You are on page 1of 20

*Zaman Paleolitik di Malaysia*

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zaman Paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu. Alat batu yang
digunakan oleh manusia Zaman Paleolitik ialah alat repihan seperti alat batu penetak.

Rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia adalah rangka orang Perak yang telah dijumpai
pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, Lenggong pada ketinggian lebih
kurang 105 meter dari paras laut.

Ciri-ciri penempatan.

Biasanya mereka tinggal di kawasan yang terbuka iaitu di luar gua, di dalam gua dan juga mereka hidup di
kawasan sekitar tasik dan kolam Pada zaman Prasejarah,orang Perak atau dikenali sebagai Perak Man
dijumpai di Gua Gunung Runtuh,Bukit Kepala Gajah,Lenggong,Perak dalam posisi foetal(kedua-dua
kakinya terlipat ke atas dada).Perak Man hidup kira-kira 10 000-11 000 tahun dahulu.Perak Man di percayai
meninggal ketika berusia 40-45 tahun.Ketinggian Perak Man dianggarkan ialah 154-160cm.

Kegiatan dan peralatan

Di antara kegiatan yang mereka lakukan ialah mereka memburu binatang liar di hutan seperti rusa, kijang
dan sebagainya sebagai bahan makanan dan pakaian.

Mereka juga memungut hasil hutan seperti buah-buahan, dan juga pucuk-pucuk daun serta memungut hasil
hutan seperti rotan. Mereka juga mengamalkan cara hidup sara diri.

Selain itu, mereka menggunakan alat batu sebagai alat utama dalam kehidupan seharian.

Antara penemuan Zaman Paleolitik di Malaysia ialah :

 Kapak Genggam
 Alat repihan yang digunakan untuk meraut dan memotong
 Alat penetak yang digunakan untuk menetak pokok dan memotong daging
 Manusia Perak, iaitu rangka manusia yang dikebumikan dengan kaki terlipat
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNGKU TEMENGGUNG
06700 PENDANG KEDAH DARULAMAN

NAMA : NUR ATHIRAH BINTI


MAHADZIR

TINGKATAN : 1 BESTARI(2017)
TAJUK : CIRI-CIRI KEHIDUPAN
MANUSIA ZAMAN PRASEJARAH
OBJEKTIF KAJIAN
 Saya memahami tentang kehidupan
manusia zaman prasejarah.
 Saya mendapat tahu pelbagai ciri
kehidupan manusia zaman prasejarah.
 Saya mendapat pelbagai maklumat
tentang kehidupan manusia zaman
prasejarah.

KAEDAH KAJIAN

 Taklimat guru
 Sumber internet
 Rujukan perpustakan

TINGKATAN : 1 BESTARI(2017)
Zaman Neolitik di Malaysia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zaman Neolitik merupakan zaman perkembangan teknologi daripada batu kepada tembikar, mula bercucuk
tanam, dan mula memelihara binatang ternakan. Zaman Neolitik di Malaysia bermula pada kira-kira 7,000
tahun dahulu.[1] Masyarakat Zaman Neolitik bukan sahaja menggunakan batu, tetapi telah menggunakan
tanah liat untuk membuat tembikar. Manusia pada zaman ini juga telah mula tinggal menetap di suatu
tempat dan juga menjalankan perdagangan secara tukar barang atau sistem barter (sistem bertukar barang)

Ciri-ciri penempatan
Pada zaman ini telah mula wujud sistem bermasyarakat seperti mempunyai ketua dan membuat
pembahagian kerja.

Mereka tinggal di dalam gua dan kawasan yang berhampiran dengan sungai.

Kegiatan dan peralatan


Pada Zaman Neolitik, mereka mula mencipta peralatan tembikar, seperti bekas air, periuk, dan juga belanga.
Mereka juga mencipta alat seperti beliung yang digunakan untuk menggali tanah dan alat untuk mengetam
kayu. Selain itu mereka juga menggunakan pemukul kulit kayu untuk meleperkan dan menghaluskan kulit
kayu.[3]

Pada zaman ini mereka mula bercucuk tanam, menangkap ikan, serta menternak binatang ternakan.Selain itu
mereka juga memburu haiwan liar dan memungut hasil hutan. Mereka turut berdagang secara tukar barang
atau sistem barter.

Mereka juga mencipta barang-barang kemas seperti anting-anting, kalung dan gelang sebagai perhiasan
mereka.
ZAMAN PRASEJARAH

(1) Pengenalan tentang zaman prasejarah

1. Zaman Prasejarah dibahagikan

i. Zaman Paleolitik

ii. Zaman Mesolitik

iii. Zaman Neolitik

iv. Zaman Logam.

