You are on page 1of 19

FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA

JABATAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


PROGRAM PENGAJIAN SARJANA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

KOD & NAMA KURSUS:


KAI 60304 PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK DAN PEDAGOGI BERMAIN

TUGASAN 1: TUGASAN INDIVIDU

TAJUK TUGASAN:
ARTIKEL : PEDAGOGI BERASASKAN BERMAIN MENINGKATKAN
PERKEMBANGAN HOLISTIK KANAK-KANAK

DISEDIAKAN OLEH:

BIL. NO. MATRIK NAMA TANDATANGAN


1 M20192001149 HAMAH LATHA A/P SUMNADE

NAMA PENSYARAH:
DR. ABDUL HALIM BIN MASNAN

TARIKH SERAHAN:
14 JUN 2021
ABSTRAK

Belajar melalui bermain menjadi keutamaan dalam aktiviti pembelajaran kerana menyediakan
peluang penerokaan pengetahuan dan membina pengalaman bermakna pada peringkat awal kanak-
kanak. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2017) menyatakan bahawa pedagogi
berasaskan bermain sebagai pendekatan yang perlu dilaksanakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di prasekolah. Pelaksanaan pedagogi berasaskan bermain yang merentasi tunjang-
tunjang dalam KSPK membawa kepada matlamat pembelajaran tanpa mengabaikan minat kanak-
kanak. Apabila keperluan bermain kanak-kanak dipenuhi, secara tidak langsung minat kanak-
kanak akan meningkat seterusnya objektif pembelajaran mudah untuk dicapai. Justeru, artikel ini
bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan elemen -elemen di dalam pedagogi bermain yang
sesuai diaplikasikan dan dipraktikkan terhadap kanak-kanak prasekolah berasaskan kajian-kajian
lepas melalui teknik meta analisis. Selepas analisis secara kualitatif, terdapat empat elemen
pedagogi berasaskan bermain yang dapat dikenalpasti: (1) kesesuaian sumber dan bahan
pembelajaran; (2) penerapan minat, kreativiti dan motivasi; (3) perancangan dan pelaksanaan
aktiviti pembelajaran; dan (4) rangsangan tingkah laku. Artikel ini turut membincangkan tentang
pedagogi berasaskan bermain ini mampu meningkatkan perkembangan holitik kanak-kanak
seperti perkembangan kognitif, emosi san social, fizikal dan bahasa dan menjadi rujukan kepada
semua guru prasekolah di seluruh negara.
Kata Kunci: pedagogi berasaskan bermain, elemen pedagogi
ABSTRACT

Learning through play is a priority in learning activities because it provides opportunities for
knowledge exploration and building meaningful experiences in early childhood. The National
Preschool Standard Curriculum (2017) states that play -based pedagogy as an approach that needs
to be implemented in the teaching and learning process in preschool. The implementation of play-
based pedagogy that crosses the pillars in KSPK leads to learning goals without neglecting the
interests of children. When children’s play needs are met, indirectly children’s interest will
increase in turn the learning objectives are easy to achieve. Thus, this article aims to identify the
effectiveness of the elements in play pedagogy that are suitable to be applied and practiced to
preschool children based on previous studies through meta-analysis techniques. After qualitative
analysis, there are four play -based pedagogical elements that can be identified: (1) appropriateness
of learning resources and materials; (2) application of interest, creativity and motivation; (3)
planning and implementation of learning activities; and (4) behavioral stimulus.
Key Words: Play pedagogy, pedagogical elements
SENARAI KANDUNGAN

Muka Surat

1.0 Pengenalan 1

2.0 Konsep Belajar Melalui Bermain 1-2

3.0 Pernyataan Masalah 3-4

4.0 Kaedah Kajian 4-5

5.0 Dapatan Kajian 5-7

6.0 Perbincangan

6.1 Perkembangan Kognitif 8-9

6.2 Perkembangan Fizikal 9

6.3 Perkembangan Sosial dan Emosi 10-11

6.4 Perkembangan Bahasa 11

7.0 Cadangan dan Penambahbaikan 11-13

8.0 Kesimpulan 13

9.0 Rujukan 14-15


1.0 PENGENALAN

Pendekatan belajar melalui bermain merupakan salah satu pendekatan yang diberi penekanan di
dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2017). Melalui pendekatan yang sesuai
dengan peringkat umur kanak-kanak, ianya akan menyediakan satu proses pengajaran dan
pembelajaran yang menyeronokkan (Wastiau, Keaney dan Berghe, 2009). Ianya sering dikaitkan
dengan fokus utama pendidikan prasekolah di Malaysia iaitu menyediakan peluang pembelajaran
yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun.
Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, kanak-kanak akan memperoleh
konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah
rendah (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, 2017).

