You are on page 1of 5

LAPORAN REFLEKTIF KEJOHANAN ASAS PETANQUE SK NANGA SINU 2019

Hari : Rabu

Tarikh : 20 September 2019

Tempat : Gelanggang Petanque SK Nanga Sinu

Kejohanan petanque merupakan salah satu program gaya hidup sihat yang diadakan di
Sekolah Kebangsaan Nanga Sinu. Kejohanan ini diadakan khas untuk murid-murid tahap 2
di SK Nanga Sinu. Aktiviti ini diadakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan
Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Aktiviti ini akan memberi
peluang kepada murid dalam menyertai aktviti kokurikulum di sekolah mahupun di luar
sekolah dan dapat menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam kehidupan yang lebih
mencabar.

1.0 Sebelum Kejohanan

Sebelum kejohanan petanque diadakan, kami telah mengadakan beberapa mesyuarat yang
berkaitan dengan kejohanan ini bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang berlaku. Selain
itu, kami telah melantik ahli jawatankuasa untuk mengetuai akiviti sepanjag kejohanan
berlangsung. Semua guru dan staf di sekolah tersebut telah dibahagikan kepada beberapa
jawatankuasa kecil mengikut bahagian tugas masing-masing. Dalam kejohanan ini saya
telah dilantik sebagai setiausaha untuk mencatat semua perancangan yang akan dijalankan
dan memastikan setiap aktiviti dapat berjalan dengan lancar. AJK yang ditugaskan juga
telah meninjau dahulu keadaan gelanggang petanque yang akan digunakan bagi
memastikan keselamatan terjamin. Seminggu sebelum aktiviti, saya telah menjemput Ustaz
Abu Bakar Bin Kidam dan encik Ali Borhan Bin Bohari sebagai hakim semasa kejohanan.

2.0 Semasa Kejohanan

Semasa hari kejohanan, semua murid tahap 2 yang terlibat diminta mendaftar di kaunter
pendaftaran dan mereka telah dibahagikan kepada 8 kumpulan iaitu 3 orang dalam satu
kumpulan. Sebelum pertandingan dijalankan, hakim pertandingan telah memberi sedikit
taklimat kepada peserta mengenai permainan petanque. Hakim telah memberi penerangan
tentang peraturan, cara bermain dan juga asas permainan petanque kepada peserta.
Setelah selesai taklimat, pertandingan dimulakan dan kumpulan yang pertama bermain telah
dibuat melalui undian. Pada pukul 1230 hingga pukul 1400 petang, semua peserta dan AJK
yang terlibat telah berehat untuk merarau tengahari. Pertandingan separuh akhir dan akhir
antara kumpulan telah disambung pada pukul 2 petang hingga pukul 4 petang. Pada pukul 4
hingga 430 petang, majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada peserta serta
penyampaian cenderamata kepada 2 orang hakim kejohanan telah diadakan.

3.0 Selepas Kejohanan

Selepas kejohanan berlangsung, semua ahli jawatankuasa yang terlibat telah membuat post
mortem di bilik mesyuarat SK Nanga Sinu yang diketuai oleh pengerusai kejohanan iaitu
Puan Emelly Mentie Anak Francis. Dalam post mortem tersebut, setiap ajk telah
membentangkan kekuatan dan kelemahan sepanjang kejohanan berlangsung. Semua ajk
telah berbincang cara menyelesaikan setiap kelemahan sepanjang kejohanan ini
berlangsung.

Analisi Kejohanan Asas Petanque SK Nanga Sinu 2019

Dalam kejohanan petanque yang telah diadakan, analisis S.W.O.T telah digunakan bagi
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang terdapat sepanjang kejohanan berlangsung di
samping mengetahui ancaman dan peluang yang terdapat di luar sekolah.

S (Strengh)  Dapat mendedahkan murid dengan sukan petanque.


 Mendapat sokongan dari pihak sekolah.
Kekuatan  Mendapat sambutan dari murid-murid SK Nanga Sinu.
 Mendapat sumber kewangan dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
serta mendapat sumbangan ikhlas dari Yang erhormat Awla bin Dris
DUN N.25 Simunjan dan mendapat peruntukan dari pihak PPD
Simunjan.
W (Weakness)  Kemudahan gelanggang petanque di sekolah tersebut masih kurang.
 Keadaan gelanggang yang kurang sesuai untuk kejohanan petanque.
Kelemahan  Kejohanan petanque tertangguh akibat aktiviti kokurikulum lain yang
diadakan di sekolah.
 Murid jarang bermain petanque pada waktu lapang.

O (Opportunity)  Berpeluang mengadakan lawatan ke tempat yang memberi


pengetahuan dalam sukan petanque seperti lawatan ke sekolah sukan
yang terdekat.
Peluang
 Murid yang berbakat dapat bertanding di peringkat yang lebih tinggi
seperti wakil bahagian dan kebangsaan.
 Dapat peruntukan dari pihak luar untuk memberi peralatan petanque
dan piala pertandingan.

T (Threat)  Kekurangan kepakaran dalam sukan petanque dalam kalangan guru


dan ini menyebabkan sukan petanque tidak didedahkan dengan lebih
mendalam kepada murid.
Ancaman
 Tiada kawasan tanah yang rata untuk membuat gelanggang petanque
yang lebih baik.

Refleksi Keseluruhan

Secara keseluruhannya, kejohanan petanque ini sangat bermakna kepada semua peserta
terutamanya kepada murid yang baru pertama kali menyertai kejohanan petanque.
Kejohanan ini juga dapat mencungkil bakat setiap murid dalam sukan petanque di samping
meningkatkan sikap kerjasama murid dalam pertandingan. Melalui sukan ini juga, murid
dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah di samping menimba
pengalaman yang berguna. Melalui program ini juga, murid dapat memikirkan strategi
bagaimana menyingkirkan pihak lawan dan sebagainya. Melalui kejohanan ini juga, guru
dapat mengembangkan sukan petanque dalam kalangan murid di SK Nanga Sinu.
Lampiran 1

Gambar Sepanjang Kejohanan Petanque SK Nanga Sinu 2019

Pengenalan Asas Petanque kepada Peserta belajar cara mengukur dan


peserta mengira markah

Guru mengajar cara memegang bola Pertandingan petanque antara


petanque yang betul. kumpulan

Hakim mengukur kedudukan bola Penyampaian cenderamata kepada


semasa pertandingan hakim

You might also like