You are on page 1of 3

Apakah amalan anda dalam mempelajari teori?

Berdasarkan pembacaan artikel teori yang digunakan dalam amalan pengajaran


saya ialah teori behaviourism. Teori behaviourism ialah teori yang merujuk kepada
perubahan tingkah laku pelajar sebagai hasil proses pembelajaran. Terjadinya perubahan
tingkah laku pelajar ini disebabkan terdapatnya interaksi antara rangsangan dan gerak
balas. Dengan kata lain, teori behaviourism ini berorientasi kepada tingkah laku yang lebih
baik. Jika pelajar tidak menunjukkan perubahan setelah diberikan pengujian secara formatif
maka menurut teori ini pelajar tersebut tidak dapat dikatakan telah belajar dengan baik.
Merujuk kepada petikan artikel “Pertama, mengetahui pelajar membolehkan guru
membuat pertimbangan yang lebih baik tentang masa untuk menolak setiap pelajar dan bila
untuk berundur. Kedua, apabila pelajar mempercayai guru, mereka lebih cenderung untuk
menerima maklum balas dan bertindak mengikutnya”. Di sini boleh dikaitkan dengan hukum
teori pelaziman operan E.L.Thorndike iaitu hukum kesediaan dan hukum kesan. Guru perlu
memastikan murid bersedia untuk memulakan sesuatu topik atau penilaian serta guru
perlulah menyediakan suasana pembelajaran yang dapat membawa kepada perasaan
berjaya. sekiranya murid dapat menguasai pembelajaran atau mendapat pujian, murid akan
berasa gembira. situasi ini membuatkan murid berusaha dengan lebih gigih untuk terus
berjaya.

How do you believe how your students learn knowledge?

Bagi murid tingkatan 4 yang memilih aliran sains tulen, mata pelajaran kimia
merupakan salah satu mata pelajaran baharu bagi mereka. Sebut sahaja perkataan kimia,
mereka terus akan membayangkan nama bahan-bahan kimia yang diwakili dengan pelbagai
simbol seperti MgCO3, (NH4)2SO4, Na2SO4, BaCl2 yang mana bagi mereka sesuatu yang
amat sukar untuk diingat kerana semasa di menengah rendah mereka hanya mengenali
bahan-bahan kimia dalam bentuk perkataan. untuk menghasilkan formula kimia tersebut,
murid perlu menghafal formula ion dengan baik. Formula ion ini boleh diertikan sebagai sifir
kimia. sekiranya murid tidak menghafal sifir maka proses untuk membentuk formula kimia
dan seterusnya persamaan kimia tidak akan tercapai. Jadi bagi memastikan murid
mengingat dengan baik formula-formula kimia tersebut, saya menggunakan pendekatan
Teori Behaviourism dalam membuat penilaian formatif. Mengikut Teori Behaviourism, murid
perlu menguasai sesuatu kemahiran melalui proses pengulangan, iaitu mengulang
sebanyak mungkin sesuatu kemahiran sehingga menjadi suatu kebiasaan atau rutin.
Bagaimana saya mengaplikasikan teori ini dalam proses pengajaran saya? Hari
pertama saya masuk mengajar ke dalam kelas, selepas proses pengenalan diri dan
menerangkan serba sedikit berkaitan isi kandungan kimia tingkatan 4 saya terus menulis 20
formula ion dalam bentuk mnemonic di papan putih tanpa menerangkan terlebih dahulu apa
itu formula ions, kerana tajuk ini mereka akan belajar dengan terperinci di bab 3. Di sini
Teori Behaviourism cuba menjelaskan pembelajaran tanpa merujuk kepada proses kognitif
terlebih dahulu. Murid perlu menghafal mnemonic tersebut dalam tempoh seminggu atau
sampai mereka betul-betul ingat dan proses seterusnya ialah apabila murid tersebut sudah
bersedia, murid secara sukarela akan ke hadapan untuk menyebut formula ion yang dihafal
nya. Sekiranya apa yang disampaikan oleh murid itu bagus guru secara tidak langsung akan
memberikan pujian.
Bagi mengukuhkan lagi hafalan formula ion tersebut, 10 minit sebelum proses
pengajaran dan pembelajaran berakhir, guru akan memberikan kuiz secara lisan di mana
murid perlu menulis formula tersebut di dalam buku. Jawapan kuiz tersebut perlu disemak
sendiri oleh murid. Sekiranya jawapan yang di tulis salah, mereka perlu membuat
pembetulan dengan menulis sebanyak 10 kali bagi setiap kesalahan dilakukan sehinggalah
semua murid tidak akan membuat kesilapan lagi. Kuiz merupakan satu bentuk penilaian
secara formatif untuk mendapat maklumat tentang kemajuan murid dan mengukur
penguasaan murid terhadap perkara yang baru diajar oleh guru.
Dengan menggunakan pendekatan Teori Behaviourism dalam proses pengajaran
saya, proses pengajaran saya untuk bab 3 menjadi sangat mudah kerana murid-murid
sudah pun menghafal formula ion dengan baik. Saya hanya perlu menerangkan cara
membentuk formula kimia sahaja daripada formula ion tersebut. Murid-murid sangat seronok
kerana mereka sudah boleh menulis formula kimia seperti MgCO3, (NH4)2SO4, Na2SO4,
BaCl2 dengan sangat mudah tidak seperti sebelum mereka mula-mula mengenal simbol-
simbol tersebut.

How do/will you plan your assessment?


Untuk memastikan murid sentiasa ingat akan formula ion dan penulisan formula
kimia, ujian formatif berbentuk kuiz 10 minit sebelum berakhir proses pengajaran akan
diteruskan. Kuiz ini akan ditambah baik dengan pelbagai cara bukan tertumpu kepada kuiz
formula ions sahaja. sekiranya murid sudah mengusai formula ion guru akan memberi kuiz
penulisan formula kima, seterusnya kuiz persamaan kimia dengan harapan apabila masuk
tingkatan 5 murid masih lagi mengingat perkara-perkasa asas yang perlu mereka kuasai.
Bagi tujuan perekodan guru, guru akan menyediakan satu jadual untuk merekod
perkembangan prestasi murid setiap kali kuiz dijalankan. Data yang diperoleh bukannya
untuk diberikan gred dan pangkat kepada pelajar tetapi adalah untuk tujuan pelajar
membetulkan kesilapan mereka dan meningkatkan pemahaman mereka untuk tajuk-tajuk
yang dipelajari. Ini juga sebenarnya memberikan ruang kepada pelajar untuk persediaan
penilaian sumatif.

You might also like