Pedagogi berasaskan bermain merupakan pendekatan yang sangat signifikan dalam


pembelajaran awal kanak-kanak. Pedagogi berasaskan bermain dalam pembelajaran adalah sangat
relevan kerana ianya berkait rapat dengan perkembangan kognitif, emosi, sosial, bahasa dan
psikomotor (Peirce, 2013). Tahap perkembangan kanak-kanak prasekolah perlu diberi perhatian
khusus dalam setiap aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Selain itu, KSPK juga menekankan
guru prasekolah untuk menggunakan pedagogi berasaskan bermain dengan tahap perkembangan
umur kanak-kanak. Melalui penerapan tahap-tahap perkembangan di dalam setiap aktiviti
pembelajaran, ianya akan lebih berkesan dan memberi makna kepada kanak-kanak tersebut
terutamnya dalam aspek kognitif, bahasa, psikomotor, sosial dan emosi(Peirce, 2013).

2.0 KONSEP BELAJAR MELALUI BERMAIN

Umum mengetahui bahawa, bermain adalah satu aktiviti penting dalam perkembangan kanak-
kanak dan kritikal untuk seseorang kanak-kanak mencapai potensi diri mereka sepenuhnya
(Ginsburg, 2012). Friedrich Froebel (1782-1852) dalam Spodek (2003), mengatakan bermain
adalah sifat semulajadi kanak-kanak. Bermain juga penting untuk perkembangan holistic kanak-
kanak kerana ia menyumbang kepada perkembangan kognitif, fizikal, social dan kestabilan emosi
mereka. Kepentingan bermain dalam pendidikan awal kanak-kanak sudah dikenalpasti akan
keperluan dan kepentingannya ke atas setiap kanak-kanak. Namun sehingga kini penerapan

1
bermain dalam proses PdP khususnya di kelas prasekolah masih dipertikaikan dan perlu
mengaplikasikan dalam kelas.

Strategi pedagogi berasaskan bermain merupakan pendekatan yang berstruktur dan


terancang bagi memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam suasana bebas, selamat,
menggembirakan dan bermakna (KSPK,2017). Pendidikan prasekolah berfokus kepada kurikulum
berpusatkan kepada murid melalui pelbagai aktiviti yang melibatkan murid secara aktif seperti
belajar melalui bermain. Aktiviti bermain di prasekolah dianggap penting kerana melalui bermain
kanak-kanak membina pengetahuan asas (Morrison, 2011). Keperluan mengintegrasikan
pendekatan bermain dalam kurikulum pendidikan awal kanakkanak sudah lama dikenal pasti oleh
pengkaji dalam pendidikan awal kanak-kanak (Bodrova & Leong, 2010). Setiap tokoh dan ahli
psikologi yang terlibat dalam pendidikan awal kanak-kanak seperti Jean Piaget (1951), Lev
Semanovich Vygotsky (1978), dan tokoh-tokoh lain, percaya bahawa bermain ialah aktiviti dan
permainan ialah objek pembelajaran.

Menurut Piaget (1951) kanak-kanak belajar secara aktif menggunakan objek di


sekeliling semasa bermain dan berinteraksi dengan persekitaran. Teori Vygotsky (1978)
mengatakan kemahiran dan pengetahuan kanak-kanak berkembang apabila terlibat dengan
permainan yang dikongsi dengan rakan dan disokong orang dewasa. Proses yang digunakan kanak-
kanak untuk membina pemahaman tentang sesuatu konsep melibatkan interaksi kanak-kanak
dengan bahan (Wortham, 2010). Bermain ialah kaedah pembelajaran kanak-kanak (Getswicki dan
Bertrand, 2011). Pendekatan bermain merangsang kanak-kanak lebih bermotivasi untuk terus
belajar berbanding dengan pendekatan secara langsung (Sharifah Nor & Aliza, 2011).

Dasar pendidikan negara telah meletakan proses pendidikan khususnya pendidikan


prasekolah merupakan asas pendidikan yang penting kepada setiap individu. Berdasarkan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang telah diterbitkan (2013), salah satu aspirasi
sistem pendidikan di Malaysia adalah menyediakan asas pendidikan yang kukuh dari segi
pengetahuan, kemahiran, dan nilai kepada kanak-kanak serta menambah baik kurikulum peringkat
rendah bagi meningkatkan standard kandungan dan pembelajaran setanding dengan standard
antarabangsa. Berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2010), pedagogi yang

2
digariskan adalah bertujuan untuk:(1)penekanan pelbagai pendekatan pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang menyeronokkan: (2) fokus pembelajaran yang berpusatkan kanakkanak
dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang memerlukan mereka menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan dan (3) penekanan penggunaan pusat pembelajaran.

Justeru, pedagogi berasaskan bermain ini ditekankan dalam proses membentuk asas
pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak melalui keseronokan penerokaan ilmu. Pelaksanaan
kurikulum berasaskan bermain berkesan dalam memupuk pembangunan kemahiran kanak-kanak
yang seimbang pada abad ke-21 (Ludlow, 2010). Kemahiran dan pengetahuan kanak-kanak
berkembang baik apabila terlibat dengan aktiviti bermain yang dikongsi dengan rakan dan
disokong oleh orang dewasa (Kamisah & Aini, 2013). Disamping itu, kanak-kanak dapat
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam persekitaran yang bermakna. Lantaran
itu, aktiviti atau pedagogi berasaskan bermain yang diaplikasikan secara berstruktur dikatakan
dapat membantu meningkatkan kemahiran kognitif, sosial, berupaya menjana pemikiran kreatif,
serta meningkatkan motivasi serta tumpuan kanakkanak. Oleh yang demikian, pedagogi
berasaskan bermain di peringkat prasekolah perlu diperkasakan dalam membentuk daya saing
kanak-kanak dari segi pengetahuan dan kemahiran

