You are on page 1of 17

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

AMBILAN JUN 2019


SEMESTER 2 TAHUN 1

TUGASAN 1:
LAPORAN AMALI

Nama Pelajar : AENNDY ALEXY BIN JASLI


: FLORENCE BINTI ISTEM
Angka Giliran : 2019312340135
: 2019312340141
No. Kad Pengenalan : 001015-12-0609
: 000412-12-1416
Kumpulan /Unit : KELAS PISMP PJ1619
Kod Kursus : PJMS3043
Nama Kursus : ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA
Nama Pensyarah : ENCIK QUEK EEU LEN
Tarikh Hantar : 8 MAC 2020

Pengakuan Pelajar
Saya sudah membaca dan
dimaklumkan tentang kerja kursus
oleh pensyarah.
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
SENARAI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat


SENARAI KANDUNGAN 2
LAPORAN AMALI 1 3-5
LAPORAN AMALI 2 6-9
LAPORAN AMALI 3 10-15
KESIMPULAN 15
RUJUKAN 16

2
LAPORAN AMALI 1

TAJUK

Tindakan Refleks (Reflex Action)

PENGENALAN

Berdasarkan pemerhatian yang telah kami lakukan, tindakan refleks (reflex action) ini
merupakan gerak balas terhadap sesuatu rangsangan (stimulus) yang berlaku secara pantas
(rapid) dan automatik. Hal ini kerana tindakan refleks ini tidak memerlukan impuls untuk
dihantar ke otak. Tindakan refleks ini merupakan tindakan luar kawal yang berlaku kepada
manusia dan dikawal oleh medula oblongata. Di samping itu, tindakan refleks tidak perlu
dipelajari dan biasanya berlaku tanpa disedari. Terdapat beberapa contoh tindakan refleks
yang berlaku dalam kehidupan harian manusia, antaranya ialah menarik tangan apabila
tersentuh seterika panas, sentakan lutut, degupan jantung, perubahan saiz anak mata,
peristalsis, rembesan peluh, pernafasan dan kerdipan mata.

LAKARAN ARKA REFLEKS

Gambar rajah 1.0

3
Tindakan refleks ini berkaitan dengan tiga jenis neuron yang merupakan unit asas sistem
saraf. Neuron berfungsi untuk menerima dan menghantar impuls (isyarat elektrik).
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan dalam tindakan refleks, impuls dihantar dengan
pantas dari reseptor melalui neuron deria (sensory neurone) ke saraf tunjang (spinal cord). Di
dalam saraf tunjang, impuls melintasi neuron perantaraan (relay neurone) sebelum keluar dari
saraf tunjang melalui neuron motor dan kemudian menuju ke efektor lalu menghasilkan gerak
balas. Lintasan impuls sedemikian dikenali sebagai arka refleks (reflex arch). Urutan lintasan
yang dilalui oleh impuls dalam tindakan refleks adalah seperti pada Gambar rajah 1.0.

Dalam tindakan refleks yang telah dianalisis, terdapat beberapa istilah sains yang berkaitan
dengan tindakan refleks ini. Antaranya ialah reseptor yang merupakan sekumpulan sel
tertentu pada organ deria yang dapat mengesan rangsangan. Reseptor terletak pada organ
deria seperti mata, hidung, telinga, kulit dan organ khas. Selain itu, jirim putih pula ialah yang
boleh didapati pada bahagian luar saraf tunjang dan terdiri daripada gentian-gentian saraf.
Jirim putih ini kelihatan berwarna putih kerana kehadiran salut mielin pada gentian saraf.
Terdapat juga jirim kelabu yang berbentuk huruf H yang terdapat di bahagian tengah saraf
tunjang. Jirim kelabu ini terdiri daripada badan sel. Jirim kelabu ini mempunyai ruang sempit
yang dilalui oleh impuls yang bergerak dari akson sesuatu neuron ke neuron lain, ianya
dikenali sebagai sinaps. Sinaps ini berfungsi untuk memastikan impuls bergerak satu arah
saja. Seterusnya, efektor pula ialah sel atau organ yang bergerak balas terhadap rangsangan
yang diterima. Contohnya, otot dan kelenjar.

