haul, kadar zakat ke atas syarikat 2.5 peratus dan syarikat yang dimiliki
bersama antara orang Islam dan bukan Islam (Wajib ke atas jumlah saham
yang dimiliki oleh orang Islam sahaja berdasarkan pendapatan bersih yang
diperolehi.
Di Malaysia, semua syarikat tertakluk dibawah Akta Syarikat 1965
dan manakala koperasi di bawah Akta koperasi 1993. Jenis-Jenis syarikat
dibawah Akta ini terbahagi kepada tiga iaitu syarikat berhad menurut saham
(koperasi juga tergolong di dalam ini), syarikat tidak berhad, dan syarikat
menurut jaminan. Setiap koperasi di Malaysia mempunyai undang-undang
kecil di mana setiap perubahan dalam undang-undang kecil perlu mendapat
kelulusan daripada perwakilan yang dilantik dikalangan anggota koperasi dan
Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Para Ulama telah sepakat dalam keputusannya menyatakan syarikat-
syarikat perniagaan wajib mengeluarkan zakat perniagaan. Pendapat tersebut
adalah berdasarkan firman Allah SWT di Jadual 5 iaitu Surah al-Baqarah, ayat
267 dan Surah Al-Nur 24:3. Jadual 5 juga menunjukkan terdapat dua (2) hadis
Rasulullah SAW. Berdasarkan hadis tersebut, boleh ditaksirkan bahawa
beberapa individu yang berada dalam satu syarikat atau berkumpulan maka
dianggap satu tanpa dipisahkan antara satu sama lain. Bila sesebuah koperasi
ditubuhkan dengan niat untuk menjalankan perniagaan sama ada dalam sektor
perkhidmatan ataupun pengeluaran. Maka koperasi tersebut dianggap sebagai
koperasi yang berlandaskan perniagaan yang wajib dikenakan zakat
perniagaan. Kadar yang dikenakan adalah 2.5 peratus daripada pendapatan
bersih.
Terdapat hujah lain yang boleh menjadi asas kepada pembayaran
zakat ke atas koperasi iaitu mengangap koperasi sebagai syakhsiyyah al-
i’tibariyyah. Muhammad Ikhlas Rosele (2015) menyatakan syakhsiyyah al-
i’tibariyyah ialah satu kumpulan manusia yang bersatu dalam menuju okjektif
tertentu, atau kumpulan harta yang diuruskan untuk tujuan tertentu, yang mana
terlepas daripadanya perundangan individu, dan ia menjadi satu entiti yang
saling memberi sumbangan dalam aktiviti dan perkara yang memberi maafaat
kepada mereka. Disebabkan itu, setiap hak dan kewajipan terpakai atas
syakhsiyyah al-i’tibariyyah yang terdiri didalamnya individu-individu yang
Isu Pemilikan dalam Amalan Pembayaran Zakat Perniagaan: Kajian
Terhadap Institusi Koperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur /239

membangunkannya. Dalam erti kata lain memberi sifat ahliyyah al-qanuniyyah


(kecuali apa yang telah khusus kepada manusia) kepada syarikat. Manakala
bebanya adalah berbeza dengan ahliyyah al-syuraka (kelayakan orang yang
berkongsi) dimana bagi syarikat ia mempunyai beban tanggungan harta yang
khusus. Dalam erti kata lain, koperasi mempunyai kapasiti bertindak seperti
manusia.

Jadual 5: Jadual mengenai Firman Allah SWT dan Hadis berkaitan hukum
zakat perniagaan
Surah Maksud Ayat
Surah al-Baqarah, Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah)
ayat 267 sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik, dan
sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu)
Surah Al-Nur “Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang
24:37 tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada
menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang
serta member zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya
berbalik-balik hati dan pandangan
Hadis Rasulullah 1. ...Tidak terhimpun antara yang terpisah dan tidak
SAW terpisah antaran yang terhimpun kerana takut
bersedekah (zakat) dan orang-orang yang menternak
binatangnya hendaklah berdamai antara keduanya
dengan berdasarkan persamaan....
2. Anas RA meriwayatkan bahawa Abu Bakar RA
merupakan baginya apa yang difardhukan oleh
Rasulullah SAW: “Dan jika sesuatu harta berkongsi
bercampur oleh dua orang, maka keduanya saling
mengeluarkan zakat dengan adil (sesuai dengan kadar
atau bahagian masing-masing).” (HR Bukhari)
Surah Al-Imran Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta
Ayat 180 benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari
kemurahanNya. Menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik
bagi mereka. Bahkan dia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan
dikalongkan (diseksa( dengan apa yang mereka bahkhilkan itu
pada hari kiamat kelak.
Surah Al-A’raaf, Dan tetapkanlah untuk kami kebajikan di dunia ini dan di akhirat;
Ayat 156 sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepada Engkau. Allah
berfirman: “Siksa-Ku akan Kutimpakan kepada siapa yang Aku
kehendaki dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu. Maka akan
Aku tetapkan rahmat-Ku untuk orang-orang yang bertakwa, yang
menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-
ayat kami.
Sumber:Al-Quran

Kajian oleh Paizah (2001) menyatakan syakhsiyyah al-i’tibariyyah mempunyai


kelayakan untuk memiliki hak untuk menjalankan transaksi. Jika dilihat
pembayaran zakat juga secara asasnya adalah suatu transaksi. Kesimpulan
disini, hokum membayar zakat atas syakhsiyyah al-i’tibariyyah adalah sama
hukumnya dengan syakhsiyyah al-tabi’iyyah iaitu wajib. Koperasi di Malaysia
240/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

adalah merupakan syakhsiyyah al-i’tibariyyah, kerana itu wajib bagi koperasi-


koperasi tersebut membayar zakat.
Di antara hikmat disyariatkan zakat ialah pengurusan zakat yang
sistematik mampu membaiki kedudukan masyarakat dari segi moral dan taraf
hidup. Ia dapat mengelakan daripada orang tidak berkemampuan melakukan
sebarang jenayah hanya untuk sara hidup. Zakat dapat membersihkan jiwa dari
sifat kedekut dan bakhil. Ia melatih sesorang mukmin menjadi dermawan dan
belas kasihan terhadap orang lain yang kurang berkemampuan. Terdapat dua
(2) firman Allah SWT yang menyatakan syariatkan zakat di Surah Al-Imran
Ayat 180 dan Surah Al-A’raaf, Ayat 156.

2. Mengkaji konsep pemilikan dalam amalan zakat koperasi

Kajian yang dilakukan dalam aspek mengkaji konsep pemilikan lebih menjurus
kepada isu syakhsiyyah al-i’tibariyyah dan isu pemilikan dalam hubungan
antara koperasi dengan pihak berkepentingan. Yang pertama (1) iaitu Isu
Pemilikan dalam Zakat Syakhsiyyah al-i’tibariyyah dimana perbincangan zakat
syakhsiyyah al-i’tibariyyah mempunyai kaitan dengan teori pemilikan
(ownership) iaitu dengan persoalan “adakah koperasi mempunyai pemilikan
penuh terhadap hartanya?” Golongan ulama telah melihat konsep pemilikan
sempurna dalam pemilikan tidak sempurna berdasarkan pemisahan harta
dengan manfaat. Ini bermakna pemilikan sempurna adalah yang memiliki harta
berserta dengan manfaat dan pemilikan tidak sempurna adalah yang memiliki
salah satu daripada keduanya. Sedangkan golongan ilmuan moden melihat
pemilikan sebagai hak-hak yang mana boleh diagihkan kepada kumpulan
manusia ataupun entiti korporat seperit koperasi.
Seperti yang diketahui pemilikan sempurna dalam zakat mempunyai
pelbagai pendapat dan pandangan yang berbeza-beza.Terdapat golongan yang
menyatakan milik penuh bermaksud kekayaaan itu berada di bawah
pengawasan dan kuasanya. Al-Kasani (2003) menyatakan ada sebahagian lain
yang mensyaratkan kekayaan tersebut harus berada ditangannya yang mana
tidak bersangkut dengan hak yang lain. Pembezaan kefahaman pemilikan
sempurna mendatangkan kesan yang berbeza dalam pembayaran zakat.
Contohnya, jumhur ulama (selain golongan Hanafiyyah) mewajibkan zakat ke
atas harta wakaf yang diwakafkan kepada orang tertentu sedangkan orang yang
mendapat harta wakaf itu tidak mempunyai milikan yang sempurna ke atas
harta tersebut. Berdasarkan itu, pemilikan sempurna boleh dikatakan cukup
sekadar mempunyai kekuasaan dan pengawasan terhadap harta. Keadaan ini
wujud dalam koperasi kerana harta-hartanya diuruskan atas nama koperasi.
Koperasi (syakhsiyyah al-i’tibariyyah) juga mempunyai kapasiti tertentu
terhadap harta sebagaimana yang telah dijelaskan. Oleh itu, tidak ada halangan
untuk mewajibkan zakat ke atas koperasi jika hartanya memenuhi syarat untuk
dizakatkan disebabkan koperasi menepati prinsip syakhsiyyah al-i’tibariyyah
iaitu entiti yang boleh memiliki dan mengawal dengan sempurna hartanya
melalui milk al-hiyazah dan milk al-tasarruf yang menghalang pihak lain dari
mencabuli hartanya (LZS, 2007).
Isu Pemilikan dalam Amalan Pembayaran Zakat Perniagaan: Kajian
Terhadap Institusi Koperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur /241

Yang kedua (2) ialah Isu Pemilikan dalam Hubungan Koperasi dengan Pihak
Berkepentingan dimana di dalam amalan koperasi mahupun syarikat di
Malaysia, pihak koperasi membayar zakat bagi pihak pemegang saham.
Mohamad Zaki (2014) telah menyatakan bahawa persoalan mengenai
syakhsiyyah al-i’tibariyyah masih lagi berbangkit, kerana koperasi mempunyai
kapasiti sendiri untuk membayar zakat bagi pihak orang lain. Oleh kerana
konsep syakhsiyyah al-i’tibariyyah diterima maka tidak menjadi satu (1)
masalah jika koperasi bertindak membayar zakat bagi pihak orang lain. Selain
itu, perlu diperincikan hubungan antara koperasi dengan pemegang saham
dalam pembayaran zakat oleh koperasi. Syahatah (1998) telah menyatakan
bahawa harta koperasi dan harta pemegang saham dizakatkan berasakan
prinsip mencampurkan harta zakat (zakat al-khultah) dan pembayaran tersebut
diandaikan dibawah pemilikan yang satu.
Di bawah prinsip ini, semua harta tersebut dicampurkan tanpa melihat
nisab setiap pemilik saham tersebut cukup atau tidak sebagaimana yang disebut
dalam Mazhab Syafi’i. Atas alasan tersebut, pemegang saham tidak lagi perlu
membayar zakat atas hartanya yang terdapat dalam koperasi. ‘Afanah (2007)
menyatakan kewajipan zakat tersebut telah dilaksanakan oleh koperasi
tersebut. Perlu difahami bahawa kewajipan zakat adalah pada harta tersebut,
jika harta tersebut telah dizakatkan maka tidak ada lagi zakat pada harta yang
sama. Sedangkan kewajipan individu adalah tangungjawabnya menunaikan
zakat atas harta tersebut. Walaupun hartanya boleh dikeluarkan oleh koperasi
sebagai zakat yang membuatkan hartanya bersih (daripada kewajipan zakat),
sebagai pemilik harta tersebut (pemegang saham) juga perlu berniat untuk
mengeluarkan zakat hartanya semasa menyerahkan wang sebagai modal saham
kepada koperasi tersebut ataupun ketika zakat diserahkan kepada asnaf.

3. Mengkaji amalan pembayaran zakat perniagaan oleh koperasi di


W.P Kuala Lumpur

Terdapat beberapa isu yang penting dalam melonjakkan kutipan zakat


perniagaan koperasi di W.P Kuala Lumpur. Antaranya ialah ketiadaan rebat
cukai perniagaan, undang-undang kutipan zakat perniagaan yang agak longgar
dan isu pemilikan pemegang saham/pihak pengurusan koperasi. Yang pertama
(1) ialah ketiadaan rebat cukai perniagaan, dimana Majlis Agama Islam Negeri
telah berusaha sedaya upaya untuk memberkan kesedaran dan maklumat
mengenai kewajipan zakat perniagaan, namum impaknya tidaklah begitu besar.
Abdul Rahman (2005) menyatakan jika Kerajaan Persekutuan membenarkan
syarikat yang membayar zakat perniagaan mendapatkan rebat daripada
tangungan cukai yang dikenakan ke atas syarikat, ini sedikit sebanyak akan
meringankan beban kewangan yang akan ditangung oleh mereka. Dengan
wujudnya rebat cukai, maka akan menjadi satu insentif kepada syarikat-
syarikat yang dimiliki oleh pemilik muslim yang tidak menunaikan zakat
perniagaan sebelum ini untuk berbuat demikian. Menurut Akta Cukai
Pendapatan 1967, hanya individu sahaja yang layak untuk memohon rebat
242/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

cukai pendapatan daripada jumlah zakat yang mereka keluarkan. Akta ini tidak
sah untuk syarikat dan entiti korporat. Hasil temubual dengan berberapa
koperasi di WP Kuala Lumpur juga menyatakan ketidaksanggupan untuk
membayar zakat disebabkan bebanan dua (2) kali. Sekira rebat cukai tidak
disediakan oleh kerajaan Malaysia, koperasi akan terpaksa tangung kos yang
besar seperti membayar cukai perniagaan dan zakat perniagaan.
Yang kedua (2) ialah undang-undang kutipan zakat perniagaan yang
agak longgar iaitu dimana isu ini boleh dilihat dengan jelas dimana ianya
membuka ruang yang besar kepada mereka yang enggan melaksanakan bebas
begitu sahaja. Sanep Ahmad dan Zulkifli (2010) menyatakan walaupun zakat
merupakan ibadah yang difardhukan oleh Allah SWT, namun sebilangan besar
daripadanya akan lebih terdorong melaksanakannya apabila ia disokong oleh
undang-undang. Perkara ini pernah berbangkit pada Majlis Fatwa Kebangsaan
dalam muzakarahnya kali 31 pada 9 Disember 1992 menyatakan diwajibkan
zakat ke atas syarikat perniagaan yang memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan.
Akhir sekali ialah isu pemilikan pemegang saham atau pihak
pengurusan koperasi. Kamil (2002) menyatakan analisis melalui sumber data
yang diperoleh dan hasil maklumat daripada temuduga dengan Anggota
Lembaga Koperasi menunjukkan faktor dalaman dan luaran memainkan
peranan penting bagi memahami kesedaran koperasi untuk membayar zakat
perniagaan. Faktor dalaman seperti sikap dan nilai moral, manakala faktor
luaran seperti undang-undang dan penguatkuasaan adalah faktor-faktor yang
memberi kesan kepada kesedaran koperasi untuk membayar zakat perniagaan.
Hasil daripada temubual yang dijalankan ke atas Koperasi AAA dan koperasi
BBB mendapati bahawa keputusan untuk melaksanakan tangungjawab
pembayaran zakat adalah terletak pada ahli lembaga pengarah koperasi itu
sendiri. Pada kebiasaanya, bilangan ahli lembaga koperasi bagi sesebuah
koperasi adalah daripada Sembilan (9) sehingga dua belas (12) orang dimana
setiap tahun akan berlakunya pilihanraya iaitu mengundi untuk mengekalkan
ahli lembaga pengarah yang sedia ada atau mengantikannya dengan ahli
lembaga baru yang terdiri daripada anggota-anggota koperasi itu sendiri.
Apabila berlakunya perubahan pucuk kepimpinan koperasi, maka setiap tahun
keputusan akan berbeza-beza disebabkan perbezaan pendapat. Daripada hasil
kajian yang dilakukan ke atas koperasi BBB, didapati terdapat dua belas (12)
orang ahli lembaga terdiri daripada sepuluh (10) orang beragama Islam dan dua
(2) orang bukan Islam. Kalau mengikut undian, maka boleh membayar zakat
perniagaan namun didalam golongan Islam itu sendiri mempunyai perbezaan
pendapat. Oleh demikian, keputusan akhir adalah tidak membayar zakat hanya
disebabkan sesetengah daripadanya berpendapat bahawa koperasi akan
menangung kos yang besar jika cukai dan zakat dibayar tanpa ada rebat khas
daripada zakat itu sendiri.
Selain itu Dr Muhammad Ikhlas Rosele didalam temubualnya telah
menyatakan sekiranya pihak koperasi tidak mahu membayar zakat maka pihak
koperasi tersebut mestilah memaklumkan kepada anggota-anggotanya bahawa
dividen yang mereka dapat masih belum ditolak zakat. Maka demikian,
Isu Pemilikan dalam Amalan Pembayaran Zakat Perniagaan: Kajian
Terhadap Institusi Koperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur /243

anggota-anggota koperasi tersebut hendaklah mengisytiharkan dividen yang


mereka kepada pejabat zakat secara peribadi. Setelah pihak koperasi
melaporkannya kepada anggota, maka tanggungjawab koperasi adalah terlepas
daripada dosa tidak membayar zakat dan terpulang pada anggota sama ada
hendak membayar ataupun tidak.

Perbincangan dan Implikasi Dasar

Kajian telah mendapati bahawa koperasi di Malaysia masih di tahap yang


rendah dalam urusan membayar zakat perniagaan. Mengikut data perangkaan
daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sehingga 31 Disember 2017
jumlah koperasi yang berdaftar di seluruh Malaysia adalah sebanyak 13,899
buah, manakala di Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja sehingga
31 Disember 2016 jumlah koperasi yang berdaftar adalah sebanyak 1,007 buah
koperasi. Negeri W.P Kuala Lumpur merupakan negeri yang ke ketujuh (7)
tertinggi daripada empat belas (14 buah) negeri dari segi bilangan koperasi
berdaftar jika dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain. Walau
bagaimanapun bilangan koperasi yang membayar zakat perniagaan masih di
tahap yang rendah. Sehubungan itu, adalah diharapkan lebih banyak koperasi
akan menjelaskan zakat perniagaan selepas ini seiring dengan perlantikan
ANGKASA sebagai wakil kutipan zakat peniagaan koperasi oleh PPZ Kuala
Lumpur.
Melalui perhatian yang dilakukan ke atas beberapa ahli lembaga
koperasi yang mentadbir dan menguruskan koperasi BBB, kajian mendapati
bahawa kurangnya keimanan dan pengetahuan agama dalam aspek zakat
perniagaan koperasi telah menjadikannya sebagai faktor utama koperasi-
koperasi di sekitar W.P Kuala Lumpur masih banyak yang tidak menunaikan
tangungjawab sebagai pembayar zakat. Faktor lain, tidak ada undang-undang
yang kuat untuk memaksa golongan koperasi untuk membayar zakat. Selain
itu, pihak kerajaan perlu menyemak semula semua polisi yang melibatkan rebat
cukai kepada syarikat dan koperasi. Dengan ketiadaan rebat cukai untuk zakat
perniagaan, akan menyebabkan sebahagian besar entiti perniagaan akan
mengelak untuk membayar zakat perniagaan. Ini kerana, syarikat dan koperasi
terbabit akan menganggapnya sebagai cukai berganda sekiranya cukai perlu
dibayar dan zakat juga perlu dibayar. Selain itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri
juga perlulah mengeluarkan fatwa yang bersifat menyeluruh dan jelas serta
diwartakan mengenai kewajipan membayar zakat perniagaan. Zakat
merupakan pemangkin kepada ekonomi umat Islam. Peraturan dan undang-
undang yang yang telah ditetapkan oleh pemerintah atau Ulil Amri adalah demi
menjaga hak dan kepentingan zakat tersebut. Sekiranya kutipan zakat dapat
dikutip secara optimum, sudah tentu ia akan dapat menyelesaikan banyak
masalah seperti membasmi kemiskinan, mengurangkan kadar jenayah,
memangkin pembangunan modal insan serta mengangkat kedudukan ekonomi
umat islam. Hasil agihan boleh dilihat pada program-program yang dianjurkan
oleh MAIWP secara langsung dan tidak langsung sepanjang tahun 2017
244/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

dimana secara langsung menfokuskan pada dua puluh lapan (28) skim bantuan
zakat dibawah lima (5) tajuk besar iaitu pembangunan pendidikan, asnaf,
tempat tinggal, berdikari dan pembangunan ummah demi meningkatkan
ekonomi golongan-golongan yang memerlukan.
Selain itu, untuk menggalakan koperasi membayar zakat perniagaan.
Pihak MAIWP perlulah memberi penerangan dan memberi peluang kepada
koperasi yang inginkan mengagihkan sendiri zakat perniagaan menggunakan
konsep wakalah. Dengan mengunakan konsep ini, pihak koperasi boleh
membayar separuh daripada zakatnya kepada program-program seperti yang
diamalkan oleh koperasi AAA iaitu memberi bantuan khairat kematian,
bantuan anak-anak anggota yang cemerlang dari segi akademiknya. Ini dapat
menarik minat anggota-anggota koperasi untuk membuat keputusan di samping
mengundi di dalam mesyuarat agung tahunan untuk memaksa pihak Ahli
lembaga koperasi untuk membayar zakat perniagaan.

Kesimpulan

Kajian dalam artikel ini cuba untuk mejelaskan isu pemilikan dalam
pembayaran zakat koperasi dan isu yang menjadi halangan kepada koperasi
untuk melaksanakan tangungjawab sebagai pembayar zakat. Kajian ini
menyimpulkan bahawa koperasi merupakan syakhsiyyah al-i’tibariyyah yang
mempunyai kapasiti pemilikan harta yang tersendiri. Selain itu, kajian ini
mendapati zakat perniagaan koperasi masih ditahap agak sederhana.
Walaubagaimana pun, operasi di Malaysia dalam proses perubahan yang agak
positif dimana terdapat peningkatan bilangan koperasi yang bayar melalu amil
yang dilantik iaitu ANGKASA. Ini kerana telah wujud kesedaran dikalangan
ahli-ahli lembaga pengarah koperasi itu sendiri. Walaubagaimanapun, diharap
pihak ANGKASA dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia dapat
memainkan peranan penting untuk meningkatkan lagi kesedaran dan bilangan
koperasi di Malaysia dalam menunaikan tanggungjawab sebagai pembayar
zakat dengan mengadakan pemantauan di setiap koperasi dan memberi
penerangan kepada ahli-ahli lembaga pengarah koperasi agar dapat lebih
memahami mengenai kepentingan membayar zakat perniagaan. Dengan
kutipan zakat yang banyak maka Majlis Agama Negeri akan lebih mampu
untuk membantu golongan asnaf di Malaysia dan mempertingkatkan taraf
ekonomi umat Islam secara umumnya.

Rujukan

Abdul Muhaimin, M. (2009). Tuntutan Agama Dalam Membuat Perancangan Harta. In


Seminar Perancangan Harta Individu dan Harta Syarikat Islam (pp. 1–30).
Hotel Flamingo Ampang
Abdul Rahim, Abdul Rahman (2005). “Menangani Cabaran Semasa Institusi Zakat”.
Isu-isu Kontemporari Zakat di Malaysia. Bil. 1. Melaka: Institut Kajian Zakat
Malaysia
Isu Pemilikan dalam Amalan Pembayaran Zakat Perniagaan: Kajian
Terhadap Institusi Koperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur /245

Abdul Rahman Ngateman (2015). Kesedaran membayar zakat perniagaan:Kajian


terhadap insitutusi koperasi di Selangor.The Malaysian National Economic
Conference (PERKEM)
Afanah, Hisam al-Din(2007). Yas’alunak ‘an al-Zakat. Baitul Maqdis: Lajnah Zakat al-
Quds,
Al-Kasani, Abu Bakr bin Mas„ud (2003) Badai‘ al-Sanai‘ fi Tartib al-Syarai,Bayrut:
Dar alKutub al-Ilmiyyah.
Al-Quran, Surah Al-A’raaf, Ayat 156: Terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Diperolehi pada 3 Jun 2018 daripada http://www.islam.gov.my/e-jakim/e-
quran/terjemahan-al-quran
Al-Quran, Surah al-Baqarah, ayat 267: Terbitan Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia.Diperolehi pada 3 Jun 2018 daripada http://www.islam.gov.my/e-
jakim/e-quran/terjemahan-al-quran
Al-Quran, Surah Al-Imran Ayat 180: Terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Diperolehi pada 3 Jun 2018 daripada http://www.islam.gov.my/e-jakim/e-
quran/terjemahan-al-quran
Al-Quran, Surah Al-Nur 24:37: Terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Diperolehi
pada 3 Jun 2018 daripada http://www.islam.gov.my/e-jakim/e-
quran/terjemahan-al-quran
Akta Cukai Pendapatan 1967: Terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Diperolehi
pada 5 Jun 2018 daripada
http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=5&bt_skum=5&bt_posi=
3&bt_unit=1&bt_sequ=2
Akta Koperasi 1993 (AKTA 502) & Peraturan-Peraturan sehingga 5 Mei 2016.
International Law Book Services.
Akta Syarikat 2016 (AKTA 777) & Peraturan-Peraturan sehingga 10 Mac 2017.
International Law Book Services.
Baitil Zakat, Hai‟ah Hukumiyyah Mustaqillah Daulah al-Kuwait (2001). Dalil al-
Irsyadat li Muhasabat Zakat al-Syarikat. Keputusan dan resolusi Nadwah
Kesepuluh dan Kesebelas Bagi Isu-Isu Zakat Semasa.
Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji Jabatan Perdana Menteri (2008).Manual Pengurusan
Zakat 2nd Edition. Diperolehi pada 19 Jun 2018 dari
http://intranet.jawhar.gov.my/penerbitan/p_admin/file_upload/mp_pengiraan_
zakat.pdf
JAKIM (2012).Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Putrajaya. Diperolehi pada 5 Jun 2018
daripada http://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/fatwa-kebangsaan
JAKIM. Keputusan Muzakarah Jawatan Kuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam, diperolehi pada 19 Mac 2018 daripada
http://www.efatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pembayaran-zakatoleh-tabung-
haji
Kamil Md. Idris (2002).Faktor Penentu Zakat Ke Atas Pendapatan Penggajian di Negeri
Kedah.PHD thesis, Universiti Utara Malaysia.
Laporan Interim Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Diperolehi pada 30 Jun 2017 daripada
https://www.skm.gov.my/index.php/my/mengenai-skm/gerakan-
koperasi/statistik-gerakan-operasi/statistik-tahunan
Laporan Tahunan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan 2011 sehingga 2017.
Diperolehi pada 2 Julai 2018 daripada http://www.zakat.com.my/info-
ppz/laporan/buku-laporan/
246/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Panduan Zakat Perniagaan. Shah Alam: Lembaga
Zakat Selangor, 2007.
Mohd Ikhlas Rosele & Luqman (2015).Zakat atas syarikat di Malaysia: Analisis
Potensi. Jurnal Intelek (2015) Vol 10(1): 25-32.UITM PERLIS.
Mohd Ikhlas Rosele & Luqman (2017).Isu Pemilikan dalam Institusi Kewangan
Islam.Universiti Malaya.
Mohamad Zaki, Mohd Zainodin, Mohd Asyadi, Shahrinizam & Nurufatinah (2013).
“Isu Kutipan Zakat Perniagaan di Negeri Johor: Kajian di Majlis Agama Islam
Negeri Johor (MAIJ).” Makalah International Seminar on Islamic
Jurisprudence in Contemporary Society.
Paizah Hj. Ismail (2001). Al-Fiqh al-Jina‟I al-Islami. Academy of Islamic Studies
(APIUM): Intel Multimedia and Publication (iMAP).
Sanep Ahmad & Zulkifli (2010). Model Pematuhan dan Pengelakan Zakat: Satu
Tinjauan Teori. 7th International Conference – The Tawhidi Epistemology:
Zakat and Waqaf Economy. Malaysia: Universiti Kebangsaan Malaysia,
Institut Islam Hadari dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).
Siti Mashitoh, M. (2007). Sistem Perundangan Zakat di Malaysia: Antara Realiti dan
Harapan. In Persidangan Zakat & Cukai Peringkat Kebangsaan (pp. 1–21).
Syahatah, Hussayn Hussayn (1998). Muhasabah al-Zakat li al-Masarif al-Islami bayna
al-Fikr WA al-Tatbiq.Makalah Nadwah al-Tatbiq al-Mu„asir li al-Zakat:
University of al-Azhar.
Yusuf Qaradawi (2011). Hukum Zakat, Bogor: Pustaka Litera AntarNusa.
Zahri Hamat (2009). Business Zakat Accounting and Taxation in Malaysia. Conference
on Islamic Perspectives on Management and Finance: University of Leicester
Bab 13

Jangkaan Kepatuhan Membayar Zakat Perniagaan dalam


Kalangan Usahawan di Selangor : Cadangan Menggunakan
Peranti Bizzakat
Ahmad Syakir Rurol Mukhan
Mohd Ali Mohd Noor
Hairunnizam Wahid

Pengenalan

Zakat merupakan salah satu daripada lima rukun Islam sebagaimana


disebutkan dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim;

“..Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu


Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu
utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang,
mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan
haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa
mengerjakannya..”

Ayat al-Qur’an yang menunjukkan dalil kewajipan zakat pula antaranya ialah
firman Allah SWT;

Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu


kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah
untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi)
ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui. (Al-Qur’an, Al-Baqarah 2:103)

Zakat diwajibkan oleh Allah SWT ke atas umat Islam yang mukallaf
serta memenuhi syarat-syarat bagi mengeluarkan sebahagian hartanya untuk
diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya (Yusuf al-Qardhawi
2000). Tujuan pensyariatan zakat adalah untuk membersihkan harta umat Islam
dari unsur-unsur yang diragui ketika memperolehinya (Mustafa al-Khin et al.
1992). Dari sudut ekonomi pula, zakat sebenarnya menghalang pengumpulan
248/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

kekayaan dalam tangan golongan tertentu atau kumpulan tertentu. Ia dapat


dilaksanakan dengan menetapkan sejumlah sumbangan harta yang diwajibkan
disalurkan kepada pihak kerajaan (Mannan 1986).
Perniagaan secara umumnya adalah aktiviti pertukaran barang dengan
barang atau barang dengan perkhidmatan. Menurut Sayyid Sabiq (1977)
perniagaan adalah satu proses iaitu apabila ia berfungsi melalui pertukaran
harta dengan harta di atas persetujuan penjual dan pembeli mengikut cara-cara
yang dizinkan oleh syarak. Jumhur ulama bersependapat bahawa zakat
diwajibkan ke atas perniagaan berdasarkan kepada prinsip umum zakat harta,
prinsip keadilan, jaminan sosial dan prinsip berkembangnya harta itu (Faezy
Adnan et al. 2015).
Perkembangan pengurusan kutipan dan agihan zakat di seluruh negeri
di Malaysia menunjukkan peningkatan positif dengan peningkatan kutipan
zakat di seluruh negara saban tahun. Kutipan zakat di Malaysia meningkat
daripada RM423.8 juta pada tahun 2003 kepada RM1.936 billion pada tahun
2012 dengan kadar peningkatan 356.3 peratus dalam jangka 10 tahun (Adibah
& Joni 2015). Dari segi pembayaran, jenis zakat yang menjadi tumpuan utama
di Malaysia ialah zakat fitrah dan zakat pendapatan. Statistik jumlah kutipan
zakat menunjukkan kutipan zakat perniagaan berada di tangga kedua tertinggi
selepas zakat pendapatan (Ram al-Jaffri et al. 2009).
Namun begitu, berdasarkan kajian Abdul Rahim dan Abdul Rahman
(2005) hanya 10 peratus usahawan yang wajib membayar zakat melaksanakan
kewajipan tersebut di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Manakala kajian di
negeri Johor menunjukkan hanya 4.5 peratus sahaja bilangan usahawan yang
membayar zakat pada tahun 2012 (Mohamad Zaki Razaly et al. 2013). Begitu
juga kajian-kajian lain di negeri-negeri lain menunjukkan peratusan
pembayaran zakat perniagaan masih jauh untuk mencecah angka 100 peratus
sedangkan membayar zakat adalah tuntutan wajib. Ini menunjukkan potensi
kutipan zakat perniagaan perlu ditambah baik. Situasi ini sememangnya telah
menarik perhatian pusat-pusat zakat negeri.
Tambahan pula, statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) menunjukkan bilangan syarikat perniagaan yang baru
mendaftar dengan SSM bertambah dengan ketara sejak tahun kebelakangan.
Perkara ini didorong pula oleh usaha kerajaan yang mengumumkan insentif
pendaftaran syarikat perniagaan secara percuma untuk pelajar Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) dalam peruntukkan Bajet 2017. Rentetan daripada
realiti ini, kajian ini tampil untuk meninjau persepsi peniaga terhadap cadangan
menggunakan peranti direktori BizZakat sebagai satu usaha untuk memotivasi
peniaga membayar zakat perniagaan dari aspek faktor nilai pemasaran. Selain
itu, kajian ini akan mengenal pasti faktor-faktor lain yang mempengaruhi
kepatuhan pengusaha menunaikan zakat perniagaan.

Kajian Lepas

Kajian menyeluruh tentang zakat sudah bermula sejak karya agung Yusuf al-
Qardhawi bertajuk Fiqh Zakat. Selain itu, terdapat juga kajian ulama’
Jangkaan Kepatuhan Membayar Zakat Perniagaan dalam Kalangan Usahawan
di Selangor : Cadangan Menggunakan Peranti Bizzakat /249

kontemporer tentang konsep zakat serta syarat-syarat zakat seperti Sayyid


Sabiq dalam Fiqh Sunnah dan Dr Wahbah Zuhaili. Namun kebanyakan
khazanah ulama’ Islam berkenaan zakat berlegar sekitar sudut fiqhnya. Kajian-
kajian ini pula lebih umum, tanpa pemfokusan kepada zakat perniagaan.
Adapun kajian yang lebih khusus berkenaan zakat perniagaan menyentuh
secara khsusus zakat Petroleum (Norazah Kasim 2004) dan berkenaan syarikat
yang terlibat dengan industri tekstil, kajian oleh Mohammad Uzair (2015).
Kajian faktor kepatuhan berzakat pula lebih berbentuk kajian teori
gelagat kepatuhan yang menggunakan teori psikologi sebagai kerangka kajian.
Antaranya kajian yang dibuat oleh Kamil (2002) dengan tajuk kajian, Gelagat
Kepatuhan Zakat Pendapatan di Kalangan Kakitangan Awam Persekutuan
Negeri Kedah. Kajian ini melihat dimensi sikap terhadap zakat gaji dalam
kalangan sampel yang diambil. Hasil kajian mengenalpasti beberapa faktor
yang mempunyai hubungan yang positif dengan kepatuhan berzakat iaitu
undang-undang zakat, kualiti perkhidmatan, pendedahan promosi, sikap dan
pengetahuan pembayar zakat. Pendekatan lain yang pernah digunakan adalah
dengan membuat perbandingan antara kepatuhan zakat dan cukai. Hasil kajian
literatur oleh Kamil (2009) mendapati faktor demografi yang mempengaruhi
kepatuhan cukai adalah umur, jantina, tahap pendapatan dan beban tangungan.
Satu kajian oleh Ram et al. (2009) yang bertujuan meneroka sikap ahli
perniagaan terhadap kepatuhan membayar zakat di negeri Kedah mendapati
faktor sikap dan undang-undang sebagai punca seseorang itu ingin membayar
zakat. Faktor sikap dalam kajian ini selari dengan kajian Kamil (2002) dan
kajian yang dijalankan oleh Abdul Halim et al. (2014). Kajian yang dijalankan
oleh Abdul Halim berkenaan kesedaran pembayaran zakat perniagaan di
daerah Sepang mendapati faktor utama yang mempengaruhi usahawan
membayar zakat ialah faktor sikap usahawan dan faktor institusi zakat di
samping faktor-faktor lain. Kajian Kamil (2006) pula menyokong kepentingan
undang-undang dalam pelaksanaan sistem zakat. Ini kerana responden dalam
kajian ini berpandangan bahawa undang-undang zakat di Malaysia berada di
tahap yang lemah.
Kajian yang dibuat oleh Hairunnizam et al. (2009); dan Hairunnizam
et al, (2010) telah mengutarakan persepsi segelintir masyarakat yang
beranggapan bahawa pengurusan Lembaga Zakat Selangor (LZS) masih
kurang memuaskan. Ia rentetan daripada kajian oleh Sanep dan Hairunnizam
(2005) dan Sanep et al. (2006) yang mendapati masyarakat muslim tidak
berpuas hati dengan pengurusan zakat oleh LZS terutamanya dalam mengurus
agihan zakat. Persepsi masyarakat terhadap pengurusan pusat zakat ini selari
dengan hasil kajian Nik Norazmalina (2011) yang mendapati sebahagian besar
pengusaha batik di Kelantan memilih untuk membayar sendiri zakat kepada
asnaf berbanding menggunakan saluran institusi zakat.
Aspek nilai pemasaran dilihat mempunyai potensi untuk memotivasi
para peniaga membayar zakat. Kajian oleh Safri (2006) menyatakan terdapat
pihak yang beranggapan bahawa seseorang usahawan menunaikan zakat
kerana insentif keduniaan seperti mendapatkan rebat, pelepasan cukai,
250/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

mendapat nama dan menunjuk-nunjuk. Kajian Faezy et al. (2015)


menyimpulkan bahawa imej korporat merupakan faktor yang mendorong
usahawan membayar zakat. Perkara ini sekaligus membantu pemasaran
perusahaan berkenaan. Namun begitu, ada juga pengkaji yang berpandangan
bahawa para peniaga tidak terpengaruh dengan aspek pemasaran untuk
membayar zakat.
Berdasarkan kajian-kajian lepas, banyak cadangan telah dikemukakan
oleh pengkaji kepada pusat zakat dalam usaha menambahbaik pengurusan
zakat terutamanya dalam rangka meningkatkan hasil kutipan zakat perniagaan
seperti cadangan memberi pendedahan ilmu dengan menganjurkan bengkel,
ceramah dan sebagainya (Ram Al Jaffri et al. 2010). Namun, tidak banyak
kajian yang mengkaji potensi atau keberkesanan cadangan-cadangan tersebut.
Kajian Siti Umairah pada tahun 2016 cuba untuk menilai keberkesanan
ceramah. Hasil kajian beliau mendapati keseluruhan dimensi ceramah
mendapat kepuasan yang tinggi oleh responden. Faezy (2015) pula telah
mengkaji potensi mewujudkan logo zakat sebagai usaha menggalakkan
pembayaran zakat dari aspek imej korporat. Kajian beliau mendapati terdapat
hubungan yang positif namun masih belum ada tindakan daripada pihak
berkenaan.
Sebagai salah satu inovasi, kajian ini mencadangkan diwujudkan
peranti direktori BizZakat sebagai motivasi dari sudut nilai pemasaran untuk
menggalakkan peniaga membayar zakat perniagaan. Kajian ini menjangkakan
adanya respon yang positif dan signifikan. Peranti direktori BizZakat telah
diperkenalkan oleh pusat zakat Pahang pada tahun 2017. Peranti ini berperanan
mempromosi syarikat-syarikat yang membayar zakat melalui Pusat Zakat
Pahang, sebagai tanda penghargaan kepada para usahawan sekaligus
menggalakkan mereka komited untuk terus membayar zakat melalui institusi
berkenaan (Pusat Kutipan Zakat Pahang 2017).
Daripada sorotan kepustakaan ini, dapat disimpulkan sebilangan
faktor yang mempengaruhi kepatuhan usahawan membayar zakat perniagaan
iaitu faktor demografi yang terdiri daripada jantina, status perkahwinan, umur
dan lain-lain, faktor sikap usahawan, faktor undang-undang dan fatwa serta
faktor institusi zakat. Kajian ini akan menilai kembali faktor-faktor ini
disamping mengkaji faktor nilai pemasaran serta cadangan mewujudkan
peranti BizZakat. Kajian ini menjangkakan kesemua faktor mempunyai
hubungan yang positif dengan kepatuhan membayar zakat perniagaan. Kajian
ini juga dijangka dapat membantu LZS dalam mengenalpasti potensi
pembayaran zakat perniagaan seterusnya merencana strategi yang bersesuaian
untuk meningkatkan jumlah kutipan dan agihan zakat di negeri Selangor.

Metodologi Kajian

Pensampelan data: Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen


utama dan telah diedarkan kepada 50 orang usahawan di Daerah Sepang secara
rawak. Saiz ini menepati cadangan kasar Roscoe bahawa ciri-ciri sampel
Jangkaan Kepatuhan Membayar Zakat Perniagaan dalam Kalangan Usahawan
di Selangor : Cadangan Menggunakan Peranti Bizzakat /251

haruslah melebihi 30 tetapi kurang 500 bagi kebanyakan kajian (Ram al-Jaffri
et al. 2010). Soal selidik mengandungi 11 soalan demografi dan 25 soalan
pemboleh ubah.

Spesifikasi Model dan Kaedah Analisis: Kajian ini cuba melihat


kebarangkalian wujud hubungan antara faktor utama yang mempengaruhi
pembayaran zakat perniagaan menggunakan Ujian Analissi Faktor (EFA) dan
Ujuan Pengesahan Skala. Ia bertujuan untuk memastikan semua faktor
penyumbang kepada setiap pemboleh ubah utama mempunyai varians yang
tinggi untuk memastikan kesahihan sesebuah pemboleh ubah. Ujian ini
berpandukan nilai Cronbach Alpha dan alat analisis Kaiser-Meyer-Olkin
(KMO). Kemudian analisis regresi logistik binari dilakukan untuk melihat
apakah faktor penentu kebarangkalian yang mempengaruhi pembayaran zakat
perniagaan. Pemboleh ubah dengan nilai ujian Wald melebihi 3 dikira
signifikan. Kajian ini mengaplikasi model berdasarkan kajian Hairunnizam et
al. (2012) kerana mempunyai banyak persamaan dengan kajian ini.
Oleh itu model yang dianggarkan secara umumnya dalam kajian ini adalah
seperti berikut:
Pi= E (Y=1/X) = 1/(1+e-z) (1)

Pi adalah usahawan membayar zakat atau tidak; di mana Y=1 adalah


usahawan yang membayar zakat perniagaan dan Y=0 bagi usahawan yang
tidak membayr zakat perniagaan. Berdasarkan persamaan (1), kajian ini akan
menguji beberapa pemboleh ubah yang dijangka mempengaruhi kepatuhan
membayar zakat perniagaan (Pi) iaitu;

Zi = B0 + B1X1 + B2X2 + B3X3 + B4X4 + B5X5 + B6X6 + B7X7 + B8X8 + B9X9 +


B10X10 + B11X11 + B12X12 (2)

Di mana Zi ialah satu fungsi f(X) dengan X adalah pemboleh ubah bebas yang
dijangka iaitu,
X1 = Umur pengusaha
X2 = Status perkahwinan
X3 = Tahap pendidikan
X4 = Keuntungan
X5 = Pemasaran
X6 = Institusi
X7 = Peranti
X8 = Tempoh perniagaan
X9 = Kategori
X10 = Sikap
X11 = Undang-undang dan fatwa
252/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Kesemua pemboleh ubah akan diuji untuk menentukan manakah


pemboleh ubah yang secara signifikan mempengaruhi pembayaran zakat
perniagaan oleh usahawan.

Hasil Kajian

Berdasarkan Jadual 1 di bawah, majoriti usahawan yang menjadi responden


dalam kajian ini pernah membayar zakat dengan peratusan 58.0 peratus.
Namun angka ini bukanlah jumlah yang baik kerana status pembayaran zakat
sepatutnya 100 peratus. Oleh itu, LZS perlu memandang serius akan hal ini
dan menggiatkan lagi usaha meninggkatkan kutipan zakat dan menambah
bilangan pembayar zakat terutamanya dalam kalangan usahawan di Selangor
ini.

Jadual 1: Status Pembayaran Zakat


Item Kekerapan Peratus (%)
Pernah 29 58.0
Tidak Pernah 21 42.0
Jumlah 50 100.0
Sumber: Maklumat kajian

Bagi meningkatkan kesedaran membayar zakat perniagaan, beberapa


faktor penyumbang telah dibentukkan menggunakan analisis faktor (EFA)
kepada setiap pemboleh ubah utama iaitu faktor sikap individu, faktor nilai
pemasaran, faktor institusi zakat, faktor undang-undang dan fatwa serta faktor
peranti yang dicadangkan. Kesemua faktor ini mempunyai item yang
dijelaskan oleh beberapa pemboleh ubah berkenaan secara terperinci. Hasil
analisis berdasarkan Jadual 2 menunjukkan nilai Alpha Cronbach yang
mengukur konsistensi setiap item yang menggambarkan pemboleh ubah berada
pada nilai yang baik, iaitu pada nilai melebihi 0.70. Hanya nilai 0.70 dan ke
atas dikira baik dan boleh diterima bagi kajian di peringkat penerokaan (Hair et
al. 1998). Bagi nilai Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) pula, kesemua faktor
menunnjukkan nilai KMO yang tinggi melainkan faktor sikap dan undang-
undang serta fatwa dengan nilai masing-masing 0.62. Walaupun tidak
mencecah nilai 0.7 dan ke atas, nilai ini masih boleh diterima. Nilai di bawah
0.5 adalah tidak boleh diterima (Hair et al.1998). Hasil analisis menunjukkan
kesemua item dengan konsisten menggambarkan pemboleh ubah mengikut
kelompok dan data ini boleh digunapakai untuk dianalisis
Jadual 3 menunjukkan klasifikasi model yang menunjukkan kesahan
respon daripada usahawan yang dikaji. Secara keseluruhannya, sekitar 86.0
peratus disahkan jawapan usahawan adalah benar daripada model yang dikaji.
Ini menunjukkan jawapan yang diberikan adalah disahkah dan amat sesuai
untuk dianalisis.
Jangkaan Kepatuhan Membayar Zakat Perniagaan dalam Kalangan Usahawan
di Selangor : Cadangan Menggunakan Peranti Bizzakat /253

Jadual 2 : Hasil ujian daripada Analisis Faktor

Kelompok faktor Min Alpha Kaiser- Varians


Cronbach Meyer- Keseluruhan
Olkin (%)
Faktor sikap individu
(1) Zakat sangat digalakkan kerana zakat 4.73 0.86 0.62 65.49
membawa berkat
(2) Berazam untuk menunaikan zakat 4.61
(3) Membersihkan harta saya dengan 4.73
berzakat

Faktor Nilai Pemasaran


(1) Imej diri/ syarikat akan lebih baik 4.27 0.923 0.794 83.11
dengan membayar zakat
(2) Membayar zakat akan meningkatkan 4.52
hasil pendapatan
(3) Dengan membayar zakat pelanggan 4.07
akan lebih yakin untuk berurusan

Faktor Institusi Zakat


(1) Berpuas hati dengan pengurusan LZS 4.36 0.898 0.715 71.01
(2) Berpuas hati dengan promosi yang 4.27
dijalankan
(3) Berpuas hati dengan kemudahan 4.29
kaedah bayaran yang disediakan

Faktor Undang-undang dan fatwa


(1) Bimbang dikenakan tindakan undang- 3.22 0.72 0.62 61.91
undang
(2) Takut melanggar hukuman Allah 4.66
(3) Kemudahan pelepasan/rebat cukai 4.00

Faktor Peranti
(1) Peranti tersebut boleh menjadi satu 4.00 0.904 0.855 73.22
medium pemasaran perniagaan
(2) Penggunaan peranti tersebut boleh 4.02
meningkatkan hasil keuntungan syarikat
(3) Peranti tersebut akan memudahkan 4.00
pelanggan mengenali syarikat yang
berzakat
Nota: Min berdasarkan sakala liker; nilai 1 = sangat tidak setuju hingga nilai 5 = sangat setuju
Sumber: Maklumat kajian
254/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 3: Klasifikasi Regresi Logistika


Pemerhatian Diramalkan
Bayar zakat
Pernah Tidak Pernah Peratusan Betul
Bayar zakat Pernah 25 4 86.2
Tidak Pernah 3 18 85.7
Peratusan Keseluruhan 86.0
a. Nilai batasan adalah 0.500

Jadual 4 : Hasil Regresi


Pemboleh ubah B S.E. Wald Sig. Exp(B)

Umur -0.214 0.100 4.528* 0.033 0.808


Status 2.657 1.386 3.677* 0.055 14.252
Pendidikan 0.739 0.905 0.667 0.414 2.094
Keuntungan 0.000 0.000 0.613 0.434 1.000
Pemasaran 0.076 0.159 0.230 0.632 1.079
Institusi 0.109 0.202 0.290 0.590 1.115
Peranti -0.557 0.292 3.689* 0.049 0.573
Tempoh -0.972 1.038 0.876 0.349 0.378
Kategori 0.323 0.837 0.149 0.700 1.381
Sikap 0.021 0.234 0.008 0.928 1.021
Fatwa 0.384 0.234 3.685* 0.051 1.468
Constant 0.843 5.582 0.023 0.880 2.324
Nota: Model regresi binari logistik. Pemboleh ubah bersandar: Bayaran zakat perniagaan
*Signifikan pada aras keertiaan 5%

Sumber: Maklumat kajian


Jangkaan Kepatuhan Membayar Zakat Perniagaan dalam Kalangan Usahawan
di Selangor : Cadangan Menggunakan Peranti Bizzakat /255

Berdasarkan Jadual 4, sebanyak 11 pemboleh ubah telah dimasukkan ke dalam


model dan diregresi dengan status bayaran zakat perniagaan sebagai pemboleh
ubah bersandar. Daripada 11 pemboleh ubah ini, 6 faktor terdiri daripada faktor
demografi iaitu umur pengusaha, status perkahwinan, tahap pendidikan,
keuntungan tahunan, tempoh dan kategori perniagaan. Manakala faktor
selebihnya adalah faktor sikap, faktor nilai pemasaran, faktor fatwa dan
undang-undang, faktor institusi zakat dan juga faktor peranti BizZakat yang
dicadangkan dalam kajian ini. Hasil regresi menunjukkan daripada keseluruhan
pemboleh ubah, empat faktor adalah signifikan pada aras keertian 5 peratus.
Faktor-faktor tersebut adalah faktor umur dan status perkahwinan usahawan
yang terdiri dari kelompok faktor demografi manakala dua faktor selebihnya
adalah faktor undang-undang dan fatwa serta faktor peranti.
Faktor-faktor yang secara signifikan mempunyai hubungan yang positif
dan mempengaruhi kepatuhan usahawan membayar zakat perniagaan ini perlu
diambil perhatian oleh pihak LZS. Faktor umur dengan nilai Ujian Wald yang
paling tinggi iaitu pada nilai 4.528 menunjukkan ia adalah faktor yang paling
signifikan. Dengan bacaan nilai B yang negatif iaitu -0.214, usahawan muda
lebih cenderung untuk membayar zakat berbanding usahawan yang lebih
berusia. Hasil regresi juga menunjukkan faktor umur mempunyai nilai
jangkaan perubahaan yang tinggi iaitu sebanyak 80 peratus.
Selain itu, faktor peranti berada di kedudukan kedua paling signifikan
dengan nilai Ujian Wald 3.689. Nilai ini jelas menyokong hipotesis bahawa
cadangan menggunakan peranti direktori BizZakat mampu mempengaruhi
usahawan untuk membayar zakat perniagaan. Nilai B yang negatif bagi faktor
peranti memberi isyarat bahawa dengan berkurangnya usahawan yang tidak
mengguna peranti atau dalam erti kata lain, dengan bertambahnya pengguna
peranti menyebabkan bertambahnya bilangan usahawan yang membayar zakat
perniagaan. Hasil kajian juga menunjukkan perubahan satu unit pada faktor
peranti menjangkakan kenaikan pada kadar pembayaran zakat perniagaan
sebanyak 57 peratus. Namun hasil regresi tidak menyokong kebarangkalian
faktor nilai pemasaran boleh mempengaruhi kepatuhan membayar zakat
perniagaan di mana peranti direktori ini sepatutnya menjadi medium
pemasaran bagi para usahawan.
Dua faktor lain yang signifikan berdasarkan hasil regresi ini ialah faktor
status perkahwinan usahawan dan faktor kefahaman terhadap fatwa dengan
nilai Wald masing-masing ialah 3.667 dan 3.685. Nilai B bagi kedua-dua
faktor ni pula adalah positif. Implikasi bagi nilai B yang positif bagi faktor
status perkahwinan ini ialah kajian menunjukkan usahawan yang sudah
berkahwin lebih cenderung untuk membayar zakat perniagaan berbanding
usahawan bujang. Manakala bagi faktor undang-undang dan fatwa pula, bacaan
kajian menunjukkan hubungan yang positif antara faktor ini dengan kepatuhan
usahawan untuk menunaikan kewajipan berzakat.
Faktor yang paling rendah nilai Ujian Wald pula ialah faktor sikap
usahawan dengan nilai 0.008. Ini menunjukkan faktor sikap tidak lagi
signifikan dalam mempengaruhi usahawan untuk membayar zakat perniagaan.
256/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Penemuan ini agak tidak konsisten dengan kajian-kajian lepas. Selain itu, hasil
analisis untuk faktor institusi menunjukkan nilai signifikan yang sederhana.
Kajian ini menggambarkan faktor institusi bukan lagi faktor utama yang
mempengaruhi kepatuhan usahawan untuk membayar zakat perniagaan sama
ada untuk membayarnya ataupun tidak. Sekurang-kurangnya persepsi
usahawan yang tidak berpuas hati dengan institusi zakat seperti yang
dinyatakan dalam kajian-kajian lepas tidak dicerminkan oleh analisis ini.
Dengan itu LZS boleh menarik nafas lega dan terus mempertingkatkan kualiti
perkhidmatan.

Implikasi Dasar dan Kesimpulan

Tidak dapat dinafikan bahawa kepatuhan usahawan Muslim untuk membayar


zakat perniagaan melalui institusi zakat berkait rapat dengan kewujudan peranti
direktori BizZakat yang dikaji dan dicadangkan dalam kajian ini. Penggunaan
peranti direktori ini pula sesuai dengan trend semasa yang banyak
menggunakan kemudahan teknologi dalam sektor perusahaan. Pengenalan
peranti sedemikian berkemungkinan selari pula dengan citarasa usahawan-
usahawa muda yang mana sebahagian besar daripada mereka menjadi sampel
kajian kali ini. Faktor umur adalah faktor yang signifikan hasil dari regresi
kajian ini. Maka kajian berpendapat pendekatan strategi yang bersesuaian
dengan lapisan umur ini perlu diberi penekanan oleh pihak LZS.
Usahawan yang cenderung dengan penggunaan peranti direktori
BizZakat sebenarnya bukanlah mengharapkan LZS membantu melariskan
perniagaan mereka dan dengan itu barulah mereka sudi untuk membayar zakat
perniagaan. Ini kerana faktor aspek nilai pemasaran dari kajian ini tidak
mempunyai hubungan yang kukuh dengan kepatuhan usahawan membayar
zakat perniagaan. Tambahan pula peratusan usahawan yang membayar zakat
dalam kalangan responden adalah lebih ramai berbanding yang tidak pernah
membayar zakat walaupun belum lagi diperkenalkan peranti ini. Tetapi kajian
berpendapat peranti ini mampu dijadikan insentif sampingan untuk menarik
golongan yang belum membayar zakat perniagaan.
Pengenalan peranti ini sebenarnya tidak akan mecemarkan niat para
pembayar zakat. Lebih-lebih lagi kajian menunjukkan faktor fatwa dan
undang-undang juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepatuhan
usahawan membayar zakat perniagaan. Dalam analisis faktor, item yang
menilai faktor ini iaitu pernyataan “Takut melanggar hukuman Allah”
menunjukkan skor min yang paling tinggi. Jadi kepatuhan usahawan
membayar zakat juga didasari oleh keimanan mereka kepada Allah SWT,
bukanlah semata-mata kepada pendekatan dan habuan duniawi yang boleh
memberi pulangan berbentuk kepentingan perniagaan kepada mereka.
Sekalipun dengan pengenalan peranti ini akan meningkatkan jumlah
pembayar zakat perniagaan dalam kalangan usahawan Muslim yang mungkin
didasari oleh insentif berbentuk ekonomi, namun akibat perlakuan membayar
zakat oleh usahawan secara berulang-ulang akhirnya akan melahirkan gelagat
kepatuhan membayar zakat yang ikhlas, semata-mata kerana Allah SWT.
Jangkaan Kepatuhan Membayar Zakat Perniagaan dalam Kalangan Usahawan
di Selangor : Cadangan Menggunakan Peranti Bizzakat /257

Tambahan pula, dengan penyampaian maklumat yang berterusan tentang


kewajipan berzakat, dari masa ke masa kesedaran dan sikap pembayar zakat
terhadap tanggungjjawab berzakat mereka akan berubah. Selain itu, peranti
direktori ini dijangka hanya akan memberi manfaat kepada usahawan-
usahawan yang baru membuka premis perniagaan. Kemungkinan besar,
mereka terdiri dari kalangan usahawan-usahawan muda yang baru mula
berkecimpung dalam perniagaan. Ia hanya akan menjadi tarikan awal kepada
kepatuhan membayar zakat.
Maka, kajian ini berpendapat bahawa pengenalan peranti direktori
BizZakat ini atau apa-apa pendekatan yang seumpama dengannya perlu diberi
perhatian yang sewajarnya oleh LZS. Usaha-usaha untuk memastikan para
usahawan membayar zakat perniagaan mereka perlu diutamakan kerana
dengan itu mereka menyempurnakan rukun Islam mereka. Tujuan dan niat
seseorang yang ingin berzakat mestilah kerana Allah semata-mata. Apa yang
membezakannya ialah cara dan kaedah seseorang itu menunaikan zakat. Cara
dan kaedah inilah yang boleh menjadi faktor penyebab seseorang menunaikan
zakat di sesebuah badan zakat. Ianya tidak bercanggah dengan firman Allah
SWT di dalam Surah al-Baqarah ayat 271 yang bermaksud, “Jika kamu
lahirkan sedeqah (zakat), maka itulah sebaik-baiknya dan jika kamu
sembunyikan dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka itulah yang
lebih baik bagimu dan menutupi kesalahanmu, dan Allah Maha Mengetahui
apa-apa yang kamu kerjakan”.
Sebagai implikasi dari kajian ini, LZS dicadangkan untuk membuat
peruntukan memperkenalkan satu peranti direktori yang akan memasarkan dan
mengiklankan premis-premis perniagaan yang dimiliki oleh para usahawan
yang membayar zakat kepada LZS. Direktori ini perlu dihebahkan kepada
masyarakat umum supaya mereka mendaftar sebagai pengguna dan dengan itu
dapat mengakses kepada premis-premis berkenaan. Di samping itu, LZS juga
mestilah meneruskan usaha-usaha inovasi yang lain untuk memudahkan proses
pungutan dan agihan zakat. LZS juga boleh meninjau proses pengurusan zakat
di negeri-negeri lain dan mengaplikasi mana-mana yang sesuai di Negeri
Selangor. Cadangan ini diharapkan sedikit sebanyak membantu LZS dalam
mengelola ibadah zakat di negeri ini.
Kesimpulannya setiap faktor yang dikaji menunjukkan ia amat
penting dalam mempengaruhi pembayaran zakat perniagaan oleh usahawan
Muslim di Selangor. Faktor umur merupakan faktor paling signifikan. Dengan
itu usaha menarik para usahawan untuk membayar zakat yang bersesuai
dengan peringkat umur mesti difikirkan dan dilaksanankan. Selain itu, faktor
pengenalan peranti direktori juga mempunyai hubungan yang kukuh dengan
kepatuhan pembayaran zakat perniagaan dan dijangka berpotensi untuk
menambah bilangan pembayar zakat perniagaan jika diperkenalkan. Pihak LZS
disarankan meningkatkan lagi usaha menarik para usahawan untuk membayar
zakat perniagaan dengan LZS dan mempertimbangkan cadangan-cadangan
yang dikemukakan. Seterusnya masyarakat Muslim secara umum perlulah peka
akan pekembangan zakat di negara ini dan memberi sokongan yang padu
258/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

kepada sebarang usaha yang diperkenalkan oleh pusat-pusat zakat di seluruh


negara.

Rujukan
Al-Qur’an
As-Sunnah
Abdul Halim Abu Bakar, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad. 2014. Pembayaran
Zakat Perniagaan dan Imej Korporat Usahawan Muslim : Kajian di Sepang,
Selangor. Kerta kerja dibentangkan dalam International Conference
Muamalat, Economics and Islamic Finance (SMEKI) di ILIM, Selangor, 8-10
Disember 2014.
Abdul Rahim & Abdul Rahman. 2005. Menangani Cabaran Semasa Institusi Zakat di
Malaysia : Satu Analisa, Laporan Tahunan Zakat Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan, 42-147.
Adibah Abdul Wahab & Joni Tamkin Borhan. 2014. Faktor Penentu Pembayaran Zakat
Oleh Entiti Perniagaan di Malaysia. Satu Tinjauan Teori. Syariah Journal,
267-294.
Adibah Abdul Wahab & Joni Tamkin Borhan. 2015. Analisis Prestasi Kutipan Zakat di
Malaysia. Dalam buku Isu Kontemporari Pengurusan dan Pembayaran Zakat
di Malaysia. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Faezy Adnan, Siti Amirah A.R., Hairunizam Wahid & Sanep Ahmad. 2015. Cadangan
Mewujudkan Logo Kepatuhan Zakat Perniagaan : Kajian Terhadap Usahawan
Muslim Di Selangor. Prosiding Seminar Fiqh Semasa (SeFis) 2015.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. 2009. Pengagihan Zakat
Oleh Institusi Zakat di Malaysia : Mengapa Masyarakat Islam Tidak Berpuas
Hati? Jurnal Syariah. 17(1) 2009 :89-112
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Kader. 2010. Pengagihan Zakat oleh
Institusi Zakat kepada Lapan Asnaf Zakat : Kajian di Malaysia. Jurnal
Pengurusan JAWHAR. 4(1) 2010: 141-170
Mamat Said. 2001. Zakat Perniagaan : Satu kajian di Luth. Disertasi Sarjana Syariah,
Jabatan Pengajian Islam, Universiti Malaya
Mannan, M. A. 1986. Islamic Economics : Theory and Practice. Cambridge : Hodder
and Stroughton
Mazlia Aini Binti Mat Taib. 2008. Keberkesanan pelaksanaan kutipan zakat korporat
Perniagaan di Selangor. Disertasi, Jabatan Syariah dan Undang-Undang,
Jabatan Pengajian Islam, Universiti Malaya
Mohamad Zaki, R., Mohd Zainodin, M., Mohd Asyadi, R., Shahrinizam, M., &
Nurufatinah, U. 2013. Isu Kutipan Zakat Perniagaan di Negeri Johor : Kajian
di Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dalam prosiding International Seminar
on Islamic Jurisprudence in Contemporary Sociey.
Mohd Safri Mahat. 2006. Zakat Perniagaan : Cabaran pelaksanaan di Malaysia. Dlm
zakat : Pensyariatan, Perekonomian dan Perundangan, disunting oleh Abdul-
Ghafar & M.T. Hailani, 174-197. Bangi, Selangor : Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Muhamad Uzair, G.A.N .2015. Pembayaran zakat perniagaan oleh syarikat-syarikat
tekstil di Negeri Perak. Disertasi Sarjana, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya.
Mustafa al-Khin et al. 1992. Al-fiqh al-Manhaji Ala Mazhab al-Imam as-Syafi’e.
Damsyik : Dar Qalam.
Jangkaan Kepatuhan Membayar Zakat Perniagaan dalam Kalangan Usahawan
di Selangor : Cadangan Menggunakan Peranti Bizzakat /259

Nik Norazmalina Abd Aziz. 2011. Pembayaran zakat dalam kalangan pengusaha-
pengusaha batik di Kota Bharu, Kelantan. Disertasi Sarjana, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya
Norazah Kasim. 2004. Zakat Petroleum di Malaysia : Kajian kes di Petroleum Nasional
Berhad (PETRONAS) . Disertasi Syariah, Jabatan Pengajian Islam Universiti
Malaya
Ram Al-Jaffri Saad, Zainol Bidin, Kamil Md Idris & Md Hairi Md Hussain. 2010.
Faktor-faktor Yang mempengaruhi Gelagat Kepatuhan Zakat Perniagaan.
Jurnal Pengurusan, 49-61
Ram Al-Jaffri, Kamil, M.I & Zainol, B. 2009. Peraturan Pembayaran Zakat Kepada
Institusi Zakat : Sikap Peniaga dan Kesannya Terhadap Gelagat Pembayaran
Zakat Perniagaan. Jurnal Syariah. Jil. 17 Bil. 3. Hlmn. : 607-630
Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid. 2005. Persepsi Agihan Zakat dan Kesannya
Terhadap Pembayaran Melalui Institusi Formal, Jurnal Ekonomi Malaysia,
39,53-69I
Sayyid Sabiq.1997. Fiqh al-Sunnah. Beirut : Dar al-Kitab al-Arabi.
Yusuf Al-Qaradhawi. 2000. Fiqh al-Zakat. Beirut: Muassasah al-Risalah
Kefahaman dan Kesedaran Membayar Zakat Perniagaan:
Kajian terhadap Peniaga Kecil di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur /261

Bab 14

Kefahaman dan Kesedaran Membayar Zakat Perniagaan:


Kajian terhadap Peniaga Kecil di Bandar Tun Razak, Kuala
Lumpur

Nur Najihah Zilani


Hairunnizam Wahid
Mohd Ali Mohd Noor

Pendahuluan

Zakat merupakan rukun Islam yang keempat dan mula difardukan kepada umat
Islam pada tahun kedua selepas penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Kota
Madinah. Kewajipan mengeluarkan zakat telah disebutkan secara jelas di
dalam Al-Quran. Penetapan yang jelas ini membuktikan penghambaan diri
kepada Allah SWT dengan menjalankan perintahnya serta dapat membersihkan
dan menyucikan diri daripada dosa-dosa. Firman Allah SWT, yang bermaksud:

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya


dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan
mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk
mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi
mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha
Mengetahui.”
(At-Taubah: 103)

Hukum zakat perniagaan adalah wajib ke atas mereka yang telah


memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Kewajipan zakat perniagaan juga
telah diasaskan oleh beberapa dalil. Firman Allah SWT, yang bermaksud:

“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang


tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada
menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta
memberi zaka; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya
berbalik-balik hati dan pandangan.”
(Al-Nur (24): 37)
262/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-


MAIWP) bertindak sebagai agensi yang menguruskan kutipan dan agihan
zakat secara korporat sebagai langkah mengoptimumkan keberhasilan. Seiring
dengan tuntutan kewajipan mengeluarkan zakat, matlamat PPZ-MAIWP
adalah meningkatkan kesedaran umat Islam tentang kewajipan berzakat. Dalam
usaha meningkatkan kualiti dan jumlah pembayaran zakat di WP Kuala
Lumpur, terdapat beberapa pendekatan yang telah di ambil oleh pihak PPZ-
MAIWP. Pelbagai aktiviti dakwah dan promosi berkaitan zakat dilakukan
bukan sahaja di surau atau masjid, malah melalui siaran langsung di radio,
media sosial, mengadakan kempen, berkunjung ke premis-premis perniagaan,
dan lain-lain lagi. Selain itu, bagi memudahkan urusan pembayaran zakat,
pihak PPZ-MAIWP turut mempelbagaikan kemudahan pembayaran zakat.
Menurut teks berita terkini laman web PPZ-MAIWP, terdapat beberapa cara
mudah yang telah disediakan bagi menunaikan tanggungjawab berzakat tanpa
perlu ke kaunter seperti pembayaran melalui laman web atau portal PPZ-
MAIWP, kemudahan kaunter zakat bergerak, dan skim potongan gaji zakat1.
Menurut Muhsin & Suhaili (2016), kepelbagaian ini amat membantu dalam
meningkatkan hasil kutipan zakat.

Jadual 1: Statistik kutipan zakat perniagaan di WP Kuala Lumpur tahun 2017


dan 2016
Tahun 2017 Tahun 2016 Perubahan
(RM) (RM) (%)
122,142,889.95 106,304,269.21 15
Sumber: Diubah suai daripada Laporan Zakat 2017 PPZ-MAIWP

Merujuk kepada Jadual 1, trend peningkatan kutipan zakat perniagaan


menunjukkan nilai yang positif menyebabkan berlakunya peningkatan jumlah
agihan wang zakat yang dapat di agihkan kepada golongan asnaf. Namun
begitu, peningkatannya setiap tahun masih lagi rendah kerana peningkatan
tahunan yang berlaku hanyalah sebanyak 15 peratus. Perkara ini akan
menjejaskan pengagihan zakat kerana faktor kemiskinan yang meningkat
dalam kalangan masyarakat ekoran daripada kegawatan ekonomi. Menurut
Hasan (2005) kesedaran memainkan peranan yang penting dalam
melaksanakan tanggugjawab mengeluarkan zakat. Rentetan daripada usaha
yang telah dilakukan oleh pihak PPZ-MAIWP serta permasalahan yang timbul,
kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti tahap kefahaman dan kesedaran
membayar zakat perniagaan di kalangan peniaga kecil. Selain itu, kajian ini
juga ingin melihat perbandingan tahap pengetahuan mengenai zakat perniagaan
di antara peniaga kecil yang membayar zakat dengan tidak membayar zakat.
Kajian ini turut menganalisis secara kualitatif terhadap peniaga terpilih yang
membayar zakat perniagaan.

