You are on page 1of 11

2

SULIT 1511/1

1 Apakah bahan yang boleh dibuang terus ke dalam singki?


A. Asid lemah
B. Sisa pepejal
C. Sisa organik
D. Pelarut organik

2 Jadual 1 di bawah menunjukkan contoh bahan sisa yang tidak boleh dibuang di dalam
sinki.
Bahan sisa
Sianida
Merkuri
Jadual 1

Berdasarkan contoh di atas, kenal pasti pernyataan yang benar bagi bahan sisa di atas.

A Sianida dan merkuri merupakan bahan bertoksik dan sangat beralkali.


B Sianida merupakan bahan bertoksik, merkuri merupakan logam berat.
C Sianida merupakan bahan yang terlalu beralkali, merkuri merupakan bahan meruap.
D Sianida sangat mudah meruap, merkuri merupakan bahan sisa organik.

3 Rajah 1 menunjukkan salah satu alat pemadam kebakaran.

Rajah 1

Antara yang berikut, yang manakah sesuai menggunakan alat pemadam kebakaran ini?

A Api melibatkan peralatan elektrik


B Api memasak melibatkan minyak dan gris
C Cecair mudah terbakar seperti petroleum
D Pepejal mudah terbakar seperti kertas dan kayu

4 Seseorang itu menunjukkan tanda-tanda berikut :

Berhenti bernafas
Tidak memberikan respon terhadap
rangsangan
Tiada degupan jantung atau nadi

Bantuan kecemasan yang manakah patut diberikan?


A Pensterilan
B Pembalut tangan
C Resusitasi kardiopulmonari (CPR)
D Heimlich Manoeuvre

5 Di manakah anda perlu meletakkan genggaman apabila melakukan Hemlich Manouevre?


1511/1 © 2020
SULIT
3
SULIT 1511/1

A Di bawah jantung
B Di atas jantung
C Di bawah pusat
D Di atas pusat

6 Apakah kepentingan suhu badan yang normal?

A Menjadikan badan kita sihat


B Mengelakkan dari serangan kanser berbahaya
C Memastikan badan kita berfungsi pada tahap yang optimum
D Memastikan badan kita tidak tercedera

7 Jadual 2 menunjukkan keputusan yang diperoleh daripada sebuah kajian.


Aktiviti fizikal Kadar denyutan nadi (bpm)
Berehat 75
Berjalan 84
Berlari 96

Jadual 2

Apakah kesimpulan eksperimen ini?

A Seseorang yang lebih muda mempunyai kadar denyutan nadi yang lebih rendah.
B Semakin lasak aktiviti senaman yang dilakukan, semakin tinggi kadar denyutan
nadi.
C Perempuan mempunyai kadar denyutan nadi lebih tinggi berbanding lelaki.
D Kadar denyutan nadi atlet lebih rendah berbanding dengan bukan atlet

8 Jadual 3 menunjukkan dua orang murid dengan indeks jisim badan (BMI) yang berlainan.
Murid BMI

X 17.1
Y 33.6
Jadual 3

Berikan interpretasi anda mengenai keadaan kesihatan setiap murid.

A Murid X berisiko menghidapi penyakit anemia dan masalah kardiovaskular.


B Murid X mempunyai bacaan index BMI yang ideal dan tidak perlu menambah berat
badannya.
C Murid Y berisiko mempunyai penyakit tekanan darah tinggi dan diabetis.
D Murid Y mempunyai bacaan index BMI berlebihan dan perlu mengurangkan berat
badannya.

9 Rajah 2 menunjukkan label cekap tenaga.

1511/1 © 2020 SULIT


4
SULIT 1511/1

Rajah 2

Antara bilangan bintang berikut, yang manakah menunjukkan peralatan paling jimat
tenaga?

A 3
B 4
C 5
D 6

10 Rajah menunjukkan pelbagai jenis sumber tenaga dalam sector pengangkutan. Antara yang
berikut, yang manakah sumber tenaga yang paling kurang membebaskan gas rumah hijau?
A

11 Antara yang berikut, yang manakah betul tentang mitosis?

A Melibatkan semua jenis sel


B Menghasilkan variasi
C Menyebabkan separuh bilangan kromosom
D Kandungan genetik anak adalah sama dengan induk
12 Rajah 12 menunjukkan satu proses yang melibatkan kromosom manusia.

1511/1 © 2020
SULIT
5
SULIT 1511/1

Rajah 3

Berdasarkan Rajah 3, nyatakan kepentingan proses itu.