3.0 PERNYATAAN MASALAH

Berdasarkan pemerhatian pengkaji, aktiviti pembelajaran kanak-kanak pada hari ini banyak
didorong oleh faktor persekitaran dan kaedah pengajaran di dalam bilik darjah yang lebih seronok.
Namun, pedagogi berasaskan bermain sering disalah ertikan dalam aspek penerokaan ilmu untuk
kanak-kanak yang dianggap tidak menekankan aspek akademik dalam pembelajaran. Hal ini
kerana kurangnya pengetahuan dan pendedahan terhadap kepentingan pelaksanaan kaedah ini
dalam aspek perkembangan pembelajaran kanak-kanak

Kajian yang dijalankan oleh Miller dan Almon (2009) menjelaskan bahawa kebanyak guru
prasekolah masih mengabaikan pelaksanaan pedagogi berasaskan bermain kerana tekanan
daripada pihak sekolah yang perlu memenuhi pencapaian cemerlang dari aspek akademik dan
standard pembelajaran meskipun kanak-kanak mengalami masalah dalam literasi dan numerasi.

3
Perkara ini secara tidak langsung menyekat proses pembelajaran kanak-kanak melalui konsep
penerokaan dan bermain dalam mengasah kemahiran dan mengembangkan minat mereka.

Bukan itu sahaja, kini buku dan pelbagai latihan telah mengambil alih kehidupan awal
mereka sebagai kanak-kanak untuk memperoleh pencapaian cemerlang dalam peperiksaan.
Sehubungan itu, kanak-kanak pada hari ini dihalang bermain pada peringkat umur yang terlalu
awal bagi mengelak kegagalan dalam akademik (Whitebread & Bingham, 2013). Hal ini kerana
kejayaan dari segi Pendidikan seseorang kanak-kanak itu cenderung diukur melalui pencapaian
akademik mereka. Fahaman ini menyebabkan aktiviti pembelajaran dan proses pengajaran akan
hanya tertumpu didalam kelas sahaja dan kurangnya penglibatan kanak-kanak terhadap aktiviti
luar bilik darjah yang lebih menyeronokkan bagi mereka.

Kebanyakan ibubapa hari ini hanya memikirkan tentang pencapaian akademik kanak-
kanak kerana aspek kejayaan hanya dipandang dari sudut gred bukan dari sudut afektif, kemahiran
dan nilai yang diperolehi oleh kanak-kanak itu sendiri. Permintaan ibubapa memaksa guru
mengetepikan pedagogi berasaskan bermain di prasekolah. (Nicolopoulou, 2015). Desakan ini
menyebabkan timbulnya fahaman yang salah dalam aspek pembelajaran kanak-kanak dalam
konsep penerokaan ilmu berdasarkan hak bermain yang perlu ditekankan dalam peringkat umur
kanak-kanak yang berada di prasekolah.

4.0 KAEDAH KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk meneroka pedagogi berasaskan bermain ini meningkatkan
perkembangan holistik kanak-kanak prasekolah. Selain itu, kajian ini mengenalpasti elemen-
elemen di dalam pedagogi bermain yang sesuai di aplikasikan dan dipraktikkan terhadap kanak-
kanak di peringkat prasekolah. Berikut merupakan kata kunci yang digunakan dalam proses
pencarian penerbitan kajian-kajian lepas yang sesuai: pedagogi bermain, pedagogi berasaskan
bermain, belajar berasaskan bermain, dan pedagogi prasekolah. Kajian-kajian lepas telah
diperolehi melalui pangkalan data dalam talian seperti ScienceDirect, Web of Science dan Springer
Link. Kriteria berikut telah digunakan untuk mencari kajian-kajian lepas yang releven: (1) kajian
terhadap pedagogi berasaskan bermain; (2) Kajian berfokus kepada kanak-kanak prasekolah; (3)

4
Kajian diterbitkan diantara tahun 2010 sehingga terkini; dan (4) Kajian perlu menyatakan kaedah
atau elemen pembelajaran pedagogi berasaskan bermain. Sebab pemilihan penerbitan kajian yang
bermula dari 2010 hingga sekarang adalah untuk memastikan bahawa kajian-kajian tersebut adalah
terkini dan dikemaskini. Selepas analisis secara kualitatif, satu kajian meta analisis terhadap
pedagogi berasaskan bermain di Prasekolah SK Dato Idris, Kuala Pilah .

5.0 DAPATAN KAJIAN

Terdapat dua artikel yang telah dianalisis iaitu dan “Pedagogi Berasaskan Bermain Di Prasekolah:
Satu Kajian Meta Analisis” oleh Zakiah Mohamad Ashari dan “Perkembangan Main Dalam
Kanak-Kanak Awal”oleh Zaleha Damanhuri.Berdasarkan kajian meta analisis ini, terdapat empat
elemen pedagogi berasaskan bermain di Prasekolah SK Dato Idris, Kuala Pilah.