2. Tempoh masa setiap zaman beza antara satu tempat dengan satu tempat yang lain.

3. Perbezaan zaman bergantung kepada kemajuan tempat tersebut.

4. Zaman Prasejarah di Malaysia

i. Zaman Paleolitik,

ii. Zaman Neolitik

iii. Zaman Logam.

5. Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik

6. Penyelidikan terdahulu – selepas Zaman Paleolitik, kita mengalami Mesolitik bercirikan alat batu
Hoabinh di Vietnam.

7. Alat batu bercirikan alat batu Hoabinh di Bukit Jawa, Lenggong ialah alat batu Zaman Paleolitik.

8. Zaman Logam terbahagi :

i. zaman Gangsa

ii. zaman Besi

a) Ciri-ciri penempatan.

1. Hidup berpindah-randah (nomad).

2. Tempat tinggal ialah

i. di kawasan terbuka (luar gua),

ii. dalam gua

iii. sekitar tasik.


b) Kegiatan dan peralatan.

1. Buru binatang liar.

2. Pungut hasil hutan

3. Hidup sara diri.

4. Guna alat batu yang kasar untuk memotong daging dan menetak pokok.

5. Alat batu penetak – utk meraut & memotong.

c) Kepercayaan.

1. Animisme – percaya benda seperti batu mempunyai semangat

2. upacara perkuburan.

3. Mayat dikebumikan bersama barang-barang

4. Manusia Perak dikebumikan kaki berlipat.

d) Petempatan zaman Paleolitik di Malaysia.

1. Di Perak – Bukit Jawa, Kota Tampan dan Bukit Bunuh di Lenggong,.

2. Di Sarawak – Gua Niah

3. Di Sabah – Tingkayu

e) Penemuan zaman Paleolitik di Malaysia.

1. Di Kota Tampan – disahkan melalui pentarikhan saintifik dan menandakan Malaysia antara negara
terawal mengalami Zaman Prasejarah Dunia.

2. Gua Niah – kegiatan penggalian dilakukan.

3. Gua Gunung Runtuh – ditemui manusia Perak

(3) Zaman Neolitik

a) Ciri-ciri penempatan.

1. Menetap di dalam gua /hamper dgn sungai.

2. Wujud sistem bermasyarakat – mempunyai ketua dan pembahagian kerja.

b) Kegiatan dan peralatan.

1. Cipta alat tembikar seperti periuk

2. Bercucuk tanam.

3. Tangkap ikan.
4. Ternak binatang.

5. Berburu

6. Pungut hasil hutan.

7. Berdagang secara tukar barang.

8. Guna alat batu tetapi lebih kemas buatannya

9. Cipta barang kemas spt kalung, anting-anting

c) Kepercayaan.

1. Mengamalkan kepercayaan animisme

d) Petempatan zaman Neolitik di Malaysia.

1. Di Kelantan – Gua Cha

2. Di Sabah – Bukit Tengkorak

e) Penemuan zaman Neolitik di Malaysia.

1. Gua Cha, Kelantan – ditemui pengebumian manusia

2. Bukit Tengkorak, Sabah –

3. Gua Harimau, Perak – ditemui artifak tembikar.

(4) Zaman Logam

a) Ciri-ciri penempatan.

1. tinggal menetap

2. ada masih tinggal di dalam gua

3. ada tinggal berhampiran sungai.

b) Kegiatan dan peralatan.

1. alat logam daripada gangsa dan besi.

2. bercucuk tanam.

3. Tangkap ikan.

4. ternak binatang.

5. Berburu.

6. Perdagangan tukar barang.


c) Kepercayaan.

1. Kepercayaan dan pegangan hidup tertentu.

2. Pengebumian menggunakan kepingan batu.

d) Petempatan zaman Logam di Malaysia.

1. Di Pahang – Sungai Tembeling

2. Di Perak – Gua Harimau dan Changkat Menteri

e) Penemuan zaman Logam di Malaysia.