1
Teks berita terkini laman web PPZ-MAIWP, 05 Jun 2018.
Kefahaman dan Kesedaran Membayar Zakat Perniagaan:
Kajian terhadap Peniaga Kecil di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur /263

Kajian Lepas

Kajian berkaitan zakat telah banyak dibincangkan dari sudut kutipan dan
agihan zakat, kepatuhan pembayaran zakat, peranan zakat dan banyak lagi.
Namun begitu, tinjauan ini hanya menumpukan kepada kajian lepas yang
membincangkan tentang potensi zakat perniagaan, isu dan cabaran zakat
perniagaan, kepatuhan zakat perniagaan dan kaedah pembayaran zakat.

Potensi Zakat Perniagaan: Antara kajian berkaitan potensi zakat perniagaan


dilakukan oleh Muhammad Ikhlas, Luqman dan Mohd Farhan (2015). Kajian
mereka menunjukkan masih terdapat banyak ruang dan potensi kutipan zakat
pada syarikat kerana pertumbuhan syarikat dan peningkatan kesedaran untuk
membayar zakat. Potensi ini dilihat dari sudut penerimaan untuk meluaskan
harta zakat, hasil kutipan dan hukum. Adibah dan Joni Tamkin (2016), juga
dalam kajiannya mendedahkan bahawa jumlah potensi zakat perniagaan dari
PLC ialah RM290 juta setahun. Malah terdapat jurang sebanyak RM200 juta
setiap tahun dengan kadar 74 peratus. Kajian ini menunjukkan terdapat potensi
yang besar dalam meningkatkan kutipan zakat perniagaan.
Manakala Faezy, Siti Amirah, Hairunnizam & Sanep (2017) dalam
kajian mereka dikalangan 210 responden usahawan Muslim di daerah Klang
dan Petaling, Selangor mendapati kesedaran membayar zakat perniagaan masih
lagi berada di tahap yang rendah. Namun begitu, sekiranya pengenalan logo
kepatuhan membayar zakat ini diperkenalkan oleh LZS, kajian mendapati
kemungkinan berlaku peningkatan dalam pembayaran zakat korporat.

Isu dan Cabaran Zakat Perniagaan: Kajian oleh Mohamad Zaki, Mohd
Zainodin, Munirah, Mahasin @ Mearaj dan Siti Aishah (2014) menyimpulkan
bahawa ketiadaan rebat cukai perniagaan, kelonggaran dalam peruntukan
Undang-Undang berkenaan zakat perniagaan iaitu di bawah Seksyen 16
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 Negeri Johor serta kekeliruan
berhubung kewajipan zakat perniagaan ke atas syarikat atau pemilik syarikat di
antara isu dn cabaran yang dihadapi oleh pihak zakat dalam menguruskan
kutipan zakat perniagaan. Di samping itu, Zaharah Salwati, Hashim, Habsah
dan Syed Mohd Azmi (2010) dalam kajiannya terhadap 214 orang responden
daripada usahawan di Terengganu, mendapati usahawan lebih mengutamakan
pembayaran cukai berbanding zakat. Hasil kajiannya mendapati walaupun
ramai responden yang membayar zakat masih ramai responden yang
merasakan bahawa membayar cukai lebih penting daripada membayar zakat.

Kepatuhan Zakat Perniagaan: Terdapat banyak kajian terdahulu yang


berkisarkan gelagat kepatuhan zakat perniagaan. Antaranya ialah kajian oleh
Ram, Zainol, Kamil dan Md Hairi (2010) yang menggunakan teori gelagat
terancang seperti sikap, norma subjektif, dan kawalan gelagat untuk
menerangkan niat dan gelagat kepatuhan dalam persekitaran zakat perniagaan.
Mereka mendapati model kajian ini adalah selari dengan saranan teori gelagat
264/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

terancang dan faktor-faktor asas ini perlu diambil kira dalam melakukan apa-
apa tindakan. Adibah dan Joni Tamkin (2015) pula mengkaji tentang
kepatuhan kepatuhan zakat dalam kalangan syarikat tersenarai awam (PLC) di
Malaysia yang meliputi 817 buah syarikat saham patuh syariah. Hasil kajian
mendapati kadar kepatuhan pembayaran zakat dalam kalangan PLC adalah
pada kadar 14 peratus. Implikasi kajian mereka menunjukkan bahawa pihak
berkuasa tertentu perlu melakukan strategi yang komprehensif untuk
memaksimumkan potensi kutipan zakat. Faktor yang berpotensi mempengaruhi
kesedaran membayar zakat perniagaan seperti sikap usahawan, imej korporat,
perkhidmatan zakat yang disediakan oleh institusi zakat, kakitangan institusi
zakat dan juga fatwa zakat turut dikaji oleh Hairunnizam, Abdul Halim dan
Sanep (2016). Mereka mendapati bahawa terdapat hubungan yang kuat di
antara usahawan Muslim dengan kecenderungan mereka untuk
mempromosikan perniagaan mereka dan imej korporat.
Terdapat juga kajian lain yang mengkaji faktor yang mungkin
menyumbang kepada kelakuan pematuhan zakat dikalangan entiti perniagaan.
Kajian oleh Adibah dan Joni Tamkin (2014) mendedahkan 24 faktor yang
berkaitan dengan pembayaran zakat dan menggabungkan faktor-faktor ini
kepada tiga kategori utama iaitu faktor organisasi, faktor-faktor kerajaan dan
faktor-faktor dalaman. Mereka mendapati antara faktor penting yang
mempengaruhi ialah faktor pengurusan institusi zakat kerana ini mempunyai
pengaruh yang besar terhadap faktor kerajaan dan dorongan dalaman syarikat.

Kaedah Pembayaran Zakat: Nik Norazmalinda (2011) pula mengkaji mengkaji


tentang cara pembayaran zakat dalam kalangan pengusaha batik di Kota Bharu
Kelantan samada dibayar kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri
Kelantan (MAIK) atau diagihkan terus kepada asnaf dengan menggunakan
kaedah dokumentasi, soal-selidik, pemerhatian dan temubual. Hasil kajian
mendapati bahawa jumlah zakat pembatik yang berjaya dipungut oleh pihak
MAIK adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan jumlah keuntungan
batik yang diperolehi oleh pembatik.
Muhamad Uzair (2015) pula menunjukkan kebanyakan daripada
peniaga-peniaga lebih cenderung untuk mengeluarkan zakat perniagaan mereka
secara tidak rasmi berbanding dibayar secara rasmi kepada MAIPk dan
pengetahuan kebanyakan mereka yang membayar secara sendiri terhadap
kewajipan zakat perniagaan berada di tahap memuaskan. Kebanyakan peniaga
lebih suka untuk membayar sendiri zakat tersebut secara terus kepada asnaf
kerana lebih mudah dan lebih diyakini. Manakala Ram, Kamil dan Zainol
(2009) pula mengkaji tentang sikap peniaga Muslim terhadap pembayaran
zakat secara rasmi melalui institusi zakat di negeri Kedah. Dapatan kajian
mereka mendapati ada dua sikap iaitu sikap menggalakkan dan sikap
penolakan berprasangka didapati mempunyai hubungan positif dan negatif
yang mendorong responden menunaikan zakat perniagaan. Secara
keseluruhannya peniaga percaya dan akur dengan peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak zakat negeri.
Kefahaman dan Kesedaran Membayar Zakat Perniagaan:
Kajian terhadap Peniaga Kecil di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur /265

Kebanyakan kajian terdahulu tertumpu kepada kepatuhan zakat


perniagaan. Kajian ini adalah tambahan agar dapat meningkatkan lagi kutipan
zakat untuk kemaslahatan ummah. Tiada kajian yang mengkaji tentang
bagaimana tahap kefahaman dan pengetahuan dapat meningkatkan tahap
kesedaran pembayar zakat. Tetapi terdapat beberapa kajian yang mengkaji
tentang faktor-faktor yang mempengaruhi perkara ini. Oleh itu, secara
khususnya dalam kajian ini dilakukan untuk mengukur tahap kesedaran
peniaga kecil Muslim terhadap pembayaran zakat perniagaan berdasarkan
kefahaman dan pengetahuan peniaga tersebut.

Metodologi

Kaedah pensampelan: Terdapat dua kaedah yang digunapakai bagi


menjalankan kajian ini. Bagi mendapatkan data, pengedaran soal selidik dan
temubual telah dijalankan. Persampelan secara rawak dilakukan dengan
mengedarkan secara terus boring soal selidik kepada 50 peniaga kecil yang
menjalankan perniagaan di sekitar Bandar Tun Razak, WP Kuala Lumpur.
Peniaga kecil ini terdiri daripada peniaga yang mengeluarkan barang pengguna
dan barang yang berupa alat gantian disamping mengurus sendiri perniagaan
tersebut. Bagi peniaga yang mempunyai pekerja, jumlah pekerja tidak melebihi
20 orang. Selain itu, peniaga ini hanya menggunakan jumlah modal yang kecil
untuk menjalankan perniagaan mereka. Kesemua responden yang terlibat
dalam soal selidik telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses
pengumpulan data. Soalan soal selidik ini telah dibahagikan kepada dua
bahagian di mana bahagian pertama berkaitan dengan latar belakang dan status
pembayaran zakat responden. Bahagian kedua pula mengandungi 15 soalan
ringkas yang perlu dijawab oleh responden untuk menguji sejauh mana tahap
kesedaran dan pengetahuan mengenai zakat perniagaan. Kesemua soalan
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 5 soalan mengenai pengetahuan asas
zakat dan 10 soalan lagi berkisar tentang pengetahuan asas zakat perniagaan.
Kaedah kedua yang dijalankan adalah temubual. Seorang peniaga yang
membayar zakat perniagaan ditemubual untuk menganalisis secara kualitatif.

Kaedah Analisis Data: Kajian ini menggunakan analisis secara diskriptif yakni
menggunakan frekuensi dan peratusan bagi setiap soalan yang mempunyai
jawapan aneka pilihan. Menerusi analisis ini, nilai peratusan jawapan yang
betul dari soalan yang dijawab oleh responden digunakan untuk melihat tahap
kesedaran responden. Tahap kesedaran responden akan dinilai berpandukan
gred berdasarkan peratus skor jawapan responden seperti dalam Jadual 2.
266/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 2: Nilai gred untuk peratusan jawapan betul


Peratus % Nilai Gred
> 75 Baik
≥ 50 hingga ≤75 Sederhana
< 50 Rendah
Sumber: Suliman Salih et al. (2014)

Pengiraan bagi peratusan bilangan responden yang menjawab dengan betul


adalah seperti berikut:

X = N/T x 100 (1)


Dimana:
X = Peratusan Bil. Responden yang menjawab dengan betul
N = Bilangan Responden yang menjawab dengan betul
T = Jumlah Bilangan Responden

Hasil Kajian

Berdasarkan Jadual 3, jumlah responden bagi kajian ini adalah seramai 50


orang yang terdiri daripada peniaga kecil di sekitar Bandar Tun Razak, WP
Kuala Lumpur. Majoriti responden terdiri daripada lelaki seramai 32 orang
(64%), manakala responden perempuan seramai 18 orang (36%). Daripada
aspek status pendidikan tertinggi, 31 orang (62%) daripada responden ialah
pemegang sijil SPM, 11 orang (22%) pemegang Diploma, 5 orang (10%)
pemegang Ijazah Sarjana, dan 3 orang (6%) lain-lain. Majoriti iaitu seramai 31
orang (62%) daripada responden menjalankan perniagaan jenis Makanan, 9
orang (18%) menjalankan perniagaan jenis Perkhidmatan, 3 orang (6%)
menjalankan perniagaan jenis Peruncitan, 2 orang (4%) menjalankan
perniagaan jenis Peralatan dan lain-lain, dan hanya 1 orang (2%) menjalankan
perniagaan jenis Telekomunikasi, Jahitan, dan Pemasaran. Responden paling
ramai iaitu 20 orang (40%) telah menjalankan perniagaan untuk tempoh 1
hingga 5 tahun, 10 orang (20%) berniaga untuk tempoh 11 hingga 15 tahun, 8
orang (16%) berniaga untuk tempoh 6 hingga 10 tahun, dan 6 orang (12%)
untuk tempoh 16 hingga 20 tahun serta 26 tahun ke atas. Daripada aspek
keuntungan bersih setahun pula, sebanyak 21 orang (42%) responden yang
mendapat keuntungan lingkungan RM1,000 - RM,9999 setahun. Seramai 17
orang (34%) mendapat keuntungan lingkungan RM10,000 hingga RM49,999,
5 orang (10%) mendapat keuntungan lingkungan RM50,000 hingga
RM99,999, 4 orang (8%) mendapat keuntungan lingkungan RM250,000 ke
atas, dan 1 orang (2%) mendapat keuntungan lingkungan RM100,000 hingga
RM149,999, RM150,000 hingga RM199,999, dan RM200,000 hingga
RM249,999.
Kefahaman dan Kesedaran Membayar Zakat Perniagaan:
Kajian terhadap Peniaga Kecil di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur /267

Jadual 3: Latar Belakang Responden


Bil.
Latar Belakang Responden Peratus1 (%)
(N)
Jantina
Lelaki 32 64
Perempuan 18 36
Tahap pendidikan
< SPM 31 62
Diploma 11 22
Ijazah Sarjana Muda 5 10
Lain-lain 3 6
Jenis perniagaan
Makanan 31 62
Peruncitan 3 6
Telekomunikasi 1 2
Jahitan 1 2
Peralatan 2 4
Perkhidmatan 9 18
Pemasaran 1 2
Lain-lain 2 4
Tempoh perniagaan
1 - 5 Tahun 20 40
6 - 10 Tahun 8 16
11 - 15 Tahun 10 20
16 - 20 Tahun 6 12
21 - 25 Tahun 0 0
26 Tahun ke atas 6 12
Keuntungan bersih setahun
RM1,000 - RM,9999 21 42
RM10,000 - RM49,999 17 34
RM50,000 - RM99,999 5 10
RM100,000 - RM149,999 1 2
RM150,000 - RM199,999 1 2
RM200,000 - RM249,999 1 2
RM250,000 ke atas 4 8
Sumber : Berdasarkan maklumat soal selidik
Nota: 1 Peratusan bil responden

Jadual 4 pula menunjukkan status pembayaran zakat perniagaan


responden. Kajian mendapati 56 peratus responden membayar zakat dan 44
peratus responden tidak membayar zakat perniagaan. Walaupun peratusan
responden yang membayar zakat lebih tinggi daripada yang tidak membayar
zakat, masih terdapat ramai peniaga kecil yang tidak membayar zakat
perniagaan.
268/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 4: Status pembayaran zakat


Status Pembayaran Zakat Bil. Responden (N) Peratus1 (%)
Responden membayar zakat perniagaan 28 56
Responden tidak membayar zakat
22 44
perniagaan
Nota: 1 Peratusan bil responden
Sumber : Berdasarkan maklumat soal selidik

Tahap Kefahaman dan Kesedaran Membayar Zakat Perniagaan

Tahap kesedaran pembayaran zakat perniagaan akan dinilai melalui skor


peratusan menjawab responden dari soalan kaji selidik. Skor peratusan
menjawab responden dinilai dan digredkan berpandukan Jadual 2 untuk
mengetahui tahap kesedaran membayar zakat perniagaan responden. Terdapat
5 soalan utama di dalam set soalan soal selidik untuk mengkaji sejauh manakah
tahap pengetahuan asas zakat di kalangan responden dan sebanyak 10 soalan
disediakan untuk mengetahui tahap pengetahuan asas zakat perniagaan.
Soalan-soalan ini mempunyai jawapan aneka pilihan.

Jadual 5: Skor soalan pengetahuan asas zakat


Bil Responden Peratus1 Tahap
Senarai Soalan
(N) (%) Pengetahuan2
1. Apakah maksud zakat? 39 78 Baik
2. Zakat merupakan rukun Islam Sederhana
26 52
ke?
3. Terdapat berapakah jenis zakat? 8 16 Rendah
4. Berapakah golongan yang layak Rendah
17 34
menerima zakat?
5. Yang manakah di antara berikut Sederhana
30 60
bukan jenis zakat harta?
Purata Markah: 48 Rendah
Nota: 1 Peratusan bil responden yang menjawab dengan betul
2
Gred peratusan tahap pengetahuan; > 75: Baik; ≥ 50 hingga ≤75: Sederhana; < 50:
Rendah
Sumber : Berdasarkan maklumat soal selidik

Soalan berkaitan pengetahuan asas zakat adalah seperti yang


ditunjukkan di dalam Jadual 5. Sebanyak 3 soalan di dalam tahap pengetahuan
asas zakat memberikan peratusan skor jawapan yang betul mengikut nilai 50
peratus hingga 75 peratus iaitu soalan 1, soalan 2, dan soalan 4. Manakala
hanya 1 soalan sahaja yang memberikan peratusan skor menjawab paling
tinggi melebihi 75 peratus iaitu dari soalan 1 yang berkaitan dengan maksud
zakat. Walaubagaimana pun hasil dari kajian statistik setiap soalan
terutamanya pada soalan 3 menunjukkan tahap pengetahuan asas yang rendah
di mana peratusan menjawab dengan betul hanya 16 peratus. Soalan 3 adalah
mengenai jenis-jenis zakat di mana kajian menunjukkan hanya 8 orang dari
jumlah responden mengetahui jenis-jenis zakat yang ada.
Kefahaman dan Kesedaran Membayar Zakat Perniagaan:
Kajian terhadap Peniaga Kecil di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur /269

Jadual 6: Skor soalan pengetahuan asas zakat perniagaan


Bil
Peratus1 Tahap
Senarai Soalan Responden
(%) Pengetahuan2
(N)
1. Apakah yang dimaksudkan
19 38 Rendah
dengan zakat perniagaan?
2. Zakat perniagaan wajib
dikeluarkan apabila memenuhi
47 94 Tinggi
syarat-syarat yang ditetapkan.
Betul atau salah?
3. Zakat perniagaan merupakan
42 84 Tinggi
sebahagian daripada zakat?
4. Apakah syarat wajib zakat
26 52 Sederhana
perniagaan?
5. Adakah zakat dikenakan ke atas
perniagaan yang berkongsi 29 58 Sederhana
dengan peniaga bukan Islam?
6. Jika perniagaan yang dijalankan
rugi tetapi modal masih berada
di paras nisab, adakah zakat 10 20 Rendah
dikenakan ke atas perniagaan
tersebut?
7. Berapakah kadar bayaran zakat
22 44 Rendah
perniagaan?
8. Adakah perniagaan yang
menjalankan aktiviti yang 42 84 Tinggi
haram dikenakan zakat?
9. Jika menjalankan perniagaan
ternakan, peniaga perlu 24 48 Rendah
membayar zakat?
10. Yang manakah di antara berikut
bukan kaedah pengiraan zakat 13 26 Rendah
perniagaan?
Purata Markah: 54.8 Sederhana
Nota: 1 Peratusan bil responden yang menjawab dengan betul
2
Gred peratusan tahap pengetahuan; > 75: Baik; ≥ 50 hingga ≤75: Sederhana; < 50: Rendah
Sumber : Berdasarkan maklumat soal selidik

Hal ini menunjukkan masih ada responden yang tidak mengetahui


jenis-jenis zakat. Perkara ini dapat mempengaruhi hasil kutipan zakat kerana
kurang pengetahuan mengenai jenis harta yang dikenakan zakat. Selain itu,
bilangan responden yang menjawab soalan 4 dengan betul turut berada di tahap
yang rendah. Soalan ini adalah mengenai golongan yang layak menerima
zakat. Masih terdapat responden yang menganggap golongan ibu tunggal
termasuk dalam golangan asnaf yang layak menerima zakat. Dapatan ini
menyokong kajian Rosbi (2013) dimana untuk mengelakkan kekeliruan
tentang golongan yang berhak menerima zakat, pihak berwajib perlu terus
memberikan maklumat yang lengkap agar masalah ini dapat di atasi. Analisis
270/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

statistik menunjukkan skor peratusan responden yang menjawab dengan betul


untuk semua soalan adalah sebanyak 48 peratus. Perkara ini menunjukkan
tahap pengetahuan asas zakat responden adalah rendah.

Jadual 7: Purata skor jawapan bagi semua soalan


Purata Jawapan Responden
Set Soalan Skor Jawapan Betul
Skor1 Tahap Kesedaran2
(1) Soalan pengetahuan asas
48 Rendah
zakat
(2) Skor soalan pengetahuan asas zakat
54.8 Sederhana
perniagaan
Purata 52.53 Sederhana
Nota: 1 Peratusan bil responden yang menjawab dengan betul
2
Gred peratusan tahap kesedaran; > 75: Baik; ≥ 50 hingga ≤75: Sederhana; < 50: Rendah
Sumber : Berdasarkan maklumat soal selidik

Merujuk kepada Jadual 6 sebanyak 3 soalan mendapat peratusan


menjawab dengan betul lebih tinggi melebihi 75 peratus iaitu soalan 7, 8 dan
soalan 13. Soalan yang mendapat skor paling rendah adalah dari soalan 11 iaitu
sebanyak 20 peratus. Soalan 7 adalah mengenai kewajipan mengeluarkan zakat
perniagaan apabila memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Daripada
keputusan statistik ini menunjukkan responden mengetahui tentang kewajipan
mengeluarkan zakat perniagaan. Namun begitu, jika dibandingkan dengan
status pembayaran zakat perniagaan, masih ramai responden yang tidak
membayar zakat. Jika dilihat pada soalan 11 mengenai pembayaran zakat
perniagaan ke atas perniagaan yang rugi tetapi mempunyai modal yang masih
berada di paras nisab dan soalan 15 mengenai kaedah pengiraan yang
digunakan untuk membayar zakat perniagaan peratusan kedua-kedua soalan ini
agak rendah. Perkara ini dapat mempengaruhi kepatuhan responden dalam
menunaikan tanggungjawab mengeluarkan zakat perniagaan.
Secara keseluruhannya tahap pengetahuan asas zakat perniagaan
dalam kalangan responden di sekitar Bandar Tun Razak, WP Kuala Lumpur
adalah sederhana di mana secara statistiknya jumlah keseluruhan peratusan
menjawab dengan betul adalah sebanyak 54.8 peratus. Jadual 6 menunjukkan
purata keseluruhan jawapan berdasarkan soalan 1 hingga 15. Set soalan kaji
selidik mengandungi soalan pengetahuan asas zakat (soalan 1 - 5) dan soalan
pengetahuan asas zakat perniagaan (soalan 6 - 15). Purata keseluruhan peratus
skor jawapan betul untuk semua soalan adalah sebanyak 52.53 peratus. Ini
menunujukkan bahawa tahap keseluruhan kesedaran membayar zakat
perniagaan di kalangan peniaga kecil Muslim Bandar Tun Razak, WP Kuala
Lumpur berada di tahap sederhana.
Kefahaman dan Kesedaran Membayar Zakat Perniagaan:
Kajian terhadap Peniaga Kecil di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur /271

Jadual 8: Perbandingan skor soalan pengetahuan asas


Bayar zakat Tidak bayar zakat
Tahap Bil
Bil Responden Peratus1 Peratus1 Tahap
Senarai Soalan Pengetahuan2 Responden
(N) (%) (%) Pengetahuan2
(N)
1. Apakah maksud zakat? 20 71.4 Sederhana 19 86.36 Baik
2. Zakat merupakan
14 50 Sederhana 12 54.55 Sederhana
rukun Islam ke?
3. Terdapat berapakah
5 17.9 Rendah 3 13.64 Rendah
jenis zakat?
4. Berapakah golongan
yang layak menerima 8 28.6 Rendah 9 40.91 Rendah
zakat?
5. Yang manakah di
antara berikut bukan 15 53.57 Sederhana 15 68.18 Sederhana
jenis zakat harta?
Purata Markah: 44.29 Rendah 52.73 Sederhana
Nota: 1 Peratusan bil responden yang menjawab dengan betul
2
Gred peratusan tahap pengetahuan; > 75: Baik; ≥ 50 hingga ≤75: Sederhana; < 50: Rendah
Sumber : Berdasarkan maklumat soal selidik
272/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 9: Perbandingan skor soalan pengetahuan asas zakat perniagaan


Bayar zakat Tidak Bayar zakat
1
Bil Responden Peratus Tahap Bil Responden Peratus1 Tahap
Senarai Soalan
(N) (%) Pengetahuan2 (N) (%) Pengetahuan2
1. Apakah yang dimaksudkan dengan zakat
12 42.86 Rendah 7 31.82 Rendah
perniagaan?
2. Zakat perniagaan wajib dikeluarkan
apabila memenuhi syarat-syarat yang 27 96.43 Baik 20 90.91 Baik
ditetapkan. Betul atau salah?
3. Zakat perniagaan merupakan sebahagian
22 78.57 Baik 20 90.91 Baik
daripada zakat?
4. Apakah syarat wajib zakat perniagaan? 17 60.71 Sederhana 9 40.91 Rendah
5. Adakah zakat dikenakan ke atas
perniagaan yang berkongsi dengan 17 60.71 Sederhana 12 54.55 Sederhana
peniaga bukan Islam?
6. Jika perniagaan yang dijalankan rugi
tetapi modal masih berada di paras nisab,
8 28.57 Rendah 2 9.09 Rendah
adakah zakat dikenakan ke atas
perniagaan tersebut?
7. Berapakah kadar bayaran zakat
15 53.57 Sederhana 7 31.82 Rendah
perniagaan?
8. Adakah perniagaan yang menjalankan
23 82.14 Baik 19 86.36 Baik
aktiviti yang haram dikenakan zakat?
9. Jika menjalankan perniagaan ternakan,
14 50 Sederhana 10 45.45 Rendah
peniaga perlu membayar zakat?
10. Yang manakah di antara berikut bukan
10 35.71 Rendah 3 13.64 Rendah
kaedah pengiraan zakat perniagaan?
Purata Markah: 58.93 Sederhana 49.55 Rendah
2
Nota: 1 Peratusan bil responden yang menjawab dengan betul Gred peratusan tahap pengetahuan; > 75: Baik; ≥ 50 hingga ≤75: Sederhana; < 50: Rendah
Kefahaman dan Kesedaran Membayar Zakat Perniagaan:
Kajian terhadap Peniaga Kecil di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur /273

Perbandingan Tahap Pengetahuan Zakat Perniagaan di antara Peniaga


Kecil yang Membayar Zakat Dengan Tidak Membayar Zakat

Merujuk kepada Jadual 8, responden yang tidak membayar zakat mendapat


skor peratusan yang baik iaitu 86.36 peratus untuk soalan 1 mengenai maksud
zakat berbanding responden yang membayar zakat iaitu 71.4 peratus. Kedua-
dua golongan responden yang membayar zakat dan tidak membayar zakat
memberikan peratusan skor jawapan yang betul mengikut nilai 50 peratus - 75
peratus pada soalan 2 dan soalan 5. Manakala 2 soalan lagi memberikan
peratusan skor menjawab kurang daripada 50 peratus iaitu soalan 3 dan 4.
Perkara ini menunjukkan, kedua-dua golongan responden yang membayar
zakat dan tidak membayar zakat, mempunyai tahap pengetahuan asas yang
rendah di mana peratusan menjawab dengan betul kurang daripada 50 peratus.
Soalan 3 adalah mengenai jenis-jenis zakat dan soalan 4 adalah mengenai
golongan yang layak menerima zakat. Hasil kajian ini menunjukkan kurangnya
pengetahuan mengenai jenis–jenis zakat merupakan salah satu sebab responden
tidak membayar zakat perniagaan. Malah, apabila responden tidak mengetahui
golongan yang layak menerima zakat menyebabkan berlaku kesilapan dalam
pengagihan zakat terutama bagi responden yang membayar zakat secara terus
kepada asnaf (Jadual 11).
Analisis statistik menunjukkan skor peratusan responden yang
membayar zakat yang menjawab dengan betul untuk semua soalan adalah
sebanyak 44.29 peratus. Perkara ini menunjukkan tahap pengetahuan asas
zakat responden yang membayar zakat adalah rendah. Manakala bagi
responden yang tidak membayar zakat, skor peratusan yang diperoleh adalah
52.73 peratus dimana, tahap pengetahuan responden yang tidak membayar
zakat berada di tahap sederhana. Perbandingan ini menyokong kajian-kajian
lepas yang mendedahkan bahawa kesedaran umat Islam di Malaysia masih
berada di tahap yang rendah.
Merujuk kepada Jadual 9, sebanyak 3 soalan mendapat peratusan
menjawab dengan betul lebih tinggi melebihi 75 peratus oleh kedua-dua
golongan responden yang membayar zakat dengan tidak membayar zakat iaitu
soalan 7, 8 dan soalan 13. Begitu juga bagi soalan 10 iaitu mengenai kewajipan
mengeluarkan zakat jika berkongsi dengan peniaga bukan Islam, peratusan
skor responden yang membayar berada di tahap sederhana. Soalan yang
mendapat skor paling rendah adalah dari soalan 6, 11, dan 15 iaitu kurang
daripada 50 peratus. Skor peratusan responden yang membayar zakat bagi
soalan 9, 12, dan 14 berada di tahap sederhana berbanding responden yang
tidak membayar zakat dimana, skor peratusan berada di tahap yang rendah.
Secara keseluruhannya tahap pengetahuan asas zakat perniagaan
dalam kalangan responden yang membayar zakat di sekitar Bandar Tun Razak,
WP Kuala Lumpur adalah sederhana di mana secara statistiknya jumlah
keseluruhan peratusan menjawab dengan betul adalah sebanyak 58.93 peratus.
Manakala bagi responden yang tidak membayar zakat adalah rendah iaitu,
49.55 peratus.
Kefahaman dan Kesedaran Membayar Zakat Perniagaan:
Kajian terhadap Peniaga Kecil di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur /274

Jadual 10: Purata skor jawapan bagi semua soalan


Bayar zakat Tidak bayar zakat
Set Soalan Skor Jawapan Betul Skor Jawapan Betul
Skor1 Tahap Kesedaran2 Skor1 Tahap Kesedaran2
(1) Skor soalan pengetahuan asas
44.29 Rendah 52.73 Sederhana
zakat
(2) Skor soalan pengetahuan asas zakat
58.93 Sederhana 49.55 Rendah
perniagaan
Purata 54.05 Sederhana 50.61 Sederhana
Nota: 1 Peratusan bil responden yang menjawab dengan betul
2
Gred peratusan tahap kesedaran; > 75: Baik; ≥ 50 hingga ≤75: Sederhana; < 50: Rendah
Sumber : Berdasarkan maklumat soal selidik
Kefahaman dan Kesedaran Membayar Zakat Perniagaan:
Kajian terhadap Peniaga Kecil di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur /275

Jadual 10 menunjukkan purata keseluruhan jawapan berdasarkan soalan 1


hingga 15 di antara responden yang membayar zakat dengan tidak membayar
zakat. Purata keseluruhan peratus skor jawapan betul untuk semua soalan bagi
responden yang membayar zakat adalah sebanyak 54.05 peratus dan bagi
responden yang tidak membayar zakat adalah 50.61. Ini menunujukkan bahawa
tahap keseluruhan kesedaran membayar zakat perniagaan di kalangan peniaga
kecil yang membayar zakat dengan tidak membayar zakat di Bandar Tun
Razak, WP Kuala Lumpur berada di tahap sederhana.

Jadual 11: Maklumbalas responden bagi persepsi terhadap zakat


Informan Maklum balas
Informan 1 …mmm… biasa akak keluar zakat dekat family jer, family lagi
penting kan. Kita tengok dia susah tak kan tak tolong, kira akak
niat zakat sekali… ibu tunggal dengan anak yatim pun layak
terima zakat kan…
Informan 2 ….makcik tak tahu pun kena bayar zakat bila meniaga ni, biasa
makcik bayar bila bulan puasa…mmm… apa tu, haa… zakat
fitrah.
Informan 3 Pakcik meniaga rugi je dik… boleh tunjuk akaun tak ada untung
pun, barang pun mahal sekarng… tak balik modal…
Informan 4 Makcik lama dah ada niat nak bayar zakat, tapi tak pergi-pergi
lagi… bila adik terang pasal zakat perniagaan ni baru makcik
tahu wajib bayar.mmm… biasa orang bayar dekat mana?
Masjid ke? Dekat area sini kat mana boleh pergi bayar?
Sumber: Maklumat Soal selidik 2018

Menganalisis Secara Kualitatif Terhadap Peniaga Terpilih Yang Membayar


Zakat Perniagaan

Berdasarkan temubual bersama seorang peniaga yang membayar zakat


perniagaan (Jadual 12), dapat dilihat bahawa terdapat beberapa faktor lain yang
mendorong kepada peniaga tersebut untuk membayar zakat perniagaan.
Pertama ialah sikap responden untuk mencari maklumat mengenai zakat
perniagaan. Responden cuba untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut
mengenai zakat perniagaan dengan merujuk kepada pihak lain. Hal ini
menyokong kajian Ram, Kamil dan Zainol (2009) bahawa sikap memainkan
peranan terhadap kepatuhan pembayaran zakat perniagaan. Antara faktor lain
yang dapat dikenalpasti adalah faktor keimanan di mana responden turut
mendapat ilmu melalui caramah agama di masjid. Ini menjelaskan semakin
tinggi ilmu agama semakin tinggi kepatuhan membayar zakat. Selain itu,
responden menguruskan perniagaannya dengan sistematik dimana, responden
merekod semua urusan perniagaannya. Perkara ini memudahkan peniaga untuk
mengira zakat perniagaan mengikut kaedah yang digunakan oleh pihak zakat.
Disamping itu, responden turut setuju jika tindakan undang-undang mengenai
pembayaran zakat dipertingkatkan bagi menyedarkan individu akan kewajipan
mengeluarkan zakat. Hasil daripada analisis ini dapat dilihat bahawa, terdapat
276/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

banyak faktor lain yang mempengaruhi individu untuk membayar zakat selain
daripada faktor pengetahuan.

Perbincangan Dan Implikasi Dasar

Berdasarkan hasil analisis Jadual 4, dapat dilihat bahawa walaupun bilangan


responden yang membayar zakat lebih tinggi daripada yang tidak membayar
zakat, peratus bilangan ini menunjukkan hamper separuh peniaga yang tidak
menjalankan tanggungjawab tersebut iaitu sebanyak 44 peratus. Rata-rata
responden masih tidak mempunyai pengetahuan yang jelas tentang Zakat
Perniagaan mahupun kewajipannya. Ini kerana berdasarkan Jadual 7, tahap
kesedaran peniaga adalah sederhana mengikut peratusan jawapan betul yang
dijawab oleh peniaga. jika dibandingkan dari sudut peniaga yang membayar
zakat dengan peniaga yang tidak membayar zakat, tahap kesedaran kedua-dua
golongan adalah sederhana dimana golongan yang membayar zakat adalah
54.05 peratus manakala bagi yang tidak membayar zakat adalah 50 peratus.
Hasil kajian ini menunjukkan terdapat golongan yang tetap menjalankan
kewajipan mengeluarkan zakat perniagaan walaupun kurang pengetahuan
mengenai zakat perniagaan. Hal ini kerana terdapat faktor lain yang
mempengaruhi peniaga untuk menunaikan kewajipan tersebut.

Jadual 12: Maklumbalas Responden terpilih yang membayar zakat perniagaan


Informan Maklum balas
Informan 5 Saya dengar dari kawan saya, lepastu saya ada lah tanya-tanya
dekat orang masjid. Kadang-kadang ada ceramah agama dekat
masjid cerita pasal zakat… jadi dari situ dapatlah ilmu sikit pasal
ni…
Ya, saya ada buat akaun, tapi… macam rekod duit keluar masuk,
modal, untung rugi…mmm… benda yang basic-basic. Kalau tak
rekod macam mana nak tahu untung, rugi semua. Mmm… bila kita
rekod baru nampak kat mana duit tu, berapa modal guna, nak upah
tukang masak lagi… waiter…
Biasa saya akan bayar dekat kaunter sebab saya takut tersilap kira…
bila bayar di kaunter, pekerja situ akan tunjuk cara… saya cuma
sediakan maklumat yang dia nak je.
Bagi saya kalau dah memang layak bayar zakat tu… kenalah bayar
kan. Lain lah memang tak dapat bayar. Jadi, memang patutlah kalau
kena denda pun… Cuma, yelah kena ada cara nak kenalpasti orang
tu bayar ke tidak zakat sebab kadang kita nampak jual air je tepi
jalan tapi untung banyak tu…
Sumber: Maklumat Soal selidik 2018

Antaranya akibat kegawatan ekonomi semasa. Kemelesetan ekonomi


negara yang berlaku sedikit sebanyak memberi kesan dan impak kepada
perlaksanaan kutipan zakat. Selain itu, menurut Ram, Kamil dan Zainol (2009)
sikap, moral, undang-undang dan penguatkuasaan zakat tutut memainkan
peranan yang penting terhadap kepatuhan pembayaran zakat perniagaan. Selain
itu, persepsi masyarakat terhadap pengurusan zakat juga merupakan antara
Kefahaman dan Kesedaran Membayar Zakat Perniagaan:
Kajian terhadap Peniaga Kecil di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur /277

faktor peniaga tidak membayar zakat kepada pusat zakat. Mereka lebih gemar
untuk menyalurkan zakat secara terus kepada golongan asnaf yang difikirkan
layak.
Kajian ini juga menimbulkan beberapa implikasi penting dalam
meningkatkan kesedaran peniaga untuk membayar zakat perniagaan antaranya
ialah tahap pengetahuan kerana pengetahuan tentang zakat perniagaan adalah
penting kerana ia merupakan cerminan seseorang dalam mentaati kefarduan
membayar zakat perniagaan. Jika seseorang mempunyai pengetahuan yang
tinggi kebarangkalian untuk membayar zakat adalah tinggi. Selain itu, pihak
institusi zakat juga memaikan peranan yang penting. Informasi yang dilakukan
oleh pihak zakat perlu dipertingkatkan lagi kerana masih terdapat segelintir
peniaga yang tidak mengetahui tentang zakat perniagaan. Perkara ini
menyokong Mohamad Noor Sahidi (2013), yang mengatakan setiap institusi
zakat perlu memantapkan pengurusan dan pentadbiran zakat dengan secara
moden mengikut perkembangan ICT.
Disamping itu, undang-undang mengenai pembayaran zakat juga
perlu dipertingkatkan kerana menurut Kamil (2006), undang-undang
memainkan peranan dalam mempengaruhi gelagat kepatuhan seseorang untuk
membayar zakat. Undang-undang sedia ada masih jauh ketinggalan jika
dibandingkan dengan sistem percukaian. Pembaharuan dalam undang-undang
dapat membantu meningkatkan kutipan zakat. Tujuan utama kajian ini
dijalankan adalah bagi mengenalpasti tahap kefahaman dan kesedaran
membayar zakat perniagaan di kalangan peniaga kecil. Cadangan ini diharap
dapat meningkatkan lagi kutipan zakat seterusnya dapat melaksanakan agihan
zakat dengan lebih baik.

Kesimpulan

Kajian yang bertujuan untuk mengukur tahap kesedaran membayar zakat


perniagaan di kalangan peniaga kecil ini dijalankan bagi meningkatkan
kesedaran peniaga untuk membayar zakat seterusnya dapat meningkatkan hasil
kutipan zakat. Hasil dari kajian ini menunjukkan tahap kesedaran membayar
zakat perniagaan di kalangan peniaga kecil Muslim Bandar Tun Razak, WP
Kuala Lumpur berada di tahap sederhana. Namun begitu kajian ini memiliki
limitasi yang perlu di ambil kira di mana kajian ini menggunakan saiz sampel
yang kecil menyebabkan hasil kajian yang diperoleh kurang tepat. Sampel
kajian juga hanya terhad kepada golongan peniaga kecil Muslim di sekitar
Bandar Tun Razak, WP Kuala Lumpur sahaja dan tidak mewakili keseluruh
peniaga Muslim. Selain itu, soalan soal selidik yang digunakan adalah dibina
sendiri dan tidak dapat diuji terlebih dahulu kerana kekangan masa. Ini
menyebabkan hasil kajian yang diperolehi kurang boleh dipercayai. Walau
bagaimanapun, hasil kajian ini boleh dimanfaatkan oleh pelbagai pihak dalam
usaha meningkatkan kutipan zakat pada masa akan datang. Untuk
meningkatkan jumlah kepatuhan peniaga dalam membayar zakat perniagaan,
278/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

pejabat zakat perlu menggiatkan lagi usaha agar dapat membantu golongan
yang memerlukan serta meningkatkan ekonomi negara.

Rujukan
Adibah Abdul Wahab & Joni Tamkin Borhan. 2014. Faktor Penentu Pembayaran Zakat
Oleh Entiti Perniagaan Di Malaysia: Satu Tinjauan Teori. Jurnal Syariah,
Jil. 22, Bil. 3 295-322.
Adibah Abdul Wahab & Joni Tamkin Borhan. 2015. Kepatuhan Zakat Oleh Syarikat
Tersenarai Awam Di Malaysia. JMFIR Vol. 12/No.2.
Adibah Abdul Wahab & Joni Tamkin Borhan. 2016. Potensi Kutipan Zakat Perniagaan
Syarikat Tersenarai Awam Di Malaysia. Jurnal Syariah, Jil. 2. Bil. 2. 207-236.
Faezy Adenan, Siti Amirah Abd Rahghni, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad. 2017.
Cadangan Mewujudkan Logo Pengiktirafan Zakat Perniagaan: Kajian Terhadap
Usahawan Muslim Di Selangor. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa,
Vol. 10.
Hairunnizam Wahid, Abdul Halim Abu Bakar, & Sanep Ahmad. 2016. Hubungan
Antara Imej Korporat Usahawan Muslim Dan Pembayaran Zakat Perniagaan Di
Daerah Sepang, Selangor. Jurnal Syariah, Jil. 24. Bil 1 1- 24.
Hasan Bahrom. Membayar Zakat: Kesedaran Ummah?. 2005. Dlm. Nabihah Binti
Ismail @ Ghazali, Hamdi Bin Ishak & Tengku Intan Zarina Binti Tengku Puji.
Halangan Ekonomi Dalam Menunaikan Tuntutan Zakat Di Kalangan Oku
Penglihatan. Jurnal ‘Ulwan, Jilid 1. 2017: 63-83.
Kamil Md. Idris. Kesan Persepsi. 2016. Undang-Undang Dan Penguatkuasaan Zakat
Terhadap Gelagat Kepatuhan Zakat Pendapatan Gaji. Journal of Ethis, Legal
and Governance, 2. Pp. 32-41.
Mohamad Noor Sahidi bin Johari. 2013. Penentuan Zakat Perniagaan Di Kalangan
Usahawan Di Malaysia. Jurnal Pengurusan JAWHAR, Vol. 7. No. 2. pp 17-38
Mohamad Zaki Razaly, Mohd Zainodin Mustaffa, Munirah Binti Zakaria, Mahasin
Binti Saja @ Mearaj & Siti Aishah Binti Sokhibul Fadil. (2014). Isu Dan
Cabaran Zakat Perniagaan: Kajian Di Negeri Johor. Proceeding of the
International Conference on Masjid, Zakat and Waqf (IMAF 2014) e-ISBN 978-
967-13087-1-4.
Muhamad Uzair Bin Gamal Abdul Nasir. (2015). Pembayaran Zakat Perniagaan Oleh
Syarikat-syarikat Tekstil Di Negeri Perak. Jabatan Fiqh Dan Usul Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Muhammad Ikhlas Rosele, Luqman Hj. Abdullah & Mohd Farhan Md. Ariffin. 2015.
Zakat atas Syarikat di Malaysia: Analisis Potensi. Jurnal Intelek, Vol 10(1): 25-
32.
Muhsin Nor Paizin & Suhaili Sarif. 2016. Kemudahan Pembayaran Zakat: Tinjauan di
Wilayah Persekutuan dan Selangor. Labuan e-Journal of Muamalat and Society,
Vol. 10. pp. 66-76.
Nik Norazmalinda Binti Abd Aziz. (2011). Pembayaran Zakat Dalam Kalangan
Pengusaha-Pengusaha Batik Di Kota Bharu, Kelantan. Jabatan Fiqh Dan Usul
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur
PPZ-MAIWP. (2016) Laporan Zakat. WP Kuala Lumpur.
PPZ-MAIWP. (2017) Laporan Zakat. WP Kuala Lumpur.
Ram Al Jaffri Saad, Kamil Md Idris & Zainol Bidin (2009) Peranan Sikap, Moral,
Undang-Undang Dan Penguatkuasaan Zakat Terhadap Gelagat Kepatuhan
Kefahaman dan Kesedaran Membayar Zakat Perniagaan:
Kajian terhadap Peniaga Kecil di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur /279

Zakat Perniagaan. International Conference on Corporate Law (ICCL).


Surabaya, Indonesia.
Ram Al Jaffri Saad, Kamil Md. Idris & Zainol Bidin. 2009. Peraturan Pembayaran
Zakat Kepada Institusi Zakat: Sikap Peniaga Dan Kesannya Terhadap Gelagat
Pembayaran Zakat Perniagaan. Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 3. 607-630
Ram Al Jaffri Saad, Zainol Bidin, Kamil Md. Idris & Md Hairi Md Hussain. 2010.
Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Kepatuhan Zakat Perniagaan.
Jurnal Pengurusan, 30. 49-61.
Rosbi binti Abd. Rahman. 2013. Kefahaman Masyarakat Umum Tentang Golongan
Yang Berhak Menerima Wang Zakat: Siapa Yang Layak. Jurnal Pengurusan
JAWHAR, Vol. 7. No. 2. pp 57-64.
Zaharah Salwati Baba, Hashim Jusoh, Habsah Muda & Syed Mohd Azmi Syed Ab
Rahman. 2010. Tanggapan Usahawan Terhadap Zakat Perniagaan
Berbanding Cukai Pendapatan Perniagaan di Terengganu. Jurnal Islam dan
Masyarakat Kotemporari 11d.3. 97-113.
281/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Bab 15

Peranan Institusi Masjid dan Pondok dalam Memberikan


Kefahaman Tentang Fatwa Zakat Pendapatan: Satu Kajian
Terhadap Masyarakat di Mukim Kenering dan Gerik, Perak
Muhammad Mustaqim Mohd Tarmizi
Hairunnizam Wahid

Pengenalan

Zakat berasal dari perkataan arab yang bermaksud subur, bersih, dan suci.
Manakala, jika dilihat dari istilah syarak pula, zakat bermaksud pembahagian
tertentu yang difardhukan oleh Allah kepada golongan tertentu pada harta-harta
tertentu dengan syarat-syarat yang khusus (Muhammad Ismail, 1978). Ibadah
zakat dikategorikan kepada dua jenis iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Ayat
Quran yang menyatakan kewajipan membayar zakat adalah seperti berikut:

“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan


Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik”
(Al-Baqarah 2:267)

Zakat pendapatan pula bermaksud zakat yang dikenakan keatas


perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas. Zakat
Pendapatan telah diklasifikasikan sebagai harta yang diikhtilaf untuk dikenakan
zakat, namun zakat ini telah diwajibkan pada tahun 1997 oleh Majlis Fatwa
Kebangsaan dan jumlah kutipan zakat pendapatan di negeri yang
melaksanakannya adalah tinggi kira-kira 40 peratus hingga 60 peratus daripada
jumlah kutipan zakat keseluruhan (Hairunnizam, Mohd Ali, & Sanep, 2007).
Negeri Perak merupakan salah satu daripada negeri yang melaksanakan
kutipan zakat pendapatan.
Berdasarkan Jadual 1, dapatlah disimpulkan bahawa kutipan zakat
pendapatan dan nisbah kutipan zakat pendapatan daripada kutipan zakat
keseluruhan telah menunjukkan peningkatan pada setiap tahun dari tahun 2012
sehingga 2016. Namun begitu, persoalan yang timbul adalah mengapa
masyarakat muslim di Negeri Perak masih terus menerus membayar zakat
pendapatan sedangkan terdapat fatwa di Negeri Perak yang tidak mewajibkan
mereka untuk membayar zakat pendapatan dan hal ini berdasarkan kepada
Warta Kerajaan Negeri Perak iaitu:
282/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

“Bahawa gaji atau pendapatan termasuk dalam kategori yang


wajib zakat apabila cukup nisab dan haul kerana haul itu adalah
merupakan syarat yang diitifaqkan oleh Jumruhul Ulama dalam
mazhab yang empat. Syarat ini tidak berlaku pada gaji atau
pendapatan maka gaji atau pendapatan tidak wajib zakat “.
(Tarikh : 16 Februari 2004)

Jadual 1: Kutipan Zakat MAIPk Tahun 2012-2016


Tahun Jumlah Kutipan Perubahan Jumlah Perubahan Nisbah
Zakat Tahun Ke Kutipan Tahunan Kutipan
Keseluruhan Tahun Zakat (%) (Zakat
(RM Juta)1 (%) Pendapatan Pendapatan/
(RM Juta) Kutipan
Zakat
Keseluruhan)
(%)
2012 103.20 - 31.08 - 31
2013 109.82 6.03 38.57 19.41 35
2014 114.55 4.13 40.09 3.80 35
2015 132.22 13.36 55.53 27.90 42
2016 140.01 5.56 67.20 17.37 48
Nota : 1. Jumlah Kutipan Zakat Harta + Jumlah Kutipan Zakat Fitrah
Sumber : Laman Web MAIPk

Hal ini menjadi sesuatu yang sangat menarik untuk dikaji dimana
masyarakat muslim di Negeri Perak tetap membayar zakat pendapatan
walaupun telah difatwakan bahawa membayar zakat pendapatan itu tidak
wajib. Berdasarkan sorotan karya kepada beberapa kajian yang lepas, keadaan
ini berkemungkinan terjadi disebabkan adanya beberapa faktor lain selain
daripada faktor ketidakfahaman masyarakat iaitu faktor nilai keagamaaan
dalam diri individu seperti kekerapan hadir ke kelas pengajian agama di masjid
dan surau seperti kajian oleh (Mohd Azrin, 2016) yang mana didalam kelas
tersebut juga menceritakan fadilat dan kelebihan pengamalan sesuatu ibadat.
Hal ini bertepatan dengan peranan masjid ketika zaman Rasulullah SAW iaitu
menjadi tempat pembelajaran dan pengajian islam. Allah SWT berfirman
dalam Al-Quran:

“…Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah


orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian,
serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat, dan tidak takut
kepada siapapun selain kepada Allah, maka merekalah orang-
orang yang mendapat petunjuk”
(Al-Taubah, 18)

Selain itu faktor kewujudan institusi pondok di sesebuah kawasan


seperti kajian oleh Nur Azuki, Norazlina, Rahimin & Rohani (2010) juga
memberi kesan kepada penyebaran ilmu agama seperti ilmu berkaitan amalan-
amalan sunat dan fadilat pengamalan sesuatu ibadah. Perkataan pondok berasal
Peranan Institusi Masjid dan Pondok dalam Memberikan Kefahaman Tentang Fatwa Zakat
Pendapatan: Satu Kajian Terhadap Masyarakat di Mukim Kenering dan Gerik, Perak /283

daripada perkataan arab funudun bererti rumah tumpangan atau tempat


penginapan para pengembara (Madmam, 2002). Sistem pendidikan pondok
merupakan sistem pendidikan formal terawal yang diperkenalkan di alam
melayu (Masyhurah, 2015).
Justeru, kajian ini telah membuka kepada suatu ruang kajian yang
selanjutnya iaitu mengkaji adakah kefahaman tentang fatwa zakat pendapatan
telah memberi kesan kepada masyarakat untuk tidak membayar zakat
pendapatan. Disamping itu, kajian ini turut mengkaji medium yang telah
digunakan oleh masyarakat dalam mendapatkan maklumat berkaitan fatwa
zakat pendapatan. Selain itu, kajian ini turut mengkaji keberkesanan institusi
masjid dalam memberikan kefahaman tentang fatwa zakat harta kepada
masyarakat.
Hipotesis kajian ini menjangkakan bahawa kefahaman fatwa zakat
pendapatan akan mendorong seseorang individu itu untuk tidak membayar
zakat pendapatan. Selain itu, dapatan menjangkakan bahawa institusi masjid
merupakan medium terbaik masyarakat untuk mendapatkan maklumat
berkaitan fatwa zakat pendapatan dan institusi masjid juga telah terbukti
keberkesanannya dalam memberikan kefahaman tentang fatwa zakat harta
kepada masyarakat.

Kajian Lepas

Terdapat banyak kajian yang telah dilakukan dimana mengupas sistem zakat
dari dimensi dan perspektif yang pelbagai dan kebanyakkanya bertumpu
kepada beberapa tema seperti contoh tema berkaitan kesedaran membayar
zakat pendapatan dalam kalangan individu Muslim (Hairunnizam et. al, 2007,
Mohd Ali & Nur Liana, 2017; dan Zaliha, 2014). Kesemua kajian ini mengkaji
daripada sudut reaksi dan sikap kakitangan pentadbir di Institut Pengajian
Tinggi (IPT) terhadap pembayaran zakat pendapatan. Kajian lain seperti
faktor-faktor mempengaruhi pembayaran zakat juga antara tema yang kerap
dikaji dan diantara kajian yang telah dijalankan adalah Adibah & Joni Tamkin
(2014), Eza & Rizal (2011), Adibah (2016) dan Norazlina (2005). Kesemua
kajian ini mengkaji faktor pembayaran zakat pendapatan dan zakat perniagaan
yang melibatkan individu dan identiti perniagaan di Malaysia.
Tema seperti keberkesanan pengurusan zakat dari aspek kutipan dan
agihan juga kerap dikaji dan diantara kajian yang telah dijalankan adalah
Hairunnizam, Radiah dan Sanep (2008), Azman, Ahmad Anis dan Mohd Yazis
(2014), Hairunnizam, Sanep dan Mohd Ali (2004) dan Noor Syafinas (2014).
Kesemua kajian ini mengkaji daripada sudut keberkesanan pengagihan zakat
pendapatan yang telah dikutip daripada masyarakat Muslim. Selain itu, tema
seperti penentuan had kifayah juga kerap dibincangkan seperti kajian yang
telah dijalankan adalah Nur Afifah, Aisyah dan Hairunnizam (2015), Azman,
Tengku Mansur dan Zulhilmi (2017) serta Hairunnizam dan Siti Norhidayah
(2017). Kesemua kajian ini mengkaji penentuan had kifayah berdasarkan
prinsip maqasid syariah. Namun begitu, masih terdapat kekurangan daripada
284/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

segi kajian yang melihat kepada tema yang berkaitan dengan kefahaman
tentang fatwa zakat dan kesannya kepada keputusan pembayaran zakat oleh
individu. Selain itu, keadaan ini juga terjadi melibatkan tema yang berkaitan
dengan peranan pondok dan institusi masjid dalam memberikan kefahaman
tentang fatwa zakat.
Terdapat beberapa kajian yang telah mengkaji hubungkait diantara
pewartaan fatwa dan peningkatan pembayaran zakat dalam kalangan
masyarakat seperti kajian oleh Hairunnizam dan Norlela (2014). Kajian ini
menggunakan penilaian secara deskriptif bagi data pembayaran zakat sebelum
dan selepas pewartaan zakat pendapatan melibatkan sebanyak 13 buah negeri
di Malaysia dan Wilayah Persekutuan. Hampir kesemua negeri menunjukkan
peningkatan daripada segi kutipan zakat selepas pewartaan zakat pendapatan
termasuk negeri yang tidak mewajibkan zakat pendapatan iaitu Perak.
Selain itu, terdapat juga kajian yang mengkaji hubungkait diantara
peranan institusi masjid dalam perkembangan ilmu agama seperti kajian oleh
Mohd Azrin (2016). Kajian ini menggunakan dua kaedah dalam mendapatkan
dapatan kajian iaitu secara kualitatif dan kuantitatif melibatkan seramai 400
orang responden dari Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah dan Surau Al-
Mawaddah, Shah Alam. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa sebanyak
87.45 peratus daripada responden berada pada tahap dimana ilmu pengetahuan
hadis mereka bertambah dari hari ke hari dan amalan seharian mereka menjadi
lebih baik.
Terdapat juga kajian yang mengkaji hubungkait antara institusi
pondok dan penyebaran ilmu agama seperti kajian oleh Rahimin Affandi et. al
(2010). Kajian ini menggunakan kaedah qualitatif dengan mengkaji kesan
daripada kewujudan institusi pondok dalam melahirkan sarjana melayu-Islam
yang mampu bertindak sebagai intelektual ummah dalam menyelesaikan
permasalahan masyarakat. Hasil kajian ini membuktikan akan peranan yang
besar telah berjaya dimainkan institusi pondok dalam menyebarkan ilmu
agama dan menyelesaikan kemusykilan hukum dalam kalangan masyarakat
Islam di Kelantan.
Walaupun wujud beberapa kajian yang menghubungkait diantara
komponen zakat dan fatwa, masjid dan fatwa, dan peranan institusi pondok
dalam penyebaran ilmu agama, namun, tidak ada lagi kajian yang mengkaji
kesemua komponen ini iaitu zakat, fatwa, pondok, dan institusi masjid dalam
satu kajian. Hal ini menunjukkan keunikan kajian yang akan dilakukan ini dari
segi melihat peranan yang telah dimainkan oleh institusi masjid dan pondok
dalam memberikan kefahaman tentang fatwa zakat pendapatan kepada
masyarakat.
Metodologi Kajian

Pensampelan Data: Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai


instrumen utama dalam menjalankan pensampelan data. Seramai 100 orang
responden telah dipilih untuk menjawab boring soal selidik ini. Para responden
terdiri daripada jemaah masjid dan pemimpin setempat dari lapan (8) buah
masjid dalam Mukim Kenering dan Mukim Gerik. Rasional disebalik
Peranan Institusi Masjid dan Pondok dalam Memberikan Kefahaman Tentang Fatwa Zakat
Pendapatan: Satu Kajian Terhadap Masyarakat di Mukim Kenering dan Gerik, Perak /285

pemilihan jemaah masjid sebagai responden adalah kajian ingin mengkaji


sejauh mana institusi masjid menerusi kuliah agama di masjid telah berperanan
dalam memberikan kefahaman tentang fatwa zakat harta dan orang yang paling
tepat untuk menjawab persoalan ini adalah golongan yang pergi ke masjid.
Manakala, pemilihan pemimpin setempat pula bertujuan untuk melihat sejauh
mana penglibatan aktif mereka dalam aktiviti kemasyarakatan telah
meningkatkan kefahaman mereka tentang fatwa zakat harta. Masjid-masjid
yang terlibat dalam kajian ini adalah Masjid Al-Hamediah, Kampung Kenayat,
Masjid Nurul Iman, Felda Lawin Utara, Masjid Jamek Gerik, Pekan Gerik,
Masjid Nur Al-Huda, Kampung Belum Baru, Masjid Al-Takwa, Kg Air Panas,
Masjid Islahiah, Felda Lawin Selatan, Masjid Al-Nur , Pekan Lawin dan
Masjid Nurussalam, Gerik.

Jadual 2: Sampel Responden Bagi Setiap Masjid Di Kawasan Kajian


Masjid Kekerapan Peratusan Responden
(%)
Masjid Al-Hamediah, Kampung 11 11
Kenayat
Masjid Nurul Iman, Felda Lawin 12 12
Utara
Masjid Jamek Gerik, Pekan Gerik 13 13
Masjid Nur Al-Huda, Kampung 12 12
Belum Baru
Masjid Al-Takwa, Kg Air Panas 12 12
Masjid Islahiah, Felda Lawin Selatan 13 13
Masjid Al-Nur, Pekan Lawin 13 13
Masjid Nurussalam, Gerik 14 14
Jumlah Keseluruhan 100 100
Sumber: kajian soalselidik 2018

Borang soal selidik ini telah dibahagikan kepada lima (5) bahagian iaitu
Bahagian A terdiri daripada 9 soalan dengan soalan berkisarkan latar belakang
dan demografi responden. Bahagian B pula terdiri daripada lima (5) soalan
dengan pemfokusan kepada maklumat pembayaran zakat responden seperti
jenis zakat harta yang dibayar dan faktor ketidakbayaran zakat. Manakala,
Bahagian C pula cuba menyingkap sejauh mana kefahaman responden tentang
fatwa berkaitan zakat harta. Bahagian D pula terdiri daripada tiga (3) soalan
dan mengkaji pandangan masyarakat tentang penyampaian fatwa zakat di
Malaysia. Manakala, Bahagian E yang merupakan bahagian terakhir terdiri
daripada tujuh (7) soalan. Bahagian ini cuba melihat pandangan responden
terhadap peranan yang telah dimainkan oleh institusi masjid dalam
memberikan pendidikan berkaitan fatwa zakat harta.
Dalam penggunaan skala, dua (2) bahagian iaitu Bahagian C &
Bahagian E menggunakan skala likert 5 mata dan 3 mata. Bagi Bahagian C,
skala likert 5 mata yang telah digunakan adalah 1 mewakili sangat tidak tepat,
2 mewakili tidak tepat, 3 mewakili sederhana, 4 mewakili tepat dan 5 mewakili
sangat tepat. Skala likert 3 mata yang telah digunakan pula mewakili 1
286/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

mewakili tidak pernah, 2 mewakili pernah dan 3 mewakili kerap. Bagi


Bahagian E pula skala likert 5 mata yang telah digunakan adalah 1 mewakili
sangat tidak berjaya, 2 mewakili tidak berjaya, 3 mewakili sederhana, 4
mewakili berjaya dan 5 mewakili sangat berjaya. Skala likert 3 mata yang telah
digunakan pula mewakili 1 mewakili sederhana, 2 mewakili bagus dan 3
mewakili terbaik.
Kajian ini juga menemubual seramai dua (2) orang pegawai daripada
Pejabat Baitulmal Daerah Gerik dan Jabatan Mufti Perak disamping turut
menemubual Mudir Pondok Tahfiz Al-Hidayah, Lawin. Temubual yang
melibatkan Pegawai Baitulmal Daerah Gerik, Encik Amirudin Osman telah
dilakukan pada 9 November 2017 bertempat di Pejabat Baitulmal Daerah
Gerik. Sesi temubual ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan pendapat
pihak baitulmal berkaitan aktiviti dan pendekatan pihak baitulmal dalam
menguruskan zakat harta di Daerah Gerik. Sesi temubual kedua pula telah
diadakan pada 23 November 2017 melibatkan Pegawai Fatwa di Jabatan Mufti
Negeri Perak, Encik Kamaruddin Hassan dan bertempat di Pejabat Jabatan
Mufti Negeri Perak. Sesi temubual ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat
dan senarai fatwa yang berkaitan dengan zakat harta di Negeri Perak.
Sesi temubual yang terakhir pula melibatkan Mudir Pondok Tahfiz
Al-Hidayah, Lawin, Encik Mohd Zahid Che Mohd Zin yang telah diadakan
pada 3 Februari 2018 bertempat di Pondok Tahfiz Al-Hidayah Lawin.
Temubual ini berkisarkan pendapat dan kaedah dakwah yang digunakan pihak
pondok dalam usaha menyebarkan ilmu tentang zakat harta kepada masyarakat
setempat.

Analisis Data: Statistik secara deskriptif telah digunakan untuk


mempersembahkan hasil daripada soal selidik yang telah dijawab oleh
responden. Analisis ini telah dilakukan berdasarkan tiga (3) objektif utama
kajian iaitu yang pertama adalah mengkaji adakah kefahaman tentang fatwa
zakat pendapatan telah memberi kesan kepada masyarakat untuk tidak
membayar zakat pendapatan. Selain itu, kajian ini turut mengkaji medium yang
telah digunakan oleh masyarakat dalam mendapatkan maklumat berkaitan
fatwa zakat pendapatan. Disamping itu, kajian ini turut mengkaji keberkesanan
institusi masjid dalam memberikan kefahaman tentang fatwa zakat harta
kepada masyarakat.

Hasil Kajian

Jadual 3 menunjukkan demografi responden. Data dianalisis menggunakan


analisis frekuensi dan deskriptif bagi menentukan kelompok-kelompok
responden terbesar dan kesannya terhadap keputusan dalam analisa seterusnya.
Daripada 100 responden yang terlibat dalam kajian ini, majoriti responden
mempunyai kelulusan SPM iaitu merangkumi 27 peratus daripada keseluruhan
responden. Kebanyakan responden juga adalah terdiri daripada bukan beraliran
agama (70%) dan aliran agama (30%).
Peranan Institusi Masjid dan Pondok dalam Memberikan Kefahaman Tentang Fatwa Zakat
Pendapatan: Satu Kajian Terhadap Masyarakat di Mukim Kenering dan Gerik, Perak /287

Jadual 3: Analisis Demografi Responden


Item Kekerapan Peratusan (%)
Jantina
Lelaki 59 59
Perempuan 41 41
Umur
18-30 tahun 45 45
30-50 tahun 42 42
50 dan keatas 13 13
Pendidikan Akademik Tertinggi
SRP/PMR 14 14
SPM 27 27
STPM/STAM 8 8
Sijil 7 7
Diploma 14 14
Sarjana Muda 36 36
Sarjana 4 4
Aliran
Agama 30 30
Bukan Agama 70 70
Sektor Pekerjaan
Kerajaan 23 23
Badan Berkanun 6 6
Swasta 24 24
Bekerja Sendiri 19 19
Pesara 2 2
Pelajar 23 23
Suri Rumah 3 3
Pendapatan Bulanan
RM 1,000 ke bawah 49 49
RM 1,001 hingga RM 3,860 41 41
RM 3,861 hingga RM 8,319 7 7
RM 8,120 dan ke atas 3 3
Berjawatan
Ya 41 41
Tidak 59 59
Sumber: Maklumat Soal Selidik 2018

Jadual 4 menunjukkan analisis pembayaran mengikut jenis zakat harta


yang melibatkan 100 orang responden. Zakat pendapatan menunjukkan
peratusan jenis zakat harta yang paling tinggi dibayar iaitu sebanyak 72
peratus, diikuti dengan Zakat Perniagaan sebanyak 18 peratus dan Zakat Galian
Dan Harta Karun dengan peratusan terendah iaitu sebanyak 5 peratus. Hal ini
dapat disimpulkan bahawa Zakat Pendapatan merupakan jenis zakat harta yang
paling tinggi dibayar iaitu sebanyak 72 peratus. Oleh itu, fatwa berkaitan Zakat
Pendapatan telah digunakan untuk mengkaji kefahaman tentang fatwa zakat
harta memberi kesan kepada masyarakat untuk membayar zakat harta.
288/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 4: Pembayaran Responden Mengikut Jenis Zakat Harta


Kekerapan Peratusan (%)
Jenis Zakat Harta
Zakat Pendapatan 72 72
Zakat Perniagaan 18 18
Zakat Wang Simpanan 18 18
Zakat KWSP 15 15
Zakat Emas & Perak 12 12
Zakat Tanaman Padi 8 8
Zakat Penternakan 5 5
Zakat Galian & Harta Karun 5 5
Sumber: Maklumat Soal Selidik 2018

Jadual 5 menunjukkan sejauh mana kefahaman responden berkaitan


dengan fatwa zakat pendapatan memberi kesan kepada keputusan mereka
untuk membayar zakat pendapatan. Hal ini dapatlah disimpulkan bahawa
daripada 100 orang responden, jumlah dan peratusan responden yang
membayar dan faham akan fatwa berkaitan zakat pendapatan mencatatkan nilai
tertinggi sebanyak 43 (43%), diikuti responden yang faham tetapi tidak
membayar zakat sebanyak 22 (22%), responden yang tidak faham tetapi
membayar zakat sebanyak 29 (22%) dan responden yang tidak faham dan
tidak membayar sebanyak 6 (6%).