5.1 Kesesuaian Sumber Dan Bahan Pembelajaran


Berdasarkan pemerhatian pengkaji, pengajaran bahasa dan literasi belajar melalui bermain
menyatakan proses pengajaran dan pembelajaran ialah berpusatkan kanak-kanak, menggunakan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, pembelajaran kontekstual dan
pembelajaran berasaskan projek serta sumber pembelajaran adalah melalui kanak-kanak
memperoleh pendedahan latihan (Sharifah Nor & Aliza, 2011, 2012). Manakala menurut Davies
et al. (2013b) pendidikan dalam pembelajaran dan pengajaran menunjukkan bahawa terdapat
beberapa perkara yang dapat menyokong aktiviti bermain kanak-kanak. Antaranya adalah ruang
dan masa yang fleksibel, pembelajaran diluar kelas atau sekolah dan pendekatan pembelajaran
berasaskan bermain yang berdasarkan bahan pengajaran yang sesuai. Hasil kajian oleh Meihua
dan Karen (2016) menekankan hasil pembelajaran, teori pembelajaran yang digunakan, elemen
dalam rekabentuk permainan, dan impaknya terhadap kumpulan sasaran dalam membangunkan
model pembelajaran berasaskan bermain. Keperluan terhadap modul pengajaran dan pembelajaran
berasaskan pendekatan melalui bermain memerlukan sumber dan bahan yang sesuai untuk
merangsang minat pembelajaran (Dwi Yulianti & Sri, 2012; Samni et al., 2015). Seterusnya, guru
memerlukan sumber dan bahan yang sesuai untuk merangsang pembelajaran bahasa pelajar dan
aktiviti pengajaran perlu mempertimbangkan keupayaan bahasa pelajar kanak-kanak (Aliza &
Zamri, 2015, 2016).

5
5.2 Penerapan Minat, Kreativiti Dan Motivasi
Pembelajaran dan pengajaran melalui bermain menunjukkan bahawa terdapat beberapa perkara
yang dapat menyokong kemahiran kreativiti kanak-kanak (Davies et al., 2013a). Menurut Paisi
(2013) aktiviti bermain dalam kalangan kanak-kanak adalah berdasarkan keperluan, keinginan dan
berbeza mengikut peringkat umur mereka, tanpa mengira bangsa, etnik, tamadun atau budaya.
Berdasarkan kajian Paisi (2013), melalui aktiviti bermain, kanak-kanak dapat belajar,
meningkatkan tahap kreativiti, dan berusaha ke arah aktiviti pembelajaran tanpa letih, lesu atau
bosan. Pembelajaran berasaskan bermain kanak-kanak dalam pembelajaran adalah secara
sukarela, bebas dan keseronokan mereka adalah apabila bersama rakan-rakan mereka iaitu diluar
tekanan dan batasan orang dewasa (Nada, 2014). Seterusnya, Alicia dan Maria Luisa (2014)
menyataan bahawa konsep bermain adalah aktiviti pembelajaran ataupun interaksi sosial yang
dapat meningkatkan minat dan motivasi serta membangunkan pemikiran saintifik dan matematik
kanak-kanak. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira pengalaman sedia ada
kanak-kanak dan pengajaran yang bermakna dan menyeronokkan perlulah merangsang pelbagai
deria kanak-kanak yang dapat meningkatkan tahap kreativiti dan minat mereka (Samni et al.,
2015).

5.3 Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Pembelajaran

Kajian Yulianti dan Sri (2012) melihat keberhasilan pembelajaran sains untuk prasekolah
berdasarkan pedagogi berasaskan bermain dalam meningkatkan aspek kognitif, afektif dan
psikomotor kanak-kanak. Yulianti dan Sri (2012) menitikberatkan perancangan, pelaksanaan,
penyerapan, dan refleksi pembelajaran semasa aktiviti berasaskan bermain hendak dilaksanakan.
Perancangan aktiviti pembelajaran berasaskan bermain perlulah sesuai dengan tahap keperluan
pelajar agar ianya lebih efektif (Davies et al., 2013a).

5.4 Rangsangan Tingkah Laku.


Davies et al. (2013b) melalui kajiannya turut mendapati bahawa melalui pembelajaran berasaskan
bermain, wujudnya hubungan diantara guru dan pelajar (saling hormat-menghormati) dan
meransang tingkahlaku melalui peluang untuk bekerjasama dengan rakan sebaya. Kajian yang
dijalankan oleh Lu Chung Chin dan Effandi (2015) menunjukkan bahawa pembelajaran

6
berasaskan permainan adalah berkesan dalam memupuk tingkah laku pembelajaran positif dan
tingkah laku prososial kanak-kanak. Frekuensi kewujudan tingkah laku prososial yang lebih tinggi
dapat dikesan melalui kanak-kanak prasekolah yang menggunakan pembelajaran berasaskan
permainan berbanding kanak-kanak prasekolah yang menggunkan kaedah tradisional.