4
FUNGSI TINDAKAN REFLEKS

Gambar rajah 1.1

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan secara terperinci, fungsi yang dapat dikenalpasti
bagi tindakan refleks ini ialah membolehkan gerak balas yang sangat pantas terhadap
perubahan persekitaran luar dan dalam. Hal ini demikian kerana tindakan refleks ini
melibatkan organ deria manusia yang membolehkan manusia mengesan suatu perubahan
yang berlaku di persekitaran dengan pantas. Sebagai contohnya ialah tindakan refleks
menarik tangan apabila tersentuh benda tajam atau cerek yang panas. Melalui tindakan ini, ia
hanya akan memberikan kesan jangka pendek yang tidak menjejaskan keselamatan
manusia. Selain itu, tindakan refleks ini juga mengelakkan diri daripada kecederaan. Hal ini
kerana melalui tindakan refleks, manusia dapat bertindak dengan cepat apabila berlaku
sesuatu yang membahayakan tubuh badan. Seterusnya, tindakan refleks ini berlaku secara
spontan (automatic). Tindakan spontan ini adalah disebabkan oleh hasil penghantaran impuls
yang cepat. Dalam tindakan refleks ini, terdapat sejenis tindakan yang istimewa iaitu sentakan
lutut. Hal ini demikian kerana arka refleks bagi sentakan lutut ini tidak melibatkan neuron
perantaraan.

5
LAPORAN AMALI 2

TAJUK

Sistem Kitaran Pulmonari dan Sistemik

PENGENALAN

Berdasarkan pemerhatian yang telah kami lakukan, sistem kitaran pulmonari (paru-paru) dan
sistem sistemik (badan) merupakan sistem peredaran darah yang bersambung dengan
jaringan arteri dan vena. Jantung merupakan enjin utama yang menggerakkan sistem ini
dimana ia mengepam darah ke seluruh tubuh badan dan tisu-tisu badan manusia. Sistem
peredaraan darah ini terdiri daripada kitaran darah beroksigen dan tidak beroksigen. Dalam
hal ini, darah membekalkan badan dengan gas beroksigen dan nutrien yang diperlukan tubuh,
kemudian menyingkirkan bahan akhir hasil metabolisme dan gas karbon dioksida daripada
tubuh manusia.
STRUKTUR SISTEM

Gambar rajah 2.0

Terdapat 3 struktur utama jantung iaitu atrium, ventrikel dan injap. Berdasarkan pemerhatian
yang telah kami lakukan, terdapat dua ruang atas iaitu atrium yang mempunyai dinding otot
yang nipis dan kedua-dua ruang ini dipisahkan antara satu sama lain oleh septum interatrial.
Manakala dinding otot yang membentuk dua ruang bawah iaitu ventrikel adalah lebih tebal.

6
Septum interventrikel terdapat di antara kedua-dua ventrikel. Atrium berperanan sebagai
ruang penerima darah manakala, ventrikal bertindak sebagai pam yang mengepam keluar
darah yang diterima dari atrium. Atrium kanan berfungsi sebagai penerima darah yang kurang
beroksigen daripada tisu-tisu tubuh. Manakala, atrium kiri bertindak sebagai penerima darah
yang kaya dengan oksigen dari paru-paru. Selain itu, ventrikel kanan berfungsi mengepam
darah ke paru-paru dan ventrikel kiri mengepam darah ke seluruh bahagian tubuh badan
manusia.

Gambar Rajah 2.1 Sistem Pulmonari

Sistem peredaran darah pulmonari (pulmonary circulation) terdiri daripada paru-paru yang
merupakan satu-satunya organ yang terlibat dalam peredaran darah pulmonari ini.
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, darah yang mengandungi kurang oksigen dan
banyak karbon dioksida mengalir ke arteri pulmonari ke dalam paru-paru. Kemudian, darah
yang mengandungi banyak oksigen pula mengalir semula ke jantung melalui vena pulmonari.
Peredaran darah pulmonari bermula dari dalam atrium kanan yang kemudiannya mengalir ke
dalam ventrikel. Darah kemudian dipam ke dalam arteri pulmonari dan terus ke dalam kapilari
pulmonari. Peredaran darah ini merupakan bahagian dimana berlakunya pertukaran gas
respirasi diantara oksigen dan karbon dioksida. Darah akan menyingkirkan karbon dioksida
dan dibekalkan dengan oksigen. Darah beroksigen ini kembali semula ke dalam atrium kiri
melalui vena pulmonari.

