You are on page 1of 6

SKOP KERJA

Skop tugasan penyelia

Tanggungjawab utama 1. Menguruskan persediaan dokumen perlesenan


2. Merancang dan menyusun program tahunan dan bulanan.
3. Melengkapkan tadika dengan peralatan dan perabot yang
bersesuaian
4. Menyimpan rekod peralatan dan perabot dan membuat
kiraan stok dari masa ke semasa (inventori)
5. Menyediakan barang dapur untuk kegunaan setiap hari di
taska.
6. Mengambil pekerja baru melalui proses HR
7. Menguruskan bil-bil utility seperti bill letrik, airdan internet
8. Menjalankan semua perihal kewangan taska dan
mengemaskini kedalam system smap.
9. Merancang aktiviti tahunan.
10. Mengambil berat perihal perkembangan kanak-kanak.
Tanggungjawap operasi 1. Pembelajaran dan pengajaran
a. Memastikan setiap guru menyiapkan rph(rancangan
pembelajaran harian) dua minggu dan perlu menyemak
rph berkenaan dan memastikan rph berkenaan
Mengikut rancangan tahunan, bulanan dan harian.
Perlu tandatangan beserta cop penyelia dan tarikh.
b. Memastikan guru-guru melaksanakan pdp Mengikut
jadual yang ditetapkan.
c. Memastikan guru mengisi log aktiviti harian kanak-
kanak.

2. Kebersihan
a. Memantau seluruh kebersihan tadika samada dalam
atau luar premis. rujuk sop pembersihan.
b. Merekod atau mengaudit bahan serta alatan
pembersihan seperti penyapu, berus, mop serta bahan
kimia yang di gunakan.
c. Memastikan guru-guru membuat pembersihan
Mengikut jadual.
d. Membuat jadual giliran sanitasi akhir sebelum pulang.

3. Pemakanan
a. Memastikan bahan makanan adalah segar dan
Mengikut jadual yang disediakan.
b. Memastikan guru-guru menyediakan bahan-bahan
makanan pada hari jumaat dan di bungkus atau di
simpan Mengikut keperluan harian contohnya, menu
menunjukkan hidangan melibatkan ayam atau ikan,
guru-guru perlu menyiang dan memotong ayam dan
simpan Mengikut jumlah keperluan untuk hidangan
hari-hari berikutnya.rujuk menu.
c. Memastikan makanan yang disimpan dalan keadaan
tersusun. Rujuk sop pengendalian peti sejuk.
4. Keselamatan
a. Memastikan tahap keselematan premis berada dalam
keadaan yg selamat.
b. Skop keselematan merangkumi, pendawaian, letrik,
jeriji besi, bucu-bucu, tangga, tingkap, lantai, dan lain-
lain.
c. Keselematan premis dan kanak-kanak melibatkan sesi
menghantar dan mengambil kanak-kanak perlu dititik
beratkan.
d. Pastikan pintu pagar sentiasa dikunci. Pastikan dan
maklumkan kepada ibubapa, pintu pagar akan dikunci
pada jam 9 pagi. Ibubapa perlu menghantar kanak-
kanak sebelum jam 9 pagi.
e. Keselematan lain adalah melibatkan mainan kanak-
kanak seperti lego atau permainan lain, sekiranya
permainan tersebut sudah rosak atau pecah, buang
dengan kadar segera dan rekodkan.

5. Kemalangan
a. Kemalangan melibatkan kanak-kanak.rujuk rajah
pengendalian kemalangan atu kecederaan di taska.
b. Rekod jenis kecederaan dalam buku kecederaan kanak-
kanak beserta kronologi kes, masa, tempat kejadian,
guru terlibat, tindakan yang diambil serta tandatangan
guru terlibat.
c. Kemalangan melibatkan guru pula, pastikan
kemalangan berkenaan adalah semasa bertugas dan
mendapat surat dari pihak klinik kerajaan. Tindakan
susulan adalah menyemak perkeso bagi tuntutan
perubatan. Kemalangan luar dari masa bertugas pihak
tadika tidak akan bertanggungjawap.

6. Menjalankan proses temuduga


a. Penyelia dipertanggungjawabkan bagi menjalankan
proses temuduga pekerja. Rujuk HR.
b. Pastikan calon memenuhi kritearia seorang pendidik.
c. Mengutamakan calon yang memiliki kelulusan diploma
atau ijazah
d. Juga memadai dengan kelulusan spm jika calon
berkenaan menepati kriteria.
e. Tidak memiliki spm tidak dibenarkan sama sekali
menjadi guru di tadika.

7. Merancang program melibatkan ibubapa


a. Perlu selaras dengan program tahunan yang sudah
dirancang.
b. Perancangan perlu mendapat persetujuan pihak
pengusaha.
c. Setiap aktiviti perlu bentangkan kertas kerja melibatkan
ajk kecil dan objectif aktiviti.
8. Kemajuan kanak-kanak
a. Memastikan setiap kanak-kanak di berikan pendidikan
yang setara.
b. Perlu menganalisis keperluan setiap kanak-kanak
merangkumi aspek perkembangan.
c. Sekiranya kanak-kanak di dapati mempunyai masalah
seperti adhd, autism, disklesia, pelat, speech delay dan
lain2, penyelia perlu berbincang dengan pengusaha
terlebih dahulu sebelum berbincang dengan ibubapa.
d. Mengarahkan guru-guru mencatat timbangan dan tinggi
kanak-kanak setiap dua bulan.
e. Memastikan kanak-kanak diselia Mengikut keperluan
undang-undang dan peraturan.

