You are on page 1of 4

KAWASAN RUKUN TETANGGA Pengerusi : 019 – 2650090

TAMAN TITIWANGSA Setiausaha : 012 – 6544265


43100 HULU LANGAT E-mail : krttamanttiwangsa@gmail.com
SELANGOR DARUL EHSAN

MINIT MESYUARAT KRT TAMAN TITIWANGSA BIL. 1/2022/2023


MESYUARAT PELANTIKAN JAWATANKUASA KAWASAN RUKUN TETANGGA
TAMAN TITIWANGSA KALI PERTAMA BAGI SESI 2022/2023

Tarikh : 17 Disember 2021 (Jumaat)


Masa : 9.00 Malam
Tempat : Bilik Mesyuarat KRT Taman Titiwangsa
Pengerusi : Tn. Hj. Dzulkafli bin Abd Malek

KEHADIRAN
Rujuk Lampiran A, kehadiran mesyuarat

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan selamat datang kepada semua yang hadir.
Beliau turut mengalu-alukan kedatangan Pembantu Pegawai Perpaduan Daerah,
Pn. Syazzanny binti Che Soh ke mesyuarat perlantikan jawatankuasa KRT Taman
Titiwangsa bagi sesi 2022/2023.
1.2 Pengerusi juga mengingatkan berkaitan Pematuhan Standard Operasi Prosedur
(SOP) bagi setiap perlaksanaan mesyuarat dan program iaitu sentiasa memakai
pelitup muka dan mendaftar masuk aplikasi mySejahtera.
1.3 Pengerusi juga memberi maklum berkaitan laporan tahunan aktiviti KRT bagi
sesi 2020/2021 kepada semua yang hadir. Beliau juga menyerahkan laporan
tahunan kepada Pegawai Perpaduan Daerah.
1.4 Pengerusi juga memaklumkan sekiranya terdapat cadangan, idea atau program
dari warga KRT yang tidak dapat dilaksanakan, ianya bukan disengajakan dan
perlaksanaan adalah bergantung kepada keadaan semasa dan kewangan.
1.5 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK KRT yang lama atas
khidmat yang diberikan pada KRT Taman Titiwangsa.
KAWASAN RUKUN TETANGGA Pengerusi : 019 – 2650090
TAMAN TITIWANGSA Setiausaha : 012 – 6544265
43100 HULU LANGAT E-mail : krttamanttiwangsa@gmail.com
SELANGOR DARUL EHSAN

2. UCAPAN DAN TAKLIMAT RINGKAS PEMBANTU PEGAWAI PERPADUAN DAERAH

2.1 Pn. Syazzanny menerangkan kepada sidang mesyuarat mengenai akta Rukun
Tetangga sebelum lantikan baru dijalankan.
2.1.1 Perlantikan Jawatankuasa KRT (Seksyen 7 Akta 751)
Fungsi dan Tugas Jawatankuasa KRT (Seksyen 8 Akta 751)
Pembatalan Pelantikan dan Perletakan Jawatan (Seksyen 9 Akta 751)
Pembatalan Penetapan KRT dan Pembubaran Jawatankuasa KRT
(Seksyen 10 Akta 751)
Peruntukan atau Bantuan Kewangan kepada Jawatankuasa KRT
(Seksyen 11 Akta 751)
Akaun Bank (Seksyen 13 Akta 751).
2.1.2 Selain itu, beliau turut mengingatkan apabila ada pemilihan ahli KRT,
perlulah ada kepelbagaian kaum setempat. Ini bagi memupuk konsep
perpaduan dikalangan komuniti setempat.
2.1.3 Beliau juga menyerahkan beberapa buah modul perpaduan kepada
Pengerusi.
2.1.4 Akhir sekali, beliau memaklumkan setiap ahli KRT perlulah mengisi
borang akujanji setelah dilantik.

3. PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA


3.1 Cadangan dan undian dijalankan dan keputusan adalah seperti berikut:
Pengerusi Tn. Hj Dzulkafli Abd Malek
Timbalan Pengerusi En. Mohamad Shah Zainudin
Setiausaha En. Mohd. Hafiz Othmah
Penolong Setiausaha En. Kamarul Azman Johan
Bendahari En. Azman Farouq Mohd Taha
AJK (Disenaraikan kemudian)
3.1.1 Penambahan bilangan AJK akan dilaksanakan pada mesyuarat yang akan
datang.
KAWASAN RUKUN TETANGGA Pengerusi : 019 – 2650090
TAMAN TITIWANGSA Setiausaha : 012 – 6544265
43100 HULU LANGAT E-mail : krttamanttiwangsa@gmail.com
SELANGOR DARUL EHSAN

4. PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1 Pengerusi bersetuju akan lantikan AJK tambahan pada mesyuarat akan datang.
4.2 Pengerusi mengingatkan warga KRT untuk mengisi lengkap borang akujanji
setelah menerima lantikan.

5. UCAPAN OLEH PENGERUSI BAHARU KRT TAMAN TITIWANGSA


5.1 Tn. Hj. Dzulkafli Abd Malek mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang
berterusan daripada warga Taman Titiwangsa yang memilih beliau sebagai
Pengerusi KRT Taman Tititwangsa bagi sesi 2022/2023.
5.2 Beliau berharap warga Taman Titiwangsa dan ahli KRT boleh bekerjasama dan
memberikan sokongan padu kepada barisan jawatakuasa yang dilantik dalam
memastikan pengurusan KRT antara yang terbaik di Hulu Langat.
5.3 Akhir pandangan idea, beliau mencadangkan satu majlis penghargaan kepada
ahli KRT yang lama sebagai tanda menghargai bakti dan usaha yang telah
diberikan sepanjang sesi sebelum ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10:45 malam.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………………….. ……………………………………………..
(MOHD. HAFIZ BIN OTHMAN) (TN. HJ. DZULKAFLI ABD MALEK)
Setiausaha Pengerusi

Tarikh: Tarikh:
KAWASAN RUKUN TETANGGA Pengerusi : 019 – 2650090
TAMAN TITIWANGSA Setiausaha : 012 – 6544265
43100 HULU LANGAT E-mail : krttamanttiwangsa@gmail.com
SELANGOR DARUL EHSAN

Kehadiran Mesyuarat:

You might also like