You are on page 1of 2

SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-AMIN MIRI

LOT 6091 & 6092, JALAN DESA PUJUT PUSAT BANDAR SHOPHOUSE,
BANDAR BARU PERMYJAYA, TUDAN, Telefon : 085-655560
98000, MIRI, SARAWAK Emel : srialaminmiri@gmail.com

Rujukan Tuan
:
Rujukan Kami : SRIAAM/KOKU/20/006(01)
Tarikh : 16 JANUARI 2020

Kepada;
PENGERUSI,
Kelab Sokongan Ibubapa,
Sekolah Rendah Islam Al-Amin Miri

Tuan,

MEMOHON TAJAAN SEMPENA KEJOHANAN LARIAN TASIK PERINGKAT SEKOLAH 2020

Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan


Kejohanan Larian Tasik sebagai aktiviti tahunan sekolah bagi tahun 2020.

3. Butir-butir mengenai aktiviti tersebut adalah seperti ketetapan berikut:-

3.1 Tajuk : Kejohanan Larian Tasik Peringkat Sekolah 2020


3.2 Tarikh : 31 Januari 2020
3.3 Masa : 07.00 – 11.30 pagi
3.4 Tempat : Taman Bulatan
3.5 Sasaran : Guru-guru, Staf Pentadbiran dan Pelajar
3.6 Penyertaan : 51 Orang Murid

4. Oleh yang demikian, bagi menjayakan Kejohanan Larian Tasik SRI Al-Amin Miri tersebut,
besarlah harapan kami jika pihak tuan dapat meluluskan permohonan tajaan seperti yang
dilampirkan.

Kerjasama serta sokongan daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Sekian.

“MEMBINA GENERASI RABBANI DAN HOLISTIK”

Saya yang menjalankan amanah,

(QHAIRIENFIKRIN BINTI MOHD KHAIRIL)


Unit Sukan,
Sekolah Rendah Islam Al-Amin Miri
Merangkap Setiausaha Kokurikulum,
Jawatankuasa Pelaksana Kejohanan Larian Tasik.

s.k 1. Fail Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum


2. Fail Guru Besar
3. Fail Larian Tasik

ANGGARAN PERBELANJAAN
SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-AMIN MIRI
LOT 6091 & 6092, JALAN DESA PUJUT PUSAT BANDAR SHOPHOUSE,
BANDAR BARU PERMYJAYA, TUDAN, Telefon : 085-655560
98000, MIRI, SARAWAK Emel : srialaminmiri@gmail.com

BIL. BUTIRAN KUANTITI HARGA


SEUNIT JUMLAH

(RM) (RM)

1. Medal (Emas) 8 4.00 32.00

2. Medal (Perak) 8 4.00 32.00

3. Medal (Gangsa) 8 4.00 32.00

4. Hamper Rumah Sukan 3 30.00 90.00

5. Sijil 1 rim 50.00 50.00

6. Piala Pusingan Rumah Sukan 1 20.00 20.00

7. Makanan dan minuman pegawai 20 3.00 60.00

8. Makanan dan minuman peserta 51 3.00 153.00

9. Kain nombor peserta 3 meter 5.00 15.00

10. Bunting Kejohanan Larian Tasik 1 80.00 80.00

11. Sewa Tapak (Elektrik) - 100.00 100.00

12. Rencam - 100.00 100.00

13. Medal (Penyertaan) 50 4.00 200.00

JUMLAH 964.00

You might also like