9. System
a. Mengemaskini system smap
-kehadiran guru dan pelajar
-invois dan resit
-permohonan cuti dan penyelarasan cuti
-rph
-kewangan
-gaji
-lain-lain

10. Menyediakan laporan


a. Menyediakan laporan aktiviti bulanan dan aktiviti
tahunan dan menyerahkan kepada pengusaha.

Tugas harian 1. Memantau dan memastikan semua guru melaksanakan


rutin harian Mengikut jadual. Penyelia berhak melaporkan
tahap prestasi guru-guru kepada pengusaha.
2. Memastikan kedatangan guru dan kanak-kanak diambil oleh
guru.
3. Memastikan saringan awal kanak-kanak dilaksanakan oleh
guru-guru Mengikut sop pengendalian kanak-kanak.
4. Memastikan guru menjalankan pnp Mengikut jadual.
5. Memastikan kanak-kanak makan Mengikut waktu
6. Mengarahkan guru-guru bertindak pantas dan cergas serta
beremosi yang positif.
7. Memastikan kanak-kanak mendapat hak yang sepatutnya.
8. Memastikan guru-guru mengisi log harian
9. Memastikan guru-guru memulangkan semua barang kanak-
kanak ketika pulang.
Tugas lain Memastikan kawalan murid dalam keadaan yang baik
Skop tugasan guru

Tanggungjawap utama 1. Menjalankan pembelajaran Mengikut kspk.


2. Melaksanakan tugas mengajar dan asuhan. Rujuk sop
pengendalian kanak-kanak.
3. Memastikan kebersihan premis dan kebersihan kanak-
kanak dalam tahap kebersihan yang memuaskan.
4. Memastikan keselematan kanak-kanak.
5. Menyediakan makanan Mengikut jadual yang ditetapkan.
6. Mengikut arahan penyelia dari masa ke semasa.
Tanggungjawap operasi 1. Melaksanakan pnp dengan berkesan
a. Menyiapkan rph dua minggu Mengikut tema yang di
tetapkan penyelia.
b. Menyediakan bahan abm sebelum memulakan
pembelajaran
c. Memastikan pembelajaran berjalan lancar.
d. Perlu Mengikut garis panduan pendidikan awal kanak-
kanak.
e. Menganggap ianya satu tugas wajib bergelar seorang
guru.
f. Menyiapkan laporan aktiviti kepada penyelia
g. Mengisi log harian/aktiviti

2. Kebersihan
a. Memastikan premis sentiasa bersih Mengikut sop
pembersihan yang telah ditetapkan merujuk kepada
menyapu, mengemop, mencuci tingkap, mencuci kipas,
mencuci tingkap, mencuci tandas, mencuci kawasan
luar dan dalam premis.
b. Memastikan kebersihan mainan pada tahap
memuaskan
c. Pastikan kebersihan kanak-kanak pada skala yang
terbaik.

3. Pemakanan
a. Guru perlu memastikan semua kanak-kanak mendapat
nutrisi yang sewajarnya.
b. Memastikan setiap kanak-kanak mengambil makanan
yang disediakan pihak taska atau bekalan dari rumah
bagi kanak-kanak yang alergik.
c. Perlu pastikan makanan yang disediakan adalah
selamat. Bermaksud, makanan itu tidak basi atau di
masuki serangga serta lain-lain.

4. Keselematan
a. Aspek keselematan merupakan aspek yang paling
penting.
b. Pastikan keadaan sekeliling selamat untuk penggunaan
kanak-kanak.
c. Pastikan tiada alatan tajam berada di kawasan kanak-
kanak berada.
d. Pastikan pagar kecil sentiasa ditutup selepas masuk
atau keluar dari tiap bilik.
e. Pastikan pintu bilik air sentias di tutup.
f. Pastikan tiada takungan air dalam bilik air.
g. Pastikan tiada bahan kimia yang terdedah di kawasan
kanak-kanak berada seperti ridset, ubatan dan bahan
cucian lain.
h. Pastikan air mop dibuang selepas selesai penggunaan.

5. Kemalangan
a. Kemalangan kecil bagi kanak-kanak adalah kemalangan
besar bagi pihak ibubapa dan pihak taska
b. Guru di pertanggungjawapkan bagi memikul amanah
dalam kemalangan di tadika. Contoh kemalangan ialah,
jatuh melibatkan benjol, bengkak, luka, tersepit, digigit,
berdarah atau patah.
c. Jangan panic.
d. Rujuk penyelia untuk tindakan selanjutnya.
e. Catatkan kemalangan di dalam buku kemalangan di
tadika.

6. Kemajuan kanak-kanak
a. Guru dipertanggungjawapkan mencatat kemajuan
kanak-kanak
b. Mencatatkan berat kanak-kanak dalam carta kanak-
kanak.

7. System
a. Guru perlu melaksanakan system sediaada Mengikut
arahan penyelia.

Tugas harian Tugasan harian perlu rujuk jadual harian yang disediakan.
Tugas lain - Guru perlu melibatkan diri dalam semua acara yang
di anjurkan pihak tadika seperti hari sukan, hari
laporan kanak-kanak dan semua aktiviti lain.

You might also like