You are on page 1of 2

Beri ulasan anda adakah kebolehan memimpin itu merupakan bakat semulajadi atau

kemahiran yang boleh dipelajari.

Saya berpendapat bahawa kebolehan memimpin itu adalah berdasarkan kepada kedua-
duanya iaitu satu ialah bakat semula jadi, satu adalah menerusi kemahiran yang boleh
dipelajari. Antara konsep yang menyokong kebolehan memimpin itu merupakan bakat semula
jadi ialah "Pemimpin dilahirkan bukan dibuat" di mana kita hanya membayangkan bahawa
seseorang itu tidak boleh diajar untuk menjadi pemimpin yang baik kepada orang-orang
bawahannya sama ada seseorang itu dilahirkan dengan kemahiran untuk menjadi pemimpin
atau tidak. Andaian di sini adalah bahawa kepimpinan secara semula jadi adalah perkara sifat
yang tidak boleh dipindahkan atau diajar dan bersifat semula jadi. Ini serupa dengan orang
yang mempunyai IQ tinggi atau kemahiran semula jadi dalam bidang tertentu. Jadi di sini kita
boleh melihat bahawa kebolehan kepimpinan ada kalanya bermula dari bakat semula jadi. Sifat
peribadi seseorang juga menyokong kenyataan ini di mana ciri peribadi seseorang yang
menyebabkan orang lain hendak mengikut ke mana hala tuju seseorang pemimpin. Ini
menunjukkan bahawa tidak ada cara untuk mengambil seseorang yang tidak mempunyai ciri-
ciri semula jadi ini dan mengajar mereka untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan.
Sebagai contohnya, pemimpin yang luar biasa seperti Mahatma Gandhi, Nelson Mandela,
Martin Luther King dan ramai lagi tidak dilahirkan sebagai pemimpin. Keadaan mereka dan
kesanggupan mereka melakukan sesuatu yang luar biasa membuatkan mereka bertukar
menjadi pemimpin yang luar biasa.

Walau bagaimanapun, kepimpinan juga adalah satu kemahiran yang boleh dipelajari.
Program pembangunan pemimpin penting bagi meningkatkan kompetensi pemimpin berpotensi
agar dapat memimpin dengan efektif. Kompetensi kepimpinan boleh diperoleh dengan
mendapatkan bimbingan daripada pemimpin berpengalaman dan mengikuti program
penyediaan pemimpin yang memberi penekanan pada pengalaman konteks sebenar. Ini
bermakna, pemimpin yang kompeten boleh dihasilkan dengan mengikuti program
pembangunan pemimpin yang terancang dan dilaksanakan melalui pendidikan, pengalaman
dan bimbingan daripada pemimpin yang berpengalaman. Terdapat juga teori yang menyokong
pernyataan “kepimpinan bukan bakat semula jadi tetapi boleh dipelajari”. Antaranya ialah teori
tingkah laku. Berdasarkan ‘Teori Tingkah Laku’, tingkah laku tertentu membezakan pemimpin
dan bukan pemimpin. Teori ini berbeza dengan Teori Trait yang menganggap pemimpin
mempunyai bakat semula jadi manakala teori tingkah laku menganggap kepimpinan boleh
dipelajari. Teori ini memberi tumpuan bagaimana pemimpin bertingkah laku dalam proses
kepimpinan. Kepimpinan yang berjaya merupakan tingkah laku yang boleh dilatih atau dipelajari
secara formal atau tidak formal. Oleh itu, program kepimpinan direka khusus untuk mengubah
tingkah laku bakal pemimpin agar gaya kepimpinan terbaik dapat diaplikasikan dalam situasi
organisasinya.

Kesimpulannya, kepimpinan adalah satu kebolehan yang diperoleh secara semula jadi
dan juga dipelajari. Kedua-dua elemen ini amat penting bagi memantapkan lagi kebolehan
seseorang pemimpin. Contohnya seseorang tidak boleh menjadi pemimpin yang baik sekiranya
tidak mempelajari kemahiran ini dengan baik walaupun secara semula jadinya seseorang
tersebut mempunyai bakat memimpin. Keadaan ini sama juga dengan seseorang yang tiada
bakat memimpin boleh menjadi seorang pemimpin yang hebat sekiranya beliau mempunyai
semangat dan komitmen yang tinggi untuk belajar menjadi seorang pemimpin yang hebat.
Maka, kedua-dua elemen ini saling berkaitan untuk membolehkan seseorang individu
mempengaruhi anggota-anggota lain di dalam kumpulannya ke arah mencapai tujuan dan
matlamat kumpulan itu. Tanpa pengikut maka tidak berlaku kepimpinan. Setiap pemimpin ada
pengikutnya yang memberi taat setianya kepada pemimpin mereka. Hal ini terkait secara
langsung dengan ciri-ciri pemimpin yang mudah diterima oleh pengikut. Pemimpin yang
mempunyai ciri-ciri mudah disukai oleh orang bawahan memudahkan mereka mempengaruhi
orang bawah mengubah sikap, pemikiran dan tingkah laku mereka.

You might also like