You are on page 1of 7

SPSK 07-03

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JINJANG


MINIT MESYUARAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH BIL 1 / 2020

Tarikh : Selasa,14 Januari 2020

Masa : 1.45 tengah hari

Tempat : Dewan Bestari

Pengerusi : Tn.Haji Sauki@Saufi bin Yusoff

Kehadiran(Bilangan) : 70/75
Nama Yang Hadir :
Tn.Hj.Sauki@Saufi bin Yusoff Pn.Pauline Koh Choi Lan
En.Teon Hock Bin Pn.Usha Dewi a/p Chinnapan
Pn.Mastura binti Mohd Noor Pn.Noor Azmiza A.Aziz
Pn.Lau Fung Chao En. Muhammad Abid bin Abidin
Pn.Ang Yoke Yan Cik Chong Yen Fong
Cik Chung Wen Nie Cik Fatin Illani binti Alias
Pn.Habsah binti Md Usop Pn.Helen a/p Jeyapal Dorai Pandian
Pn.Hu Geo Ming En.Khor Chang Hong
Pn.Khor Saw Pin Pn.Koh Shiau Huey
Pn Lau Shin Ling Pn.Law Bee Hun
En.Lee Choon Foo Cik Leaw Yen Ping
Pn.Lim Yoke Hua Cik Lok Pheng Pheng
Cik Hephzibah Jebamani Vathana a/p Viktor En.Mohd Shahrir bin Mustapa
Pn.Ng Hoi Koon En.Sing Kheok Kung
Cik Noor Amirah binti Abd. Wahab Pn.Noorhasila binti Ismail
Pn.Noordiyana binti Manap En. Moay Choo Hwa
Pn.Norharyati binti Yasin Pn. Norhasnida binti Ali
Pn.Nur Aini binti Abdul Rahman Cik Nur Nadia binti Marhalim
Cik Nurulain binti Shobainin Pn.Nurul Farehan binti Ismail
Pn. Qudralailah Safahasmi binti Mohamad Salleh Pn.Ramasunthary a/p Ramasamy
Pn.Rosnah binti Abd Rahman Pn.Razilatul Khatifah binti Ibrahim
Cik Tan Li Fen Pn.Tan Kuei Huang
En.Wan Mohd Amin bin W. Hassan Pn.Tengku Noorsiah binti T. Alang
Pn.Wan Zarina binti Wan Sulaiman Pn.Wan Roslina binti Wan Ali
En.Mohd Husairi bin Saad En.Yusly bin Ahmad Yusop
Pn.Zuraidah binti Othman Pn.Zaihasratul Zuhaida binti Mohd Arsaq
En.Wan Normawardi bin Wan Mohd Yusoff Pn.Zuraida binti Zakaria
Pn. Nik Baizul Aftah binti Nik Musthapha En.Ganesan a/l Rasavel
En.Mirza Mohd Fawwaz bin Faizan Beg En. Loke Hon Loy
En.Mohd Norhazril bin Mohd Kamarulzaman Pn.Sri Ghawri a/p Morin Marimuthu
Pn.Husmarul Aini binti Husin Pn.Thevagi a/p Krishnan
Pn.Pushpavathy a/p Subramaniam Pn.Melissa binti Bahar
Pn Siti Habshah binti Alias Pn.Vickneswary a/p Subramaniam
En Termelezam bin Hassan Mashat Cik Liew Cheah Lee
Cik Chong Fung Yeen Cik Shivaneshwery a/p Appadurai

Nama Yang Tidak Hadir Bersebab:


Pn.Yusmah @ Yusmah Zairhanis binti Hj.Yusoff

Hak Cipta © Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan


1 Mei 2012 – Keluaran 01 | Pindaan
SPSK 07-03
En. Nashriq Bin Md Idris
Cik Nik Hisyahafieza Binti Nik Ayub
Pn. Nurul Suraya Binti Baadin
En. Nor Sah Rizal Bin Musa