Jadual 5: Analisis Berkaitan Kefahaman Fatwa Dan Pembayaran Zakat


Tidak Membayar Zakat Membayar Zakat Pendapatan
Pendapatan

Kekerapan 28 Responden 72 Responden


(28) (72)
Faham Tidak Faham Faham Tidak Faham
Kekerapan 22 Responden 6 Responden 43 Responden 29 Responden
(22) (6) (43) (29)
Pernah Dengar Tidak Pernah Pernah Dengar Tidak Pernah
Dengar Dengar
Kekerapan 25 Responden 3 Responden 48 Responden 24 Responden
(25) (3) (48) (24)
Nota : ( ) Peratusan daripada keseluruhan responden
Sumber: Maklumat Soal Selidik 2018

Kajian ini seterusnya diteruskan dengan mengkaji faktor pembayaran zakat


pendapatan dalam kalangan 43 responden yang faham dan membayar zakat
pendapatan, skala yang telah digunakan iaitu dari 1 mewakili Sangat Tidak
Tepat sehingga 5 mewakili Sangat Tepat untuk setiap faktor pembayaran zakat
pendapatan. Berdasarkan Jadual 6 , faktor tahu secara asasnya membayar zakat
pendapatan itu wajib mencatatkan nilai min tertinggi iaitu 4.81, diikuti oleh
faktor percaya akan fadilat di sebalik keberkatan pembayaran zakat pendapatan
dengan 4.65, faktor pengaruh keluarga dan rakan-rakan dengan 2.49 dan faktor
pengaruh dari kempen kesedaran membayar zakat pendapatan yang
dilaksanakan dengan 2.77.
Peranan Institusi Masjid dan Pondok dalam Memberikan Kefahaman Tentang Fatwa Zakat
Pendapatan: Satu Kajian Terhadap Masyarakat di Mukim Kenering dan Gerik, Perak /289

Jadual 6: Analisis Berkaitan Faktor Pembayaran Zakat Pendapatan Oleh


Responden
Faktor Nilai Min1
(1) Tahu secara asasnya membayar zakat 4.81
pendapatan itu wajib
(2) Pengaruh keluarga dan rakan-rakan 2.49
(3) Percaya akan fadilat di sebalik keberkatan 4.65
pembayaran zakat pendapatan
(4) Pengaruh dari kempen kesedaran membayar 2.77
zakat
pendapatan yang dilaksanakan
Nota : Min berdasarkan skala likert; nilai 1 = Sangat Tidak Tepat hingga nilai 5 = Sangat Tepat
Sumber: Maklumat Soal Selidik 2018

Jadual 7: Analisis Berkaitan Medium Maklumat Berkaitan Fatwa Zakat


Pendapatan
Medium Nilai Min1 Nilai Gap Min5
Membayar2 Tidak Membayar &
Membayar3 Tidak Membayar4
Kuliah Masjid/Surau 2.42 2.55 -0.13
Laman Web Majlis Agama 2.07 2.45 -0.38
Islam & Adat Melayu Perak
Artikel di Internet/Surat 1.93 1.91 -0.02
Khabar
Perpustakaan 1.93 2.36 -0.43
Kempen Kesedaran 1.84 1.70 0.14
Nota : 1. Min berdasarkan skala likert; nilai 1 = Tidak Pernah hingga nilai 3 = Kerap
2. Min berdasarkan medium bagi individu yang paham dan membayar zakat
3. Min berdasarkan medium bagi individu yang faham tetapi tidak membayar zakat.
4. Perbezaan Min responden diantara yang membayar zakat dan tidak membayar zakat.
5. Min berdasarkan skala likert; nilai 1 = Tidak Pernah hingga nilai 3 = Kerap.
Sumber: Maklumat Soal Selidik 2018

Selain itu, kajian ini turut mengenalpasti medium yang digunakan


bagi mendapatkan maklumat berkaitan fatwa zakat pendapatan dalam kalangan
43 orang responden yang membayar dan faham akan fatwa dan 22 orang
responden yang tidak membayar tetapi faham akan fatwa. Bagi mendapatkan
maklumat itu, skala 1 hingga 3 telah digunakan dimana skala 1 mewakili tidak
pernah dan skala 3 mewakili kerap.
Berdasarkan Jadual 7, kuliah masjid atau surau merupakan medium
yang paling kerap digunakan oleh responden yang membayar dan faham fatwa
zakat dengan nilai min 2.42, diikuti laman web Majlis Agama Islam & Adat
Melayu Perak dengan 2.07 dan medium-medium lain. Manakala, bagi
responden yang faham tetapi tidak membayar zakat, kuliah masjid atau surau
juga menjadi medium paling kerap digunakan dengan nilai min 2.55 diikuti
perpustakaan dengan 2.36 dan medium-medium lain. Selain itu, jadual 8 juga
menunjukkan Nilai Gap Min bagi medium artikel di internet atau surat khabar
290/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

mencatatkan nilai terendah sebanyak -0.02, diikuti oleh medium kuliah


masjid/surau dengan -0.13 dan medium-medium lain.
Kajian ini juga turut mengkaji sejauh mana keberkesanan peranan
yang telah dimainkan oleh institusi masjid dalam memberikan kefahaman
berkaitan zakat harta kepada masyarakat. Oleh itu, kajian ini telah
mengenalpasti respon 100 responden berkaitan dengan kejayaan institusi
masjid dalam memberikan kefahaman fatwa zakat harta mengikut bilangan
kekerapan menghadiri kuliah di masjid. Berdasarkan Jadual 8, respon sangat
berjaya menunjukkan peratusan yang paling tinggi dengan 34 peratus, diikuti
oleh berjaya dengan 28 peratus, sederhana dengan 20 peratus, tidak berjaya
dengan 5 peratus dan sangat tidak berjaya dengan 3 peratus. Hal ini
menunjukkan bahawa bilangan responden yang memilih sangat berjaya dalam
kejayaan institusi masjid memberikan kefahaman fatwa zakat harta adalah
yang paling tinggi dan ini membuktikan kejayaan institusi masjid dalam
memberikan kefahaman tentang fatwa zakat harta kepada responden.

Perbincangan dan Implikasi Dasar

Persoalan berkaitan berlakunya peningkatan dari segi kutipan zakat pendapatan


seperti merujuk kepada Jadual 1 walaupun terdapat fatwa di Negeri Perak yang
tidak mewajibkan pembayaran zakat memang wujud berdasarkan kajian ini.
Hal ini merujuk kepada hasil kajian berdasarkan Jadual 5 iaitu peratusan
responden yang faham dan membayar mencatatkan nilai tertinggi sebanyak 43
peratus, diikuti nilai peratusan responden yang faham dan tidak membayar
sebanyak 22 peratus, dan lain-lain. Hal ini menunjukkan bahawa responden
yang faham akan fatwa zakat pendapatan mempunyai kecenderungan yang
tinggi untuk membayar zakat daripada tidak membayar zakat. Keadaan ini
dilihat tidak menepati hipotesis kajian iaitu menjangkakan peningkatan
kefahaman berkaitan zakat pendapatan akan menyebabkan sesesorang individu
itu untuk tidak membayar zakat.
Namun, hal ini boleh dikaitkan dengan dapatan dari Jadual 6 yang
mana menunjukkan faktor tahu secara asasnya membayar zakat pendapatan itu
wajib mencatatkan nilai min tertinggi iaitu 4.81, diikuti percaya akan fadilat di
sebalik keberkatan pembayaran zakat iaitu 4.65, dan faktor-faktor lain.
Dapatan ini dilihat dapat membantu merungkai persoalan disebalik kegagalan
kajian dalam menepati hipotesis kajian iaitu faktor percaya akan fadilat di
sebalik keberkatan pembayaran zakat telah menyebabkan individu tersebut
membayar zakat pendapatan walaupun mereka sedia maklum membayar zakat
pendapatan adalah tidak wajib. Keadaan ini dibuktikan lagi kebenarannya
dengan satu temubual yang telah dilakukan melibatkan Pegawai Baitulmal
Daerah Gerik, Encik Amirudin Osman pada 9 November 2017 bertempat di
Pejabat Baitulmal Daerah Gerik.
291/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 8: Analisis Bagi Kejayaan Institusi Masjid Memberikan Kefahaman Fatwa Zakat Harta

Kekerapan Hadir Kuliah Responden Memilih Responden Memilih Responden Memilih Responden Memilih Responden
(kali) Sangat Tidak Berjaya Tidak Berjaya Sederhana Berjaya Memilih Sangat
Berjaya
0-2 3 3 7 1 6
3-4 0 1 5 15 22
5-6 0 1 6 8 14
7-8 0 0 1 2 1
9-10 0 0 1 2 1
Jumlah Keseluruhan 3(3) 5(5) 20(20) 28(28) 34 (34)
Nota : ( ) Peratusan daripada keseluruhan responden
Sumber: Maklumat Soal Selidik 2018
292/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Menurut Encik Amirudin, beliau merupakan antara individu yang


sering dijemput untuk memberikan penerangan tentang zakat pendapatan
melalui kuliah masjid kepada jemaah masjid di sekitar Mukim Gerik dan
Mukim Kenering. Pendekatan yang beliau lakukan didalam kuliah masjid
tersebut adalah dengan memberikan penerangan berkaitan fatwa
ketidakwajiban pembayaran zakat di Negeri Perak dan beliau juga akan
menekankan berkaitan fadilat yang terdapat disebalik pembayaran zakat
pendapatan beserta kisah-kisah individu yang telah membayar zakat
pendapatan dan kesannya secara nyata kepada kehidupan seharian mereka.
Selain itu, beliau juga akan turut berkongsi segala skim, aktiviti dan kaedah
yang telah dilakukan oleh pihak Baitulmal Daerah Gerik dalam mengagihkan
kutipan zakat di Mukim Gerik dan Mukim Kenering.
Kaedah penerangan ini menurut beliau telah dilakukan bertujuan
untuk menggalakkan jemaah masjid bagi membayar zakat pendapatan
walaupun membayar zakat pendapatan bukanlah sesuatu yang wajib di Negeri
Perak. Hal ini kerana, Mukim Gerik dan Mukim Kenering mempunyai jumlah
individu Muslim yang boleh menerima zakat yang sangat tinggi dan dengan
menerangkan tentang perkara berkaitan kisah-kisah dan fadilat disebalik
pembayaran zakat pendapatan, hal ini telah mempengaruhi jemaah masjid
untuk membayar zakat. Hal ini bertepatan dengan hadis
Rasulullah SAW yang menggalakkan Umat Islam membantu saudaranya
didalam kesusahan iaitu:

“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang


mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan
pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan
orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di
akhirat”
(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah R.A)

Selain itu, walaupun wujud keadaan yang tidak mewajibkan individu


muslim untuk membayar zakat pendapatan, membayar zakat pendapatan
adalah sesuatu yang sunat untuk dilakukkan dan tidak menjadi masalah kepada
pembayar zakat pendapatan seperti hadis Rasulullah S.A.W iaitu:

“Zakat ghanam (kambing atau biri-biri) ialah ghanam yang lepas (yang
meragut secara bebas atau saaimah). Mulai dari 40 ekor hingga 120
ekor, zakatnya seekor Syaatun. Dari 120 ekor hingga 200 ratus,
zakatnya dua ekor Syaatun. Dari 200 ekor hingga 300 ekor, zakatnya
tiga ekor Syaatun. Dari 300 ekor hingga seterusnya, tiap-tiap 100 ekor,
zakatnya seekor Syaatun. Dan siapa yang mempunyai ghanam kurang
dari 40 ekor (belum mencapai nisab ghanam), biarpun hanya kurang
seekor (39 ekor), tidak wajib zakat baginya, kecuali kalau dia suka
membayarnya (maka dia masih boleh mengeluarkannya dan pihak amil
boleh menerimanya).”
(Hadis Sahih Imam Bukhari dari Anas R.A)
Peranan Institusi Masjid dan Pondok dalam Memberikan Kefahaman Tentang Fatwa Zakat
Pendapatan: Satu Kajian Terhadap Masyarakat di Mukim Kenering dan Gerik, Perak /293

Oleh itu, untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada


masyarakat muslim di Mukim Kenering dan Mukim Gerik disamping untuk
meningkatkan kutipan zakat pendapatan, pihak masjid, Jabatan Agama Islam
Perak dan pihak Baitulmal Daerah Gerik boleh bekerjasama dalam
menganjurkan pelbagai program berbentuk taklimat, karnival dan jelajah di
setiap masjid dalam memberikan penerangan tentang fatwa zakat pendapatan
dan menekankan akan fadilat disebalik pembayaran zakat pendapatan.
Selain itu, dapatan kajian ini juga telah mengikfiraf fungsi masjid
dalam usaha menyebarkan ilmu agama kepada masyarakat. Hal ini kerana
Jadual 7 telah menunjukkan bahawa medium masjid telah mencatatkan nilai
min tertinggi bagi responden yang faham akan fatwa zakat pendapatan untuk
mendapatkan maklumat iaitu nilai 2.42 bagi yang membayar dan 2.55 bagi
yang tidak membayar. Nilai min ini diikuti oleh medium laman Web Majlis
Agama Islam & Adat Melayu Perak iaitu 2.07 bagi yang membayar dan 2.45
bagi yang tidak membayar dan diikuti oleh medium-medium lain. Selain itu,
nilai GAP min diantara individu yang membayar dan tidak membayar bagi
medium masjid juga rendah iaitu -0.13 selepas artikel di internet atau surat
khabar iaitu -0.02. Hal ini juga bertepatan dengan hadis Rasullulah SAW iaitu :

“Tidaklah berkumpul sekelompok orang di salah satu rumah-


rumah Allah (masjid). Mereka membaca al-Qur`an dan saling
mempelajarinya (bersama-sama) di antara mereka, melainkan
(akan) turun ketenangan atas mereka, mereka akan diliputi
rahmat, danp para Malaikat (hadir) mengelilingi mereka, serta
Allah menyebutkan (nama-nama) mereka di hadapan (para
Malaikat) yang berada di sisi-Nya.
(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah RA)

Hadis ini telah menunjukkan bahawa penyebaran ilmu agama di


masjid akan menyebabkan jemaah berada dibawah keberkatan dan rahmat
Allah. Dapatan kajian ini juga bertepatan dengan hipotesis kajian iaitu institusi
masjid merupakan medium terbaik masyarakat untuk mendapatkan maklumat
berkaitan fatwa zakat pendapatan. Oleh itu, pihak Jabatan Agama Islam Perak
boleh bekerjasama dengan pihak masjid di setiap kariah dalam usaha
memperbanyakkan kuliah-kuliah pengajian agama dan menyentuh lebih
banyak aspek bidang pengajian agama demi memaksimukan fungsi masjid
sebagai tempat penyebaran ilmu agama di Mukim Gerik dan Mukim Kenering.
Selain itu, dapatan kajian ini juga telah bertepatan dengan hipotesis
kajian iaitu institusi masjid juga telah terbukti keberkesanannya dalam
memberikan kefahaman tentang fatwa zakat harta kepada masyarakat. Hal ini
bertepatan dengan analisis dapatan Jadual 8 yang menunjukkan peratusan
responden yang memilih sangat berjaya adalah paling tinggi iaitu 34 peratus,
diikuti 28 peratus bagi berjaya, 20 peratus bagi sederhana, 5 peratus bagi tidak
berjaya dan 3 peratus bagi sangat tidak berjaya. Hal ini menunjukkan bahawa
sebanyak 62 peratus dari responden iaitu iaitu 34 peratus bagi sangat berjaya
294/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

dan 28 peratus bagi berjaya bersetuju bahawa institusi masjid sangat berkesan
dalam memberikan kefahaman berkaitan fatwa zakat harta.
Namun, jika dilihat dari aspek berbeza bagi dapatan dari Jadual 8,
seramai 7 orang responden (6 bagi sangat berjaya dan 1 bagi berjaya) yang
terdiri daripada kalangan individu yang kurang ke masjid telah memilih untuk
mengiktiraf kejayaan institusi masjid dalam memberikan kefahaman tentang
fatwa zakat pendapatan jika dibandingkan jumlah keseluruhan individu yang
memilih berjaya dan sangat berjaya iaitu seramai 62 orang.

Jadual 9: Hasil Temubual Bersama Mudir Pondok dan Responden


Informan Maklumbalas
Mudir Pondok “…Memang cara saya dalam berkongsi ilmu agama dengan
masyarakat setempat melalui kaedah formal dan informal,
yela pertamanya kita perlu pastikan mereka selesa dengan
kita, bila dah selesa, mereka akan dengar apa yang kita
kongsikan dan penyebaran ilmu agama akan menjadi
lebih mudah…”
Responden 1 “…Ustaz sangat mesra dan mudah bergaul, saya rasa
selesa, ustaz bercerita tentang zakat pendapatan bila saya
bertanyakan berkaitan satu artikel zakat pendapatan yang
saya baca di Facebook…”
Responden 2 “…Saya tahu pasal fatwa zakat pendapatan bila saya hadir
ke kuliah agama yang dianjurkan di pondok pada setiap
hari sabtu, penerangan ustaz sangat terperinci dan mudah
difahami…”
Responden 3 “…Saya tahu pasal zakat harta masa tengah lepak minum
dengan ustaz pada waktu malam, kalau ke masjid ni segan
la sikit nak bertanya lagi-lagi banyak adab nak dijaga…”
Responden 4 “…Saya tahu pasal fatwa kewajipan bayar zakat ni masa
ustaz tengah lepak dekat dangau di rumah saya, saya
tanya macamana ustaz menampung kos di pondok yang
menawarkan pendidikan percuma dan ustaz jawab dari
zakat yang diberikan kepada pondoknya…”
Responden 5 “…Pembawakan penerangan ustaz yang mudah difahami
dan kena dengan persekitaran sekeliling membantu saya
mudah faham ketika bertanya tentang fatwa dan dalil
kewajipan membayar zakat harta…”
Sumber: Maklumat Soal Selidik 2018

Hal ini sangat unik apabila terdapat responden yang faham dan
mengiktiraf kejayaan institusi masjid dalam memberikan kefahaman tentang
fatwa zakat pendapatan walaupun mereka bukan kerap ke masjid. Persoalan
bagi keadaan ini telah terjawab dengan mengambil kira faktor kewujudan dua
buah pondok didalam Mukim Kenering dan Mukim Gerik yang mungkin
memberikan kefahaman berkaitan fatwa zakat pendapatan kepada tujuh (7)
orang responden ini dan untuk menjawab persoalan ini, kaedah temubual telah
diadakan dengan melibatkan sebahagian daripada tujuh (7) orang responden
dan Mudir Pondok Tahfiz Al-Hidayah, Lawin, Encik Mohd Zahid Bin Che
Mohd Zin.
Peranan Institusi Masjid dan Pondok dalam Memberikan Kefahaman Tentang Fatwa Zakat
Pendapatan: Satu Kajian Terhadap Masyarakat di Mukim Kenering dan Gerik, Perak /295

Berdasarkan Jadual 9, dapatlah dirumuskan bahawa memang wujud satu


kaedah pembelajaran secara dua hala dan informal yang melibatkan Mudir
Pondok Tahfiz Al-Hidayah, Lawin, Encik Mohd Zahid Che Mohd Zin dengan
sebilangan daripada tujuh (7) orang responden ini. Kesemua responden yang
ditemubual memuji pendekatan yang dibawa oleh Encik Mohd Zahid yang
dilihat sangat mesra, mudah untuk difahami dan tidak terhad pengajian hanya
di pondok sahaja. Perkara ini turut disahkan sendiri oleh Encik Mohd Zahid
yang mana menggunakan pendekatan mesra dengan masyarakat dalam usaha
menarik minat masyarakat supaya berasa selesa dan penyebaran ilmu agama
juga akan menjadi lebih mudah.
Hal ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kewujudan
institusi pondok juga sangat membantu institusi masjid dalam memberikan
kefahaman tentang fatwa zakat harta kepada masyarakat. Oleh itu, untuk
mengoptimumkan pengetahuan berkaitan fatwa zakat harta kepada masyarakat
dimana boleh membantu meningkatkan kutipan zakat pendapatan menerusi
penerangan berkaitan fadilatnya, pihak masjid boleh bekerjasama dengan pihak
pondok seperti contoh menjemput lebih ramai ustaz dari pondok untuk terlibat
sama dalam menyampaian kuliah di masjid. Kepelbagaian ini diharap dapat
membantu dalam menyebarkan fatwa berkaitan zakat harta kepada masyarakat.

Kesimpulan

Secara rumusan akhir, peranan institusi masjid telah terbukti keberkesannya


dalam menyebarkan pengetahuan berkaitan fatwa zakat pendapatan kepada
masyarakat. Penyebaran fatwa ini bukan sahaja telah menyebabkan
pengetahuan masyarakat berkaitan fatwa bertambah, namun yang lebih
menarik adalah dapat menggalakkan masyarakat untuk membayar zakat
pendapatan hasil daripada penekanan yang lebih kepada fadilat pembayaran
zakat oleh para penceramah. Selain itu, kutipan yang tinggi ini boleh
dimaanfaatkan untuk membantu lebih ramai asnaf di kawasan kajian. Peranan
institusi pondok juga boleh diperhebatkan dalam penyebaran ilmu berkaitan
fatwa zakat dan kerjasama diantara institusi masjid, pondok dan pihak
pentadbir zakat dilihat dapat membantu dari sudut mengoptimumkan
pencerahan berkaitan zakat pendapatan kepada masyarakat.

Rujukan

Adibah, A. & Joni, T. (2014). Faktor Penentu Pembayaran Zakat Oleh Entiti Perniagaan
Di Malaysia : Satu Tinjauan Teori. Shariah Journal, Vol 22, No. 3 (2014) hlm
295-322. UM EXPERT.
Aisyah, A. Hairunnizam, W. & Nurul, A. (2015). Penentuan Hadhul Kifayah Pelajar
Institut Pengajian Tinggi : Kajian Pelajar Siswazah Di Universiti Kebangsaan
Malaysia. Isu Kontemporari Agihan Zakat Di Malaysia.
Azman, A. Tengku, M. & Zulhilmi, M. (2017). Penentuan Had Kifayah Zakat
Berdasarkan Maqasid Syariah. Jurnal Sains Insani, e-ISSN: (0127-7871). USIM
PRESS.
296/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Adibah, A. (2016). Faktor Yang Mempengaruhi Pembayaran Zakat Di Syarikat


Tersenarai Awam Di Malaysia. Thesis Phd Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya (UM).
Eza, E. & M, R. (2011). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembayaran Zakat
Pendapatan Di Malaysia. Prosiding PERKEM V1, Jilid 1 (2011) hlm 148-159.
Hairunnizam, W. Mohd, A. & Sanep, A. (2007). Kesedaran Membayar Zakat
Pendapatan. Kumpulan Kajian Ekonomi Dan Kewangan Islam.
Hairunnizam, W. Sanep, A. & Radiah, A. (2009). Pengagihan Zakat Oleh Institusi
Zakat Di Malaysia : Mengapa Masyarakat Islam Tidak Berpuas Hati?. Jurnal
Syariah , Jil. 17, Bil 1(2009) hlm 89-112.
Hairunnizam, W. & Norlela, Z. (2014). Pewartaan Zakat Pendapatan Dan Trend
Kutipan Zakat Pendapatan : Kajian Di Malaysia. Prosiding PERKEM 9, (2014)
hlm 199-207.
Hairunnizam, W. & Siti, N. (2017). Penentuan Had Kifayah Zakat : Satu Cadangan
Dimensi Penentuan Yang Baru. Prosiding PERKEM 9, (2014) hlm 331-352.
Masyhurah, M. (2015). Institusi Pondok Dalam Sistem Pendidikan Islam Di Malaysia.
Proceeding The 7th International Workshop And Conference Of Asean Studies
On Islamic And Arabic Education And Civilization (POLTAN-UKM-
POLIMED).
Madmam, H. (2002). The Pondok And Madrasah In Patani. Bangi : Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Mohd, A. (2016). Pengajian Hadis Di Masjid Dan Surau : Analisis Terhadap Tahap
Kefahaman Hadis. Jurnal Hadhari 8(2) (2016) hlm 295-308. UKM Press.
Muhammad, I. (1978). Al-Zakah. Kaherah, Mesir: Darul Fikir Adabi.
Norazlina, A. (2005). Gelagat Kepatuhan Pembayaran Zakat Pendapatan : Kajian Kes
UUM. Prosiding Seminar Ekonomi & Kewangan Islam, 29-30 Ogos 2005.
ESSET Bangi.
Norsyafinas, M. (2014). Keberkesanan Agihan Zakat Kepada Asnaf Fakir Dan Miskin :
Kajian Kes Bantuan Jayadiri, Jabatan Zakat Negeri Kedah. Thesis Sarjana,
Universiti Utara Malaysia (UUM).
Nur, A. Norazlina, Z. Rahimin, A. & Rohani, D. (2010). Institusi Pondok Sebagai
Penjana Intellektual Ummah Di Kelantan. Seminar Keintelektuan Islam. UMK
Press.
Nur, L. & Mohd, A. (2017). Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan Dalam Kalangan
Kakitangan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah. Pengurusan
Zakat Di Malaysia, Satu Pendekatan Analisis Gelagat hlm 319-330. UKM
CETAK.
Zaliha, M. (2014). Kajian Mengenai Tahap Pengetahuan Dan Amalan Pembayaran
Zakat Pendapatan Dalam Kalangan Kakitangan Muslim Politeknik Kota
Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Bab 16

Kesan Kefahaman Fatwa Zakat Pendapatan Terhadap Gelagat


Membayar Zakat Pendapatan: Kajian di Politeknik Ungku
Omar Ipoh, Perak
Mohamed Hanif Mohamed Nor
Hairunnizam Wahid

Pengenalan

Zakat pendapatan ialah zakat yang dikenakan ke atas semua jenis sumber
pendapatan, hasil upah yang diperolehi daripada perkhidmatan, pekerjaan,
aktiviti yang menghasilkan pendapatan bagi seseorang Muslim. Zakat
pendapatan adalah satu kewajipan bagi orang Islam yang kaya di Malaysia
untuk membayar zakat bagi memastikan matlamat jaminan sosial umat Islam
di Malaysia dapat dipertingkatkan. Kewajipan pembayaran zakat mempunyai
pelbagai objektif sosio-ekonomi yang positif bukan sahaja kepada penerima
zakat bahkan kepada pembayar zakat dan masyarakat keseluruhannya. Zakat
pendapatan juga dilihat sebagai sumber baru yang sangat baik untuk
dibangunkan dengan jumlah pembayar zakat yang ramai di setiap negeri
(Hairunnizam, Sanep & Mohd Ali, 2005). Sumbangan zakat pendapatan dilihat
amat berpotensi meningkatkan jumlah kutipan zakat di setiap negeri bagi
memastikan pengagihan zakat mampu berjalan dengan lebih kemas untuk
menjamin keadilan sosial masyarakat (Hairunnizam, Sanep & Mohd Ali,
2007). Walaupun fatwa wajib zakat ke atas pendapatan telah lama diwartakan,
namun masih ramai individu Muslim yang layak tidak membayar zakat atau
tidak patuh kepada fatwa wajib zakat gaji ini (Zainol & Kamil, 2009). Hikmah
disebalik amalan ibadah ini merupakan rahmat Allah SWT yang tidak ternilai.
Ia merupakan langkah awal yang sepatutnya ditangani dengan baik untuk
menuju satu sistem ekonomi Islam yang sempurna. Firman Allah SWT dalam
surah At-Taubah ayat 103 bermaksud:

“Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu


kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan berdoalah
untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi)
ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah maha mendengar lagi
maha mengetahui”.
298/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 1: Tahun Fatwa Zakat Pendapatan Di Malaysia


Negeri Tahun Fatwa
Selangor 2001
Kuala Lumpur 1999
Kelantan 1999
Johor 2000
Kedah 1986
Melaka 2000
Negeri Sembilan 1998
Pahang 2001
Perak 1990
Perlis 1991
Pulau Pinang 2001
Sabah t.d
Sarawak 1996
Terengganu 1999
Nota: t.d: tiada data
Sumber: Laporan zakat pelbagai tahun setiap negeri

Di Malaysia zakat pendapatan mula diperkatakan pada akhir tahun 1970an.


Sehingga ke awal 1990an, konsepnya telah mula diterima dan mula
dilaksanakan di Malaysia. Definisi perkataan fatwa pada sudut bahasa diambil
daripada kalimah afta-ifta'an yang memberi maksud menjelas dan
menghuraikan hukum permasalahan. Dengan itu Muzakarah Jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan bertarikh 22 Jun 1997 bersetuju bahawa zakat ke
atas pendapatan penggajian adalah wajib bagi orang yang layak mengeluarkan
zakat1. Jadual 1 menunjukkan tahun zakat pendapatan telah difatwakan bagi
negeri di Malaysia. Berdasarkan jadual tersebut, menunjukkan kebanyakkan
negeri telah menfatwakan zakat pendapatan. Negeri Kedah merupakan negeri
yang terawal yang mewartakan wajib zakat gaji iaitu pada 19 April 1986.
Seterusnya bagi negeri Selangor, Pahang dan Pulau Pinang yang mula
difatwakan bermula tahun 2001. Namun begitu, Jawatankuasa fatwa negeri
Perak tidak memfatwakan zakat pendapatan adalah wajib. Ini adalah selaras
dengan keputusan jawatankuasa fatwa negeri Perak yang telah bermesyuarat
pada 16 Februari 2004 mengatakan:

“Gaji atau pendapatan termasuk dalam kategori yang wajib


zakat apabila cukup nisab dan haul kerana haul itu adalah
merupakan syarat yang diittifaqkan oleh Jumhurul Ulama
dalam mazhab yang empat. Syarat ini tidak berlaku pada gaji
atau pendapatan maka gaji atau pendapatan tidak wajib zakat”

1
PPZ MAIWP,’Fatwa Zakat’ http://www.zakat.com.my/info-zakat/fatwa-zakat/#1480300641301-
f64ba14a-69e1. Dicapai pada 13 Julai 2018
Jadual 2: Satistik Kutipan Zakat Pendapatan melalui potongan zakat berjadual di Negeri Perak
Tahun Jumlah Pembayar Zakat (Orang) Peratusan Peningkatan Jumlah Zakat Peratusan Peningkatan
tahunan (%) Pendapatan (RM Juta) tahunan (%)

2017 26,659 20 36.15 20


2016 22,134 15 30.06 10
2015 19,189 10 27.43 19
2014 17,513 23.13
Sumber: Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk)

Jadual 3: Statistik Jumlah dan Kutipan Zakat Pendapatan oleh Kakitangan Politeknik Ungku Omar
melalui potongan zakat berjadual di MAIPk di Negeri Perak
Tahun Jumlah Kakitangan Membayar Zakat Peratusan Jumlah Zakat pendapatan Peratusan
(Orang) Peningkatan tahunan (RM) Peningkatan tahunan
(%) (%)
2017 239 11 275,693 15
2016 215 9 239,362 25
2015 197 1.5 192,003 16
2014 194 165,405
Sumber: Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk)
300/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari
Walaupun negeri Perak yang merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang
tidak mewajibkan pembayaran zakat pendapatan, namun jumlah kutipan zakat
pendapatan sentiasa meningkat setiap tahun. Berdasarkan Jadual 2, statistik
kutipan zakat pendapatan melalui MAIPk di Negeri Perak menunjukkan
berlaku peningkatan dalam jumlah pembayar zakat dari tahun 2014 hingga
tahun 2017. Pada tahun 2014 adalah seramai 17,513 orang telah membayar
zakat pendapatan telah meningkat berbanding pada tahun 2017 adalah seramai
26,659 orang. Jumlah peningkatan tersebut adalah sebanyak 52 peratus.
Manakala jumlah kutipan zakat pendapatan terus mengalami peningkatan iaitu
sebanyak RM 23.13 juta kepada RM 36.15 juta dan peningkatan ini adalah
sebanyak 56 peratus.
Persoalannya ialah mengapakah jumlah kutipan zakat di negeri Perak
masih terus meningkat sedangkan fatwa zakat pendapatan adalah tidak wajib di
negeri tersebut. Apakah faktor yang berkemungkinan mempengaruhi
kepatuhan pembayar zakat membayar zakat pendapatan kepada pihak berwajib.
Adakah wujud hubungan antara kecenderungan membayar zakat pendapatan
dan kefahaman terhadap fatwa zakat. Adakah wujud persepsi yang berbeza
dalam kalangan masyarakat Islam terhadap pengurusan cukai dan zakat.
Justeru, bagi menjawab persoalan ini, kajian ini akan mengkaji gelagat
pembayaran zakat pendapatan dalam kalangan kakitangan Politeknik Ungku
Omar (PUO) di Ipoh, Perak. Politeknik ini merupakan salah satu institusi
pendidikan awam yang terbesar, Politeknik terawal dan diberi taraf Politeknik
Premier dalam kalangan Politeknik di Malaysia. Majlis Agama Islam & Adat
Melayu Perak (MAIPk) telah melantik pihak politeknik sebagai wakil MAIPk
dalam pengurusan pengutipan wang zakat dikalangan kakitangan Politeknik.
Politeknik ini juga berhampiran dengan MAIPk. Berdasarkan Jadual 3, jumlah
dan kutipan zakat pendapatan di PUO menunjukkan peningkatan dalam jumlah
pembayar zakat pendapatan dari tahun 2014 hingga tahun 2017 dimana pada
tahun 2014, jumlah pembayar adalah seramai 194 orang berbanding tahun
2017 iaitu seramai 239 orang. Jumlah peningkatan adalah sebanyak 23 peratus.
Manakala jumlah bayaran zakat pendapatan juga telah meningkat dari
RM165,405 kepada RM275,693 dan peningkatan ini adalah sebanyak 66
peratus.
Justeru objektif kajian ini adalah seperti berikut; (1) mengkaji
hubungan antara kecenderungan membayar zakat pendapatan dan kefahaman
individu terhadap fatwa zakat pendapatan. (2) membandingkan persepsi
masyarakat Islam terhadap sistem kutipan serta agihan dalam pengurusan cukai
dan zakat. (3) Kajian ini juga akan menganalisis faktor penentu yang
berkemungkinan mempengaruhi peningkatan kutipan jumlah zakat pendapatan
di PUO. Faktor tersebut termasuklah faktor pendapatan, bidang pendidikan,
pengetahuan agama, persekitaran & cukai, kempen MAIPk & pengaruh rakan,
rebat cukai pendapatan, kelebihan sistem zakat, kelebihan sistem cukai, agihan
zakat, agihan cukai, kefahaman fatwa. Faktor ini dipilih berdasarkan kepada
beberapa kajian lepas yang telah menguji faktor ini (Hairunnizam, Sanep &
Mohd Ali, 2007; Nur Barizah & Hafiz Majdi, 2010: Nur Azura, Norazlina &
Nor Fadzlin, 2005: Adibah & Joni Tamkin, 2014: Abdul Hamid, 1998;
Kesan Kefahaman Fatwa Zakat Pendapatan Penggajian Terhadap Gelagat
Membayar Zakat Pendapatan: Kajian di Politeknik Ungku Omar Ipoh, Perak /301

Abdullah Khairi & Hairunnizam, 2017: Kamil, 2002: Mujaini, 1995:


Muhammad Ikhlas, Luqman, Mohd Farhan &Mohamad Zaim, 2017).

Kajian Lepas

Pembayaran zakat merujuk kepada perbuatan mengeluarkan zakat itu sendiri


iaitu menunaikan hak yang wajib terhadap harta. Ia juga digunakan untuk
menunjukkan kepada sebahagian harta yang telah ditetapkan yang difardhukan
oleh Allah SWT sebagai satu hak kepada orang-orang fakir. Zakat juga
dinamakan sebagai sedekah kerana ia menunjukkan kepada sifat benar seorang
hamba dalam melakukan ubudiyyah dan mentaati perintah Allah SWT.
Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan di Malaysia telah
menetapkan bahawa zakat pendapatan adalah wajib ditunaikan melalui
pewartaan fatwa pada tahun 1997. Terkecuali negeri Perak sahaja pada tahun
2004 telah mewartakan bahawa zakat pendapatan adalah tidak wajib dikutip.
Namun perbezaan kekhilafan ini masih dilihat turut membantu dalam
merancakkan lagi kutipan zakat di Malaysia termasuk di negeri Perak itu
sendiri. Konflik tentang zakat pendapatan ini turut dikaji oleh Muhammad
Ikhlas, Luqman, Mohd Farhan dan Mohamad Zaim (2017).
Kajian Hairunnizam, Sanep dan Mohd Ali (2007) telah mengkaji
faktor-faktor yang signifikan mempengaruhi kesedaran masyarakat untuk
membayar zakat menggunakan analisis logistik. Antara faktor yang penting
ditemui dalam hasil kajian mereka ialah pembolehubah umur, taraf
perkahwinan, pendapatan dan juga mekanisme pembayaran zakat. Kajian oleh
Mohd Ali, Hairunnizam dan Nor Ghani (2004) pula menunjukkan peratusan
pembayaran zakat adalah kecil dalam kakitangan profesional. Antara faktor
yang dikenal pasti ialah pengetahuan dan kurangnya penguatkuasaan. Nur
Barizah dan Hafiz Majdi (2010) melibatkan kakitangan profesional di UIAM
serta Nur Azura, Norazlina dan Nor Fadzlin (2005) di UUM turut berkongsi
faktor yang sama. Dalam menangani isu ini, Kamil Md. Idris (2006)
menyatakan keperluan untuk melaksanakan penguatkuasaan yang lebih tegas
bertujuan meningkatkan komitmen individu berkelayakan untuk mengetahui
tanggungjawab dan menunaikan zakat yang telah diperintahkan oleh Allah
SWT. Selain daripada itu, faktor kecekapan institusi dalam membuat kutipan
dan agihan turut didapati signifikan untuk menarik keyakinan pembayaran
zakat melalui institusi formal oleh Hairunnizam dan Sanep (2004). Hasil kajian
yang dilakukan oleh Nur Liyana ‘Aqilah dan Mohd Ali (2017) di Kolej
Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) mendapati tahap
pendidikan seseorang itu mencerminkan pengetahuan dan keterbukaan dalam
bidang ilmu agama seseorang dalam mentaati kefardhuan membayar zakat
pendapatan adalah tinggi.
Walaupun zakat hasil penggajian dianggap harta iktilaf tetapi ia masih
dikategorikan sebagai wajib berzakat ke atasnya berdasarkan fatwa di negeri
masing-masing. Kajian oleh Norlela dan Hairunnizam (2014) melihat wujud
kekhilafan berkaitan hukum pembayaran zakat pendapatan dimana terdapat
302/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

sesetengah negeri di Malaysia mewajibkan dan ada yang tidak mewajibkan.


Pelaksanaan hukum pembayaran zakat oleh Fatwa Kebangsaan dilihat berbeza
pendapat dengan Mufti dan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak yang
memutuskan bahawa:

“Bahawa gaji atau pendapatan termasuk dalam kategori yang


wajib zakat apabila cukup nisab dan haul itu adalah merupakan
syarat yang diittifaqkan oleh Jumhur Ulama dalam mazhab yang
empat. Syarat ini tidak berlaku pada gaji atau pendapatan maka
gaji atau pendapatan tidak wajib zakat.”

Oleh itu, tidak melunaskan zakat penggajian adalah dianggap sebagai individu
yang tidak taat dalam melakukan ibadatnya (Hairunnizam, Sanep & Mohd Ali,
2007). Justeru tindakan ini melambangkan ketidaktaatan pada agama serta
tingkat keimanan yang kurang di dalam diri individu tersebut (Aidit, 1998).
Manakala Mohd Faisol et. al. (2005) pula melihat pelaksanaan e-zakat
dapat meningkatkan lagi jaringan komunikasi dalam penyampaian maklumat
dan perkhidmatan iaitu melalui meningkatkan penyertaan rakyat dalam zakat,
meningkatkan ketelusan organisasi, integriti, akauntabiliti dan meluaskan
rangkaian global organisasi zakat di seluruh rantau ini dan seluruh negara-
negara di seluruh dunia. Rumusnya belum ada kajian yang mengkaji aspek
gelagat pembayar zakat pendapatan di negeri Perak.

Metodologi Kajian

Kaedah Pensampelan: Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan secara


rawak berstruktur dengan menggunakan soal selidik yang dirangka untuk
menjawab persoalan kajian. Data diperoleh melalui soal selidik yang diedarkan
secara manual bermula 30 Mac 2018 sehingga 16 April 2018 dengan tertumpu
kepada individu Islam yang berkhidmat di Politeknik Ungku Omar (PUO)
Ipoh, Perak yang terdiri daripada kakitangan akademik dan bukan akademik.
Mereka meliputi daripada Unit Pentadbiran, Unit Perpustakaan, Unit
Kewangan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Matematik, Sains dan
Komputer, Jabatan Pengajian Am, Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan
Awam, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan
Jabatan Kejuruteraan Perkapalan. Jumlah kakitangan Islam di PUO adalah
seramai 550 orang. Sebanyak 500 soal selidik telah diedarkan dan hanya 228
soal selidik diterima dan sesuai untuk dianalisis menjadi responden kajian.
Jumlah 228 sampel adalah bersesuaian mengikut Robert V.Krejcie & Daryle
W.Morgan (1970) untuk mendapatkan keputusan yang baik.

Kaedah Analisis Data: Data dianalisis menggunakan model regresi logistik


bagi menguji kebarangkalian beberapa pemboleh ubah untuk mencapai objektif
kajian. Analisis regresi digunakan dalam kajian ini dalam menganalisis data
berkaitan dengan kebarangkalian. Model logit binomial sesuai digunakan
memandangkan pembolehubah bersandar berbentuk dikotomus sekaligus dapat
Kesan Kefahaman Fatwa Zakat Pendapatan Penggajian Terhadap Gelagat
Membayar Zakat Pendapatan: Kajian di Politeknik Ungku Omar Ipoh, Perak /303

menguji kesan terhadap tujuh pembolehubah yang berbentuk dami(Gujarati


2003). Model yang dianggarkan dalam regresi logistik adalah seperti berikut:
-z
Pi = E( Y = 1/X ) = 1/ ( 1+ e ) (1)

Di mana Pi adalah kebarangkalian bagi responden yang membayar zakat


pendapatan iaitu Y=1 dan Y=0 bagi responden yang tidak membayar zakat
pendapatan. Kajian ini akan mengadaptasikan model daripada kajian oleh
Sanep dan Hairunnizam (2004). Dengan ini berpandukan persamaan (2) model
khusus yang akan dianggarkan dalam kajian ini ialah:

L = In (Pi / ( 1-Pi ) = β0 + β1 X1 + β2 X2 + β3 X3 + β4 X4 + β5 X5 + β6 X6 + β7 X7 +
β8 X8 + β X9 + β10 X10 + β11 X11 (2)
L Adalah log bagi nisbah ‘odds’ membayar zakat pendapatan
X1 Adalah dami Pendapatan
X2 Adalah dami Bidang Pendidikan
X3 Adalah Pengetahuan Agama
X4 Adalah Persekitaran & Cukai
X5 Adalah Kempen MAIPk & pengaruh rakan
X6 Adalah dami Rebat Cukai Pendapatan
X7 Kelebihan Sistem Zakat
X8 Kelebihan Sistem Cukai
X9 Agihan Zakat
X10 Agihan Cukai
X11 Adalah dami Kefahaman Fatwa

Pembolehubah bersandar adalah bernilai 1 jika responden menyatakan


membayar zakat pendapatan dan memberi nilai 0 jika respon tidak membayar
zakat pendapatan. Kesemua pembolehubah dalam persamaan (2) diuji untuk
menentukan manakah pembolehubah yang signifikan mempengaruhi kesedaran
membayar zakat pendapatan.

Hasil Kajian

Jadual 4 menunjukkan demografi responden yang diperolehi semasa


menjalankan pengutipan data di lapangan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa
(65.8%) adalah perempuan berbanding (34.2%) responden lelaki. Daripada
tujuh kategori umur, mendapati kategori yang berumur 36 tahun hingga 40
tahun adalah tertinggi iaitu sebanyak 86 responden (37.7%). Manakala kategori
yang berumur 25 tahun ke bawah adalah terendah seramai dua (2) responden
(0.9%). Bagi status perkahwinan responden, seramai 208 orang responden
304/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

(91.2%) adalah berstatus telah berkahwin. Hanya terdapat seramai 13 orang


responden (5.7%) adalah berstatus bujang. Di samping itu, terdapat seramai
tujuh (7) orang responden (3.1%) yang berstatus janda atau duda bagi taraf
perkhawinannya. Majoriti daripada keseluruhan responden adalah berstatus
berkahwin.
Jadual 4: Demografi Responden
Item Bilangan Peratusan (%)
Jantina:
Lelaki 78 34.2
Perempuan 150 65.8
Umur:
Bawah 25 tahun 2 0.9
26 hingga 30 tahun 9 3.9
31 hingga 35 tahun 43 18.9
36 hingga 40 tahun 86 37.7
41 hingga 45 tahun 44 19.3
46 hingga 50 tahun 17 7.5
Lebih 51 tahun 27 11.8
Status Perkahwinan:
Bujang 13 5.7
Berkahwin 208 91.2
Duda/Janda 7 3.1
Pendidikan Akademik Tertinggi:
SPM 12 5.3
STPM 5 2.2
Sijil 3 1.3
Diploma 18 7.9
Sarjana Muda 79 34.6
Sarjana 102 44.7
PHD 8 3.5
Lain-lain 1 0.4
Bidang Pengajian:
Agama 38 16.7
Bukan Agama 190 83.3
Gred Jawatan:
Gred 11 hingga 19 24 10.5
Gred 22 hingga 28 3 1.3
Gred 29 hingga 40 15 6.6
Gred 41 hingga 44 150 65.8
Gred 48 hingga 54 36 15.8
Jawatan Di Politeknik:
KakitanganAkademik(Pensyarah) 185 81.1
Kakitangan Sokongan 43 18.9
Pendapatan Bulanan:
RM1,000 ke bawah 2 0.9
RM1,001 hingga RM3,860 45 19.7
RM3,861 hingga RM8,120 166 72.8
RM8,121 dan ke atas 15 6.6
Sumber: berdasarkan maklumat soal selidik 2018
Kesan Kefahaman Fatwa Zakat Pendapatan Penggajian Terhadap Gelagat
Membayar Zakat Pendapatan: Kajian di Politeknik Ungku Omar Ipoh, Perak /305

Jadual 4 menunjukkan majoriti responden bagi tahap pendidikan akademik


tertinggi responden adalah terdiri daripada lepasan Sarjana iaitu seramai 102
orang responden (44.7%). Seramai 79 orang responden (34.6%) pula
mempunyai Sarjana Muda. Manakala terdapat 18 orang responden (7.9%) yang
memiliki tahap pendidikan akademik sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Namun hanya terdapat seramai 8 orang responden (3.5%) mempunyai tahap
pendidikan akademik tertinggi sehingga Phd. Daripada segi status bidang
pengajian responden, kajian ini mendapati seramai 190 orang responden
(83.3%) adalah bukan bidang pengajian agama. Manakala hanya 38 orang
responden (16.7%) adalah bidang pengajian agama. Di dalam kajian ini
terdapat lima jenis gred jawatan yang di perolehi daripada responden.
Kebanyakan responden berada di Gred 41 hingga 44. Gred ini adalah tertinggi
iaitu seramai 150 orang (65.8%). Di ikuti oleh Gred 48 hingga 54 seramai 36
orang (15.8%). Di Gred 11 hingga 19 seramai 24 orang (10.5%). Bagi Gred 29
hingga 40 seramai 15 orang (6.6%). Namun demikian hanya terdapat seramai 3
orang (1.3%) di Gred 22 hingga 28. Majoriti responden bagi Jawatan di
Politeknik adalah kakitangan akademik(Pensyarah) iaitu seramai 185 orang
(81.1%) dan di ikuti oleh kakitangan sokongan iaitu seramai 43 orang (18.9%).
Sebilangan besar responden kajian ini, pendapatan sebulan yang tertinggi
adalah antara RM3,861 hingga RM8,120 iaitu seramai 166 orang responden
atau 72.8 peratus. Bagi pendapatan sebulan RM1,001 hingga RM3,860 adalah
seramai 45 orang atau 19.7 peratus. Bagi pendapatan sebulan RM8,121 dan ke
atas adalah seramai 15 orang atau 6.6 peratus. Namun hanya terdapat seramai 2
orang responden atau 0.9 peratus memperolehi pendapatan RM1,000 kebawah
sebulan.
Merujuk kepada Jadual 5 iaitu kecenderungan bayar zakat pendapatan
dan memahami fatwa, menunjukkan majoriti responden membayar zakat
pendapatan iaitu seramai 172 orang responden atau 75.44 peratus daripada
keseluruhan berbanding responden tidak membayar seramai 56 orang
responden atau 24.56 peratus daripada keseluruhan. Di dalam kumpulan yang
membayar zakat terdapat seramai 132 orang atau 76.7 peratus pernah
mendengar dan memahami fatwa zakat berbanding sebaliknya seramai 40
orang atau 23.3 peratus tidak pernah dengar dan tidak faham fatwa negeri
Perak yang tidak wajib membayar zakat pendapatan penggajian. Manakala
responden yang tidak membayar zakat, terdapat seramai 27 orang atau 48.2
peratus pernah dengar dan faham fatwa berbanding sebaliknya seramai 29
orang atau sebanyak 51.8 peratus tidak pernah dengar dan tidak faham fatwa
negeri Perak yang tidak wajib membayar zakat pendapatan penggajian.
Walaupun kajian ini seperti yang dijangka menunjukkan ramai orang Islam
khususnya di PUO, Ipoh, Perak masih tetap membayar zakat pendapatan
walaupun fatwa zakat pendapatan di negeri Perak tidak mewajibkan untuk
membayar.
Jadual 5: Kecenderungan bayar zakat pendapatan dan memahami fatwa
Bayar zakat pendapatan
Ya Tidak
172 (75.44) 56 (24.56)
Dengar dan Faham Fatwa Tidak Dengar dan Tidak Faham Dengar dan Faham Fatwa Tidak Dengar dan Tidak Faham
Fatwa Fatwa
132 (76.7) 40 (23.3) 27 (48.2) 29 (51.8)
Nota: ( ) peratus daripada jumlah keseluruhan
Sumber: Maklumat Soalselidik 2018

Jadual 6: Faktor Pembayaran Zakat Pendapatan


Bil Item Faktor Muatan Nilai Ralat Piawai Tahap1
Min
Faktor Agama Tinggi
(1) Menyempurnakan Rukun Islam .764 4.84 0.351
(2) Islam mewajibkan pembayaran zakat pendapatan .660 4.59 0.068
(3) Yakin akan ketulusan pihak yang mengurus zakat pendapatan .648 4.47 0.072
(4) Faham dan percaya akan kelebihan di sebalik keberkatan .704 4.85 0.033
pembayaran zakat pendapatan
(5) Pembayaran zakat pendapatan kurang membebankan hanya .650 5.82 0.705
2.5% sahaja
(6) Membayar zakat pendapatan bagi mengelakkan hukuman di .680 4.62 0.077
akhirat kelak
Purata 4.87 0.218
Faktor Persekitaran Dan Cukai Sederhana
(1) Inginkan insentif rebat cukai pendapatan apabila membayar .815 4.14 0.101
zakat pendapatan
(2) Membayar zakat untuk mengelak pembayaran cukai pendapatan .849 2.04 0.114
Purata 3.09 0.113
Faktor Kempen MAIP & Pengaruh rakan Sederhana
Kesan Kefahaman Fatwa Zakat Pendapatan Penggajian Terhadap Gelagat
Membayar Zakat Pendapatan: Kajian di Politeknik Ungku Omar Ipoh, Perak /307

(1) Kempen kesedaran membayar zakat pendapatan oleh MAIP .751 3.79 0.897
adalah berkesan dan bermanfaat
(2) Membayar zakat pendapatan kerana pengaruh kawan .767 3.49 0.125
Purata 3.64
Nilai Min keseluruhan 3.87 Tinggi
Nota: Kesemua pembolehubah melepasi ujian Bartlett’s Test of Sphericity: dan signifikan pada aras ke ertian 1%
1
Skala Tahap Persetujuan; < 2.4; Rendah; 2.41-3.80; Sederhana; >3.81 Tinggi (Bahril Balli & Wahid Razzaly (2011)
Sumber: Maklumat Soalselidik 2018
Jadual 7: Kelebihan Sistem Zakat dan Cukai
Bil Item Nilai Ralat Tahap1
Min Piawai
Faktor Kelebihan Sistem Zakat Tinggi
(1) Saya berpendapat bahawa sistem zakat di Malaysia berfungsi dengan baik 4.01 0.065
(2) Saya merasakan bahawa kadar zakat di Malaysia adalah munasabah 4.22 0.048
(3) Saya berpendapat bahawa sistem zakat di Malaysia adalah adil 4.05 0.060
(4) Saya merasakan bahawa kewujudan banyak kemudahan untuk membayar zakat 4.20 0.057
(5) Saya berpendapat bahawa penguatkuasaan undang-undang zakat adalah berkesan 3.75 0.072
Purata 4.04 0.060
Faktor Kelebihan Sistem Cukai Sederhana
(1) Saya berpendapat bahawa sistem cukai di Malaysia berfungsi dengan baik 3.62 0.087
(2) Saya merasakan bahawa kadar cukai di Malaysia adalah munasabah 3.23 0.089
(3) Saya berpendapat bahawa sistem cukai di Malaysia adalah adil 3.16 0.096
(4) Saya merasakan bahawa kewujudan banyak kemudahan untuk membayar cukai 3.82 0.077
(5) Saya berpendapat bahawa penguatkuasaan undang-undang cukai adalah berkesan 3.74 0.076
Purata 3.52 0.085
Nota: 1Skala Tahap Persetujuan; < 2.4 Rendah; 2.41-3.80 Sederhana; >3.81 Tinggi (Bahril Balli & Wahid Razzaly (2011)
Sumber: Maklumat Soalselidik 2018
308/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 8: Agihan Sistem Zakat dan Cukai


Bil Item Nilai Ralat Tahap1
Min Piawai
Agihan Zakat: Tinggi
(1) Saya merasakan bahawa zakat dikutip dengan cekap dan efisien 3.92 0.068
(2) Saya berpendapat bahawa maklumat berkaitan kutipan zakat mudah untuk di akses 3.98 0.065
(3) Saya merasakan bahawa zakat diagih dengan cekap dan efisien 3.71 0.076
(4) Saya merasakan bahawa proses agihan zakat sampai kepada sasaran 3.68 0.076
(5) Saya berpendapat bahawa program agihan zakat yang dilaksanakan berkesan dan 3.77 0.073
bermanfaat
(6) Saya berpendapat bahawa maklumat berkaitan agihan zakat mudah untuk di akses 3.78 0.078
Purata 3.81 0.073
Agihan Cukai: Sederhana
(1) Saya merasakan bahawa cukai dikutip dengan cekap dan efisien 3.83 0.077
(2) Saya berpendapat bahawa maklumat berkaitan kutipan cukai mudah untuk di akses 4.20 0.380
(3) Saya merasakan bahawa cukai diagih dengan cekap dan efisien 3.40 0.083
(4) Saya merasakan bahawa proses agihan cukai sampai kepada sasaran 3.65 0.387
(5) Saya berpendapat bahawa program agihan cukai yang dilaksanakan berkesan dan 3.37 0.080
bermanfaat
(6) Saya berpendapat bahawa maklumat berkaitan agihan cukai mudah untuk di akses 3.56 0.088
Purata 3.67 0.182
Nota: 1Skala Tahap Persetujuan; < 2.4 Rendah; 2.41-3.80 Sederhana; >3.81 Tinggi (Bahril Balli & Wahid Razzaly (2011)
Sumber: Maklumat Soalselidik 2018
Jadual 9: Pengelasan Regresi Logistik1
Di ramalkan Peratusan Betul
Pemerhatian Ya Tidak
Model Ya 171 0 100.0
Tidak 5 1 16.7
Nota: 1 nilai batasan = 0.5
Model regresi: Regresi binomial logistik. Pemboleh ubah bersandar : Membayar zakat pendapatan
Kesan Kefahaman Fatwa Zakat Pendapatan Penggajian Terhadap Gelagat
Membayar Zakat Pendapatan: Kajian di Politeknik Ungku Omar Ipoh, Perak /309
Terdapat tiga (3) faktor yang dikaji iaitu faktor agama, faktor persekitaran dan
cukai dan faktor kempen MAIPk & pengaruh rakan. Min setiap faktor dinilai
untuk dijadikan rujukan tahap persetujuan responden iaitu bagi min 3.81 dan
ke atas adalah tahap persetujuan yang tinggi, nilai min 2.41 hingga 3.80 adalah
tahap persetujuan yang sederhana, dan nilai min 2.4 dan kebawah dinilai
sebagai tahap persetujuan yang rendah. Hasil kajian ini telah mendapati tahap
persetujuan yang tinggi berlaku kepada faktor Agama (4.87%). Manakala
faktor yang dinilai berada pada tahap persetujuan yang sederhana adalah faktor
persekitaran dan cukai (3.09%) dan juga faktor kempen MAIPk & pengaruh
rakan (3.64%). Namun begitu secara keseluruhannya, nilai min keseluruhan
kesemua faktor pembayaran zakat pendapatan ialah pada tahap yang tinggi
(3.87%).
Untuk melihat gelagat kakitangan terhadap kelebihan sistem zakat dan
faktor kelebihan sistem cukai, min setiap faktor dinilai untuk dijadikan rujukan
tahap persetujuan responden iaitu bagi min 3.81 dan ke atas adalah tahap
persetujuan yang tinggi, nilai min 2.41 hingga 3.80 adalah tahap persetujuan
yang sederhana, dan nilai min 2.4 dan ke bawah dinilai sebagai tahap
persetujuan yang rendah. Hasil kajian ini telah mendapati tahap persetujuan
yang tinggi berlaku kepada kelebihan sistem zakat (4.04%). Manakala
kelebihan sistem cukai berada pada tahap persetujuan yang sederhana (3.09%).
Bagi mengkaji kepercayaan kepada agihan zakat dan agihan cukai, min setiap
faktor dinilai untuk dijadikan rujukan tahap persetujuan responden iaitu bagi
min 3.81 dan ke atas adalah tahap persetujuan yang tinggi, nilai min 2.41
hingga 3.80 adalah tahap persetujuan yang sederhana, dan nilai min 2.4 dan ke
bawah dinilai sebagai tahap persetujuan yang rendah. Hasil kajian ini
mendapati tahap persetujuan yang tinggi berlaku kepada sistem agihan zakat
(3.81%). Manakala faktor yang dinilai berada pada tahap persetujuan yang
sederhana adalah sistem agihan cukai (3.67%). Hasil kajian ini mendapati
responden lebih kepercayaan kepada sistem agihan zakat.

Ujian Model: Merujuk kepada Jadual 9 iaitu pengelasan regresi logistik, kajian
mendapati model regresi binomial logistik yang digunakan, pembolehubah
bersandar ialah responden membayar zakat pendapatan dan sebaliknya. Ia
menunjukkan bahawa peratusan betul bagi yang membayar ialah 100 peratus
betul manakala tidak membayar 16.7 peratus betul. Ini menunjukkan model ini
adalah aras kesahan benar yang tinggi melebihi 50 peratus. Merujuk kepada
Jadual 10, hasil kajian ini juga mendapati pembolehubah bersandar yang
diterangkan oleh pembolehubah bebas sebanyak 9.7 peratus digambarkan oleh
Cox & Snell (R2 =0.097) dan 37 peratus ditunjukkan oleh Negelkerke (R 2 =
0.379). Selanjutnya ujian padanan model telah dilakukan menggunakan ujian
chi-square Hosmer dan Lemeshow menunjukkan nilai bersamaan 6.715 (df=5)
dan didapati tidak signifikan. Ini menunjukkan model ini mempunyai padanan
yang baik dan sesuai untuk dianalisis.

Nilai koefisien: Hasil regresi terhadap model mendapati terdapat dua


pembolehubah yang kekal signifikan pada aras keertian 5 peratus iaitu
310/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

pembolehubah Pendapatan dan Kefahaman Fatwa. Nilai koefisien untuk kedua


pembolehubah ini adalah 3.742 dan 2.243 namun bernilai negatif. Ini
menunjukkan wujud hubungan yang negatif antara pembolehubah Pendapatan
dan kefahaman fatwa di PUO terhadap pembolehubah bersandar. Nilai
koefisien pembolehubah Kefahaman Fatwa adalah lebih tinggi berbanding
pembolehubah pendapatan. Namun begitu berdasarkan Jadual 10,
pembolehubah bidang pendidikan, pengetahuan agama, rebat cukai
pendapatan, kelebihan sistem zakat, agihan cukai adalah tidak signifikan.

Jadual 10: Hasil Regresi


Pemboleh ubah Nilai Koefisien Statistik Exp(β)
(β) Wald
Konstan 1.043 0.045 2.837
(4.922)
Pendapatan (1) -3.742* 6.714 0.024
(1.492)
Bidang Pendidikan (1) .488 0.107 1.628
(1.489)
Pengetahuan Agama 1.212 0.964 3.360
(1.234)
Persekitaran & Cukai -0.820 1.304 0.440
(0.718)
Kempen MAIP & pengaruh rakan -0.027 0.002 0.973
(0.638)
Rebat Cukai Pendapatan (1) 0.157 0.012 1.170
(1.440)
Kelebihan Sistem Zakat 1.277 0.942 3.587
(1.316)
Kelebihan Sistem Cukai -2.034 1.845 0.131
(1.498)
Agihan Zakat -0.715 0.436 0.489
(1.083)
Agihan Cukai 2.004 2.044 7.418
(1.402)
Kefahaman Fatwa (1) -2.243* 3.719 0.106
(1.163)

Hosmer and Lemeshow (χ2) 6.715 ns


Cox and Snell R2 0.097
Negelkerke R2 0.379
Nota: * signifikan pada aras keertian 5%
ns
tidak signifikan
(1) pemboleh ubah dami
( ) ralat piawai
Model regresi: Regresi binomial logistik. Pemboleh ubah bersandar : Membayar zakat
pendapatan
Kesan Kefahaman Fatwa Zakat Pendapatan Penggajian Terhadap Gelagat
Membayar Zakat Pendapatan: Kajian di Politeknik Ungku Omar Ipoh, Perak /311

Perbincangan dan Implikasi Dasar

Kajian ini mendapati wujud kecenderungan individu Muslim yang membayar


zakat pendapatan tetapi tidak faham dan tidak pernah dengar fatwa zakat
pendapatan di negeri Perak. Mereka tetap membayar zakat pendapatan kerana
pendekatan MAIPk yang senantiasa memikirkan kaedah atau cara yang terbaik
bagi meningkat kesedaran individu untuk membayar zakat pendapatan.
Pelbagai program kesedaran dan pemahaman tentang zakat dijalankan. MAIPk
menyebarkan maklumat kepada masyarakat melalui media massa, seminar,
ceramah dan pendidikan formal. Menurut Hairunnizam, Sanep dan Mohd Ali
(2013), medium sebaran formal yang berbentuk promosi seperti pameran
bergerak, peranan amil kariah dan pegawai zakat disetiap daerah memainkan
peranan yang penting dan amat berkesan didalam kesedaran tentang zakat serta
institusi yang menguruskan zakat. Ini disokong oleh kajian Ismadi Md
Badarudin, Arifin Saleh, Sy Ahbudin Senin, Alias Deraman (2004), institusi
zakat perlu memainkan peranan yang proaktif bagi menyebarkan maklumat
zakat melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti
laman web, laman sosial, papan iklan, laporan tahunan, radio, televisyen dan
ceramah zakat di masjid dan juga surau. Ini bersesuaian dengan kajian yang di
lakukan oleh Mohd Faisol (2014), pelaksanaan e-zakat dapat meningkatkan
lagi jaringan komunikasi dalam penyampaian maklumat dan perkhidmatan
iaitu melalui meningkatkan penyertaan rakyat dalam zakat, meningkatkan
ketelusan organisasi, integriti, akauntabiliti dan meluaskan rangkaian global
organisasi zakat di seluruh rantau ini dan seluruh negara-negara di seluruh
dunia.
Sebenarnya, keberkesanan kutipan dan agihan zakat amat bergantung
kepada sistem pengurusan oleh institusi zakat itu sendiri seperti menurut kajian
Hairunnizam, Sanep dan Radiah (2009). Pusat Pungutan Zakat (PPZ)
menjalankan usaha dakwah dan penyaluran informasi berkenaan zakat yang
senantiasa dijalankan sepanjang tahun menerusi ceramah di pejabat-pejabat
kerajaan dan syarikat-syarikat swasta, sesi taklimat kepada majikan, persatuan,
NGO serta khutbah sempena sembahyang Jumaat merujuk kepada hasil kajian
oleh M. Rais Alias (2004). Bagi golongan yang berpendapatan pula, antara
kemudahan yang disediakan untuk mereka menunaikan zakat pendapatan ialah
Skim Potongan Gaji (SPG). Skim ini diperkenalkan sebagai satu kemudahan
kepada para majikan dan kakitangan kerajaan juga swasta untuk menunaikan
tanggungjawab mereka membayar zakat gaji secara ansuran bulanan melalui
potongan gaji. Mereka juga akan menikmati rebat cukai pendapatan daripada
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Pihak MAIPk boleh menjelaskan fadhilat dan hikmahnya zakat yang
diunjurkan dalam Islam iaitu untuk ‘penyucian’ dan ‘pertumbuhan’ harta
dalam mendapatkan keredaan Allah dan keberkatan dalam hidup. Malahan
Zakat dapat mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang diberikan oleh
Allah SWT. Kepada pembayar zakat, zakat ini sebagai alat untuk menyucikan
harta bagi memperolehi keredaan Allah SWT dan membolehkan ia bertumbuh
312/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

dalam keadaan baik, selain menyucikan hati si pemberi daripada sifat


mementingkan diri dan tamak. Ini disokong oleh Ibn Taimiyah iaitu di dalam
jiwa pembayar zakat, ia menjadi lebih baik dan hartanya dibersihkan. Munurut
Syaikh Ali Ahamad Al-Jurjawi (2008) dalam bukunya, Hikmah al-Tasyri’ wa
Falsafatuhu berkata:

“Antara hikmah menunaikan zakat ialah membawa kepada


keamanan dalam negara. Beliau memberi banyak alasan dan
hujah bagi membenarkan kenyataan tersebut yang jelas
menunjukkan bala menimpa masyarakat, negeri, negara dan
tempat di mana pengabaian untuk mengeluarkan zakat berlaku.
Natijah yang lebih parah lagi membawa kepada pembunuhan,
jenayah, pencurian dan juga ramai yang ditangkap dan
dimasukkan ke penjara kerana sebab harta benda dan
kewangan.”

Sekiranya pihak Maipk menekankan kepada fatwa zakat, di mana pembayaran


zakat pendapatan tidak wajib dan bukannya terhadap fadilat pembayaran zakat
pendapatan, jumlah kutipan zakat pendapatan akan terjejas. Lantaran itu agihan
zakat kepada asnaf tidak dapat diagihkan mengikut keperluan mereka.
Sehubungan dengan itu, rakyat negeri Perak yang membayar zakat pendapatan
memperoleh pahala yang lebih berbanding dengan rakyat negeri lain yang
fatwa mewajibkan pembayaran zakat pendapatan.

Jadual 11: Hubungan antara tingkat pendapatan dan membayar zakat


pendapatan
Tingkat Pendapatan Bayar zakat pendapatan Jumlah
Ya Tidak Responden
RM1,000 ke bawah 1 1 2
(50.0) (50.0) (100.0)
RM1,001 – RM3,860 15 30 45
(33.3) (66.7) (100.0)
RM3,861 – RM8,120 143 23 166
(86.1) (13.9) (100.0)
RM8,121 dan ke atas 13 2 15
(86.7) (13.3) (100.0)
Jumlah 172 56 228
(75.4) (24.6) (100.0)
Nota: nilai χ2 adalah signifikan pada aras keertian 1%
( ) adalah peratusan daripada jumlah responden mengikut tingkat pendapatan

Kenapa faktor pendapatan dan kefahaman fatwa signifikan. Walaupun fatwa


zakat negeri Perak tidak mewajibkan pembayaran zakat pendapatan, namun
responden di PUO menunjukkan kecenderungan dan kesedaran untuk
membayar zakat pendapatan. Jumlah kutipan zakat pendapatan setiap tahun
sentiasa meningkat. Tahap pendapatan juga mempengaruhi secara signifikan
pembayaran zakat. Kajian ini menyokong kajian Mohd Zyadi dan Mariani
Kesan Kefahaman Fatwa Zakat Pendapatan Penggajian Terhadap Gelagat
Membayar Zakat Pendapatan: Kajian di Politeknik Ungku Omar Ipoh, Perak /313

(1999) serta Nor Ghani, Mariani, Jaafar dan Nahid (2001) yang menunjukkan
faktor pendapatan amat penting dalam mempengaruhi pembayaran zakat.
Semakin tinggi pendapatan semakin tinggi kebarangkalian individu membayar
zakat memandangkan pendapatan yang tinggi akan mencukupkan syarat cukup
nisab zakat.
Melalui Jadual 11, menunjukkan hubungan antara tingkat pendapatan
dan membayar zakat pendapatan, mendapati responden yang mempunyai
tingkat pendapatan yang rendah tetap membayar zakat pendapatan. Namun
begitu, terdapat juga responden yang berpendapatan tinggi tidak membayar
zakat pendapatan. Responden yang memperolehi tingkat pendapatan rendah
iaitu RM1,001 hingga RM3,860, sebanyak 15 orang atau (33.3%) daripada
keseluruhan. Manakala responden yang memperolehi tingkat pendapatan yang
sama, seramai 30 orang atau (66.7%) daripada keseluruhan tidak membayar
zakat pendapatan. Golongan yang berpendapatan antara RM3,861 hingga
RM8,120 adalah pembayar zakar yang paling ramai iaitu 143 orang.
Berbanding 23 orang sahaja yang tidak menunaikan pembayaran zakat.

