You are on page 1of 1

Prosedur Permohonan Lesen Premis Perniagaan

DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA MEMPERBAHARUI LESEN


1.Satu keping gambar berwarna berukuran passport
2.Salinan resit bayaran pemeriksaan alat pemadam api (bomba)
3.Salinan sijil kursus asas pengendali makanan yang sah (perniagaan makanan & minuman sahaja )
4.Sijil suntikan kesihatan (ty2) untuk pelesen & pembantu-pembantu (perniagaan makanan &minumam sahaja)
5.Salinan bil cukai taksiran yang telah dijelaskan setengah tahun kedua 2009.
6.Lesen asal 2010/ lesen papan iklan 2010
7.Salinan pendaftaran perniagaan (SSM)
Syarat-Syarat Permohonan
1. Syarikat perniagaan atau perniagaan tunggal hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM)
2 . Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan lesen premis dengan mengemukakan
bersama dokumen
Pra-syarat seperti berikut:
1. Salinan Pendaftaran Syarikat / Perniagaan / Pertubuhan (Borang 9 & 49 atau Borang D beserta maklumat
perniagaan & pemilik)
1. Salinan kad pengenalan / pasport pemohon
1.Visual iklan papan tanda berwarna dan gambar lokasi pemasangan iklan (Jika berkenaan)
Syarat-Syarat Kelulusan
1. Premis yang di gunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat asas Jabatan Perancang dan kawalan
bangunan dan mempunyai kelulusan perancang atau Perintah pembangunan(Development Order-DO)
2. Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak asas Bahagian Kawalan
Bangunan dan mempunyai kelulusan pelan bangunan dan sijil layak menduduki bangunan (CF / TCF)
3. Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak asas Jabatan Kesihatan
4. Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak keselamatan Jabatan Bomba
Malaysia Mengadakan Sistem Kawalan Keselamatan Kebakaran Bangunan di tingkat satu ke atas yang mempunyai
tangga tunggal tidak dibenarkan menjalankan perniagaan premis untuk kegunaan bagi aktiviti-aktiviti perniagaan
tertentu seperti premis untuk hiburan hendaklah mendapat sokongan Jabatan Polis
Syarat-Syarat Lesen
1. Premis perniagaan yang dilesenkan hendaklah digunakan untuk aktiviti perniagaan seperti yang tercatit dalam
lesen
2. Lesen perniagaan hendaklah sentiasa di pamerkan di tempat / di dinding yang mudah di lihat
3. Aktiviti perniagaan hendaklah di jalankan dalam premis sahaja dan dilarang sama sekali menggunakan kaki lima
atau kawasan persekitaran.
4. Bangunan premis yang di lesenkan tidak boleh diubahsuai tanpa kebenaran. Sila hubungi Jabatan Perancang dan
Kawalan Bangunan untuk tujuan tersebut
5. Kebersihan hendaklah sentiasa dijaga samada didalam /di luar bangunan
6. Mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikam aktiviti perniagaan yang di jalankan tidak mendatangkan
pencemaran alam sekitar, kacauganggu bunyi, bau busuk dan halangan.
7. Tong sampah yang mencukupi di sediakan dan sampah sarap hendaklah di masukkan ke dalam beg-beg plastik
sebelum di buang ke dalam tong
8. Pemeliharaan binatang di dalam premis seperti anjing, kucing, ayam dan sebagainya adalah di larang
 

You might also like