You are on page 1of 9

LAPORAN MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN

PENGAWAS SEKOLAH,
PENGAWAS P.S.S,
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA,
KETUA KELAS
SESI 2022 / 2023

1. TARIKH
27 Mac 2022

2. HARI
Ahad

3. MASA
8.00 pagi hingga 08.45 pagi

4. TEMPAT
Tapak Perhimpunan Sekolah Kebangsaan Ladang Harvard

5. LAPORAN
Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumbar, Pembimbing Rakan Sebaya dan Ketua Kelas merupakan
kumpulan murid yang dihormati di sekolah. Mereka merupakan murid-murid pilihan yang mempunyai
ketrampilan dan kecemerlangan baik daripada aspek akademik, sahsiah mahu pun ko-kurikulum. Mereka
merupakan role model kepada murid-murid lain. Oleh yang demikian sebagai tanda pengiktirafan, Majlis
Penyerahan Watikah Pelantikan pelajar terpilih oleh sekolah telah diadakan.

Majlis dimulai dengan penyerahan watikah kepada pelajar yang telah dilantik. Selepas itu, barisan AJK
Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya dan Ketua Kelas. Pengumuman
dimulai dengan memperkenalkan Ketua Murid bagi sesi 2022/2023. Acara diteruskan lagi dengan bacaan
ikrar oleh ketua murid dan perbarisan keluar setelah tamat bacaan ikrar. Majlis dirasmikan oleh En. Abdul
Aziz bin Saad, Guru Besar SK Ladang Harvard. Beliau menyampaikan ucapan dan amanat serta semua
Watikah Pelantikan kepada semua barisan pengawas yang telah dilantik.

1
6. MATLAMAT
6.1 Pihak sekolah berharap jawatan yang digalas dapat melatih murid-murid ini menjadi
pemimpin yang berkesan dan bertanggungjawab.
6.2 Sifat kepimpinan yang diasah dari peringkat sekolah ini sememangnya menjadi titik
permulaan yang terbaik untuk melahirkan generasi dan pelapis pemimpin negara seterusnya.

7. OBJEKTIF
7.1 Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Pengawas Sekolah, Pengawas P.S.S, PRS dan
Ketua Kelas supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi
dan penuh bertanggungjawab.
7.2 Semoga dengan pelantikan ini semua pelajar yang telah dipilih dapat menggalas
dan menyempurnakan tanggungjawab untuk menguatkuasakan peraturan sekolah tanpa
rasa ragu.

8. KUMPULAN SASARAN
8.1 17 orang Pengawas Sekolah.
8.2 10 orang Pengawas Pusat Sumber
8.3 5 orang Pembimbing Rakan Sebaya
8.4 6 orang Ketua Kelas

9. PENILAIAN PROGRAM
9.1 KEKUATAN PROGRAM
a) Program berjalan dengan lancar walaupun mengambil masa yang panjang sehingga
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
b) Kerjasama daripada semua guru terutamanya Jawatankuasa Disiplin dan Pengawas Sekolah
sangat memuaskan.
c) Pelajar yang dipilih mengambil watikah dengan lancar, kemas dan tertib hasil dari latihan
yang dilakukan sebelum majlis diadakan.

9.2 KELEMAHAN PROGRAM


a) Kesuntukan masa untuk menyusun pengawas mengikut susunan senarai nama dan menyebut
nama setiap orang pengawas yang dilantik.
b) Masa yang terlalu singkat untuk memberi taklimat kepada semua pengawas tentang
perjalanan program agar mereka lebih bersedia dan memberikan persembahan yang terbaik
c) Terdapat beberapa orang pengawas tidak memakai tali leher yang seragam dan
menampakkan kurang keseragaman pada pakaian pengawas bagi sesi kali ini.

2
LAPORAN BERGAMBAR

Gambar 1: Tuan Guru Besar merasmikan Gambar 2: Tuan Guru Besar menyerahkan
Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Watikah Pelantikan kepada semua pengawas
yang dilantik

3
LAPORAN BERGAMBAR

Gambar 3: Ketua Murid, Idhrisya mengetuai bacaan ikrar sementara murid-murid yang
lain mengikuti di dalam kelas masing-masing

Gambar 4: Semua pengawas yang dilantik bergambar bersama barisan pentadbir dan guru-guru

4
LAPORAN BERGAMBAR

Gambar 5: Barisan Pengawas Sekolah sesi 2022 / 2023 diketuai Pn. Siti Diyana

5
LAPORAN BERGAMBAR

Gambar 6: Barisan Pengawas Pusat Sumber sesi 2022 / 2023 diketuai Pn. Siti Norhaiza

6
LAPORAN BERGAMBAR

Gambar 7: Barisan Pembimbing Rakan Sebaya sesi 2022 / 2023 diketuai En. Suffian

7
PENUTUP

Majlis Pelantikan ini bertujuan mengiktiraf peranan pemimpin pelajar dalam menyumbang kepada

kejayaan sekolah disamping menyemai sikap bertanggung-jawab terhadap tugasan yang

diamanahkan oleh pihak sekolah. Semoga dengan penyerahan tugas ini nanti akan menjadikan

mereka pemimpin pelajar yang berdedikasi dan amanah dalam menjalankan tugas.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………….................. …………………………....
(MUHAMAD SUFFIAN BIN HJ. MAZLAN) (ABDUL AZIZ BIN SAAD)
AJK Dokumentasi, Guru Besar,
SK Ladang Harvard SK Ladang Harvard

8
LAMPIRAN

 Kertas Kerja Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah,


Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya dan Ketua Kelas
2022 / 2023.

 Senarai Nama Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing


Rakan Sebaya dan Ketua Kelas sesi 2022 / 2023.

 Brosur.

 Contoh Surat Pelantikan.

 Ikrar Murid.

You might also like