1 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PBS kerana dapat
hadir dalam mesyuarat PBS kali yang pertama ini. Tuan Pengetua memaklumkan bahawa
sejarah PBS bermula pada tahun 2010 apabila KPM memutuskan agar sistem pentaksiran
ditambah baik selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Pada tahun 2014, PMR telah
digantikan dengan PT3. Pelaksanaan PBS bergantung kepada empat faktor iaitu
pementoran(bimbingan), penyelarasan(diselaraskan mengikut tatacara yang ditetapkan),
pemantauan(berdasarkan petunjuk prestasi agar memenuhi prosedur yang ditetapkan) serta
pengesanan (untuk melihat keberkesanan iaitu kelemahan atau permasalahan dan
penambahbaikan yang perlu dilaksanakan).
Tindakan: Makluman

2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PBS BIL 4/2019

2.1. Encik Ganesan mencadangkan agar minit mesyuarat PBS bil 4 disahkan tanpa
sebarang pindaan. Cadangan ini disokong oleh Encik Wan Mohd Amin.

Tindakan: Makluman

3 PERKARA BERBANGKIT

3.1. Tiada perkara yang dibangkitkan.


Tindakan: Makluman

4 PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

4.1. Pentaksiran Bilik Darjah(PBD)


Tn Pengetua memberi penerangan tentang tugas-tugas yang perlu dilaksanakan
berkaitan PBD
4.1.1 Tugas Pentaksir Mata Pelajaran adalah seperti berikut:
a. Membantu dan memberi bimbingan kepada murid-murid untuk menjalankan
PBD/kerja kursus/SEGAK
b. Merupakan pentaksir PBD/kerja kursus/SEGAK kelas masing-masing dan
memberi skor yang berpatutan kepada murid-murid
c. Mengisi markah PBD dalam borang atau tapak penskoran yang disediakan.
Kutipan data pencapaian PBD untuk dihantar ke PPD Sentul akan dibuat pada
hujung bulan Mac dan awal bulan Oktober. Guru-guru diminta bersedia
dengan data subjek masing-masing dan dapat menghantar data pada masa
yang ditetapkan kepada Setiausaha PBS.
d. Memberi peluang kepada murid-murid mengemas kini kerja dan membaiki
markah supaya murid mendapat skor yang tinggi
e. Menyelesaikan PdPc bagi satu kelompok bidang, tema atau kemahiran dalam
Standard Pembelajaran sebelum menentukan TP murid. Guru digalakkan untuk
merekod perkembangan murid sama ada dalam buku rekod mengajar, buku
latihan murid,buku catatan guru, jadual atau lain-lain yang bersesuaian.
f. Perekodan TP dalam template pelaporan hanya dibuat setelah PdPc bagi setiap
bidang tema,kemahiran atau kelompok Standard Pembelajaran selesai
dilaksanakan. Borang perekodan DSKP yang dilampirkan dalam Fail Rekod

Hak Cipta © Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan


1 Mei 2012 – Keluaran 01 | Pindaan
SPSK 07-03
Mengajar(FRM) perlu dilengkapkan.Data PBD di dalam Fail Rekod Mengajar
ini perlu sentiasa dikemaskini oleh semua guru subjek kerana Fail Rekod
Mengajar akan diambil secara rawak sekiranya pemantauan dibuat oleh
PPD Sentul.
g. Guru subjek tingkatan 2 dan 3 yang ada menerima borang Program
Intervensi:program intervensi perlu dijalankan bermula pada bulan Januari
hingga Ogos 2020. Borang perlu dihantar pada 30 April dan 28 Ogos.
Sekiranya nama murid yang tersenarai dalam borang, bukan murid kelas yang
berkenaan,guru subjek diminta memaklumkannya kepada S/U PBS.
h.Melengkapkan borang Pelaporan Prestasi Murid. Pelaporan TP dimaklumkan
kepada murid dan ibu bapa sebagai maklum balas terhadap tahap
pembelajaran murid untuk tindakan selanjutnya. Borang pelaporan gabungan
untuk setiap murid Tingkatan 3 perlu dicetak pada awal bulan November 2020
oleh guru tingkatan untuk disimpan di dalan Fail Akademik murid.
Tindakan : Pentaksir Mata Pelajaran

4.1.2 Tugas Ketua Pentaksir Mata Pelajaran(KPMP)


Tn Pengetua seterusnya memberi penjelasan tentang peranan KPMP iaitu seperti
berikut:
a.Mengisi markah PBD dalam borang penskoran yang diminta oleh PPD Sentul.
b.Menyediakan borang Perekodan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran(DSKP) untuk pentaksir mata pelajaran masing-masing.KPMP
diminta menyerahkan satu salinan Perekodan Prestasi Murid yang dibina
sendiri oleh guru untuk subjek masing-masing kepada S/U PBS.