Kesimpulan

Daripada hasil kajian ini dapat disimpulkan bahawa fatwa zakat pendapatan
yang tidak wajib di negeri Perak, tidak memberi kesan pada pembayaran zakat
pendapatan di kalangan kakitangan PUO, Ipoh Perak. Dengan andaian
kemungkinan mereka menitik beratkan fadilhat pembayaran zakat yang telah
di janjikan oleh Allah. Oleh itu, rakyat negeri Perak yang membayar zakat
pendapatan memperoleh pahala yang lebih berbanding dengan rakyat negeri
lain yang fatwa mewajibkan pembayaran zakat pendapatan. Peningkatan
kesedaran membayar zakat pendapatan adalah penting. Di Malaysia fatwa
wajib zakat pendapatan wujud dengan pewartaan fatwa Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada tahun 1997. Walaupun begitu
hanya negeri Perak yang kekal tidak mewajibkan zakat pendapatan.
Masyarakat umum pula terdedah dengan pelbagai tafsiran dan polemik tersebut
dan akhirnya menjadi keliru. Kekeliruan itu memberi kesan kepada sikap
pembayar untuk mematuhi atau tidak mematuhi fatwa tersebut. Melalui
pelaksanaanya yang efektif dan teratur akan mewujudkan suatu bentuk jaminan
sosial dan sumbangan dalam memartabatkan kecemerlangan umat. Walau
bagaimanapun perlu difahami bahawa zakat pendapatan mempunyai Prinsip
keadilan ekonomi dan bentuk keprihatinan Islam terhadap kaum miskin. Maka
semakin banyak kutipan zakat, semakin banyaklah wang dapat diagihkan dan
dapat membantu asnaf terutamanya asnaf fakir dan miskin dalam kehidupan
mereka serta kemiskinan tegar dapat dihapuskan secara beransur-ansur perlu
diambil tindakan segera. Ingatlah! zakat merupakan perkara penting dalam
agama Islam sebagaimana solat lima waktu. Tatkala zakat ditunaikan dengan
penuh keimanan, pasti ada kesan yang sangat besar yang dapat dirasai dan
dinikmati oleh setiap individu. Jika ibadah solat yang dilaksanakan menjadi
bukti kecintaan terhadap Allah SWT, zakat pula menjadi bukti kecintaan
314/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

seseorang terhadap saudaranya. Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa


Rasulullah SAW bersabda,

“Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga dia


mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya
sendiri.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Rujukan

Abdul Hamid Mohd Hassan, (1998). Antara zakat dan cukai pendapatan: Satu analisis
penyelarasan. Kertas kerja dibentang dalam seminar zakat dan cukai
pendapatan di Pusat Matrikulasi USM.
Abdullah Khairi & Hairunnizam Wahid, (2017). Pembayaran Zakat Pendapatan
Melebihi Kadar Kewajipan Zakat: Kajian Dalam Kalangan Kakitangan
Kerajaan Di Wilayah Persekutuan, Putrajaya. Prosiding PERKEM ke-12 , 199-
207.
Adibah Abdul Wahab & Joni Tamkin Borhan, (2014). Faktor Penentu Pembayaran
Zakat oleh Entiti Perniagaan di Malaysia: Satu Tinjauan Teori. Jurnal Syariah,
Jilid 2: 295-322.
Aidit Ghazali, (1988). Zakat Satu Tinjauan. IBS Buku Sdn Bhd., Selangor
Fidlizan Muhammad, Azila Abdul Razak, Fatimah Salwa Abdul Hadi & Nor Hamizah
Saidin.(2016). Kepatuhan Pengiraan Zakat Pendapatan Kumpulan Profesional di
Universiti Pendidikan Sultan Idris.Sains Humanika. 8: 3 (2016) 1–7.
Gujarati, D.N. (2003). Basic Econometrics. 4th Edition. New York: McGraw Hill.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Nor. (2013). Keberkesanan dan
Kesesuaian Medium Promosi Agihan Zakat: Kajian Kes di Negeri Selangor.
PERKEM VIII, JILID 1, 28-37.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Nor. (2007). Kesedaran
Membayar Zakat Pendapatan di Malaysia. Islamiyyat, 29, 53-70.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. (2009). Pengagihan Zakat
oleh Institusi Zakat di Malaysia: Mengapakah Masyarakat Islam Tidak
Berpuashati? Jurnal Syariah.17 (1) 2009: 89-112
Hairunnizam Wahid; Mohd Ali Mohd. Noor & Sanep Ahmad. (2005). Kesedaran
Membayar Zakat: Apakah Faktor Penentunya? IJMS, 12(2), 171-189.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Nor. (2005). Kesedaran
Membayar Zakat Pendapatan di Malaysia dalam Abu Sufian et.al (penyt)
Pascasidang Seminar Ekonomi & Kewangan Islam. Kuala Lumpur: Univision
Press Sdn Bhd hlm 265-274.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Nor. (2007). Kesedaran
Membayar Zakat Pendapatan Di Malaysia. Islamiyyat 29: 53-70
Institusi Zakat di Malaysia. Dicapai pada 30 Mac 2018.
Ismadi Md Badarudin, Arifin Saleh, Sy Ahbudin Senin, Alias Deraman. (2004). Kajian
Aplikasi Sistem Dalam Perlaksanaan Zakat Berkomputer Di Negeri Melaka.
Universiti Teknologi MARA.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM). Dicapai pada 30 Mac 2018.
Kamil Md. Idris. (2006). Kesan Persepsi Undang-Undang dan Penguatkuasaan Zakat
terhadap Gelagat Kepatuhan Zakat Pendapatan Gaji. REKAYASA – Journal of
ethics, legal and governance Vol. 2, 2006 (32-41)
Kesan Kefahaman Fatwa Zakat Pendapatan Penggajian Terhadap Gelagat
Membayar Zakat Pendapatan: Kajian di Politeknik Ungku Omar Ipoh, Perak /315

Kamil Md. Idris. (2002). Gelagat Kepatuhan Zakat Gaji Di Kalangan Kakitangan
Awam. Tesis PhD Tidak Diterbit, Universiti Utara Malaysia, Sintok.
Kerajaan Negeri Perak (2004), Warta Kerajaan Negeri Perak. Perak: Kerajaan Negeri
Mahmood Zuhdi Abdul Majid. (2002). Peranan Zakat dalam Pembangunan Ummah.
In: Nik Mustapha Nik Hassan (ed) Ekonomi Islam dan Pelaksanaannya di
Malaysia. Institut Kefahaman Islam Malaysia, Kuala Lumpur.
Md Zyadi Tahir & Mariani Majid. (1999). Prestasi kutipan dan agihan zakat di
Malaysia. Dlm Pascasidang Seminar Pengeluaran Awam dan Swasta: Justifikasi
dan Realiti di Malaysia. Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia. pp
293-306.
M. Rais Alias. (2004). Strategi Kutipan Zakat Di Kuala Lumpur, Malaysia. Kertas
Kerja Zakat Awards 2004,
Institut Manajemen Zakat, Dompet Dhuafa Republika, 21Oktober 2004.
Mohd Ali Mohd Nor, Hairunnizam Wahid, Nor Ghani. (2004). Kesedaran Membayar
Zakat Pendapatan di Kalangan Kakitangan Profesional Universiti Kebangsaan
Malaysia. Islamiyyat, 26(2), 59-68.
Mohd Faisol Ibrahim, Mohd Yahya Mohd Hussein & Suhaina Musani. (2005). Peranan
Institusi Bank Sebagai Agen Kutipan Dalam Aktiviti Bayaran Zakat: Kajian Ke
Atas Pusat Zakat
Mohd. Daud Bakar. (1998). The Malaysian Zakat System: Law and Policy Reform.
Kertas kerja dibentangkan di “Seminar of Zakat and Taxation” di Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur
Muhammad Ikhlas R., Luqman H. A., Mohd Farhan M. A. & Mohamad Zaim I. (2017).
Konflik Hukum Zakat Pendapatan:Satu Penilaian. Labuan e-Journal of
Muamalat and Society. Vol. 11, 2017, pp. 13-19.
Mujaini Tarimin. (1995), “Zakat Penggajian: Satu Penilaian Terbaru Di Malaysia,”
kertas kerja, ITM Shah Alam.
Nor Ghani Md Nor, Mariani Majid, Jaafar Ahmad danNahid Ismail. (2001). Can
Privatization Improve Performance? Evidence from Zakat Collection
Institutions. Kertas kerja Bengkel Ekonomi Islam.FakultiEkonomi,
UniversitiKebangsaan Malaysia.
Norlela Zaman & Hairunnizam Wahid. (2014). Pewartaan Zakat Pendapatan dan
Trend Kutipan Zakat Pendapatan: Kajian di Malaysia. Prosiding PERKEM ke-
9 , 199-207
Nur Azura S, Norazlina AW, Nor Fadzlin MB. (2005). Gelagat Kepatuhan
Pembayaran Zakat Pendapatan: Kajian Kes UUM. Seminar Ekonomi dan
Kewangan Islam, Fakulti Ekonomi, Universiti Utara Malaysia, 29-30 Ogos.
Nur Barizah Abu Bakar, Hafiz Majdi Abdul Rashid. (2010). Motivations of Paying
Zakat on Income: Evidence from Malaysia. International Journal of Economics
and Finance 2 (3), 76-84. Perak.
Nur Liana ‘Aqilah Derus, Mohd Ali Mohd Noor. (2017). Kesedaran Membayar Zakat
Pendapatan di Kalangan Kakitangan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan
Ahmad Shah. Prosiding PERKEM ke-12(2017), 55-63
Qaradawi, Yusuf, (2000), Fiqh al-Zakah, Vol II .English Translation by Monzer Kahf,
Jeddah, Scientific Publishing Centre, King Abdulaziz University.
Sanep Ahmad, (2004). Kepatuhan Bayaran Zakat Kepada Institusi Formal Kutipan
Zakat. Laporan Penyelidikan, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti
kebangsaan Malaysia .Selangor. Dlm. Kertas Kerja Seminar Ekonomi dan
Kewangan Islam, 29-30 Ogos. Selangor: ESSET Bangi.
316/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid. (2004). Kesan Prestasi Agihan oleh Institusi
Formal Ke Atas Kepatuhan Membayar Zakat dalam Pascasidang Seminar
Kebangsaan Fakulti Ekonomi & Perniagaan 2004. Kuala Lumpur: Univision
Press Sdn Bhd.
Syaikh Ali Ahamad Al-Jurjawi.(2008). Hikmah dan Falsafah Dibalik Penetapan
Syariat, Hikmah at-Tasyri wa Falsafatuhu Diterbitkan pada tahun 2008 oleh
Pustaka Hidayah.
Umer Chapra,M.(1992). Islam and the economic challenge.Leicester:t.pt.
Zainol Bidin, & Kamil Md Idris, (2009), Sikap, Norma Subjektif dan Kawalan Gelagat
Di Tanggap TerhadapNiat Gelagat Kepatuhan Zakat Pendapatan Gaji IJMS 16
(1), 31-55.
BAHAGIAN EMPAT

Isu Kontemporari Pengurusan Zakat


Fintech (Blockchain) dan Zakat di Malaysia /317

Bab 17

Fintech (Blockchain) dan Pengurusan Zakat di Malaysia

Siti Nabihah Esrati


Shifa Mohd Nor
Mariani Abdul Majid

Pengenalan

Fintech merupakan terma yang digunakan untuk merujuk kepada penggunaan


teknologi di dalam sistem kewangan. Kemunculannya mula mendapat
perhatian dunia setelah berlakunya krisis kewangan global pada tahun 2008,
yang mana telah menyaksikan kredit dan pasaran antara bank dalam ekonomi
maju runtuh dan tidak dapat beroperasi. Kegagalan sebilangan institusi
kewangan Amerika Syarikat yang besar dan mempunyai kepentingan
mengatasi masalah kewangan akibat krisis kredit perumahan pada bulan
September 2008 telah menyebabkan hilangnya keyakinan secara meluas di
seluruh pasaran kewangan global.
Krisis tersebut telah menjadi antara salah satu faktor utama pasaran
kewangan beralih arah terhadap sistem kewangan yang sedia ada untuk
mencari alternatif baru. Menurut Gelis (2016), kepercayaan dan keyakinan
dalam sistem kewangan tradisional yang berkurang sejak berlakunya krisis
kewangan 2008 serta penambahan peraturan-peraturan baru bagi institusi
kewangan telah menguatkan lagi permintaan terhadap sistem kewangan
alternatif. Kewujudan Fintech dilihat mampu untuk memberi saingan kepada
institusi kewangan tradisional kerana ia menawarkan produk dan perkhidmatan
kewangan yang lebih fleksibel dan mudah, dengan kos yang lebih rendah serta
lebih efektif. Merujuk data dari Accenture NYSE (2016), sebanyak $5.3 bilion
telah dilaburkan dalam projek usaha Fintech pada suku pertama 2016, iaitu
peningkatan sebanyak 67 peratus berbanding suku yang sama pada tahun 2015.
Peningkatan pelaburan ini kebanyakannya datang daripada institusi kewangan
tradisional yang mana mereka telah membuat kolaborasi bersama syarikat
Fintech untuk kekal kompetitif dalam pasaran kewangan.
Di Malaysia, antara institusi kewangan yang telah menjalin usaha
sama dengan syarikat Fintech ialah institusi perbankan seperti Maybank,
CIMB dan HSBC. Perlaksanaan Fintech dalam sistem perbankan dilihat akan
menambah baik bukan sahaja dari segi penyampaian produk dan perkhidmatan
kepada pelanggan malah kepada kelancaran operasi dalaman. Menurut Ketua
318/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Pegawai Eksekutif HSBC, Mukhtar Hussain, Fintech merupakan tambahan


baru dan juga pelengkap kepada industri perbankan di Malaysia. Beliau
berpendapat Fintech akan mempelbagaikan lagi sistem kewangan yang sedia
ada, dan bukannya berfungsi untuk mengganggu atau menggantikannya
(BERNAMA, 2017). Perkembangan Fintech di Malaysia terus diakui apabila
Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyediakan garis panduan (sandbox)
untuk mengawal selia peraturan dan undang-undang bagi menyelia Fintech.
Selain itu, BNM juga telah menubuhkan satu pasukan pakar (Financial
Technology Enabler Group) yang akan membuat pembentukan dasar. Usaha
dari kerajaan ini menunjukkan betapa pentingnya Fintech untuk diterokai dan
ditembusi oleh pasaran institusi kewangan Malaysia.
Menurut Ketua Eksekutif Institut Kewangan Islam dan Perbankan
Malaysia (IBFIM), Yusry Yussof dalam ucapan beliau di Perjanjian Pertukaran
MoU dengan universiti tempatan tahun 2017, Industri Kewangan Islam
disarankan untuk memanfaatkan potensi yang wujud dalam Fintech untuk
meningkatkan lagi perkhidmatan dan produk yang ditawarkan seiring dengan
era digitalisasi. Institusi zakat selaku organisasi penting dalam menguruskan
pengutipan dan pengedaran wang zakat di Malaysia seharusnya mengambil
peluang ini untuk meneroka dan mengadaptasikan Fintech di dalam
pengurusan zakat bagi menambah baik sistem yang sedia ada. Majlis Agama
Islam Negeri merupakan badan yang bertanggung jawab untuk mengendalikan
dan menguruskan hal ehwal zakat. Termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan (2006) di dalam Perkara 74 bahagian hal undang-undang
Persekutuan dan Negeri, bahawa hal ehwal agama Islam adalah tertakhluk
kepada kuasa negeri-negeri.

74 (2) Tanpa menjejaskan apa-apa kuasa untuk membuat


undang-undang yang diberikan kepadanya oleh mana-mana
Perkara lain, Badan Perundangan sesuatu Negeri boleh
membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang
disebut satu persatu dalam Senarai Negeri (iaitu Senarai
Kedua yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan dalam
lampiran 1) atau Senarai Bersama.

Di Malaysia terdapat 13 buah institusi zakat di bawah kelolaan Majlis Agama


Islam Negeri (MAIN) yang bertanggung jawab untuk mengurus selia wang
tersebut serta satu institusi di bawah kendalian Wilayah Persekutuan (rujuk
lampiran 2), dan setiap institusi ini mempunyai cara yang berbeza dalam
pengutipan, pengagihan zakat serta kaedah mempromosikan atau
meningkatkan pembayaran zakat kepada institusi berwajib. Perbezaan ini
kemungkinannya serba sedikit akan menyumbang kepada jumlah kutipan zakat
di sesebuah negeri serta menjadi tanda aras bagi kecekapan dan keberkesanan
pengurusan sesebuah institusi zakat. Seperti mana perbankan Islam menjadi
tunjang kepada ekonomi negara, institusi zakat juga telah menjadi salah satu
institusi penting yang mampu membantu meningkatkan ekonomi Muslim. Oleh
itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti pandangan pegawai zakat
Fintech (Blockchain) dan Pengurusan Zakat di Malaysia/319

terhadap Fintech khususnya blockchain serta penerimaan masyarakat


(pembayar dan penerima zakat) terhadap teknologi ini. Hasil kajian ini akan
berguna kepada institusi zakat di Malaysia di mana ianya memberi pendedahan
dan pengenalan tentang manfaat yang dapat ditawarkan oleh teknologi Fintech.
(kena tambah lagi tentang kepentingan fintech kpd institusi zakat ) Struktur
kajian adalah seperti berikut. Bahagian ke-2 memberi pengenalan terhadap
Fintech-blockchain serta pengurusan zakat di Malaysia. Kemudian diikuti
dengan sorotan kajian lepas serta metodologi kajian di bahagian ke-3 dan ke-4.
Manakala bahagian ke-5 membincangkan tentang hasil kajian dan
kemudiannya diakhiri dengan kesimpulan

Zakat

Zakat berasal dari kalimah ‫ َز َكى‬yang bermaksud suci dan subur, termasuklah
bersih, berkat, berkembang dan baik kepada harta zakat, pembayar dan
penerima zakat. Definisi dari segi syarak ialah mengeluarkan harta tertentu
dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada
golongan tertentu. Hukum mengeluarkan zakat adalah fardu ain kepada
Muslim yang memenuhi segala syarat wajib (Laman sesawang Lembaga Zakat
Selangor)

Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah


(zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari
dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan
doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu
menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha
Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(Surah At Taubah : 103)

Fungsi utama pembayaran zakat adalah untuk membantu Muslim lain


yang berada dalam kesusahan. Penggunaan wang zakat yang betul akan dapat
mengatasi masalah ekonomi dan sosial serta mengurangkan jurang perbezaan
di antara golongan kaya dan miskin. Pemberian untuk kepentingan penggunaan
orang lain amat diberi keutamaan dalam Islam sebagaimana Allah telah
menjanjikan ganjaran besar bagi Muslim yang membantu orang dalam
kesusahan.
Dinyatakan dalam Al-Quran, terdapat lapan golongan yang layak
mendapat wang zakat iaitu fakir, miskin, amil, muallaf, al-riqab (merdekakan
hamba), al-gharimin (orang yang berhutang), fi sabillillah (orang yang
menegakkan agama Islam), dan ibnu sabil (orang yang dalam perjalanan yang
memerlukan bantuan). Manakala, zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu zakat
fitrah dan juga zakat harta. Zakat fitrah merupakan zakat diri yang difardukan
ke atas Muslim (lelaki dan perempuan) yang berkemampuan dengan syarat-
syarat tertentu. Bagi zakat harta pula terdapat beberapa kategori, yang mana
jika seseorang Muslim itu telah memenuhi segala syarat-syarat yang
320/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

ditentukan, maka wajib keatasnya untuk mengeluarkan sebahagian hartanya


sebagai zakat.

Jadual 1: Penswastaan Institusi Zakat di Malaysia


No Kategori Negeri

1 Penswastaan Selangor, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak


2 sepenuhnya Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka,
3 Penswastaan separuh Pahang
Tiada Penswastaan Kedah, Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Johor

Institusi zakat di Malaysia telah melalui pelbagai proses peningkatan dalam


sistem pengurusan zakat dan salah satu langkah tersebut ialah dengan
melakukan penswastaan. Menurut (Azura & Ram, 2015) dan PPZ-MAIWP
(2014), terdapat tiga kategori institusi zakat di Malaysia iaitu; 1.Penswastaan
sepenuhnya, 2.Penswastaan separuh, 3.Tiada penswastaan (Jadual 1). Bagi
kategori Penswastaan sepenuhnya, aktiviti pengutipan dan pengagihan zakat
diserahkan sepenuhnya kepada Pejabat zakat korporat masing-masing.
Manakala, bagi kategori Penswastaan separuh pula aktiviti kutipan dilakukan
oleh Pejabat zakat korporat, namun aktiviti pengagihan diletakkan di bawah
institusi Baitulmal. Negeri-negeri yang tidak menswastakan institusi zakat,
kedua-dua aktiviti pengagihan dan pengutipan menjadi tanggung jawab
sepenuhnya Baitulmal.

Jadual 2: Kaedah pembayaran zakat di Malaysia


No Tempat Pungutan Zakat Kaedah yang ditawarkan bagi pembayaran zakat

1 Institusi zakat Bayaran di kaunter zakat


2 Perbankan Islam Bayaran di kaunter bank, perkhidmatan atas talian,
bayaran melalui kad kredit, bayaran melalui cek atau
draf bank atau kiriman wang, bayaran melalui
perbankan telefon, bayaran melalui pesanan ringkas
(sms), dan juga bayaran melalui Auto Teller Machine
(ATM)
3 Lain-lain Institusi Bayaran melalui skim potongan gaji oleh majikan,
bayaran melalui kaunter zakat di Institut Pengajian
Tinggi, dan bayaran melalui Pejabat Pos.

Selain itu, menurut (Ibrahim, 2016) terdapat 11 kaedah yang


dijalankan bagi sistem pengutipan zakat, tetapi ianya berbeza mengikut negeri.
Kaedah yang diguna pakai oleh institusi zakat ini kemungkinannya sedikit
sebanyak menyumbang kepada jumlah pungutan zakat tahunan. Kaedah ini
dapat dibahagikan kepada tiga jenis tempat pungutan iaitu institusi zakat
sendiri, institusi perbankan Islam, dan lain-lain institusi (rujuk Jadual 2).
Walau bagaimanapun, tidak semua institusi zakat negeri menawarkan kesemua
kaedah bayaran zakat tersebut dan ianya bergantung kepada pihak pengurusan
Fintech (Blockchain) dan Pengurusan Zakat di Malaysia/321

zakat yang akan memilih kaedah sesuai untuk pungutan zakat di negeri
masing-masing. Manakala bagi sistem pengagihan pula, masih tiada kajian
menyeluruh mengenainya dijalankan. Beberapa prosedur akan dijalankan
sebagai langkah penilaian sebelum harta zakat tersebut diagihkan kepada lapan
golongan tersebut. Dengan perkembangan teknologi yang kian pesat, masih
terdapat ruang untuk menambah baik sistem yang sedia ada supaya ianya dapat
memperbaiki pengurusan harta zakat dan seterusnya membantu ekonomi
masyarakat Islam.

Blockchain

Blockchain merupakan salah satu inovasi fintech yang berpotensi menawarkan


pelbagai manfaat kepada masyarakat. Blockchain pada asasnya merupakan
rekod pangkalan data, atau buku catatan untuk semua urus niaga atau peristiwa
digital yang telah dilaksanakan dan dikongsi dalam kalangan peserta. Setiap
transaksi di lejar akan disahkan oleh kesepakatan majoriti peserta di dalam
sistem tersebut. Sebaik sahaja data maklumat dimasukkan, maklumat tersebut
tidak akan boleh dipadam. Blockchain mengandungi rekod tertentu bagi setiap
transaksi yang telah dibuat (Michael et al., 2016).
Melalui blockchain, para peserta tidak perlu tahu atau mempercayai
satu sama lain untuk berinteraksi, di mana urus niaga elektronik boleh disahkan
secara automatik dan direkod oleh nod rangkaian melalui algoritma kriptografi,
tanpa adanya campur tangan manusia, pihak berkuasa pusat, titik kawalan atau
pihak ketiga (contohnya kerajaan, bank, institusi kewangan atau organisasi
lain). Walaupun kemungkinan wujudnya beberapa nod yang dapat digodam,
rangkaian sistem masih lagi dapat mengesahkan transaksi dan melindungi lejar
daripada diganggu dengan menggunakan mekanisme penyelesaian matematik
yang disebut sebagai ‘proof-of-work’ (Marcella, 2015).
Dengan blockchain, masyarakat dapat membayangkan situasi di mana
kontrak dipersetujui dalam bentuk kod digital dan disimpan dalam pangkalan
data yang telus serta dikongsi, di mana ianya dilindungi dari sebarang
penghapusan bentuk, gangguan, dan juga semakan. Dengan kata lain setiap
perjanjian, setiap proses, setiap tugas dan setiap pembayaran akan mempunyai
rekod digital dan tandatangan yang boleh dikenal pasti, disahkan, disimpan,
dan dikongsi. Individu, organisasi, mesin, dan algoritma akan dapat
berinteraksi secara meluas tanpa gangguan pihak ketiga. Ini merupakan potensi
utama yang dapat ditawarkan oleh blockchain (Marco et al, 2017). Melalui
temu bual bersama Dr Ariff dari Universiti Malaysia Pahang (UMP), teknologi
blockchain ini dikatakan berbeza dengan sistem penyimpanan data yang
tradisional. Perbezaan blockchain dan client server dapat diringkaskan melalui
Jadual 3.
322/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 3: Perbezaan Blockchain dan client server


No Blockchain Client server

1 Tiada server, mempunyai pelbagai -Satu server, mempunyai pelbagai


pengguna pengguna
-Pelbagai server, mempunyai pelbagai
pengguna

2 Data diletakkan kepada semua Dimana semua pengguna/peserta akan


pengguna/peserta secara encrypted dan berurusan dgn server untuk
duplicated (keterbukaan data). Integriti mendapatkan data, aplikasi dan
data akan lebih terjamin. Setiap sebagainya. Jika server mengalami
pengguna/peserta akan mempunyai ID masalah, ianya akan mengambil masa
yang unik dan data adalah anonymous. untuk mendapatkan kembali data
tersebut.

Di Malaysia, MOSTI dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi kini


dalam usaha untuk membangunkan satu garis panduan untuk aplikasi
blockchain di Malaysia. Perkara tersebut merupakan salah satu usaha dari
kerajaan untuk memperkenalkan dan membangunkan teknologi tersebut. Garis
panduan ini akan melindungi kepentingan semua pihak yang terlibat dalam
penggunaan teknologi blockchain. Menurut, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad
Diah, MOSTI akan memastikan garis panduan yang dibuat mempunyai
standard yang tinggi dan menepati piawaian yang ditetapkan serta boleh
didapati di seluruh dunia. Beliau mengatakan;

‘We will make sure our standards are high and will be applicable
throughout the world, just like Malaysia's halal standards’
International Waqf dan Blockchain Forum (Bernama 2018).

Sorotan Kajian Lepas

Perkembangan institusi zakat di Malaysia

Pelbagai kajian yang telah dilakukan untuk mengkaji segala aspek tentang
zakat baik dari segi kepentingannya kepada masyarakat, kecekapan pengurusan
institusi zakat, isu-isu pengurusan zakat serta cadangan penambah baik sistem
pengurusan zakat. Kajian oleh Azman et al, (2012) telah mengumpulkan
sejarah transformasi dan fasa perkembangan institusi zakat di Malaysia dalam
kajian mereka. Terdapat empat fasa perkembangan zakat di Malaysia iaitu fasa
semasa pra-kolonial, fasa penjajahan British, fasa pentadbiran zakat sebelum
tahun 1990-an, dan fasa selepas tahun 1990-an (Aidit, 1988:h.2-3). Selain itu,
mereka juga membincangkan tentang isu-isu berkaitan yang perlu ditangani
seperti isu ketidakcekapan, kepuasan dan kepercayaan pembayar zakat, serta
pembinaan kapasiti bagi harta zakat. Terdapatnya keperluan bagi institusi zakat
untuk menyelesaikan isu ini terutamanya dalam aspek pengagihan harta zakat
Fintech (Blockchain) dan Pengurusan Zakat di Malaysia/323

yang mana kemungkinannya ia berlaku disebabkan kurangnya publisiti oleh


pihak berkuasa, kurangnya pengetahuan dari pihak layak penerima zakat
ataupun proses prosedur yang lama dan agak ketat.
Zakat akan dapat membantu membasmi kemiskinan dan
meningkatkan taraf hidup golongan yang memerlukan dan miskin (Bakar &
Ghanim, 2011). Hal ini dapat direalisasikan jika ianya diurus dengan cekap dan
disalurkan untuk cara yang produktif dan efektif (Ahmed, 2004). Walaupun
mengikut catatan, kita dapat melihat bahawa jumlah zakat yang tinggi telah
dapat diperoleh di beberapa buah negeri, tetapi media massa melaporkan masih
ramai masyarakat diluar sana yang mengalami kekurangan dan kemiskinan
hidup. Hal ini perlu dicari solusi oleh pengurusan zakat yang mana sistem
pengagihan perlu dipertingkatkan dari segi keberkesanan, ketelusan dan
kebertanggungjawabannya (Nur Barizah & Hafiz, 2010). Sebagai contoh
dalam kajian yang dijalankan pada tahun 2011, perbandingan telah dibuat di
antara dua negeri di Malaysia iaitu Selangor (kutipan zakat tertinggi) dan
Sabah (antara kutipan zakat terendah) pada tahun 2009. Menurut kajian
tersebut, negeri yang mempunyai kutipan zakat yang tinggi jelas kelihatan
mempunyai kadar kemiskinan yang jauh lebih rendah berbanding negeri yang
mempunyai kutipan zakat yang rendah (Anita et al., 2011).
Maka, telah banyak penyelidikan dan kajian yang dijalankan untuk
mencipta dan mencari penyelesaian kepada isu zakat yang diutarakan terutama
di bahagian pengagihan wang zakat. Kajian oleh Kabir (2010) telah
mencadangkan satu model yang menggabungkan ciri-ciri zakat, waqaf serta
pembiayaan mikro Islam sebagai alat untuk pembasmian kemiskinan.
Sementara itu, Anwar (1995) pula telah mencadangkan penubuhan sebuah
cabang pelaburan bagi memudahkan pertumbuhan zakat dan dana waqaf untuk
pembangunan sosio-ekonomi jangka panjang penerima zakat. Malah, terdapat
juga cadangan daripada Wahid, Sanep & Kader (2010) di mana mereka
mencadangkan konsep desentralisasi oleh institusi zakat untuk
mempercepatkan lagi proses pengutipan dan pengagihan wang zakat kepada
penduduk setempat. Iqba (2000), sebaliknya pula, mengutamakan pungutan
zakat terpusat di mana hak pengurusan diberikan kepada negeri-negeri untuk
meningkatkan dasar-dasar mikro ekonomi Islam. Kemudiannya, satu model
untuk sistem zakat yang lebih holistik dan komprehensif telah diperkenalkan.
Model tersebut merupakan cadangan untuk jalinan kerjasama antara institusi
zakat di peringkat negeri dan persekutuan bagi meningkatkan lagi sistem
pengurusan zakat dan seterusnya dapat memberi manfaat yang besar kepada
masyarakat dan negara secara keseluruhannya (Anita et al, 2012). Walau
bagaimanapun, atas beberapa halangan, model tersebut tidak dapat dijalankan.

Kerangka teori ‘Technology Acceptance Model’

Kerangka teori ‘Technology Acceptance Model’ (TAM) yang diasaskan oleh


Davis, Baggozzi, dan Warshaw (1989) telah dibina untuk mengkaji tingkah
laku dan niat seseorang dalam penggunaan teknologi baru. Teori ini
mengatakan bahawa penentu utama niat dalam menggunakan teknologi adalah
324/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

bergantung kepada keyakinan seseorang tentang keupayaan mereka sendiri


untuk menggunakan teknologi serta penilaian subjektif mereka mengenai
kegunaan teknologi itu (Bruner & Kumar, 2005; Hernandez, Jimenez, &
Martin, 2009, Morgan & Veloutsou, 2011; Palvia, 2009; Pavlou, Liang, &
Xue, 2007). Oleh itu berdasarkan sorotan kajian lepas serta kerangka teori
(TAM) yang digunakan, objektif dan hipotesis kajian telah terbentuk:

Objektif & hipotesis


O1 - Mengenal pasti pandangan pegawai zakat tentang penggunaan teknologi
fintech khususnya blockchain di dalam sistem pengurusan zakat di masa
hadapan.
O2 - Mengkaji dan menilai niat masyarakat (pembayar dan penerima zakat)
terhadap penggunaan Fintech khususnya blockchain di dalam sistem
pengurusan zakat di masa hadapan dengan menggunakan TAM.

H1 - Kepercayaan terhadap teknologi mempunyai kesan positif yang signifikan


terhadap tingkah laku pengguna dalam menggunakan fintech.
H2 - Elemen manfaat penggunaan teknologi (perceived usefulness) akan
memberi kesan positif yang signifikan terhadap tingkah laku pengguna dalam
menggunakan fintech.
H3 - Elemen manfaat teknologi mudah digunakan (perceived ease of use) akan
memberi kesan positif yang signifikan terhadap tingkah laku pengguna dalam
menggunakan fintech.
H4 - Tingkah laku pengguna dalam menggunakan teknologi fintech
mempunyai kesan positif terhadap niat menggunakan teknologi

Metodologi

Pengumpulan data

Kajian ini menggunakan kaedah campuran kualitatif dan kuantitatif sebagai


metodologi penyelidikan. Temu bual bersama pegawai zakat di tiga buah
institusi zakat iaitu Kuala Lumpur (MAIWP), Negeri Sembilan (MAINS), dan
Selangor (LZS) telah dijalankan untuk mengenal pasti pandangan institusi
zakat tentang teknologi kewangan (fintech) khususnya blockchain. Ketiga-tiga
institusi zakat ini dipilih sebagai subjek kajian adalah disebabkan oleh faktor
penswastaan pusat zakat tersebut. Institusi zakat MAIWP dan juga MAINS
termasuk dalam kategori penswastaan separuh manakala LZS merupakan
institusi penswastaan sepenuhnya (rujuk Jadual 1). Selain itu, beberapa
pegawai di JAWHAR juga turut ditemu bual bagi melihat pandangan mereka
sebagai agensi pemantau. JAWHAR merupakan agensi kerajaan yang
ditubuhkan untuk menyelia dan memantau berkaitan hal ehwal zakat
disamping meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai kewajiban
membayar zakat.
Manakala, bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai
teknologi blockchain, temu bual bersama Dr Ariff dan Puan Nasuha dari
Fintech (Blockchain) dan Pengurusan Zakat di Malaysia/325

Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah dijalankan. Pada awal tahun ini, Pusat
Kecemerlangan IBM di bawah UMP telah melancarkan sistem pengurusan
yang berasaskan teknologi blockchain iaitu Valid8 dan juga Xchain. Valid8
merupakan satu sistem pengesahan ketulenan sijil pelajar manakala Xchain
pula merupakan (sistem pembayaran) e-wallet yang memudahkan pelajar
membeli barang keperluan di kampus tanpa wang tunai. Untuk rekod, program
ini merupakan sistem yang pertama menggunakan teknologi blockchain di
Malaysia.
Soal kaji selidik pula dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti niat
dalam menggunakan teknologi Fintech dalam industri zakat. Dengan
menggunakan pensampelan mudah, tinjauan dijalankan dalam kalangan
pembayar dan penerima zakat di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri
Sembilan. Soal selidik ini merangkumi enam set soalan iaitu kepercayaan
terhadap teknologi, elemen manfaat penggunaan teknologi, elemen teknologi
mudah digunakan, tingkah laku, niat terhadap penggunaan teknologi, serta ciri-
ciri demografi. Setiap item (kecuali ciri demografi) diukur menggunakan skala
Likert (lima mata) dimulai dengan ‘sangat tidak setuju’ (1) sehingga ‘sangat
setuju’ (5).

Kaedah analisis data

Data telah dianalisa menggunakan program SPSS Statistics dan SPSS Amos
versi 23. ‘Exploratory factor analysis’ (EFA) telah digunakan dimana setiap
set pembentukan item diuji menggunakan paksi utama dengan kaedah varimax
yang disediakan dalam SPSS. EFA merupakan salah satu teknik statistik yang
digunakan untuk mengurangkan data kepada satu set kecil ringkasan pemboleh
ubah serta membolehkan pengkaji menerokai struktur kerangka teori yang
digunakan.
Kemudiannya, ‘Confirmatory factor analysis’ (CFA) telah digunakan
untuk menilai pengukuran model serta untuk menguji kualiti data, termasuk
kebolehlaksanaan dan kesahihan data. CFA merupakan prosedur statistik
‘multivariate’ yang digunakan untuk menguji sejauh mana pemboleh ubah
yang diukur mewakili bilangan struktur konstruk.
Setelah itu, pemodelan persamaan struktur (SEM) telah dijalankan.
Teknik ini merupakan gabungan analisis faktor dan analisis regresi berganda.
Pemodelan persamaan struktur adalah teknik analisis statistik ‘multivariate’
yang digunakan untuk menganalisis hubungan struktur antara pembolehubah
yang diukur dan konstruk ‘latent’. Tujuan SEM dijalankan adalah untuk
menilai keseluruhan model yang dicadangkan serta untuk menguji hipotesis
kajian

Dapatan Kajian

Hasil daripada temubual


Bahagian ini meringkaskan hasil dapatan temu bual yang dijalankan di tiga
buah institusi zakat. Hasil temu bual dibahagikan kepada 3 dapatan iaitu
326/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

pandangan pegawai zakat tentang teknologi, isu dana kewangan dan juga
sumber manusia yang diperlukan, serta penggunaan blockchain dalam institusi
zakat di masa hadapan.

1. Pandangan tentang penggunaan teknologi di dalam pengurusan zakat

Ketiga-tiga pegawai zakat mempunyai pandangan yang positif terhadap


penggunaan teknologi di dalam pengurusan zakat. Ustaz Idris, pegawai zakat
dari MAINS berpendapat bahawa institusi zakat seharusnya mengikuti
perkembangan teknologi yang kian pesat serta mengaplikasikannya di dalam
pengurusan zakat. Seiring dengan Revolusi Industri ke-4 yang menyaksikan
Internet telah menjadikan dunia tanpa sempadan, penggunaan teknologi dilihat
mampu memenuhi keperluan dan keselesaan manusia masa kini. Penemuan
pelbagai teknologi baru seperti Internet of Things (IoT), analisis big data,
pengunaan robotic dan cloud, dilihat akan mengubah cara hidup dan cara kerja
masyarakat kini. Jika institusi zakat mengambil peluang untuk menerokai
teknologi baru ini, pastinya ia akan meningkatkan lagi pengurusan zakat serta
memberi manfaat kepada semua pihak.
Encik Muhsin Nor Paizin, pegawai zakat dari MAIWP turut
mempunyai pendapat yang sama mengenai teknologi. Menurut beliau, Institusi
zakat Maiwp merupakan antara institusi zakat yang terawal dalam
mengaplikasi penggunaan teknologi di dalam pengurusan zakat. Sistem
pengurusan zakat terutamanya kaedah pembayaran zakat telah melalui evolusi
perubahan seiring dengan kemajuan teknologi. Bermula hanya dengan
pembayaran secara manual di pejabat zakat, kini masyarakat boleh membuat
pembayaran walau di mana mereka berada melalui sistem atas talian (online)
ataupun perkhidmatan lain yang ditawarkan (rujuk Jadual 2). Penggunaan
teknologi ini sememangnya mampu memberi kemudahan dan kesenangan
kepada pembayar zakat untuk menjalankan tanggungjawab mereka.
Menurut JAWHAR, teknologi akan memudahkan pengurusan, baik
dari segi pengutipan mahupun pengagihan wang zakat. Malah pada tahun
2012, melalui peruntukan yang diberikan oleh kerajaan (dana yang sangat
besar), telah wujud satu idea untuk membina satu perkongsian data zakat
antara negeri-negeri. Walau bagaimanapun, idea ini tidak dapat direalisasikan
disebabkan tidak mendapat majoriti persetujuan daripada institusi zakat negeri-
negeri. Jika hanya sebahagian institusi zakat yang menggunakan perkongsian
data ini, manakala sebahagiannya lagi masih menggunakan pangkalan data
negeri, kiranya tidak relevan la untuk menjadikan idea tersebut jadi realiti.
Oleh itu, dana tersebut dipulangkan kepada kerajaan

2. Dana kewangan serta sumber manusia sebagai halangan?

Bagi ketiga-tiga institusi zakat, dana kewangan dan juga sumber manusia
tidaklah menjadi satu masalah ataupun halangan untuk pusat zakat
mengaplikasikan teknologi baru. Melalui temu bual yang dijalankan, institusi
zakat menyediakan peruntukan yang agak besar untuk pembangunan teknologi.
Fintech (Blockchain) dan Pengurusan Zakat di Malaysia/327

Hal ini adalah bertujuan bagi memastikan pengurusan kutipan dan pengagihan
zakat dapat dijalankan dengan cekap dan efektif. Tetapi, jika anggaran dana
kewangan untuk penggunaan sistem teknologi baru melebihi had limit
peruntukan yang ditetapkan, kelulusan pihak atasan adalah diperlukan. Setiap
institusi zakat mempunyai peruntukan untuk pembangunan sistem teknologi
mereka. Menurut Encik Affandi bin Nasir, pegawai zakat dari LZS, Satu per
lapan (⅛) daripada hasil kutipan zakat akan digunakan bagi menguruskan
institusi zakat baik dari segi pembayaran gaji pekerja, penyelenggaraan sistem
teknologi serta pengurusan pusat institusi tersebut (zakat untuk bahagian amil).
Mengikut rekod, ketiga-tiga pusat institusi zakat ini mempunyai cacatan
kutipan zakat yang tinggi dan cukup memberansangkan.

Jadual 4: Hasil kutipan zakat pada tahun 2016


Negeri Zakat Harta Zakat Fitrah Jumlah
(RM) (RM) keseluruhan (RM)

Selangor 651,497,065.00 22,239,217.00 673,736,282.00

Wilayah Persekutuan 580,690,160.84 589,296,523.84


(K.L, Putrajaya, Labuan) 8,606,363.00

N. Sembilan 100,412,122.36 4,348,266.00 104,760,388.36

Sumber: laman sesawang JAWHAR

Manakala untuk sumber manusia pula, setiap institusi zakat


mempunyai jabatan khusus untuk bahagian IT. Jika kepakaran tidak
mencukupi, barulah tenaga luar akan dirujuk untuk membantu menguruskan
sistem teknologi maklumat. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa dana
kewangan dan juga sumber tenaga (skill kemahiran) bukan menjadi satu
halangan besar untuk ketiga-tiga institusi zakat mengaplikasi sistem teknologi
baru di masa hadapan.

3 Penggunaan teknologi blockchain dalam institusi zakat di masa hadapan

Melalui temu bual yang dijalankan, teknologi blockchain ini masih kurang
diberi perhatian dan kurang diketahui oleh pegawai zakat. Hal ini kemungkinan
adalah disebabkan pengertian tentang konsep dan manfaat yang mampu
ditawarkan masih lagi samar dan tidak jelas. Malah, blockchain juga sering kali
disalah erti oleh masyarakat sebagai bitcoin. Tidak dinafikan, kedua-duanya
wujud pada waktu yang sama oleh pengasasnya Satoshi Nakamoto, namun
fungsi yang ditawarkan oleh blockchain dan bitcoin adalah berbeza.
Jika fintech mahupun blockchain mampu menawarkan satu sistem
pengawasan yang mampu mengawal selia pemberian wang zakat, sudah pasti
ianya akan menjadikan pengurusan zakat itu lebih teratur dan efisien. Namun
begitu, penyelidikan yang lebih menyeluruh dan terperinci perlu dijalankan
328/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

bagi menerokai potensi yang mampu ditawarkan. Kerjasama ataupun


persetujuan antara agensi (MoU) akan memudahkan lagi proses pengenalan
teknologi blockchain kepada masyarakat. Bagi Encik Affandi, teknologi
blockchain ini merupakan satu bidang baru yang menarik untuk diterokai oleh
institusi zakat. Beliau berpendapat jika ianya dapat memberi manfaat kepada
semua pihak, institusi zakat pastinya tidak mempunyai halangan untuk
menggunakan teknologi ini.

Hasil tinjauan soal kaji selidik

Seramai 200 responden menjawab borang soal selidik yang diedarkan.


Sebanyak 175 responden terdiri daripada pembayar zakat, manakala 75 lagi
merupakan penerima zakat. Kesemua penerima zakat terdiri daripada pelajar
UKM dan juga Institut Professional Baitulmal MAIWP (IPB). Maklumat lanjut
responden boleh didapati melalui di Jadual 5. Manakala, Jadual 6 memaparkan
EFA yang telah dijalankan ke atas maklumat data yang terkumpul.

Jadual 5: Info demografi responden


Info demografi Kekerapan Peratus (%)

Kategori Pembayar 125 62.5


Penerima 75 37.5
Jantina Lelaki 91 45.5
Perempuan 109 54.5
Status Berkahwin 84 42
Bujang 116 58
Umur 20 - 30 tahun 118 59
31 - 40 tahun 63 31.5
41 - 50 tahun 14 7
51 tahun dan ke atas 5 2.5
Pendidikan SPM 12 6
STPM / Diploma 82 41
Ijazah / Sarjana 105 52.5
PhD 1 0.5
Kawasan tempat Bandar 106 53
Tinggal Sub-bandar 88 44
Luar bandar 6 3

Skor α Cronbach dikira untuk menentukan kebolehpercayaan pembinaan


struktur. Nilai α Cronbach bagi setiap pembinaan haruslah melepasi nilai yang
disyorkan 0.60 atau 0.70 (Nunnally, 1978). Melalui jadual 4 di atas, dapat
dilihat bahawa kelima-lima set soalan mendapat nilai skor diantara 0.74
sehingga 0.87. Manakala, butiran pengukuran dianggap sangat tinggi jika ia
pekali muatan (loading coefficient) melebihi 0.6 dan pekali silangnya (cross-
loading) adalah di bawah 0.4 (Fornell dan Larcker, 1981).
Fintech (Blockchain) dan Pengurusan Zakat di Malaysia/329

Jadual 6: Exploratory factor analysis (EFA)


Faktor Mean S.D Factor loading Cronbach’s alpha Soalan

Set 1 : Kepercayaan terhadap teknologi 0.87

Mean = 3.49 3.6 0.67 0.75 S1(2)


3.7 0.70 0.90 S1(5)
3.7 0.65 0.88 S1(6)

Set 2 : Elemen Manfaat teknologi 0.82

Mean = 3.56 3.74 0.81 0.90 S2(2)


3.81 0.78 0.88 S2(3)
3.66 0.78 0.76 S2(8)

Set 3 : Elemen Teknologi memudahkan 0.74

Mean = 3.31 3.47 0.72 0.80 S3(1)


3.49 0.63 0.73 S3(6)

Set 4 : Tingkah laku 0.81

Mean = 3.67 3.80 0.71 0.85 S4(1)


3.73 0.71 0.86 S4(3)
3.90 0.65 0.83 S4(6)

Set 5 : Niat untuk menggunakan teknologi 0.80

Mean = 3.61 3.77 0.71 0.83 S5(3)


3.82 0.70 0.75 S5(4)

Model pengukuran untuk semua konstruk yang akan digunakan dalam


pemodelan persamaan struktur (SEM) dicipta, dan ‘goodness of fit’ model ini
diuji menggunakan analisis faktor pengesahan (CFA). Pemboleh ubah yang
diukur telah digambarkan di dalam Rajah 1 di mana ianya mewakili skor item
responden, bersama-sama dengan skor mentah item soal selidik untuk
kepercayaan terhadap teknologi (S1), elemen manfaat penggunaan teknologi
(S2), elemen teknologi mudah digunakan (S3), tingkah laku (S4) dan niat
untuk menggunakan teknologi (S5). CFA tersebut telah dijalankan dengan
menggunakan SPSS Amos versi 23. Jadual 7 pula menunjukkan keputusan uji
kaji model pengukuran CFA. Melalui analisis yang telah dibuat, hasil dapatan
menunjukkan bahawa kesemua item memenuhi piawaian kajian yang
ditetapkan, di mana ujian RMSEA adalah 0.07 iaitu kurang daripada had nilai
0.08, manakala ujian NFI, CFI, IFI dan RFI data adalah melebihi nilai 0.9 di
mana masing-masing memperolehi 0.93, 0.96, 0.96, dan 0.90.
330/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 7: Model fit-indices


Jenis χ²/df P-value RMSEA NFI CFI IFI RFI

Nilai <3 > 0.05 < 0.08 > 0.9 > 0.9 > 0.9 > 0.9
1.98 0 0.07 0.93 0.96 0.96 0.90

Jadual 8: Hasil pengujian hipotesis kajian


Hipotesis Jalur hubungan C.R /nilai E/N
t

H1 Kepercayaan terhadap teknologi > 9.26*** Diterima


H2 Tingkah laku
H3 Elemen manfaat penggunaan teknologi > 4.66*** Diterima
H4 Tingkah laku
Elemen manfaat teknologi mudah digunakan > 1.01 Tidak
Tingkah laku diterima
Tingkah laku > 2.59 Diterima
Niat untuk menggunakan teknologi
Nota: *** signifikan pada aras keertian 5%

Rajah 1: Confirmatory factor analysis

Daripada analisis empirikal dan hasil ujian yang dijalankan, gambar rajah jalur
hubungan di antara setiap dimensi struktur kajian telah dibina dan
dibentangkan. Kesimpulan daripada pengujian hipotesis yang dilakukan dalam
kajian ini ditunjukkan dalam Jadual 8.
Fintech (Blockchain) dan Pengurusan Zakat di Malaysia/331

Hipotesis yang mempunyai nilai t melebihi 1.96 membuktikan bahawa


hipotesis tersebut disokong. Berdasarkan jadual 6 di atas, tiga hipotesis yang
dibina iaitu H1, H2, dan H4 mempunyai nilai t yang melebihi 1.96 iaitu 9.26,
4.66 dan juga 2.59. Oleh yang demikian, hasil kajian membuktikan bahawa
ketiga-tiga hipotesis adalah sah dan disokong seperti mana kajian yang telah
dilakukan oleh Chuang et. al. (2016).

H1 - Kepercayaan terhadap teknologi mempunyai kesan positif yang signifikan


terhadap tingkah laku pengguna dalam menggunakan fintech.
H2 - Elemen manfaat penggunaan teknologi (perceived usefulness) akan
memberi kesan positif yang signifikan terhadap tingkah laku pengguna dalam
menggunakan fintech.
H4 - Tingkah laku pengguna dalam menggunakan teknologi fintech
mempunyai kesan positif terhadap niat menggunakan teknologi.

Manakala, didapati H3, tidak mempunyai nilai t melebihi 1.96, maka hipotesis
kajian telah ditolak, di mana elemen manfaat teknologi mudah digunakan
(perceived ease of use) tidak memberi kesan positif yang signifikan terhadap
tingkah laku pengguna dalam menggunakan fintech. Dapatan ini bertentangan
dengan kajian yang dilakukan oleh Chuang et. al. (2016) dan Asmy et. al.
(2018). Menurut kajian lepas, elemen manfaat teknologi mudah digunakan
(perceived ease of use) memainkan peranan yang penting dalam
mempengaruhi niat pengguna dalam menggunakan teknologi. Dengan kata
lain, jika terdapat halangan seperti sistem aplikasi yang sukar difahami,
aplikasi yang mengambil masa yang lama untuk dimuat turun dan pelbagai
masalah berkaitan lain yang berkaitan dengan sistem teknikal wujud, ianya
akan membuatkan pengguna mempunyai sikap negatif terhadap elemen
manfaat teknologi mudah digunakan (perceived ease of use), seterusnya
menyebabkan pengguna tidak mahu menggunakan teknologi baru tersebut.
Hasil dapatan ini terjadi kemungkinannya adalah disebabkan responden tidak
mempunyai pengetahuan yang menyeluruh tentang aplikasi teknologi
blockchain. Malah, di Malaysia masih belum wujud aplikasi Blockchain yang
mampu dijadikan sebagai contoh mahupun tanda aras oleh responden untuk
menilai H3. Selain daripada stigma masyarakat yang menganggap bahawa
blockchain merupakan bitcoin, kurangnya kajian yang terperinci mengenai
blockchain juga menjadi antara salah satu faktor blockchain kurang dikenali
dan difahami oleh masyarakat terutamanya pembayar serta penerima zakat.
Justeru itu, ianya menyebabkan hasil dapatan bagi H3 adalah bertentangan
dengan kajian lepas (Chuang et. al. 2016 & Asmy et. al. 2018).

Kesimpulan

Berdasarkan daripada hasil temu bual yang dijalankan, didapati perkembangan


pengurusan zakat adalah seiring dengan teknologi semasa. Institusi zakat juga
percaya dengan penggunaan teknologi, institusi zakat dapat memantapkan lagi
sistem pengurusan sekaligus dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih baik.
332/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jika penyelidikan yang lebih menyeluruh dan terperinci dijalankan mengenai


potensi blockchain, tidak mustahil institusi zakat akan menggunakan teknologi
blockchain di masa hadapan sebagai satu inovasi baru dalam sistem pengutipan
dan pengagihan.
Berkaitan tentang objektif kedua kajian iaitu untuk mengkaji dan
menilai niat masyarakat (pembayar dan penerima zakat) terhadap penggunaan
Fintech khususnya blockchain di dalam sistem pengurusan zakat di masa
hadapan dengan menggunakan TAM. Hasil dapatan menunjukkan bahawa tiga
hipotesis kajian disokong manakala satu lagi hipotesis telah ditolak, di mana
kepercayaan terhadap teknologi dan elemen manfaat penggunaan teknologi
(perceived usefulness) mempunyai kesan positif yang signifikan terhadap
tingkah laku pengguna dalam menggunakan fintech (H1 dan H2). Tingkah laku
pengguna dalam menggunakan teknologi fintech juga turut mempunyai kesan
positif terhadap niat menggunakan teknologi (H4) manakala elemen manfaat
teknologi mudah digunakan (perceived ease of use) didapati tidak memberi
kesan positif yang signifikan terhadap tingkah laku pengguna dalam
menggunakan fintech (H3). Melalui hasil dapatan ini, dapat dirumuskan
bahawa untuk memperkenalkan sebuah sistem baharu yang menggunakan
teknologi terkini, institusi zakat haruslah terlebih dahulu membangunkan
kepercayaan orang ramai tentang manfaat kegunaan dan kemudahan aplikasi
tersebut. Dengan pendedahan yang dilakukan, ianya dapat memperkenalkan
manfaat yang dapat ditawarkan oleh Fintech dan Blockchain di dalam sistem
pengurusan zakat.
Kesimpulannya, hasil keseluruhan kajian ini akan berguna kepada
institusi zakat di Malaysia di mana ianya memberi pendedahan dan pengenalan
tentang manfaat yang dapat ditawarkan oleh teknologi Fintech (blockchain) di
dalam sistem pengurusan institusi zakat. Selain itu, ianya juga memberi
penambahan baru kepada sorotan kajian lepas tentang niat tingkah laku
penerima dan pembayar zakat terhadap teknologi serta sistem pengurusan zakat
khususnya di Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan
kajian yang telah dikenal pasti iaitu bilangan jumlah responden yang kecil
(n=200) serta pemilihan pemboleh ubah dalam hipotesis yang dibuat. Malah
responden dari kategori penerima zakat hanya terdiri dalam kalangan pelajar
sahaja dan hal ini berkemungkinan menyebabkan hasil dapatan kajian yang
diperoleh tidak terlalu tepat. Di masa akan datang, kajian boleh dilakukan
dengan kuantiti responden yang lebih ramai serta meliputi kawasan yang lebih
luas.

Rujukan

Al-Quran
Aidit Ghazali. (1988). Zakat Satu Tinjauan. IBS Buku Sdn Bhd, Cet 1, Selangor,
Malaysia.
Azman Ab Rahman, Mohammad Haji Alias, and Syed Mohd Najib, 2012. Zakat
Institution in Malaysia: Problems and Issues. GJAT, Vol 2, Issue 1.
Fintech (Blockchain) dan Pengurusan Zakat di Malaysia/333

Ahmed, H., (2004). Zakat, macroeconomic policies and poverty alleviation: lessons
from simulations on Bangladesh. J. Islamic Economics, Banking and Finance.
18(3): 81-105.
Al-Qardhawiyy, Y. (2001). Dawr al-Zakah fi ‘ilaj al-Muskilah al-Iqtisodiyah Wa Syurut
Najahiha, Dar al-Syuruq, Kaherah, Egypt.
Anita, W. Noor, W. Jusoh, Norudin, Kamaruzaman, 2011. A robust zakah system:
Towards a progressive socio-economic development in Malaysia. Middle-East
Journal of Scientific Research 7(4): 550-554.
Anwar, M., 1995. Financing socio-economic development with zakat funds. J. Islamic
Economics, 4 (1 and 2): 15-32.
Bakar, N.B.A. and H.M.A. Rashid, 2010. Motivations of paying zakat on income:
evidence from Malaysia. International J. Economics and Finance, 2(3): 76-84.
Bakar, M.A and A.A Ghani, 2011. Towards achieving the quality of life in the
management of zakat distribution to the rightful recipients (the poor and needy).
International J. Business and Social Sci., 2(4): 237-245.
Farooq, M.O., 2008. The challenge of poverty and the poverty of Islamic economics.
J.Islamic Economics, Banking and Finance, 4(2): 35-58.
Guy Zyskind, Oz Nathan & Alex Sandy Pentland. (2015). Decentralizing Privacy:
Using blockchain to protect personal data. IEEE CS Security and Privacy
Workshops.
Iqba, Z., 2000. Economic rationale for the state collection of zakat. International J.
Islamic Financial Services, 2;1.
Kabir, H.M., 2010. An integrated poverty alleviation model combining zakat. Awqaf
and microfinance: Seventh International Conference-The Tawhidi Epistemology:
Zakat and Waqf Economy, Bangi.
Laman sesawang Lembaga Zakat Selangor
Laman sesawang PPZ-MAIWP
Laporan PPZ-MAIWP 2014
Li-Min Chuang, Chun-Chu Liu & Hsiao-Kuang Kao. (2016). The adoption of fintech
service: TAM perspective. International Journal of Management and
Administrative Sciences, vol 3 issue 7, pp. 01-15.
Michael Crosby, Nachiappan, Pradan Pattanayak, Sanjeev Verma & Vignesh
Kalyanaraman. (2016). Blockchain technology : Beyond bitcoin. Applied
Innovation Review, issue 2.
Mohamed Asmy Mohd Thas Thaker, Hassanuddin Mohd Thas Thaker, Anwar Allah
Pitchay. 2018. Modeling crowdfunders’ behavioral intention to adopt the
crowdfunding-waqf model in Malaysia: The theory of the technology acceptance
model. International Journal of Islamic and Middle Eastern Finance and
Management.
Mohammad Alias, Ismail Mat, Zurina Kefeli @ Zulkefli and Asharaf Mohd Ramli.
(2011). Zakat Management in Malaysia. In LIFE 3 Proceeding 3rd INSANIAH-
IRTI Langkawi Islamic Finance and Economics International Conference, 29-31
October. Pp. 89-213.
Mohd Faisol Ibrahim. 2016. Analisis kaedah bayaran zakat harta oleh institusi zakat di
Malaysia. The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research (JMFIR). Vol
13 No 2, pp. 109-124.
Nozlina Abd Wahab, Abdul rahim Abdul Rahman, 2012. Productivity growth of zakat
institutions in Malaysia: An application of data envelopment analysis. Studies in
Economics and Finance, Vol. 29, Issue:3, pp.197-210.
Nur Barizah & Hafiz Majdi. 2010. Motivation of paying zakat on income: Evidence
from Malaysia. International Journal of Economics and Finance, vol 2 issue 3.
334/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Perlembagaan Persekutuan (2006), Cetakan Semula Pertama, Pesuruhjaya Penyemak


Undang-Undang Malaysia.
Ragayah, M.Z., & Faridah Shahadan. (2009). Impact of Global Financial Crisis on the
Malaysian Auto-Parts Industry, background paper for Conference on The Impact
of the Global Economic Slowdown on Poverty and Sustainable Development in
Asia and the Pacific, 28-30 September, Hanoi.
Sadhegi, T. and S. Farokhian, 2011. The role of customer satisfaction in product
planning. Middle-East J. Scientific Res,. 7(1): 39-45.
Syed Nazim Ali. (2017). Building trust in Islamic finance products and services.
Society and Business Review, vol 12 issue 3, pp. 356-372.
Soonduck Yoo. (2017). Blockchain based financial case analysis and its implications.
Asia Pacific Journal of Innovation and Entrepreneurship, vol 11 issue 3, pp. 312-
321.
Wahid, H., R.A. Kader, 2010. Localization of Malaysian zakat distribution: Perceptions
of amil and zakat recipients: Proceedings from Seventh International Conference-
the Tawhid epistemology: zakat and wakaf economy, Bangi, Malaysia, pp: 461-
484.
Othman Talib. 2016. SPSS: Analisis Data Kuantitatif Untuk Penyelidik Muda. Penerbit
MPWS Rich Publication.
Zainudin Awang. 2012. Research methodology and data analysis. Penerbit UiTM Press
Universiti Teknologi Mara.
Temu bual bersama Encik Muhsin Nor Paizin, Unit Penyelidikan & Pembangunan
Korporat PPZ MAIWP.
Temu bual bersama Encik Mohamad Idris bin Ramli, Eksekutif Kualiti dan
Penyelidikan Pusat Zakat Negeri Sembilan.
Temu bual bersama Encik Affandi bin Nasir, Ketua Divisyen Perkhidmatan Korporat
Lembaga Zakat Selangor.
Temu bual bersama Dr Ariff bin Ameedeen, Pengarah Pusat Kecemerlangan IBM,
Universiti Malaysia Pahang.
Temu bual bersama Ruzman bin Ramli, Pengarah Baitulmal JAWHAR.
Temu bual bersama Hasanah binti Badrul, Ketua Penolong Pengarah Baitulmal
JAWHAR.
Temu bual bersama Murid Fadzli bin Musa, Pegawai Hal Ehwal Islam, JAWHAR.
Bab 18

Potensi Aplikasi Teknologi Blockchain dalam Pengurusan


Zakat di Negeri Sembilan
Nur Syahirah Mohd Noh
Mohd Ali Mohd Noor
Mohd Shahid Mohd Noh

Pengenalan

Institusi zakat merupakan satu institusi rasmi yang bertanggungjawab


menguruskan dana zakat. Institusi zakat yang sudah lama terbentuk masih lagi
relevan terutamanya dalam konteks pembangunan ummah dan sebagai salah
satu jalan penyelesaian kepada kepincangan dan jurang ekonomi antara
golongan kaya dan miskin (AH Ab Rahman & F. Adam, 2017). Terdapat
kajian yang dilakukan berjaya membuktikan bahawa kutipan dan agihan zakat
yang cekap dan efisien mampu mengurangkan kadar kemiskinan (Adamu
Muhammad & RAJ Saad, 2016). Namun, terdapat faktor dalaman yang
mencemarkan nama baik institusi zakat seterusnya mengurangkan kutipan
zakat. Beberapa kes negatif seperti pecah amanah dan salah guna wang
memburukkan lagi persepsi masyarakat terhadap institusi zakat lalu
menjejaskan kutipan zakat (Mahamed Dahan, 1998). Sistem birokrasi dalam
pengurusan institusi zakat menimbulkan kesulitan bagi asnaf yang ingin
memohon bantuan zakat contohnya asnaf terpaksa mengisi borang untuk
memohon zakat yang mana akan menimbulkan pelbagai masalah (Muhammad
Syukri, 2002).
Keselamatan data dan maklumat juga menjadi perkara yang berhadapan
dengan risiko kebocoran kerana terdapat agensi yang telah mengalami
kebocoran maklumat peribadi pengguna seperti Facebook dan pada tahun 2011
telah berlaku kebocoran dokumen sulit tentang konflik Israel-Palestin malah
maklumat sulit kerajaan Sweden juga terbocor pada tahun 2017. Pengurusan
maklumat dalaman kerajaan adalah satu perkara yang rumit walaupun bagi
kerajaan yang mempunyai kawalan keselamatan siber yang ketat. Menurut
akhbar Utusan Malaysia bertarikh 4 Jun 2014 menyatakan institusi zakat gagal
untuk melaksanakan tugasnya dengan baik dan efisien bagi membendung
masalah kemiskinan dalam kalangan umat Islam di Malaysia. Hal ini
menimbulkan keraguan pembayar zakat sehingga sebahagian daripada mereka
336/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

memilih untuk membayar zakat secara terus kepada golongan asnaf (Utusan,
2014)
Maka, bagi menyahut seruan Bank Negara Malaysia agar menggunakan
teknologi secara efektif, institusi zakat perlu sentiasa ke hadapan dan tidak
ketinggalan dalam teknologi yang mampu meningkatkan kecekapan dan
ketelusan institusi tersebut. Tidak dinafikan bahawa blockchain mampu
memberi banyak manfaat kepada jabatan kerajaan dan firma perniagaan. Sejak
tahun 2009, kajian tentang blockchain giat dijalankan dan setakat Februari
2018, sebanyak 20 syarikat gergasi telah melabur dan bercadang untuk
mengaplikasi blockchain dalam perniagaan antaranya Microsoft telah
mempaten lebih 40 paten blockchain untuk syarikatnya dan Mastercard
mempaten hampir 30 paten blockchain dengan harapan mampu membuka
peluang perdagangan yang baru menggunakan lejer teragih (distributed
ledger). Bermula pada tahun 2009, selepas matawang kripto diperkenalkan,
teknologi blockchain mula dikenali sebagai platform yang digunakan oleh
Bitcoin bagi menjalan perniagaan matawang (Manav Gupta, 2017). Selepas itu,
blockchain mula mendapat perhatian dunia termasuk syarikat-syarikat gergasi
dan penyelidikan tentang blockchain dimulakan bagi mengkaji fungsi
blockchain selain daripada matawang kripto.
Setakat Mac 2017, sebanyak 10 fungsi blockchain untuk sektor awam
yang sedang dikaji antaranya pengundian dalam pilihanraya, sektor kesihatan,
percukaian, pendaftaran korporat dan di Texas telah diumumkan untuk
mengimplementasi blockchain bagi pengurusan pendaftaran tanah. Manakala
di Asia, lima (5) negara iaitu China, India, Korea Selatan, Singapura dan
Australia lebih ke hadapan dalam isu ini berbanding negara-negara Asia yang
lain (Deloitte, 2017). Oleh itu, kajian ini ingin melihat sejauh mana potensi
teknologi blockchain mampu meningkatkan mutu pengurusan zakat di Negeri
Sembilan. Secara tidak langsung, ia mampu meraih kepercayaan masyarakat
terhadap institusi zakat seterusnya meningkatkan kutipan zakat. Artikel ini
merangkumi lima bahagian iaitu pendahuluan diikuti dengan kajian literatur
dan definisi blockchain. Bahagian seterusnya ialah metodologi kemudian hasil
kajian dan terakhir implikasi dasar dan kesimpulan.

Kajian Literatur

Tercatat di dalam Al-Quran dan hadis, ayat-ayat penegasan untuk umat Islam
menunaikan kewajipan zakat apabila cukup haul dan nisab. Terdapat 37 ayat
Al-Quran yang membicarakan dan menerangkan tentang kewajipan zakat
antaranya,

‘..dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat,


dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-
orang yang rukuk..’ (Al-Baqarah 2:43).

Hal ini membuktikan bahawa umat Islam seharusnya tidak memandang enteng
tentang perihal zakat.
Potensi Aplikasi Teknologi Blockchain dalam Pengurusan Zakat di Negeri Sembilan /337

Kajian Hairunnizam, Sanep dan Radiah (2009) menunjukkan bahawa


majoriti responden yang tidak membayar zakat berkemungkinan kerana tidak
berpuas hati dengan pengagihan zakat oleh institusi zakat. Oleh itu, kajian Ram
et al. (2010) mencadangkan kepada institusi zakat supaya membina
penerimaan positif masyarakat dengan meningkatkan ketelusan dan
pendedahan secara menyeluruh mengenai segala urusan berkaitan zakat yang
sedang, telah atau akan dilaksanakan. Menurut Sanep dan Hairunnizam (2014)
lagi, faktor bukan manusia yang perlu diberi perhatian oleh institusi zakat bagi
meningkatkan kutipan adalah pengurangan birokrasi dan tiada bias politik serta
cekap dan efisien dalam proses penggihan.
Norazlina dan Abdul Rahim (2012) pula menyimpulkan daripada
kajiannya bahawa populasi Muslim di sesebuah negeri berkorelasi secara
positif dengan kutipan zakat negeri tersebut, namun, kutipan yang tinggi tidak
membuktikan pusat zakat negeri tersebut cekap dalam pengurusannya. Masih
banyak usaha dan perubahan yang perlu dilakukan untuk meningkatkan
efisiensi institusi zakat negeri. Adibah dan Joni Tamkin (2014) pula
menyatakan kutipan zakat terutamanya zakat perniagaan masih belum
optimum dan usaha keras masih perlu dilakukan untuk memaksimum kutipan
zakat. Hasil daripada kajian lepas terdapat empat aspek utama yang
memberikan sumbangan langsung kepada pembayaran zakat iaitu kualiti
perkhidmatan, aktiviti dakwah yang memberi kesedaran dan kefahaman
tentang zakat, keberkesanan agihan zakat dan urus tadbir zakat yang baik.
Mannan (2003) berpendapat keberkesanan kutipan zakat dan pengagihan
zakat amat bergantung pada pengurusan oleh institusi zakat. Namun begitu,
aspek pengagihan zakat merupakan satu aspek yang sangat penting kerana ia
menunjukkan bagaimana dana zakat dapat memberi impak kepada masyarakat
dan negara dalam aspek pembasmian kemiskinan dan pembangunan ekonomi.
Menurut Sadeq (1995), kelemahan ini disebabkan pentadbiran zakat diuruskan
oleh mereka yang berlatar belakangkan pendidikan syariah tetapi kurang
professional. Ini menyebabkan pengagihan zakat tidak diuruskan dengan
efisien dan baik. Pendapat ini disokong oleh Abdul-Wahab et.al. (1995) yang
bersetuju pengagihan zakat di Malaysia tidak diuruskan dengan baik kerana
kekurangan pekerja yang berkelayakan dan tiada jaringan professional. Eza
Ellany et al. (2014) berpandangan agihan yang cekap sepatutnya dilakukan
pada tahun semasa kutipan wang zakat diperoleh.
Berdasarkan laporan daripada Deloitte University Press (2017),
blockchain adalah lejar digital yang boleh disaksikan dan dikendalikan oleh
semua peserta yang berada di dalam ekosistem blockchain itu. Manav Gupta
(2017) menjelaskan blockchain mampu membina kepercayaan awam dengan
lima ciri iaitu; (1) diedarkan dan mampan, (2) selamat, privasi dan tidak boleh
dibatalkan, (3) telus dan boleh diaudit, (4) berasaskan persetujuan dan
transaksi, (5) dirancang dan fleksibel. Miraz dan Ali (2018) berpendapat
blockchain berpotensi untuk diperkasakan bukan sahaja di dalam matawang
kripto malah ia juga boleh diaplikasi dalam pentadbiran seperti pengurusan
aset, kesihatan dan juga kewangan. Menurut Hansen dan Kokal (2017)
338/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

blockchain juga boleh direalisasikan dalam perundangan, perbankan,


perakaunan, media, hartanah dan harta intelek.
Manav Gupta (2017) menerangkan tentang satu mekanisme yang terdapat
di dalam blockchain iaitu Smart Contract. Smart Contract adalah perjanjian
atau peraturan yang mengawal sesuatu transaksi yang disimpan di dalam
blockchain dan kontrak ini akan dijalankan secara automatik sebagai
sebahagian daripada transaksi. Kajian yang dijalankan oleh Smart Contracts
Alliance daripada Chamber of Digital Commerce (2016) mendapati bahawa
Smart Contract mampu memudahkan pembayaran dividen dan pampasan
insurans dan takaful secara automatik, dalam masa yang sama mengurangkan
penglibatan pihak ketiga dan risiko operasi. Dalam masa yang sama syarikat
teknologi kewangan yang berpusat di Singapura, Finterra Pte Ltd. melancarkan
Waqf Blockchain bagi tujuan memodenkan pengurusan dan pelaburan dalam
sistem waqf. Menurut syarikat itu, dana wakaf seluruh dunia dianggarkan
bernilai USD 1 trillion, namun gagal membantu perkembangan umat Islam.
Oleh itu, mereka mengambil inisiatif untuk membuat inovasi menggunakan
teknologi blockchain bagi menjadikan sistem wakaf lebih berdaya saing dan
kompetitif (Reuters).