6.0 PERBINCANGAN

Selepas selesai membaca dua artikel mengenai pendekatan bermain ini, dapat saya generalisasikan
bahawa kedua-dua artikel ini membincangkan tentang perkembangan main kanak-kanak secara
holistik. Bermain atau permainan ialah fitrah kanak-kanak dan sebahagian daripada dunia kanak-
kanak. Pakar dalam bidang perkembangan kanak-kanak percaya bahawa aktiviti bermain
merangsang fungsi otak yang dapat memupuk perkembangan kognitif, sosial, emosi dan fizikal
kanak-kanak. Oleh hal yang demikian, di Malaysia pendidikan awal kanak-kanak sangat diberi
keutamaan kerana ia adalah asas kepada tahap perkembangan seseorang kanak-kanak. Melalui
aktiviti bermain, seseorang kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan dari aspek kognitif,
fizikal, bahasa, sosial dan emosi (Frost, Bowers & Wortham, 1990). Aktiviti bermain ini
seharusnya mempunyai elemen-elemen perkembangan kanak-kanak selaras dengan kehendak
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Berdasarkan kajian penulis, elemen-elemen
perkembangan seperti kognitif, fizikal, bahasa, sosial dan emosi perlu ditekankan melalui proses
pengajaran dan pembelajaran di prasekolah masing-masing.

Kedua-dua artikel ini memberik banyak pendapat mengenai aktiviti bermain dimana ia
merupakan satu strategi atau pendekatan yang sangat penting dalam pembelajaran awal kanak-
kanak. Pengkaji juga menambah bahawa permainan dalam pembelajaran adalah sangat relevan
kerana ianya berkait rapat dengan perkembangan kognitif, fizikal, emosi, sosial dan bahasa kanak-
kanak prasekolah (Peirce, 2013). Tahap perkembangan kanak-kanak prasekolah perlu diberi
perhatian khusus dalam setiap aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Fakta ini dibuktikan dengan
perkara yang terkandung dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2010) iaitu Standard
Pengajaran dan Pembelajaran Kedua yang memberi penekanan kepada guru prasekolah untuk
menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak yang
berumur antara empat hingga enam tahun supaya tahap perkembangan ini selari dengan umur
kanak-kanak tersebut. Jelaslah kita melihat di sini bahawa pengkaji telah melakukan satu kajian

7
yang terperinci tentang perkembangan main dimana kanak-kanak boleh meningkatkan tahap-tahap
perkembangan melalui aktiviti bermain sekaligus memberi impak yang positif dalam
perkembangan kognitif, fizikal, emosi, sosial dan bahasa kanak-kanak prasekolah.

Jelas di sini bahawa artikel ini menitikberatkan tentang perkembangan kognitif melalui
aktiviti bermain. Perkembangan kognitif menjadi fokus utama dalam Pendidikan Awal Kanak-
kanak kerana keupayaan kognitif mempengaruhi semua aktiviti pembelajaran. Manakala dalam
penulisan jurnal sokongan lain, Piaget (1962) melihat aktiviti bermain yang disediakan dalam
persekitaran kanak-kanak sebagai sebuah penerokaan alam. Teori kognitif Piaget menyatakan
struktur kognitif kanak-kanak dibina sedikit demi sedikit semasa kanak-kanak berinteraksi dengan
persekitaran untuk mencari makna. Pemahaman konsep akan diperoleh melalui penemuan dan
pembinaan semula idea secara aktif. Piaget juga menyatakan bahawa perkembangan berlaku dalam
tahap-tahap yang mengalami perubahan melalui equilibration (penyeimbangan), keadaan di mana
kanak-kanak akan mencari suatu keseimbangan antara perkara yang dialami dalam persekitaran
dengan proses dan struktur kognitif yang dimilikinya. Maka, permainan kognitif dikatakan dapat
membantu kanak-kanak dan memainkan peranan dalam mencapai keseimbangan ini.

Pedagogi berasaskan bermain ini mengandungi permainan kognitif kanak-kanak yang


terbahagi kepada tiga iaitu main berfungsi, main simbolik dan main dengan peraturan, main
konstruktif dan main drama sosiodramatik. Peranan main berfungsi membenarkan kanak-kanak
melakukan perbuatan secara berulang-ulang dalam usaha meneroka sesuatu objek dan mencari
perkara yang boleh dilakukan terhadap objek yang dimainkan. Kanak-kanak dibenarkan bermain
dengan bebas dan berkongsi keseronokan dalam mengasah kemahiran fizikal dan mental dengan
kawalan orang dewasa. Permainan ini sedikit demi sedikit membantu kanak-kanak mencungkil
pengetahuan asas sekaligus meningkatkan perkembangan kognitif.

Permainan bagi meningkatkan perkembangan kognitif iaitu main konstruktif, ia merupakan


permainan yang menggunakan objek dalam melakukan sesuatu penerokaan. Permainan ini berlaku
apabila kanak-kanak mencipta atau membina sesuatu dengan menggunakan objek atau alat
permainan yang dimainkan. Permainan konstruktif perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat
dari konsep permainan yang mudah kepada konsep permainan yang lebih kompleks. Hal ini

8
dilakukan supaya perbezaan tahap permainan yang dilalui oleh kanak-kanak dapat membantu
meningkatkan keupayaan kognitif sewaktu aktiviti bermain dijalankan. Contohnya, penggunaan
blok-blok kayu, tanah liat dan cat dapat membantu kanak-kanak merekacipta binaan mengikut
imaginasi dan kebolehan masing-masing.