1. Sg Tembeling, Pahang – dijumpai kapak dan mata lembing

2. Lembah Bernam, Selangor – ditemui sabit.

3. Klang, Selangor – ditemui pisau.

4. Gua Harimau,Perak–kapak gangsa & acuannya

5. Raub, Pahang – dijumpai tulang mawas.

(5) Rumusan

1. Penemuan di Bukit Jawa buktikan zaman pra sejarah di Malaysia bermula 200000 – 300000 tahun
dahulu.

2. Malaysia terkenal dengan penemuan Manusia Perak.

3. Harus contohi kegigihan dan semangat berusaha

4. Harus jadi warganegara yang gigih dan berdikari tanpa mengharapkan bantuan daripada orang luar.

https://sejarahk2.wordpress.com/nota-sejarah-tingkatan-1/bab-1-zaman-prasejarah-di-
malaysia/
Pengenalan
Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Pertengahan. Zaman ini berlangsung di antara 10,000
SM sehingga 5,000 SM. Manusia Zaman Mesolitik ini mengamalkan cara hidup yang berlainan sedikit kalau
dibandingkan dengan Zaman Paleolitik. Di Asia Tenggara, Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman
Haobinhian.

Ciri-ciri
Tempat Kediaman
Tempat kediaman orang Mesolitik masih di gua, bawah ranting kayu dan lubang bawah tanah. Yang berbeza
sikit ialah sekarang mereka tinggal di tepi sungai dan laut. Sebab utama mereka tinggal di sini ialah tempat
ini akan membekalkan air dan makanan laut yang diperlukan oleh mereka. Air ini diperlukan untuk minum,
mencuci, mambasuh badan dan sebagainya. Sekiranya mereka tinggal di dalam hutan, adalah sangat payah
bagi mereka untuk mengangkat air ke tempat kediaman mereka.

Kegiatan Seharian
Manusia Zaman Mesolitik mengamalkan kegiatan yang sama seperti orang Paleolitik, Mereka menjalankan
kegiatan memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Semua kegiatan ini dijalankan dengan
tujuan untuk mendapatkan bekalan makanan. Pada zaman ini juga, mereka sudah mula belajar untuk
bercucuk tanam. Tanaman utama yang ditanam adalah makanan bijirin dan buah-buahan. Orang Mesolitik
mula belajar bercucuk tanam kerana mereka mendapati adalah sangat susah untuk mendapatkan makanan
secara memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Apabila mereka tidak memperolehi buruan,
maka mereka akan kelaparan.

Peralatan
Peralatan yang digunakan oleh manusia Mesolitik masih dibuat daripada kayu, batu, dan tulang. Walau
bagaimanapun, peralatan yang dibuat adalah lebih halus dan kemas kalau dibandingkan dengan peralatan
yang digunakan oleh manusia Paleolitik. Mereka sanggup menciptakan senjata dan alat yang lebih kecil.
Alat yang kecil ini juga dikenali sebagai mikrolit. Kini mereka sudah tahu menggunakan panah dan anak
panah semasa memburu binatang dan menggunakan jaring dan perangkap untuk menangkap ikan.
ZAMAN MESOLITIK
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Templat:Zaman Batu Zaman Mesolitik (Bahasa Yunani: mesos "tengah", lithos "batu") ialah zaman
perkembangan teknologi manusia antara zaman-zaman Paleolitik dan Neolitik. Istilah Mesolitik
diperkenalkan oleh John Lubbock dalam kertas kerja Pre-historic Times terbitan tahun 1865. Walaupun
begitu, istilah tersebut jarang digunakan sehingga dilariskan oleh V. Gordon Childe dalam buku The Dawn
of Europe (1947)

Di Levant
Zaman Mesolitik terbahagi kepada dua:

Mesolitik 1 (budaya Kebara; 20–18,000 SM hingga 12,150 SM) menyusuli zaman Aurignacia atau
Paleolitik Akhir di seluruh rantau Levant. Menjelang akhir zaman Aurignacia, perusahaan batuan
mengalami perubahan beransur-ansur, dengan hasil mikrolit dan bled kecil perimping terawal yang pernah
dijumpai. Mikrolit dari budaya ini banyak berbeza dengan artifak Aurignacia. Zaman ini lebih sewajarnya
dipanggil Epipaleolitik.

Menjelang 20,000 hingga 18,000 SM, iklim dan alam sekitarnya berubah, maka bermulanya zaman
peralihan apabila rantau Levant semakin gersang dan kawasan hutan menguncup untuk memberi laluan
kepada steppe. Zaman sejuk dan kering ini berakhir pada awal zaman Mesolitik 1. Oleh itu, masyarakat
pemburu-pengumpul Aurignacia terpaksa mengubah cara hidup dan pola penempatan mereka untuk
menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah, maka berkembangnya jenis penempatan dan perusahaan
batu-batan yang baru.