Definisi Blockchain

Blockchain adalah rantaian blok untuk sesuatu transaksi (Staples et. al, 2017).
Ia merupakan lejer yang boleh dikongsi dan diedarkan yang memudahkan
proses merekod transaksi dan mengesan pergerakan aset samada aset ketara
atau tidak ketara. Lejer teragih (distributed ledger) adalah ciri utama di dalam
teknologi blockchain, ia merekod semua transaksi yang dimasukkan ke dalam
blok dan secara automatik lejer itu teragih kepada semua peserta di dalam
ekosistem blockchain itu (Manav Gupta, 2017). Setiap blok di dalam rantaian
itu mempunyai hash (nombor rujukan unik), waktu blok itu dicipta dan hash
untuk blok sebelumnya, maka transaksi dalam setiap blok tidak boleh diubah
atau dipadam kerana setiap blok mempunyai rantaian dan pautan dengan blok
sebelumnya. Kandungan dalam setiap blok merangkumi transaksi yang
dilakukan, jumlah transaksi, penerima transaksi dan maklumat yang berkenaan
(Deloitte, 2017).

Jenis Blockchain

Blockchain terdapat dua jenis iaitu umum dan privasi, bergantung kepada
kegunaannya. Blockchain umum membolehkan pengguna atau peserta yang
berada dalam ekosistem blockchain untuk membaca dan melakukan transaksi,
contoh blockchain umum adalah Bitcoin. Walau bagaimanapun, terdapat juga
blockchain umum yang mengehadkan kepada pesertanya untuk membaca atau
melakukan transaksi sahaja. Berbeza dengan blockchain privasi, ia terhad
kepada peserta terpilih sahaja yang mempunyai akses kepada sistem
blockchain itu. Blockchain privasi ini sesuai diimplementasi dalam jabatan
kerajaan dan firma perniagaan (Mahdi H. Miraz & Maaruf Ali, 2018).
Potensi Aplikasi Teknologi Blockchain dalam Pengurusan Zakat di Negeri Sembilan /339

Pengesahan

Blockchain merupakan lejer teragih yang dibina dengan kepercayaan. Berbeza


dengan lejer tradisional yang memerlukan pengesahan daripada pihak tertentu,
blockchain tidak memerlukan pengesahan pihak tertentu. Setiap blok yang
akan dimasukkan dalam rantaian blok memerlukan pengesahan (consensus)
daripada setiap peserta di dalam ekosistem blockchain. Pengesahan untuk
setiap blok itu dicapai melalui algoritma konsensus yang sukar ditipu atau
dimanipulasi oleh mana-mana pihak. Kaedah pengesahan berkemungkinan
berbeza untuk setiap ekosistem (Mahdi H. Miraz & Maaruf Ali, 2018).

Smart Contract

Pada tahun 1996, Nick Szabo menerangkan bahawa smart contract merupakan
sebuah perjanjian atau kontrak yang beroperasi secara elektronik menggunakan
algoritma (Smart Contracts Alliance, 2016). Smart contract adalah satu
perjanjian atau peraturan yang disimpan di dalam blockchain dan ia akan
terlaksana secara automatik sebahagian daripada transaksi dalam blockchain
(Manav Gupta, 2017). Sebahagian jenis blockchain membenarkan program
komputer melaksanakan transaksi apabila syarat-syarat dalam smart contract
dipenuhi (Staples M et. al, 2017). Tujuan smart contract adalah untuk
meningkatkan ketelusan dan mengurangkan masa untuk memproses transaksi
(Manav Gupta, 2017).

Metodologi

Fokus kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana potensi teknologi
blockchain boleh dilaksanakan dalam institusi zakat maka, metodologi
kualitatif adalah pendekatan terbaik yang boleh digunakan. Menurut William
(2007), penyelidikan kualitatif sesuai digunakan untuk menerangkan,
menjelaskan dan mentafsir data yang terkumpul. Data primer yang dikumpul
dalam kajian ini adalah temuramah bersama pegawai pusat zakat Negeri
Sembilan juga pemain industri khususnya pakar dan pengkaji blockchain di
Malaysia. Data sekunder pula didapati daripada artikel akademik, buku-buku,
laman web rasmi Bank Negara Malaysia, Pusat Zakat Negeri Sembilan,
Lembaga Zakat Selangor dan lain-lain juga keratan akhbar.
Selain daripada itu, analisis SWOT juga digunakan bagi menimbangtara
antara kebaikan dan keburukan cadangan kertas kajian ini. SWOT bermaksud
kekuatan (strengths), kelemahan (weaknesses), peluang (opportunities) dan
ancaman (threats). Analisis SWOT adalah satu penilaian kepada sesebuah
organisasi. Penilaian ini terdiri daripada penilaian dalaman daripada segi
kekuatan dan kelemahan, dan peluang kepada perkembangan dan
penambahbaikan juga ancaman daripada luar (Jeffrey P. Harrison, 2010).
Teknik analisis SWOT ini diasaskan oleh Albert Humphrey. Beliau mengetuai
340/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

projek kajian di Universiti Stanford pada tahun 1960-an dan 1970-an


menggunakan data daripada syarikat-syarikat Fortune 500. Analisis SWOT
digunakan untuk mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman
yang terdapat dalam sesebuah projek atau perniagaan atau apa-apa situasi yang
memerlukan sesebuah organisasi untuk membuat keputusan dalam mencapai
objektif (Kuang-chen Wang, 2007).

Hasil Kajian

Hasil temubual awal bersama pegawai di Pusat Zakat Negeri Sembilan


(PZNS), PZNS hanya bertanggungjawab untuk membuat kutipan zakat
manakala Baitumal MAINS pula bertanggungjawab untuk mengagihkan
kutipan. Sejak tahun 2005 yang lalu, PZNS menerima banyak aduan tentang
kecekapan seperti kelewatan potongan gaji namun semakin lama semakin
menurun peratusan aduan negatif yang diterima. Penyalahgunaan dana zakat
pula tidak pernah dilaporkan berlaku dan sekiranya berlaku, dana zakat
mempunyai perlindungan takaful dan wang zakat yang dibenarkan untuk
disimpan di pejabat PZNS hanyalah tidak melebihi RM 5,000 dalam satu masa.
Namun begitu, PZNS menghadapi kesukaran dalam mendapatkan
data seperti bilangan guru, polis dan tentera yang beragama Islam dan
membayar zakat daripada jabatan kerajaan yang lain kerana ia dianggap sulit.
Walaupun begitu, ia berjaya diatasi oleh PZNS dengan melakukan perjanjian
dan kerjasama dengan jabatan-jabatan tersebut. Pengurusan zakat di Negeri
Sembilan pula tiada had dalam penerimaan zakat contohnya; sebuah keluarga
boleh menerima beberapa jenis zakat dengan syarat mereka layak
menerimanya. PZNS berpendapat bahawa pihak mereka tiada masalah dalam
melakukan transformasi teknologi memandangkan purata umur kakitanagn
PZNS adalah 45 tahun ke bawah yang merupakan generasi X dan Y. PZNS
juga mempunyai pegawai dan jurutera teknologi maklumat yang
keseluruhannya seramai tujuh kakitangan yang memudahkan lagi pengurusan
dan penyelenggaraan sistem dan server. Malah, kini PZNS juga menjalankan
operasi menggunakan teknologi pelbagai dan PZNS tidak melihat teknologi
blockchain ini sebagai satu halangan untuk diaplikasikan di PZNS. PZNS
berpandangan blockchain ini berpotensi untuk meningkatkan kualiti kerja,
keselamatan data seterusnya meningkatkan kutipan zakat di Negeri Sembilan.
PZNS juga melakukan kolaborasi bersama agensi yang lain seperti
TEKUN, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Yayasan Peneraju untuk
mengelakkan pertindihan agihan zakat dengan bantuan rakyat yang lain dan
terdapat juga projek-projek yang dilakukan bersama Mangkuk Tingkat.com
untuk memberi latihan masakan dan bakeri kepada golongan ibu tunggal,
namun setakat ini masih tiada lagi pemantaun yang dilakukan bagi mengetahui
samada golongan ini telah berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan.
Dalam masa yang sama, PZNS memandang kos yang terlalu tinggi mungkin
menjadi kekangan dalam mengimplementasi blockchain dalam PZNS. Mereka
juga berpandangan bahawa, aplikasikan blockchain dalam pengurusan zakat
masih di peringkat tahsiniyyat dan dengan menggunakan teknologi sekarang
Potensi Aplikasi Teknologi Blockchain dalam Pengurusan Zakat di Negeri Sembilan /341

juga PZNS mampu menjalankan operasi dengan cekap. Walaupun begitu,


PZNS menyambut baik usaha yang dilakukan bagi meningkatkan tahap
kecekapan dan keselamatan dalam pengurusan zakat.
Pakar blockchain daripada Ifcon Technologies memberi respon
bahawa blockchain ini dilihat berpotensi untuk diaplikasikan dalam kerajaan
dan mampu meningkatkan kecekapan dan ketelusan juga keselamatan data.
Rekaan blockchain untuk kerajaan juga memerlukan pakar untuk mereka khas
blockchain mengikut kesesuaian kegunaan jabatan tersebut. Memandangkan
teknologi blockchain ini adalah teknologi baharu dan Malaysia masih tiada
pengalaman dalam pengurusan blockchain maka Kerajaan seharusnya
menggunakan khidmat nasihat dan kepakaran daripada negara luar. Hal ini
memerlukan kos yang tinggi, malah menelan belanja hampir jutaan Ringgit
untuk mereka khas dan kos penyelenggaraan. Namun Ifcon Tech. begitu
optimis untuk mengaplikasikan blockchain ini dan mencadangkan kepada
kerajaan agar memulakan kajian tentang blockchain dalam waktu terdekat ini.

Analisis S.W.O.T

Kekuatan

Blockchain dipercayai mampu meningkatkan tahap keselamatan siber dalam


pentadbiran kerana blockchain menggunakan lejar digital yang mempunyai
akses yang ketat dan terhad kepada pihak-pihak tertentu sahaja. Apabila data
telah disahkan dan direkod di dalam blok, ia tidak boleh diubah atau
dipadamkan juga ia adalah lejar teragih kepada komputer yang lain yang
dipanggil nodes membuatkan ia lebih susah untuk dicuri atau dimanipulasi.
Teknologi ini sangat sukar untuk digodam kerana ia menggunakan kriptografi
yang unik yang boleh menghalang akses yang tidak dibenarkan (Manav Gupta,
2017).
Justeru, kecekapan institusi zakat juga mampu ditingkatkan apabila
menggunakan teknologi blockchain. Smart contract adalah mekanisme yang
terdapat di dalam blockchain yang akan meningkatkan effisiensi blockchain.
Kebaikan smart contract dalam blockchain bagi penerima zakat ialah:
1. Menyingkatkan masa untuk memproses borang zakat. Kebiasaannya
borang permohonan zakat diproses mengambil masa dua minggu
namun dengan smart contract, ia mampu memproses zakat asnaf
dengan masa yang jauh lebih singkat.
2. Mengenal pasti asnaf dengan lebih mudah dan cepat. Beberapa
jabatan kerajaan yang terlibat dengan institusi zakat akan dimasukkan
ke dalam ekosistem blockchain dan jabatan tersebut boleh merekod
data yang diperlukan oleh Pusat Zakat. Contohnya, Jabatan Statistik
merekod data rakyat Negeri Sembilan di dalam blockchain untuk
rujukan Pusat Zakat bagi mengenal pasti asnaf dan pihak berwajib
akan secara langsung mengesan golongan asnaf di Negeri Sembilan.
342/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

3. Mengurangkan risiko keciciran asnaf dalam pengagihan zakat. Smart


contract akan terus mengenal pasti asnaf yang layak menerima zakat
dan pihak berwajib menyalurkan agihan zakat pada asnaf tersebut.
4. Mengelakkan sebuah keluarga menerima zakat yang lebih dalam
waktu yang sama terdapat asnaf yang tidak mendapat zakat. Syarat di
dalam smart contract boleh ditetapkan oleh pihak berwajib. Oleh itu,
pengagihan zakat yang adil perlulah dititikberatkan dalam pengagihan
zakat.
5. Mengurangkan kemungkinan pertindihan bantuan. Pihak berwajib
boleh memasukkan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan jabatan lain
yang dirasakan perlu bagi mendapatkan maklumat tentang penerima
bantuan yang lain bagi mengelakkan pertindihan bantuan.

Kebaikan smart contract kepada pembayar zakat:


1. Memudahkan proses pengecualian cukai dengan memasukkan
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke dalam ekosistem
blockchain. Apabila pembayar melakukan pembayaran zakat, ia akan
terus dikemaskini di dalam blok dan pihak LHDN akan maklum
tentang pembayaran tersebut seterusnya memudahkan pengecualian
cukai.
2. Memudahkan makluman kepada orang yang layak membayar zakat.
Apabila jabatan-jabatan kerajaan dan agensi yang berkenaan berada di
dalam ekosistem blockchain, ia akan memudahkan proses
penyampaian maklumat daripada satu jabatan ke pusat zakat. Maka,
apabila pusat zakat sudah mengenal pasti orang yang layak membayar
zakat, makluman pembayaran zakat akan disampaikan kepada
individu dalam jabatan tersebut.

Blockchain juga dilihat memberi manfaat dalam pengurusan akaun.


Data yang direkod dan dimasukkan ke dalam blok tidak boleh diubah dan
setiap blok mempunyai nilai hash tersendiri juga masa dan tarikh juga direkod,
maka, apabila berlaku perubahan pada data yang telah direkod secara
automatik nilai hash, masa dan tarikh juga akan berubah. Maka, ia akan
menjadi lebih mudah untuk mengenal pasti perubahan yang dilakukan. Setiap
rekod akaun yang dimasukkan ke dalam blok adalah sulit dan tidak boleh
diakses kecuali bagi pihak yang mempunyai kunci privasi (private key). Dunia
perakaunan sudah rancak dengan kajian demi kajian yang dilakukan bagi
menaik taraf sistem perakaunan. Deloitte telah melancarkan ‘one-stop
blockchain software platform’ dipanggil Rubix pada tahun 2014 dan KPMG
melancarkan Program Servis Lejar Digital pada tahun 2016. Pada tahun 2017
juga syarikat gergasi itu menjalinkan kerjasama dengan Microsoft untuk
mecipta ‘Blockchain Nodes’ bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan
kepuasan klien.
Potensi Aplikasi Teknologi Blockchain dalam Pengurusan Zakat di Negeri Sembilan /343

Kelemahan

Blockchain adalah satu teknologi baru yang masih belum matang dan
memerlukan kajian yang mendalam untuk pelaksaannya khususnya dalam
perniagaan dan perkhidmatan awam. Setakat ini, kajian tentang blockchain
lebih tertumpu di negara barat. Maka, kepakaran blockchain yang diperlukan
untuk memberi khidmat nasihat dan mereka blockchain yang sesuai dengan
kegunaanya akan menelan kos yang sangat tinggi. Anggaran belanja untuk
khidmat nasihat dan rekaan blockchain hampir jutaan Ringgit dan ia tidak
termasuk kos penyelidikan dan pengelenggaraan. Menurut Pusat Zakat Negeri
Sembilan, pada tahun 2017, perbelanjaan untuk bahagian teknologi sedia ada
menelas kos hampir RM 1 juta dan apabila diimplementasikan blockchain ini,
sudah pasti kos perbelanjaan akan meningkat.
Pusat Zakat perlu menggunakan khidmat jurutera blockchain untuk
mengubah syarat atau kontrak yang telah ditetapkan di dalam smart contract di
dalam sistem blockchain. Pusat Zakat tidak boleh mengubah kontrak itu sendiri
mengikut keperluan semasa, oleh itu pusat zakat perlu menilai sebaiknya syarat
yang akan dimasukkan ke dalam smart contract. Data yang telah dimasukkan
ke dalam blok tidak boleh diubah atau dipadam adalah kelebihan blockchain,
namun dalam waktu yang sama ia adalah satu kelemahan blockchain. Data-
data yang direkod mestilah data yang tepat dan tiada ruang untuk kesilapan
dalam merekod data, kerana sekiranya silap dan telah dimasukkan ke dalam
blok, ia tidak boleh diubah atau dipadam. Oleh yang demikian, pegawai yang
merekod data dalam sistem blockchain perlu fokus dan teliti.

Peluang

Dunia teknologi mampu meningkatkan produktiviti dan menjadikan sesebuah


entiti lebih kompetitif. Agensi kerajaan dan badan korporat juga tidak
sepatutnya terkecuali dalam perkembangan teknologi. Sekarang adalah masa
yang sesuai untuk kerajaan melakukan tranformasi dan evolusi dalam
pentadbiran. Tidak dinafikan bahawa teknologi blockchain masih di peringkat
awal, namun jika kerajaan membuka langkah mulai sekarang, ia akan menjadi
satu pelaburan yang menguntungkan pada masa akan datang. Kerajaan juga
mampu menjadi perintis kepada teknologi blockchain seterusnya membuktikan
kepada dunia bahawa dalam institusi kewangan Islam seperti institusi zakat
juga tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi.
Kakitangan institusi zakat juga boleh mempelajari dan menjadi lebih
mesra dengan teknologi khususnya teknologi blockchain. Walaupun kini
agensi kerajaan menggunakan teknologi namun teknologi blockchain ini
adalah satu teknologi baru yang memerlukan kepakaran dalam
menguruskannya. Kakitangan kerajaan harus menghadiri seminar atau kursus
dalam mempelajari kaedah pengurusan blockchain. Berdasarkan kelebihan
yang terdapat pada blockchain, ia dilihat berpotensi untuk meraih kepercayaan
masyarakat khususnya umat Islam kepada institusi zakat, secara tidak langsung
mampu meningkatkan kutipan juga agihan zakat.
344/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Kekangan

Inovasi teknologi adalah bergantung kepada perundangan negara tersebut, oleh


itu, kekangan perundangan adalah antara kekangan utama yang dihadapi
memandangkan blockchain adalah teknologi yang baru. Ia bukan sahaja
dihadapi oleh Malaysia malah seluruh dunia mengalami perkara yang sama.
Pembuat polisi juga perlu mengkaji teknologi ini daripada segi keselamatan,
risiko pentadbiran dan pengurusan, keselamatan siber, data dan sekuriti, risiko
pihak ketiga dan aspek-aspek lain yang perlu.
Serangan 51 peratus juga antara risiko teknologi ini. Serangan 51
peratus berlaku apabila satu transaksi yang salah telah disahkan oleh lebih
separuh pihak yang dipanggil nodes dan data itu dimasukkan ke dalam rantaian
blok. Walau bagaimanapun, serangan ini masih di peringkat hipotesis dan
belum terbukti juga tidak pernah berlaku secara realiti. Kekurangan aplikasi
teknologi blockchain dalam dunia sebenar juga menjadikan sebahagian pihak
agak keberatan untuk menerima pakai teknologi ini. Kebanyakan negara masih
lagi di peringkat kajian dan di Texas sudah mengumumkan untuk mengguna
pakai teknologi blockchain dalam pentadbiran hartanah namun masih belum
diimplementasikan (Deloitte, 2017).

Implikasi Dasar dan Kesimpulan

Teknologi blockchain adalah satu fenomena baru bukan sahaja di Malaysia


malah di seluruh dunia. Kajian demi kajian sedang giat dijalankan terutamanya
di negara-negara Barat dan syarikat-syarikat gergasi di dunia telah
menunjukkan minat untuk membuat pelaburan di dalam teknologi ini. Oleh itu,
Malaysia sebagai negara Islam yang dipandang tinggi oleh dunia juga tidak
seharusnya ketinggalan dalam mengejar dan mengaplikasikan teknologi ini.
Teknologi blockchain ini mampu membawa tranformasi di dalam pentadbiran
kerajaan dan institusi kewangan terutamanya daripada aspek kecekapan dan
keselamatan. Walaupun dunia blockchain ini masih baru dan masih banyak
yang perlu dikaji, namun Malaysia perlu bersikap optimis dan berdaya saing
untuk bersama negara-negara maju yang lain untuk menceburkan diri dalam
kajian dan penyelidikan terhadap blockchain.
Memandangkan teknologi ini masih baru dan belum cukup matang,
maka perundangan akan menjadi satu kekangan pada kerajaan untuk
merealisasikan teknologi ini. Hal ini bukan sahaja halangan yang perlu
dihadapi oleh Malaysia, malah semua negara akan menghadapi halangan yang
sama. Oleh itu, kerajaan seharusnya memulakan tindakan dan gerak kerja
secepat mungkin agar teknologi blockchain ini mampu diaplikasikan pada
masa akan datang. Kakitangan institusi zakat juga akan mendapat manfaat
kerana mereka juga akan mempelajari ilmu komputer dan perisian bagi
mengendalikan sistem yang baru. Kakitangan dan staf akan lebih mesra dengan
teknologi dan mampu meningkatkan kualiti kerja ke arah yang lebih baik.
Penggunaan teknologi blockchain ini adalah sejajar dengan visi PZNS yang
ingin menjadikan PZNS sebuah institusi korporat yang relevan dan kompetitif
Potensi Aplikasi Teknologi Blockchain dalam Pengurusan Zakat di Negeri Sembilan /345

dalam menjana kutipan zakat yang optimum dengan menggunakan teknologi


terkini. Implementasi blockchain akan berkemungkinan berlaku perubahan
daripada aspek pengurusan dan budaya kerja, namun, manfaat yang akan
diterima dalam jangka masa panjang lebih memberi impak positif dan
signifikan. Segala kekurangan yang mungkin wujud dalam sistem baru ini akan
dapat dipertingkatkan dan diperbaiki sekiranya umat Islam berterusan
menyokong perkhidmatan yang diberikan selain berterusan memberi
pandangan dan pendapat bagi mengukuhkan sistem kewangan umat Islam.
Secara keseluruhannya, sejak puluhan tahun teknologi terbukti
mampu menjadikan kerja manusia lebih efektif dan produktif juga
meringankan bebanan tugas yang diamanahkan. Secara tidak kutipan zakat
juga mampu ditingkatkan disebabkan oleh kepuasan hati pelanggan dengan
kecekapan dan keberkesanan mutu kerja yang ditunjukkan oleh institusi zakat
(Hairunnizam & Sanep, 2005). Bermula sekarang kerajaan dan institusi
korporat seharusnya membuka ruang untuk penyelidikan dan kajian seterusnya
melahirkan pakar dalaman tentang blockchain. Pelaburan bagi teknologi ini
dianggarkan menelan kos yang besar namun ia akan memberi keuntungan pada
masa depan. Penganalisis projek berpendapat pada tahun 2022 blockchain
mampu membawa transformasi dan menjimatkan kos USD 15 hingga 20
billion bagi sektor kewangan (Deloitte, 2017). Selaku institusi yang
menguruskan kewangan umat Islam, institusi zakat haruslah menyediakan
perkhidmatan yang terbaik dan memberi persepsi positif kepada pelanggan
berlandaskan hukum syara’.

Rujukan

Al-Quran. Mushaf Al-Burhan. CV Media Fitrah Rabbani. Bandung, Indonesia.


Anderson, C. 2017. Swedish Government Scrambles to Contain Damage From Data
Breach. The New York Times, 25 July.
https://www.nytimes.com/2017/07/25/world/europe/ibm-sweden-data-
outsourcing.html.
Angus Champion de Crespigny. 2016. Blockchain: The hype, The Opportunity and
What You Should Do. EYGM LTD, Ernst & Young LLP.
Anon. 2017. Sweden Data Leak 'A Disaster' , Says PM. BBC News, 24 July.
https://www.bbc.com/news/technology-40705473.
Bank Negara Malaysia. Mission Statement. http://www.bnm.gov.my/index.
Bugha, M. 1997. Fiqh Manhaji. Jil. 8. Damsyik. Darul Qalam Littiba'ah Wa Nasyar Wa
Tawzi'.
Borhan, J.T., Wahab, A. 2014. Faktor Penentu Pembayaran Zakat oleh Entiti
Perniagaan di Malaysia. Jurnal Syariah 22(3): 295-322.
Carlstrom, G. 2011. Introducing The Palestine Papers. Al-Jazeera, 23 January.
https://www.aljazeera.com/palestinepapers/2011/01/201112214310263628.ht
ml.
Cheng, S., Daub, M., Domeyer, A., Lundqvist, M. 2017. Using Blockchain to Improve
Data Management in The Public Sector. McKinsey&Co, February.
https://www.mckinsey.com/business-functions/digital-mckinsey/our-
insights/using-blockchain-to-improve-data-management-in-the-public-sector
346/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Dahan, M. 1998. Zakat Management and Administration Malaysia. Seminar of Zakat


and Taxation, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Gupta, M., 2017. Blockchain For Dummies. IBM Ltd.
Harrison, J.P. 2010. Essentials of Strategic Planning in Healthcare, hlmn: 91-97.
Hansen, M.D., Kokal, M.T. 2017. The Coming Blockchain Disruption: Trust without
The 'Middle-man'. IADC Committee Newletter.
Ingram, D. 2018. Facebook Says Data Leak Hits 87 Million Users, Widening Privacy
Scandal. Reuters, 5 April. https://www.reuters.com/article/us-facebook-
Killmeyer, J., White, M., Chew, B. 2017. Will Blockchain Transform The Public
Sector? Blockchain Basics for Government. Deloitte University Press.
Lateff, E.E., Palil, M.R., Hassan, M.S. 2014. Prestasi Kecekapan Agihan Kewangan
dan Bukan Kewangan dalam Kalangan Institusi Zakat di Malaysia. Jurnal
Ekonomi Malaysia 48(2): 51-60.
Mannan, M.A. 1986. Islamic Economics: Theory and Practice. Cambridge: Hodder and
Stoughton.
Miraz, M.H., Ali, M. 2018. Applications of Blockchain Technology beyond
Cryptocurrency. Annals of Emerging Technologies in Computing (AETiC)
2(1): 1-6.
Muhammad, S.A., Saad, RAJ. 2016. Impact of Attitude Toward Zakat Evasion and
Moral Reasoning Intention to Pay Zakat: A Pilot Study. International Journal
of Research in Bussiness Management (IMPACT) 4(2): 59-64.
Mohd. Idris bin Ramli. 2018. Institusi Zakat dan Blockchain. Seremban. Temu bual, 29
Mei.
Nik Izwan Kamel, Aliff Sharifuddin. 2018. Aplikasi Teknologi Blockchain dalam
Agensi Kerajaan. Kuala Lumpur. Temu bual. 1 Jun.
Rahman, A., Adam, Fadzli. 2017. Islam dan Ekonomi. Edisi ke-2. Terengganu: Penerbit
Universiti Malaysia Terengganu.
Risks and Opportunities for System Using Blockchain and Smart Contract. 2017.
Commonwealth Scientific and Industrial Research Organisation.
Saad, RAJ., Bidin, Z., Idris, K.M., Hussain, H. 2010. Faktor-faktor yang
Mempengaruhi Gelagat Kepatuhan Zakat Perniagaan. Jurnal Pengurusan 30:
49-61.
Saad, RAJ. 2014. Zakat dan Persepsi Buruk Masyarakat. Utusan. 4 Jun.
Salleh, M.S. 2002. Lokalasi Zakat: Satu Kajian Teoritis. Kertas lerja dibentangkan di
Muzakaran Pakar Zakat, UKM.
Smart Contracts Alliance - In Collaboration with Deloitte. 2016. Smart Contracts: 12
Use Cases for Business & Beyond. Chamber of Digital Commerce.
Smart Contracts: 12 Use Cases for Business & Beyond. 2016. Chamber of Digital
Commerce.
Vizcaino, B. 2018. Blockchain Venture Aims to Modernize Islamic Endowment.
Reuters. 4 Jun.
Wahab, N.A., Rahman, R. 2012. Efficiency of Zakat Institution In Malaysia: An
Application of Data Envelopment Analysis. Journal of Economic and
Development 33(1): 95-112.
Wahab, M., Al-Junaid, S.A.H., Omar, A., Ghazali, A., Osman, J., Arif, M. 1995.
Malaysia: A Case study of Zakat Management. In Institutional Framework of
Zakat: Dimensions and Implications. Islamic Research and Training Jeddah.
Seminar Proceedings 23: 297-378.
Wahid, H., Ahmad, S., Kader, R.A. 2008. Pengagihan Zakat oleh Institusi Zakat di
Malaysia: Mengapa Masyarakat Islam Tidak Berpuas Hati. Seminar
Kebangsaan Ekonomi Malaysia. 804-816.
Potensi Aplikasi Teknologi Blockchain dalam Pengurusan Zakat di Negeri Sembilan /347

Wahid, H., Ahmad, S. 2014. Faktor Mempengaruhi Tahap Keyakinan Agihan Zakat:
Kajian terhadap Masyarakat Islam di Selangor. Jurnal Ekonomi Malaysia
48(2): 41-50.
Wang, K. A Process View of SWOT Analysis. National Taipei University, Taipei,
Taiwan.
Vetter, A. 2018. Voices Blockchain is Already Changing Accounting. Accounting
Today, 7 May. https://www.accountingtoday.com/opinion/blockchain-is-
already-changing-accounting.
Perakaunan untuk Aset Wakaf, Zakat dan Baitulmal oleh Majlis Agama Islam
Negeri di Malaysia: Satu Cadangan Kerangka Kerja Syariah /359

Bab 19

Perakaunan untuk Aset Wakaf, Zakat dan Baitulmal oleh


Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia: Satu Cadangan
Kerangka Kerja Syariah
Hairunnizam Wahid
Mohd Fairuz Mohd Salleh
Azlina Ahmad
Norida Basnan
Azizah Mohd Harun
Ainol Basirah Abdul Wahab

Pengenalan

Dalam Islam, sesuatu ilmu 1 itu tidak boleh tertegak berdiri sendiri sebaliknya
memerlukan intergrasi kesemua komponen ilmu bagi membina suatu sistem
yang mantap, unik dan berwibawa. Dalam konteks ilmu perakaunan yang
berkaitan dengan ilmu muamalat, ilmu naqliyah menjadi sumber ilmu utama
dalam penyelesaian masalah manusia berdasarkan dalil yang jelas (qati’e),
diikuti pelbagai ilmu asas berkaitan forensik fiqh muamalat seperti usul al-fiqh
dan qawa’id fiqh, ulum al-Quran dan ulum al-Hadith serta fiqh al-sirah. Ia
juga perlu dilengkapkan lagi dengan ilmu berkaitan dengan instrumen dan
mekanismanya seperti bahasa Arab, sorof, nahu, balaghah, bayan dan mantiq;
dan akhirnya berkaitan dengan sumber hukum dan perundangan termasuklah
maqasid al-syariah dan roh perundangan Islam (Muji Tahir, 2016; h. 50). Isu
semasa ketidakpuashatian masyarakat Islam terhadap agihan zakat sentiasa
berlaku dan isu ini berkemungkinan dapat ditangani dengan penyediaan dan
pendedahan penyata kewangan dan laporan tahunan yang jelas dan telus oleh
sesebuah institusi Islam. Dalam menyelesaikan permasalahan manusia dalam
konteks ilmu perakaunan, konsep kewajaran, mudah dan anjal (flexible)
memainkan peranan yang penting supaya pengkajian ini dapat diterima oleh
pemikiran yang rasional. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah (2:185)
menjelaskan perkara tersebut yang bermaksud;

1
Menurut imam al-Ghazali (1980), takrif ilmu adalah pengetahuan yang dengannya manusia dapat
mengenal Allah SWT.
350/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

“…Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak


menghendaki kamu menanggung kesukaran…”

Dan Firman Allah SWT lagi dalam surah Al-Baqarah (2: 286) yang
bermaksud,

“Allah (sekali-kali) tidak akan memberatkan kamu melainkan


apa yang terdaya kamu lakukan”

Dalam hal ini, para imam mazhab telah merumus suatu kaedah dalam
muamalah bahawa,
“asal hukum suatu perkara dalam muamalat adalah
diharuskan sehinggalah ada dalil yang menunjukkan
sebaliknya”

Menurut Muji Tahir (2016), kaedah ini akan membuka ruang ijtihad
kepada para mujtahid untuk meneroka inovasi produk yang komprehensif
dalam muamalat, sistem ekonomi dan kewangan Islam, namun para mujtahid
tersebut perlu menguasai ilmu kemahiran dan memahami epistemologi dalam
ilmu. Terdapat dua bentuk kemahiran dalam penguasaan ilmu menurut ibn
Khaldun (Sanep, 2006; h.34) iaitu (1) ilmu asas (al-Ulum al-Naqlliyah al-
Wadi’iyah) iaitu ilmu untuk urusan akhirat yang diperolehi oleh manusia
daripada rasul (melalui wahyu) dan; (2) ilmu alat (al-Ulum al-Hikmiyah al-
Falsafiyah) iaitu ilmu urusan dunia yang diperolehi berdasarkan proses aqal
(usaha dan pemikiran) dan amat perlu dalam memastikan penerokaan kepada
penyelesaian masalah kehidupan bermuamalah dalam konteks perakaunan
dalam kalangan manusia dapat diselesaikan dengan kaedah yang terbaik.
Kajian ini perlu dimulakan dengan epistemologi yang berkaitan dengan sumber
ilmu yang benar yang disepakati oleh jumhur ulama’ Mazhab iaitu Al-Quran,
As-Sunnah, Ijma’ dan Qias yang merupakan satu sumber nilai yang tetap. Ini
merupakan satu doktrin atau satu cara hidup dalam Islam dan menjadi nukleus
dalam kajian ini (Sanep, 2016). Namun begitu dalam menyelesaikan
permasalahan semasa terutamanya dalam mengaplikasikan ilmu berkaitan
perakaunan dan perundangan (ilmu fard kifayah) dalam mentakrifkan aset
yang diuruskan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), sandaran rujukan
kepada korpus ilmu juga amat diperlukan selagi mana ia mengikut syara’.
Pendekatan Islamisasi2 atau akomodatif-modifikasi & elektisme-metodologik
diperlukan untuk meneliti dan membuat pengubahsuaian takrifan aset dalam
ilmu perakaunan semasa. Kaedah akomodatif-modifikasi merujuk kepada
pendekatan yang bersedia menerima dan memperbaiki pemikiran pengkaji

2
Dalam proses mencari kebenaran terhadap permaslahan yang wujud dalam merungkai sesuatu
fenomena merupakan satu proses islamisasi iaitu satu proses reformasi sosio-ekonomi berdasarkan
Islamic world-view dan visi dalam Islam. Menurut Aslam (1997; h. 55), proses islamisasi di
peringkat polisi merupakan satu perkembangan yang bersifat semulajadi dimana proses islamisasi
dilakukan di peringkat kerangka teori dan konsep dengan bersandarkan kepada Islamic world-view
dan konsep ad-din.
Perakaunan untuk Aset Wakaf, Zakat dan Baitulmal oleh Majlis Agama Islam
Negeri di Malaysia: Satu Cadangan Kerangka Kerja Syariah /351

bukan-Islam manakala kaedah elektisme-metodologik adalah merujuk kepada


pendekatan yang fleksibel, yang memilih-milih apa yang dirasakan baik
daripada pelbagai sumber dan menggunakannya secara kolektif (Muhammad
Syukri, 2014; p.6-7). Namun begitu kaedah Islamisasi ini perlu dilakukan
dengan berhati-hati (ikhtiyat) mengikut keperluan, urutan dan keutamaan ilmu
iaitu (1) aqidah iaitu keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepada sistem
ilahi; (2) naqliyah iaitu sesuatu perkara yang berdasarkan dalil; dan (3)
‘aqliyah iaitu kebijakan akal untuk merungkai masalah (Muji Tahir, 2016; h.
23) dan perlu dimulakan dengan tasawwur Islam yang jelas seperti dinukilkan
oleh Muhammad Syukri (2014).

Rajah 1: Kerangka Kerja Konseptual Pengiktirafan, Pengukuran dan


Pendedahan Aset Menurut Keperluan Syariah

Elemen Asas Penyata Kewangan

Aset Liabiliti Ekuiti


(Hasil dan
Belanja)

Aset Amanah Aset Bukan Amanah


(Aset Wakaf dan Aset Zakat) (Aset Baitulmal)

Pengiktirafan Pengukuran Pendedahan


Kriteria pengiktirafan: Asas pengukuran: Prinsip pendedahan:
- Memenuhi definisi - Pada nilai semasa Maklumat yang:
aset. (diutamakan); - Relevan.
- Kemungkinan akan - Pada nilai kos (hanya - Objektif.
berlaku aliran masuk apabila nilai semasa tidak - Material.-
manfaat ekonomi ke dapat diukur dengan Telus/Komprehensif
dalam entiti atau munasabah) - Boleh dipercayai
potensi perkhidmatan Nilai semasa diutamakan (tepat, tidak
masa depan dengan menggunakan mengelirukan serta
- Boleh diukur dengan kaedah ukuran: tidak menimbulkan
munasabah. - Nilai pasaran, fitnah dan kesan
- Selari dengan hukum, - Kos penggantian, atau negatif).
prinsip dan syariat - Harga jualan bersih
Islam. *Kaedah nilai sedang
digunakan (value in use)
hanya boleh digunakan
sebagai pilihan terakhir
apabila kadar diskaun
yang selari hukum syarak
dapat dipastikan.
352/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Justeru dalam konteks penerokaan, cadangan piawaian perakaunan


Islam yang melibatkan Institusi MAIN dan agensi berkaitan di bawahnya
seperti Lembaga Zakat dan Perbadanan Wakaf, keluwesan dalam
mencadangkan satu kerangka syariah dalam kajian ini amat diperlukan namun
ia perlu dilaksanakan secara berhati-hati agar proses penghasilan piawaian
perakaunan Islam terhadap pengurusan aset MAIN adalah benar-benar
mengikut kerangka syariah. Penyediaan penyata kewangan yang patuh syariah
diharapkan dapat merungkai dan menjawab segala persoalan serta tomahan
negatif masyarakat terhadap institusi Islam. Pokok utama perbincangan dalam
kajian ini ialah berkaitan dengan konsep harta dalam Islam atau secara
spesifiknya aset dalam ilmu perakaunan yang akhirnya akan dapat membuka
satu ruang kajian kepada para akauntan untuk (1) mengiktiraf aset; (2)
mengukur aset; dan (3) melaporkan aset zakat, wakaf dan baitulmal di Institusi
MAIN menurut kerangka syariah (lihat Rajah 1). Namun yang uniknya dalam
kajian aset ini ialah institusi MAIN merupakan institusi yang mengurus harta
milik baitulmal dan juga harta wakaf dan zakat yang merupakan satu amanah
daripada pihak berkepentingan untuk dimanfaatkan oleh mereka yang
mempunyai hak atas aset tersebut. Persoalannya adakah kesemua aset ini
wujud dan diiktiraf secara perakaunan sebagai aset yang diuruskan oleh
MAIN. Jika pihak MAIN mengiktiraf aset ini, apakah takrifan aset tersebut
memenuhi definisi aset mengikut takrifan piawaian perakaunan semasa,
takrifan ilmu fiqh dan dalam lingkungan batasan perundangan sivil dan
enakmen pentadbiran dan pengurusan agama Islam setiap negeri. Justeru kajian
ini akan mengkaji (1) kewujudan aset di MAIN dan amalan semasa dalam
pengurusan aset yang telah diamalkan oleh MAIN; (2) mencadangkan satu
takrifan aset di MAIN yang dapat memenuhi definisi aset mengikut
perakaunan semasa dan selari dengan hukum, prinsip dan syariat Islam; dan
akhirnya (3) mencadangkan kriteria pengiktirafan aset di MAIN menurut
syarak.

Kajian Lepas

Konsep perakaunan daripada perspektif Islam ataupun disebut sebagai


‘perakaunan Islam’ adalah suatu konsep yang berbeza dari konsep perakaunan
konvensional. Walaupun masih belum wujud suatu konsep atau teori yang jelas
yang membentuk ‘teori perakaunan Islam’ (Mustaffha & Zainal, 2016), namun
sorotan karya dari pelbagai sarjana perakaunan yang membincangkan asas
perakaunan Islam penting untuk dibincangkan bagi memberi kefahaman
tentang kerangka kerja yang mendasari polisi perakaunan yang patuh syariah.
Abdul Rahman (2010) mendefinisikan perakaunan Islam berasaskan
konsep tauhid dan konsep khalifah. Konsep tauhid secara ringkasnya adalah
konsep mengesakan Allah S.W.T dan mengakui Allah S.W.T Tuhan sekalian
alam. Konsep khalifah pula menerangkan tentang tujuan penciptaan manusia
iaitu sebagai khalifah yang mentadbir urusan di muka bumi mengikut aturan
Penciptanya. Konsep khalifah yang menjadi asas kepada perakaunan Islam
seterusnya membawa kepada pendefinisian konsep akauntabiliti dari perspektif
Perakaunan untuk Aset Wakaf, Zakat dan Baitulmal oleh Majlis Agama Islam
Negeri di Malaysia: Satu Cadangan Kerangka Kerja Syariah /353

Islam. Konsep akauntabiliti dari perspektif konvensional menerangkan tentang


tanggungjawab dan kebertanggungjawaban iaitu kesediaan untuk menjawab
atas segala tindakan dan keputusan yang diambil (Grey et. al, 1987). Namun,
konsep akauntabiliti dalam Islam meliputi kebertanggungjawaban yang lebih
luas dan kritikal iaitu setiap tindakan atau perbuatan manusia yang merupakan
khalifah Allah S.W.T akan dipertanggungjawabkan di akhirat dan akan dihisab
dengan seadil-adilnya pada hari pengadilan. Dalil dari Al-Quran berikut boleh
dirujuk:

“Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca


timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-
makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa
akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat
biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan
mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung); dan
cukuplah Kami sebagai Penghitung”.
(Surah Al-Anbiya: 47)

Oleh itu, urusan keduniaan adalah tidak dipisahkan dengan urusan akhirat,
malah setiap urusan keduniaan mestilah bertujuan mencapai mardhatilah
(keredaan Allah S.W.T) dan al-falah (kejayaan dunia dan akhirat). Seterusnya,
beberapa sarjana yang lain membincangkan konsep akauntabiliti dari
perspektif Islam yang menjadi asas dan matlamat perakaunan Islam dengan
konsep akauntabiliti dua lapisan iaitu manusia perlu memenuhi tuntutan
akauntabiliti kepada Allah S.W.T dan juga akauntabiliti sesama umat manusia
(Haniffa, Hudaib, & Mirza 2004; Mirza, 2012; Shahul, 2000).
Konsep perakaunan Islam juga lebih meluas dan tidak tidak terhad
kepada penyediaan maklumat kewangan kepada pengguna atau pihak
berkepentingan, malah perakaunan harus berfungsi sebagai medium penzahiran
akauntabiliti mengikut kehendak syariah (Abdul Rahman, 2010). Mirza (2012)
pula menerangkan aspek etika yang mendasari perakaunan Islam adalah etika
yang konsisten dengan syariah untuk membolehkan tujuan akauntabiliti
terlaksana. Oleh itu, objektif utama perakaunan Islam adalah untuk mencapai
maksud akauntabiliti Islam. Selain itu, Sulaiman (2005) memberi penekanan
kepada beberapa aspek dalam perakaunan Islam iaitu kebenaran dan integriti,
penyediaan maklumat yang telus tanpa unsur pemalsuan, dan juga konsep
keadilan sosial iaitu peraturan atau konvensyen perakaunan Islam haruslah
tidak memihak kepada satu kelompok khusus, sebaliknya perlu mengambil kira
keperluan umat sejagat.
Abdul Rahman (2017) memberikan objektif perakaunan dan
pelaporan kewangan dalam konteks Majlis Agama Islam adalah untuk
memenuhi keperluan syariah dan memenuhi tiga tujuan. Pertama, perakaunan
dan pelaporan membantu pengguna maklumat membuat pertimbangan dan
keputusan yang berkaitan. Kedua, memenuhi tuntutan akauntabiliti kepada
semua pihak berkepentingan, dan ketiga, tujuan terunggulnya adalah untuk
354/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

mencapai keredhaan Allah S.W.T (mardhatillah). Konsep tuntutan


akauntabiliti yang digarap dalam mendefinisikan objektif perakaunan tersebut
adalah merujuk kepada dalil:

“Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu


(akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan
RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat
apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan
kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang
ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada
kamu apa yang kamu telah kerjakan".
(Surah At-Taubah: 105)

Dalam konteks MAIN juga, pihak berkepentingan adalah dalam kalangan


pelbagai kelompok (contohnya pembayar zakat, penerima zakat, pewakaf,
Sultan, Kerajaan Negeri, dan lain-lain) yang mempunyai keperluan dan
kehendak maklumat yang pelbagai. Oleh itu, dimensi akauntabiliti kepada
Allah S.W.T dan kepada pihak berkepentingan (akauntabiliti sesama manusia)
yang kritikal bagi institusi seperti MAIN menjadi faktor penting terhadap
perlunya perakaunan Islam yang dapat memenuhi keperluan perakaunan dan
pelaporan yang berlandaskan syariah (Shahul Hameed, 2000).
Walau bagaimanapun, seperti yang telah dijelas konsep perakaunan
Islam ini, perakaunan Islam masih belum wujud sebagai satu konsep yang jelas
dan tersendiri walaupun telah dibuktikan keperluan perakaunan yang
berteraskan syariah yang berbeza dengan konsep perakaunan konvensional
(Shahul Hameed, 2000; Sulaiman, 2005). Perbahasan pembentukan
perakaunan Islam boleh dilihat daripada konteks ‘Islamisasi ilmu pengetahuan
kontemporari’ yang dibawa oleh sarjana Islam seperti Al-Attas (1978) dan
Faruqi (1982). Menurut Hashim dan Rossidy (2000), konsep Islamisasi ilmu
pengetahuan kontemporari seperti yang didefinisasikan oleh Al-Attas adalah
merujuk kepada proses pembebasan manusia dari taksiran ilmu pengetahuan
berdasarkan ideologi sekular. Manakala, konsep Islamisasi yang dibawa oleh
Faruqi adalah merujuk kepada proses adaptasi dan penyesuaian semula disiplin
ilmu mengikut acuan Islam.
Majid dan Haliding (2014) membahaskan tentang keperluan Islamisasi
disiplin ilmu perakaunan disebabkan beberapa faktor. Antaranya adalah
percanggahan objektif perakaunan konvensional dan perakaunan Islam dan
ketidaksesuaian prinsip dan konvensyen perakaunan dalam mengakaunkan
transaksi yang bertepatan dengan syariah. Justeru, disiplin ilmu perakaunan
konvensional sedia ada wajar dilihat semula dari perspektif syariah. Prinsip dan
konvensyen perakaunan yang tidak bertentangan dengan keperluan syarak boleh
diterima pakai, manakala prinsip yang bertentangan dengan syarak harus
ditolak. Bagi perkara yang tiada nas atau dalil yang jelas seperti disiplin ilmu
perakaunan, kedah fiqh boleh digunakan sebagai garis panduan dalam merangka
sesuatu polisi atau undang-undang. Hal ini kerana dalam perkara muamalat, satu
kaedah fiqh yang diguna pakai ialah ‫ اإلب احة األ ش ياء ف ي األ صل‬yang bermaksud
Perakaunan untuk Aset Wakaf, Zakat dan Baitulmal oleh Majlis Agama Islam
Negeri di Malaysia: Satu Cadangan Kerangka Kerja Syariah /355

asal sesuatu perkara adalah harus sehingga wujud dalil yang mengharamkannya
(Al-Bakri, 2010).
Pembentukan perakaunan Islam melalui pendekatan Islamisasi ini
dilihat sebagai satu kaedah yang bersifat praktikal bagi menyelesaikan isu-isu
kontemporari seperti keperluan kepada konsep perakaunan yang patuh syarak
(Abdul Rahman, 2010; Majid dan Haliding, 2014). Hal ini diperkuatkan lagi
dengan fakta bahawa institusi-institusi Islam seperti MAIN perlu memenuhi
tuntutan akauntabiliti kepada pihak berkepentingan yang pelbagai dan juga perlu
menjalankan fungsi sebagai pemegang amanah selari dengan keperluan syarak.
Walaupun terdapat kritikan terhadap kaedah Islamisasi ilmu pengetahuan dalam
membina disiplin ilmu kontemporari seperti perakaunan Islam, kelebihan
kaedah ini dilihat boleh menyumbang sebagai satu pendekatan yang praktikal
dan sesuai digunakan sebagai langkah awal pembangunan disiplin ilmu
(Ahmed, 2012). Pembentukan perakaunan Islam akan sentiasa menjalani proses
penambahbaikan dan dikembangkan dari semasa ke semasa sehingga suatu
konsep yang benar-benar kukuh dapat ditegakkan. Pembangunan perakaunan
Islam yang menggunakan pendekatan Islamisasi perlu mengambil kira penilaian
prinsip dan tafsiran perakaunan konvensional dari perspektif syarak. Contohnya,
definisi aset yang digunapakai dalam perakaunan konvensional perlu dikaji
semula bagi memastikan konsep aset yang digunapakai tidak menyalahi syarak
malahan perlu memenuhi kehendak syarak. Terminologi ‘aset’ yang
digunapakai dalam perakaunan mungkin tidak dibincangkan secara jelas dari
perspektif syariah, sebaliknya konsep aset yang paling hampir yang boleh
dirujuk adalah konsep harta dari sudut syariah.
Daripada segi bahasa, ‘harta’ ditakrifkan sama dengan perkataan
‘mal’ dalam bahasa Arab. Daripada sudut istilah, para ulama telah memberikan
pelbagai takrifan yang boleh dikaitkan sebagai takrifan harta (Ahmad &
Ibrahim, 2006). Antaranya menurut takrifan seperti yang dipetik dalam Ahmad
& Ibrahim (2006), sesetengah ulama Mazhab Hanafi mentakrifkan bahawa
harta adalah sesuatu yang manusia cenderung kepadanya secara semulajadi,
boleh disimpan dan boleh digunakan ketika waktu yang dikehendaki.
Sebahagian ulama lain pula menyatakan bahawa harta adalah sesuatu yang
pada umumnya boleh diambil manfaat atau sesuatu yang boleh dimiliki dan
dikawal walaupun tanpa keperluan. Selain itu, menurut Imam Shafi’e seperti
yang dinyatakan oleh Al-Suyuti, harta adalah sesuatu yang bernilai dan mesti
dibayar ganti rugi jika berlaku kerosakan.
Perbahasan tentang takrifan harta yang menimbulkan perselisihan
antara ulama adalah berhubung isu ‘manfaat dan hak’. Sebahagian ulama
Mazhab Hanafi berpegang kepada prinsip bahawa harta adalah terhad kepada
sesuatu yang mempunyai fizikal dan jirim yang dapat dikesan oleh
pancaindera. Oleh itu, manfaat dan hak tidak dianggap sebagai harta kerana
manfaat dan hak dikaitkan sebagai pemilikan. Walau bagaimapun, majoriti
ulama lain menganggap manfaat dan hak juga adalah harta kerana maksud atau
tujuan sesuatu itu adalah pada manfaatnya bukan pada fizikalnya. Tambahan
pula, berlaku kawalan dan pemilikan ke atas hak dan manfaat tersebut.
356/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Pendapat kedua ini adalah pendapat sahih yang diterima undang-undang dan
ramai pihak dalam banyak urusan (Ahmad & Ibrahim, 2006). Oleh hal yang
demikian, berdasarkan pendapat majoriti para ulama, takrifan harta disisi
syarak yang boleh disimpulkan adalah ‘setiap sesuatu yang boleh dikawal,
dimanfaatkan, mempunyai nilai, dikehendaki dan mestilah halal menurut
ketetapan syarak’ (Ahmad & Ibrahim, 2006; MASB SOPi; Muji Tahir &
Ahmad, 2009). Selain itu, definisi harta juga dikaitkan dengan teori pemilikan
harta dari perspektif syarak. Hal ini kerana, asas kepada pemilikan yang dilihat
dari perspektif konvensional adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip
syarak. Menurut perspektif konvensional, harta adalah pada asalnya tidak
dimiliki oleh sesiapa, dan kemudian manusia menjadikannya sebagai
pemiliknya yang mutlak (Ahmad & Ibrahim, 2006). Konsep ini adalah
bertentangan dengan teori pemilikan harta di sisi syarak yang menyatakan
pemilik mutlak dan hakiki bagi segala harta di alam semester adalah Allah
S.W.T. Antara dalilnya Al-Quran yang bermaksud:

“Dialah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan


yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan
juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.”
(Surah Taha: 6)

Seterusnya, pemilikan harta daripada pandangan syariah dikaitkan dengan


konsep khalifah yang bermaksud manusia dijadikan oleh Allah S.W.T sebagai
khalifah di muka bumi untuk mentadbir dan menjalankan amanah yang
diperintahkan mengikut ketetapanNya.

“Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan


meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain
beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa
yang telah dikurniakanNya kepada kamu.”
(Surah Al-An’am: 165)

Justeru, sebagaimana maksud pemilikan harta itu termasuk manusia adalah


secara keseluruhannya adalah milik Allah S.W.T secara mutlak, manusia
pula diberi amanah oleh Allah S.W.T sebagai khalifah yang perlu
mentadbir isi bumi mengikut landasan yang ditetapkan olehNya.

“Dialah menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta


menghendaki kamu memakmurkannya.”
(Surah Hud: 61)

Konsep kekhalifahan yang ditekankan adalah merujuk kepada amanah yang


diberikan Allah S.W.T kepada manusia melalui kawalan ke atas harta
(tanpa hak milik mutlak) tetapi manusia bertanggungjawab mengurus dan
memanfaatkan harta untuk diri sendiri, masyarakat dan agama untuk
mencapai keredhaanNya (mardhatillah) (Ahmad & Ibrahim, 2006). Justeru,
Perakaunan untuk Aset Wakaf, Zakat dan Baitulmal oleh Majlis Agama Islam
Negeri di Malaysia: Satu Cadangan Kerangka Kerja Syariah /357

aspek pengurusan harta adalah penting termasuklah tatacara rekod atau


sistem perakaunan yang lengkap yang bertujuan menjaga harta dan
membolehkan individu atau pihak yang telah diamanahkan menzahirkan
akauntabilitinya dalam pengurusan harta lebih-lebih lagi dalam konteks
pengurusan harta umat Islam (Naim, 2008). Jika dilihat dari perspektif
konvensional pula, takrifan aset merujuk kepada ‘sumber yang dikawal
oleh entiti hasil dari peristiwa lampau dan mempunyai manfaat ekonomi
masa hadapan atau potensi perkhidmatannya dijangka mengalir ke dalam
entiti’ (IPSASB, 2014). Berdasarkan penilaian umum, takrifan aset dalam
konteks konvensional mempunyai ciri-ciri yang bersamaan dengan konsep
harta dalam Islam seperti ciri ‘kawalan’ dan ‘mempunyai manfaat’. Namun,
takrifan aset tersebut mungkin bersifat sempit dan perlu disesuaikan supaya
selari dengan keperluan syariah.

Metodologi

Sampel kajian ini adalah beberapa negeri terpilih iaitu melibatkan institusi
MAIN seperti Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Majlis Agama Islam
Negeri Sembilan (MAINS), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Majlis Agama
Islam Selangor (MAIS) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Namun begitu
untuk tujuan kajian ini, nama MAIN tersebut di namakan kepada MAIN A,
MAIN B, MAIN C, MAIN D dan MAIN E (rujuk Jadual 1). Kaedah
menganalisis data adalah menggunakan kaedah analisis kandungan yang
merujuk kepada penyata kewangan MAIN tahun 2015 yang telah diaudit oleh
Jabatan Audit Negara. Kajian ini juga menggunakan kaedah kualitatif dengan
menemubual dua orang pakar dalam bidang syariah iaitu Ustaz Dr Luqman Hj
Abdullah dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan Ustaz Engku
Ahmad Fadzil Engku Ali dari Institut Kajian Strategik Islam Malaysia
(IKSIM) untuk mendapatkan pandangan mereka berkenaan takrifan dan
pengurusan aset di MAIN.
Bagi tujuan untuk mencadangkan keperluan syariah dan pengukuhan
kerangka kerja konseptual, kajian ini juga akan merujuk kepada kerangkakerja
konseptual pelaporan kewangan bagi entiti sektor awam yang dikeluarkan oleh
International Public Sector Accounting Standards Board (IPSASB) 2014 dan
Penyataan Prinsip pelaporan kewangan daripada perspektif Islam (Statement of
Principles – SOPi) yang dikeluarkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan
Malaysia (MASB) sebagai panduan asas untuk memastikan cadangan piawaian
perakaunan Islam adalah bersifat praktikal seiring dengan perlaksanaan
piawaian perakaunan yang sedia ada. Seperti yang telah dibincangkan sebelum
ini, kerangka syariah yang dicadangkan akan melalui proses pengubahsuaian
melalui kaedah Islamisasi untuk memastikan mana-mana perkara yang
bertentangan dengan Islam akan dikeluarkan dan penerapan nilai syariah akan
mengukuhkan kerangka piawaian yang sedia ada.
Perakaunan untuk Aset Wakaf, Zakat dan Baitulmal oleh Majlis Agama Islam
Negeri di Malaysia: Satu Cadangan Kerangka Kerja Syariah /358

Jadual 1: Pembahagian aset mengikut kumpulan wang di beberapa negeri terpilih 2015
1
Aset Negeri A Negeri B Negeri C Negeri D Negeri E

K K K K K K K K K K K K K K K
W W W W W W W W W W W W W W W
W Z B W Z B W Z B W Z B W Z B
Hartanah, Loji &
Peralatan
o Tanah  ×   ×  × ×  × ×  × × 
o Bangunan  ×  × ×   ×   ×  × × 
o HLP lain               
Nota: 1 berdasarkan penyata kewangan MAIN tahun 2015
KWW: kumpulan wang wakaf; KWZ: kumpulan wang zakat; KWB; kumpulan wang baitulmal
Sumber: Penyata Kewangan MAIN terpilih tahun 2015
Perakaunan untuk Aset Wakaf, Zakat dan Baitulmal oleh Majlis Agama Islam
Negeri di Malaysia: Satu Cadangan Kerangka Kerja Syariah /359

Hasil Kajian

1. Kewujudan aset di MAIN dan amalan semasa dalam pengurusan aset yang
telah diamalkan oleh MAIN

Merujuk kepada Jadual 1, hampir kesemua negeri telah merekod dan


mengakaunkan aset baitulmal dalam penyata kewangan. Namun begitu bagi
perekodan aset wakaf dan zakat, hanya ada dua negeri sahaja yang telah
merekod aset wakaf dalam bentuk tanah dan ada tiga negeri yang merekodkan
aset bangunan wakaf. Namun bagi aset yang berkaitan dengan dana zakat
untuk aset tanah dan bangunan, hampir kesemua negeri yang dikaji tidak
merekodkan dan mengakaunkan dalam penyata kewangan. Namun begitu
sebenarnya aset ini wujud di negeri yang dikaji berdasarkan temubual yang
telah dijalankan dengan para akauntan MAIN. Contohnya di beberapa negeri
yang dikaji, kajian ini mendapati tanah yang diterima untuk tujuan wakaf am
tidak diiktiraf sebagai aset dan hanya direkodkan dalam daftar aset sahaja ada
beberapa negeri sahaja yang telah mengiktiraf tanah wakaf am di dalam
penyata kedudukan kewangan sebagai aset. Kajian ini juga mendapati,
mengikut amalan semasa, aset-aset ini tidak diiktiraf tetapi hanya direkodkan
dalam Daftar Aset disebabkan oleh pihak akauntan akan merekodkan aset
tersebut berdasarkan amalan terbaik yang mereka ada dalam merekod aset
MAIN. Selain daripada itu, fatwa berkaitan juga tidak didedahkan sedangkan
maklumat tersebut penting bagi membantu pihak berkepentingan memahami
asas kepada tindakan Institusi MAIN. Kajian ini juga berpandangan,
pengiktirafan terhadap aset-aset ini terutamanya aset wakaf dan zakat tidak
berlaku disebabkan oleh tiadanya satu definisi khusus untuk aset tersebut
memandangkan aset tersebut tidak dapat ditentukan pemiliknya secara jelas.
Namun apa yang pasti, menurut ilmu fiqh, pemilikan aset tersebut adalah tidak
sempurna. Perkara ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut di bahagian
berikutnya.

2. Definisi aset wakaf, zakat dan baitulmal mengikut perakaunan semasa dan
syariat Islam

Kajian ini akan mencadangkan satu definisi khusus untuk aset-aset tersebut
berdasarkan pandangan-pandangan ulama yang tertumpu kepada definisi harta
yang umum serta merujuk definisi aset daripada sudut perakaunan berdasarkan
kepada kerangka IPSASB 2014 yang bersifat universal. Ringkasan definisi aset
adalah seperti di Jadual 2. Definisi aset menurut Islam adalah lebih luas kerana
ia merujuk kepada konsep harta dalam Islam. Malah definisi harta menurut
jumhur ulama’ ialah setiap perkara (barang) yang ada harga (nilai kewangan)
harta – jika rosak perlu dibayar gantirugi (Wahbah al-Zuhaili, 2005) dan
definisi ini merupakan satu definisi daripada sudut undang-undang yang dilihat
amat berkait dengan perundangan sivil di sesebuah negara. Justeru, kajian ini
berpandangan, definisi aset yang dipegang oleh institusi MAIN ialah sama
360/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

dengan definisi harta seperti yang dijelaskan oleh Wahbah al-Zuhaili (2005)
seperti berikut:

Perkara (barang) yang mempunyai nilai harta, dimiliki (mulk)


secara pasti, boleh dikawal (hiyazah) sama ada barang itu
berbentuk ‘ain (fizikal) atau manfaat dan boleh memberi faedah
menurut hukum syarak
(Wahbah Zuhaili, 2005)

Jadual 2: Definisi Aset (Harta)


Kerangka IPSASB 2014 Kerangka Syariah
(1) Sumber yang dikawal oleh entiti hasil (1) Perkara (barang) yang mempunyai nilai
daripada peristiwa lampau harta
(2) Manfaat ekonomi masa hadapan atau (2) Dimiliki (mulk) secara pasti
potensi perkhidmatannya dijangka mengalir (3) Dikawal (hiyazah) oleh seseorang
ke dalam entiti (4) Sama ada barang itu berbentuk ‘ain
(fizikal) atau manfaat (Wahbah al-Zuhaili)
(5) Boleh memberi faedah menurut hukum
syarak
Sumber: IPSASB 2014 dan Wahbah Al-Zuhaili (2005)

Jadual 3: Definisi Aset Amanah


Kamus Dewan dan The Law Dictionary Kerangka Syariah
(1) Kamus Dewan edisi keempat: Definisi aset amanah:
Definisi Amanah: Aset yang diletakhakan kepada badan
(i) Hak dikuatkuasakan oleh mahkamah pemegang amanah sebagai pentadbir
untuk mendapatkan faedah daripada sesuatu dan penjaga harta di bawah kebenaran
harta. undang-undang dan penerimaan
(ii) Peraturan yang menentukan tujuan dan manfaatnya kepada penerima yang
pentadbiran harta amanah. dimaksudkan.

(2) The Law dictionary Ciri pemilikan aset amanah:


Definisi Harta Amanah: (1) Harta yang tidak boleh dimiliki
Aset hartanah (tanah atau bangunan) dan kecuali dengan kebenaran undang-
individu dipindahkan kepada pemegang undang.
amanah di bawah perjanjian amanah sebagai (2) Pemilikan tidak sempurna.
institusi amanah.

Sumber: Kamus Dewan edisi keempat, The Law Dictionary dan Wahbah Al-Zuhaili (2005)

Walau bagaimanapun, definisi ini hanya melibatkan definisi aset yang


umum tanpa melihat kepada perspektif yang lebih praktikal dengan Institusi
MAIN terutamanya berkaitan aset zakat dan wakaf yang menjadi perbincangan
utama kajian ini. Umumnya aset yang terkait dengan dana zakat dan wakaf
adalah harta amanah yang diamanahkan oleh pihak berkepentingan kepada
Institusi MAIN untuk menguruskan harta tersebut. Namun daripada sudut
perakaunan, satu definisi aset yang konkrit adalah perlu untuk membezakan
antara aset daripada dana baitulmal yang jelas pemilikkannya oleh institusi
Perakaunan untuk Aset Wakaf, Zakat dan Baitulmal oleh Majlis Agama Islam
Negeri di Malaysia: Satu Cadangan Kerangka Kerja Syariah /361

MAIN dan aset daripada dana zakat dan wakaf yang diamanahkan untuk
diagihkan manfaatnya kepada pihak yang telah ditentukan oleh syarak. Ini
akhirnya akan memudahkan pihak akauntan di MAIN untuk membuat
pendedahan pelaporan penyata kewangan. Ini adalah kerana wujud ciri-ciri aset
(harta) institusi yang unik untuk aset zakat dan wakaf. Aset baitulmal, zakat
dan wakaf mempunyai perbezaan daripada beberapa sudut fiqh iaitu; (1)
kawalan, dan (2) pemilikan; yang akhirnya kajian ini mencadangkan dua
kategori aset yang utama menurut kerangka perakaunan untuk tujuan
pendedahan maklumat aset iaitu (1) aset kategori amanah yang terdiri daripada
aset zakat dan juga aset wakaf, dan (2) aset kategori bukan amanah iaitu aset
baitulmal. Cadangan definisi aset zakat sebagai aset amanah adalah
ditunjukkan di Jadual 3 yang telah menggabungkan definisi amanah menurut
Kamus Dewan, definisi harta amanah menurut The Law dictionary dan
merujuk definisi harta dan kontrak wakaf menurut Wahbah al-Zuhaili (2005).
Malah definisi kontrak wakaf yang berkaitan dengan aset wakaf sesuai
digunakan sebagai proksi kepada pengurusan aset zakat kerana kedua-dua
menggunakan konsep amanah iaitu mengagihkan manfaat kepada pihak yang
telah ditentukan dalam pengurusan harta. Kajian ini juga akan menyesuaikan
definisi aset amanah dengan perundangan sivil yang diamalkan oleh sesebuah
negara (JAWHAR, 2010; h.10).

Definisi harta amanah secara terus tidak diperolehi daripada Kamus


Dewan. Namun terdapat dua perkataan yang relevan dengan definisi aset
amanah dalam kajian ini iaitu (1) badan amanah; dan (2) amanah. Menurut
Kamus Dewan, definisi badan amanah ialah:

“badan untuk menyelenggarakan harta dan lain-lain bagi


faedah seseorang atau sesuatu golongan; ~ berkanun agensi
kerajaan yg ditubuhkan utk melaksanakan fungsi-fungsi
tertentu”.

