You are on page 1of 10

Modul #Learning@home

SOALAN KERTAS 2
BAHAGIAN B

1. Gambar di bawah menunjukkan faktor-faktor pengeluaran yang digunakan dalam


pengeluaran rumah.

(a) Terangkan dua faktor pengeluaran berdasarkan gambar tersebut. [4 markah]

(b) Dengan bantuan gambar rajah yang sesuai, jelaskan kesan terhadap pasaran rumah apabila
kos pengeluaran meningkat akibat daripada kenaikan kos bahan binaan. [7 markah]

(c) Kenaikan kos menyebabkan kerugian ditanggung oleh pengusaha projek perumahan.
Cadangkan tindakan yang boleh dibuat oleh pengusaha untuk mengatasi masalah tersebut.
[9 markah]

2. Maklumat berikut berkaitan dengan satu sistem ekonomi

Kerajaan melalui agensi-agensinya berhasrat melaksanakan projek berikut dengan


peruntukan sebanyak RM20 juta

 Projek Jalan Desa di Kelantan RM20 juta


 Projek Tebatan Banjir di Kedah RM19.4 juta
 Klinik Kesihatan Daerah Di Johor RM22 juta
(a) Jelaskan ciri-ciri sistem ekonomi di atas? [5 markah]

(b) Mengapakah kerajaan perlu melaksanakan projek-projek tersebut. [6 markah]

(c) Projek yang manakah menjadi pilihan kerajaan? Bincangkan kesan pilihan tersebut.
[9 markah]

Ekonomi Tingkatan 4 141


Modul #Learning@home

3. (a) Pernyataan berikut mengenai salah satu jenis campurtangan kerajaan di Malaysia

Barangan seperti roti, garam, susu tepung gandum dan minyak masak merupakan
barang kawalan di Malaysia. Peniaga yang gagal memenuhi Akta Kawalan
Bekalan 1961 boleh dikenakan tindakan undang-undang

(a) Mengapakah kerajaan mengkategorikan barang tersebut sebagai barang kawalan?


[4 markah]

(b) Terangkan empat tujuan campur tangan kerajaan dalam sistem ekonomi.
[7 markah]

(c) Apakah jenis campur tangan kerajaan dalam sistem ekonomi tersebut. Huraikan
[9 markah]

4. (a) Maklumat berikut berkaitan dengan satu sIstem ekonomi

Kerajaan melaui agensi-agensinya berhasrat melaksanakan projek berikut dengan


peruntukan sebanyak RM20 juta.
- Projek Jalan Desa di Kelantan - RM20 juta
- Projek Tebatan Banjir di Kedah - RM19.4 juta
- Klinik Kesihatan Daerah di Johor - RM22 juta

(a) Nyatakan sistem ekonomi bagi negara di atas dan jelaskan ciri-ciri system ekonomi tersebut
[6 markah]

(b) Mengapakah kerajaan perlu melaksanakan projek-projek tersebut [5 markah]

(c) Projek yang manakah menjadi pilihan kerajaan?


Bincangkan kesan pilihan tersebut. [9 markah]

Ekonomi Tingkatan 4 142


Modul #Learning@home

5. (a) Maklumat berikut berkaitan dengan Dasar kerajaan.

Mengapakah kerajaan menyediakan bantuan kepada golongan B40? [4 markah]

(b) Dengan menggunakan jadual , jelaskan hukum permintaan. [7 markah]

(c) Dengan bantuan gambar rajah yang sesuai, jelaskan kesan Bantuan Sara Hidup (BSH),4(a) ke
atas perubahan permintaan pasaran. [9 markah]

6. (a) Harga bahan mentah dalam pengeluaran kek telah meningkat. Keadaan ini telah
membebankan pengusaha kek.

Ekonomi Tingkatan 4 143


Modul #Learning@home

(a) Jelaskan kesannya terhadap penawaran kek [4 markah]

(b) Dengan menggunakan gambarajah , jelaskan pembentukan keluk penawaran pasaran.


[7 markah]

(c) Pernyataan di bawah berkaitan dengan tindakan kerajaan.

RM1.9b subsidi, insentif untuk 155,000 pesawah

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM1.9 bilion subsidi dan insentif sudah


dibelanjakan oleh kerajaan kepada 155 000 pesawah padi di seluruh negara
sejak awak tahun ini. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata jumlah subsidi yang diperuntukkan
kepada sektor pertanian sejak awal tahun ini untuk membantu petani
tempatan.

