You are on page 1of 3

SR/C/22/04/22 ISNIN, 18 APRIL 2022

Premier sempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela dan


Kehormat Asakar Wataniah

KUCHING, 18 Apr – Brigadier Jeneral (Kehormat) Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan
Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menyempurnakan Majlis
Pemakaian Pangkat Komander Rejimen 510 Askar Wataniah (AW) dan Ahli
Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Sarawak di Wisma Bapa
Malaysia, pagi tadi.

Turut menyempurnakan acara itu adalah Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Tan Sri
Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain dan Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan
Jeneral Dato’ Mardzuki Muhammad.

Pegawai-pegawai yang dipakaikan pangkat tersebut telah diperkenankan oleh Ke


Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melalui syor
Majlis Angkatan Tentera.

Bagi kenaikan pangkat Brigadier Jeneral Dalam Angkatan Sukarelawan Persekutuan


adalah Kolonel Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki berkuat kuasa pada 19 Januari
2022 dan kekal menjawat jawatan sebagai Komander Rej 510 AW, dan untuk rekod
beliau merupakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Sosio
Ekonomi).

Sementara itu, Pengarah Tanah dan Survei Sarawak Datu Abdullah Julaihi
dianugerahkan tauliah Mejar Kehormat dan dilantik sebagai Ahli JAKPAW Negeri
Sarawak, manakala Pengurus Besar Tabung Baitulmal sarawak, Datu Abang Mohd

JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, SARAWAK


Bahagian Media Dan Komunikasi Korporat, Jalan Diplomatik off Jalan Bako, 93050 Petra Jaya, Kuching.
Tel : 082- 319785 Fax : (082) 319808 emel: mkkswk2@gmail.com
Shibli Abang Mohd Naillie dianugerahkan tauliah Mejar Kehormat dan dilantik sebagai
Ahli Turut Hadir JAKPAW Sarawak.

Pengurus Besar Sarawak Multimedia Authority, Dr Zaidi Razak pula dianugerahkan


tauliah Mejar Kehormat dan dilantik sebagai Ahli Turut Hadir JAKPAW Sarawak.

Tentera Darat Malaysia mengambil inisiatif menubuhkan JAKPAW di setiap negeri bagi
menggalakkan rakyat menyertai Angkatan Simpanan Persekutuan (ASP) yang
berperanan penting dalam membantu Angkatan Tetap mempertahankan negara pada
waktu darurat atau perang serta dalam operasi keselamatan dalam negeri.

JAKPAW merupakan jawatankuasa di peringkat negeri yang bertujuan merancang


semua jenis bantuan kepada ASP seperti kem guna sama dan mempromosikan AW
kepada masyarakat.

Penaung JAKPAW di setiap negeri adalah Menteri Besar ,Ketua Menteri dan Premier
bagi Sarawak, manakala bagi perjawatan Pengerusi pula diberikan kepada Setiausaha
Kerajaan Negeri.

Kekuatan semasa pasukan simpanan di Sarawak adalah seramai 3,813 anggota


melibatkan enam pasukan sukarela bagi membantu memperkasa kedaulatan Sarawak.
-TAMAT-

Disediakan oleh: Jemat Saie ( BMKK )


Foto oleh: Chua Shim Choon (BKVS)

GAMBAR PENERANGAN MENUNJUKKAN

Foto 1 – Abang Zohari (kanan) dan Zamrose (kiri) memakaikan pangkat kepada
Brigadier Jen Dalam Angkatan Sukarelawan Persekutuan, Kolonel Dato Sri Mohamad
Abu Bakar Marzuki (tengah).

JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, SARAWAK


Bahagian Media Dan Komunikasi Korporat, Jalan Diplomatik off Jalan Bako, 93050 Petra Jaya, Kuching.
Tel : 082- 319785 Fax : (082) 319808 emel: mkkswk2@gmail.com
Foto 2 – Pengarah Tanah dan Survei Sarawak, Datu Abdullah Julaihi dianugerahkan
tauliah Mejar Kehormat dan dilantik sebagai Ahli JAKPAW Negeri Sarawak.

Foto 3 – Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Naillie dianugerahkan tauliah Mejar
Kehormat dan dilantik sebagai Ahli Turut Hadir JAKPAW Sarawak.

Foto 4 – Pengurus Besar Sarawak Multimedia Authority Dr Zaidi Razak pula


dianugerahkan tauliah Mejar Kehormat dan dilantik sebagai Ahli Turut Hadir JAKPAW
Sarawak.

Foto 5 - Abang Zohari (dua kiri) dan Zamrose (dua kanan) bergambar bersama-sama
dengan tetamu kehormat lain dan penerima anugerah.

JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, SARAWAK


Bahagian Media Dan Komunikasi Korporat, Jalan Diplomatik off Jalan Bako, 93050 Petra Jaya, Kuching.
Tel : 082- 319785 Fax : (082) 319808 emel: mkkswk2@gmail.com

You might also like