You are on page 1of 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN DAYA,

PASIR GUDANG

KERTAS KERJA DASAR


PEMBINAAN MINI KIOSK
KEMAHIRAN HIDUP KEUSAHAWANAN

ANJURAN:
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN DAYA
PASIR GUDANG
2016

KERTAS KERJA DASAR


PEMBINAAN MINI KIOSK KEMAHIRAN HIDUP KEUSAHAWANAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN DAYA 2016

1.0

PENDAHULUAN
Cabaran paling besar bagi golongan berkeperluan khas di Malaysia

pada hari ini adalah mendapat peluang pekerjaan, di mana laluan kerjaya
untuk mereka adalah kurang jelas. Walau bagaimanapun, program transisi
kerjaya yang telah dijalankan untuk murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Masalah Pembelajaran sudah dapat dibuktikan berjaya melatih mereka
yang berkemahiran dan mampu bekerja melalui Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI) sekolah menengah harian.

Projek keusahawanan ini

melibatkan semua murid berkeperluan khas bagi melatih mereka dalam


bidang kemahiran mengikut potensi individu sebagai persediaan kealam
kerjaya. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tujuh amalan terbaik yang
diterapkan iaitu sekolah, perancangan berpusatkan murid, penglibatan
keluarga, kolaborasi antara agensi dan pelbagai disiplin, struktur program,
perkembangan murid serta kesediaan kerja murid.
Pendidikan Khas memainkan peranan penting dalam membantu
golongan ini menghadapi cabaran dalam pembelajaran sehinggalah
memasuki alam pekerjaan. Oleh itu KPM ( 2012 ) menyatakan bahawa
mereka sedar tentang kepentingan menyediakan pendidikan yang sesuai
untuk murid-murid berkenaan di mana
kurikulum

vokasional

bagi

kemahiran

golongan ini menggunakan


hidup

berbanding

kurikulum

akademik sedia ada. Secara amnya, golongan yang mempunyai masalah


dalam pembelajaran mempunyai keupayaan fizikal yang boleh dilatih
melalui pendidikan vokasional supaya dapat digunakan dalam pekerjaanpekerjaan tertentu. Program transisi merupakan gabungan aktiviti untuk
murid dari sekolah ke aktiviti selepas tamat sekolah. Gabungan aktiviti
tersebut merujuk kepada keperluan murid secara individu, dengan
mengambil

kira

pilihan

dan

minat

murid,

termasuklah

arahan,

pengalaman komuniti, perkembangan pekerjaan dan pelbagai objektif


kehidupan alam dewasa selepas tamat persekolahan.
Pihak sekolah berperanan memastikan PPKI menjalankan proses PdP
mengikut peraturan dan kurikulum yang telah ditetapkan oleh Bahagian

Pendidikan Khas (BPK). PPKI SMK Taman Daya telah mendapat persetujuan
daripada

pihak

pengurusan

sekolah

bagi

melaksanakan

Program

Keusahawanan. Guru pendidikan khas akan memainkan peranan sebagai


fasilitator dan bertindak sebagai pengurus bagi membolehkan murid
dilatih menjadi seorang pekerja yang dapat mengaplikasikan kemahiran
bagi tujuan pekerjaan dengan baik di industri.
Aktiviti keusahawanan dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup
Pendidikan Khas di sekolah ini memberi peluang kepada murid-murid
Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran untuk mempelajari teknikteknik pembuatan dan pembungkusan makanan ringan. Mereka diajar
tentang cara membuat, membungkus, menimbang dan melabel makanan
ringan dengan kaedah yang betul
keusahawanan ini,

sebelum proses jual beli. Aktiviti

dijalankan pada

waktu rehat

aliran

perdana.

Penyediaan dan penjualan makanan adalah seperti kerepek, kacang, roti,


dadih, kentang goreng serta barangan hasil kraftangan murid-murid
berkeperluan khas .
Dengan terbinanya Mini Kiosk Keusahawanan ini kelak, akan
dapatlah

memudahkan

murid-murid

Berkeperluan

Khas

Masalah

Pembelajaran, mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di dalam kelas,


sebelum memasuki alam pekerjaan.

2.0

OBJEKTIF

1. Memudahkan proses melatih murid-murid Berkeperluan


Khas Masalah Pembelajaran mengikuti program Kemahiran
Hidup Keusahawanan.
2. Menanam sikap berusaha, berani, bertanggung jawab,
berdikari, sabar, amanah dalam alam pekerjaan.
3. Menimbulkan

suasana

seronok

kerana

murid

dapat

mengaplikasi apa yang telah dipelajari di dalam kelas.


