You are on page 1of 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

AMBILAN JUN 2019


SEMESTER 2 TAHUN 4

TUGASAN 3:
Penulisan Laporan Projek Tindakan Penyelesaian Kesan Isu Alam Sekitar
Setempat

Nama Pelajar : AHMAD ZARFAN NAJMI BIN MOHD NASRI


Angka Giliran : 2019312340155
No. Kad Pengenalan : 000726-03-0891
Kumpulan /Unit : PISMPPJ2619
Kod Kursus : LASS 3013
Nama Kursus : PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR
Nama Pensyarah : CIK ROSIDAH BINTI ABDOLLAH
Tarikh Hantar : 12 OKTOBER 2022
Pengakuan Pelajar
Saya sudah membaca dan
dimaklumkan tentang kerja kursus
oleh pensyarah.
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
1
SENARAI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

2
1.0 Tajuk

“ FIT CORNER”

2.0 Pengenalan

Kesedaran mengenai masalah yang dihadapi oleh alam sekitar muncul daripada
keprihatinan terhadap perkara-perkara seperti kualiti air minuman, kesan bernafas dalam udara
yang tercemar, kepupusan hidupan liar dan tumbuhan serta pemanasan global (Hafizah et al.
2013). Dapat kita lihat bahawa banyak aspek yang diperhatikan dalam menerapkan kesedaran
terhadap alam sekitar. Sebagai pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak
(IPGKTAR), terdapat satu subjek yang terdapat dalam senarai yang diambil oleh saya di
semester 8 iaitu Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LAS3013) yang mana subjek ini berfokuskan
dalam menerapkan kepentingan kepada penjagaan alam sekitar dalam diri setiap pelajar
IPGKTAR. Subjek ini sendiri mempunyai tugasan yang mana pelajar perlu laksanakan program
di dalam kampus IPGKTAR agar dapat mengajak para pelajar yang lain sama-sama dalam
menjaga alam sekitar.

Berdasarkan tugasan yang diberikan, saya telah diletakkan dalam kumpulan yang mana
perlu melaksanakan program berkenaan dengan “Health and Weilbeing” iaitu kesihatan dan
kesejahteraan. Kumpulan kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk
membuat tinjauan berkenaan tajuk yang diberikan di sekitar kampus. Kami berpecah agar
memudahkan untuk mencari isu berkenaan dengan kesihatan dan kesejahteraan agar dapat
melancarkan satu program yang sesuai bagi menangani isu yang timbul. Setelah selesai
membuat tinjauan, terdapat beberapa isu yang telah dikenal pasti untuk dijalankan program
agar dapat menangani isu tersebut. Antara isu tersebut itu adalah tidak terdapat simbol
berkenaan dengan dasar untuk hidup sihat, kepentingan mengambil makanan sihat,
kepentingan dalam menjaga keperluan hidup sihat dan banyak lagi. Dari beberapa tinjauan ini,
kumpulan saya yang dianggotai oleh beberapa ahli kumpulan telah merancang program yang
bersesuaian di mana kami melancarkan program “Fit Corner” iaitu untuk membantu pelajar
mengetahui tahap kesihatan mereka. “Fit Corner” ini membantu dalam mengenal pasti sama

3
ada para pelajar di IPGKTAR itu mengalami masalah obesiti, kekurangan berat badan ataupun
mempunyai badan yang sihat.

3.0 Tujuan / Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:

1. Mengenal pasti tahap kesihatan mereka berdasarkan Indeks Jisim Badan (BMI) para
pelajar IPGKTAR.
2. Memberi pendedahan kepada para pelajar IPGKTAR tentang kepentingan dalam
menjaga berat badan yang normal dan sihat.
3. Memberi amaran mengenai kesan sekiranya para pelajar IPGKTAR menghadapi
kekurangan berat badan, lebihan berat badan dan mengalami Obesiti.
4. Menunjukkan kesan akibat daripada tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang
berdasarkan piramid makanan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM).
5. Menunjukkan kesan akibat sekiranya para pelajar IPGKTAR tidak mengamalkan aktiviti
sukan atau riadah setiap hari.

4.0 Bahan / Peralatan

BIL. PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH

(RM) (RM)

1 Penimbang Berat 6 33 198

2 Ukuran Ketinggian 7 - -

(menggunakan kertas terpakai)

3 Laminate Sheet 1 25 25

4 Double Sided Tape 3 2.70 8.10

5 Poster Pengiraan BMI 7 1 7

6 Poster Healthy Living 7 1 7

7 Poster QR Code Google Forms 2 0.5 1

4
Jumlah Keseluruhan RM246.10

Jadual 1: Peralatan yang digunakan

Peralatan yang digunakan

a) Penimbang Berat c) Double Sided Tape

d) Poster Pengiraan BMI

b) Ukuran Ketinggian

e) Poster Healthy Living

c) Laminate Sheet

5
d) Poster QR Code Google Forms

5.0 Proses Terlibat / Aktiviti

Pada 28 September 2022, sebelum kami melancarkan program ini, kumpulan kami
terlebih dahulu membahagikan tugas-tugas setiap ahli kumpulan untuk memudahkan pekerjaan
ketika program ini dijalankan.