Di samping itu, jenis permainan seperti main dramatic ini berlaku apabila kanak-kanak
menggunakan objek atau alat permainan sebagai perwakilan seperti yang diimaginasikan dan
digambarkannya. Contohnya, blok yang diletakkan di atas pinggan mainan dianggap roti yang
telah dibakar untuk menu sarapan pagi. Dalam sosio dramatik pula, kanak-kanak berpura-pura
menjadi satu ahli keluarga yang mempunyai watak masing-masing seperti ibu memasak di dapur,
ayah bekerja di kebun, abang sedang bermain bola dan kakak yang sedang menjaga adik yang
tidur. Manurut Rogers dan Sawyers (1988) dalam Sluss (2005), permainan dramatik ini merupakan
peluang awal bagi kanak-kanak melahirkan idea pemikirannya melalui penggunaan objek gantian
dan tingkah laku. Pada peringkat ini, perkembangan kognitif terjadi apabila kanak-kanak
menggunakan simbol-simbol tertentu untuk meniru perkara sebenar yang dilihat dan dialami di
persekitaran.

Seterusnya, permainan kognitif yang lain iaitu main dengan peraturan. Permainan kanak-
kanak telah disertakan dengan syarat-syarat dan dilakukan secara bersama. Permainan jenis ini
memberi peluang kepada kanak-kanak membina minat bermain dan minat tersebut boleh
digunakan untuk menggalakkan proses pembelajaran (Sluss, 2005). Permainan dengan peraturan
kelihatan lebih kompleks. Peringkat permainan ini memerlukan arahan dan tunjuk ajar yang lebih
jelas supaya dapat memandu kanak-kanak mengaplikasikan objek atau aktiviti dengan betul dan
tersusun. Secara tidak langsung, perkembangan kognitif kanak-kanak terjadi hasil daripada
keperluan menyelesaikan masalah yang diselitkan dalam aktiviti permainan bagi mencapai tahap
pencapaian terbaik.

Selain daripada perkembangan kognitif, kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan


fizikal. Pengkaji dengan jelas menyatakan bahawa aktiviti bermain juga dapat mempengaruhi
perkembangan fizikal kanak-kanak. Sebagaimana yang kita maklumi, perkembangan fizikal dan
estetika yang dinyatakan dalam tunjang KSPK terdiri daripada empat aspek iaitu perkembangan

9
motor halus, perkembangan motor kasar, kesihatan fizikal dan kesihatan persekitaran selamat.
Umum diketahui bahawa, pendedahan awal kemahiran motor halus dan motor kasar melalui
aktiviti permainan fizikal di padang dapat membantu kanak-kanak dalam meningkatkan
perkembangan fizikal mereka.

Dalam membincangkan hal ini, kedua-dua yang telah dianlisis ini menitikberatkan tentang
bagaimana perkembangan fizikal dapat dibina melalui aktiviti permainan fizikal. Lazimya tahap
perkembangan motor kasar kanak-kanak boleh dilihat dan dinilai melalui pemerhatian guru semasa
pelaksanaan aktiviti permainan fizikal di padang. Sebagai contohnya, berlari, melompat,
memanjat, menangkap, menggolek, melambung, menari dan membaling merupakan beberapa
contoh pergerakan motor kasar. Dalam perkembangan kemahiran motor kasar-kanak terdapat dua
jenis kemahiran utama yang perlu diberi peerhatian pada peringkat awal perkembangan.
Kemahiran motor kasar boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kemahiran lokomotor dan
kemahiran kawalan objek. Kemahiran lokomotor adalah kemahiran yang diperlukan untuk
memindahkan badan dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Sebagai contohnya merangkak, berdiri,
berjalan dan melompat. Manakala kemahiran kawalan objek pula adalah kemahiran asas yang
menggunakan alatan seperti membaling, menangkap dan menggelecek. Di sini dapatlah kita
jelaskan bahawa guru prasekolah boleh merancang aktiviti permainan fizikal seperti permainan
bola beracun dan permainan datuk harimau pukul berapa, batu seremban, galah panjang dan polis
pencuri untuk membantu membina koordinasi di antara mata dan tangan sekaligus meningkatkan
perkembangan fizikal kanak-kanak.

Rentetan itu, perkembangan sosial dan emosi dapat dipupuk melalui permainan. Pada
pendapat saya, apabila kanak-kanak berinteraksi antara satu sama lain semasa bermain, kanak-
kanak belajar kemahiran sosial seperti bertolak ansur, bekerja sama dan berkongsi sesuatu (Smidt
2010). Semasa kanak-kanak bermain, mereka bersosial dengan rakan sebaya. Permainan sosial
boleh berlaku dalam kumpulan ataupun individu. Sebagai contoh, apabila kanak-kanak
berinteraksi dengan rakannya dan bertanya ataupun meminjam alat permainan walaupun kanak-
kanak tersebut tidak bermain dengan rakannya itu tetapi akan berlaku juga interaksi sesama
mereka. Maka, bolehlah kita nyatakan di sini bahawa perkembangan sosial seseorang individu
dapat dipupuk melalui aktiviti bermain. Di sini, peranan guru ataupun pengasuh amat penting agar

10
kanak-kanak mematuhi peraturan permainan dengan menunggu giliran bermain, bertolak ansur
dan bekerjasama sesama rakan mereka. Kanak-kanak dapat memiliki amalan sifat mulia dengan
mematuhi peraturan permainan sekaligus meningkatkan perkembangan sosial yang positif.