Sumber: Ubahsuai Berita Harian Online 21 November 2016

Dengan bantuan gambarajah, terangkan kesan tindakan di atas terhadap penawaran padi di
Malaysia. [ 9 markah]

7. (a) Maklumat berikut berkaitan dengan peranan kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat

(a) Apakah kepentingan Bantuan Sara Hidup diterima kepada rakyat [4 markah]
(b) Dengan bantuan gambar rajah yang sesuai, jelaskan kesan pemberian Bantuan Sara Hidup
(BSH) terhadap keseimbangan pasaran [7 markah]
(c) Pada pandangan anda sejauh manakah pemberian tersebut dapat membantu meningkatkan
taraf hidup masyarakat. [9 markah]

Ekonomi Tingkatan 4 144


Modul #Learning@home

8. Maklumat berikut berkaitan dengan pelaksanaan polisi cukai oleh kerajaan.

Sumber: BH Online, 16 Oktober 2018

(a) Bagaimanakah keanjalan harga permintaan barang tersebut mempengaruhi jumlah hasil.
[4 markah]

(b) Dengan bantuan rajah, jelaskan kesan pengenaan cukai tersebut kepada pengeluar dan
pengguna. [7 markah]

(c) Polisi tersebut memberi pelbagai implikasi terhadap negara. Bincangkan. [9 markah]

9.. Maklumat di bawah menunjukkan kereta Persona keluaran Proton Holding.

(a) Jelaskan jenis keanjalan harga permintaan barang tersebut. [4 markah]

(b) Dengan bantuan gambarajah yang sesuai,Jelaskan kesan tindakan kerajaan memberi subsidi
ke atas pasaran kereta tempatan. [7 markah]

(c) “Untuk meningkat keuntungan, firma perlu menurunkan harga barang”.


Bersetujukah anda dengan pernyataan di atas?
Kemukakan alasan anda [9 markah]

Ekonomi Tingkatan 4 145


Modul #Learning@home

10. (a) Maklumat berikut berkaitan dengan sektor ekonomi.

Pengeluar kereta nasioanl seperti Proton dan Produa digalakkan untuk


mengimport teknologi yang lebih baik dari pelbagai negara. Contohnya,
kerjasama antara pengeluar tersebut dengan pelbagai negara seperti Jepun,
Eropah dan China membolehkan pelbagai teknologi diimport untuk memajukan
lagi industri pembuatan kereta di Malaysia.

(a) Jelaskan sektor ekonomi yang terlibat dengan industri kereta nasional [4 markah]

(b) Mengapakah langkah tersebut diadakan? [7 markah]

(c) Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, jelaskan kesan langkah tersebut terhadap
pasaran kereta tempatan. [9 markah]

11. (a) Maklumat di bawah berkaitan dengan penggunaan perbankan Internet

Laporan Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan jumlah urus niaga


perbankan Internet untuk individu di Malaysia meningkat lebih tiga kali ganda
daripada 141.3 juta transaksi pada tahun 2011 kepada 435.4 jua transaksi pada
tahun 2016.

(a) Jelaskan kemudahan perbankan Internet tersebut [4 markah]

(b) Mengapakah penggunaan perbankan Internet semakin meningkat di Malaysia? [7 markah]

(c) Peningkatan penggunaan perbankan Internet memberi kesan terhadap ekonomi Malaysia.
Buktikan. [9 markah]

Ekonomi Tingkatan 4 146


Modul #Learning@home

12 (a) Maklumat berikut berkaitan dengan suatu kaedah pembayaran masa kini.

E -Wallet (dompet digital) berfungsi seperti dompet fizikal iaitu menyimpan wang dan
maklumat akaun bank dalam satu aplikasi. Ia bertujuan untuk menggantikan dompet fizikal
supaya tidak perlu membawa dompet lagi. Selepas memuat naik aplikasi e- wallet dalam
smartphone, pengguna hanya perlu memasukkan sejumlah wang ke dalam aplikasi tersebut
untuk digunakan. Hanya imbas kod QR dan pembayaran sudah berjaya dilakukan. Baki wang
akan ditolak selepas membuat pembayaran dan pengguna boleh menambah seberapa banyak
jumlah wang pada bila bila masa sahaja. Aplikasi ini membenarkan pengguna melakukan
transaksi elektronik untuk pembelian barang atau perkhidmatan. Antara pengendali dompet
digital yang popular seperti Boost, Grabpay dan Touch N Go. Ia menawarkan pelbagai
promosi menarik seperti cashback, voucher discount dan sebagainya.
Penggunaan e- wallet memberi banyak kelebihan terutamanya membolehkan pengguna
berbelanja tanpa tunai. Justeru menjadikan e- wallet sebagai pilihan tepat untuk membayar
transaksi berbanding lain lain pilihan alat pembayaran sedia ada.

