You are on page 1of 5

LATIHAN 1: KONSEP NEGARA BERDAULAT

1 Yang manakah merupakan ciri konsep asas sebuah negara?


I Sempadan tertentu
II Raja yang berdaulat
III Sistem kerajaan teratur
IV Sistem ekonomi yang kukuh
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

2 Yang manakah pernyataan yang benar tentang peranan sesebuah kerajaan ?


I Memastikan keamanan dan kententeraman
II Memberi bantuan kewangan
III Menyediakan kemudahan
IV Memberi suaka politik

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

3 Yang manakah ciri konsep sebuah negara?


I Mempunyai hubungan diplomatik dengan negara luar
II Sistem kerajaan yang teratur
III Ekonomi yang kukuh
IV Penduduk yang tetap

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

4 Yang manakah merupakan simbol kedaulatan negara Malaysia?


A Parlimen
B Perlembagaan
C Lagu Kebangsaan
D Pengasingan Kuasa

5 Yang manakah berkaitan dengan ciri-ciri negara berdaulat?


A Mempunyai ideologi sendiri
B Mempunyai sempadan yang jelas
C Mempunyai pemerintahan secara demokrasi
D Mempunyai penduduk yang berbilang bangsa
6 Yang manakah yang menunjukkan Malaysia ialah sebuah negara berdaulat?
I Sistem pentadbiran yang telus
II Bebas daripada pengaruh dan tekanan kuasa asing
III Identiti kebangsaan yang berteraskan Rukun Negara
IV Kepimpinan negara yang berwawasan dan berkarisma

A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

7 Ciri asas bagi sebuah negara adalah mempunyai


A penduduk yang berbilang kaum dan hidup dengan harmoni
B sempadan yang dapat dikawal dengan cekap
C bendera yang dikenali di seluruh dunia
D pejabat kedutaan di negara asing

8 Yang manakah benar tentang kerajaan Malaysia?


A Parlimen bersidang dalam tempoh 5 tahun selepas pilihan raya umum
B Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Kerajaan
C Parlimen berfungsi sebagai badan legislatif
D Kuasa eksekutif dilaksanakan oleh kabinet

9 Yang manakah menjadikan Malaysia negara berdaulat?


I Penduduk yang berbilang kaum
II Parti politik yang memimpin negara
III Keupayaan mengawal hal ehwal dalam negara
IV Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kestabilan negara

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

10 Yang manakah benar tentang ciri sebuah negara yang berdaulat?


I Mempunyai sempadan negara yang jelas
II Mempunyai sistem pemerintahan yang sistematik
III Mempunyai ketua negara yang dilantik oleh rakyat
IV Mempunyai hubungan diplomatik dengan negara luar

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
11 Yang manakah benar tentang Malaysia sebagai negara berdaulat?
A Mempunyai sempadan negara yang luas
B Mempunyai hubungan diplomatik dengan negara luar
C Mempunyai Yang Di Pertuan Agong sebagai ketua negara
D Mempunyai ketua negara yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya

12 Yang manakah benar tentang -ciri sebuah negara yang berdaulat?


I Mempunyai sempadan negara yang luas
II Mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi
III Bebas menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain
IV Rakyat menentukan nasib negara sendiri tanpa campur tangan kuasa asing

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

13 Yang manakah bertepatan dengan konsep negara berdaulat ?


A Mempunyai komuniti tertentu
B Mempunyai rakyat yang matang
C Mempunyai hubungan dengan negara luar
D Mempunyai ketua negara yang dilantik rakyat

14 Yang manakah ciri Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat?


I Sistem ekonomi yang kukuh
II Penduduknya yang berbilang kaum
III Sistem pemerintahannya sering berubah
IV Berautonomi sepenuhnya dalam mentadbir negara

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

15 Yang manakah ciri Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat?


A Penduduk yang berpendapatan tinggi
B Mempunyai hubungan dengan negara luar
C Perlembagaan menjadi undang-undang tertinggi negara
D Mengadakan pilihan raya yang diadakan setiap lima tahun

16 Yang manakah yang menunjukan Malaysia ialah sebuah negara berdaulat?


I Sistem pentadbiran yang telus
II Penduduk yang berbilang kaum
III Mempunyai pejabat kedutaan di negara asing
IV Keupayaan mengawal hal ehwal dalam negara
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

17 Ciri asas sebuah negara yang berdaulat ialah mempunyai


I identitinya sendiri
II Ketua negara yang dilantik oleh rakyat
III Kerajaan yang mampu mentadbir sendiri
IV Komuniti yang mendiami sesebuah wilayah

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

 Bendera Jalur Gemilang


 Bersahabat dengan semua negara

18 Pernyataan di atas melambangkan Malaysia sebuah negara yang


A merdeka
B beridentiti
C berwibawa
D berkuasa sendiri

19 Sistem pentadbiran kerajaan Malaysia berdasarkan


I perlembagaan negara
II ketertinggian Parlimen
III demokrasi berparlimen
IV doktrin pengasingan kuasa

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

20 Yang manakah tujuan pembentukan Malaysia?


I Menghalang pengaruh komunis
II Meningkatkan populasi penduduk
III Mempercepat proses kemerdekaan
IV Mengadakan pilihan raya antara wilayah
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
21 Yang manakah bertepatan dengan konsep negara berdaulat?
A Komuniti tertentu
B Sempadan negara yang nyata
C Hubungan dengan negara luar
D Ketua negara yang dilantik oleh rakyat

22 Yang manakah pernyataan yang benar tentang konsep negara berdaulat.


I Suatu kelompok yang mendiami sesebuah wilayah
II Mempunyai hubungan diplomatik dengan kuasa luar
III Sebuah wilayah yang mempunyai institusi pemerintahan yang berkesan
IV Negara yang mempunyai identitinya sendiri seperti ideologi, bendera dan
jata sendiri
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

23 Yang manakah pernyataan yang menunjukkan Malaysia sebuah negara yang


berdaulat?
A Penduduk mempunyai jati diri yang tingg
B Negara diiktiraf oleh komuniti antarabangsa
C Kuasa politik berdasarkan tolak ansur pelbagai kaum
D Ekonomi negara dikongsi bersama oleh pelbagai kaum

You might also like