You are on page 1of 3

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan

menggunakan ayat anda sendiri.

Petikan 1
Dalam perubatan tradisional, cendawan digunakan secara meluas untuk mengubati
pelbagai jenis jangkitan bakteria. Cendawan juga dikatakan dapat menghentikan masalah
pendarahan. Selain itu, seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi digalakkan supaya
mengambil ekstrak cendawan yang diproses kerana dipercayai mampu menjadi penawar
untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Namun, tidak semua cendawan selamat diguna
dan dimakan oleh manusia. Hal ini demikian kerana terdapat juga cendawan beracun yang
boleh memudaratkan kesihatan kerana mengandungi kadar toksik yang tinggi. Seseorang
yang termakan cendawan beracun ini akan terdedah kepada masalah kerosakan hati. Selain
itu, pengambilan cendawan yang beracun juga akan memusnahkan sintesis protein dalam
tubuh badan manusia.
Kajian juga mendapati cendawan merupakan sumber yang kaya dengan antibiotik
untuk melawan bakteria yang menjadi punca penyakit. Di samping itu, cendawan juga dapat
meningkatkan sistem imunisasi dalam tubuh manusia. Satu penemuan penting tentang
keistimewaan cendawan ialah kemampuannya dalam merawat penyakit kanser. Kajian juga
mendapati bahawa cendawan mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai polisakarida
yang menjadi penawar kepada penyakit kanser. Mereka yang mempunyai kadar kolesterol
yang tinggi disarankan supaya menjadikan cendawan sebagai makanan harian kerana
cendawan
mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh badan. Selain memberi kebaikan kepada
tubuh manusia, cendawan juga berfungsi sebagai penggubah utama bahan organik kepada
bentuk baja. Cendawan berperanan sebagai salah satu elemen utama kitar semula hutan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Petikan 2
Cuaca mulai cerah. Halaman rumah mula kelihatan. Beluntung mula menyimpulkan
bahawa Bawod dan Tuyog tentu telah mati lemas. Dia kemudian menuju ke sungai untuk
membasuh kakinya yang berlumpur. Ketika melintas pokok nangka, dia terdengar sesuatu.
Dia berpatah balik dan mengamat-amati sesuatu yang bergerak-gerak tidak jauh dari pohon
nangka yang rimbun. Dia mendapati Tuyog sedang mengunyah di hadapan Bawod yang
menggigil kesejukan.
Beluntung segera mengumpul ranting-ranting, kayu dan bambu kering kemudian
menyalakannya. Dia mengangkat Bawod dan meletakkannya berhampiran api. Bawod
terbatuk-batuk apabila tersedut asap tebal. Nyamuk berterbangan dan Tuyog mendengus
apabila api membesar. Bawod masih lagi tidak bergerak.
Beluntung berlari memetik pucuk ubi kayu. Sebentar dia hilang dalam kebun ubi kayu.
Beberapa saat kemudian, dia berlari lintang-pukang. Bibir atasnya disengat tebuan. Dia
segera menghampiri Bawod. Dia terpempan sejurus. Seekor ular tedung bersedia menyerang
Bawod. Beluntung perlahan-lahan mencapai sebatang kayu dan membaling ular itu. Tidak
kena. Ular itu berpaling menghadapi Beluntung. Dia lari lintang-pukang dari situ. Beluntung
meloncat naik ke belakang Tuyog. Tuyog terkejut dan lari tetapi berhenti apabila menyedari
Beluntung yang menunggangnya. Beluntung mencari-cari ular itu tetapi tidak kelihatan.
Bawod menjerit-jerit, Beluntung turun dan berlari mendapatkan Bawod.
OP : Murid dapat menjawab sekurang-kurangnya tiga soalan pemahaman berdasarkan bahan yang
dibaca.
KK : Murid dapat menulis jawapan dengan format yang betul berdasarkan bahan yang dibaca dan
KBAT.

You might also like