You are on page 1of 5

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2023

SKEMA JAWAPAN
BAHASA MELAYU
SKEMA BAHASA MELAYU TAHUN 4

BAHAGIAN A

1. C 6. C
2. D 7. B
3. A 8. D
4. B 9. A
5. D 10. C

BAHAGIAN B

Soalan 1
a) menjadi peserta termuda dan atlet wanita tunggal yang mewakili negeri Selangor.
b) Seorang murid perempuan, Siti Nuraisyah Sahrin, Berjaya merangkul pingat perak
dalam Kejohanan Powerlifting Sirkit Akhir Kebangsaan 2019 di Pusat
Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Soalan 2
a) Kejohanan sukan tersebut akan berlangsung selama tiga hari.
b)
(i) Setiap sekolah boleh menghantar 4 pasukan.
(ii) Terbuka kepada murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

Soalan 3
Sekiranya saya Zamri, antara Langkah yang boleh saya lakukan untuk mengelakkan
keracunan makanan ialah memastikan makanan diselia dengan baik. Selain itu, saya akan
memilih bahan mentah yang segar.
[27 patah perkataan]
(Atau jawapan lain yang boleh diterima)
BAHAGIAN C

Antara faedah bersukan terhadap murid ialah dapat memastikan badan cergas otak cerdas.
Selain itu, murid terhindar daripada penyakit berbahaya seperti hipertensi, diabetes dan
obesiti. Di samping itu, murid dapat mendisiplinkan diri, iaitu menepati masa. Murid juga
terhindar daripada melakukan perkara negatif apabila memanfaatkan masa senggang
dengan bersukan.
[45 patah perkataan]
(Atau jawapan lain yang boleh diterima)

BAHAGIAN D

Hari ini hujung minggu. Saya dan keluarga tidak ke mana-mana kerana cuaca mendung.
Perancangan asal ayah untuk membawa kami ke Pulau Pangkor dibatalkan. Oleh itu, setiap
ahli keluarga bebas melakukan sebarang aktiviti di rumah.
Saya sedang membetulkan bingkai gambar yang senget di dinding. Ayah membaca
surat khabar di sofa. Kakak pula mengajar Amir dan Amira membaca buku di meja. Amirul
sedang tidur di dalam buaian. Ibu sedang melipat pakaian berhampiran buaian.
Sementara kami melakukan aktiviti masing-masing, pembantu rumah kami telah
menyediakan juadah petang. Dia membuat kuih tradisional dan membancuh teh untuk kami
sekeluarga.
[86 patah perkataan]
(Atau jawapan lain yang boleh diterima)
SKEMA BAHASA MELAYU TAHUN 5

BAHAGIAN A

1. C 6. C
2. A 7. D
3. B 8. C
4. B 9. A
5. B 10. A

BAHAGIAN B

Soalan 1
a) Ibu bapa perlu mengingatkan anak mereka tentang kepentingan menjaga
keselamatan di jalan raya agar keselamatan anak terjamin.
b) (i)
(ii)
c) Pengguna jejantas perlu digalakkan supaya murid melintas jalan dengan selamat.

Soalan 2
Pada pendapat saya, antara tanggungjawab anak-anak ialah menjaga perasaan ibu bapa.
Misalnya, bertutur dengan Bahasa yang sopan dan lemah lembut. Anak-anak juga perlu
manjaga kebajikan ibu bapa apabila mereka tua.
[27 patah perkataan]
(Atau jawapan lain yang boleh diterima)

BAHAGIAN C

Antara kebaikan bergotong-royong ialah dapat mengindahkan persekitaran. Selain itu, dapat
menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes seperti tayar, tin dan pasu bunga.
Gotong-royong juga menjadi salah satu alat untuk mengukuhkan perpaduan. Hal ini
demikian kerana setiap ahli masyarakat yang terlibat akan saling bekerjasama. Malahan,
masyarakat dapat hidup dalam keadaan sejahtera.
[46 patah perkataan]
(Atau jawapan lain yang boleh diterima)
BAHAGIAN D

Pelbagai cara gaya hidup sihat yang boleh kita amalkan. Antaranya, kita perlu minum air
secukupnya sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk kesegaran badan.
Selain itu, kita harus melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
supaya badan cergas, otak cerdas. Di samping itu, kita mesti makan makanan berkhasiat
seperti banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Seharusnya, kita wajar berjumpa doctor dua kali setahun untuk mengetahui tahap
kesihatan tubuh badan kita. Kesimpulannya, murid perlu mengamalkan gaya hidup sihat
supaya mereka mudah untuk menuntut ilmu pengetahuan.
[77 patah perkataan]
(Atau jawapan lain yang boleh diterima)

You might also like