Zaman Mesolitik 2, juga dikenali sebagai budaya Natufia. Zaman ini dicirikan oleh permulaan kegiatan
pertanian yang melancarkan zaman Neolitik. Kebudayaan Natufia dibahagikan kepada dua zaman: Natufia
Awal (12,500–10,800 SM) (Christopher Delage menganggarkan a. 13000 - 11500 tahun dahulu tak tentukur,
bersamaan ca. 13,700–11,500 SM)[6] dan Natufia Akhir (10,800–9,500 SM). Zaman Natufia Akhirnya
mungkin sekali berlaku seiringan dengan Drias Muda. Hasil pentarikhan radiokarbon menentukan budaya
Natufia berzaman antara tahun 12,500 dan 9500 SM, sebaik sebelum akhirnya zaman Pleistosen.[7] Zaman
ini dicirikan oleh permulaan kegiatan pertanian.[8]

Pertempuran terawal yang diketahui setakat ini, berlaku ketika zaman Mesolitik di sebuah tapak yang
dikenali sebagai Perkuburan 117 di Mesir.
ZAMAN NEOLITIK
Pengenalan
Zaman Neolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Baru. Zaman ini dianggarkan berlangsung di seluruh
dunia di antara 5,000 SM sehingga 3,000 SM. Tamadun awal manusia dikatakan bermula pada akhir Zaman
Neolitik ini. Daripada pelbagai bidang, Zaman Neolitik telah menunjukkan perubahan yang amat besar.
Contoh petempatan orang Neolitik ialah Lembah Indus, Lembah Hwang-Ho, Lembangan Sungai Eupharates
dan Tigris dan sebagainya.

Ciri-ciri
Tempat Tinggal
Manusia Neolitik tinggal di rumah yang dibina oleh diri sendiri. Rumah mereka dibuat daripada batu-bata,
kayu dan sebagainya. Bukti yang menunjukkan manusia Neolitik tinggal di rumah ialah penemuan tiang-
tiang kayu yang ditinggalkan oleh orang zaman ini di Switzerland. Tiang-tiang ini telah ternampak apabila
air tasik besar ini menjadi tohor. Setelah dikaji, didapati rumah ini disambungkan antara satu sama lain dan
tebing tasik dengan titi-titi yang boleh diangkat pada waktu malam untuk menjaga keselamatan.

Cara Hidup
Orang Neolitik hidup secara tetap di rumah yang didirikan. Kini, cara hidup mereka juga lebih teratur.
Rumah-rumah dibina untuk membentuk sebuah kampung. Kampung ini biasanya terletak di tepi sungai atau
laut. Setiap kampung mempunyai seorang ketua yang akan menyelesaikan sebarang pertikaian yang
berkaitan dengan pertanian dan hak milik tanah. Benteng dibina untuk melindungi kampung itu daripada
serangan musuh atau binatang liar. Faktor utama yang mendorong orang Neolitik hidup secara tetap ialah
mereka perlu menjaga tanaman dan binatang ternakan mereka daripada dimusnah oleh binatang dan
serangga perosak.

Kegiatan Harian
Masyarakat Neolitik mencapai perkembangan dalam bidang pertanian yang mengagumkan. Kini mereka
menjadi petani dengan menanam sayur-sayuran dan bijirin seperti barli, jagung dan gandum. Selain itu,
mereka juga menternak binatang seperti kambing, lembu dan memelihara anjing. Selain daripada bercucuk
tanam dan menternak binatang, masyarakat ini juga terus memburu, menangkap ikan dan memungut hasil
hutan. Tujuan mereka melakukan kegiatan ini ialah untuk mendapatkan bekalan makanan tambahan. Selain
itu, masyarakat ini juga mula menghasilkan alat tenunan, kain dan tembikar.

Peralatan
Orang Neolitik telah mencipta alat-alat yang lebih elok dan halus seperti kapak, beliung dan pisau daripada
batu dan juga logam untuk memburu, memotong dan bercucuk tanam. Selain itu, teknologi baru dalam
bidang pertanian seperti bajak, tajak atau cangkul juga diperbuat daripada granit juga dicipta. Penggunaan
peralatan yang disebutkan di atas telah membantu masyarakat ini menghasilkan pelbagai jenis tanaman.
Orang Neolitik juga pandai menganyam bakul. Bakul yang dianyum ini digunakan untuk menyimpan bijirin,
mengangkap ikan dan memburu binatang. Selain itu, masyarakat Neolitik juga pandai membuat alat
tembikar daripada tanih yang dikeringkan. Alat tembikar ini digunakan untuk memasak, mengisi makanan
dan menyimpan air. Hasil tembikar ini menjadi lebih bermutu apabila roda ceper digunakan.
Zaman Logam di Malaysia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Selepas Zaman Neolitik,teknologi manusia Zaman Prasejarah telah berkembang ke arah teknologi logam.Zaman
Logam di Malaysia bermula kira-kira 4000 tahun dahulu.Pada zaman ini manusia telah mencipta alat gangsa dan
besi.