7
Gambar Rajah 2.2 Sistem Sistemik

Sistem peredaran sistemik pula bermula di dalam atrium kiri. Dalam sistem peredaran ini,
darah dipam oleh ventrikel kiri ke dalam aorta untuk mengagihkan darah yang mengandungi
banyak oksigen ke seluruh tubuh manusia. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, sistem
peredaran sistemik ini terdiri daripada dua jenis injap, iaitu injap atrium-ventrikel (AI) dan injap
semilunar (SI). Injap atrium-ventrikel terletak diantara antrium dan ventrikel yang bertujuan
untuk mengelakkan aliran semula darah dari ventrikel ke dalalm atrium. Injap atrium-ventrikel
ini pula terbahagi kepada dua, iaitu injap tricuspid sebelah kanan dan injap mitral sebelah kiri
jantung. Di samping itu, injap semilunar pula terletak dimana darah akan meninggalkan
ventrikel yang bertujuan untuk mengelakkan aliran semula darah ke dalam jantung. Injap di
antara ventrikel dan arteri pulmonari di sebelah kanan dikenali sebagai injap pulmonari,
manakala injap diantara ventrikel dan aorta di sebelah kiri dikenali sebagai injap aorta.
Di bahagian kanan jantung, darah mengalir melalui injap trikuspid yang terletak diantara
atrium kanan dan ventrikel kanan. Manakala, di bahagian kiri jantung pula darah mengalir
diantara atrium kiri dan ventrikel kiri melalui injap mitral. Injap mitral juga dikenali sebagai
injap bicuspid kerana mempunyai dua kelopak. Darah akan mengalir dari ruang atas ke dalam
ruang bawah apabila injap-injap ini terbuka. Oleh itu, injap-injap ini dikawal oleh perubahan
tekanan darah di dalam setiap ruang.

8
FUNGSI SISTEM

Gambar rajah 2.1

Fungsi yang dapat dikenalpasti hasil daripada pemerhatian pada jantung ialah menyediakan
oksigen keseluruh tubuh dan membersihkan tubuh dari hasil metabolisme iaitu karbon
dioksida. Jantung melaksanakan fungsi tersebut dengan mengumpulkan darah yang
kekurangan oksigen dari seluruh tubuh dan memompanya ke dalam paru-paru, dimana darah
akan mengambil oksigen dan membuang karbon dioksida yang kemudiannya mengumpulkan
darah yang kaya oksigen dari paru-paru dan mengepamnya ke saluran darah di seluruh
tubuh. Seterusnya, jantung juga menjana dan mengekalkan tekanan darah di dalam tubuh
badan seseorang individu. Denyutan jantung akan menjana tekanan darah dan seterusnya
mengalirkan darah ke seluruh tubuh. Selain itu, jantung juga berfungsi membawa bekalan
darah ke tisu. Kadar denyutan jantung yang berbeza akan membuatkan jumlah darah yang
dialirkan berbeza. Contohnya semasa bersukan dan semasa keadaan rehat. Semasa
bersukan, lebih banyak darah yang akan dialirkan berbanding semasa berada dalam keadaan
berehat.

9
LAPORAN AMALI 3

TAJUK

Laporan secara analitik laporan amali “Multi Stage Run”


Bleep Test

10
PENGENALAN

Berdasarkan pemerhatian yang telah kami lakukan, amali Multi Stage Run atau lebih
dikenali sebagai Bleep Test merupakan salah satu ujian yang dicipta dan dilaksanakan di
mana-mana sekolah pengajian rendah atau pun pengajian tinggi serta pusat-pusat sukan
di seluruh dunia untuk menilai tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular seseorang
ataupun, digunakan oleh seseorang jurulatih untuk menganggarkan VO2 max
(pengambilan oksigen maksimum) seseorang atlet. Ujian ini telah dicipta pada tahun 1982
oleh Luc Leger dan telah diterbikan serta ditambahbaik oleh University of Montreal pada
tahun 1983 dengan menetapkan peraturan Latihan tersebut bahawa, larian pertama
dimulakan dengan kelajuan 8 km/h dalam peringkat masa 2 minit. Pada tahun 1988,
Latihan ini telah diterbitkan semula oleh European Journal of Applied Physiology dalam
bentuk yang digunakan sehingga sekarang iaitu memulakan larian dengan kelajuan 8.5
km/h dalam jangka masa 1 minit yang sepatutnya dengan melakukan larian ulang-alik
dalam jarak 20 meter. Latihan ini bertujuan untuk menilai kecergasan aerobik yang
berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular seseorang.