Tindakan : Ketua Pentaksir Mata Pelajaran

4.1.3 Tugas KPMP PT3:


Tn Pengetua menerangkan peranan KPMP PT3 iaitu seperti berikut:
a.Menghadiri kursus anjuran KPM/JPN/PPD Sentul
b.Mengendalikan kursus dalaman untuk guru pentaksir
c.Menyediakan dan mengemaskini Fail Induk Mata Pelajaran masing-masing
d.Membuat laporan setiap kali taklimat kepada pentaksir sekolah dijalankan
dan satu salinan laporan diserahkan kepada Setiausaha PBS.
e.Menjalankan moderasi instrumen
f.Membuat maklum balas yang diminta oleh Pentaksir Kawasan
g.Menjalankan penyelarasan panduan penskoran dengan guru mata pelajaran
h.Melengkapkan borang markah Ujian Lisan (BM dan BI)
Tindakan : Ketua Pentaksir Mata Pelajaran PT3

4.1.4 Tugas KPMP SPM:


Tn Pengetua memaklumkan tugas KPMp SPM iaitu seperti berikut:
a. Menghadiri Mesyuarat Penyelarasan PBS anjuran JPNWP dan PPD Sentul
b. Menjalankan latihan dalaman untuk pentaksir mata pelajaran berkaitan
pelaksanaan kerja kursus/PEKA/ujian lisan.
c. Menyediakan jadual pelaksanaan Ujian Lisan/PEKA
d. Menyediakan surat-surat tentang kerja kursus kepada ibu bapa calon.
e. Mendapat soalan kerja kursus/PEKA Sains daripada Lembaga Peperiksaan
dan mengedarkannya kepada pentaksir mata pelajaran.
f. Memastikan segala bekalan peralatan dan bahan keperluan pelaksanaan
kerja kursus disediakan untuk semua calon
g. Mengemaskini fail-fail pengurusan Ujian Lisan, PEKA dan lain-lain yang
berkaitan dengan PBS
h. Membantu PK Pentadbiran, Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia
untuk memantau pelaksanaan kerja kursus/PEKA/ujian lisan
i. Memastikan keperluan kerja kursus/fail PEKA dan ujian lisan disediakan

Hak Cipta © Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan


1 Mei 2012 – Keluaran 01 | Pindaan
SPSK 07-03
untuk pemantauan oleh Pentaksir Kawasan
j. Menjalankan ujian lisan penyelarasan(BM,BI,BC) apabila Ketua Pentaksir
Kawasan hadir ke sekolah
k.Menyediakan laporan School Based Oral Assessment (SBOA) untuk Bahasa
Inggeris dan borang pentaksiran ujian lisan SPM untuk Bahasa Melayu
l. Menyediakan borang markah induk calon-calon mata pelajaran masing-
masing
m.Menyediakan laporan Pentaksiran dan laporan Penyelarasan Ujian
Lisan/PEKA/kerja kursus
n. Menghantar borang Markah Induk yang lengkap mengikut tarikh yang
ditetapkan oleh S/U Peperiksaan SPM
o. Menyelaraskan simpanan semua bahan pentaksiran/kerja kursus di bilik yang
disediakan secara teratur dan kemas
Tindakan : Ketua Pentaksir Mata Pelajaran SPM

4.2 PAJSK
Tn Pengetua memaklumkan bahawa tugas Setiausaha Kokurikulum adalah
mengurus penyimpanan dokumen yang berkenaan dengan PAJSK.
Tindakan :Setiausaha Kokurikulum