A Untuk menghasilkan variasi dalam manusia


B Untuk memgawal pembahagian sel
C Untuk menentukan jantina bayi
D Sebagai satu kaedah pembiakan aseks

13 Rajah 4 menunjukkan kacukan monohibrid bagi dua trait kacang pea.

Sel induk

Gamet

Generasi pertama

kekunci
T - Gen dominan tinggi
t - Gen resesif kerdil
Rajah 4

Apakah nisbah fenotip dalam generasi pertama?

Tinggi : Kerdil
A 1 : 1
B 2 : 1
C 3 : 1
D 1 : 3

14 Antara yang berikut, yang manakah trait manusia menunjukkan variasi tak selanjar?

A Ketinggian
B Kumpulan darah
C Berat badan
D Kepintaran

15 Maklumat berikut menunjukkan ciri yang terdapat pada seorang wanita yang menghidap
sejenis penyakit akibat mutasi.

1511/1 © 2020 SULIT


6
SULIT 1511/1

Mempunyai satu kromosom seks, XO


Mandul
Ovari tidak berfungsi

Apakah penyakit itu?

A Talasemia
B Sindrom Down
C Sindrom turner
D Sindrom klinefelter

16 Pembiakbakaan dalam bidang pertanian menghasilkan tanaman dengan ciri-ciri tertentu


yang diingini. Antara yang berikut, yang manakah tidak benar tentang kepentingan
pembiakbakaan dalam penghasilan tanaman varieti baru?

A Ia mengekalkan spesis yang sama


B Ia meningkatkan hasil tanaman
C Ia meningkatkan nilai nutrisi tanaman
D Ia menghasilkan varieti baharu yang lebih tahan terhadap penyakit

17 Rajah 5 menunjukkan spesies yang dijumpai di dalam hutan di Lembah Danum, Sabah.

Rajah 5

Apakah sistem sokongan bagi spesies haiwan dalam Rajah 5?

A Rangka hidrostatik
B Rangka dalam
C Rangka luar
D Tulang berongga

18 Rajah 6 menunjukkan lengkung pertumbuhan sejenis haiwan.

1511/1 © 2020
SULIT
7
SULIT 1511/1

Rajah 6
Antara haiwan berikut, yang manakah mempunyai lengkung pertumbuhan pada
Rajah 6?
A kucing
B lintah
C Burung
D lipas

19 Rajah 7 menunjukkan struktur lengan manusia.

Rajah 7
Bagaimanakah otot X dan Y bertindak untuk menaik lengan bawah ke atas?

X Y
A Mengendur Mengecut
B Mengendur Mengendur
C Mengecut Mengendur
D Mengecut Mengecut

20 Antara bahagian yang berlabel A, B, C dan D, yang manakah berfungsi sebagai


kusyen?

21 Rajah 8 menunjukkan sistem endokrin seorang wanita yang telah menghidap penyakit
kanser di kelenjar X.

1511/1 © 2020 SULIT


8
SULIT 1511/1

Rajah 8

Apakah kemungkinan yang akan berlaku pada wanita tersebut?

A Aras glukosa darah meningkat


B Kadar metabolisme lebih tinggi
C Pertumbuhan terbantut
D Kitar haid terganggu

22 Johan mengalami pembengkakan di bahagian lehernya. Kelenjar yang manakah


menyebabkan masalah ini?

A Testis
B Kelenjar pituitari
C Kelenjar tiroid
D Pankreas

23 Maklumat berikut menunjukkan kesan-kesan sejenis dadah.

Melambatkan tindak balas terhadap rangsangan


Mengurangkan tekanan
Membantu seseorang supaya tenang

Apakah jenis dadah itu?


A Perangsang
B Inhalan
C Penenang
D Halusinogen

24 Pernyataan berikut adalah berkaitan dengan kempen keselamatan jalan raya.

“Jangan memandu dalam keadaan mabuk.”

Apakah kaitan antara pernyataan itu dengan koordinasi badan?


A Merosakkan otak
B Kadar denyutan jantung menurun
C Aktiviti otak menjadi cepat
D Penghantaran impuls menjadi lambat
25 Rajah 9 menunjukkan jadual berkala yang tidak lengkap.

1511/1 © 2020
SULIT
9
SULIT 1511/1

Rajah 9
Apakah unsur P?

A Logam
B Bukan logam
C Separuh logam
D Gas nadir

26 Nombor proton dan nombor nukleon bagi atom Z masing-masing ialah 14 dan 25.
Berapakah bilangan electron bagi atom Z?

A 11
B 12
C 13
D 14

27 Apakah sifat sesuatu unsur apabila bergerak merentasi kala dari kiri ke kanan?

A Saiz atom semakin bertambah


B Sifat logam bertambah
C Sifat bukan logam semakin berkurang
D Sifat kekonduksian arus elektrik semakin berkurang

28 Apakah kegunaan isotop Fosforus-32?

A Mengkaji kadar penyerapan baja fosforus dalam tumbuhan


B Menentukan lintasan karbon semasa proses fotosintesis
C Menentukan usia artifak arkeologi
D Membunuh sel-sel kanser
29 Antara proses berikut, yang manakah dapat menambah kekerasan sesuatu logam?