MULTI STAGE RUN

Gambar Rajah 3.0

Multi Stage Run dijalankan menggunakan beberapa peralatan yang sesuai seperti kon,
pita pengukur, audio beep ujian, pemain audio dan juga kawasan yang lapang berukuran
20 meter. Prosedur untuk menjalankan latihan ini adalah setiap peserta akan berdiri dan
bermula di salah satu garisan kon yang telah disediakan seperti dalam Gambar Rajah
3.0. Kemudian, peserta perlu berlari mengikut rentak ataupun arahan audio beep yang

11
telah ditetapkan dan digunapakai di seluruh dunia. Seterusnya, peserta juga harus
sampai ke kon yang seterusnya sebelum arahan ataupun bunyi beep yang seterusnya
dibunyikan. Apabila peserta sudah melepasi ataupun sampai ke kon yang seterusnya
dengan lebih awal, peserta tersebut haruslah menunggu bunyi beep yang seterusnya
untuk memulakan larian yang baharu. Setiap tahap ataupun peringkat arahan bunyi
bipbapaaudiabip tersebut mempunyai kadar kelajuan yang berbeza. Oleh hal yang
demikian, setiap bunyi beep yang dikeluarkan itu mempunyai rentak kelajuan yang
berbeza. Oleh itu, peserta juga haruslah mengikuti rentak kelajuan bunyi beep tersebut
jika ingin mencapai markah ataupun tahap yang maksimum di dalam ujian Multi Stage
Run ataupun ujian Bleep Test ini.

CONTOH TAHAP PENCAPAIAN SESEORANG PESERTA DAN CARA PENGIRAAN


NADI Vo2Max PESERTA

Tahap pencapaian Lelaki Perempuan


Sangat baik >13 >12
Sangat bagus 11-13 10-12
Baik 9-11 8-10
Sederhana 7-9 6-8
Lemah 5-7 4-6
Sangat lemah <5 <4

Jadual 3.1

Jadual 3.1 di atas merupakan skor pemarkahan yang akan dicapai oleh seseorang
peserta apabila mengikuti ujian Multi Stage Run Bleep Test ini. Tahap pencapaian yang
terbaik atau level yang tertinggi apabila mengikuti ujian latihan ini adalah level 13 dan ke
atas bagi lelaki dan juga level 12 dan ke atas bagi perempuan. Seseorang peserta yang
dapat mencapai tahap pencapaian bermula daripada level 7 hingga 13 dan ke atas bagi
kedua-dua jantina merupakan peserta yang mempunyai tahap daya tahan kardiovaskular
yang tinggi. Hal ini bermaksud peserta tersebut menjalankan latihan hariannya dalam
meningkatkan daya tahan kardiovaskular tersebut berkesan. Manakala, peserta yang
mecapai level 6 dan ke bawah perlu menambah baik dan mempertingkatkan lagi latihan
daya tahan kardiovaskular yang dijalankan setiap hari. Pengiraan kadar nadi latihan bagi
peserta adalah dengan menggunakan formula Karvonen seperti yang ditunjukkan berikut:

12
Rumus Kadar Nadi Rehat (kadar nadi sebaik selepas bangun pagi dalam keadaan rehat)

Kadar nadi seminit (beats/min) = jumlah kadar nadi 10 saat x jumlah kadar nadi

Rumus Kadar Nadi Maksimum (kadar nadi tertinggi yang boleh dicapai berdasarkan
anggaran dari umur)
KNM = 220 - umur (mengikut tahun)

Formula Karvonen untuk mengira Kadar Nadi Latihan (kadar nadi yang ditetap sebagai
sasaran berdasarkan peratusan intensiti latihan)

KNL = [ (KNM – KNR) x % intensiti ] + KNR

Nama Peserta Kadar Nadi Rehat Intensiti Kadar Nadi Selepas


(beats/min) Latihan (%) Larian
(beats/min)
Florence 70 60 148
Yen 65 60 146

Jadual 3.2

Pengiraan kadar nadi selepas larian kedua-dua peserta yang berumur 20 tahun:

