You are on page 1of 7

BAHAGIAN A (20 Markah)

Pilih dan bulatkan jawapan yang sesuai.

1. Apakah faktor yang mempengaruhi imbangan tubuh badan?

A Luas tapak sokongan dan jarak titik kontak.


B Bilangan pemain dan kedudukan pusat graviti.
C Luas tapak sokongan, bilangan tapak sokongan dan kedudukan pusat graviti.
D Luas kawasan permainan, bilangan tapak sokongan da jarak titik kontak.

2. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan keseimbangan badan semasa mengumpan


bola?

A Postur badan hendaklah tegak.


B Kedudukan pemain mestilah tepat.
C Pergerakan kaki hendaklah tangkas.
D Mata perlu fokus pada pergerakan bola.

3. Yang berikut merupakan acara sukan olahraga, kecuali

A lompat jauh.
B sepak takraw.
C lari berhalangan.
D merejam objek berbentuk rod.

4. Apakah ciri-ciri peralatan yang boleh digunakan untuk menyelamatkan mangsa


lemas di air?

A Besar dan lebar.


B Panjang dan bertali.
C Ringan dan boleh terapung.
D Ringan dan berbentuk leper.

5. Pada bahagian manakah kadar denyutan nadi bole diambil?

A Pusat
B Perut
C Tapak tangan
D Pergelangan tangan

1
6. Bagaimanakah cara menghargai dan menghormati perubahan fizikal pada orang
lain?

A Mengejeknya.
B Menjauhkan diri daripadanya.
C Bergaul mesra dengannya.
D Membandingkan fizikalnya dengan orang lain.

7. Yang manakah tidak benar tentang peranan keluarga dalam menangani gejala
sosial?

A Ibu bapa perlu meluangkan masa dengan anak-anak.


B Ahli keluarga mestilah mendengar nasihat dan pandangan ahli keluarga lain.
C Keluarga memberikan sokongan moral kepada ahli keluarga yang terlibat dalam
gejala sosial.
D Memarahi ahli keluarga yang terlibat dalam gejala.

8. Apakah kepentingan menyayangi diri sendiri?

A Sentiasa bersikap positif.


B Berkongsi idea dengan orang lain.
C Dapat bekerjasama dengan orang lain.
D Mendapat sokongan dalam melakukan sesuatu perkara.

9. Yang manakah tidak tergolong dalam kumpulan makanan yang perlu diambil
secara sederhana?

A Telur.
B Ayam.
C Bijiran.
D Daging.

10. Yang berikut merupakan gejala kecederaan lebam dan terseliuh, kecuali

A bengkak.
B pendarahan.
C berasa sakit dan lenguh.
D kawasan yang cedera berasa panas.

2
11. Antara berikut, manakah merupakan punca-punca diabetes?

A Pengambilan gula yang tinggi.


B Pengambilan protein yang tinggi.
C Salur darah sempit.
D Keradangan saluran pernafasan.

12. Berikut merupakan kesan diabetes kecuali :

A Berat badan susut secara mendadak.


B Mudah letih dan lesu.
C Penglihatan kabur dan boleh menyebabkan buta.
D Lakukan senaman secara berkala.

13. Apakah cara mewujudkan sokongan yang positif dalam keluarga untuk
menangani gejala sosial?

A Sentiasa membimbing dan tolong-menolong anggota keluarga.


B Melakukan vandalisme.
C Tidak bertegur antara anggota keluarga.
D Sentiasa memberi kata negatif kepada anggota keluarga.

14. Yang berikut merupakan gejala sosial dalam kalangan remaja, kecuali :

A Penyalahgunaan dadah.
B Bergotong-royong.
C Merokok.
D Ponteng sekolah.

15. Antara berikut merupakan punca terseliuh kecuali :

A Terpijak permukaan yang tidak rata.


B Tergelincir akibat lantai licin atau berpasir.
C Mendarat dengan teknik yang tidak betul.
D Berlari dengan teknik yang betul.

16. Apakah punca kecederaan lebam?

A Beriadah.
B Memanaskan badan.
C Minum air batu.
D Terkena hentaman atau hentakan objek keras.

3
17. Berikut merupakan cara menunjukkan rasa kasih sayang, kecuali :

A Menghargai pengorbanan guru.


B Mengejek rakan.
C Menolong nenek menyiram pokok.
D Menziarahi dan mendoakan rakan yang sakit.

18. Berikut merupakan antara situasi pengantunan seksual kanak-kanak kecuali:

A Memujuk kamu berjumpa tanpa pengetahuan sesiapa.


B Menyentuh bahagian tubuh kamu.
C Memberi nasihat dan kata positif.
D Menghantar video atau pesanan ringkas yang menyebabkan kamu kurang selesa.

19. Stres ialah keadaan resah, cemas, tegang dan fikiran terganggu. Berikut
merupakan punca stress kecuali :

A Cepat mengalah.
B Kurang keyakinan diri.
C Pendapat tidak diterima.
D Berbuat baik.

20. Apakah kesan stres terhadap individu?

A Berputus asa dan kesihatan fizikal terganggu.


B Sentiasa tersenyum.
C Ceria bersama keluarga.
D Berfikiran positif.

4
BAHAGIAN B (10 Markah)

Gariskan jawapan yang betul dalam ayat-ayat di bawah.

1. Permainan kategori ( serangan, jaringan ) memerlukan pemain menguasai

kawasan lawan untuk menjaringkan gol.

2. Kemahiran ( menahan,memukul ) bola dengan alat pemukul merupakan satu

helah sewaktu memukul bola.

3. Dalam acara lari berganti-ganti, pelari perlu berlari pantas di laluan lurus dan

( selekoh, bengkok ).

4. ( Bergayut, Putaran ) roda ialah kemahiran memutarkan badan secara sisi dengan

menyentuh lantai serta diikuti dengan pendaratan kaki.

5. Pukulan ( kilas, pepat ) ialah pukulan secara tepat di hadapan badan.

6. ( Melonjak, Mendarat ) di atas pasir gembur semasa melakukan aktiviti melompat

dapat mengurangkan risiko kecederaan.

7. Semasa berlari pantas, murid hendaklah ( merendahkan, meninggikan )

pergerakan lutut.

8. Semasa melakukan aktiviti bergayut, genggaman ( bawah, campuran ) digunakan

untuk bertukar posisi.

9. Fleksi ( kaki, lutut ) ketika mendarat untuk serap daya.

10. Semasa murid melakukan aktiviti bergayut, murid tidak perlu menggenggam

palang terlalu ( longgar, kuat ) agar mudah berayu.

5
BAHAGIAN C ( 6 Markah )

Isikan jawapan yang betul berdasarkan gambar yang diberi.

6
BAHAGIAN D ( 14 Markah )

1. Kelaskan jenis makanan sihat dan makanan tidak sihat. (10 Markah )

MAKANAN SIHAT MAKANAN TIDAK SIHAT

1. 6.

2. 7.

3. 8.

4. 9.

5. 10.

Susu Nasi Minuman Gula-gula Snek


berkarbonat
Sayur-sayuran Ikan Makanan Buah-buahan Pizza
Ringan

2. Nyatakan empat kepentingan pengambilan makanan yang sihat dalam

kehidupan seharian. ( 4 Markah )

A. ….…………………………………………….

B. ….…………………………………………….

C. ….…………………………………………….

D. ….…………………………………………….

You might also like