Manakala definisi amanah ialah:

“5. (Eko) hak yg boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah utk


mendapatkan faedah drpd sesuatu harta; 6. (Eko) peraturan
yg menentukan tujuan dan pentadbiran harta amanah”

Ciri utama dalam definisi ini ialah: (1) badan menyelenggara dan mentadbir
harta amanah; (2) faedah daripada sesuatu harta kepada seseorang dan sesuatu
golongan (3) dikuatkuasakan oleh mahkamah. Justeru definisi aset zakat perlu
diperkemaskan lagi daripada sudut (1) perundangan mahkamah; (2) fiqh; dan
(3) perundangan harta wakaf di Malaysia sebagai rujukan untuk aset zakat.

1. Definisi harta menurut perundangan adalah aset hartanah (tanah atau


bangunan) dan individu dipindahkan kepada pemegang amanah di
362/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

bawah perjanjian amanah sebagai institusi amanah (The Law


Dictionary).
2. Definisi dalam konteks fiqh adalah merujuk kepada definisi kontrak
terhadap harta wakaf iaitu penjagaan harta atau barang dari dipindah
milikan kepada orang lain dan penyaluran manfaatnya kepada penerima
yang dimaksudkan (Wahbah Al-Zuhaili, 2005; h.61).
3. Definisi peletakhakan berkanun berdasarkan kaedah peletakhakan
berkanun (statutory vesting) iaitu peletakhakan yang dikuatkuasakan
oleh mana-mana undang-undang yang bertulis yang menyatakan sesuatu
tanah itu terletak hak kepada sesuatu badan dan kemudiannya barulah
Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah boleh mengambil tindakan
untuk mendaftarkan peletakhakan tersebut dalam daftar hakmilik tanah
(JAWHAR, 2010; h.11).

Berdasarkan perbincangan tersebut, dapatlah di rumuskan bahawa institusi


MAIN dan entiti yang diberi kuasa oleh MAIN merupakan badan amanah.
Secara khususnya menurut syarak, Institusi MAIN ialah entiti perundangan
syakhsiyyah 'iktibariyyah yang ditubuhkan mempunyai fungsi-fungsi tertentu
yang mempunyai hak ke atas pengurusan dan penjaga aset amanah bagi faedah
masyarakat Islam menurut maslahah (Wahbah al-Zuhaili, 2005) yang berkaitan
dengan harta baitulmal, wakaf dan zakat menurut peruntukan enakmen di
negeri berkenaan. Justeru definisi aset amanah yang berkait dengan dana zakat
dan wakaf yang diuruskan oleh Institusi MAIN adalah seperti berikut:

Aset yang diletakhakan kepada badan pemegang amanah


sebagai pentadbir dan penjaga harta di bawah kebenaran
undang-undang dan penerimaan manfaatnya kepada penerima
yang dimaksudkan.

Konsep kawalan aset dalam Islam

Berdasarkan Jadual 4, konsep kawalan aset dalam Islam adalah lebih


komprehensif. Tidak dinafikan konsep kawalan daripada kerangka IPSASB
(2014; h. 51) juga sesuai digunakan dalam takrif kawalan menurut Islam iaitu
setiap entiti perlu ada kawalan ke atas sumber, boleh menafikan dan
menghadkan akses ke atas sumber, menyediakan satu cara untuk entiti
mencapai objektifnya dan entiti mempunyai hak untuk menggunakan aset
untuk memberi perkhidmatan atau mendapat manfaat ekonomi.
Namun begitu, dalam menjelaskan ciri kawalan aset dalam Islam,
kajian ini berpandangan amat perlu dibezakan terlebih dahulu bentuk kontrak
fiqh yang dilakukan oleh orang yang berakad (aqidan). Sekiranya kontrak fiqh
adalah kontrak pertukaran (qabadh) atau kontrak muawadat, maka pemilikan
aset sepenuhnya telah berlaku. Contoh kontrak pertukaran (qabadh) atau
kontrak muawadat ialah kontrak jual-beli. Ini bermakna kuasa kawalan adalah
sepenuhnya di tangan penjual yang asal (sebelum kontrak dilaksanakan) dan
akan berpindah ke tangan pembeli setelah kontrak dilaksanakan. Ciri ini
Perakaunan untuk Aset Wakaf, Zakat dan Baitulmal oleh Majlis Agama Islam
Negeri di Malaysia: Satu Cadangan Kerangka Kerja Syariah /363

merujuk kepada aset baitulmal. Ini kerana bagi aset baitulmal, setelah kontrak
pertukaran dilaksanakan, aset tersebut menjadi milik sempurna Institusi MAIN
dan institusi ini mempunyai kuasa sepenuhnya dalam mengurus (tasarruf) dan
mengawal aset tersebut seperti yang dijelaskan dalam IPSASB 2014.
Sehubungan itu, aset tersebut boleh diakaunkan sebagai aset biasa dan bukan
aset amanah dan amalannya, pihak institusi MAIN telah mengiktiraf dan
mengakaunkan aset ini dalam penyata kewangan seperti yang rujuk kepada
Jadual 1.

Jadual 4: Konsep Kawalan Aset Dalam Islam


Kerangka IPSASB 2014 Kerangka Syariah
(1) Ada kawalan ke atas sumber, Aset bukan amanah (aset baitulmal):
boleh menafikan dan menghadkan (1) Kuasa kawalan sepenuhnya terhadap aset
akses ke atas sumber tersebut
(3) Aset menyediakan satu cara (2) Pemilikan aset yang sah berlaku melalui
untuk entiti mencapai objektifnya kontrak pertukaran (qabadh)
(4) Mempunyai hak untuk (3) Atau melalui kaedah pemilikan lain yang
menggunakan aset untuk memberi dipraktikkan (iaitu kaedah uruf)
perkhidmatan atau mendapat manfaat
ekonomi Aset amanah (aset zakat dan wakaf):
(1) Kuasa kawalan tidak sepenuhnya terhadap
aset tersebut
(2) Kuasa kawalan adalah tertakluk kepada
kaedah perletakhakan berkanun
(3) Kawalan daripada sudut penjagaan harta
atau barang daripada dipindah milikan kepada
orang lain dan penyaluran manfaatnya kepada
penerima yang dimaksudkan (Wahbah-Al-
Zuhaili, 2005)
Sumber: IPSASB 2014 dan Wahbah Al-Zuhaili (2005)

Namun, jika dirujuk kepada aset yang menggunakan dana wakaf dan
zakat, kontrak yang berlaku adalah kontrak amanah dan tidak boleh berlaku
kontrak pertukaran atau kontrak jual-beli. Dalam kes wakaf, kontrak wakaf
memberi kesan hukum yang jelas iaitu menggugurkan hak milik tuan punya
asal daripada harta berkenaan dan pewakaf tersebut tidak lagi mempunyai apa-
apa kuasa dalam aspek kawalan pengurusan (tasarruf) terhadap harta tersebut
(Mahmood Zuhdi, 1999) dan berpindah kuasa kawalan kepada Institusi MAIN
sebagai pemegang amanah seperti yang digariskan oleh Enakmen Pentadbiran
Agama Islam Negeri. Justeru, aset ini adalah sesuai dikelaskan sebagai aset
amanah. Namun, kuasa kawalan Institusi zakat terhadap aset amanah adalah
tidak sepenuhnya (terhad) kepada hak untuk mengurus dan menjaga aset
daripada dipindah milik kepada orang lain. Malah, pihak Institusi MAIN perlu
memastikan penyaluran manfaat daripada aset amanah adalah kepada penerima
yang dimaksudkan. Kajian ini mendapati, penerima manfaat aset amanah
terbahagi kepada dua iaitu (1) penerima manfaat aset wakaf; dan (2) penerima
manfaat aset zakat.
364/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Dalam konteks aset wakaf, penerima manfaat terbahagi kepada dua


iaitu (1) sekiranya aqad wakaf khas, maka penerima manfaat adalah penerima
yang telah dikhaskan dalam aqad tersebut dan (2) sekiranya aqad wakaf am,
maka penerima manfaat adalah penerima yang umum yang boleh diputuskan
dan dipersetujui oleh pihak Institusi MAIN melalui jawatankuasa fatwa atau
mufti. Manakala dalam konteks aset zakat, penerima manfaat adalah asnaf
yang telah dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran, surah At-Taubah 9:60)
iaitu:

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk


orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang
mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan
hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan
dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk
(dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir
(yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang
demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya)
dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana”.

Penerima manfaat berdasarkan tafsiran ayat tersebut jelas menunjukkan


terdapat lapan golongan manusia yang berhak menerima zakat. Lapan
golongan tersebut ialah al-fuqara’ (orang fakir), al-masakin (orang yang
miskin), amil, muallaf yang perlu dijinakkan hatinya, al-riqab (hamba), al-
gharimin (orang yang memiliki hutang), fi-sabilillah (orang yang berjuang di
jalan Allah) dan akhirnya ibn sabil (musafir yang sedang dalam perjalanan).
Untuk menunaikan amanah mengagihkan zakat kepada penerima manfaat
dengan cekap dan berkesan, maka penentuan definisi asnaf adalah amat
penting memandangkan golongan asnaf yang dinyatakan dalam ayat Al-Quran
adalah umum dan perlu diperhalusi konsep agihan zakat. Contohnya Mujaini
(2005) telah mengklasifikasikan semula lapan bahagian tersebut kepada tiga
kategori asas agihan iaitu:

1. Agihan berdasarkan keperluan. Ia termasuklah fakir, miskin, hamba, si


berhutang dan ibn sabil.
2. Agihan berdasarkan pemupukan dan galakan hidup beragama dan
moral. Ia termasuklah muallaf dan fi-sabilillah.
3. Agihan berdasarkan insentif dan motivasi terhadap pengurus zakat. Ia
termasuklah amil.

Dalam konteks pengurusan aset zakat oleh Institusi MAIN, ia hanya


melibatkan pengurusan kumpulan wang zakat iaitu melibatkan tujuh asnaf
daripada lapan asnaf (tidak termasuk amil). Ini bermakna kategori asas agihan
pertama dan kedua yang dinyatakan di atas yang perlu diberikan perhatian oleh
Institusi MAIN. Manakala agihan bagi asnaf amil adalah lebih kepada sebagai
Perakaunan untuk Aset Wakaf, Zakat dan Baitulmal oleh Majlis Agama Islam
Negeri di Malaysia: Satu Cadangan Kerangka Kerja Syariah /365

insentif bayaran pengurusan kepada tugas-tugas mengutip dan mengagihkan


zakat.
Maka dapatlah disimpulkan bahawa ciri kawalan oleh Institusi MAIN
terhadap aset baitulmal adalah sepenuhnya dikawal dan oleh kerana itu ia
dikelaskan sebagai aset bukan amanah. Manakala kawalan terhadap aset wakaf
dan zakat adalah terhad dan oleh kerana itu ia dikelaskan sebagai aset amanah
yang mana Institusi MAIN hanya mempunyai hak untuk mengurus dan
menjaga aset daripada dipindah milik kepada orang lain dan memastikan
penyaluran manfaat daripada aset tersebut kepada penerima yang dimaksudkan
dan seperti yang ditentukan dalam aqad.

Konsep Pemilikan Aset dalam Islam

Jadual 5 menunjukkan konsep pemilikan aset dalam Islam. Konsep pemilikan


amat penting kerana ia juga akan menerangkan pengkelasan aset kepada dua
iaitu (1) aset bukan amanah; dan (2) aset amanah. Berdasarkan kerangka
IPSASB (2014), konsep pemilikan hanya bersandarkan kepada aspek
perundangan. Berbeza dengan konsep pemilikan dalam Islam, pemilikan
berlaku disebabkan dua perkara iaitu (1) akad kontrak sama ada melalui
kontrak pertukaran (muawadat) atau kontrak amanah; (2) berdasarkan kepada
perundangan.

Jadual 5: Konsep pemilikan aset dalam Islam


Kerangka IPSASB 2014 Kerangka Syariah
(1) Pemilikan sah secara Aset bukan amanah (aset baitulmal)
perundangan (1) Pemilikan ‘ain (fizikal) beserta manfaat (pemilikan
sempurna).

Aset amanah (aset zakat dan wakaf)


(1) Pemilikan manfaat (usufruct) (pemilikan tidak
sempurna) oleh penerima manfaat samada asnaf zakat
bagi aset zakat dan penerima manfaat wakaf samada
wakaf am (penerima yang umum) atau penerima
manfaat wakaf khas (penerima yang khusus mengikut
akad wakaf).

(2) Pemilikan ‘ain fizikal (pemilikan tidak sempurna)


oleh MAIN atau agensi berkaitan di bawahnya
tertakluk kepada kaedah perletakhakan berkanun.
Sumber: IPSASB 2014 dan Wahbah Al-Zuhaili (2005)

Seperti mana perbincangan berkenaan konsep kawalan (hiyazah), aset


baitulmal dikelaskan sebagai aset bukan amanah manakala aset wakaf dan
zakat dikelaskan sebagai aset amanah berdasarkan kontrak atau aqad yang
dipersetujui antara orang yang berkontrak (aqidan). Dalam hal ini, konsep
pemilikan juga adalah berbeza antara dua pengkelasan aset tersebut. Untuk aset
baitulmal (aset bukan amanah), aset tersebut dimiliki oleh Institusi MAIN
366/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

secara sempurna iaitu pemilikan ‘ain (fizikal) dan manfaat secara sempurna,
namun pemilikan aset oleh Institusi MAIN adalah secara bersyarat (Muji Tahir,
2016; h. 161). Sehubungan itu, Institusi MAIN perlu mengurus aset tersebut
dengan cara yang terbaik selaras dengan kaedah atau tatacara yang telah
ditetapkan bagi aset baitulmal demi menjaga kemaslahatan masyarakat Islam.
Namun begitu, untuk aset wakaf dan zakat (aset amanah), aset
tersebut dimiliki oleh Institusi MAIN secara tidak sempurna. Pemilik manfaat
aset tersebut adalah tertakluk kepada hak yang telah ditentukan oleh syarak dan
juga melalui perundangan seperti yang dijelaskan oleh definisi perkataan
amanah dalam perbincangan sebelum ini. Untuk aset wakaf, hak manfaat aset
tersebut adalah bergantung kepada aqad kontrak wakaf sama ada wakaf khas
atau wakaf am seperti yang dibincangkan sebelum ini. Justeru, pemilik manfaat
aset ini ialah penerima yang dimaksudkan (Wahbah al-Zuhaili, 2005).
Manakala untuk aset zakat, hak manfaat aset tersebut adalah asnaf yang
dijelaskan di dalam Al-Quran, surah At-Taubah (surah 9: ayat 60) yang telah
dijelaskan sebelum ini. Manakala bagi pemilikan aset secara fizikal pula, untuk
aset wakaf dan zakat adalah berbeza.
Pemilikan aset wakaf sebenarnya adalah milik Allah S.W.T. Ini
disandarkan kepada pandangan Mahmood Zuhdi (1999) dimana wakaf
melibatkan pelupusan hak mengguna dan mengambil faedah oleh pemilik asal
ke atas harta berkenaan bagi faedah dan kepentingan pihak yang diwakafkan
kepadanya. Ia tidak melibatkan pemindahan milik kepada sesiapa tetapi
menjadikan harta itu tidak dimiliki oleh sesiapa dan telah dikembalikan semula
kepada pemilik asalnya yang hakiki iaitu Allah S.W.T sama seperti yang
dibincangkan oleh Wahbah az-Zuhaili (Jilid 10; 2011) dan Muji Tahir (2016;
h. 160). Namun begitu menurut Mahmood Zuhdi (1999), dalam aspek
perundangan dan pentadbiran, ia dikembalikan menjadi milik negara. Di
Malaysia, peruntukan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri telah
menetapkan MAIN menjadi pemegang amanah tunggal harta wakaf dimana
segala pengurusan dan perbelanjaan yang berkaitan dengannya akan menjadi
tanggungjawab MAIN setakat mana yang dibenarkan oleh hukum syarak
(Mahmood Zuhdi, 1999; h.23). Malah menurut Muji Tahir (2016; h. 161), ia
merupakan pemilikan secara bersyarat. Namun mengikut tafsiran perundangan,
kaedah peletakhakan berkanun adalah sesuai untuk tujuan pendaftaran hak
milik tanah di bawah seksyen 416C atas nama MAIN sebagai penerima
pindahan (JAWHAR, 2010; h.12)
Pemilikan aset zakat pula adalah milik asnaf. Ini bersandarkan kepada
Al-Quran Surah At-Taubah (9:60) yang dinyatakan sebelum ini iaitu kepada
lapan golongan tersebut dengan huruf laam at-tamlik iaitu huruf Laam yang
diguna pakai untuk menyatakan pemilikan dan menghubungkan antara asnaf
tersebut dengan wawu at-tasyriik iaitu huruf waw (huruf ataf) yang bererti
“dan” yang menunjukkan masing-masing mempunyai hak yang sama
bersandarkan kepada pendapat para ulama Syafi’iyyah (Wahbah az-Zuhaili,
2011 jilid 3: h. 280). Oleh itu, semua bentuk zakat merupakan milik semua
golongan dengan hak yang sama (Mohamad Uda, 2005). Namun begitu,
berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri, Institusi zakat adalah
Perakaunan untuk Aset Wakaf, Zakat dan Baitulmal oleh Majlis Agama Islam
Negeri di Malaysia: Satu Cadangan Kerangka Kerja Syariah /367

pemegang amanah tunggal harta atau dalam konteks kajian ini adalah aset
zakat. Persoalannya adakah dibenarkan pengagihan zakat dalam bentuk aset?
Terdapat dua pandangan ulama berkenaan pengagihan zakat kepada asnaf fakir
dan miskin. Pandangan pertama ialah pengagihan yang berfokus untuk
memenuhi kecukupan asnaf tanpa meletak kadar tertentu (unfixed value)
daripada harta yang akan diagihkan kepada asnaf. Pandangan yang kedua pula,
pengagihan yang menentukan kadar tertentu (fixed value) daripada harta yang
akan diagihkan kepada asnaf (Qardawi, 2000).
Menurut Qardawi (2000), pandangan pertama lebih menepati maksud
sebenar pengagihan kepada asnaf fakir dan miskin. Bagi memenuhi kecukupan
ini, terdapat dua cara, yang pertama dengan cara memberikan bantuan kepada
asnaf dengan sejenis bantuan yang dapat menghapuskan sebab kemelaratan dan
kesempitan hidup mereka. Cara ini dinamakan sebagai ‘pemberian kecukupan
umur’. Manakala cara kedua ialah dengan cara memberikan bantuan kepada
asnaf untuk membiayai mereka sepanjang tahun dalam erti kata lain
memberikan bantuan ِtahunan. Cara ini dinamakan “pemberian kecukupan sara
diri”. Dalam melaksanakan cara pengagihan pemberian kecukupan umur ini,
Qardawi (2000) telah menjelaskan bahawa berdasarkan cara pengagihan ini, ia
mengharuskan institusi zakat membangunkan kilang-kilang, premis-premis
kediaman, kompleks-kompleks perniagaan dan pelbagai lagi harta aqar dengan
menggunakan harta-harta zakat. Harta-harta aqar tersebut dijadikan milik
asnaf dengan pemilikan penuh atau pemilikan separa. Diharapkan agar harta-
harta aqar tersebut dapat menjana pendapatan bagi mereka yang dapat
memenuhi kecukupan mereka dengan sempurna. Namun begitu, mereka
berhak untuk menjual atau memindahkan pemilikannya kepada orang lain agar
harta aqar tersebut menjadi seumpama harta yang diwaqafkan untuk mereka.
Ini dengan tujuan agar manfaat harta-harta aqar tersebut berpanjangan.
Pandangan Qardawi jelas mengharuskan pengagihan zakat dalam
bentuk aset yang bertujuan pembangunan asnaf untuk jangkamasa panjang
sama ada pemilikan penuh atau separa. Sekiranya pengagihan zakat dalam
bentuk bantuan pembinaan rumah mampu milik secara khusus untuk individu
tertentu yang terdiri daripada asnaf fakir dan miskin, maka pemilikan aset
tersebut telah menjadi hak milik sepenuhnya asnaf tersebut dan hal ini tidak
menimbulkan sebarang isu pemilikan. Namun, sekiranya pihak Institusi zakat
ingin menggunakan dana zakat untuk pembelian aset tertentu tetapi bagi tujuan
agihan berbentuk manfaat asnaf yang umum, seperti rumah perlindungan untuk
asnaf mualaf, rumah transit untuk manfaat umum asnaf fakir dan miskin,
sekolah pendidikan agama Islam untuk kategori asnaf fisabilillah, maka
pemilikannya berkemungkinan menjadi pemilikan separa menurut Qardawi
(2000) dimana Institusi zakat atau baitulmal sebagai pemilik aset tersebut
berdasarkan enakmen dan manfaatnya adalah kepada asnaf yang telah
dipersetujui oleh jawatankuasa syariah atau fatwa.
Pandangan ini juga disokong oleh pandangan Sulaiman al-Ashqar et
al. (2004) yang berpendapat bahawa jumhur fuqaha’ yang terdiri daripada
Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Hanbali membenarkan pemerintah atau
368/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

pihak yang menguruskannya untuk membuat pembelian contohnya senjata dan


alat peperangan daripada wang zakat di bawah dana fi sabilillah. Hal ini
bermanfaat untuk para mujahidin di jalan Allah S.W.T tanpa pemilikan secara
individu untuk mereka. Menurut mereka lagi berdasarkan kitab Tafsir Al-
Mannar, ada menyatakan bahawa peralatan peperangan ini yang berbaki seperti
senjata, kuda dan lain-lain perlu dipulangkan semula kepada baitulmal semula
selepas peperangan. Selain itu, dana zakat juga boleh digunakan untuk
membina bangunan yang berkaitan aset seperti hospital ketenteraan yang
dilengkapi dengan alat perubatan begitu juga dengan kilang yang
membekalkan peralatan perang. Di samping itu, wang zakat bahagian tersebut
juga boleh digunakan untuk membina kubu, menara kawalan dan parit dalam
misi ketenteraan. Bagi pendidikan ketenteraan seperti membinaan kolej tentera
dan penubuhan sebarang media yang dapat menaikkan semangat dan moral
juga termasuk dalam perkara yang dibenarkan untuk menggunakan wang zakat
tersebut. Rumusnya padangan ini menyokong kepada pemilikan spara aset
zakat tersebut namun menekankan kepada bahagian asnaf fisabilillah. Menurut
Sulaiman al-Ashqar et al. (2004), terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi
sekiranya ingin menggunakan dana wang zakat untuk mencipta aset seperti
berikut: (1) Tujuan pembinaan institusi tersebut adalah menepati maksud asas
pelaksanaan zakat; (2) manfaat itu terhad bagi golongan yang berhak
memperoleh zakat sahaja. Jika ia manfaat institusi tersebut diberi kepada orang
yang tidak berhak contohnya golongan yang kaya, ia tidak dibolehkan kecuali
jika mereka membayar wang dan kemudiannya digunakan untuk kepentingan
institusi tersebut; (3) pembinaan institusi tersebut diketahui oleh pihak muslim
yang berautoriti seperti qadhi syariah, persatuan yang menguruskan dan
sebagainya; (4) pemilikan institusi itu perlulah mengikut semua prosedur
perundangan untuk memastikan bahawa institusi tersebut menjadi pemilikan
bahagian hal ehwal orang Islam yang berkaitan dengan zakat; dan (5) institusi
yang dibina ini diisytiharkan sebagai institusi zakat dan sepenuhnya
menggunakan harta zakat.
Namun begitu, terdapat pandangan pakar yang dirujuk oleh kajian ini
iaitu Ustaz Dr Luqman Hj Abdullah dan Ustaz Engku Ahmad Fadzil Engku Ali
yang berpendapat aset zakat tersebut tetap milik asnaf berdasarkan pandangan
para ulama syafi’iyah. Mereka mencadangkan agar dilakukan proses
pemindahan hak milik aset kepada Institusi zakat oleh asnaf yang
berkemungkinan melalui kontrak hibah. Namun perkara ini perlu diperhalusi
dalam aspek praktikaliti memandangkan aset tersebut adalah milik umum asnaf
tanpa menentukan secara spesifik asnaf yang memiliki aset tersebut.

3. Kriteria Pengiktirafan dan Asas Pengukuran Aset dalam Islam

Kriteria pengiktirafan dan asas pengukuran aset dalam Islam dan menggunakan
kerangkakerja konseptual IPSASB (2014) sebagai rujukan asas. Menurut
IPSASB (2014), kriteria pengiktirafan aset adalah memenuhi definisi aset dan
dapat diukur dengan munasabah (IPSASB, 2014; h. 73). Namun begitu, dalam
membincangkan daripada sudut syariah, kajian ini mencadangkan konsep
Perakaunan untuk Aset Wakaf, Zakat dan Baitulmal oleh Majlis Agama Islam
Negeri di Malaysia: Satu Cadangan Kerangka Kerja Syariah /369

pengiktirafan aset dalam Islam adalah memenuhi definisi aset, dapat diukur
dengan munasabah dan perlu selari dengan hukum-hakam, prinsip dan syariat
Islam yang bertujuan untuk menjaga kemaslahatan masyarakat Islam
berdasarkan maqasid syariah. Asas pengukuran aset pula merujuk kepada
kaedah dan amalan semasa atau uruf (adat) yang telah dipraktikkan dalam
masyarakat untuk bermuamalat selagi ia tidak bertentangan dengan hukum
syarak dan perundangan sivil. Menurut Muhammad Nasri et. al. (2013), kaedah
umum (kuliyyah) dalam ilmu kaedah fiqh yang dipraktikkan oleh para fuqaha
terbahagi kepada lima iaitu:
1. Setiap perkara dinilai berdasarkan niat (al-umur Bi al-Maqasidiha)
2. Keyakinan tidak hilang dengan keraguan (al-Yakin Ma Yazalu Bi al-
Syakkin)
3. Kesukaran membawa keringanan (al-Masyaqqah Tajlib al-Taysir)
4. Bahaya mesti dihapuskan (al-Darurah al-Yuzal)
5. Adat menjadi hukum (al-‘Adah al-Muhakkamah)

Jadual 6: Kriteria pengiktirafan aset dalam Islam


Kerangka IPSASB 2014 Kerangka Syariah
 Memenuhi definisi aset dan  Memenuhi definisi aset,
 Dapat diukur dengan  Dapat diukur dengan munasabah*
munasabah  Selari dengan hukum-hakam, prinsip dan
syariat Islam untuk menjaga
kemaslahatan masyarakat Islam
berdasarkan maqasid syariah.

*Diukur berdasarkan amalan semasa (uruf)


yang tidak bertentangan dengan hukum syarak
dan selari dengan perundangan sivil.
- kaedah fiqh yang umum iaitu at-tasarruf al-
imam ‘ala ra‘iyati manut bil maslahah
-antara kaedah ilmu fiqh yang perlu
dipraktikkan:
1. al-umur bi al-maqasidiha
2. al-a’dah muhakkamah

Sumber: IPSASB 2014 dan Wahbah Al-Zuhaili (2005)

Namun berdasarkan kepada praktis dalam membina piawaian perakaunan


Islam, kajian ini berpandangan kaedah al-adah al-muhakkamah banyak
digunakan dan dipraktikkan serta kaedah al-umur Bi al-Maqasidiha
disebabkan oleh kebanyakan Institusi MAIN mempunyai keunikan masyarakat
Islam yang berbeza amalan dan adat masyarakat Melayu. Malah apa yang telah
dipraktikkan oleh Institusi MAIN adalah berpandukan kepada pandangan
jawatankuasa syariah dan fatwa negeri masing-masing yang mempunyai
pandangan yang berbeza dalam menguruskan aset MAIN dan agensi berkaitan
di bawahnya. Contohnya dalam enakmen pentadbiran agama Islam (Negeri
Selangor) 2003 di bawah seksyen 47,
370/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

‘…sumber pembiayaan kos-kos agihan zakat secara manfaat


hendaklah diambil berdasarkan kepada dana asnaf tersebut
diagihkan. Sebagai contoh pembinaan asrama anak yatim Baitul
Hasanah yang dibina untuk manfaat anak-anak yatim fakir dan
miskin dengan menggunakan dana asnaf fakir dan miskin.
Segala kos pengurusan operasi, pembelian peralatan keperluan
asas, pembayaran emolumen kakitangan, emolumen tenaga
pengajar dan segala keperluan asas asrama tersebut adalah
dibiayai menggunakan dana asnaf fakir dan miskin..’

Tarikh 2 Februari 2012 [MAIS/SU/BUU/02/016/171; P.U. Sel.


AGM. 0007 Jld. 3]

Contoh lain di negeri Perlis juga ada menyatakan keharusan


agihan dana zakat digunakan dalam bentuk manfaat daripada
aset iaitu;

‘…peruntukan untuk asnaf fakir dan miskin perlu diagihkan dan


diurus dengan lebih berkesan dan sistematik serta
mendatangkan faedah jangka panjang kepada mereka seperti
mendirikan kilang perusahaan yang membabitkan fakir dan
miskin, dan memberi pulangan kepada mereka untuk mendapat
faedah sepenuhnya daripada program tersebut’
Tarikh: 11 Mei 1998 [Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis]

Prinsip keanjalan dan keluwesan dalam berijtihad telah berlaku dalam kalangan
ulama dan mufti negeri yang bertujuan untuk menjaga kemaslahatan
masyarakat Islam mengikut maqasid syariah yang telah digariskan dalam
Islam. Menurut pandangan mufti yang telah ditemubual, yang paling penting
adalah manfaat atau faedah daripada pengurusan aset itu sampai kepada umat
Islam dengan cekap dan berkesan terutamanya kepada asnaf zakat atau
penerima manfaat yang telah ditentukan dalam kontrak. Pandangan ini adalah
selari dengan kaedah fiqh yang umum iaitu at-tasarruf al-imam ‘ala ra‘iyati
manut bil maslahah iaitu bermaksud ‘peraturan/polisi/tindakan pemerintah
kepada rakyatnya perlulah mengikut maslahah’.
Menurut Nasir Muhammad al-Ghamidi (2011), kaedah ini merupakan
satu kaedah daripada kaedah-kaedah siyasah syar‘iyyah, fiqh dan perundangan.
Melalui pemerhatian daripada kitab-kitab fiqh secara umum dan kitab qawa‘id
secara khusus, telah wujud lafaz-lafaz kaedah ini dalam kalangan para sarjana.
Semuanya cenderung kepada kewajipan untuk pemerintah dalam membuat
peraturan atau polisi yang memberi kebaikan kepada rakyat dan menjauhkan
mereka daripada kemudaratan. Terdapat lafaz-lafaz yang mempunyai
persamaan dengan kaedah tersebut dalam keempat-empat mazhab, antaranya
ialah seperti berikut: (1) Imam Muhammad bin Idris as-Syafie (mazhab Syafie)
menyatakan: Manzilah al-wālī min ro‘iyyatihi bi manzilah wālī māl al-yatīm
Perakaunan untuk Aset Wakaf, Zakat dan Baitulmal oleh Majlis Agama Islam
Negeri di Malaysia: Satu Cadangan Kerangka Kerja Syariah /371

mālihi iaitu bermaksud ‘pemerintah berhak mengambil tindakan/ menghukum


bagi menjaga maslahah rakyat di bawah pemerintahannya seperti orang yang
menjaga dan mengurus harta anak yatim tersebut. (2) Imam Syamsuddin as-
Sarkhasi al- Hanafi (mazhab Hanafi) menyatakan: Tasaruf al-Imām alā wajhi
al-Nazar iaitu bermaksud ‘pemerintah mengambil tindakan atas
pandangannya’; (3) Imam Syahbuddin Abu Abbas Ahmad bin Abi al-‘ala Idris
bin Abdul Rahman as-Sinhaji al-Qarafi al-Maliki (Mazhab Maliki)
menyatakan: Kullu man walī wilāyah al-khilafah famā dunaha lā yahillu lahu
an yatasarrafu illa yajlibu maslahah au daru mafsadah iaitu bermaksud ‘setiap
pemerintah suatu tempat/wilayah/daerah tak boleh menghukum/mengambil
tindakan kecuali untuk kemaslahatan atau mencegah kerosakan’; dan akhir
sekali (4). Sheikhul Islam Abu Abbas Ahmad bin Abdul Halim bin Taimiyyah
al-Harani al-Hanbali (mazhab Hanbali) menyatakan: Al-walīy ‘alāīh an
yatasarrafu li maslahah al-muwallī ‘alāīh iaitu bermaksud ‘pemerintah
bertanggungjawab mengambil tindakan/menghukum bagi kemaslahatan orang
di bawah pemerintahannya’. Kepentingan kaedah ini ialah (1) kaedah ini
melihat dengan teliti had pentadbiran umum, siyasah syar‘iyyah dalam
penguasaan gabenor dan tindakan/peraturan/polisi kepada rakyat. Maka apa
yang bermanfaat daripada tindakan/peraturan/ polisi pemerintah kepada rakyat
yang dikuatkuasakan ia terikat dengan hak-hak am dan khas. Ia bertujuan
untuk kebaikan dan manfaat; (2) kaedah syariah ini meletakkan had pada
gabenor dan pemerintah dalam urusan am dan khas; (3) kaedah ini berlegar di
bawah prinsip yang besar di bawah prinsip Islam iaitu membawa kebaikan dan
menolak kerosakan. Maka, polisi/tindakan tersebut dilaksanakan kepada rakyat
untuk menyelaras dan mengikat manfaat dan maslahah. Ini merupakan ijtihad
daripada mereka untuk maslahah ummat dan mengekalkan kemakmuran rakyat
di bawah tanggungannya.

Kesimpulan

Kecekapan dan keberkesanan institusi agama dalam menzahirkan akauntabiliti


kepada pihak berkepentingan adalah perlu dan dalam konteks Malaysia,
persoalan terhadap tahap ketelusan dan akauntabiliti dalam kalangan institusi
berlandaskan Islam seperti institusi yang mentadbir dan mengurus wakaf, zakat
dan baitulmal (WZB) adalah perkara yang perlu ditangani secara bijak dan
profesional. Pendedahan penyata kewangan yang relevan, objektif, material,
telus serta komprehensif, boleh dipercayai, tepat yang akhirnya tidak
mengelirukan serta tidak menimbulkan fitnah dan kesan negatif kepada
masyarakat adalah perlu untuk menangani persepsi negatif yang sentiasa
membelenggu masyarakat di luar sana. Justeru itu, dengan wujudnya satu
cadangan piawaian perakaunan Islam yang seragam bagi institusi yang
menguruskan aset WZB di Malaysia, adalah diharapkan institusi agama di
negara ini dapat menzahirkan akauntabilitinya dengan cekap dan berkesan
kepada pihak berkepentingan dan seterusnya melunaskan akauntabiliti kepada
Allah SWT.
372/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Penghargaan

Penghargaan kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) atas geran


yang diberikan. Artikel ini adalah sebahagian daripada dapatan projek
penyelidikan yang dibiayai oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Kod
Projek: EP-2017-027)

Rujukan

Al-Quran.
Abdul Rahman, A.R (2010), An Introduction to Islamic accounting theory and practice.
Kuala Lumpur: Cert’ Publications.
Abdul Rahman, A.R (2017), Perakaunan, pelaporan dan tadbir urus akaun kumpulan
& tabung amanah majlis agama Islam, Nota pembentangan INTAC Series
2017, IIUM.
Ahmed, A.A (2012), Accounting in Islamic perspective: a timely opportunity a timely
challenge, ASA University Review, 6(2): 11-31
Al-Attas (1978), Islam and Secularism, International Institute of Islamic Thought and
Civilization (INSTAC), Kuala Lumpur.
Al-Bakri, Z.M (2010), Halal dan haram dalam Islam, Terjemahan dari kitab al-Halal
wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Terbitan Darul Syakir
Enterprise Al-Quran dan terjemahannya.
Faruqi (1982), Islamization of knowledge: general principles and workplan, (Herndon:
lilt, 1982), (pp.13 & 48).
Gray, R., Owen, D., & K. Maunders (1987), Corporate social reporting: accounting
and accountability, Prentice-Hall International, UK
Haniffa, R., Hudaib, M., & Mirza, A.M (2004), Accounting policy choice within the
Syariah Islamiah framework, Discussion Papers in Accountancy and Finance,
SOBE, University of Exeter, vol. 2, pp. 4-19.
Hashim, R., & Rossidy, I (2000), ‘Islamization of knowledge: a comparative analysis of
the conceptions of Al-Attas and Al-Faruqi’, Intellectual Discourse, 8(1): 19-44.
International Public Sector Accounting Standards Board [IPSASB](2014), The
conceptual framework for general purpose financial reporting by public sector
entities. International Federation of Accountants.
Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) (2010), Manual Pengurusan Peletakhakan
Tanah Wakaf. Putrajaya: JAWHAR.
Mahmood Zuhdi Abdul Majid (1999). Kefahaman konsep dan amalan wakaf di
Malaysia hari ini. Dalam Nik Mustapha Nik Hassan (penyt.) Konsep dan
Perlaksanaan Wakaf di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam
Malaysia
Majid, J., Haliding, S (2014), ‘The need for the islamization of knowledge in
accounting Al-Iqtishad’, Jurnal Ilmu Ekonomi Syariah, North America.
Malaysian Accounting Standard Board (MASB), Statement of principles i-1 financial
reporting from an Islamic Perspective (MASB SOPi) 2017.
Mirza (2012), The concept of corporate reporting from an Islamic perspective: an
overview, Paper Presented at The International Islamic Accounting and Finance
Conference 2012 (IIAFC2012), Organized by Accounting Research Institute
(ARI), the Faculty of Accountancy, Universiti Teknologi MARA, Malaysia,
Kuala Lumpur, Malaysia (pp.19-21). [Peer Reviewed Paper].
Perakaunan untuk Aset Wakaf, Zakat dan Baitulmal oleh Majlis Agama Islam
Negeri di Malaysia: Satu Cadangan Kerangka Kerja Syariah /373

Muhammad Nasri Md Hussain, Nasri Naimi & Mohd Solehudin Mohd Shuib, (2013),
Mengurus harta menurut fiqh muamalat. Sintok: Penerbit UUM
Muhamad Uda Kasim (2005), Zakat teori, kutipan dan agihan, Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Muhammad Syukri Salleh (2014), Aliran pemikiran ekonomi Islam dunia Melayu,
‘Ulum Islamiyyah Journal, 12: 1-33
Mujaini Tarimin (2005), Golongan penerima zakat: Agihan dana zakat secara lebih
berkesan, Penerbit UiTM.
Muji Tahir, H (2016) Gagasan kesyumulan fiqh muamalat dalam sistem kewangan
Islam. Bangi, Penerbit UKM.
Mustaffha, N & Zainal, M, F (2016), Waqf and accounting treatment: pursuing the
transparency and accountability – A case study, Proceeding of the 3rd
International Conference on Masjid, Zakat & Waqf (IMAF).
Nasir Muhammad al-Ghamidi (2011), Majalah Jami ‘ah ummul Qura li ‘ulum as-
syariah wa ad-dirasat al-Islamiyah bilangan 46 bulan Muharam 1430H/2011
Qardawi, Yusuf (2000), Fiqhuz Zakah, Dirasatu Muqaranati li Ahkamiha wa
Falsafatiha fi Dhau’il Qur’an was Sunnah. Vol. 2. Ed. Ke-24. Bairut. Al-
Resalah Publisher.
Sanep Ahmad (2006), Analisis Ekonomi Islam. Bangi: Penerbit UKM
Shahul Hameed, M (2000), The need for Islamic accounting: perceptions of Malaysian
Muslims accountants and academics on the objectives and characteristics of
Islamic accounting, Unpublished PhD Thesis, University of Dundee, U.K.
Sulaiman al-Ashqar, Muhammad Uthman Syubair, Muhammad Naim Yasin, Umar
Sulaiman al-Ashqar (2004). Kitab al-abhath fiqhiyyah fi qadaya al-zakat al-
muasoroh Jilid 1 (2004/1424H). Jordan: Darul Nafais.
Sulaiman, M (2005), Islamic corporate reporting: between the desirable and the
desired, Kuala Lumpur: Research centre, IIUM.
The Law Dictionary. https://thelawdictionary.org/trust-property/
Wahbah al-Zuhaili (1999). Fiqh dan Perundangan Islam. Jilid V. Ahmad Shahbari
Salamon et. al (terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Wahbah al-Zuhaili (2005), Fiqh dan Perundangan Islam. Jilid IV. Md Akhir Hj Yaacob
et. al (terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wahbah az-Zuhaili (2011), Fiqh Islam Wa Adillatuhu. Jilid 3. Abdul Hayyie al-Kattani
(terj.). Jakarta: Gema Insani.
Wahbah az-Zuhaili (2011). Fiqh Islam Wa Adillatuhu. Jilid 10. Abdul Hayyie al-
Kattani (terj.). Jakarta: Gema Insani
Persepsi Asnaf Terhadap Tadbir Urus Zakat serta Peranan Masjid:
Kajian Terhadap Lembaga Zakat Selangor (LZS) Cyberjaya /375

Bab 20

Persepsi Asnaf Terhadap Tadbir Urus Zakat serta Peranan


Masjid: Kajian Terhadap Lembaga Zakat Selangor (LZS)
Cyberjaya
Nur Farahanis Abas
Hairunnizam Wahid
Mohd Ali Mohd Noor

Pengenalan

Kadar kemiskinan pada masa kini meningkat saban hari seiring dengan kos
sara hidup di mana ia menyebabkan jumlah penerima zakat di kawasan
Selangor terutamanya turut meningkat. Walaupun jumlah kutipan zakat yang
dilaporkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) di dalam Laporan Tahunan
menunjukkan kutipan bertambah setiap tahun, namun jumlah kutipan zakat
tersebut masih tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup bagi setiap
asnaf ataupun golongan yang memerlukan. Masalah ekonomi di Malaysia yang
semakin menular ini dikatakan berpunca daripada jurang pendapatan yang
wujud bagi yang kaya dan miskin (Raziatul Hanum, 2014). Selain itu,
pelaksanaan Goods and Services Tax (GST) juga menyebabkan masyarakat
rasa terbeban dengan harga barang yang semakin mahal. Berdasarkan kajian
oleh Ahmad, Ismail, dan Halim (2016) menunjukkan majoriti daripada
responden yang terlibat di dalam kajian tersebut iaitu sebanyak 76.9 peratus
tidak bersetuju dengan pelaksanaan GST di Malaysia. Kumpulan masyarakat
yang paling terkesan dengan pelaksanaan GST adalah kumpulan B40 kerana
pendapatan yang dimiliki oleh mereka adalah rendah dan hanya cukup untuk
menampung keperluan harian mereka sahaja. Di dalam kajian lain
menunjukkan masyarakat sanggup untuk membayar GST sekiranya
kemampuan membayarnya meningkat (Abdullah, Idrus, dan Mehat, 2013).
Kajian oleh Palil dan Ibrahim (2011) mencadangkan supaya pihak kerajaan
mempunyai perancangan alternatif untuk mengurangkan beban golongan
berpendapatan rendah dan sederhana seperti menurunkan kadar cukai
pendapatan atau meningkatkan pengecualian untuk individu.
Terdapat lapan golongan manusia yang layak menerima zakat
sepertimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran, yang bermaksud :
376/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir,


orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu’allaf
yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan budak), orang-
orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang
sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan
yangdiwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana (Surah 9;ayat 60)

Melalui tafsiran ayat Al-Quran di atas, jelaslah bahawa lapan golongan


manusia tersebut terdiri daripada asnaf fakir, asnaf miskin, asnaf amil, asnaf
muallaf, asnaf riqab, asnaf gharimin, asnaf fisabilillah, dan asnaf ibnu sabil.
Zakat yang diberikan kepada golongan tersebut bukan sahaja dapat membasmi
kemiskinan dalam kalangan masyarakat Islam tetapi bertujuan untuk
meningkatkan kualiti hidup mereka pada masa akan datang. Justeru itu,
institusi zakat seperti LZS ditubuhkan bagi memudahkan pengurusan kutipan
dan agihan serta segala hal yang berkaitan dengan zakat. Cawangan LZS
Cyberjaya merupakan salah sebuah cawangan LZS terkini yang telah
ditubuhkan di Masjid Raja Haji Fisabilillah dan telah mula beroperasi sejak 13
Oktober 2015 yang lalu. Pemilihan LZS Cyberjaya sebagai tumpuan lokasi
kajian adalah kerana penerima zakat dari LZS Cyberjaya merupakan penerima
zakat yang berada di luar kawasan Cyberjaya tetapi masih lagi tinggal
berhampiran dengan LZS Cyberjaya. Hal ini dilihat sebagai salah satu
keunikan LZS Cyberjaya kerana kebiasaannya sesuatu cawangan LZS
mengagihkan zakat kepada penerima zakat yang tinggal di dalam kawasan
yang sama. Selain itu, lokasi LZS Cyberjaya yang terletak di masjid juga
menjadi tarikan kepada saya untuk menjalankan kajian ini kerana masjid
dilihat dapat membantu membangunkan institusi zakat secara tidak langsung.
Lokalisasi pula merupakan proses desentralisasi terhadap kuasa
memungut dan mengagihkan zakat di mana kuasa memungut zakat diserahkan
kepada amil ataupun kakitangan institusi zakat di sesuatu mukim untuk
diagihkan kepada asnaf di mukim tersebut. Proses desentralisasi kuasa ini
ataupun lokalisasi secara ringkasnya menjadi kemungkinan sebagai
penyelesaian alternatif kepada masalah pengagihan zakat di Malaysia. Oleh hal
yang demikian, persoalan kajian ini adalah sama ada kaedah lokalisasi
memberikan impak yang positif kepada kelancaran tadbir urus zakat yang
dijalankan oleh LZS Cyberjaya. Kajian ini akan mengkaji persepsi penerima
zakat terhadap tadbir urus secara menyeluruh. Antara objektif kajian ini adalah
untuk melihat kecekapan kaedah lokalisasi yang telah dijalankan dari aspek
tadbir urus zakat terutamanya LZS Cyberjaya, menilai pandangan penerima
zakat iaitu responden supaya tindakan penambahbaikan boleh dilakukan, dan
mengkaji peranan masjid dalam membangunkan institusi zakat.
Persepsi Asnaf Terhadap Tadbir Urus Zakat serta Peranan Masjid:
Kajian Terhadap Lembaga Zakat Selangor (LZS) Cyberjaya /377

Lembaga • Melibatkan
Zakat proses
desentralisasi
Selangor atau penurunan
(LZS) kuasa.
• Kakitangan
bertanggungjawab
Cawangan mengutip dan
LZS mengagih zakat di
mukim tertentu.

Penerima • Bantuan zakat diagihkan


kepada penerima zakat di
Zakat mukim yang sama.

Rajah 1: Carta Alir Kaedah Lokalisasi Zakat


Kajian Lepas

Kajian yang telah dilakukan oleh Wahid, Ahmad, dan Kader (2009)
menunjukkan majoriti responden tidak berpuas hati dengan pengagihan zakat
yang dijalankan oleh institusi zakat. Antara alasan yang dikaji adalah kerana
kaedah pengagihan zakat yang tidak jelas, masalah maklumat pengagihan yang
tidak menyeluruh, pengagihan tidak menyeluruh mengikut asnaf, jumlah
pengagihan wang yang tidak mencukupi, dan masalah-masalah lain. Ini
memberikan kesan yang tidak baik kerana berkemungkinan pembayar zakat
akan membayar secara terus kepada asnaf dan bukannya melalui institusi zakat
formal. Asas-asas pengurusan zakat yang berpandukan kepada al-Quran dan
hadis antaranya adalah keadilan dalam pungutan zakat, memudahkan pungutan
zakat, jumlah dan kaedah bayaran yang jelas serta tepat, pihak pengurusan
zakat berilmu dan berkelayakan, terdapatnya badan yang mengawasi
pengurusan zakat, dan mempercepatkan agihan zakat bagi memastikan
pembayar zakat terus membayar zakat (Buang, 2000).
Di samping itu, kajian lain oleh Wahid dan Ahmad (2014)
menunjukkan keyakinan masyarakat terhadap pengagihan zakat oleh LZS
dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kakitangan LZS, bangunan pejabat,
peralatan, kaedah pengagihan, kaedah kutipan, imej korporat LZS, dan faktor
luaran. Ahmad dan Wahid (2005) di dalam kajiannya telah membuktikan
bahawa perasaan puas hati masyarakat terhadap pengagihan zakat oleh institusi
zakat formal memainkan peranan yang penting. Ini bermakna perasaan puas
hati akan menentukan tempat bayaran yang akan dibuat oleh seseorang
individu kerana sekiranya individu tersebut berpuas hati terhadap institusi
zakat formal, maka hal ini akan mempengaruhi kepatuhannya untuk membayar
zakat kepada institusi zakat formal. Kajian oleh Ahmad, Wahid, dan Mohamad
(2006) juga membuktikan bahawa perasaan puas hati terhadap pengurusan
378/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

pusat zakat mempunyai hubungan yang positif dengan pembayaran zakat


kepada institusi formal.
Menurut Tajuddin, Azman, dan Shamsuddin (2016), bantuan zakat
yang diagihkan memberi impak yang signifikan terhadap kualiti hidup asnaf
fakir dan miskin khususnya di negeri Selangor dan kesan pengagihan zakat
yang optimum mampu mengeluarkan golongan asnaf daripada terus
dibelenggu dengan kemiskinan serta menjadikan mereka sebagai pembayar
zakat. Salah satu jenis bantuan zakat yang diberikan kepada penerima zakat
adalah bantuan modal perniagaan. Bantuan Jayadiri sebagai bentuk modal
permulaan perniagaan yang diperkenalkan oleh Jabatan Zakat Negeri Kedah
telah berjaya mencapai matlamat institusi zakat apabila pendapatan orang
miskin meningkat dan meringankan orang miskin dari perangkap kemiskinan
(Lonik dan Muda, 2013). Kajian tersebut menunjukkan peranan zakat dan
keberkesanan bantuan zakat yang telah diberikan kepada asnaf sebagai langkah
pembasmian kemiskinan. Kajian oleh Ibrahim (2008) membuktikan
keberkesanan zakat dalam memperbaiki agihan pendapatan dan mengurangkan
kadar kemiskinan dimana kajian tersebut menyokong fakta-fakta teoretikal
melalui pembuktian empirikal. Institusi zakat terutamanya LZS sentiasa
mencari jalan untuk memastikan pengagihan zakat dapat dilakukan dengan
berkesan dan antara usaha terkini yang sedang giat dilakukan adalah melalui
lokalisasi pengagihan zakat.
Idea untuk melokalisasikan pengagihan zakat telah lama dicadangkan
sejak beberapa tahun yang lalu. Kaedah lokalisasi zakat mula dicadangkan
secara teori kerana pihak institusi zakat sukar atau tidak dapat mengenalpasti
asnaf terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman kerana masalah
jurang perhubungan. Ini menyebabkan jumlah kutipan zakat adalah lebih tinggi
dari jumlah agihan zakat seterusnya menyebabkan agihan tidak dapat
dijalankan (Salleh, 2006). Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Wahid,
Ahmad, dan Kader (2012), hasil kajian menunjukkan majoriti amil sanggup
memikul tanggungjawab untuk melaksanakan konsep lokalisasi pengagihan
zakat. Berdasarkan kajian itu juga, latar belakang amil menunjukkan amil-amil
tersebut berpengalaman luas dalam tanggungjawab mereka dan mempunyai
tahap serta aliran pelajaran yang bersesuaian dengan skop tugas amil. Kajian
tersebut membuktikan bahawa majoriti amil bersetuju dan menyokong
cadangan lokalisasi pengagihan zakat sebagai salah satu penyelesaian alternatif
yang lebih cekap serta efisien. Dalam kajian lain yang telah dijalankan oleh
Wahid, Kader, dan Ahmad (2012) menunjukkan responden yang terdiri
daripada amil dan penerima zakat bersetuju dengan cadangan melokalisasikan
pengagihan zakat. Hanya terdapat segelintir sahaja responden yang tidak
bersetuju dengan cadangan ini. Majoriti amil yang bersetuju dengan cadangan
lokalisasi ini memberikan gambaran yang signifikan kerana ia membuktikan
bahawa amil tersebut bersedia untuk melaksanakan dan menjayakan cadangan
ini.
Kajian oleh Wahid, Kader, dan Ahmad (2011) menyatakan institusi
masjid memainkan peranan yang signifikan dalam mempengaruhi lokalisasi
daripada perspektif amil dan penerima zakat. Kajian tersebut percaya
Persepsi Asnaf Terhadap Tadbir Urus Zakat serta Peranan Masjid:
Kajian Terhadap Lembaga Zakat Selangor (LZS) Cyberjaya /379

pengurusan zakat sepatutnya diselesaikan bermula di masjid terutamanya


masjid jami’ yang mewakili sesuatu mukim kerana saiznya yang luas dan
jemaah yang ramai serta berfungsi sebagai institusi utama komuniti Islam.
Selain itu, program yang dijalankan oleh pusat zakat di masjid-masjid secara
tidak langsung bertujuan untuk memberi peringatan dan nasihat agama kepada
golongan asnaf agar mereka sentiasa bersyukur kepada Allah SWT serta
berusaha untuk meningkatkan ekonomi masing-masing walaupun tujuan utama
program tersebut adalah untuk memastikan mereka mengambil wang bantuan
zakat (Wahid, Ahmad, dan Kader, 2011). Kajian lain oleh Wahid, Ahmad, dan
Kader (2010) menunjukkan walaupun kejayaan utama yang diharapkan oleh
institusi zakat adalah untuk membasmi kemiskinan tetapi kekuatan rohani dan
jiwa dalam diri penerima zakat diharap dapat ditingkatkan sekiranya ekonomi
mereka tidak dapat berubah.

Metodologi Kajian

Kaedah Pensampelan: Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah


kuantitatif dan kualitatif yang terdiri daripada persampelan rawak berstrata
serta persampelan bola salji dengan menjalankan temubual bersama 20 orang
informan yang tinggal di sekitar atau berhampiran Cyberjaya. Pendekatan
penyelidikan kualitatif mewujudkan pemahaman yang lebih luas tentang
tingkah laku. Oleh itu, pendekatan penyelidikan berbentuk kualitatif ini
menyediakan data yang banyak tentang orang dan situasi kehidupan sebenar
(Eyisi, 2016). Jumlah responden merupakan 20 peratus daripada jumlah senarai
nama penerima zakat yang diberikan oleh pihak LZS di mana jumlah
responden tersebut dianggap munasabah dan sudah memadai walaupun
jumlahnya yang sedikit tetapi dijangka dapat memberikan maklumat yang
terperinci dan mendalam serta mampu menjawab persoalan kajian ini (Patton,
1990). Kesemua informan tersebut terdiri daripada asnaf fakir dan miskin yang
pernah berurusan di LZS Cyberjaya. Temubual ini dijalankan pada bulan
Oktober 2017 di Taman Putra Perdana, Dengkil, dan Bandar Baru Bangi.
Jumlah responden tertinggi adalah di Taman Putra Perdana kerana tempat
tinggal mereka yang lebih dekat dengan LZS Cyberjaya dan juga kerana
jumlah bilangan asnaf yang ramai di daerah tersebut. Pertanyaan yang diajukan
kepada informan mempunyai 4 bahagian iaitu Bahagian A mengenai maklumat
responden, Bahagian B mengenai maklumat pengurusan dan lokalisasi pusat
zakat, Bahagian C mengenai kepuasan terhadap perkhidmatan dan akhir sekali
Bahagian D mengenai komen dan cadangan informan. Bahagian B dan C
adalah penting untuk menilai tahap pengurusan serta mengkaji persepsi
responden terhadap perkhidmatan pusat zakat yang ditawarkan kepada mereka.
Pembolehubah yang terlibat adalah jarak, sikap kakitangan, pengurusan,
bantuan persekolahan, jumlah bantuan, lokasi, dan kepuasan hati responden di
mana pembolehubah tersebut merupakan tema jawapan yang popular serta
dilihat sesuai dengan kajian ini.
380/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Kaedah Analisis Data : Kajian ini dilaksanakan dengan menganalisis secara


deskriptif menggunakan nilai min bagi setiap soalan. Kesemua soalan ini
adalah berbentuk skala likert bernilai 1 iaitu sangat tidak setuju sehingga nilai
5 iaitu sangat setuju. Kajian akan mengadaptasi kajian Koh (2014) iaitu kajian
persepsi responden yang juga melibatkan pemboleh ubah penurunan kuasa
dalam tadbir urus tetapi memfokuskan kepada bidang pendidikan. Kajian
tersebut mengukur tahap min kepuasan di mana skor min 1.00 hingga 2.66
adalah pada tahap kepuashatian yang rendah, skor min 2.67 hingga 4.33 adalah
pada tahap kepuashatian sederhana, dan skor min 4.34 hingga 6.00 adalah pada
tahap kepuashatian yang tinggi.

Hasil Kajian

Hasil kajian dimulakan dengan demografi responden di dalam Jadual 1 di mana


responden terdiri daripada 4 orang lelaki dan 16 orang perempuan. Bilangan
asnaf fakir dan miskin pula adalah sama banyak iaitu sepuluh orang asnaf fakir
dan sepuluh orang asnaf miskin. Status responden terdiri daripada lapan orang
penerima zakat yang berstatus balu dan ibu tunggal manakala terdapat dua
belas orang penerima zakat yang statusnya adalah berkahwin. Bagi taraf
pendidikan pula, majoriti daripada responden memiliki pendidikan pada tahap
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu seramai sepuluh orang responden.
Terdapat lima orang responden yang berpendidikan Sijil Rendah Pelajaran
(SRP) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Seorang responden memiliki
pendidikan pada tahap Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), tiga orang
responden pada tahap darjah enam dan seorang responden yang tidak memiliki
pelajaran. Jumlah tanggungan responden pula adalah bermula seramai dua
orang sehingga tujuh orang. Dari segi sektor pekerjaan, kebanyakan daripada
responden bekerja sendiri iaitu seramai dua belas orang, seorang responden
merupakan kakitangan swasta, dan tujuh orang responden yang tidak bekerja.
Berpandukan kepada Jadual 2, majoriti responden mendapat bantuan kewangan
bulanan, bantuan makanan bulanan, bantuan keperluan pendidikan, dan
bantuan saguhati hari raya. Terdapat juga responden yang mendapat bantuan
sewa rumah, bantuan biasiswa pelajaran, bantuan yuran sekolah, kursus dan
latihan serta bantuan modal perniagaan. Minoriti daripada responden mendapat
bantuan selain daripada LZS seperti bantuan daripada ahli keluarga, Social
Security Organisation atau Organisasi Keselamatan Sosial (SOCSO) dan
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Seramai 16 orang responden menerima bantuan keperluan pendidikan
ataupun 80 peratus daripada jumlah keseluruhan responden dan diikuti oleh
bantuan saguhati hari raya seramai 14 orang iaitu bersamaan dengan 70 peratus
serta bantuan kewangan bulanan seramai 13 orang bersamaan dengan 65
peratus. Kajian ini mendapati responden menerima bantuan zakat bermula dari
jumlah sebanyak RM 250 sehingga ke suatu jumlah tertentu sekitar RM 5000.
Jumlah bantuan yang paling banyak diterima oleh responden tidak dapat
ditentukan secara tepat kerana terdapat responden yang menerima bantuan
Persepsi Asnaf Terhadap Tadbir Urus Zakat serta Peranan Masjid:
Kajian Terhadap Lembaga Zakat Selangor (LZS) Cyberjaya /381

biasiswa pelajaran dimana yuran pengajian adalah berbeza-beza mengikut


tahap pengajian, bidang yang diambil, dan juga institusi pengajian.

Jadual 1: Latarbelakang Responden


Item Bilangan Peratusan (%)
Kategori Asnaf
Miskin 10 50.0
Fakir 10 50.0
Jantina
Lelaki 4 20.0
Perempuan 16 80.0
Umur
20-30 tahun 1 5.0
31-40 tahun 3 15.0
41-50 tahun 14 70.0
51-60 tahun 2 10.0
Status
Berkahwin 12 60.0
Ibu Tunggal dan Balu 8 40.0
Taraf Pendidikan
Darjah 6 3 15.0
SRP/PMR 5 25.0
SPM 10 50.0
STPM 1 5.0
Tiada Pendidikan 1 5.0
Jumlah Tanggungan
0-2 orang 1 5.0
3-5 orang 13 65.0
6-8 orang 6 30.0
Sektor Pekerjaan
Kakitangan Swasta 1 5.0
Bekerja Sendiri 12 60.0
Tidak Bekerja 7 35.0
Anggaran Pendapatan
RM 0-RM 500 7 35.0
RM 501-RM 1,000 8 40.0
RM 1,001-RM 1,500 1 5.0
RM 1,501-RM 2,000 4 20.0
Sumber : Berdasarkan maklumat soal selidik

Seterusnya, Jadual 3 menunjukkan sebahagian maklumbalas berkenaan jarak


LZS Cyberjaya dengan lokasi tempat tinggal responden. Kesemua responden
bersetuju bahawa kewujudan LZS Cyberjaya dapat memudahkan urusan zakat
mereka kerana jarak LZS tersebut yang dekat dengan tempat tinggal mereka.
Sebelum LZS Cyberjaya ditubuhkan, kesemua responden menjalankan urusan
mereka di LZS Bandar Baru Salak Tinggi. Oleh itu, jika dibandingkan jarak
382/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

antara kedua-dua LZS tersebut, LZS Cyberjaya sememangnya terletak di lokasi


yang lebih dekat dengan kediaman responden. Menurut informan 13, hal ini
dapat membantu dari segi penjimatan masa.

Jadual 2: Latarbelakang Bantuan Zakat Responden


Item Bilangan Peratusan (%)
Jenis Bantuan Diterima
Bantuan Kewangan Bulanan 13 65.0
Bantuan Makanan Bulanan 12 60.0
Bantuan Keperluan Pendidikan 16 80.0
Bantuan Saguhati Hari Raya 14 70.0
Bantuan Sewa Rumah 8 40.0
Bantuan Biasiswa Pelajaran 4 20.0
Bantuan Yuran Sekolah 6 30.0
Kursus dan Latihan 1 5.0
Bantuan Modal Perniagaan 2 10.0
Bantuan Kecemasan 5 25.0

Anggaran Jumlah Bantuan


Bantuan Kewangan Bulanan
RM 500 1 5.0
RM 350 10 50.0
RM 250 2 10.0
Bantuan Saguhati Hari Raya
RM 800 1 5.0
RM 700 1 5.0
RM 500 1 5.0
RM 450 2 10.0
Bantuan Sewa Rumah
RM 600 2 10.0
RM 550 1 5.0
RM 500 1 5.0
Bantuan Yuran Sekolah
RM 350 1 5.0
RM 80 seorang 1 5.0
RM 60-RM 70 seorang 1 5.0
RM 30 seorang 1 5.0
Bantuan Modal Perniagaan
RM 5000 1 5.0
Bantuan Kecemasan
RM 80-RM 100 1 5.0
RM 300-RM 1000 1 5.0

Sumber : Berdasarkan maklumat temubual


Persepsi Asnaf Terhadap Tadbir Urus Zakat serta Peranan Masjid:
Kajian Terhadap Lembaga Zakat Selangor (LZS) Cyberjaya /383

Jadual 3: Maklumbalas Responden Terhadap Jarak LZS Cyberjaya

Informan Maklumbalas

Informan 3 ‘…mula-mula akak daripada masjid pastu masjid bagitau kita pergi
Salak Tinggi. Bila dia dah bukak sini, apa-apa hal dia suruh pergi
situ jelah dekat kan. Takdelah kita susah nak kena pergi jauh-jauh
sikit kan…’
Informan 5 ‘…Salak Tinggi kata Cyberjaya dah bukak kan. Dia kata dekat
ada…tak payah nak pergi jauh lah dia kata. Dekat sikit. Senang lah
apa-apa urusan kita ke sini je kan. Tak jauh…’
Informan 12 ‘…Cyberjaya sebab dekat kan. Kalau tidak, kami pi Salak Tinggi
lah. Jauh Salak Tinggi tu. Pastu dah tukar mari sini…orang kata
dekat lah sikit…’
Informan 13 ‘…Dekat lah…yang dekat cuma kita kurangkan masa kita
jelah…sebab kita Putra Perdana kan, kita jangka perjalanan tu
takdelah buang masa kan…’
Sumber : Maklumat temubual

Jadual 4: Maklumbalas Responden Terhadap Kakitangan LZS Cyberjaya

Informan Maklumbalas

Informan 6 ‘…bagi saya Salak Tinggi lagi ok lah. Kalau dekat Salak
Tinggi…prihatin dia terlebih. Dekat sini, prihatin dia takde…bukan
takde, kurang…’
Informan 12 ‘…kalau bagi akak lah kan…layanan dia kan…seronok dekat sana
lagi, dekat Sepang. Mudah bertolak ansur…’
Informan 18 ‘…takde masalah. Diorang bertanggungjawab. Ok je saya. Saya
takde kisah lah…’
Sumber : Maklumat temubual

Jadual 4 pula menunjukkan sebahagian maklumbalas berkaitan sikap


kakitangan di LZS Cyberjaya. Informan 6 dan informan 12 kurang berpuas hati
dengan sikap kakitangan LZS Cyberjaya kerana mereka merasakan bahawa
kakitangan di LZS tersebut kurang prihatin serta kurang bertolak ansur jika
dibandingkan dengan sikap kakitangan di LZS Bandar Baru Salak Tinggi.
Menurut informan 18 pula, kakitangan LZS Cyberjaya memiliki sikap yang
bertanggungjawab. Maklumbalas yang diterima adalah berbeza-beza mengikut
kepada pendapat responden masing-masing. Jadual 5 menunjukkan sebahagian
maklumbalas terhadap pengurusan yang dijalankan oleh LZS Cyberjaya.
Kebanyakan daripada responden memberikan maklumbalas yang positif
berkaitan dengan perkara ini. Kajian mendapati LZS Cyberjaya menjalankan
urusan lebih cepat jika dibandingkan dengan urusan yang dijalankan oleh LZS
Bandar Baru Salak Tinggi. Sebelum wujudnya LZS Cyberjaya, jumlah
pelanggan di LZS Bandar Baru Salak Tinggi yang ramai mungkin telah
menyebabkan urusan menjadi kurang cepat. Setelah LZS Cyberjaya
ditubuhkan, pelanggan yang tinggal berdekatan dengan Cyberjaya diarahkan
384/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

untuk berurusan di LZS Cyberjaya sahaja. Jumlah pelanggan yang tidak ramai
di kaunter LZS Cyberjaya menyebabkan urusan menjadi lebih cepat dan
mudah.

Jadual 5: Maklumbalas Responden Terhadap Pengurusan LZS Cyberjaya


Informan Maklumbalas

Informan 1 ‘…lebih baik di Sepang dari segi proses…’


Informan 3 ‘…sini memang cepat. Ok lah kan…’
Informan 5 ‘…kita urusan tu senang sikitlah. Kita apa-apa kan…terus direct
dengan dia. Sini agak cepatlah. Cyberjaya nampak agak cepat…’
Informan 8 ‘…pada saya kalau macam Cyberjaya memang senang dapat.
Senang buat urusan…’
Informan 9 ‘…mudah lah. Bagi kami mudah lah…tapi saya tengok akak ipar
saya berurusan senang lah…sebab nama dah ada asnaf kan, jadi bila
kami mohon tu cepatlah dia punya urusan tu cepat…’
Informan 10 ‘…macam sekarang ni kat sini rasa lebih cepat. Kalau dulu sampai
satu hari nak kena tunggu turn apa semua sampai anak tak
sekolah…’
Informan 14 ‘…takde masalah lah…urusan dia cepat…’
Informan 18 ‘…Cyberjaya tu lagi baik tu kalau kaunter tu…dia tak
ramai…’
Sumber : Maklumat temubual

Jadual 6 pula merupakan sebahagian maklumbalas mengenai agihan


bantuan kelengkapan persekolahan. Perkara ini menjadi isu utama yang
diadukan oleh majoriti responden semasa sesi temubual dijalankan. Lokasi
agihan bantuan kelengkapan persekolahan yang dijalankan di Salak Tinggi
menyebabkan ramai responden tidak berpuas hati kerana lokasi tersebut jauh
dengan tempat tinggal mereka. Dewan dimana agihan bantuan dijalankan juga
sukar untuk dicari kerana terletak terlalu jauh ke dalam dan tersorok.
Tambahan pula, masa atau tarikh agihan dijalankan adalah kurang sesuai pada
pandangan responden. Kajian ini mendapati responden mempunyai masalah
ketiadaan pengangkutan dengan perjalanan yang memakan masa hampir sejam
beserta kesesakan lalulintas untuk ke Salak Tinggi. Seterusnya, Jadual 7
menunjukkan aduan lain berkaitan dengan LZS Cyberjaya. Apa yang boleh
disimpulkan menurut jadual tersebut, terdapat beberapa masalah seperti
penipuan, komunikasi, dan bantuan yang lewat diterima. Informan 6
memberitahu ada penerima zakat yang diberikan bantuan perniagaan seperti
barangan mesin tetapi barangan mesin tersebut dijual bagi mendapatkan wang.
Terdapat juga penipuan seperti taraf perkahwinan bagi memastikan bantuan
zakat terus diterima. Menurut informan 8, ada penerima zakat yang membuat
penipuan dari segi anggaran jumlah pendapatan bulanan semasa mengisi
borang permohonan bantuan zakat. Sebagai contoh, anggaran jumlah
pendapatan bulanan yang diterima adalah sebanyak RM 1800 tetapi di dalam
borang hanya ditulis sebanyak RM 800. Informan 1 pula memberitahu ada
penerima zakat yang membuat penipuan dengan cara mengosongkan rumah
Persepsi Asnaf Terhadap Tadbir Urus Zakat serta Peranan Masjid:
Kajian Terhadap Lembaga Zakat Selangor (LZS) Cyberjaya /385

semasa penyiasatan dijalankan oleh pegawai LZS supaya kelihatan susah bagi
mendapatkan bantuan zakat.

