You are on page 1of 1

SJK ( T ) LADANG LABU BHG.

1
71900 LABU SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Email : NBD4078@moe.edu.my

Kod Sekolah :NBD 4078 தேசிய வகை ேமிழ் ப் பள் ளி லாபு TEL /FAX : 06-7914804
தோட்டம் பிரிவு 1
SJKTLLB1/100-9 ( 7 )
Tarikh : 10 November 2022
Ketua Pegawai
Agensi Anti Dadah Kebangsaan
Daerah Seremban
JKR 630 Jalan.Dato Klana Maamor
70200 Seremban,Negeri Sembilan

Tuan .
PERMOHONAN MENGADAKAN PAMERAN DAN CERAMAH TENTANG
BAHAYA DADAH PERINGKAT SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk,

2. Unit Pendidikan Pencegahan Dadah sekolah ingin mengundang pihak tuan untuk
mengadakan sesi pameran dan ceramah di sekolah kami. Tujuan aktiviti ini adalah untuk
memberikan ilmu dan pengalaman kepada semua warga sekolah tentang bahaya najis dadah
serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

3. Pihak sekolah bercadang untuk mengadakan sesi pameran dan ceramah ini ini pada
ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 28 November 2022


Hari : Isnin
Masa : 8:30 -10:15 pagi

4. Kami juga amat berharap dan berbesar hati sekiranya ada penceramah yang boleh berbahasa
Tamil untuk memudahkan kefahaman murid-murid.
Segala jasa baik pihak tuan kami dahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih.
Sekian,
“ WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030 ”
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………..
( MARAN A/L CHELLAIAH )
Guru Besar
SJKT Ladang Labu Bhg.1
71900 Labu
Seremban Negeri Sembilan

You might also like