You are on page 1of 8

KOLEJ VOKASIONAL SANDAKAN

FOLIO 2G

Nama : AINUL SALWANA BINTI SIRAN

Kelas : 2 SVM MTK

No. Matriks : K771JMTK001

Mata Pelajaran : MTK3023 SMAW 3

Pensyarah : En. Md. Amirul Bin Salioh

1
ISI KANDUNGAN

Bil. Kandungan Muka Surat


1 Penghargaan 3
2 Senarai Peralatan Keselamatan Mengimpal & Fungsi 4
3 Proses Mengimpal Kedudukan 2G 5-6
4 Kesimpulan 7
5 Rujukan 7

2
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa


tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta
saya, En. Md. Amirul bin Salih kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah memberikan
saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya
menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab
setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

3
Senarai Peralatan Keselamatan Mengimpal & Fungsinya

Senarai Fungsi

Melindungi mata daripada sinaran cahaya arka.

Melindungi anggota badan daripada terkena


percikan arka.

Digunakan untuk mengurangkan kepanasan


melampau pada tangan dan mengelakkan daripada
terkena percikan arka.

4
Untuk menyelamatkan kaki daripada benda berat
jatuh ke atas kaki.

Proses Mengimpal Kedudukan 2G

Sebelum memulakan proses mengimpal kita perlu :

i. Menyediakan peralatan dan bahan.


- Berus dawai,tukul penyerpih, pahat dan tukul tangan.
- Elektrod E7018 (2.0 mm) & E7016 (2.6 mm)
- Bevel Sambungan V Tunggal seperti dibawah.

ii. Kimpal Paku sebelum mengimpal.

5
- Kimpal paku sehingga plat tidak bergerak
- Muka punca yang sama tebal 1 mm – 2 mm
- Jarak punca yang sama 2 mm – 3 mm
- Plat diletakkan pada kedudukan 2G melintang dengan ketinggian yang selesa.

iii. Larian Penusukan


- Kekutupan terus elektrod negative (DCEN) sesuai digunakan.
- Menggunakan elektrod E7016
- Arus sekitar 50 – 60 Amp
- Penusukan hendaklah tembus

iv. Larian Panas (Hotpass)


- Menggunakan elektrod E7018 dengan arus tinggi sekitar 100 – 120 Amp dengan
DCEP

v. Larian Pengisian
- Larian ini dilakukan setelah larian panas.Anyaman zig-zag boleh digunakan
untuk mengelakkan kecacatan overlap.
- Elektrod E7018 digunakan dengan arus 80 – 85 amp dengan DCEP
- Jika plat terlalu panas pengimpal perlu berhenti untuk tunggu ia sejuk.Ini adalah
cara untuk mengelakkan herotan pada plat.
- Canai larian pengisian sehingga rata dengan permukaan plat jika kumainya
melebihi permukaan.

6
vi. Larian Penukupan (Capping)
- Elektrod E7018 dengan arus 85 – 90 amp dengan DCEP
- Pengimpal perlu membuat dua larian penukupan.Larian pertama di bahagian
bawah dan larian kedua pada bahagian atas.Larian kedua mestilah menutup
setengah kumai pada larian pertama.
- Anyaman zig-zag boleh digunakan.
- Setelah selesai bersihkan sangga dan spatter pada plat.

Kesimpulan

Diakhir tugasan ini saya dapat :

i. Mengetahui elektrod yang sesuai digunakan ketika mengimpal kedudukan 2G.


ii. Mengetahui bagaimana kedudukan 2G
iii. Mengetahui berapa larian yang perlu dikimpal.
iv. Mengetahui cara anyaman yang betul
v. Mengetahui arus yang digunakan

Rujukan

- Nota kopetensi 1 (2G)


- http://welding-quality.blogspot.com/2010/

7
- https://www.coursehero.com/file/p61l7h83/2-Kedudukan-melintang-2G-3-Kedud
ukan-menegak-5G-4-Kedudukan-condong-45-6G-SIFAT/

You might also like