Ciri-ciri penempatan
Pada zaman ini mereka hidup menetap di sesuatu tempat tidak berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu
tempat yang lain.Ada yang tinggal berhampiran dengan sungai,di atas pokok dan ada yang masih tinggal di
dalam gua.

Pada masa ini mereka mula mempunyai adat resam mereka yang tersendiri.

Kegiatan dan peralatan


Mereka menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi.Mereka juga bercucuk tanam , menangkap
ikan , berburu binatang liar di hutan, menternak binatang ternakan, dan menjalankan perniagaan secara tukar
barang.

Di antara alat-alat yang digunakan ialah kapak, sabit, pisau, dan mata lembing.Mereka juga menggunakan
tulang mawas sebagai salah satu daripada alat yang mereka gunakan.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Zaman_Prasejarah_di_Malaysia
ZAMAN LOGAM

Pengenalan
Zaman logam dianggarkan bermula kira-kira 2,500 tahun dahulu di dunia. Zaman ini boleh dibahagikan
kepada Zaman Gangsa dan Zaman Besi. Masyarakat logam ini mengamalkan cara hidup yang berlainan
daripada masyarakat sebelumnya. segala aspek terus mencapai perkembangan. Pada zaman ini, terdapat
beberapa masyarakat yang bertamadun telah wujud di lembangan sungai utama. Sebagai contoh, Tamadun
Shang (Hwang-Ho), Tamadun Sumeria (Mesopotamia) dan Tamadun Mesir.

Ciri-ciri
Peralatan
Penduduk pada zaman ini mula menggunakan peralatan yang dibuat daripada logam seperti gangsa dan besi.
Sebabnya mereka berasa alat-alat gangsa ini adalah lebih tahan lasak daripada alat-alat yang dibuat daripada
batu. Bukti penggunaan alat gangsa adalah seperti gendang dan loceng gangsa yang ditemui di Batu Buruk
di Terengganu dan Sungai Lang di Selangor. Gendang gangsa ini dipercayai berasal dari Dongson, Vietnam.
Sebabnya, Dongson di Vietnam dan Ban Chiang di Thailand adalah pengeluar alat gangsa utama pada
zaman itu.

Kegiatan Seharian
Masyarakat ini terus bercucuk tanam, menternak binatang, menangkap ikan, berburu dan berdagang. Selain
itu, mereka juga mula melombong bijih timah. Mereka melombong bijih timah dengan menggunakan tulang
mawas. Dengan adanya alat yang dibuat daripada besi, manusia zaman ini dapat menggali, menebang dan
menebas sesuatu benda dengan mudah.

http://www.geocities.ws/cominglucky/zaman prasejarah.htm
ZAMAN PALEOLITIK
Pengenalan
Zaman Paleolitik juga dikenali sebagai zaman batu lama. Zaman ini berlangsung 200,000 SM sehingga
300,000 SM. Manusia Zaman Paleolitik ini mengamalkan cara hidup yang berlainan sedikit kalau dibanding
dengan Zaman Mesolitik.

Ciri-ciri
Tempat Kediaman
Tempat kediaman orang paleolitik tinggal di gua, bawah ranting kayu dan lubang bawah tanah. Yang
berbeza sikit ialah mereka tinggal mereka tinggal di tepi sungai dan laut. Sebab utama mereka tinggal disini
ialah tempat ini akan membekalkan dan makanan laut yang diperlukan untuk minum, membasuh badan dan
sebagainya.

Kegiatan seharian
Manusia mengamalkan kegiatan yang sama seperti orang mesolitik, mereka menjalankan kegiatan memburu
menangkap ikan dan memugut hasil hutan. Semua kegiatan ini dijalankan dengan tujuan untuk mendapat
bekalan makanan. Pada zaman ini mereka belum lagi belajar untuk bercucuk tanam. Mereka hanya
memungut hasil hutan, dan memburu binatang. Orang Paleolitik belum lagi belajar untuk bercucuk tanam
kerana adalah sangat senang untuk mendapatkan makanan secara memburu, menangkap ikan dan memugut
hasil hutan.

Peralatan
Peralatan yang digunakan oleh manusia Paleolitik masih dibuat daripada kayu, batu da tulang. Mereka
sanggup senjata dan adat yang boleh memotong daging dan memburu.

You might also like