1. Peserta Florence
KNL = [ (KNM – KNR) x % intensiti] + KNR
KNL = [ ((220-20) – 70) x 60/100] + 70

13
= [ (200 – 70) x 0.6 ] + 70
= [ 130 x 0.6 ] + 70
= 78 + 70
= 148 beats/min

2. Peserta Yen
KNL = [ (KNM – KNR) x % intensiti] + KNR
KNL = [ ((220 – 20) – 65) x 60/100] + 65
= [ (200 – 65) x 0.6] + 65
= [ 135 x 0.6] + 65
= 81 + 65
= 146 beats/min

Berdasarkan Jadual 3.2 kedua-dua peserta yang bernama Florence dan Yen mempunyai
kadar nadi latihan yang berbeza mengikut kepada dapatan data dalam jadual tersebut
selepas mereka melakukan ujian amali Multi Stage Run. Antara sebab untuk
mendapatkan kadar nadi latihan selepas latihan adalah untuk mengetahui latihan ataupun
senaman yang dijalankan oleh seseorang itu mencapai tahap denyutan nadi yang
sepatutnya agar latihan tersebut memberikan kesan kepada tubuh badan dan juga
membantu meningkatkan daya tahan kardiovaskular seseorang. Ujian amali Multi Stage
Run ini merupakan salah satu ujian yang boleh dijalankan untuk mengetahui dan
mendapatkan tahap kadar nadi latihan yang sepatutnya dicapai oleh seseorang apabila
ingin melakukan sesuatu senaman yang sesuai bagi dirinya kerana, setiap orang
mempunyai kadar nadi latihan yang berbeza. Jika kita lihat daripada kedua-dua peserta
yang melakukan ujian Multi Stage Run ini, didapati bahawa Florence perlu melakukan
latihan ataupun senaman yang lebih banyak jika menggunakan intensiti latihan sebanyak
60% sahaja berbanding peserta bernama Yen. Hal ini kerana, Florence mempunyai kadar
nadi latihan yang lebih tinggi berbanding Yen iaitu lebih kurang 148 beats/min tetapi tidak
melebihi 199 beats/min agar objektif latihan yang dilakukan olehnya lebih tercapai.

Seterusnya, kadar nadi maksimum pula perlu diambil dan diketahui oleh semua orang
yang kerap bersenam ataupun baru sahaja ingin bersenam kerana, untuk mengetahui
tahap maksimum denyutan jantung yang boleh dilakukan oleh individu tersebut.
Berdasarkan kepada kedua-dua peserta di atas, mereka tidak boleh melebihi 200
beats/min kerana kadar nadi maksimum bagi kedua-dua peserta tersebut adalah 200

14
beats/min. Jika intensiti latihan yang dijalankan oleh kedua-dua peserta tersebut melebihi
200 beats/min, jantung mereka akan terlalu terbeban untuk mengepam darah dengan
terlalu cepat ke seluruh badan sehingga boleh menyebabkan kecederaan pada sistem
kardiovaskular mereka. Hal ini juga boleh menyebabkan peserta tersebut pengsan dan
membawa kepada kematian ketika menjalani latihan.

Kadar nadi rehat juga perlu diketahui oleh individu yang ingin bersenam dan bersukan.
Hal ini kerana kadar nadi rehat merupakan nadi normal tubuh badan setiap hari jika tidak
melakukan aktiviti-aktiviti yang terlalu berat ataupun memenatkan. Oleh hal yang
demikian, kadar nadi rehat ini penting agar semua peserta ataupun individu yang
melakukan latihan fizikal yang berat seperti Multi Stage Run ini mengetahui apabila
mereka mula berehat nadi mereka akan kembali kepada denyutan yang normal.

FUNGSI LATIHAN MULTI STAGE RUN

Berdasarkan kepada keputusan ujian bleep test yang dijalankan kepada dua orang
peserta seperti dalam jadual 3.2, didapati bahawa terdapat beberapa perbezaan
keputusan diantara kadar nadi rehat dan juga kadar nadi latihan bagi kedua-dua peserta
tersebut. Antara sebab berlakunya perbezaan kadar nadi bagi kedua-dua peserta
tersebut ialah perbezaan kadar dan jenis latihan yang dijalankan pada setiap hari oleh
kedua-dua peserta tersebut untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular mereka. Jika
dilihat daripada data yang diperolehi, peserta bernama Yen lebih cergas berbanding
peserta bernama Florence. Hal ini kerana, kadar nadi rehat Yen lebih rendah daripada
Florence yang bermaksud Yen mempunyai daya tahan kardiovaskular yang lebih tinggi
daripada Florence. Hal ini disebabkan oleh jenis latihan dan juga tempoh latihan yang
dijalankan oleh Yen lebih berkesan berbanding Florence.