A Penulenan
B Pengaloian
C Penyaduran
D Pempolimeran

30 Aluminium merupakan logam utama yang digunakan dalam pembinaan kapal terbang.
Apakah aloi yang digunakan untuk membina kapal terbang?

A Timah
B Gangsa
C Besi
D Duralumin

31 Mengapakah seramik digunakan dalam pembuatan gigi palsu?

A Lembut dan mudah dibentuk


1511/1 © 2020 SULIT
10
SULIT 1511/1

B Mudah dibentuk dan berkilau.


C Keras, kuat dan lengai terhadap bahan kimia.
D Tahan haba dan mempunyai takat lebur yang rendah.

32 Rajah 10 menunjukkan satu proses kimia

Rajah 10

Apakah proses yang diwakili oleh Rajah 10?

A Pemvulkanan
B Penggumpalan
C Pemejalan
D Pempolimeran

33 Rajah 11 di bawah menunjukkan pemvulkanan getah.

Sulphur atom
Atom sulfur

Rajah 11

Apakah fungsi atom sulphur dalam proses pemvulkanan getah tersebut?

A Menggumpalkan molekul getah.


B Membentuk rantai bersilang sulphur di antara molekul-molekul getah.
C Menggabungkan molekul kecil untuk membentuk rantaian molekul panjang.
D Meneutralkan ion hidrogen daripada asid yang terhasil daripada tindakan bakteria.

34 Seorang penoreh getah mendapati lateks telah menggumpal sebelum sampai ke kilang.
Apakah kaedah bagi mengatasi masalah ini?

A Menambahkan air ke dalam lateks.


B Menambahkan asid ke dalam lateks.
C Simpan lateks di dalam bekas tertutup.
D Menambahkan larutan ammonia ke dalam lateks.

35 Antara yang berikut, yang manakah boleh menyebabkan radikal bebas berada di dalam
badan manusia?

A Proses pernafasan.
B Aktiviti riadah dan senaman.
C Proses yang mempunyai haba yang rendah.
1511/1 © 2020
SULIT
11
SULIT 1511/1

D Sistem pertahanan badan meneutralkan bakteria dan virus yang masuk ke dalam
badan.

36 Sekumpulan murid menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji kesan larutan berbeza
terhadap pengoksidaan epal. Jadual di bawah menunjukkan keputusan eksperimen
selepas potongan epal direndam dalam larutan berbeza.

Warna hirisan epal


Jenis larutan
Awal eksperimen Akhir eksperimen
Larutan gula Putih Putih
Larutan garam Putih Putih
Larutan natrium bikarbonat Putih Perang
Jus limau Putih Putih
Jadual 4

Berdasarkan Jadual 4, jenis larutan manakah merupakan bahan antioksida?

A Larutan gula dan larutan natrium bikarbonat


B Larutan garam dan larutan natrium bikarbonat
C Larutan gula, larutan garam dan jus limau
D Larutan gula, larutan garam dan larutan natrium bikarbonat

37 Sebuah kereta memecut dari keadaan pegun dengan pecutan seragam 2.0 ms-2. Berapakah
halaju kereta itu selepas 1 minit?

Pecutan = Halaju akhir – Halaju awal


Masa yang diambil

A 25 m s-1
B 60 m s-1
C 90 m s-1
D 120 m s-1

38 Rajah 12 menunjukkan sebahagian daripada pita detik bagi sebuah troli yang sedang
bergerak.

Arah gerakan

Rajah 12
Antara berikut, yang manakah betul tentang jenis gerakan troli itu?
A Halaju tidak seragam
B Halaju seragam
C Halaju berkurang
D Halaju bertambah

39 Rajah 13 menunjukkan titisan hujan pada payung boleh dikeringkan dengan memutarkan
payung dengan laju dan menghentikannya secara mendadak.

1511/1 © 2020 SULIT


12
SULIT 1511/1

Titisan hujan

Rajah 13

Apakah sifat titisan hujan yang diaplikasikan dalam situasi di atas?

A Jisim titisan hujan


B Inersia titisan hujan
C Daya tarikan graviti titisan hujan
D Rintangan udara terhadap titisan hujan

40 Apakah proses yang berlaku di dalam reaktor nuklear untuk penjanaan tenaga elektrik?

A. Pelakuran nuklear
B. Pembelahan nuklear
C. Pereputan radioaktif
D. Sinaran radioaktif

KERTAS SOALAN TAMAT

1511/1 © 2020
SULIT

You might also like