You are on page 1of 2

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

Tema : Penyelenggaraan Dan Kesinambungan Hidup


Standard Kandungan : 3.2 Kepentingan gizi seimbang
Standard Pembelajaran : Membuat kajian dan mewajarkan kepentingan gizi
seimbang, senaman dan gaya hidup yang sihat dalam
mengekalkan kesihatan badan.

SOALAN

Obesiti dalam kalangan murid sekolah semakin meningkat di Malaysia. Ini sangat berkaitan
dengan cara pemakanan yang tidak betul dan gaya hidup. Jalankan satu kajian ke atas
masalah obesiti dalam kalangan murid di sekolah masing-masing.

* Kerja kumpulan (3-4 pelajar)

Cadangan Langkah-Langkah Penghasilan Projek:

1) Sediakan satu soal selidik online berkaitan masalah obesiti dalam kalangan murid di
sekolah anda (boleh menggunakan Google Form). Soal selidik anda perlulah mempunyai
maklumat-maklumat berikut;
a) Makanan yang kerap dimakan selain daripada makanan utama (nasi) .
b) Aktiviti yang dijalankan sewaktu riadah atau pada waktu petang
c) Tinggi
d) Berat
e) BMI

2) Laksanakan kajian (sekurang-kurangnya 20 responden – responden mestilah terdiri


pelajar-pelajarTingkatan 1- Tingkatan 5 di sekolah anda).

3) Bentangkan analisis kajian anda di dalam kelas Sains sama ada dalam bentuk graf atau
mana-mana bentuk data yang sesuai dengan menggunakan perisian Ms Powerpoint
aplikasi-aplikasi lain yang sesuai.

4) Berdasarkan dapatan anda, binagraf palang atau carta bar menggunakan maklumat
yang diperolehi.

5) Berdasarkan dapatan dan maklumat dalam graf palang,

a. Adakah pelajar SMK Bidor mengambil menu yang seimbang?


b. Adakah Pelajar SMK Bidor mempunyai risiko yang besar untuk mengalami obesiti?
Terangkan jawapan anda.
c. Adakah pelajar SMK Bidor pelajar yang aktif? Terangkan jawapan anda.
d. Cadangkan satu langkah penyelesaian yang boleh diambil oleh pelajar-pelajar untuk
mengelakkan masalah obesiti daripada berlaku di SMK Bidor.
e. Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia telah dilanda wabak Covid-19 sejak tahun
2020.Sehingga 21 September 2021, Malaysia telah mencatatkan 24078 kematian.
Adakah obesiti merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kematian kepada pesakit
covid-19?
Jelaskan jawapan anda.

You might also like