4. Memberi keselesaan kepada murid-murid menjalani aktiviti
berjual beli kerana mempunyai mini kiosk sendiri.

5. Melatih murid-murid berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling.


3.0

AHLI JAWATANKUASA

PENASIHAT

: PN ROSITA BINTI MANAS (PENGETUA)

PENGERUSI

: PN SITI NORBAYAH BINTI JEMA'AT (GPK

PEND KHAS)
NAIB PENGERUSI

: PN RUZITA BINTI ZAINUDIN (GPK

KURIKULUM)
SETIAUSAHA

: PN KAMISAH BT HASSAN

BENDAHARI

: PN TAN SOCK KHIM

AJK KECIL

: EN.MOHD KHAIRUL ANUAR BIN HUSSIN


: CIK NUR FADHILAH BINTI MOHD SHAH
: PN NOR AZIAN BINTI AHMAD
: PN SANGEETHA AP RAMACHANDRAM
: PN PIRAMILA AP KANDASAMY
: PN NORADILAH BINTI ABDULLAH
: EN SHAHRUL NIZAM BIN ABD JALIL
: PN NUR IZZATY BINTI KHALIL
: CIK ZAIDA WIYANI BINTI ZAKARIA

4.0

KAWASAN CADANGAN
Kedudukan bersebelahan dengan tangga diantara Blok A dan Blok B

yang merupakan laluan utama murid-murid aliran perdana dan murid


murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran Sekolah Menengan
Kebangsaan Taman Daya.

Kedudukan yang terletak bersebelahan tangga antara Blok A dan


Blok B yang lebih
baik dan strategik.
5.0

ANGGARAN PERBELANJAAN.

6.0

Bil

Item

Kos

1.

Grill ( ukuran ketinggian : 8 x 5 ft ) dan


rak penyimpanan barangan jualan

RM3000.00

JUMLAH

RM3000.00

OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARI PROJEK


Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti
berikut:
1. Meningkatkan dan memenuhi kemudahan asas yang diperlukan
seperti

ruang

bagi

menjamin

keselesaan

untuk

murid

Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran menjalani praktikal


mata pelajaran Kemahiran Hidup Keusahawanan.
2. Memenuhi

aspirasi

kementerian untuk memberi kemudahan

kepada murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran supaya


dapat belajar dalam suasana kondusif dan lengkap dengan
kemudahan asas.
3. Mewujudkan minat serta memberi motivasi kepada murid-murid
Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran dan guru dalam PdP
yang diajar.

7.0

JUSTIFIKASI PROJEK

Rasional pembinaan Mini Kiosk Keusahawanan ini adalah untuk :


1. Membuktikan bahawa kementerian prihatin dan serius terhadap
pendidikan golongan murid berkeperluan khas.
2. Merasai sendiri pengalaman sebenar dalam proses berjual beli
dan berhadapan dengan pelanggan.

3. Meningkatkan

kualiti

kemudahan

dengan

mengutamakan

keselamatan dan keselesaan murid pendidikan khas. Di samping


dapat meningkatkan sokongan dan kepercayaan ibu bapa serta
masyarakat sekeliling terhadap program pendidikan khas.

8.0

IMPLIKASI SEKIRANNYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN

Pelaksaan projek membina Mini Kiosk Keusahawanan ini adalah


sangat penting dan memberi implikasi yang besar sekiranya tidak
dapat dilaksanakan seperti:

Suasana pembelajaran kurang selesa dan tidak dapat


menjalani praktikal mata pelajaran Kemahiran Hidup kerana
membataskan pergerakan murid dalam menjalankan aktiviti
keusahawanan.

Mempengaruhi minat dan keyakinan murid atau

ibu bapa

kerana kurang keyakinan dan kebolehan kepada diri sendiri


untuk menceburi alam pekerjaan.
9.0
Pihak

PENUTUP
PPKI

SMK

Taman

Daya

amat

mengharapkan

semoga

permohonan membina Mini Kiosk Keusahawanan Pendidikan Khas


ini dapat diluluskan.

Seterusnya projek ini dapat dilaksanakan

dengan jayanya bagi mencapai objektif yang digariskan dalam


melahirkan murid yang cemerlang dari semua sudut sama ada
akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan
dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan
yang

diberikan

mendapat

keberkatan

dari

Ilahi.

Segala

perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan


pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah
dan pertolongan Allah SWT.
10.0 KELULUSAN PROGRAM

Kertas kerja Pembinaan Mini Kiosk Keusahawanan Pendidikan Khas


Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Taman Daya ini telah
disemak dan diluluskan.
Disediakan oleh,
-------------------------------------------( KAMISAH BT HASSAN )
Setiausaha,
Program Kemahiran Hidup Keusahawanan
Pendidikan Khas Integrasi
SMK Taman Daya
Pasir Gudang

Disemak oleh,

-------------------------------------------( SITI NORBAYAH BINTI JEMAAT )


Penolong Kanan Pendidikan Khas
Program Pendidikan Khas Integrasi
SMK Taman Daya
Pasir Gudang

Disahkan oleh,

-------------------------------------------( ROSITA BINTI MANAS )


Pengetua
SMK Taman Daya
Pasir Gudang

You might also like