You are on page 1of 2

Afiya Humaira Binti Shaihidayat

Shaihidayat Bin Wan Pani


No 62, Jalan Tajak 19/4
Seksyen 19, 40300 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

29 Julai 2019

Tuan Anas Bin Ayob (A.I.S)


Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam
Jabatan Agama Islam Selangor
Tingkat 2&3, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah
No. 2, Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5
40676 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tuan,

RAYUAN KEMASUKAN MURID KE TAHUN SATU (1) SRA INTEGRASI


SEKSYEN 19 TAHUN 2020
Nama Pelajar : Afiya Humaira Binti Shaihidayat
No. Mykid : 130424 10 1530
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan, saya ingin memohon rayuan untuk kemasukan


murid bernama Afiya Humaira Binti Shaihidayat ke tahun satu (1) di SRA Integrasi
Seksyen 19, Shah Alam bagi tahun 2020 seperti alasan-alasan seperti berikut;

i) Pada 22 Julai 2019 yang lalu saya telah pun mengemukakan ke


pejabat sekolah dua (2) borang rayuan kemasukan murid bernama
Afiya Humaira Binti Shaihidayat ke tahun satu (1) SRA Integrasi
Seksyen 19, Shah Alam bagi tahun 2020 beserta sampul surat
berukuran 4.5x9.5 beralamat sendiri dan setem 0.60sen dilekatkan
pada sampul surat itu,
ii) Semasa peperiksan Ujian Kelayakan SRAI (UKS) berlangsung pada
29 Jun 2019 yang lalu, Afiya Humaira telah mengalami demam
panas, batuk dan asma yang menyebabkan tumpuan dan fokus
murid mungkin terganggu serta terjejas akibat dari kesan ubat yang
telah di ambilnya,
iii) Afiya Humaira mempunyai rekod laporan kemajuan akademik yang
baik dan cemerlang serta mempunyai rekod sahsiah murid yang
menyenangkan hati guru serta rakan-rakannya seperti di Surat
Sokongan dari Pengetua Tadika Rama-Rama Bistari, Little Caliphs
Seksyen 19, Shah Alam yang disertakan bersama ini,

Muka surat 1 dari 2


iv) SRA Integrasi Seksyen 19, Shah Alam adalah sebuah sekolah
integrasi di bawah selian Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
yang mempunyai guru-guru yang berpengalaman dan mempunyai
rekod prestasi pencapaian yang cemerlang dan terbaik di kejiranan
tempat kami tinggal,
v) SRA Integrasi Seksyen 19, Shah Alam di bawah selian JAIS
menekankan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR),
Kurikulum Standard Sekolah Agama (KSRA) serta menekankan
juga disiplin dan sahsiah yang menepati ciri-ciri sekolah yang kami
cari,
vi) Afiya Humaira merupakan anak bongsu dan dia mempunyai abang
bernama Aqif Danish Azhad di kelas 6 Tawakal dan kakak bernama
Aisya Izarra di kelas 4 Mahabbah yang turut sama belajar di sekolah
ini, dan
vii) SRA Integrasi Seksyen 19, Shah Alam merupakan sekolah rendah
agama integrasi yang paling hampir dengan rumah kami dan
tambahan pula dua anak kami yang lain juga belajar di sekolah ini.
Sekiranya Afiya Humaira diterima masuk, ia akan memudahkan
pelbagai urusan termasuk pembelajaran, logistik, transit dan lain-
lain perkara.

3. Sehubungan dengan itu, kami berharap agar pihak tuan dapat


pertimbangkan dan meluluskan permohonan rayuan kemasukan murid bernama
Afiya Humaira Binti Shaihidayat ke tahun satu (1) SRA Integrasi Seksyen 19,
Shah Alam bagi tahun 2020 ini. Segala jasa baik, budi bicara dan kerjasama
daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Jazakumullahu kahiran kathiran.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(SHAIHIDAYAT BIN WAN PANI)


Bapa kepada Afiya Humaira : 130424 10 1530
Nombor Telefon : 012-338 6464

Muka surat 2 dari 2

You might also like