You are on page 1of 3

MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA DAERAH MUAR

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD MUAR


KALI KE-19, TAHUN 2022.

PERATURAN PERTANDINGAN DAN UNDANG-UNDANG

1. UNDANG-UNDANG

1.1 Pertandingan dijalankan mengikut Undang-Undang KOAM 2001/2002, Peraturan


Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Johor (MSSJ) Edisi 1996.

2. JENIS PERTANDINGAN

2.1 Pertandingan Individu dan Berpasukan.

2.2 Jenis Pertandingan adalah seperti berikut :

LELAKI PEREMPUAN
ACARA
B12 B15 B18 B12 B15 B18
4.0 Km Individu X X
4.0 Km Berpasukan X X
6.0 Km Individu X X X
6.0 Km Berpasukan X X X
8.0 Km Individu X
8.0 Km Berpasukan X

3. ACARA PERTANDINGAN

3.1 Setiap sekolah dibenarkan menghantar tidak lebih daripada 4 orang peserta bagi setiap
kategori.

3.2 Bilangan maksimum dan minimum adalah seperti berikut :

KUMPULAN UMUR INDIVIDU (Maksimum) BERPASUKAN (Minimum)


Bawah 18 Tahun Lelaki 4 orang 3 orang / Pasukan
Bawah 18 Tahun 4 orang 3 orang / Pasukan
Perempuan
Bawah 15 Tahun Lelaki 4 orang 3 orang / Pasukan
Bawah 15 Tahun 4 orang 3 orang / Pasukan
Perempuan
Bawah 12 Tahun Lelaki 4 orang 3 orang / Pasukan
Bawah 12 Tahun 4 orang 3 orang / Pasukan
Perempuan

3.3 Peserta berpasukan adalah juga peserta individu yang didaftarkan.

4. HADIAH

4.1 Acara Individu bagi tiap kategori - PERTAMA hingga KE-10


4.2 Acara Berpasukan tiap kategori - JOHAN NAIB JOHAN dan KETIGA

1
5. PENDAFTARAN PESERTA

5.1 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat SEBELUM/PADA 22 JUN 2022 di dalam Borang
Rasmi yang ada di PORTAL PPD MUAR..
5.2 Yuran pendaftaran sebanyak RM 25.00 bagi setiap Kategori
5.3 Mesyurat Pengurus Pasukan akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 22 JUN 2022 ( RABU )


Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Lenga, Muar.

6. PENARIKAN DIRI DAN PENGGANTIAN

6.1 Penarikan diri dan penggantian diterima SEBELUM JAM 12.00TGH PADA 22 JUN
2022
6.2 Penggantian selepas tarikh tersebut tidak dibenarkan dan peserta terbabit tidak
dibenarkan bertanding.

7. MELAPOR DIRI

7.1 Semua peserta diminta melapor diri sebelum jam 7.30 pagi pada hari pertandingan.
7.2 Panggilan peserta akan dibuat dengan menggunakan pembesar suara.

8. PAKAIAN

8.1 Pakaian peserta hendaklah yang sesuai untuk pertandingan dan melambangkan murid
sekolah.
8.2 Seluar pendek jenis Bermuda (Hawaii) dan T-shirt yang mempunyai gambar-gambar
yang tidak sopan, lucah, berbaur perkauman, elemen politik adalah tidak dibenarkan.

9. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN DAN MENENTUKAN KEDUDUKAN

9.1 Mata akan diberi dari tempat Pertama hingga Terakhir.


9.2 Mata dikira mengikut kedudukan (1 mata kedudukan Pertama, 2 mata bagi tempat
Kedua dan seterusnya hingga kedudukan terakhir).
9.3 Bagi acara berpasukan, mata akan dikira dari 3 peserta terbaik bagi sesuatu pasukan.
9.4 Bagi peserta yang tidak menamatkan larian atau dibatalkan, akan diberikan kedudukan
terakhir.
9.5 Pasukan yang memungut mata terkecil akan diisytiharkan sebagai Johan dan
seterusnya.

10. HURUF PENGENALAN SEKOLAH

10.1 Rujuk Lampiran yang disertakan


10.2 Warna kain dan huruf menentukan kategori :

KUMPULAN UMUR WARNA KAIN WARNA HURUF


Bawah 18 Tahun Lelaki PUTIH HITAM
Bawah 18 Tahun Perempuan PUTIH MERAH
Bawah 15 Tahun Lelaki KUNING HITAM
Bawah 15 Tahun Perempuan HIJAU MUDA HITAM
Bawah 12 Tahun Lelaki MERAH MUDA HITAM
Bawah 12 Tahun Perempuan BIRU MUDA HITAM

2
10.3 Saiz huruf dan kain :
Tinggi huruf : Minimum 11 cm Maksimum 13 cm
Tebal huruf : Minimum 1.5 cm Maksimum 2.5 cm
Kain : Minimum 15 cm X 20 cm

11. BANTAHAN

11.1 Semua bantahan hendaklah terlebih dahulu dibuat kepada Referi secara lisan oleh
peserta atau wakilnya. Referi akan membuat keputusan atau merujuk kepada Juri Rayuan.
Walaupun Referi telah membuat keputusan atas sesuatu perkara, peserta dibenarkan
membuat rayuan kepada juri. Permohonan kepada juri hendaklah dibuat secara bertulis dan
ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dengan disertakan wang pertaruhan RM 300.00
tunai. Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan jika bantahan didapati tidak berasas atau
diterima.

16. HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

16.1 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tersedia
dalam peraturan Am MSSJ atau Undang-Undang KOAM.

PERINGATAN
Pengurus Pasukan dan Peserta dibenarkan melihat dan menggunakan laluan pertandingan
sebelum hari pertandingan.

You might also like