Jadual 6: Maklumbalas Aduan daripada Responden Berkaitan Bantuan Sekolah


Informan Maklumbalas
Informan 5 ‘…tang nak ambik baju tu…bantuan baju zakat kita pergi sendiri
macam tahun ni dia punya tempat tu agak tersorok. Tulah kalau
dapat kan yang macam bantuan sekolah tak payahlah ke Salak.
Terus buat kat masjid Cyberjaya…’
Informan 8 ‘…jauh sebenarnya kalau ikut kan. Kadang masa tu 3 hari dia bagi
kan, kadang macam hari pertama pergi ambik kan, kadang balik
rumah tak muat. Kena pergi sana tukar. Baik Cyberjaya…’
Informan 10 ‘…kalau boleh buat kan…sebab masjid Cyberjaya tu kan besar kan.
Susah, kalau ada yang setengah kawan-kawan tu tak pergi ambik.
Ada yang kerja, takde kenderaan. Kalau masjid Cyberjaya
tu…kalau dia buat kat parking pun ok…’
Informan 16 ‘…kalau boleh nak ambil barang-barang sekolah tu jangan jauh
sangat lah. Terlalu jauh sangat. Dekat Salak Tinggi tapi masuk lagi
ke dalam…’
Informan 17 ‘…kalau macam bantuan-bantuan sekolah tu kan…tak payahlah
macam Salak Tinggi kan. Kena pergi sana tiada kenderaan kan.
Kalau boleh disini lah kan. Macam area macam Putra Perdana kan
boleh lah kita ambik di Cyberjaya kan…’
Sumber : Maklumat temubual

Jadual 7: Maklumbalas Aduan Lain daripada Responden


Informan Maklumbalas
Informan 6 ‘…pegawai tu kena turun tengok sebulan sekali ke betul ke meniaga
tak meniaga sebab ada penipuan. Pastu pihak zakat dia bagi kita
barang mesin tapi modal pusingan takde…yang saya mohon
ditolak…’
Informan 12 ‘…dia takdak nombor talipon ke zakat Cyber. Memang tak pernah
dapat. Kalau akak call pun…call yang zakat Selangor yang 1300
semua tu kan. Ha, yang tu je boleh call pun. Sini takdak…memang
diorang tak bagi nombor. Mintak pun dia tak bagi. Jadi macam
payahlah. Kalau macam yang sekolah tu kan, lambat kan. Dah nak
habis dah sem tu baru dapat…’
Informan 14 ‘…tapi nombor talipon dia takde. Tu yang susah. Kena pergi. Saya
call tak dapat. Dulu ada bagi nombor tapi tak dapat…sebab talipon
tu kalau kita nak uruskan sebab takde kenderaan. Ye lah nak pergi
sana pun kalau dah naik grab pun dah berapa ringgit. Lagi satu duit
rumah tu mungkin dia buat urusan lambat kot. Kadang-kadang
kerap jugak tuan rumah call tanya…’
Informan 15 ‘…bantuan beras ni memang lewat lah kan. Dulu setiap bulan.
Kadang-kadang lewat daripada sebulan lah…’
Sumber : Maklumat temubual

Berdasarkan Jadual 8 pula berkaitan dengan jumlah bantuan yang diterima.


Kajian mendapati jumlah bantuan yang diterima oleh responden berkurangan
386/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

namun hal ini tidak menjadi masalah besar kerana responden bersyukur dengan
bantuan yang diterima. Seterusnya,

Jadual 8: Maklumbalas daripada Responden Berkenaan Jumlah Bantuan Zakat


Informan Maklumbalas
Informan 3 ‘…dia bagi duit tengok jumlah anaklah. Tahun dulu tu sebelum ada
GST kan…dapat banyak sikitlah diorang bagi. Macam selalu kalau
nak raya dapat dia bagi anak 4 orang, 900. Banyak, tapi baru
ni…tahun ni lah dapat 500…’
Informan 4 ‘…kalau bantuan raya, kalau dulu dia bagi dalam 800, 600.
Sekarang ni pasal ramai orang susah, tu hari dia bagi lah dalam 400
setengah…’
Informan 6 ‘…bantuan raya dapat 450 ringgit. Tahun ni kurang. Tahun lepas
bantuan raya saya dapat 800 ringgit tahun yang sebelum ni…’
Informan 7 ‘…sekolah dia ada bagi duit tapi tak cukuplah. Takpelah kan…’

Sumber : Maklumat temubual

Jadual 9 merupakan sebahagian maklumbalas mengenai lokasi LZS Cyberjaya


di masjid. Secara rumusnya, ia menunjukkan beberapa kelebihan lokasi LZS
Cyberjaya di masjid iaitu kemudahan kawasan parkir yang luas, senang dicari,
dan memudahkan pelanggan yang datang untuk beribadat disamping
berurusan. Jadual 10 pula menunjukkan sebahagian maklumbalas berkenaan
kepuasan hati responden terhadap LZS Cyberjaya. Kajian mendapati majoriti
daripada responden berpuas hati dengan LZS Cyberjaya kerana ia
memudahkan urusan, lokasi yang dekat dengan tempat tinggal responden,
urusan yang cepat, dan layanan kakitangan yang baik. Berdasarkan Jadual 11,
12, dan 13, purata kepuasan hati dalam kalangan responden terhadap LZS
Cyberjaya adalah konsisten. Kajian menunjukkan kepuasan hati responden
berada pada tahap sederhana dan tinggi. Keseluruhan nilai min bagi ketiga-tiga
jadual tersebut adalah masing-masing bernilai 4.27, 4.37, dan 4.25. Hal ini
membuktikan responden agak berpuas hati dengan LZS Cyberjaya cuma
terdapat beberapa aspek tertentu yang menjadi masalah. Namun begitu,
masalah tersebut bukanlah masalah yang serius dan sememangnya mampu
diatasi oleh pihak LZS.

Perbincangan dan Implikasi Dasar

Berdasarkan kepada hasil kajian, dapat dirumuskan bahawa kesemua


responden berpuas hati dengan adanya LZS Cyberjaya. Mengenai lokasi LZS
Cyberjaya di masjid membuktikan bahawa masjid dapat memainkan
peranannya sebagai pusat keagamaan bagi masyarakat Islam serta secara tidak
langsung dapat menyumbang kepada pembangunan institusi zakat. Seperti
yang dimaklumkan oleh informan 3 semasa sesi temubual dijalankan, lokasi
LZS Cyberjaya yang terletak di masjid iaitu Masjid Raja Haji Fisabilillah dapat
memudahkan penerima zakat untuk mendapat maklumat mengenai bantuan
zakat. Hal ini adalah kerana masih terdapat lagi sebahagian besar asnaf yang
Persepsi Asnaf Terhadap Tadbir Urus Zakat serta Peranan Masjid:
Kajian Terhadap Lembaga Zakat Selangor (LZS) Cyberjaya /387

tidak mendapat maklumat mengenai bantuan zakat yang ada. Oleh itu,
sekiranya mereka pergi ke masjid, mereka akan didedahkan mengenai info
bantuan zakat yang ada oleh pihak masjid. Ini bermaksud, selain menjadi
tempat untuk beribadat dan tempat masyarakat Islam berkumpul, masjid juga
memainkan peranan penting sebagai pusat penyebaran maklumat dalam
mendedahkan tentang bantuan zakat yang boleh dipohon oleh asnaf

Jadual 9: Maklumbalas daripada Responden Mengenai Lokasi di Masjid


Informan Maklumbalas
Informan 1 ‘…lagi ok dari segi parking…’
Informan 2 ‘…senang sikitlah. Nak cari pun senang. Dekat pun dekat…’
Informan 3 ‘…sesuai. Bagi sayalah…sebab dia senang kan orang pergi masjid
orang boleh tau kadang zakat ni orang taktau. Parking pun senang
sebab dia ada ruang pun dia tak ganggu masjid tu kan…’
Informan 6 ‘…saya rasa situ ok…senang…’
Informan 18 ‘…lagi elok dekat situ. Ada pejabat dia khas. Kalau orang nak
Zohor, terus pergi solat. Lagipun Fisabilillah punya tu memang
luas. Boleh sangat buat-buat yang bahagian Islam punya kan. Bagi
saya lah…’
Informan 19 ‘…ok. Sambil-sambil tu boleh kita bersolat kan. Parking pun
senang kan…’
Sumber : Maklumat temubual

Jadual 10 : Maklumbalas Kepuasan Hati Responden Terhadap LZS Cyberjaya


Informan Maklumbalas
Informan 2 ‘…alhamdulillah la. Takde masalah…’
Informan 4 ‘…puas hati lah. Setakat ni syukur alhamdulillah apa yang dia
bantu, dia tolong permudahkan diri kita lah…’
Informan 5 ‘…alhamdulillah la memang sangat-sangat membantu…’
Informan 8 ‘…saya rasa Cyberjaya ni ok. Dekat. Senang la nak buat urusan…’

Informan 13 ‘…puas hati lah. Layanan diorang pun ok lah…’


Informan 14 ‘…ok. Cepat pun cepat…’
Informan 15 ‘…puas hati. Takde masalah pun…’
Informan 16 ‘…puas hati lah…’
Sumber : Maklumat temubual
Persepsi Asnaf Terhadap Tadbir Urus Zakat serta Peranan Masjid:
Kajian Terhadap Lembaga Zakat Selangor (LZS) Cyberjaya /398

Jadual 11: Soal Selidik Terhadap Penerima Zakat Berkenaan Tadbir Urus
No Item Soalan Taman Teras Jernang Dengkil Purata Tahap Puas Hati1
Putra
Perdana
1 Dengan adanya cawangan Lembaga Zakat Selangor 4.53 5.00 4.00 4.51 Tinggi
(LZS) memudahkan permohonan zakat.
2 Cawangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang 4.41 5.00 4.00 4.47 Tinggi
diwujudkan dapat meningkatkan keberkesanan proses
pengurusan zakat di sesuatu mukim.
3 Lembaga Zakat Selangor (LZS) cawangan Cyberjaya 4.41 5.00 4.00 4.47 Tinggi
menjalankan pengurusan yang lebih cekap dan cepat.
4 Kewujudan cawangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) 4.35 4.00 4.00 4.12 Sederhana
memudahkan pihak LZS mengenalpasti asnaf secara
tepat.
5 Cawangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang 4.41 4.00 4.00 4.14 Sederhana
diwujudkan dapat menjaga kepentingan golongan asnaf.
6 Dana zakat dapat diagihkan dengan cekap dan efisien 4.35 4.00 4.00 4.12 Sederhana
dengan adanya cawangan Lembaga Zakat Selangor
(LZS).
7 Kewujudan cawangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) 4.35 4.00 4.00 4.12 Sederhana
merapatkan jurang perhubungan antara LZS dengan asnaf
di sesuatu mukim.
Purata Min 4.40 4.42 4.00 4.27 Sederhana
Nota: 1Skala Tahap Kepuashatian; < 2.66; Rendah; 2.67-4.33; Sederhana; >4.34; Tinggi
Sumber: Berdasarkan maklumat soal selidik
Persepsi Asnaf Terhadap Tadbir Urus Zakat serta Peranan Masjid:
Kajian Terhadap Lembaga Zakat Selangor (LZS) Cyberjaya /399

Jadual 12: Soal Selidik Terhadap Penerima Zakat Berkenaan Peranan Masjid
No Item Soalan Taman Putra Teras Dengkil Purata Tahap Puas Hati1
Perdana Jernang

1 Masjid merupakan institusi yang paling sesuai untuk 4.53 5.00 4.00 4.51 Tinggi
menjalankan aktiviti pengurusan zakat.
2 Lokasi cawangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) 4.47 5.00 4.00 4.49 Tinggi
Cyberjaya di masjid merupakan sebab atau menjadi
pilihan untuk berurusan di situ.
3 Masjid memainkan peranan yang penting kepada 4.47 4.00 4.00 4.16 Sederhana
peningkatan jumlah kutipan zakat.
4 Cawangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang 4.35 4.00 4.50 4.32 Sederhana
diwujudkan di masjid dapat meningkatkan aspek
keagamaan dan sosial.
Purata Min 4.49 4.50 4.13 4.37 Tinggi
Nota: 1Skala Tahap Kepuashatian; < 2.66; Rendah; 2.67-4.33; Sederhana; >4.34; Tinggi
Sumber: Berdasarkan maklumat soal selidik
400/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Jadual 13: Pendapat dan Tahap Kepuasan Penerima Zakat Terhadap Cawangan LZS
No Item Soalan Taman Putra Teras Dengkil Purata Tahap Puas
Perdana Jernang Hati1

1 Tindakan mewujudkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) 4.53 4.00 4.00 4.18 Sederhana
merupakan strategi yang terbaik dalam meningkatkan
jumlah kutipan zakat.
2 Berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan di 4.47 4.00 4.50 4.32 Sederhana
cawangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) Cyberjaya.
Purata Min 4.50 4.00 4.25 4.25 Sederhana
Nota: 1Skala Tahap Kepuashatian; < 2.66; Rendah; 2.67-4.33; Sederhana; >4.34; Tinggi
Sumber: Berdasarkan maklumat soal selidik
Persepsi Asnaf Terhadap Tadbir Urus Zakat serta Peranan Masjid:
Kajian Terhadap Lembaga Zakat Selangor (LZS) Cyberjaya /391

Antara implikasi dasar yang boleh dilakukan adalah penambahbaikan


kemudahan komunikasi kepada pelanggan di setiap cawangan LZS. Seperti
yang kita sedia maklum, kebanyakan penerima zakat tidak mempunyai
kenderaan sendiri dan sekiranya ada, kenderaan tersebut perlu dikongsi dengan
ahli keluarga yang lain. Sebagai contoh, salah seorang pasangan yang bekerja
memerlukan kenderaan untuk ke tempat kerja manakala pasangan yang tidak
bekerja pula tidak mempunyai kenderaan yang lain sekiranya perlu
menguruskan sesuatu urusan. Walaupun terdapat pengangkutan awam yang
disediakan, tidak berbaloi sekiranya wang dibelanjakan untuk tambang yang
mahal hanya semata-mata untuk bertanya mengenai sesuatu hal. Adalah lebih
baik jika pertanyaan tersebut boleh dilakukan dengan kemudahan komunikasi
melalui telefon sahaja.
Implikasi dasar yang seterusnya pula adalah mengenai perubahan
sikap kakitangan LZS Cyberjaya yang perlu lebih mesra pelanggan dan
prihatin terhadap masalah penerima zakat. Peranan kakitangan terutamanya
kakitangan yang berkhidmat di kaunter turut memberikan sebuah tanggapan
sama ada positif atau negatif daripada pelanggan. Kita lebih senang dan selesa
berurusan sekiranya kakitangan di mana-mana kaunter bukan sahaja di kaunter
LZS memiliki sikap yang mesra pelanggan. Sikap kakitangan yang mesra
pelanggan di sesebuah institusi akan memberikan tanggapan yang baik atau
positif kepada pelanggan yang datang untuk menjalankan urusan tertentu.
Selain itu, fungsi atau bidang kerja di setiap cawangan LZS perlu
diperluaskan dan penurunan kuasa tertentu perlu diberikan oleh ibu pejabat
LZS. Menurut responden yang telah ditemubual, cawangan LZS Cyberjaya
memudahkan mereka untuk menjalankan urusan permohonan bantuan zakat
tetapi sekiranya terdapat masalah tertentu, mereka terpaksa pergi ke ibu pejabat
LZS di Shah Alam. Ini menunjukkan fungsi yang dijalankan di LZS Cyberjaya
adalah terhad. Setiap cawangan LZS mempunyai fungsi yang khusus dan
berbeza-beza. Sebagai contoh, terdapat cawangan LZS yang menjalankan
perkhidmatan permohonan bantuan zakat sahaja tetapi tidak menjalankan
aktiviti penyiasatan ke rumah asnaf. Mungkin pada masa akan datang
penurunan kuasa bagi melakukan tugas-tugas tertentu boleh diberikan dari ibu
pejabat LZS kepada kesemua cawangan LZS yang ada bagi melancarkan
perjalanan pengurusan zakat dan seterusnya memudahkan urusan pelanggan.
Pelanggan terutamanya penerima zakat akan menjadi lebih mudah sekiranya
semua urusan mengenai zakat dapat diselesaikan di cawangan LZS yang
berdekatan dengan tempat tinggal mereka sahaja.
Tambahan lagi, pihak LZS mungkin boleh menjalankan agihan
bantuan persekolahan di kawasan sekitar LZS Cyberjaya atau di lokasi yang
lebih dekat dengan tempat tinggal penerima zakat. Antara sebab yang menjadi
masalah kepada responden berkenaan isu ini adalah kerana ketiadaan
pengangkutan, jarak yang jauh, dan tempoh masa agihan bantuan yang singkat
atau terhad. Lokasi dewan dimana agihan bantuan persekolahan dijalankan
juga terlalu jauh ke dalam dan menyebabkan responden sukar untuk cari.
Selain itu, agihan bantuan tersebut dijalankan dalam tempoh masa yang
392/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

tertentu. Sekiranya terdapat apa-apa masalah berkaitan dengan bantuan


persekolahan, responden perlu berulang semula ke lokasi yang sama. Ini
menyebabkan mereka terkejar-kejar kerana tempoh masa bagi urusan bantuan
persekolahan adalah singkat dan terhad.
Seterusnya, pelaksanaan GST seharusnya disertakan dengan beberapa
insentif tertentu bagi membantu golongan yang kurang mampu. Penerima zakat
merasakan kos sara hidup mereka meningkat dengan harga barang yang mahal
serta jumlah tanggungan yang ramai. Mereka perlu membayar kadar cukai
yang sama dengan golongan yang berkemampuan. Pelaksanaan GST yang
dikenakan kepada majoriti barangan dan perkhidmatan mengurangkan kuasa
penerima zakat terutamanya sebagai pengguna. Walaupun majoriti daripada
responden tersebut bersyukur dengan jumlah bantuan zakat yang telah
diberikan kepada mereka, namun kos sara hidup yang semakin meningkat
kesan daripada pelaksanaan GST sememangnya akan membebankan mereka.
Implikasi dasar yang berikutnya merupakan cadangan daripada
informan 6 dimana pemantauan secara berkala daripada pihak LZS perlu
dilakukan terutamanya terhadap penerima zakat yang menerima bantuan modal
perniagaan bagi mengelakkan kes penipuan. Bantuan modal perniagaan yang
diberikan kepada penerima zakat yang tidak sepatutnya menyebabkan
pembaziran ke atas bantuan zakat kerana modal perniagaan tersebut seharusnya
boleh diberikan kepada penerima zakat yang betul-betul memerlukan.
Informan 1 pula mencadangkan supaya penyiasatan oleh pegawai LZS ke
rumah penerima zakat dilakukan secara mengejut bagi memastikan penerima
zakat tersebut tidak menipu. Perkara ini sekiranya diteliti dapat membantu
institusi LZS dari segi pengurangan pembaziran bantuan zakat kerana bantuan
zakat dapat diagihkan kepada penerima zakat yang jujur dan betul. Jumlah
defisit yang berlaku juga mungkin dapat dikurangkan jika agihan bantuan zakat
diberikan kepada penerima zakat yang sepatutnya.

Kesimpulan

Secara rumusnya, kajian ini menunjukkan LZS Cyberjaya sememangnya dapat


memudahkan penerima zakat untuk membuat permohonan bantuan zakat. Hal
ini membuktikan pelaksanaan kaedah lokalisasi dapat memberikan impak
positif kepada penerima zakat di sesuatu mukim. Pihak LZS Cyberjaya pula
lebih mudah mengenal pasti penerima zakat yang tinggal di sekitar Cyberjaya
bagi memastikan tiada penerima zakat atau asnaf yang tercicir daripada
menerima bantuan zakat. Pelaksanaan kaedah lokalisasi ini menunjukkan ia
dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak LZS dan juga
penerima zakat. Kesemua responden bersetuju bahawa kewujudan cawangan
LZS yang terletak di masjid dapat meningkatkan aspek keagamaan dan sosial.
Oleh itu, jelaslah fungsi masjid tidak terhad untuk melakukan ibadat sahaja
tetapi masjid juga menjadi tempat masyarakat Islam berkumpul dan
berinteraksi sesama mereka sekaligus maklumat dapat disebarkan.
Pendapat penerima zakat terhadap LZS Cyberjaya membuktikan LZS
Cyberjaya mampu memberikan perkhidmatan yang baik walaupun cawangan
Persepsi Asnaf Terhadap Tadbir Urus Zakat serta Peranan Masjid:
Kajian Terhadap Lembaga Zakat Selangor (LZS) Cyberjaya /393

tersebut masih dianggap baru sahaja beroperasi. Antara kelebihan yang


dimiliki oleh LZS Cyberjaya adalah kemudahan parkir yang luas, kedudukan di
lokasi yang strategik, kakitangan yang bertanggungjawab, dan pengurusan
yang lebih baik serta cepat. Namun begitu, terdapat juga beberapa kekurangan
yang dikongsi sebagai pendapat oleh responden di mana kekurangan tersebut
mungkin boleh dibaikpulih oleh pihak LZS Cyberjaya dan LZS secara
umumnya pada masa akan datang. Oleh itu, pendapat dan cadangan yang
diberikan oleh penerima zakat iaitu responden di dalam kajian ini dapat
membantu dalam menentukan tindakan apa yang patut dilakukan oleh pihak
LZS sebagai salah satu langkah untuk membaikpulih tadbir urus yang sedia
ada.
Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa kaedah lokalisasi yang
dijalankan oleh pihak LZS dapat memberikan impak atau kesan yang positif
terhadap pengagihan zakat. Selain dapat mengelakkan situasi di mana asnaf
tercicir daripada menerima zakat, kaedah lokalisasi juga dilihat mampu
menaiktaraf tadbir urus yang dijalankan oleh pihak LZS. Tujuan utama institusi
zakat bagi membasmi kemiskinan akan dapat tercapai sekiranya kaedah
lokalisasi ini terus dijalankan dengan lebih meluas terutamanya di kawasan
pedalaman. Penerima zakat juga memainkan peranan yang penting dalam
usaha untuk meningkatkan ekonomi dan taraf hidup mereka selain
mengharapkan kepada bantuan zakat semata-mata. Islam menggalakkan
manusia supaya berusaha dan bekerja bagi memajukan diri mereka dengan
menggunakan keupayaan serta kesihatan tubuh badan yang dikurniakan oleh
Allah SWT.

Rujukan
Al Quran.
Abdullah, H., Idrus, A. A. M., & Mehat, N. (2013). Kefahaman dan Kesediaan
Pengguna Terhadap Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST):
Satu Tinjauan Awal. Prosiding PERKEM VIII, Jilid, 2, 688-702.
Ahmad¹, M. A. R., Ismail, Z., & Halim, H. A. (2016). Awareness and perception of
taxpayers towards goods and services tax (GST) implementation. International
Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 75-93.
Ahmad, S., & Wahid, H. (2005). Persepsi agihan zakat dan kesannya terhadap
pembayaran zakat melalui institusi formal. Jurnal Ekonomi Malaysia, 39, 53-
69.
Ahmad, S., Wahid, H., & Mohamad, A. (2006). Penswastaan institusi zakat dan
kesannya terhadap pembayaran secara formal di Malaysia. International
Journal of Management Studies (IJMS), 13(2), 175-196.
Buang, A. H. (2000). Pengurusan Zakat: Satu Analisis dari Perspektif al-Quran dan al-
Sunnah. Shariah Journal, 8(2), 89-102.
Eyisi, D. (2016). The usefulness of qualitative and quantitative approaches and methods
in researching problem-solving ability in science education curriculum.
Journal of Education and Practice, 7(15), 91-100.
Ibrahim, P. H. (2008). Pembangunan ekonomi melalui agihan zakat: Tinjauan
empirikal. International Journal of Mechanical and Materials Engineering.
394/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Koh, L. C. (2014). Ciri-ciri organisasi pembelajaran mengikut persepsi guru di


sekolah-sekolah menengah di Malaysia/Koh Lee Chin (Doctoral dissertation,
University Malaya).
Lonik, K. A. T., & Muda, N. S. (2013). Rethinking the role of zakat in poverty
eradication. Proceedings of AICS-Social Sciences, 1, 299-306.
Palil, M. R., & Ibrahim, M. A. (2011). The impacts of goods and services tax (GST) on
middle income earners in Malaysia. World Review of Business
Research, 1(3), 192-206.
Patton, M. Q. (1990). Qualitative evaluation and research methods (2nd ed.). Thousand
Oaks, CA, US: Sage Publications, Inc.
Raziatul Hanum A.Rajak. (2014). Wakaf, Zakat Kurang Berkesan di Malaysia. Sinar
Harian Online, 7 Januari. http://www.sinarharian.com.my/nasional/wakaf-
zakat-kurang-berkesan-di-malaysia-1.238109 [9 Mei 2017]
Salleh, M. S. (2006). Lokalisasi Pengagihan Zakat: satu Cadangan Teoritis. dalam
Hailani & Abdul Ghafar (penyt). Zakat: Pensyariatan, Perekonomian &
Perundangan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tajuddin, T. S., Azman, A. S., & Shamsuddin, N. (2016). Impak agihan zakat terhadap
kualiti hidup asnaf di Selangor. Proceedings of the 2nd International
Conference on Economics and Banking, 2, 226-237.
Wahid, H., Ahmad, S., & Kader, R. A. (2012). Cadangan Penyetempatan Pengagihan
Zakat di Malaysia: Adakah Amil Sudah Bersedia?. Jurnal Ekonomi
Malaysia, 46(2), 17-27.
Wahid, H., Kader, R. A., & Ahmad, S. (2012). Penerimaan amil dan asnaf terhadap
penyetempatan pengagihan zakat di Malaysia. Jurnal Ekonomi
Malaysia, 46(1), 39-51.
Wahid, H., Ahmad, S., & Kader, R. A. (2009). Pengagihan zakat oleh institusi zakat di
Malaysia: mengapa masyarakat Islam tidak berpuas hati?. International
Journal of Mechanical and Materials Engineering.
Wahid, H., Kader, R. A., & Ahmad, S. (2011, July). Localization of zakat distribution
and the role of Mosque: perceptions of amil and zakat recipients in Malaysia.
In International Zakat Conference: Sustainable Zakat Development in the
Poverty Alleviation and Improvement of Welfare of the Ummah.
Wahid, H., Ahmad, S., & Kader, R. A. (2011). Pengaruh faktor keagamaan terhadap
kualiti hidup individu: Kajian kes asnaf fakir dan miskin di wilayah
persekutuan kuala lumpur. Malaysian Journal of Consumer and Family
Economics, 14(1), 176-196.
Wahid, H., & Ahmad, S. (2014). Faktor Mempengaruhi Tahap Keyakinan Agihan
Zakat: Kajian Terhadap Masyarakat Islam di Selangor. Jurnal Ekonomi
Malaysia, 48(2), 41-50.
Wahid, H., Ahmad, S., & Kader, R. A. (2010). Pengaruh Faktor Keagamaan Terhadap
Kualiti Hidup Individu: Kajian Kes Asnaf Fakir dan Miskin. Seminar
Kebangsaan MACFEA Ke-14: Hala Tuju Penyelidikan Kepenggunaan.
Bab 21

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Projek


Taman Desa Asnaf Fakir dan Miskin di Perlis
Nor Jannatul Farhana Mohd Zambri
Mohd Ali Mohd Noor
Hairunnizam Wahid

Pengenalan

Kemiskinan merupakan isu sejagat yang seringkali dibincangkan di peringkat


global dan tempatan. Sepertimana yang telah dilaporkan oleh Unit Perancang
Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, berlaku peningkatan peratusan
pengangguran dari tahun 2014 iaitu sebanyak 2.9 peratus kepada 3.4 peratus
pada tahun 2017, dan dijangkakan peratusan kadar pengangguran di Malaysia
akan berada pada paras 3.2 peratus sehingga 3.5 peratus dalam tahun 2018. Hal
ini amat membimbangkan kerana, peningkatan kadar pengangguran
menunjukkan semakin bertambah golongan yang tidak mempunyai pekerjaan
dimana mereka berada dalam keadaan yang layak, mampu bahkan sanggup
untuk bekerja tetapi terhalang oleh faktor-faktor tertentu seperti kekurangan
peluang pekerjaan. Apabila hal seperti ini terjadi, masalah daripada aspek
pendapatan pula akan berlaku disebabkan tiada sumber pendapatan seperti gaji,
harta mahupun simpanan untuk digunakan dalam aktiviti perbelanjaan harian.
Perkara ini menunjukkan, masalah kemiskinan dan pengangguran merupakan
perkara yang berkait diantara satu sama lain yang mana pengangguran boleh
menyebabkan berlakunya kekurangan pendapatan dan kemiskinan.
Menurut laporan oleh Jabatan Statistik Malaysia, kadar pengangguran
di negeri Perlis pada tahun 2013 iaitu sebanyak 3.7 peratus telah menurun
sehingga mencecah 2.9 peratus pada tahun 2016. Tetapi, berlaku peningkatan
yang agak tinggi pada tahun 2017 dimana kadar pengangguran adalah
sebanyak 3.5 peratus dan ianya lebih tinggi berbanding kadar pengangguran di
seluruh Malaysia pada tahun tersebut. Walaupun Perlis merupakan sebuah
negeri yang kecil dengan jumlah populasi penduduk yang sedikit berbanding
negeri-negeri lain di Malaysia, masalah kemiskinan dan pengangguran masih
wujud.
Zakat berperanan sebagai satu alternatif penting dalam menyelesaikan
masalah kemiskinan. Secara umum, zakat boleh didefinisikan sebagai rukun
Islam keempat yang diwajibkan keatas umat Islam untuk menunaikannya iaitu
396/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

dengan cara pemberian sebahagian hartanya kepada golongan yang berhak dan
layak menerima berdasarkan kepada syarat-syarat yang tertentu. Ianya adalah
satu kaedah penyucian harta yang diwajibkan terhadap penganut agama Islam
demi mendapatkan keberkatan dari Allah SWT. Merujuk kepada senarai asnaf
iaitu senarai penerima zakat, golongan fakir dan miskin adalah golongan yang
berdepan dengan masalah kemiskinan dan mereka ini layak menerima zakat.
Seperti yang diamalkan di dalam negara Malaysia, terjemahan secara yang
lebih spesifik berkenaan golongan fakir dan miskin ini boleh dirujuk di setiap
laman sesawang pusat zakat mengikut negeri. Bagi memastikan wang zakat
dapat diurus dan diagihkan dengan betul, terbinanya institusi-institusi yang
ditugaskan untuk menguruskan perihal berkaitan zakat bagi setiap negeri
diseluruh Malaysia. Antaranya adalah, Lembaga Zakat Selangor (LZS), Majlis
Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Lembaga Zakat Negeri Kedah,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan lain lagi.
Portal E-DATA Perangkaan SosioEkonomi Negeri Perlis melaporkan,
kadar kemiskinan bagi negeri perlis semakin meningkat. Perkara ini dibuktikan
dengan data yang diperoleh dari sumber Pejabat Pembangunan Persekutuan
Negeri Perlis yang menunjukkan kenaikan jumlah Ketua Isi Rumah (KIR)
yang miskin pada tahun 2012 iaitu sebanyak 10541 KIR telah meningkat
sedikit demi sedikit pada tahun yang seterusnya sehingga menjadi 14141 KIR
pada tahun 2016 seperti yang dinyatakan pada Rajah 1.

2016 (14141 KIR)


2015 (13407 KIR)
2014 (12408 KIR)
2013 (11585 KIR)

2012 (10541 KIR)

Rajah 1: Jumlah Ketua Isi Rumah (Kir) Miskin Bagi Negeri Perlis
Dari Tahun 2012 Sehingga 2016

Pelbagai kaedah telah dilaksanakan oleh institusi-institusi zakat bagi


memastikan amanah yang diberi oleh pembayar zakat dapat diuruskan dengan
sebaiknya. Dalam konsep tradisional, zakat diagihkan secara terus oleh amil
(pengurus Zakat) yang diamanahkan kepada para asnaf, tetapi hal ini dilihat
kurang berkesan dalam menyelesaikan masalah kemiskinan. Ini disebabkan
oleh, golongan asnaf dilihat terlalu bergantung kepada bantuan zakat yang
diberikan dan tiada usaha oleh mereka untuk keluar bekerja agar mereka dapat
bebas dari kepompong kemiskinan. Disebabkan perihal tersebut, kaedah agihan
zakat secara terus ini dikatakan sebagai kaedah yang kurang efisyen dan
produktif. Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah ini, agihan zakat secara lebih
aktif dan produktif sedang giat diusahakan oleh kebanyakkan institusi zakat di
seluruh Malaysia. Setakat ini, terdapat empat jenis kaedah agihan zakat
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Projek Taman
Desa Asnaf Fakir dan Miskin di Perlis /397

produktif yang tersenarai dan dilaksanakan di Malaysia iaitu bantuan peralatan


perniagaan, bantuan modal perniagaan, pembiayaan perniagaan dan pekerjaan
bergaji (Ismail & Hussain, 2017).
Untuk merungkai solusi bagi permasalahan kemiskinan dan
pengangguran tersebut, kajian ini dijalankan keatas satu-satunya negeri yang
melaksanakan agihan zakat produktif melalui bantuan pekerjaan bergaji. Ianya
dilaksanakan di negeri Perlis, dimana ia juga tidak terkecuali dalam berdepan
dengan masalah pengangguran dan kemiskinan seperti negeri-negeri yang lain.
MAIPs merupakan institusi badan berkanun yang berfungsi menguruskan
pembangunan ekonomi umat Islam di negeri Perlis termaksuklah dalam aspek
pengurusan Zakat. Projek Taman Desa Asnaf (TDA) merupakan projek agihan
zakat produktif melalui bantuan pekerjaan bergaji yang pertama dilaksanakan
di negara Malaysia.

Pelaksanaan Projek TDA

Diilhamkan oleh DYMM Sultan Selangor, sebuah projek kediaman dan


agroekonomi telah dijalankan di Batu Bertangkup, Perlis. Ianya merupakan
projek penempatan asnaf fakir dan miskin yang dikenali sebagai TDA. Projek
ini merupakan cetusan idea dan kolaborasi antara tiga institusi penting iaitu
LZS, MAIPs serta IRIS Corporation Berhad. Dana pembangunan sebanyak
RM12 juta telah disumbangkan oleh LZS dibawah “Projek Selangor
Perihatin”, manakala sebanyak RM200,000 telah disalurkan untuk kegunaan
program pembangunan insan yang bakal dilaksanakan di TDA. Manakala
MAIPs yang bertindak sebagai tuan rumah menguruskan TDA dan merupakan
penyumbang dari aspek penyediaan tapak dan urusan pengambilan peserta.
IRIS Corporation Berhad pula telah dipilih oleh LZS untuk dijadikan sebagai
kontraktor penbinaan infrastruktur di seluruh kawasan TDA dan mempunyai
tanggungjawab dari aspek pengurusan ladang agroekonomi.
Berteraskan matlamat utama penubuhan iaitu bagi membantu
golongan fakir dan miskin agar dapat keluar daripada kepompong asnaf, projek
ini menyediakan tempat tinggal beserta pekerjaan kepada golongan asnaf fakir
dan miskin yang terpilih dari seluruh negeri Perlis. Mereka telah dipilih oleh
pihak MAIPs melalui beberapa peringkat seperti borang penyertaan, temuduga
dan ujian air kencing. Selain daripada diberi tempat tinggal dan pekerjaan
selama tempoh lima tahun, penerima bantuan perlu mengambil bahagian dalam
Pelan Pembangunan Insan yang berteraskan Pendidikan, Sosial dan Kesihatan.
TDA dibangunkan dalam satu kawasan yang dilengkapi dengan
fasiliti-fasiliti yang lengkap sepertimana taman-taman perumahan yang lain.
Antara kemudahan-kemudahannya adalah, rumah berkembar, homestay, rumah
kayu melayu (Villa Tamu), makmal komputer, pusat tuisyen, surau, tandas
awam, tadika, taman permainan, padang bola dan juga padang serbaguna.
Bukan sahaja diberi kemudahan yang lengkap, rumah yang diterima juga
dilengkapi beberapa keperluan asas sesebuah tempat tinggal seperti katil
kelamin, katil bujang, set sofa, set meja makan, ampaian dan juga almari
398/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

pakaian. Bilangan rumah yang disediakan adalah sebanyak 48 buah rumah


berkembar dan kini 25 buah telah didiami oleh 25 buah keluarga asnaf.
Selain itu, seorang wakil dari setiap isi rumah tidak kira lelaki
mahupun perempuan adalah wajib dan disyaratkan untuk bekerja di ladang
agroekonomi yang diuruskan oleh pihak IRIS Corporation Berhad sepanjang
tempoh lima tahun menetap di TDA. Pada asalnya terdapat dua jenis skop
pekerjaan yang berbeza iaitu berkaitan dengan penternakan ikan tilapia serta
penanaman rock melon. Tetapi, kini ianya lebih difokuskan kepada penanaman
rock melon yang mempunyai keluasan ladang seluas 2 hektar. Para peserta atau
penerima bantuan perlu bekerja di ladang tersebut megikut skop-skop
pekerjaan yang telah ditetapkan. Dengan pendapatan yang diterima hasil dari
pekerjaan tersebut, sebanyak RM300 bagi setiap bulan akan disimpan dan
diuruskan oleh pihak MAIPs didalam Tabung Simpanan Pekerja. Kemudian
ianya akan dikembalikan semula kepada mereka selepas tamat tempoh lima
tahun. Selain daripada meningkatkan kemahiran asnaf dalam aspek pertanian,
mereka juga dilatih untuk berdisiplin melalui penetapan waktu bekerja dan
juga kewajipan membuat simpanan.

FASA PERTAMA • Tahun 1

FASA
KEDUA • Tahun ke-2 sehingga ke-4

FASA
• Tahun ke-5
KETIGA

Rajah 2: Fasa Perancangan Taman Desa Asnaf

Sepanjang lima tahun menetap di TDA, penerima bantuan akan


melalui tiga fasa seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2. Fasa pertama adalah
fasa dimana pada tahun pertama kesemua penerima bantuan berada dalam fasa
pengenalan dan penyesuaian diri. Ketika berada di fasa ini, mereka akan
didedahkan dengan kawasan TDA, undang-undang yang perlu dipatuhi di TDA
dan juga perihal berkaitan tempat bekerja iaitu di ladang rock melon. Selain
itu, pada fasa ini juga kesemua penerima bantuan serta keluarga akan mula
menyesuaikan diri dan berkenalan sesama mereka bagi memudahkan aktiviti
kemasyarakatan dijalankan. Pihak pengurusan pula akan turut menumpukan
perhatian terhadap perkembangan akademik anak-anak para asnaf agar mereka
berjaya dan membawa perubahan kepada keluarga.
Manakala fasa kedua pula adalah fasa dimana kesemua penduduk
mula memberi perhatian sepenuhnya terhadap pekerjaan masing-masing bagi
meningkatkan taraf hidup dan pendapatan keluarga. Mereka juga akan
melibatkan diri dalam program serta kursus-kursus yang disediakan bagi tujuan
menggilap kemahiran para penduduk. Seterusnya, pada fasa yang terakhir
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Projek Taman
Desa Asnaf Fakir dan Miskin di Perlis /399

mereka akan lebih didedahkan dengan program-program yang boleh membantu


mereka dalam merancang kehidupan setelah tamat tempoh menetap di TDA
berdasarkan kepada minat serta keupayaan mereka didalam bidang yang ingin
diceburi. Jumlah simpanan setiap bulan yang diuruskan oleh pihak MAIPs
akan dipulangkan semula kepada semua penerima bantuan diakhir tempoh
menetap. Justeru, membuat perancangan yang strategik akan memastikan
jumlah RM18,000 yang diterima bakal dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Ringkasannya, bukan sahaja diberi penempatan percuma serta
pekerjaan bahkan penerima bantuan turut dibantu dalam aspek pengurusan
kewangan dan peningkatan kemahiran sebagai persediaan bagi menempuh
dugaan yang lebih besar iaitu selepas tamat tempoh menetap. Namun begitu,
bermula dari penubuhan TDA iaitu pada akhir tahun 2013 sehingga kini masih
tiada kajian yang dijalankan untuk menilai keberkesanannya. Justeru, melihat
kepada keunikan yang ada pada projek ini, pengkaji telah memilih untuk
melaksanakan kajian terhadap pelaksanaan dan faktor-faktor yang
mempengaruhi keberkesanan projek tersebut.

Kajian Lepas

MAIPs mendefinisikan zakat sebagai sebahagian daripada harta tertentu yang


telah dipenuhi syarat-syaratnya dan dikeluarkan kepada golongan tertentu iaitu
golongan asnaf. Seperti yang tersenarai di dalam Al-Quran, Surah At-Taubah,
ayat 60 menyatakan mereka yang layak menerima zakat adalah terdiri daripada
golongan fakir, miskin, Amil, Muallaf, hamba, orang yang dibelenggu hutang,
manusia yang sedang berjihad dijalan Allah dan mereka yang terputus bekalan
ketika berada didalam perjalanan. Disebabkan definisi fakir dan miskin adalah
berbeza mengikut terjemahan setiap pusat zakat, kajian ini akan menumpukan
kepada definisi dari laman sesawang pihak MAIPs berkaitan golongan asnaf
fakir dan miskin iaitu penerima bantuan projek TDA, Perlis. Asnaf fakir
didefinisikan sebagai seseorang yang tiada pekerjaan atau harta atau bantuan
pendapatan yang diterima dari sumber lain yang jumlahnya kurang dari 50
peratus keperluan harian dan belanja diri beserta tanggungannya. Manakala
asnaf miskin adalah individu yang bekerja atau mempunyai hasil usaha namun
tidak mencukupi dan hanya mampu menampung sebahagian keperluan asasi
diri beserta tanggungan. Bagi mencapai objektif kajian untuk menilai
keberkesanan projek TDA dan mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhinya, beberapa kajian lepas telah dijadikan rujukan dan sumber
maklumat.
Disebabkan kaedah agihan zakat secara terus tidak memberi kesan
yang begitu memberangsangkan dalam meningkatkan kualiti hidup serta
mengurangkan kemiskinan, institusi-institusi zakat telah berikhtiar dengan
melaksanakan agihan zakat secara produktif melalui beberapa kaedah.
Antaranya adalah kaedah bantuan modal perniagaan, bantuan alatan
perniagaan, bantuan pembiayaan perniagaan serta bantuan pekerjaan bergaji
400/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

yang diberikan kepada para asnaf yang berpotensi. TDA turut disenaraikan
dibawah kaedah bantuan pekerjaan bergaji yang melibatkan pertanian dan
diberi dalam bentuk gaji bulanan (Ismail & Hussain, 2017). Namun begitu,
kajian tersebut hanyalah menyenaraikan secara keseluruhan berkaitan negeri-
negeri yang melaksanakan agihan zakat produktif berdasarkan data-data yang
diperoleh di laman sesawang, laporan tahunan, laporan zakat dan juga
berdasarkan kajian yang terdahulu tanpa melihat kepada pelaksanaan dan juga
keberkesanannya secara yang lebih mendalam.
Selain itu, kebanyakkan kajian-kajian yang dilaksanakan adalah
berkaitan dengan bantuan modal kerana bantuan modal adalah merupakan
kaedah agihan zakat produktif yang paling banyak dijalankan di negeri-negeri
di dalam Malaysia. Metodologi yang sering digunakan adalah dengan mengkaji
bahan-bahan bertulis serta mengadakan sesi temuduga samada secara
berstruktur mahupun tidak berstruktur bagi memastikan sesuatu perkara itu
dapat difahami dan dikaji dengan lebih mendalam. Kajian yang dibuat
menggunakan kaedah temuduga dapat menunjukkan dapatan yang positif
mahupun negatif. Beberapa masalah telah dikenalpasti didalam program agihan
zakat berbentuk bantuan modal yang dijalankan oleh LZS dan juga Pusat Urus
Zakat Pulau Pinang (PUZPP) iaitu berkaitan kekurangan kepakaran dan tenaga
kerja serta masalah dari aspek pemantauan (Rahman et. al., 2014). Pengkaji
melihat bahawa kaedah temuduga adalah salah satu kaedah yang berkesan
dalam memastikan kajian yang dibuat adalah secara mendalam. Namun begitu,
ianya perlu disokong oleh kaedah lain seperti kaedah kuantitatif melalui
analisis statistik yang boleh mengukuhkan lagi dapatan yang diperoleh melalui
temuduga tersebut.
Sebuah kajian yang dijalankan di negara Bangladesh berkaitan
keberkesanan bantuan zakat modal perniagaan yang diberikan kepada
golongan wanita yang miskin telah menggunakan kaedah pendekatan sebelum
dan selepas. Tiga model ekonometrik telah dibina bagi melihat keberkesanan
program keusahawanan yang dijalankan dalam aspek perubahan pendapatan,
perubahan asset tetap dan juga perubahan perbelanjaan isi rumah. Dapatan
kajian tersebut menunjukkan hasil yang positif dan signifikan terhadap
peningkatan ketiga-tiga item tersebut dari sebelum dan selepas menerima
bantuan zakat (Anis & Kassim, 2016).
Disebabkan kajian sebelum ini kebanyakannya lebih terdorong kearah
pencapaian pendapatan sahaja, aspek lain iaitu kualiti hidup juga penting untuk
dititikberatkan. Ini kerana, kesan sesuatu bantuan zakat itu bukan hanya
berdasarkan kepada pendapatan, tetapi juga merangkumi aspek kualiti hidup
seperti pendidikan dan penyertaan sosial (Wahid, Ahmad, & Noor, 2004).
Kaedah penggunaan model logit didalam kajian ini menarik minat pengkaji
yang mana ianya dilihat sebagai satu alat pengukur keberkesanan yang baik
iaitu dalam melihat daripada aspek pendapatan dan juga kualiti hidup. Hal ini
kerana, hasil kajian dapat dilihat secara terus melalui dapatan tahap
kesignifikan sesuatu pembolehubah-pembolehubah yang memberi kesan
terhadap sesuatu program sepertimana dalam menilai tahap kepuasan
penerima-penerima terhadap bantuan zakat yang diberi.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Projek Taman
Desa Asnaf Fakir dan Miskin di Perlis /401

Memandangkan projek TDA merupakan agihan zakat produktif yang


mana ianya diagihkan dalam bentuk bantuan pekerjaan bergaji dan penempatan
sementara, pengkaji melihat adanya kepentingan untuk menilai aspek modal
insan. Hal ini kerana, sudah semestinya pekerjaan yang dilaksanakan akan
menambahkan pengetahuan dan pengalaman para asnaf. Menurut kajian yang
dibuat terhadap usahawan-usahawan luar bandar yang telah berdaftar dengan
Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, dapatan yang positif
menunjukkan hubungan yang signifikan diantara eksploitasi peluang
keusahawanan dengan modal insan disamping menjurus terhadap penemuan
peluang keusahawanan (Ahmad et. al, 2016). Dengan adanya peningkatan
dalam modal insan, peluang untuk menceburkan diri dalam bidang
keusahawanan dilihat lebih cerah dan dapat membantu para asnaf dalam
meningkatkan pendapatan mereka. Pemilihan kaedah kuantitatif juga
digunakan didalam kajian tersebut untuk mendapatkan hasil analisis deskriptif.
Tambahan pula, kajian yang dibuat di negeri Melaka menunjukkan faktor daya
saing dan juga modal insan adalah penting bagi memastikan para usahawan
mampu untuk mendepani persaingan dalam pasaran masa kini (Ayob, Daud &
Ismail, 2016). Hal ini meyakinkan lagi betapa pentingnya dalam mengukur dan
memastikan wujudnya peningkatan dalam aspek modal insan supaya para
penerima bantuan didalam projek TDA lebih bersedia mendepani pasaran
dalam bidang keusahawanan kelak.
Merujuk kepada kajian-kajian yang telah dijalankan sebelum ini, TDA
merupakan salah satu daripada kaedah agihan zakat produktif yang masih
belum dikaji walaupun keunikannya jelas menunjukkan ianya juga merupakan
satu alternatif bijak dalam menyelesaikan masalah kemiskinan dan
pengangguran. Kekurangan kajian keberkesanan yang menggunakan gabungan
metod kuantitatif dan kualitatif juga menarik minat pengkaji untuk
menjalankan kajian ini disamping penggunaan gabungan faktor pendapatan,
kualiti hidup dan modal insan yang dilihat berprestasi tinggi dalam
mempengaruhi keberkesanan sesuatu program agihan zakat terutamanya projek
TDA. Oleh itu, kajian ini dijangka dapat mengisi ruang kosong dan menambah
pengetahuan tentang keberkesanan agihan zakat secara produktif khasnya
melalui projek TDA.

Metodologi

Kajian ini adalah berasaskan kepada dua kaedah temuduga iaitu berstruktur
dan juga tidak berstruktur ataupun temuduga berbentuk bebas.
Temuduga berstruktur untuk mendapatkan maklumat berkaitan
demografi, pendapatan, kualiti hidup, modal insan dan keberkesanan projek
TDA. Ianya dilaksanakan dengan menemuduga 25 orang responden iaitu asnaf
yang merupakan pekerja di TDA dan juga wakil bagi setiap keluarga penerima
bantuan tersebut dengan menggunakan borang kaji selidik. Borang kaji selidik
secara berstruktur yang telah diagihkan terbahagi kepada lima bahagian iaitu
maklumat umum, pendapatan dan perbelanjaan, kualiti hidup, modal insan dan
402/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

keberkesanan. Jadual 1 menunjukkan setiap bahagian mempunyai kepentingan-


kepentingan yang tertentu iaitu, bahagian maklumat umum (Bahagian A) lebih
menjurus kepada data demografi, manakala Bahagian B adalah terdiri daripada
maklumat perbelanjaan dan pendapatan isirumah responden sebelum dan
ketika menerima bantuan di TDA. Kualiti hidup responden juga dititikberatkan
pada Bahagian C yang dibahagikan kepada beberapa aspek seperti pendidikan,
pengangkutan, perumahan, kesihatan dan penyertaaan sosial. Kemahiran
formal dan kemahiran tidak formal turut disoal didalam bahagian D yang
mengfokuskan kepada aspek modal insan. Kemahiran tidak formal adalah
terdiri daripada soalan berkaitan pengetahuan dan pengalaman manakala
kemahiran formal adalah berkaitan latihan dan kursus yang dijalani di TDA.
Bahagian terakhir borang kaji selidik ini adalah berkaitan keberkesanan secara
keseluruhan iaitu Bahagian E.

Jadual 1: Rangka Soalan Borang Kaji Selidik yang Telah Diagihkan


Bahagian Bilangan Soalan
A = Maklumat Umum / Demografi 7
B = Pendapatan dan Perbelanjaan 6
C = Kualiti Hidup (Pendidikan, Pengangkutan, Perumahan, 31
Kesihatan dan Penyertaan Sosial)
D = Modal Insan (Kemahiran Formal & Kemahiran Tidak Formal) 17
E = Keberkesanan 4
Jumlah Soalan 65
Sumber: Maklumat soalselidik

Jawapan bagi soalan yang disediakan pada Bahagian C sehingga


Bahagian E adalah dalam bentuk skala Likert. Untuk menentukan
keberkesanan, kaedah mencari nilai purata telah dibuat diantara lima skala
yang terdiri daripada sangat tidak setuju (1), tidak setuju (2), tidak pasti (3),
setuju (4) dan sangat setuju (5). Hasil kutipan data dianalisis dengan
menggunakan program yang dikenali sebagai Program Statistical Package of
Social Science (SPSS) versi 21. Jadual 2 menunjukkan hasil ujian
kebolehpercayaan yang telah dijalankan ke atas soalan-soalan borang kaji
selidik yang telah diedarkan di lapangan.
Berdasarkan Jadual 2, ujian kebolehpercayaan terhadap soalan kaji
selidik telah dijalankan mengikut kumpulan-kumpulan soalan yang tergolong
dalam kelompok-kelompok pembolehubah-pembolehubah seperti pendapatan,
kualiti hidup, modal insan dan keberkesanan. Keputusan ujian dilihat
berdasarkan nilai Crobach Alpha yang mana kesemuanya dilihat mempunyai
nilai yang melebihi 0.60 iaitu nilai kebolehpercayaan yang boleh diterima dan
baik.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Projek Taman
Desa Asnaf Fakir dan Miskin di Perlis /403

Jadual 2: Hasil Ujian Kebolehpercayaan Soalan Kaji Selidik


Bahagian Pendapatan Kualiti Modal Insan Keberkesanan
Hidup
Bilangan Item 6 31 17 4
Cronbach Alpha .699 .902 .847 .759
Sumber: Maklumat soalselidik

Bagi tujuan analisis data dengan menggunakan regresi logistik


berbentuk binomial, data-data bagi setiap pembolehubah telah dikodkan
semula kepada bentuk binomial iaitu 0 dan 1 yang mana pengkaji
menggunakan kaedah potongan nilai min. Bagi data yang melebihi nilai min
telah dikodkan kepada 1 manakala sebaliknya adalah 0. Fungsi model logit
yang umum berbentuk seperti yang dinyatakan di bawah:

1 1
𝑃𝐼 = 𝐸 (𝑌 = ) = (1)
𝑋 1÷𝑒 −𝑧

Dimana:
𝑃𝐼 merupakan kebarangkalian responden bersetuju adalah Y=1
dan tidak bersetuju adalah Y=0
𝑍𝐼 merupakan satu fungsi f(X) dengan X adalah faktor-faktor
yang mempunyai hubungan.

Persamaan (1) juga boleh ditulis seperti bentuk dibawah:

1 𝑒 −𝑧
𝑃𝐼 = = (2)
1+𝑒 −𝑧 1+𝑒 −𝑧

Jika 𝑃𝐼 merupakan kebarangkalian untuk responden bersetuju Y=1 maka Y=0


adalah kebarangkalian bagi responden tidak bersetuju iaitu (1-P). Oleh itu,
kebarangkalian tidak bersetuju adalah:
1
(1 − 𝑃𝐼 ) = (3)
1+𝑒 𝑧

Oleh itu, nisbah kebarangkalian untuk cenderung bersetuju adalah:


𝑃𝐼
= 𝑒𝑧 (4)
1−𝑃𝐼

Dengan penggunaan natural log untuk persamaan (4) akan menghasilkan:

𝑃𝐼
𝐿 = 𝐿𝑛 ( ) = ln(𝑒 𝑧 )
1−𝑃𝐼
= 𝑍𝐼
= 𝑓(𝑋) (5)
404/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Disebabkan bersetuju atau tidak dalam menentukan keberkesanan projek TDA


mempunyai hubungan dengan banyak faktor, maka beberapa faktor yang
berkaitan secara langsung dalam mempengaruhi keberkesanan projek TDA
telah dipertimbangkan. Antaranya adalah kualiti hidup, modal insan, pendapat
isi rumah dan jantina responden.

Berdasarkan kepada persamaan (5) diatas, maka model khusus yang bakal
dianggarkan melalui kajian ini adalah:
Model 1: Keberkesanan projek TDA

𝑃𝐼
𝐿 = ln ( ) = 𝛽0 + 𝛽1 𝑋1 + 𝛽2 𝑋2 + 𝛽3 𝑋3 + 𝛽4 𝑋4
1−𝑃𝐼

Dimana:
L ialah log keatas nisbah ‘odds’ keberkesanan terhadap X
𝑋1 ialah kualiti hidup
𝑋2 ialah modal insan
𝑋3 ialah pendapatan isi rumah
𝑋4 ialah jantina

Seiring dengan objektif kajian ini, keberkesanan projek diuji dengan


melihat kepada faktor yang mendorong keberkesanan projek samada dari aspek
kualiti hidup, modal insan, pendapatan isi rumah dan jantina responden yang
menerima bantuan di TDA.
Temuduga secara terbuka telah dijalankan untuk mendapatkan
maklumat berkaitan pelaksanaan projek TDA. Antara individu-individu yang
ditemuduga adalah pegawai IRIS Agrotech yang bertugas dalam menguruskan
ladang TDA dan juga Ketua Penduduk di TDA yang juga merupakan penerima
bantuan dan pekerja di ladang TDA. Topik yang dibincangkan ketika sesi
temuduga adalah meliputi pelaksanaan projek TDA iaitu berkaitan
pembangunan keseluruhan kawasan TDA, pengurusan ladang dan pekerja
TDA serta penglibatan penduduk di TDA terhadap aktiviti-aktiviti yang
dijalankan.
Dapatan Kajian

Dapatan yang diperoleh melalui kajian ini adalah terbahagi kepada dua
bahagian iaitu dapatan hasil daripada kaedah analisis deskriptif yang telah
dijalankan keatas maklumat kaji selidik responden dan juga hasil daripada
regresi logistik yang dilaksanakan keatas model 1 seperti yang dinyatakan pada
bahagian metodologi kajian.

Analisis Deskriptif

Berdasarkan kepada data-data yang telah dikumpulkan melalui kaji selidik


yang dijalankan, pengkaji telah menganalisis data-data tersebut dengan
menggunakan SPSS Versi 21. Hasil daripada kutipan data menunjukkan
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Projek Taman
Desa Asnaf Fakir dan Miskin di Perlis /405

jumlah responden lelaki adalah seramai 16 orang, manakala responden


perempuan adalah sebanyak 36 peratus daripada jumlah keseluruhan iaitu 9
orang.

Jadual 3: Maklumat Umum Responden


Maklumat Umum Responden Frekuensi Peratusan (%)
Jantina
 Lelaki 16 64
 Perempuan 9 36
Tahun Penglibatan
 1 3 12
 2 2 8
 3 1 4
 4 5 20
 5 14 56
Umur
 21-30 tahun 3 12
 31-40 tahun 10 40
 41-50 tahun 9 36
 51-60 tahun 3 12
Status
 Bujang 1 4
 Berkahwin 22 88
 Duda 1 4
 Janda 1 4
Latar Belakang Pendidikan
 Sekolah Menengah 2 8
 Sekolah Rendah 23 92
Tempat Tinggal Sebelum menetap di TDA
 Menyewa
 Tiada 16 64
9 36
Isi Rumah
 3 orang 3 12
 4 orang 3 12
 5 orang 8 32
 6 orang 7 28
 7 orang 4 16
Sumber: Maklumat soalselidik

Majoriti daripada jumlah responden adalah berkahwin iaitu seramai 22 orang


dan ini merupakan peratusan tertingggi dalam kategori status iaitu sebanyak 88
peratus. Di TDA juga, terdapat dua orang pekerja yang masing-masing
berstatus janda dan duda. Merujuk kepada data yang diperoleh melalui
maklumat isi rumah setiap responden, keluarga asnaf yang mempunyai isi
rumah terendah adalah seramai tiga orang bagi setiap keluarga manakala isi
rumah yang paling ramai adalah sebanyak 7 orang yang terdiri daripada empat
406/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

buah keluarga. Jumlah penduduk dalam kalangan penerima bantuan di TDA


adalah seramai 131 orang. Melihat dari aspek latar belakang pendidikan pula,
hasil analisis menunjukkan 0 peratus atau tiada responden yang tidak
bersekolah. Manakala, peratusan responden yang bersekolah rendah adalah
sebanyak 92 peratus dan ini menunjukkan hanya 2 orang responden
mempunyai latar belakang pendidikan pada tahap sekolah menengah.
Maklumat pada Jadual 3 juga menunjukkan lebih dari separuh
responden berdepan dengan masalah tempat tinggal, ini dapat dibuktikan
dengan hasil analisis iaitu 64 peratus atau sebanyak 16 buah keluarga asnaf
tersebut tiada tempat tinggal dan hanya menumpang di rumah ibu bapa atau
saudara. Oleh itu, selari dengan faktor pendorong atau masalah utama yang
mendorong responden untuk membuat permohonan bantuan projek TDA
adalah masalah ketiadaan tempat tinggal. Masalah-masalah lain seperti tiada
pendapatan dan pekerjaan pula dijadikan sebagai faktor sampingan.
Seterusnya, kajian ini dijalankan untuk melihat faktor yang
mendorong keberkesanan projek TDA dalam mencapai objektifnya. Oleh itu,
kualiti hidup, modal insan dan pendapatan merupakan pembolehubah-
pembolehubah bebas yang diuji didalam kajian ini.

Jadual 4: Peningkatan Kualiti Hidup Penerima Bantuan di TDA


Kualiti Hidup Bersetuju (%) Tidak Bersetuju (%)
Pendidikan 68 32
Pengangkutan 40 60
Kesihatan 48 52
Penyertaan Sosial 56 44
Perumahan 68 32
Keseluruhan 56 44
Sumber: Maklumat soalselidik

Jadual 4 menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, kualiti hidup


penerima bantuan di TDA adalah meningkat berbanding sebelum diterima
masuk ke TDA. Ini dibuktikan dengan peratusan responden bersetuju dengan
peningkatan tersebut sebanyak 56 peratus berbanding yang tidak bersetuju
hanyalah 44 peratus. Jika dilihat secara terperinci, hasil kutipan data
menunjukkan bahawa responden bersetuju dimana berlakunya peningkatan
dalam aspek pendidikan, penyertaan sosial dan juga perumahan tetapi
sebanyak 60 peratus dan 52 peratus daripada hasil kutipan data menunjukkan
tidak berlaku peningkatan dalam aspek pengangkutan dan kesihatan mereka di
TDA.
Hal ini disebabkan oleh, responden berpendapat bahawa tiada
keperluan penyediaan kenderaan diperlukan untuk bergerak ke ladang TDA
disebabkan lokasinya yang terlalu dekat iaitu hanya bersebelahan dengan
perumahan mereka. Kebanyakkan keluarga asnaf mempunyi kenderaan
masing-masing seperti motosikal, kereta dan basikal sejak awal lagi iaitu dari
sebelum menetap di TDA. Peningkatan kualiti hidup daripada aspek kesihatan
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Projek Taman
Desa Asnaf Fakir dan Miskin di Perlis /407

pula tidak begitu memuaskan iaitu apabila hanya 48 peratus daripada


responden yang bersetuju dengan peningkatan tahap kesihatan bagi isi rumah
masing-masing. Tambahan pula, tiada pemeriksaan kesihatan secara berkala
dijalankan di TDA dan memerlukan kenderaan untuk ke klinik yang
berdekatan ataupun hospital yang terletak di bandar. Namun begitu,
kebanyakkan daripada mereka menyatakan kesedaran akan pentingnya
mempunyai kesihatan yang baik demi mencari rezeki untuk keluarga.

Jadual 5: Peningkatan Modal Insan Penerima Bantuan di TDA


Modal Insan Bersetuju (%) Tidak
Bersetuju (%)
Kemahiran Tidak Formal 68 32
Kemahiran Formal 52 48
Keseluruhan 60 40
Sumber: Maklumat soalselidik

Selain itu, dengan penglibatan didalam aktiviti dan pekerjaan yang


dilaksanakan di TDA kemahiran formal dan kemahiran tidak formal terhadap
diri penerima bantuan dilihat meningkat berbanding sebelum menetap di TDA.
Hal ini disokong dengan hasil kutipan data yang menunjukkan sebanyak 68
peratus responden telah bersetuju bahawa terdapat peningkatan dalam
kemahiran tidak formal seperti pertambahan ilmu pengetahuan dan
pengalaman yang baru. Latihan serta kursus yang dijalankan di TDA juga turut
menyumbang kearah peningkatan tahap kemahiran formal responden
berbanding sebelum menetap di TDA dengan peratusan bersetuju sebanyak 52
peratus. Oleh itu, secara keseluruhannya dapat dinyatakan pada Jadual 5
bahawa tiga per lima daripada keseluruhan responden bersetuju dengan
peningkatan kemahiran masing-masing.

Jadual 6: Peningkatan Pendapatan dan Perbelanjaan Makanan bagi Penerima


Bantuan di TDA
Item Bersetuju (%) Tidak Bersetuju (%)
Pendapatan Bulanan 68 32
Perbelanjaan Makanan 56 44
Sumber: Maklumat soalselidik

Jadual 6 mengfokuskan terhadap peningkatan pendapatan serta


perbelanjaan makanan bulanan bagi responden seisi keluarga. Masih terdapat
sebanyak 32 peratus daripada responden bersetuju bahawa tidak berlaku
peningkatan didalam aspek pendapatan isi rumah mereka bahkan terdapat
segelintir responden yang merosot dari aspek pendapat mereka berbanding
sebelum menetap di TDA. Namun begitu, hal ini tidak boleh disangkal kerana
gaji yang diberikan terhadap pekerja ladang adalah gaji minimum sepertimana
yang telah ditetapkan oleh kerajaan sedangkan segelintir daripada responden
408/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

pernah mempunyai pendapatan yang lebih tinggi melalui pekerjaan yang


dijalankan sebelum menetap di TDA ini.
Walau bagaimanapun, menurut sesi temuduga yang telah dijalankan
mendapati terdapat bantuan lain secara berkala turut diberikan demi membantu
para asnaf di TDA pada musim-musim perayaan atau persekolahan dan ini
memberi impak positif kepada bebanan perbelanjaan para asnaf. Walaupun
pendapatan bulanan responden meningkat sebanyak 68 peratus, peratusan
peningkatan perbelanjaan makanan dilihat hanya berada pada aras 56 peratus
iaitu 12 peratus lebih rendah berbanding peningkatan pendapatan. Ini boleh
dirumuskan bahawa, walaupun berlaku peningkatan pendapatan yang tinggi,
perbelanjaan asas iaitu perbelanjaan makanan tidak akan menunjukkan
perubahan yang begitu drastik bahkan amaun perbelanjaan makanan sebelum
menetap di TDA dan selepas menetap di TDA tidak mempunyai jurang yang
begitu tinggi.

Jadual 7: Keberkesanan Projek TDA Secara Keseluruhan


Item Bersetuju (%) Tidak Bersetuju (%)
Keberkesanan 64 36
Sumber: Maklumat soalselidik

Pada bahagian terakhir borang kaji selidik, beberapa soalan telah


ditanya berkaitan persetujuan responden terhadap keberkesanan projek TDA
ini. Hasil analisis pada Jadual 7 menunjukkan, hanya 36 peratus daripada
keseluruhan responden tidak bersetuju dengan keberkesanan projek TDA.
Majoriti responden menyatakan rasa syukur ke atas bantuan yang diterima
serta berazam untuk memanfaatkan tempoh 5 tahun tersebut dengan berusaha
kearah yang lebih baik supaya dapat keluar dari kepompong asnaf bahkan
menjadi pembayar zakat dimasa hadapan. Hal ini disokong dengan hasil data
pada Jadual 7 yang menunjukkan 64 peratus dari keseluruhan responden
bersetuju bahawa keberkesanan projek TDA adalah positif dalam membantu
para asnaf meningkatkan taraf hidup terutamanya dalam aspek-aspek seperti
pendapatan, modal insan serta kualiti hidup.
Seterusnya, walaupun analisis deskriptif menunjukkan hasil yang
positif namun kebanyakannya berada pada paras yang sederhana iaitu dalam
lingkungan 50 peratus. Oleh itu, keberkesanan projek diutamakan dengan
menguji hubungan diantara pembolehubah-penbolehubah bebas yang dilihat
berfungsi sebagai faktor-faktor yang mendorong kearah keberkesanan tersebut
melalui analisis regresi logistik yang dijalankan ke atas model 1 seperti yang
dinyatakan pada bahagian metodologi kajian bagi mengenalpasti faktor-faktor
tersebut agar penambahbaikan dapat dijalankan.

Regresi Logistik

Beberapa faktor yang dilihat mampu mempengaruhi keberkesanan projek TDA


telah dipilih sebagai pembolehubah bebas. Antaranya adalah kualiti hidup,
modal insan, pendapatan dan juga jantina yang bertindak sebagai
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Projek Taman
Desa Asnaf Fakir dan Miskin di Perlis /409

pembolehubah bebas yang bersifat dummy. Berikut merupakan hasil regresi


logistik yang telah dijalankan keatas data-data dengan menggunakan Model 1.
Jika dilihat pada Jadual 8, kualiti hidup dan modal insan merupakan
faktor pendorong keberkesanan projek TDA yang signifikan pada aras keertian
5 peratus. Ini boleh diterjemahkan sebagai, sebanyak 98 peratus adalah pasti
bahawa kualiti hidup merupakan faktor yang mempengaruhi keberkesanan
projek dan kebarangkalian berlaku kesalahan hanyalah sebanyak 2 peratus.
Oleh itu, kajian ini menolak null hipotesis yang menyatakan kualiti hidup tidak
mempengaruhi keberkesanan. Manakala, hasil ini juga menunjukkan null
hipotesis yang menyatakan modal insan tidak mempengaruhi keberkesanan
projek juga ditolak dengan pembuktian nilai signifikan pada aras keertian 5
peratus. Bagi menguatkan lagi dapatan kajian, nilai statistik Wald untuk
pembolehubah kualiti hidup iaitu 5.383 dan modal insan iaitu 3.814 yang
melebihi nilai 3 menunjukkan ianya adalah signifikan.

