You are on page 1of 45

BAB 2

STRUKTUR
ATOM
ISI KANDUNGAN BAB 2

2.1 Jirim
2.2 Struktur Atom
2.3 Isotop dan Kepentingan
2.4 Susunan Elektron bagi Atom
2.1 JIRIM
Jirim adalah sebarang benda
yang mempunyai jisim dan
memenuhi ruang
Jirim terdiri daripada zarah yang
halus dan diskret
Zarah ini mungkin terdiri daripada
atom, molekul dan ion
2.1 JIRIM
ATOM
 zarah yang neutral
 zarah paling kecil dalam suatu unsur
 wujud sendirian
 mengambil bahagian dalam tindak balas
kimia
wujud dalam kumpulan contohnya polisakarida
wujud sendirian contoh molekul bromin ,Br2

2.1 JIRIM
MOLEKUL
 zarah yang neutral
 ada 2 atau lebih atom contohnya molekul
nitrogen(N2; kalau ada nombor 2 atau lebih di
belakang huruf ialah molekul)
 wujud dalam kumpulan contohnya polisakarida

 wujud sendirian contoh molekul bromin ,Br2


z

2.1 JIRIM
ION
 Zarah yang ada cas positif seperti ion
natrium(Na+) atau ada cas negatif seperti ion
klorida(Cl-) {kalau ada tanda +/-, itu ialah ion}
 atom yang terima electron bercas negatif (anion)

 atom yang buang electron bercas positif (kation)


z

2.1 JIRIM
Unsur & Sebatian
 Jirim dibahagi kepada 2 iaitu unsur dan sebatian
 Unsur ada satu jenis atom saja
 unsur dikelaskan kepada 2 iaitu atom dan molekul
cth: Na(atom)….. F2(molekul)
 sebatian ada 2 atau lebih unsur yang berlainan
 dapat dibahagi kepada 2 iaitu sebatian ion dan
sebatian molekul
z

2.1 JIRIM
Teori Kinetik Jirim
diguna untuk terangkan keadaan
zarah-zarah dalam jirim
pergerakan zarah bergantung
kepada keadaan jirim
halaju gerakan zarah dipengaruhi
oleh suhu
catatan

RUANG DAYA TARIKAN KANDUNGAN JENIS


SUSUNAN KEMAMPATAN ISIPADU RUPABENTUK
JIRIM DIANTARA ANTARA TENAGA POSISI ZARAH GERAKAN KETUMPATAN
ZARAH BAHAN BAHAN BAHAN
ZARAH ZARAH ZARAH ZARAH

rapat dan bergetar dan


PEPEJAL kecil kuat#1 rendah*1 tetap sukar tetap tetap tinggi
teratur berpusing

getaran,
tak bersentuh lebih dari ikut sebahagian
CECAIR kecil sederhana beralih putaran dan sukar tetap tinggi
dan teratur pepejal bekas
beralih

getaran, ikut
berpisah dan
GAS besar lemah#2 tinggi*2 bebas putaran dan rendah mudah keseluruhan rendah
tak teratur
beralih bekas

Untuk gambaran yang lebih jelas bahagian ini sila rujuk blog: shaiksarblogspot.com
z

2.1 JIRIM
Gerakan Brown
 Sempena nama saintis British ,Robert
Brown yang menjumpainya
 Zarah debunga didapati bergerak secara
rawak dalam lintasan zig-zag
 Ini sebabkan zarah-zarah sentiasa langgar
sesama sendiri dan dengan zarah-zarah air
z

2.1 JIRIM
Perubahan Keadaan Jirim
 Jirim berubah bentuk bila berlaku proses
pemanasan dan penyejukan
 proses perubahan bentuk ini ialah
disebabkan penyerapan haba atau
pembebasan haba ke persekitaran oleh
jirim.
 Teori Kinetik jirim digunakan untuk
menerangkan perubahaan keadaan jirim.
z

2.1 JIRIM
Peleburan- proses penukaran pepejal
kepada cecair
 takat lebur = suhu di mana pepejal berubah
jadi cecair pada suhu dan tekanan yang
tetap
 suhu pepejal tidak meningkat kerana
tenaga haba yang dibekalkan diguna untuk
memecahkan ikatan antara zarah pepejal
z

2.1 JIRIM
Pendidihan - proses penukaran
cecair kepada gas
takat didih= suhu di mana cecair
berubah menjadi gas pada suhu
dan tekanan yang tetap
suhu cecair tidak meningkat
kerana haba yang dibekalkan
diguna utk memecahkan ikatan
cecair utk menjadi gas
z

