You are on page 1of 1

“ PEREKODAN TEPAT, BUKTI PENCAPAIAN SYARIKAT “

Terima kasih kepada Pengurus Pengeluaran Saudari ____/ Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat,
Saudara Amir Haikal. Assalamualaikum dan Salam Keusahawanan. Saya Alya Batrisyia Binti
Azlan selaku pengurus kewangan syarikat ingin membentangkan laporan kewangan syarikat
Nerang Legacy Sdn.Bhd.
Tugas-tugas utama sebagai pengurus kewangan ialah merancang perbelanjaan wang dan
keperluan syarikat, merekodkan setiap wang yang dikeluarkan dan masuk di dalam syarikat,
menyimpan wang dengan selamat mengikut prosedur yang ditetapkan dan tugas2 lain seperti di
paparan skrin.
Graf berikut pula menunjukkan prestasi kewangan mengikut bulan menerusi perolehan dari
jualan produk dan perkhidmatan. Bulan Disember 2021 mencatatkan keuntungan bersih yang
tertinggi sebanyak RM1887.80 manakala yang terendah pula ialah pada bulan Januari 2022
sebanyak RM262.30.
Analisis pelbagai aktiviti jualan projek yang dijalankan syarikat pula dapat dilihat seperti di
dalam Carta pai dengan Pecahan pendapatan syarikat dari projek jualan produk dan
perkhidmatan. Dapatan menunjukkan perkhidmatan Jom Fit Challenge menyumbang pendapatan
yang tertinggi sebanyak RM1303, diikuti dengan hasil komisen tempahan jualan T-Shirt Jersey
sebanyak RM1016 dan jualan produk kreatif iaitu Hevea Candle sebanyak RM972.40
Berikut pula merupakan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi syarikat bagi tahun berakhir 26
Mac 2022 dengan jumlah pendapatan sebanyak RM28,551 ditolak dengan jumlah perbelanjaan
dan belanja operasi menjadikan untung bersih syarikat sebanyak RM3811.60. Saya ulang, untung
bersih syarikat Nerang Legacy Sdn.Bhd adalah sebanyak RM3811.60.
Seterusnya kita lihat pula Penyata Kedudukan Kewangan syarikat. Penyata Kedudukan
Kewangan syarikat Nerang Legacy Sdn.Bhd pada 26 Mac 2022 menunjukkan aset bukan
semasa berjumlah RM3710, modal kerja syarikat sebanyak RM1601.60 yang diperoleh apabila
aset semasa ditolak dengan liabiliti semasa. Syarikat ini dibiayai oleh perolehan modal
diterbitkan dan berbayar sebanyak RM500 dengan nilai RM1 sesaham pada 26 Mac 2022
ditambah dengan untung bersih syarikat sebanyak RM3811.60.
Sekarang Tibalah masa yang ditunggu2, dengan segala hormatnya dijemput Ketua Pegawai
Eksekutif mengisytiharkan saham bagi syarikat ini pada 26 Mac 2022.
*** gimik ***** Pulangan pelaburan diperolehi dengan untung bersih di bahagikan dengan
pelaburan awal didarabkan dengan 100. Syarikat telah berjaya memperoleh 7.62% pulangan
pelaburan. Hal ini menunjukkan Syarikat Nerang Legacy Sdn.Bhd telah berjaya memperoleh
RM7.623 bagi setiap unit yang dilaburkan sepanjang syarikat beroperasi.
Para hadirin yang dihormati sekalian. Pembahagian dividen dengan setiap ahli syarikat ialah
RM7.623 bagi seunit saham yang dibeli.
Sekian sahaja daripada bahagian kewangan. Saya serahkan Kembali kepada Ketua Pegawai
Eksekutif. Dipersilakan.

You might also like