Jadual 8: Faktor yang Mempengaruhi Keberkesanan Projek TDA


Pembolehubah B Sisihan Statistik Sig. Exp(B)
Piawai Wald
Kualiti Hidup 3.948 1.702 5.383 .020 51.845*
Modal Insan 4.483 2.296 3.814 .051 88.509*
Pendapatan -1.421 1.532 .860 .354 .242
Jantina 1.768 1.963 .811 .368 5.862
Konstan -14.799 6.937 4.552 .033 .000*
Nota:* Signifikan pada aras keertian sebanyak 5%
Sumber: Maklumat soalselidik

Walaupun dapatan melalui kaedah analisis deskriptif menunjukkan


bahawa 68 peratus daripada keseluruhan responden bersetuju terhadap
kenyataan dimana berlakunya peningkatan pendapatan sepanjang menetap di
TDA, hasil dari regresi logistik yang telah dijalankan menunjukkan yang
sebaliknya. Hal ini disebabkan segelintir daripada pekerja mempunyai
pendapatan yang lebih tinggi ketika sebelum menetap di TDA berbanding
dengan pendapatan yang diterima hasil daripada pekerjaan di ladang TDA.
Namun begitu, ini tidak menggambarkan bahawa pendapatan tersebut langsung
tidak memberi kesan kerana selain daripada gaji yang diberi atas pekerjaan
mereka, pihak MAIPs turut menyumbangkan bantuan secara berkala kepada
semua penerima bantuan di TDA. Ianya diserahkan pada musim dan atas
tujuan-tujuan yang tertentu demi membantu para responden serta ahli keluarga
dalam menguruskan perbelanjaan mereka. Antaranya adalah, bantuan musim
persekolahan, bantuan bulan Ramadhan, bantuan sempena sambutan Hari Raya
dan lain lagi. Tambahan pula, akaun simpanan pekerja yang diuruskan oleh
pihak MAIPs pada asalnya adalah satu bentuk pendapatan kepada pekerja.
Tetapi demi memastikan para penerima bantuan lebih bersedia dalam
menghadapi kehidupan apabila tamat tempoh 5 tahun kelak, amaun ini telah
410/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

diasingkan dan akan dikembalikan pada akhir tempoh menetap. Secara tidak
langsung, ianya akan melatih para asnaf untuk berjimat cermat dan berdisiplin
demi kebahagiaan masa hadapan. Berdasarkan kepada soalan yang terakhir
pada borang kaji selidik, para responden dikehendaki mengisi jawapan
berkaitan dengan perancangan penggunaan wang simpanan yang bakal
diterima kelak. Antara jawapan yang diterima adalah untuk kegunaan rumah,
modal perniagaan, pekerjaan dan pembelajaran anak-anak. Hal ini
menunjukkan reaksi yang positif dimana para asnaf dilihat berazam dan
mempunyai perancangan bagi memastikan kehidupan mereka akan menjadi
lebih baik pada masa hadapan.
Ringkasnya, faktor peningkatan kualiti hidup dan juga modal insan
yang berlaku terhadap penduduk di TDA adalah merupakan faktor utama yang
mendorong kearah keberkesanan projek ini. Oleh itu, sebagai projek sulung
yang dijalankan di Malaysia, ianya merupakan pencapaian yang agak baik
dimana walaupun mempunyai kekurangan dari aspek pendapatan, masih belum
terlambat untuk dibuat penambahbaikan demi membantu para asnaf agar
berjaya keluar dari kepompong kemiskinan. Usaha dan juga ikhtiar bukan
sahaja datang dari pihak MAIPs, LZS mahupun IRIS Corp. tetapi perlu ada
pada diri para asnaf itu sendiri agar ianya dapat membuahkan hasil seperti yang
diharapkan.

Kesimpulan

Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan diantara faktor


pendapatan, kualiti hidup, modal insan dan juga jantina terhadap keberkesanan
projek TDA. Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua faktor utama yang
mempengaruhi keberkesanan projek TDA. Faktor-faktor tersebut adalah kualiti
hidup dan modal insan. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab perlulah
merancang program dan aktiviti yang membantu dalam meningkatkan kualiti
hidup dan modal insan. Selain itu, apabila asnaf telah tamat menjalani kursus
dan latihan yang disediakan, pihak pengurusan perlulah membuat penilaian
samada mereka berada dalam keadaan bersedia ataupun tidak untuk
memulakan sesuatu pekerjaan itu terutamanya dalam bidang keusahawanan.
Peluang untuk berniaga secara kecil-kecilan seperti menjual kek dan roti secara
atas talian atau mewujudkan ruangan pasar khas buat para asnaf dicadangkan
agar dapat membantu mereka untuk menguji tahap permintaan pasaran
disamping meningkatkan pendapatan. Kursus-kursus pertanian juga
dicadangkan untuk dijalani oleh para asnaf kerana walaupun bidang pertanian
pada masa kini dilihat kurang menonjol, kenyataannya manusia memerlukan
sumber pertanian iaitu tumbuh-tumbuhan sebagai makanan dan penyumbang
oksigen untuk terus hidup. Kemampuan untuk menanam tanaman yang tidak
memerlukan kos yang tinggi dan pengawasan yang minimum seperti pokok
pisang, serai, kangkung dan pokok kelapa adalah dicadangkan atas manfaat
dan kemampuan untuk menjana pendapatan dari setiap bahagian yang ada pada
tanaman tersebut.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Projek Taman
Desa Asnaf Fakir dan Miskin di Perlis /411

Akhir sekali, walaupun projek Taman Desa Asnaf (TDA) tidak memberi kesan
secara terus terhadap setiap asnaf, ianya perlu dilihat secara keseluruhan yang
mana kesan positif masih wujud bagi ketiga-tiga aspek yang diuji iaitu
peningkatan kualiti hidup, modal insan dan pendapatan. Bahkan ianya masih
baru dan berada pada peringkat kumpulan asnaf yang pertama menjadi
penerima bantuan bagi projek ini. Penambahbaikan masih boleh dibuat bagi
mendapatkan hasil serta kesan seperti yang diinginkan. Oleh itu, projek-projek
sebegini adalah digalakkan untuk dilaksanakan di negeri-negeri yang lain
dimana bukan sahaja para asnaf dibantu dalam aspek pekerjaan, bahkan
penempatan dan juga pendapatan. Harapan pengkaji adalah supaya para
penerima bantuan di TDA dapat memanfaatkan tempoh 5 tahun dengan
sebaiknya dan berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan.

Rujukan

Ahmad, A. R., Osman, M. H., Ismail, K., & Yusoff, W. F. (2016). Modal Insan dan
Penemuan Peluang ke Atas Eksploitasi Peluang Keusahawanan. Jurnal
Pengurusan , 53-66.
Anis, F. M., & Kassim, S. H. (2016). Effectiveness Of Zakat-Based Programs On
Poverty Alleviation And Economic Empowerment Of Poor Women: A Case
Study Of Bangladesh. Journal of Islamic Monetary Economics and Finance,
229-258.
Ayob, N. A., Daud, S., & Ismail, M. T. (2016). Modal insan, daya saing dan prestasi
usahawan wanita di Malaysia:. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of
Society and Space, 56-67.
Ismail, I. A., & Hussain, M. N. (2017). Productive Zakat Distribution by Zakat
Institutions in Malaysia. International Journal of Academic Research in
Business and Social Sciences, 554-565.
Rahman, A. A., Basah, M. Y., Abdullah, M., Nooh, M. N., & Fauzi, A. A. (2014).
Keberkesanan Program Usahawan Asnaf Oleh Institusi Zakat Dalam
Menginterpretasikan Keharmonian Ummah. International Conference on
Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic (pp. 500-509). Kuala Lumpur:
World Conferences.net.
Wahid H., Ahmad, S., & Noor, M. A. (2004). Kesan Bantuan Zakat terhadap Kualiti
Hidup Asnaf Fakir dan Miskin. The Journal of Muamalat and Islamic Finance
Research, 151-166.
Bab 22

Peranan Pelaksana Pembantu Tadbir Kewangan dalam


Peningkatan Kutipan Zakat Pendapatan Melalui Mekanisme
Potongan Gaji

Kamarul Azlan Mustaffa


Hairunnizam Wahid
Mohd Ali Mohd Noor

Pengenalan

Zakat daripada aspek bahasa adalah bersih, suci, subur, berkat, dan
berkembang. Pengertian bersih dan suci dalam istilah zakat adalah
membersihkan harta dan membersihkan diri orang yang kaya daripada sifat
kedekut dan bakhil. Dalam erti kata yang lain zakat adalah membersihkan diri
dari sifat dendam dan dengki oleh orang miskin terhadap orang kaya atau
berada. Dr. Yusof al Qardhawi menyatakan pengertian zakat adalah merupakan
salah satu nilai instrumental yang sangat strategis dalam sistem ekonomi Islam
yang mempengaruhi tingkah laku ekonomi seorang Muslim, masyarakat dan
pembangunan ekonomi pada umumnya. Zakat adalah produk hukum demi
mencipta keadilan perekonomian dikalangan umat Islam. Justeru zakat sangat
diutamakan dan diamalkan agar kestabilan dan keseimbangan satu masyarakat
Muslim tercipta dengan baik, antara orang yang mempunyai lebihan dana dan
yang mempunyai kekurangan dana.
Sedangkan zakat daripada aspek syarak, ialah mengeluarkan
sebahagian daripada harta tertentu diberikan kepada asnaf tertentu yang berhak
menerimanya setelah memenuhi syarat yang yang telah ditetapkan syarak. Ia
merupakan rukun Islam yang keempat yang wajib dilaksanakan oleh seorang
Muslim dan perintah ketaatan untuk membayar zakat jelas dinyatakan dalan Al
Quran. Perintah mengeluarkan zakat antara lain terkandung dalam Surah Al
Baqarah: 267 yang bermaksud:

‘Wahai orang – orang yang beriman, keluarkan zakat


sebahagiaan daripada hasil – hasil usaha kamu yang baik –
baik dan sebahagian daripada apa-apa yang Kami keluarkan
daripada bumi untuk kamu’
414/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Berdasarkan ayat Al Quran tersebut jelas menggambarkan tanggungjawab


untuk mengeluarkan zakat merupakan sebahagian daripada ibadah di samping
menyempurnakan kehidupan sebagai Muslim. Dalam konteks yang lebih luas
ianya merupakan instrumen kewangan dan sumber ekonomi Islam yang
berpotensi untuk mengurangkan jurang kemiskinan di samping mengukuhkan
ekonomi umat Islam. Ayat Al Quran juga sering perintah mengeluarkan zakat
seiring dengan perintah mendirikan solat seperti di dalam surah at-Taubah: 71
yang bermaksud;

‘Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,


sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengah yang lain;
mereka menyuruh berbuat kebajikan dan melarang daripada
berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan
memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka
ini akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha
Kuasa lagi Maha Bijaksana.’

Di samping ayat tersebut, beberapa ayat dalam al quran lain seringkali


mengaitkan perintah solat diikuti perintah menunaikan zakat seperti dalam
surah al – Baqarah (2) 43, 277 dan surah al – Taubah (9):11. Kesinambungan
dua perintah ini iaitu solat dan zakat merupakan satu isyarat kepada umat Islam
untuk mengukuhkan tiang agama melalui kekuatan ekonomi antaranya melalui
pelaksanaan zakat. Qaradawi (1996) telah menyatakan bahawa zakat
merupakan sumber kewangan negara Islam. Ini jelas menunjukkan zakat
mempunyai peranan yang amat besar dalam konteks pembangunan sosial
sesebuah negara Islam di mana ia akan memberi impak yang positif dalam
menjamin sosioekonomi umat Islam terutama dalam mengubah status ekonomi
asnaf kepada yang lebih baik.
Hari ini, zakat tidak hanya meliputi zakat – zakat seperti mana di
zaman Rasulullah SAW iaitu zakat harta, zakat perniagaan dan zakat pertanian
malahan zakat pendapatan kini merupakan jenis zakat yang memberikan nilai
kutipan zakat yang signifikan kepada institusi pengurusan zakat walaupun agak
baru diperkenalkan. Ini setelah Fatwa Kebangsaan tentang kewajiban zakat
pendapatan dan gaji dibentuk sewaktu Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang
pada 22 Jun 1997. Asas Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan kewajipan
mengeluarkan zakat pendapatan adalah berdasarkan dalil Al Quran yang
bermaksud:

‘Wahai orang – orang yang beriman, belanjakanlah (pada


jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-
baik, dan sebahagian daripada apa yang yang kami keluarkan
dari bumi untuk kamu, dan jangan lah kamu sengaja memilih
yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu
jadikan pemberian zakat), pada hal kamu sendiri tidak sekali-
kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada
Peranan Pelaksana Pembantu Tadbir Kewangan dalam Peningkatan
Kutipan Zakat Pendapatan Melalui Mekanisme Potongan Gaji /415

kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya, dan


ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi sentiasa
Terpuji.’
(Surah Al – Baqarah: 267)

Di dalam ayat tersebut, Allah SWT menjelaskan segala usaha hasil usaha yang
baik yang diperolehi oleh seorang Muslim wajib dikeluarkan zakat dan bagi
golongan yang bekerja dan memperolehi pendapatan melalui gaji bulanan
maka ianya juga termasuk sebagai hasil usaha. Zakat ke atas pendapatan adalah
cukai Islam ke atas pendapatan persendirian yang diperolehi daripada sumber-
sumber atau aktiviti yang mendatangkan perolehan atau pendapatana di mana
buruh terbabit. Ia termasuk yuran professional, pampasan pekerja, gaji, upah,
bonus, pemberian, hadiah, dividen pendapatan dan sebagainya (Nur Barizah &
Hafiz Majdi, 2010).
Memandangkan tiada dalil khusus di dalam Al Quran yang
menerangkan mengenai hukum zakat pendapatan dan zakat pendapatan agak
baru diperkenalkan pada ketika itu, malahan berbeza dengan pengenalan zakat
di zaman Rasulullah SAW, ia menyebabkan pelbagai penerimaan di dalam
masyarakat dan ini telah menarik minat ramai pengkaji untuk meneliti
kepatuhan masyarakat dalam menunaikan zakat seperti yang dinyatakan oleh
Aidit (1988) dan Mujaini (1995). Dalam skop kajian yang berbeza Patmawati
(2008) menyatakan, Allah SWT telah mewajibkan zakat sebagai satu jaminan
sosial kepada masyarakat terutama kepada golongan yang amat memerlukan
serta merupakan satu bentuk penyucian dan pembangunan rohani setiap
Muslim. Selain itu, zakat juga dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang
seimbang melalui agihannya. Ianya akan bertindak sebagai satu mekanisme
yang penting kepada sesebuah negara Islam bagi menjamin kemashlahan
rakyat seluruhnya. Walau bagaimanapun, matlamat ini tidak dapat dicapai
sekiranya kutipan zakat tidak memberangsangkan khususnya kutipan secara
formal oleh institusi zakat.
Walaupun zakat pendapatan dianggap baru dalam konteks di
Malaysia, menurut Qaradawi (2006) dalam kajiannya menyatakan bahawa
zakat pendapatan telah mula dilaksanakan pada zaman saidina Muawiyah RA
dan saidina Umar Abdul Aziz RA. Manakala pandangan Qaradawi (2006) di
dalam kitab Fiqh Az-Zakah memberi pendapat bahawa seorang Muslim yang
memperolehi sebarang apa jua perolehan yang diperolehi secara halal termasuk
gaji, pendapatan professional, pendapatan-pendapatan dari modal yang tidak
diniagakan dan sebagainya wajib mengeluarkan zakat harta tanpa memerlukan
tempoh peredaran satu tahun yang mana konsep ini dikenali sebagai al-mal al
mustafad. Qaradawi (2006) yang berpegang pada konsep al –mal al mustafad
ini pada peringkat awal, kemudiannya memperakui zakat pendapatan lebih
cenderung kepada konsep maslahah sama seperti yang dinyatakan oleh Sheikh
Muhammad Abu Zahrah (dalam Nurliana ‘Aqilah & Mohd Ali, 2017). Apa
yang menarik, dikalangan negeri – negeri di Malaysia sendiri terdapat
percanggahan pendapat tentang hukum pelaksanaan zakat pendapatan di mana
416/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

terdapat negeri yang mewajibkan dan terdapat juga negeri yang tidak
mewajibkan. Pelaksanaan hukum pembayaran zakat oleh Majlis Fatwa
Kebangsaan dilihat berbeza dengan Mufti dan Jawatankuasa Syariah Negeri
Perak yang memutuskan bahawa:

‘bahawa gaji atau pendapatan termasuk dalam katogari yang


wajib zakat apabila cukup nisab dan haul itu adalah
merupakan syarat yang diittifaqkan oleh jumhur Ulama dalam
mazhab yang empat. Syarat ini tidak berlaku pada gaji atau
pendapatan maka gaji atau pendapatan tidak wajib zakat.’

Kekhilafan ini dilihat turut membantu dalam merancakkan lagi kutipan zakat di
Malaysia termasuk di negeri Perak itu sendiri. Perbahasan tentang hukum
membayar zakat harta yang telah diikhtilaf telah dilakukan sejak sekian lama
namun tiada pelaksanaan tentangnya secara tepat dan berkesan dilakukan
(Sanep & Hairunnizam, 2005). Kajian oleh Hairunnizam, Mohd Ali dan Sanep
(2005) yang mengkaji tentang faktor-faktor yang signifikan tentang kesedaran
membayar zakat, antara lain turut menyatakan bahawa mekanisme pembayaran
zakat turut berperanan dalam menentukan kesediaan masyarakat untuk
membayar zakat. Sepertimana yang dinyatakan melalui kajian oleh Patmawati
(2008) dan Hairunnizam et.al. (2007), jelas menunjukkan peranan institusi dan
mekanisme kutipan adalah satu faktor yang penting bagi memastikan kutipan
zakat dapat terus ditingkatkan dan sewajarnya menyeluruh kepada golongan
yang layak samada bagi menunaikan zakat atau golongan asnaf yang
sepatutnya menerima sumbangan zakat tersebut.
Dalam konteks institusi zakat di Malaysia, ianya bermula sekitar awal
abad ke-20, di mana negeri melayu mengumpul zakat melalui majlis agama
Islam masing-masing. Majlis – majlis agama Islam pada masa itu, hanya
mengumpul dan mengagihkan zakat tanpa menilai impaknya terhadap
kesejahteraan umat Islam. Umat Islam juga pada masa itu masih belum
mempunyai kesedaran yang tinggi untuk membayar zakat, di mana ianya hanya
dilihat sebagai tradisi keagamaan semata-mata. Hanya pada penghujung abad
ke – 20, kerajaan telah mula menyedari bahawa institusi zakat telah lama
diabaikan sedangkan ianya mempunyai potensi ekonomi yang besar. Oleh itu,
pada tahun 1990-an Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan (MAIWP) memulakan satu model kutipan secara
korporat (pengkoporatan). Model – model ini kemudiannya diikuti oleh
beberapa negeri seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Berdasarkan
model inilah kutipan zakat berjaya ditingkatkan dan pengurusan zakat
dilaksanakan dengan cara yang lebih professional. Dengan ini keyakinan untuk
membayar zakat semakin meningkat dan akhirnya kutipan-kutipan zakat terus
berkembang dari tahun ke tahun.
Peranan Pelaksana Pembantu Tadbir Kewangan dalam Peningkatan
Kutipan Zakat Pendapatan Melalui Mekanisme Potongan Gaji /417

Jadual 1: Kutipan Zakat LZS Selepas Pengkorporatan 1994 – 2013 (dalam RM)
Tahun Kutipan Zakat Tahun Kutipan Zakat
(RM) (RM)
1994 11,531,382 2004 107,820,606
1995 15,895,318 2005 133,156,386
1996 28,626,866 2006 159,934,013
1997 31,350,149 2007 202,089,144
1998 37,368,301 2008 244,472,884
1999 35,265,475 2009 283,787,046
2000 51,346,871 2010 336,934,522
2001 61,432,751 2011 394,103,904
2002 78,906,126 2012 451,325,027
2003 86,294,232 2013 517,305,275
Sumber: Pusat Zakat Selangor, Laporan Pengurusan Zakat Selangor, pelbagai isu
418/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Peranan yang dimainkan oleh institusi – institusi zakat ini amat


penting dalam menentukan kepatuhan masyarakat untuk membayar zakat.
Melalui kajian-kajian gelagat kepatuhan membayar zakat, hampir semua kajian
yang membangunkan model kepatuhan membayar zakat meletakkan peranan
institusi zakat sebagai faktor yang signifikan (Adibah & Joni Tamkin, 2014).
Malah terdapat kajian mendapati masyarakat cenderung untuk membayar zakat
secara formal kepada institusi zakat. Dalam kajian beliau menunjukkan
sebanyak 89.5 peratus responden cenderung untuk membayar zakat secara
formal berbanding 10.5 peratus sahaja yang berminat untuk membuat agihan
terus kepada asnaf penerima (Sanep, Hairunnizam & Adnan, 2006). Justeru,
berdasarkan kajian lepas, aspek yang yang memberi kesan langsung kepada
keyakinan masyarakat membayar zakat adalah kualiti perkhidmatan, aktiviti
dakwah memberi kesedaran dan kefahaman tentang zaka, keberkesanan agihan
zakat, urus tadbir zakat yang baik dan ketelusan pengurusan zakat. Melalui
institusi-institusi zakat ini, pelbagai kaedah atau mekanisme pembayaran zakat
telah dilaksanakan. Mekanisme yang paling kerap digunapakai adalah
pembayaran secara manual atau biasa di pejabat zakat atau melalui amil – amil
yang telah diberi tauliah. Malahan ada pembayar zakat yang membuat pilihan
untuk membayar sendiri berdasarkan asnaf pilihan mereka. Antara mekanisme
yang telah telah diperkenalkan oleh pusat zakat adalah pembayaran zakat
pendapatan melalui potongan gaji di kalangan penjawat awam di Kementerian
atau Jabatan kerajaan.
Trend kutipan zakat pendapatan di Selangor menunjukkan
peningkatan dari tahun ke tahun. Ini boleh dilihat berdasarkan Jadual 1 di mana
pada tahun 2013 sejumlah RM517,305,275 telah dikutip oleh Pusat Zakat
Selangor iaitu peningkatan sebanyak RM65,980,248 daripada tahun
sebelumnya. Walau bagaimanapun, pengenalan sistem kutipan zakat
pendapatan melalui mekanisme potongan gaji turut menyumbang kepada
peningkatan kutipan zakat pendapatan. Mekanisme pembayaran zakat
pendapatan melalui potongan gaji telah dilaksanakan sejak tahun 1990 an lagi.
Ia bertujuan untuk mempelbagai mekanisme pembayaran zakat pendapatan
selain pembayaran secara konvensional dihujung tahun selain memudahkan
sesiapa saja untuk melaksanakan pembayaran zakat pendapatan. Justeru
sekiranya ada tanggapan bahawa mekanisme pembayaran zakat pendapatan itu
menyulitkan dan tidak mesra, tanggapan itu sama sekali telah dihindarkan
melalui mekanisme ini. Apapun melalui kaedah ini, ianya tidaklah semestinya
berkesan kerana ianya bukanlah satu mekanisme yang wajib sedangkan
pembayaran zakat pendapatan itu sendiri adalah wajib. Dan sekiranya
seseorang individu itu tidak membayar zakat pendapatan melalui potongan
gaji, ianya juga tidak bermakna bahawa individu tersebut tidak membayar
zakat pendapatan kerana individu tersebut mungkin telah membuat
pembayaran pelbagai kaedah lain. Persolannya ialah kenapa tidak
menggunakan kemudahan yang telah disediakan walaupun ianya tidak wajib
sedangkan keadah pembayaran cukai pendapatan melalui potongan gaji (PCB)
boleh dilaksanakan. Justeru peranan – peranan yang dimainkan oleh pihak
kewangan adalah penting dalam memastikan minat untuk menggunakan
Peranan Pelaksana Pembantu Tadbir Kewangan dalam Peningkatan
Kutipan Zakat Pendapatan Melalui Mekanisme Potongan Gaji /419

mekanisme pembayaran zakat melalui potongan gaji. Terdapat kajian yang


mengkaji kesedaran membayar zakat perniagaan oleh institusi korporat dan
mengaitkan peranan penting para akauntan di institusi berkenaan (Wan Rohana
& Hairunnizam, 2016) dimana hasil dapatan kajian tersebut mendapati peranan
akauntan adalah penting dalam mengenalpasti dan menasihat sama ada layak
atau perlu membayar zakat perniagaan berdasarkan status lembaran kewangan
(kunci kira-kira). Rumusnya akauntan perlu mempunyai kesedaran dan
pengetahuan dalam memberi nasihat kepada pemilik syarikat untuk membuat
pelarasan dan penilaian semula akaun samada perlu membayar zakat
perniagaan atau pun tidak.
Dalam konteks penjawat awam di jabatan atau kementerian, sebarang
tugasan dalam melaksanakan potongan gaji dilaksanakan oleh penolong
pegawai tadbir kewangan. Mereka dikatogarikan sebagai staf pelaksana dan
bukan tergolong dalam katogari kumpulan pentadbiran dan professional.
Kebiasaannya apabila seseorang penjawat awam yang baru melapor diri di
Kementerian atau Jabatan Kerajaan akan bertemu dengan bahagian pengurusan
sumber manusia bagi tujuan penempatan dan taklimat – taklimat tertentu
tentang fungsi kementerian dan sebagainya. Seterusnya beliau akan diberi
borang – borang tertentu untuk diisi termasuk borang yang berkaitan dengan
gaji oleh pihak kewangan. Justeru, di sini peranan yang dimainkan oleh pihak
penolong pegawai tadbir kewangan mempunyai peranan yang walaupun
terbatas tetapi mempunyai signifikan dalam menentukan penjawat awam
membayar zakat pendapatan melalui potongan gaji. Ia dikatakan signifikan
kerana kemudahan yang telah disediakan melaui potongan gaji ini adalah suatu
yang memudahkan penjawat awam yang sering dikatakan sibuk untuk
melaksanakan zakat pendapatan. Justeru kemudahan potongan zakat melalui
potongan gaji wajar digunakan sepenuhnya oleh penjawat awam seperti
potongan cukai berjadual yang dibuat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN).
Di sini peranan yang dimainkan oleh pihak kewangan adalah penting
di mana sekiranya setiap penjawat awam yang melapor diri ditanya samada
untuk melaksanakan potongan zakat pendapatan melalui potongan gaji sudah
pasti sedikit sebanyak memberi kesan kepada penjawat awam Muslim untuk
melaksanakan potongan zakat melalui potongan gaji. Cabarannya kepada
mereka adalah mereka ini hanyalah golongan pelaksana dan bukannya
golongan yang berautoriti untuk memberi arahan atau sebagainya. Jadi menjadi
satu cabaran bagi mereka untuk bertanya berlebihan terutama kepada penjawat
awam yang berpangkat tambahan pula melibatkan potongan gaji. Ianya isu
yang sangat sensitif. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada kutipan
zakat secara keseluruhan dan akhirnya memberi kemudahan kepada institusi
zakat untuk mengagihkan kepada asnaf.
Mekanisme kutipan zakat merupakan satu elemen yang amat penting
dalam memastikan kutipan zakat, kajian ini berhasrat untuk mengkaji sejauh
mana kesedaran applikasi mekanisme pembayaran zakat melalui potongan gaji
dikalangan penjawat awam dan kakitangan pentadbiran atau kewangan di
420/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

kementerian atau jabatan kerajaan dalam melaksana mekanisme ini. Ini


disebabkan golongan penjawat awam merupakan golongan yang
berpendapatan tetap dan sewajarnya menjalankan tanggungjawab menunaikan
zakat. Bagaimanapun, persoalan yang ingin ditimbulkan adalah bagaimana
sistem yang sedia ada benar–benar digunapakai oleh penjawat awam
melaksanakan tanggungjawab ini. Pada masa yang sama penilaian juga boleh
dibuat sejauh mana mekanisme ini benar-benar difahami oleh anggota
pentadbiran kewangan bagi membolehkan kaedah potongan gaji ini
dilaksanakan. Justeru kajian ini akan mengkaji perkara berikut: (1) pembayaran
zakat melalui mekanisme potongan gaji di tiga (3) buah agensi kerajaan yang
terpilih; (2) peranan pembantu tadbir kewangan dalam meningkatkan bilangan
kakitangan kerajaan membuat pembayaran zakat pendapatan melalui
mekanisme potongan gaji; dan (3) cadangan penambahbaikan mekanisme
potongan gaji di agensi kerajaan. Signifikan kajian ini ialah menunjukkan
mekanisme atau kaedah pembayaran zakat mahupun zakat pendapatan secara
umumnya akan memberi kesan kepada individu Muslim untuk membayar
zakat. Samada individu itu bekerja sendiri, pekerja swasta mahupun penjawat
awam, adalah menjadi lumrah manusia untuk memilih satu yang mudah dan
effisien untuk melaksana satu bentuk pertanggungjawaban. Lebih mudah suatu
sistem tersebut sewajarnya lebih tinggi untuk sistem itu digunakan. Adalah
dijangkakan, melalui hasil kajian ini tahap kesedaran dan kefahaman golongan
penjawat awam dan kakitangan pentadbiran kewangan akan lebih memahami
tentang kaedah pembayaran zakat melalui pemotongan gaji dan syor – syor
yang sewajarnya akan dikemukakan.

Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sebagai rujukan kepada kajian yang
dilakukan. Data kualitatif berbentuk deskriptif, iaitu kata-kata lisan mahupun
tulisan tentang tingkah laku manusia yang dapat diamati Taylor (1984). Kajian
ini akan menemubual secara langsung dengan pegawai pentadbir kewangan di
tiga (3) buah agensi yang dipilih di Putrajaya dan dinamakan Agensi A, Agensi
B dan Agensi C yang mempunyai ciri-ciri unik yang tersendiri iaitu (1)
mewakili jabatan kerajaan yang mempunyai kakitangan kerajaan yang ramai,
(2) mewakili jabatan kerajaan yang berkait dengan hal-ehwal agama dan
ekonomi. Satu temu bual secara semi struktur melibatkan borang soal-selidik
yang seragam telah dikemukakan kepada responden tersebut. Kaedah ini juga
menghasilkan data primer yang tidak boleh diragui kesahihannya kerana
pegawai yang ditemu bual merupakan pegawai yang berpengalaman (lihat
Jadual 2). Maklumat daripada temu bual telah direkodkan untuk memudahkan
proses penganalisaan. Perjumpaan bersama ketiga-tiga pegawai tersebut telah
dilakukan sekitar bulan Januari 2018 hingga Jun 2018 di pejabat masing-
masing. Kajian soal selidik ini mempunyai tiga bahagian.
Peranan Pelaksana Pembantu Tadbir Kewangan dalam Peningkatan
Kutipan Zakat Pendapatan Melalui Mekanisme Potongan Gaji /421

Jadual 2: Latarbelakang Perjawatan dan Pengalaman Responden kajian


Item Informan Agensi A Informan Agensi B Informan Agensi C
Jawatan Pegawai Tadbir Kewangan Pegawai Tadbir Pegawai Tadbir Kewangan
(W19) Kewangan
Gred W19 W22 W19
Pengalaman 15 tahun 6 tahun 15 tahun
Tugas hakiki ….menguruskan perkara- …urusan-urusan …menyelaras, menyelenggara
perkara yang berkaitan berkaitan gaji.. emolument kakitangan tetap,
dengan perubahan gaji kontrak, bayaran balik berkaitan
kakitangan di Jabatan…….. gaji….
Pembayaran zakat melalui Ya, kaedah tersebut Tidak Ya
potongan gaji adalah salah satu merupakan salah satu unit
tugas gaji
Wujud masalah dalam melaksana Tidak Tidak …tidak kerana cara untuk
tugas dan memberi beban memohon dan membuat potongan
tambahan zakat melalui potongan gaji
sangat mudah…
…hanya memerlukan boring yang
lengkap ditandatangani sebagai
kebenaran untuk membuat
potongan zakat melalui potongan
gaji….
Sumber: Hasil temubual kajian 2018
422/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Bahagian pertama berkaitan dengan latarbelakang perjawatan responden untuk


memastikan responden yang menjawab adalah tepat dan berwibawa. Beberapa
soalan juga dikemukakan berkaitan tahap kefahaman responden berkenaan
zakat pendapatan dan mekanisme potongan gaji dan sejauhmanakah pihak
institusi zakat negeri turut membantu memberi penerangan dan menggalakkan
kakitangan membayar zakat pendapatan melalui PCB. Akhir sekali, bahagian
ketiga berkaitan dengan cadangan untuk meningkatkan tahap kesedaran
kakitangan kerajaan membayar zakat melalui PCB. Apa-apa yang disebutkan
oleh responden adalah merupakan data penting kajian ini. Maklum balas yang
relevan akan dicatatkan dalam kajian. Malah sebenarnya kekuatan melalui
kaedah ini ialah seseorang pengkaji boleh memperoleh kefahaman yang meluas
dan sempurna dengan cara yang lebih mendalam dalam sesebuah topik
tertentu.
Hasil Kajian

1. Analisis Kutipan Zakat Melalui Potongan Gaji Di Agensi A, Agensi B Dan


Agensi C

Berdasarkan data – data yang diperolehi di Jadual 3, umumnya kadar kutipan


zakat di ketiga – tiga agensi yang dikaji menunjukkan kadar peningkatan
kutipan zakat melalui potongan gaji setiap tahun dari tahun 2010 sehingga
tahun 2017 kecuali pada tahun 2013 dan 2014 di Agensi C. Peningkatan
jumlah kutipan zakat melalui sistem potongan gaji ini konsisten dengan jumlah
peningkatan kakitangan yang membuat pembayaran zakat melalui potongan
gaji di agensi A dan agensi B kecuali agensi C di mana pada tahun 2010
jumlah kakitangan yang membayar zakat melalui potongan gaji adalah seramai
57 orang dan pada tahun 2017 jumlah tersebut telah meningkat kepada 120
orang iaitu meningkat sebanyak 110.5 peratus. Bagi agensi B, jumlah
kakitangan yang membayar zakat melalui potongan gaji telah meningkat 227.7
peratus dari tahun 2010 ke tahun 2017 iaitu dari 83 orang kakitangan kepada
272 kakitangan. Manakala Agensi C, peningkatan jumlah kakitangan yang
membayar zakat melalui potongan gaji turut meningkat iaitu dari 33 orang
pada tahun 2010 kepada 72 orang pada tahun 2017 iaitu peningkatan sebanyak
118.2 peratus.
Analisis terperinci mengikut agensi didapati agensi A, pada tahun
2010 mempunyai 544 pegawai di mana 57 daripadanya iaitu meliputi 10.5
peratus telah membayar zakat pendapatan menggunakan mekanisme potongan
gaji yang melibatkan kutipan sebanyak RM6,577.57. Pada tahun berikutnya
jumlah pegawai yang membayar zakat mengguna mekanisme ini telah
meningkat kepada 12.9 peratus dengan jumlah kutipan sebanyak RM7,754.96.
Pada tahun 2013, jumlah kakitangan yang membayar zakat melalui potongan
gaji telah meningkat kepada 99 orang di mana ianya 19.4 peratus daripada
kakitangan di agensi A. Kutipan pada tahun tersebut meningkat kepada
RM10,827.27 iaitu peningkatan sebanyak 11.5 peratus.
Peranan Pelaksana Pembantu Tadbir Kewangan dalam Peningkatan
Kutipan Zakat Pendapatan Melalui Mekanisme Potongan Gaji /423

Jadual 3: Anggaran Kutipan Zakat Melalui Potongan Gaji di Agensi A, Agensi


B dan Agensi C Tahun 2010 - 2017
Tahun Agensi A
Bilangan Bil. Pegawai % Jumlah Kutipan (RM)
Pegawai Potong Zakat
2010 544 57 10.5 6,577.57
(78,930.84)
2011 541 70 12.9 7,754.96
(93,059.52)
2012 527 82 15.6 9,749.39
(116,992.68)
2013 508 99 19.4 10,872.27
(130,467.24)
2014 488 111 22.7 12,426.30
(149,115.6)
2015 481 120 25 21,093.98
(253,127.76)
2016 454 108 23.8 21,720.79
(260,649.48)
2017 464 120 25.8 21,829.30
(261,951.6)
Agensi B
Bilangan Bil. Pegawai % Jumlah Kutipan (RM)
Pegawai Potong Zakat
2010 1629 83 5.1 25,782.37
2011 1625 109 6.71 69,918.16
2012 1640 128 7.8 88,144.21
2013 1698 159 9.36 114,286.11
2014 1835 183 9.97 127,413.91
2015 1897 214 11.28 161,916.55
2016 1879 254 13.52 193,711.81
2017 1881 272 14.46 222,168.71
Agensi C
Bilangan Bil. Pegawai % Jumlah Kutipan (RM)
Pegawai Potong Zakat
2010 558 33 5.9 95,516.63
2011 583 44 7.5 122,007.14
2012 592 53 8.9 134.825.20
2013 478 46 9.6 84,633.76
2014 296 42 14.2 58,745.64
2015 317 62 19.5 103,119.10
2016 339 71 21 115,257.50
2017 338 72 21.3 115,751.09
Sumber: Hasil temubual kajian 2018

Pada tahun berikutnya iaitu 2014, jumlah kakitangan di agensi A telah


berkurang dari 508 kepada 488 tetapi jumlah kakitangan yang menggunakan
mekanisme pembayaran zakat melalui potongan gaji tetap meningkat iaitu
kepada 111 orang daripada 99 orang tahun sebelumnya. Jumlah 111 orang ini
424/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

merupakan 22.7 peratus daripada keseluruhan kakitangan pada tahun tersebut


di mana jumlah kutipan yang diperolehi adalah sebanyak RM12,426.30 iaitu
meningkat sebanyak 14.3 peratus daripada tahun sebelumnya. Pada tahun
2015, kakitangan di Agensi telah berkurang kepada 481 orang tetapi jumlah
kakitangan yang membayar zakat pendapatan melalui potongan gaji terus
meningkat kepada 120 orang iaitu 25 peratus daripada keseluruhan
kakitangan.Jumlah kutipan pula telah meningkat dari RM12,426.30 kepada
RM21,093.98 iaitu peningkatan sebanyak 70 peratus. Pada tahun 2017,
peratusan kakitangan yang membayar zakat melalui potongan gaji terus
meningkat kepada 25.8 peratus daripada keselurahan kakitangan dengan
jumlah kutipan sebanyak RM21,829.30.
Bagi Agensi B, pada tahun 2010 jumlah kutipan zakat yang diperolehi
melalui potongan gaji adalah sebanyak RM25,782.37 yang melibatkan seramai
83 kakitangan iaitu 5.1 peratus daripada keseluruhan kakitangan. Jumlah
kutipan tersebut meningkat sebanyak 171 peratus kepada RM69,918.16 pada
tahun 2011 yang melibatkan 109 kakitangan yang membayar zakat melalui
potongan gaji. Pada tahun 2012 jumlah kakitangan yang membayar zakat
melalui potongan gaji adalah seramai 128 orang iaitu 7.8 peratus daripada
keseluruhan kakitangan dan jumlah kutipan yang diperolehi adalah sebanyak
RM88,144.21. Jumlah kutipan tahun 2013 terus meningkat kepada
RM114,286.11 iaitu meningkat sebanyak 29.6 peratus yang melibatkan
sejumlah 159 kakitangan.
Pada tahun 2014, peratusan kakitangan yang membayar zakat
menerusi potongan gaji terus meningkat kepada 9.97 peratus dengan jumlah
kutipan yang turut meningkat kepada RM127,413.91. Pada tahun 2015 dan
2016 kadar peratusan pembayar zakat melalui potongan gaji terus meningkat
kepada 11.28 peratus dan 13.52 peratus masing – masing dan jumlah kutipan
yang terlibat turut meningkat iaitu sebanyak RM161,916.55 dan
RM193,711.81. Seterusnya jumlah kutipan terus meningkat kepada
RM222,168.71 pada tahun 2017 di mana jumlah kakitangan yang membayar
zakat melalui potongan gaji adalah seramai 272 kakitangan iaitu 14.46 peratus
daripada keseluruhan kakitangan di Agensi B. Peratusan peningkatan kutipan
zakat melalui potongan gaji keseluruhan antara tahun 2010 sehingga 2017
adalah sebanyak 761.7 peratus yang melibatkan kakitangan sebanyak 83 orang
pada tahun 2010 dan 272 orang pada tahun 2017.
Bagi Agensi C, jumlah kakitangan yang membayar zakat melalui
potongan gaji adalah seramai 33 orang pada tahun 2010 iaitu 5.1 peratus
daripada keseluruhan kakitangan. Jumlah kutipan zakat melalui potongan gaji
pada tahun tersebut adalah sebanyak RM95,516.63. Pada tahun 2011 jumlah
kutipan zakat telah meningkat kepada RM122,007.14 iaitu peningkatan
sebanyak 27.7 peratus dengan jumlah pembayar zakat melalui potongan gaji
seramai 44 orang. Pada tahun berikutnya iaitu 2012 jumlah kakitangan yang
membayar zakat terus meningkat kepada 53 orang dengan kutipan sebanyak
RM134,825.20.
Pada tahun 2013, jumlah kakitangan di Agensi C telah berkurang dari
592 orang kepada 478 orang dan jumlah yang membayar zakat telah berkurang
Peranan Pelaksana Pembantu Tadbir Kewangan dalam Peningkatan
Kutipan Zakat Pendapatan Melalui Mekanisme Potongan Gaji /425

kepada 46 orang. Peratusan yang membayar zakat bagaimanapun meningkat


kepada 9.6 peratus daripada 8.9 peratus tahun sebelumnya. Walau
bagaimanapun kutipan zakat telah menurun sebanyak 37.2 peratus kepada
RM84,633.76. Pada tahun 2014 jumlah kutipan zakat terus merosot kepada
RM58,745.64 dengan jumlah kakitangan yang membayar zakat melalui
potongan gaji seramai 42 orang daripada 296 orang. Tahun – tahun berikutnya
iaitu 2015 dan 2016 kutipan zakat kembali meningkat kepada RM103,119.10
dan 115,257.50 masing- masing dengan kakitangan yang membayar zakat
seramai 62 orang dan 71 orang masing – masing. Jumlah kutipan terus
meningkat pada tahun 2017 iaitu sebanyak RM115,751.09 dengan kakitangan
yang membayar zakat seramai 72 orang.

2. Peranan pembantu tadbir kewangan dalam meningkatkan bilangan


kakitangan kerajaan membuat pembayaran zakat pendapatan melalui
mekanisme potongan gaji:

Penyelidik turut membuat temubual terhadap 3 orang responden yang setiap


orang mewakili Agensi A, B dan C. Berdasarkan Jadual 2 dan Jadual 4, setiap
responden mempunyai latar belakang sebagai pembantu tadbir kewangan yang
mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 15 tahun dalam bidang
kewangan. Antara tugas-tugas hakiki yang perlu dilaksanakan adalah dalam
melaksanakan aspek pembayaran gaji semua kakitangan samada tetap
mahupun kontrak. Berdasarkan temubual yang dibuat didapati bahawa dua (2)
daripada responden bersetuju bahawa pembayaran zakat melalui potongan gaji
adalah salah satu tugasan mereka dan ketiga-tiga responden menyatakan
perlaksanaannya tidak menambah beban tugas sedia ada.

Jadual 4: Kefahaman Responden Berkaitan Zakat


(1) Mengetahui dan fahami tentang zakat dan zakat pendapatan
Agensi A ….zakat adalah harta tertentu yang wajib dikeluarkan oleh orang Islam
dan diberi kepada golongan yang berhak menerimanya…
…zakat pendapatan adalah semua jenis upah/hasil yang diperolehi
daripada kerja yang dilakukan samada secara tetap atau tidak…
Agensi B …bersihkan harta daripada hasil gaji…
Agensi C …Zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan…
(2) Pernah mendengar fatwa tersebut yang mewajibkan zakat dikeluarkan bagi
sesorang Islam melalui pendapatan dan pendapatan tambahan yang diperolehi
Agensi A …ya, saya pernah mendengar fatwa tersebut yang mewajibkan
zakat dikeluarkan bagi seorang Islam melalui pendapatan dan
pendapatan tambahan yang diperolehi…
Agensi B …pernah…
Agensi C …pernah…
Sumber: Hasil temubual kajian 2018

Berdasarkan temubual dan soal selidik yang diberi responden – responden


mempunyai serba sedikit pengetahuan tentang zakat dan zakat pendapatan
walau pun tidak mempunyai tanggungjawab khusus tentang pelaksanaan
426/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

potongan zakat dan masing-masing mengakui pernah mendengar tentang fatwa


kewajipan membayar zakat pendapatan di Malaysia.
Berdasarkan data Jadual 3 yang menunjukkan data kutipan zakat
melalui potongan gaji di agensi-agensi tersebut, membuktikan kenyataan
responden yang menyatakan bahawa pembayaran zakat melalui potongan gaji
di agensi tersebut telah dilaksanakan sebelum mereka mula bertugas di Agensi
tersebut. Kesemua data yang dipungut adalah data pungutan zakat melalui
potongan gaji bermula 2010 sehingga 2017.

Jadual 5: Mekanisme Pembayaran Zakat Melalui Potongan Gaji di Agensi


(1) Sejak tahun bila Kementerian/Agensi ini mula melaksanakan kaedah pembayaran
zakat melalui potongan zakat
Agensi A …sejak saya mula bekerja di agensi ini pada tahun 2015 dan ia telah
dilaksanakan daripada tahun–tahun sebelumnya…
Agensi B …sejak saya mula bekerja di sini kaedah pembayaran zakat melalui
potongan gaji telah dilaksanakan…
Agensi C …pelaksanaan pembayaran zakat melalui potongan gaji telah lama
dilaksana di Kementerian ini… Saya bertugas di kementerian ini
sejak 2007 dan sehingga kini ia masih dilaksanakan….
(2) Pandangan kaedah pembayaran zakat pendapatan melalui potongan gaji adalah
satu mekanisme yang baik bagi pembayaran zakat
Agensi A …ya, saya bersetuju kerana zakat merupakan satu kewajipan
bagi orang Islam dan kaedah ini sebagai pemudahcara untuk
pembayaran zakat...
Agensi B …ia merupakan salah satu kaedah yang baik…
Agensi C …ya, ia sangat baik. Kaedah ini lebih mudah dan saya sendiri
membuat potongan kat melalui potongan gaji...
(3) Kebiasaannya adakah anda yang menawarkan atau mencadangkan kepada pekerja
baru supaya membayar zakat pendapatan melalui potongan gaji? Jika ya, bagaimana
caranya? Jika tidak, mengapa?
Agensi A …tidak, kerana potongan zakat tersebut adalah hak individu
masing-masing kecuali mendapat arahan dalaman dari
pengurusan tertinggi yang mengarahkan potongan zakat melalui
gaji…
Agensi B …tidak, ia perkara yang sensitif…
Agensi C …terdapat kekangan untuk menyampaikan kepada
kakitangan/pegawai untuk mencadangkan pembayaran zakat
melalui potongan gaji seperti…
…ianya memerlukan kesedaran individu untuk membuat
potongan…
…tiada hebahan/sokongan dari pihak kementerian sendiri.
Contohnya membuat sesi penerangan/hari bertemu pelanggan
yang dianjurkan bersama kementerian dan pusat zakat….
Sumber: Hasil temubual kajian 2018

Daripada Jadual 5 temubual atau soal selidik tersebut kesemua


responden menyatakan bahawa kaedah pembayaran zakat melalui potongan
gaji adalah satu kaedah yang baik dan memudahkan. Walau bagaimanapun
ketiga-tiga responden mengakui kekangan yang dihadapi untuk menawarkan
Peranan Pelaksana Pembantu Tadbir Kewangan dalam Peningkatan
Kutipan Zakat Pendapatan Melalui Mekanisme Potongan Gaji /427

kepada kakitangan yang baru memasuki kementerian/jabatan tersebut kerana


ianya tidak diwajibkan dan tiada arahan daripada pegawai tertinggi atau
pekeliling khusus yanag mewajibkan pembayaran zakat melalui potongan gaji
dan ianya hanya tertakluk atas kesedaran kakitangan tersebut sendiri. Ini
terutamanya sekiranya kakitangan yang masuk tersebut adalah bertaraf
pegawai sedangkan responden hanyalah berstatus kakitangan sokongan.
Malahan responden berpandangan perkara-perkara yang melibatkan
pemotongan gaji adalah suatu perkara yang sensitif.

Jadual 6: Pandangan Responden Status Perkembangan Pembayaran Zakat


melalui Mekanisme Potongan Gaji
(1) Penyediaan borang potongan zakat melalui potongan gaji di Kementerian ini
Agensi A …ya, ada hanya untuk potongan zakat Wilayah Persekutuan…
Agensi B …hanya borang zakat Wilayah Persekutuan. Borang potongan zakat
negeri lain boleh diupload daripada portal zakat mengikut negeri….
Agensi C …ada, tetapi tidak semua borang potongan. Setakat ini borang yang
disediakan adalah dari Wilayah Persekutuan sahaja.Bagi yang ingin
membuat potongan zakat bagi negeri masing-masing adalah menjadi
tanggungjawab individu untuk mendapatkan borang tersebut…
(2) Sambutan warga Kementerian/Jabatan terhadap mekanisme potongan gaji ini
Agensi A …sangat menggalakkan kerana terdapat peningkatan dalam kaedah
melalui melalui potongan gaji dari masa ke semasa...
Agensi B …sangat menggalakkan…
Agensi C …kurang sambutan…
(2) Pandangan sejauhmana peratusan ini boleh ditingkatkan lagi dan bagaimana
kaedah
Agensi A …pada pendapat saya, peratusan ini boleh ditingkatkan lagi dengan
mencadangkan supaya pihak pengurusan tertinggi memainkan
peranan dengan mengerahkan semua kakitangan membuat potongan
zakat melalui potongan gaji…
Agensi B …pada pandangan saya ia boleh ditingkatkan lagi…
Agensi C …boleh, bagi saya kerajaan dengan kerjasama Jabatan Akauntan
Negara mungkin boleh mengeluarkan satu pekeliling mengenai
zakat…
Sumber: Hasil temubual kajian 2018

Berdasarkan Jadual 6, responden turut menyatakan bahawa


Kementerian atau Agensi hanya menyediakan borang potongan zakat dari
Pusat Zakat Wilayah Persekutuan walau bagaimanapun ianya bukanlah
masalah sekiranya kakitangan ingin memotong zakat kepada pusat zakat di
mana – mana negeri yang dikehendaki kerana boring terseebut boleh diakses
melalui laman web pusat zakat yang berkaitan. Sehingga kini 2 responden
menyatakan bahawa sambutan kakitangan terhadap mekanisme pembayaran
zakat melalui potongan gaji ini amat menggalakkan sementara seorang
responden menyatakan sebaliknya. Walau bagaimanapun berdasarkan kutipan
zakat dan jumlah kakitangan yang membuat pembayaran zakat melalui
potongan gaji dari tahun 2010 hingga 2017 didapati jumlah kutipan sentiasa
428/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

meningkat dan peratusan yang membayar menggunakan mekanisme ini turut


meningkat dari tahun ke tahun. Pihak responden turut menyatakan peratusan
peningkatan kutipan dan jumlah pembayar akan dapat ditingkatkan sekiranya
pihak pengurusan tertinggi lebih berperanan dan sekiranya wujud pekeliling
yang sesuai. Responden turut menyatakan perlunya peranan pusat zakat seperti
mengadakan sesi pencerahan bagi kesedaran semua penjawat awam di
Kementerian/Agensi tentang mekanisme pembayaran zakat melalui potongan
gaji. Responden A berpandangan salah satu kaedah yang bersesuaian untuk
meningkat kadar kutipan adalah melaksanakan kaedah pembayaran auto
deduct seperti yang dilaksanakan oleh Lembaga hasil dalam Negeri manakala
responden B berpandangan kaedah membuka kaunter dan membuat potongan
terus dengan menyarankan pusat zakat datang secara berkala di Kementerian
atau Jabatan.

Jadual 7: Peranan Pusat Zakat dan Kepimpinan Tertinggi Dalam


Perkembangan Mekanisme Potongan Gaji
(1) Pusat zakat pernah mengadakan sesi pencerahan berkaitan pembayaran zakat
melalui potongan potongan gaji dan berapa kali pusat zakat pernah membuat
kunjungan
Agensi A …ada, sekali pada tahun 2017…
Agensi B …tiada…
Agensi C …tiada…
(2) Pengurusan tertinggi di Kementerian menggalakkan kakitangan membayar zakat
pendapatan melalui potongan gaji
Agensi A …setakat ni belum lagi dan potongan zakat yang dibuat mengikut
kemahuan kakitangan sendiri…
Agensi B …tiada…
Agensi C …tiada…
Sumber: Hasil temubual kajian 2018

3. Cadangan penambahbaikan mekanisme potongan gaji di agensi kerajaan

Responden turut menyatakan setakat ini Kementerian atau Jabatan tidak


membincangkan untuk menjadi wakil kepada pusat zakat dan mengagihkan
sendiri pengutan daripada kutipan zakat kerana ianya merupakan peranan pusat
zakat. Setakat ini sumbangan amal yang diagihkan adalah dari kutipan
kebajikan jabatan sendiri. Bagi cadangan mewujudkan unit zakat di
kementerian atau jabatan responden A dan C berpandangan kemungkinan
untuk melaksanakannya boleh dipertimbangkan sekiranya wujud keperluan
manakala responden B merasakan tiada keperluan mewujudkan unit tersebut.
Secara umumnya kesemua responden berpandangan tiada permasalahan besar
dalam melaksanakan pembayaran zakat melalui potongan gaji tetapi
menyarankan agar pihak pusat zakat agar lebih proaktif dengan mengadakan
melaksanakan program kesedaran potongan zakat melalui gaji seperti dengan
mengedarkan risalah, zakat tour, kemudahan IT yang canggih yang boleh
dipaparkan melalui komputer kakitangan dan melalui iklan TV secara
komprehensif.
Peranan Pelaksana Pembantu Tadbir Kewangan dalam Peningkatan
Kutipan Zakat Pendapatan Melalui Mekanisme Potongan Gaji /429

Jadual 8: Cadangan Penambaikan oleh Responden


(1) Cadangan yang lebih berkesan dalam melaksanakan pembayaran zakat
pendapatan selain kaedah potongan gaji
Agensi A …pada pandangan saya, cara yang lebih berkesan dalam
melaksanakan pembayaran zakat pendapatan adalah dengan
mengikut system yang diaplikasi oleh Lembaga Hasil dalam Negeri,
auto deduct…
Agensi B …membuka kaunter dan membuat potongan terus. Pusat zakat
datang berkala untuk membuat kutipan...
Agensi C …tiada…
(2) perancangan Kementerian/Jabatan di masa akan datang untuk menjadi wakil
kepada pusat zakat negeri untuk mengagihkan sendiri kepada asnaf tertentu dan warga
kerja termasuklah ahli keluarga pekerja berkenaan di Kementeria/Jabatan
Agensi A …setakat ini belum ada. Sumbangan yang selalu diagihkan adalah
dari kutipan badan kebajikan jabatan sendiri….
Agensi B …tiada…
Agensi C …insyaAllah boleh dilaksanakan tetapi Kementerian mungkin
boleh membantu tetapi tidak menguruskan sepenuhnya kerana tugas
pengagihan dan senarai asnaf adalah di bawah kawalan pusat zakat
kecuali warga kementerian yang mana mungkin bilangannya tidak
ramai…
(3) Kemungkinan boleh diujudkan unit zakat secara khusus di Kementerian/Jabatan ini
Agensi A …ya, berkemungkinn unit zakat boleh diujudkan khususnya di
Kementeria/jabatan sekiranya pihak-pihak yang berkaitan
memainkan peranan dalam melaksanakannya…
Agensi B …tidak perlu…
Agensi C …mungkin boleh tetapi memerlukan penelitian dari segi keperluan.
Jika kementerian besar mungkin boleh…
(4) Cadangan dan komen kaedah kaedah pembayaran zakat melalui potongan gaji oleh
pusat zakat
Agensi A …setakat ini, tiada masalah sekiranya kakitangan hendak membuat
potongan zakat negeri melalui potongan gaji kerana borang boleh
dicetak di laman web pusat zakat negeri dan terdapat kod tertentu
mengikut potongan zakat negeri yang boleh ditetapkan…
Agensi B …pusat zakat perlu lebih proaktif...
Agensi C …pusat zakat perlu melaksanakan program kesedaran potongan
zakat melalui potongan gaji seperti..
…edaran risalah..
..zakat tour..
…iklan TV juga boleh dilaksanakan dengan lebih komprehensif….
Sumber: Hasil temubual kajian 2018

Perbincangan dan Implikasi Dasar

Berdasarkan data yang diperolehi, hasil kutipan zakat daripada tahun 2010
sehingga 2017 di ketiga-tiga kementerian/agensi menunjukkan peningkatan
kutipan zakat melalui potongan gaji secara konsisten di mana Agensi A jumlah
kutipan zakat telah meningkat dari RM6,577.57 pada tahun 2010 kepada
RM21,829.30 pada tahun 2017. Jumlah kutipan Agensi B turut meningkat dari
430/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

RM25,782.37 pada tahun 2010 kepada RM222,168.71 pada tahun2017. Bagi


Agensi C, kutipan pada tahun 2010 adalah sebanyak RM95,516.63 dan kutipan
pada tahun 2017 adalah sebanyak RM115,751.09. Bagi Agensi C, terdapat
pengurangan kutipan pada tahun 2013 kepada RM84,633 dan terus merosot
pada tahun 2014 kepada RM58,745.64 adalah disebabkan jumlah kakitangan
yang membayar berkurangan disebabkan jumlah keseluruhan kakitangan yang
berkurangan dari 592 pada tahun 2012 kepada 478 kakitangan pada tahun 2013
dan terus berkurang pada tahun 2014. Pengurangan kakitangan ini disebabkan
oleh perubahan fungsi kementerian terbabit yang menyebabkan sebahagian
daripada kakitangan telah berpindah ke Kementerian lain yang mengambilalih
fungsi kementerian tersebut. Akibat daripada itu, jumlah kakitangan yang
membuat pembayaran zakat melalui potongan gaji telah berkurang pada tahun
2013 dan 2014 kepada 46 orang dan 42 orang masing-masing. Walau
bagaimanapun dari segi peratusan jumlah penyumbang masih meningkat pada
kedua-dua tahun tersebut iaitu 9.6 peratus dan 14.2 peratus dari tahun
sebelumnya.Pada tahun –tahun seterusnya peratusan terus meningkat secara
konsisten apabila Agenci C telah establish daripada segi fungsinya.
Walaupun berdasarkan temubual dan soal selidik didapati responden
pada dasarnya tidak membuat usaha untuk kakitangan baru membayar zakat
melalui potongan gaji, tiada pekeliling yang berkaitan dan tiada usaha daripada
pengurusan tertinggi untuk menggalakkan pembayaran zakat melalui potongan
gaji tetapi dengan penambahan jumlah kakitangan yang membuat pembayaran
zakat melalui potongan gaji dan penambahan jumlah kutipan, penyelidik
menganggap bahawa ianya hasil daripada kesedaran ilmu kakitangan melalui
hebahan atau artikel yang dibuat oleh pusat zakat sendiri. Penyelidik turut
berpandangan bahawa pembantu tadbir yang melaksanakan tugas pemotongan
gaji sememangnya menghadapi tugas yang sukar sekiranya untuk memberi
pandangan atau mendorong kakitangan yang baru memasuki mana – mana
Kementerian atau pun Agensi berdasarkan gred jawatan yang rendah
sedangkan kakitangan yang baru berkemungkinan mempunyai gred yang
jawatan tinggi supaya membuat pembayaran zakat pendapatan melalui
potongan gaji. Berdasarkan data dan temubual/soal selidik dengan responden
juga didapati di ketiga-tiga Agensi terdapat kakitangan yang zakat pendapatan
di negeri – negeri selain Wilayah Persekutuan yang antara lain melibatkan PPZ
Melaka, PPZ Negeri Sembilan, PPZ Pulau Pinang, PPZ Johor , PPZ Pahang ,
PPZ Terengganu, PPZ Kelantan dan PPZ Selangor.
Adalah sukar pembantu tadbir kewangan untuk menasihati atau
mendorong kakitangan baru untuk menggunakan mekanisme potongan gaji
untuk membayar zakat pendapatan tanpa galakan atau keperahatinan
pungurusan tertinggi Kementerian/agensi. Justeru peranan pengurusan tertinggi
dalam mengggalakkan kakitangan untuk menggunakan sistem tersebut adalah
penting bagi memudahkan peranan pembantu tadbir kewangan dalam aspek
ini. Di samping itu, pusat zakat mungkin boleh berperanan dengan lebih aktif
dengan mengadakan ceramah kesedaran dan kefahaman samada kepada semua
kakitangan atau ditumpukan kepada pegawai pelaksana dan pengurusan
tertinggi. Dengan kefahaman dan kesedaran tentang zakat memungkin peluang
Peranan Pelaksana Pembantu Tadbir Kewangan dalam Peningkatan
Kutipan Zakat Pendapatan Melalui Mekanisme Potongan Gaji /431

untuk mekanisme pembayaran zakat melalui potongan gaji akan lebih berkesan
dan terus berkembang. Pusat zakat juga boleh mempromosi kaedah ini di
televisyen untuk mendedahkan mekanisme ini kepada warga Muslim di
Malaysia bagi meningkat kesedaran tentang sistem ini.

Kesimpulan

Kutipan zakat melalui potongan gaji dari ketiga-tiga agenda ini terus
meningkat dari tahun ke tahun. Walaubagimanapun kenaikan jumlah kutipan
zakat disebabkan jumlah yang menggunakan sistem ini terus meningkat
walaupun peratusan yang menggunakannya tidak besar. Peranan yang
dimainkan oleh Pembantu Tadbir Kewangan dalam meningkatkan penggunaan
mekanisme ini adalah minimum atas kekangan taraf perjawatan mereka yang
rendah dan tanpa sokongan dasar di peringkat pengurusan tertinggi. Pusat zakat
juga memainkan peranan yang minimal dalam konteks mempromosi
mekanisme ini samada secara langsung pada agensi tersebut atau melalui
hebahan media. Walaupun dengan peranan – peranan yang minimal oleh
pelbagai pihak khususnya pembantu tadbir kewangan, pengurusan tertinggi
termasuk pusat zakat sendiri, kutipan zakat melalui mekanisme ini terus
meningkat. Ini membuktikan bahawa mekanisme ini mempunyai peranan yang
besar dalam meningkatkan jumlah kutipan zakat secara keseluruhan
berbanding mekanisme lain. Dalam kesibukan penjawat awam dan masyarakat
umum dewasa ini dan di masa- masa akan datang, mekanisme ini pastinya
menjadi pilihan ramai kerana ianya mudah dan menjimatkan masa. Justeru
peranan semua pihak adalah penting bagi mekanisme ini terus berkembang dan
digunapakai.

Rujukan
Adibah Abdul Wahab & Joni Tamkin Borhan (2014) Faktor penentu pembayaran zakat
oleh entiti perniagaan di Malaysia: Satu Tinjauan Teori. Jurnal Syariah. 22(3):
295-322
Ahmad Shahir, M & Adibah, Abdul Wahab (2010) Pengurusan zakat di Negeri
Selangor: Isu dan Cabaran, Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan &
Pengurusan Harta Dalam Islam, UKM.
Aidit Ghazali (1988) Zakat Satu Tinjauan. Selangor: IBS Buku Sdn Bhd.
Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor & Sanep Ahmad. (2005) Kesedaran
Membayar Zakat: Apakah Faktor Penentunya? International Journal of
Management Studies 12(2).
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kadir (2010) Pengagihan Zakat
oleh Institusi Zakat Kepada Lapan Asnaf: Kajian di Malaysia. Jurnal
Pengurusan JAWHAR 4 (1).
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2001) Panduan Zakat di Malaysia. Kuala Lumpur:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Mujaini Tarimin (1995) Zakat Penggajian Satu Penilaian Terbaru di Malaysia. Tesis
PH.D Universiti Malaya.
432/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari

Nur Bazirah Abu Bakar & Hafiz Majdi Abdul Rashid (2010). Motivations of paying
zakat on income: Evidence from Malaysia. International Journal of Economics
and Finance. 2(3): 76-84
Nur Liana ‘Aqilah Derus & Mohd Ali Mohd Noor (2017) Kesedaran Membayar Zakat
Pendapatan dalam Kalangan Kakitangan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan
Ahmad Shah. Dalam Hairunnizam et. al (penyt.) Pengurusan Zakat di
Malaysia: Satu pendekatan analisis gelagat. Bangi: Ekonis-UKM
Patmawati Ibrahim (2008) Pembangunan Ekonomi Melalui Agihan Zakat: Tinjauan
Impirikal. Jurnal Syariah. 16(2).
Qaradawi, Yusuf (1996) Hukum Zakat – Studi Komparatif Mengenai Status dan
Filasafat Zakat berdasarkan Quran dan Hadis. Terj. Salman Harun et al.
Indonesia: Penerbit Litera Antara Nusa.
Qaradawi, Yusuf. (2006). Fiqh al Zakah. Cairo: Maktabah Wahbah.
Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid. (2005) Persepsi Agihan Zakat dan Kesannya
Terhadap Pembayaran Zakat Melalui Institusi Formal. Jurnal Ekonomi
Malaysia, 39.
Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid & Adnan Mohamad (2006). Penswastaan Institusi
Zakat dan Kesannya Terhadap Pembayaran Secara Formal di Malaysia.
International Journal of Management Studies. 13(2):175-196.
Taylor, SJ & R Bogdan. (1984) Introduction to Qualitative Research Methods: The
Search for Meanings. Second Edition. John Wiley and Sons. Toronto
Wan Rohana Mat Saad & Hairunnizam Wahid (2016) Kesedaran Membayar Zakat
Perniagaan oleh Institusi Korporat: Peranan Akauntan Syarikat. Prosiding
Seminar Pengajian Islam (SEPIS) 2016.
PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA
ISU DAN CABARAN KONTEMPORARI

Pengkajian zakat di Malaysia amat memerlukan kepada kemahiran pelbagai korpus ilmu agar
segala permasalahan zakat semasa dapat dirungkaikan secara empirik dan menyeluruh serta
dapat diterima manfaatnya oleh pelbagai pemegang taruh. Isu dan cabaran semasa berkaitan
pengurusan zakat bukan sahaja berkisar tentang masalah hukum-hakam serta fatwa oleh institusi
agama yang sedia ada malah ia telah menjangkaui dimensi kajian yang baru seperti perakaunan,
fintech dan Bitcoins, perkhidmatan perubatan yang berkait dengan asnaf, takaful dan sebagainya.
Pengkajian zakat semasa yang bersifat empirik amat diperlukan untuk merungkaikan pelbagai isu
semasa dalam mendepani pelbagai cabaran baru oleh pihak institusi zakat dan sudah pastilah
penggunaan kaedah pengkajian yang diiktiraf sebagai mainstream pada masa kini amat diperlukan
oleh para pengkaji. Pendekatan yang digunakan dalam buku ini menggunakan teori asas dalam
ilmu ekonomi sebagaimana yang biasa digunakan dalam menganalisis gelagat agen ekonomi.
Buku ini merupakan kompilasi artikel berkaitan zakat yang dibentangkan di Persidangan
Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) ke 13, 2018. Sebahagian besar artikel ini adalah
disumbangkan oleh para pelajar dalam Program Sarjana Ekonomi Islam, Sarjana Ekonomi dan
Sarjanamuda Ekonomi di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia tahun
2018. Fokus kajian zakat dalam buku ini adalah kajian yang berkaitan dengan gelagat manusia
dalam sistem pengurusan zakat yang terdiri daripada amil, asnaf serta pembayar zakat di
Malaysia. Terdapat juga sebahagian artikel yang ditulis cuba memberi pencerahan beberapa
aspek penting dalam kutipan dan agihan zakat yang selama ini mungkin kurang jelas sekali gus
menutup sebarang kekeliruan yang berlaku. Sebagai contoh kesan kefahaman yang tidak tepat
mengenai fatwa zakat dan kaedah penentuan haddul kifayah menyebabkan segelintir masyarakat
menafikan peranan institusi zakat di Malaysia. Peranan amil zakat yang semakin luas dan mencabar
turut diutarakan dalam buku ini selaras dengan maslahah umat yang bertambah. Justeru peranan
amil dewasa ini tidak lagi sebagaimana dahulu malah ia dilihat bergerak lebih agresif di samping
menonjolkan imej korporat dan teknokrat yang professional. Walau pun pendekatan yang
digunakan dalam buku ini agak teknikal iaitu menggunakan pendekatan statistik dan ekonometrik,
namun buku ini amat baik dijadikan sebagai bahan rujukan oleh para pelajar, pensyarah, institusi
zakat dan pengkaji ilmu ekonomi Islam terutamanya dalam bidang kajian zakat.

HAIRUNNIZAM WAHID, PhD. dan MOHD ALI MOHD NOOR, PhD., adalah Pensyarah
Kanan di Pusat Pembangunan Inklusif dan Lestari, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

ISBN 978-983-3198-99-3

9 789833 198993

View publication stats

You might also like