Di petik dan diubah suai : Apa Itu E wallet: Cara Terkini Kehidupan Digital
(a) Apakah perbezaan kaedah pembayaran menggunakan aplikasi e -wallet dengan kad debit ?
Jelaskan.
[4 markah]

(b) Apakah kelebihan yang dinikmati oleh pengguna apabila menggunakan aplikasi e -wallet?
[7 markah]

(c) Bagaimana aplikasi e -wallet membantu individu mengurus perbelanjaan harian mereka.
Bincangkan. [9 markah]

Ekonomi Tingkatan 4 147


Modul #Learning@home

13. Berikut adalah satu pengumuman kerajaan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pakej
Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM250 bilion ekoran
daripada penularan wabak Covid 19.
Pakej PRIHATIN ini memberi manfaat kepada semua rakyat.
Jumlah bayaran meliputi:
 RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke
bawah.
 RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah berpendapatan lebih RM4,000 hingga
RM8,000.
 RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan
bulanan RM2,000 dan ke bawah.
 RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang
berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000.
 Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan dibayar pada Julai 2020
melibatkan peruntukan RM3.2 bilion.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/670078/inti-pati-pakej-

(a) Jelaskan bentuk bayaran tersebut dalam ekonomi ? [4 markah]

(b) Pakej PRIHATIN memberi kesan terhadap corak perbelanjaan pengguna. Bincangkan.
[7 markah]

(c) Tindakan kerajaan melalui Pakej PRIHATIN dapat mengukuhkan ekonomi negara. Kemukakan
alasan anda. [9 markah]

Ekonomi Tingkatan 4 148


Modul #Learning@home

14. Jadual di bawah menunjukkan pengeluaran yang dilakukan oleh Syarikat Bagus Sdn. Bhd.

Bilangan Buruh Jumlah Keluaran Keluaran Purata Keluaran Marginal


(orang) (unit) (unit) (unit)
0 0 - -
1 10 10 10
2 24 12 14
3 42 14 18
4 64 16 22
5 83 16.6 19
6 92 15.3 9
7 92 13.14 0
8 80 10 -12

(a) “ Keupayaan kapasiti pengeluaran firma terhad dalam jangka pendek “. Jelaskan pernyataan
tersebut [4 markah]

(b) Adakah anda bersetuju dengan tindakan Syarikat Bagus untuk menambahkan bilangan buruh
yang ke-9? Jelaskan [7 markah]

(c) Cadangkan tindakan anda yang boleh membantu Syarikat Bagus Sdn Bhd meningkatkan
jumlah pengeluaran barang dalam jangka masa pendek.
[9 markah]

Ekonomi Tingkatan 4 149


Modul #Learning@home

15. Maklumat di bawah berkaitan dengan kenaikan harga barang di pasaran.

Selepas Ikan, Sayur Pula Naik Harga

Alor Setar: Belum selesai lagi denagan isu kenaikan harga ikan, pengguna
dibebankan pula dengan kenaikan harga sayur-sayuran.

Tinjauan di Pasar Besar Alor Setar di sini hari ini mendapati harga kacang bendi
meningkat kepada RM9 hingga RM10 sekilogram berbanding RM6 hingga RM7
sekilogram sebelum ini Turut berlaku peningkatan ialah harga tomato daripada
RM4 kepada RM5 sekilogram, manakala lobak merah dan kubis bulat mencecah
RM6 sekilogram berbanding RM3 sekilogram

Sumber: http://www.mstar.com.my, Ahad, 8 Januari


2017
(a) Jelaskan konsep kos pengeluaran. [4 markah]

(b) Adakah harga sayur-sayuran di atas merupakan kos berubah bagi sesebuah restoran.
Jelaskan. . [7markah]

(c) Bagaimanakah kenaikan harga sayur-sayuran memberi kesan kepada pengguna dan
pengusaha restoran? [9markah]

Ekonomi Tingkatan 4 150

You might also like