4.3 Pentaksiran Psikometrik (PPsi)


Tn Pengetua memaklumkan bahawa Unit Bimbingan dan Kaunseling akan
menguruskan Ujian Psikometrik IMK, IKP,ITP, IKK mengikut jadual yang telah ditetapkan
serta mengurus penyimpanan dokumen yang berkaitan. Jadual Pentaksiran Psikometrik
adalah seperti berikut:

Tingkatan Tarikh Laksana


Ting 1, Ting 4 31 Mac dan 3 April(Inventori Tret Personaliti:ITP)
Ting 1, Ting 3 23 Mac dan 24 Mac(Inventori Minat Kerjaya:IMK)
Ting 3 6 Julai(Inventori Kecerdasan Pelbagai:IKP)
Ting 5 20 April(Inventori Kematangan Kerjaya:IKK)
Ting 1(Taklimat Hari Orientasi Tingkatan 1
Pentaksiran Psikometrik

Tindakan :Guru-guru kaunseling

5. PEMANTAUAN PBS
5.1 Tn. Pengetua memaklumkan bahawa pemantauan akan dijalankan oleh pihak
sekolah dan pemantau luar.Pemantauan pihak sekolah akan dijalankan oleh Personel 4P
untuk PBD dan PT3 iaitu Pemantauan(Pn.Noor Azmiza), Pengesanan(Pn Mastura),
Penyelarasan(Pn.Usha Devi a/p Chinnappan) dan Pementoran(Pn.Lau Fung Chao). Personel
4P untuk PAJSK ialah Pn.Yusmah dan PPsi ialah En Teon Hock Bin. Jadual pelaksanaan
akan disediakan dan dimaklumkan kepada semua guru.
Tindakan: Personel 4P untuk PBD dan PT3,Personel
4P(PAJSK) dan Personel 4P(Ppsi)

5.2 Tn. Pengetua mengingatkan semua KPMP bahawa sekiranya KPMP dipantau
oleh pihak luar, KPMP diminta menyerahkan satu salinan borang pemantauan kepada S/U
PBS.
Hak Cipta © Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan
1 Mei 2012 – Keluaran 01 | Pindaan
SPSK 07-03
Tindakan: Semua KPMP

6. JADUAL KERJA PBS


6.1 Tn. Pengetua mengingatkan semua guru(pentaksir sekolah) agar mematuhi jadual
kerja yang telah ditetapkan. Jadual perekodan PBD telah ditetapkan seperti berikut:

Perkara Tarikh
KPMP mencetak borang perekodan daripada Pusat 18 – 29 Januari 2020
Perkembangan Kurikulum (lengkap dengan nama
murid)dan mengedarkan kepada guru mata pelajaran)
Guru mata pelajaran memasukkan borang perekodan dalam 18 – 29 Januari 2020
FRM
Guru mata pelajaran merekodkan pencapaian TP Januari – September 2020
murid/kerja kursus secara manual di dalam borang
perekodan yang dibina sendiri oleh guru
Guru mata pelajaran akan menghantar borang perekodan 15 Oktober 2020
tersebut
Guru mata pelajaran merekodkan pencapaian TP murid Sepanjang tahun (seperti
dalam komputer/Google Classroom dan mencetak borang yang diminta oleh guru
prestasi individu murid yang berpindah dan tingkatan).
menyerahkannya kepada guru tingkatan Untuk murid yang
berpindah pada hujung
tahun: Tarikh akhir laksana
25 Oktober 2020
Pentadbir menyemak borang DSKP(rekod prestasi murid) Januari,Mei dan November
di dalam Fail Rekod Mengajar 2020

Guru mata pelajaran mengisi pencapaian TP murid dalam 20 Mac dan 10 Oktober
borang yg diberi oleh PPD Sentul (utk dihantar ke PPD 2020
Sentul)
Guru tingkatan 3,4 mencetak borang pencapaian 30 Oktober 2020
keseluruhan murid gabungan semua mata pelajaran dan
memasukkannya ke dalam Fail Akademik murid

Tindakan: Semua pentaksir mata pelajaran,.KPMP dan Pentadbir

6 .2 Jadual PBD tingkatan 4 dan 5 adalah seperti berikut.Semua pentaksir mata pelajaran
SPM perlu melaksanakan semua tugasan PBD mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Mata Pelajaran Tarikh Laksana