Setiap tugasan dan ahli yang bertanggungjawab adalah seperti berikut:

BIL. TUGAS BLOK NAMA

1 Tinjauan mengenai ada / tiada penimbang berat A dan B Alex & Najmi
di setiap blok.
C, D, E, F dan G Amirah,
Aishah,
Jannah, Ida &
Florence
2 Cari tempat untuk dijadikan Fit Corner (letak A dan B Alex & Najmi
penimbang berat, ukuran tinggi, poster cara
C, D, E, F dan G Amirah,

6
kira BMI dan berat badan ideal). Aishah,
Jannah, Ida &
Florence

3 Kumpulkan duit dari setiap blok. A dan B Alex & Najmi

C, D, E, F dan G Amirah,
Aishah,
Jannah, Ida &
Florence

4 Beli penimbang berat dan ukuran tinggi. A, B, C, D, E, F dan G Alex, Najmi,


Amirah,
Aishah,
Jannah, Ida &
Florence
5 Buat poster cara kira BMI dan berat badan A, B, C, D, E, F dan G Alex, Najmi,
Amirah,
Ideal.
Aishah,
Jannah, Ida &
Florence
6 Letak penimbang berat, ukuran tinggi dan A dan B Alex & Najmi
poster cara kira BMI dan berat badan ideal.
C, D, E, F dan G Amirah,
Aishah,
Jannah, Ida &
Florence

Jadual 2: Senarai ahli kumpulan dan tugasan masing-masing

Setelah kami menentukan apa tugasan yang perlu dilakukan setiap ahli kumpulan, kami
mula menjalankan setiap tugasan yang diberikan. Saya dengan Alex yang mana ditugaskan
untuk membeli alat pemberat, terlebih dahulu berbincang dengan ahli kumpulan berkenaan duit
yang akan digunakan untuk membeli setiap peralatan yang diperlukan. Setelah berbincang,
kami sepakat untuk berbincang dengan setiap ketua blok kediaman di IPGKTAR berkenaan
program yang akan kami jalankan, dan kami meminta untuk setiap blok dapat memberi sedikit
duit dari akaun blok sebanyak RM50 untuk satu blok bagi membantu kami membeli setiap
peralatan yang diperlukan. Secara keseluruhan, kesemua duit yang kami dapat adalah

7
sebanyak RM300 kerana blok A tidak ingin membeli penimbang berat. Hal ini kerana, blok A
telah ada yang dibeli warden mereka.

Pada Tarikh 5 Oktober 2022, saya dan Alex mula membeli peralatan yang telah
ditugaskan kepada kami iaitu alat penimbang berat dan laminate sheet untuk digunakan dalam
program ini harga untuk sebuah alat penimbang berat adalah RM33 dan menjadikan harga
keseluruhan bagi alat penimbang berat adalah RM198 bagi 6 alat penimbang berat. Manakala
untuk laminate sheet pula, kami membeli satu bungkus terus yang mana berharga RM28.60.
secara keseluruhan, harga untuk kesemua barang yang saya dan Alex beli adalah RM226.60.
Baki dari duit yang ada telah saya kembalikan kepada Amirah selaku wakil yang menguruskan
berkenaan duit untuk dipulangkan semula kepada blok kediaman.

Setelah itu, pada tarikh 7 Oktober 2022, kumpulan kami mula memasang setiap
peralatan berkenaan “Fit Corner” di setiap blok. Bagi blok A kami memasangnya di kawasan
laluan memasuki blok A atas saranan dari ketua Blok A itu sendiri. Manakala bagi blok B, saya
telah memasang alat tersebut di dalam bilik TV atas saranan ahli-ahli blok yang lain. Setelah
selesai pemasangan semua alat yang diperlukan, kami meminta para pelajar IPGKTAR untuk
menguku kiraan BMI mereka dan mengisinya di dalam Google Form yang diberikan. Setiap
hasil dapatan daripada pengisian pelajar IPGKTAR telah direkodkan sebagai rujukan kami.

6.0 Data / Bukti

a) Resit Penimbang Berat

8
b) Resit Laminate Sheet

C) Pemasangan Alat di Blok Kediaman

d) Data Para Pelajar IPGKTAR Yang Mengisi Google Form

(Bilangan ahli kolej kediaman yang isi)

9
(Data mengenai bilangan ambil yang isi)

(Data BMI pelajar yang isi)

7.0 Perbincangan dan Cadangan Penambahbaikan

7.1 Perbincangan
Berdasarkan data BMI pelajar yang telah isi, majoriti pelajar mengalami berat badan
normal iaitu di antara 18.5 – 24.9 yang mana sebanyak 77.4 peratus daripada bilangan pelajar
yang isi. Namun begitu selebihnya, terdapat pelajar yang mengalami kekurangan berat badan
iaitu sebanyak 12.2 peratus yang mana bacaan BMI mereka kurang daripada 18.5. Setelah itu,
terdapat juga seramai 7.8 peratus pelajar yang mengalami berat berlebihan iaitu bacaan BMI
mereka berada di kawasan 25 – 29.9. Selain itu, terdapat seramai 2.6 peratus pelajar yang
mengalami obesiti yang mana bacaan BMI mereka berada di kawasan 30 – 34.9.