2.1 JIRIM
Pembekuan - proses penukaran
cecair menjadi
pepejal
pada takat beku, zarah tidak
bergerak lagi tetapi hanya
bergetar pada kedudukan tetap
z

2.1 JIRIM
Penyejatan- proses cecair
bertukar jadi wap tanpa proses
pendidihan

berlaku pada sebarang suhu


z

2.1 JIRIM

Kondensasi –
proses gas bertukar menjadi
cecair
z

2.1 JIRIM
Pemejalwapan- pepejal bertukar
menjadi gas dan sebaliknya tanpa
melalui keadaan cecair
bahan yang boleh memejalwap:
 Iodin
 Naftalena (ubat gegat)
 Ammonium klorida
 Ais kering (CO2)
PERUBAHAN KEADAAN JIRIM DENGAN
PERUBAHAN HABA
GRAF PEMANASAN
GRAF PENYEJUKAN
2.2 STRUKTUR ATOM
SEJARAH PERKEMBANGAN MODEL ATOM
Model Atom Dalton
 beliau kemukakan model atom yang ada ciri seperti:

 Semua unsur dihasilkan daripada zarah atom yang tak boleh


dibahagikan lagi
 Unsur yang sama, ada atom yang sama
 Atom yang mempunyai unsur berbeza boleh bercampur secara
fizikal atau kimia
 Tindak balas kimia berlaku bila atom menyatu, memisah atau
disusun semula
2.2 STRUKTUR ATOM
Model Atom Thomson

 nyatakan bahawa atom berbentuk sfera


 sfera ini ada cas positif atau proton dan cas negatif
yang disebut elektron
 elektron da proton terdapat secara bertaburan
dalam sfera
 atom unsur yang berlainan ada bil elektron dan bil
proton yang berlainan
 beliau kata jisim elektron ialah 2000 kali ganda
lebih ringan daripada atom hidrogen
2.2 STRUKTUR ATOM
Model Atom Rutherford
 Semua atom terdiri daripada satu nukleus yang
dipadatkan dengan zarah yang dipanggil proton
 Elektron pada atom bergerak mengelilingi nukleus

 Nukleus bercas positif manakala elektron bercas


negatif
2.2 STRUKTUR ATOM
Model Atom Neils Bohr

 berpendapat bahawa elektron bergerak


mengelilingi nukleus dalam orbit tertentu
 setiap orbit ada jejari yang tetap
2.2 STRUKTUR ATOM
Model Atom Chadwick
 menjumpai satu zarah kecil yang lain dalam
nukleus selain proton
 mendapati bahawa zarah ini hampir sama dengan
proton, tapi zarah ini tidak bercas iaitu neutral dan
namakannya neutron
2.2 STRUKTUR ATOM
ZARAH SUBATOM

 atom ada 3 subatom


iaitu neutron, proton
dan elektron
2.2 STRUKTUR ATOM
 NOMBOR PROTON
- Bilangan proton yang terdapat di dalam
nukleus atom itu

 NOMBOR NUKLEON
- Jumlah bilangan proton dan neutron di dalam
nukleus atom itu.

 NOMBOR ELEKTRON
- Bilangan proton di dalam nukleus atom itu.

 HUBUNGAN NOMBOR PROTON & NUKLEON

Nombor Nukleon = Nombor Proton + bilangan neutron


2.2 STRUKTUR ATOM
 SIMBOL UNSUR
- setiap unsur mempunyai nama dan simbol
yang tertentu. Contohnya…………
UNSUR SIMBOL UNSUR SIMBOL UNSUR SIMBOL UNSUR SIMBOL

Hidrogen H Karbon C Natrium Na Sulfur S

Helium He Nitrogen N Magnesium Mg Klorin Cl

Litium Li Oksigen O Aluminium Al Argon Ar

Berilium Be Fluorin F Silikon Si Kalium K

Boron B Neon Ne Fosforus P Kalsium Ca


2.2 STRUKTUR ATOM
 PERWAKILAN ATOM BAGI SESUATU UNSUR
DITULIS SEPERTI BERIKUT:
SIMBOL
UNSUR
NOMBOR
NUKLEON A
Z
X 1
NOMBOR
PROTON
1 H
2.2 STRUKTUR ATOM
 CONTOH SOALAN…..

