You are on page 1of 1

GILA HARTANAH

PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI


MALAYSIA

! MENU

3 PORT MAKAN
MENARIK ANDA
WAJIB SINGGAH
DI TANJUNG
MALIM
" by Tok Penghulu # February 10, 2020

Tanjung Malim terletak di selatan Perak,


bersempadan dengan Negeri Selangor. 

Bagi yang kurang mengenali tempat ni, di


sini ada institusi pendidikan tinggi yang
telah melahirkan ramai pendidik iaitu
Universiti Pendidikan Sultan Idris. Selain
dari itu, Tanjung Malim juga ada beberapa
tempat makan yang menarik. 

Korang bakal bercuti di Tanjung Malim tak


lama lagi tapi tak tahu nak makan kat mana?
Berikut adalah port makan menarik yang
korang boleh singgah. 

Port makan #1 : Cape


Café

RESTORAN

E CAPECAFE
NJONGMALIM

apakehei.blogspot.com©2017

Sumber gambar – apakehei.blogspot.com

Kalau korang mencari tempat makan bajet,


korang boleh cuba makan di Cape Cafe ni.
Harga makanan mereka hanya RM1.70
sahaja untuk setiap hidangan. Korang boleh
cuba bermacam-macam hidangan di sini.  

Antara menu yang terdapat di sini ialah nasi


lemak, mee, bihun, kuey teow, sagu gula
melaka, pulut mangga dan soto. 

Korang boleh makan pelbagai menu dalam


satu masa. 

Alamat: Cape Cafe, No 13, Taman Anggerik


Desa, 35900 Tanjong Malim, Perak.

Waktu Operasi: Setiap hari (10.30 pagi


-10.00 malam).

Port makan #2 : Pau Yik


Mun

Sumber gambar – KNizam Artwerk

Pau Yik Mun adalah antara makanan yang


korang patut cuba ketika berada di Tanjung
Malim. 

Antara pilihan pau yang korang boleh pilih


adalah kari ayam, daging, kacang dan kaya. 

Mereka turut menyediakan menu lain


contohnya mee, ayam goreng dan Hainan
Chicken Chop. 

Salah satu menu istimewa mereka adalah


Kopi Hainan White Co"ee Yik Mun. Kopi ni
ada aromanya tersendiri. Bagi co!ee lover,
korang patut cuba untuk rasa kelainannya. 

Alamat:  6043, Jalan Slim Lama, 35900


Tanjong Malim.

Waktu Operasi: Setiap hari (8.00 pagi –


8.00 malam).

Port makan #3 : Andri


Nasi Padang

Sumber gambar – halalstu".com

Kat sini, hidangan paling famous adalah


ayam kampung goreng dan ayam kampung
masak rendang yang cukup mantap. 

Pilihan lauk yang tersedia jugak, boleh


tahan banyak. Ada sambal udang petai,
sambal udang biasa, lampung dengan
bawang, lampung goreng, ulam yang
pelbagai, dan macam-macam lagi. 

Satu je benda kena ingat bila nak makan kat


sini – kena datang awal. Biasanya memang
ramai orang akan beratur sebelum kedai. 

Alamat: Andri Nasi Padang (Ayam


Kampung), 35900 Tanjong Malim, Perak.

Waktu operasi: 1.30 tengahari hingga 4


petang, dibuka setiap hari Isnin hingga Ahad
(kecuali hari Jumaat).

Port makan #4 : Kilang


Roti Mokhtar (Roti Babu
Abang Mokhtar @ Roti
Babu Warisan)
=台5

Sumber gambar – hmetro.com.my

Port makan yang terakhir ni bukanlah kafe


hipster mahupun tempat makan yang
korang boleh duduk lepak. 

Ia merupakan satu kilang roti yang dah lama


bertapak di Tanjung Malim. Bau roti dibakar
cukup membuatkan kita terliur. 

Di sin,i roti disediakan dengan kaedah


tradisional iaitu ia dimasak menggunakan
dapur arang. 

Antara pilihan roti yang ada adalah roti


kelapa, roti kacang, roti kaya, roti bijan, roti
krim dan roti bantal. Pastikan korang
singgah untuk dapatkan roti ni, ok? 

Alamat: No. 1, Kampung Masjid Lama, Slim


River, 35800 Tanjung Malim.

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (11.30 pagi


– 1.15 pagi).

Buat penggemar makanan atau food hunter,


korang pasti Menarik, kan? Dah pergi nanti,
boleh la singgah di port makan cadangan
Tok ni. Selamat menjamu selera. 

P/S: Korang tengah mencari analisa


kawasan Tanjung Malim? KLIK SINI DAN
BACA SEKARANG.

Nak beli rumah bukannya terus boleh main


beli. Perlukan ilmu dan faham hartanah
yang macam mana nak beli. Tak boleh main
terjun je beli hartanah. Nanti tersalah jalan,
boleh pening bertahun – tahun lamanya. Tak
salah pun menyewa. Kita sendiri tahu
kemampuan kewangan kita.

Sebagai penyewa, kita haruslah tahu apa


hak – hak kita sebagai penyewa dan juga
macam mana nak untung dengan menyewa.

Ebook terbaru GilaHartanah ini


adalah PERCUMA buat masa yang terhad!
Jom dapatkan sekarang. Klik gambar di
bawah sekarang kalau anda nak dapat
ebook ini.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Posted in Featured, Port makan •


Tagged cape cafe, kilang roti mokhtar, pau yik
mun, port makan, port makan tanjung malim

Published by Tok Penghulu

View all posts by Tok Penghulu

PREV
Rezeki anda pasti deras berlipat ganda lepas
amalkan tip ini

NEXT
Nak miliki 4 buah rumah sebelum umur 30
tahun? Baca 20 panduan ini

NAK CARI TIPS APA?

Search … $

© 2021 GH Media Ventures . All rights reserved

You might also like