10
Dari bacaan data ini, dapat kita perhatikan bahawa masih terdapat pelajar di IPGKTAR
yang mana tidak mengalami berat badan normal iaitu ada yang terdiri daripada golongan kurang
berat badan, berat badan berlebihan dan obesiti. Bagi pelajar yang mengalami berat badan
berlebihan dan obesiti, saya dapati bahawa antara faktor yang boleh menyebabkan perkara ini
boleh berlaku adalah berpunca daripada pemakanan yang mana tidak makan secara seimbang
berdasarkan piramid makanan. Menurut Norruzeyati et al. (2022), menyatakan bahawa lebihan
berat badan dan obesiti sebagai satu keadaan yang kompleks di mana seseorang individu itu
mempunyai lemak berlebihan. Di samping itu, mereka yang mengalami permasalahan ini
selalunya jarang atau tidak pernah melakukan aktiviti fizikal dan bersukan atas beberapa faktor
yang tersendiri. Maka dari itu, dapat kita perhatikan bahawa pelajar yang mengalami masalah
berat badan berlebihan dan obesiti ini adalah berpunca daripada makan makanan yang tidak
mengikut piramid makanan yang boleh menyebabkan lemak berkumpul dalam badan mereka
serta disebabkan oleh mereka kurang melakukan aktiviti fizikal yang mana secara tidak langsung
lemak dalam badan itu terus terkumpul dan menyebabkan berat badan berlebihan.

7.2 Cadangan Penambahbaikan


Cadangan penambahbaikan yang akan dilakukan bagi pelajar yang mengalami masalah
obesiti adalah dengan menerapkan kepada mereka tentang kepentingan menjaga pemakanan
berdasarkan piramid makanan. Hal ini demikian kerana, masalah lebihan berat badan dan obesiti
akan mempengaruhi aktiviti harian kita. Pelajar mungkin akan merasa cepat lelah apabila
bergerak kerana berat badannya tidak dapat menampung pergerakan mereka. sebagai seorang
pelajar yang merupakan bakal guru, kita mesti mementingkan penjagaan kesihatan dan berat
badan agar tidak tergolong dalam masalah berat badan berlebihan mahupun obesiti. Kerjaya
sebagai guru pada hari ini dapat kita perhatikan sangat mencabar di mana menghadapin banyak
pekerjaan harian melibatkan dalam bilik darjah mahupun luar bilik darjah. Maka dari itu,
cadangan penyelesaian yang pertama adalah dengan menerapkan kepentingan menjaga
pemakanan agar mengikut piramid makanan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia.

Seterusnya, cadangan penambahbaikan yang kedua adalah dengan menjalankan


kempen aktivi berbentuk fizikal. Hal ini demikian kerana, untuk mengajar para pelajar IPGKTAR
yang mengalami masalah berat badan berlebihan agar dapat melakukan aktiviti untuk membakar

11
lemak dalam diri mereka. Aktiviti fizikal yang dijalankan perlu dilakukan dengan aktiviti yang
mudah dijalankan sebelum berubah kepada aktiviti yang lasak. Ini bertujuan untuk memupuk
minat dalam diri mereka agar seronok dalam menjalankan aktiviti fizikal atau sukan yang bersifat
seronok. Makan dari itu, cadangan penyelesaian yang kedua adalah dengan menjalankan
program aktiviti fizikal atau sukan untuk mengajak pelajar yang mengalami masalah berat badan
berlebihan atau obesiti untuk membakar lemak di dalam mereka.

8.0 Kesimpulan

Tuntasnya, dapat saya simpulkan bahawa aktiviti atau program yang saya jalankan
adalah bertujuan untuk menangani masalah healthy living yang ada dalam kampus IPGKTAR
yang berkaitan dengan kesihatan tubuh badan melalui pengukuran BMI. Dari permasalahan
yang timbul, kami menjalankan program “Fit Corner” agar dapat mengenal pasti tahap
kesihatan pelajar-pelajar IPGKTAR tentang berat badan mereka. Tidak dapat dinafikan bahawa
aktiviti ini selaras dengan keinginan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang mana melahirkan
pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Aktiviti ini
selari dengan keinginan FPN yang mana melahirkan pelajar yang sihat dari segi jasmani selaku
pelajar yang bakal menjadi guru pada masa depan.

12
Rujukan

Hafizah et. al.(2013). Kajian Perhubungan Antara Kesedaran Alam Sekitar Dengan Tingkah
Laku Mesra Alam Sekitar Dalam Kalangan Pelajar Universiti; Kajian Kes: Pelajar Tahun Satu
Universiti Putra Malaysia (UPM). Universiti Putra Malaysia.

Norruzeyati et al. (2022). Lebihan Beat Badan Dan Obesiti Dalam Kalangan Kanak-kanak Dan
Remaja: Faktor Risiko Dan Implikasinuya. Journal Of Social Science And Humanities. Vol 18.
No.6 (2021). 161-174. ISSN: 1823-884x.

13

You might also like