1. Atom flourin mempunyai 9 proton dan 10 neutron.


Apakah nombor proton dan nombor nukleon atom
itu? Tulis perwakilan atom unsur itu dalam bentuk
A
X
Z
2.2 STRUKTUR ATOM
 CONTOH JAWAPAN………

a) NOMBOR PROTON = bilangan proton = 9

b) Nombor nukleon = bilangan proton + bilangan neutron


= 9 + 10
= 19
c) Atom fluorin diwakili sebagai 19
F
9
2.2 STRUKTUR ATOM
SOALAN PENGUKUHAN …………….

1. Atom Q mempunyai nombor proton 11 dan nombor


nukleon 23. Berapakah proton, elektron dan neutron
yang terdapat di dalam satu atom Q?
2. Bromin- 80 mempunyai 45 neutron. Apakah nombor
proton dan nombor nukleon atom itu? Tuliskan
perwakilan atom unsur itu dalam bentuk
A
X
Z
2.2 STRUKTUR ATOM
SOALAN PENGUKUHAN …………….

3. Atom X mempunyai 4 proton dan 5 neutron.


a) Tentukan nombor protonA dan nombor neukleon
z
bagi unsur X.
A
b) Tuliskan perwakilan unsur X dalam bentuk
X
Z
2.3 ISOTOP & KEPENTINGANNYA
Isotop ialah atom – atom unsur sama yang
mempunyai bilangan proton yang sama tetapi
bilangan neutron yang berlainan.

Isotop mempunyai sifat kimia yang sama kerana


masing – masing mempunyai bilangan dan
susunan elektron yang sama.

Tetapi sifat fizik isotop seperti ketumpatan dan takat


didih adalah berbeza
2.3 ISOTOP & KEPENTINGANNYA
CONTOH ISOTOP……………… (HIDROGEN)

Isotop hidrogen boleh diwakili dengan simbol


hidrogen -1 , hidrogen -2 dan hidrogen -3

1 2 3
H H H
1 1 1
2.3 ISOTOP & KEPENTINGANNYA
CONTOH ISOTOP……………… (OKSIGEN)

Isotop oksigen boleh diwakili dengan simbol


oksigen -16 , oksigen -17 dan oksigen -18

16 17 18
O O O
8 8 8
2.3 ISOTOP & KEPENTINGANNYA
 Kegunaan isotop dalam kehidupan harian:-
 Kobalt 60 – Sinar gamma digunakan
untuk menghapuskan sel – sel kanser.
 Karbon – 14 digunakan untuk mengkaji
proses fotosintesis
 Natrium – 24 digunakan untuk mengesan
bahagian paip yang bocor.
 Karbon – 12 dan Karbon - 14 digunakan
untuk menentukan umur bahan purba
2.4 SUSUNAN ELEKTRON BAGI ATOM
 Elektron dalam suatu atom disusun dalam petala
yang mengeliling nukleus.
 Setiap petala hanya boleh diisi dengan bilangan
tertentu sahaja.
2.4 SUSUNAN ELEKTRON BAGI ATOM
Cara untuk menentukan susunan elektron

1.Tentukan bilangan proton bagi unsur kerana ia


merujuk kepada bilangan elektron bagi atom

2. Susun elektron dalam petala pertama terlebih


dahulu dan selebihnya kepada petala berikutnya
sehingga semua elektron telah dimasukan dalam
petala.
2.4 SUSUNAN ELEKTRON BAGI ATOM
Susunan elektron bagi unsur mempunyai
bilangan proton dari 1 sehingga 20
2.4 SUSUNAN ELEKTRON BAGI ATOM
ELEKTRO VALEN -Elektron di petala yang
terluar dipanggil elektron valens

Hanya elektron valens terlibat dalam tindak balas


kimia.

Unsur yang dengan bilangan elektron valens yang


sama mempunyai sifat kimia yang sama.

Bilangan elektron valens dapat ditentukan daripada


susunan elektron bagi atom

Sebagai contoh , susunan electron bagi Natrium ialah


2.8.1 . Jadi valens elektron bagi Natrium ialah 1
2.4 SUSUNAN ELEKTRON BAGI ATOM
 SOALAN PENGUKUHAN………….

7 23
1. Lukis susunan elektron bagi atom X dan Y.
3 8
JAWAPAN:
2.4 SUSUNAN ELEKTRON BAGI ATOM
 SOALAN PENGUKUHAN………….

1. Apakah susunan elektron bagi atom Z jika nombor


proton ialah 20.

JAWAPAN:
TAMAT ……

You might also like