You are on page 1of 5

WAFEL KEPO 2

Rupa-rupanya untuk jadikan waffle ni rangup ada satu tambahan bahan rahsia yang
Aida pun baru tau... Patutlah selama ni  buat waffle tak pernahnya kerangupan tu
bertahan lebih daripada 10 minit (adehh). Lepas aje 10 minit waffletu mesti jadi lembik.
sejak masukkan bahan rahsia nilah, permintaan waffle daripada hubby dan anak-anak
Aida semakin kerap...waffer ni di syorkan makan panas2....baru terasa
kerangupannya.....

~~Waffle Rangup ~~.....ni baru menjadi ! ! ..memang mablesss..


Bahan-bahan - dpt dlm 8 @ 9 keping waffer: 
 2 cawan  tepung gandum 
 2 sudu kecil yis kering (Aida guna instant yeast je. Yis nilah sebenarnya bahan rahsia
yang Aida bagitau tadi)
 1 sudu besar gula
 1/2 sudu kecil garam
 3 sudu besar mentega yang dicairkan

1
 1 cawan susu segar dalam suhu bilik (Aida guna  brand Dutch Lady Full Cream Milk)
 1 biji telur dalam suhu bilik. 
 1 sudu besar esen vanila 
 1/2 cawan Air panas hangat / suam   ...(untuk dimasukkan sedikit demi sedikit)
 Cara-caranya :

1. Campurkan tepung gandum, yis kering, gula, garam, mentega, telur, esen vanila dan
susu segar. Gaulkan kesemuanya dan pukulkan secara perlahan-lahan dengan
menggunakan whisk . Kemudian, masukkan air  suam secara sedikit demi sedikit. Ini
untuk pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan elakkan daripada menjadi terlalu cair.
Jadi part ni korang kena buat anggaran sendiri ok. klu  Aida  letak 1/2 cawan air
panas/suam je dan Aida tambah sikit-sikit bila tengok adunan still masih pekat...pandai
lah adjust ok..heheh ..

2
2. Bila adunan dah sebati, rehatkan sebentar bahan-bahan yang disediakan tadi untuk
10-15 minit. Sambil-sambil tunggu tu korang boleh le cucui bekas2 yg telah
digunakan..@ layan FB jap...sambil tu jangan lupa  panaskanlah waffle maker tu ...

3
3. Nampak adunan dah berbuih.....Bila waffle maker benar-benar panas, tuangkan
adunan bermula dari tengah hingga ianya merebak dengan sendirinya ke bahagian tepi
corak waffle maker. Yang penting waktu proses ni, tangan kena penuh lemah-gemalai,
jangan gelojoh-gelojoh kang tumpah pulak semua adunan tu. Hehe.

                   

4. Jangan tutup terus penutup waffle maker selepas adunan dituangkan tapi korang


tunggu 5-10 saat. Tekankan sedikit penutup waffle maker sewaktu menutupnya. Ini
untuk memastikan corak waffle korang lebih sekata dan terhasil dengan cantik. Lagi
satu waffle tu takkan melekat sewaktu dikeluarkan daripadawaffle maker. (Tips ni!)

5. Kebiasaannya masa untuk i buat satu waffle ialah lebih kurang 10 minit. Tapi aida
nak ingatkan, korang selalu-selalulah jenguk waffle bila 5 minit dah berlalu. Tak jadi
masalah kalau nak buka dan tutup penutup waffle maker sewaktu dalam proses
memasak. Bukan apa, takut bukan jadi rangup je waffle tu tak pasal-pasal terus jadi
hangus. Hehe.

4
6. Keluarkan waffle bila warnanya berubah menjadi golden brown (coklat keemasan),
maknanya wafflekorang dah masaklah tu.

7. Hidangkanlah waffle dengan sapuan chocolate syrup, jem, strawberry,


pisang, peanut butter atau aiskrim. atau apa saja yg diingai...Woww!! Sedapkan?? Akhir
kata, selamat menjamu dgn selera masing2 dan sambutlah salam sayang dari Aida
diSRKM..muahhh hinga jumpa lagi... :)

You might also like