You are on page 1of 2

POST MORTEM PT3 2019

Bidang: SAINS DAN MATEMATIK


Mata Pelajaran: MATEMATIK
Tingkatan: 3 KENANGA, 3 ANGGERIK, 3 TULIP, 3 DAHLIA, 3 MELATI, 3
MAWAR, 3 TANJUNG, 3 TERATAI, 3 SEROJA, 3 MELUR, 3 CEMPAKA
Bilangan Calon: 426 ORANG

KEKUATAN

Peningkatan nilai GPMP berbanding tahun 2018 iaitu daripada 5.88 kepada 5.05.

Peratus murid lulus dalam mata pelajaran Matematik juga meningkat daripada 28% (2018)
kepada 41.4% (2019).

JUSTIFIKASI KEKUATAN

1. Format baharu soalan PT3 lebih tersusun kerana menguji pelbagai jenis item sesuai
dengan keupayaan murid iaitu item jenis Objektif Aneka Pilihan (OAP), Objektif Pelbagai
Bentuk (OPB) dan soalan subjektif.

2. Latih tubi yang berterusan mengikut format baharu PT3.

3. Murid Aras Cemerlang (3K, 3A, 3Tu, 3D)


i) Murid memahami soalan dan cuba untuk menjawab.

ii) Murid telah diberi pendedahan berkaitan topik dan formula yang biasanya ditanya
dalam soalan.

4. Murid Aras Sederhana/Lemah (3Mel, 3Ma, 3 Tan,3 Te, 3S, 3Cem)

i) Murid cuba untuk menjawab soalan aras rendah/sederhana (soalan bahagian A dan B)

ii) Murid telah diberi latih tubi menggunakan set modul berkaitan soalan bahagian A dan
bahagian B.

KELEMAHAN

Peratus murid yang gagal, 58.6% adalah melebihi peratus murid yang lulus.
JUSTIFIKASI KELEMAHAN
1. Murid kurang pendedahan dengan soalan yang berbentuk KBAT.

2. Murid tidak menguasai teknik menjawab dengan betul.

3. Murid Aras Cemerlang (3K, 3A, 3Tu, 3D)

i) Murid cuai semasa menjawab soalan aras rendah.

ii) Pengurusan masa yang kurang baik (semasa menjawab soalan) menyebabkan murid
kehilangan banyak markah.

4. Murid Aras Sederhana/Lemah (3Mel, 3Ma, 3 Tan,3 Te, 3S, 3Cem)

i) Murid tidak menguasai konsep matematik.

ii) Murid kurang kemahiran dalam aktiviti mencongak angka dan sifir.

STRATEGI PENINGKATAN

1. Memberi pendedahan yang lebih kepada pelbagai bentuk soalan yang boleh ditanya dalam
PT3.

2. Mengenalpasti murid yang lemah lebih awal.

3. Murid diberi latihan berperingkat yang maksimum mengikut kebolehan mereka.

4. Mengadakan aktiviti untuk meningkatkan prestasi murid seperti sistem mentor, kelas
pemulihan , kem matematik.

5. Murid mematuhi jadual belajar kendiri dengan tekun dan bersistem.

6. Mengalakkan murid yang lemah menggunakan kalkulator secara maksimum untuk


menjawab soalan yang melibatkan konsep asas seperti operasi tambah,tolak, darab,
bahagi,kuasa dua.

Disediakan oleh:

____________
AIMI AYUNI BINTI KAMAL

You might also like