Hal ini lebih menyakinkan lagi dimana mengikut kajian sains bahawa individu yang kerap
bersenam dengan aktif akan mempunyai denyutan jantung yang lebih baik dimana otot
kardiak pada bahagian dinding jantung akan lebih menebal. Apabila otot kardiak iaitu
dinding jantung lebih menebal, ia menyebabkan jantung mengepam darah yang
beroksigen ke seluruh anggota badan terutamanya otot-otot yang sedang bekerja dengan

15
lebih mudah. Seterusnya, jantung manusia juga tidak akan bekerja terlalu banyak
bermaksud jantung tidak akan mengepam darah dengan terlalu laju kerana darah
beroksigen akan dihantar dan dimana dengan lebih banyak dengan hanya satu denyutan
sahaja jika seseorang itu kerap melatih daya tahan kardiovaskular seperti peserta yang
bernama Yen. Oleh itu, ujian Multi Stage Run ini dapat mengetahui tahap daya tahan
kardiovaskular seseorang individu serta dapat meningkatkan lagi latihan yang dijalankan
oleh setiap individu untuk menjadikan tubuh badan kita lebih sihat dan aktif pada setiap
hari.

Kesimpulannya, berdasarkan ketiga-tiga amali yang telah dianalisis secara analitik,


kami mendapati bahawa amali 1 iaitu tindakan refleks, amali 2 iaitu struktur jantung dan
sistem pulmonari dan sistemik dan amali 3 iaitu denyutan kadar nadi Multi Stage Run saling
berkait rapat diantara satu sama lain. Hal ini dikatakan demikian kerana, kesemua amali ini
membincangkan tentang tindak balas tubuh badan manusia terhadap sesuatu benda yang
berada di persekitaran kita. Di samping itu, ketiga-tiga amali ini juga sering berlaku dalam
kehidupan harian manusia sehingga memudahkan lagi untuk kami memahami dengan lebih
mendalam mengenai kejadian dan proses ketiga-tiga amali ini bertindak terhadap tubuh
badan kita jika bertindak balas dengan sesuatu rangsangan. Oleh hal yang demikian, ketiga-
tiga amali ini, sangat memberikan impak terhadap sistem kehiupan kita kearah yang lebih
baik dan juga kearah kehidupan yang lebih sihat.

RUJUKAN

Akademi Kejurulatihan Kebangsaan. 2013. Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan. Nota


Sains Sukan Tahap 1: Formula Karvonen.

16
Anatomi Dan Fisiologi Sistem Kardiovaskular. (n.d.). Retrieved from
https://www.academia.edu/11582651/ANATOMI_DAN_FISIOLOGI_SISTEM_KA
RDIOVASKULAR

Hamidie Ronald. (n.d.). Jantung dan Peredaran Darah. Retrieved from


http://file.upi.edu/Direktori/FPOK/JUR._PEND._KESEHATAN_&_REKREASI/
PRODI._KEPERAWATAN/197011022000121-
HAMIDIE_RONALD_DANIEL_RAY/Bahan_Kuliah/JANTUNG_dan.pdf

Hockey, R.V. (1996). Exercise, Fitness and Hypertension. In Exercise, Fitness and Health. A
Consensus of Current Knowledge. Champaing, Illinois: Human Kinetics Books.
Koordinasi Badan. 2015.

https://gurubesar.my/wp-content/uploads/2018/10/Bab-2-koordinasi-badan.pdf

Online Education of Science and Mathematics. (2012). Science Year 4 & 5.


http://www.sains45.cikgunaza.com/2012/11/tindakan-refleks.html

Perk, J., &Veress, G. (1988). Cardiac rehabilitation: Applying exercise physiology in clinical


practice. European Journal of Applied Physiology, 83(4-5), 457-462.

17

You might also like