You are on page 1of 11

BAB 2: KOORDINASI

BADAN
2.3: Koordinasi Saraf

Apakah yang berlaku jika jari anda


tersentuh duri? Sudah tentu anda akan
menarik tangan tanpa berfikir. Tahukah anda
bahaimana tindakan itu berlaku? Tindakan
tersebut sebenarnya melibatkan koordinasi
saraf.

Reseptor dan Efektor

Koordinasi saraf ialah penyelarasan sistem


badan terhadap sesuatu rangsangan yang
diterima dengan menghasilkan suatu gerak
balas melalui penghantaran maklumat dalam
bentuk impuls.
Dalam topik sebelum ini, kamu diperkenalkan
dengan istilah reseptor dan efektor.
Reseptor ialah sel deria yang terdapat di
dalam organ deria.

Terdapat lima jenis organ deria, iaitu kulit,


mata, telinga, hidung dan lidah.
Efektor ialah organ yang bergerak balas
terhadap rangsangan.
Contoh efektor ialah otot atau kelenjar.
Apabila tangan anda tersentuh air panas,
anda akan menarik tangan anda dengan
pantas. Otot pada tangan anda ialah efektor.

Lintasan Impuls dalam Koordinasi Saraf

Tindakan Refleks dan Arka Refleks

Tindakan refleks ialah gerak balas badan


secara automatik dan pantas terhadap
rangsangan luar tanpa berfikir.
Tindakan refleks berlaku dengan pantas. Hal
ini kerana laluan impuls yang dikenal sebagai
arka refleks adalah pendek.

Contoh Tindakan Refleks

Lintasan impuls dalam tindakan refleks:


a) Reseptor dalam organ deria
b) Neuron deria
c) Neuron perantaraan dalam sistem saraf
pusat
d) Neuron motor
e) Organ efektor

You might also like