You are on page 1of 9

__________________________________________________________

UJIAN AKHIR TAHUN


2017
PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 4
TAHUN 2017
Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian:- Bahagian A dan bahagian B

2. Bahagian A mempunyai 20 soalan objektif manakala bahagian B mengandungi 3 soalan subjektif.


Jawab semua soalan.

Kertas ini mengandungi 9 halaman bercetak.

BAHAGIAN A Jawab semua soalan


1. Apakah kepentingan kita melakukan regangan badan sebelum menjalankan aktiviti?

A Agar aktiviti selamat dijalankan

B Supaya kaki dan tangan tidak sakit

C Supaya dapat bermain dengan seronok

D Memastikan badan kita bersedia untuk meneruskan aktiviti

2. Yang manakah aktiviti berikut tidak meningkatkan daya tahan kardiovaskular?

ABerjogging

B Berbasikal

CMenyanyi

D Naik turun bangku

3. Semua aktiviti di bawah melibatkan koordinasi anggota badan, kecuali...

A Meniup belon

B Menaiki basikal

C Meniti atas bangku kayu panjang

D Melambung dan menangkap pundi kacang

Soalan 4 berdasarkan pernyataan di bawah

2
• Menangkis pukulan smesy badminton

• Memulakan acara larian

• Menghalang jaringan bola sepak

4. Aktiviti di atas memerlukan masa tindak balas yang

A Pantas

B Panjang

C Berirama

D Perlahan

5. Fleksibiliti ialah keupayaan seseorang meregangkan................

A Nadi

B Otot

C Mata

D Lengan

6. Sebelum melakukan sesuatu aktiviti sukan, pastikan kita lebih dahulu melakukan
aktiviti ………..

A Lipatan

B Regangan

C Imbangan

D Kecergasan

7. Antara berikut merupakan aktiviti imbangan kecuali ………..

3
A Berbaring

B Dirian kepala

C Imbangan bersandar

D Meniti atas hujung kaki atas bangku gimnastik

8. Acara 4 X 100 meter lari berganti-ganti disertai oleh ………… peserta.

A Dua

B Tiga

C Lima

D Empat

9. Semasa bersenam kita perlu berpakaian seperti berikut kecuali ..........

A Berstoking

B Memakai kasut sukan yang sesuai

C Memakai baju dan seluar sukan yang sendat

D Memakai topi keselamatan semasa berbasikal

10. Semangat kesungguhan boleh dipupuk dengan cara-cara berikut kecuali ....

A Berkeyakinan

B Mudah berputus asa

C Berazam untuk berjaya

D Berlatih mengikut jadual

11. Mengapakah kita perlu melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular?

A Untuk menguatkan otot jantung

4
B Untuk membina ketahanan otot

C Untuk meningkatkan daya tindak balas

D Untuk melancarkan sistem penghadaman

12. Aktiviti-aktiviti yang berikut dapat meningkatkan daya tahan otot kecuali ……

A Skipping

B Mendagu

C Bangkit tubi

D Bermain catur

13. Apakah aktiviti yang dapat membina kekuatan otot tangan?

A Lari berpagar

B Gayut palang

C Memanjat tangga

D Bermain bola sepak

14. Berikut ialah aktiviti yang memerlukan masa tindak balas yang pantas kecuali ...

A Memulakan acara larian

B Berjoging atau lari jarak jauh

C Menghadang rejaman dalam permainan bola tampar

D Menghalang jaringan gol dalam permainan bola sepak

15. Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan?

A Kebolehan mengawal diri daripada melakukan aktiviti yang tidak sihat

B Kebolehan seseorang mengawal diri semasa berada dalam keadaan kecemasan

5
C Kebolehan mengawal perasaan daripada melakukan kerja yang berfaedah

D Kebolehan mengawal atau mengekalkan kestabilan diri semasa melakukan aktiviti

16. Aktiviti berlari naik turun tangga adalah untuk menguatkan kecergasan fizikal dari segi …….

A Fleksibiliti

B Imbangan

C Kardiovaskular

D Komposisi tubuh badan

17. Apakah cara yang paling baik melakukan aktiviti senaman secara berterusan?

A Bersenam seminggu sekali

B Bersenam pada masa lapang

C Menyediakan jadual senaman mingguan

D Bersenam pada waktu pendidikan jasmani di sekolah

18. Otot jantung yang kuat dapat…….

A Meningkatkan kadar nadi

B Mengelakkan jantung berlubang

C Membuat jantung membesar dengan cepat

D Mengepam darah ke seluruh badan dengan efisien

19. Aktiviti mengelecek , menahan dan menendang bola terdapat dalam permainan …….

A Bola sepak

B Bola baling

C Bola jaring

D Ping pong

6
Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah.

20. Apakah gelaran untuk pemain ini?

A Penjaga gol

B Pengutip bola

C Penjaga masa

D Penangkap bola

BAHAGIAN B Jawab semua soalan

A. Namakan aktiviti yang ditunjukkan di dalam gambar.

7
( 10 markah )

B. Namakan bahagian-bahagian khemah di bawah.

5.

Pancang

8
Pintu dan jaring

Lantai

Kerangka

Helaian penutup

( 10 markah )

C. Tulis betul atau salah bagi pernyataan yang berikut.

1. Kita hendaklah mematuhi arahan guru semasa menjalankan


aktiviti di padang.

2. Aktiviti gulingan perlu dijalankan di atas tilam gimnastik.

3. Ketingting kapal terbang merupakan salah satu permainan


padang.

4. Pastikan alatan berada dalam keadaan yang baik dan selamat


digunakan.

5. Semakin kecil tapak sokongan, semakin stabil seseorang itu.

(10 markah)
KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like