You are on page 1of 2

PERIBAHASA (Rujukan : Kamus Dewan)

Ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap (tidak boleh ubah) dan
mengandungi pengertian yang tertentu.

Peribahasa ialah kelompok besar yang di bawahnya ada 4 kelompok kecil iaitu :
1. Simpulan bahasa
2. Perumpamaan
3. Pepatah atau perbilangan
4. Bidalan

1. SIMPULAN BAHASA
Simpulan bahasa ialah bentuk peribahasa paling ringkas. Biasanya mempunyai dua
patah perkataan. Dua patah perkataan itu tadi pula membawa maksud berlainan
daripada maksud asal.
Contohnya, banyak mulut (peramah), besar kepala (degil), ringan mulut (peramah),
tangkai jering (kedekut), naik angin (marah secara tiba-tiba), harga diri (maruah)
dan rambang mata (tidak tahu hendak memilih).

2. PERUMPAMAAN
Perumpamaan ialah bentuk peribahasa yang agak panjang. Dimulakan dengan
perkataan ibarat, seperti, bagai, bak, laksana atau ibarat.
Contoh : seperti katak di bawah tempurung / umpama kaca dengan permata / laksana
pungguk rindukan bulan / bagai aur dengan tebing.

3. PEPATAH ATAU PERBILANGAN


Jika diperhatikan betul-betul, pepatah ada unsur rima seperti puisi. Susunannya
ringkas dan terdiri daripada dua baris.
Contoh : Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat / cubit paha
kanan, paha kiri sakit juga / ditelan mati emak, diluah mati bapak.

4. BIDALAN
Bidalan ialah bentuk peribahasa yang tinggi nilainya. Bidalan mempunyai unsur
nasihat dan bermaksud tersirat (mempunyai maksud dua lapis).
Contoh : malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan / jika kail panjang
sejengkal, jangan lautan hendak diduga.

Latihan : Kemukakan peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam


ayat di bawah.

1. Mereka yang gemar membaca akan menjadi orang yang bijak.


2. Sikap Pak Mansur dengan isterinya sangat berbeza.
3. Setelah hampir lima tahun tidak bertegur sapa, kini Amir dan kakaknya berbaik-
baik semula.
4. Malang betul nasib penduduk setinggan itu kerana kediaman dan harta benda
mereka hangus dalam kebakaran, kini tiada apa-apa lagi yang tinggal pada
mereka.
5. Hafiz sememangnya pandai menyesuaikan dirinya tidak kira di mana-mana dia
berada.
6. Kebanyakan remaja berlumba-lumba untuk berhijrah ke kota kerana terdapat
banyak peluang pekerjaan di sana.
7. Gadis itu memilki raut wajah yang cantik tetapi pemalas. Dia langsung tidak
mahu membantu ibunya di dapur.
8. Kerja-kerja menenun songket memang sukar, tetapi jikalau dibuat dengan tekun
dan sabar, pasti kerja-kerja menenun dianggap mudah.
9. Ahmad sukar membuat pilihan kerana ______________ apabila melihat
pelbagai warna dan corak fabrik di kedai itu.
10. Rakyat diseru agar jangan mendengar ______________ yang tersiar melalui
internet.
11. Sawah padi itu sajalah ________________ Pak Junid sekelurga.
12. Datuk Shahir baharu sahaja berpindah ke kampung kami tetapi sering menjadi
bualan orang kampung kerana dia tidak kekok bergaul dengan orang kampung
walaupun berpangkat tinggi _______________. Dia juga seorang yang tidak
kedekut dan ______________ sering bersedekah kepada orang miskin di
kampungnya. Beliau sebenarnya adalah daripada keturunan orang yang baik-
baik, ke mana sahaja perangainya tetap tidak berubah __________________.

You might also like