Prinsip Akaun Mac – Mei 2020(kerja kursus hanya untuk
Tingkatan 5). Pentaksir Kawasan akan
memantau pada bulan Julai/Ogos
Perniagaan Sepanjang tahun untuk tingkatan 4 dan 5
Reka Cipta Jun – November(20 markah): T4
Januari – April (20 markah):T5
Pendidikan Seni Visual T5 : Februari – April
BM,BI,BC (Ujian Lisan) T4: Januari – Oktober
T5: Januari - April.
Markah yang telah disemak oleh Pentaksir
Kawasan perlu dihantar pada bulan Jun.

Pendidikan Islam T4 : Januari – Oktober


T5 : Januari – April
Hak Cipta © Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan
1 Mei 2012 – Keluaran 01 | Pindaan
SPSK 07-03
Pendidikan Moral T4 : Februari – Oktober
T5 : Januari – April

Ekonomi Sepanjang tahun untuk tingkatan 4 dan 5

Tindakan: Semua pentaksir mata pelajaran SPM yang disenaraikan dalam


jadual

6.3 Jadual kerja PBS tingkatan 1,2 dan 3 pula adalah seperti berikut:

Pentaksiran Tingkatan Tarikh laksana


Sejarah T3 Mei – Julai
Geografi T3 Mei – Julai
Ujian Lisan Bertutur BM T3 17 – 28 Ogos (BM)
dan BI 1 – 11 Sept (BI)
Ujian Lisan Mendengar BM T3 21 Sept

Ujian Lisan Mendengar BI T3 22 Sept


PAJSK T1,2,3 Mac dan Ogos
Sept - Okt(memasukkan
data)
Pentaksiran Psikometrik T1,T4 31Mac dan 3April
(Inventori Tret Personaliti
:ITP)

T1,T3 23Mac dan 24 Mac


(Inventori Minat kerjaya:
IMK)

T3 6 Julai (Inventori
Kecerdasan Pelbagai:IKP)

T5 20 April(Inventori
Kematangan Kerjaya:IKK)

T1(Taklimat Pentaksiran Hari Orientasi T1


Psikometrik)
PBD T1,2,3,4 2 Januari – 10 Oktober

Tindakan: Semua pentaksir mata pelajaran yang disenaraikan dalam jadual

6.4 Pn. Pauline telah mengingatkan semua pentaksir supaya mematuhi tarikh-tarikh yang
terdapat di dalam Jadual Kerja PBS.
Tindakan: Pentaksir mata pelajaran

6.5 Pn. Pauline meminta semua pentaksir memberi tahap penguasaan yang sesuai kepada
pelajar.
Tindakan: Pentaksir mata pelajaran

7 HAL-HAL LAIN

Hak Cipta © Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan


1 Mei 2012 – Keluaran 01 | Pindaan
SPSK 07-03
7.1 Pn. Usha Devi (Personel Penyelarasan) mencadangkan supaya evidens daripada KPMP
dikurangkan daripada 10 kepada 5 mengikut keperluan untuk menyimpan evidens - evidens
tersebut.Tn. Pengetua telah menyatakan isu ini akan dibincang dalam peringkat pengurusan
dan akan dimaklumkan oleh pihak pentadbir.
Tindakan: Pentadbir

7.2 Tn.Pengetua berharap agar guru-guru dapat meletakkan tugasan PBS sebagai kerja
sepasukan iaitu perlunya sikap bantu-membantu semua pentaksir mata pelajaran dan
KPMP agar pelaksanaan PBS lebih mantap.
Tindakan: KPMP dan pentaksir mata pelajaran

8 UCAPAN PENANGGUHAN
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.25 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………...... ..........................……….
(SHIVANESHWERY) (PAULINE KOH CHOI LAN)
Pen. Setiausaha PBS Naib Pengerusi

Diperakui oleh,

……………………..
(SAUKI @ SAUFI BIN YUSOFF)
Pengerusi

Hak Cipta © Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan


1 Mei 2012 – Keluaran 01 | Pindaan

You might also like