Sehubungan dengan itu, perkembangan bahasa kanak-kanak melalui aktiviti bermain


juga dapat ditingkatkan dengan pelbagai aktiviti bahasa yang berunsurkan permainan. Kanak-
kanak prasekolah sebenarnya sudah memahami dengan baik tentang bahasa bertulis sebelum
mereka belajar membaca dan menulis secara konvensional lagi (Berk 2008). Kemahiran ini
seterusnya boleh diasah melalui pembelajaran menggunakan aktiviti bersesuaian dengan
keperluan dan perkembangan mereka melalui aktiviti bermain. Aktiviti bermain dapat menarik
minat kanak-kanak untuk terus belajar konsep literasi awal. Apabila kanak-kanak minat untuk
terus belajar, mereka memperoleh kemahiran baharu dan kemahiran ini dapat meningkatkan
perkembangan kanak-kanak pada jangka masa panjang (Cristie & Roskos 2009; Almon 2004).

Manakala dalam penulisan jurnal sokongan lain, Christie dan Roskos (2009) berpandangan
terdapat hubungan aktiviti bermain dengan persekitaran permainan dalam pemupukan kemahiran
literasi. Bahan bacaan bertulis dalam ruang permainan misalnya gerai piza yang diletakkan papan
tanda, menu dan nama pekerja dapat meningkatkan kemahiran literasi dengan berkesan. Bukti juga
menunjukkan persekitaran bermain yang diperkayakan dengan kemahiran literasi dapat
meningkatkan pengetahuan dan perkembangan bahasa kanak-kanak tentang fungsi perkataan
bertulis, keupayaan mengenal perkataan bertulis, keupayaan menggunakan strategi kefahaman
seperti memastikan dan membetulkan sendiri perkataan bertulis yang dilihat. Justeru, kanak-kanak
dapat meningkatkan perkembangan bahasa melalui aktiviti bermain seperti teka teki, word wall
dan sebagainya. Secara keseluruhannya,artikel ini menganalisis dua artikel mengenai elemen
pedagogi berasaskan bermain dan kesannya terhadap perkembangan holistik kanak-kanak
prasekolah.

7.0 CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN

Memang tidak dinafikan bahawa banyak halangan dan cabaran yang terpaksa dihadapi dalam
mencapai seseuatu kejayaan. Tiada kejayaan yang akan datang bergolek. Walauapapun halangan
dan cabaran dalam artikel ini, pastinya akan ada penyelesaian yang positif. Secara keseluruhannya

11
artikel ini membincangkan tentang pedagogi berasaskan bermain dan kesannya terhadap
perkembangan holistik bagi kanak-kanak prasekolah. Berikut adalah cadangan dan
penambahbaikan yang boleh kita dititikberatkan untuk meningkatkan mutu sistem pendidikan
prasekolah di Malaysia. Pada hemat pengkaji, beliau menyatakan bahawa, aktiviti bermain dapat
memberi impak yang mendalam kepada perkembangan holistik kanak-kanak.

Maka guru prasekolah seharusnya merancang perlaksanaan aktiviti bermain dengan


rapi,teliti dan tersusun dengan menitikberatkan kanak-kanak mencapai perkembangan. Aktiviti-
aktiviti bermain ini perlu dirancang untuk pembelajaran dan mencapai potensi yang optimum.
Contoh yang boleh kita diketengahkan ialah seperti aktiviti memanjat, bermain buaian,
menggelongsor, berlari, melompat menggunakan peralatan sukan yang sesuai dengan saiz kanak-
kanak. Aktiviti sebegini merupakan aktiviti yang digemari oleh kanak-kanak. Sebagai guru,
mereka perlu bijak merancang pengajaran yang berasaskan pendekatan bermain supaya setiap
individu kanak-kanak mencapai tahap perkembangan yang normal.

Tambahan lagi, kajian terhadap bidang ini masih lagi kurang di Malaysia. Justeru,
penerokaan dan kajian dalam bidang ini perlu dikembangkan agar dapat memberikan impak positif
dalam proses penambahbaikan sistem pembelajaran kanak-kanak di peringkat prasekolah. Justeru,
kami mencadangkan guru prasekolah sentiasa memuji dengan memberi penghargaan dan memberi
ganjaran kepada kanak-kanak setelah mencapai satu perkembangan. Hal ini adalah untuk
memupuk semangat untuk terus melibatkan diri dalam setiap aktiviti permainan yang dilaksanakan
oleh guru prasekolah. Justeru, kami mencadangkan bahawa guru prasekolah perlu merekod
perkembangan kanak-kanak secara berterusan bagi memastikan kanak-kanak mencapai
perkembangan yang normal. Pentaksiran ini akan membantu guru untuk melapor kepada ibubapa
kanak-kanak tentang perkembangan anak mereka dari semasa ke semasa.

Rentetan itu, bermain dianggap sebagai hak yang perlu diberikan kepada setiap individu
kanak-kanak (Fauziah, 2009). Oleh sebab itu, guru prasekolah, ibu bapa, pengusaha tadika dan
juga masyarakat perlu mengetahui dan memainkan peranan penting agar kanak-kanak mendapat
hak tersebut. Seperti yang dijelaskan dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003) pendekatan
yang harus digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah pendekatan belajar melalui

12
bermain yang membolehkan kanak-kanak melakukan penerokaan dan interaksi dengan ruang
persekitaran, menjalankan permainan secara bebas dan terancang, percubaan ke atas idea mereka
sendiri dan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memberikan tumpuan dan perhatian
melalui aktiviti-aktiviti yang menggembirakan. Lantaran itu, bermain mempunyai hubungan yang
rapat dengan tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) juga menekankan kepada perkembangan kanak-kanak kepada beberapa aspek iaitu intelek,
jasmani, emosi, rohani dan sosial dalam usaha membantu memperkembangkan potensi kanak-
kanak secara optimum. Tuntasnya, Erikson (1950) dan Piaget (1980) menekankan keupayaan
yang berbeza boleh dilakukan kanak-kanak pada tahap yang berlainan. Tahap ini adalah mengikut
perkembangan kanak-kanak dan perkembangan ini dapat diasah dan ditingkatkan melalui aktiviti
bermain dengan mengikut keperluan kanak-kanak.

10.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, terdapat empat elemen pedagogi berasaskan bermain di prasekolah.


Berikut merupakan elemen pedagogi berasaskan bermain di prasekolah yang dapat dikenalpasti:
• Kesesuaian sumber dan bahan pembelajaran
• Penerapan minat, kreativiti dan motivasi
• Perancangan dan pelaksanaan aktiviti pembelajaran
• Ransangan tingkahlaku

Justeru, elemen-elemen ini boleh digunakan oleh pendidik atau guru-guru prasekolah
dalam mengaplikasikan pedagogi berasaskan bermain untuk perancangan dan pelaksanaan aktiviti
pembelajaran. Persekitaran prasekolah dan aktiviti yang bermakna perlu ditingkatkan samada di
dalam atau di luar bilik darjah sebagai inisiatif untuk meningkatkan kemahiran dan minat
kanakkanak secara serentak dan menyeluruh. Sebagai konklusinya, elemen pedagogi berasaskan
bermain ini meningkatkan perkembangan positif kanak-kanak.

13
11.0 RUJUKAN

Berk, L. E. (2003). Child development. Boston: Allyn & Bacon.


Brand, S. T. (2006). Facilitating emergent literacy skills: A literature-based, multiple intelligence
approach. Journal of Research in Childhood Education, Vol. 21(2), 133-148.
Brock, A., Sylvia, D., Jarvis, P., & Olusoga, Y. (2009). Perspectives on play: Leaning for life.
England: Pearson Education Limited.
Fauziah Md. Jaafar (2009). Kepentingan aktiviti bermain di dalam pendidikan prasekolah.
Malaysian Education Deans’ Council Journal, Vol. 3. June 2009. hlm.114-120.
Fromberg, D., P. (1990). An agenda for research on play in early childhood education. Dalam E.
Klugman & S. Smilansky (Eds.), Children’ play and learning: Perspectives and policy
implications. New York: Teacher’s College Press.
Frost, J. L., Bowers, L., & Wortham, S., (1990). The state of American playgrounds. Journal of
Physical Education, Recreation, and Dance. Vol 61 (8), hlm. 18-23.
Hussain Ahmad (1996). Dasar, status pelaksanaan dan masa depan pendidikan prasekolah di
Malaysia. Seminar Kebangsaan Pendidikan Prasekolah. Pulau Pinang: Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1993). Garis panduan kurikulum pendidikan prasekolah.
Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian kurikulum prasekolah kebangsaan. Pusat
Perkembangan Kurikulum: Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2017). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Pusat
Perkembangan Kurikulum: Kuala Lumpur.
Moyles, J. R. (1989). Just Playing? The role and status of play in early childhood education. Milton
Keynes. Philadelphia: Open University Press.
Peirce, N. (2013). Digital Game-based Learning for Early Childhood. Ireland : A State of the Art
Report Learnovate Centre.
Piaget, J. (1962). Play, dreamsand imitation in childhood. New York: Nortan.
Sluss, D., J. (2005). Supporting play: Birth through age eight. Canada: Thomsom Delmar
Learning.
Smidt, S. (2010). Early childhood mathematics (2nd ed.). Boston: Allyn & Bacon

14
Zakiah, M. A., Azlina, M. K., & Yeo, K. J. (2011). Persepsi dan amalan guru novis terhadap
penggunaan pendekatan belajar sambil bermain. Kertas kerja yang dibentangkan dalam
The International Conference on Early Childhood and Special Education (ICECSE) 2011,
10-12 Jun..

15

You might also like